Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mat Sabu kata Pas silap besar 'ceraikan' DAP?

Posted: 25 Dec 2015 03:54 AM PST


Tindakan Pas 'menceraikan' DAP adalah satu kesilapan politik yang cukup besar, kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, untuk memenangi pilihan raya, Pas mesti berkawan dengan semua pihak termasuk parti bukan Melayu.

"Bagi kita (Amanah), untuk sertai pilihan raya mesti bergabung. Tuduhan komunis dan syiah akan kita hadapi.

"Malah tuduhan sebagai 'barua DAP' itu juga terlalu kecil pada saya. Itu hak mereka nak tuduh," katanya kepada media.

Menurutnya, parti Islam serpihan Pas itu juga tidak mempunyai sebarang isu yang bertentangan Islam bersama DAP.

"Kita tiada pertentangan, itu cuma sentimen yang dimainkan oleh pihak tertentu. Macam mereka kata DAP akan perintah Malaysia kalau Umno kalah. Maknanya kalau DAP menang semua, MCA kalah semua.

"Malah gabungan PR juga menambahkan tujuh kerusi Melayu dalam Parlimen yang sepatutnya bukan Melayu yang menang melalui BN sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, perkara itu membuktikan bahawa gabungan yang disertai DAP dan PKR lebih menguatkan lagi kedudukan Melayu di Parlimen.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG DATING DENGAN SIAPA TU?

Posted: 25 Dec 2015 09:30 AM PST


   




The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Berakhir Ketuanan Melayu atau Tsunami Cina: Sudahkah Melayu nilai?

Posted: 25 Dec 2015 05:28 PM PST



Selepas pilihan raya umum 2013, ... satu forum yang memetik beberapa orang pensyarah dari sebuah universiti menyatakan ketuanan Melayu sudah mulai ditolak khalayak.

Pada masa sama, kumpulan pensyarah itu turut mendakwa berlaku 'tsunami Cina'. Akhbar itu memetik satu kertas kerja 'Multiracial Tsunami' yang mengatakan 'Ketuanan Melayu' yang nyawa-nyawa ikan hanya dilanjutkan kerana orang Melayu takut hilang kuasa politik.

Menurut kertas kerja itu, hanya tinggal puak konservatif dalam parti pemerintah yang masih cuba mempertahankan 'Ketuanan Melayu'.

Petikan dari artikel "Melayu tolehlah sejarah" oleh ZULKIFLI JALIL bertarikh 24 Disember 2015. Baca sepenuhnya dalam laman Utusan Malaysia di http://www.utusan.com.my/rencana/melayu-8232-tolehlah-sejarah-1.172226

utusan.

Adakah Azmin ketepikan Anwar untuk bersekutu dengan Mahathir?

Posted: 25 Dec 2015 04:29 AM PST


SHAH ALAM: Penyokong PKR dilaporkan tidak senang duduk dengan pengakuan timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azmin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis perkahwinan anak perempuannya berkata beliau mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Mahathir.

"Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa. Semasa saya kahwin dahulu, Tun datang. Sekarang ketika anak saya kahwin, Tun juga datang.

"Pendek kata, hubungan kami sangat erat umpama air dicincang tidak akan putus," kata Azmin pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 13 Disember lalu.

Baca sepenuh di Semut Hitam SINI

Anwar Ibrahim langsung tidak disebut.

Apakah implikasi ini setelah Azmin dilaporkan RPK dalam Malaysia Today telah bertemu di London awal tahun ini? Malah sudah ada khabar angin akan pelbagai pemimpin UMNO bertemu Azmin dan lain-lain pemimpin PKR.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kerjasama Umno, Pas tidak selamatkan Najib - Dr Jeniri Amir

Posted: 25 Dec 2015 09:26 PM PST

Kemungkinan akan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas yang heboh diperkatakan pada masa ini, tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kerjasama kedua-dua parti itu jika menjadi kenyataan sekalipun tidak mungkin boleh menutup isu membelenggu Perdana Menteri.
"Walaupun asasnya kerjasama ini bertujuan ke arah perpaduan orang Islam (yang ada dalam kedua-dua parti berkenaan), namun pasti ada pihak yang membaca dari sudut lain bahawa kerjasama ini untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri yang pada masa ini diasak pelbagai isu.
Penganalisis komunikasi politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir "Skandal yang timbul terlalu besar, tidak mungkin kerjasama itu boleh menutup apa yang terjadi, Pas juga ada pendirian tentang 1MDB, isu wang derma dan sebagainya," katanya.
Isu kemungkinan berlakunya kerjasama Umno dengan Pas menjadi polemik selepas Perdana Menteri secara terbuka menghulurkan salam perpaduan kepada parti Islam itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno baru ini.
Bagaimanapun, ramai berpandangan usaha membentuk kerjasama dengan Pas itu dibuat bagi memastikan kedudukan Najib dalam keadaan baik serta melenyapkan desakan sesetengah pihak yang mahu beliau berundur.
Menurut Jeniri, kedua-dua pihak perlu jujur dalam kerjasama itu terutamanya parti pemerintah.
"Ujian pertama Umno adalah dalam isu royalti minyak di Kelantan,  perlu tunjukkan kejujuran kepada negeri pentadbiran Pas bahawa tidak ada dwistandard," katanya.
Beliau bagaimanapun tetap menyifatkan kerjasama kedua-dua parti besar itu memberi manfaat kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah mahu jadi alternatif, bukan pecah undi

Posted: 25 Dec 2015 09:24 PM PST

KOTA BHARU - Kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan tidak boleh didakwa sekadar untuk memecah undi, namun hakikatnya Amanah tampil sebagai alternatif kepada rakyat Kelantan untuk menawarkan satu pemerintahan yang lebih adil.
Parti Amanah Negara Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas hendaklah menerima kehadiran Amanah sebagai sebuah parti yang sah dan berdaftar dalam persaingan politik demokrasi di Malaysia.
"Kerajaan Kelantan juga tidak akan tergugat walaupun Pas kalah di Kelantan, bahkan jika Amanah diberi peluang untuk memerintah Kelantan, insya-ALLAH akan diurus dengan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh Pas sebelumnya.
"Mereka (rakyat) telah ada pengalaman  berada di bawah pemerintahan Umno dan juga Pas, jadi bukan mustahil mereka akan berubah sikap untuk berada di bawah pentadbiran parti Amanah dalam PRU 14 nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa keputusan Amanah bertanding di negeri ini akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.
Che Ibrahim berkata,  Amanah telah berkali-kali mengajak Pas bersama mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada dirampas BN pada pilihan raya akan datang, namun sehingga kini Pas masih dengan sikapnya untuk tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain terutama Amanah yang didakwa sebagai pengkhianat.
Read More / Baca Lagi >>

Mara Digital: Majoriti jaminan produk IT masih di Plaza Low Yat

Posted: 25 Dec 2015 09:20 PM PST

172929345
Rata-rata pengguna masih lagi keliru dengan isu waranti produk IT yang kebanyakannya masih di Plaza Low Yat.

KUALA LUMPUR, 26 Disember:

Majoriti jaminan produk IT berjenama seperti telefon bimbit, komputer riba dan 'power bank' yang dijual di negara ini terletak di Plaza Low Yat, kata peniaga produk IT Bumiputera, Muhd Khairul Ikmal Sujakei, 27.
Pekerja syarikat Sugoi Management, yang terletak di Mara Digital berkata, masyarakat perlu membezakan di antara syarikat pengeluar dan penjual produk-produk IT tersebut.
Mengambil contoh produk dari berjenama yang dijual oleh syarikatnya, Khairul menjelaskan pusat jaminan yang dimaksudkan adalah milik syarikat pengeluar jenama itu dan bukannya Sugoi Management.
"Yang menjadikan isu, orang itu silap, pada plastik itu tulis ibu pejabat di Plaza Low Yat. Itu pusat servis. Orang yang jadikan isu ini orang yang tidak tahu," katanya, merujuk kepada isu yang viral di media sosial, apabila produk yang dibeli menyatakan jaminan bagi produk itu perlu dirujuk ke Plaza Low Yat.
Muhamad Khairul Ikmal Sujakei
Muhamad Khairul Ikmal Sujakei menunjukkan produk IT yang dijual di syarikatnya.
"Mana-mana jenama pun kalau kita tanya mana pusat servis, ia masih di Low Yat. Kebanyakan jenama di Low Yat. Kalau tidak silap saya cuma ada dua jenama yang ada pusat servis di tempat lain selain di Low Yat," katanya kepada The Rakyat Post.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Isis sertai demokrasi

Posted: 25 Dec 2015 09:18 PM PST

Muammar Qaddafi


Islamic State Iraq Syria (Isis) merupakan gerakan militan islam paling berpengaruh dekad ini mengatasi pengaruh al-Qaeda dan Taliban.
Gambar Hiasan
Kejayaan mereka menakluk Kabul dan membunuh hakim yang menjatuhi hukuman mati kepada Saddam Hussein melonjakkan nama mereka dalam kalangan umat Islam manakala insiden insiden pengeboman di Paris, Charlie Hebdo meletakkan mereka sebagai pengganas nombor satu dunia.
Isis memilih jalan kekerasan dan perang sebagai kaedah untuk mereka menegakkan negara Islam, hal yang demikian mengakibatkan ribuan nyawa insan yang tidak bersalah menjadi korban "jihad" mereka.

Ini sekali gus bukan sahaja menjadikan sasaran mereka sebagai musuh mereka, sebaliknya mereka menjadikan setiap yang tidak bersama mereka sebagai musuh yang layak diperangi dan dikorbankan. Tetapi, adakah jika Isis memilih jalan demokrasi, dunia hari ini akan lebih baik dan aman? Cuba kita bayangkan, kalau Isis sertai demokrasi...
Dalam ucapan ucapan kempen mereka untuk meraih sokongan rakyat, pastinya mereka akan meminta setiap umat Islam memilih mereka, jika sahaja ada umat Islam memilih parti lain, maka mereka itu fasik (berdosa), apatah lagi jika ada umat Islam menyertai parti lain dan menentang mereka yang menjadi wakil Tuhan di muka bumi, maka kafirlah setiap yang bersyahadah tetapi menolak mereka.
Jika ada ahli mereka yang menggunakan akal dan sedia berhujah dengan pihak lawan, maka ahli itu melakukan sesuatu yang sia-sia, mereka mungkin ponteng usrah dan diracuni pemikiran liberal dan sesat.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS kini dapat layanan istimewa Utusan

Posted: 25 Dec 2015 09:10 PM PST


Di tengah-tengah kehangatan isu kerjasama Umno-PAS, Utusan Malaysia tampil memberi layanan istimewa kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan penuh Hadi, yang antara lain mempertahankan peranan parti itu sebagai pembangkang yang menasihati kerajaan.
Malah, kenyataan anggota Parlimen Marang itu turut diketengah di muka depan akhbar itu.
Manakala kenyataan penuh Hadi dimuatkan di halaman ke-12 dengan tajuk "Fahami konsep Nasihat PAS"
Jarang Utusan memberi ruang sebegitu kepada pemimpin pembangkang selama ini.
Akhbar web PAS Haakahdaily turut memuatkan kenyataan penuh Hadi semalam.
Masih tidak jelas sama ada layanan istimewa Utusan itu akan menjadi isyarat bahawa Umno terus berusaha untuk 'melamar' PAS, yang kini bersendirian selepas perpecahan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Dalam artikel itu, Hadi antaranya berkata kesediaan PAS itu untuk menjadi penasihat kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.
Malah, katanya, konsep nasihat sangat penting untuk umat Islam dan termaktub dalam al-Quran dan sunah yang menjadi dasar tertinggi PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Wartawan veteran harap kenyataan SPRM bukan muslihat

Posted: 25 Dec 2015 09:04 PM PST


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengharapkan kenyataan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang yakin dapat menemui kebenaran dalam siasatan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, adalah benar dan bukan semata-mata satu muslihat. Menulis dalam blognya hari ini, bekas ketua pengarang New Straits Times Press (NSTP) itu melahirkan kebimbangannya terhadap kenyataan Tan Sri Abu Kassim Mohamed itu, menyatakan ia mungkin satu muslihat yang mempunyai agenda di sebaliknya.
"Mari kita berdoa supaya Abu Kassim bercakap perkara yang benar, kerana jauh di sudut hati saya, saya khuatir ia mungkin muslihat semata-mata.

"Saya bimbang penyataan kebebasannya (SPRM) itu mempunyai hasrat tersembunyi – untuk menguatkan kredibilitinya supaya sekiranya SPRM kelak mendapati tiada kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, rakyat akan terpaksa mempercayainya," tulis beliau dalam blognya hari ini. Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Abu Kassim berkata, beliau sedar rakyat menaruh harapan tinggi untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua kes itu, dan berikrar akan terus menyiasat kes itu tanpa menghiraukan sebarang tohmahan dibuat mana-mana pihak terhadapnya.

Ekonomi Teruk: Pemberhentian pekerja bukan penyelesaian

Posted: 25 Dec 2015 09:02 PM PST

Dalam masa kurang seminggu lagi, kita akan melangkah masuk ke tahun 2016.
Semua petunjuk ekonomi menjangkakan keadaan ekonomi yang lebih mencabar sepanjang tahun yang akan datang ini.
Malaysia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila kesan kejatuhan harga minyak mentah diburukkan lagi dengan kejatuhan nilai mata wang, hilangnya keyakinan pelabur akibat krisis politik dan kenaikan mendadak kos operasi kesan daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Bank Negara Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 8,690 orang pekerja telah diberhentikan sepanjang Januari hingga September 2015 melalui pelbagai skim akibat daripada keadaan ekonomi yang semakin parah.
Setakat September 2015, seramai 461,000 orang terpaksa menganggur, peningkatan sebanyak 22 peratus atau 84,000 orang berbanding bilangan penganggur pada September 2014.
Apa yang lebih membimbangkan, industri petroleum adalah antara industri yang teruk terjejas dan terpaksa memberhentikan khidmat ramai pekerja.
Kesan kehilangan kuasa beli daripada pekerja-pekerja industri petroleum, yang rata-rata bergaji lebih tinggi jika dibandingkan dengan industri lain tidak boleh dipandang remeh.
Mengikut kajian yang dilakukan Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2014, purata isi rumah rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM3,578 sebulan.
Purata perbelanjaan bulanan bagi isi rumah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah jauh lebih tinggi iaitu RM5,559 dan RM5,627 dengan peratus peningkatan masing-masing sebanyak 12.1 peratus dan 12.7 peratus setahun.
Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa 23.9 peratus daripada jumlah tersebut dibelanjakan untuk kediaman dan bil-bil utiliti, 18.9 peratus untuk kos makan minum dan 14.6 peratus untuk pengangkutan.
RM9 juta keluar dari KL
Dengan anggapan kadar pertumbuhan kekal seperti tahun 2014, kita boleh menganggarkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah pada tahun 2015 untuk Kuala Lumpur adalah sebanyak RM6,232 dan RM6,342 untuk Putrajaya.
Jika kita mengandaikan sepertiga daripada jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang 2015 itu tinggal di sekitar Kuala Lumpur, dan mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan sebanyak 50 peratus apabila terpaksa menganggur, Kuala Lumpur akan hilang lebih RM9 juta jualan barang dan perkhidmatan setiap bulan.
Read More / Baca Lagi >>

Fahami perbezaan, perkukuh perpaduan - Wan Azizah

Posted: 25 Dec 2015 08:58 PM PST

KEADILAN dan gabungannya komited untuk terus menjunjung Perkara 18 dan 20 dijanjikan sewaktu penubuhan Malaysia pada 1963.
Selamat MalaysiaPresiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan bekerja lebih kuat untuk memastikan perjanjian itu terlaksana sepenuhnya.
"2015 sudah pun hampir ke penghujungnya. Oleh itu, rakan-rakan kita yang beragama Kristian menyambut Hari Krismas.
"Marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk kunjung-mengunjung dan merapatkan tali persahabatan di antara kita," katanya dalam kenyataan media.
Azizah berkata hanya dengan memahami perbezaan, perpaduan akan terjalin dalam suasana aman dan damai.
"Kepada semua penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak khususnya, saya berharap perayaan Krismas tahun ini meriah dan bermakna.
"Semoga Hari Krismas tahun ini lebih bermakna bukan sahaja untuk anda sekeluarga, tetapi juga untuk semua yang mendambakan Malaysia yang lebih baik," katanya.

Kerjasama Umno-Pas tak lebur parti - Dr Asyraf Wajdi

Posted: 25 Dec 2015 08:54 PM PST

KOTA BHARU - Kerjasama antara Pas dan Umno tidak semestinya perlu meleburkan identiti mana-mana parti politik sebaliknya bersedia untuk setuju atau tidak dalam beberapa perkara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perbincangan atau persetujuan itu perlu meliputi hal-hal yang melibatkan kepentingan rakyat, agama dan negara.
Kerjasama tak lebur parti Menurutnya, kesepaduan dan perpaduan antara kedua-dua parti politik terbesar ini amat didambakan majoriti masyarakat dan rakyat.
"Apabila bersatu, banyak perkara dapat kita perkasa dan laksanakan dengan cara lebih berimpak.
"Contohnya, kita berdepan dengan kos sara hidup dan isu-isu yang menyentuh soal institusi agama dan kedudukan Islam di negara kita.
"Namun, bersatu bukan bermakna meleburkan  mana-mana identiti parti politik. Sekiranya, ia melibatkan kepentingan rakyat, agama dan negara, kita wajib bersatu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Datuk Md Alwi Che Ahmad, di Madrasah Tok Guru Che Mat, Padang Upeh di sini, semalam.
Ditanya mengenai penyertaan daripada golongan belia sempena sambutan itu, Dr Asyraf menyarankan agar program sebegini perlu disemarakkan dalam kalangan masyarakat.
"Saya mengakui di Kelantan, sambutannya lebih hebat berbanding di negeri lain malah sambutan ini bermula di peringkat akar umbi.
"Malah, apa yang saya perhatikan, silaturahim di kalangan masyarakat amat utuh dan mampu memupuk perpaduan tanpa mengenal ideologi mahupun politik," katanya lagi.

Pas intai lebih kerusi PRU14 - Abd Hamid

Posted: 25 Dec 2015 08:52 PM PST

BENTONG - Pas Kawasan Bentong memilih untuk bertanding dua atau tiga kerusi di bawah Parlimen Bentong pada pilihan raya akan datang.
Yang Dipertua Pas Bentong, Abd Hamid Bahatim berkata, berbanding PRU13 lalu, mereka hanya bertanding di kerusi Dun Pelangai dan pernah berebut kerusi Parlimen Bentong.
Pada pilihan raya umum akan datang katanya, mereka menyasarkan untuk bertanding lebih dari satu kerusi.
Pas intai lebih kerusi PRU14 "Bagaimanapun, keputusan terbabit masih dalam peringkat perbincangan," katanya.
Menurutnya, keputusan untuk bertanding lebih dari satu kerusi terbabit diambil kira dari sokongan pengundi Bentong yang rata-ratanya telah memilih untuk menyokong pembangkang.
"Pada pilihan raya umum lalu, kita lihat rata-rata pengundi di Bentong mula beralih arah memilih mengundi pembangkang terutama pengundi kalangan kaum Cina.
"Kami percaya mereka yang telah mengundi pembangkang ini sudah tidak mahu bersama kerajaan dan akan terus menyokong pembangkang pada masa akan datang," katanya.
Menurutnya lagi, Pas Kawasan Bentong menyasarkan untuk bertanding di kerusi Sabai dan Ketari selain Pelangai.
"Kami melihat kepada populasi pengundi di ketiga-tiga Dun terbabit yang mana rata-rata pengundi adalah Melayu.
"Namun begitu, keputusan bertanding di Ketari masih lagi di tahap 50-50," katanya.

Skandal SRC dan RM2.6B: Hanya pendakwa raya boleh dedah hasil siasatan, kata bekas peguam negara

Posted: 25 Dec 2015 08:50 PM PST

Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara perlu menyatakan sebab jika memutuskan tidak membuat pendakwaan bagi sesuatu siasatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah memberikan cadangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Tan Sri Abu Talib Othman berkata peguam negara perlu menyatakan sebab jika memutuskan tidak membuat pendakwaan bagi sesuatu siasatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah memberikan cadangan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengumumkan hasil siasatannya ke atas SRC International Sdn Bhd dan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, kata seorang bekas peguam negara.
Agensi anti rasuah itu juga tidak boleh mendedahkan kepada umum cadangan yang dibuatnya kepada pihak pendakwa kerana ia adalah rahsia, kata Tan Sri Abu Talib Othman.
"Hanya peguam negara yang perlu menyatakan sebabnya jika beliau memutuskan untuk tidak mendakwa walaupun SPRM sudah memberikan cadangan," katanya yang berkhidmat sebagai peguam negara sejak 1980 hingga 1993.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang beliau sedar rakyat menaruh harapan tinggi untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua kes itu. Abu Kassim berkata, SPRM akan terus menyiasat kes itu tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Kita akan menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang, kedudukan, status mereka. Saya harap mesej tersebut sampai kepada masyarakat dan itu kita pegang sehingga ke hari ini," beliau dipetik berkata Sinar Harian dalam satu wawancara khas yang disiarkan akhbar itu semalam.
Abu Talib yang menjadi peguam negara selama 13 tahun itu berkata, biasanya agensi penyiasatan seperti SPRM akan mengesyorkan sama ada pertuduhan perlu dibuat terhadap mana-mana pihak.
"Ini prosedurnya dan mereka dikehendaki menyediakan draf kertas pertuduhan untuk pertimbangan pendakwa raya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, orang ramai boleh tahu melalui prosiding mahkamah jika tertuduh didakwa dengan kesalahan jenayah.
Bagaimanapun, beliau berkata pendakwa raya yang juga bertindak sebagai peguam negara tidak dikehendaki mengikut saranan disyorkan agensi penyiasatan seperti SPRM.
"Peguam negara/pendakwa raya tidak tertakluk kepada cadangan SPRM. Ia terpulang sepenuhnya kepada kebijaksanaannya kerana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau budi bicara mutlak.
"Bagaimanapun, beliau dikehendaki membuat keputusan bijaksana mengikut undang-undang dan berdasarkan bukti," katanya.
Abu Talib berkata, beliau berpandangan dalam kedua-dua kes tersebut, pendakwa raya (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mesti bertanggungjawab kepada rakyat jika pendakwaan tidak dibuat terhadap mana-mana pihak.
Read More / Baca Lagi >>

PAS lebih demokratik jika tiada tindakan ke atas Tuan Ibrahim, kata bekas jeneral

Posted: 25 Dec 2015 04:28 PM PST


Bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji.Bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji.PAS dilihat jauh lebih demokratik berbanding Umno jika timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilepaskan begitu sahaja selepas meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti sehingga kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai disiasat ketika PAS mahu bekerjasama dengan Umno.
Ini pandangan bekas Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat, Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohammad Arshad Mohammad Raji dalam satu tulisannya, ketika mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang menuntut Najib bercuti ketika Umno dan PAS mahu bekerjasama.
Menurut Jeneral Arshad, kenyataan Tuan Ibrahim itu mengejutkan Umno khasnya Presiden Umno yang dilihat terlalu mahu bekerjasama dengan PAS.
"Kenyataan ini juga mungkin mengejutkan Setiausaha Agung PAS yang berkata PAS sedia memaafkan Umno yang selalu memberikan layanan tidak baik kepada PAS," kata Arshad dalam tulisannya itu.
Arshad mengaku, beliau tidak tahu apakah kenyataan Tuan Ibrahim ini dibuat dengan persetujuan dan pengetahuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Atau ia hanya pandangan pribadi terhadap respon baik yang diberikan oleh ramai pemimpin Umno terhadap sambutan baik yang diberikan Ustaz Hadi Awang untuk menerima salam Najib dan kerjasama," katanya.
Bagi beliau, apa yang amat mengejutkan adalah desakan agar Najib meletakkan jawatan untuk membantu penyiasatan, satu kenyataan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin PAS sebelum ini, apatah lagi presiden parti.
"Jadi apa makna semua ini? Adakah ia adalah pandangan bertentangan antara timbalan presiden dengan presiden dan setiausaha agungnya," soal Arshad.
Tuan Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan agar Najib bercuti bagi membolehkan siasatan ke atas skandal 1MDB dijalankan dengan baik.
Read More / Baca Lagi >>

Peniaga di Plaza Kota Raya kini sukar dapat pelanggan

Posted: 25 Dec 2015 04:25 PM PST

Insiden kekecohan beberapa hari lalu menyebabkan peniaga semakin sukar mendapat pelanggan baru
kota raya
KUALA LUMPUR: "Lagi 20 (ringgit saya bayar esok ya," kata seorang pelanggan kepada Nira (bukan nama sebenar), pekerja di sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Kota Raya.
Cuti umum selama dua hari sedikit sebanyak merancakkan kembali perniagaan di kompleks itu, yang lengang ekoran kekecohan pada 20 Disember lalu.
Menurut Nira, selepas hampir seminggu insiden kekecohan oleh sekumpulan lelaki berlaku di situ, majikannya semakin sukar mendapat pelanggan baru.
"Sekarang yang datang hanya pelanggan tetap. Biasanya mereka beli kad tambah nilai dan aksesori lain.
"Sudah sukar untuk dapat pelanggan baru, apatah lagi untuk beli telefon," katanya yang merupakan pekerja warga Indonesia.
Sementara itu, pelanggan yang datang ke tempat dia bekerja itu yang juga merupakan warga Indonesia berkata, dia sudah biasa berurusan di kedai tempat Nira bekerja dan
Telefon bimbit yang digunakan turut dibeli di kedai berkenaan.
"Telefon pun masih dalam keadaan baik. Jadi kalau ada apa-apa, datang sini sahajalah," katanya lagi.
Suasana di Kota Raya petang Jumaat kembali sesak dengan pengunjung yang datang kebanyakannya warga asing.
Rakan Nira yang bekerja di kedai bersebelahan pula mengharapkan, aktiviti perniagaan di plaza berkenaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
"Memang tak ramai orang ke sini sebelum ini, tetapi keadaan menjadi lebih teruk sepanjang minggu ini.
"Ramai yang datang adalah mereka yang sudah biasa berkunjung dan kebanyakannya warga asing. Susah juga kalau bergantung kepada pelanggan tetap sahaja," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang: Pas mahu jadi penyelamat

Posted: 25 Dec 2015 04:20 PM PST

Tujuan Pas mahu menjadi pembangkang yang menasihat bukan untuk merampas kuasa daripada kerajaan sebaliknya untuk menjadi penyelamat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sehubungan itu ahli politik Pas yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada al-Quran dan Sunnah.
"Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
Abdul Hadi Awang "Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat. Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, apabila beliau menegaskan Pas mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai yang terlalu bersemangat sehingga terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi.
"Maka, yang lemah imannya menjadi tidak istiqamah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu kembali memahami konsep nasihat seperti yang dianjurkan dalam Islam.
"Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta al-Quran," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan kekal jadi parti gabungan pilihan raya, jika gagal ke Putrajaya

Posted: 25 Dec 2015 04:18 PM PST


Dr Syed Husin Ali berkata jika Pakatan menang pilihan raya  dapat kuasai Putrajaya akan memudahkan usaha membentuk Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi politik.Dr Syed Husin Ali berkata jika Pakatan menang pilihan raya dapat kuasai Putrajaya akan memudahkan usaha membentuk Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi politik.Gabungan parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan akan terus kekal menjadi gabungan untuk menang pilihan raya sahaja jika tidak didaftarkan, kata bekas timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
Bagi bekas pensyarah sains sosial itu, nasib Pakatan Harapan akan kekal begitu jika mereka tidak menang dalam pilihan raya umum nanti.
"Masih belum boleh dibuat dan tidak cukup hanya dengan tiga parti. Sekurang-kurangnya kena ada tujuh lagi parti yang sedia bergabung untuk menubuhkan organisasi.
"Setakat hari ini belum ada nampak komitmen parti lain terhadap Pakatan Harapan lebih-lebih lagi menarik parti-parti di Sabah dan Sarawak, selagi Pakatan Harapan tidak menang pilihanraya dan berjaya menakluki Putrajaya.
"Jika dapat kuasai Putrajaya itu akan dapat mendorong untuk memudahkan Pakatan Harapan didaftarkan menjadi sebuah organisasi yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Sosial (Ros)," ujarnya kepada Malaysia Dateline dalam satu pertemuan pada Khamis.
Peranan gabungan parti-parti politik pembangkang utama di negara ini diwujudkan bertujuan mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui parti Umno.
Ura-ura untuk mewujudkan sebuah organisasi dalam Pakatan Harapan telah dizahirkan dalam beberapa kali perbincangan tiga parti itu sebelum ini.
Syed Husin yang juga bekas Presiden PRM berkata, kemungkin akan ada perbincangan serius mengenainya dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan kali pertama yang dijangka akan diadakan pada 9 Januari ini di Kuala Lumpur.
"Kita akan lancarkan tiga perjanjian kerjasama dan salah satunya itu mungkin dari segi organisasi Pakatan Harapan untuk dilihat lebih mantap menyentuh mengenai peraturan dan kita akan menambah baik 'Buku Jingga' untuk membaiki dasar-dasarnya dengan isu-isu terkini politik tanah air.
"Tumpuan persidangan kali pertama ini lebih banyak tertumpu kepada pilihan raya. Jika Pakatan Harapan menang, sama ada akan menjadi kerajaan campuran atau menjadi satu parti (Pakatan Harapan) untuk bentuk kerajaan atau lebih longgar daripada itu kita tidak tahu lagi," ujarnya.
Kewujudan Barisan Alternatif (BA) pada 1999 adalah gabungan PAS, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Gabungan BA ini telah menentang BN dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, 2004 dan 2008.
Bagi melaksanakan impian menakluki Putrajaya PAS, PKR dan DAP telah menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihan raya umum pada 2008 setelah BA berjaya merampas lima negeri daripada BN iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan mengekalkan Kelantan yang diterajui PAS sejak enam penggal pilihan raya diadakan.
Terkini pada September lalu, PR telah digantikan pula dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.
Melihat kepada senario gabungan pakatan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya sudahpun terjalin sejak 1998 telahpun menjangkau 17 tahun PKR, PAS dan DAP atas nama gabungan kerjasama dalam menghadapi pilihanraya umum menentang Umno-BN.
Sejauhmana cabaran yang terpaksa di hadapi Pakatan Harapan kali ini berbanding BA dan PR?
Syed Husin berkata rakyat melihat krisis DAP-PAS berbeza dengan krisis Anwar Ibrahim pada 1998 hingga tertubuhnya BA kerana keyakinan rakyat terhadap lima negeri yang dimenangi BA pada 2008 lalu membentuk pula PR.
"PKR hari ini sudah berkembang tidak lagi berbicara soal perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata sebaliknya PKR sudah tertumpu kepada reformasi pemerintahan dan menambah baik Buku Jingga untuk lebih mantap menjadi sebuah dasar kepada gabungan Pakatan Harapan pula.
Read More / Baca Lagi >>

Pasukan siber UMNO/BN perlu bernas, berilmiah..!!!

Posted: 25 Dec 2015 04:17 PM PST

Pasukan yang diwujudkan oleh UMNO dan BN perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang beruilmiah
cyber
PETALING JAYA: Pasukan Gelombang Biru baharu yang akan menangani serangan siber terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu dibarisi oleh `wira papan kekunci'.
Penulis blog, Awang Zabidi berkata, mereka yang membarisi pasukan itu perlu berhujah dengan fikiran yang bernas dan dibekalkan fakta yang berilmiah apabila menjelaskan tentang fitnah dan tohmahan yang dilempar oleh pembangkang.
"Biarlah pembangkang bermain dengan isu-isu sensasi serta fitnah untuk mendapatkan undi dari rakyat. Jika Pasukan Gelombang Biru pun menggunakan taktik yang sama, maka kredibiliti pasukan ini akan dipersoalkan umum dan akhirnya boleh menyebabkan senjata makan tuan.
"Tunjukkan dan buktikan kepada dunia bahawa para blogger serta wira papan kekunci UMNO terdiri daripada mereka yang cerdik pandai dan kaya dengan pelbagai idea apabila menangani dakyah-dakyah pembangkang," katanya menerusi entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my.
Menurut Zabidi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjelaskan bahawa perang persepsi yang terhasil daripada perang siber merupakan cabaran terbesar kepada UMNO ketika ini.
Apatah lagi katanya, jika sesuatu isu itu dieksploitasi dan sengaja disensasikan.
Jelas Awang Zabidi, UMNO perlu mewujudkan pasukan media sosial sendiri yang bertindak sepenuh masa dan benar-benar komited agar usaha itu nanti berjaya dilaksanakan.

Jadi penasihat kerajaan, Pas mahu selamatkan negara

Posted: 25 Dec 2015 04:16 PM PST

Pas mahu menjadi penasihat bagi mengingati pihak berkuasa agar meninggalkan kemungkaran
hadi awang
KUALA LUMPUR: Langkah Pas yang menawarkan diri untuk menjadi penasihat kepada kerajaan pusat bukan kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk menyelamatkan negara.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, sudah tiba masanya Pas campurtangan dalam urusan negara untuk menasihati pemimpin agar mentadbir mengikut tatacara Islam.
"Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
"Permulaannya dengan menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya lagi, Pas sebagai sebuah gerakan Islam menjunjung tinggi Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar tertinggi parti.
"Surah Al-Asr menegaskan, betapa konsep nasihat amat penting kepada jamaah Islam dan umatnya, dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak termasuk musuh yang paling zalim," kata Abdul Hadi yang juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Justeru, beliau menyeru agar ahli Pas tidak mempedulikan mereka yang `buta Al-Quran' demi perjuangan.
"Kita kini tenggelam dengan bencana zaman orang yang menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan.
"Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan…kita mengikut sempadan Allah (dalam perjuangan dan dakwah)," katanya lagi.

Selepas Buku Jingga, Pas kemuka Dokumen Hijau

Posted: 25 Dec 2015 04:15 PM PST

Dokumen Hijau merupakan pelan penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi yang melanda negara, kata Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan
Pusat Nasrudin Hassan
PETALING JAYA: Pas bakal melancarkan 'Dokumen Hijau', sebuah pelan penyelesaian kepada pelbagai isu ekonomi yang melanda negara.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan memaklumkan, ia akan dikemukakan kepada umum dalam masa terdekat.
"Dokumen Hijau yang menjadi pelan penyelesaian kepada beberapa isu ekonomi yang melanda rakyat dan negara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Ini akan diperjuangkan Pas bagi membantu rakyat keluar dari kemelut dan tekanan ekonomi yang semakin membarah," katanya.
Ia adalah lanjutan daripada Muzakarah Dokumen Hijau yang dianjurkan Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Lajnah Penerangan Pas Pusat dan Lajnah Ekonomi Pas Pusat, bertempat di Shah Alam pada 19 Disember lalu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Temerloh itu juga memaklumkan Pas Pusat akan mengadakan sesi taklimat kepada semua peringkat pimpinan Pas Pusat.
"Taklimat ini bagi memberi pencerahan mengenai perkembangan dan pendekatan terkini Pas dalam politik semasa, serta beberapa isu nasional.
"Ia akan berlangsung dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah pusat yang akan diadakan pada Januari, disusuli dengan jelajah pimpinan Pas ke seluruh negeri," katanya lagi.

Amanah mungkin bertanding di PRN Sarawak biarpun berdepan laluan sukar

Posted: 25 Dec 2015 04:12 PM PST

AmanahL
Khalid Samad berkata sekalipun pihaknya mengetahui kesukaran yang dihadapi namun ia dilihat bukanlah penghalang kepada Amanah untuk bertanding di Sarawak.

KUALA LUMPUR, 25 Disember 2015:

Parti Amanah Negara (Amanah) berkemungkinan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekalipun berdepan dengan laluan sukar.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata sekalipun pihaknya mengetahui kesukaran yang dihadapi namun ia dilihat bukanlah penghalang kepada parti berkenaan.
Menurutnya, bertanding pada PRN Sarawak adalah alternatif yang ada sekiranya Pakatan Harapan (PH) ingin benar-benar membawa perubahan dalam negara.
"Soal susah bukan alasan yang kukuh untuk kita tidak tubuh Amanah dan bersaing dengan Pas itu sendiri serta sudah ada keperluan ambil alih peranan Pas dalam pakatan pembangkang.
"Saya tak nampak apa yang nak dikeluhkan dan kita kena buat apa yang perlu dibuat dan soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan," katanya kepada The Rakyat Post, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir bahawa Amanah tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang pada PRN Sarawak sekalipun kebanyakan pemimpinnya adalah bekas tokoh Pas Sarawak.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, beliau meramalkan akan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRN Sarawak disebabkan politik di Sarawak dan Malaysia Timur jauh berbeza dengan politik di Semanjung Malaysia.
"Semua orang risau akan berlaku pertembungan tiga penjuru dan sebagainya di Sarawak dan ada kemungkinan untuk berlaku tetapi di Semenanjung kita masih tidak tahu lagi oleh kerana pilihanraya masih lagi jauh dan kalau nak buat apa-apa ini masa yang sesuai untuk bertindak.
"Apa yang berlaku di Sarawak nanti bukanlah mewakili secara keseluruhan PH di peringkat Jawatankuasa Kerja dan kita juga berharap akan adanya konsesus dengan parti-parti tempatan untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dapat dielakkan," ujarnya.

Apa yang dipertaruhkan dalam kerjasama Umno-PAS

Posted: 25 Dec 2015 04:12 PM PST

Pengkaji politik negara menjangkakan sebuah pakatan pilihan raya menjadi matlamat terakhir bagi kerjasama Umno-PAS walaupun ramai penyokong PAS tidak menyedarinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Disember, 2015. 
Pengkaji politik negara menjangkakan sebuah pakatan pilihan raya menjadi matlamat terakhir bagi kerjasama Umno-PAS walaupun ramai penyokong PAS tidak menyedarinya. 

Kerjasama Umno-PAS boleh membawa keuntungan kepada kedua-dua parti Melayu Islam itu ketika masing-masing memerlukan talian hayat berikutan krisis dalaman terbesar yang berlaku. Biarpun kerjasama yang dijalinkan pada tahap minimum – mengadakan program bersama – namun ia mampu memulihkan kembali imej kedua-dua presiden parti itu yang kian tercalar.
Penganalisis dan pemerhati menggariskan 3 senario bagaimana kerjasama ini boleh berlaku dan apa yang yang bakal diperoleh kedua-dua pihak menerusi inisiatif ini, yang pertama selepas lebih 3 dekad.

Jika mereka berjaya menjalinkan kerjasama di peringkat tertinggi tetapi paling berisiko – dengan membentuk pakatan pilihan raya – ia boleh menjadi talian hayat diperlukan Umno bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).1. Berkongsi pentas
Peringkat yang paling asas dan abstrak ialah bagi pemimpin kanan kedua-dua parti mengadakan program bersama seperti perjumpaan alumni Universiti Al-Azhar pada 17 Disember lalu, yang dihadiri Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya daripada PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kali terakhir sesuatu seperti itu berlaku adalah pada 2005 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa lawatan kerja di Kelantan.
Pada 2002, presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkongsi pentas dengan bekas presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada satu ceramah umum mengenai isu Palestin.
Tetapi pada kedua-dua majlis itu, presiden Umno tidak pernah mengetengahkan isu mengenai perpaduan Umno-PAS.
Kerjasama di peringkat asas ini membuahkan semangat muhibah di kalangan ramai ahli PAS dan Umno serta pengundi Melayu Islam yang tidak memihak mana-mana parti, kata pengumpul suara bebas Ibrahim Suffian.
"Ia alasan yang sangat popular di kalangan orang Melayu Islam untuk menyatukan 2 parti Melayu Islam yang berseteru tersebut," katanya yang merupakan pengarah eksekutif Merdeka Center itu.
Keupayaan Najib mengukuhkan hubungan Umno-PAS akan melenyapkan beberapa kritikan terhadap beliau dari dalam Umno, kata Ibrahim, sekali gus meningkatkan populariti beliau buat sementara waktu di kalangan sesetengah orang Melayu Islam.
Perkara yang sama juga berlaku kepada Hadi di mana kepimpinan PAS dikritik selepas penghijrahan ahli Parlimen dan individu terkenal mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
"PAS sedang keluar daripada krisis selepas kehilangan ahli dan pemimpin paling terkenal dan berkebolehan," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, pemikir Pusat Ilham.
2. Sokongan Parlimen 
Senario ini sudah berlaku di dalam Dewan Rakyat di mana sebahagian daripada 14 ahli Parlimen PAS sudah pun menunjukkan mereka boleh mengambil sikap yang tidak membangkitkan kemarahan BN.
Ketika undian Bajet 2016 diadakan, hanya 3 ahli Parlimen PAS menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam menentangnya. Manakala, 11 yang lain mengikut arahan parti dan berkecuali.
Apabila memilih untuk berkecuali daripada menyokong undi sebegitu, kata seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan, ia sama seperti menyokong BN kerana PAS tidak menyertai usaha menyekat rang undang-undang perbekalan itu.
Tetapi, pada tahap ini, kerjasama yang lebih mendalam dan penting dapat dipupuk.
Ulama berpengaruh dalam PAS sudah mula mengeluarkan pandangan yang mewajarkan kerjasama Umno-PAS, kata Hisomuddin.
Pemimpin Pakatan Harapan juga bimbang PAS akan menyokong mana-mana rang undang-undang kritikal yang dibentangkan BN pada masa depan.
Read More / Baca Lagi >>

Sedia maafkan Umno:PAS Kota Bharu cadang Takiyuddin saman media

Posted: 25 Dec 2015 05:56 AM PST

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika diasak media untuk menyatakan pendiriannya terhadap kerjasama PAS -Umno ketika beliau hadir di persidangan Perkasa baru-baru.Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika diasak media untuk menyatakan pendiriannya terhadap kerjasama PAS -Umno ketika beliau hadir di persidangan Perkasa baru-baru.
PAS kawasan Kota Bharu mencadangkan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mengambil tindakan undang-undang ke atas media yang memutar belit isu PAS sedia memaafkan kesalahan Umno selepas program Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) minggu lalu.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, tindakan undang-undang boleh membersihkan nama Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu di sampingpenafian tegasnya atas usaha cuba memalu gendang kerjasama yang digambarkan oleh media.
Sedangkan katanya, yang dimaksudkan adalah perpaduan berlandaskan syariat.
"Umum menerima pakai bahawa Umno ialah parti perjuangan Melayu dan PAS perjuangan berlandaskan syariat yang pastinya penuh keadilan tidak pernah wujud dalam kamus perjuangan Umno.
"Hakikat inilah yang telah sebati dalam diri para pendokong PAS. Maka keperitan hasil kezaliman yang telah dilakukan tidak mungkin boleh dilupakan dan dimaafkan sewenang wenangnya khususnya oleh pengikut bawahan dan tiada yang berhak memaafi melainkan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Cadangan tindakan undang-undang ini diputuskan dalam mesyuarat Harian PAS kawasan Kota Bharu yang berlangsung semalam.
Ia sekaligus menyokong kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad bahawa PAS perlu berhati hati dengan perkembangan baharu yang sedang belaku sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Dari "Anwarinas" ke "kedondong", Tuan Ibrahim kini sasaran media Umno

Posted: 25 Dec 2015 05:52 AM PST


(daari kiri) Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang(daari kiri) Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi AwangSemalam, portal pro-Umno BNBBC.my melabelkan sikap Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai "buah kedondong".
Ini gara-gara tindakan Tuan Ibrahim menyiram air batu dengan menyarankan kepada Naib Presiden Umno Datuk Hishamuddin Hussein agar menyuruh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bercuti menunggu siasatan terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion selesai di tengah-tengah kehangatan cubaan Umno untuk memikat PAS untuk bekerjasama.
"Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. Nyatalah, Tuan Ibrahim kini sudah jadi buah kedondong di dalam partinya apabila bersikap menentang kerjasama UMNO dengan PAS," tulis BNBCC.my di artikelnya yang turut dipapar oleh AgendaDaily.
Ini bukan kali pertama Tuan Ibrahim diserang oleh media pro-Umno. Ketika Tuan Ibrahim menegaskan bahawa PAS tidak akan memikul biawak hidup sebagai jawapan kepada pelawaan Najib kepada PAS secara terbuka di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, media pro-Umno BNBCC.my dan MYKMU.net telah menyerang Tuan Ibrahim secara berturut-turut dengan perkataan seperti "ego" dan "Anwarinas."
Dengan serangan sedemikian, sudah terang dan jelas bahawa Umno kini mensasarkan Tuan Ibrahim sebagai pemimpin PAS yang perlu dijatuhkan.
Namun, apa yang tidak disangka Umno ialah kini bukan sahaja Tuan Ibrahim yang bersuara. Kedua-dua Naib Presiden PAS - Ustaz Idris Ahmad dan juga Datuk Iskandar Samad juga mengambil pendirian yang keras terhadap kerjasama Umno-PAS.
Malah Idris secara terang-terangan menyuruh ahli PAS yang inginkan Umno dan PAS bergabung untuk keluar PAS.
Soalan yang bermain di minda kini, apakah sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap apa yang berlaku?
Apakah beliau akan membiarkan Umno terus menyerang Tuan Ibrahim dan seterusnya Naib-Naib presidennya yang lantang bersuara menentang kerjasama antara Umno-PAS, atau bangkit membela mereka?

Majlis Gereja bimbang hala tuju negara, undang-undang lulus tergesa-gesa

Posted: 25 Dec 2015 05:49 AM PST

Majlis Gereja Malaysia (CCM) khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat, kata Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Disember, 2015. 
Majlis Gereja Malaysia (CCM) khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat, kata Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing.

Majlis Gereja Malaysia (CCM) hari ini menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan hala tuju negara ini, lebih-lebih lagi apabila membabitkan perundangan.
Ketua Gereja Anglican Asia Tenggara Datuk Ng Moon Hing berkata, untuk menjadi masyarakat yang saksama, sememangnya memerlukan undang-undang, namun undang-undang tersebut perlulah mendidik dan melindungi serta menghormati masyarakat.
"Kami khuatir dengan undang-undang yang diluluskan tergesa-gesa tanpa perbahasan dan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan," katanya ketika berucap pada majlis minum petang Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) di Petaling Jaya sempena sambutan Hari Natal hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut khuatir dengan undang-undang keselamatan negara kerana ia turut memberikan kesan kepada kebebasan rakyat. "Walaupun kita menentang keganasan, kita tidak seharusnya terbawa-bawa dengan godaan undang-undang dan peraturan untuk menewaskannya.
"Sebagai badan keagamaan, kami faham kejahatan godaan, dan dorongan untuk melakukannya (kejahatan) sambil mempercayai yang kita sedang melakukan kebaikan," katanya.
Beliau yang juga pengerusi CFM berkata, negara tidak seharusnya ditadbir dalam suasana di mana undang-undang dalam keadaan tergantung.
"Ia akan mencetuskan kekacauan dan huru-hara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS, gerakan Islam pro demokrasi dan Isis

Posted: 25 Dec 2015 05:42 AM PST

Dr Maszlee Malik

Di antara isi ucaptama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Multaqa Alumni al-Azhar yang lalu, beliau ada menegaskan demokrasi merupakan sistem yang paling hampir dengan syariat Islam.
Beliau turut menegaskan PAS komited dengan wahana demokrasi untuk mencapai cita-cita mereka. Malangnya, penegasan Hadi itu kurang dihargai signifikannya kerana dilitupi laporan retorik politik berkaitan perkongsian pentas di antara beliau dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Walhal, penegasan tersebut amat signifikan dan amat bermakna semasa dunia sedang menghadapi ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) atau Da'esh di waktu ini.

Komitmen PAS untuk memelihara sistem demokrasi di Malaysia melalui lidah presidennya itu merupakan petunjuk jelas PAS menolak Isis dan tidak sekali-kali boleh disamakan dengan Isis sepertimana didakwa sesetengah pihak. Malah kenyataan Datuk Ayub Khan, ketua penolong pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sewaktu "Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan" di Universiti Teknologi Malaysia pada 13 Disember 2015 lalu mengenai bahaya doktrin Isis melalui pengajaran tauhid 3 di Malaysia adalah tuduhan tidak langsung terhadap Hadi dan PAS.
Ini memandangkan Hadi merupakan antara figura agama awal yang bertanggungjawab memperkenalkan doktrin "Tauhid 3' (Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyan dan Tauhid Asma wa Sifat) kepada rakyat Malaysia melalui karya terkenalnya "Mukadimah Aqidah Muslim" di awal tahun 80'an lagi.
Malah siri ceramah-ceramah Hadi mengenai kepentingan menegakkan syariah dan negara Islam adalah berpaksikan konsep Tauhid Uluhiyyah semenjak 4 dekad lalu.
Malangnya doktrin yang dibawa Hadi itu diserang hebat di dalam "Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan" berkenaan 2 orang penceramah lain, iaitu Zamihan Mat Zin dan juga Engku Ahmad Fadzil Engku Ali.
Tuduhan yang dilemparkan antara lain ialah doktrin tauhid berkenaan merupakan ajaran Wahabi yang dibawa masuk graduan dari Arab Saudi seperti Hadi dan graduan Pakistan seperti kebanyakan aktivis PAS merupakan punca kepada faham ekstremis Isis di Malaysia.
Walaupun mereka tidak menyebut nama PAS, namun umum dapat memahami yang menjadi tumpuannya ialah Hadi dan PAS yang juga sebelum ini menjadi mangsa tuduhan beberapa tokoh lain.
Maka, penegasan Hadi di dalam multaqa berkenaan merupakan satu kenyataan signifikan untuk melawan mitos yang cuba mengaitkannya dan PAS serta ajaran tauhid 3 dengan Isis dan keganasan.
Hadi membuktikan  pemahaman Islam berteraskan tauhid t3 boleh menerima demokrasi dan di atas dasar itu juga, PAS komited dengan prinsip tersebut.
Amat malang, di dalam multaqa tersebut, isu Isis tidak ditimbulkan sama sekali, malah isu keperluan komitmen serius melibatkan kerjasama Umno dan PAS untuk melawan pengaruh Isis di Malaysia juga tidak disentuh langsung.
Read More / Baca Lagi >>

Mengimbau partisipasi PAS dalam politik Sarawak

Posted: 25 Dec 2015 05:33 AM PST

Nazri Noor dan Jufazli S.A


PAS mula bertanding dan memasuki Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, mencuba nasib di Parlimen Batang Lupar, yang mana majoriti pengundinya ialah Bumiputera Islam-Sarawak.
Sekali imbas, ia kelihatan sebati dengan DNA politik PAS,  namun ia berdepan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang paling dominan di negeri itu, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Hasilnya, PBB jauh meminggirkan PAS dengan peratusan undi majoriti sebanyak 70.7%, berbanding PAS yang hanya memungut 22.6%.

Pada PRU 2004, PAS sekali lagi mencuba nasib, kali ini memilih tempat baharu, Parlimen Batang Sadong, juga bertembung dengan PBB. Hasilnya, PAS dengan undi popular 8.7%, jauh dipinggirkan PBB yang memungut 91.3% undi popular.
Pada PRU 2008 pula, PAS sekali lagi mencuba di Parlimen Batang Lupar buat kali ke-2 selepas tewas pertama kalinya pada 1999. Sekali lagi, PAS tercorot dengan defisit undi lebih 8,000. Dengan undi popular sekitar 20%.
PRU 2013, menyaksikan PAS dipertanggungjawabkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk membuktikan diri mereka di 5 kerusi parlimen, Sibuti, Tanjong Manis, Batang Sadong, Kota Samarahan dan Igan.
Walaupun tsunami rakyat memihak kepada PR khasnya di Semenanjung Malaysia, PAS rata-rata dilihat gagal memberi sebarang nilai positif dalam arus politik Sarawak.
PAS teruk dibelasah di Parlimen Tanjong Manis. Calon PAS hilang wang deposit, selepas hanya mengutip 1,571 (11%) undi.
Dua calon lagi Di Batang Sadong dan Igan, nyaris selamat selepas berjaya melepasi tahap 12.5% undi popular dengan 2,017(13%) undi di Batang Sadong dan 1,747 (13%) undi di Igan. 
Di Sibuti, walaupun gah dengan undi popular 35%, PAS tewas kepada PBB dengan 6,066 defisit, manakala di Kota Samarahan pula, PAS jauh di belakang PBB dengan defisit 17,401 walaupun dengan 21% undi popular.
Boleh dirumuskan di sini, dikumpulkan statistik penglibatannya dalam 4 PRU, tahap purata undi popular PAS berlegar di sekitar 17%.
Hal ini mengambil kira konteks PAS bertanding sebagai rakan kongsi dalam koalisi PR bukan secara bersendirian.
Pilihan raya negeri
PAS mula melibatkan diri dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) 2001 dengan bertanding di 3 kerusi DUN; Semariang, Sadong Jaya dan Beting Maro.
Secara purata ia mengandungi hampir 90% pengundi Melayu/Melanau Islam. Hasilnya, PAS jauh ditinggalkan lawan tradisinya di Sarawak, PBB.
Read More / Baca Lagi >>