Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Urusan Masjid minta pandangan Paderi?

Posted: 15 Dec 2015 10:00 PM PST



Berlaku di masjid seberang jaya pulau pinang .

Renti dengar Tok Lebai tak cukup ilmu

Posted: 15 Dec 2015 05:51 PM PST




Sementara Xavier saman Tong, Polis mula siasat Xavier di Bangkok

Posted: 15 Dec 2015 07:03 AM PST


Rancangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil kenyataan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bangkok hari ini berjalan seperti yang diatur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu kepada Bernama.

Sementara iu wakil Bernama di Bangkok, Minggu Simon melaporkan pasukan PDRM dilihat memasuki kawasan penjara di mana bekas pekerja PetroSaudi itu sedang ditahan pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan meninggalkan penjara sekitar tengah hari.

- See more at: Utusan Malaysia


Swiss national Xavier Andre Justo, now serving a three-year jail term in Bangkok for trying to blackmail his former employer PetroSaudi International, is to sue the owner of the Edge Media Group and its top executive, as well as the founder of Sarawak Report, in the High Court in Singapore.

Justo wants Toong Kooi Ong and The Edge Communications Sdn Bhd group chief executive and publisher Ho Kay Tat and founder-editor of Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown to return the data that he had handed them, according to a source familiar with the case.

The source told Bernama the lawsuit is scheduled to be heard at the High Court in Singapore on Nov 4.

He said the lawsuit was brought to Singapore as the data, which Justo had stolen from PetroSaudi, was handed to them there.

Read on Channel News Asia http://www.channelnewsasia.com/mobile/asiapacific/justo-to-sue-parties-he/2226690.html

PAS akan saman Mat Sabu

Posted: 15 Dec 2015 04:00 AM PST


Ekoran dari mengeluarkan dakwaan bahawa Pas diresapi fahaman militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) dan keengganannya menarik balik dakwaan tersebut, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang difailkan Pas Pulau Pinang.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata, tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Baca sepenuh di KL Express http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/9239-enggan-tarik-balik-dakwaan-is-mat-sabu-bakal-disaman-pas.html

Mahathir, Muhyiddin hadhir majlis perkahwinan anak Azmin?

Posted: 15 Dec 2015 01:23 AM PST


Menurut CTS di SINI, perkahwinan anak lelaki Dato Seri Azmin Ali pun penuh dengan bunga-bungaan tetapi kenapa tiada macai pembangkang dan Tun M yang bising sebagaimana mereka bising bila Dato Najib dan Datin Rosmah kahwinkan anak?

Pada malam tersebut Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu ...


Turut hadhir adalah DYMM Sultan Selangor, DYMM Sultan Perak, Tun Dr Mahathir dan lain2 dof kehormat.


Menurut sumber yang hadhir, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun hadhir.


Walaupun ada sumber yang boleh dipercayai akan berkata Tun Dr Mahathir ada bertemu Azmin di London dan diatur oleh seorang bernama Kalim Sadique, majlis seperti perkahwinan adalah masa untuk eratkan silatulrahim dan ketepikan politik.


Azmin tidak jemput Najib ke? Hari tu nampak mesra masa bincang hal air.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HADIAH TAHUN BARU 2016: TOL SUNGAI NYIOR DIHAPUSKAN ATAS ARAHAN KETUA MENTERI

Posted: 15 Dec 2015 01:38 PM PST



mamu



Mamu bertanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol di Sungai Nyior di negeri itu.
Janji Lim itu dibuat sebelum Pilihan Raya ke-12 (PRU 12) yang berkata sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Pulau Pinang, dalam masa lima tahun beliau akan menghapuskan tol di Sungai Nyior.
Namun sehingga kini, kira-kira lapan tahun berlalu, janji itu hanya tinggal janji sahaja.
Khabarnya Lim Guan Eng berjanji lagi Tol Sg Nyior akan dihapuskan pada 1 Januari 2016. Kalau betullah... nama Cina, kalau bukan penipu bukan Cina namanya...Buktinya Lim Guan Eng
lim1.jpg

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘TAK ADA MAKANAN, TAK CUKUP TAMBANG KOMUTER VIRAL DI INTERNET’

Posted: 15 Dec 2015 05:59 PM PST

‘CHANGEMAKERS STRATEGI PKR TAWAN SARAWAK PRN MAC 2016’

Posted: 15 Dec 2015 05:56 PM PST

Felda sudah ‘miskin’ - Mazlan Aliman

Posted: 15 Dec 2015 01:38 AM PST

Felda sudah 'miskin' - Mazlan Aliman



FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda
felda
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah 'miskin' sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.

FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.

Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….

Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..

Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena 'kencing' UMNO je lah…

Mazlan Aliman

Pengerusi

Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

Perbahasan Belanjawan 2016 Rafizi Ramli

Posted: 15 Dec 2015 12:16 AM PST

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Posted: 15 Dec 2015 12:09 AM PST


Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015/2016
Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan :

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN

Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

Teuku Zacharyah Iskandar's photo.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


AMANAH sedia diheret ke mahkamah oleh PAS

Posted: 15 Dec 2015 08:57 PM PST

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertemu dengan PAS di mahkamah berhubung kenyataan presidennya Mohamad Sabu yang didakwa mengaitkan parti itu dengan kumpulan pengganas.
Ketua biro undang-undang AMANAH Hanipa Maidin berkata parti itu hormat pada hak semua pihak, termasuk PAS, untuk menyaman mana-mana pemimpin mereka.
 "Tetapi kami hendak ingatkan PAS bahawa AMANAH tidak pernah menganggap PAS sebagai musuh politiknya," kata Hanipa, anggota parlimen Sepang dan bekas peguam PAS.
Hanipa juga berkata beliau juga telah membentuk pasukan peguam untuk mempertahankan Mohamad jika parti lama mereka itu serius mahu mengheretnya ke mahkamah.
Hanipa bagaimanapun mengingatkan bahawa AMANAH juga mempunyai hak membuat tuntutan balas terhadap dakwaan pemimpin PAS, jika kes itu dibawa ke mahkamah.
Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang semalam berkata PAS sedang menunggu keputusan daripada pemimpin pusat sebelum memulakan sebarang tindakan undang-undang kepada Mohamad.
Kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dikatakan dibuat dalam wawancara bersama sebuah portal berita awal bulan ini.
Sabtu lalu, beliau berkata tiada sebab untuk menarik balik kenyataan itu walaupun PAS sudah membuat laporan polis terhadap bekas timbalan presiden mereka itu.

RUU MKN: Ambiga gagal jumpa speaker Dewan Negara

Posted: 15 Dec 2015 08:56 PM PST

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga gagal bertemu dengan Speaker Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi menyatakan hasrat menangguhkan perbahasan rang undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Dewan Negara.
 Perkara itu dinyatakan oleh Senator Dr Syed Husin Ali yang bertemu dengan Abu Zahar selama 20 minit pagi ini.
Abu Zahar didakwa menolak bertemu Ambiga kerana tidak mahu keputusannya dipengaruhi selain kesuntukan masa untuk bertemu dengan bekas pengerusi BERSIH itu.
"Speaker tidak mahu bertemu (dengan Ambiga) kerana tidak mahu dipengaruhi, dan tidak sempat kerana dewan bersidang pada jam 10 pagi.
"Pertemuan itu seperti tidak ada perbincangan. Kami cuma sempat menyampaikan agar perbincangan itu dapat ditangguhkan pada sidang akan datang.
"Tetapi, nampaknya jelas bagi kita, ia tidak mungkin akan berlaku walaupun beliau menyatakan akan memberi sepanjang-panjangnya masa dalam perbahasan di senat," kata Syed Husin kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Parlimen hari ini.
Sebelum ini Ambiga gagal menyerahkan memorandum kepada pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Shahrir yang merasa terhina dengan tindakan Ambiga itu menyerahkan kembali memorandum tersebut.

Sah akaun peribadi Najib Razak bukan akaun amanah UMNO

Posted: 15 Dec 2015 08:28 PM PST

Sah akaun peribadi Najib Razak bukan akaun amanah UMNO
Hujung minggu lalu berakhir sudah Persidangan Agung Umno yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pilihan Allah, Dato Sri Najib Razak. Ianya juga digulung oleh beliau tanpa memberi peluang kepada mana mana pemimpin tertinggi Umno yang lain untuk berucap di hari penutup persidangan tersebut.
Tetapi, apa yang menarik adalah pembentangan akaun Umno bagi tahun 2014.
Tidak terdapat di dalamnya bukti mengatakan sejumlah wang berbilion-billion banyaknya telah digunakan untuk Umno.
Ini adalah pelik kerana salah satu jawapan dari Najib Razak Yang Terpilih Oleh Allah adalah – wang tersebut diambil dan dipegang untuk Umno.
Menurut sumber berita:
"Penyata kewangan Umno berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan defisit, di mana parti pemerintah itu hanya menerima RM82 juta daripada hasil sumbangan dan derma politik.
Dalam lampiran tambahan kepada penyata kewangan yang dilihat The Malaysian Insider, sumbangan itu dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu daripada dana bangunan parti tersebut yang berjumlah RM113,000 dan RM81,960,000 daripada "sumbangan diterima" tanpa penjelasan lanjut."
Setelah melihat sendiri akaun Umno bagi tahun 2014 dan 2013, sememangnya tidak ada berbillion-billion wang sumbangan yang telah dipegang oleh parti Umno. Malah dalam tahun 2013, jumlah sumbangan kepada Umno hanyalah sekitar RM46 juta sahaja.
Sebagai parti yang mengamalkan ketelusan, di mana akaunnya dilaporkan setiap tahun kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan boleh diakses oleh orang ramai, adalah menjadi satu tanda tanya yang teramat besar mengapa parti keramat Umno tidak melaporkan wang sebanyak itu di dalam akaun mereka?
Ini membuktikan bahawa akaun peribadi Najib Razak bukannya akaun amanah untuk Umno seperti yang selalu digembar-gemburkan.
Oleh sebab itu, di dalam artikel kami yang lepas, iaitu "Jawapan jawapan yang tidak betul dari Najib Razak mengundang masalah sendiri", tersebut di dalamnya:
Jawapan 1: Wang tersebut dimasukkan di dalam akaun peribadi kerana akaun peribadi itu adalah akaun amanah untuk UMNO dan Najib Razak adalah pemegang amanah tersebut.
Jawapan ini salah kerana: Di dalam perlembagaan UMNO, sememangnya ada peruntukan untuk pemegang amanah. Walau bagaimanapun, akaun peribadi di atas nama Najib Razak tersebut bukanlah akaun amanah. Beliau sendiri tidak pernah berkata demikian. Bukti terbesar yang akaun tersebut bukannya akaun amanah boleh dilihat di dalam penyata kewangan UMNO tahun 2013 dan 2014 di mana tidak terdapat jumlah wang sebanyak RM2,600 juta di dalamnya.
Oleh itu jika mengatakan ianya akaun amanah, di mana hanya seorang saja yang menjadi penanda tangan, adalah tidak benar kerana tidak ada seorang pun di dalam UMNO mengetahui berkenaan 'akaun amanah' tersebut. Seluruh Majlis Tertinggi juga tidak tahu tentang kewujudan akaun amanah ini. Bendahari Umno dan Setiausaha Agong Umno pun akan juling biji mata jika kita bertanya adakah mereka tahu akan kewujudan wang tersebut dan adakah ianya diminitkan di dalam mana-mana minit mesyuarat di dalam tahun 2013?
Ini bermakna Najib Razak telah melanggar undang undang ROS contohnya seksyen 14 di mana maklumat mengenai penerimaan wang yang besar dari luar negara perlulah segera di beri notis kepada ROS. Syukur ada juga ahli Umno yang sedar akan perkara tersebut dan telah membuat laporan terhadap Najib Razak kepada pihak berkuasa, yakni ROS.
Adakah Najib Razak telah melanggar perlembagaan UMNO sendiri bila mana wang yang di amanahkan untuk UMNO tidak dibentangkan semasa perhimpunan agung di dalam tahun 2013 dan 2014? Dalam ertikata lain, wang tersebut telah digunakan oleh Presiden parti tanpa diselia oleh UMNO. Ahli-ahli Umno boleh sahaja melihat semula akaun Umno di dalam tahun 2013 dan bertanya kepada Bendahari parti di mana perginya wang tersebut.
Di dalam mana-mana pertubuhan, jika terdapat akaun amanah (trustee account), ianya akan direkodkan sebagai akaun pertubuhan tersebut. Persoalannya sekarang, mengapa duit yang sering dikatakan untuk Umno, tidak direkodkan di dalam penyata kewangan Umno?
Sebab inilah Perdana Menteri Pilihan Allah telah di saman oleh seorang ahli Umno kerana telah menyeleweng duit yang dikatakan untuk Umno dengan melanggar perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan 1966. Fail saman telah dibuat pada bulan Ogos yang lalu dan kini sedang menunggu proses mahkamah untuk berjalan.
Antara peryataan tuntutan yang telah dikemukakan di mahkamah adalah:
  1. Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;
  2. Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
  3. Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  4. Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
  5. Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
  6. Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.
Oleh kerana sudah terbukti bahawa ianya bukan akaun amanah, maka jawapan beliau yang lain seperti – wang tersebut adalah untuk dana politik Umno dan BN bagi kempen pilihanraya 2013 juga boleh dianggap tidak masuk akal.
Read More / Baca Lagi >>

No way out for Najib on twin mega scandals

Posted: 15 Dec 2015 08:23 PM PST

DAP veteran Lim Kit Siang says that there were over a dozen adverse developments and stories in the media, in the last three days, keeping the Prime Minister's twin mega scandals alive and kicking.
lim-kit-sing_najib_1mdb_ringgit_600
KUALA LUMPUR: Suspended Gelang Patah MP Lim Kit Siang has warned that there's no way out for Prime Minister Najib Abdul Razak on the twin mega scandals except to come clean. "Najib must learn quick and fast that there is no way to resolve his grave problem of trust deficit unless he gives full and satisfactory accountability on his twin mega scandals."
Najib's trust deficit, already the lowest for any Prime Minister among all groups in the nation's 58 year history, added Lim, continued to nose-dive after the Umno General Assembly, with over a dozen adverse developments and stories in the media keeping the twin mega scandals alive and kicking in the past three days.
Lim, who has been keeping count, was lamenting that Najib devoted only one paragraph to each of his twin mega scandals in his Umno presidential address.
On 1MDB, noted Lim, the Prime Minister said it was "being handled and in the process of completion", that "with the sale of Edra, 1MDB debts have been reduced by RM17 billion" i.e. proof that the "1MDB rationalization plan was progressing well".
"This is just a 'sleight of hand' by Najib on the 1MDB scandal. He and the government and 1MDB had studiously and strenuously avoided mentioning what are the latest figures on the accumulated debts of 1MDB," said Lim.
"The oft-used figure of RM42 billion represents 1MDB's total debts in March 2014, and according to Muhyiddin Yassin in his last speech as Deputy Prime Minister on July 26, the total 1MDB debts were more than RM50 billion. By now, it would have probably reached RM55 billion."
Lim wants to know the present situation on 1MDB debts after the sale of Edra to China General Nuclear Power Corp Ltd (CGN).
"Is it RM42 billion – RM17 billion, giving RM25 billion or RM55 billion – RM17 billion, leaving RM38 billion or only RM4 billion less than the RM42 billion figure which had been tossed around for the past year."
When Najib is not prepared to provide Parliament and the nation with such basic data, said Lim, it was symptomatic of the sleights-of-hand and other deceptions he was guilty of in avoiding accountability for the twin mega scandals. "He must come clean without any further ado about both mega scandals."
Read More / Baca Lagi >>

Pas Selangor mahu kekal kerajaan PR

Posted: 15 Dec 2015 08:14 PM PST

"Tumpuan Pas Selangor adalah kepada kerajaan yang ada sekarang, bukannya kepada kerjasama dengan Umno." demikian tegas Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman kepada Sinar Harian. Menurutnya, sehingga hari ini, Pas tidak akan pergi kepada Umno dan Umno juga tidak akan datang kepada Pas.
"Di negeri ini (Selangor), Umno pun tak nak dekat pada kita dan kita juga tak akan dekat dengan Umno.
PR "Kita (Pas) dah ada kerjasama dengan PKR dan DAP, buat apa kita nak bersama Umno...lagipun tumpuan kita di Selangor adalah nak jaga kerajaan yang ada sekarang," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno secara terbuka menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.‎
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program baik pulih rumah asnaf di Desa Impian, Merbau Sempak, Sungai Buloh, di sini bersama pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, Pas Selangor harus mengekalkan kerajaan yang ada sekarang dengan PKR dan DAP.
"Disebabkan itu, kita tak nak ada unsur-unsur yang boleh mengganggu prestasi kerajaan negeri, sebab kita nak tumpu pada kepentingan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RUU MKN: Boleh roboh rumah tanpa pampasan

Posted: 15 Dec 2015 08:13 PM PST

Pembangkang mendakwa undang-undang itu hanya untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri.
aziz bari
KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk merobohkan kawasan perumahan yang dianggap mengancam keselamatan negara.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, pemilik rumah yang dirobohkan itu pula tidak akan diberikan sebarang pampasan oleh kerajaan.
"Dengan adanya undang-undang seperti ini, kawasan keselamatan rumah kita boleh 'ditolak' (diroboh) dengan begitu sahaja. Tidak ada pampasan.
"Ini satu perkara yang cukup serius. Lepas ini kita (juga) susah nak buat protes harga minyak, harga barang, sebab kerajaan boleh istihar macam-macam," katanya.
Dia berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Awam RUU MKN 2015 Kenapa Perlu Ditentang di ibu negara malam tadi.
Menurut pakar Perlembagaan itu, RUU MKN ini juga membolehkan kerajaan mengistiharkan darurat secara tidak langsung.
"Saya fikir perkara ini berlaku ialah kerana kerajaan menduga bahawa dalam masa yang terdekat akan wujud Bersih 5.0," tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin pula berpendapat tidak ada satu pun perkara di dalam RUU MKN 2015 itu adalah baik.
"Semuaya hampas. Memang tidak ada boleh kita sokong langsung. Ini kerana ideanya adalah memberi kuasa kepada Perdana Menteri," katanya
Hanipa berkata, RUU MKN 2015 itu juga membolehkan majistret mempunyai kuasa untuk tidak membuat inkues terhadap mana-mana kes kematian yang meragukan.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman penjara Safwan Anang diketepi, bayar denda RM5,000

Posted: 15 Dec 2015 08:06 PM PST

Bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammad Safwan Anang @ Talib diperintahkan membayar denda RM5,000 atas kesalahan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei, 2013, tanpa perlu menjalani hukuman penjara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Muhammad Safwan Anang @ Talib diperintahkan membayar denda RM5,000 atas kesalahan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei, 2013, tanpa perlu menjalani hukuman penjara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Muhammad Safwan Anang @ Talib, bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), atas kesalahan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei, 2013, menurut Utusan Online.
Hakim Mohd Azman Husin dalam keputusannya turut mengetepikan hukuman penjara 10 bulan yang diputuskan Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Azman dipetik berkata, rayuan untuk sabitan pertuduhan tersebut ditolak, namun mahkamah mendapati hukuman diberikan terlalu tinggi.

September tahun lalu, Hakim Norsharidah Awang memutuskan Safwan bersalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas berpuas hati ucapannya itu mengandungi elemen menghasut. Beliau didakwa menyampaikan ucapan berbentuk hasutan menggalakkan orang ramai menukar kerajaan yang dibentuk berdasarkan undang-undang, dengan cara tidak sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei, 2013.

Amanah sedia ganti PAS di Kelantan, kata Mat Sabu

Posted: 15 Dec 2015 08:04 PM PST

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata parti itu sedia ambil alih Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata parti itu sedia ambil alih Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), kata Mohamad Sabu yang mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan itu.
Presiden Amanah itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri pantai timur Semenanjung itu mempunyai paling ramai golongan 'harumanis' di kalangan rakyatnya.
Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong Amanah, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu.

Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan Amanah, oren. Bercakap dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider, Mat Sabu menyeru mereka yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu di Kelantan, supaya tidak pergi kepada Barisan Nasional, tetapi memilih Amanah dalam pilihan raya umum akan datang, jika marah kepada PAS sekalipun.
"Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab.
"Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali.
"Kalau nak tolak PAS pun, pergilah kepada Amanah, jangan bersama Umno," pinta bekas timbalan presiden PAS itu.
Kerajaan Kelantan dalam sejarahnya, hampir sepanjang masa diterajui PAS, kecuali untuk 1 tempoh pada 1980-an apabila ia diperintah BN.
Pilihan raya umum seterusnya dijadualkan pada 2018.
Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang menyokong Amanah tidak mencukupi untuk membantu parti baharu itu menang di negeri itu dan membentuk kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Senator pembangkang kecewa speaker tolak tangguh bahas RUU MKN

Posted: 15 Dec 2015 07:59 PM PST

Senator Dr Syed Husin Ali berkata pembangkang kecewa Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang tolak permintaan menangguhkan perbahasan Rang Undang- Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Senator Dr Syed Husin Ali berkata pembangkang kecewa Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang tolak permintaan menangguhkan perbahasan Rang Undang- Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015.Wakil pembangkang hari ini melahirkan kekecewaan terhadap Speaker Tan Sri Abu Zahar Ujang yang menolak permintaan mereka menangguhkan perbahasan Rang Undang- Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Dewan Negara.
Senator Dr Syed Husin Ali berkata dalam pertemuan yang berlangsung selama 20 minit pagi ini, Abu Zahar juga menolak berjumpa dengan wakil gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kempen #TakNakDiktator.
"Pertemuan itu seperti tidak ada perbincangan. Kami cuma sempat menyampaikan agar perbincangan itu dapat ditangguhkan pada sidang akan datang.

"Tetapi, nampaknya jelas bagi kita, ia tidak mungkin akan berlaku walaupun beliau menyatakan akan memberi sepanjang-panjangnya masa dalam perbahasan di senat," kata Syed Husin kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Parlimen hari ini.

Bersih 4: Siasatan polis pada Dr M hampir selesai

Posted: 15 Dec 2015 07:57 PM PST

Pihak polis sedang mengemas kini kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kenyataannya yang mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah dalam BERSIH 4 pada Ogos lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam negara dan sisatan dijangka selesai dalam masa terdekat.
 "Kita sedang kemas kini kertas siasatan dan bincang dengan peguam negara.
"(Siasatan akan selesai) Tak berapa lama dah," kata Khalid dalam sidang media selepas merasmikan program Hari Hijau PDRM di PULAPOL Kuala Lumpur hari ini.
Polis sebelum ini menyoal siasat bekas perdana menteri itu berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu.
Polis mengambil keterangan Dr Mahathir di Bangunan Yayasan Bangunan Al-Bukhary awal November. Mahathir bagaimanapun memberitahu tidak menjawab soalan diajukan padanya.

Eksploitasi Islam semasa perhimpunan agung Umno

Posted: 15 Dec 2015 04:24 PM PST

Tiap-tiap tahun akan berlangsunglah pesta tarian di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dalam pesta ini, ada bermacam-macam ragam tarian yang bertujuan menawan hati ahli dan juga, jika ada liputan media, hati rakyat jelata. Walaupun peserta tarian ini nampaknya serius, namun mereka digelak ketawakan rakyat jelata. Inilah persembahan komedi perhimpunan agung Umno.
Tahun ini, Umno merendahkan retorik mereka ke tahap lebih teruk daripada biasa dengan mengeksploitasi agama Islam termasuk Al-Quran sendiri. Kalau difikirkan, bukanlah mengejutkan sangat Umno berbuat demikian. Apa yang benar-benar mengejutkan ialah pernyataan yang dibuat dengan benar-benar berkontradiksi dengan ajaran agama Islam.
Pertama sekali adalah polisi aparteid (perpisahan) dalam acara yang dinamakan 'Daulatkan Islam Agama Negara' (Dian). Dalam acara yang dirasmikan Datuk Seri Zahid Hamidi ini, hanya wartawan beragama Islam dibenarkan masuk. Kenapa begini pula? Adakah agenda rahsia yang mahu diketengahkan? Sebab yang lemah diberi iaitu wartawan bukan Islam kononnya tidak dapat memahami acara Islam. Mungkin penganjur acara ini tidak sedar yang pelajaran agama Islam boleh diikuti semua orang. Kita hidup dalam zaman di mana maklumat sedia ada untuk ditatapi. Aksi Umno berbuat begini hanyalah menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan rakyat.

Kedua ialah pernyataan Ahli Parlimen Jerlun Othman Aziz, yang menampakkan kedangkalan dalam pemikiran teologi (ketuhanan). Menurutnya, kononnya Datuk Seri Najib Razak dipilih Allah kerana tiada yang lain sepertinya. Jika kita mengkaji Al-Quran, entiti yang mempunyai sifat keunikan (al-wahid) ialah Allah sendiri (Surah Al-Baqarah, Ayat 163). Rasulullah sendiri disuruh mengaku yang dia bukanlah selain daripada manusia biasa yang menerima wahyu (Surah Al-Kahf, Ayat 109). Maka pernyataan Othman menyimpang jauh daripada ketauhidan Al-Quran. Adakah Allah yang memilih Najib? Bukan, Najib dipilih menurut proses dalaman Umno (yang paling tidak berdemokrasi). Kerana Umno memenangi pilihan raya (walaupun kalah dalam bilangan undi), Najib yang menjadi presiden Umno dinaikkan sebagai perdana menteri Malaysia.
Allah langsung tiada peranan dalam proses ini. Sebenarnya dalam Al-Quran, yang terpilih adalah para nabi. Yang diberi penghormatan istimewa ialah Nabi Musa yang dipilih Allah untuk diriNya (li nafsee, Surah Taha, Ayat 41). Kenapa Nabi Musa dipilih begitu? Kerana dia menentang Firaun yang maha zalim. Firaun menindas orang bawahan dan mengenakan tindakan kepada orang yang melanggar kemahuannya. Adakah perdana menteri kita lebih kepada peribadi Nabi Musa atau Firaun?
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Agung Umno 2015 pelik dan hambar

Posted: 15 Dec 2015 04:22 PM PST

Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir Sabtu lalu, dan selama 4 hari parti terbesar orang Melayu itu bersidang pelbagai analisis, pandangan serta tinjauan dibuat pemerhati politik tanah air sama ada daripada orang Umno sendiri, pro Umno dan pro Datuk Seri Najib Razak atau golongan anti Umno atau anti Najib.
Sudah pasti seperti kebiasaannya, Perhimpunan Agung Umno sentiasa menjadi medan pertembungan media arus perdana dengan media dalam talian dan seperti juga kelazimannya, media dalam talian dilabel, dituduh serta diberikan pelbagai persepsi oleh orang Umno ia media propembangkang yang kerap memutarbelitkan cerita.
Pada 1997, pernah berlaku zaman era presiden Umno ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di tengah-tengah kegawatan politik Umno dan negara apabila timbalan presiden ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang diedarkan meluas dalam perhimpunan agung ketika itu. Ia menjadi punca kejatuhan Anwar sebelum dipecat setahun kemudian.

Saya pernah diberi kesempatan membuat liputan perhimpunan beberapa kali sejak 1998 dan tidak dinafikan ketika itu, ia amat panas dengan berlakunya pertembungan antara kem Anwarisme dan Mahathirisme tetapi tiada sekatan dikeluarkan kepada wartawan melaporkannya, mungkin ketika itu tiada media dalam talian dan kerajaan berkuasa menentukan apa yang rakyat Malaysia perlu baca keesokannya. Zaman berlalu begitu pantas, 2008 menyaksikan ledakan media dalam talian yang begitu kritikal ditambah pula dengan kehadiran media sosial menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus lemas menghadapi media dalam talian ini yang mampu melaporkan berita dengan pantas tanpa ada sebarang rasa takut.
Pengalaman berkhidmat dalam media arus perdana lebih sedekad memberikan kesedaran betapa tiada media yang benar-benar bebas kerana sebagai wartawan, sudah pasti tertakluk kepada arahan pemilik organisasi dan bukan satu rahsia semua media arus perdana di Malaysia dimiliki proksi parti pemerintah.
Semua media tidak kira arus perdana atau dalam talian mempunyai agenda masing-masing, walaupun melaungkan erti kebebasan akhbar, etika kewartawanan dan melaporkan perkara sebenar.
Di sinilah timbulnya pertembungan antara ideologi media arus perdana dan dalam talian, dengan sering kali tuduhan dilemparkan kepada media dalam talian, di mana mereka gemar memutarbelitkan berita semata-mata demi melariskan portal berita masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

849 kemalangan, 36 kematian di LPT2 sehingga November..!!

Posted: 15 Dec 2015 04:19 PM PST

849 kemalangan, 36 kematian di LPT2 sehingga NovemberKUALA LUMPUR: Sebanyak 849 kes kemalangan dengan 36 kematian dicatatkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari 1 Februari hingga November tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu Selasa malam.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada statistik itu juga, sebanyak 664 kes kemalangan adalah berpunca daripada faktor manusia seperti memandu dalam keadaan mengantuk, memandu melebihi had laju yang diwartakan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

"Faktor persekitaran seperti pencerobohan haiwan liar atau haiwan ternakan dan air bertakung mencatatkan jumlah 113 kes dan 72 kes kemalangan disebabkan oleh faktor mekanikal kenderaan.

"Didapati kes kemalangan maut tidak berlaku di lokasi yang beralun tetapi ia melibatkan laluan yang lurus dan permukaan lebuh raya yang baik atau tidak beralun," katanya dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementeriannya di sini, pada Selasa.

LPT2 dibuka sepenuhnya pada 31 Januari tahun ini.

Memandang serius dengan jumlah kemalangan yang tinggi di LPT2, Fadillah menjelaskan, kementeriannya telah, sedang dan akan mengambil tindakan bagi mengurangkan risiko kemalangan di lebuh raya berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Susu ibu dan ekonomi negara

Posted: 15 Dec 2015 04:14 PM PST

Malang bagi pihak majikan yang tidak menyedari bahawa sokongan dan kemudahan bagi penyusuan ibu ini akan memberi keuntungan besar kepada ekonomi dan perniagaan
econmy
oleh Shahirah M. Nasir
Hampir setiap pusat membeli-belah di Malaysia mempunyai kemudahan bilik untuk para ibu dan bayi yang dapat digunakan untuk menukar lampin atau menyusukan bayi.
Namun begitu, kemudahan ini jarang dilihat dalam bangunan pejabat atau tempat kerja baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Hal ini merupakan sesuatu yang aneh kerana walaupun Kadar Penglibatan Tenaga Buruh (LFPR) negara dalam kalangan wanita di Malaysia masih belum melepasi tahap 50% sejak tahun 1980an, peratusan ini tetap meningkat dari tahun ke tahun. Tambahan pula di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh negara menyasarkan peningkatan LFPR wanita daripada 47.3% kepada 55%.
Dalam satu survei nasional pada tahun 2008, peranan wanita dalam melahir dan menjaga anak jelas mempengaruhi kemampuan mereka untuk terlibat dalam tenaga kerja. International Breastfeeding Journal menyiarkan satu kajian di Malaysia yang memaparkan salah satu faktor penting bagi membantu ibu yang bekerja untuk menyusukan bayi mereka adalah persekitaran tempat kerja, dan kajian ini juga menunjukkan wanita yang bekerja dalam sektor swasta cenderung untuk tidak meneruskan penyusuan ibu.
Ini adalah ibu menyusu yang bekerja menghadapi pelbagai kekangan seperti ketiadaan tempat yang sesuai untuk mengepam susu. Kebanyakan mereka terpaksa mengepam susu di surau atau bilik stor yang tidak mempunyai privasi. Malah, terdapat juga ibu-ibu yang terpaksa mengepam susu di dalam tandas kerana tidak mempunyai pilihan dan ia jelas tidak sesuai dan tidak bersih. Susu yang dipam juga tidak dapat disimpan di tempat yang sesuai kerana peti sejuk di pantry digunakan oleh pekerja lain disitu. Tambah buruk lagi apabila ibu-ibu muda ini dituduh curi tulang kerana sering mengambil masa untuk ke surau atau tandas bagi mengepam susu.
Lalu ibu-ibu yang menyusukan anak ini hanya ditinggalkan dengan beberapa pilihan; berhenti kerja, tidak menyusukan anak, atau terus menggunakan ruang yang tidak sesuai untuk mengepam susu dan menghadapi rakan sekerja yang tidak memahami tanggungjawab seorang ibu.
Read More / Baca Lagi >>

Forked-tongue PAS and a wishy-washy PKR

Posted: 15 Dec 2015 04:12 PM PST

Their leaders seem to lack principle, focus and direction.
flipflop
PAS and PKR are parties which act like fish out of water. They flip and flop, gasping for oxygen. Is it any wonder that more and more Malaysians, including Malays, are attracted to DAP? Leaders of PKR and PAS appear to lack principle, focus and direction.
Last November, the PAS President, Abdul Hadi Awang, denied that he had entered into talks with Umno-Baru to form a unity government in Selangor. The allegation had been made by former PAS vice-president Husam Musa and confirmed by Shah Alam MP Khalid Samad.
Why was this not revealed before the PAS muktamar? It might have resulted in a different outcome, and the conservative faction under Hadi may not have triumphed. The grassroots need to be reminded of the warning by the late Nik Abdul Aziz Nik Mat that Umno-Baru is a party of "great liars" and that "Umno is like a cat that will pounce, take and then hide with its booty."
Whilst PKR leaders act like failed peacemakers and PAS' leaders are more interested in the afterlife, Umno-Baru acknowledges the strengths of DAP.
Umno-Baru knows that the sphere of influence exerted by DAP is increasing rapidly. That's why it became the target of vilification during the 2015 Umno-Baru General Assembly. Irresponsible Umno-Baru politicians tried to instill fear with talk about the spilling of blood, invoking scenes of violence and racial clashes. This was accompanied by a warning about a party controlling Malaysia that has "no regard for the Malays, Islam or royalty."
During the lacklustre general assembly, Umno President Najib Abdul Razak extended a hand of friendship to PAS, saying the idea was for the two parties to cooperate in the name of "protecting Islam and defending Malay interests."
Read More / Baca Lagi >>

Hospital Amerika tawar bedah Anwar, tapi dihalang kerajaan Umno@Bn

Posted: 15 Dec 2015 04:10 PM PST

r-sivarasa-300x229Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim ditawarkan Georgetown University Hospital, Amerika Syarikat supaya menjalani pembedahan di sana.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, tawaran tersebut dinafikan kerajaan dengan tidak membenarkan Anwar ke sana sebaliknya meminta pakar bedah berkenaan ke negara ini untuk memberi rawatan kepada bekas Ketua Pembangkang itu.
"Georgetown University Hospital ada memberi tawaran untuk Anwar melakukan pembedahan di sana tetapi kementerian tidak membenarkan dan meminta doktor pakar bedah di sana untuk datang ke Malaysia.
"Jadi, kami masih menunggu jawapan dari pihak hospital di sana untuk datang ke sini tetapi saya menjangkakan mereka akan tolak.
"Sebab itu kami desak sebelum ini supaya Anwar diberikan fisoterapi yang kerap supaya kesakitannya dapat dikawal," kata Sivarasa dihubungi.
Sebelum ini, ahli keluarga Anwar menuntut kerajaan membenarkan Anwar melakukan pembedahan di luar negara kerana tidak percaya kepada sistem negara ini yang berterusan menafikan rawatan yang disyorkan doktor pakar.
Sivarasa juga mendakwa, akses beliau serta para peguam Anwar yang lain telah disekat untuk bertemu anak guam mereka itu di penjara.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar perlukan rawatan fisioterapi di hospital – Peguam

Posted: 15 Dec 2015 04:09 PM PST

Peguam Sivarasa Rasiah mengulangi desakan supaya Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim diberi rawatan fisioterapi intensif secara kerap di hospital.
Anwar-mahkamahMenurutnya, perkara ini turut disuarakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kepada Kerajaan Malaysia ketika hadir sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Malaysia bulan lalu.
"Anwar masih lagi tidak diberi rawatan seperti yang kita minta. Sehingga sekarang kami masih mendesak untuk beliau diberi rawatan fisioterapi di hospital.
"Perkara ini juga telah dibangkitkan pada lawatan Obama ke Malaysia, dan beliau juga telah sampaikan kepada pihak kerajaan dan kementerian," jelas Sivarasa dihubungi.
Barack pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, turut menggesa Perdana Menteri Malaysia untuk membebaskan Anwar dari penjara.
Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot.
Kerajaan Amerika juga menyatakan pendirian bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan Anwar adalah tahanan politik.
Sambung Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang, sehingga hari ini, kerajaan tidak memberi sebarang respon berkenaan tuntutan tersebut.
Menurut beliau, pakar bedah ortopedik sejak awal lagi mengesyorkan Anwar perlu melakukan fisioterapi di hospital kerana rawatan tersebut boleh mengurangkan kesakitan dialaminya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS terajui penyatuan ummah berteraskan syariat

Posted: 15 Dec 2015 04:09 PM PST

PAS sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah. PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia.

Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak berganjak dalam memperjuangkannya.

Masih ramai umat Islam di Malaysia yang tidak mempedulikan tuntutan Al-Quran. Ada dalam kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian ayat dan mengenepikan sebahagian yang lain. Di atas kesedaran ini, PAS mengambil peranan untuk memacu ummah dalam mendaulatkan tuntutan Allah sebagaimana terkandung dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman:

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ.  ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Maksudnya: Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) adalah merupakan kebenaran yang mengesahkan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya lagi Maha melihat dan memerhatikan. Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata). (Fatir: 31-32)

PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai cabaran serta tribulasi tersendiri. Akhir-akhir ini terdapat pula pihak yang mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Malah ada yang begitu berani menyamakan perjuangan PAS dengan puak ISIS yang ekstrem. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap PAS.

PAS sangat mengutamakan perpaduan ummah sebagaimana asas perpaduan yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang bertajuk 'Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah' adalah suatu lontaran yang sangat tepat khususnya menyedari situasi negara kita pada hari ini dalam keadaan parah akibat politik kepartian yang mengenepikan syariat.

Islam telah meletak garis panduan dalam berpolitik dan berparti. Terasasnya sesebuah parti bagi umat Islam adalah untuk melaksanakan segala tuntutan agama agar tertegak di dalam negara. Agenda melaksanakan tuntutan Allah yang merangkumi hal ehwal pentadbiran, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain lain adalah menjadi fokus utama PAS.

Rasulullah SAW melalui usaha konstruktifnya telah berjaya menyatukan ummah di Madinah. Sebelum kedatangan Rasulullah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Sebelum ini Aus dan Khazraj bertelagah antara satu sama lain sementara hubungan antara Yahudi dan kabilah Arab penuh dalam ketegangan.
Read More / Baca Lagi >>

Chong digantung sifatkan bajet S'wak seperti akaun David Copperfield

Posted: 15 Dec 2015 04:06 PM PST

 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Chong Cheing Jen digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini kerana menyifatkan Bajet Sarawak seperti akaun ahli silap mata David Cooperfield.
Speaker Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas menerima usul yang dikemukakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menggantung Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak setelah beliau enggan manarik balik rujukannya kepada bajet negeri sebagai perakaunan David Copperfield.
Terdahulu semasa mencelah ucapan penggulungan Wong, Chong berkata bajet negeri adalah defisit tetapi secara magis bertukar menjadi bajet lebihan seperti apa yang dipanggil juruakaun profesional sebagai akaun kreatif dan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.
Disoal sama ada beliau bermaksud bajet yang dibentangkan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem minggu lalu sebagai ilusi, Chong enggan mengaku tetapi bertegas dengan merujuknya sebagai akaun David Copperfield.
Mohamad Asfia kemudiannya membuat undian untuk menggantung Chong dengan 32 Adun menyokong, 12 orang menentang dan seorang berkecuali.

Umno atau DAP: Rakyat pilih yang dipercayai

Posted: 15 Dec 2015 04:01 PM PST

demokrasi
Rakyat bakal memilih pemimpin dan parti yang boleh dipercayai dan mampu menerajui negara ke arah sosiopolitik yang stabil serta ekonomi yang makmur.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan kepada rakyat dan ahli-ahli Umno dilihat kurang berkesan terutama kepada golongan yang faham makna demokrasi.
"Itu adalah satu strategi ancaman yang boleh sahaja mempengaruhi sebahagian rakyat tapi sebahagian lagi saya tidak fikir akan termakan dengan kenyataan dan hujah sedemikian.
"Dalam konteks sekarang, kenyataan yang sedemikian sukar diterima oleh yang celik politik kerana kita tidak harus memperkecilkan keupayaan rakyat berfikir dengan bijak. Lebih-lebih lagi ramai masyarakat sekarang mempunyai pendidikan tinggi. Strategi itu saya fikir, kurang berkesan," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno, Najib memberitahu bahawa rakyat di negara ini hanya ada dua pilihan sama ada Umno atau DAP untuk memerintah Malaysia.
Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pandangan Najib itu mungkin kerana realiti hari ini yang dilihat bukan sahaja oleh Umno malah rakyat di mana DAP lebih dominan berbanding rakan-rakan pakatan pembangkangnya yang lain.
"Jadi, seolah-olah sekiranya Pakatan Harapan yang memerintah, DAP yang akan menonjol dan mengetuai kerajaan Persekutuan. Tapi ini bukan sentimen Umno sahaja, rakyat biasa pun nampak benda sama. Mereka nampak DAP itu dominan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama UMNO-PAS bukan perkara utama – Hishamuddin

Posted: 15 Dec 2015 03:57 PM PST

Perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
hishamuddin,umno
PETALING JAYA: Kerjasama politik antara UMNO-PAS bukan keutamaan buat masa ini, kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Naib Presiden UMNO itu berkata fokus utama kepimpinan pada ketika ini adalah penyatuan dalaman parti.
"Yang penting bagi UMNO ialah menjaga rumah tangga kita…kita kena pastikan bahawa UMNO itu kuat…pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah," katanya, memetik laporan Bernama.
Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
"Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu…saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar," katanya.
Malah, belum ada pertemuan rasmi di antara UMNO dan PAS.
"Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa."

Penyatuan demi kepentingan Islam, bukan politik - Pemuda Umno

Posted: 15 Dec 2015 03:56 PM PST

Tidak salah untuk mengembalikan tali silaturahim antara Umno dan Pas kerana kesedaran ke arah itu perlu disuarakan segera demi kepentingan orang Islam di negara ini.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohamad Rafii berkata, orang Islam khususnya pimpinan Pas perlu menerima perkara itu dengan hati terbuka, bukannya kerana kepentingan politik semata-mata.
Muzakarah "Nak cakap Umno lemah, Umno takkan lemah, cuma hal ini orang Islam kena melihat perkara ini dengan lebih luas, bukan kerana Umno atau Pas lemah.
"Kita patut tengok lebih jauh, isu titik pertemuan orang Islam ini patut dibincangkan secara tanpa ada perasaan syak wasangka," katanya kepada Sinar Online.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan pelawaan Umno itu dibuat ketika parti itu lemah dan sedang bergolak.
Tuan Ibrahim mendakwa Umno tidak pernah membuat seruan penyatuan dan perpaduan ketika mereka sedang berkuasa dan dalam keadaan selesa.
Mengulas lanjut, Mohd Razlan juga berkata, selagi Umno dan Pas tidak duduk semeja untuk mencari titik persamaan, selagi itu perpaduan umat Islam tidak akan wujud.
"Isu ini bukan kita nak tengok siapa yang kuat, siapa yang bagi nafas kepada siapa. Isu ini adalah kepentingan orang Islam, kerana orang Cina dan bukan Islam semakin bersatu.
"Tapi kalau kita masih nak meletakkan ada halangan antara pertembungan cari titik persamaan, selagi itu kita takkan bersama," katanya lagi.

Retorik perpaduan Melayu sandiwara ulangan Umno

Posted: 15 Dec 2015 03:55 PM PST

1MDBUmno akan lebih lantang dan kerap menyuarakan perpaduan Melayu dengan harapan dapat mengalih perhatian rakyat dari kepincangan parti itu.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yakin rakyat tidak lagi mudah termakan propaganda perpaduan Melayu yang cuba disampaikan Umno terutama pasca perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.
"Hakikat yang tidak dapat disembunyikan Umno ialah parti itu sendiri kini berpecah kerana skandal penerimaan wang kira-kira RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak serta keraguan dalam tadbir urus 1MDB di mana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
"Jelas, meskipun perpaduan adalah sebuah idealisme unggul, ia mestilah atas prinsip keadilan dan kebebasan, bukan berkrompomi dengan rasuah dan salah guna kuasa," kata Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.
Beliau berkata, Umno terus memainkan propaganda usang konon kuasa orang Melayu dan Islam terus bertambah meskipun penguasaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno merosot.
Umno juga kata Nik Nazmi lagi, cuba meyakinkan Melayu kononnya tanpa parti itu, mereka akan hidup susah dan ditindas.
Read More / Baca Lagi >>

Kelewatan penyerahan laporan Ketua Audit mengenai skandal 1MDB kepada PAC

Posted: 15 Dec 2015 03:54 PM PST

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak akan menerima laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang dijadualkan Khamis ini.
Malaysiakini difahamkan kelewatan itu adalah atas permintaan dari Ketua Audit Negara.
PAC dijadual bermesyuarat pada hari Jumaat (18 Disember) di mana ia mungkin dapat memberi bayangan bila laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diserahkan kepada PAC.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Ariffin enggan mengulas mengenai perkara itu.
 "Kami akan keluarkan kenyataan akhbar, mungkin esok atau Khamis," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, Hasan telah berkata PAC akan menerima laporan pada 17 Disember
PAC telah menerima laporan awal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pada 9 Julai tetapi ia tidak akan didedahkan kepada umum sebelum dibentangkan ke Parlimen.
Pendengaran PAC terhadap 1MDB terganggu apabila pengerusi ketika itu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan tiga anggota PAC dari BN telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.
Selepas tiga bulan, Hasan, yang merupakan ahli Parlimen Rompin, telah dilantik sebagai pengerusi baru PAC dan kekosongan anggota jawatankuasa itu turut diisi.
Berikutan itu, PAC menyambung semula siasatan terhadap 1MDB yang bergelut untuk membayar balik hutangnya AS$11 bilion, di tengah-tengah dakwaan berlaku penyelewengan.

Salahkah buat salinan fotokopi buku teks di bawah TPPA?

Posted: 15 Dec 2015 03:52 PM PST

Putrajaya digesa beri penerangan lanjut mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, berhubung salinan fotokopi bahan bacaan yang melanggar hak cipta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Disember, 2015.Putrajaya digesa beri penerangan lanjut mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, berhubung salinan fotokopi bahan bacaan yang melanggar hak cipta.
Ketika gesaan dibuat supaya Putrajaya menerangkan dengan lebih baik kesan daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Malaysia, pelajar Fatin Amalina bimbang terpaksa berbelanja lebih untuk buku teks jika dia tidak lagi boleh membuat salinan fotokopi bahan bacaan kerana pelanggaran hak cipta. Ketika ini pun, dia sememangnya bergantung kepada salinan fotokopi buku teks dan membelanjakan lebih RM350 satu semester.
Pelajar sarjana di sebuah universiti awam itu berkata dia tidak mampu membeli buku teks baharu untuk setiap mata pelajaran kerana harganya lebih RM300 setiap satu.

Sebaliknya, buku salinan fotokopi, menjimatkan kos perbelanjaan keseluruhan buku teksnya lebih 70%. "Saya hanya membeli satu buku teks yang berharga sekitar RM140. Yang lain saya hanya mampu membuat salinan kerana ia terlalu mahal," katanya sambil menambah, dia tidak mempunyai pendapatan kerana belajar sepenuh masa.
Malah, beberapa pensyarah di universitinya juga menasihatkan pelajar tidak membeli buku teks baharu dan sebaliknya hanya membuat salinan, kata Fatin.
Tidak pasti bagaimana TPP akan memberi kesan kepada pelajar, Fatin berkata dia merasakan ia akan menjadi beban yang pasti jika perjanjian dalam bab hak harta intelektual dikuatkuasakan ke atas perbuatan membuat salinan buku, termasuk untuk kegunaan peribadi.
Read More / Baca Lagi >>