Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAN BERGEGAR: MAT SABU GADUH BESAR DENGAN SALAHUDDIN AYUB

Posted: 07 Dec 2015 06:28 PM PST


salahuddin1
Langkah serta merta Parti Amanah Negara (PAN) mengadakan sidang media untuk menjawab isu Syiah dan pemikiran pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) semalam membuktikan kedua-dua isu itu memberi liabiliti terhadap partinya.
Sidang media yang diketuai Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub, tanpa kehadiran Presidennya, Mohamad Sabu menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua pemimpin utama PAN itu dilanda krisis dalaman.
"Presiden Amanah (Mohamad Sabu) menyebut dalam konteks budaya dan pemikiran ISIS itu yang kita mesti waspadai, yang sedang melanda hampir semua gerakan Islam di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia.
"Itu yang dimaksudkan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu tentang bahaya dan fahaman ISIS itu,"kata Salahuddin.
Beliau berkata demikian sebagai membetulkan kenyataan Mohamad Sabu atau lebih lebih dikenali Mat Sabu berkaitan dengan ISIS.
Mat Sabu ketika diwawancara The Malaysian Insider pada 1 Disember lalu berkata di antara punca PAN ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.
Beliau dilaporkan portal itu telah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran ISIS yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS.
Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan, di mana kumpulan ini "dikafirkan" dan halal darahnya untuk dibunuh.
"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mat Sabu.
Tuduhan terbaharu Mat Sabu terhadap PAS dilakukan selepas gambar beliau bertemu dengan tokoh Syiah di luar negara menjadi viral di internet.
"Adakah perbuatan presiden PAN bertemu dengan 'Ulama' pro syiah terlalu memberi 'damage' kepadanya hingga terpaksa melontar tuduhan baru "PAS diresapi pemikiran ISIS" agar isu dapat di 'divert'?,soal Ir Ahmad Hakimi.
"Apakah mungkin selepas ini sebab penubuhan PAN adalah : PAN ditubuhkan kerana PAS dikuasai oleh ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengizinkan Syiah tersebar," soal Mohd Solleh Ab Razak.
Sementara itu, Norani AbgMarzuki BangiKuching berkata disebabkan isu itu, PAN kini berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Mat Sabu (Presiden), Salahuddin (Timbalan) dan Ustaz Hasanudin Mohd Yunus (Naib Presiden) seperti mana gambar rajah di bawah.
3 pan

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 10:40 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


TS MUHYIDDIN ~ BARAH, NANAH DALAM UMNO MESTI DITOLAK

Posted: 07 Dec 2015 08:02 AM PST

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin: Barah, nanah dalam Umno mesti ditolak 

Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB. Dalam ucapannya di hadapan ramai penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak. 

"Siapa yang menjadi barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak," katanya sambil disambut sorakan orang ramai yang kelihatan amat bersemangat. "Untuk selamatkan negara, (masalah ini) harus dibuang." Beliau berkata demikian apabila bercakap soal perubahan yang perlu dibuat oleh Umno supaya tidak ditolak oleh rakyat. "Saya suka merayu untuk jalani pembedahan yang menyakitkan ini daripada menderita koma dan mati perlahan-lahan," katanya bekas timbalan perdana menteri itu dengan berkias. 

Muhyddin pada peringkat awal ucapannya dilihat agak berhati-hati. Ketika mengulas tentang gesaan ke arah pengunduran Najib, beliau berkata mendapat banyak pesanan di laman sosial yang memintanya menyampaikan perkara itu. Malah, katanya, gesaan itu yang kedua terbanyak diterimanya selepas kebimbangan berkaitan kenaikan kos sara hidup. Muhyiddin juga ada awal ucapannya berkata Najib harus berehat sementara sementara dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, diselesaikan. 

"Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai. "Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula," katanya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam acara bertemu penyokong itu di Kuala Lumpur malam ini. 

Perhimpunan itu diadakan setelah Muhyiddin tidak lagi diberi peluang berucap kepada perwakilan dalam perasmian sayap ketika-tiga parti itu seperti kelaziman sebelum ini. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 12/07/2015 11:42:00 PTG

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 10:22 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Undang-Undang Overwrite Agama Islam!

Posted: 07 Dec 2015 07:33 PM PST

Hari ini, kau akan nampak satu isu berkaitan dengan seorang nurse hospital swasta yang dibuang kerja kerana dia tak nak pakai baju lengan pendek waktu bekerja, atas alasan membuka aurat.

Bila jadi kes macam ni, susah kan nak tau siapa yang salah dan siapa yang betul.

By law, memang la hospital ada kuasa untuk mintak dia berpakaian sedemikian tapi as a Muslim, kita ada beberapa larangan yang perlu kita patuhi.

Benda ni clash dan aku tak rasa clashing ni akan berakhir sampai kiamat, unless ada sesuatu guideline yang dikeluarkan untuk bantu jaga kepentingan kedua-dua pihak, tapi nampaknya, aku jangkakan yang rugi adalah orang Melayu.

Kau kerja. Kau nak sumber pendapatan.
Masalahnya, kau diwajibkan membuka aurat bila bekerja.
tetapi, kau wajib menutup aurat sebab kau Islam.

Paradoks betul benda tu.

Alih2 respon yang diterima adalah "kalau nak kerja kena la ikut" atau "ada banyak lagi tempat boleh kerja dik." Ikut pandangan dan kepercayaan masing-masing. Orang bukan Islam boleh la keluar statement nak kerja ke tak nak...yang sedih, orang kita pun boleh ikut sama?

Aku, percaya, yang apa Allah pesan akan overwrite segala benda. Mungkin kau lain, wallahuallam.

Dah tiba masanya umat Islam kena hidup dalam sengsara rasanya kalau nak jaga agama ni.

Aku dah tengok kawan aku sendiri tak boleh solat Jumaat sebab kena attend meeting. Dah banyak dah kes wanita Melayu tak boleh pakai tudung waktu bekerja. Tak masuk lagi gaji kena tolak sebab kau kena ambik waktu bekerja untuk solat.

Kita selalu gunakan alasan "melayu malas, melayu culas, melayu suka melilau" untuk kata semua benda tu ok...tapi cuba kau buka kepala kau sikit dan pandang dari sudut, "benarkah itu semua ok?"

Atau kita anggap benda macam tu remeh?

Atau mungkin juga sebenarnya kita takut nak admit yang ekonomi bukan kita pegang, jadi nasib umat Islam terserah dekat orang yang tak memahami kehendak Islam?

Tak faham Islam tak apa. Kalau dia nak belajar, bagus.

Kena dengan orang yang anti Islam, anti Melayu, macam mana?
Nasib kau dekat tangan dia. Kau tak pernah terfikir?

Link ke Berita Astro Awani

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dr Mahathir: Sudahkah Najib serah duit RM2.6b kepada Umno?

Posted: 07 Dec 2015 08:58 PM PST

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengemukakan soalan terbaharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion.
Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut Mahathir, selagi soalannya itu tidak dijawab, beliau tidak akan puas hati kerana suaranya mewakili rakyat.
"Sudahkah Datuk Seri Najib menyerahkan RM2.6 bilion ini kepada Umno? Saya nak tanyalah. Ini saya rasa bukan jenayah. Saya tanya sahaja.
"Kalau tak serah lagi, duit itu ada di mana? Untuk apa? Buat apa? Selagi tidak boleh terangkan kepada saya, saya tak puas hati. Rakyat semua nak tahu," ujarnya ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Malah Mahathir turut memberitahu kehadirannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), minggu ini juga untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan itu.
"Sepatutnya dalam Mesyuarat Agung Umno dalam penyata kewangan tahun lepas dan tahun sebelumnya disebut di dalamnya Umno telah menerima derma dari DS Najib sebanyak RM2.6 bilion. Siapa yang ingat ada dinyatakan dalam penyata kewangan (sebelum ini)?
"Kali ini pun saya nak dengarlah.‎ Sebab itu saya nak pergi ke mesyuarat agung Umno," katanya.
Menurutnya lagi, Bendahari Umno perlu menjelaskan kedudukan kewangan parti.
"Mengikut peraturan, bendahari Umno mesti jelaskan kedudukan kewangan Umno.
"Saya nak tahu ada tak RM2.6 bilion (dalam penyata kewangan Umno). Kalau tak ada, di mana wang itu?," tanyanya.

Zeti’s deputies, five others tipped to replace her

Posted: 07 Dec 2015 08:49 PM PST

There's precedent that a Deputy Bank Negara Governor goes on to become Governor of Malaysia's central bank.
zeti_bnm_600
KUALA LUMPUR: Bloomberg has run snapshots of the eight people most likely to succeed Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz when she leaves at the end of April next year. "Zeti is already preparing to leave," reported Bloomberg. "Zeti was Deputy Governor when she took over in 2000."
She has been with Bank Negara three decades.
According to Bloomberg, Zeti declined to say whether any of her three deputies would succeed her. "Given precedent, they have been included in the snapshots."
Whoever is chosen as her successor will have "very big shoes to fill," said Wellian Wiranto, an economist at Oversea-Chinese Banking Corp. in Singapore. "This is especially so since the global environment remains uncertain and Malaysia is deemed relatively vulnerable to swings in global investor sentiment — in part due to domestic political rumblings."
The snapshots:
Awang-Adek-Hussin
Awang Adek Hussin, ambassador to the US
Speculation is rife that the former Deputy Finance Minister has been approached by Prime Minister Najib Abdul Razak to replace Zeti. Bloomberg said that it obtained the tip from three people who claimed to be in the know and requested anonymity.
Awang has a PhD in economics from the University of Pennsylvania's Wharton School — Zeti's alma mater.
He worked at the central bank for more than a decade from 1985 in departments including economics and banking regulation, and later became an assistant governor. He was appointed US Ambassador in 2014.

Mohd Irwan Serigar Abdullah, Secretary-General at the Treasury, Ministry of Finance

Mohd-Irwan-Serigar-AbdullahIrwan started his government career in the Economic Planning Unit (EPU) in 1984 and in 2003 joined the Finance Ministry, where he has held various positions.
Irwan has a PhD in economics from the International Islamic University Malaysia and holds a masters of science in energy management and policy from the University of Pennsylvania. He also sits on the boards of state oil company Petroliam Nasional Bhd. and one of Malaysia's biggest pension funds.
Irwan, as well as the three Bank Negara deputy governors, are part of the central bank's board of directors.

Muhammad-Ibrahim-Muhammad
Muhammad Ibrahim Muhammad, Deputy Governor, Bank Negara
He joined the central bank in 1984 and has been deputy governor since June 2010. He oversees international reserve management, and money market and foreign exchange operations. He has served in areas from banking supervision and regulation to insurance and offshore banking.
Muhammad was previously managing director at Danamodal Nasional Bhd, a bank recapitalization agency created during the Asian financial crisis in the 1990s.
He has a master's degree from Harvard University.

Nor Shamsiah Mohd Yunus, Deputy Governor, Bank Negara

Nor Shamsiah joined the central bank in 1987.
Nor-Shamsiah-Mohd-YunusShe's a Certified Practicing Accountant and was involved in policies to strengthen the banking system during the Asian financial crisis and in the development of regulation and guidelines for the financial sector.
She also helped formulate the Malaysian financial sector's 10-year master plan through 2010. She became deputy governor in 2010 and oversees areas including banking, insurance, financial intelligence and enforcement.

Sukhdave-Singh
Sukhdave Singh, Deputy Governor, Bank Negara
He joined Bank Negara Malaysia in 1986 and was promoted to deputy governor in 2013.
He has served in the economics department, headed monetary policy research and was director of the monetary assessment and strategy department.
He has a PhD in monetary and international economics from Vanderbilt University. He has represented the bank at global macroeconomic and monetary-policy forums and chaired Southeast Asian task forces on regional exchange rate and currency cooperation.

Abdul-Wahid-OmarAbdul Wahid Omar, former banker and currently Minister in the Prime Minister's Department
He joined the Cabinet in 2013 and heads the Economic Planning Unit (EPU).
Wahid, the son of a factory worker who grew up in poverty, earned his British accounting degree through a government scholarship.
Wahid has held top management positions in several government-linked companies and was chief executive officer of Malayan Banking Bhd., the country's biggest lender.
"Two past CEOs of Maybank and an EPU member went on to become central bank governors," noted Bloomberg.
Ismee Ismail, Tabung Haji CEO since 2006 and 1MDB director. Tabung Haji has RM58 billion in assets.
Noor Azlan Ghazali, member of the Monetary Policy Committee of Bank Negara.
Noor Azlan, vice-chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia, worked with Najib's predecessor Abdullah Ahmad Badawi and served on the National Economic Action Council and in the EPU.
Noor Azlan has a master in public administration from Harvard University and a PhD in economics from the University of Nebraska-Lincoln.

Ucapan Muhyiddin tidak salah – Zainuddin

Posted: 07 Dec 2015 08:48 PM PST

Berucap di luar merupakan cara terhormat bagi Muhyiddin yang telah dianiaya dan merupakan satu strategi bijak.
zam,muhyiddin
PETALING JAYA : Ucapan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru adalah tidak salah memandangkan Timbalan Presiden itu telah dilarang untuk berucap di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, memberikan ucapan di luar daripada platform rasmi (PAU) merupakan cara terhormat bagi Muhyiddin yang telah dianiaya dan ia dilihat sebagai strategi bijak yang telah dimaklumkan oleh Muhyiddin kepadanya ketika bertandang ke cafe milik beliau di Putrajaya baru-baru ini.
"Bahawa lain-lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.
"Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi Muhyiddin," katanya menerusi entri terbarunya dalam zamkata.blogspot.my.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam menambah, langkah untuk menyekat Muhyiddin berucap ternyata satu keputusan yang tidak bijaksana malah telah memberi kelebihan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Kehadiran Muhyiddin ke Perhimpuan Agung UMNO hari ini tentunya dengan aura yang lebih besar kepada kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi untuk kebenaran dan demokrasi.
"Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan 'Hidup Muhyiddin' seperti teriakan palsu kepada Najib hari ini, tetapi di dalam hati seluruh perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara memberikan teriakan yang sama di dalam hati di samping bergabung atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO hari ini," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Perak minta G25 bertaubat

Posted: 07 Dec 2015 08:33 PM PST

 Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyarankan agar tokoh profesional Melayu yang membentuk kumpulan G25 bertaubat kerana cadangan mereka untuk meminda atau memansuhkan undang-undang antikhalwat boleh membawa kepada murtad.
Tegas Harussani lagi, selain bertentangan dengan perlembagaan, tindakan G25 itu merupakan ancaman kepada umat Islam.
Menurutnya, jika G25 berpendapat perbuatan khalwat adalah hak asasi manusia, hujah yang sama boleh digunakan untuk kesalahan lain seperti mencuri atau membunuh.
"Pada saya gerakan ini (G25) kelihatan seperti kumpulan orang putus asa, mungkin kerana mereka tidak diberi kesempatan atau peluang selepas pencen, sebab itu cari jalan ini.
"Saya minta kumpulan ini bertaubatlah dan buat kerja amal yang lebih baik daripada rosakkan agama, pecah-belahkan umat Islam. Lebih baik mereka buat persatuan menggunakan kebijaksanaan untuk membantu perkara-perkara yang membangunkan umat. Janganlah kita terbawa-bawa dengan budaya Barat," kata lapor Utusan Malaysia.
Semalam, G25 menyatakan mereka mahu jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah termasuk hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin (gambar) berkata, dengan berpandukan prinsip perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad berkata tindakan kumpulan tersebut mengangkat perjuangan hak privasi individu menggambarkan seolah-olah mereka membelakangkan hak yang lebih agung iaitu hak Tuhan.
"Undang-undang khalwat ini dibuat sebagai mekanisme membasmi kemungkaran dalam masyarakat. Tindakan dalam mencegah kemungkaran ini sememangnya adalah peraturan Islam.
"Kita juga ada hak masyarakat. Bagaimana hendak asingkan hak individu dengan hak masyarakat sedangkan kita semua hidup dalam satu rangkaian tanggungjawab kepada satu sama lain?" soalnya.
Kena ada hujah konkrit
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, prinsip perlembagaan tidak mengatasi al-Quran kerana "kalam Allah itu mengatasi segala-galanya".
Tegas Mohd Yusof, telah termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2015: Berombak, riak atau tenang?

Posted: 07 Dec 2015 08:23 PM PST


Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang ke-69 secara rasmi akan membuka tirai malam ini pastinya lebih menjadi tumpuan, bukan saja di kalangan ahli Umno, tetapi juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Tentunya pelbagai pihak ternanti-nanti kerana ada banyak soalan yang sudah berlegar tetapi jawapan yang diberi pula masih dirasakan kurang mencukupi.
Ada lebih daripada satu sebab untuk rakyat Malaysia memberi perhatian dan menaruh harapan pada perhimpunan kali ini.
PAU kali ini menjanjikan banyak keunikan. Antaranya timbalan presiden yang 'kempunan' merasmikan perhimpunan pemuda, wanita dan puteri; presiden pula masih dibayangi dakwaan berterusan daripada veteran parti.
Pengkritik paling tegar Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengesahkan akan hadir. Jika ia menjadi kenyataan, tidak boleh tidak ingatan orang ramai kepada program Nothing To Hide akan segar semula. Cuma kali ini diyakini Dr Mahathir tidak akan dapat bercakap di depan 2,762 perwakilan berdaftar.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dipercayai akan 'kempunan' kali kedua apabila pengurusan Umno akan mengehadkan sesi penggulungan di akhiri PAU kepada tokoh tertentu semata-mata.
Sudah tentu, ramai yang bertanya-tanya bagaimana reaksi para perwakilan terhadap kehadiran Dr Mahathir, Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika tanda tanya mengenai isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion masih belum terlerai sepenuhnya.
Malam tadi ketika berucap di ibu negara, Muhyiddin sudah membayangkan kemungkinan beliau akan menjadi bahan celaan di PAU kali ini gara-gara tegurannya terhadap perdana menteri.
Sebelum PRU ke-14
Ia mungkin benar, tetapi mungkin juga langkah analgesia dahuluan (preemptive) yang cerdik daripada ahli politik berpengalaman seperti Muhyiddin.
Begitu juga rakyat ternanti-nanti jika ada pembahas yang berani melawan arus dan ombak gadang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan mempersoalkan secara terbuka kewajaran Najib terus menjadi perdana menteri.
Di luar PWTC riak itu sudah ada, cuma ia adalah riak yang sangat kerdil kerana digerakkan oleh ketua-ketua cawangan tertentu.
Dalam hierarki, cawangan adalah struktur paling bawah dalam Umno dan pihak yang ingin dicabar pula berada di peringkat paling tinggi. Di antara dua entiti itu ada jurang yang menjanjikan pelbagai kemungkinan dan kilas politik yang rumit.
Read More / Baca Lagi >>

Di bawah KERAjaan Bangsat Negara...

Posted: 07 Dec 2015 07:35 PM PST

- TOL NAIK dibenarkan
- HAPUS SUBSIDI RAKYAT dibenarkan
- GADAI ASET NEGARA dibenarkan
- BAZIR SEWA-BELI PANDA dibenarkan
- ROSMAH GUNA JET VVIP MEWAH KERAjaan ke Doha dibenarkan
- ROSMAH & NAJIB GUNA JET VVIP KERAjaan bercuti ke luar negara dibenarkan

Rafizi Ramli: Pilihanraya Umum Yang Akan Datang Akan Dimenangi Melalui Whatsapp

Posted: 07 Dec 2015 07:27 PM PST

Rafizi Ramli: Belanjawan Tahun Depan Namanya "Belanjawan Potong", Potong Semua!

Posted: 07 Dec 2015 07:27 PM PST

Rafizi Ramli: Soal Asal 1MDB Bukan Soal Dia Bayar Hutang Atau Tidak

Posted: 07 Dec 2015 07:26 PM PST

.Rafizi Ramli: Jangan Harap Ada Berita Baik, Berita Akan Terus Jadi Buruk Setiap Hari

Posted: 07 Dec 2015 07:25 PM PST

Tun Mahathir: Najib Tidak Layak Untuk Jadi Perdana Menteri Hancurkan Negara

Posted: 07 Dec 2015 07:21 PM PST

Tun Mahathir: Tidak Ada Demokrasi Lagi Dalam Negara Kita, Kerana Najib Bukan Kerana Kita

Posted: 07 Dec 2015 07:21 PM PST

Teks Ucapan Muhyiddin Yassin Di Kelab Sultan Sulaiman

Posted: 07 Dec 2015 06:24 PM PST


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Presiden UMNO dan
Perdana Menteri Malaysia
YB Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO
Saudara Adhif Syan Abdullah
Ketua UMNO Cawangan
Kampung Sungai Rasau
Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

1.Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 81:

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا
Yang bermaksud:
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Qulil Haq Walau Kana Murran
Yang bermaksud:
"Berkatalah benar walaupun pahit"
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Man Ra'a Minkum Munkaran Fal-Yughayyirhu Biyadih, Fa'in Lam Yastati' Fa-Bilisanihi Fa'in Lam Yastati' Fa Biqalbihi Wa Hiya Adh'aful Iman
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan (kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hati. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
2. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Gabungan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan Se-Malaysia, Suara Belia Marhaen (SUABEMA) dan Gabungan Anak Melayu Bangkit (GAMB) yang telah menganjurkan majlis pada malam ini. Terima kasih dan penghargaan saya ucapkan kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Datuk Seri Shafie Apdal, dif-dif kehormat dan saudara-saudari sekalian yang sudi hadir untuk bersama-sama kita pada malam ini.
3.Kelab Sultan Sulaiman ini adalah satu tempat yang amat bersejarah bagi UMNO. Di sinilah, 69 tahun yang lalu berlangsungnya perhimpunan besar-besaran umat Melayu yang datang dari seluruh pelusuk tanah air untuk membincangkan nasib orang Melayu yang terjajah sehingga mencetuskan penubuhan UMNO untuk menuntut kemerdekaan. Mudah-mudahan dengan berhimpunnya kita di sini pada malam ini akan menyegarkan kembali nostalgia perjuangan UMNO untuk memerdekakan tanah air dan membangkitkan semangat kita untuk meneruskan perjuangan UMNO yang asal.
4.Saya telah menjadi ahli UMNO selama 45 tahun dan Timbalan Presiden UMNO selama 6 tahun. Pada setiap tahun selaku Timbalan Presiden saya dijemput untuk merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Tetapi pada kali ini entah mengapa Majlis Tertinggi membuat keputusan saya tidak dijemput untuk berucap merasmikan persidangan sayap-sayap. Setelah MT membuat keputusan itu, saya menerima banyak permintaan supaya saya menyampaikan sedikit amanat sebelum Perhimpunan Agung UMNO bermula. Mungkin kerana itulah majlis pada malam ini diadakan.
5.Walaupun peranan dan fungsi saya sebagai Timbalan Presiden agak tersekat pada waktu ini, mungkin kerana saya tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, namun taat dan setia saya kepada UMNO sebagai wadah perjuangan tetap unggul. Semangat juang saya untuk memartabatkan anak bangsa tetap berkobar-kobar. Apatah lagi ramai yang tampil menyatakan sokongan dan memberikan semangat kepada saya untuk terus berjuang di landasan yang benar. Mereka mahukan saya terus berkata benar dan jangan sekali-kali berundur. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjuangan saya untuk agama, bangsa dan negara kita.
6.Sebagai seorang Islam, adalah menjadi suatu kewajipan ke atas saya untuk menyatakan kebenaran dan menentang kemungkaran sepertimana yang disebut di dalam ayat al-Qur'an dan hadis Rasulullah s.a.w yang saya bacakan tadi. Saya tidak akan biarkan segala kemungkaran atau salah laku yang nyata bermaharajalela tanpa ditentang, khususnya perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Saya tahu bahawa berjuang di atas landasan kebenaran adalah sukar dan penuh ranjau. Namun, Allah s.w.t. berjanji bahawa akhirnya kebenaran akan muncul dan kebatilan akan hancur. Sebagai seorang Islam kita wajib percaya bahawa tiada sebenar-benar janji melainkan janji Allah s.w.t. Maka, apabila kita yakin bahawa kita berada di landasan yang benar, istiqamah lah. Teruslah berjuang walau dihempas ribut dan badai!
7. Kita pastinya agak risau melihatkan perkara yang berlaku di negara kita pada masa ini. Seolahnya, ada satu sentimen bahawa negara kita tidak berada pada landasan yang betul. Rakyat kurang yakin dengan keupayaan kerajaan untuk mengurus negara dengan baik. Dari segi ekonomi, walaupun negara kita masih mencatatkan pertumbuhan yang positif, rizab luar negara jatuh lebih RM40 bilion. Hutang luar negara bertambah dari RM196 bilion pada tahun 2003 kepada RM852.86 bilion pada suku ketiga 2015. Pada bulan Jun tahun ini, hutang kerajaan mencecah RM627.5 bilion atau 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu kurang 1% sahaja daripada siling yang ditetapkan.
8.Dengan kejatuhan harga minyak dunia, pendapatan Petronas berkurangan dan sumbangan Petronas kepada kerajaan juga dijangka menurun daripada RM26 bilion pada tahun ini kepada sekitar RM16 hingga RM20 billion sahaja pada tahun hadapan. Nilai ringgit juga jatuh 20 peratus berbanding dollar Amerika, iaitu antara yang terburuk dalam sejarah negara. Akibatnya, harga barangan import meningkat dan ini menambah beban rakyat.
9.Rakyat pastinya amat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Di mana-mana sahaja orang bercakap mengenai kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan kadar tol, kenaikan tambang pengangkutan awam seperti ERL, bas, teksi dan lain-lain lagi. Kos perniagaan juga meningkat menyebabkan ada syarikat yang memberhentikan pekerja atau tidak mengambil pekerja baharu. Statistik menunjukkan, bilangan orang tidak bekerja pada tahun ini naik 22 peratus berbanding tahun 2014. Rakyat yang berada dalam kategori 40 peratus ke bawah juga semakin tertekan. Walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), tetapi oleh kerana harga barangan dan perkhidmatan meningkat secara mendadak, bantuan yang diterima tidak dapat menampung sepenuhnya kenaikan kos sara hidup. Semua ini semakin menghimpit kehidupan rakyat.
10.Selain itu, ada juga yang merasakan seolah-olahnya terdapat suasana ketakutan (climate of fear) di negara kita. Undang-undang keselamatan seperti SOSMA digunakan untuk menahan individu yang membuat laporan terhadap pemimpin negara. Mereka ini bukan pengganas, tetapi warganegara biasa. Satu rang undang-undang baharu mengenai keselamatan negara iaitu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan juga telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya tidak mempersoalkan kewajaran menggunakan instrumen undang-udang untuk memelihara keselamatan negara, tetapi bimbang mengenai kecenderungan penyalahgunaan undang-undang untuk tujuan yang lain.
11.Di samping itu, terdapat masalah tadbirurus yang serius. Isu 1MDB misalnya telah menjadi satu skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah negara kita. Ada orang kata, it is a scheme to scam. Bagaimana sebuah syarikat dengan modal hanya RM1 juta berhutang sebanyak RM42 billion? Kerana model perniagaannya yang salah, syarikat ini telah mengalami masalah aliran tunai yang teruk sehingga terpaksa meminjam daripada kerajaan untuk membayar hutang.
12.Lebih malang skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat. Mungkinkah ada keputusan pelaburan 1MDB yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah? Saya diberitahu ada Ahli Lembaga Pengarah yang telah meletak jawatan kerana mereka tidak mahu terbabit dengan keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan syarikat.
13.Misalnya, keputusan untuk melabur dalam usahama dengan Petrosaudi. Tidak ada due diligence dibuat. Hanya dalam tempoh kurang seminggu, pelaburan berjumlah 1 billion dollar dibuat pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kepada 1.8 billion dollar pada tahun 2011. Usahasama ini gagal kerana kemudiannya didapati Petrosaudi tidak pernah memiliki telaga minyak di Turkmenistan.
14.Apabila usahasama ini gagal, nilai pelaburan 1MDB tidak dipulangkan, sebaliknya ditukar menjadi hutang. Soalnya, ke mana perginya wang berjumlah 1.8 billion dollar atau RM6.9 billion yang dilabur? Labur atau lebur? Akhbar The Edge mendakwa, wang ini telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun di bank-bank di New York, Switzerland, London and Singapura. Jika usahama telah gagal dan wang ini ada di dalam akaun-akaun di luar negara, mengapakah ia tidak dipulangkan kepada 1MDB? Apakah benar sepertimana yang didakwa oleh The Edge, usahasama itu hanyalah satu skim untuk menipu Malaysia? Kerana itu wang berbillion dollar tidak dipulangkan semula. Sekiranya dakwaan ini tidak benar, maka wajar 1MDB menyaman The Edge.
15.Yang kita mahu ialah isu IMDB dijelaskan dengan hasil siasatan yang dijalankan dengan telus dan tanpa campurtangan atas dua aspek, iaitu dari sudut tadbir urus korporat (corporate governance), dan kedua dari sudut bagaimana bebanan hutang dan tanggungan hendak diselesaikan.
16.Dari segi tadbir urus korporat, mesti ada penjelasan mendalam bagaimana IMDB membuat pelaburan yang besar dengan cara tadbir urus yang irregular dan disangsikan. Lebih-lebih lagi ia bermodalkan pinjaman, dan oleh sebab ia merugikan apalagi tidak mempunyai aliran wang tunai yang baik, maka hutangnya bertimbun berbilion ringgit.
17.Mereka yang membuat pertimbangan yang berisiko tinggi ini harus bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi jika terdapat elemen penipuan atau kesalahan yang amat serius, maka mereka yang terlibat mesti menanggung akibat daripada kesilapan-kesilapan ini. Sebab itu tindakan siasatan yang sudah dimulakan mesti dielesaikan segera dan agensi yang terlibat termasuk Bank Negara, PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara mesti menjalankan siasatan tanpa gangguan atau campur tangan. Apa yang telah berlaku selama ini amat mencemar nama baik pimpinan Perdana Menteri dan menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan.
18.Soal kedua ialah bagaimana bebanan hutang dan liabiliti IMDB hendak diselesaikan? Apa pun ia by hook or by crook mesti diselesaikan! Kita telah melihat bagaimana kesan IMDB telah menjejaskan iklim dan sentimen pelaburan dalam negara, malah kesannya terhadap kejatuhan nilai ringgit diakui oleh pakar-pakar ekonomi.
19.Yang pasti, mahu tidak mahu untuk menyelesaikannya SEGALA asset strategik IMDB yang sebahgiannya dikurnia oleh Kerajaan dengan harga yang amat istemewa termasuk tanah TRX dan Bandar Malaysia terpaksa dilelong kepada mana-mana pihak dari dalam atau luar negeri, tetapi hasilnya bukan menjadi khazanah rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang dan tanggungan IMDB! Dalam ertikata lain rakyat telah kerugian berbilion-billion ringgit disebabkan angkara IMDB! Maka sewajarnyalah mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan! Sebagai orang yang terlibat dengan kesemua urusan IMDB, bolehkah Perdana Menteri dan Presiden UMNO terlepas daripada memikul tanggungjawab di atas kesilapan besar ini?
20.Yang pasti juga, isu kedaulatan negara juga terpaksa dikorbankan untuk menyelamatkan sebuah perniagaan yang tidak diperlukan. Yang amat menyedihkan juga ialah IMDB terpaksa menjual aset IPP Edra Energy yang dibeli menerusi wang pinjaman kepada syarikat dari China dengan harga yang lebih rendah daripada harga ianya dibeli kerana IMDB memerlukan wang untnk membayar hutangnya!
21.Selain isu 1MDB, timbul pula dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menerima wang berjumlah RM2.6 bilion daripada seorang penderma Arab. Wang ini yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri didakwa digunakan untuk membiayai kegiatan parti termasuk pilihanraya. Kita tahu bahawa UMNO mempunyai peraturan dan kaedah tertentu dalam mengurus sumbangan kepada parti. Adakah semua peraturan ini dipatuhi? Lebih-lebih lagi Presiden parti adalah Perdana Menteri. Adakah penerimaan wang yang sebegitu besar jumlahnya tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara?
22.Saya sendiri tidak mengetahui dan tidak pernah bertanya mengenai dana rahsia Presiden. Tetapi apabila didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal, rahsia sudah terdedah kepada awam, lebih-lebih lagi Presiden mengakui menerima wang yang dimasukkan dalam akaun peribadi. Soal yang berbangkit ialah dengan apa jua penjelasan yang telah dibuat termasuk oleh Presiden dan Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini, ramai yang masih tidak percaya, malahan tidak yakin tentang penjelasan itu. Ada yang mungkin berasa tidak munasabah bahawa ada pihak yang bersedia memberi derma sebesar itu. Jadi, ia menimbulkan soal persepsi yang amat serius. Dan lebih serius lagi apabila Presiden mengatakan wang tersebut adalah bukan dari sumber 1MDB dan ia adalah untuk parti. Bermakna bahawa Presiden telah membabitkan parti dalam soal derma yang beliau terima. Yang membimbangkan saya kalau ia menjadi satu kes di mahkamah maka UMNO akan diheret ke mahkamah. Dan dalam proses penyiasatan itu, urusan kewangan parti akan terdedah kepada khalayak umum, dan na'uzubillah kalau ia akhirnya dikaitkan dengan sumber-sumber dari 1MDB.
23.Saya bimbang kerana PKR telah pun memfailkan saman di mahkamah terhadap UMNO dan mendakwa UMNO dan BN telah melanggar peraturan pilihanraya dengan berbelanja melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Ini satu dakwaan yang serius. Saya tidak mahu parti menerima akibat buruk daripada keputusan mahkamah nanti. Jangan sekali-kali parti terheret ke dalam kemelut ini.
24.Sehingga kini, masih belum didedahkan siapakah dermawan itu? Akaun peribadi Perdana Menteri juga telah ditutup dan khabarnya masih ada baki wang yang disimpan di luar negara. Jika benar wang ini adalah untuk UMNO, maka saya minta supaya Presiden pulangkan wang ini kepada UMNO. Biarlah wang ini diurus mengikut perlembagaan dan peraturan UMNO.
25.Timbalan Perdana Menteri telah membuat penjelasan di Parlimen mengenai isu derma RM2.6 bilion tetapi tidak komprehensif. Kononnya ada isu subjudis yang menghalang penjelasan secara terperinci, walaupun kita tahu kes ini masih belum dibawa ke mahkamah. Pokoknya, masih banyak persoalan yang belum terjawab.
26.Rakyat mengharapkan penjelasan yang komprehensif dan menyeluruh. Jadi, dengan jawapan yang tidak jelas, sering kabur dan asyik berubah-ubah, saya fikir yang timbul adalah lebih banyak soalan daripada jawapan. Rakyat makin meragui dan mempertikaikan kewibawaan kepimpinanan.
27.Rakyat juga berharap agar siasatan terhadap semua dakwaan salah laku berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion dijalankan secara telus, bebas dan adil. Malah, Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga buat pertama sekali dalam sejarah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan kemelut 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

‘Koalisi’ kepartian dan keutuhan dasar bersama, mana lebih utama?

Posted: 07 Dec 2015 06:19 PM PST

BERDEPAN dengan politik kuasa di peringkat nasional, nyata sekali banyak kelemahan dalam gabungan politik pembangkang dan ia menimbulkan kemusykilan rakyat.
Maka penganalisis dan penggemar politik merasakan wujudnya ketidaksediaan pembangkang mengambil alih kuasa kerajaan BN.
parti pembangkangSehingga hari ini, kerajaan UMNO BN pada setiap sesi perbahasan di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terus menerus menerima tekanan kuat dari pembangkang, baik dalam perbahasan bajet mahupun perbahasan Rang Undang-Undang (RUU).
Sungguhpun hubungan politik antara parti pembangkang ketika ini haru-biru (termasuk baru-baru ini sebahagian wakil rakyat PAS tidak bersama dengan wakil DAP dan PKR menolak bajet BN di Parlimen).
Namun momentum penentangan yakni perbahasan dasar di Dewan Rakyat oleh wakil rakyat pembangkang tetap ampuh ketika berdepan kerajaan BN di setiap negeri dan Parlimen. Di Dewan Negeri Johor sahaja, wakil rakyat BN berasa lelah dengan perdebatan dewan.
Suhu berkenaan tidak akan surut sehinggalah penggal kerajaan BN tamat, malah keadaan itu lebih hangat dan kritikal lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
parlimenIni penting kerana kekuatan pembangkang hari ini bukan lagi bergantung pada hubungan 'koalisi' atau gabungan antara parti tetapi lebih nyata dalam aspek hubungan tugas sebagai wakil rakyat baik di DUN mahupun Parlimen.
Ekosistem ini berubah kerana momentum keresahan rakyat terhadap isu-isu utama dalam aspek ekonomi dan sosial. Hal kepartian sudah tidak begitu menjadi agenda.
Jika diukur hebat atau utuh sekalipun hubungan gabungan antara parti pembangkang, ia belum tentu dapat menggugah hegemoni kuasa politik BN di Dewan Rakyat, malah ia belum tentu mampu mengolah gelombang penentangan rakyat terhadap dasar pemerintahan BN.
Perkara kedua, sekalipun gabungan politik pembangkang retak seribu, kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang kekal stabil pada dasarnya, baik dalam urus tadbir dan aspek pertumbuhan ekonomi dan urusan kebajikan sosialnya.
Tidakkah kita berasa satu perkara yang unik apabila keadaan politik kepartian meliar dan meribut tetapi tugas hakiki sebagai wakil rakyat dan kerajaan, terus berjalan teratur, malah cekap?
Indikasi itu sangat signifikan apabila kita rujuk kembali visi pakatan pembangkang yang berhasrat membawa satu budaya politik baru dan menolak kuasa politik UMNO BN.
Read More / Baca Lagi >>

Umno nak jadi macam Parti Komunis China

Posted: 07 Dec 2015 06:18 PM PST

Oleh SUBKY LATIF
SAYA menyertai rombongan Perdana Menteri Tun Razak ke Beijing bagi formalisasi hubungan diplomasi Malaysia-China sebelum  pertengahan tahun 1970-an.
     
Di Beijing saya diberitahu oleh para wartawan di situ betapa tiada siapa sedar Parti Komunis China mengadakan kongres sekali dalam beberapa tahun di kota itu yang dihadiri sekitar 10 ribu perwakilan dari seluruh negara.
     
Kongres beberapa hari itu  hanya diketahui media sesudah usai beberapa minggu.
     
Begitulah Parti Komunis China, parti komunis terbesar di dunia, setiap kali kongres hingga tahun 70-an tidak diketahui sesiapa hatta wartawan asing di Beijing dan perisik kedutaan asing yang kerjanya mencari rahsia tidak mengetahui bila dan di mana kongres diadakan.
    
Begitulah China dan mana-mana negara komunis jua adalah masyarakat yang tertutup, sekalipun ia dihadiri oleh sepuluh ribu perwakilan, tidak siapa sedar.
    
Dan sekarang Umno bercadang hendak mengadakan Perhimpunan Agung yang tertutup sedang selama ini ia terbuka kepada semua. Jika Parti Komunis Malaya dulu merahsiakan mesyuarat agungnya ialah kerana parti itu adalah pertubuhan haram, ia terpaksa bergerak secara senyap.
    
Umno bukan pertubuhan haram. Selama-lamanya terdedah kepada semua. Apa yang cuba Umno buat itu adalah luar biasa. Parti Komunis China sekarang perlahan-lahan untuk menjadi sebuah parti yang terbuka tetapi Umno yang selama-lamanya terbuka mahu memasuki alam kerahsiaan.
   
Tidaklah ia sampai semundur China 40 tahun yang pada saya ketika itu adalah masyarakat yang kuno. Malaysia 40 tahun dulu bebas daripada kuno. Ia mewakili masyarakat terbuka dunia. Ia terdedah dan telus. Sekarang ia seperti menuju alam kuno dalam sebuah masyarakat yang terbuka dan tanpa sempadan.
    
Ia masih beritahu ia hendak mengadakan perhimpunan. Dimaklumkannya kepada madia tentang apa yang hendak dibuat pada perhimpunan itu. Boleh ikuti perkembangan perhimpunan dan boleh laporkan yang boleh lapor saja. Yang cuba ditutup ialah pada sidang perwakilan saja.
  
Mungkin kamera TV boleh menayangkan perkembangan dalam perhimpunan tetapi seperti menonton filem bisu. Tiada apa yang dapat didengar daripada tayangan itu. Itu agaknya.
   
Setakat ini yang cuba dilakukan, akan ada taklimat itu dari semasa ke semasa kepada media tentang apa-apa yang dibahas dan dicapai dalam perehimpunan. Bunyinya dua Naib Presiden yang masih jadi sekutu setia Presiden, Datuk Seri Najib, iaitu Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin Hussein akan jadi jurubicara melaporkannya.
    
Jika jadilah apa yang cadangkan itu, maka hilang meriah perhimpunan parti itu. Tiada lagi ia menarik para pelancong parti untuk datang setahun sekali mengikuti perjalanan perhimpunan.
    Read More / Baca Lagi >>

Dana Asing RM2.6b: Najib takut Umno 'sangkut'?

Posted: 07 Dec 2015 06:13 PM PST


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberitahu kepadanya dana politik berjumlah RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadinya atas kehendak penderma wang berkenaan.
"Saya tanya beliau kenapa dana itu masuk akaun sendiri? Dia jawab, sebab orang sana suruh buat begitu," katanya di hadapan penyokong-penyokong Umno pada program ceramah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, malam tadi.
Ujar Muhyiddin lagi, Najib juga ada memberitahunya, beliau tidak mahu Umno terjejas sekiranya isu ini menyebabkan parti diheret ke mahkamah.
"Beliau kata duit itu bukan untuk 1MDB tapi untuk parti. Parti mana? Bukan PKR tapi Umno.
"Kalau dibawa ke mahkamah, urusan kewangan parti akan diheret ke pengetahuan umum," katanya.

Katanya lagi, beliau bimbang sekiranya Umno 'sangkut' sumber dana tidak mengikut peraturan.
"Minta dijauhkan. Tapi takut-takut ada sumber yang tidak betul," katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya dana itu benar untuk parti, Najib perlu mengembalikannya kepada parti.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Najib yang tidak hadir sendiri ke Parlimen menjelaskan isu RM2.6 bilion itu.
Justeru itu, beliau menasihatkan Najib supaya berehat seketika bagi memberi laluan kepada siasatan dana yang didakwanya sebagai derma sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Enam Senator pembangkang tekad tolak RUU MKN

Posted: 07 Dec 2015 06:09 PM PST

siti aishah sri kandi pc pink 01Enam Senator pembangkang di Dewan Negara menjanjikan hujah mantap bagi menentang usul Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN) walaupun berhadapan lebih 100 Senator Barisan Nasional (BN).
Senator Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Siti Aishah Shaik Ismail, berkata tugas dipikul enam Senator pembangkang itu bertambah sukar apabila lazimnya Senator BN memberikan sokongan usul kerajaan.
"Pertamanya rakyat kena tahu komposisi di Dewan Negara bukan komposisi yang sama dengan Dewan Rakyat. Komposisi di Dewan Negara ini kebanyakkannya dikuasai Senator Barisan Nasional (BN).
"Kita lihat ini kebanyakkan mereka bertindak memberi sokongan membabi buta tanpa memikirkan kemudaratan kepada negara atau mana-mana pihak," kata Siti Aishah.
Aishah berkata demikian kepada Selangor Kini pada program 'Hari ke-300 Pemenjaraan Anwar, Rakyat Masih Bersamamu' di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 6 Disember lalu.
Jelas beliau berbanding di Dewan Rakyat yang memerlukan tiga kali bacaan sebelum sebarang RUU diluluskan, di Dewan Negara hanya memerlukan sekali bacaan sahaja.
Terdahalu, wakil kerajaan BN tergesa-gesa membentangkan RUU MKN sebelum diluluskan dengan undian belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.
RUU itu antara lain memberi Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai 'zon keselamatan' atau dengan perkataan lain 'zon darurat' dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.
RUU itu diperkenalkan ketika kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada pada paras paling lemah ekoran pelbagai skandal membabitkan beliau dan dicabar pelbagai pihak dalam dan luar Umno sendiri.

Setahun bah pergi, tapi khemah masih berdiri..pemimpin terus bermewah...!!!

Posted: 07 Dec 2015 06:08 PM PST


Disember datang lagi dan setahun lalu – tanggal 22 Disember – menjadi detik cemas yang tidak terlupakan buat ribuan rakyat Kelantan.
Terperangkap, lemas, kediaman musnah, harta benda rosak, haiwan ternakan dan tanaman dibawa arus deras sudah terlipat dalam sejarah Bah Kuning 2014.
Kini, sisi keperitan mangsa-mangsa banjir besar itu belum surut dan bimbang tragedi itu akan berulang, terus bergetar dalam denyut nadi mereka.
"Kehidupan perlu diteruskan," kata Ab Rahman Ali, 70-an ketika ditemui Malaysiakini.
Ada riak bimbang di raut wajah bekas tentera di zaman awal kemerdekaan tanah air itu ketika menyambut kehadiran Malaysiakini, Sabtu lalu.
Hujan renyai-renyai membasahi persekitaran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Etno Botani, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pekan Gua Musang.
Pusat penempatan sementara
Walaupun hampir setahun berlalu, lebih 100 keluarga dari daerah itu masih ditempatkan di pusat penempatan sementara tersebut.
"Sehingga sekarang belum tahu lagi apa kesudahan nasib kami. Macam-macam berita mengenai pemberian rumah kita dengar.
"Semuanya masih kelam, tak tahu bila lagi kami boleh tinggal di rumah baru. Ada yang kata hujung tahun ini, bulan Mac tahun depan, bulan Jun (2016) tapi belum pasti juga.
"Sekarang musim bah datang lagi," katanya yang tinggal di kem tersebut sejak awal tahun ini.
Ab Rahman berkata, mereka tidak berani untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai isu-isu yang wujud sekitar kehidupan memandangkan mereka hanya dianggap 'penumpang' di situ.
"Syukurlah, sekurang-kurangnya masih ada tempat untuk berlindung buat masa sekarang.
'Harap dapat rumah baru'
"Di masa akan datang belum tahu lagi. Mungkin akan berpindah ke tempat lain selepas pembukaan semula kem ini untuk program PLKN nanti.
"Harap-harap cepatlah dapat rumah baru," katanya yang sebelum ini tinggal secara setinggan di Kampung Tiong, dekat Galas.
Rumah setinggannya dihanyutkan air bah dan hidup di usia emas bagi Ab Rahman, tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berehat di penempatan itu bersama isterinya.
"Orang di sini kebanyakannya bebas keluar bekerja. Kami juga disediakan makan dan minum setiap hari, lebih senang berbanding tinggal di khemah sebelum ini.
"Kalau diikutkan selesa memang tak selesalah berbanding duduk di rumah sendiri. Tapi kita tidak ada pilihan, tunggu sajalah," katanya.
Setiap kali tiba waktu makan, Ab Rahman bersama penghuni lain akan berkerumun di dewan makan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediaman sementara mereka.
Musim tengkujuh
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Najib, gagal tangani kos sara hidup faktor anak muda jauhi Umno

Posted: 07 Dec 2015 06:05 PM PST

Penolakan golongan muda terhadap Umno boleh dilihat dalam media sosial yang majoritinya menempelak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya secara total. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Disember, 2015.  
Penolakan golongan muda terhadap Umno boleh dilihat dalam media sosial yang majoritinya menempelak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya secara total. 

Beberapa bekas pemimpin akar umbi Umno yang meletak jawatan kerana kecewa dengan pucuk pimpinan mengatakan skandal Datuk Seri Najib Razak dan isu kos sara hidup sebagai punca parti Melayu itu semakin dijauhi kelompok anak muda. Paling ketara, anak muda yang berpendidikan dan berada di bandar tidak lagi bersama Umno, kata bekas ketua Pemuda Cawangan Keliang Moohamad Faizal Abdul Raub.
"Situasi sekarang ini, majoriti golongan muda menolak kepimpinan Umno dan BN (Barisan Nasional) sedia ada.

"Realitinya boleh tengok lihat dalam media sosial. Hampir majoriti golongan muda di bandar dan berpendidikan tolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya secara total!" kata Faizal kepada The Malaysian Insider. Faizal berkata, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib dan kos sara hidup menyebabkan Umno ditolak anak muda.
"Anak muda kini sudah peka, mereka membaca dan mengetahui mengenai 1MDB, isu derma RM2.6 bilion. Apabila presiden sendiri berhelah, macam mana anak muda nak bersama dengan Umno lagi?
"Isu kos sara hidup, 1MDB dan bermacam lagi menyebabkan Umno dan kerajaan BN akan kalah," katanya.
Umno terlalu eksklusif
Bekas exco Puteri Umno, Haziqah Nasirah Zol Bahari senada dengan Faizal, menyifatkan kemarahan kepada Umno berpunca daripada kegagalan parti pemerintah itu menangani isu-isu kos sara hidup yang menekan anak muda.
"Kadangkala saya simpati dengan kecaman yang dibuat ke atas presiden tapi dah tak boleh kata apa dah.
"Sebab banyak sangat isu yang menyebabkan kemarahan umum. Selain skandal 1MDB, terdapat hal lain seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang membebankan, kenaikan tol dan terkini harga tambang LRT, komuter, monorel dan ERL yang memberi impak bukan sahaja kepada  golongan muda, tetapi masyarakat umum termasuklah pelajar dan golongan B40," kata Haziqah yang meletak jawatan daripada Puteri Umno pada awal Januari lalu.
Menurut Haziqah, Umno masih eksklusif menyebabkan terdapat jurang di antara parti dengan kumpulan anak muda pertengahan yang bekerja.
"Saya berpendapat Umno masih bersifat eksklusif dengan mendampingi kumpulan-kumpulan tertentu seperti usahawan dan kontraktor muda.
Read More / Baca Lagi >>

Budaya 'cash is king' harus dielak - Muhyiddin

Posted: 07 Dec 2015 06:03 PM PST

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa budaya 'cash is king' harus dielakkan dalam mentadbir kerajaan.
Jika tidak, tegasnya, ia akan menyebabkan hilang akal dan kewarasan.
 Sebelum itu Muhyiddin melalui Facebooknya meminta rakyat memberikan pandangan mengenai topik yang bakal beliau ucapkan jika dibenarkan berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU).
Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata demikian setelah mengambil pandangan rakyat dalam laman sosialnya.
"Saya menerima lebih 22 ribu komen dan antara perkara yang paling penting adalah atasi budaya 'cash is king' jika dibenarkan berucap. Disebabkan wang pemimpin akan hilang akal dan kewarasan.
"Jika mereka mengambil habuan, ramai yang akan berdiam diri tidak berani bersuara, bimbang habuan akan ditarik semula," katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.
Muhyiddin yang lengkap berbaju merah, bersampin Umno berkata, ekonomi negara juga harus diurus dengan lebih baik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup. Ada keluhan masing-masing mengenai bil elektrik, sewa rumah. Mungkin ada yang tidak kerja tetap dan berpendapatan rendah," katanya.
Mengulas lanjut, ahli Parlimen Pagoh itu menggesa agar Najib tidak lagi menegakkan benang yang basah sekiranya beliau punca kepada permasalahan rakyat.
"Najib tidak pernah mengaku salah, meminta maaf. Saya minta maaf, jangan tegakkan benang yang basah lagi" katanya.

Najib: PAS tunjuk tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno

Posted: 07 Dec 2015 03:35 PM PST

PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan
positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.
 "Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen malam ini.
Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv
Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam.
"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.
Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, enam anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).
Manakala empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.
Najib juga berkata kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib akui terguris hati dengan Dr Mahathir

Posted: 07 Dec 2015 03:30 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau terguris hati dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.
Najib, yang juga presiden Umno, berkata beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.
"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Temu bual itu dikendalikan Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web www.newsplus.my/live-tv.
Najib juga menyifatkan Dr Mahathir tidak berpegang kepada kata-katanya dahulu,  seorang pemimpin apabila tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau haruslah sentiasa menyokong dan mendukung kepimpinan kerajaan semasa.
"Waktu kita dalam kerajaan, kita hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan. Waktu kita di luar kerajaan, kita patut sokong orang dalam kerajaan.
"Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap... tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan," katanya.
Najib juga mengakui berasa kesal dengan tindakan Dr Mahathir yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya.
Keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan Dr Mahatir yang disifatkan Najib sebagai banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.
Menyifatkan segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi, Najib berkata perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin.
"Ini bukan baharu dan setiap pemimpin akan hadapi cabaran. Tapi ini ujian kepimpinan kita... ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tok Arab’ gila pun tak akan bagi RM2.6 bilion – Mahathir

Posted: 07 Dec 2015 03:28 PM PST

Wang RM2.6 bilion perlu dimasukkan dalam penyata kewangan UMNO yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Mahathir_umno_pau_600 (1)
KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan hadir Perhimpunan Agung UMNO kerana mahu mendengar penjelasan RM2.6 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, wang derma RM2.6 bilion seharusnya dimasukkan ke dalam penyata akaun UMNO sebagai bukti.
"Kali ini saya nak dengarlah, sebab itu saya nak pergi Perhimpunan Agung UMNO, yang mana Bendahari ikut peraturan mesti jelaskan kewangan UMNO, ada atau tak RM2.6 bilion.
"Kalau tak ada di mana?…," katanya ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir mengulangi pendirianya bahawa beliau tidak percaya derma RM2.6 bilion itu disumbangkan oleh penderma dari Timur Tengah seperti yang didakwa Najib.
Beliau berkata demikian berdasarkan pengalamannya ketika menjadi Perdana Menteri, tiada langsung derma dari Timur Tengah yang diperolehinya.
"Duit itu daripada "Tok Arab". Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tak bagi.
"Minta derma dari negara Arab? Masa saya minta tak pernah dapat..kosong.. dia (orang Arab) angkat kitab bagi sikit adalah itu," katanya lagi.
Justeru, Dr. Mahathir berkata, Najib seharusnya menggunakan peluang di dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti untuk menjelaskan mengenai RM2.6 bilion bagi mengembalikan keyakinan semua pihak.
Katanya, selagi Najib tidak menjelaskan, beliau tidak akan percaya bahawa RM2.6 bilion itu diperoleh daripada penderma Timur Tengah.

Najib sembang RM2.6b dimasuk ke akaun peribadi atas kehendak penderma

Posted: 07 Dec 2015 03:27 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu.
"Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen olehTimbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).
"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3.
Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.
Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv.
Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.
Beliau berkata sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan.
"Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat lebih marah Rosmah berbanding Najib – Hamidah Osman

Posted: 07 Dec 2015 03:25 PM PST

Jika orang mahu cerita keburukan, mengapa isteri menteri lain atau isteri Muhyiddin Yassin tidak menjadi sasaran?
Hamidah-Osman_najib-rosmah_600
KUALA LUMPUR : Kemarahan rakyat terhadap Datin Seri Rosmah Mansor lebih tinggi berbanding kemarahan rakyat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, keadaan itu berlaku kerana banyak 'cerita-cerita' yang disebarkan tentang isteri Perdana Menteri.
Katanya, 'cerita-cerita' itu cepat dan mudah tersebar menerusi internet kerana rakyat kini hidup di dunia tanpa sempadan.
"Saya nak cakap terus-terang, sebenarnya kemarahan orang kepada Datin Seri Rosmah lebih daripada kemarahan orang kepada Datuk Seri Najib.
"Hari ini dunia tanpa sempadan. Orang dapat maklumat dengan begitu mudah. Dan terlalu banyak cerita-cerita mengenai beliau.
"Bagi saya kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau orang nak cerita pasal keburukan, orang akan cerita pasal menteri-menteri lain, orang boleh cerita pasal isteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kenapa mereka itu tidak dijadikan sasaran? Semestinya ada sesuatu yang menyebabkan dia menjadi sasaran," katanya dalam wawancara khas bersama FMT.
Hamidah membuat komen itu apabila ditanya sebagai wanita, adakah beliau merasakan Rosmah banyak membawa impak negatif kepada suaminya sebagai pemimpin nombor satu negara.
(Sub heading) Wanita UMNO takut bersuara.
Read More / Baca Lagi >>