Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Alasan Muhyiddin tidak hadir Taklimat Presiden?

Posted: 09 Dec 2015 09:19 AM PST


Susulan ketidakhadirannya pada majlis Taklimat Presiden, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 malam semalam yang menjadi tumpuan, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil menjawab kepada pemberita.

Menurut Muhyiddin, beliau telah mempunyai temu janji lain yang ditetapkan lebih awal dengan Umno Pagoh di Universiti Malaya (UM), malam semalam.

"Itu bukan merupakan satu perkara besar. Taklimat presiden itu biasa. Saya sudah jangka mungkin apa-apa yang nak dijelaskan itu bukan sesuatu perkara yang baharu. Namun kebiasaannya, taklimat itu diadakan sebelah petang, kali ini dibuat sebelah malam.

"Saya pula sudah ada jadual dengan ahli-ahli parti saya (Pagoh) kira-kira 200 orang dalam majlis makan malam di Kompleks Persatuan Alumni UM. Maka, saya sudah terikat dengan program itu," katanya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau menerima maklumat bahawa Muhyiddin telah sampai ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka di mana majlis taklimat itu berlangsung.

Program yang bermula jam 9 malam itu, menjadi amalan Presiden Umno berucap dan memberikan amanatnya di hadapan 191 pimpinan Umno bahagian dari seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kehadiran dan penyertaannya dalam PAU esok itu sendiri lebih penting.

"Bagi saya, ini (ketidakhadiran) tidak harus digembar-gemburkan. Bukan kerana seolah-olah saya tidak menghormati tetapi yang lebih penting, kehadiran saya dan penyertaan saya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (malam ini) dan perhimpunan agung, esok," katanya.

Kira-kira jam 3 petang tadi, Muhyiddin dan isteri dilihat tiba ke PWTC bagi melawat persidangan ketiga-tiga sayap parti, Pemuda, Wanita dan Puteri yang sedang berlangsung.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Muhyiddin kesal MT Umno halang berucap?

Posted: 09 Dec 2015 09:50 AM PST


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa kesal apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan supaya beliau tidak dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Beliau berkata berdasarkan perbincangan dalam taklimat MT Umno malam ini, majoriti menyuarakan supaya Muhyiddin dihalang mengambil bahagian sama ada ucapan dasar mahupun penggulungan.

"Sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa, tapi Majlis Tertinggi Umno sudah buat keputusan, apa saya nak kata.

"Saya tetap tak diberi peluang untuk berucap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat MT Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Terdahulu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat MT Umno malam ini tidak membincangkan nasib Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya mesyuarat MT Umno pada malam ini hanya membincangkan persiapan pembentangan Perhimpunan Agung Umno yang biasa akan dibentangkan oleh Pengerusi Tetap.

Sementara itu, Mohd Shafie selaku Naib Presiden Umno pula mengesahkan bahawa mesyuarat MT Umno malam ini tidak membincangkan usul pemecatan dua pemimpin kanan parti Melayu itu.

"Saya cuma meminta rayuan supaya memberi peluang saya berucap dan keputusan MT Umno saya boleh berucap termasuk Timbalan Presiden," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata, perbincangan pimpinan Umno itu tidak menyentuh soal tindakan disiplin yang bakal diambil Lembaga Disiplin Umno terhadap Muhyiddin dan Mohd Shafie.

"Presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden masih orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana.

"Apa yang telah diputuskan ialah ucapan penggulungan, hanya ketua sayap sahaja, maka penggulungan akan dibuat oleh presiden parti sahaja," jelasnya.

Bagi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata Muhyiddin dan Mohd Shafie masih kekal dengan jawatannya dalam parti.

"Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie masih timbalan presiden dan naib presiden, mereka akan hadir perhimpunan nanti.

"Hanya presiden saja menggulung," katanya lagi.Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa kesal apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan supaya beliau tidak dibenarkan berucap pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Beliau berkata berdasarkan perbincangan dalam taklimat MT Umno malam ini, majoriti menyuarakan supaya Muhyiddin dihalang mengambil bahagian sama ada ucapan dasar mahupun penggulungan.

"Sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa, tapi Majlis Tertinggi Umno sudah buat keputusan, apa saya nak kata.

"Saya tetap tak diberi peluang untuk berucap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat MT Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Terdahulu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat MT Umno malam ini tidak membincangkan nasib Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebaliknya mesyuarat MT Umno pada malam ini hanya membincangkan persiapan pembentangan Perhimpunan Agung Umno yang biasa akan dibentangkan oleh Pengerusi Tetap.

Sementara itu, Mohd Shafie selaku Naib Presiden Umno pula mengesahkan bahawa mesyuarat MT Umno malam ini tidak membincangkan usul pemecatan dua pemimpin kanan parti Melayu itu.

"Saya cuma meminta rayuan supaya memberi peluang saya berucap dan keputusan MT Umno saya boleh berucap termasuk Timbalan Presiden," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata, perbincangan pimpinan Umno itu tidak menyentuh soal tindakan disiplin yang bakal diambil Lembaga Disiplin Umno terhadap Muhyiddin dan Mohd Shafie.

"Presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden masih orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana.

"Apa yang telah diputuskan ialah ucapan penggulungan, hanya ketua sayap sahaja, maka penggulungan akan dibuat oleh presiden parti sahaja," jelasnya.

Bagi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata Muhyiddin dan Mohd Shafie masih kekal dengan jawatannya dalam parti.

"Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie masih timbalan presiden dan naib presiden, mereka akan hadir perhimpunan nanti.

"Hanya presiden saja menggulung," katanya lagi.

Wasabi Oyabun..

Dana RM 2.6 Billion: BNM Dah Tahu Dari Mula, Kenapa Tak Cakap Apa-Apa?

Posted: 09 Dec 2015 12:39 AM PST


Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) awal-awal lagi sudah dimaklumkan akan kewujudan akaun dimana derma sebanyak RM 2.6 billion dimasukkan pada 2013, agak memeranjatkan kita semua.

Sebab dari mula kes ini berjalan, BNM nampak macam Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB, keliru, macam bodoh dan tak tahu apa-apa. Apa rupanya sebelum wang itu masuk pun, BNM telah dimaklumkan mengenainya. Ada 4 surat dari penderma berkenaan untuk membuktikan perkara tersebut.

Tak hairan kenapa Perdana Menteri arah kebocoran maklumat mengenai dana itu disiasat, beliau tahu semuanya sudah ikut prosedur tapi kenapa boleh bocor, dimanakah puncanya? Sekarang agak-agak sudah tahulah puncanya dari mana.

Jadi untuk menangani persepsi ini, BNM perlu tampil bagi penjelasan kenapa dari mula mereka tidak buat kenyataan bahawa kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (atas permintaan penderma yang terbabit), adalah mengikut prosedur? 5 minit cakap pun tak sampai, tapi kenapa tak buat sehingga perkara ini berlanjutan berbulan-bulan?

Bukankah jadi tanggungjawab BNM untuk memastikan urus tadbir perbankan negara ini terkawal dan terlindung dari sebarang salah laku yang boleh menghilangan keyakinan umum terhadap urusan perbankan di negara kita?

Apakah BNM nak negara ni jadi macam sesetengah negara lain di dunia dimana institusi perbankan tidak dipercayai, rakyat nak beli kereta kena bawak selonggok wang tunai kerana tidak ada bank yang nak bagi pinjaman dan sebagainya?

Semua ini memerlukan penjelasan dari pihak yang terlibat, terutana Gabenornya. Jika ada salah laku yang berkaitan perlu diambil tindakan sebab nampak macam ada penglibatan orang dalam BNM sendiri sehingga perkara ini boleh terbocor ke pihak luar.

Dulu NFC dah sekali, takkan kali ni berlaku lagi?

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG DI BELAKANG G25

Posted: 09 Dec 2015 10:34 AM PST

lgeKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pelopor gagasan liberal yang berselindung di sebalik jenama Islam, 'maqasid syariah' ?

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP merupakan perasmi "Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan," anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, pada 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmian forum itu, Lim merakamkan alu-aluan kepada lapan individu yang menjayakan program itu.

lge1

Mereka adalah;

1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute

2. Dato' Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang

3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25-bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women's Leadership University (AWLU) Project

4. Dato' Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)

5. Dato' Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25-Pengerusi CIMB Group

6. Dato' Dr Anwar Fazal, G25 -Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang

7. Dato' Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.

8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN).

"Dari segi sejarah, Pulau Pinang adalah tempat pertemuan idea dari tamadun yang berbeza, yang memberkati kita rakyat Pulau Pinang dengan pandangan kosmopolitan dan progresif.

"Institut Pulau Pinang harus dipuji kerana membantu untuk menganjurkan forum bersama dengan G25 dalam tradisi mulia ini di Pulau Pinang.

"Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada G25, bukan sahaja membawa forum di Pulau Pinang – (tetapi) mereka juga akan mempunyai satu lagi forum di Kuala Lumpur pada 5 Disember.."kata Lim dalam ucapannya.

8-g25

Selanjutnya, sila klik di sini

Tentatif program itu seperti berikut :

8.30 pagi: Pendaftaran

9.00 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang

09:10: Ucapan pengenalan berkenaan G25 oleh Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim

09:20: Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah

Moderator: Dato'Noor Farida Ariffin

Topik 1: Pertindihan bidang kuasa antara Undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil (Encik Nizam Bashir)

Topik 2: Islam dan Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan (Mr Lim Heng Seng)

Topik 3: Trend dalam Semakan Kehakiman Perkara-perkara Syariah (Speaker – TBC)

11.00 pagi: rehat

11:20: Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk

Moderator: Dato 'Anwar Fazal

Topik 1: Kebangkitan Semula Islam dan Kesan Sosio-Politik (Dr Nawab Osman)

Topik 2: Dasar Islamisasi dan Kesannya Terhadap Sistem Pentadbiran (Dr Maznah Mohamad)

Topik 3: Kepelbagaian budaya dan Politik Islam (Dr Syed Farid Alatas)

01:00: Ucapan perasmian oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

01:30: Makan tengah hari

2.30 petang: Sesi Panel 3 – Maqasid Syariah dan kesejahteraan rakyat Malaysia

Moderator: Dr. Wong Chin Huat

Topik 1: Maqasid Syariah – Satu wawasan kesejahteraan bagi umat Islam? (Dr Mazlee Malik)

Topik 2: Bolehkah Maqasid Syariah memberikan keadilan ? (Dr. Mohd. Iqbal Abdul Wahab)

Topik 3: Adakah Maqasid Shariah menghalang kebebasan ? (Encik Abdul Naser Tun Abdul Rahman)

Pembahas: Dr Dzulkefly Ahmad

04:30: Ucapan penutup oleh Dato 'Dr Sharom Ahmat

04:40: Teh & Bersurai.

Individu-individu yang terlibat dalam "Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan" di Pulau Pinang pada Oktober itu hampir sama dengan tokoh-tokoh liberal yang terlibat dalam forum "G25 : Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember.

Pada forum di Kuala Lumpur, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Najib cuba sogok? Betoi ka tak minta apa-apa?

Posted: 09 Dec 2015 08:33 PM PST



Dalam posting terbaru CheDet, Tun kata dia tidak minta apa-apa.

Sebenarnya hampir setiap isu yang ditimbulkan akan ada sesuatu yang diminta. Baik menuntut jambatan bengkok, jatuhkan Pak Lah, Edra, TRX, dll, ada saja cerita disebalik. Sebaik jatuh Pak Lah, tiada pula diteruskan isu-isu salahlaku seperti ECM Libra.

Nak tahu perlu lakukan kajian dan sumber. Banyak ceritanya termasuk kes-kes tanah sudah dibeli hanya tunggu macam-macam projek dilulus dan mulakan. Yang untung kroni dan bukannya terus kepada rakyat seperti cara yang dilakukan Najib. Unspinners belum nak ceritakan lagi.

Hanya nak timbulkan sesuatu yang Lim Sian See tulis untuk menafikan kenyataan Tun.

Sebenarnya Tun Mahathir mula tuntut Najib letak jawatan sebaik saja kerajaan menolak permohonan grant untuk Proton sebanyak RM1.7 billion. Ia tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Ketika itu Tun guna alasan ekonomi.

Angka dan maklumat ini tepat dan bukan RM2 billion yang pernah dikatakan Proton minta bailout. Situ Najib ada salah sikit. Baca petikan berikut:

As the Chairman of Proton, he had wanted RM1.7 billion in free govt grants for Proton as well as repeatedly in the past few months he has asked for more protection for Proton - which would have meant higher car prices for all.

Firstly, govt can no longer protect Proton as the Rakyat has suffered greatly to the tune of RM300 billion over the 30 years of this Proton experiment - and plus govt had put it in their GE13 manifesto to reduce car prices by 30% by the year 2018.

Also, govt can't simply give billions to Proton nowadays as Proton is no longer government owned by is now a private company under DRB-Hicom.

Here is an article from July 2014 about Mahathir as Proton Chairman requesting RM1.7 billion for Proton - this request was rejected.


It has been reported that national carmaker Proton has applied for financial support from the government – the company has submitted a request for a RM1.7 billion grant from the Economic Council (EC), which is chaired by Prime Minister Datuk Sri Najib Razak, according to reports from The Edge and The Star.
Last week, the automaker said it was seeking reimbursement from the government for the money it has invested in research and development (R&D) to produce new cars.
"We have asked the government to reimburse some of the money we invested on R&D projects. This is a normal practice in the car industry, where incentives are given to carmakers for development of new technology," Proton chairman Tun Dr Mahathir Mohamad had said.
This requested was rejected the very same month. And very very coincidentally, the very NEXT month, on Aug 18,2014, Mahathir announces in his blog that he has withdrawn support for Government,

He listed a bunch of reasons (1MDB was not even mentioned once) and one of them was "Najib was ruining the economy by prioritising imported goods at the expense of the local industry."


Isu 1MDB hanya timbul kemudian sebagai penambah dan sensasi. Tun minta sesuatu untuk Proton yang kini kepunyaan peribadi. Itu kira adalah yang diminta.

Sebenarnya ada yang dalam perancangan 1MDB yang mahu dibuat dan dilakukan untuk manafaat rakyat dan negara bagi jangkamasa panjang tapi ianya sudah disabotaj. Ia bukan hal IPP, bukan hal Bandar Malaysia dan TRX.

Adalah ... 

Betoi ka Najib hancurkan economy? Hanya taktik menakut-nakutkan oleh Dr Mahathir.

Menurut Lim Sian See SINI pula, secara makro Najib capai lebih banyak dari Tun dalam masa 6 tahun pertama berbanding Tun.


Mahathir banyak bina infrastruktur tapi Najib pun lakukan banyak untuk manafaat rakyat, bukan kroni.


Hal kroni ada di SINI

Masaalah yang susah untuk Najib adalah kenaikkan barang disebabkan banyak faktor luar dan polisi-polisi terbaru. Kenaikkan gaji pula agak lambat menurut.

Masaalah Tun pula adalah Proton bertambah teruk kedudukannya:


 Hari tu jatuh ke nombor 3, lani nombor 4. Nak naikkan harga pulak? 



Bukti DAP dan Mahathir guna akaun dan nama peribadi terima derma

Posted: 09 Dec 2015 04:30 PM PST



Lihat dalam circle kuning itu ... Elok tanya Tony Pua yang bising binget. Malah Tun Dr Mahathir pun lakukan perkara yang sama. Berikut petikan dari blog Lim Sian See:
And in the case of Tun Mahathir himself, a court testimony in 2010 by the ex-shareholders and directors of UMNO-linked company Realmild - which owned assets worth billions consisting of New Straits Times, MRCB and TV3 - revealed that 70% of the shares of Realmild was held in proxy for the personal name of Tun Mahathir (not UMNO!!).
This fact was further confirmed by Anwar Ibrahim who had wrote on his blog in 2010:
Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut. 
Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya. 
Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar. 
ANWAR IBRAHIM
So, how did Tun Mahathir explain why the beneficial owner of 70% of a company worth billions were essentially under his own personal name and not in the name of the party?
Of course Tun Mahathir kept quiet and didn't bother to explain - and neither did he sue Anwar Ibrahim for stating that too nor sue the ex-director for giving a sworn testimony in court,
Tun Mahathir never needs to explain himself, of course.

Boleh baca seterusnya blogger anjing salak terbaru Mahathir di SINI persenda Dato Najib dan UMNO TAPI MAKLUMAT PUN SALAH!!!???%$&()


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Intipati Penting Ucapan Presiden UMNO #KekalNajib #PAU2015

Posted: 09 Dec 2015 09:47 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Apa saya minta dari Najib untuk negara, rakyat' - Mahathir

Posted: 09 Dec 2015 04:50 PM PST

1.​NAJIB mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.
Mahathir Mohammad 2.​Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang.
3.​Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.
4.​Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
5.​Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.
6.​Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.
7. ​Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.
8. ​Tetapi kehilangan wang kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila RM2.6 billion tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.
9.​ Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki RM2.6 billion.
10.​Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan Umno telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Najib cuba sogok saya

Posted: 09 Dec 2015 04:49 PM PST


Setelah serangan demi serangan, Tun Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menyogoknya.
"Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak.
"Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.
"Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau tidak menyokong Najib kerana tidak dapat apa yang diminta.
Bagaimanapun, kata Mahathir, beliau tidak minta apa-apa, malah menolak pemberian kerajaan selepas bersara, seperti tanah percuma di Putrajaya.
"Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang," katanya.
"Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik kepada kerajaan.
"Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara," kata perdana menteri keempat itu.
Justeru, beliau berkata permintaan daripada Najib semata-mata demi negara dan rakyat.
"Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib," katanya.

Pemuda kata pergi, Wanita kata mari kepada penentang Najib

Posted: 09 Dec 2015 04:22 PM PST

Wanita berharap kumpulan penentang kembali 'bersama' UMNO, manakala Pemuda pula sedia berpatah arang
Khairy
KUALA LUMPUR: Sayap Pemuda tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan mana-mana ahli, termasuk yang berumur 90 tahun, sekiranya perlu demi menyelamatkan UMNO dari elemen jahanam.
Namun sebelum penyingkiran dilakukan, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata Pemuda memohon kepimpinan parti supaya mencari titik pertemuan, menyelesaikan masalah dan merapatkan barisan.
"Sekiranya tidak boleh dan berusaha untuk menjahanamkan parti…Pemuda minta supaya keluar dari parti," tegasnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Rabu.
Kenyataan Khairy itu dipercayai merujuk kepada tri Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum itu, penyokong dan penentang Muhyiddin Yassin dilaporkan bertembung dan bertegang urat di dewan yang menempatkan persidangan sayap Wanita UMNO.
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan penggulungannya merayu tri berkenaan supaya kembali 'bersama' kepimpinan lain di bawah naungan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Wanita UMNO tidak mahu orang Melayu dikuasai DAP angkara tindakan mereka menentang Najib.
"Tidak ada parti lain (selain Umno). Nak serah orang Melayu Bumiputera kepada DAP ke? Saya tidak sanggup! Biar darah mengalir, kita tidak akan biar DAP ambil alih negara kita! UMNO lemah DAP ambil negara kita, nauzubillah," rayu Shahrizat.

Tiada ucapan Muhyiddin, nasib juga belum jelas

Posted: 09 Dec 2015 04:06 PM PST

 Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sah tidak dibenarkan berucap dalam sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ke-69 pada Sabtu ini.
Beliau mengesahkan perkara itu kepada pemberita selepas ditemui selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara malam ini.
"Saya sedih, saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap," katanya.
Muhyddin juga berkata mulut beliau kini "dikunci".
Mesyuarat MT Umno hari ini bermesyuarat kira-kira dua jam.
Muhyiddin dengan wajah yang sungul mengulangi kekecewaannya dengan berkata:
"Saya sedih. Hak saya sebagai timbalan presiden hanyalah duduk hingga akhir. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi itulah keputusannya," katanya.
Pada masa sama, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal telah merayu tetapi tetap tidak dibenarkan berucap.
"Saya dan Shafie merayu untuk dibenarkan berucap. Tetapi setelah perbincangan dilakukan, nampaknya tetap menghalang saya," katanya.
Mesyuarat menetapkan bahawa hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak akan berucap pada sesi penggulungan.
Tiada sidang media diadakan selepas mesyuarat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAU: Muhyiddin sedih mulut dikunci MT

Posted: 09 Dec 2015 04:02 PM PST

Hanya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berucap pada sesi penggulungan.
muhyiddin
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden berucap pada sesi penggulungan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69.
Tan Sri Muhyiddin sewaktu ditemui FMT melahirkan rasa kecewa dengan pendirian majlis itu.
"Saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap. Saya tidak tahu atas alasan apa.
"Saya tidak boleh merasmikan, tidak boleh berucap. Mulut saya dikunci," ujarnya sewaktu ditemui selepas mesyuarat khas MT pada Rabu malam.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini lantang mengkritik Najib ekoran beberapa isu kontroversi yang dikaitkan pada Presiden UMNO itu.
Antara isu yang dikaitkan adalah kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion dari seorang dermawan Timur Tengah yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.
Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tanpa berselindung menyatakan rasa dukacita diatas layanan yang diterimanya.
"Saya sedih. Hak saya sebagai Timbalan Presiden hanyalah duduk hingga akhir. Saya tidak tahu apa sebabnya tetapi itulah keputusannya," ujarnya lagi.
Pada masa sama, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal telah merayu tetapi tetap tidak dibenarkan berucap.
"Saya dan Shafie merayu untuk dibenarkan berucap. Tetapi setelah perbincangan dilakukan, nampaknya (MT) tetap menghalang saya," jelasnya.
Di mesyuarat yang berlangsung pada jam 8 malam itu, majlis menetapkan bahawa hanya Presiden Datuk Seri Najib Razak dibenarkan berucap.
Mesyuarat turut menetapkan bahwa Muhyiddin dan Shafie masih lagi ahli UMNO dan tidak dipecat dari parti Melayu itu.

Rayuan Muhyiddin, Shafie berucap pada penggulungan ditolak MT Umno

Posted: 09 Dec 2015 04:00 PM PST

Majlis Tertinggi Umno menolak rayuan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal untuk memberikan penggulungan ucapan presiden. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Tertinggi (MT) menolak rayuannya untuk berucap menggulung ucapan presiden dalam perhimpunan agung kali ini.Ia sekaligus 1 lagi langkah mengekang pemimpin nombor 2 Umno itu daripada mengkritik Datuk Seri Najib Razak di hadapan perwakilan  seluruh negara yang berhimpun di Ibu Pejabat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga 12 Disember ini.
"Saya dan Datuk (Seri) Shafie (Apdal) merayu supaya diberi berucap tetapi nampaknya tidak boleh juga.

"Dalam perbincangan itu ada yang menghalang saya. Saya tidak tahu kenapa tetapi itulah keputusannya," katanya sewaktu ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno malam ini. Menurut Muhyiddin, beliau tidak bersetuju dengan ketetapan itu yang dilihat menutup ruang buat dirinya selaku timbalan presiden serta ia bukan amalan biasa Perhimpunan Agung Umno.
"Saya tidak berapa setuju, sepatutnya bagilah ruang dan peluang kerana itu amalan biasa," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ucapan penggulungan hanya dibuat ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.
Beliau juga mengesahkan tiada sebarang perbincangan tentang tindakan disiplin ke atas Muhyiddin dan Shafie sewaktu mesyuarat MT berlangsung sebentar tadi.
Ia sekaligus memadamkan desas-desus kemungkinan Muhyiddin dan Shafie dipecat daripada Umno ekoran kritikan mereka terhadap Najib terutamanya isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
"Tidak ada perbincangan melibatkan jawatankuasa disiplin dan sebagainya. Presiden, timbalan presiden dan naib presiden masih orang sama," katanya.

Isu Rosmah di tangga teratas video '51 dalil'

Posted: 09 Dec 2015 03:56 PM PST


Ketika ketegangan hubungan perdana menteri dan timbalannya pada 1998 – Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – muncul sebuah buku kontroversi ketika perhimpunan agung Umno.
Mungkin terinspirasi daripada buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" itu, video hampir sama kini muncul di Internet yang memaparkan 51 sebab penolakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Dinamakan "51 Dalil Mengapa PM Najib Razak Sudah Tidak Layak Jadi PM", video itu kini dikongsi meluas di media sosial.
Tidak jelas asalnya dikeluarkan oleh siapa, ia dikesan dimuat naik di Facebook Kelab Che Det, yang menyokong Mahathir.
Empat jam sahaja dimuat naik, ia ditonton sebanyak 189,455 kali, dikongsi 7,552 kali dan mengumpul 11,534 'like'.
Di tangga teratas, video itu menjadikan dakwaan sekitar isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai faktor utama.
"Tidak berupaya mengawal isteri boros berbelanja," menurut dalil pertama itu.
Antara faktor lain dibangkitkan melibatkan kekangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup, isu 1MDB dan penerimaan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Najib Dan Penderma 2 6 bilion

Posted: 09 Dec 2015 03:01 AM PST

PAU 2015: Suasana Kecoh Antara Penyokong Muhyiddin, Media

Posted: 09 Dec 2015 03:00 AM PST

TIADA PILIHAN LAIN SELAIN DEDAH NAMA PENDERMA BUDIMAN RM2,600 JUTA

Posted: 09 Dec 2015 02:57 AM PST

Sekiranya Najib Razak tidak mengelak dan berani berdepan di Parlimen pada 3 Disember lalu untuk menjawab isu derma RM2,600 juta yang diterimanya, pastilah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini memberi lebih kelegaan kepadanya.

Tetapi, oleh kerana Pahlawan Bugis itu memilih untuk menjadi pengecut, bahana wang derma yang banyak misteri itu akan berterusan menjadi beban kepadanya.

Tindakan menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membacakan kenyataan 3 minit mengenai wang itu di Parlimen bukan saja suatu kesilapan, bahkan menolak sebarang soalan serta perbahasan mengenainya, lebih menampakkan ketidakmatangan Najib dalam berpolitik dan menguruskan persepsi rakyat.

Alasan subjudis yang dinasihatkan oleh Peguam Negara dan kemudian ditolak oleh dua bekas hakim berikutan tiada sebarang kes dibawa ke mahkamah, juga menunjukkan seolah-olah dalam lingkungan yang rapat dengan Najib sendiri mahukan beliau terus terbeban dengan isu wang RM2,600 juta itu.

Jika Najib berani menjawab dengan jujur dan berterus-terang di Parlimen tempohari, bukan saja Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal serta ramai yang lain tiada ruang lagi untuk terus bercakap mengenainya, perjalanan PAU tahun ini tentu lebih tenang bagi Najib untuk menumpukan kepada pelbagai isu lain berkaitan rakyat jelata.

Malah, dalam PAU kali ini juga, baik di dalam Dewan Merdeka mahupun di luarnya, pasti lebih bergema suara memuji dan menyanjungnya.

Namun oleh kerana semua itu tidak berlaku, maka tidak dapat dielakkan lagi daripada orangramai terus bercakap, berbisik-bisik, bersosek-sosek dan berspekulasi mengenai derma RM2,600 juta itu.

Lebih dari itu, jawapan Najib dalam majlis taklimat Presiden malam semalam juga hampir tidak menjawab pertanyaan ramai mengenai wang derma itu. Lagi-lagi difahamkan Najib bercakap mengenai keperluan dana dalam politik, semua Presiden UMNO sebelumnya juga memperolehi dana politik, derma diterima daripada penderma Timur Tengah, penderma adalah ikhlas berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.

Itu bukanlah jawapan yang dimahukan sebenarnya. Isu pokok mengenai derma tetap tidak dijawab. Oleh kerana Najib telah terlepas beberapa peluang seperti dalam Parlimen dan majlis taklimat Presiden sebelum ini, beliau sewajibnya mengambil peluang untuk berterus terang ketika perasmian PAU 2015 pada hari esok.

Dengan semua pemimpin tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian, perwakilan, bekas-bekas pemimpin, termasuk Tun Mahathir hadir ketika majlis perasmian itu, Najib mesti menggunakan peluang tetsebut bukan saja untuk berterus terang, bahkan juga bagi membersih dan melonjakkan namanya.

Tidak sukar melakukannya. Hanya yang diperlukan oleh Najib ialah mendedahkan siapakah penderma budiman yang murah hati lagi ikhlas sehingga sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta itu tanpa mengharapkan sebarang balasan daripadanya.

Persoalan akan terus bermain di fikiran ramai selagi nama penderma tidak didedahkan. Jika sudah didedahkan, bolehlah diketahui siapakah manusia budiman itu, berapa jumlah kekayaannya, apa perniagaannya, rekod dermanya sebelum ini bagaimana dan seumpamanya lagi mengenai penderma itu.
Read More / Baca Lagi >>

Media, security, police clash at Umno AGM

Posted: 09 Dec 2015 02:56 AM PST

Chaos erupts as Muhyiddin Yassin enters and exits the building resulting in security personnel roughing up members of the media as both shout at each other.

polis-tumbuk_600KUALA LUMPUR: The situation at the Umno General Assembly (PAU) turned chaotic today when media personnel were pushed, insulted and kicked by members of the People's Volunteer Corps (Rela) and police officers on duty at the scene.
The violent scuffle erupted when Umno deputy president Muhyiddin Yassin entered the Wanita Umno meeting hall at the Putra World Trade Centre (PWTC) here today.
It is believed the trouble started when members of an anti-Muhyiddin group started arguing with the leader's supporters.
Members of Rela and police officers then pushed everyone towards the stairs at the fourth floor, including media personnel who were there to cover the event.
FMT's own reporters witnessed one local photographer being kicked by a Rela officer at the stairs. The photographer however remained calm.
When Muhyiddin was exiting the building, members of the media were once again man-handled by Rela and police officers as everyone hastily cleared a path for the sacked deputy prime minister.
Shouts were exchanged between security and media personnel and several members of the media were heard shouting back: "We are only doing our job. Stop pushing."
It was then that several security personnel dressed in light blue shirts made their way to the area. One reporter was violently grabbed and pushed to the side and shouted at by the officer who said: "I am a police officer. Do not cause any provocation here."
At the same time, a local photographer nearly got into a fight with an officer dressed in a dark blue police uniform and the two were heard shouting at each other.
The scuffle died down after other media personnel intervened and tried to calm down both parties.
 



Mufti Perlis selar tokoh agama diam isu rakyat

Posted: 09 Dec 2015 02:54 AM PST

Dr Maza turut mengkritik orang agama yang tidak menzahirkan marah mereka apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
maza-G25
PETALING JAYA : Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tokoh-tokoh agama di negara ini yang tidak bersuara dalam isu penderitaan rakyat disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Sebaliknya, tokoh-tokoh agama itu menasihatkan rakyat supaya 'jangan pertikai, bersyukur dengan keadaan yang ada' (berhubung kenaikan kos sara hidup).
Beliau berkata, reaksi yang diberikan tokoh-tokoh agama itu menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan apakah sebenarnya hakikat Islam.
Asri atau lebih dikenali Dr Maza membangkitkan isu itu bagi mengulas kontroversi melibatkan cadangan yang dibuat oleh kumpulan bekas pegawai kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai G25.
Antara cadangan G25 bagi menambah baik pentadbiran Islam di negara ini termasuk memansuhkan hukuman khalwat
Dr Maza berkata, tokoh agama langsung tidak meluahkan kemarahan apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan.
Tetapi sebalikya, beliau berkata, tokoh-tokoh agama marah apabila pengintip khalwat diganggu.
"Apa yang lebih menarik lagi ialah tidak kelihatan reaksi tegas tokoh-tokoh agama ketika ada pihak menyebut dokumen-dokumen penting sekalipun ada membabitkan kepentingan awam tidak boleh didedahkan.
"Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin tidak gentar sebarang tindakan disiplin Umno

Posted: 09 Dec 2015 02:52 AM PST

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.  
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak gentar dengan sebarang kemungkinan tindakan disiplin yang bakal dihadapinya malam ini.
Isyarat itu dinyatakannya sewaktu beliau sekadar menggelengkan kepala ketika ditanya tentang perkara itu sewaktu berjalan menuju ke keretanya di pintu masuk Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, petang ini.
"Adakah Tan Sri takut kena tindakan disiplin malam ini?" demikian soalan yang dilontarkan kepadanya daripada pemberita yang berkerumun dan bergelut dengan anggota Rela yang mengawal petugas media daripada mendekati Muhyiddin.

Pagi ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat Umno tidak seharusnya gopoh dalam mengambil tindakan terhadap timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan parti. Naib presiden Umno itu berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sebarang tindakan diambil terhadap Muhyiddin.
"Saya tidak fikir ia perlu bergopoh-gapah. Daripada segi tindakan dan kebijaksanaan, presiden menjadi keutamaan.
"Kami dengar suara akar umbi dan perwakilan dan kita akan serahkan keputusan yang dibuat waktu bila sekalipun, untuk presiden tentukan.
"Bukan kerana kami mahu supaya tindakan itu dilakukan dengan bangga, tetapi kami merasakan beberapa perkiraan perlu diberi keutamaan.
"Agar sekali air bah, sekali pantai berubah," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang turut dihadiri seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan parti jalan keluar krisis Najib-Muhyiddin, kata perwakilan Pemuda Johor

Posted: 09 Dec 2015 02:51 AM PST

Krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai pemilihan dijalankan, kata perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.Krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai pemilihan dijalankan, kata perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Disember, 2015.Perwakilan Pemuda Umno Johor Mohd Zahid A Rahman berkata parti Melayu itu harus kembali kepada akar umbi dan mengadakan pemilihan secepat mungkin supaya mereka boleh memilih pemimpin.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh itu berkata, krisis antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini semakin berlarutan sudah pasti akan terlerai apabila pemilihan dijalankan.
"Dengan krisis kepimpinan sekarang, jalan keluar antaranya ialah pemilihan parti perlu disegerakan, sebab hendak hadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perlu kepimpinan menerajui parti," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider, hari ini.

"Dengan timbalan presiden dan seorang lagi naib presiden mempunyai ruang yang terhad, tiada dalam kerajaan dan ia akan beri kesan kepada gerak kerja menghadapi PRU14," katanya merujuk kepada Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang digugurkan daripada Kabinet pada Julai. Muhyiddin juga merupakan ketua Umno Bahagian Pagoh.
"Kita kembalikan kepada akar umbi untuk pilih siapa pemimpin yang dapat ambil tanggungjawab itu," katanya.
Zahid merupakan pembahas pertama untuk Mesyuarat Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi tadi.
Cadangan itu turut diutarakannya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
"Bila ini semua berlaku tiada pihak boleh disalahkan, itu pilihan cawangan ke peringkat pusat," katanya, merujuk kepada proses pemilihan dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Muhyiddin, Tun M ‘hilang’ di PAU

Posted: 09 Dec 2015 01:36 AM PST

Apa yang berlaku pada PAU kali ini seolah-olah memboikot Muhyiddin dan Dr Mahathir.
umno-piv_pau_1
KUALA LUMPUR: Padah menentang pemimpin nombor satu UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima nasib dipulaukan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-69 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Muhyiddin bukan sahaja tidak dibenarkan berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti, malah gambar beliau langsung tidak kelihatan di setiap penjuru di PTWC.
Agak janggal apabila gambar pemimpin nombor dua tidak kelihatan tetapi gambar-gambar pemimpin lain berselerakan di PWTC.
Nasib sama juga berlaku kepada Dr Mahathir, negarawan terbilang yang menerajui negara dan parti selama 22 tahun.
Berbeza dengan Mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Gambarnya terpampang dan dicetak besar di PWTC.
umno-piv_pau_
Muhyiddin, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya dalam isu kontroversi syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang derma RM2.6 bilion.
Manakala, Dr Mahathir pula secara lantang mendesak agar Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Dr Mahathir turut mendakwa, sekiranya Najib terus memimpin negara, maka akan berlaku krisis ekonomi yang semakin teruk ekoran pelabur-pelabur luar negara hilang kepercayaan terhadap Najib.
Ketua-ketua sayap UMNO mendesak kerajaan menyelesaikan segera isu kontroversi supaya sokongan rakyat tidak terhakis namun berikrar terus menyokong kepimpinan Najib.
Perhimpunan Agung UMNO berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember ini.

Dr Asri: Isu khalwat marah, kepentingan awam tidak

Posted: 09 Dec 2015 01:35 AM PST


Mufti Perlis menyindir pihak yang mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan selari dengan sekumpulan Melayu ternama (G25) dalam isu penguatkuasaan undang-undang syariah.
Tanpa menyebut kesnya secara jelas, Datuk Dr Asri Zainul Abidin membangkitkan isu berkaitan kepentingan awam apabila terdapat pihak menyebut dokumen penting tidak boleh didedahkan.
"Akaun peribadi sekalipun dipersoalkan oleh awam tidak boleh didedahkan. Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan.
"Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini," katanya.
Beliau dipercayai merujuk kontroversi kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah lagi kontroversi apabila seorang pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (Sosma) selepas membuat laporan polis berkaitan isu 1MDB di pelbagai negara.
"Mungkinkah atas alasan bersangka baik dalam harta awam tapi tidak dalam hal peribadi rakyat yang lemah?
"Ramai orang agama marah bila pengintip khalwat diganggu tapi tidak menzahirkan marah apabila penyiasat kepentingan awam diganggu dan diambil tindakan," tulisnya di Facebook hari ini.
Beliau mungkin merujuk kepada pemindahan keluar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kontroversi sekitar isu 1MDB.
Kelmarin, G25 menuntut sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah.
Ia dilaporkan termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang menurut mereka melanggar hak kebebasan dan privasi individu seseorang seperti termaktub dalam perlembagaan.
Ketika kecoh isu gesaan pemansuhan hukuman pada pesalah khalwat di rumah, Asri tampil mengingatkan berhubung larangan mengintip kesalahan orang lain.
Pandangan Asri itu dilihat bertentangan dengan seorang lagi mufti kanan Tan Sri Dr Harussani Zakaria daripada Perak yang menyarankan G25 bertaubat kerana cadangan mereka boleh membawa kepada murtad.
Kemas kini pentadbiran agama
Read More / Baca Lagi >>

Zaid tells Muhyiddin to forget Umno, start afresh

Posted: 09 Dec 2015 01:34 AM PST

Former law minister says Muhyiddin Yassin will be sacked from his party any day now and advises him to join the Opposition and restore democracy to the people.
Zaid-Ibrahim_muhyiddin_umno_600
PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin will be sacked from his party any day now and should therefore get ready to put Umno behind him and join the Opposition, said former law minister Zaid Ibrahim.
"Don't be sentimental, forget Umno and start afresh," Zaid advised the sacked deputy prime minister, while reminding him that loyalty in Umno was only skin-deep and that party members would continue supporting their president, Prime Minister Najib Razak, as there was no mechanism to democratically depose of him.
He pointed to past Umno members like Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim and said while they enjoyed a strong support base whilst in Umno, this support "melted away" once they were on the war path with the party president.
Dissecting the culture of Umno, Zaid said, "The party's members are fascinated by Presidents and other leaders who are ruthless and who have as much money as they do power—no one has those attributes more than Najib does."
He said others who enjoyed similar popularity were Zahid Hamidi, Nazri Aziz and Tengku Adnan Tengku Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda UMNO bawa usul kos sara hidup, untuk apa?

Posted: 09 Dec 2015 01:33 AM PST

Selepas semua orang puas mengadu mengenai kenaikan harga, kini giliran Pemuda UMNO pula, tetapi apa motif disebaliknya kalau tiada apa yang akan berlaku.
COMMENT
Khairy-Jamaluddin_umno_kos_600
Nampaknya selepas semua orang 'membuat bising' mengenai kenaikan harga dan kos sara hidup, Pemuda UMNO tidak mahu dilihat ketinggalan.
Bercakap sahaja pun, bukan bertindak atau terjun dalam aksi melakukan sesuatu perubahan, maka sesiapapun boleh berbuat demikian.
Mungkinkah ucapan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menggesa pemerintah menghentikan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan bakal memberi impak?
Kemungkinan besar tidak.
Menurut laporan, Khairy menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.
"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."
"Enough is enough," katanya, yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Samalah seperti rungutan mak cik saya, jiran belakang rumah, uncle yang bawa teksi, pengawal di sekolah anak, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.
Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, di bawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor sepanas-panasnya di laman portal.
Apakah dengan rungutan Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan?
Apakah harga tambang pengangkutan awam akan dikurangkan? Atau caj kenaikan tol akan dirombak semula? Atau kerajaan akan memberi penyelesaian yang lebih menyeluruh dan adil supaya boleh dinikmati oleh seluruh rakyatnya?
Jika perkara itu berlaku, saya boleh melihat betapa cerah peluang Pemuda UMNO memenangi hati rakyat.
Tidak mustahil kebergantungan UMNO akan berubah daripada pemimpin veteran yang berpengalaman kepada yang dark, tall and handsome.
Read More / Baca Lagi >>

Persidangan Wanita UMNO kecoh bila Muhyiddin datang

Posted: 09 Dec 2015 01:30 AM PST

Berlaku tolak menolak antara penyokong Muhyiddin dan pegawai keselamatan dewan.

muhyiddinKUALA LUMPUR: Keadaan di pintu masuk Dewan Merdeka tempat berlangsungnya persidangan sayap Wanita UMNO kecoh dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keadaan mula tegang apabila penyokong Muhyiddin yang mengiringinya bertembung dengan pihak keselamatan yang menjaga pintu masuk dewan.
Sejurus Muhyiddin memasuki dewan, berlaku insiden tolak menolak antara pihak keselamatan dengan penyokong Timbalan Presiden UMNO itu.
Muhyiddin tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 3 petang, Rabu dengan ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abd Rahman bagi melawat sayap-sayap UMNO yang bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 terdiri daripada, Pemuda, Puteri dan Wanita.

Zahid Hamidi dedah penderma RM2.6 bilion

Posted: 09 Dec 2015 01:28 AM PST

Individu yang dimaksudkan itu bukan seseorang tetapi sebuah pimpinan kerajaan yang mempercayai UMNO mampu memperjuangkan Islam.
zahid-hamidi_najib_umno_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan individu yang menderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, individu yang dimaksudkan itu bukan merujuk kepada seseorang tetapi adalah pimpinan sebuah kerajaan.
Katanya, derma itu diberikan kerana mempercayai UMNO yang mampu membawa Islam dan menentang mazhab lain selain Sunnah Wal Jamaah.
"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab perkara tertentu).
"Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.
"Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.
"Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.
"Kebolehpercayaan kepada UMNO sebab UMNO boleh membawa Islam, kerana UMNO menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini harus difahami dan kita harus menghargai.
"Kita mempertikaikan seolah-olah kita boleh dan mampu untuk mencari. Dahlah kita tak mencari, kita pertikaikan orang lain yang membuat," katanya yang dipetik daripada temubual bersama AgendaDaily dan BNBBC.
Zahid berkata, sejak awal isu derma RM2.6 bilion ditimbulkan, beliau konsisten dengan pendiriannya menyakini Perdana Menteri.
Ini kerana, katanya, semua parti politik memperoleh dana politik.
"Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan mengagihkan untuk memperkuatkan parti," katanya yang mengakui telahpun menemui wakil penderma itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rahman: Tindakan boleh diambil terhadap Muhyiddin kerana langgar disiplin

Posted: 09 Dec 2015 01:26 AM PST


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan boleh dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau melanggar peraturan disiplin Umno dan bukannya kerana isu yang dibangkitkan.
"Saya bersetuju kalau tindakan diambil... tapi bukan kerana pertanyaan tentang 1MDB ataupun RM2.6 bilion, itu bukan masalah.
"Yang kita ambil tindakan adalah soal disiplin parti sebab sebelum ini Majlis Tertinggi Umno (MT) telah beri arahan kepada presiden dan timbalan presiden supaya tidak lagi membincangkan soal ini di luar dan (sebaliknya) gunakan platform MT sebagai landasan untuk bertanya," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melawat laman media perhimpunan agung Umno 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata MT Umno adalah badan tertinggi dalam parti dan sebarang arahan yang dikeluarkan oleh badan itu perlu dipatuhi.
Abdul Rahman berkata Muhyiddin perlu hadir pada mana-mana sesi perhimpunan Umno 2015 bagi melihat sokongan para perwakilan terhadap presiden parti yang amat memberangsangkan.
Katanya hal ini penting untuk Muhyiddin mengetahui situasi sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin hadir di persidangan Pemuda UMNO

Posted: 09 Dec 2015 01:23 AM PST

Muhyiddin muncul di perhimpunan 3 sayap UMNO

Posted: 09 Dec 2015 01:21 AM PST

PAU 2015: Muhyiddin, Shafei Disambut Laungan Takbir

Posted: 09 Dec 2015 12:59 AM PST

Muhyiddin and Shafie show up at Umno assemblies

Posted: 09 Dec 2015 12:58 AM PST