Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


UMNO harus cekal hadapi cabaran?

Posted: 10 Dec 2015 06:32 AM PST


Pergolakan dalam parti politik adalah hal yang lazim berlaku. Ibarat berlayar di lautan, ribut sering datang. Nakhoda harus cekal dan kapal akan sampai ke pelabuhan dengan selamat. UMNO juga sering menghadapi ribut sejak ditubuhkan. Kecekapan nakhoda kapal dan keyakinan anak kapal menyebabkan UMNO terus mampu meneraju negara.

UMNO sering menghadapi krisis. Kemahiran mengurus krisis perlu ada dalam kalangan pemimpin dan pengikut. Pemimpin dan ahli UMNO jangan mudah terjebak dengan perangkap yang dipasang oleh orang lain. Orang UMNO jangan mudah melatah dengan persepsi dan tohmahan orang lain hingga menyebabkan syak wasangka sesama sendiri terjadi.

Sejak merdeka UMNO terus cekal mengurus negara. Kemajuan yang berlaku kini adalah hasil perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Rahsianya taat kepada pemimpin, patuh kepada keputusan yang diambil, akur kepada jalan menyelesaikan masalah dan tunduk kepada hala tuju perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Pihak di luar UMNO berhempas pulas cuba menumbangkan UMNO dengan pelbagai tohmah dan fitnah. Tapi UMNO masih tegak berdiri. Yang mengalami kegoncangan adalah Pas yang sudah memutuskan tahalluf siyasinya dengan Pakatan Rakyat. Pas kini berpecah dua dan menganggap Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai pengkhianat. Mereka bakal bertarung dalam Pilihan Raya Umum (PRU-14) nanti dan bakal menguntungkan UMNO.


Yang menghadapi keresahan adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana perjuangannya masih lagi ingin memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tanpa dukungan Pas di Selangor, kerajaan Selangor akan goncang. Mohamed Azmin Ali perlukan dukungan jentera Pas di Gombak dan Bukit Antarabangsa supaya survival politiknya terjadi.

DAP terus menggunakan Mohamad Sabu sebagai "lembu-laga" untuk menjatuhkan UMNO. Pas juga sedang menghentam Mohamad Sabu kerana menuduh Pas diresapi kumpulan militan Negara Islam (IS). DAP harap Amanah boleh menggantikan Pas kerana cita-cita DAP menggunakan PKR dan Amanah adalah untuk mengambil alih negara.

Orang UMNO di segenap peringkat kena tahu Pas telah berjaya menyingkirkan parasit atau dedalu yang sekian lama menumpang dalam organisasinya dengan cita-cita yang tersendiri dalam muktamar lalu. Kumpulan pro-Anwar tidak pernah sekata dalam fahaman dan ideologi perjuangan kini mengumpul diri dalam Amanah. Percayalah Amanah bakal pecah selepas PRU-14 nanti.

Hal-hal di atas disebutkan kerana UMNO mempunyai ramai musuh. Jangan jadikan diri sendiri memusuhi parti sendiri kerana perpecahan UMNO terhubung langsung dengan nasib negara dan generasi akan datang.


Jangan izinkan diri terjebak dengan permainan persepsi dan tohmah media sosial yang digerakkan oleh pembangkang. Lakukan tabayyun atau kaji selidik atau terima maklumat daripada pihak yang berautoriti supaya sangka buruk tidak terjadi.

Bayangkan sekiranya UMNO tersungkur dalam PRU-14 nanti nasib bangsa, agama dan negara akan tersungkur sama. Bolehkah diharap DAP, PKR dan Amanah membela nasib bangsa, agama dan negara pada masa depan. Nasib orang Melayu di Pulau Pinang menjadi bukti.

Masalah dalaman parti tetap ada kerana UMNO dikendalikan oleh manusia. Manusia adalah lemah dan perlukan kekuatan. Tetapi cari kebijaksanaan supaya ular yang dipukul mati, kayu yang memukul tidak patah dan tanah tempat memukul tidak lembah.

Apa yang sedang berlaku dalam UMNO ibarat lintasan ribut. Ribut akhirnya akan berhenti. Bila berhenti yang rebah, cantas saja. Yang condong cuba ditegakkan dan yang teguh berdiri itulah saf perjuangan yang sudah teruji.

Moga-moga perhimpunan agung UMNO kali ini menjadi gelanggang untuk merapatkan saf kepimpinan dan kepengikutan di samping berbicara dengan matang, telus dan tulus di samping memperkukuh hala tuju perjuangan memenangi PRU-14 untuk bangsa, agama dan negara.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ALHAMDULILLAH NAJIB DAN HADI BERSATU, MAT SABU DAN LIM GUAN ENG MENGAMOK !

Posted: 10 Dec 2015 05:55 AM PST



Di antara mereka yang sakit hati mendidih tensen melihat perpaduan ini adalah musuh-musuh Islam yang nyata Dan yang bertopeng.

Lim Guan Eng pasti mendidih hati dan kepalanya.  Mat Sabu, Khalid Samad, dan PAN-PAN pingpong pasti gelisah dan sakit hati.

Rapizi, Saipudin Nashtiong, Saifudin Abdullah, Mahfuz Mr Bean pasti sakit jiwa. 

MB Azmin boleh menerima kerana mempunyai hubungan baik dengan Hadi manakala Azmin memounyai hubungan sentimental dengan Najib.

Musuh-musuh Islam sedang sakit hati.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Video dedah Shafie tikam belakang UMNO Sabah dan Musa Aman

Posted: 10 Dec 2015 07:20 PM PST


Video berikut



KES DATUK SHAFIE - DALAM keghairahannya untuk memandulkan kuasa Ketua Menteri Sabah sekarang dan seterusnya merampas kuasa, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiayai pembangkang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dengan meluluskan projek kepada Ketua Angkatan Muda PKR Semporna.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang sebelum ini membuat pendedahan awal kepada Sabahkini.net pada 2 Oktober 2010 yang bertajuk 'Pemimpin BN Biayai Pembangkang' telah menyerahkan salinan surat daripada kontraktor yang mempunyai nota bidai Shafie.

"Kita mintalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berdiam diri dan mengambil tindakan tegas terhadap Shafie yang telah menyalahguna kuasa beliau meluluskan projek kepada anak saudaranya, Mohd Ramzan Abdul Wahab, Ketua Angkatan Muda PKR (ketika itu) sebagai balasan kos membiayai mereka membuat laporan terhadap ICAC berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong tahun lalu yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah," kata Abdullahsani yang mendedahkan kelulusan projek tersebut kepada anak saudaranya mempunyai agenda tersendiri.

Kata Abdullahsani, walaupun nota bidai Shafie di atas surat yang ditandatangani anak saudaranya, selaku Pengurus Projek, bertarikh 22 Jun 2010, namun projek tersebut telah diberikan kepada syarikat berkenaan melalui tender terhad setelah Shafie mengarahkan Dato' Yusof Doha melalui nota bidai yang berbunyi; "Sila ambil tindakan setuju tender terhad."


Syarikat Pembinaan Hikmat Cemerlang Sdn Bhd yang beralamat di Lot 10001, Blok (A) (7-0), Tingkat Bawah, Lorong Canai 1, Chanyai Villa Likas, Batu 4.5, Jalan Tuaran yang bertajuk Memohon Ke Arah Kelulusan Bagi Melaksanakan Projek Jalan Siampak-Lambidan, Kuala Penyu, Sabah, Sejauh 4.4 Km di Bawah NKRA (JALB) KKLW, secara Tender Terhad

. "Siapa tidak kenal siapa Ramzan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan perniagaan? Bagaimana dia boleh terbang ke Hong Kong bersama Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC terhadap Michael Chia Tien Foh berdasarkan laporan awal Sabahkini.net sedangkan dalam masa yang sama kes berkenaan ditangani SPRM," dakwa Abdullahsani yang meyakini Ramzan dan Shamsul dibiayai melalui projek tersebut.

Kata Abdullahsani, Shamsul telah mengaku Ramzan terbang bersamanya ke Hong Kong pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC dan boleh disemak melalui blognya http://shamsuliskandar.wordpress.com

"Kita bukannya mempersoalkan berita Sabahkini.net yang memuatkan semua Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia, tetapi kita persoalkan kenapa Shafie sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO boleh meluluskan projek kepada anak saudaranya yang ketia itu menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Semporna. Jika Shafie berada di pihak pembangkang sudah pasti kes ini jadi sebaliknya," ujar Abdullahsani yang menjelaskan 'rampasan kuasa' yang dirancang Shafie belum menjadi kenyataan sekalipun Perbicaraan Kes Hong Kong dijadualkan bermula pada 27 Oktober 2010.

Memang menjadi helah Shafie setelah ada tanda-tanda Kes Hong Kong dibicarakan, barulah beliau memberikan imbalan kepada anak saudaranya dalam bentuk projek menggunakan kaedah NKRA.

Persoalannya, kata Abdullahsani ialah siapa yang memberikan pendahuluan untuk kos selama empat hari mereka berada di Hong Kong dan siapa yang mendalangi mereka?

Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini).

Dipetik dari komen facebooker Rosita

NO RETREAT! No surrender!

Posted: 10 Dec 2015 05:58 PM PST


"UMNO: MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN"

UCAPAN
YAB PRESIDEN UMNO
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
PADA 10 HARIBULAN DISEMBER 2015,
BERSAMAAN 28 SAFAR 1437 HIJRIAH
HARI KHAMIS, JAM 9.30 PAGI
DI DEWAN MERDEKA, PWTC


BismillahirRahmanirRahim,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
Timbalan dan Naib-naib Presiden,
Ketua-ketua sayap parti, Wanita, Pemuda  dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para perwakilan,
Ketua-ketua parti komponen
Dif-dif Jemputan, para hadirin,
Saudara dan Saudari Sekalian

MUKADIMAH

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nastain.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu


1. Pada pagi ini, 10 haribulan Disember 2015, bersamaan 28 haribulan Safar 1437 Hijriah, sekali lagi Allah-Hu Ta'ala, dengan izin-Nya telah menghimpunkan kita semua, dalam satu majlis yang dirahmati hendaknya.

2. Seperti yang telah disebutkan oleh Setiausaha Agung parti, saya selaku Presiden, mengalu-alukan sejumlah 2,762 perwakilan dari 191 Bahagian seluruh negara, bermula di Arau, Perlis, membawa ke Lahad Datu, Sabah.

3. Sehubungan itu, mari kita merakamkan ucapan tahniah setingginya kepada Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah selamat bersidang dengan jayanya.

4. Kepada Wanita, sepertimana diisytiharkan pada Perhimpunan Agung 2013, segala susah payah dan pengorbanan kaum Hawa dalam parti bertuah ini, selamanya akan diangkat dan terus dimartabat, sebagai tulang belakang UMNO.

5. Kepada para Pemuda, mengambil sempena surah Al-Kahfi, saya mahukan seangkatan besar yang hebat lagi gagah berani, selaku waris perjuangan bangsa, rela berbakti, kerana pada saudara-saudaralah dipertaruhkan harapan untung nasib keturunan kita.

6. Buat Puteri pula, dengan seri merah jambunya di sebalik selendang atau dalam kerudung, walau lasak dan gigih berjuang.

7. Semestinya, saudari-saudarilah harapan pertiwi, kematangan dan kebolehan semua semakin hari semakin pula tampak menyerlah.

Saudara dan saudari,

8. Orang menyebut, tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Satu lagi kelompok yang merupakan pasukan penyokong tegar kepada parti, waima telahpun meninggalkan medan perjuangan secara rasmi, tetap taat dan setia, mencurah khidmat dan nasihat kepada parti tercinta.

9. Ayuh, ayuh, kita sama-sama memberi tepukan penghargaan, tanda terima kasih kepada golongan veteran UMNO.

10. Kepada para pendahulu yang telah pergi lebih awal dan kembali berpulang kepada-Nya, sayugia hanya Allah-Hu Ta'ala yang mampu memberi balasan setimpal, atas segala kebaikan yang telah dilakukan.

11. Serentak itu juga, bagi pihak seluruh pengurusan parti keramat UMNO, kita rafakkan sembah takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Kedah dan DiRaja Johor, masing-masing atas kemangkatan almarhum-almarhum, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Mulia, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

12. Semoga rahmat tercucur di atas roh mereka. Al-Fatihah...

Saudara dan saudari,

13. Pucuk pangkalnya, setiap daripada kita, yang berhimpun, di sinilah rumah UMNO. Saya dan saudara saudari semua, bukanlah hanya sekadar bagian daripada UMNO, akan tetapi kita adalah UMNO.


14. Kitalah tiang serinya, lantai dan dindingnya, jenang dan jendelanya, atap genting dan atap rumbianya, pasak dan tunjangnya, saling bergabung, lengkap melengkapi, yang akan terus mengibar megah sang saka bangsa, panji keramat kepada parti yang berdaulat ini.

Saudara dan saudari,

15. Kata orang, alang-alang mahu berjuang, walau langit turun menimpa, meski bumi terbagi dua, dengan cogankata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO ini satu-satunya parti milik kita, pertahankanlah, pertahankan bersama.

Saudara dan saudari,

16. Sesungguhnya, secara sedar ataupun tidak, perhimpunan kali ini berbeda dan tidak sama dengan kali-kali yang lalu. Dengan kata lain, ekspektasi terhadap perhimpunan ini, luar biasa.

17. Kerana, ternyata suasana dan kejadian-kejadian yang kita lalui, sejak setahun yang lalu, penuh liku-liku dan cabaran yang melintang.

18. Berpijak di bumi yang nyata, saya tahu daripada 191 bahagian, tidak semuanya seiring pandangan.

19. Apatah lagi pada perhimpunan kali ini, setelah episod-episod tidak terduga telah terjadi, pastinya ada sesetengah yang datang, dengan segala bentuk perasaan dan rasa serta hal-hal yang terbuku di dada.

20. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya yakin dan percaya, melihat akan rentak dan semangat yang ditampilkan, selama beberapa hari ini, majoritinya masih teguh berikat dengan kepimpinan saya.

21. Justeru, pada minggu-minggu yang lepas, dalam ikhtiar pembikinan naskhah ucapan, selaku presiden bagi kali yang ketujuh ini, saya telah mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pelbagai pihak, khususnya para alim ulama, bagi mendapat pandangan serta nasihat.

22. Ini semua, saya lakukan, oleh sebab pada hemah peribadi dan rakan-rakan, kita sedang mendepani detik-detik sukar lagi menduga kesabaran serta juga sifat istiqamah kepimpinan parti.

23. Lalunya, saya dipesan-pesan,  bagi memperingati satu sama lain, antaranya, petikan-petikan dari surah Al-Quraish dan A-li I'mran ayat 160, serta sepotong lagi kalimah-kalimah terakhir, sebagai penutup surah Al-Baqarah.

24. Begitulah, saya mengajak saudara dan saudari, sama-sama mengucapkan Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa a'la Ali Saidina Muhammad.

25. Mudah-mudahan, terurai segala simpulan, terhapus semua kesusahan, tertunai seluruh hajat yang didamba dan tercapai segala hasrat yang diinginkan, Insya-Allah.

Saudara dan saudari,

26. Merujuk apa yang saya nyatakan itu, dalam maksud lain, saban tahun, bukanlah mudah untuk saya berdiri di hadapan semua, di mana, tubuh atau susuk ini, tiap kali berucap akan dipertanya-tanya, sama ada saya ini berucap sebagai apa? Presiden UMNO atau pun Perdana Menteri Malaysia.

27. Jawapannya, ya, betul, saya sedar, saya adalah Presiden kepada parti UMNO dan benar,.dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang Perdana Menteri bagi masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

28. Beriring dengan tanggungjawab ini, setiap kali perhimpunan agung, acapkali juga dipersoal dua lagi perkara, adakah Presiden UMNO itu seharusnya berpendirian ultra atau pro-Melayu sahaja, dan keduanya mesti bersifat Islami ataupun tidak?

29. Ertinya di sini saudara dan saudari, semua orang mesti faham baik-baik, bahawa tugas yang terpikul di bahu saya, sambil dibantu oleh rakan-rakan, umpama seurat rambut dibelah tujuh.

30. Maksud yang mendalamnya, di kala Malaysia yang serba moden lagi membangun pesat ini, dengan pelbagai kaum di Semenanjung, menjangkau 40 etnik di Sarawak dan lebih 60 suku di Sabah, tambahan pula, budaya dan faham yang beragam-ragam, teknologi dan media yang makin canggih serta masyarakat yang lebih terdidik, segalanya, daripada sebesar-besar hal kepimpinan dan pentadbiran negara juga parti, kepadalah sekecil-kecilnya urusan, tidak lagi semudah dan sesenang berbanding waktu yang dulu-dulu.

31. Maksudnya, peranan kepimpinan parti dan Kerajaan, mencakupi ruang lingkup yang seluas-luasnya, yakni yang dapat dilapiskan pada peringkat nusa atau negara, ummah dan tentunya Melayu Bumiputera.

32. Maknanya lagi, amanah yang dimandatkan adalah amat besar, untuk memimpin dan menerajui sebuah kesatuan, bukan sahaja orang Melayu, Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak, Islam dan bukan Islam, di mana unjurannya terkini seramai hampir 20 juta orang.

33. Malah, tentunya seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah dekat 30 juta kini, tidak kira kaum Cina, India, Serani mahupun orang-orang Siam yang menetap di negara ini, semuanya, semuanya bagi kepimpinan UMNO, adalah sama penting dan sama mustahak dalam pembikinan sebuah nusa makmur lagi berjaya.

Saudara dan saudari,

34. Namun, saya dan kita semua harus faham dengan jelas, bahawa pendirian kita, tatkala berada di forum dan pada pentas Perhimpunan Agung UMNO ini, barulah munasabah dan barulah berhak bagi kita menjurus untuk cenderung terhadap pembelaan untung nasib serta kebajikan khususnya, orang-orang Melayu dan Bumiputera.

35. Jadinya, bagi setiap usul, segala perbahasan dan segenap isu yang diperdebatkan, obor perjuangan yang dinyala, jangan gentar dan usahlah bimbang, malah, kita dalam perhimpunan ini, sewajibnya, tidak lain dan tidak bukan, mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan Melayu dan Bumiputera, di tanah tumpah darahnya sendiri.

Saudara dan saudari,

36. Pujangga ada berpesan, hidup ini tidak pernahpun menjanjikan yang senang-senang saja. Apabila berdepan dengan masalah, kita tidak boleh sekali-kali lari daripadanya. Itulah prinsip saya.

37. Jika digali sejarah dan sisir kepimpinan negara, bermula pada zaman Almarhum Tunku, membawa kepada saya sebagai Perdana Menteri yang keenam ini, tidak ada seorang pun yang terlepas atau terkecuali daripada menerima ujian.

38. Berhubung semua ini, saudara dan saudari, tatkala dihadapkan dengan pelbagai dugaan, saya sering diperingkatkan oleh rakan-rakan, tentang mafhum dan tafsir surah Al-An'am, yang menjelaskan bahawa, cabaran terhadap seseorang pemimpin itu, harus diterima sebagai satu muhasabah, yang dengannya mudah-mudahan Allah memberi keampunan dan mengangkat martabat kita.

39. Hatta, memetik hikmah kata oleh Bapak Muhammad Nasir, bekas Perdana Menteri Indonesia bahawa, tiada percetakan atau buku-buku panduan, yang bisa atau mampu melahirkan seorang pemimpin.

40. Kerana pemimpin itu, sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya mampu menangani cabaran dan dugaan.

Saudara dan saudari,

41. Dari yang tersurat dan tersirat, dengan berbekalkan mutiara qurani dan petikan duniawi, yang telah saya sampaikan tersebut, biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tentangan yang tiba, saya, tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan, dengan beraninya, harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya, untuk terus memimpin UMNO mara menuju kemenangan.

42. Melangkah ke hadapan lagi, dalam mengharung asakan-asakan dan dugaan yang dipertimpa ke atas saya, pada hemat saya, kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati.

Termenung ...

43. Sepertimana yang sudah saya nyatakan dengan nada yang tawadu' di Parlimen baru-baru ini, ya betul, memang benar, saya seorang Presiden dan pemimpin, akan tetapi, saya juga manusia seperti saudara dan saudari semua. Masing-masing, punyai kelebihan dan kekurangan.


44. Tetapi bagi saya, I am a gentleman, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul.


45. Dalam pengertian yang lebih langsung, jika sekalipun pada suatu masa kelak, baton kepimpinan ini akan diserahkan kepada orang lain, dalam Bahasa Inggerisnya, to me, I can't just abandon our cause and drop our mission, tanpa dengan terlebih dahulu berikhtiar, mempastikan bukan sahaja isu-isu berbangkit dilangsaikan, malah, keadaan parti dan jamaah ini hendaklah kembali dipulihkan seperti sediakala, sebabnya, jika tidak, seperti yang dinasihatkan oleh para alim ulama, saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan, itu bacul namanya.

Saudara dan saudari,


46. Sebab itu, terhadap apa-apa perkara pun, ada jalan dan kaedah penyelesaiannya. Dalam ehwal 1MDB, saya ingin maklumkan bahawa, ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian.

47. Misalannya, dengan penjualan syarikat Edra, hutang 1MDB kini telah susut sebanyak 17 bilion. Ini membuktikan pelan rasionalisasi 1MDB sedang berjalan dengan baik. Insya-Allah ini akan disusuli dengan beberapa pengumuman yang lain, yang akan meyakinkan rakyat untuk akhirnya nanti mendapat penyelesaian yang tuntas.

48. Menyentuh dana 2.6 bilion pula, isu ini pun telah dijawab di sidang Parlimen baru-baru ini oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, bahawa, wang itu adalah derma dari luar negara dan bukannya diambil dari 1MDB. Saya juga telah menjelaskan dengan terperinci kepada para perwakilan semasa taklimat presiden.

Yang mustahak, saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan terbukti juga.

Saudara dan saudariku sekalian,

49. Bertitik tolak daripada semua itu, antara perkara mustahak yang mahu saya peringatkan, adalah prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.

50. Bersabit ini, apa yang mahu saya jelaskan, bukanlah sesuatu yang menurut hawa nafsu, namun disandarkan kepada sirah dan ibrah para nabi, yang didampingi sahabat-sahabat berwibawa.

51. Saya turut meninjau tawarikh pertubuhan atau organisasi di serata dunia, dan kita dapati, jika sifat kesetiaan atau loyalty tidak terwujud kental pada diri masing-masing, dalam mendokong pimpinan utama, sudah barang pasti rosaklah rencana, pincanglah kesatuan.

52. Sesungguhnya jua, kesetiaan dan ketaatan bukan sekadar menjadi nilai-nilai utama, malah merupakan sifat, sikap, prinsip dan pegangan yang semestinya berdarah daging dan menunjang dalam diri setiap orang UMNO dari sebawah-bawahnya, hingga kepada pimpinan-pimpinan kanan.

53. Barulah wujud dan adanya disiplin, tanzim serta ketersusunan dalam organisasi seperti UMNO ini. Hukamak menyebut, sesuatu hak dan kebenaran yang tidak diwaspada pun, boleh tertewas oleh fitnah dan kebatilan yang dikerangkakan dengan rapinya oleh pihak-pihak yang curang dan berniat jahat.

54. Malah, hukum kesetiaan disebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis, antaranya melalui surah An-Nisa', tentang tuntutan ketaatan kepada Ulil Amri.

55. Dalam Islam, berasaskan nas dan matan hadis yang sahih, jumhur ulama, berpegang kepada pandangan dan nilai kesetiaan serta ketaatan, yang disebut sebagai wala', yang bererti mamberi taat, kecintaan, setia dan kasih sayang kepada pemimpin dan institusi kepimpinan itu.

56. Sebab itu, kita tidak dapat memisahkan prinsip kepemimpinan dan kepengikutan, yang sebenarnya bersifat saling berkait antara satu dengan yang lain.

57. Kendati itu, dalam Sejarah Melayu lama pun, memperakukan dengan halusnya dalam bait-bait indah tentang kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan.

58. Ia menyebut, diseru dan dipanggil kita datang, disuruh pergi, kita pulang. Begitulah luhurnya prinsip kesetiaan dan ketaatan.

59. Sebab itulah, saudara dan saudari, Islam secara khulasahnya, menetapkan bahawa adalah wajib kita mentaati pemimpin yang memerintah.



60. Lagipun, sepanjang saya menempuh onar dan ranjau kerjaya menjadi ahli politik dan anggota pentadbiran, semua orang tahu, Najib Razak ini, Saya, seorang yang tidak confrontational, Saya juga tidak pernah menjatuhkan sesiapa, apatah lagi untuk mengkhianati parti UMNO tercinta ini.


61. Laginya, hampir kesemua orang yang pernah terlibat dalam politik negara inipastinya maklum, bahkan tercatat dalam lipatan sejarah parti ini, bahawasanya, Najib Razak ini, Saya jugalah pada tahun 1987, di persimpangan getir untuk menyebelahi pucuk pimpinan UMNO pada masa itu, telah dengan penuh kasih dan hormatnya, tetap memilih untuk taat dan bersetia, kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir, dalam mempertahankan kedudukannya ketika itu, sebagai presiden UMNO, sekali gus mengekalkan dirinya sebagai PerdanaMenteri.

Saudara dan saudari,


62. Berbalik kepada situasi semasa UMNO, dimaktubkan dalam perlembagaan parti bahawa, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang Presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

63. Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harafiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang Timbalan Presiden itu, fasalnya itu menyebut, "Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden".

64. Manakala, bagi fasal 9.8.3 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib Presiden itu dinyatakan sebagai, "Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden".

65. Merujuk kepada ahli-ahli pula, fasal 6.1.1 dan 6.2.1, antara intipatinya menyatakan bahawa, tanggungjawab dan hak "Ahli-Ahli UMNO" ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul.

Saudara dan saudari seperjuanganku,

66. Lantas, dengan berpegang dan memahami maksud perlembagaan ini, barulah pertubuhan atau jamaah UMNO kita ini mampu bergerak dalam ikatan yang kukuh dan sempurna, dipandu oleh etika-etika mahupun tatasusila parti yang sudah disepakati bersama.

67. Itulah rahsia, dan itulah formula, sesebuah parti politik seperti kita, yang telah bertahan dengan jayanya sehingga kini, mudah-mudahan sampai bila-bila.

Saudara dan saudari,

68. Pada perspektif lain, telah berbangkit suara-suara atau cakap-cakap, adakah UMNO masih relevan? Timbul juga, apa yang dikatakan sebagai "perang persepsi" melalui media sosial, yang kita anggap sebagai cabaran terbesar kepada kita kini, di mana sesetengah isu itu, sengaja dieksplotasi, ditohmah dan diperbesar-besarkan.

69. Bak kata orang putih, perkara-perkara half truth pun boleh menjadi absolute truth.

Saudara dan saudari,

70. Menjawab persoalan-persoalan tadi, telah terserlah UMNO yang menunjang Barisan Nasional sebagai Kerajaan yang mentadbir sejak puluhan tahun, telah membuktikan kejaguhannya, dalam membawa Malaysia tercinta ini.

71. Daripada hanya sebuah perdesaan dan perkampungan, tiada siapa dapat menjangka, kini kita telah tumbuh dan muncul menjadi sebuah Bintang Timur yang bergemerlapan bukan sahaja di rantau ini, bahkan di seantero dunia.

72. Terkini, dalam laporan daya saing global 2015-2016 oleh World Economic Forum, Malaysia telah melonjak 2 anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 144 buah negara utama ekonomi di dunia.


73. Justeru, mana mungkin orang boleh mengata kita sebagai fail state atau pengemis di bawah kepimpinan saya kini.

74. Malah, antara contoh yang boleh diperbanggakan lagi, pertamanya, pembinaan Pelantar Gas di Laut Caspian, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua di Istanbul, pelaburan Shale Gas yang merupakan Pelaburan Langsung Asing atau FDI terbesar di Kanada hasil kendalian anak-anak bangsa kita.

75. Selain itu, Penyediaan Perkhidmatan Kesihatan yakni IHH Healthcare Berhad sebagai yang kedua terbesar di dunia, serta penyelenggaraan fasiliti stesen dan pengendalian Mekah Metro, adalah juga kejayaan anak-anak bangsa kita, dan segalanya ini hasil perjuangan UMNO.

Saudara dan saudari,

76. Bercakap di sudut ekonomi juga, dalam hal GST, rakyat perlu tahu, hakikatnya, jika sebelum tahun 2015, 31 peratus daripada pendapatan Kerajaan datangnya daripada hasil minyak.

77. Namun, akibat daripada penurunan mendadak harga minyak mentah dunia yang dijangka kekal rendah, akan menyebabkan hasil Kerajaan dijangka berkurang sekitar RM30 bilion atau mungkin lebih dari itu.

78. Jika ini berlaku, badan-badan pengabsah terkemuka di peringkat antarabangsa seperti Standard & Poor's dan Fitch Ratings, akan menurunkan taraf rating kredit negara.

79. Ini juga akan menyebabkan kadar-kadar faedah pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman perniagaan melonjak naik.

Saudara dan saudari,

80. Implikasinya, menyebabkan ekonomi negara kita akan merudum, pelaburan akan terjejas, peluang pekerjaan pula menjadi terhakis.

81. Dalam konteks ini, tidak dapat dibayangkan, seandainya pihak Kerajaan tidak mempunyai keberanian politik untuk tetap melaksanakan GST, baki akaun semasa fiskal Kerajaan akan mencatat defisit sebanyak hamper RM11 bilion. Ia juga akan melonjakkan defisit negara daripada 3.1 kepada 4.8 peratus pada tahun pertama dan mungkin akan jauh lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya.

82. Akibatnya, Kerajaan mungkin terpaksa membuat pinjaman untuk membayar gaji penjawat-penjawat awam, termasuklah para guru,anggota polis dan anggota tentera.

83. Jika hal itu terjadi, tiada kenaikan gaji tahunan pada kakitangan, begitu juga elaun perjalanan, malah akan berlakunya pembekuan dan tiada pengambilan baru dibuat, hingga barangkali terpaksa mengecilkan pula saiz perkhidmatan awam. Hal ini, tentu sekali menjejaskan kebajikan seramai 1.61 juta orang kakitangan Kerajaan.

84. Syukur atas petunjuk Allah, pelaksanaan GST oleh pihak Kerajaan menjadi satu langkah yang amat tepat, sekalipun saya sedar ianya tidak popular. Dan, Alhamdulillah, hasil kutipan GST-lah yang menjadi penyelamat, melindungi rakyat daripada ditimpa kesusahan yang lebih berat jika ia tidak dilaksanakan.

Saudari dan saudari,

85. Selain itu, saya ingin menyebut, kejatuhan nilai matawang, yang menjadi kebimbangan bukanlah kerana kegagalan kita mengurus ekonomi negara, tetapi adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Antaranya, kejatuhan harga minyak dan komoditi-komoditi lain, pengucupan kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara China serta kadar faedah di Amerika Syarikat yang dijangka naik.

86. Semuanya ini, adalah diakui oleh dunia sebagai faktor luaran sebagai punca bukan sahaja terhadap Malaysia, malah turut terkesan kepada kebanyakan negara ekonomi yang sedang membangun.

87. Malah, negara seperti New Zealand dan Australia pun turut mengalami penyusutan yang teruk.

Saudara dan saudari,

88. Dari sudut yang lain, kita mengatur syukur kepada Allah SWT kerana lebih daripada 90 peratus perkara-perkara dalam Akujanji-Akujanji, yang dibuat semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, telah berjaya Kerajaan kota dan tunaikan.

89. Bukti-buktinya, boleh dilihat pada pameran di luar dewan sana. Apa yang mustahak, ia menjadi tanda bahawa kita adalah sebuah Kerajaan yang menepati janji-janjinya.

90. Namun apa pun, kita perakui, masih terdapat 2 atau 3 perkara yang dalam proses pelaksanaan seperti perumahan rakyat dan kos sara hidup, yang saya dan rakan-rakan kepimpinan negara faham bahawa isu ini adalah besar dan menjadi keresahan utama kepada rakyat dan akan ditangani sebaik-baiknya.

91. Pokoknya, kita akan terus berusaha, bagi meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan seperti BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan projek-projek Perumahan Mampu Milik serta kenaikan gaji minima dan juga kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam.

92. Di atas semuanya, yang terlebih penting, saya mahukan agar UMNO tidak hilang fokus dalam mempastikan segala akujanji itu terus kita tunai dan lunaskan.

Saudara dan saudari,


93. Bercakap dari sudut ekonomi lagi, yang turut diperkatakan kini, adalah tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pacifik atau TPPA, yang merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif, merangkumi pelbagai skop dan bidang.

94. Meskipun demikian, suka saya maklumkan bahawa, kita sesekali tidak apologetik dalam mempertahankan Agenda Bumiputera, waima ketika berunding dalam perjanjian TPPA.

95. Bahkan, kita telah mencatatkan satu lagi sejarah di mana, anggota-anggota TPPA telah menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

96. Ertinya, perjuangan UMNO sudah berjaya dan agenda Bumiputera bukan lagi sekadar menjadi agenda nasional, sebaliknya kini, agenda Bumiputera sudah diangkat dan diiktiraf di persada dunia.

97. Inilah yang dinamakan Tahaluf Iktisadi, yakni kerjasama di bidang ekonomi.

98. Sebetulnya pun, kita mengambil contoh daripada kisah sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf, yang dianggap sebagai tokoh perniagaan disegani dalam sejarah Islam, sebab beliau berani bersaing bukan sahaja dalam pasaran Islam bahkan orang-orang Yahudi.

99. Jelasnya, perjuangan UMNO, tidaklah terhenti setakat Wawasan 2020 sahaja kelak. Malah, menjelang tahun 2030, kita mensasarkan untuk berada pada kedudukan 10 negara terbaik yang paling kompetitif di dunia.

100. Lagi pula, kita mahu kemakmuran negara akan berterusan, bukan sekadar untuk 50 tahun atau sekurun lagi, bahkan untuk tempoh yang lebih panjang dari itu.

Saudara dan saudari,

101. Ringkasnya, selama puluhan tahun, di bawah kepimpinan UMNO, yang menonggak Kerajaan, pelbagai kejayaan telah kita raih dan nikmati.

102. Antaranya, kita berjaya memperkukuhkan dasar pendidikan negara, sehingga melahirkan ratusan ribu graduan yang cemerlang, yang akhirnya menjadi cendekiawan, para teknokrat, ulama, usahawan, pemimpin besar dan sebagainya.

103. Realitinya, ikhtiar UMNO selama ini, telah merubah lanskap kehidupan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada yang lebih baik ataupun disebut mobiliti sosial yang berlaku secara menegak, dalam tempoh hanya satu generasi.

Contohnya:
Anak buruh kasar telah menjadi Menteri,
Anak penoreh getah menjadi Timbalan Menteridan Ketua Menteri,
Anak nelayan telah menjadi Menteri Besar,
Anak petani dan pekebun menjadi Ketua-ketua Setiausaha, para cendekiawan terkemuka, ahli-ahli korporat serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
104. Sebagai misalan, saya tersentuh hati, apabila saya dimaklumkan bahawa, betapa sukar dan susahnya hidup sewaktu membesar dulu, ada hari makan gulai berlauk ikan kembung, manakala esoknya pula hanya dapat menjamah kuahnya sahaja.

Tapi sekarang, Alhamdulillah, tokoh penjawat awam yang saya sebutkan ini, dah pun menjawat jawatan begitu tinggi, yakni sebagai Ketua Setiausaha Negara.

105. Kisah kedua, ada juga yang dulu-dulu keluarganya terpaksa berpindah dari pedalaman ke jalan besar, semata-mata supaya anaknya itu dapat didedahkan kepada arus pembangunan negara dan menjadi lebih terbuka lagi terdidik.

Tindakan keluarga itu ternyata membawa manfaat. Hari ini, tokoh politik dari negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, telah pun berjaya menjadi seorang menteri.

106. Kisah ketiga, masih ingatkah kita lagi, semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, apabila salah seorang perwakilan, asal dari keluarga yang sangat daif dan susah di pedalaman Kedah, kini merupakan antara Doktor Pakar Otopedik termuda dalam negara ini dan telah tersenarai dalam 8 orang finalis calon angkasawan negara.

Apa yang menginsafkan kita, apabila saudara Dr. Nawar ini, mengakui bahawa, 'setiap butir nasi yang dijamah dan dimakan, adalah rezeki kurniaan Allah, hasil titik peluh perjuangan UMNO.'

Saudara dan saudari,

107. Hasrat hati saya, alangkah indahnya, jika lebih ramai, bukan sahaja para perwakilan, tetapi kesemua ahli UMNO atau sebolehnya seluruh rakyat Malaysia mensyukuri kehidupan sedemikian dan dengan limpahan rezeki yang dirasai ini sebagai hasil perjuangan parti UMNO yang kita kasihi.

Saudara dan saudari,

108. Kata orang, sudah terang lagi bersuluh. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, jelas sekali, sebegitu banyak warna-warna kejayaan orang Melayu dan Bumiputera yang telah dilakar dan dilukis hasil perjuangan UMNO, tidak terungkap oleh kata-kata, tak terhitung pula oleh angka.

109. Apatah lagi menjelang Mei tahun depan, UMNO akan mencecah usianya yang ke-70 tahun, sekaligus memegang rekod sebagai parti yang berjaya mempertahankan kemampuan dan kalibernya, mengemudi Malaysia yang pesat membangun, sejak dulu, kini dan insya-Allah selamanya.

110. Lalu, saudara dan saudari seperjuanganku, marilah kita bersama memberi tepuk semangat yang gemuruh, kepada UMNO parti tercinta yang telah berjasa kepada nusa dan bangsa ini.

Saudara dan saudari,

111. Begitulah saya, sebagai ahli parti dan Presiden UMNO yang taat dan setia, pabila tibanya bulan Mac tahun depan, genaplah penglibatan saya selama 40 tahun, bersama parti ini, tanpa sekalipun, pernah meninggalkannya.

112. Apatah lagi, saya yang lahir dari leluhur UMNO, mana mungkin bersurut pulang atau sesekali berbalik haluan. Kata pepatah orang Bugis, sekali layar sudah dikembang, saya berikrar bermati-matian akan terus memimpin perjuangan mulia ini, bagi membela orang Melayu dan Bumiputera.

Saudara dan saudari,

113. Malangnya, ada sesetengah pihak yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini, dengan tujuan menenggelamkan lawannya.

114. Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini.

Saudara dan saudari,

115. Berhubung soal ini, sarjana-sarjana agama, antaranya Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, sendiri pun, menyatakan tentang haram hukumnya menggulingkan Kerajaan.

116. Apatah lagi, melalui demontrasi jalanan, sehingga tergamakkah kita melihat pabila segelintir kaum lain, dengan beraninya memijak-mijak gambar-gambar para pemimpin Melayu Islam kita.

117. Demikian juga, saudara dan saudari, saya telah meminta pendapat beberapa orang alim ulamak, berkaitan bagaimanakah yang dikatakan sesebuah Kerajaan itu zalim serta layak ditumbangkan.

118. Soalnya, apakah kepimpinan Kerajaan kini yang telah berikhtiar sehabis baik, merintis berjuta jalan, demi maslahah rakyat, apakah itu boleh dihukum sebagai Kerajaan yang zalim?

119. Sebaliknya, baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP, ADUN PKR Penanti, di Permatang Pauh, telah menangis teresak-esak dan tersedu sedan, mengenangkan nasib para pengundi di kawasan beliau, terutamanya orang-orang Melayu yang katanya, tidak diperendah dan tidak dipeduli oleh Ketua Menteri mereka sendiri.

120. Jadi tengoklah apa yang berlaku, sampai begitu sekali. Walhal, syukurlah tidak pernah terjadi dalam sejarah Barisan Nasional, selama puluhan tahun, sampai ada yang menangis seperti itu.

121. Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera.

Saudara dan saudari,

122. Pucuk pangkalnya, janganlah hendaknya dipersiakan apa yang kita secara susah payah raih dan kecapi. Nanti menyesal sudah tidak berguna lagi.

123. Kita kena sentiasa beringat, di perhimpunan yang dirahmati inilah, orang-orang Melayu berkampung. UMNO inilah tempatnya kita menumpang manja, mengadu suka dan duka.

124. Di perhimpunan bertuah inilah, saban tahun kita keramatkan segala usul yang akhirnya menjadi dasar-dasar negara.

125. Ingat, ingat ya, di sinilah UiTM dimartabatkan, di sinilah nasib penjawat awam dibela, di perhimpunan ini jugalah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan.

126. Dan, yang paling utama, di jamaah dan himpunan inilah, syiar agama Islam dipertinggikan, dan di perhimpunan inilah juga orang Melayu menghitung masa depan keturunan mereka, agar tidak merempat di watan sendiri.

Saudara dan saudari,

127. Selain itu, dewasa ini, institusi Bumiputera seperti UiTM, bukan lagi calang-calang menara gading. Pasukan debatnya telah memenangi kategori utama dalam pertandingan debat intervarsity paling kompetitif di dunia, yang berlangsung di Universiti Cambridge.

128. Tidak lupa kepada para pendebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila memenangi kategori English as second language dalam pertandingan yang sama.

Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada mereka.

Saudara dan saudari,

129. Seterusnya, seperkara lagi yang ingin saya kongsikan dari hati ke hati, dalam melayari pimpinan dan pentadbiran negara ini, waima siapa sahaja yang duduk di kerusi sebagai sebagai Perdana Menteri, sekaligus juga seorang Presiden parti, bukan sekadar sekali-sekala, namun hampir setiap masa, saya dihadapkan dengan pelbagai dilema dan punya tiada pilihan, bahkan terpaksa membuat keputusan-keputusan yang berat dan keras, namun, demi kepentingan parti, setelah disepakati secara syura oleh Majlis Tertinggi UMNO.

130. Ternyata, ada waktunya, kalau atas dasar seorang sahabat, tidak mungkin saya mengambil keputusan yang luka lagi melukai.

131. Namun, bak kata kearifan Inggeris, if you wish to please everybody, you will end up pleasing no one.

132. Lalu, atas nama survival dan kepentingan parti, tindakan-tindakan tertentu, terpaksa dengan berat hatinya diambil.

133. Ini, saya rujuk kepada antaranya rombakan kabinet, bagi memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam membina kesepakatan dan kesetiaan, sebagai satu pasukan yang padu, berasaskan konsep collective responsibility, sebagai satu saf atau pasukan yang mantap lagi jitu.

134. Tambahan lagi, perjuangan UMNO bukan sahaja di Tanah Semenanjung, bahkan kita akan terus membantu rakan-rakan seperjuangan kita, yakni parti komponen Barisan Nasional, dalam usaha membela untung nasib rakyat di Sabah dan Sarawak.

135. Oleh itu, baru-baru ini, saya telah umumkan bahawa, lebih banyak kuasa pentadbiran atau empowerment, yang membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diberikan kepada Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

136. Tidak cukup sekadar itu, dalam Bajet 2016, kita zahirkan komitmen, dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,796 kilometer, yang bebas daripada sebarang bayaran tol.

Saudara dan saudari,

137. Begitu juga halnya bagi negeri Sabah. Di bawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, kita terus bermati-matian mempertahankan tanah Sabah daripada penceroboh yang tidak diundang.


138. Akan tetapi, kita berasa sangat kesal, tatkala kita mempertahankan kedaulatan bumi Sabah daripada pengganas, ada pula individu-individu tertentu yang tergamak, malah sanggup bertemu dengan pihak yang pernah dikaitkan dengan penceroboh di Lahad Datu.

139. Perbuatan ini sememangnya sungguh tidak bertanggungjawab, sungguh mengguris hati, bahkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keluarga dan para perajurit serta pengkhianatan terang-terangan pada negara.

140. Di atas semuanya, Kerajaan akan terus mempastikan keselamatan bumi Sabah, supaya negeri di bawah Bayu terus kekal bersama Malaysia, makmur sentosa, buat selama-selamanya.

Saudara dan saudari,


141. Sejak akhir-akhir ini, rakyat sering dimomok-momokkan oleh parti pembangkang, kononnya, mereka adalah alternatif untuk menggantikan Kerajaan Barisan Nasional.

142. Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP, cuba 'menguasai' parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

143. Ini dapat kita lihat, bilamana ada di kalangan pemimpin mereka, yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi DUN, yang dimenangi oleh PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

144. Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihanraya Negeri Sarawak nanti.

145. Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi.

146. Seterusnya, DAP mencuba lagi berpakat di tahun 2008 dan 2013 dengan PAS dan PKR. Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti.

147. Mutakhir ini pula, parti PAS telah disepak dan diterajang keluar daripada pakatan mereka macam itu saja.


148. Ternyata, puak-puak DAP ini, tak pernah bersatu hati dengan pakatan mereka. Cubalah kita fikir dan renung-renungkan. Nak berpakat pun payah, jadi, macam mana nak perintah negara?

Saudara dan saudari,

149. Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan-rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian bahawa, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada two-party system atau sistem 2 parti.

150. Mana boleh??? Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam, saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?


151. Benda inilah, hal inilah, perkara inilah, orang melayu kita, orang UMNO kita, kena berjaga-jaga dan berwaspada.

152. Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini.


153. Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma 2 pilihan sahaja, sama ada coalition, yang dipimpin oleh UMNO, ataupun satu lagi coalition yang dipimpin atau didominasi oleh DAP.

154. Maksud saya, seandai dan sekiranya UMNO ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

155. Bencananya, yang akan menimpa, apakah kita mahu masa depan anak cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah.

UMNO MENUJU ISLAM YANG AUTENTIK, SEJATI LAGI MURNI

Saudara dan saudari,

156. Menjengah jendela Islam dan perjuangan UMNO terhadapnya, selama berdekad-dekad, parti ini, telah menyongsong pembawaan syiar Islam, yang memenuhi tuntutan kerangka Maqasid Syariah.

157. Sampai kini, Malaysia semakin dikenali sebagai sebuah negara Islam progresif lagi dinamik, seraya menjadi contoh di kalangan negara membangun serta negara Islam yang lain di dunia.

158. Kita bukan beromong kosong, fakta ini dikukuhkan melalui Indeks Syariah Malaysia, yang saya lancarkan pada 10 Februari 2015 yang lalu, sebagai yang pertama seumpamanya di dunia.

159. Insya-Allah, awal tahun hadapan hasil penilaian pertama bakal diumumkan dan bersandarkan dapatan ini, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri berikrar dan berjanji akan komited sepenuhnya untuk memperkembang dan mempertinggikan syiar Islam di Malaysia.

160. Barulah, sebuah negara Islam yang digelar "Baldatun Toy-yi-batun wa Rob-bun Ghofur" akan terbangun dan terwujud jua di Malaysia. Insya-Allah.

161. Sesungguhnya, inilah rupa wajah Islam yang menjadi jajaran dan pedoman perjuangan UMNO, yang telah kita junjung.

162. Dalam mengangkat syiarnya pula, kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

163. Pucuk pangkal, kalau kita takut, mana mungkin saya membuat keputusan menjejakkan kaki ke bumi Gaza, tanah para Anbiya' di saat-saat kemelut masih meruncing ketika itu.

164. Bahkan terbukti, perjuangan ini telah kita bawa dengan beraninya, hingga ke podium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

165. Jelasnya, kepimpinan UMNO akan terus beristiqamah bagi membantu perjuangan saudara seakidah kita di Palestin. Allahu Akbar! Allahu Akbar!

166. Terkini, semalam saya sendiri telah menerima 3 keluarga seagama kita, yang bernasib malang dari Syria untuk diberi perlindungan dan kehidupan baru.

167. Sememangnya, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Maka berbenar-benarlah sabda junjungan mulia Nabi Muhammad, antaranya pada peristiwa perang Khandak.  Lantas, UMNO yang menjunjung Islam sejati atau The Authentic Islam, pasti diperkekalkan oleh Allah perjuangannya sampai bila-bila.

PERPADUAN UMMAH

Saudara dan saudari,

168. Sesungguhnya, kita hidup di dunia ini hanya sekali dan sementara saja. Harta, kuasa dan pangkat hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa.

169. Dimadah orang juga,
anak punai, anak merbah,
terbang tinggi buat sarang,
anak sungai kan berubah,
inikan pula hati orang.
170. Jelasnya, insan itu sifatnya, berbolak balik. Secara manusiawinya kita tidak ada yang sempurna. Namun, perjuangan ini, perjuangan ini, mesti kita sempurnakan.

171. Berdiri di atas perkara dan topik ini, teringat saya petikan kata-kata Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulama besar negara dari Pulau Pinang, yang juga Nenda kepada mantan Perdana Menteri Pak Lah Badawi.

172. Sheikh Abdullah Fahim mengatakan, bahawa:
"Orang Islam perlu memperbaiki perbalahan sesama mereka, dan setelah berdamai, penyatuan yang terbina itu diharap akan berkekalan. Kerana, itulah satu-satunya senjata yang boleh memperkuatkan perpaduan orang-orang Melayu dan Islam".
173. Malah, apabila bercakap tentang perpaduan ummah ini juga, teringat saya kepada ayat suci al-Quran, yang dimasyhurkan oleh pujangga Arab bahawa:
"Jika kita terlalu suka pada seseorang atau sesuatu kumpulan, maka berpada-padalah, kelak kita mungkin menjadi terlalu benci pada seseorang atau kelompok itu. Sebaliknya, jika kita terlalu benci pada seseorang atau sesatu kumpulan, maka berpada-padalah juga, mana tahu satu hari kelak, kebencian itu berubah kepada rasa suka dan cinta kepada mereka".

174. Maka saudara dan saudari, kita di dalam UMNO berasa lega, malah gembira, pabila PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

175. Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya.

Saudara dan saudari,

176. Walaupun demikian, sekalipun kita begitu mendambakan satu perpaduan ummah, namun, di atas segalanya yang paling utama dan paling mustahak, marilah mendokong usaha untuk kesatuan dan solidariti dalaman UMNO itu sendiri terlebih dahulu.

Saudara dan saudari,

177. Kerana itulah, meskipun hati saya telah terguris dan terluka dengan begitu mendalam, tetapi saya selaku Presiden, mengambil pengajaran daripada agama kita, saya memilih untuk berjiwa besar.

178. Tambahan lagi, sebagai satu jemaah dan organisasi, sudah tentu kita mempunyai disiplin tersendiri.

179. Sebagai mana Islam telah meletakkan garis batasan, tiap sesuatu itu ada sempadannya.

180. Makanya, saudara dan saudari, janganlah kita sesekali melangkaui sempadan dan batasan itu.

Saudara dan saudari,

181. Atas segalanya, jika Sukarno pernah berkata, berikan daku 10 pemuda, nescaya aku mampu menggegarkan dunia.


182. Saya pula, Najib Razak, mahukan terdiri dan terbangunnya sepasukan wanita, pemuda dan puteri yang taat lagi setia, BANTULAH SAYA, memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya.

183. Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiar musnah.


184. Gantungkanlah azam dan semangat yang tinggi, setinggi bintang di langit, biarpun ada yang berpaling tadah, biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, there shall be no retreat, no surrender.


No retreat!!! No surrender!!!

185. Demi kepentingan Islam, Melayu, UMNO dan Perpaduan Ummah. Berpaut dan bertawakkal kepada Allah, perjuangan UMNO ini, kita sempurnakan jua.

Hidup Melayu!
Hidup UMNO!
Hidup Barisan!
Hidup Malaysia

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jika tolak UMNO, bencana akan menimpa – amaran Najib

Posted: 10 Dec 2015 01:01 AM PST

Rakyat hanya ada dua pilihan - terima BN yang didominasi UMNO atau pembangkang yang didominasi DAP.
najibKUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada memilih Barisan Nasional (BN) yang didominasi UMNO atau pakatan pembangkang yang didominasi DAP yang didakwa anti perjuangan Islam.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seandainya rakyat Malaysia menolak UMNO, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.
"Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah…" katanya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC.
Najib berkata, kerajaan Malaysia tidak akan mengamalkan sistem dua parti walaupun walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi.
Beliau merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyifatkan tidak ada satu parti sahaja yang dapat kekal memerintah buat selamanya.
Najib berkata, sistem dua parti seperti yang diperkatakan Dr Mahathir itu hanya akan membahayakan negara.
"Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.
"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?," katanya.
Tegas Najib, beliau tidak akan memberi ruang kepada mana-mana individu tertentu untuk melaksanakan sistem dua parti ini, sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada.
"Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini," katanya.

Muhyiddin perlu diberi peluang bela diri, kata perwakilan

Posted: 10 Dec 2015 12:47 AM PST

Beberapa perwakilan Umno berkata serangan Datuk Seri Najib Razak secara terbuka kepada pengkritiknya tidak adil apabila mereka tidak diberi peluang membela diri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Disember, 2015.
Beberapa perwakilan Umno menyifatkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang menyerang pengkritiknya secara terbuka dalam ucapan perasmian pagi ini sebagai tidak berlaku adil apabila tidak memberi peluang kepada mereka membela diri.Najib hari ini menyerang pengkritiknya dengan mengingatkan mereka tugas timbalan presiden dan naib presiden adalah membantu presiden.
Ia susulan kecaman Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perhimpunan awal minggu ini yang meminta perdana menteri berehat seketika.

"Muhyiddin sudahlah tidak diberikan peluang berucap, macam mana beliau nak bela diri?" soal seorang perwakilan dari Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar. Dalam perhimpunan kali ini, Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan tidak membenarkan Muhyiddin merasmikan mesyuarat sayap yang menjadi tradisi parti, malah naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dinafikan haknya.
Shafie turut digugurkan daripada Kabinet bersama-sama dengan Muhyiddin kerana secara terbuka mengkritik Najib.
Hamidi juga menyatakan kekecewaannya apabila nama Muhyiddin dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai ayahanda kepada akar umbi, juga tidak diumumkan semasa dalam dewan ketika Najib menyampaikan ucapan.
"Nama Tun M (Dr Mahathir) pun tidak sebut... Apa ni?" soalnya.
Pemerhati Umno dari Sepang, Rushdan Mohamed pula berkata, ucapan Najib tidak boleh diterima kerana langkah beliau yang menyekat pucuk pimpinan lain daripada berucap.
"Beliau suruh orang bercakap, tapi apabila bercakap, beliau mahu tutup mulut orang itu. Macam tu? Biarlah beliau cakap puas-puas.
"Apa yang beliau (pemimpin) cakap tidak penting, tapi saya lebih risau dengan apa yang rakyat sedang cakap sekarang," kata Rushdan, yang juga ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana.
Sementara itu, seorang pemerhati lagi, Kamarul Azman Habibur Rahman, menyifatkan Najib sudah hilang fokus memajukan kaum Melayu dan hanya memikirkan cara kekal berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan Kelantan serang Mahathir, Muhyiddin

Posted: 10 Dec 2015 12:44 AM PST

Perwakilan Kelantan membuka langkah dalam perhimpunan agung Umno dengan menyerang Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, mendakwa kekalahan Umno di Kelantan berpunca daripada pergaduhan Mahathir dan wakil rakyat Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
"Tun Mahathir kena ingat, tahun 1987 bergaduh, tahun 1990 kita dapat kosong (kerusi dewan) dan tidak bangkit-bangkit.
"Sehingga tahun 2004 hampir bangkit, kita memperoleh 22 kerusi, kurang satu kerusi untuk memerintah, tapi tak bangkit (juga).
"Tapi saya ingat 2008 kita boleh bangkit tetapi Tun Mahathir balun lagi.
"Dia balun Umno, dia balun perdana menteri, dia balun kita semua, akhirnya kita hilang majoriti dua pertiga pada 2008," katanya.
Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan pernah mencabar Mahathir sebagai presiden Umno pada 1987 tetapi kalah tipis.
Pergaduhan itu membawa kepada pengharaman Umno. Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan Mahathir pula dengan Umno (Baru).
Tengku Razaleigh bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno.
Sementara itu, Alwi (gambar) turut mengingatkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan platform yang betul apabila menyuarakan pandangannya.
"Bang (azan) mesti dalam masjid.
"Saya ingat Tan Sri silap sikit saja, dia pergi bang bukan dalam masjid, dia bang dekat Pandang Merbok," katanya berkias.

Datuk Seri lupa cakap pasal 20 juta Melayu yang lain!

Posted: 10 Dec 2015 12:37 AM PST

Obses dengan perjuangan UMNO selama 69 tahun yang lalu dan 40 tahun penglibatannya dalam politik kepartian, Presiden UMNO mungkin terlupa untuk berkongsi hala tuju masa depan parti dan kaum Melayu yang lain dalam ucapan perasmiannya.
najib,malaysia
Saya bukan ahli UMNO. Ternyata bukan kerana saya menyokong pembangkang. Saya bukan ahli mana-mana parti pembangkang jua. Di sebalik pendirian saya tidak menyokong mana-mana parti, saya bukan ahli UMNO kerana saya bukan Melayu-Islam.
Tetapi sejak awal tahun ini, saya mula mengikuti rapat perkembangan parti politik Melayu, UMNO yang bakal menyambut ulangtahun ke-70 pada Mei tahun hadapan (2016). Sekali lagi bukan kerana obses dengan UMNO tetapi itu keperluan tugas hakiki saya selaku seorang penulis dan pembantu penyunting.
Walaupun baru berjinak, saya cukup ghairah melihat perkembangan politik dan sandiwara dalaman yang semakin hari semakin mengujakan, sehinggakan saya hilang minat pada parti politik terbesar kaum saya sendiri iaitu MIC.
Apa sahaja yang berlaku dalam MIC tak sampai 10 peratus pun daripada apa yang berlaku dalam UMNO. Jadi terdorong juga saya untuk mengikuti perkembangan UMNO hingga ke acara kemuncak pada hari ini: upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang dirasmikan oleh presiden parti yang juga Perdana Menteri, Mr.Gentleman, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malangnya, sebagai sebuah parti yang memperjuang hak dan semangat Melayu, saya tidak melihat atau mendengar apa-apa tentang kaum Melayu, tetapi ia lebih kepada seorang Melayu bernama Najib. Atau mungkinkah cukup sekadar bercakap tentang seorang Melayu untuk mewakili semua yang lain?
Sepanjang-panjang ucapan rasmi Najib tidak lari ke mana kecuali berdampingan dengan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Dengan turun naik suaranya yang penuh berirama dan dramatik, diselang-seli dengan rujukan surah al-Quran, speaking sana sini, tidak lupa juga mengingatkan semua akan darah Bugisnya, semua perkara yang dikongsikan dalam ucapan perasmian tidak menjurus kepada perancangan masa depan atau hala tuju parti untuk kaum Melayu di negara ini, sekadar memetik perkara yang sudah berlalu dan telah berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid sahkan dana asing RM2.6b bukan dari seorang penderma

Posted: 10 Dec 2015 12:27 AM PST

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak datang daripada lebih seorang penderma.
Ditanya sama ada ia penderma atau penderma-penderma, Zahid berkata: "Jamak".
Zahid sebelum ini berkata beliau sudah menemui seorang penderma.
Kekeliruan dalam isu derma ke akaun perdana menteri terus berpanjangan apabila timbul persoalan mengenai jumlah penyumbang yang didakwa dari Timur Tengah itu.
Dalam temubual dengan akhbar The Star yang diterbitkan hari ini, Najib sekali lagi mendakwa dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Umno bertakbir ajak PAS bekerjasama

Posted: 10 Dec 2015 12:22 AM PST

Dakwa DAP tidak setia, dua kali cerai parti sekutu
najib_pas_umno_600
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka mengajak PAS untuk bekerjasama dengan parti pemerintah itu atas dasar membina Malaysia di atas syariat Islam.
Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis memuji keputusan PAS meninggalkan "Pakatan Pembangkang".
"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali‎ silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," katanya dalam ucapan dasar beliau hari ini.
Ucapan beliau itu mendapat tepukan gemuruh ribuan delegasi Umno hari ini yang spontan melaungkan takbir "Allahuakbar!"
Najib menyentuh perhubungan dingin dan retak antara PAS dan DAP di negeri yang dikuasai mereka dan menyatakan parti pemerintah Pulau Pinang itu sebagai tidak pernah setia dengan rakan sekutu mereka selama ini.
"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada tahun 1995. Bergabung semula di tahun 1999. Kemudian tahun 2004, berpisah lagi.
"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak taulah pulak talak berapa nak pakai nanti," kata Presiden Umno itu.
Najib turut mengutuk Pulau Pinang yang didakwanya menzalimi orang Melayu sehingga ADUN Penanti dari PKR mengalirkan air mata di Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
"Ini tidak pernah berlaku ketika pemerintahan BN.
"Realitinya, siapa yang zalim sebenarnya? Tepuk dada, tanyalah selera," kata beliau during tepuk sorak delegasi yang memenuhi dewan dan ruang legar PWTC.

Najib ‘terdesak’ tawarkan kerjasama, kata pemimpin PAS

Posted: 10 Dec 2015 12:20 AM PST

Datuk Seri Najib Razak kelihatan sangat terdesak apabila terpaksa secara terbuka menawarkan kerjasama kepada PAS bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), kata wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, tawaran Najib yang dikatakan bertujuan "menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya" itu dilakukan kerana Umno tidak memikirkan lagi undi orang bukan Islam. "Ini kerana, bagi saya, Najib rasa BN tidak berupaya lagi mendapat lebih 20% undi bukan Islam," katanya. Daripada 'bahasa badan' dan kenyataannya, jelas menunjukkan mereka mahu melonjakkan undi Melayu melalui bekerjasama dengan PAS, kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, Umno tidak mahu membiarkan undi Melayu pecah kepada 3 iaitu Umno, Pakatan Harapan dan PAS jika dibiarkan parti Islam itu bersendirian. "Saya yakin, PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan walaupun dipujuk PKR. Dan akhirnya PKR terpaksa pilih Pakatan, bukannya PAS. "Ini kerana, kalau sertai Pakatan, orang akan dakwa PAS hipokrit, selepas sekian lama menolaknya," kata Mahfuz mengulas fenomena yang berlaku sekarang.

Umno hulur tangan kepada Pas

Posted: 10 Dec 2015 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak‎ hari ini menghulurkan "tali silaturahim" kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak ‎lagi bersama pakatan pembangkang selepas 'disepak dan diterajang keluar' oleh‎ rakan-rakan pembangkangnya.
Najib "Maka saudara dan saudari...kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, pabila Pas kini tidak lagi bersama dengan parti pembangkang.
"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali‎ silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya," katanya dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Walaupun Umno mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam Umno itu sendiri terlebih dahulu.
Pertelingkahan secara terbuka di antara Pas dengan rakan-rakan PR terutamanya DAP berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya di negeri-negeri diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Hubungan Pas dengan rakannya dalam PR semakin meruncing berikutan penubuhan parti Amanah yang diterajui bekas-bekas pemimpin parti itu yang mendapat sokongan kuat DAP.
Baru-baru ini, Pas mengisytiharkan parti itu sebagai parti pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang dipimpin DAP memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan ahli Pas.
Sementara itu, menyentuh kepada kenyataan individu tertentu yang mahukan negara menjurus kepada sistem dua parti, Najib dengan tegas menyatakan ia tidak akan berlaku dan Umno tidak akan menerimanya.
"Mana boleh...Mana boleh perkara ini kita terima," katanya dan menambah, Umno tidak akan menerima seruan itu bukan atas dasar ia tidak faham pengertian demokrasi tetapi "seruan tidak bijaksana" itu berbahaya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Kalau gila sangat nak berucap, buat sekali lagi di Kg Baru’ kata Zabidi

Posted: 10 Dec 2015 12:00 AM PST

Muhyiddin boleh memberikan ucapan penggulungan dihadapan orang ramai dan bukannya kepada para perwakilan UMNO.
muhyiddin,PAU
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dicadangkan supaya mengadakan satu lagi majlis di Dewan Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru sebagai pentas untuknya membuat ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.
Sindiran itu dibuat oleh penulis blog, Awang Zabidi sebagai reaksi terhadap Muhyiddin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal apabila rayuan mereka berdua untuk berucap pada perhimpunan itu ditolak oleh pihak Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
"Orang politik memang pantang lihat mikrofon. Mesti nak berucap. Oleh kerana Muhyiddin masih nak berucap apa salahnya beliau sekali lagi buat majlis di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada hari Sabtu malam.
"Kalau Isnin lalu beliau boleh buat majlis kerana tidak diberi peluang merasmikan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO, apa salahnya beliau buat majlis pengulungan khas Timbalan Presiden UMNO mengulas isu yang dibangkitkan oleh para perwakilan," tulisnya pada entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my pada Khamis.
Zabidi turut menjangkakan ramai yang akan hadir jika Muhyiddin memberikan ucapan penggulungan itu nanti dengan jumlah kehadiran bukanlah daripada para perwakilan UMNO.
"Kalau gila sangat nak berucap, buatlah majlis pengulungan itu di Kampung Baru sekali lagi," tulis Zabidi lagi.

JANGAN SUSAH HATI - INI PELUANG MUHYIDDIN, SHAFIE BUAT SATU LAGI HIMPUNAN BERASINGAN

Posted: 09 Dec 2015 11:59 PM PST

Mesyuarat khas MT semalam sah membuat keputusan hanya Najib Razak seorang saja dibenarkan berucap pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 tahun ini.

Bermakna, tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya yang biasanya menampilkan seorang atau dua ahli MT, ketua-ketua sayap, Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya sekali oleh Presiden untuk memberikan ucapannya, tahun ini tiada pemimpin lain diberi ruang berucap sebegitu rupa.

Merasmikannya Najib dan menutupnya pula hanya Najib. Tidak ubah PAU tahun ini diadakan semata-mata untuk Najib.

Keadaan ini berlaku tidak lain kerana wujudnya perbezaan pendapat antara Najib dengan Muhyiddin dan Shafie berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang menyebabkan kedua-duanya diketepikan daripada kerajaan.

Dalam mesyuarat khas MT semalam, walaupun Muhyiddin dan Shafie membuat rayuan agar mereka dibenarkan menyampaikan ucapan sebagaimana biasa, tetapi ia tetap ditolak.

Ia akhirnya mengesahkan tanggapan Muhyiddin bahawa beliau hanyalah ibarat tunggul saja dalam perhimpunan tahun ini.

Sebelum ini, dengan tujuan untuk menyekat suara Timbalan Presiden itu, Muhyiddin juga dilarang daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
Read More / Baca Lagi >>