Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa

CINA DAP TIADA MARUAH

Posted: 11 Dec 2015 08:32 AM PST

Ini DAP memang tiada maruah. Di mana-mana dia cakap BR1M tidak bagus. Dalam Parlimen, kedaim kopi, ceramah, di luar negara, di mana-mana sahaja DAP cakap BR1M tidak bagus membazir. Itu gambar apa cerita... Ini Cina DAP memang maruah tiada...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners

Tanya saja .. Betul ka laporan TMI mengenai ucapan Mukhriz?

Posted: 11 Dec 2015 06:19 PM PST

Mukhriz seru tsunami besar runtuhkan tembok dalam Umno

OLEH KC NAZARI

Published: 12 December 2015 12:22 AM

Bercakap pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi badan perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggunakan perkataan 'bengap' bagi menggambarkan individu yang gagal memberikan jawapan tepat kepada soalan. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menempelak perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang setakat ini menurutnya memberikan "jawapan tidak relevan" kepada "persoalan-persoalan yang ditanya".

Bercakap pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengerusi badan perhubungan Umno Kedah itu menggunakan perkataan "bengap" bagi menggambarkan individu yang gagal memberikan jawapan tepat kepada soalan.

"Saya dah dengar banyak ucapan dalam Perhimpunan Agung dan saya pun kadang-kadang terpaksa berhati-hati jugalah dalam sebarang ungkapan saya.

"Cuma mungkin sekadar memberi gambaran tentang pandangan saya, terpulang kepada saudara-saudari hendak tafsir bagaimana.

"Kalau saya ditanya soalan 'Apa nama kamu?' dan saya jawab saya dari Kedah dan orang itu cakap 'Tak, tak, apa nama kamu?' dan saya terus menjawab 'Saya dari Kedah'.

"Jadi, dia pun jadi bingung (dan fikir) dia ini tak faham soalan mungkin. Dia tanya lagi 'Apa nama kamu?' dan saya pun jawab 'Hmm, dia ini tak faham jawapan mungkin. Saya dari Kedah.'

"Jadi itulah masalahnya tuan-tuan. Soalan ditanya tetapi jawapan diberikan tak relevan dengan soalan.

"Jadi tak berapa gunalah kalau kita kata dia ini bengap atau apa. Tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Yalah, soalan yang sama ditanya berulang kali sebab jawapan diberi tak menepati soalan tersebut," katanya yang juga menteri besar Kedah disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 orang hadirin pada majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur, malam ini.

Walaupun tidak menunjukkan perumpamaan itu kepada mana-mana isu, ucapan Mukhriz itu disampaikan ketika Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih gagal menjelaskan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Zahid semalam berkata wang itu datang daripada sekumpulan individu yang mewakili kerajaan asing namun hari ini berkata beliau bertemu beberapa individu yang mewakili seorang penderma.

Sementara itu, bercakap pada majlis sama Mukhriz turut menyeru mereka yang hadir agar terus melakukan pembaharuan Umno tanpa rasa gentar.

Menurutnya, Umno yang akan menyambut ulang tahun ke-70 akan datang ibarat seekor burung helang tua yang terpaksa mematahkan paruhnya yang tumpul bagi membolehkan paruh baru tumbuh.

Paruh baru itu, kata Mukhriz kemudiannya akan diguna untuk mencabut kuku lama helang itu yang tumpul bagi memberi ruang kepada kuku baru tumbuh.

Kemudiannya, helang itu terpaksa mencabut bulu badannya yang lama dan berat sehingga botak bagi memberi laluan kepada bulu baru untuk tumbuh.

"Kalau itu kita dapat lakukan, kita korban sebesar-besar korban, Insya Allah Umno akan muncul kembali sebagai parti yang cukup kuat.

"Dengan itu saya harap kita dapat bertekad, jangan gentar, jangan takut dengan bayang-bayangan dan pada masa sama kita terus berhemah cara kita.

"Kita tak perlu melalak di luar sana, tingkatkan tekanan kerana kalau kita seorang diri kita macam satu titik jatuh dalam lautan besar.

"Titik-titik ini akan menjadi arus. Arus akan menjadi gelombang, dan apabila gelombang ini bertemu dia akan menjadi satu tsunami yang begitu besar dan tidak ada satu tembok pun yang kita tak boleh jatuhkan," katanya. – 11 Disember, 2015.

- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mukhriz-seru-tsunami-besar-runtuhkan-tembok-dalam-umno#sthash.5KLXIHmb.d

Ok lah tu ... anak yang setia. Sebagai MB, OK ka?

Mahathir sudah rosakkan parti di masa lepas

Posted: 11 Dec 2015 04:30 PM PST

Mahathir tidak mahu mengaku tapi dia yang merosakkan parti.

Kata Dato Salleh Said Keruak mengingatkan kembali di mana Tun Mahathir keluar dari parti dan serangan terhadap Pak Lah menyebabkan BN hilang 4 negeri.

Baca di SINI

Hal yang sama berlaku banyak kali di masa-masa lepas. 

Mahathir kata dia berpeluang merosakkan parti dengan mencuri duit parti RM50 billion. Banyak itukah harta UMNO ketika itu? kenapa pula hanya RM1.2 billion saja yang akhirnya diserahkan kepada Pak Lah.

Dalam menjawab balas Dr Mahathir, MyKMU mengingatkan kembali krisis yang menyebabkan UMNO diharamkan. UMNO bukan saja pernah hancur tapi dimatikan lalu terpaksa di "hidupkan" dalam bentuk baru yang mana jasadnya sudah lain.

Dihujung artikel itu, penulis menyentuh tabiat dan cara Dr Mahathir merosakkan parti dengan cara "suka mengulang-ulang apa yang beliau katakan walau sudah diberi jawapan".

Beliau diingati pada usia senjanya supaya "banyak-banyakkanlah zikir pada Allah SWT" dan "berhentilah memburuk-burukkan Najib dengan menggunakan bukti dari Claire Brown. Banyakkan baca Al-Quran dari Sarawak Report."

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-70

Posted: 11 Dec 2015 04:48 AM PST

DAULAT TUANKU 

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU 

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J. 

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA 

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat 

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 70 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR PADA 11 DISEMBER 2015 BERSAMAAN 30 SAFAR 1437 H 

SEMBAH TAKZIM DARIPADA 

Suara Politik
belantan.blogspot.com

Masih ada ruang mohon maaf kepada UMNO!

Posted: 11 Dec 2015 04:15 AM PST

Masih ada ruang untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kepada Umno di atas keterlanjuran sikap mereka, namun ia perlu dilakukan dengan ikhlas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia bergantung kepada Timbalan dan Naib Presiden Umno itu untuk memohon maaf bagi merapatkan semula barisan kepimpinan tertinggi Umno seperti yang disarankan anggota parti.

Beliau tidak menafikan bagi pemimpin yang berada "di persimpangan atau kadangkala (dalam keadaan) terlanjur," memerlukan sedikit masa untuk dirapatkan semula ke dalam barisan kepimpinan parti.

Walaupun kedua-dua pemimpin itu mungkin mengemukakan permohonan maaf kepada parti berikutan tindakan mereka, namun siasatan terhadap tindakan mereka sebelum ini akan tetap dijalankan oleh jawatankuasa khas Umno, katanya dalam sidang media bersama Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian apabila ditanya pemberita mengenai saranan perwakilan yang meminta agar barisan kepimpinan tertinggi parti merapatkan barisan, dan mereka yang terbabit memohon maaf.

Hishammuddin berkata, walaupun kedua-duanya mengkritik Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tetap hadir ke perhimpunan Umno kali ini dan duduk sebaris dengan pemimpin parti di atas pentas.

"Saya lihat (mereka) tidak kekok langsung seperti yang diramalkan pemberita sebelum ini," katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau pada solat Jumaat hari ini turut mendoakan moga Muhyiddin dan Shafie terbuka hati untuk memohon maaf di atas tindakan mereka sebelum ini, namun ia bergantung kepada mereka berdua.

Ditanya mengenai harapan perwakilan yang mahu melihat Najib dan Muhyiddin berpeluk di atas pentas di hari terakhir perhimpunan sebagai tanda berdamai, Ahmad Zahid berkata, beliau faham mengenai hasrat perwakilan Umno yang mahu melihat suasana itu.

Namun bukan tindakan fizikal yang menjadi ukuran tetapi juga keikhlasan hati untuk melakukannya, katanya.

"Bagi saya tidak perlu ada paksaan dalam melakukan itu tetapi yang penting ialah tindakan-tindakan yang dilakukan mesti menggambarkan wujud kebersamaan dalam kepimpinan parti," katanya.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

PRU 14: MAHFUZ RAMAL PH MENANG JIKA PERTANDINGAN TIGA PENJURU

Posted: 10 Dec 2015 11:59 PM PST

KAKITANGAN KERAJAAN PUN DAH HILANG KEPERCAYAAN PADA NAJIB’

Posted: 10 Dec 2015 11:56 PM PST

KERJASAMA UMNO – PAS PERLU DIBAWA KE MUKTAMAR – AHMAD YAAKOB

Posted: 10 Dec 2015 11:53 PM PST

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang

Cerpen Fiksyen : Malam Pertama Pakatan Harapan

Posted: 11 Dec 2015 08:18 PM PST

Wan Azizah duduk di kerusi empuk di Pejabat PKR Kajang. Banyak mata tertumpu kepadanya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng duduk di sebelah kanan beliau sementara barisan pemimpin Amanah yang diketuai Mat Sabu duduk di sebelah kiri.

"Terima kasih semua kerana dapat hadir dalam tempoh waktu yang singkat," kata Wan Azizah. Pemimpin lain hanya tersenyum. "Jadi mesyuarat kita hari ni adalah untuk membincangkan mengenai siapa yang akan memgang jawatan pemangku Perdana Menteri."

Ramai di antara mereka mula tersenyum lebar.

"Jadi...mengikut perjanjian asal kita, apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kita akan melantik saudara Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," terang Wan Azizah.

"Setuju!" kata mereka sebulat suara.

"Keputusan itu masih kekal," LIm Kit Siang menambah.

"Jadi kita perlu lantik pemangku kepada Perdana Menteri buat sementara ketika kita menunggu mahkamah membebaskan saudara Anwar Ibrahim," Mat Sabu bersuara.

"Kita nak buat keputusan tu hari ini juga?" tanya Tony Pua.

"Ya, kerana rakyat mahukan solusi pantas," Nurul Izzah bersuara. "Saya calonkan Rafizi Ramli sebagai Perdana Menteri sementara." Kedengaran suara bersetuju dari segelintir penyokong PKR dalam bilik tersebut.

"Saya cadangkan Saifuddin Abdullah," kata satu suara dari belakang. "Dia bekas UMNO dan dia orang yang paling berpengetahuan antara semua."

"Tapi dia masih baru dalam PKR, kami dari Amanah mencadangkan Tuan Haji Salahuddin Ayub sebagai pemangku Perdana Menteri dan saudara Mat Sabu sebagai Timbalannya," kata seorang ahli kuat Amanah.

"Ehem ehem..." Lim Guan Eng berdehem. Di tangannya dia memegang sehelai kertas bertulis 3 nombor, 64 - 31 - 24.

"Kami dari DAP adalah yang memegang kerusi majoriti di sini, jadi rasanya elok kami yang calonkan siapa pemangku kepada jawatan Perdana Menteri," kata Lim Guan Eng.

Mereka semua diam.

Wakil dari Amanah dan PKR sedar, walaupun digabungkan kedua-dua kerusi yang mereka menangi pun belum sama dengan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.

"Baru menang pun dah nak berpecah ke?" tanya seorang wakil DAP. "We have waited a long time for this...just agree la. UMNO no more! Good what!"

"Aku dah agak dah benda ni boleh jadi!" bisik seorang pemimpin PKR kepada seorang ahli Amanah.

Wan Azizah hanya merenung wajah wakil DAP yang berkata itu. Kemudian dia memusingkan wajahnya ke arah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang duduk di sebelah kanan beliau.

"Demi kesepakatan kita bersama, siapakah calon yang parti DAP rasakan layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri sementara itu?" tanya Wan Azizah.

Semua orang diam menunggu jawapan dari wakil DAP.

"Ayah Tengah Mesyuarat Jadi Ayah Telefon Ni Untuk Paksa Anak-Anak Ayah Solat"

Posted: 11 Dec 2015 12:59 AM PST

Aku pergi mana-mana pun aku akan jumpa suami atau isteri yang bersetuju mereka tidak memberikan yang terbaik untuk anak mereka melalui pemberian masa.

Jadi kebanyakannya akan gantikan masa yang mereka tak ada tu dengan hadiah fizikal seperti permainan atau percutian hujung tahun.

Yang ajaibnya, diorang ni tau, itu bukan satu tindakan yang betul, tapi dibetulkan dengan ayat "zaman sekarang, dua-dua mak ayah kena kerja untuk tampung keluarga." Zaman mak duduk rumah dah berlalu sebab kalau mak tak kerja, kemampuan keluarga takkan cukup.

Ramai orang buat assumption ni tanpa pernah mencuba dan akhirnya, pasangan suami isteri ni terperangkap dalam satu jerat 'makan gaji > belanja ngam-ngam > dapat gaji."

Buat la macam mana pun, gaji yang suami isteri ni dapat ngam-ngam.

Pada aku, itu satu benda yang agak tak betul la sebab kita sendiri tau, pada mak ayah, anak nombor satu. Masa untuk anak nombor satu. Kerja? Tak ada kerja pun kau boleh hidup.

Sebab ramai orang Melayu hidup dalam keadaan ngam-ngam. Laki kau naik gajike, wife kau naik gaji, at the end of the day, kau NGAM-NGAM. Betul. Ramai keluarga Melayu menghadapi masalah sama. Aku masa dulu kerja gaji 5 angka pun, alih2 ngam-ngam jugak.

Kelakar kan?

Itulah sebenarnya satu benda yang orang kita tak berani cuba. Kau sedar tak, kalau dalam kepala kau ada tersimpan rasa kena spend masa untuk anak lebih dan itu satu kekecewaan pada kau, aku tanya la, kalau bukan sekarang bila lagi?

Makin besar anak kau, jarak dia mentally dan physically akan makin jauh dengan kau. So bila sebenarnya kau boleh spend masa dengan anak kau?

Bila dia dah besar?

Cuba la ajak anak remaja kau gi shopping dengan kau.
Berapa kerat aje mau.

Kau kerja makan gaji, kau dah tau dah berapa increment yang kau akan dapat tiap-tiap tahun dan persoalannya, adakah akan ada satu moment di mana kau dah tak perlu lagi dah fokus kerja sebagai priority nombor satu kau dari segi masa?

Sehari ada 24 jam.

Tiap2 hari kita spend average 10 jam untuk kerja dan travel pegi kerja. Tinggal 14 jam. Tolak 8 jam untuk tidur.

Tinggal 6 jam. 

Sampai bila kita nak jadi masyarakat yang pengasuh dia spend lagi banyak masa dengan anak kau berbanding kau? Lepas tu tertanya-tanya "apa dia ubat masalah moral di kalangan remaja sekarang ni haa?"

Sampai bila?

Budak-budak makin besar dia akan ada kawan dia. Satu hari nanti bila anak kau lagi percaya kawan dia dari mak ayah sendiri, tak ke kau akan memandang balik masa silam kau dan bertanya-tanya, "kat mana silap aku?"

Gaji besar, tak ada masa untuk keluarga.

Ayah kena ada untuk ajar anak solat waktu umur diorang 7 tahun. Jika tak mahu mereka solat, paksa mereka solat. Mak takkan sampai hati paksa anak solat sebab naluri dia tak keras macam ayah dia.

Macam mana nak paksa anak solat kalau waktu maghrib ayah masih lagi tengah kena hadir mesyuarat?

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari

Keliru - Ustaz mana yang nak tolong jawab ni!!

Posted: 11 Dec 2015 05:54 PM PST

Timbul persoalan, semacam mana dalam kotak pemikiran aku juga! Cuma aku tak pandai nak olah ayat-ayat yang begitu baik untuk difahami dengan apa yang sedang berlaku..

Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat. 

Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:

1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?

2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.

5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan.

6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup. Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar. Tidak percaya?

7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR. Ingatkan dulu kita berperang?

8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno.

9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan. PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali?

Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di hutan mana, di gunung apa, bas ini sedang berada.

Terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Jawablah di dalam usrah dan whatsapp kalian. Fi amanillah. – 11 Disember, 2015.

Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat.
Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.
Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:

1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya? 2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/keliru-dengan-pendekatan-pas-omar-mohamed#sthash.JUyEQiNR.xpzVtW6q.dpuf

Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau pagi Jumaat. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/keliru-dengan-pendekatan-pas-omar-mohamed#sthash.JUyEQiNR.xpzVtW6q.dpuf
 Sumber : Klik Sini

Surat Terbuka buat Dr Wan Wan Azizah ..

Posted: 11 Dec 2015 05:49 AM PST

Bila rakyat marhaen pro pembangkang dah mula marah kat PAS, maka inilah jadi nya....

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PKR
.
Dato' Seri Wan Azizah Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ahli Parlimen Permatang Pauh

10 haribulan Disember tahun 2015
.
Yang Berhormat Dato' Seri Wan Azizah,
Tidak mungkin Kak Wan lupa bahawa orang yang paling bertanggungjawab menzalimi DS Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.... Kalau Kak Wan tak mahu fikir tentang isu-isu lain seperti GST, 2.6b, TPPA, kenaikan harga barang, nilai ringgit begitu rendah; tak apa dah.... Cukup dah... Cukup dengan memikirkan penganiayaan Najib terhadap Anwar sahaja, sudah lebih dari cukup alasan bagi Kak Wan untuk menentang Najib habis-habisan.
.
Janganlah kata ini semua mahkamah yang jatuhkan hukum kononnya tidak ada kena-mengena dengan politik, itu semua bohong.... Kalau betul begitu, rakyat tidak lupa mahu bertanya kenapa Pak Lah boleh bebaskan Anwar dari penjara tahun 2004 dulu? Kesalahan Mahathir dulu telah ditebus oleh Pak Lah, sekarang siapa yang menebus kesalahan Najib…? Tidak ada..! Bukannya Najib tak boleh buat, boleh..! Tetapi memang dia tidak mahu buat.. Mereka tidak mahu bebaskan Anwar…. Najib tidak ada perasaan… Kalau ditakdirkan Anwar mati di dalam penjara, Najib macam tu juga…. Dia tidak akan rasa bersalah, tidak menyesal, macam tak ada apa-apa pun.
.
Kak Wan,
Agaknya bagaimana perasaan Kak Wan selepas melihat Ustaz Hadi yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim, yang menghina Anwar depan-depan, yang mengfitnah Anwar, yang percaya Anwar ada masalah moral yang serius, yang menyebarkan fitnah kononnya Anwar agen Yahudi; apa perasaan Kak Wan bila melihat persengkokolan antara Ustaz Hadi dan Najib Razak yang menyebabkan hubungan sulit antara PAS dan UMNO… apa perasaan Kak Wan agaknya.
.
Atau perlu saya ulang sekali lagi, Najib penjarakan Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik, Ustaz Hadi langsung tidak menunjukkan apa-apa simpati atau kritik kezaliman itu, tidak ada…! Bahkan Ustaz Hadi seakan-akan menyokong keputusan itu bila semua pengikutnya seolah-olah beriman kepada keputusan hakim… Ramai pengikut Ustaz Hadi percaya Anwar liwat Saiful..! Bagaimana fikiran Kak Wan bila melihat semuanya itu…? Ustaz Hadi bersekongkol dengan Najib… Titik.
.
Itu jelas. Berlaku depan mata rakyat. Dalam keadaan di mana orang UMNO sendiri pun tekan Najib, Ustaz Hadi tetap istiqamah menyokong Najib… Dia pertahankan Najib dalam isu 2.6b, dengan mengatakan kalau nak tuduh Najib kena bawa dua saksi…. Dalam isu GST, dia diam membisu…. Apa saja isu, Ustaz Hadi tidak akan membangkang Najib, bahkan sentiasa menyokong dan memuji Najib… kemudian Najib puji Ustaz Hadi pula….. Kalaulah ditakdirkan Anwar mati dalam penjara, Kak Wan ingat Ustaz Hadi sedih atau tidak…? Saya berani kata, dia tak sedih langsung..!
.
Kak Wan,

Ustaz Hadi ialah PAS, PAS ialah Ustaz Hadi… Dia ada kuasa veto dalam PAS… Keputusan mesyuarat dia letak bawah tapak kaki saja….. Ustaz Hadi yang berpeluk dengan Najib dengan pelukan yang jujur dan ikhlas itu, dia ialah PAS…. Jadi atas dasar apa PKR masih mahu percaya kepada PAS…??? Atas pertimbangan alasan apa yang PKR mahu bekerjasama dengan PAS…? Apa yang Kak Wan fikirkan, sebenarnya..?
.
Jangan terpedaya dengan cakap-cakap kononnya undi sebahagian besar orang melayu masih bersama PAS, itu semua propaganda Merdeka Centre, Kak Wan. Rakyat bawahan mahu parti yang berprinsip… Di mata rakyat kebanyakan, mereka melihat PKR dan Kak Wan sendiri tidak ada prinsip…! Samada suka atau tidak suka, samada mahu atau tidak mahu, tidak boleh tidak, kalau PKR terus mahu bekerjasama dengan PAS dalam keadaan PAS mahu berkejasama dengan UMNO, PKR diwajibkan keluar dari Pakatan Harapan…! Mesti…! Akal yang waras tidak mampu membayangkan kerjasama yang serba sumbang ini berterusan hingga PRU-14…! Tidak mampu..! Tak Boleh fikir..! Bagaimana PKR yang nak lawan UMNO, mahu bekerjsama dengan PAS yang bersekongkol dengan UMNO…? Budiman jenis apakah ini wahai Dato' Seri Wan Azizah…?
.
Kak Wan membatalkan kehadiran ke beberapa program anjuran Amanah atau Pakatan Harapan…. Kenapa…? Rakyat yang tak ada SPM pun boleh agak kerana Kak Wan nak jaga hati PAS…! Ironinya, kenapa Kak Wan tidak fikir nak jaga hati Amanah dan DAP…? Permainan apakah ini, Kak Wan…!?
.
Rakyat nampak semua ini, Kak Wan… Rakyat nampak. Jangan sangka rakyat tak nampak… Selagi PKR masih meneruskan sandiwara dan hubungan sumbang dengan PAS hingga PRU-14, itu alamat bahawa Najib akan terus memerintah sampai kiamat dan Anwar mati keras dalam penjara lah jawabnya.
.
Kenapa, Kak Wan…? Itu yang menyebabkan ramai orang hairan dan tertanya-tanya…. Atas alasan apa Kak Wan mahu PKR kerjasama dengan PAS…? Adakah kerana Kak Wan mahu menang pilihanraya? Kalau menang pun, sekiranya ada PAS di dalamnya, untuk apakah kemenangan itu…? Apa makna kemenangan kalau berkelahi sama sendiri kemudian berpecah…? Rakyat sudah muak dengan telatah dan kerenah pemimpin politik… Jangan sampai rakyat menyampah.
.
Sekian terimakasih.
Abe Awang Malaya

################################################

Aku sekadar menyampaikan supaya satu kaedah pembaikan yang mana ada lompang,, dapat diperbetulkan..