Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bukan bergabung, jelas Nik Amar

Posted: 23 Dec 2015 05:15 PM PST


PAS menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponennya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia merupakan pendirian PAS sejak daripada dahulu lagi dan bukannya merupakan satu perkara baharu dalam pendekatan politik mereka.

"Cuma mungkin dalam suasana yang ada pada hari ini ia (kerjasama) menimbulkan banyak spekulasi. Untuk bersatu dengan Umno, masuk BN, itu semua tak ada.

Baca sepenuh di https://biswardihasbi.wordpress.com/2015/12/24/pas-hanya-bekerjasama-bukan-bergabung-dengan-bn/


Satu Timbalan dan dua Naib Presiden sudah salah faham. Terlupa mungkin kerajaan Kelantan mohon dari Pusat untuk siapkan highway dan selesaikan masaalah banjir tahun lepas.

Mungkin termakan hasutan ....

Kenyataan Media.

SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SELEPAS LORI CERAMAH RAFIZI DITIMPA MUSIBAH, NURUL NUHA PULA JATUH DAN MASUK ICU

Posted: 23 Dec 2015 07:52 AM PST

BREAKING NEWS: NURUL NUHA ANWAR awal hari ini terjatuh di rumahnya dan terhantuk kepala. Kecederaan serius dan kini di ICU Hospital Tropicana. 

Keadaan agak serius Anwar Ibrahim sebentar td baru dibawa dari Penjara Sg.Buloh untuk melawat.

Matlumat dari Chegubard

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Kita Doakanlah Agar Lebih Ramai Gadis Melayu Nak Jadi Model Seluar Dalam Supaya Benda Ni Dapat Perhatian Pihak Berkuasa

Posted: 22 Dec 2015 10:08 PM PST


Aku cukup malu lah dengan benda camni.

Kita sibuk nak censored media, tapi bila aku gi jalan2 dengan anak aku, aku gi bahagian bra, ada gambar awek yang dah 3/4 bogel terpampang besar-besar. Bila gi bahagian lelaki pulak, ada gambar lelaki dekat kotak spender yang kalau dia buat camtu dalam media, SELURUH NEGARA AKAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI LEMBAGA PENAPISAN FILEM.

Nasib baiklah kalau gambar lelaki, tak ada pulak shopping kompleks yang letak gambar lelaki pakai spendar, besar2. Yang kena print besar-besar ni, perempuan aje. Hehehe...

Sebagai sebuah negara yang majoritinya Islam, aku bertanyalah, kepada pihak berkuasa, kepada pihak Jabatan Agama, kepada Ustaz, kepada kau dan aku, KENAPA benda camni kita boleh pandang sebelah mata?

Pelik kan?

Masyarakat boleh bangun mengkritik artis Melayu yang bergambar pakai bikini dan kemudian tayang kat Instagram, tapi bila dia pegi beli bra, semua marketing dan display yang ada, seolah-olah benda yang normal dan dah jadi keperluan.

Mungkin, kita kena mula letakkan gambar awek Melayu sebagai model2 yang akan dijadikan display2 dekat department pakaian dalam ni. Barulah masyarakat akan bukak mata agaknya. Pakai bra, seluar dalam, tapi pakai tudung.

Baru muslimah.

Walaupun apa yang dipaparkan itu indah, tapi benda2 tu sebenarnya salah.

Cuba kau terangkan pada aku fungsi gambar2 separuh bogel tu diletakkan besar2 dalam shopping kompleks? Untuk marketing? Siapa yang ajar marketing ni?

Setan?
Ahli neraka?

Kalau aku cuba jual Takaful dengan berpakaian hanya boxer, kau rasa berkesan tak?

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMANAH TERIMA 200 AHLI BUKAN ISLAM, MASYARAKAT SIAM

Posted: 23 Dec 2015 08:43 PM PST

ANTARA DUA AMANAT

Posted: 23 Dec 2015 08:19 PM PST

ANTARA DUA AMANAT


Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.  Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.
Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. 

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.(SH 23/12/2015).

RANG UNDANG-UNDANG MKN LANGGAR PERLEMBAGAAN, HAK ASASI – SUARAM

Posted: 23 Dec 2015 06:01 PM PST

PEMIMPIN KANAN PAS TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Posted: 23 Dec 2015 05:59 PM PST

13 Disember buka mata ramai,ikatan Azmin - Mahathir begitu istimewa-CIKGU BARD

Posted: 23 Dec 2015 03:56 PM PST

pemimpin kartel Azmin tanpa selindung bangga dengan Mahathir 
14 Disember 2015 bangun sahaja subuh tiba - tiba telefon bimbit penuh masej whats app dan sms dari perbagai nombor yang ada antaranya tidak disimpan pun. Ada teman - teman pimpinan PKR dan ada juga peguam yang dikenali.

Antara intipatinya, selama ini bila che'GuBard menggunakan gelaran 'anak angkat Mahathir' kepada Azmin ramai tidak percaya namun 13 Disember 2015 malam itu ramai sudah membuka mata. che'GuBard pelik apa sebenar berlaku, selepas sarapan pagi itu kerja 'siasatan bermula'. Rupanya 13 Disember itu Azmin telah mengadakan Majlis Perkahwinan. Majlis ini jika dibandingkan antara majlis meraikan menantu anak - anak semua pimpinan pembangkang maka majlis Azmin ini no.1 paling mewah dan tersusun semuanya. Dari gambar yang dilihat penuh bunga hidup yang segar, tak pastilah berapa belanja kesemua majlis tersebut. Itu belum kira berapa 'sumbangan' untuk menghadirkan penyanyi porpular bagi menghiburkan pada malam tersebut.

Namun yang peliknya kelibat hampir semua pimpinan utama pembangkang tidak nampak, termasuk Presiden PKR Wan Azizah sendiri, jauh sekali Mohammad Sabu atau Lim Guan Eng. Namun pimpinan biasa termasuk anggota keluarga Anwar Ibrahim ada yang hadir.

hubungan istimewa Mahathir - Azmin
Malam tersebut rupanya ramai juga teman - teman Umno hadir dengan kehadiran istimewa ialah Mahathir dan Muhiyuddin. Selain Sultan Selangor dan Sultan Perak. Dalam majlis tersebut termasuk dalam ucapan Azmin dilambung Mahathir dan Muhiyuddin.

Beberapa pelapor dan perakam melaporkan Azmin tanpa segan silu menyebut dia ada hubungan istimewa dengan Mahathir yang tidak akan terpisah. Malah anaknya serta keluarganya ada hubungan yang orang ramai sukar fahami. Dalam ucapan Azmin mengimbau dari saat dia menuntut di luar negara, berkahwin sehingga kini dia mengulang - ulang nama Mahathir dan mengangkat Mahathir orang paling bermakna dan berjasa kepada beliau tanpa segan silu dan berselindung.

Azmin sungguh bongkak dia tidak hormat apa rasa peguam - peguam Anwar yang sejak 1998 bertempur dengan fitnah Mahathir di Mahkamah. Dia langsung tidak hormat ahli keluarga Anwar yang hadir antaranya anak Anwar Izzah, Ilham, Iman ; Adik Anwar Rusli, Farizun, Khairun.... depan ahli keluarga Anwar bukan sahaja memuji muja Mahathir malah seekalipun tidak menyebut nama Anwar seolah Anwar langsung tidak wujud

Kalau di depan pemimpin PKR itu tidaklah berkira sangat sebab yang ada kebanyakannya pengampu Azmin dan terasing sudah dengan sejarah perlawanan 'reformasi' itu sendiri. Kecuali seorang yang saya dengar dari 4 sumber menyatakan ketika ucapan Azmin dia kecewa bangun dan keluar meninggalkan Majlis walaupun jarak mejanya hanya dua meja dari Sultan yang hadir. Sosok yang bangun protes meninggalkan majlis itu saya banyak kritikan ke atasnya namun tindakan dia kali ini saya puji, yang lain ialah penakut bacul hanya berani cerita belakang termasuk beberapa pemberi maklumat sehingga saya menulis tulisan ini.

Ramai kecewa dan mula bercakap selepas majlis dan ramai juga menghubungi dan mengiyakan apa yang che'GuBard sebut selama ini.

Azmin seorang yang cekap yakinlah dia akan buat satu lagi majlis marhaen sedikit secara terbuka bagi 'cover up' kritikan terhadap majlisnya 13 Disember lepas.

Kepada semua yang menghubungi che'GuBard selepas majlis itu atau orang yang bercakap ia sekadar majlis kahwin apa salahnya , maka jawapan saya ialah ia bukan sekadar Majlis Perkahwinan. Saya masih ingat ada orang biasa adakan majlis hari jadi kek gambar Anwar kerana hargai perjuangan Anwar, ada yang kahwin pun diselit imej Anwar kerana perjuanganya, namun Azmin bukan sekadar lupakan terus Anwar tetapi mengangkat orang yang menfitnah Anwar. Bukan sahaja Anwar, malah Mahathirlah yang menjadi sebahagian dari yang mengfitnah keluarga Azmin.

Lupakah Azmin dengan fitnah bahawa Anak Azmin bukan anaknya tetapi anak haram Anwar dan Shamsidar ? adakah ini hubungan istimewa dengan Mahathir ? atau dia menjadi sebahagian plot pembunuhan Anwar... yang mana Mahathir gagal maka Azmin selesaikan.... Maka Majlis 13 Disember itu merupakan majlis meraikan kejayaan menyempurnakan cita - cita Mahathir. Dihadapan keluarga Anwar , Azmin tunjukkan depan bapa angkatnya dia memuji Mahathir dan melupakan Anwar.

Azmin seorang yang sangat istiqamah dan cermat dalam menyusun tindakan, dia sabar. Ingat kali pertama terlihat watak Azmin dia dihalau dari rumah keluarga Anwar di Bukit Damansara konon ada antara yang marah ketika itu katanya Azminlah punca fitnah dan kejatuhan Anwar.

Namun Azmin tetap sabar dia munculkan cerita kononya ditahan namun semua kena maklum dia menyuruk ketika itu di rumah kawanya pemimpin Umno ketika itu.

Bila keadaan tenang dia muncul menyusun pelahan - lahan tanpa kita perasan.

Tanya Wan Azizah peristiwa dia dipanggil ke Amerika untuk bertemu seorang tokoh korporat dunia dan bertemu dengan Setiausaha Agong PBB ketika itu Koffi Annan ketika peringkat awal Anwar ditahan dan dibicarakan. Wan Azizah telah terbang bersama pembantunya diiringi antaranya Azmin Ali. Azmin menyusun 'dibelakang' dia menghubungi tokoh korporat ternama itu konon untuk dia bertemu dahulu. Permintaan dia ditolak dan tokoh korporat itu menghubungi Azizah menyatakan rasa tidak senang dengan cara Azmin. Azizah menegur Azmin. Soalnya kenapa nak jumpa tokoh korporat dunia itu berasingan ? adakah mudah nak melakukan propaganda agar kawan - kawan Anwar menyalurkan bantuan melaluinya. Itu yang tidak berjaya, cuba kita teka berapa jumlah pula yang berjaya dia 'wakilkan' Anwar untuk menerima dana bantuan ?

bergaduh di media sosial kebiasaan Azmin
Marah kerana gagal dan tindakan Azizah menegurnya maka Azmin telah memberitahu Azizah pertemuan dengan Koffi Annan batal. Azizah kecewa, namun tiba tiba 3 jam sebelum pertemuan dengan Koffi Annan yang Azmin kata batal itu, Azizah mendapat panggilan telefon dari pejabat Koffi Annan bertanyakan khabar dan memberikan peringatan mengenai pertemuan. Maka bergegaslah Azizah mujur sampai tepat waktunya. Dan itulah peristiwa besar dimana Setiausaha Agong PBB mengumumkan sokongan pada Anwar dan iktiraf Anwar banduan politik.

Bersemarak perlawanan dalam negara dengan pertemuan penting itu. Ayuh bayangkan pertemuan sepenting itu disabotaj Azmin hanya kerana kehendak dia supaya dana disalurkan melaluinya tak kesampaian. Jika saya menipu tanyalah Azizah mengenai ini.

Peristiwa sabotaj ini bukan sekali berlaku juga beberapa kali dan keluarga Anwar ramai tahu mengenainya dan ini cukup untuk memperjelaskan kenapa ada sentimen tak senang dengan Azmin.

tweet Azmin ketika rakyat sibuk black out 505 dia
sibuk menghentam Anwar
Malam keputusan PRU 2013, semua pimpinan utama dikumpulkan di sebuah hotel di Damansara, paling lewat hadir ialah Azmin Ali... kenapa dan dia berjumpa siapa ?
Selepas PRU 2013, dia menuntut untuk menjadi Menteri Besar, namun Anwar dan Azizah berkeras mahu mengekalkan Khalid Ibrahim. Azmin Ali kecewa maka disebarkan cerita bahawa Anwar menipu kononya Anwar sudah berjanji untuk namakan Azmin Menteri Besar. Bukan sedikit pengampu beliau terpesona dengan hujah Azmin itu.

Ketika semua warga Malaysia digerakkan dalam protes Black out 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj Anwar dan Parti. Dia menggerakkan kempen jangan sokong memalui arahan dalaman kartel dan media sosial. Malah kuncu - kuncunya sendiri menyerang secara terbuka Anwar dan keluarga, istilah Istana Segambut itu dicipta kartel Azmin untuk digunakan oleh Umno kemudianya.

antara macai Azmin yang ditugaskan menyerang Anwar

syed husin yang menegur juga dibelasah Azmin
Jangan kita lupa Azmin juga menggunakan media perdana termasuk TV3 menfitnah Azizah (Presiden PKR) mentadbir parti secara kronisma dan nepotisma.

Ketika rakyat berhempas menghidupkan mood Blackout 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj gerakan hanya kerana kecewa tak dapat jadi MB. Dia tidak berhenti dia menekan terus, kartelnya menyerang Khalid (MB) luar dan dalam. Kecewa dengan keadaan kelam kabut dan tidak berhenti maka ia sebahagian dari alasan langkah Kajang dan Anwar akan turun tangan sendiri mentadbir Selangor untuk dijadikan negeri contoh menjelang PRU 14. Malangnya langkah Anwar itu mengundang panik 'Putrajaya' dan mempercepatkan pemenjaraannya.

Azmin menyerang Khalid secara terbuka dalam banyak hal
Azizah dinamakan selaku calon tunggal namun Azmin terus melakukan kerja sabotaj dalam dan luar untuk melobi diri sendiri. Dia bertemu Hadi , dia antara watak pemecah belah ketika itu. Akhirnya melobi dengan gunakan semua sumber termasuk guna tauke - tauke belakang Mahathir untuk melobi maka Istana menamakanya. maka jangan pelik kalau banyak keputusan pelik dalam pentadbiranya kerana ia masa untuk 'membayar' semula.

Tahukah semua dia secara sulit telah ke Putrajaya ingin bertemu Najib namun kerana lama menanti dia bertemu Rosmah bersalam tunduk 'cium tangan' meminta maaf dan meminta untuk memulakan lembaran baru. Tahukah anda ketika Anwar bergelut dengan keputusan Mahkamah dia masih sibuk dengan siri pertemuan bersama Mahathir.

1998 Anwar dipenjara tanpa kuasa rakyat bangkit membela namun kini Anwar dipenjara , Azmin di takhta Menteri Besar. Ramai menjangkakan tentu Anwar terbela ia tidak sebegitu.

ucapan dasar angkat idea Mahathir ketika Anwar terpenjara
Semua berjalan cukup licik.Ucapan Dasar dalam mana - mana gerakan politik merupakan elemen penting hala tuju dan wajah gerakan itu. Ayuhkita lihat ucapan Ketua Wanita yang menjadi antara pemuka kartel Azmin Ali dengan temanya "Menuju negara 2020", ketika Anwar dipenjara Parti 'Anwar' angkat pemikiran Mahathir yang membunuh karier Anwar. Ia bukanlah satu kebetulan kerana ia dibuat secara terancang.

Di Selangor buget agak selesa dikeluarkan bagi satu kajian politik dinamakan Lanskap Persepsi Pengundi Selangor. Satu survey dilakukan untuk tujuan politik. Tanyalah orang seperti Professor Abu Hassan pasti mengakui survey politik ini akan dihimpunkan soalan ke arah membentuk persepsi bagi memenuhi maksud survey tersebut, ia lumrah. Maka agak pelik apabila survey Lanskap Persepsi Pengundi Selangor ini mempunyai soalan yang jelas menyerang dan menghakis pengaruh Anwar.

Soalan seperti DSAI harus bersara dari politik kerana telah dipenjara dan faktor kesihatan, PKR didominasi keluarga Anwar, Anwar harus menyerahkan kuasa kepada pemimpin lebih muda segera,sumbangan DSAI tidak diketahui ganerasi kini dan perbagai soalan pelik termasuk membunuh sahabat politik dari parti Amanah. Tujuanya mudah secara tanpa sedar Anwar sedang dibunuh politiknya dengan lengkap.

Untuk mendirikan idea billboard Anwar jawapanya tidak ada duit dan sukar nak dapat kelulusan kerana akan difitnah Bn, tetapi untuk sebuah isntitut pemikir baru dan survey politik membunuh politik Anwar ini berapa yang digunakan dan tidak takut pula diserang oleh Umno ?

Guna kuasa agih wang zakat melalui jentera parti seluruh negara dengan mengenepikan pemimpin yang Azmin tidak suka tidak takut pula Umno serang ?



antara kertas dan panduan survey politik yang bakal
melengkapkan pembunuhan Anwar
Memang sukar untuk memahami tulisan panjang ini. Namun itulah hakikatnya. Azmin sudah hampir melengkapkan cita - cita bapa angkatnya.

Dia sudah terlalu berkuasa pun dalam PKR ini, semua pemimpin dipanggil polis tidak seperti mobilisasi anak Azmin dipanggil polis ,dengarnya siap dengan ada surat perkeliling minta sayap hantar wakil ikut cabang dan negeri.

Saya juga tunggu mana - mana sayap parti sekali lagi keluar media perdana hantar aduan disiplin ke atas saya kerana tulisan panjang ini.

Saya begitu kerdil kini, saya hanya mampu menadah tangan mendoakan Anwar diberi kekuatan dan dipeliharaNya untuk meneruskan perjuangan. Ketia ini jam hampir 5.00 pagi subuh Maulidur Rasul.

tulisan oleh cheGuBard


saya pernah menulis : 

SILA BERI JAWAPAN DENGAN IKHLAS..

Posted: 22 Dec 2015 10:52 PM PST



Kenyataan Media.
 
SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?




1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Izin 8 tol naik tahun depan, kerajaan ‘pekak’ terhadap suara rakyat

Posted: 23 Dec 2015 07:39 PM PST

Walaupun menerima pelbagai bantahan, kerajaan hanya memekakkan telinga dan tetap mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta
#ShutdownJalanDuta
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan mengizinkan lapan lebuh raya menaikkan kadar tol masing-masing pada tahun depan membuktikan sikap 'pekak badak' kerajaan terhadap suara rakyat, kata Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta.
Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ini kerana keizinan tersebut diberikan walaupun pelbagai NGO serta parti politik bersuara mendesak kerajaan mengubah fikiran mereka.
"Kenaikan lapan konsesi tol bukan hanya memberi kesan kepada rakyat di bandar dan di pinggir bandar, tetapi juga kepada mereka di luar bandar, kerana akan meningkatkan kos operasi barangan keperluan yang dibawa ke sana.
"Kesan domino ini langsung tidak disentuh kerajaan ketika menjustifikasikan kenaikan tersebut. Mungkin mereka ingat rakyat mudah diperbodohkan," katanya dalam satu kenyataan.
Pengumuman kenaikan ini dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sidang Dewan Rakyat bulan lalu atas sebab untuk mengelakkan pembayaran pampasan berjumlah RM593.32 juta kepada syarikat konsesi.
Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Justeru, beliau menggesa orang ramai menyertai protes #ShutdownJalanDuta pada malam tahun baru ini bagi menyuarakan bantahan mereka.
"Kerajaan hanya memahami bahasa 'kurang ajar'. Maka kami menyeru orang ramai untuk memenuhkan Tol PLUS Jalan Duta pada malam tahun baru ini bagi memastikan kerajaan belajar sesuatu daripada rakyat," katanya lagi.

Naib Presiden Pas: Siapa boleh memaafkan kesalahan Umno?

Posted: 23 Dec 2015 07:04 PM PST



Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan Umno?
Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan Umno itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli Umno.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan Umno.

Hampir 3,000 penjawat awam dipotong gaji sehingga 100% bayar PTPTN – Cuepacs

Posted: 23 Dec 2015 06:58 PM PST

azih muda cuepacs
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pemotongan gaji di kalangan penjawat awam bagi pembayaran PTPTN seharusnya dibuat berdasarkan kemampuan mereka.

KUALA LUMPUR, 24 Disember:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan 100 peratus bagi pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hal itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Azih Muda kepada The Rakyat Post berkata, pemotongan gaji maksimum itu membebankan penjawat awam itu sendiri, dan tidak seharusnya dibuat.
"Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong seratus sebulan hingga 10 tahun ke, ini tidak dipotong hingga berbaki RM19, macam mana nak makan.
"Tidak hairanlah mengapa isu ini tersebar begitu cepat hingga jadi viral di Internet sebab hampir 3,000 orang mengalami pemotongan gaji sedemikian," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurut Azih, penjawat awam terbabit dengan pemotongan gaji maksimum itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib
Malah, Tinjauan The Rakyat Post di sekitar Putrajaya mendapati, ada penjawat awam yang ditemui mengakui mengalami pemotongan gaji maksimum 100 peratus dan ia memang dinyatakan di dalam penyata gajinya.
Bagaimanapun, beliau yang enggan nama dan identitinya didedahkan turut tidak mahu mengulas lanjut dan memberi maklumat terperinci kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Datuk Lok Yim Pheng turut mengakui pihaknya sudah sedia maklum selepas mendapat aduan berhubung pemotongan gaji maksimum terbabit.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan identiti penjawat awam yang terlibat.
"Saya tidak boleh dedahkan nama atau beri nombor telefon mereka sebab mereka sendiri tidak berani hendak memberi kenyataan.
"Kalau saya beri, bahaya buat mereka kerana tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya," katanya ketika dihubungi.

Kerjasama dengan Umno atas dasar kebajikan kata Pas Terengganu

Posted: 23 Dec 2015 06:48 PM PST


Umno Pas

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu bersetuju sekiranya kerjasama Pas dan Umno dibuat atas dasar kebajikan dan kemasyarakatan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan berlandaskan kepada Islam.
Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Dr Alias Razak berkata, kerjasama yang membawa kepada penggabungan antara kedua-dua parti tidak akan berlaku sama sekali kerana kedua-dua parti mempunyai dasar yang berbeza.
Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno bukanlah satu perkara yang baru kerana pemimpin kedua-dua parti pernah bekerjasama dalam soal kebajikan seperti bekerjasama dalam bantuan banjir dan menangani isu mat rempit.
"Kalau kerjasama atas dasar perkara kebaikan dan mengikut sunah dan ajaran Islam, kita tak ada masalah. Sebelum ini pun kita pernah bekerjasama, bersama-sama banteras maksiat umpamanya perkara yang membawa kebaikan.
"Semasa banjir sebelum ini, kedua-dua pihak turut membantu mangsa. Itu atas matlamat yang sama, iaitu membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan dalam erti kata kebajikan rakyat.
"Apa yang penting bagi kita ialah kembali kepada Islam dan syariat. Itu jelas kerana kita nak ajak kepada Islam yang sebenar. Kerjasama ini adalah garis panduan yang kita fahami. Tetapi masih ada sesetengah pihak yang masih keliru dan tidak faham maksud kerjasama ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Harapan buka pintu untuk Pas - Salahuddin

Posted: 23 Dec 2015 06:47 PM PST

Pakatan Harapan sentiasa membuka pintu buat Pas bagi sebarang perbincangan berhubung dengan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April depan.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, Pas berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan Dun yang dikehendaki memandangkan parti itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.
SALAHUDDIN AYUB "Dulu ketika dalam PR, semua keputusan yang dibuat adalah secara bersama tapi bila Pas bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan, mereka (Pas) berhak untuk bertanding di mana sahaja yang mereka kehendaki.
"Namun begitu, kita (Pakatan Harapan) sentiasa buka pintu buat Pas bagi mengadakan sebarang perbincangan mengenai pembahagian kerusi di PRN Sarawak nanti,"  katanya ketika dihubungi Sinar Harian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee yang menyatakan parti itu akan bertanding di lebih 10 kawasan Dun Sarawak pada PRN Sarawak ke-11.
Jelas Salahuddin lagi, Pas berhak meletakkan calon di mana-mana kawasan Dun Sarawak memandangkan parti itu bukan lagi termasuk dalam gabungan parti pembangkang yang mahu berdepan BN.
"Kita (Pakatan Harapan) tak pernah halang mereka (Pas) kalau mereka nak bertanding walaupun Pakatan Harapan sendiri meletakkan matlamat untuk pertembungan satu lawan satu supaya rakyat nampak dengan lebih jelas gabungan ini," katanya.

Pihak lain tak pengaruhi siasatan RM2.6 bilion, kata ketua pesuruhjaya SPRM

Posted: 23 Dec 2015 06:45 PM PST

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata siasatan kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015. 
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata siasatan kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak akan sesekali berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, lapor Sinar Harian hari ini. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, kedua-dua siasatan itu, yang kini berada di peringkat akhir dan sedang dikemaskini, akan diserah kepada peguam negara sebelum 31 Disember ini.
Dalam satu temubual eksklusif bersama akhbar tersebut, beliau menyifatkan kedua-dua kes berkenaan sebagai antara yang paling mencabar dan memakan tempoh panjang.

"Siasatan berdasarkan apa yang menjadi tanda tanya rakyat berhubung kedua-dua isu berkenaan, termasuk berjumpa dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion. "Ia satu tempoh siasatan yang panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak.
"Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara," katanya.
Namun begitu, tegasnya, pasukan penyiasat SPRM menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin dan profesional.
"Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional.
"Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit.
"Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan," beliau dipetik berkata.
Abu Kassim berkata kepada Sinar Harian, rakyat Malaysia akan mengetahui jawapan kepada isu kontroversi wang derma RM2.6 bilion apabila tiba masanya.
"Kita memegang (berpegang kepada) prinsip menjalankan tugas cara profesional. Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temubual.
"Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita temukan kepada peguam negara beserta dengan pandangan-pandangan kita. Kita tidak akan berganjak dari itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Kerjasama dengan Umno, pemimpin PAS tak berpecah tapi bercelaru'

Posted: 23 Dec 2015 06:43 PM PST

Sejak Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang julung kali diadakan minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, parti Islam itu dikatakan berada dalam kecelaruan.
 Bagi sesetengah penganalisis, PAS kini dilihat seolah-olah terumbang-ambing dengan beberapa kenyataan yang mendakwa ia ingin menjalinkan kerjasama bersama Umno.
Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat "positif" terhadap kerjasama itu, namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila pemimpin nombor dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersetuju dengan usaha itu.
Malah, naib presiden PAS Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad turut menyatakan hasrat sama.
Sehubungan itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpendapat, kecelaruan yang berlaku dalam PAS sekarang ini kemungkinan disebabkan ada di kalangan ahli parti itu yang tidak mahu turut terpalit dengan krisis yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Malah, beberapa isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan Kelantan serta isu-isu lain turut menjadi punca mengapa sesetengah pimpinan PAS tidak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bersama Umno.
"Memang akan sentiasa ada dua puak dalam parti, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang apabila pemimpin BN dilihat dibelenggu masalah yang kita sedia maklum. Akar umbi PAS juga tertanya-tanya adakah betul kerjasama ini untuk satukan ummah.
"Apa yang dilakukan Umno sebelum ini dilihat tak adil pada PAS dan kerajaan PAS seperti di Kelantan, tentang isu royalti dan apa yang membelenggu kepimpinan Umno sekarang ini dan mereka (sebilangan pemimpin PAS) tidak mahu terpalit dan dilihat bersekongkol dengan isu tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu juga berpendapat, walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan PAS dan Umno akan bekerjasama, namun perkara itu sukar akan menjadi realiti.
Katanya, untuk jalin kerjasama, dalam PAS perlu mengambil kira pandangan akar umbi malah perlu ada keikhlasan.
"Tidak mungkin (mereka bersatu) kerana mereka ini seperti minyak dan air. Tapi kemungkinan untuk bekerjasama mungkin ada tapi susah sikit kerana berdasarkan rekod dan kenyataan mereka yang lalu, mereka sentiasa berusaha untuk bersama tapi gagal.
"Kalau betul nak jalin, Umno harus dilihat sebagai parti yang betul-betul adil dari segi untuk laksanakan segala dasar peruntukan serta keikhlasan yang penting ia perlu dilakukan sebelum ia mula berunding," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Apa maksud ‘Rahmatan lil alamin’ bagi Malaysia?

Posted: 23 Dec 2015 03:40 PM PST

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah Al-anbiya`:107).
Tarikh Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW adalah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Setiap tahun pasti rakyat Malaysia menyambutnya dengan penuh kerinduan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan pelbagai tema, dan tahun ini bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".
Kita sudah sedia maklum perutusan Rasulullah adalah pembawa rahmah kepada sekalian alam. Tetapi persoalannya, sejauh manakah kita memahami prinsip rahmah itu dibawa Rasulullah dan apakah erti untuk kita sebagai umatnya?

Mengapakah sambutan ini masih eksklusif berlegar dalam kalangan masyarakat Islam, padahal Rasulullah adalah untuk umat keseluruhannya? Pertama, saya tertarik apa yang diutarakan dan dikupas Dr Maszlee Malik di dalam bukunya Risalah Pemuda, bab 24, bertajuk "Nilai Sejarah dan Maulid". Beliau mengupas:
Antara isu yang menjadi polemik ialah isu "Maulid al-Rasul". Setiap kali kedatangan "maulid", kini sudah mula polemik tentang bidaah atau tidaknya sambutan tersebut. Ada yang mempertahankan dengan mudah, menuduh lawan mereka tidak mencintai Nabi, menghina Nabi dan musuh Islam. Dan ada yang menentang pula melemparkan dakwaan lawannya itu mengikuti jejak Nasrani (Kristian) dalam mendewakan Nabi.
Jika diteliti, punca pertelingkahan tersebut berpunca daripada apabila mereka menganggap isu maulid itu sebagai sambutan "ritual-spiritual" atau sesuatu yang bersifat keagamaan. Bagi yang menyambut, upacara tersebut merupakan kewajipan. Bagi yang tidak merayakan, seakan-akan berdosa dan tidak mencintai Nabi.
Ternyata ada jalan keluar untuk isu ini, yang mana perayaan atau sambutan maulid perlu dikeluarkan daripada kerangka ritual-spiritual yang ditanggapi selama ini.
Perayaan itu harus dilihat melalui kaca mata satu tarikh bersejarah untuk dikenang dan dijadikan iktibar serta pengajaran. Pemuliharaan unsur-unsur sejarah amat penting, termasuklah perayaan dan peringataan tarikh-tarikh tersebut.
Apakah yang akan dimanfaatkan umat Islam jika perayaan maulid ini dikeluarkan daripada kerangka ritual-spiritual kepada kerangka sejarah-budaya? Tentu banyak sekali manfaatnya, malah jauh lebih bermakna daripada mengadakan perarakan yang tidak tahu apa kesannya.
Usaha mempromosi ajaran Nabi Muhammad SAW yang bersikap universal dan kemanusiaan perlu ditonjolkan. Keperibadiannya yang hebat, pemimpin yang agung, peniaga yang berjaya, suami yang ideal, bapa yang mithali, guru yang berdedikasi, pendidik yang menyantuni, pahlawan perang yang berjaya dan pelbagai ciri kemanusiaan Baginda yang boleh diteladani.
Dan usaha memperingati Nabi Muhammad SAW sepatutnya tidak berlegar-legar dalam kalangan umat Islam semata-mata, malah sepatutnya dijadikan maklumat untuk dikongsikan bersama dengan mereka yang bukan Islam.
Perayaan berunsur sejarah-budaya ini sepatutnya dijadikan inklusif dan bukan eksklusif untuk orang Islam semata-mata. Ajaran Nabi Muhammad yang mementingkan pemeliharaan nyawa, agama, intelektual, harta dan maruah perlu ditonjolkan sebagai ajaran yang mengutamakan "kesempurnaan hidup manusia".
Di penutup bab ini, Dr Maszlee Malik membuat kesimpulan sudah tiba masanya Islam dalam bentuk yang lebih komprehensif dan syumul dikeluarkan daripada kesempitan dogma dan acuan golongan jumud yang berkepentingan. Ialam sebagai Rahmatan Lil Alamin (rahmat sekalian alam) perlu dijadikan inklusif kepada semua pihak, termasuk kepada mereka yang bukan Islam dan bukan untuk umat Islam semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah hanya akan dengar cakap DAP kata anak Hadi

Posted: 23 Dec 2015 03:29 PM PST

Agak sukar bagi Parti Amanah Negara (Amanah) adalah untuk menyertai kerjasama Pas dan Umno kerana  Amanah parti yang terikat dengan DAP dan hanya akan mendengar pandangan daripada DAP.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sekiranya Pas dan Amanah perlu bekerjasama, pihaknya akan meneliti tujuan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Muhammad Khalil Abdul Hadi "Amanah ini terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. Jika DAP mahu mereka senyap, mereka akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka.
"(Kalau) Nak kerjasama, kita akan teliti terlebih dahulu bentuk kerjasama itu. Kalau ia dibuat demi kebaikan dan kepentingan rakyat, Pas tak ada masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berpendapat, kerjasama antara Pas dan Umno bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah sepatutnya turut disuakan kepada Amanah dan juga PKR.
Ia perlu dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Mengulas lanjut, kata Muhammad Khalil, sebagai parti politik, Pas bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja atau mana-mana parti untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.
"Kami sentiasa menerima apa sahaja cadangan yang dibuat demi kepentingan negara, rakyat dan agama.
"Oleh kerana itu, bila adanya pelawaan daripada Umno untuk bekerjasama dengan Pas, kami mengambil sikap positif dan kami melihat apakah bentuk kerjasama tersebut. Kalau bentuk kerjasama itu dibuat demi membantu Kelantan dan agama, kita bersedia," katanya.

Hubungan Azmin-Dr Mahathir bukan halangan, PKR masih utamakan bebas Anwar

Posted: 23 Dec 2015 03:26 PM PST

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Tun Dr Mahathir yang tidak disenangi partinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Tun Dr Mahathir yang tidak disenangi partinya. 

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengejutkan anggota partinya baru-baru ini apabila beliau menyebut mengenai satu hubungan istimewa antaranya dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Penyokong tegar PKR tidak senang dengan Dr Mahathir, yang mereka persalahkan sebagai punca jatuhnya dari Umno ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemenjaraannya dari 1998 hingga 2004.
Oleh itu, beberapa mereka terkejut apabila menteri besar Selangor itu bercakap tentang hubungan istimewa beliau dengan Dr Mahathir dalam ucapannya semasa perkahwinan anak perempuan sulungnya awal bulan ini.

Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, hadir sebagai tetamu jemputan bersama-sama dengan Sultan Selangor dan Perak. Dalam ucapannya, Azmin tidak langsung menyebut nama Anwar, dan ini nampaknya menimbulkan kemarahan mereka yang tahu betapa rapatnya kedua-dua mereka selama ini.
Azmin adalah salah seorang daripada pembantu yang paling dipercayai Anwar sepanjang kerjaya politiknya selama 16 tahun dalam Umno, dan kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membentuk PKR.
Jadi, bagi mereka, ucapan Azmin mengenai hubungan beliau dengan Dr Mahathir dilihat sebagai satu tamparan kepada Anwar, yang pernah menjadi mentornya tetapi kini sedang melalui satu lagi tempoh hukuman penjara di Sungai Buloh akibat sabitan kes Liwat II, yang didakwa PKR dan penyokongnya adalah satu konspirasi politik.

Barangan dalam rumah milik bekas ketua Wanita Umno Gopeng disita

Posted: 23 Dec 2015 03:24 PM PST

Perintah sita dikeluarkan selepas bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman gagal melunaskan ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes itu terhadapnya, kata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015. 
Perintah sita dikeluarkan selepas bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman gagal melunaskan ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memenangi kes itu terhadapnya, kata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi. 
 
Barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman di Kampung Tersusun Jalan Gopeng di Ipoh, disita kerana beliau gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah pada 2011. Peguam kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nadzratun Naim Hammad Azizi berkata perintah sita itu dikeluarkan selepas Hamidah gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Khalid yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat itu.
Nadzratun berkata tindakan sita itu dilakukan berdasarkan writ penyitaan dan penjualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada bailif Mahkamah Tinggi Ipoh, katanya kepada Bernama di Ipoh malam ini.

Khalid turut diwakili peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman. Pada 27 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 yang mana dalam itu, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.
Sementara itu, Hamidah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
-

Cubaan perBODOHkan & MENIPU RAKYAT !!!

Posted: 23 Dec 2015 03:20 PM PST

Sampai bila nak KENCING BERTERUSAN kpd rakyat... Ingat rakyat bodoh mcm pencacai2 BAJU MERAH ka Najib Razak !!!

FAKTA !!!
1MDB telah mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014. ITU BLOM LAGI DIKIRA AKHIR TAHUN NI !!!

'PAS hanya kerjasama, bukan gabung BN' kata Mohd Amar

Posted: 23 Dec 2015 03:16 PM PST

PAS hari ini menegaskan parti itu hanya bekerjasama dengan Umno dalam beberapa perkara melibatkan kepentingan Islam, masyarakat serta negara, dan bukannya menyertai BN sebagai parti komponennya.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia merupakan pendirian PAS sejak dari dulu lagi dan bukannya merupakan perkara baru dalam pendekatan politik mereka.
 "Cuma mungkin dalam suasana yang ada pada hari ini ia (kerjasama) menimbulkan banyak spekulasi. Untuk bersatu dengan Umno, masuk BN, itu semua tak ada.
"PAS memang (sedia) bekerjasama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.
Beliau diminta mengulas agenda perpaduan antara kedua-dua parti politik itu dalam usaha memperkukuhkan umat Islam di negara ini.
Usaha ke arah perpaduan itu bermula dengan kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri yang menghulur "tali silaturrahim" kepada PAS pada Perhimpunan Agung Umno 2015 baru-baru ini.
Apa tujuan AMANAH
Ia diperkukuhkan lagi dengan kehadiran bersama Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Multaqa Serantau Alumni al-Azhar Malaysia pada minggu lepas.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata keputusan untuk bekerjasama dengan Umno dalam beberapa isu yang disepakati itu telah dibincangkan di peringkat parti.
"Benda ini (kerjasama) kita bincang di peringkat PAS Pusat dalam Lajnah Politik dan bukan keputusan presiden (Abdul Hadi ) seorang saja.
"(Semua) setuju, tak ada masalah (untuk bekerjasama dengan Umno). Sebab ini menyentuh kepentingan Islam. Bukan dengan Umno sahaja, dengan siapa-siapa kita boleh bincang, kita boleh duduk sekali," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tamrin silap, Abdul Hadi tak akan ditolak ahli Pas kata Muhammad Khalil

Posted: 23 Dec 2015 06:21 AM PST

Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan ditolak oleh ahli Pas sebagaimana ahli Umno menolah Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Abdul Hadi merupakan pemimpin yang bebas daripada kontroversi.
‎"Apa yang berlaku dalam Umno adalah kerana krisis dalaman parti yang melibatkan presidennya sendiri. Krisis tersebut juga berpunca daripada beberapa isu.
"Apa yang berlaku dalam Pas pula adalah berkenaan pendirian presiden yang berasaskan politik matang. Kita melihat penyelesaian kepada masalah dalam negara adalah kembali kepada Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ‎bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar ke atas Abdul Hadi.
Semalam, Tamrin mendakwa bahawa ahli Pas akan menolak Abdul Hadi sebagaimana ahli Umno menolak Najib.

Muhammad Khalil dalam pada itu turut menyifatkan pandangan Tamrin sebagai perbandingan yang tidak tepat.
"Itu perbandingan yang tidak ada asas sebenarnya. Kenyataan dia itu tidak tepat," katanya lagi.

PAS perlu terima hakikat lemah di Sarawak

Posted: 23 Dec 2015 06:14 AM PST

Justeru, bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menegaskan betapa pentingnya rundingan antara parti-parti pembangkang bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru.
Dr-Syed-Husin-Ali,pas-,sarawak
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali menyifatkan kemahuan PAS Sarawak untuk bertanding di sebelas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan sebagai tidak realistik.
Beliau berkata, PAS perlu mengakui hakikat bahawa parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri di negeri itu.
"Dalam keadaan sekarang ini, memang PAS lemah di Sarawak dan juga Sabah. Jadi takkan nak bertanding di banyak kerusi. Sebelas kerusi adalah tidak realistik," katanya dalam satu sesi wawancara di sini petang tadi.
Justeru, beliau menegaskan betapa pentingnya rundingan antara PAS, PKR dan Amanah bagi mengelakkan perlawanan tiga penjuru dan seterusnya menjamin keputusan yang lebih baik.
"Misalnya kerusi majoriti Melanau tidak banyak, takkan PAS nak bertanding di semua kawasan? Bagaimana dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR?
"(Sebab itu) penting untuk kita adakan rundingan. PAS tidak akan dapat semua yang mereka nak, PKR juga begitu. Mudah-mudahan ini dapat diselesaikan menjelang PRN nanti," katanya lagi.
Semalam, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata parti itu mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya sebelas kerusi DUN pada PRN akan datang, berbanding lima pada PRN lalu.
Sebelum itu, kenyataan Wan Azizah pada Isnin berkata PKR hanya akan berbincang dengan DAP dan Parti Aminah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

Adakah PKR pengkhianat? – Mohd Zuhdi

Posted: 23 Dec 2015 06:13 AM PST

Kenyataan Wan Azizah berhubung rundingan pengagihan kerusi PRN Sarawak membayangkan PKR tidak setia kepada tahaluf siyasi
dr,wan-azizah
PETALING JAYA: Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan rundingan pengagihan kerusi di Sarawak hanya akan dilakukan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan parti itu bersedia mengkhianati kerjasama politik dengan PAS.
"Apabila keluar kenyataan seperti ini, tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pendekatan seperti itu akan digunakan iaitu PAS tidak boleh bertanding di banyak kerusi, hanya di Kelantan, dan kubu PAS di kawasan Melayu.
"Kalau ini berlaku, ia satu bentuk ketidaksetiaan, pengkhianatan kepada hubungan tahaluf siyasi PAS dan PKR," kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki kepada FMT ketika dihubungi pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Zuhdi turut mempersoalkan adakah PKR juga akan membelakangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Selangor.
"Saya nampak kepentingan yang paling besar (bagi) PKR adalah di Selangor. Kemungkinan dan persoalan apakah bila sesi penggal pemerintahan kerajaan Selangor berakhir iaitu pada PRU akan datang, PAS sudah tidak ada kepentingan buat PKR.
"Adakah PKR akan ambil pendekatan yang sama seperti di Sarawak? Nanti, PKR akan kata PAS tidak layak dapat kerusi di Selangor," ujarnya.
Kenyataan Wan Azizah pada Isnin menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana PAS kurang mendapat sambutan di negeri itu.

Badi PRU 2004 berulang di Kelantan?

Posted: 23 Dec 2015 05:54 AM PST

Nazri Noor


Orang Kelantan sering dikaitkan dengan sangat berahi (passionate) dengan politik. Ditambah lagi dengan perangai orang Kelantan yang sering dilihat membawa sentimen anti establishment, tidak takut mengambil risiko dan suka menukar kerajaan setiap 3 atau 4 penggal, percaturan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya lebih mencabar dan mengancam. Terpulang kepada di pihak mana anda berada. Sembilan PRU, 4 kali bertukar kerajaan.
Barisan Nasional (BN) (Parti Perikatan ketika itu) diberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada PRU yang pertama pada 1955, tetapi bertahan satu penggal, setelah bertukar tangan pada PRU 1959 kepada PAS yang bertahan 4 penggal (18 tahun). BN berjaya merampas Kelantan pada PRU 1978, akibat krisis dalam politik PAS. Krisis perpecahan dalam Umno pula menyaksikan PAS (bersama S46, parti serpihan Umno) berjaya merampas kembali pada PRU 1990. Umno tewas pada penggal ketiga.
Pada 2004, setelah 14 tahun memerintah, PAS melalui pertarungan paling getir dalam sejarah memasuki penggal ketiga pada PRU11. Secara logik, mengambil kira Terengganu yang lumpuh (selepas diberi peluang memerintah bermula pada PRU 1999), dan juga aura Pak Lah yang menyapu 90% kerusi Parlimen, Kelantan secara rasionalnya dilihat bertukar tangan pada PRU 2004.

Aura Tuan Guru Nik Aziz, dan calon PAS menang 2 undi di DUN Kemuning, dan 34 undi di DUN Kota Lama menyaksikan PAS bertahan dengan 24 kerusi, berbanding 21 untuk Umno. Yang menyelamatkan Kelantan daripada bertukar tangan adalah 36 pengundi! Tidak lama kemudian, PAS kalah di kerusi Pengkalan Pasir, menjadikan PAS memerintah Kelantan dengan majoriti 1 kerusi. Kelantan terselamat fenomena bertukar kerajaan buat kali kelima. Sehingga saat ini.
Persoalannya, apakah Kelantan bakal menyaksikan pertukaran kerajaan untuk kali kelima dalam sejarah politiknya?
Artikel ini cuba melongkar polemik ini, dan membuat telahan mengambil kira faktor berikut; PRU14, badi 3 penggal; Krisis keyakinan, pusat dan negeri; Anak muda dan pengundi terapung; Amanah, pemain politik baharu.
PRU 2018, badi 3 penggal
PRU14 adalah penggal ketiga selepas PAS melalui saat getir pada PRU11 (2004). Jika PRU diadakan pada 2018, genaplah tempoh 14 tahun, sama kitarannya dengan PRU 1990-2004. Secara logiknya, kemungkinan bertukar kerajaan adalah tinggi.
Krisis keyakinan, pusat dan negeri
Sudah menjadi pengetahuan umum, Dato Seri Najib Razak kini berdepan segala macam persepsi rakyat bukan saja terhadap beliau, malah Umno dan kerajaan BN juga terpalit.
Tetapi, jangan dilupakan, di sebalik krisis keyakinan terhadap Najib dan Umno, kerajaan Kelantan juga berdepan dengan persepsi yang sama, keyakinan rakyat tidak begitu positif.
Kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu banjir yang juga dikaitkan dengan isu balak, imej parti yang dilihat tercalar, boleh menjejaskan kedudukan PAS pada PRU14 nanti.
Anak muda dan pengundi terapung
Umum mengetahui, penentu kejayaan (atau kegagalan) kerajaan Kelantan terletak di tangan anak muda, pengundi pertama kali, dan juga pengundi terapung (floaters) yang tidak semestinya penyokong dan pengundi tegar mana-mana parti baik Umno atau PAS.
Read More / Baca Lagi >>

‘Pas tak mungkin gabung dengan Umno, hanya kerjasama’ - Mohd Amar

Posted: 23 Dec 2015 04:19 AM PST

TRP-Nik Amar-Siti Syahirah
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan Pas tidak akan 'digigit' dua kali dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran.
KOTA BHARU, 23 Disember:
Pengalaman pahit Pas sebelum ini tidak memungkinkan parti terbabit bersama dengan Umno di dalam BN.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan Pas tidak akan 'digigit' dua kali dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran.
Menurutnya, kemungkinan suasana politik sekarang ini menyebabkan timbul banyak spekulasi sehingga ada yang menyangkakan Pas akan bergabung dengan Umno di dalam BN.
"Siapa yang hendak bergabung? Isu sekarang bukannya soal bergabung dengan Umno. Pas bersama Umno hanya dalam hal-hal berkaitan kepentingan orang ramai, agama dan negara.
"Saya rasa ianya sudah sangat jelas dan bukannya perkara baru. Memaafkan adalah isu lain. Kita semua penyokong Pas daripada bawah sampai ke atas lawan BN, sejak dahulu lagi," katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, hari ini.
Mohd Amar berkata kerjasama dengan Umno memang sudah berlaku di zaman pemimpin Pas sebelum ini termasuklah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekarang dengan Datuk Seri Najib Razak.
"Kerjasama ini sejak dulu hanya untuk kepentingan orang ramai dan pemimpin Pas tidak bincang pun nak sertai BN. Perkara ini sudah banyak kali dibincangkan termasuklah dalam ucapan dan forum. Saya rasa media sahaja yang suka manipulasi.
"Saya sendiri tidak tahu adakah Umno tahu atau tidak yang soal bergabung itu tidak akan berlaku. Sekarang ini saya anggap terlalu banyak membaca akan menyebabkan semakin banyak spekulasi," katanya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan Pas tiada sambutan di Sarawak, Mohd Amar bagaimanapun enggan mengulas.
"Macam mana kalau kita kata PKR tiada sambutan di Kelantan. Macam mana?
"Apa yang perlu dijelaskan ialah soal pengabungan ini perlu dibincangkan di peringkat parti, Lujnah Politik dan bukannya tertakluk kepada keputusan presiden seorang sahaja," katanya.

ANTARA DUA AMANAT

Posted: 23 Dec 2015 04:13 AM PST

Bekas Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin Pas paling konsisten pendiriannya berkaitan hubungan parti itu dengan UMNO.  Amanatnya berkaitan perkara itu dianggap paling keras dan tidak ada sesiapa berani menyentuh atau mahu mengubahnya ketika beliau masih hidup.

Sehinggalah meninggal dunia, beliau tetap berpegang kukuh kepada pendiriannya itu, namun terus menjadikan dirinya disanjung serta dikenang.
Presiden Pas, Hadi Awang juga pernah mengeluarkan amanat berkaitan UMNO ketika zaman mudanya dahulu. 

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada di zaman tuanya dan di ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri ini, beliau masih berpegang lagi kepada keyakinan bait-bait perkataan dalam amanat tersebut atau pun sudah berubah pendirian mengenainya.

Pindaan bajet di luar Parlimen belakangi amalan demokrasi

Posted: 23 Dec 2015 04:04 AM PST


Sebarang hasrat melakukan semakan bajet harus dibuat di Parlimen kerana ia termaktub dalam perundangan dan perbuatan memindanya sembarangan umpama membelakangi institusi demokrasi itu.
Ilustrasi+Minyak+Turun"Kerajaan Persekutuan seharusnya tidak bentang bajet berdasarkan keuntungan ramalan minyak mentah yang tidak realistik dan berharap rakyat tertipu dengan sasaran defisit yang tidak realisitik
"Pindaan bajet harus diluluskan di Parlimen, berkali-kali kerajaan tidak mendengar saranan pembangkang supaya pindaan dibuat sebelum sidang Parlimen berakhir," kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.
Pada bajet itu, kerajaan Persekutuan menetapkan harga setong minyak mentah USD48 tapi ada ura-ura Timbalan Menteri Kewangan, Johari Abdul Ghani dan Perbendaharaan mahu menyemak semula bajet itu pada Januari ini.
Ia berikutan tindakan Kerajaan Persekutuan gagal memberi anggaran tepat dalam menentu harga setong minyak mentah dalam laporan Bajet 2016 yang dibentang pada sidang Dewan Rakyat lalu.
Pada kenyataan media hari ini, Chin Tong juga tidak menolak kemungkinan kerajaan Persekutuan akan memotong bajet untuk rakyat tetapi mengekalkan peruntukan berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Yakin kerajaan 'kekok' dalam menghadapi era kejatuhan harga minyak mentah dunia, beliau berkata ekonomi negara tidak seharusnya bergantung penuh terhadap sektor minyak mentah dan gas yang tidak menentu.
"Sejak perang di Iraq pada 2013, harga minyak mentah dunia jatuh dalam anggaran USD 80 setong untuk tempoh 12 tahun lalu.
"Kerajaan bergantung penuh terhadap keuntungan minyak untuk mengimbangi pembaziran yang dilakukannya," kata Pengerusi DAP Johor itu, menambah kerajaan tidak mengembangkan ekonomi dalam sektor lain.
Beliau berkata, perbahasan mengenai semakan Bajet 2016 tidak harus disempitkan dalam skop menentukan harga minyak mentah, sebaliknya mencari jalan lain untuk memperkembang ekonomi negara di tengah-tengah kejatuhan harga minyak dunia.

Amanah boleh gugat Kerajaan Kelantan - Mohd Amar

Posted: 23 Dec 2015 04:03 AM PST

KOTA BHARU - Pas tidak menolak keputusan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding di negeri akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.
Timbalan Menteri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keputusan Amanah untuk bertanding di negeri ini akan memberi kelebihan kepada BN kerana akan memecahkan undi.
Mohd Amar "Kalau nak bertanding Kelantan, Amanah kena jelaskan alasannya, sebab bila bertanding di sini, jelas dia ingin bantu Umno, kita tak boleh nak halang sebab negara demokrasi, bertandinglah, menang atau kalah kita serah pada ALLAH.
"Kemungkinan Kelantan jatuh ada, Malaysia jatuh pun ada, semua kemungkinan tu ada, jangan pelik," katanya selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang tidak menolak kemungkinan wujud saingan tiga penjuru antara Amanah, Pas dan BN di Kelantan pada PRU14 nanti.
Mohamad Sabu berkata, perkembangan semasa mengenai sambutan masyarakat di Kelantan terhadap Amanah akan menjadi penentu kepada percaturan politik pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, Amanah perlu melihat kembali kenyataan mereka sebelum ini yang tidak mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan.
"Kita tak sekat siapa pun yang ingin bertanding di Kelantan, tetapi Amanah kena ingat, mereka sudah keluarkan kenyataan tidak akan kacau Kelantan, itu janji yang dibuat sebelum ini.
"Malah Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim pun pernah mengatakan mereka tidak akan kacau Pas di Kelantan sebaliknya bersama- sama mempertahankan negeri ini dari Umno," katanya.
Mengulas mengenai kerjasama antara parti itu dan Umno, Mohd Amar yang juga Naib Presiden berkata, Pas tidak mungkin digigit dua kali kerana pernah mempunyai pengalaman pahit ketika bersama BN suatu ketika dahulu.
"Tak ada keperluan untuk bergabung, kita pernah masuk BN dan ada pengalaman pahit, jadi tidak ada dalam fikiran untuk bersama, 'memaafkan' itu isu lain, bagaimanapun pendirian Pas dari dulu memang terbuka dan boleh bekerjasama dalam perkara yang  menyentuh kepentingan orang ramai" katanya.

Apakah Umno rakan kerjasama sesuai untuk PAS, soal PKR

Posted: 23 Dec 2015 03:56 AM PST

Perlu ada rangka jelas kerjasama di antara Umno dan PAS akan tetapi apakah parti Melayu itu sesuai sebagai rakan kerjasama, soal Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh.
Syed Ibrahim menegaskan, kerjasama di antara Umno dan PAS tidak ada salahnya jika ianya membawa kepada kebaikan.
"Dalam konteks cadangan kerjasama di antara Umno dan PAS yang masih lagi rakan tahaluf siyasi PKR, saya ingin menegaskan pendirian Biro Politik PKR bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah.

"Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Syed Ibrahim, dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting dalam kejayaan.
"Kerjasama membawa maksud beberapa pihak terlibat secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif yang dipersetujui bersama.
"Kerjasama ini boleh berlaku dalam banyak keadaan dan peringkat, sama ada sesama individu atau kumpulan, dalam perkara kecil atau besar.
"Dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama."
Katanya, asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didukung membawa manfaat kepada umum namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman.
"Kepekaan dan kesedaran terhadap pendirian pihak yang terlibat dalam kerjasama amatlah penting supaya kita tidak terjerumus sama dalam membuat kerosakan.
"Dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam memerintah dan mentadbir.
"Krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tata kelola dan pertanggungjawaban," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli keliru kerjasama Umno-PAS, dedah Mahfuz

Posted: 23 Dec 2015 03:53 AM PST

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015. 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berpendapat, individu yang dimaksudkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa.

 Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tujuan kenyataan Idris Ahmad semalam yang menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat, individu yang dimaksudkan naib presiden PAS itu adalah di kalangan mereka yang bertaraf pimpinan tertinggi bukannya ahli biasa.
"Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, bekerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno-Barisan Nasional (BN). Masakan tiada angin pokok bergoyang?

"Kalau ahli biasa PAS, mereka percaya Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha individu yang dilakukan ahli biasa PAS tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti," kata Mafhuz dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kekeliruan ahli parti Islam itu ditambah dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang spekulasi tentang masa depan dan haluan politik parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

PKR ingatkan PAS: Bijaksana bekerjasama dengan Umno

Posted: 23 Dec 2015 03:49 AM PST

Walaupun mengakui bahawa dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting, termasuk politik, PKR memberi amaran kepada PAS bahawa akibat kerjasama dengan Umno mungkin amat buruk buat rakyat.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh menegaskan bahawa sebagai rakan kongsi yang masih lagi rakan tahaluf siyasi dengan PAS, walaupun parti itu meninggalakan Pakatan Rakyat sehingga menyaksikan gabungan itu berkubur, namun biro politik PKR perlu membuat beberapa penjelasan.
"Bahawa bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah.
"Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman," katanya dalam satu kenyataan.
Syed Ibrahim berkata, dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan Umno-BN dalam memerintah dan mentadbir.
Menurutnya, krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tatakelola dan pertanggungjawaban.
"Skandal hutang 1MDB, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, pelaksanaan GST dan penggunaan undang-undang seperti akta hasutan sebagai ancaman adalah antara pelanggaran prinsip-prinsip tersebut oleh Umno-BN yang akibatnya amat buruk buat rakyat," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan PAS bahawa asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didokong yang membawa manfaat kepada umum namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman.
Justeru, katanya, dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama.
Beliau memetik ayat 2 Surah Al-Maidah dari al-Quran yang menyatakan bahawa kerjasama mestilah berasaskan kepada melaksanakan kebaikan dan bukan kerosakan.
Read More / Baca Lagi >>

Sokong jika Umno buat perkara baik, kata Nik Abduh

Posted: 23 Dec 2015 03:41 AM PST