Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LGE: JIKA SAYA LAYAN NELAYAN KITA DAPAT SIKIT WANG, JIKA LAYAN DEVELOPER KITA DAPAT BANYAK WANG

Posted: 16 Dec 2015 05:55 AM PST


NEWS
Cadangan kerajaan DAP Pulau Pinang hendak menambak laut di perairan selatan Pulau Pinang terus mendapat bantahan dan mencetuskan keresahan di kalangan orang ramai

Kira-kira 1,500 nelayan di Pulau Pinang Selatan berkumpul mengadakan demonstrasi membantah cadangan penambakan laut di perairan Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul kerana ia bakal menjejaskan mata pencarian mereka.


Wakil kumpulan nelayan itu Arshhad Omar, 63, berkata kerja penambakan laut berkenaan akan menyebabkan tempat pembenihan ikan dan udang terjejas serta mengganggu habitat hidupan laut.

"Banyak pembangunan di darat boleh dibangunkan tetapi kenapa perlu sampai ke laut. Projek penambakan laut ini sudah tentu akan menjejaskan mata pencarian kami sebagai nelayan yang rata-rata mempunyai keluarga yang perlu disara.

"Kita buat bantahan ini adalah untuk menegakkan hak sebagai nelayan dan mempertahankan keadaan laut dan pantai ini," kata Arshhad ketika ditemui pemberita selepas demonstrasi itu di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar, George Town.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 14 persatuan nelayan kawasan selatan negeri ini yang merangkumi Pengkalan Sungai Pinang hingga Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau mengadakan demonstrasi selama sejam bagi membantah cadangan projek berkenaan.

Arshhad berkata, pihaknya tidak pernah sesekali membantah mahupun menolak sebarang projek pembangunan di negeri ini namun apabila ia melibatkan periuk nasi nelayan, perkara itu harus diberi perhatian serius.

Seorang lagi nelayan dari Persatuan Nelayan Teluk Kumbar, Yahya Che Lah, 63, berkata projek penambakan laut itu bukan sahaja memberi impak negatif terhadap ekosistem laut, malah turut mendatangkan risiko kepada nelayan kecil yang terpaksa keluar ke laut terbuka untuk menjala ikan.

"Jadi saya harap kerajaan negeri kaji betul-betul cadangan projek ini dengan mengambil kira nasib nelayan di sini," katanya sambil menambah jika projek itu tetap diteruskan, peralatan seperti bot, pukat dan jala terpaksa ditempatkan di kawasan yang lebih jauh, sekali gus mengundang risiko dicuri.

Mohd Shariff Mohd Tamby, 68, pula berkata, kerajaan negeri perlu memberi fokus dalam hal berkaitan penempatan baharu bagi nelayan terbabit supaya dilengkapi dengan prasarana yang lebih baik agar kebajikan mereka terjamin.
"Jangan disebabkan projek ini, kami yang jadi mangsa," katanya.

 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


8 tahun DAP tadbir bajet berterusan defisit

Posted: 16 Dec 2015 09:30 PM PST


Guan Eng masih berdegil mahu perintah sebab ...





Dyana Sofea tiada layak suara hal ugama

Posted: 16 Dec 2015 05:38 PM PST


Noor Farida penyebab Pulau Batu Putih terlepas

Posted: 16 Dec 2015 07:00 AM PST


Salah seorang tokoh daripada kumpulan G25 yang menandatangani surat terbuka tersebut, pernah dilantik menjadi Co-Agent kepada pasukan tuntutan Malaysia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Co-Agentnya, Dato' Farida Ariffin.

Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan pasukan peguam untuk ke ICJ. Beberapa orang telah dilantik untuk memastikan Pulau Batu Puteh kekal sebagai Pulau yang merupakan sebahagian daripada wilayah Malaysia. 

Kes tersebut telah dibawa ke ICJ dan keputusan telah diputuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau dirujuk juga sebagai Pedra Branca adalah menjadi milik Singapura. Kes ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada emosi rakyat Malaysia, maruah negara dan Kesultanan Johor terutamanya.

Baca sepenuh di Keris Kelok 7 di SINIuntuk tahu bagaimana Malaysia boleh terlepas pulau tersebut ke Singapura.

Noor Farida pernah kata,"Jika suka seorang, tak perlu kahwin"

Posted: 16 Dec 2015 02:30 AM PST



Itu kata-katanya ketika muda.

Bersungguh2  noor farida perjuang kehidupan dalam penuh dosa yg diamalkan ketika muda hingga sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh kerajaan.



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Perjuangan secara aman pilihan Anwar

Posted: 16 Dec 2015 04:29 PM PST

Oleh Lanh
MENGINSAFI bahawa Kongres Nasional PKR (KEADILAN) kali ke-11 pada 27-29 November lalu adalah yang pertama diadakan tanpa kehadiran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya teringat apa yang pernah saya tulis mengenasi perjuangan beliau termasuk tuduhan kes liwatnya.
Ingatan itu semakin segar ketika menekuni kuliah Maghrib-Isyak di sebuah masjid di kampung saya di mana sang ustaz ketika membicarakan bab Fiqh Jinayah (Jenayah), mengingatkan jemaah bahawa antara kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud adalah menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
Sang ustaz menegaskan bahawa empat orang saksi itu mesti melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan perzinaan itu dengan beliau menggambarkannya bagaikan melihat 'gincu masuk ke dalam bekasnya' - kalau gincu 'terkeluar' dari bekasnya itu pun tidak boleh, kata sang ustaz membuatkan jemaah ketawa.
Demikian bukan mudah untuk menuduh atau mempersabitkan orang melakukan zina atau liwat; bagi penuduh yang gagal mengemukakan empat orang saksi itu, dia sudah melakukan kesalahan qazaf, dia boleh dikenakan sebatan 80 kali.
Anwar kini 'terpenjara' lima tahun di Sungai Buloh di atas tuduhan liwat, namun auranya tetap dirasakan ketika Kongres dan salah seorang pemimpin yang tanpa segan meluahkannya adalah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau ketika Kongres AMK, berkata Anwar sentiasa prihatin akan AMK dan kerajaan negeri Selangor yang kini 'bermenteri-besarkan' pemimpin KEADILAN iaitu Azmin Ali. Namun Anwar langsung tidak mengadu tentang keadaan dirinya di penjara.
Read More / Baca Lagi >>

The best teacher Najib ever had

Posted: 16 Dec 2015 04:26 PM PST

Mariam Mokhtar
Today, Malaysia is divided. We may have lived peacefully beside one another, despite being of different races and religions, but we are no longer tolerant of our neighbours. We eye one another with suspicion. Muslim parents tell their offspring not to befriend non-Malay children. It is shocking that some Malay teachers encourage disunity and seek to prevent Malays from fraternising with 'kafirs'
Tun Dr Mahathir Mohamad's Lessons Numbers One and Two: Lesson One is to keep the Malays ignorant, because they are Umno-Baru's powerbase, and a thinking Malay is a dangerous Malay. Lesson Two is to divide and rule.
When Mahathir was the Education Minister, between 1974 and 1978, English medium schools became Malay medium. It is shameful that Najib, who went to a Church of England school, cannot advise his Education Ministry officials, that speaking English is not unpatriotic, or that the cross on the walls of Mission schools will not convert Muslims to Christians, or that singing Christmas carols will not have the same effect.
Najib prefers to keep the Malay ignorant, so that his mind can be moulded to Najib's will.
Lesson Three: Few Malays would dare to question the ulamas, or Jakim, because of Islam.
The Department of Islamic Development Malaysia, Jakim, was Mahathir's creation. It succeeded the Islamic Affairs Division (BAHEIS) in the Prime Minister's Department, but in 1997, Jakim's dominance took off, to consolidate Mahathir's power.
Today, Najib uses Jakim to dictate, to Malays, how they should, or should not, live their lives. Thus, we have the dress code, the ban of non-Malays using certain words like Allah, the supermarket trolley debacle, and children, who attend boarding schools are converted, without the knowledge, or consent, of their parents.
Lesson Four: Grandiose projects, funded by the taxpayer, give cronies ample opportunity to charge unlimited commission, besides creating a fitting monument, to remind future generations of the Malaysian leaders.
Anyone who looks at the Petronas Twin Towers tends to associate it with Mahathir. People see this gleaming tower as Mahathir's handiwork, in his drive to "modernise" Malaysia.
Little wonder that when Najib said he was going to build the Warisan Merdeka Towers (now called KL118), Mahathir was furious. Why? Because Najib's monument will tower over the Twin Towers and dominate the KL skyline.
Lesson Five. Think of yourself, not the rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Dendam Umno masih membara di Kelantan

Posted: 16 Dec 2015 04:24 PM PST

Oleh M FAQIH
SUDAH banyak kali diulangulang slogan mahu merampas Kelantan. Sejak Umno Kelantan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990 itulah slogan paling aula. Begitu juga ketika di bawah Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleigh Hamzah dan sekarang Dato' Seri Mustapa Mohamed. Mustapa dua kali mengepalai Umno Kelantan.
Pada akhir November lepas dijaja lagi Kelantan milik BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. Ia dijadikan tema Konvensyen Umno Kelantan.
Menjelang PRU 1999 ketika Ku Li mengetuai Umno ditabur merata tempat baju T bertulis "Make Gaji Buto." Selain itu terdapat sepanduk "Dekak 10 Taung Doh Demo Perintah Kelate
Tak Dok Gapo Satu Pun Demo Buak, Tok Malu Ke Make Gaji Buto."
Banyak analisis akhbar harian turut memberi gambaran kemenangan PAS di Kelantan pada PRU 1990 dan 1995 kerana bantuan Parti Melayu Semangat 46.
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dibentuk daripada kolaborasi PAS, Semangat 46, Berjasa dan Hamim.
Perpecahan APU pada 1997 dilihat banyak pihak memberi keuntungan berganda buat Umno dan BN. Ku Li membawa penyokongnya menyertai Umno secara en bloc ketika itu.
Bukan setakat berdepan penyertaan semula bekas Semangat 46 bersama Umno, sebaliknya kawan seperjuangan PAS pula memakai baju musuh.
Bekas ahli PAS menyertai parti Dendam Umno masih Pas Baru dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kerana marah hubungan PAS-DAP menjelang PRU 1999.
Tentunya ramai masih ingat seorang ahli PAS Cawangan Kedai Mulong, ZainalAbidin Mat Yusoff menaik sepanduk bertuliskan "PAS Bukan Parti Islam." Sepanduk itu direntang di jalan utama Kota Bharu-Machang.
Beliau dikatakan membantah keras usaha PAS mengadakan kerjasama dengan bukan Islam.
Malah bekas-bekas ahli PAS juga bergabung dalam gagasan dikenali Angkatan Insaf Rakyat (AIR). Pengerusinya, Hashim Othman pernah memberitahu AIR menyertai PRU 1999 bagi memastikan kerajaan PAS Kelantan ditumbangkan.
"Penyokong AIR akan menentang PAS habis-habisan selagi parti itu tidak memutuskan hubungan dengan DAP," kata Hashim. Apa yang berlaku kira-kira 16 tahun itu berulang kembali sekarang.
Cuma mauduknya berbeza.
Sekarang bekas pemimpin PAS menubuh parti baru kerana kecewa PAS memutus hubungan dengan DAP.
Sedangkan dahulu ada ahli PAS meninggalkan perjuangan parti itu kerana PAS akrab dengan DAP. Gerakan yang berlaku sekarang biar pun diuar-uar mendapat sokongan meluas tetap mengulangi episod lama. Ia hampir serupa namun wajah yang berbeza.
Pas Baru, Islah, AIR dan Jati juga pernah mendakwa mempunyai pengikut yang ramai. Tidak jauh berbeza dengan apa yang didakwa PAN sekarang. Keyakinan Ku Li yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menjelang PRU 1999 mahu merampas Kelantan angkara masalah dalaman PAS, diulang Mustapa sekarang.
Konvensyen Umno Kelantan dikatakan dihadiri lebih 2,000 perwakilan. Kesan gelodak media baru menyebabkan inti perbincangan pada konvesyen tersebut turut diecer di media baru.
Ketika mengejar impian PRU 14 milik BN, ada perwakilan bahagian dikatakan mahu mempertingkatkan tekanan kepada guru supaya menyokong BN. Strategik kuno itu bukan perkara baru di Kelantan. Guru menjadi mangsa politik Umno sejak 1990.
Deraan juga menimpa guruguru Kelas al-Quran Fardu Ain (Kafa). Mereka dikatakan sering menjadi sasaran Umno.
Arahan menghadiri program Umno bukan perkara pelik di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Legitimacy of the post-GE14 government

Posted: 16 Dec 2015 04:24 PM PST

Will Najib fall back on the NSC if BN loses, as Kit Siang fears?
lim-kit-siang_najib_nsc_law_600
Suspended Gelang Patah MP Lim Kit Siang has raised the possibility that Prime Minister Najib Abdul Razak might fall back on the National Security Council (NSC) to declare a state of emergency should he crash out at the 14th General Election in 2018.
Lim referred to Najib's speech at the just-concluded Umno General Assembly, in which the Prime Minister painted the choice in 2018 as between an Umno-led coalition government and one dominated by the DAP. Wanita Umno chief Sharizat Abdul Jalil screeched that she was not prepared to stand by and see the country handed over to the DAP. She literally had her sleeves rolled up.
Nevertheless, when the 2018 election is concluded, the losing party will have to concede defeat and congratulate the winning party. That's assuming, of course, that both the election and its results are legitimate.
In the final analysis, however, the legitimacy – or lack thereof – of the post-2018 government will be determined by how it governs. If there's no legitimacy, consumer sentiment would continue to be poor, there would be no investor confidence, risk factors would increase to send insurance rates up, the credit rating would go down, the ringgit would decline further, new loans would become expensive, banks would call in old loans, there would be no takers for government and company bonds, old bonds would become junk and the bottom would fall out of the stock market and properties. The list can go on and on into micromanagement details.
It's said that we should cross the bridge only when we come to it.
The CIA may beg to differ and prefer to maintain its five strategies: a bullet can change the course of history; it's always easier to predict bad happenings; it pays to have more than a healthy dose of paranoia; stoke latent hatreds to create enemies and flush them out; and engage in constant scenario-building because it's better safe than sorry.
The future does not exist until it gets here, but that's no reason for failing to plan or planning to fail. So, obviously Lim may be into some sort of planning for 2018 and post-GE14.
Lim may well keep the May 1969 riots in mind, considering that DAP and he have been accused of provoking the Malays into violence. Lim was in fact in Kota Kinabalu when May 13 broke out, but let's not go there.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan Presiden UMNO

Posted: 16 Dec 2015 04:22 PM PST

Oleh Tun Mahathir

1. Ucapan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 amat mengecewakan. Ia tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri sahaja.
2. Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.
3. Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.
4. Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.
5. Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas.
6. Yang disentuh dan di tegaskan ialah bantuan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli-ahli kepada Presiden.
7. Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong. Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna "assist" atau "help". "Assistance" dan "help" bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden. Jika Presiden lemah, atau uzur maka Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan.
8. Tetapi Presiden hanya menafsir bantu sebagai sokong. Demikian disebut dalam ucapan "kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan "sebagai dipanggil kita datang, disuruh pergi kita pulang – Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan." Itulah sahaja yang dikehendaki oleh Presiden.
9. Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi. Apabila Presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak Presiden Parti.
10. Jika tidak patuh kepada arahan Presiden atau menuding jari kepada kesalahan Presiden maka tindakan diambil untuk menggantung atau menyingkir dari parti.
11. Ugutan dibuat untuk polis memanggil untuk disoal dan dituduh .
12. Saya bukan sahaja di soal oleh polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.
13. Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang UMNO atau orang ramai. Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Pengkritik harap Laporan Ketua Audit Negara akan dedah segala-galanya

Posted: 16 Dec 2015 04:15 PM PST

Laporan penuh yang dinanti-nantikan daripada ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan tetapi itu mungkin bukan aspek paling penting dalam siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu.
Ahli politik dan aktivis anti rasuah yang sudah lama mengikuti isu itu berkata laporan itu hanya sekadar mengikut skop diberikan kepada ketua audit kerana ini akan menentukan sama ada beliau boleh mendedahkan betapa teruknya skandal itu.
Satu lagi yang penting ialah adakah laporan itu akan didedahkan kepada umum, kata Cynthia Gabriel dari Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Ini akan membuktikan sejauh mana kejujuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berkata tindakan akan diambil jika sememangnya ada salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu. "Saya bimbang jika kita tidak berhati-hati, Laporan Ketua Audit Negara boleh menjadi pelindung kepada isu 1MDB dan akan digunakan kerajaan untuk berselindung di sebaliknya," kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
"Ini kerana bidang tugas yang diberikan kepada Jabatan Audit Negara yang saya khuatir adalah terhad dan tidak terperinci seperti sepatutnya," kata Rafizi, pengkritik utama 1MDB.
Laporan Bernama semalam memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin sebagai mengesahkan laporan peguam negara ditangguhkan. Ia sepatutnya dibentangkan kepada PAC hari ini.
Kesangsian umum
Read More / Baca Lagi >>

Ketika 2015 hampir berakhir, Rafidah minta rakyat utamakan negara...tapi pemimpin gadai negara..!!!

Posted: 16 Dec 2015 04:12 PM PST

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan negara. – Gambar file The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan negara. 

Sempena tahun 2015 kini tiba ke penghujungnya, veteran Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta rakyat di semua peringkat, untuk berazam menjadi rakyat Malaysia yang mengutamakan negara apabila membuat resolusi Tahun Baru mereka. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, semua pihak perlu berazam menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik, menghormati dan menerima kepelbagaian satu sama lain, dan memberi keutamaan yang tinggi kepada kepentingan negara.
"Tanpa negara kita, kita memang tidak bernegara... tanpa semangat kekitaan.

"Sekiranya kepentingan negara tergugat, kita sebagai anggota masyarakat pasti akan terjejas dan terkesan, secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam posting terbaru di laman Facebook beliau. Rafidah juga berkata, mereka yang diamanahkan dan mendapat mandat untuk memimpin perlu berazam memberikan kepimpinan yang boleh menjadikan Malaysia lebih berjaya dan rakyat Malaysia sangat dihormati di dunia.
Beliau berkata, tidak kira di peringkat mana mereka berada, pemimpin harus memimpin dengan integriti, amanah dan bertanggungjawab, serta menunjukkan teladan yang baik.
"Mereka yang berada di dalam perkhidmatan awam perlu berazam berkhidmat dengan sangat amanah dan mengutamakan kepentingan umum melebihi segala-galanya.
"Mereka yang berada di dalam sektor perniagaan perlu berazam tidak mengeksploitasi pengguna, berusaha mematuhi etika dan tingkah laku pasaran yang tinggi dan mengimbangi tiga asas perniagaan mampan: keuntungan, manusia dan planet," katanya.
Rafidah berkata, rakyat akan berharap tahun baru membawa lebih keceriaan dan kegembiraan dan membuat resolusi menjadi lebih baik dan berbuat lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Perak: Jaga negara untuk generasi akan datang

Posted: 16 Dec 2015 03:29 PM PST


Sultan Perak bertitah mereka yang diamanahkan dengan jawatan awam perlu menjadi 'penjaga keadilan' dan memelihara negara ini untuk generasi akan datang.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rakyat Malaysia hanya boleh dianggap sebagai penjaga keadilan "apabila kita sendiri mampu mewariskan negara kita ini kepada anak cucu kita dalam bentuknya yang asal - kalaupun tidak dalam keadaan lebih baik - yang kita pusakai daripada para bapa pengasas kita."
Baginda memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, yang menjelaskan tentang warisan itu seperti berikut: "Adil di sisi undang-undang, legasi sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan taraf kehidupan paling paling tinggi di Asia."
Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku bertajuk 'On Justice and The Nature Of Man' karangan ahli falsafah Islam terkenal, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, di ibunegara semalam.
Baginda juga menyentuh tentang kata-kata Tunku mengenai prinsip sebuah sesebuah negara berdaulat dan demokratik serta usaha memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Pada pengamatan beta, beliau menukilkan secara sempurna tentang hasil daripada tindakan kita sekiranya kita, sebagai Penjaga Amanah, menjunjung tinggi keadilan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuk cara kita mentadbir negara kita," titah baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi ketua cawangan desak Najib letak jawatan

Posted: 16 Dec 2015 03:26 PM PST

Jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Hamdan Abdul Rahman berkata, tindakan 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berundur bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nabihah Hamid, 16 Disember, 2015. 
Jurucakap Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Hamdan Abdul Rahman berkata, tindakan 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berundur bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu. 

Tidak gentar dengan tindakan yang bakal diambil lembaga disiplin Umno, 5 lagi ketua cawangan menuntut Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur daripada jawatannya dalam satu sidang media malam ini. Mereka yang merupakan sebahagian Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berkata, tindakan mereka itu bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan parti Melayu itu.
Jurucakapnya Hamdan Abdul Rahman, yang juga ketua cawangan Umno Delima Lembah Keramat dalam bahagian Gombak, berkata mereka bukan melakukan sebarang jenayah.

"Kami bukan lakukan jenayah, kami sayangkan parti. Najib perlu letak jawatan sebagai presiden Umno. Pemilihan parti yang dijadualkan 2016 perlu diteruskan. "Tindakan terhadap pemimpin dan ahli Umno yang mengkritik parti perlu dihentikan kerana ini membunuh demokrasi dari dalam," katanya.
Hamdan, bersama 4 lagi ketua cawangan dan 10 ahli cawangan, bercakap kepada pemberita di Taman Melawati, Ulu Kelang.
Lima ketua cawangan tersebut adalah dari Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake View, Batu Caves.
Hamdan berkata, pihaknya akan menggembleng tenaga mengumpulkan lebih ramai ketua cawangan bagi menyertai usaha mereka.
Jelasnya, terdapat kira-kira 200 cawangan Umno di bawah kawasan Parlimen Gombak yang mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri itu.
"Kita (5 ketua cawangan Umno) yang berani berdepan. Kawan-kawan kita ramai juga yang kecewa, tapi ada masalah tertentu.
"Ketika ini, ramai pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang merosakkan sokongan parti, tetapi tindakan mereka direstui hanya kerana mereka orang presiden," katanya.
Hamdan turut mendesak Najib berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin Umno lain yang lebih layak.
"Kami harap pemimpin Umno tidak menganggap kami sebagai pengacau. Kami bukan pengacau. Kami sayangkan parti," ulangnya.
Katanya, calon yang paling layak mengambil tempat Najib ialah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Read More / Baca Lagi >>

BN Sarawak timbang semula kesetiaan jika Najib bersalah dalam skandal 1MDB

Posted: 16 Dec 2015 03:24 PM PST

Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. 

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menimbang semula kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak jika beliau didapati bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). "Saya mungkin akan mempertimbangkannya. (Tetapi) sehingga itu, beliau tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang kesilapan.
"Kesetiaan kami kepadanya sekarang ialah kerana beliau perdana menteri Malaysia dan ketua BN," kata Adenan dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.

Adenan juga berkata, Najib setakat ini tidak pernah didapati bersalah dalam semua tuduhan berkaitan 1MDB yang dilemparkan terhadapnya. Beliau berkata demikian kepada wakil rakyat pembangkang yang menyamakan sokongannya kepada perdana menteri dengan perbuatan menyokong dasar perkauman dan agama Umno serta dakwaan peranan yang dimainkan Najib dalam syarikat sarat hutang itu, termasuk persoalan "derma" RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Beliau berkata, hanya DAP yang membuat segala tuduhan, tetapi tiada sebarang sabitan kesalahan setakat ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan 1MDB Najib Semasa Taklimat PAU 2015

Posted: 16 Dec 2015 03:20 PM PST

Penjelasan Taklimat Najib Dana Asing RM2 6 Bilion

Posted: 16 Dec 2015 03:19 PM PST

Pertemuan Najib, Hadi tak boleh dielak

Posted: 16 Dec 2015 06:03 AM PST

Najib Tun Razak, Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pertemuan dua pemimpin utama parti Melayu Islam antara Umno dan Pas tidak boleh dielakkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, esok.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun pertemuan itu bukan satu bentuk 'kerjasama', namun kehadiran kedua-dua pemimpin itu dinantikan oleh semua pihak.
"Sudah tentu pertemuan itu akan berlaku dalam majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak, sudah pasti akan berlaku.
"Kita tunggu saja apa yang akan dirumuskan dalam multaqa esok yang turut disertai beberapa pimpinan parti (Pas) untuk mengisi slot disediakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas pertemuan kali pertama itu selepas Najib mempelawa Pas untuk menjalinkan silaturahim membangunkan negara mengikut syariat Islam semasa ucapan penggulungan pad Perhimpunan Agung Umno 2015, minggu lalu.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu dijadualkan akan menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Najib selaku Perdana Menteri akan merasmikan program tersebut, manakala Abdul Hadi selaku Presiden Pas pula akan menyampaikan ucaptama.
Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah turut mengisi slot forum tersebut manakala bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa pula akan berucap mewakili Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Ketika ditanya mengenai pertemuan pucuk pimpinan Pas dengan Umno dalam masa terdekat berhubung cadangan Najib itu, Mahfuz bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui mengenainya.
"Itu saya tiada maklumat, kalau mereka buat pertemuan pun mungkin di belakang tabir, itu saya tidak tahu," katanya secara ringkas.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya tidak sedia hadapi kemerosotan ekonomi, kata Kadir Jasin

Posted: 16 Dec 2015 06:00 AM PST

Bekas ketua pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun ekonomi jauh daripada kemelesetan, mereka yang pernah melalui krisis ekonomi negara sebelum ini berasa bimbang kerana tiada rancangan luar jangka dalam menangani keadaan ekonomi semasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Bekas ketua pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun ekonomi jauh daripada kemelesetan, mereka yang pernah melalui krisis ekonomi negara sebelum ini berasa bimbang kerana tiada rancangan luar jangka dalam menangani keadaan ekonomi semasa. 

Terdapat tanda-tanda yang ekonomi negara ini akan menemui jalan buntu dan kerajaan tidak bersedia secukupnya menangani keadaan itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Dalam posting di blog beliau hari ini, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, walaupun ekonomi jauh daripada kemelesetan, mereka yang pernah melalui krisis ekonomi negara sebelum ini berasa bimbang kerana tiada rancangan luar jangka dalam menangani keadaan ekonomi semasa.
"Sejak krisis ekonomi Asia pada 1997-1998, ekonomi kita tidak berkembang lebih daripada 5% setiap tahun, berbeza dengan 7% yang dicapai sebelum itu.

Beliau berkata, tidak seperti pendahulunya, keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini goyah dan ini menyumbang kepada kegagalan program transformasi ekonomi (ETP) dalam menyekat kemerosotan ketika ini. Najib berada di tengah-tengah skandal sekitar siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau, dikatakan sebagai sumbangan politik Umno daripada sumber Timur Tengah.
Kadir berkata, di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat kesukaran, kegagalan perniagaan dan pengangguran "tetapi selalunya akan ada penyelesaiannya."
Beliau memuji pelantikan Tun Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan, yang memperkenalkan langkah-langkah penjimatan dengan memotong gaji menteri dan pegawai tinggi kerajaan, menyusun semula perbelanjaan dan pinjaman kerajaan, sebagai faktor yang membantu memulihkan semula ekonomi daripada pertumbuhan negatif sekitar tahun 1985-86.
Katanya, dasar yang menyebelahi sektor swasta, termasuk pengkorporatan dan penswastaan, juga diperkenalkan dan pertumbuhan dinikmati selama satu dekad penuh sebelum kemelesetan kewangan Asia 1997-1998.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM siasat skandal rasuah balak di Kelantan

Posted: 16 Dec 2015 05:53 AM PST

Agensi itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.
sprm_kelantan_balak_600
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan.
"SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.
"Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," kata SPRM.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam sidang media pada Rabu mendakwa SPRM tidak bertindak terhadap laporan skandal rasuah balak di Kelantan walaupun telah menyerahkan 50 dokumen berkaitan.

UMNO Kelantan sokong kerajaan Kelantan haramkan vape

Posted: 16 Dec 2015 05:50 AM PST

Kerajaan ada tanggungjawab (malah perlu) mengarahkan rakyat supaya menjaga kesihatan, kerana kesihatan anugerah Allah.
Datuk-Md-Alwi-Che-Ahmad-,vape
PETALING JAYA: UMNO Kelantan menyokong usaha kerajaan negeri yang mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pengharaman ini tidak sepatutnya terhad kepada vape tetapi mana-mana bahan yang boleh memudaratkan kesihatan juga harus dihapuskan.
"Yang penting kesihatan, kesihatan kena jaga, tak kisahlah vape, rokok, arak, cerut yang penting demi menjaga kesihatan kerana Allah menggalakkan manusia menjaga kesihatan.
"Kerajaan ada tanggungjawab (malah perlu) mengarahkan rakyat supaya menjaga kesihatan, kerana kesihatan anugerah Allah. Jadi saya setuju jika arahan yang dikeluarkan adalah demi penjagaan kesihatan," katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas lanjut, ADUN Kok Lanas itu juga akui dirinya sendiri tidak merokok kerana perkara itu membahayakan kesihatan malah langsung tidak berminat untuk mencubanya apatalah lagi bervaping.
"Saya tidak merokok, keluarga saya tidak merokok, ayah saya tidak merokok, isteri saya tidak merokok, anak-anak saya pun tidak dibenarkan merokok," katanya.
Terdahulu, Kelantan memutuskan untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan rokok elektronik atau vape, berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Jabatan Kesihatan negeri dan beberapa agensi kerajaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kota Darulnaim pada Rabu.

Skandal RM2.6b: Dr M tuntut bukti cukai pendapatan Najib

Posted: 16 Dec 2015 05:47 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut bukti berkaitan cukai pendapatan semasa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Lagipun bukti perlu dibuat berkenaan dengan cukai pendapatan yang dibayar semasa duit ada dalam akaun peribadi Najib (gambar).
"Ini juga sebahagian dari undang-undang negara," katanya.
Arab-Malaysian Bank didenda 50 juta ringgit kerana kesalahan tertentu tetapi Najib sebagai pemilik wang yang banyak tidak dikena apa-apa bayaran setakat yang diketahui."
Beliau justeru mengingatkan bahawa perdana menteri juga tidak kebal daripada mematuhi undang-undang negara.
Menulis di blognya, Mahathir juga mendakwa perwakilan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini dilarang bertanya soalan itu.
"Duit dalam Arab-Malaysian Bank sebanyak 2.6 bilion ringgit telah dipindah ke Singapura. Umno berhak mendapat laporan akan kedudukan duit ini," katanya.
Beliau juga mengingatkan tidak menyerahkan wang itu kepada Umno juga sebuah kesalahan.

Masalah Umno lebih daripada hubungan Najib-Muhyiddin, kata Dr Mahathir

Posted: 16 Dec 2015 04:32 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalah yang dihadapi Umno lebih serius daripada sengketa antara presiden dan timbalannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masalah yang dihadapi Umno lebih serius daripada sengketa antara presiden dan timbalannya. 

Ada pihak yang tidak faham sama sekali isu yang dihadapi Umno, merasakan ia hanya mengenai masalah perhubungan antara presiden Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. Bekas perdana menteri itu berkata, hakikatnya ia bukan masalah perhubungan atau persahabatan, tetapi mengenai salahlaku presiden yang boleh menyebabkan parti itu kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Pilihan bagi parti ialah sama ada presiden menjelaskan di mana duit yang hilang berada dan dikembalikannya kepada Umno atau kerajaan, atau presiden letak jawatan," kata Dr Mahathir merujuk kepada wang sumbangan RM2.6 bilion yang dideposit ke dalam akaun peribadi Najib.

"Tetapi presiden pilih untuk menghalang siasatan terhadap kehilangan berbilion ringgit duit kerajaan. "Menggantinya dengan siasatan oleh orang yang tidak dipercayai masyarakat tidak akan menghilangkan keraguan rakyat."
Dr Mahathir berkata, dakwaan Najib yang beliau akan "bermati-matian memimpin perjuangan yang mulia bagi membela orang Melayu dan Bumiputera" juga tidak dapat diterima kerana Najib menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dan menekan kontraktor Melayu sehingga mereka terpaksa gulung tikar.
Malah, katanya, biasiswa bagi penuntut Melayu juga turut dikurangkan.
"Semua ini lebih mengecewakan orang Melayu, ahli Umno, sehingga mereka bersorak apabila Najib diminta letak jawatan.
"Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik, dan barulah benar ia seorang 'gentleman' yang berjiwa besar," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc.

Najib silap tafsir bantuan sebagai kesetiaan, kata Dr Mahathir

Posted: 16 Dec 2015 04:30 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apa yang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak maksudkan ialah parti harus patuh kepada kehendak presiden. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apa yang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak maksudkan ialah parti harus patuh kepada kehendak presiden. 

Apabila bercakap tentang bantuan yang diperlukan daripada timbalan, naib presiden dan ahli Umno, Datuk Seri Najib Razak mentafsirkannya sebagai taat setia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menulis dalam blognya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, apa yang Najib maksudkan ialah parti harus patuh kepada kehendak presiden.
"Semua ahli parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang, disuruh pergi, pergi.

"Apabila presiden suruh jahanamkan parti pun, jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak presiden parti," kata Dr Mahathir. Dalam ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung Umno pada 10 Disember lalu, Najib mengingatkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang peranannya adalah untuk membantu presiden dalam menjalankan tugasnya.
Beliau juga memberi peringatan sama kepada Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet pada Julai kerana mengkritik secara terbuka cara Najib mengendalikan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir hari ini berkata, mereka yang tidak patuh kepada arahan presiden atau menuding jari kepada kesalahannya akan dikenakan tindakan, termasuk penggantungan atau penyingkiran dari parti.
"Saya bukan sahaja disoal polis tetapi sekatan yang dibuat terhadap saya lebih teruk daripada pemimpin parti lawan.
"Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang Umno atau orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan UMNO mewakili siapa?

Posted: 16 Dec 2015 04:28 AM PST

Abah amat tekankan kesetiaan - merah darahnya dan putih tulangnya warna bendera UMNO. Pilu hati tuanya dengan kualiti perwakilan tempoh hari.
UMNO
Abah ahli UMNO, dan bila saya berpeluang menjenguk beliau di Kedah kami akan cuba meluangkan masa yang ada dengan berkereta dari Alor Setar ke Naka, belok kiri ke Kampung Belantek dan berhenti seketika di Kolam Air Pedu. Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam ikut jalan Sintok.
Sepanjang perjalanan Abah akan menceritakan rancangan besar (grand design) UMNO untuk bangsa Melayu. Saya. Dia. Adik-adik saya. Jiran sebelah dan anak gadisnya. Ahmad, Abu dan Ali dalam cereka kanak-kanak (Bakar pun walaupun dia berpaling tadah!). Kami yang bukan cukong dan bukan menteri.
Ada sebab Abah pilih jalan jauh menelusuri kawasan pedalaman. Beliau mahu saya saksikan perubahan kawasan-kawasan yang kami lalui – baik dan buruk – dari tahun ke tahun.
Atas kesedaran itu, saya tercari-cari grand design UMNO untuk orang Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, lebih-lebih lagi apabila negara berada di selekoh terakhir (Rancangan Malaysia ke-11) menuju 2020.
Seminggu berlalu, dan saya masih tercari-cari. Para perwakilan berdiri dan bersorak bertepuk tangan tetapi apa yang mereka jumpa?
Perencanaan apa yang mereka sokong tempoh hari?
Memiliki kediaman sendiri masih perkara yang sukar. Meskipun kerajaan memperkenalkan perumahan mampu milik, bagaimana pula dengan soal pembiayaan bank vs komitmen sedia-ada dengan gaji yang tidak seberapa? Pemaju nampaknya rancak membina kediaman yang seolah-olah hanya mampu dimiliki golongan yang disebut sebagai 'pendatang' (baca: expatriat), manakala yang kelihatan murah pula terletak jauh dari kotaraya.
Berbaloikah nilai rumah yang dibeli dengan kos ulang-alik dari Tanjong Karang ke Kuala Lumpur?
Hari ini isu lain yang masih menjadi perbualan adalah pemerkasaan syarikat kecil dan sederhana Melayu; melahirkan pelapis usahawan, pendidik dan pemimpin Melayu yang kritikal dan berfikiran jauh; memperkaya seni budaya dan bahasa Melayu; kos barangan, perkhidmatan dan pengangkutan; melahirkan komuniti Melayu yang berdikari dan berkeyakinan kendiri, antara lain.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Suruh jahanamkan Umno pun ikut

Posted: 16 Dec 2015 04:26 AM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyindir gesaan supaya taat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaungkan dalam perhimpunan agung Umno 2015.
Beliau mempersoalkan gesaan membantu presiden Umno ditafsirkan dengan mengikut semata-mata, walaupun boleh mendatangkan keburukan kepada parti.
"Semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu fikir, tidak perlu memberi apa-apa sumbangan tetapi apabila disuruh datang, datang disuruh pergi, pergi.
"Apabila presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan.
"Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak presiden parti," katanya.
Najib dalam perhimpunan agungnya sebelum ini menggesa agar ahli akar umbi terus taat kepadanya.
Ia susulan gesaan Mahathir supaya Najib melepaskan jawatan kerana kontroversi berkaitan 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Najib dalam perhimpunan itu tidak dilihat menjelaskan secara khusus berkaitan 1MDB dan isu derma sebaliknya sedaya upaya mempertahankan diri.
Najib dalam ucapan penggulungan beliau berkata 'tidak akan berundur, tidak akan mengalah'.

'Hotel dapat amaran jangan terima saya berucap' - Mahathir

Posted: 16 Dec 2015 04:25 AM PST

Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini mengeluh sekatan kerajaan terhadapnya lebih teruk berbanding pembangkang.
Beliau mendakwa, semua tempat untuknya bagi bercakap dengan anggota Umno dan orang awam kini ditutup.
"Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang Umno atau orang ramai.
 "Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka," tulis Tun Mahathir di blognya hari ini.
Mahathir lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak berhubung syarikat 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Ini kali kedua Mahathir mengeluh perkara itu. Minggu lalu beliau berkata sukar mendapatkan dewan untuk berucap kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan.
Ini mendorong portal pro-Najib MYKMU mempersendakannya dengan mencadangkan beliau merujuk Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Tempat itu sering menjadi lokasi alternatif untuk pembangkang dan aktivis mengadakan program.
KLSCAH bagaimanapun berkata Mahathir amat dialu-alukan menggunakan kemudahan mereka dengan menyewanya.

Ribuan penyokong Kedah, S'gor juga mahu PM undur?

Posted: 16 Dec 2015 04:25 AM PST

 Tun Dr Mahathir Mohamad terus mempersoalkan kenapa beliau seorang disiasat kerana ucapan dan kenyataannya dalam blog yang mendesak pengunduran perdana menteri.
Katanya, gesaan itu bukan dibuat oleh beliau seorang, sebaliknya ramai lagi, termasuk penyokong pasukan Kedah dan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.
"Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis," tulisnya dalam blog.

Beberapa gambar kain rentang mendesak pengunduran Najib dikongsi meluas di Internet.
Ia dikatakan dikatakan diambil dalam perlawanan itu, yang menyaksikan Kedah kecundang di tangan Selangor.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada gambar itu asli ataupun disunting.
Mahathir sebelum ini membangkitkan kenapa beliau seorang disiasat polis sedangkan terdapat 50,000 orang lagi dalam perhimpunan BERSIH 4 berkongsi pandangan sama dengannya.
Sementara itu, Mahahtir turut menyentuh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung parti itu ke-69 yang dianggapnya gagal menjelaskan mengenai isu 1MDB dan derman RM2.6 bilion.
Katanya, Najib juga gagal menjelaskan mengenai ekonomi negara yang kian meruncing, kejatuhan ringgit dan rungutan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mahathir turut menolak dakwaan Najib bahawa beliau merupakan seorang yang budiman (gentleman), berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.
"Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang gentleman yang berjiwa besar," katanya.

Angkat pemimpin korup, ‘kemiskinan moral’ Melayu di tahap kronik?

Posted: 16 Dec 2015 03:12 AM PST

Menurut penulis Dr Awang Mat Puteh, orang Melayu selama ini hanya berusaha menghapuskan kemiskinan fizikal sehingga mengabaikan kemiskinan jiwa dan nilai.
melayu
PETALING JAYA: Adakah kemiskinan moral sebahagian orang Melayu sudah mencapai tahap kronik sehingga sanggup menjunjung 'tinggi melangit' pemimpin yang terpalit pelbagai skandal?
Persoalan tersebut dibangkitkan penulis bernama Dr Awang Mat Puteh di Sinar Harian dalam satu rencana bertajuk 'Kita berdiri di pihak yang mana?', baru-baru ini.
Katanya, orang Melayu selama ini hanya berusaha menghapuskan kemiskinan fizikal sehingga mengabaikan kemiskinan jiwa dan nilai.
"Kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi…Lebih penting adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal," katanya lagi, memetik buku 'The Poverty of the Malays' karangan Pendeta Zaaba kira-kira sembilan dekad yang lalu.
Menurutnya, 'kemiskinan jiwa' masih menebal dalam masyarakat Melayu, termasuk di kalangan golongan kaya dan terpelajar.
"Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, sebelum atau pun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlak masih dijunjung tinggi melangit.
"Bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah," katanya.
Melihat perkara ini serta reaksi sesetengah orang Melayu terhadap isu yang melanda negara, katanya lagi, tidak keterlaluan jika dikatakan kemiskinan moral mereka sudah mencapai tahap kronik.
Dr Awang kemudian membangkitkan tokoh pejuang dahulu seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut dan Mat Kilau yang berani menentang penindasan di zaman mereka.
"Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali.
"Tetapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai yang berpendidikan tinggi, mereka masih miskin nilai? Mengapa ramai yang diam membisu apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?" soalnya lagi.

YANG MANA SATU 'GENTLEMAN' NAJIB?

Posted: 16 Dec 2015 03:09 AM PST

Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Tun Mahathir Mohamad mahu  mengendur atau ingin mengalah daripada terus mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dalam catatan terbarunya di blog chedet yang mengulas mengenai ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau sekali lagi mencadangkan Perdana Menteri hanya akan dilihat "gentleman" dan berjiwa besar jika sedia meletakkan jawatannya.

Daripada isu gagal mentadbir negara, 1MDB, derma RM2,600 juta, kejatuhan ringgit,  masa depan yang lebih baik untuk negara, kemungkinan kalah dalam PRU 14 dan berbagai lagi, solusinya bagi Tun Mahathir ialah hanya dengan perletakan jawatan Najib saja.

Barangkali sudah beratus kali gesaan dan desakan pengunduran Najib dilakukan oleh Tun Mahathir sejak beliau menarik balik sokongannya lebih setahun yang lalu. 

Berdasarkan kekentalan jiwa dan semangat melawannya pula, pasti Tun Mahathir akan terus menekan Najib dengan gesaan meletakkan jawatan itu, tidak kira apa pun tindakan yang akan dikenakan kepadanya.

Tetapi di ketika yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Abu Bakar juga mengumumkan siasatan terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya yang mendakwa pemimpin UMNO mengambil rasuah daripada Najib, sedang dikemaskini dan akan disiapkan tidak lama lagi.

Kata beliau, pihaknya sekarang sedang berbincang dengan Peguam Negara dan siasatan dijangka siap dalam waktu yang terdekat ini.

Apakah nasib Tun Mahathir dalam kes ini?

Mungkinkah beliau akan didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah? Apakah apabila didakwa di mahkamah nanti, Tun Mahathir akan berhenti mendesak pengunduran Najib atau beliau menjadi semakin agresif lagi?

Makin selamat atau makin bergoyangkah kedudukan Najib selepas tindakan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah itu?

Di sebalik banyak persoalan terus terapung tanpa jawapan jika kerajaan benar-benar nekad untuk mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir, kepercayaan umum ialah ia sukar dipisahkan daripada kaitannya dengan gesaan serta desakan berterusan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Najib berundur daripada jawatannya.

Adakah Tun Mahathir akan diambil apa-apa tindakan jika dalam membuat dakwaan ada pemimpin UMNO mengambil rasuah itu, beliau dalam masa yang sama masih menyokong dan berdiri teguh mempertahankan Najib?

Daripada sekian ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan perlunya Najib meletakkan jawatan, kenapa hanya Tun Mahathir dijadikan sasaran?

Dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir nyata amat menyedari perkara itu dengan menulis, "Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal?
Read More / Baca Lagi >>