Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PERKASA sindir Umno sibuk dengan Krismas

Posted: 19 Dec 2015 07:27 PM PST

Datuk Ibrahim Ali hari ini menyindir Umno susulan ketiadaan wakil parti Melayu itu di persidangan agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Sebaliknya presiden pertubuhan itu memuji PAS kerana menghantar wakil ke persidangan hari ini dengan diwakili, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali.
 Ibrahim berkata ketiadaan wakil Umno di persidangan pertubuhan itu kali ini mungkin terlalu sibuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Natal, Jumaat depan.
"Kita telah menghantar surat jemputan kepada Umno dan kemudian hantar jemputan melalui tangan kepada setiausaha agung dan ketua penerangan Umno kerana bimbang apabila wakil PAS datang mereka cakap mereka tidak dijemput.
"Mungkin Umno sibuk nak sambut Krismas," katanya semasa ucapan aluan di Persidangan Agung Tahunan Ke-6 PERKASA pagi ini.
Katanya, beliau telah menghantar jemputan kepada semua parti politik untuk hadir kecuali DAP, namun yang hadir ialah parti myPPP, PAS dan Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN).
"Kita jemput semua parti-parti politik untuk hadir (persidangan Agung Tahunan PERKASA), kecuali DAP," katanya.

Keretakan Pakatan Harapan punca kerjasama PAS-UMNO

Posted: 19 Dec 2015 07:21 PM PST

MCA sedia terima pas asalkan PAS mendukung idealogi BN

Posted: 19 Dec 2015 07:20 PM PST

Kenaikan harga barang kelengkapan sekolah membebankan

Posted: 19 Dec 2015 07:15 PM PST

Harga barang di Pasar Besar Dungun naik sekali ganda

Posted: 19 Dec 2015 07:15 PM PST

Wira PERKASA Perak desak Najib undur

Posted: 19 Dec 2015 07:15 PM PST

Desak Najib berundur satu tanggungjawab, kata selebriti Soo Wincci

Posted: 19 Dec 2015 07:11 PM PST

Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan.
Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral. Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai hadirin di stadium termasuk penyokong pembangkang dan penyanyi terkemuka Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.

Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang individu iaitu Najib. "Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.
"Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak. Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30, dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom) yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat Malaysia bersuara demi masa depan negara.
"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat. Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah selesai," katanya.
Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak seharusnya "terlalu agresif" dan setiap orang perlu bersedia berdepan dengan tindakan kerana bersikap vokal.
Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk menyertai mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973

Posted: 19 Dec 2015 07:05 PM PST

Oleh LANJUSOH
UMNO buat sekian kali selepas lemas menghulur tangan bagi menjalin semula persahabatan dengan PAS. Parti itu lupa peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977.
Krisis 1977 sehingga mengundang Mageran berselindung di sebalik impian Umno bertapak di Kelantan. Pengkaji sejarah Dr Mustapha Ahmad berkata kesilapan besar dilakukan Dato' Mohd Asri apabila menyertai gabungan dengan BN pada 1974.
"Ia berbeza dengan kerajaan campuran 1973. Apabila PAS menyertai BN kuasa tawar menawar semakin hilang. Pemimpin PAS ketika itu terpesona dengan tawaran jawatan menteri di peringkat pusat," katanya di sini. Mohd Asri merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai BN pada 1973.
PAS sebenarnya tidak memerlukan pergabungan dengan Umno ketika itu kerana di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan mempunyai kuasa majoriti.
PAS memiliki 22 kerusi berbanding Umno (13 kerusi).
Namun bibit-bibit awal ke arah itu dirintis Tun Abdul Razak Hussein selepas tercetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Di sebalik tragedi berkenaan ada sarjana melihat usaha terhormat Tun Razak bagi menyingkir Tunku Abdul Rahman di kerusi Perdana Menteri.
Hussein ketika membentang Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 antara lain menyebut "saya mengakui rang undang-undang ini mengandungi implikasi politik dan menyentuh demokrasi," Ketika pengundian rang undang-undang berkenaan ahli-ahli parlimen PAS yang diketuai Mohd Asri menentang.
Berikutan itu mereka dikenakan tindakan kerana Fasal 14 Perlembagaan BN menyebut parti itu boleh memecat keahlian anggotanya yang mengundi menentang rang undang-undang berkenaan.
Bermula saat itu PAS ditendang keluar BN. Mungkinkah sejarah hitam terbabit mahu dibiar berulang semula selepas Umno kembali bertenaga setelah mendapat "syufaat" PAS.
Najib kelihatan semakin deras mengatur gerak kerja ke arah itu. Sedangkan Umno di bawah kepemimpinannya dibelit isu 1MDB, GST, tol dan banyak lagi.
"Adakah perlu PAS memberi tali hayat lagi kepada Umno sekarang," ujar seorang veteran Umno.
Najib ulangi jerat Tun Abdul Razak 1973 Gerakan merai kejayaan selepas menang besar di Pulau Pinang pada PRU 1969.
Ustaz Ahmad Yakob dan PAS di Kelantan bertambah baik.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata hubungan antara kerajaan tidak pernah putus sejak 1990 berdasar sistem federalisme.
Oleh itu beliau menegaskan PAS Kelantan tidak pernah membincangkan hubungan atau kerjasama politik dengan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah

Posted: 19 Dec 2015 07:04 PM PST

Oleh Roslan SMS
PERHIMPUNAN Agung Umno 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya. Umno mengadakan PAUnya kali ini dalam keadaan ia berhadapan dengan dua krisis besar dan ternyata ian tamat tanpa tandatanda krisis berkenaan boleh reda dalam waktu terdekat.
Krisis pertama adalah krisis keyakinan rakyat terhadapnya. Ini ekoran kegagalan Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan kritikal yang menjejaskan penghidupan rakyat.

Rakyat jelata begitu terkesan dengan kenaikkan kos hidup yang mencengkam rumahtangga masing-masing. Harga barangan dan perkhidmatan naik menggila sedangkan upah dan pendapatan tidak banyak berubah. Pergantungan kerajaan pada GST untuk menampung kelompongan hasil berpunca dari kejatuhan harga minyak mentah dunia telah mencurahkan hasil baharu namun atas kenestapaan rakyat yang terpaksa menderita menanggungnya.
Kegagalan Umno sebagai teraju kerajaan dalam mengemukakan penyelesaian sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat telah mengakibatkan rakyat jelata termasuklah orang-orang Melayu mula hilang kepercayaan dan keyakinan pada Umno. Jika selama ini majoriti berdiri teguh di belakang Umno hari ini tidak lagi. PAU 2015 berlalu, masalah Umno terus parah Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Merdeka Centre hanya 31 peratus pengundi Melayu yang kekal taat berpuas hati pada kerajaan yang diterajui Umno, sedangkan pada Januari tahun lalu tahap keyakinannya berada pada paras 52 peratus.
Jika kajian Merdeka Centre ini boleh dijadikan penanda aras ini bermakna Umno berada dalam situasi yang sangat mencemaskan.
Krisis kedua adalah krisis dalaman yang melanda Umno sejak timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naibnya Dato' Seri Shafie Apdal memilih untuk mengkritik kepimpinan presidennya, Dato' Seri Najib Tun Razak secara terbuka.
Isu skandal 1MDB dan penyaluran dana sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dicungkil dan didedahkan secara terbuka sehingga kedua-dua mereka dilucutkan dari jawatan kabinet yang disandang masingmasing.
Read More / Baca Lagi >>

Amalan politik matang mampu jalin perpaduan - Nasrudin Hassan

Posted: 19 Dec 2015 07:02 PM PST

Nasrudin Hassan
Perpaduan dan penyatuan dalam kalangan umat Islam di negara ini dapat dicapai sekiranya setiap pihak berlapang dada dan mengamalkan prinsip  politik matang.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, penyatuan umat Islam akan menyebabkan musuh agama ini berada dalam keadaan tidak senang duduk malah pada masa kini, pihak berkenaan juga dilihat giat merencanakan perancangan bagi memecahbelahkan masyarakat Islam agar saling bercakaran.
"Politik matang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta berdiri sepentas bagi membincangkan isu -isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan umat Islam.
"Mereka (musuh Islam) berpesta apabila umat Islam bercakaran dan pastinya mereka tidak senang duduk apabila umat Islam bersatu dengan ikatan yang kukuh iaitu Islam," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, politik fasa baru negara pada masa kini meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan hukum Islam dan keadilan kepada semua kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan jadikan isu perpaduan agenda utama - Fatah Harun

Posted: 19 Dec 2015 07:01 PM PST

Mana-mana pihak tidak perlu menjadikan perpaduan Pas dan Umno sebagai isu utama dalam sebarang penganjuran program di masa depan.
Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, semua pihak mempersoalkan tindakan Profesor Madya Datuk Mohd Fakhrudin Abdul menjadikan perpaduan Pas dan Umno sebagai agenda utama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.
Menurutnya, sepatutnya soal perpaduan membabitkan mana-mana parti politik diserahkan kepada golongan politik.
"Mereka perlu membuat langkah pertama dengan menyatupadukan ratusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara.
"Pertubuhan ini perlu berjuang membabitkan pertubuhan yang menggunakan nama Islam," katanya.
Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, harapan mereka menjadikan program tersebut umpama tidak mengetahui latar belakang Pas dan Umno.
Beliau menyokong pandangan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan perpaduan kerana politik tidak akan membawa sebarang perubahan.
Realitinya penyokong Pas  tidak mudah lupa dengan kezaliman Umno kepada penyokong Pas sejak sekian lama.

Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu - Dr Fuad Othman

Posted: 19 Dec 2015 06:59 PM PST

Umno-Pas
Pas dan Umno perlu ketepikan perbezaan dan cari persamaan untuk bekerja bersama di masa hadapan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia perlu dilakukan demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.
Menurutnya lagi, sepatutnya, kerjasama itu bukan sahaja dihulurkan kepada Pas, malah turut disuakan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.
"Sekiranya semua pihak ikhlas demi kepentingan Islam dan Melayu, mereka perlu berbuat demikian.
"Umat Islam perlu mencari jalan penyatuan, bahkan ajak sekali mereka yang ada dalam PKR dan Amanah," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, kerjasama tersebut perlulah disertai dengan perjanjian persefahaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan di kemudian hari.
"Sekiranya penggabungan ini berlaku atas dasar penyatuan ummah dan tiada niat tersirat, ia pastinya suatu perkara yang dialu-alukan," ujarnya lagi.

Kuasa dan kedudukan Najib masih kukuh

Posted: 19 Dec 2015 06:57 PM PST

Pengguguran Muhyiddin, ketidakmampuan Tun M menjatuhkan Najib dan rasionalisasi hutang 1MDB menjadikan beliau kekal berkuasa.
najib-umno_600
PETALING JAYA: Kuasa dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kukuh dan ini dibuktikan dengan sokongan padu yang diterima beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 baru-baru ini.
"Dengan itu kita juga mengesahkan bahawa Najib akan kekal berkuasa dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada 2018.
"Antara lain yang turut memperlihatkan bahawa Perdana Menteri itu masih mempunyai kawalan penuh adalah menerusi pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri selain tidak membenarkan Timbalan Presiden parti itu berucap pada perhimpunan berkenaan berikutan tindakan beliau mempersoalkan Najib," lapor Utusan Malaysia.
Akhbar itu memetik laporan analisis sebuah firma penyelidikan bebas antarabangsa, Financial Times (FT) Confidential Research.
Menurut analisis berkenaan, kedudukan Najib juga dilihat masih kukuh apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini berjaya menurunkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 turut gagal berbuat demikian terhadap Perdana Menteri walaupun dengan pengaruh politiknya.
"Meskipun Najib masih menghadapi tentangan dalaman di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor yang ada kumpulan pro-Muhyiddin, namun kumpulan anti-Najib itu semakin lemah dan telah kehabisan pilihan.
"UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada pertengahan 2018 dan kita melihat tiada kemungkinan bahawa Najib akan digulingkan," kata laporan analisis itu.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid yakin penentang kerjasama dalam PAS tunduk kepada Majlis Syura

Posted: 19 Dec 2015 06:55 PM PST

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis dengan keserasian kerjasama antara Umno dan PAS yang kini menurutnya berada di peringkat persefahaman walaupun belum menjurus kepada "pendekatan politik dengan ikatan organisasi".
Bercakap kepada Mingguan Malaysia dalam wawancara eksklusif, naib presiden Umno itu juga percaya mereka dalam PAS yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu akan diurus menerusi Majlis Syura.
"Saya cukup yakin chemistry (keserasian) sudah wujud dalam pemimpin PAS dan Umno, walaupun kedengaran ada suara-suara menolak daripada PAS.

"Oleh kerana kita faham mereka mempunyai sistem syura yang cukup kuat, suara-suara yang tidak setuju ini akan bersetuju pada akhirnya. "Saya yakin Umno tidak akan menghadapi masalah kerana kita sejak dahulu memang menghulurkan tangan untuk ini dilaksanakan bersama," katanya yang juga timbalan perdana menteri seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini.
Perbincangan tentang penyatuan kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir bersama di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 17 Disember lalu.
Multaqa itu kemudian meluluskan resolusi penubuhan jawatankuasa bagi menyatukan 2 parti Melayu itu.

Ulama dan profesional `kuasa ketiga’ bantu pemimpin PAS dan Umno

Posted: 19 Dec 2015 03:46 PM PST


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan ManPAS setuju satu garis panduan dan muzakarah berterusan diadakan yang dipelopori dikalangan ulama dan profesional, sebagai 'kuasa ketiga' membantu pemimpin parti yang mempunyai fahaman politik dan ideologi berbeza, demikian pandangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Saya setuju dengan saranan untuk mencadangkan 'kuasa ketiga' untuk membincangkan isu-isu yng dibangkitkan kepada pemimpin yang tidak hanya terbatas kepada perkara menyentuh agama semata-mata," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta menjawab balas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki pada majlis penutupan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, Jumaat lalu.
Dr. Asyraf menyarankan, perlu satu garis panduan dan muzakarah berterusan, dipelopori oleh ulama yang berperanan sebagai kuasa ketiga bagi membantu pemimpin negara yang mempunyai fahaman politik dan ideologi yang berbeza.
Aysraf dipetik sebagai berkata, ulama yang seharusnya memandu pemimpin dan negara kerana apabila ulama itu bercakap melangkaui mana-mana parti politik dan tidak terikat dengan mana-mana ideologi politik.
Tuan Ibrahim juga berkata, 'kuasa ketiga' itu bukan hanya terdiri di kalangan ulama sahaja malah perlu ditawarkan kepada kumpulan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing untuk mencari jalan tengah kepada isu-isu berbangkit dikalangan pemimpin politik.
Read More / Baca Lagi >>

Umno, PAS perlu gabung jadi satu parti

Posted: 19 Dec 2015 03:44 PM PST

Peristiwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berada di atas satu pentas di Kuala Lumpur minggu ini menjawab pelbagai persoalan yang sebelum ini tidak begitu jelas.
Dalam hal kerjasama di antara 2 parti Melayu itu, Umno kelihatan lebih jujur berbanding PAS.
Ketika Hadi dan beberapa pemimpin lain masih berdolak-dalik tentang kerjasama di antara 2 parti itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendedahkan sudah 2 tahun Umno dan PAS bekerjasama.

"Kerjasama berlaku, (ia) bukan mimpi... tidak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tidak betul. "Kerjasama berlaku 2 tahun dah," kata pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan itu seperti dilaporkan Bernama.
Mungkin tidak semua pemimpin dalam PAS yang tahu dan dilibatkan dalam hal bekerjasama dengan Umno ini.
Maka tidak hairanlah mengapa ramai di antara pemimpin kanan PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Umno dan PAS kini sama
Ketika ucapan penggulungan pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini, Najib seolah-olah seperti seorang pemimpin PAS.
Beliau sudah mula menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.
Sebelum bersalaman dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecatnya daripada Kabinet pada Julai, Najib menggunakan istilah seperti "syura".
Dalam menawarkan kerjasama bersama PAS, Najib juga menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk "menghalalkannya".
Berucap semasa merasmikan Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, presiden Umno itu turut membacakan ayat daripada surah Al-Imran dalam al-Quran bagi menyokong kenyataannya.
"Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah pertandingan 1-lawan-1 akan untungkan PAS?

Posted: 19 Dec 2015 03:43 PM PST

Sama ada pertandingan 3 penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (khasnya Amanah dan DAP) dan PAS dalam Pilihanraya ke-14 (PRU14) boleh dielakkan, tidak bergantung kepada kehendak subjektif Pakatan Harapan atau PKR, tetapi perhitungan PAS.
Ahad lalu, Malaysiakini memaparkan wawancara Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR bersama beberapa orang pemimpin parti itu. Rafizi menyeru para pengundi bukan Melayu supaya faham dan hargai usaha gigih parti itu cuba mewujudkan sebuah persepakatan pilihanraya (electoral pact) yang merangkumi Pakatan Harapan dan juga PAS.
Secara ringkasnya, alasan yang dikemukakan  Rafizi termasuklah:

1) Pengundi atas pagar Melayu prihatin terhadap isu ekonomi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan bukan perkembangan politik. 2) Akan, imej PAS yang "Islamik, suci (innocent) dan sangat kuat bersama Melayu (very strong with the Malays)" menarik hati pengundi atas pagar Melayu. Kalau mereka tolak Umno, mereka akan mengundi PAS.
3) Parti Amanah Negara tidak cukup kuat untuk menggantikan PAS malah tidak dikenali  sesetengah pengundi Melayu.
Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, maka Pakatan tidak akan menang, malah, Amanah akan dihapuskan.
Apakah perhitungan dan ikthiar "murni" PKR ini berhasil?
Jawapannya terpulang kepada PAS – apakah bersepakat dengan Pakatan Harapan itu menguntungkan PAS sendiri? Sudah tentu PAS tidak akan ingin merugikan diri untuk menguntungkan PKR, apatah lagi Amanah dan DAP?
PAS mempunyai 4 pilihan:
a) Bersepakat dengan Pakatan Harapan (pakat Harapan, lawan Umno)
b)Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan (tiga penjuru, lawan Umno dan Harapan serentak)
c) Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan pada permukaannya tetapi dengan persefahaman sulit dengan Umno (3 penjuru, lawan Harapan, pakat sulit dengan Umno)
d)Berpakat dengan Umno secara terus terang (pakat Umno, lawan Harapan)
Secara rasionalnya, pilihan PAS kebarangkalian besar akan ditentukan melalui 3 sebab:
1) Pencapaian matlamat ideologinya
2) Peluang kemenangan kerusi perundangan
3) Peluang berkongsi kuasa dalam pemerintah Persekutuan dan Negeri
Apakah matlamat ideologinya? Dalam sejarah 3 dekad ini, PAS cuba mencapai 1 keseimbangan di antara (a) pembinaan negara Islam atau Daulah Islamiyah (pewujudan undang-undang jenayah syariah yang meluas rangkumannya termasuk hukuman Hudud dan Qisas boleh dilihat sebagai 1 versi yang sudah dicairkan) dan (b) penrealisasian "Islam untuk semua"/"negara berkebajikan" yang mengajak pengundi bukan Muslim untuk turut jatuhkan pemerintahan  Umno/BN.
Selepas kekalahan sepenuhnya golongan pragmatis dan kemudian tertubuhnya Amanah, pilihan PAS menjadi jelas sekali ialah kembali ke arah negara Islam dengan tekanannya kepada perlaksanaan hukuman Hudud.
Kalau tidak teguh berjuangkan hukuman Hudud, mengapa Datuk Seri Hadi Awang harus biar PAS berpecah? Ini sudah menjadi legasi peribadi Hadi.
Sekalipun PAS kecundang dalam PRU14 sepertimana PAS Terengganu pimpinannya dalam PRU11 (2004), sekurang-kurangnya Hadi boleh belakan kegagalannya sebagai pengorbanan untuk agama.
Berbanding dengan Pakatan Harapan yang lebih mementingkan inti (Maqasid Syariah) daripada bentuk (hukuman Hudud), Umno yang sudahpun mengkaji bersama dengan PAS tentang perlaksanaan kanun Kelantan itu sekurang-kurangnya memberikan harapan.
Ingat Amanat Hadi yang sudahpun menolak "Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan-peraturan jahiliyah" seawal 1981?
Daripada segi ideologi, pilihan paling rasional untuk PAS ialah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional ialah A (pakat Harapan, lawan Umno).
Daripada segi perkongsian kuasa eksekutif, berpakat dengan Umno akan memberikan PAS serta-merta dana pembangunan di Kelantan dan jawatan lumayan bukan sahaja di kabinet persekutuan tetapi juga di badan berkanun, syarikat berkaitan pemerintah (GLC) dan yayasan/NGO tajaan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan Islam.
Ini jauh lebih baik daripada jawatan peringkat negeri, pihak berkuasa tempatan dan kampung di Selangor dan Pulau Pinang.
Sebaliknya, PAS tidak mungkin dapat apa-apa selepas PRU14 jika Pakatan Harapan sangat berjaya.
Peluang PAS untuk menyertai pemerintah campuran akan wujud jika Pakatan Harapan dan BN tidak mempunyai majoriti yang kukuh.
Maka, daripada segi kuasa eksekutif, pilihan paling rasional untuk PAS juga adalah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional tetap A (pakat Harapan, lawan Umno).
Akan tetapi, "rezeki" daripada aspek ideologi dan kuasa eksekutif tidak mencukupi untuk PAS berpakat dengan Umno. PAS mesti mengambilkira "kos"nya daripada segi kemenangan kerusi parlimen/DUN.
Kalau pakatan rasmi Umno-PAS ditolak dan dihukum pengundi, maka segala yang boleh dicapai  PAS dalam pakatan ini mungkin hilang selepas PRU14.
Dalam perhitungan kemenangan kerusi perundangan, parti biasanya bukan sahaja ingin memaksimakan kemenangannya. Jika terwujud lebih daripada pesaing, parti juga mungkin berminat memaksimakan kekalahan pesaing terdekatnya dengan tujuan untuk mengurangkan pesaing.
Satu contoh yang baik ialah pilihanraya kecil Batu Sapi, Sabah pada tahun 2010. PKR enggan berkompromi dengan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mencapai persetujuan 1 lawan 1 terhadap BN.
Read More / Baca Lagi >>

Najib has ‘something to hide’ on NSC

Posted: 19 Dec 2015 03:37 PM PST

The DAP veteran queries why an ex-RMAF officer was denied the right to speak at a public forum on the NSC.
lim-kit-siang,najib
KUALA LUMPUR: Suspended Gelang Patah MP Lim Kit Siang suspects that Prime Minister Najib Abdul Razak has "something to hide" on the proposed National Security Council (NSC). "Clearly there's a lot that Najib was trying to hide."
"That's why a retired Air Force officer was instructed by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Chief Jen Roslan Saad not to speak at a forum on Friday on the National Security Council (NSC) Bill 2015."
Lim, also DAP Parliamentary Leader, described the "ban" as most undemocratic and deplorable. "What could RMAF's former policy and legal adviser, Lt. Col (Rtd) Mohamad Daud Sulaiman possibly reveal at the forum on the NSC Bill?" asked Lim. "How could his presence at the forum endanger national security?"
It would appear that Najib and his advisers feel such intense "national insecurity" that they are afraid of their own shadows and are prepared to go all out to undermine the democratic and human rights of Malaysians, added Lim. "The NSC Bill is a double 'national insecurity' move, caused by Najib's sense of insecurity and would cause insecurity to Malaysians living in areas declared as 'security areas'."
DAP, pledged Lim, would always keep alive the principles and goals which had kept the party going for the past five decades, "never for any personal advancement or material gain, but to see the realization of our principles and ideals and most important of all, the Malaysian Dream".
Read More / Baca Lagi >>

POLITICAL EARTHQUAKE IN M'SIA: UMNO-PAS COALITION INEVITABLE - MAJOR REALIGNMENT OF POWER LOOMS

Posted: 19 Dec 2015 03:35 PM PST

POLITICAL EARTHQUAKE IN M'SIA: UMNO-PAS COALITION INEVITABLE - MAJOR REALIGNMENT OF POWER LOOMS
A coalition between UMNO and PAS is very likely to take shape following Prime Minister Najib Razak's speech at UMNO General Assembly recently, as well as Najib and Hadi Awang's joint appearance in pink Baju Melayu at the Regional Conference (Multaqa Serantau) for Al-Azhar Graduates yesterday.
The UMNO-PAS merger is part of a series of "once-in-a-generation" political earthquakes, aftershocks and realignments in 2015 and beyond.
On the one hand, in the aftermath of clean sweep of the conservative faction at the PAS Muktamar elections on 6 June, the progressives formed Parti Amanah Negara on 16 September. Pakatan Rakyat ceased to exist and a new coalition Pakatan Harapan was formed on 22 September.
Before the actual split, internal debate within PAS was focused on two issues:
1) Whether Islam is for the well-being of all or merely for Muslims; and 2) Whether to work with a corrupt UMNO or to work with other progressive parties opposing UMNO's rule.
On the other hand, Najib suffered irreparable loss of credibility as a result of the series of scandals involving the RM2.6 billion donation, 1MDB, poor management of the economy and the GST fiasco. An UMNO-led by Najib is a Titanic on the way to doom.
In the course of that journey, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin was sacked for sticking his neck out to question the integrity of Najib. And the chairs on the deck of the Titanic were reshuffled.
More realignment is expected to happen.
First, despite Najib's hold on UMNO leaders, the same cannot be said about UMNO grassroots. For Muhyiddin and others who were sidelined by Najib, it's the end of the road within UMNO but there is a huge space outside UMNO as millions of Malaysians, especially Malay voters, are upset with Najib and the party he led over corruption and poor management of the economy.
Read More / Baca Lagi >>

Bila penyamun menipu & cakap berbelit2..

Posted: 19 Dec 2015 03:32 PM PST

Tak pernah ada satu penyamun pun di dunia ni nak mengaku dirinya seorang penyamun.

"UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.." PENYOKONG UMNO LAGI LAH BODOH !!!

Posted: 19 Dec 2015 03:30 PM PST

Benarkah MAJORITI rakyat M'sia lebih suka internet slow mcm siput babi, dgn alasan sbb murah ??!!

TAHUKAH ANDA, TERKINI.. bagi suku ke-3 2015, internet Malangsia 2 KALI LEBIH LEMBAP 'SLOW' drpd Thailand & lebih slow dari Sri Lanka.

Senator veteran ATM makan ‘gaji buta’- Ali Tinju

Posted: 19 Dec 2015 03:28 PM PST

Ali Tinju menasihati Tan Sri Anwar agar berehat jaga cucu kerana gaya pemikiran beliau cetek dan gagal membela nasib bekas tentera.
ali-tinju
PETALING JAYA: Ali Baharom menyelar Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor yang memberi amaran tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya jika terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan dengan membuat kenyataan perkauman.
Anwar merujuk kepada kenyataan berbaur perkauman melibatkan peniaga Cina di Kota Raya yang dibuat oleh Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju baru-baru ini.
Ekoran itu, Ali Tinju berkata Anwar bukan sahaja tidak mempunyai hak untuk menghukumnya malah mendakwanya memakan gaji buta sejak dilantik menjadi senator di Parlimen apabila langsung tidak turun padang untuk membantu bekas tentera yang terbeban dengan kos sara hidup masa kini.
"Siapa dia (Anwar) nak hukum saya, dia presiden, saya presiden, jaga rumah masing-masing.
"Dia tak buat kerja, kalau dia tak ikut arahan Perdana Menteri (sebagai senator) supaya turun padang, lawat bekas tentera buat aktiviti untuk akar umbi, bermakna dia gagal dan saya anggap dia makan gaji buta," katanya kepada FMT.
Tambahnya, Presiden PVATM itu juga telah gagal membela nasib bekas dan balu-balu tentera di Parlimen sejak dilantik sebagai senator mewakili bekas tentera.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Ali Tinju: "Jangan salahkan saya" kata Peguam Negara

Posted: 19 Dec 2015 03:26 PM PST

 Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menolak dakwaan MCA bahawa dia perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan Mohamad Ali Baharom mengadakan protes di komleks Kota Raya semalam.
Kata Mohamad Apandi, kenyataan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun tidak adil kerana rakaman video mengenai perlakuan Mohamad Ali di Plaza Low Yat tidak memadai untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
"Apabila saya minta kalau ada sesiapa mempunyai bukti lain (mengenai insiden itu) mereka menunjukkan saya video sama," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Kelmarin Chew mendakwa Mohamad Apandi tidak menakwa Mohamad Ali - atau Ali Tinju - walaupun membuat kenyataan menghasut di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Kata Chew, Mohamad Ali sekali lagi mengadakan protes berbaur perkauman di luar kompleks Kota Raya kerana Mohamad Apandi menggugurkan semua tuduhan hasutan terhadapnya.
Mohamad Apandi berkata, tanpa bukti mencukupi beliau tidak boleh dipersalahkan.

Jangan ganggu rumah orang lain – Ali Tinju

Posted: 19 Dec 2015 03:24 PM PST

alitinju
Ali Tinju menafikan PVTM dibubarkan tahun lalu, kerana sehingga kini, persatuan itu masih aktif dan berdaftar.

KUALA LUMPUR, 20 Disember:

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM), Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju menyelar tindakan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) melemparkan pelbagai dakwaan tidak benar terhadapnya.
Mohd Ali menafikan PVTM dibubarkan tahun lalu, kerana sehingga kini, persatuan tersebut masih aktif dan berdaftar.
"PVATM diingatkan untuk tidak mengganggu rumah orang lain dan saya mahu Presidennya membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Tindakan mereka ini sudah menjejaskan nama baik saya dan melampau," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh seminggu kepada PVATM untuk memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian, ia akan dibawa ke mahkamah.
Semalam, PVATM memberi amaran tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju, sekiranya beliau terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan tatatertib menanti Ali Tinju – PVATM

Posted: 19 Dec 2015 03:23 PM PST

Ali tinju
Tindak-tanduk Ali Tinju (tengah) disifatkan telah memberi imej tidak baik kepada veteran ATM secara menyeluruh, selain bercanggah prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.

KUALA LUMPUR, 19 Disember:

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju, sekiranya beliau terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya, Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tindak-tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej tidak baik kepada veteran ATM secara menyeluruh, selain bercanggah prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.
"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera, sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," demikian menurut PVATM dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melalui beberapa tindakannya, termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Komentar Kini

0

Posted by Unknown | Posted on 7:54 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Tak munasabah DR Mujahid tak faham

Posted: 19 Dec 2015 05:06 PM PST



Tidak ada niat hendak aibkan orang orang yang ada gelaran PHD agama. Lebih lebih lagi Dr Mujahid yang penulis anggap sangat faham dengan Islam sebaliknya tak faham bahasa melayu bahasanya sendiri.
  
Maka sesungguhnya saya ingin nyatakan apa yang dia katakan itu sangat salahfaham dengan perkataan "kamu'" kamu ada individu bukan kerajaan yang memerintah

Yang dikatakan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang adalah khususiah kepada individu iaitu sesiapa atau barangsiapa atau seseorang atau golongan yang bukan pemerintah.

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?,

Mustahil DR Mujahid tak faham perkataan seseorang. seseorang bukan kerajaan yang diamanahkan memerintah sesebuah negara. Nyata, Allah melarang seseorang mengintip dan tidak kepada sebuah pemerintahan.

pada saya, orang tak sekolah tinggi pun boleh faham dengan bahasa yang cukup mudah dan senang difahami itu, Macam mana seorang yang mengajian tinggi hingga dapat ijjazah kedoktoran (PHD) tidak faham benda yang semudah itu.

Seperkara lagi bahasa mudah dan senang difahami kebanyakan orang orang Melayu juga tidak difahami oleh beliau iaitu perkataan "'Tidak ada paksaan dalam beragama".

kebanyakan orang orang Islam mengaku beragama islam di Indonesia memahami perkataan tersebut,bahawa (Kita) ibubapa tidak boleh paksa anak anak mereka pilih agama islam yang dianutinya.Mereka membiarkan (tidak boleh paksa) anak mereka memilih agama atas sebab tidak ada paksaan dalam beragama.

Itulah yang difahami oleh orang orang yang mengaku islam di Indonesia sehingga lahir generasi baru yang berfahaman islam leberal dan bercanggah dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Hari ini di Indonesia dalam satu keluarga ada yang pilih agama kristian, ada yang pilih agama Budha dan ada yang pilih Islam atas sebab ibubapa mereka tidak boleh paksa dalam beragama.

Ibubapa tidak boleh paksa anak anak mereka dalam beragama. Munasabahkah ibubapa yang mendirikan rumahtangga hilang tanggungjawab menentukan pegangan hidup beragama Islam kepada  anak anak yang dilahirkan,

Sebagaimana perintah Rasulullah SAW agar  menyuruh anak anak solat ketika usia 7 tahun dan merotan anak anak diusia 10 tahun yang tak solat.Jika ibubapa tidak ada tanggungjawab mendidik dengan pendidikan agama, maka lahirlah genarasi dajjal dimuka bumi Allah ini sepertimana yang berlaku sekarang.

Lebih lebih lagi, para nabi yang diutuskan Allah kepada kaum kaum mereka garis panduannya ialah hendaklah kamu menyembah Allah iaitu mentauhidkan Allah, bukan syirik kepada Allah.

Ayat Allah itu, bahawa Kita tidak boleh paksa orang orang kafir masuk Islam, hatta kerajaan juga tidak boleh paksa orang orang kafir menganut agama Islam, Akan tetapi kerajaan boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka yang menentang dan menberontak sesebuah kerajaan Islam.

ALHUSSEYN

0

Posted by Unknown | Posted on 3:45 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


JANGAN SOKONG PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM

Posted: 19 Dec 2015 12:44 AM PST

Sebelum itu Dr Haron Din menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi. 

 Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang." 

 Tetapi  SPRM telah pun mengeluarkan kenyataan mengesahkan RM2.6 bilion itu disalurkan ke akaun perdana menteri tetapi ia sumbangan politik dari penderma, bukan dari 1MDB.  

  Maka saya ingin bertanya mengenai pendirian mereka berdua, Hj Hadi dan Haron Din; apakah perbuatan menerima RM2.6 billion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak?

PM Najib gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2.6 billion. 

 Najib telah mengambil tidakkan yang drastik terhadap mereka yang lantang mempersoalkan dana tersebut. Anina Saadudin ahli Wanita Umno Langkawi yang dipecat dan Hamidah Osman bekas exco Negeri Perak telah dipecat kerana kelantangan mereka.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Malah dua pemimpin tertinggi parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik syarikat sarat hutang 1MDB dinaungi Najib.

 Sebaliknya PAS, terutamanya Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib dan mahu rejim Najib ini dapat terus mentadbir negara ini.

Sama-sama kita renungi sepotong hadis berikut supaya kita tidak terjerumus sama menyokong pemimpin yang bohong dan zalim.
 عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين . 
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda :
"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim) 
Berhati hatilah kita semua jangan memimilih pemimpin yang bersekongkol dengan mereka yang zalim. Gunakkanlah akal dan ilmu yang Allah beri kepada kita untuk memimilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa yang akan memandu kita kearah kejayaan di dunia dan juga dapat meraih keredaan Allah di akhiarat kelak. 

Ya Allah lindungilah kami daripada fitnah dunia dan akhirat! Amin...