KUALA LUMPUR, 18 Disember:
Peguam terkemuka dan juga aktivis reformis pilihan raya, Datuk Ambiga Sreneavasan berkata bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan baru-baru ini adalah tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.
Ambiga menegaskan bahawa Yang di-Pertua Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera, namun berbeza di dalam RUU tersebut di bawah Fasal 21, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memerintah angkatan tentera.
"Seseorang yang sepatutnya tidak mempunyai kuasa mengeluarkan arahan kepada angkatan tentera selepas ini boleh berbuat demikian.
"Perintah adalah sesuatu yang sensitif untuk tentera, sebab itu adalah cara bagaimana tentera berfungsi," katanya di dalam satu forum mengenai RUU MKN dan agenda pembaharuan keselamatan.
Ambiga berkata bahawa undang-undang berkenaan memberikan kuasa untuk memberi arahan kepada tentera dan juga melanggar kandungan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga menambah bahawa di bawah Artikel 137 menyatakan Agong berkuasa ke atas badan-badan bersenjata.
"Tetapi MKN mencampurkan semua, polis dan angkatan tentera, rantaian arahan tidak jelas.
"MKN juga menyentuh mengenai ancaman, satu operasi lain yang mana akan bertujuan untuk mengurangkan tahap ancaman tetapi masih membawa tentera di dalam operasi berkenaan," katanya.
Beliau juga mempersoalkan jika MKN akan mengambil tanggungjawab terhadap setiap arahan yang dikeluarkan kepada tentera.