Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PAS baru sedar DAP nak halau Melayu?

Posted: 26 Dec 2015 08:33 PM PST


PAS Pulau Pinang Dedahkan Rancangan DAP 'Usir Melayu'

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan dilihat sebagai memaksa komuniti Melayu Islam berhijrah.

Ia juga usaha pecah undi Melayu di satu-satu kawasan, dakwa Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim yang pernah dipecat daripada jawatan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana mengkritik DAP negeri itu.


Katanya, pembangunan sedemikian seolah-olah menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah 'mampu gigit jari' bernilai tinggi yang hanya bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

"Ada semacam satu agenda pembangunan sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok perumahan baharu, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

"Kalau perkara sebegini tidak dibendung, usaha perencanaan sistematik yang berjaya dibuat DAP ini akan hakis orang Islam dan perkampungan Melayu daripada bahagian pulau kepada tanah besar di Seberang Perai.

"Jadi pembangunan perlu ambil kira komuniti. Apa makna pembangunan atau perumahan yang boleh buat? Tapi komuniti tak boleh terima. Komuniti hanya hanya jadi penonton, jadi mangsa kepada pembangunan ini," ujarnya.


Iszuree seperti yang dilaporkan laman web rasmi PAS dan disiarkan portal berita AgendaDaily berkata, nasib sama berlaku juga kepada penjaja Melayu Islam dikenakan tindakan roboh oleh pihak penguatkuasa tempatan.

Sedangkan MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak pula melakukan perkara sama kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu yang secara terang mengganggu lalu lintas dan tidak menjaga kebersihan awam.

Malangnya menurut beliau, apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat jauh bermotifkan perkauman yang sempit.

Sedangkan jelas Iszuree, usaha PAS itu adalah untuk memberi keadilan, keharmonian dan hak rakyat sebagaimana menjadi intipati utama perjuangan Pakatan Rakyat serta dipersetujui dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

Ia termasuk untuk mewujudkan garis sempadan Perkampungan Melayu Warisan di Pulau Pinang. Bagaimanapun ujarnya, perkara itu langsung tidak pernah dibincangkan sesama mereka setelah menang pilihan raya tersebut.


Sebaliknya pemerintah ditunjangi DAP lebih menitikberatkan pemeliharaan warisan kolonial Inggeris seperti yang terdapat banyak di bandar raya George Town setelah mendapat status tapak warisan dunia daripada UNESCO.

"Mereka cuba menarik sokongan ketika Pilihan Raya Umum pada 2013 lalu itu dengan agenda konon mahu bantu warisan perkampungan Melayu. Tetapi setelah menang dengan kuasa yang ada, tidak pula disentuh pun.

"Jadi, apa matlamat buat pembangunan rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak halau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Apabila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku.

"Macam ada agenda tersembunyi, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita (PAS Pulau Pinang) sudah nampak," tutur beliau meluahkan kebimbangan.

Sepatutnya terang Iszuree, kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tanggungjawab untuk memelihara komuniti Melayu kerana ia juga merupakan aset yang turut menyumbang misalnya kepada industri pelancongan negeri.

Terang beliau lagi, pelancong asing bukan sahaja datang untuk melihat pantai dan seumpamanya, tetapi juga komuniti masyarakat, budaya, makanan dan warisan asli tempatan turut boleh menjadi daya tarikan unik.

Beliau turut tidak menolak Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersial seperti mana Singapura dan Hong Kong serta sebagai penempatan untuk orang kaya sahaja.

FB Diy Sarosa

Apa permainan Iskandar Samad yang merupakan orang Hadi?

Posted: 26 Dec 2015 12:30 AM PST


Naib Presiden PAS Dato Iskandar Samad membuat kenyataan baru-baru ini bahawa sesiapa yang ingin bergabung dengan UMNO, maka sila keluar parti.

Kenyataan ini dibuat ketika Presiden PAS, Tuan Guru Dato Haji Hadi baru duduk sepentas dengan Dato Nadi di Multaqa Azhar yang mana penuh dengan perbincangan mengenai perpaduan ummah. Iskandar pula berkata Hadi hanya sekadar menghadirkan diri dan memberi peringatan akan usaha untuk pecah belahkan PAS.

Disamping itu, Setiausaha Agong PAS, Dato Takiyuddin Hasan ada menyebut kesediaan PAS memaafkan UMNO selepas menghadiri Mesyuarat Agong Perkasa, walaupun dia cuba menyangkal ada disoal demikian.

Sikap yang ditunjukkkan oleh Naib Presiden Dato Nik Amar, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh, dan Menteri Besar Kelantan Dato Mohamed Yaacob adalah kearah mahu kerjasama dengan parti pemerintah di pusat.

Manakala itu, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim dan Naib Presiden Idris Ahmad dilihat serupa membantah gabungan dan juga kerjasama dengan UMNO.

Ketika polemik ini sedang berkemundang, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah membuat kenyataan PKR akan hanya berbincang berhubung pembahagian kerusi di Sarawak dengan Amanah dan DAP. Beliau menambah dengan memperlecehkan PAS sebagai tidak upaya untuk menang kerusi di Sarawak.

Padahal PAS sudah tanding 5 kerusi di masa lepas dan akan tanding 11 kerusi pada pilihanraya. Ia seolah-olah mengarah PAS memberi laluan kepada Amanah.

Iskandar menjawab kenyataan Wan Azizah dengan mengatakan PAS ada kekuatan di Sarawak. Walaupun nampak menyangkal Wan Azizah, suatu ketika Iskandar dilaporkan berkata PKR boleh berperanan sebagai fasilitator antara Pakatan Pembangkang "Sebab perlu ada satu suara yang satu."

Idris Ahmad menempelak Wan Azizah sebagai hanya ikut telunjuk DAP. Baru akhir bulan November Wan Azizah menafikan PAS akan ditendang keluar oleh kerajaan negeri Selangor.

Keadaan kelihatan seolah PKR hanya berkawan dengan PAS di Selangor tapi bermusuh di Sarawak

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menimbulkan persoalan terhadap kenyataan Wan Azizah.

"Apabila keluar kenyataan seperti ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pendekatan seperti itu akan digunakan iaitu PAS tidak boleh bertanding di banyak kerusi, hanya di Kelantan, dan kubu PAS di kawasan Melayu."

Demikianlah kehendak DAP yang dilihat PAS mahu menghadkan perkembangan PAS untuk Amamanh dan PKR kembangkan sayap.   

Kata Zuhdi lagi, "Kalau ini berlaku, ia satu bentuk ketidaksetiaan, pengkhianatan kepada hubungan tahaluf siyasi PAS dan PKR."

Iskandar masih dikekalkan Azmin dalam exco kerajaan Selangor walaupun DAP mendesak agar PAS digugurkan. Namun begitu, DAP belum lagi memprotes hingga ke tahap keluar dari kerajaan Selangor mahu pun exco kerajaan negeri.

Adakah ini satu permainan Iskandar dalam menghalang "boss" beliau, Haji Hadi dari bekerjasama hingga bergabung kembali dalam BN? Adakah Iskandar hanya usaha mengimbang kepada hubungan PAS dengan PKR?

Adakah ini hanya permainan silap mata PAS untuk mengelirukan keadaan sebenar sementara mereka cuba menilai opsyen terbaik buat PAS?

Sementara itu, Azmin berbaik kembali dengan Tun Mahathir....

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MENGHAYATI ANTARA CEBISAN SEJARAH DUNIA

Posted: 26 Dec 2015 09:05 PM PST

Presiden Tunisia, Zine El Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat.  Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri ke luar negeri.  

Gaya hidup dia yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya Presiden tersebut.

Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.  

Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, dia juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).  

Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?

Dia sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. 

Setiap kritikan rakyat terhadap tingkah lakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. 

Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.  Selepas kejatuhannya, dia menjadi bualan dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri diktator Rumania Nikolai Ceausescu. 

Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. 

Read More / Baca Lagi >>

'Saya bukan budak suruhan Tun Mahathir' - Khairuddin Abu Hassan

Posted: 26 Dec 2015 08:58 PM PST

SHAH ALAM – Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau sering dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga ada yang menuduhnya orang suruhan kepada tokoh pemimpin itu.
Menurutnya, beliau telah menegaskan sebelum ini bahawa beliau tidak pernah merancang ataupun berbincang dengan Mahathir untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khairuddin Abu Hassan "Sebenarnya saya sudah kata beberapa kali bahawa nasib saya ini kurang baik. Saya tak tahu kenapa, apabila orang tengok muka saya sahaja, orang akan kaitkan saya dengan Tun Mahathir. Saya bukan budak suruhan Tun Mahathir dan beliau tidak pernah suruh pun saya buat perkara-perkara ini.
"Saya selaku Naib Ketua Umno Batu Kawan, selaku pemimpin Umno akar umbi, apabila saya mengesyaki ada unsur jenayah atau penyelewengan berlaku, atas dasar prinsip saya sendiri, saya ambil tindakan ini," katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Mahathir sebelum membuat laporan polis berkait itu 1MDB bagi mendapatkan restu.
"Kalaulah saya ini budak suruhan Tun Mahathir... pada tahun 1998, saya adalah orang yang menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan pada tahun itu, persepsi yang sama wujud. Orang kata, kononnya Tun Mahathir upah saya, suruh saya terbitkan buku ini untuk menjatuhkan Anwar (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini tidak betul.
"Kalau anda mengikuti ceramah-ceramah saya di seluruh tanah air, apabila saya bercakap tentang isu Anwar khususnya pada tahun 1998, saya selalu kata, orang yang harus dipersalahkan dalam isu Anwar ini adalah Tun Mahathir kerana 1997-1998 beliau cukup sayangkan Anwar. Apa kita cakap tentang Anwar dia tak mahu percaya. Sebab Tun Mahathir tak mahu percaya, atas dasar inilah saya terbitkan buku itu. Bukan disuruh Tun Mahathir," katanya.
Malah katanya, jika benar dakwaan bahawa beliau orang suruhan Mahathir, selepas Anwar dipenjara, pastinya beliau sudah dilantik sebagai menteri Kabinet.
"Ataupun paling tidak dilantik untuk menduduki syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC. Tetapi seumur hidup saya, saya tidak pernah dianugerahkan sebarang kontrak kerajaan dan tidak pernah menjawat jawatan kerajaan.
"Cuma saya akui bahawa saya penyokong kuat Tun Mahathir. Saya rela mati di atas perjuangan untuk Tun Mahathir kerana saya tahu wadah perjuangan beliau cukup jujur, ikhlas. Dalam hidup beliau yang penting adalah bangsa, agama dan negaranya," katanya yang menyifatkan Tun Mahathir tidak memerlukan beliau pemimpin kerdil untuk melawan sesiapa sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

3 cabaran genting 2016, kita mahu jadi tembok atau jambatan?

Posted: 26 Dec 2015 08:51 PM PST

Dr Wong Chin Huat

Kebarangkalian besar, 3 arus (trend) yang memudaratkan di 2015 akan diteruskan dalam 2016: penganiayaan ke atas pengkritik pemerintah, kekacauan ala Low Yat/Kota Raya, dan pengasingan berasaskan agama.
Manusia suka mendengar berita atau cerita baik. Itu sebabnya kita mengucapkan "selamat pagi", "selamat tahun baru" dan sebagainya yang menggambarkan harapan dan aspirasi kita.
Kalau ikut fikiran itu, maka kolum minggu ini harus memaparkan cerita baik untuk 2016 seperti pendidikan Malaysia akan terus bertaraf terunggul di dunia, masa depan ekonomi Malaysia cerah sekali, 1Malaysia sudah berjaya direalisasikan ataupun Wawasan 2020 akan tercapai 4 dahulu lebih awal.

Tetapi saya bukan tukang cerita dongeng (fairy tales) dan mitos, dan sebaliknya seorang ahli sains politik. Saya imbas kembali 2015 dan melihat 3 arus yang cukup membimbangkan. Arus pertama yang membimbangkan ialah penganiyaan politik ke atas pengkritik pemerintah.
Kita sudahpun tidak dapat mengingati bilangan wakil rakyat yang  didakwa kerana melaksanakan hak mereka untuk bersuara atau berhimpun di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Itu tidak termasuk lagi dengan jumlah aktivis dan rakyat jelata yang turut didakwa kerana membantah tingkahlaku pemerintah.
Untuk mencipta suasana menakutkan untuk semua supaya tidak berani bersuara, maka bukan saja pengkritik pemerintah didakwa, malah pensyarah, pemikir, penterjamah, penerbit, pengurus kedai buku turut dibawa ke mahkamah atas nama melindungi raja dan agama.
Seolah-olah kuasa pemerintah tidak cukup untuk menekan suara rakyat, Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bercontohkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969-1971 akan ditubuhkan tak lama lagi. Rang undang-undangnya  diluluskan  ahli parlimen BN di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mempertimbangkan dan membicarakan kemudaratannya.
Terdiri daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri, 3 orang menteri kanan dan ketua 3 angkatan negara – birokrat, tentera dan polis, MKN akan mengambilalih kuasa kabinet sebagai "pihak berkuasa pusat bagi kerajaan" dalam perihal keselamatan negara yang merangkumi isu politik seperti kedaulatan, integriti wilayah, kestablilan sosio-politik dan perpaduan negara.
Berbeza daripada Mageran yang merupakan pengganti kabinet sementara apabila negara berada di bawah darurat, MKN boleh bila-bila masa mengenakan pemerintahan darurat di wilayah yang diisytiharkan sebagai "kawasan keselamatan".
Pengarah operasi yang mengetuai "kawasan keselamatan" boleh memberi arahan kepada semua "entiti kerajaan" yang mengikut definisinya merangkumi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini bermaksud dalam senario terburuk, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin tidak dapat disempurnakan dan Najib akan terus berkuasa sekiranya sebelum keputusan penuh diumumkan, negeri kubu kuat diisytiharkan sebagai "kawasan keselamatan".
Lebih daripada membisukan pengkritik pemerintah dengan dakwaan di bawah undang-undang zalim seperti Sosma dan Pota, MKN boleh digunakan untuk memastikan kritikan kepada pemerintah tidak berkesan bagi menekan penukaran pemerintahan atau memaksa pemerintah mengubah dasar atau tingkahlakunya.
Arus kedua yang membimbangkan ialah kekacauan sepertimana yang berlaku di Plaza Low Yat pada 22 Julai dan di Kompleks Kota Raya pada 20 Disember.
Dalam kedua-dua kes ini, tuduhan dibuat  berlakunya penipuan terhadap pengguna kaum Melayu dilakukan  penjual kaum Cina dalam pembelian telefon bimbit. (Dalam kes Low Yat, pengguna yang kononnya tertipu itu sebenarnya suspek pencuri telefon bimbit).
Secara prinsipnya, semua penipuan dalam jualbeli harus dihukum untuk menegakkan keadilan, tanpa mengira kaum atau agama si penipu dan si mangsa.
Jika memang berlaku penipuan sistematik antara penjual telefon di Plaza Low Yat dan Kompleks Kota Raya, maka laporan seharusnya dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan KPDNKK harus mengambil tindakan serta-merta.
Penyiasatan dan tindakan sewajarnya harus diambil sekalipun jika yang menipu pengguna kaum Melayu ialah penjual kaum Melayu, ataupun jika yang ditipu  penjual kaum Cina ialah pengguna kaum Cina.
Kalau memang berlaku penipuan, maka penjual yang salah harus didakwa di mahkamah atau dikenakan hukuman eksekutif. Sebaliknya, kalau tiada bukti  berlaku penipuan, maka tuduhan tersebut juga harus disangkal  pihak berkuasa untuk mengelakkan anasir jahat menangguk di air keruh.
Unsur kaum tidak harus dan tidak mungkin ditimbulkan sama sekali jika pihak berkuasa berfungsi sewajarnya.
Akan tetapi, dalam kedua-dua peristiwa ini, kita tidak baca mengenai tindakan KPDNKK untuk menyiasat atau menyangkal tuduuhan.
Sebaliknya, 2 respons berbau perkauman berlaku.
Pertama, keganasan atau amok ke atas kedai dan penjual yang dituduh menipu mereka yang ingin "memperjuangkan maruah orang Melayu".
Yang menariknya, polis juga tidak bertindak serta-merta bagi mengelakkan kekacauan daripada berlaku.
Dalam kes Plaza Low Yat, kemarahan mereka yang menyebelahi "pengguna Melayu" dibiarkan membara selama 5 jam daripada pukul 7 malam sampai berlakunya rusuhan selepas larut malam sungguhpun Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuala Lumpur cuma 7 minit jaraknya daripada tempat kejadian. Ali Tinju yang asalnya didakwa menghasut akhirnya digugurkan kesnya  dengan Jabatan Peguam Negara memberikan alasan kurang bukti.
Dalam kes Kompleks Kota Raya, juga tidak nampak peningkatan anggota polis yang meronda di situ sungguhpun Ali Tinju cuba membuat demonstrasi berunsur ugutan 2 kali sebelum kekacauan tercetus.
Read More / Baca Lagi >>

Menanti ‘kegelapan’ 2016

Posted: 26 Dec 2015 08:47 PM PST

Tinggal beberapa hari lagi 2015 akan berakhir. Terlalu banyak peristiwa besar berlaku dalam tahun ini yang tidak mungkin kita akan lupakan.
Tambahan pula kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan kita.
Kedatangan tahun baru turut membawa "harapan" baharu kepada kita. Kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik berlaku pada 2016, terutamanya kepada kehidupan kita.

Tetapi yang nyatanya, kedatangan tahun baru tidaklah begitu menggembirakan memandangkan kos kehidupan pada hari ini meningkat dengan mendadak akibat pengurangan subsidi bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan berlaku secara serentak. Jika tidak percaya, pergilah pasar dengan membawa RM100. Lihatlah apa yang dapat anda bawa pulang dengan jumlah wang sebanyak itu. Kemudian, bandingkan apa yang boleh dibeli dengan jumlah sama 3 bulan lalu.
Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak bersekolah tidak kurang hebatnya. Apatah lagi jika mempunyai lebih daripada seorang anak bersekolah.
Hari ini semua harga barangan keperluan sekolah meningkat. Harga baju sekolah, beg sekolah dan buku semuanya meningkat.
Bagi yang tinggal di kota besar seperti di Kuala Lumpur lebih malang lagi.
Harga pengangkutan awam turut meningkat. Untuk memandu kenderaan sendiri harga petrol tidak menentu, harga tol juga semakin mahal.
Belum dikira harga untuk parkir kenderaan. Selain mahal, di Kuala Lumpur ini, selalunya sekalipun anda mempunyai wang untuk membayar sewa parkir, belum tentu ruang mencukupi!
Jika kenderaan diletakkan di tempat yang salah, sekelip mata saja saman polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sampai.
Jika nasib anda malang, kenderaan anda akan ditarik penguatkuasa tempatan. Jadi apa pilihan yang kita ada?
Hidup makin perit
Mahu menggunakan basikal jalan raya kita tidak begitu "mesra" penunggang basikal. Nak berjalan kaki cuaca kita tidaklah dingin seperti di negara 4 musim.
Kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semakin terasa. Apa saja perbelanjaan kita pada hari ini semuanya GST, GST, GST, walaupun sebelum Putrajaya melaksanakan cukai baharu itu pada April, bapak menteri berjanji banyak harga barang dan keperluan akan turun.
Kita dikejutkan baru-baru ini dengan laporan media tentang 16 sekeluarga yang terpaksa tidur bergilir di sebuah rumah flat satu bilik di tengah bandar Kuala Lumpur.
Dengan berbekalkan pendapatan hasil perniagaan tanpa lesen di Dataran Merdeka, keluarga Melayu-Islam ini meneruskan kehidupan di kota yang penuh pancaroba ini.
Pada hari sama media melaporkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui mempunyai "simulator golf" seperti didedahkan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) tidak berapa lama dulu walaupun menafikan membelinya menggunakan hasil sumbangan orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor mengaku terkejut wanita bertudung guna vape

Posted: 26 Dec 2015 08:42 PM PST

Baginda bertegas untuk mengharamkan penjualan vape di negeri itu kerana kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan
Sultan-Ibrahim_vape_johor_600
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengaku baginda terkejut dan kurang senang melihat perbuatan wanita bertudung dan kanak-kanak yang menggunakan vape.
Menyedari budaya vape sebagai permulaan kepada satu bencana, baginda perlu berbuat sesuatu dan selepas membuat kajian, baginda membuat keputusan supaya penjualan vape diharamkan di negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2016.
"Saya bosan dengan karenah jabatan kerajaan peringkat negeri dan Persekutuan yang tidak boleh membuat keputusan tentang apa yang patut mereka lakukan.
"Mereka melengah-lengah manakala sesetengah ahli politik membuat kenyataan bodoh bahawa jika vape diharamkan, kerajaan akan hilang undi dan kepentingan usahawan Bumiputera akan terjejas.
"Saya tahu apa yang terbaik dan bertegas dengan keputusan untuk menghentikan penjualan vape bermula 1 Januari tahun depan, Mereka yang menentang pula hanya mengambil kira sudut perniagaan, Adakah anda tidak peduli kesihatan rakyat?
"Ada juga yang menentang termasuk 'pelawak berbaju merah' yang tidak tahu apa-apa tetapi memberi komen," titah baginda dalam temubual eksklusif bersama akhbar The Star.
Baginda bertitah, apa yang ditakutinya telah menjadi kenyataan apabila polis menahan peniaga yang menjual 'vape ganja' (cecair vape berperisa ganja) dan ada sindiket yang menjalankan perniagaan menggunakan internet.
"Apa akan terjadi jika Johor membenarkan penjualan secara terbuka di pusat beli belah, kedai-kedai dan pasar malam?
Sultan Ibrahim mendedahkan baginda menerima banyak emel dan surat daripada seluruh negara terutama ibu bapa yang menyokong keputusan baginda mengharamkan penjualan itu.
Katanya, banyak negeri telah mengikut keputusan kerajaan Johor malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape sama seperti shisha.
"Pada saya, pendidikan dan kesihatan rakyat tidak sepatutnya dipolitikan," titah baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Umno-PAS : Dua pemimpin sudah ada keserasian?

Posted: 26 Dec 2015 08:37 PM PST


Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan PAS, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.
"Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan PAS walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada PAS," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam semalam.
Katanya Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam BN dan menilai unsur kerjasama dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama PAS mahu supaya setiap anggota parti PAS akur dengan kerjasama Umno dan PAS.
"Seperti mana kenyataan awal saya menyatakan bahawa belum ada lagi sebarang kerjasama formal dibentuk antara Umno dan PAS termasuklah sebarang surat rasmi daripada Umno berhubung kerjasama dengan parti PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor minta Jakim jelaskan bajet RM1 bilion

Posted: 26 Dec 2015 08:35 PM PST

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. – Gambar fail Facebook, 27 Disember, 2015.Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bentang bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.
Sebulan selepas seorang timbalan menteri berkata bajet yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mencukupi, Sultan Johor bertitah, baginda tidak faham mengapa agensi agama persekutuan itu perlu hampir RM1 bilion setahun. Dalam satu temubual eksklusif dengan akhbar The Star, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata baginda mahu Jakim menunjukkan kepadanya bagaimana ia membelanjakan wangnya pada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang.
"Beta ingin tahu jika benar, mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion? Adakah ia termasuk peruntukan kepada semua negeri?

"Semasa persidangan Majlis Raja-Raja seterusnya, beta mahu mereka tunjukkan kepada beta pecahan perbelanjaan mereka. "Beta ingin tahu jika mereka ada membiayai sekolah agama di sini," pemerintah Johor itu dipetik sebagai berkata.
The Malaysian Insider melaporkan pada November, Jakim memperuntukkan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai tahun ini, dengan sebahagian besar daripadanya untuk aktiviti dasar, termasuk menangkis cubaan "kumpulan ajaran sesat" menyesatkan umat Islam di negara ini.
Dalam responsnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim memerlukan lebih daripada RM1 bilion bagi memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia dan memerangi mereka yang menentang kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata, peruntukan sebanyak itu bukan satu pembaziran.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Bermewah: Rakyat terpaksa buat 2 kerja untuk tampung kos sara hidup

Posted: 26 Dec 2015 08:33 PM PST

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan pada satu masa sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup. Seorang timbalan menteri berpendapat rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa dan kerajaan menggalakkan usaha tersebut sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Portal Astro Awani memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.
"Saya rasa ia (2 pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga.

"Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat 'weekend' juga," katanya dilaporkan berkata. Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu juga menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan atas talian atau online, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.
Ahmad berkata, penjawat awam bebas dan tidak dihalang menjalankan perniagaan secara online, untuk menambah pendapatan.
Asalkan, katanya, tumpuan serta komitmen diberikan kepada pekerjaan sebenar supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan.
"Kerajaan melancarkan e-usahawan dan e-rezeki. Boleh lihat portal. Ia (2 pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat peringkat kerajaan," katanya.

Selepas berdekad bermusuhan, ahli PAS sedia kerjasama dengan Umno......

Posted: 26 Dec 2015 05:10 PM PST

Ahli PAS sedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Ahli PAS sedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu.
Ahli PAS bersedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu. Bagaimanapun, ada sesetengah masih curiga dengan tawaran perdamaian Umno dan bimbang PAS akan sekali lagi terjatuh ke dalam perangkap musuh lamanya yang kini semakin terdesak.
Walaupun ada penganalisis berpendapat kerjasama antara parti itu tidak lebih daripada sekadar memanjangkan jangka hayat kedua-duanya yang sedang tenat, ahli PAS melihatnya sebagai cara menyatukan hubungan masyarakat Melayu Islam negara ini.

Mohd Monier Mat Din, ahli PAS dari Baling, Kedah, mengalu-alukan idea memperbaiki hubungan dengan Umno. Walaupun menyedari kebimbangan yang wujud di kalangan ramai rakan parti terhadap musuh lama mereka itu, bagi Monier, PAS bertanggungjawab menerima salam silaturahim Umno, walau apa pun risikonya.
"Kerja PAS ialah berdakwah walaupun kepada orang jahat. Tetapi sekiranya orang jahat itu mengkhianati kita lagi, apa kita boleh buat? Sejahat mana pun Umno, mereka masih orang Islam."
Ramlan Samiran dari Batu Pahat, Johor, juga menyuarakan sentimen perpaduan Melayu-Islam, mengatakan PAS perlu memaafkan kesilapan silam Umno dan melupakan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.
"PAS membenci Umno tetapi sekiranya Umno bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,kita perlu menerima mereka," kata Ramlan.
Enam dekad permusuhan
Dua parti itu bersaing untuk mendapatkan undi orang Melayu dan menjadi suara mewakili masyarakat Melayu Islam sejak PAS ditubuhkan pada 1951.
PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1974 atas undangan Umno. Hubungan antara mereka terputus pada 1977 apabila PAS meninggalkan BN. Ia juga hilang kawalan atas kerajaan Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

BILA UTUSAN TIBA2 JADI BAIK...

Posted: 26 Dec 2015 04:46 PM PST

Semua orang tahu akhbar Utusan sentiasa memusuhi Pas, perjuangan dan para pemimpinnya sejak dulu. Disebabkan itu, Pas pernah melancarkan kempen agar ahli-ahlinya jangan membeli dan membaca akhbar tersebut yang didakwa hanya menyebarkan propaganda, laporan tidak tepat dan memburukkan parti itu sahaja.

Lantaran itu,  masih ramai yang kekal memboikot Utusan sekarang. Salah satu sebab merosotnya jualan akhbar Utusan juga adalah dipercayai kerana berkesannya pemboikotan itu kerana ia bukan saja dilakukan oleh ahli Pas, malah juga oleh penyokong dan mereka yang condong kepada perjuangan parti itu.

Tetapi, sejak timbulnya cadangan Najib Razak mahu mengajak Pas bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan yang dipimpinnya, kecondongan akhbar itu juga dapat dilihat dengan nyata. 

Tiba-tiba saja Pas disanjung, pemimpinnya diberi muka untuk siaran berita dan seolah-seolah parti itu sahabat yang setia.
Apabila musuh tiba-tiba jadi baik, selain harus bersangka baik, tetapi janganlah sesekali dilupa pesanan bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah dibuatnya sebelum ini.

"Musuh, bila dia sokong kita, mesti ada yang tak kena."

Insya Allah, pesanan beliau itu sentiasa relevan sampai bila-bila.

FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pencacai UMNgOK..

Posted: 26 Dec 2015 04:31 PM PST

GST system cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

"Melayu Mudah Lupa" - Tun Mahathir

Posted: 26 Dec 2015 04:30 PM PST


Halal Haram sama-sama bantai, janji rakyat dapat disuapkan BR1M..

Boros, Tiris..
Rompak, Rasuah..
juga ikut syariat Islam juga ka..??!!

Penyatuan Umno PAS akan cetus perpecahan dalaman

Posted: 26 Dec 2015 04:23 PM PST

Tawaran perpaduan Umno: PAS belum bincang apa-apa

Posted: 26 Dec 2015 04:19 PM PST

‘Pemikiran Presiden Pas keliru, mahu jadi penasihat kerajaan Umno@Bn’

Posted: 26 Dec 2015 04:18 PM PST

najib-hadi
Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata pemikiran baru yang cuba dibawa oleh Abdul Hadi itu dilihat cukup mengelirukan dan menyebabkan berlakunya percanggahan dalam kalangan pimpinan tersebut.
KUALA LUMPUR, 26 Disember:
Pendekatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana parti Islam itu menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat sebagai usaha untuk menyelamatkan negara merupakan pemikiran baru yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.
Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata pemikiran baru yang cuba dibawa oleh Abdul Hadi itu dilihat cukup mengelirukan dan menyebabkan berlakunya percanggahan dalam kalangan pimpinan tersebut.
Menurutnya, sekiranya Abdul Hadi hanya sekadar ingin menjadi jadi penasihat sahaja sepatutnya beliau menubuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan janganlah masuk politik.
"Kata-kata Ustaz Hadi banyak mengelirukan kerana selama ini Pas mengatakan terlibat dalam politik pasal mengatakan Umno sebagai parti yang memerintah tak nak dengar nasihat dan dah buat benda yang merosakkan maka kena ambil kuasa daripada dia.
"Nak jadi penasihat dan tak nak ada kuasa ini adalah pemikiran baru, yang tidak jelas dan bercelaru dan membuatkan orang tertanya-tanya apa pendirian sebenar Pas.
"Sekarang ini orang nampak Pas seolah tidak tahu apa yang dia nak dan kenyataan beliau juga berbeza dengan apa yang selama ini. Kalau tak nak kuasa, tak payah jadi parti politik, buang masa berkempen dan keluarkan belanja dan sebagainya tapi lebih baik bergerak sebagai NGO," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu semalam yang menegaskan tawaran sebagai penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid yakin pimpinan Umno-Pas serasi

Posted: 26 Dec 2015 04:17 PM PST

pas-umno-logo-M
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan Pas, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
KUALA LUMPUR, 26 Disember:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan keyakinan bahawa sudah wujud keserasian dalam pemimpin Umno dan Pas, namun masih terlalu awal untuk menyatakan kerjasama kedua-dua parti itu secara formal.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata usahasama dan perpaduan kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang menggalakkan dan ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai.
"Pada masa ini seperti mana yang saya pernah nyatakan dalam media massa yang lalu bahawa terlalu awal untuk saya mengatakan bahawa kerjasama ini dibuat
secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin Umno dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak daripada Pas," katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.
Katanya, Umno mengamalkan sikap terbuka, namun parti itu perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan menilai unsur kerjasama
dari sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
Ahmad Zahid turut menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya Majlis Syura Ulama Pas mahu supaya setiap anggota parti Pas akur dengan kerjasama Umno
dan Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Kesan GST Najib: Harga goreng pisang, tom yam, sate dijangka naik lagi 2016

Posted: 26 Dec 2015 04:15 PM PST

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan dan harga makanan dijangka semakin meningkat tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun ini mencengkam pengguna yang terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk barangan serta perkhidmatan. Pertengahan Oktober lalu pula, kadar tol di lebuh raya konsesi di kawasan Lembah Klang naik di antara 10 sen sehingga RM6.
Peniaga kecil yang turut terkena tempias kesan rantaian kenaikan itu berusaha keras mengekang kenaikan tersebut agar ia tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak.

Nik Azura Abu Bakar, 49, yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam pasrah dengan siri kenaikan harga barangan sebelum ini. "Sekarang kami jual pisang goreng 3 ketul dengan harga RM1 berbanding dulu 4 ketul untuk RM1.
"Mereka (pelanggan) faham kenaikan harga barang ini tetapi kamilah yang terpaksa bersusah-payah pusing duit," katanya.
Pada masa sama, beliau mengekalkan harga jualan keropok lekor iaitu 5 potong pada harga RM1 walaupun pembekal makanan itu sudah menaikkan harga.
Namun, menjelang tahun depan beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menjual cendol yang turut dijual bersama keropok dan pisang goreng.
Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.Peniaga Nik Azura Abu Bakar yang menjual pisang goreng dan keropok lekor di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam terkena tempias kesan rantaian kenaikan harga berusaha mengekang kenaikan agar tidak dipindahkan kepada pengguna secara mendadak. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Disember, 2015.
"Pembekal naikkan juga daripada RM1 sebatang (keropok lekor) kepada RM1.10 untuk kami, tapi kami kekalkan lagi harganya. "Cumanya, selepas ini, kami hentikan jualan cendol, (sekarang dijual) yang besar RM2.50 (secawan) dan yang kecil RM1.50," katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama suaminya serta 3 anak perempuannya.
Beliau juga merasakan dirinya bernasib baik kerana boleh membeli minyak masak dari Kedai Rakyat 1Malaysia yang kebetulan terletak berhampiran lori tempat beliau berniaga.
"Kita sebagai peniaga terpaksa teruskan juga untuk menyara hidup. Kita pergi belilah di Kedai Rakyat 1Malaysia dekat depan. Perniagaan mesti diteruskan," katanya.
Sentimen sama turut disuarakan peniaga Mohd Farize Jaafar, 58, yang menjual sate.
Farize tidak menolak kemungkinan harga secucuk sate yang baru dinaikkan kepada 80 sen daripada 70 sen selepas Hari Raya Aidilfitri beberapa bulan lalu, terpaksa dinaikkan lagi jika harga barang mentah melambung menjelang 2016.
"Kita tengok hargalah, kalau dia (barang) naik tinggi kita terpaksa naikkanlah.  Kalau kita mampu macam sekarang, kita kekalkan.
"Sekarang tak banyak sangat untung, dulu boleh tahanlah," kata Farize yang pada asalnya berniaga sate sejak 2008 tetapi kini bekerja mengusahakan perniagaan sate adiknya sejak 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Umno perlu ‘overhaul’ segera!

Posted: 26 Dec 2015 04:12 PM PST

Umno kesuntukan masa dan perlu melakukan rombakan secara total di seluruh peringkat kepimpinan bagi memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti itu.
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Umno bakal berdepan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak berbuat demikian.
"Semua pemimpin Umno perlu dirombak. Umno patut melakukan 'overhaul' secara total dan kita patut 'revamp' Umno... kita patut lakukan satu penstrukturan semula Umno di seluruh tanah air sekiranya kita nak pulihkan keyakinan rakyat dan pulihkan imej Umno kepada akar umbi.
"Sekiranya Umno tidak buat perubahan drastik dalam masa yang pendek, saya rasa Umno bakal hilang kuasa dalam PRU akan datang dan yakinilah sekali Umno hilang kuasa, Umno akan hilang kuasa buat selama-lamanya.
"Buktinya cukup jelas. Apa jadi kepada Pulau Pinang, Selangor, Kelantan? Apabila kita hilang kuasa, sukar untuk kita tawan semula negeri-negeri tersebut," katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan kian merosot terutama daripada kalangan generasi muda.
"Pada hari ini, kalau lihat imej Umno di luar, saya berani kata 70 hingga 80 peratus daripada rakyat sekarang ini sedang menolak kepimpinan Umno. Khususnya daripada gen Y. Undi yang kita terima dalam ketiga-tiga pilihan raya kecil yang lalu amat menakutkan.
"Pada PRU14, kita bakal menghadapi 6 juta pengundi-pengundi baharu. Sebab itu Umno-BN kena buat sesuatu yang drastik. Bagi saya, sudah sampai masanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengambil sikap sebagai gentleman kerana isyarat daripada akar umbi cukup jelas," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM perlu dedah nama penderma RM2.6b

Posted: 26 Dec 2015 04:10 PM PST

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, SPRM perlu juga siasat latar belakang penderma untuk mengetahui sama ada wujud kaitan penderma dengan Najib.
"Jika SPRM tidak lakukan perkara itu, saya rasa ia sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti badan berkenaan kerana seolah-olah takut untuk mendedahkan perkara tersebut.
"Maklumat itu penting untuk meyakinkan rakyat jika benar tiada unsur rasuah," katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dalam wawancara bersama Sinar Harian, mengulangi bahawa SPRM mengesahkan telah berjumpa dengan pihak berkaitan tetapi maklumat lanjut siasatan tidak boleh disiarkan kepada mana-mana pihak kerana ada undang-undang mengenainya.

Menurut Abu Kassim, beliau tidak boleh memberikan maklumat secara terperinci berhubung penderma dan akan menyerahkan perkara itu kepada Peguam Negara.
"Sekiranya kerajaan ingin mendedahkan atau menjelaskan kepada rakyat itu terpulang, tetapi kerja kita cuba dapatkan keterangan berkaitan," katanya.
Mengulas perkara itu, Rafizi mendakwa beliau cukup faham strategi SPRM yang mahu Najib sendiri mengumumkan nama penderma berkenaan.
"Jadi saya tidak nampak Najib ada pilihan lain kecuali mengumumkan siapa penderma itu," katanya.

Nurul Izzah: Nuha masih di ICU, namun berkeadaan positif

Posted: 26 Dec 2015 04:04 PM PST

Nurul Nuha Anwar, the second daughter of Anwar Ibrahim, speaks during an interview with The Malaysian Insider at her house in Segambut, Kuala Lumpur on February 18, 2015. The Malaysian Insider/Najjua ZulkefliAnak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.
Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.
Nurul Nuha Anwar
"Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh," kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.
Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.

Zahid: Belum ada kerjasama rasmi UMNO-Pas

Posted: 26 Dec 2015 04:03 PM PST

Zahid Hamidi menafikan membuat kenyataan Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas
Zahid
PETALING JAYA: Belum ada sebarang kerjasama formal antara UMNO dan Pas termasuk sebarang surat rasmi daripada UMNO berhubung kerjasama dengan parti Islam itu.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau membuat penjelasan itu bagi menafikan kenyataan oleh Ketua Majlis Syura Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 26 Disember.
Akhbar itu melaporkan Mahfodz berkata, Zahid mengeluarkan kenyataan bahawa Majlis Syura Pas telah membuat keputusan supaya semua ahli Pas akur dengan kerjasama UMNO-Pas.
Zahid berkata, ikatan tahaluf siyasi boleh terjalin andainya ada persefahaman yang termeterai, namun terlalu awal untuk mengatakan bahawa kerjasama itu dibuat secara formal melalui pendekatan ikatan politik secara berorganisasi.
"Saya melahirkan keyakinan bahawa ada keserasian sudah wujud dalam pemimpin UMNO dan Pas walaupun ada kedengaran suara-suara yang menolak dari Pas.
"Dalam temubual saya dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan pada 20 Disember lalu, pun secara jelas, saya menyatakan bahawa parti Pas mempunyai sistem syura yang kuat, maka suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya," jelasnya.
Beliau berkata, sebarang kekhilafan dalam laporan berita Sinar Harian bertarikh 26 Disember 2015 (Sabtu) ditafsirkan semula secara berhemah dalam memperbetulkan persepsi mengenai kerjasama UMNO-Pas.
Katanya, walaupun UMNO bersikap terbuka namun penerimaan parti komponen lain perlu diambil kira.
"UMNO mengamalkan sikap terbuka. Pun begitu, UMNO juga perlu mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN). Seharusnya UMNO menilai unsur kerjasama ini di sudut penerimaan parti-parti komponen BN.
"Secara prinsipnya, marilah kita berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah Al-I'Imran ayat 103 yang jelas membawa maksud supaya kita berpegang kepada tali Allah supaya tidak berpecah-belah," katanya dalam kenyataan media.

Bersih gesa SPR kembalikan sistem daftar pengundi melalui penolong RO

Posted: 26 Dec 2015 04:21 AM PST

Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata, jumlah bersih pengundi berdaftar baharu terbantut sejak 2 tahun lepas selepas SPR menarik balik keistimewaan kepada penolong RO untuk mendaftarkan pengundi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti membolehkan semula parti politik mendaftarkan pengundi baharu melalui penolong pegawai pengurus pilihan raya (RO) memandangkan ia keberatan melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, kata kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.
Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, jumlah bersih pengundi berdaftar baharu terbantut sejak 2 tahun lepas selepas SPR menarik balik keistimewaan diberi kepada penolong RO untuk mendaftarkan pengundi.
"SPR kini melantik penolong RO daripada agensi-agensi kerajaan terpilih untuk mendaftarkan pengundi tetapi bilangannya tidak bertambah dengan ketara," katanya.

Maria berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan bersara, mengatakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia akan memberi kesan besar ke atas keseluruhan sistem pilihan raya. Beliau menjelaskan menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan seseorang yang ingin menjadi pengundi perlu membuat permohonan sebagai pengundi baharu dan ia jelas memberikan hak kepada warganegara untuk mendaftar atau tidak.
Aziz berkata, sehubungan itu, Perlembagaan perlu dipinda sekiranya hendak diwajibkan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik.
Tetapi, beliau mengingatkan, pindaan ini memerlukan sokongan undi dua pertiga di dalam Parlimen dan hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak bersetuju.
Tetapi Maria menempelak Aziz, mengatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi kebimbangan pengerusi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jho Low WAKIL keluarga diraja Arab? LAWAK GILER BEB...

Posted: 26 Dec 2015 04:07 AM PST


Peeeergh ! Jho Low pernah jadi wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB !

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.

"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB,"
Itu jawapan resmi kerajaan melalui jawapan bertulis di Parlimen tuh .....


Macam tak percaya pula ..... acu baca sekali lagi ......

Betullah ! Memang disebut Jho Low hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebagai wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi !!!

Hahahahaha ........ Hadooooi ..... tak boleh tahan beb, kelakar giler ....

Ikut logik pun, memang tak masuk akal. Tapi bila jawapan sebegitu dah dikeluarkan oleh kerajaan, nak tak nak terpaksa jugalah layan. Saya tanya beberapa rakan berstatus CEO, apakah merupakan satu perkara normal menjemput orang luar atau dalam kes ini mungkin akan dirujuk sebagai wakil kepada potensi pelabur, untuk turut serta dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah ?

Seperti diduga, jawapan mereka - TAK NORMAL.  Tak pernah mereka buat. Apatah lagi kalau syarikat milik kerajaan yang tertakluk kepada sop yang ketat.

Read More / Baca Lagi >>

8 HARI LAGI ISU 1MDB AKAN SELESAI

Posted: 26 Dec 2015 04:03 AM PST

8 HARI LAGI ISU 1MDB AKAN SELESAIAda lagi 2-3 perkara mengenai 1MDB yang mahu saya komen tapi memandangkan kita sudah menghampiri hujung tahun, atau lebih tepat lagi, kita sudah menghampiri DATELINE atau TARIKH AKHIR  janji Najib bahawa isu 1MDB akan selesai ketika meminta tempoh 6 bulan pada pertengahan tahun, maka saya fikir ada baiknya kita tunggu dulu apakah janji bakal ditepati ....

Untuk menguatkan lagi janji Najib itu, pada bulan Oktober Wahid Omar turut memperingatkan kita akan tempoh 6 bulan yang dipinta Najib itu bakal berakhir hujung tahun.
Ayat 'Isu 1MDB akan selesai' itu sudah kita pertikaikan sebelum ini. Ia bukan hanya merujuk kepada pelangsaian hutang semata2 atau mengurangkan beban hutang yang menggunung. Namun bagi Najib, isu 1MDB adalah berkaitan hutang semata2. Selesai hutang makna selesailah isu.
Soal Kerugian Berbilion Ringgit 1MDB bukan satu masalah kepada Najib. Makanya menurut Najib, tidak ada keperluan untuk beliau memikul sebarang tanggungjawab atas kehilangan berbilion ringgit negara yang hangus kerana 1MDB.



Begitu juga dengan siasatan SPRM berkaitan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan ini termasuk RM42 juta yang berpindah dari akaun SRC ke dalam akaun Najib yang dikatakan bakal selesai hujung tahun.
Kita sama-sama mengira hari dan waktu nya ..... apakah Najib akan mengotakan janjinya ala slogan Janji DiTepati yang selalu dilaungkannya dulu ?
Kecuali kerajaan dan 1MDB buat lawak bodoh lagi macam semalam dengan kenyataan bahawa Jho Low adalah wakil kepada keluarga diraja Arab Saudi.... yang itu kita layanla.
PS - Rakyat Malaysia boleh rai kan Tahun Baru 2016 dengan pengumuman penjualan Tanah Negara kepada negara luar kerana nak bayar hutang 1MDB.
RM2.6 bilion pula ? Kalau takde jawapan juga hujung tahun ni, bagus kalau slogan atau sasaran Tahun Baru 2016 rakyat Malaysia pakai - Di Mana RM2.6 Bilion ?

YaPEIM sahkan dakwaan NOW beli simulator golf

Posted: 26 Dec 2015 03:52 AM PST

Walaubagaimanapun, tujuan yayasan berkenaan untuk mempunyai simulator golf masih lagi tidak jelas.

PETALING JAYA : Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibullah Samsudin pada Jumaat mengesahkan dakwaan Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) bahawa yayasan berkenaan membeli simulator golf.
Pengarah NOW, Akmal Nasir bagaimanapun mempertikaikan tujuan pembelian simulator golf itu, yang padanya, masih tidak jelas.
"Kini Ketua Pegawai Eksekutif mendakwa simulator golf itu adalah untuk hotel empat bintang milik YaPEIM yang masih lagi belum wujud.
"Perkara ini bertentangan dengan dengan fakta daripada Bajet 2013 YaPEIM yang menyatakan Pusat Latihan Latihan INPUT Golf atau Simulator Golf dibuat untuk Sukan Korporat YaPEIM," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, Akmal mengulangi persoalan mengapa YaPEIM membeli mesin tersebut kerana penyumbang yayasan berkenaan dan orang ramai berhak mengetahuinya.
Read More / Baca Lagi >>