Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Usaha terakhir selamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang

Posted: 28 Dec 2015 06:22 PM PST


Usaha terakhir penduduk Kampung Mutiara selamatkan rumah diroboh

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Mohd Alif Alias
bhnews @bh.com.my

GEORGETOWN: Kira-kira 300 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi, di sini, berkumpul sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.

Difahamkan, kumpulan penduduk itu mula berkumpul sejak awal pagi tadi bagi menyekat kerja meroboh selain sebagai persediaan menghalang jentolak masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Tinjauan BH sejak jam 8 pagi tadi, mendapati laluan masuk disekat dengan kenderaan termasuk bas dan kereta serta konkrit, selain penduduk berkumpul di laluan sama.

Malah, polis turut memantau keadaan sejak jam 6 pagi bagi mengelak sebarang kemungkinan. Turut kelihatan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Shah Hussain Shah yang turut bersama penduduk sejak jam 7 pagi.

Tindakan itu terpaksa diambil penduduk selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir Ogos lalu.



Bagaimanapun, penduduk yang mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Ferringhi, Ismadi Abu Bakar berkata, penduduk kampung tidak tidur sepanjang malam kerana bimbang dengan pengusiran mereka dari kawasan itu.

"Kami dinasihatkan polis supaya tidak membuat perkara yang boleh memburukkan keadaan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109179






RPK fitnah Tun M?

Posted: 28 Dec 2015 12:00 AM PST


Raja Petra menuduh Tun Dr Mahathir yang sendiri arahkan Malaysia Airport supaya membayar sebahagian dari cukai airport kepada ERL.

This MAHB payment to ERL starts on the very first day of its operation until the end of the 30-year concession period. This payment is to increase by 10% every five years until the concession ends. This means sooner or later KLIA and KLIA2 will have to increase the airport tax to cover this ever-increasing payment to ERL.

Under the concession agreement, the ERL fare (separate from the airport tax) can be increased to RM97 by the year 2019 and then to RM126 by the year 2024 (compared to RM35 currently and RM55 next year). If this increase is not allowed the government will have to pay billions in compensation to ERL.

Based on the agreed rates and payments from MAHB, ERL has forecasted revenues of more than RM1 billion per year from next year and RM2.5 billion a year in 2027. This is actually quite substantial considering the entire construction cost of RM2.4 billion was inflated and YTL already made a huge profit on the construction job long ago.

Furthermore, there is a provision for YTL to extend the ERL concession for another 30 years, which means they are going to continue to print money long after the YTL bosses are dead and rotting in their graves.

Sepenuh posting di http://www.malaysia-today.net/mahathirs-the-malay-dilemma-has-become-the-malaysian-dilemma/

RPK buat cerita dan fitnah ke? Demikian anggapan dan tuduhan pelbagai pihak terhadap RPK.

Semalam RPK dedahkan dokumen berikut:




Ada lagi dokumen2 lain di http://www.malaysia-today.net/dr-mahathirs-spectacular-failures/ seperti:



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG HANTAR ZAIRIL SUPAYA BERLAKON DEPAN ORANG MELAYU

Posted: 28 Dec 2015 06:23 PM PST

  


   

   Lim Guan Eng hantar Zairil supaya berlakon sikit dan pujuk orang Melayu supaya redha rumah dimusnahkan? 

ESOK LIM GUAN ENG RUNTUH RUMAH MELAYU LAGI, SAIFUDDIN ABDULLAH BUAT MAKE DO NO !

Posted: 28 Dec 2015 08:32 AM PST

Assalamua'laikum sahabat-sahabat semua.. 

Kami baru dapat panggilan telefon dari balai polis Batu Feringghi menyatakan bahawa esok pagi Tuan Tanah di Kampung Mutiara, Batu Feringghi akan masuk ke kampung untuk merobohkan 42 rumah (40 rumah orang Melayu, 2 rumah orang India) yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri dari 350 orang.. 

Saya di Sarawak dan In Shaa Allah akan pulang malam ini juga. Memandangkan kami baru mendapat notis ini last minute - maka agak sukar bagi kami untuk mobilise orang seperti dulu.. 

Saya memohon jasa baik semua sahabat untuk membantu kami dengan menghantar seberapa ramai yang mungkin ke Kampung Mutiara, Batu Feringghi seawal 8.00 pagi esok (29hb. Disember, 2015).

Memandangkan saya di Sarawak namun akan pulang juga malam ini, maka saya bimbang agak sukar kami nak dapatkan crowd yang besar. Maka saya dengan rendah diri memohon jasa baik para sahabat semua untuk membantu kami bagi menyelamatkan sebuah lagi kampung orang Melayu di Pulau Pinang dengan menghantar seberapa ramai yang boleh. Hanya dengan crowd yang besar, In Shaa Allah usaha mereka untuk merobohkan rumah-rumah tersebut akan dapat ditangguhkan atas isu keselamatan.. 

Terima kasih kami ucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang dapat membantu.. 

Tolong juga war-warkan perkara ini kepada seberapa ramai yang mungkin..

Terima kasih sekali lagi..

Salam hormat dari saya -
 Haji Ahmad Ismail, UMNO Bukit Bendera..

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Majlis Raja-Raja Melayu benteng terakhir sekat RUU MKN

Posted: 28 Dec 2015 09:32 PM PST

UMNO bukan lagi pembela kepada institusi Diraja dan jika MKN dilaksanakan dibimbangi akan meruntuhkan amalan demokrasi negara.
Faiz-Fadzil_raja-raja_nsc_600
PETALING JAYA: Majlis Raja-Raja Melayu menjadi harapan terakhir bagi menghalang kegilaan peralihan kuasa diktator melalui akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan Parlimen pada 22 Disember 2015.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Faiz Fadzil berkata, kuasa asal mengisytiharkan darurat terletak di bawah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, namun kini ia sudah dirampas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Hanya Majlis Raja-Raja Melayu yang merupakan kuasa tertinggi sistem pemerintahan negara berkeupayaan menghalang kegilaan peralihan suatu kuasa diktator di negara ini.
"Rakyat selama ini berpayungkan kepada kebijaksanaan dan keadilan YDPA dan Raja-Raja Melayu amat berharap agar YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat bersidang dan bertitah menolak undang-undang MKN ini dan seterusnya ditarik balik oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Faiz juga mendakwa UMNO kini bukan lagi pembela kepada institusi Diraja dan jika MKN dilaksanakan beliau bimbang akan meruntuhkan amalan demokrasi negara.
"UMNO bukan lagi pembela kepada institusi Diraja. Undang-undang MKN jika dilaksanakan dibimbangi akan meruntuhkan amalan demokrasi yang menjadi tunjang pentadbiran negara.
"Pilihanraya boleh ditangguhkan sepanjang ia dilaksanakan. Kemarahan rakyat yang dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang untuk menukar kerajaan melalui cara yang demokratik boleh dinafikan," ujarnya.
Justeru, Faiz memohon agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat membela nasib dan hak rakyat dan seterusnya mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara yang tercinta ini.

Menteri Umno kata tanah TRX Tabung Haji tak dijual kerana bernilai tinggi

Posted: 28 Dec 2015 09:30 PM PST

 Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) bernilai tinggi untuk dijual, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ini kerana Tabung Haji membeli tanah itu pada harga terendah yang ditawarkan dan ia dilihat mempunyai peningkatan nilai yang tinggi dan berterusan dari segi harga hartanah dan sewaan.
"Tanah di TRX bernilai tinggi dari segi potensi pembangunan bersepadu, lokasi yang strategik dan pulangan pelaburan yang baik.
"Pembelian tanah ini juga memenuhi keperluan syariah, selera risiko serta pontensi unjuran yang positif kepada Kumpulan Tabung Haji pada masa hadapan," kata Jamil Khir dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini.
Beliau memberi contoh berita yang melaporkan bahawa Tabung Haji memperoleh tanah seluas 1.56 ekar pada harga hanya RM2,773 bagi setiap kaki persegi, berbanding dengan pihak lain yang membayar antara RM3,000 dan RM4,500 vagi setiap kaki persegi tanah itu.
Justeru, kata Jamil Khir unjuran keuntungan dianggarkan RM177.5 juta.
Beliau menjawab soalan parlimen bertulis daripada Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang memintanya menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan penjualan plot tanah di TRX yang dibeli Tabung Haji daripada syarikat pelaburan negara 1MDB yang mengalami masalah sarat hutang.
Jawapan itu diberikan pada hari terakhir rsidangan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu.
Pada Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tabung menasihatkan Tabung Haji supaya menjual tanah di TRX itu berikutan bidasan pelbagai pihak yang mendakwa ia sebagai usaha menyelamat 1MDB..
Kebanyakan bantahan awam adalah berhubung harga yang dibayar oleh Tabung Haji berbanding dengan harga pembelian tanah itu oleh 1MDB daripada kerajaan pada hanya RM64 setiap kaki persegi pada tahun 2011.

Skandal YaPEIM: Jamil Khir tiada hak failkan saman – Akmal

Posted: 28 Dec 2015 08:23 PM PST

Akmal
Akmal menegaskan bahawa Jamil tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan saman fitnah terhadapnya

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2015:

Saman fitnah yang difailkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir bagi beberapa tuduhan penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) adalah satu salah guna proses mahkamah.
Dalam kenyataan pembelaan 15 muka surat, Akmal menegaskan bahawa Jamil tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan saman fitnah terhadapnya.
"Plaintif memfailkan saman menggunakan kapasitinya sebagai Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Umno, oleh itu beliau adalah orang ternama yang menjalankan tugas dan kewajipannya kepada rakyat Malaysia.
"Oleh itu, kelakuan, tindakan dan perbuatan yang dilaksanakan oleh plaintif adalah perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam yang melampau dan faedah yang mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan juga terbuka kepada kritikan dan penelitian yang teguh," kata kenyataan pembelaan yang difailkan petang semalam seperti yang disahkan oleh peguam beliau Razlan Hadri.
Jamil memfailkan saman fitnah pada 19 November tahun ini melalui Tetuan Adnan Sharida and Associates berikutan keengganan Akmal untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan melalui media dan Facebook bertajuk "Jamil Khir guna wang YaPEIM biayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli-belah dengan jumlah keseluruhan RM410,978.56" .
Dalam kenyataan pembelaan Akmal, beliau mengaku membuat kenyataan itu pada 13 Oktober tetapi menafikan kenyataan itu adalah fitnah ke atas Jamil.
Read More / Baca Lagi >>

‘2 kerja’: Kit Siang beritahu Kabinet berhenti jadi ‘pelawak’

Posted: 28 Dec 2015 08:20 PM PST

Putrajaya perlu menyemak semula Bajet 2016 dan merangka pelan pembangunan ekonomi khas untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi, bukannya memberitahu orang ramai agar melakukan 2 pekerjaan, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, dengan tahap yang diambil Kabinet sekarang, mereka bakal menjadi pelawak.
"Daripada menteri dan timbalan menteri menjadi pelawak, kerajaan perlu menggubal satu rangka tindakan ekonomi untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat – iaitu apa yang Bajet 2016 oleh Najib gagal lakukan," kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini.

"Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu." Lim berkata demikian sebagai respons kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan untuk menampung kos hidup lebih tinggi.
Cadangan Ahmad menerima cemuhan dan kritikan, dan kemudian mempertahankan diri dengan mengatakan beliau mempunyai 3 pekerjaan iaitu sebagai timbalan menteri, ahli Parlimen Pontian dan ketua penerangan Umno.
Malangnya ia juga memakan diri sendiri.
Pelawak tempatan Harith Iskander menyindir Ahmad melalui Facebook dan Twitter, yang walaupun beliau dikenali sebagai pengacara, penulis dan pelakon, tidak bermakna beliau melakukan banyak pekerjaan.
"Apabila pelawak seperti Harith Iskander mengumumkan kesalahan menteri bukan hanya di atas pentas, tetapi dalam domain awam, saham menteri dan timbalan menteri jatuh kepada paras lebih rendah," kata Lim hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri patut kerja lebih masa agar rakyat terbela nasihat Pemuda Pas

Posted: 28 Dec 2015 08:11 PM PST


DPPM menyatakan rasa kesal dengan kenyataan-kenyataan 'sambil lewa' yang dikeluarkan pihak kerajaan sebagai sebahagian dari respons terhadap isu-isu penderitaan rakyat yang berbangkit sepanjang tahun ini termasuk terbaharu adalah kenyataan #2Kerja yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melalui laman media sosialnya.

DPPM melihat pandangan yang dikemukakan itu tidak sesuai untuk diutarakan bagi merujuk kepada kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat ketika ini. Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu ditangani jika kerajaan sendiri 'bekerja lebih masa' untuk mengurangkan bebannya kepada rakyat.

Asas permasalahannya adalah mengenai kenaikan gaji yang tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup hari ini dan polisi-polisi 'separuh masak' (half-baked policies) daripada kerajaan terutamanya mengenai perlaksanaan system cukai GST dan kenaikan-kenaikan kos tambang dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup secara keseluruhannya.

Di Sweden, langkah proaktif telah diambil dengan mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari. Selain memberi fokus yang lebih dalam menyiapkan tugasan kerja, waktu yang tersedia dapat diberikan kepada aktiviti sosial yang lain dan ini dapat memberikan satu gaya hidup yang lebih sihat kepada rakyat di sana.

Ironinya, ia tidak berlaku di Malaysia. Para pekerja terpaksa keluar pada awal pagi mengelakkan kesesakan kemudian balik pada lewat petang kerana jadual bekerja termasuk kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada waktu malam.
Adakah ini suatu yang rasional diutarakan oleh kerajaan walaupun hakikatnya inilah keperitan yang sedang dihadapi rakyat saban hari bagi mencari rezeki?Read More / Baca Lagi >>

4.0: Ahmad Maslan 3 Kerja 3 Gaji, Guru Buat 8 Kerja Tapi Satu Gaji

Posted: 28 Dec 2015 08:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi mencuri tumpuan pengguna media sosial berikutan cadangannya yang menyarankan supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja, selain mengakui bahawa beliau sendiri membuat tiga kerja (#3kerja) dalam satu masa.
Menurut ketua penerangan UMNO itu, beliau mempunyai tiga kerja iaitu sebagai ahli parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan UMNO sebagai memberi galakan kepada rakyat negara ini supaya lebih gigih mencari pekerjaan.
Bagaimanapun, niat baiknya untuk memberi dorongan kepada rakyat menerima kritikan dan reaksi pelbagai daripada masyarakat, termasuklah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim menerusi catatan di laman sosial Facebooknya malam tadi berkata, para guru telah pun melakukan lebih lapan kerja (#8kerja), berbanding saranan yang diberikan oleh Ahmad supaya rakyat Malaysia membuat #2kerja.
Katanya, selain dihimpit kenaikan kos sara hidup yang tinggi, para guru terpaksa bekerja lebih masa iaitu mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan periksa, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).
Namun, menurutnya, para guru hanya dibayar satu gaji bagi lapan kerja tersebut.
"Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji.
"Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat ‪#‎3gaji‬ untuk ‪#‎3kerja‬ - ahli parlimen, menteri dan ketua penerangan UMNO - pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya," katanya sinis dalam entri tersebut.
Ahmad sebelum ini menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan dalam talian, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.

"Sultan Melaka" anugerah gelaran Datuk Paduka kepada Rani Kulup

Posted: 28 Dec 2015 04:08 PM PST

Malah, Rani Kulup turut mempertahankan Sultan Melaka dari kritikan orang-ramai
rani-kulup_600_1
PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah baru-baru ini menerima gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dari individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah.
Rani, ketika dihubungi pemberita berkata, pengurniaan gelaran itu barangkali hasil perjuangannya membawa isu rakyat dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.
"Saya mendapat gelaran ini, mungkin sebab saya memperjuangkan isu rakyat, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, agama dan negara dengan membuat laporan polis apabila sesuatu isu itu dibangkitkan," kata Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu.
Mengulas lanjut, Rani berkata walaupun individu yang mengelar dirinya sebagai 'Sultan Melaka' itu tidak diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja, namun beliau menghormati undang-undang yang ada pada insitusi tersebut.
Malah, Rani bingkas membidas pihak yang berani mengkritik 'Sultan Melaka' dan pengurniaan gelaran itu tanpa usul periksa.
"Nak kritik tak tahu hujung pangkal, kutuk sana sini, jadi nak kritik ikut sedap mulut, tetapi tak mahu kaji sejarah, saya angap pemikiran mereka (pengkririk) terlalu lemah dan cetek ilmu.
"Sultan Melaka telah diiktiraf dunia, kalau nak tahu cerita sebenar tanya Sultan Melaka, dia boleh tunjuk bukti dan ada sijil pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Antarabangsa (ICJ)," katanya.
Nama Rani mulai terkenal kerana jumlah laporan polis yang dibuatnya meliputi pelbagai isu terutamanya berkenaan isu pengguna dan politik. Untuk rekod, beliau telah membuat sekurang-kurangnya 1,000 laporan polis sejak dari tahun 2011.

Bagaimana penjenayah kenamaan dapat segera direman?

Posted: 28 Dec 2015 03:57 PM PST

Syed Iskandar Syed Jaafar


Selepas kenyataan dibuat pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-Raja, namun masih tidak kelihatan mereka yang sewajarnya ditahan untuk siasatan dan ada kemungkinan tidak akan diambil tindakan walaupun dilaporjab terlibat dengan siri jenayah berat termasuk pembunuhan kejam, pecah amanah, rasuah, penggubahan wang haram, fitnah jenayah, penderhakaan dan pengkhianatan pada Yang di-Pertuan Agong dan percubaan mengubah Perlembagaan Persekutuan tanpa melalui majoriti 2/3 ahli Dewan.
Amatlah muka tembok atau tidak malu sekali bila kita cuba menafikan laporan media seluruh pelosok dunia termasuk Amerika, Australia, Britain, Perancis dan media utama negara timur tengah juga. Apa agaknya konon kepentingan seluruh dunia untuk memfitnah Malaysia? Kenapa pegawai kanan kerajaan yang diamanahkan menjaga keamanan dan kestabilan negara kita memetik keindahan bahasa Melayu kita menjadi bangang, buta perut, buta tuli, pekak badak, lembu kenyang?
Amat munasabah beberapa pegawai tinggi kerajaan patut ditamatkan perkhidmatan serta merta ataupun di kumpulkan di satu bangunan di ceruk mana dengan tugas dan jawatan baharu yang tidak ada kena mengena langsung dengan skop tugas mereka sekarang seperti menjadi umpamanya ketua tukang sapu sampah negara, ketua tukang bersih tandas negara dan sebagainya.

Disyorkan mereka yang patut ditamatkan perkhidmatan atau ditukarkan termasuklah ketua polis negara, panglima angkatan tentera, ketua pengarah SPRM, ketua perbendaharaan negara, ketua setiausaha negara, peguam negara dan beberapa nama lagi yang boleh dikenal pasti kemudian. Jika ada daripada nama ini ingin bertindak mengambil tindakan, "constructive dismissal'' tidak mengapa kerana yang pasti negara telah lebih rugi kerana kegagalan atau kecuaian mereka dalam menjalankan tugas menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Mereka jugalah yang berterusan merendahkan semangat dan moral sebahagian besar pegawai mereka dan secara tidak langsung mengelirukan pasukan mereka sendiri sama ada tugas asas membanteras jenayah atau melindungi penjenayah serta menahan pula pihak yang tidak melakukan kesalahan dengan membiarkan penjenayah sebenar bebas bermaharajalela.
Alasan tidak mengambil tindakan kerana kononnya sedang disiasat badan lain juga tidak munasabah. Badan lain cuma nyamuk saja namun badan raksasa utama ialah mereka sendiri di mana kuasa mereka datang daripada akta masing-masing secara terus. Alasan yang mereka terpaksa mengikut arahan juga tidak boleh diterima kerana arahan berbentuk membawa mereka menjadi bersubahat melakukan jenayah tidak wajar dipatuhi kerana ia sememangnya kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Takkanlah bila boss minta lakukan jenayah mereka perlu jawab; ''ok boss''? Malah Imam Muslim melaporkan dalam hadis sahih Muslim, Nabi Muhammad sendiri bersabda jika Fatimah, anak baginda mencuri, akan dipotong juga tangannya selepas segala elemen sariqah dibuktikan termasuk kadar minima ¼ dinar. Dan ketika Saidina Abu Bakar akhirnya mahu menerima jawatan sebagai Khalifah, Saidina Abu Bakar memberikan syarat kepada rakyatnya berkata benar walaupun pahit walaupun terhadap Saidina Abu Bakar sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan tidak sensitif kesusahan rakyat

Posted: 28 Dec 2015 03:52 PM PST

Sheikh Omar Ali


Pada pandangan saya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dengan kedudukannya sebagai anggota Kabinet tidak wajar mengemukakan kenyataan akan perlunya rakyat melakukan 2 kerja untuk menambah pendapatan keluarga.
Tidak dinafikan terdapat rakyat yang melakukan lebih daripada satu kerja.
Namun pada pandangan saya dengan keadaan ekonomi negara parah hari ini, rakyat terpaksa bekerja lebih kerana hendak memenuhi kos keperluan harian yang semakin menekan.

Maksud saya, kerja lebih untuk menampung keperluan bukan untuk memiliki lebih pendapatan boleh guna. Sebagai menteri, pandangan beliau amat memalukan. Ini kerana beliau memiliki peranan dan perlu menjawab dalam skop kemampuan beliau selaku ahli Kabinet, tentang apakah polisi dan langkah drastik yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat.
Bukan bebanan itu dipulangkan semula kepada rakyat dengan mengerahkan rakyat bekerja lebih.
Anda sebagai menteri, berilah respons atas kapasiti sebagai seorang menteri, apa yang kerajaan boleh lakukan, bukan menghambat dan memulangkan paku buah keras kepada rakyat.
Lebih-lebih lagi kerajaan hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang besar seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dari mana datangnya RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri.
Jawapan Ahmad hanyalah melambangkan gagalnya pihak kerajaan dalam menyelami permasalahan dihadapi rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari bagi survival kehidupan mereka.

Skandal RM2.6b, SRC: AG tentukan ada kes atau tidak

Posted: 28 Dec 2015 03:31 PM PST

Jabatan Peguam Negara (AG) pada akhirnya yang akan menentukan sama ada kontroversi berkaitan isu derma RM2.6b dan SRC International sejak setahun ini sebagai ada kes atau tidak.
Sehubungan itu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berharap penelitian mengenainya dibuat sebaik mungkin.
"SPRM akan hantar laporan itu kepada AG, jadi biarlah AG yang melihat kembali dokumen-dokumen itu dan menilai sama ada, laporan itu ada kes atau tidak.
"Kerana kuasa mendakwa itu di tangan AG, jadi, terserah kepada AG buatlah dengan telus dan adil," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM sudah berada di peringkat akhir siasatan dan siasatan kedua-dua kes itu sedang dikemaskini untuk diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini.
Dalam pertemuan eksklusif bersama Sinar Harian, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.
Katanya, walaupun siasatan sedikit terganggu dengan  beberapa insiden seperti yang sudah diketahui umum, namun pasukan penyiasat SPRM dapat berada pada landasan yang betul dan berjaya melaksanakan tugas siasatan dengan profesional.

What an Unholy Trinity

Posted: 28 Dec 2015 03:27 PM PST

We should be fortunate that our disenchantment or frustration or even anger with scandals and price hikes have been tempered by sideline entertainment provided by two public figures and another aspirant for that stature.
ismail-sabri_ahmad-maslan_ali-tinju_600
By Su Kian Hui
There is an active trio in our midst competing feverishly for attention. Whatever they say not only hog headlines but also fuels endless mockery and derision in social media.
Count ourselves fortunate that our disenchantment or frustration or even anger with scandals and price hikes have been tempered by sideline entertainment provided by two public figures and another aspirant for that stature. They continually regale the public with remarks and antics that call their qualification for the positions they hold into question.
Ismail Sabri is a minister and Ahmad Maslan a deputy minister, in case you need any reminding. Ali Tinju is that thuggish aspirant for future stardom who seems bent on stopping at nothing to attain fame.
They are the trinity, but alas what an unholy one.
Ismail Sabri was a relatively low profile minister until his call on the Malays to boycott Chinese traders propelled him quickly to the forefront of local politics. He came into the spotlight again when he announced the setting up of Low Yat 2, later named MARA Digital Mall, in the wake of the Low Yat fracas. Upon declaring the Mall opened the minister expressed his hope that all races would support it. One moment he unabashedly championed Malay boycott of Chinese business, the next moment he had the audacity to call for support for Malay business from all races.
His inconsistencies have left many petrified and in stitches. But it is not so difficult to second guess what he is strategizing to achieve. UMNO's vice-president vacancies will be up for grabs in the not too distant future with the likely elevation of Ahmad Zahid Hamidi to Deputy President and out-of-favour Shapie Apdal going into oblivion. Is he being groomed to fill one of the slots?
Ahmad Maslan may only be a Deputy Minister, but he is surely better known than some ministers, and definitely not for the smile he always wears in every pose. He is better remembered for his disingenuous remarks.
Read More / Baca Lagi >>

Najib-Hadi pact not yet a done deal

Posted: 28 Dec 2015 03:24 PM PST

Voters may not be amused if their 2013 choice gets transformed into support for something else without their consent.
umno_pas_600
Prime Minister Najib's new found cordiality with PAS President Abdul Hadi Awang may be exactly what he wants Umno to refocus on as a diversion from the infighting that is tearing the party apart. The 1MDB and RM2.6 billion headaches, which have caused Umno's infighting, are not easing despite Najib's best palliative medicine.
All the signs are that the briefings and talks given at the recent Umno general assembly resulted in a mixed bag. The dissent was not quelled completely as bothersome branch leaders continue to pop up here and there to express their displeasure with the current leadership.
The Al Azhar Alumni meeting on December 17 was as good a place as any to consecrate and unveil the bridge being built to link Umno and PAS. As architects of this new initiative, Najib and Hadi must have considered the time needed for PAS and Umno to react and acclimate to this shift.
The party sceptics would have to be convinced or neutralised before party election machineries can be coordinated or spoken for. Most important for Najib and Hadi, they would need time to hard sell their parties into accepting the new political paradigm which would put everyone on unfamiliar ground. Grassroots loyalties nurtured over the decades may be upset or destabilised by this change.
We are about halfway through the 2013 mandate and the coaches need to identify the players making the team before slipping into campaign mode. GE14 is widely expected to take place some time in early 2018.
PAS suspicions
PAS members still trying to recover from their split-up with the progressives won't forget the difficulties brought on by the factional feuding between the ulamas and the progressives. The betrayals and the shifting of loyalties from brother leader to brother leader is something they would not wish to reprise so quickly. This headlong rush into the embrace of the former enemy, on the whim of the president, may not go down well with the grassroots members.
Hadi and Najib may be able to adjust well to the new arrangement, but not so easily might the common folk on either side. The question of why something that was haram for so long becoming halal all of a sudden must be foremost in their minds.
Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup: Zahid perlu bertindak bantu rakyat

Posted: 28 Dec 2015 07:05 AM PST

Sebagai pemimpin nombor dua negara, beliau berkewajipan melakukan sesuatu untuk menangani masalah rakyat
fahmi-fadzil-zahid
PETALING JAYA: PKR menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) mengenai kontrak, perjanjian dan konsesi yang memberi kesan terhadap kos sara hidup rakyat.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, sekiranya benar kontrak, perjanjian dan konsesi yang dimeterai tidak memberi manfaat malah membebankan rakyat, ia seharusnya dikaji semula.
"Jika benar kontrak, perjanjian dan konsesi ini tidak memanfaatkan malah membebankan hidup rakyat, apakah tidak mungkin ia dikaji semula dan perjanjian yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat dimeterai?, katanya menerusi kenyataan media.
Tegasnya lagi, rakyat hari ini sentiasa melihat dan memerhati gerak-geri dan langkah pemimpin dan apabila tiba waktunya, rakyat akan menilai pemimpin-pemimpin ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
"Rakyat sentiasa melihat dan memerhati gerak langkah pemimpin. Bila tiba waktunya nanti, pemimpin terutamanya mereka yang terlibat secara langsung di dalam pentadbiran kerajaan akan dinilai di dalam "mahkamah rakyat" atas segala tindak-tanduk yang mereka lakukan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rayani Air: Kenapa ada yang rasa tergugat?

Posted: 28 Dec 2015 06:44 AM PST

Tak suka, tak perlu naik, masih banyak lagi pilihan. Takde orang yang paksa anda!
Rayani-Air_600
Tiba-tiba sebuah syarikat penerbangan tempatan dengan hanya lapan juruterbang dan 50 krew menjadi buah mulut, bukan sahaja dalam kalangan orang kita tetapi juga antarabangsa.
Tahniah Rayani Air atas usaha dan pemikiran kreatif lagi terbuka yang menjadikan anda buah mulut semua orang sepanjang cuti Krismas. Ingat, publisiti sangat mahal dan anda memperolehnya secara percuma!
Menarik tentang syarikat penerbangan ini, ia dilabelkan sebagai antara penerbangan Islamik yang terhad di dunia dan pertama di Malaysia sekaligus membuka peluang kepada penumpang Islam untuk terbang lebih selesa dan yakin.
Peliknya, ramai pula orang bukan Islam yang terasa tergugat. Persoalan saya, kenapa mesti anda rasa tergugat? Saya tidak faham, bagi saya pilihan di tangan kita sama ada mahu menggunakan penerbangan itu atau sebaliknya.
Tak suka, tak perlu naik, kita masih banyak lagi pilihan. Takde orang yang paksa anda!
Untuk penyampaian yang senang difahami, saya beri contoh mudah:
Jika saya membuka sebuah restoran konsep makanan vegetarian, adakah patut anda merungut kerana restoran saya tidak menghidangkan daging? Adakah patut anda rosakkan nama saya semata-mata kerana makanan yang dihidang vegetarian? Saya pula langsung tidak memaksa anda menjamu di restoran saya!
Read More / Baca Lagi >>

Nuha keluar wad ICU, semakin pulih

Posted: 28 Dec 2015 06:42 AM PST

Anak kedua bekas Ketua Pembangkang, Nurul Nuha Anwar sudah dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di Kota Damansara, hari ini. Nurul Nuha Anwar Kakak sulungnya, Nurul Izzah Anwar berkata, adik itu kini beransur pulih dan kini beliau ditempatkan di wad biasa.
"Syukur Alhamdulillah (Nurul Huha) beransur baik. (Dia) sudah dikeluarkan dari ICU," katanya  menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Nurul Nuha dijangka dibenarkan dari hospital tersebut dalam tempoh dua hari lagi.
Fahmi bagaimanapun berkata, doktor diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memantau Nurul Nuha.
Rabu lalu, Nurul Nuha dimasukkan wad ICU di sebuah hospital swasta di Kota Damansara selepas dipercayai terjatuh di rumahnya.
Berita sedih itu telah membawa ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk melawat anak perempuannya di hospital, petang Sabtu lalu.

PKR: Jangan tuding jari Zahid, dedah semua kontrak k'jaan

Posted: 28 Dec 2015 06:31 AM PST

PKR hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan semua kontrak, perjanjian dan konsesi yang memberi kesan kepada kos sara hidup, termasuk perjanjian tol lebuh raya.
Ia berikutan kenyataan Zahid bahawa orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat sejak era kepimpinan sebelum ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata meskipun masalah mengenai kontrak kerajaan berlaku sejak dahulu, Zahid selaku orang nombor dua dalam kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menanganinya.
"Jika benar kontrak, perjanjian dan konsesi ini tidak memanfaatkan malah membebankan hidup rakyat, apakah tidak mungkin ianya dikaji semula dan perjanjian yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat dimeterai?," Soal Fahmi dalam kenyataan media hari ini.
"Alangkah sayangnya, Zahid kelihatan lebih berminat untuk memberi bayangan tentang siapa yang mencetuskan masalah dari berusaha menyelesaikannya," katanya.
Zahid hari ini dilaporkan berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan terhadap kontrak penswastaan dengan mengatakan "Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,".
Beliau juga dilapor mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan keretapi ERL adalah berat sebelah, namun enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.
Bagaimanapun beliau dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.

Apabila PAS menjadi penasihat kerajaan Umno@Bn....

Posted: 28 Dec 2015 04:47 AM PST


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan beberapa konsep asas dalam konstruksi dan amalan politik yang dianjurkan Islam.
Di sana wujud konsep An Nasihah, At Tawaasi (Tegur-Menegur), At-Tadaafuq (Semak-lmbang) dan akhir sekali At Tadaawul (Bertukar-Ganti).
Sejujurnya saya tidak rasa terpanggil untuk menasihati bekas presiden saya itu supaya jangan hilang keseimbangan atau tawaazun.

Mungkin ada yang menelah elok saya diamkan sahaja biar PAS berantakan. Tapi atas tuntutan "Ad Deenu Nasihah", maka saya hulurkan nasihat ini. Kalau dulu beliau terlalu "keras" (Syadid) sehingga terhasil apa yang diberi jolokan amanat Hadi, kini sudah kelihatan bersikap "bermudah" (Tasaahul) dengan menekankan peranan PAS sebagai penasihat mengatasi tuntutan dan prinsip lain yang lebih penting.
Sejak bila PAS berubah sebegini rupa. Ini jelasnya bukan pendekatan pimpinan Ulama PAS yang terdahulu.
Seperti Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Ada orang berilmu yang bertanggapan, ini bukan "Fikrah Taghyir" atau "Fikrah Perubahan" tetapi sebenarnya "Fikrah Tabrir" atau "Memberi Alasan".
Kalau hanya ditekan tentang peranan menasihati, itu bukan peranan utama parti politik Islam. Itu peranan para Mufti, Cendekiawan Islam, agensi-agensi Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap penguasa politik atau pemerintah.
Tugas utama parti politik Islam (dan bukan Islam) adalah untuk "menyemak-imbang" pemerintah. Khasnya kerajaan yang didakwa umum sarat dengan segala kepincangan.
Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab menyemak-imbang tadbir-urus yang rasuah, boros, bolot dan rakus dan pelbagai skandal termasuk PKFZ, NFC dan terkini 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6bilion itu?
Tidak mudah untuk "melupakan" dan bukan tugas kita untuk "memaafkan" segala dosa dan kemungkaran yang dilakukan penguasa politik yang menzalimi rakyat untuk sekian lamanya. Mereka juga tidak pernah mengakui dan menginsafi segala "dosa dan kemungkaran" ini.
Ini termasuklah merampas royalti minyak Kelantan dan menyalahgunakan akta drakonian yang zalim ke atas penentangan demokratik yang sah rakyat terhadap kerajaan.
Tentang prinsip "At Tadaafuq", Firman Allah dalam 2 ayat di Surah Al-Baqarah: 251 dan Al-Hajj: 40 secara jelas dan tuntas menegaskan akan peranan dinamika "semak-imbang" sebagai jalan atau wasilah membanteras kepincangan dan kebobrokan penguasa politik.
Maka peranan dan persaingan politik di pentas itu adalah untuk menamatkan segala perilaku kezaliman, ketidakadilan, diskriminasi dan kemungkaran tadbir-urus sistem pemerintahan sang penguasa.
Read More / Baca Lagi >>

Pastikan tiada langsung hubungan dengan Israel, kata Khalid Samad

Posted: 28 Dec 2015 04:39 AM PST


Pengarah Komunikasi Amanah Khalid SamadPengarah Komunikasi Amanah Khalid SamadParti Amanah Negara (Amanah) menuntut kerajaan konsisten memastikan tidak berlaku sebarang hubungan dengan Israel termasuk dalam bidang perdagangan yang lebih berkesan bagi memberikan tekanan kepada negara haram itu, tegas Pengarah Komunikasi, Khalid Abd Samad.
"Ini termasuk persoalan penjualan minyak kelapa sawit kepada Israel atau membeli barangan dagangan Israel sama ada secara terus atau melalui pihak ketiga. Tiada makna menyekat atlet Israel sekiranya Malaysia merupakan rakan dagang yang antara terbesar dengan Israel," ujarnya.
Mengulas sekatan kemasukan ke atas atlet peserta luncur angin dari Israel, beliau berkata, Amanah menyambut baik tindakan kerajaan itu kerana menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh kerajaan haram Israel.
Sehubungan itu, ujarnya, Amanah menolak kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan sekatan tersebut atas alasan kononnya sentimen politik dan peribadi mesti dipisahkan daripada acara sukan.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN digesa hentikan potongan bayaran maksimum automatik

Posted: 28 Dec 2015 04:38 AM PST

rafizi ptptnPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa mengeluarkan arahan serta merta untuk menghentikan potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik bagi penjawat awam.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata beliau menerima pelbagai aduan sistem potongan cukai maksimum itu mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang dipotong.
Katanya, ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN.
"Sudah tentu tidak ada sesiapa di negara ini yang boleh menampung sara hidup dengan baki gaji puluhan ringgit apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.
"Wajarlah amalan ini dihentikan serta merta sementara langkah lebih adil dan praktikal dapat dikenalpasti untuk dilaksanakan," kata Rafizi dalam kenyataan media pada 28 Disember lalu.
Beliau berkata dicadangkan supaya PTPTN mengambil contoh amalan di Australia yang mana peminjam pinjaman pendidikan hanya perlu mula membayar balik pinjaman sekiranya gajinya lebih tinggi dari paras tertentu.
Katanya, dasar itu bertujuan umemastikan peminjam yang terdiri dari graduan muda dapat memulakan hidup kerjaya tanpa terlalu dibebankan dengan hutang pendidikan.
Setelah keadaan kewangan mereka lebih stabil, mereka akan mula dikenakan bayaran ansuran yang berkadar dengan pendapatan mereka ketika itu.
"PTPTN perlu merubah kembali peraturan agar bayaran pinjaman PTPTN hanya bermula selepas peminjam memperolehi gaji sebelum cukai sebanyak RM4,000 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Ahmad Maslan hadapi tekanan kerja?

Posted: 28 Dec 2015 04:07 AM PST

Cadangan golongan berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan, bagi menampung kos sara hidup yang terus meningkat, tidak wajar dikeluarkan seorang penggubal undang-undang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebagai anggota Kabinet, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan seharusnya memikirkan cara untuk meringankan beban kerja rakyat.
"Sewajarnya cadangan sebegini tidak datang daripada seorang Menteri yang mempunyai ruang bersuara di dalam Kabinet dan berkuasa secara kolektif untuk menentukan dasar pentadbiran negara.
"Cadangan sebegini boleh lahir daripada seorang penceramah motivasi yang hanya mampu memberikan suntikan semangat kepada masyarakat, tanpa sebarang kuasa untuk menggubal dasar.
"Ia juga boleh lahir daripada seorang pelakon lawak bagi menggembirakan seketika penonton-penonton yang sedang hiba akibat tekanan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad sebelum ini mencadangkan rakyat melakukan dua pekerjaan yang digalakkan kerajaan, bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Malah, katanya, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk dilakukan, kerana kebanyakan rakyat di negara-negara utama turut melakukannya.
Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat kritikan warga maya yang mempersoalkan kualiti masa bersama bakal terjejas dengan tindakan itu serta dasar kebanyakan syarikat yang tidak membenarkan pekerja melakukan kerja sampingan.
Read More / Baca Lagi >>

Tekanan kos sara hidup: 67 peratus netizen tolak dua kerja sebagai azam tahun baharu

Posted: 28 Dec 2015 04:04 AM PST

Tekanan kos sara hidup belakangan ini telah memaksa masyarakat untuk melibatkan diri dalam dua pekerjaan atau lebih.

Isu ini bertambah hangat setelah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa dua kerja merupakan amalan biasa bagi rakyat di negara-negara utama.

Kenyataan ini telah mengundang reaksi negatif warga media sosial yang rata-rata menekankan faktor kualiti masa bersama keluarga dan mutu kerja sebagai dua faktor utama menolak cadangan Ahmad Maslan.

Menerusi hashtag #2kerja, Astro AWANI telah pun menjalankan tinjauan sama ada rakyat sudah bersedia untuk menjadikan dua kerja sebagai azam tahun baharu.

Keputusan undian menunjukkan 67.4 peratus netizen tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Manakala kira-kira 27.6 peratus netizen bersetuju untuk menjadikan dua kerja sebagai azam menjelang tahun 2016.

4.98% netizen memilih untuk berkecuali.
Menjelang tahun baru 2016, adakah anda akan meletakkan #2kerja sebagai salah satu azam tahun baru anda? (Poll Closed)
  
  
  

‘Saya lakukan 6 perkara, bukan 6 kerja’ - Harith Iskandar

Posted: 28 Dec 2015 04:02 AM PST

harith
Dalam laman Facebooknya, Harith berkata dirinya melakukan enam perkara berbeza dan ini tidak bermakna dia mempunyai enam pekerjaan.
KUALA LUMPUR, 28 Disember:
Selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menyatakan dirinya melakukan tiga kerja, kini giliran Harith Iskandar pula bersuara.
Dalam laman Facebooknya, Harith berkata dirinya melakukan enam perkara berbeza dan ini tidak bermakna dia mempunyai enam pekerjaan.
"Saya adalah seorang pelawak, pengacara, penulis, pelakon, jurulatih, pengarah.
"Itu tidak bermakna saya mempunyai enam pekerjaan. Ini bermakna saya lakukan enam perkara yang berbeza," jelasnya.
Menurut Harith, dalam pandangan dari konteks seorang kakitangan kerajaan boleh mengatakan bahawa dirinya memegang 6 jawatan berbeza.
"Kerja adalah sesuatu yang anda lakukan setiap hari sepanjang hari.
"Jadi bagi seseorang yang mempunyai DUA kerja bermakna mereka bekerja minimum 2×8 jam sehari. Itulah 16 jam waktu bekerja satu hari," katanya.
Terdahulu, Ahmad membidas kritikan terhadapnya mengenai isu dua kerja dengan menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan di dalam parti.
Kenyataan itu dibuat menerusi laman sosial Twitternya yang menjelaskan bahawa beliau juga melakukan tiga pekerjaan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri,Ketua Penerangan UMNO. Ramai dan di Msia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yg halal.
"#2kerja jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu mlm & hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," katanya.

Dr Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri

Posted: 28 Dec 2015 03:59 AM PST

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.
Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.
Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.
Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.
Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.
"Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.
"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.
"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.
Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara lain.
Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.
"Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.
"Berusaha gigih cari rezeki yang halal," kata Ahmad Maslan.

KESIAN MAT MASLAN, TAK TAHU BEZA ANTARA KERJA DENGAN JAWATAN

Posted: 28 Dec 2015 03:52 AM PST

Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?

Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga menggalakkannya sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Untuk mewajarkan kata-katanya itu, hari ini beliau sekonyong-konyongnya cuba tampil dengan hujah lebih kukuh dengan menjadikan dirinya yang kononnya mempunyai tiga kerja secara serentak sebagai contohnya.

Dalam erti kata lain, Ahmad Maslan cuba meyakinkan rakyat bahawa jika beliau yang berbadan kecil dan agak rendah pula boleh memikul tiga kerja dalam satu masa, apalah susahnya untuk rakyat melakukan sekadar dua kerja sahaja.

Kesian Mat Maslan...beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan. Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja.

Jawatan yang disandangnya sekarang adalah anugerah, pemberian atau pilihan yang dibuat Najib Razak selaku Perdana Menteri kepadanya dan ia bukanlah kerja tambahan yang dilakukan kerana tidak cukup pendapatan.

Ia jauh berbeza dengan konsep melakukan dua kerja yang dikatakannya digalakkan oleh kerajaan sebelum ini. Lagi pun, semua orang sedia diberikan lebih daripada satu jawatan, tetapi ramai yang mengelak untuk melakukan lebih daripada satu kerja.

Selain itu, tiga jawatan yang diberikan Najib kepadanya itu, kadang-kadang boleh pula dilakukan secara serentak. Misalnya, di pejabat timbalan menterinya, beliau juga boleh berfungsi sebagai ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.

Di ketika yang lain pula, tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO boleh juga dilakukan dengan menggunakan perbelanjaan sebagai timbalan menteri. Balik kawasan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen juga biasanya turut menggunakan kemudahan kereta kerajaan yang diperuntukan kepadanya sebagai timbalan menteri.

Maknanya, walaupun ada tiga jawatan, ketiga-tiganya saling menyenangkan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Sudah tentu tiga jawatannya yang disandangnya itu berbeza dengan dua kerja yang dilakukan oleh seorang kerani kerajaan yang misalnya menjual burger atau meniaga secara kecil-kecilan pada waktu malam.

Dua kerja itu bukan saja saling berbeza, bahkan tidak boleh bantu membantu antara satu sama lain, bahkan merupakan kesalahan pula jika menggunakan kemudahan pejabat untuk berniaga atau kerja-kerja sampingan yang lain.

Oleh itu, perbandingan Ahmad Maslan mengenai dirinya itu tidak betul sama sekali. Beliau sebenarnya ada tiga jawatan yang dianugerahkan kepadanya dalam satu-satu masa yang menyebabkan pendapatannya juga bertambah.

Ia berbeza dengan mereka yang melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan. Jika analogi Ahmad Maslan itu mahu diterima pakai, semua pekerja seharusnya juga diberikan satu atau dua jawatan lain yang bergaji secara serentak, bukannya mereka terpaksa melakukan kerja lain yang berbeza untuk menampung kenaikan kos sara hidup.

Lantaran itu, ramai kawan-kawan dalam UMNO bersungut mengenai kenyataan terbaru beliau dengan berkata, Ahmad Maslan lebih kelihatan sebagai seorang cerdik dan pandai apabila beliau mendiamkan diri berbanding jika mula berkata-kata.

Kata mereka, wajahnya yang bersih dan rambutnya yang sentiasa basah dan bersisir rapi itu benar-benar memperlihatkannya sebagai seorang yang boleh diyakini jika belum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Namun, kata mereka, sebagaimana yang sudah banyak kali dibuktikan sebelum ini, sebaik saja mulutnya terbuka dan lidahnya berbicara, segala tanggapan awal mengenai dirinya akan musnah dengan sekelip mata.

Itulah Ahmad Maslan, sehingga di suatu peringkat apabila ramai yang memperlekeh kata-katanya, beliau segera menunjukkan pencapaian pointer CGPA 3.85 yang pernah dirangkulnya sambil berkata, "saya bukanlah bodoh sangat."

Tetapi dalam beliau mengatakan dirinya tidak bodoh itu, rasanya dalam sejarah Malaysia moden, beliaulah  satu-satunya pemimpin politik yang pernah menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan pencapaian semasa belajar kepada umum secara terbuka.

Sudah tentu orang cerdik tidak melakukan perbuatan seperti itu kerana orang cerdik akan menunjukkan kecerdikannya melalui hasil kerjanya untuk dinilai, bukan dengan cara menayangkan sijil.

Dalam isu GST misalnya, terlalu banyak kata-kata yang pernah dilafazkannya, bukan saja tidak masuk akal, malah dakwaannya cukai baru itu akan menurunkan harga barang, sehingga sekarang masih juga tidak menjadi kenyataan.

Dalam cuba menunjukkan dirinya hebat kononnya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, Ahmad Maslan secara tidak langsung telah mempamerkan ketidakcerdikannya kepada umum.

Bahkan, kesungguhannya mahukan rakyat melakukan dua kerja berbanding menumpukan lebih banyak masa untuk keluarga juga menunjukkan kegagalan kerajaan yang dianggotainya dalam meringankan beban kehidupan rakyat melalui pelbagai perancangan dan program selama ini.

Tiada apa kelebihan yang boleh dibanggakan dengan tiga jawatan serentak Ahmad Maslan itu kerana jika diperiksa, ada pengerusi GLC, selain memegang jawatan di syarikat induk, turut juga menjadi pengerusi kepada berpuluh, malah  beratus anak syarikat yang lain.

Bolehkah mereka juga lebih berbangga sambil mendakwa mempunyai beratus-ratus kerja dalam satu masa?

Menteri UMNgOK & bongok pula suruh buat dua, tiga kerja.. bangang !!!

Posted: 28 Dec 2015 03:49 AM PST

Belum lagi NEW YEAR 2016, MAS telah bgtau 250 Juruterbang MAS BAKAL HILANG KERJA bermula 27 Januari depan. Hari tu dah buang 6,000 staf... Apa punya malang Malaysia, ada saja bala & musibah rakyat terima...

Malah ada sebahagian pilot telah diberi cuti TANPA GAJI !!!