Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Amanah 'langgar' DAPigs - Sokong tindakan KJ?

Posted: 27 Dec 2015 05:23 AM PST


Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik tindakan kerajaan mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi, bermula hari ini.

Naib Ketua Pemudanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, tindakan itu sangat dialu-alukan sebagai sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan Israel.

"Selain mengambil kira faktor hubungan diplomatik Malaysia-Israel, sekatan yang dilakukan ini perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu diterjemah di setiap perkara, bukan hanya sukan semata-mata.

"Pemuda Amanah juga mengharapkan agar kerajaan konsisten dengan sekatan itu termasuklah penglibatan firma perunding Israel, APCO Worldwide dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf), di Langkawi, hari ini.

Selain visa, Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan ke atas peserta Israel tersebut, termasuklah sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol.

Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

Sementara itu, Mohd Fakhrulrazi juga melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy Jamaluddin kerana menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

"Kenyataan tersebut sangat mengguriskan perasaan umat Islam dan pencinta keamanan sejagat yang sangat peduli terhadap nasib Palestin. Sebagai rakan Pakatan Harapan, kami berhak untuk menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara ini.

"Kami sangat mengharapkan agar DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya melibatkan sensitiviti umat Islam dan hukum hakam agama," katanya lagi.

Sebanyak 50 negara dilaporkan mengambil bahagian dalam kejohanan itu termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Why The Edge willing to pay RM2 million just for a story?

Posted: 27 Dec 2015 06:00 PM PST


Documents in the public domain show that in February 2015 Malaysian media owner Datuk Tong Kooi Ong and British blogger Clare Rewcastle Brown offered to pay $2million for stolen data relating to 1MDB.

The offer was made without having seen what was in the data. So what convinced them to make such an offer? And how were they put in touch with the seller?

The answer lies in details that have emerged of a meeting in London to plan to oust Malaysian Prime Minster Najib Razak. These details directly link the $2million offer and Rewcastle Brown and Tong with the plan to oust Najib Razak. A fact the buyers themselves confirmed.

5.1 Meeting in London

 Reports details how the meeting the plan the downfall of Najib Razak was held in London in 2014 and was chaired by ....

Read on in Open Source Investigation HERE.

Sediakah orang ramai terima pandangan undang-undang Abu Talib?

Posted: 27 Dec 2015 04:22 AM PST


Pada awal bulan Julai ketika WSJ dedahkan wang RM2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Najib, mantan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman adalah yang lantang bersuara.

Dia mendesak Najib supaya ketepikan dahulu undang-undang dan jelaskan tentang kewujudan akaun peribadi tersebut.



Tuntutan beliau dan lain-lain individu menjadi sebahagian dari gelombang tekanan terhadap Najib. Pihak pembangkang turut menggunakan kata-kata Abu Talib untuk menyerang Dato Najib.

Baca Forget lawsuit, Najib must clarify if bank accounts exist, says former A-G.


Abu Talib dilantik menjadi Pengerusi Majlis Perpaduan Konsultatif Negara (MPKN atau NUCC) yang dianggotai oleh aktivis-aktivis liberal dan pembangkang.

Kewujudan MPKN, serta pandangan dan cadangan MPKN atau individu-individu tertentu dalam MPKN serta Menteri yang bertanggungjawab kuat ditentang dan dikritik oleh Perkasa dan NGO-NGO Islam.

Pendirian Abu Talib dalam hal-hal melubatkan MPKN disanjung dan dipuji oleh golongan tertentu, tetapi bagaimana pula pendirian berikut:

Abu Talib dilaporkan dalam laporan TMI, No legal need for Najib to step aside while probe going on, says former A-G pada awal bulan Julai.

Pada bulan September, Abu Talib dilaporkan menyatakan pandangan sebagaimana dilaporkan TMI sebagai A-G need not follow prosecutors' recommendations in 1MDB probe, says Abu Talib.

Terbaru, Abu Talib dilaporkan berkata:

Only public prosecutor can reveal outcome of RM2.6 billion, SRC probes, says former A-G 

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cannot reveal to the public the outcome of investigations into SRC International and the RM2.6 billion donation to Datuk Seri Najib Razak, nor can it disclose its recommendations to the prosecutor as they are confidential, says a former attorney-general (A-G).

"It is only for the A-G to state his reasons if he decides not to press charges although MACC had given its recommendations," Tan Sri Abu Talib Othman said.

His comments come following MACC chairman Tan Sri Abu Kassim Mohamed's remark that he was aware Malaysians had high hopes that the truth behind both cases would be revealed.

Abu Kassim said MACC would continue investigating the cases without fear or favour.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/only-public-prosecutor-can-reveal-outcome-of-rm2.6-billion-src-probes-says#sthash.ocRmQh9w.dpuf

-----------------

Abu Talib adalah satu-satu Peguam Negara yang sangat dihormati oleh masyarakat guaman termasuk Bar Council.

Adakah pendapatnya hanya dihormati bagi pandangan yang mereka mahu dengar?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KALAH SAMAN, GILIRAN BARANG RUMAH MAHFUZ DISITA ?

Posted: 27 Dec 2015 06:27 PM PST


SIRUL AZHAR UMAR_ALTANTUYA SHAARIIBUU_PASMahkamah Tinggi memerintahkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, kerana memfitnahnya menerima bantuan kerajaan dalam setiap siri ceramahnya.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin, membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman Hasan selaku plaintif dan mendapati Mahfuz (defendan) bertanggungjawab memfitnahnya.
Mahkamah turut memerintahkan Mahfuz membayar kos sebanyak RM30,000.
Nor Bee dalam penghakimannya berkata, Hasan berjaya membuktikan bahawa Mahfuz mempunyai niat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah itu.
Hakim itu berkata, defendan tidak boleh menggunakan perlindungan bersyarat kerana beliau tidak mendapatkan penjelasan daripada plaintif dan KBS sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Katanya, perkataan fitnah oleh defendan jika dibaca secara keseluruhannya boleh menyebabkan plaintif dipandang serong oleh masyarakat.
Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan berkata, Mahfuz mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang media pada 2 Mac 2012 dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.
Sehubungan itu, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi bagi menghalang Mahfuz daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
Hasan dan Mahfuz tidak hadir di mahkamah 
Nampaknya, selepas kerusi mewah Datuk Hamidah disita, akan kah barang mewah Mahfuz disita juga? Tunggu dan lihat.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pemimpin PSM ditahan di bawah Akta Hasutan

Posted: 27 Dec 2015 09:35 PM PST

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khairul Nizam Abd Ghani ditahan di bawah Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia sebaik sahaja hadir untuk memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi ini.
 Setiausaha Agungnya, Sivarajan Arumugan berkata Khairul dikepung sepasukan polis Jumaat lalu ketika hadir dalam satu forum di Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, selepas berunding dengan pegawai penyiasat yang terlibat Khairul diminta hadir ke ibu pejabat polis daerah Bukit Aman untuk memberi keterangan.
Namun, sebaik sahaja tiba di IPD Bukit Aman sekitar jam 9.00 pagi Khairul dimaklumkan bahawa kes tersebut dipindahkan ke IPD Dang Wangi.
"Jumaat lalu Khairul telah dikepung dalam satu forum di Kuala Terengganu namun selepas berbincang beliau bersedia untuk hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.
"Tetapi, pagi ini Khairul telah dimaklumkan bahawa beliau akan ditahan. Pihak polis sepatutnya siasat Khairul dalam tempoh 24 jam kemudian baru meminta reman di mahkamah untuk tujuan siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Dang Wangi.
Malaysiakini difahamkan Khairul ditahan bawah Akta Hasutan kerana mengkritik penahanan aktivis PSM, Khalid Ismath.

GST, kelemahan ringgit sebabkan kejatuhan 30% jualan ICT

Posted: 27 Dec 2015 09:34 PM PST

Jualan dalam industri ICT terjejas disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan ekonomi, kata Pengerusi Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) Chin Chee Seong. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015. 
Jualan dalam industri ICT terjejas disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan ekonomi, kata Pengerusi Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) Chin Chee Seong. 

Jualan dalam industri ICT jatuh 30% sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April walaupun peruncit, pembekal dan pengguna sudah menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu, kata persatuan. Pengerusi Persatuan Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) Chin Chee Seong berkata, jualan juga terjejas disebabkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan ekonomi.
Menurut Chin, faktor-faktor ini menyebabkan jualan masih belum meningkat selepas GST diperkenalkan dan pasaran dijangka pulih semula pada separuh ke-2 2016.

Katanya, walaupun jualan meningkat dalam 3 bulan pertama 2015 disebabkan pengguna tergesa-gesa membeli sebelum GST, ini masih belum dapat menampung kerugian selepas cukai baharu itu dikuatkuasakan. "Kejatuhan nilai ringgit, turun naik harga minyak mentah, keadaan ekonomi yang lembap, kekurangan keyakinan pengguna dan rantaian kesan daripada penghapusan subsidi, kesemua faktor ini berkait rapat dalam menghalang proses 'pemulihan' tersebut.
"Kami menjangkakan pemulihan dalam pasaran runcit ICT (selepas GST) yang akan mengambil masa lebih lama dan mungkin hanya akan berakhir pada separuh ke-2 tahun 2016," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam penilaian industri ICT 8 hingga 9 bulan selepas GST dilaksanakan, Chin berkata, syarikat kecil yang paling terkesan daripada cukai itu kerana mereka tidak dapat menuntut semula cukai-cukai input dikenakan terhadap mereka.
Mereka tidak dapat memindahkan cukai dikenakan kepada pengguna. Menurut Jabatan Kastam, hanya perniagaan yang mempunyai perolehan sebanyak RM500,000 setahun dapat mengenakan GST kepada pelanggan.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang larang dedah penderma RM2.6 bilion, kata SPRM

Posted: 27 Dec 2015 03:30 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan identiti individu yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindakan itu melanggar Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata, pihaknya boleh mengumumkan butiran siasatan kes sumbangan derma RM2.6 bilion itu, serta kes SRC International Sdn Bhd, sekiranya undang-undang dipinda.
"SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.

"Bagaimanapun peruntukan sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian," kata Bahri dalam satu kenyataan hari ini. Menjawab permintaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli supaya SPRM mendedahkan butiran individu itu, Bahri berkata, beliau berharap semua orang faham agensi itu terikat dengan undang-undang semasa.
"Sebagai penggubal undang-undang, diharap Rafizi memahami kekangan ini dan mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum," katanya.
SPRM berkata, malah bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman juga menyatakan perkara sama kepada sebuah portal semalam, di mana agensi itu tidak ada kuasa sehingga kes yang disiasat dibawa ke mahkamah.
The Malaysian Insider melaporkan semalam, SPRM tidak boleh mengumumkan hasil siasatannya ke atas SRC International dan RM2.6 bilion, serta cadangan yang dibuatnya kepada pihak pendakwa, kerana ia adalah rahsia.
Read More / Baca Lagi >>

Ibu bapa terbeban kelengkapan persekolahan meningkat 30% ....dengan GST harga barang turun sembang Menteri

Posted: 27 Dec 2015 03:28 PM PST

Ibu bapa terpaksa membayar sehingga 30% lebih dari tahun lepas untuk membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka, seperti kasut dan pakaian seragam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015.Ibu bapa terpaksa membayar sehingga 30% lebih dari tahun lepas untuk membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka, seperti kasut dan pakaian seragam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015.Wan Amri Wan Noridan bersyukur dengan perniagaan atas talian dilakukannya secara separuh masa kerana tanpanya, beliau tidak tahu apa yang boleh disediakan untuk kelengkapan persekolahan dua anaknya tahun ini.
Eksekutif Akauntan berusia 34 tahun itu adalah antara ibu bapa yang memberitahu The Malaysian Insider bagaimana harga kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan beg meningkat sebanyak 30% tahun ini berbanding 2014.
Peruncit mengakui perkara ini dan mendakwa kemerosotan nilai ringgit, ditambah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta harga kain yang meningkat – komponen utama pakaian seragam sekolah – menyumbang kepada kenaikan harga keperluan asas persekolahan itu.

"Tanpa perniagaan sampingan saya, adalah sangat sukar untuk berjimat sehingga akhir bulan bagi membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak," kata Wan Amri, yang tinggal di Kelana Jaya. Beliau menganggarkan perbelanjaan hampir RM500 untuk pakaian dan alat tulis bagi anak perempuan dan lelakinya yang kini masing-masing di Darjah 5 dan 2.
"Saya juga memperuntukkan RM100 setiap seorang untuk yuran sekolah mereka," kata Wan Amri dan menambah beliau juga memperuntukkan kira-kira RM1,600 bagi yuran prasekolah dua anak kecilnya.
"Apabila saya menghentikan seketika perniagaan atas talian dan hanya menumpukan kepada pekerjaan sepenuh masa, ia akan menjadi suatu yang sukar. Syukurlah saya dapat kembali melakukannya," kata Wan Amri, yang menjual produk kesihatan atas talian.
Pekerja gudang, Abdul Hamid Abdul Rani menganggarkan perbelanjaan untuk dua anak lelaki di sekolah menengah dan seorang anak perempuan di sekolah rendah bertambah sebanyak RM200 tahun ini.
Seperti Wan Amri, Hamid yang juga tinggal di Kelana Jaya tidak boleh bergantung hanya kepada gaji sepenuh masa untuk menyediakan keperluan persekolahan mereka.
"Satu perkara yang baik adalah syarikat saya memberi kami banyak peluang untuk melakukan kerja lebih masa. Saya perlu bekerja sekurang-kurangnya tambahan 2 jam sehari. Jika saya tidak mempunyai komitmen keluarga di rumah, saya juga akan bekerja pada hujung minggu," kata bapa berusia 48 tahun itu.
Tahun lepas, Hamid membelanjakan RM400 hingga RM500 untuk ketiga-tiga anaknya tetapi tahun ini ia meningkat kepada RM700.
Kedua-duanya, Wan Amri dan Hamid mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM7,000 ke bawah, mengikut pengiraan kerajaan, meletakkan mereka dalam golong berpendapatan sederhana.
Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan kumpulan isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM3,800 dan RM8,300 dikategorikan sebagai golongan berpendapatan pertengahan atau kumpulan pertengahan 40% (M40).
Tetapi, biarpun ibu bapa yang dikategori berpendapatan tinggi iaitu mereka dalam kelompok 20% terpaksa lebih berhati-hati dalam perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.
"Kenaikan gaji kami tidak cukup untuk menampung kadar kenaikan harga barang," kata Sam Phuah, 42, dari Petaling Jaya, yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.
Read More / Baca Lagi >>

Dugaan parti politik di Malaysia

Posted: 27 Dec 2015 03:09 PM PST

Umno
Kenaikan mendadak kos sara hidup dan kesusahan rakyat marhaen di kawasan tradisi bakal menentukan masa depan Umno.
Tidak siapa yang boleh menafikan Umno kini resah kerana PAS sudah muncul sebagai bahtera yang boleh diterima pengundi kawasan tradisi selepas senjata Umno "PAS kuda DAP" hilang bisa.

Cubaan berjinak-jinakan PAS supaya tidak melawannya tidak akan menjadi kerana PAS mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang kecil berbanding Umno. PAS ingin menambah kerusi Parlimennya, dan caranya ialah menumbangkan Umno. Umno pula ingin mengekalkan apa yang ada kalau boleh, dan ini hanya boleh dilakukan jika Umno terus menewaskan PAS.
Kerjasama politik antara 2 parti hanya akan terjalin jika Umno sudi melepaskan kerusi Parlimennya kepada PAS, dan ini bermaksud mempertaruhkan nyawa BN sebagai kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri – dan ini yang menyebabkan perkara ini mustahil berlaku.
Pergolakan dalaman Umno akan berterusan. Setiap gerak-geri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membawa gegaran ditambah dengan suara pedas mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Apa yang dibimbangi ialah Najib akan disibukkan dengan tugas menjaga kedudukannya daripada tugas mentadbir negara, yang kini bakal berdepan dengan keadaan ekonomi yang meruncing kerana harga minyak sedunia yang kekal rendah.
PAS
Hari ini, parti ini paling banyak mendapat liputan akhbar arus perdana dan juga media baru ekoran pelawaan Umno untuk bekerjasama.
Perkara ini tidak menghairankan kerana PAS, selepas berputus dengan DAP, muncul menjadi parti yang bakal menentukan pihak mana yang menang.
Pendirian PAS untuk kekal sebagai pembangkang mengecewakan BN dan juga Amanah serta DAP. Umno mengharapkan PAS tidak mencabarnya kerana menyedari PAS adalah pencabar utamanya di kerusi majoriti Melayu.
Pakatan Harapan terutamanya Amanah dan PKR bimbang pertandingan 3 penjuru yang melibatkan kerusi yang pernah dimenangi pembangkang bersama PAS. DAP pula risau dengan nyawa Amanah sekiranya bertembung 3 penjuru dengan PAS.
Realitinya, PAS mempunyai cukup pengaruh menjadi penentu kemenangan orang lain. Antara kelebihan yang ada pada PAS kini ialah PAS sudah stabil selepas melepasi krisis dalamannya untuk mencatur strategi politiknya manakala parti-parti besar yang lain sedang bergolak secara dalaman.
DAP
Pulau Pinang amat dibimbangi akan menjadi medan pengundian mengikut perkauman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana DAP kini bermusuh dengan Umno dan PAS pada masa yang sama.
Perkara ini sangat tidak sihat untuk negara, tapi itulah realiti politik di Pulau Pinang hari ini hasil daripada strategi politik yang diambil DAP.
Rakyat bakal menyaksikan bagaimana strategi popular "musuh punya lawan ialah kawan" bakal makan diri pada pengamalnya dan lahirnya angin "Asal Bukan DAP" di Pulau Mutiara itu.
Jika DAP terus leka dan tidak berwaspada dengan kesilapan-kesilapan besar dan tidak sensitif seperti tindakan DAP Perak menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menafikan visa 2 peserta luncur angin dari Israel untuk menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf), DAP akan terus menyusahkan Amanah dan PKR yang terpaksa bertanding di kawasan campuran majoriti Melayu kerana kawasan campuran majoriti Cina sudah dibolot DAP sepenuhnya.
PKR
Pemilihan PKR tahun depan bakal menentukan hala tuju parti itu yang sebenarnya. Pergeseran dalaman PKR yang ditutup rapi oleh media juga akan terburai.
Apakah nasib Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali? Apakah PKR akan kekal persepsinya sebagai parti yang hanya melakukan segalanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau parti pembangkang yang ada agenda tersendiri?
Read More / Baca Lagi >>

"Lakukan #2kerja bukan sesuatu yang luar biasa" - Menteri kayu

Posted: 27 Dec 2015 02:44 PM PST

Di sebuah negara bernama Zimbabwe...
Berlonggoknya menteri-menteri kayu...

‘Perang mulut’ Amanah dan PAS menampilkan perbezaan.

Posted: 27 Dec 2015 02:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Semakin hari semakin terpancar fenomena 'perang mulut' di antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Pas selepas kecundang dalam pemilihan Muktamar awal tahun lalu.
Tindakan serangan yang dilancarkan terutamanya daripada Amanah dilihat hanya sekadar untuk mencari populariti, memandangkan parti yang berusia tiga bulan ini masih belum menumpukan gerakan bagi meraih undi terutamanya daripada masyarakat luar bandar dan kawasan pendalaman.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar menyifatkan tindakan Amanah yang berbalas serangan dengan parti lama mereka itu adalah bagi menampilkan perbezaan perjuangan diantara kedua-dua parti tersebut. "Jadi saya melihat disitu mungkin ada sedikit kenapa mereka berbalas kenyataan, iaitu untuk memberikan perbezaaan diantara perjuangan Amanah dengan PAS atau parti lama mereka dahulu.
"Aspek itu dilihat dalam kerangka mereka (Amanah) perlu menjustifikasikan kenapa mereka berbeza dengan PAS..Kalau tidak bagaimana mereka nak memperkenalkan Amanah, sedangkan jika tidak ada perbezaan PAS, sudah tentu Amanah akan terperangkap disitu untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar bandar, bandar ataupun separa bandar," katanya ketika dihubungi Berita Daily.
Firma penyelidikan bebas ini juga berpendapat serangan daripada Amanah ini juga disebabkan oleh tindakan PAS yang mewujudkan pertembungan dalaman yang berlarutan.
"Ini mungkin tindak balas daripada tindakan PAS. Jadi kami melihat tren jawab-menjawab PAS dan Amanah itu adalah kesan daripada pertembungan dalaman dahulu, yang mana mereka sudah pun keluar PAS.
Bagaimanapun katanya, Amanah masih terperangkap dalam kerangka lama yang menyebabkan mereka masih gagal mencari satu citra baru dalam perjuangan.
"Tumpuan Amanah yang sebenar adalah memperkenalkan parti baru yang hanya berusia tiga bulan daripada mereka (Amanah) menumpukan tenaga mereka untuk menyerang PAS.
Terbaru, serangan daripada Amanah adalah dengan menyindir pimpinan PAS dengan menganggap sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan menganggap kebenaran hanya milik jemaah tertentu adalah punca kepada tercetusnya keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.
"Asasnya ialah sebarang secara sedar atau tidak disedari beberapa doktrin di kalangan pengkuliah dan penceramah agama antaranya menganggap jemaah atau kelompoknya memiliki kebenaran mutlak lalu mewajarkan pelabelan sesat, munafik dan mengkafirkan sesama umat Islam yang bukan dari kalangannya.
"Fenomena takfiri ini adalah asas pemikiran Isis dan seumpamanya," kata Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin dalam kenyataan mereka di Dewan Rakyat semalam.
Amanah belum dirasai di luar bandar
Hisomuddin berkata, hasil kajian firma itu yang berakhir 15 November lepas mendapati segmen luar bandar masih belum sedar sepenuhnya akan kewujudan Parti Amanah terutamanya melibatkan kelompok 'fence sitter', tetapi pernah mengundi di kawasan PAS bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat tetapi .

Posted: 27 Dec 2015 02:40 PM PST

Hari lebih 3 Bulan Amanah di tubuh kan.. apa yang aku nampak, Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat.. tetapi mengguna Strategi dan pendekatan Politik yang Salah dan tersasar.. matlamat (Al-Ghayah) harus jelas.. dalam gerakan Islam(tanzim) ada 3 rukun utama sebagai asas kejayaan dan wasilah perjuangan, pertama Qiyadah(kepimpinan), kedua Jundiyah(pengikut) ,ketiga adalah Qittah( perencanaan/Strategi) , asas ke 3 inilah banyak dari gerakan Islam abaikan.. mereka terlalu tertumpu kepada mengumpulkan keahlian dan pengikut yang ramai.. sedangkan kata saidina Ali " "Kebenaran yang tidak terancang akan kalah kepada kebatilan yang terancang.".. Allah Sendiri berfirman dalam surah As Saff, Allah mencintai orang2 yg berperang dijalannya " كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ " seakan akan sebuah bagunan yg tersusun kukuh ,

apa yg berlaku hari ini, Amanah lebih kepada Syok sendiri dan terikut ikut  gaya dan pendekatan PAS.. Amanah masih lagi dok syok sendiri buat Ceramah ala PAS.. dan masih syok sendiri  bina pejabat dan buka Wisma yg gah seakan2 mahu bersaing dgn PAS.. rasanya semua pembinaan itu adalah kos.. tetapi masih tidak ada gerak kerja Politik yg jelas..tidak salah membina wisma atau bagunan Parti jika keutamaan lain di dahulukan.. aku faham Amanah masih baru.. dia masih membina imej dan aset mereka.. tetapi jangan alirkan kos yang tinggi kepada perkara yg tidak perlu dan tidak ada manfaat kepada gerakan Politik, dulu PAS pun aku pernah tegur kerana membelanjakan RM 8 juta untuk membeli Bagunan di Jalan Raja Laut, dan akhirnya kos operasi dan penyelenggaraan bagunan hampir Rm 300 ribu setahun, cukup membazir.. Amanah tak perlu membazirkan duit untuk membelanjakan berpuluh ribu untuk membuka Wisma dan akhirnya terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yg tinggi.

 Mat Sabu sebagai Presiden Parti peranan nya Mengurus organisasi.. bukan menjadi Spiritual Leader seperti peranan Mursyidul Am di dalam PAS , jawatan Pengerusi Parti di dalam DAP dan penasihat umum di dalam PKR.. Mat Sabu harus sedar semua ni.. Sebagai Presiden mesti dia mesti ada Master plan, module kerja untuk digerakkan secara tersusun bukannya sekadar memberi arahan mulut dan melalui ceramah.. dalam gerak Politik, itu sebab aku lebih suka gaya organisasi politik DAP, mereka tak perlu wisma atau markaz yang besar dan gah.. tetapi gerak kerja mereka tersusun..

Apa sepatutnya Amanah Buat sebagai permulaan ?

1- Perkasa kan organisasi media.. walaupun Amanah sudah ada website nya sendiri, tetapi haru memperkasakan Portal rasmi dari berita nya, Page Amanah Official tak jelas, banyak sangat Page kawasan dan Negeri yg muncul..sumbernya bercelaru unit penerbitan Audio video juga lemah , seharusnya unit ini dahulu diperkasa.. unit dan jabatan ini seharusnya di " centralised " terlebih dulu.. dan unit Media harus diserahkan kepada golongan Profesional dan ahli dalam bidang dia bagi merealisasikan visi, kempen dan aktiviti amanah, menghasilkan risalah ,bahan kempen dan juga propaganda bagi melawan  sebarang anasir Politik UMNO.. bukan dianggotai ahli sukarela yg tidak ada kemahiran dalam bidang Media.. belajar dari cara penerbitan dan pengurusan Malaysiakini.

2- Bersedia untuk menerbitkan Akhbar Mingguan atau bulanan sendiri.. begitu juga majalah Politik.. Amanah boleh saja bergabung dgn PKR dan DAP bagi menghasilkan Akhbar Rasmi Pakatan Harapan, ia bagi menyatukan sumber berita, Amanah boleh menghasil kan bahan berita dunia Politik Islam dan bahan Ilmiah melibatkan penulisa agama. Penerbitan ini penting bagi menyalurkan maklumat yg tepat,centralised dan ia juga boleh menghasilkan sedikit pendapatan kepada Amanah..
Read More / Baca Lagi >>

Irmohizam dicabar buktikan LKIM bantu nelayan Pulau Pinang

Posted: 27 Dec 2015 02:37 PM PST

Pulau Pinang menegaskan telah membantu nelayan di negeri itu yang tidak mampu dilakukan LKIM
Dr-Afif-Bahardin-PETALING JAYA: Kerajaan Pulau Pinang mencabar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membuktikan agensi itu telah menjalankan tanggungjawab untuk membantu nelayan di negeri itu dan di seluruh negara.
EXCO Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berkata, LKIM perlu membuktikan mereka telah memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan nelayan.
"Kerajaan Pulau Pinang membantu nelayan dengan memberi pukat dua kali setahun dan membina tukun tiruan di Pulau Aman dan Pulau Kendi dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan pendapatan nelayan.
"Adakah LKIM boleh melakukan perkara yang sama? Malah Irmohizam (Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim) tidak mampu memberi lesen kepada nelayan," katanya kepada FMT.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu mengulas kenyataan Irmohizam bahawa projek penambakan laut di tiga lokasi iaitu di Permatang Damar Laut, Sungai Batu dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang akan menjejaskan pendapatan nelayan.
"Jika LKIM betul-betul ambil berat soal nelayan dan isu tambakan laut, LKIM patut fokus kepada projek tambakan laut di negeri lain, Johor terutamanya.
"Saya cabar Irmohizam, jika LKIM mampu memberi pukat dua kali setahun kepada nelayan di seluruh negara bukan saja waktu pilihan raya, barulah datang berjumpa kami untuk berbincang," katanya sambil menegaskan, syarikat menguruskan projek tambakan laut setiasa berhubung dengan nelayan dan penduduk di pesisir pantai di kawasan terlibat.

Pemimpin takut buat keputusan, perlu undur - Mufti Kelantan

Posted: 27 Dec 2015 02:36 PM PST

Pemimpin takut buat keputusan perlu undur PASIR PUTEH - Pemimpin yang tidak berani membuat keputusan serta tidak berupaya mempengaruhi ahli atau orang bawahan perlu berundur bagi memberi peluang kepada orang lain yang lebih berwibawa.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Sukri Mohamad berkata, pemimpin seharusnya berjiwa besar serta tidak mudah mengikut telunjuk orang bawahan yang mungkin berkepentingan tertentu dan tidak mahu melihat perpaduan terjalin.
"Pemimpin seperti ini perlu berundur bagi membolehkan orang lain yang sanggup memikul tanggungjawab besar mengambil alih.
"Pemimpin yang baik adalah yang boleh mendamaikan perselisihan antara umat Islam dan tidak meletakkan kepentingan peribadi di depan," katanya.
Menurutnya, pendekatan yang diambil Rasulullah SAW dalam mendamaikan umat dan membentuk perpaduan mesti dicontohi.
"Saya dukacita apabila ada pihak yang tidak menyenangi usaha mewujudkan perpaduan yang sedang diusahakan sekarang.
"Umat Islam wajar mengambil pengajaran peristiwa yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah yang menyebabkan umat Islam lemah dan ditindas.
"Insya-ALLAH sekiranya pemimpin sanggup berdamai, umat Islam bersatu dan kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majls Pecah Tanah Pembinaan Masjid At Taqwa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, hari ini.

Syed Ali: Jangan ungkit kisah silam Umno-Pas

Posted: 27 Dec 2015 02:34 PM PST

Sejarah hubungan Umno-Pas pernah bersatu dalam BN tidak perlu diungkit dan dijadikan alasan untuk menggagalkan usaha kerjasama baharu yang lebih menjurus kepada penyatuan umat Islam dan orang Melayu.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata usaha itu tidak perlu dicurigai sebaliknya perlu dilihat secara lebih positif dalam konteks kepentingan agama, bangsa dan negara.
"Ada kalangan pemimpin Pas menjadikan sejarah lalu sebagai dendam politik untuk menolak pelawaan Umno, ini tidak membawa keuntungan kepada kepentingan sejagat," katanya dalam entry terkini blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.my hari ini.
Syed Ali Alhabshee Terdahulu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.
Idris berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno termasuk pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan; Datuk Asri Muda dan Setiausaha Agung, Osman Abdullah.
Syed Ali juga berkata, kepimpinan Umno dan Pas perlu meletakkan penyatuan orang Melayu dan umat Islam sebagai kerangka utama dalam merintis jalan penyatuan tersebut.
"Kita kena mengambil pendekatan positif dan realistik dengan melihat kepada kepentingan umat Islam dan negara bangsa, sentimen politik kepartian sewajarnya diketepikan," ujarnya.
Beliau berkata lagi, sikap segelintir pimpinan Pas seolah-olah 'keras kepala' mahu menolak kerjasama itu merupakan sesuatu yang mendukacitakan.
Read More / Baca Lagi >>

SEBELUM PILIHANRAYA KAMU RAYU KAMI... LEPAS PILIHANRAYA KAMU TINDAS KAMI...

Posted: 27 Dec 2015 06:27 AM PST

DAH MENGAKU SILAP silalah letak jawatan..
Jadilah PM yang ada maruah diri..

SUDAH 3 TAHUN BAGI PELUANG apa yg kamu dah buat & buktikan peluang yg dah diberi sebelum ini..

NAK BAGI PELUANG KIKIS DUIT RAKYAT SAMPAI KERING KA ???

Kertas siasatan SRC, RM2.6 bilion dikemuka minggu depan

Posted: 27 Dec 2015 06:23 AM PST

SPRM meminta semua pihak yakini siasatan akan dibuat secara bebas, telus dan profesional.
najib_sprm_src_600PETALING JAYA: Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas syarikat yang dikaitkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu SRC International Sdn Bhd, serta wang derma RM2.6 bilion akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu hadapan.
Kertas siasatan itu merekodkan syor berkenaan hasil siasatan iaitu samada terdapat kes atau pun sebaliknya.
"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.
"Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," jelas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diterima FMT, sebagai respon kepada tulisan blog bekas Ketua Pengarang News Strait Times Bhd, Datuk A. Kadir Jasin.
Kadir dalam muatnaiknya itu berkata reputsi SPRM akan terkubur sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed gagal menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-Pas tidak berlebih-lebihan, 'gentleman' - Dr Mohamed Mustafa

Posted: 27 Dec 2015 06:22 AM PST

SHAH ALAM - Pemimpin utama Umno dan Pas dilihat menunjukkan sikap 'gentlemen' apabila boleh mewujudkan persefahaman dalam rundingan awal kerjasama antara parti pemerintah dan pembangkang di negara ini.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awal memberi isyarat bahawa parti Islam itu tidak menolak mentah-mentah 'tali silaturrahim' yang dihulur.
"Kita lihat Pas memberikan respon yang positif untuk sekurang-kurangnya berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersetuju melihat ruang untuk bekerjasama.
Umno Pas "Saya anggap pendirian Pas itu positif tetapi tidak berlebihan, masing-masing mahu menjalin persefahaman baharu di antara mereka, usaha untuk faedah orang Islam, Melayu dan agama Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi pada Jumaat bahawa kesediaan Pas untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Abdul Hadi berkata, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, kerjasama itu sebenarnya sudah bermula sejak tragedi banjir besar yang melanda negeri di pantai timur khususnya Kelantan.
"Kerjasama itu sudah bermula pada waktu itu, dan kita lihat kerajaan negeri dan kerajaan pusat berganding bahu mengetepikan perbezaan politik berusaha mengatasi masalah rakyat.
"Dari situ, saya lihat sentimen politik sudah mula kendur apabila Umno tidak bertanding dalam satu pilihan raya di Kelantan kerana Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Nasihat Pas beri Umno peluang berubah kata menantu Hadi

Posted: 27 Dec 2015 06:20 AM PST

SHAH ALAM - Kesediaan Pas menjadi penasihat kepada kerajaan Umno dan BN tidak terhad kepada institusi kepimpinan semata-mata bahkan teguran itu dibuat demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu termasuk ahli parti hingga akar umbi.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, konsep nasihat yang dihasratkan Pas bukan untuk menjatuhkan Umno dan BN setiap masa, sebaliknya memberi peluang kepada parti Melayu itu untuk berubah.
Zaharuddin Muhammad "Ada masa nasihat, justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada pilihan raya. Kalau Umno boleh berubah..Alhamdulillah.
"Kalau tak berubah, maka pilihan raya nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu berkata, kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Katanya, ia juga termaktub di dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar yang tertinggi dalam undang-undang tubuh Pas.
Dengan memetik surah al-Asr, beliau berkata surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas termasuk terhadap musuh yang paling zalim.
Read More / Baca Lagi >>

Jawapan kepada soalan Dr Agus

Posted: 27 Dec 2015 04:03 AM PST

Oleh Aiman Athirah Al Jundi


Prof Agus,

Izinkan saya menjawab dengan lidah yang fasih akan pertanyaan Prof lewat penulisan Prof hari ini.

Iyya, AMANAH adalah alternatif kepada Pas. AMANAH adalah sebuah Parti Islam yang lebih inklusif dan sejujurnya berusaha menterjemahkan Islam Rahmat Untuk Semua. Bukan hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir.

Dan...iyya...AMANAH  juga punya "produk baru" yang  ditawarkan untuk rakyat, khususnya selepas ada yang sedang terancang mengkhianati kepercayaan dan pengharapan rakyat. Sekaligus memandang rendah kepada kedzaliman regim yang sedang bermaharajalela.

AMANAH adalah kesinambungan perjuangan kami semua yang konsistan menggerakkan Kebangkitan Rakyat untuk menumbangkan kedzaliman regim umno barisan nasional.

AMANAH adalah sebuah perjuangan yang digalas dan didokong oleh setiap sosok pemimpin dan aktivis rakyat yang tidak pernah kenal apa itu jemu, letih, putus asa dan mengalah.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tak ada jalan lain, eloklah bersama UMNO : PASMA

Posted: 27 Dec 2015 04:02 AM PST

Oleh : MOHD HILMI MOHD ALI

"PAS saya lihat sudah pergi terlalu jauh dalam konteks kerjasama dengan UMNO dan saya berpendapat PAS tidak ada pilihan lain dan mereka saya yakin akan teruskan kerjasama itu".

"Kenyataan kepimpinan PAS juga masing-masing agak berbeza antara pimpinan-pimpinan mereka. Ada yang dilihat setuju dan ada yang tidak setuju namun pimpinan tertinggi PAS nampaknya bersetuju, jadi eloklah diteruskan".

Itu kata Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi kepada BNBBC.my. mengulas kerjasama PAS dan UMNO yang dilihat semakin rancak selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. 17 Disember lalu.

Menurutnya, adalah lebih molek PAS meneruskan kerjasama mereka bersama parti UMNO kerana PAS kini dilihat tidak mempunyai jalan lain ekoran permusuhan dengan DAP dan yang terbaru, ketegangan dengan PKR.

najib n hadiMengakui kerjasama PAS dan UMNO bukanlah sesuatu yang asing, Ir. Phahrolrazi memaklumkan bahawa kedua parti itu telah bekerjasama sejak 2008 lagi.

Bezanya dahulu kerjasama dilakukan secara rahsia melalui beberapa pertemuan sulit, namun kali ini kerjasama PAS bersama UMNO lebih terbuka tanpa selindung.

"Kepimpinan PAS sebelum ini pernah ada kerjasama dengan UMNO, cuma tidak diistiharkan.

"Seperti sebelum ini kerjasama kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (G2G), perjumpaan secara sulit juga pernah berlangsung melibatkan kerajaan Perak dan Selangor," katanya.

Bagaimanapun PASMA katanya, lebih senang jika PAS meneruskan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan UMNO selepas enggan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH di bawah Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS kuda tunggangan perompak no 1

Posted: 27 Dec 2015 04:02 AM PST

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi disarankan mengguna pakai pendekatan politik berhikmah berbanding mengikut jejak 'orang-orang tua' dalam politik yang gemar berbalah antara satu sama lain.

Naib Ketua (Politik) Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sikap yang ditunjukkan anak kepada Presiden Pas itu hanyalah tindakan ke belakang sekaligus menjauhkan anak-anak muda dari politik.

"Apa perasan Khalil jika ada orang menuduh Pas sebagai 'keldai tunggangan' perompak nombor satu rakyat Malaysia? Apa pula perasaan Khalil jika orang menuduh Pas bersekongkol dengan manusia yang sepatutnya didakwa bawah hudud kerana merompak wang rakyat dalam terang?

"Jangan ditambah lagi jarak (politik) dan prejudis tersebut dengan meneruskan kaedah dan cara berpolitik seperti itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Khalil hari ini yang menuduh Amanah terikat dengan DAP dan parti serpihan Pas itu hanya akan mendengar dan mengikut telunjuk DAP.

Khalil juga berkata jika Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti hasrat tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Umno-PAS dapat restu PAS Pusat, kata Mohd Amar

Posted: 27 Dec 2015 04:01 AM PST

Menyangkal dakwaan bahawa kerjasama dengan Umno adalah pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berseorangan, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tampil menegaskan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua parti itu mendapat restu daripada pucuk kepemimpinan PAS Pusat.
Beliau berkata, hubungan berkenaan bagaimanapun bukan melibatkan kerjasama politik sebaliknya demi kepentingan Islam dan rakyat sambil mengakui PAS boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.
"Hubungan baik Abdul Hadi dengan Najib juga sudah dibincang pada peringkat PAS Pusat dan lajnah politik (PAS) dan ia bukan keputusan Presiden (Abdul Hadi) seorang, ia adalah keputusan parti.
"Usaha Perdana Menteri menghulur tali silaturahim untuk mengajak PAS sama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya amat baik dan dialu-alukan dan kita setuju serta boleh bekerjasama dalam memartabatkan Islam," ujarnya dipetik daripada wawancara dalam akhbar Berita Harian hari ini.
Ditanya tentang penolakan PAS untuk bekerjasama dari segi politik atau bergabung dengan Umno, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, partinya melalui banyak pengalaman pahit yang sukar dilupakan sepanjang tempoh PAS menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
"Setakat ini, perkara untuk kerjasama politik atau bergabung dengan Umno tidak pernah dibincang oleh pucuk kepemimpinan parti, malah tidak mungkin akan terjadi. Perkara itu adalah 'out of question'.
"Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dulu pun bersikap terbuka dalam mengadakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat dalam perkara yang menyentuh kepentingan Islam.
"Jadi, tak ada beza kerjasama yang dijalankan oleh pucuk pimpinan PAS sekarang, yang Tok Guru (Nik Aziz) menentang dahulu kalau kita nak masuk Umno dan bergabung dalam BN. Perkara itu juga tidak ada dalam perancangan dan fikiran pucuk pimpinan sekarang," ujarnya lagi dipetik dari wawancara hampir semuka penuh itu.
Read More / Baca Lagi >>

Abdul Hadi pemimpin parti Islam tetapi tekankan Melayu, bidas Mohamed Hanipa

Posted: 27 Dec 2015 03:58 AM PST


Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin.Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin.Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal kewajaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin parti Islam tetapi memberi banyak penekanan kepada Melayu dalam isu berhubung kepimpinan negara.
Pengerusi Kanun Amanah, Mohamed Hanipa Maidin merujuk kenyataan Hadi dalam satu laporan berita di harakahdaily.net bertajuk "Mesti Islam Ketua Kerajaan" yang antara lain menyebut, "dalam Malaysia, majoriti rakyat adalah orang Melayu Islam, mesti terima hakikat, Melayu Islam memimpin negara sama ada cara Umno atau cara PAS, itu bab lain."
Hanipa yang juga peguam itu berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan syarat bahawa individu beragama Islam memimpin negara sebaliknya mesti mendapat sokongan dan keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
"Jadi mengapa hanya hadkan realiti tersebut tanpa mengira realiti lain yang juga tak kurang pentingnya? Kenapakah TGHH sebagai Presiden parti Islam, bercakap tentang pemimpin Melayu /Islam dan tidak hanya pemimpin Islam?
"Bukankah Islam tidak pandang kepada bangsa? Adakah Melayu Islam yang korup akan diutamakan daripada Cina Islam atau India Islam atau Kadazan Islam yang bertaqwa. Kalau ya, minta maaf, saya ada masalah nak terima Islam versi tersebut. Adakah ini asabiyyah baru iaitu assabiyyah Islam?"
"Tok Guru kata 'PAS mahu Malaysia diperintah oleh orang Islam'. Ok, itu satu permintaan yang wajar dan munasabah. Tapi kenapa diletak syarat pula mesti Melayu/Islam. Yang ini, bagi saya, tak wajar dan nampak asing daripada ajaran Islam?" tegas bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.
Rakyat sudah beri PAS peluang
Turut menafikan dakwaan Hadi dalam laporan berita itu seolah-olah rakyat tidak pernah memberi peluang kepada PAS untuk memerintah, Hanipa berkata, hal tersebut telah dibuktikan di Kelantan termasuk hanya bertahan satu penggal pentadbiran di Terengganu dan Kedah.

"Kalau pemerintahan PAS 'superb' sudah tentu rakyat tak akan tolak hanya satu term sahaja? Mungkin di Kelantan PAS dah perintah agak lama, mungkin ada banyak yang Kelantan dah buat, yang baik, namun adakah PAS berani kata kerajaan Kelantan adalah model terbaik kerajaan Islam?

"Mungkin Tok Guru Nik Aziz boleh dibanggakan dari banyak sudut, tapi bagaimanakah kerajaan Kelantan secara keseluruhan?" soal Ahli Parlimen Sepang itu.

Walau bagaimanapun, menganggap kenyataan Hadi berkenaan mungkin bermaksud memberi peluang untuk PAS menguasai Putrajaya, Hanipa dilihat secara sinis membandingkan prestasi PAS sebelum ini dalam memerintah kerajaan negeri.
"Mungkin TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) merujuk kepada kerajaan Pusat iaitu beri peluang PAS perintah kerajaan Pusat dulu dan rakyat akan lihat bagaimana? Kalau itu hujahnya, rakyat akan cakap beri peluang perintah di negeri pun dah kelam kabut, macam mana kami nak percaya dan beri peluang perintah di pusat?" ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar - Dr Dzulkefly

Posted: 27 Dec 2015 03:55 AM PST

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip 'tadafuk' atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.
Dr Dzulkefly Ahmad "Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.
"Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Dengan memetik surah al-Asr, Abdul Hadi berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.
Mengulas lanjut, Dzulkefly bagaimanapun berkata, tindakan Abdul Hadi membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Mejar Zaidi sertai Amanah selepas PAS cenderung pada Umno

Posted: 27 Dec 2015 03:52 AM PST

Bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Selepas beberapa bulan menyertai PAS, bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan parti Islam tersebut dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Bekas juruterbang pesawat pejuang itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana "PAS cenderung terhadap Umno dan tidak bersama parti pembangkang lain".
Beliau pada asalnya menyertai Gerakan Harapan Baru – gerakan pra penubuhan Amanah yang dilancarkan pada September lalu.

Katanya, penyertaan dalam Amanah berlaku kerana PAS tidak melakukan perkara yang perlu dilakukan sebagai parti pembangkang sedangkan beliau sebelum ini menyertai PAS "kerana ia menegakkan Islam". "Saya rasakan PAS cenderung kepada Umno. Ia bukan perkara yang sepatutnya dilakukan parti pembangkang.
"Semua parti dalam pembangkang sepatutnya bersatu menentang Umno. Itu peraturannya. Tapi PAS melakukan sebaliknya...dan ia juga meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya.
Pakatan pembangkang bubar selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP akibat perselisihan isu hukum hudud setahun setengah lalu.
Hala tuju parti Islam itu yang kini dipimpin golongan ulama turut menyebabkan pemimpin dari kumpulan progresifnya keluar parti dan menubuhkan Amanah.
Ia termasuk Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Zaidi di mahkamah tentera.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghulurkan salam persahabatan kepada PAS dan mencadangkan kerjasama di antara 2 parti itu.
Najib yang juga presiden Umno serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu berada sepentas di Multaqa Serantau Alumni Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Pada acara tersebut, Najib mengulangi jemputannya kepada PAS agar kedua-dua parti itu bekerjasama, selepas pertama kali menghulurkan salam silaturahim pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu.
Menilai situasi itu, Zaidi yang kini merupakan pengarah komunikasi Amanah Kepala Batas berpendapat, Umno kini mencari talian hayat kerana kepimpinannya menghadapi cabaran.
Katanya, Amanah bersama Pakatan Harapan kini berada pada landasan yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

Kami tak boleh dedah penyumbang RM2.6b Najib, kata SPRM

Posted: 27 Dec 2015 03:48 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa ia terikat dengan undang-undang untuk tidak mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Operasi Khas, SPRM Datuk Bahri Mohd Zin berkata suruhanjaya anti-rasuah itu dihalang oleh Akta SPRM 2009 daripada mendedahkan butiran siasatannya, sehingga kes dibawa ke mahkamah.
"SPRM tiada masalah untuk mendedahkan butiran siasatan andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.
"Bagaimanapun peruntukan yang sedia ada tidak membenarkan SPRM berbuat demikian," katanya.
Bahri berkata demikian ketika mengulas gesaan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menuntut SPRM untuk mendedahkan identiti penderma berkenaan.
"Sebagai penggubal undang-undang, diharap Rafizi memahami kekangan ini dan
mengesyorkan pindaan yang sewajarnya bagi membolehkan SPRM mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang disiasat secara terperinci kepada umum," katanya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan bahawa siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan dengan bebas, telus dan profesional.

Siasatan SPRM ke atas SRC, RM2.6b Najib siap minggu depan

Posted: 27 Dec 2015 03:45 AM PST


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan hasil siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada minggu depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Operasi Khas, SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin juga memberi jaminan bahawa kedua-dua siasatan itu akan dilakukan secara bebas, telus, dan profesional.
"Saya selaku Pengarah Bahagian Operasi Khas, ingin memaklumkan yang pasukan siasatan kes ini telah diberi panduan dan amanat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bahawa pasukan siasatan mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan dengan bebas iaitu sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.
"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan Kertas Siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya.
"Pengurusan Tertinggi SPRM berpendirian perkara ini penting bagi memastikan semua pihak akan mengetahui yang SPRM telah mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," katanya.
Bahri berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa portal dan akhbar yang memetik karya Datuk A Kadir Jasin yang mempertikaikan siasatan SPRM itu mungkin satu muslihat.
Isu RM2.6 bilion pertama kali timbul pada Julai lalu apabila The Wall Street Journal melaporkan bahawa wang berkenaan disalurkan ke akaun bank peribadi Najib ketika pilihan raya umum ke-13.
Turut disalurkan dalam akaun Najib mengikut laporan itu adalah dana RM42 juta yang didakwa dari SRC International. Najib sebelum ini, menafikan sebarang salah laku.

SPRM sekali lagi nafi ada campur tangan kes SRC, RM2.6 bilion

Posted: 27 Dec 2015 03:45 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menafikan sebarang campur tangan dalam siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, pasukan penyiasat kes itu diberi panduan dan amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed sendiri yang ia mesti merekodkan syor berkenaan hasil siasatan itu dengan bebas, sama ada terdapat kes ataupun sebaliknya.
"Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada peguam negara minggu depan.

"Begitu juga sebaliknya," kata Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dalam satu kenyataan hari ini. "Pengurusan tertinggi SPRM berpendirian, perkara ini penting bagi memastikan semua pihak mengetahui yang SPRM mengambil segala tindakan secara profesional dan bebas," katanya.
Bahri berkata demikian mengulas kenyataan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin yang bimbang penyataan Abu Kassim mengenai kebebasan agensi anti rasuah itu sebenarnya bertujuan melindungi Najib.
Kadir berkata, dengan menegaskan SPRM ialah sebuah badan yang berwibawa, orang ramai mungkin selepas ini terpaksa menerima hasil siasatannya yang memihak kepada perdana menteri.