Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DYANA SOFYA DIPECAT

Posted: 06 Dec 2015 08:07 PM PST



No Komen. 

Sengaja kami Tak pujuk dia kembali ke pangkal jalan, supaya dia kenal siapa dia DAP !

TUNJUKKAN DI MANA DALAM RUU MKN PERDANA MENTERI DIBERIKAN KUASA DIKTATOR ?

Posted: 06 Dec 2015 03:56 AM PST


Dalam bahagian pertama di sini, saya telah menjelaskan dengan panjang lebar isu Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN). Namun begitu, saya ingin menjelaskan pula isu seterusnya berkaitan tuduhan diktator.


Beberapa pihak di luar sana memberikan pandangan yang salah kerana kebanyakan pandangan mereka hanyalah berbau persepsi dan sentimen politik semata-mata. Pengalaman sangat penting tetapi tidak semestinya bersesuaian dengan tafsiran terkini keadaan dunia yang pantas berubah. Kita mesti sedar, isu-isu keselamatan semakin bertambah kompleks sekarang.

Saya ambil satu contoh mudah, dahulu pasukan keselamatan boleh menghantar PDRM dan ATM ke Memali dan menyelesaikan kes di sana dengan mudah. Namun, hari ini, pengganas seluruh dunia berada di dalam komuniti masyarakat, mereka bergerak di dalam siber, mereka mempunyai sumber kewangan yang besar, malahan mereka mempunyai kepakaran persenjataan yang sangat tinggi. 

Jika di Memali dahulu, mereka hanya menggunakan parang dan tombak sahaja tetapi kini pengganas yang tidak dikenali memiliki senjata moden yang sangat canggih. Seluruh dunia menghadapi isu keselamatan. Anda perhatikan negara maju seperti Perancis sendiri gagal mengesan mereka. Inikan pula Malaysia jika kita tidak berwaspada, sudah pasti mereka boleh menghuru-harakan negara kita bila-bila masa dan di mana-mana jua di hadapan anda.

Saya ingin menjelaskan bahawa RUU MKN tidak akan menjadikan mana-mana Perdana Menteri seorang yang bertindak sebagai diktator. 

Ini kerana di dalam Kawasan Keselamatan, yang berkuasa ialah organ negara seperti PDRM, ATM dan mana-mana agensi penguatkuasa awam. Bukannya Perdana Menteri.

Adalah menjadi common sense bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan perlu melalui proses undang-undang. Jumlah maksima denda dan penjara ditentukan oleh Hakim bicara bukan Perdana Menteri.

Perdana Menteri tidak ada kuasa menangkap orang tanpa bicara. Prinsip demokrasi sangat terserlah di dalam RUU MKN yang saya jelaskan di sini.

Cuba anda nyatakan di mana kuasa yang diperuntukkan dalam RUU MKN Perdana Menteri diberikan kuasa diktator?

Di Malaysia, kelihatan jelas hanya DAP mengamalkan prinsip Diktator. Contohnya di dalam isu terbaharu Tony Pua dengan Gobind Singh di Konvensyen DAP Selangor, siapakah yang mendapat undi terbanyak tetapi siapakah pula yang dilantik memegang JetBlue oleh DAP ?

Begitu juga dalam kes-kes lain seperti tidak menghormati lagu Negaraku (lagu Negara), tidak mengaku sebagai warganegara Malaysia, tidak hendak berucap dalam Bahasa Malaysia, menterbalikkan bendera Negara dan sebagainya. Semua itu adalah ciri-ciri diktatorisme dan nilai-nilai itu dididik secara salah kepada rakyat Malaysia.

Itu belum lagi negara kita berperang untuk mempertahankan kedaulatan negara ! Seandainya esok negara kita diserang, negara memerlukan rakyatnya ke medan perang, cuba tanya diri anda, adakah anda akan mempertahankan negara ini atau anda akan berhijrah ke negara lain?

Maka, sebelum ianya berlaku, Kerajaan memandang ke hadapan dengan membuat RUU MKN demi mempertahankan kedaulatan rakyat dan negara kita. Itu sahaja. Tiada niat lain !


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Derma bukan dari George Soros, NED, CIA, korparat, atau taukeh judi

Posted: 06 Dec 2015 11:23 PM PST


NAJIB BUAT PILIHAN YANG TEPAT MENERIMA DANA DARI PAK ARAB, BERBANDING YAHUDI DAN TOKOH KOPRAT SEPERTI ANWAR DAN MAHATHIR

Sebelum melangkah menaiki pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah, saya sempat mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN.

Kumpulan ini sungguhpun dinamakan kumpulan Penyokong BN, namun tidak semuanya menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu sendiri, apatah lagi ada diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama yang pernah berkuasa selama 22 tahun.

Beberapa hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba dibenamkan oleh Pengerusi BN lama yang menjadi idola individu tersebut.

Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan walaupun ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri Zahid Hamidi di Parlimen.

Memandangkan beliau terus-menerus menegaskan hak beliau untuk menyatakan pandangan beliau, izinkan saya menggunakan tempoh 2 jam setengah perjalanan saya tanpa internet ini untuk menyatakan pandangan saya berhubung isu RM 2.6 billion ini.

Salah satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan dana politik KeADILan. Selain daripada penyelewengan sumbangan yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah mendedahkan dua perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube sehingga kini.



Pendedahan pertama saya ialah, sumbangan yang KeADILan terima daripada Dato Soh Chee Wen untuk pilihanraya umum tahun 1999. Cek atas nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak dimasukkan ke dalam akaun KeADILan.


Sehingga kini kita tidak pernah mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.



Pendedahan kedua saya adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi mendapatkan dana pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan.

Pertemuan ini diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah Elizabeth Wong dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut hadir. Itu sebab saya tidak hairan bila Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini dengan mengatur perjumpaan Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah. 

Saya selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung tidak dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu.

Sebelum saya dipecat, Azmin dalam satu mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan bahawa duit sebanyak RM 3 juta pertama telah diterima dan digunakan untuk menempah t-shirt, bendera dan topi KeADILan di China. Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut diperolehi dari Soros.

Apa yang cuba saya sampaikan ialah, tiada undang-undang dalam negara ini yang boleh menghalang mana-mana individu atau parti politik untuk menerima dana politik atau sumbangan dari dalam atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut sumber yang sah.

Tidak perlulah saya cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa masuk melalui pelbagai cara termasuk melalui proses penyeludupan.

Apa yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk mendapatkan dana politik, dan beliau telah membuat keputusan yang paling baik bagi memastikan negara ini terus berdaulat dan beliau tidak terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.


Pilihan pertama yang Najib ada, dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk mendapatkan dana dari Soros, Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP.

Namun jika kita menang pilihanraya umum ke 13 dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita memerintah mengikut acuan kita sendiri?

Sudah pasti tidak! Kita mungkin akan jadi seperti Filipina yang sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Amerika sehingga terpaksa mengizinkan Amerika membuka pengkalan tenteranya di Filipina.

Bila, Amerika arahkan mereka menyerang Iraq pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan tenteranya ke Iraq. Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia jadi lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.




Najib juga boleh pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri Yeoh Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.

Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya?


Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai, sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.

Sungguhpun Najib dikecam hebat berhubung isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi dalam usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan Argentina.

Ramai mungkin tidak sedar hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara dari mengikut telunjuk asing dan tokoh koprat.

Kerana usahasama 1MDB dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan teman-teman di Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana politik bagi membantu Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan, setiap bantuan yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan harapan pihak yang menaja kita. Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat.



Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS.

Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003. Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik.

Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz.

Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA. Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.



Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang Syiah. Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab Shafie dan bukan Syiah. Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima syarat kedua ini.


Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah supaya kita memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak 2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi telah berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti Muammar Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan oleh Pak Arab ini. Oleh yang demikian, sebahagian dari hasil petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara seperti Malaysia bagi memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia.

Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR, DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan? Maka tidaklah jadi masalah untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga Pak Arab tersebut.

Saya yakin kalau anda diberi pilihan samaada mahu mengambil duit Yahudi/Amerika, Tokoh Koprat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan mengambil pilihan ketiga.

Lainlah kalau anda ada cara lain untuk mendapat dana sebanyak itu tanpa melanggar sebarang undang-undang dan etika serta tidak meletakkan pemimpin kita dalam keadaan terhutang budi kepada sesiapapun.

Apa yang penting sepertimana yang Dato Sri Najib jelaskan sebelum ini, duit ini bukan duit 1MDB dan beliau tidak menggunakan duit ini untuk tujuan peribadi. Jika ianya rasuah atau ingin beliau gunakan untuk tujuan peribadi, tidak perlu beliau bawa masuk duit ini ke Malaysia dengan kebenaran Bank Negara. bukankah lebih baik ianya disimpan di Swiss Bank bagi memastikan kerahsiaannya.

Duit ini juga jelas bukan duit rasuah, kerana pihak SPRM sudahpun mengesahkan bahawa duit tersebut sumbangan Pak Arab dari Timur Tengah dan SPRM sudahpun menemui pihak penyumbang.

Sebenarnya, dengan pengumuman SPRM bahawa mereka sudah merakam kenyataan Dato Suboh (SRC International) dan Low Teak Jo ahad lalu serta kenyataan Dato Sri Najib hari ini, isu RM 2.6 billion ini bakal dibakul-sampahkan tidak lama lagi.

Ini bermakna Tun Mahathir dan sekutunya Tan Sri Muhyiddin sudah kehilangan modal paling besar mereka untuk menumbangkan Najib. Apa yang tinggal hanya peluang mereka untuk melakukan kerja-kerja lekeh dengan menganggu konsentrasi Dato Sri Najib semasa ucapan Perasmian dan Penggulungan Presiden di Perhimpunan Agong UMNO tahun ini.

Sungguhpun saya tidak setuju dengan keputusan mengekalkan mereka yang melanggar disiplin parti sebagai ahli UMNO dan mengundang manusia yang mahu membenam UMNO ke majlis Perasmian parti keramat ini, namun keputusan MT wajar kita hormati dan patuh.

Mungkin ahli UMNO boleh menerima pemecatan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih baik selepas mendengar dan melihat sendiri usaha beliau memecah-belahkan orang Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman 7 Disember ini dan onar yang mereka rancang sepanjang PAU2015..

- Lokman Adam- Emel:


Cukup-cukuplah auta dan fitnah

Posted: 06 Dec 2015 08:30 PM PST











Nurul: Ratu fitnah Malaysia #1

Posted: 06 Dec 2015 06:30 PM PST







Rafizi: Raja fitnah Malaysia #1

Posted: 06 Dec 2015 04:37 PM PST




Ketika orang kesedihan, Mufti Munafiq tunjuk pandai

Posted: 06 Dec 2015 07:08 AM PST






Kenapa pula berlilit songkok bila bersama Raja Perlis?

Betul tak sensitif... dan munafiq yang cakap tak serupa bikin. Ulamak hayati ilmu. Dr Maza tidak. Ulamak beradab sopan. Dr Maza tidak.

Pelik orang Perlis boleh terima orang Penang ini sebagai mufti.


Sarawak perlu khuatir Nurul hantar tentera Kiram

Posted: 06 Dec 2015 03:19 AM PST




Jangan salahkan BN.

Hak Sarawak untuk khuatir nurul akan menyebabkan tentera Kiram atau mana2 tentera asing serang Sarawak

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Istiadat majlis pengebumian Allahyarham Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim - Al Fatihah.

Posted: 06 Dec 2015 08:46 AM PST



Suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Tunku Abdul Jalil dari Istana Besar menaiki Pedati Diraja yang ditarik perlahan-lahan kira-kira tiga kilometer menuju ke Makam Diraja Mahmoodiah. Mengiringi Pedati Diraja ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.


Tunku Mahkota Johor , Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dibantu oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris (empat dari kiri) yang membawa jenazah Allahyarham Tunku Abdul Jalil pada majlis pengebumian di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini.


Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah , Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah dan Che Puan Khaleeda Bustamam tiba di Makam Diraja Mahmoodiah untuk upacara pengebumian Allahyarham Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.



Rakyat hadir beramai-ramai pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak raja yang disayangi rakyat, Allahyarham Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris diselubungi kesedihan semasa bacaan ' talqin ' di pengebumian anakanda baginda berdua, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini.


Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail menggenggam tangan anakanda baginda , Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail di pengebumian Allahyarham Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail memeluk anakanda baginda, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah selepas selesai bacaan talqin dibacakan.


Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah diiringi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyiram air mawar di pusara anakanda baginda berdua , Allahyarham Tunku Abdul Jalil, di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـﻠَﻤِﻴﻦ۞ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ۞ ﻣَـﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ۞ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ۞ ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَﻁَ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ۞ﺻِﺮَﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ۞ ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ۞ﺍﻣﻴﻦ

Suara Politik
Belantan

Semoga ALLAH merahmatimu adikku, saya sayang kamu.

Posted: 06 Dec 2015 12:54 AM PST


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim malam tadi memuatnaik status di Facebook yang begitu menyayat hati di atas pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

Malah, Tunku Ismail mengakui malam tadi begitu sukar untuknya lalui.

"Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya.

"Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku," tulisnya melalui Facebook rasmi, Johor Southern Tigers.

Putera keempat Sultan Johor itu disahkan mangkat kira-kira jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.

Melalui tulisan sama, Tunku Ismail menyatakan bahawa Tunku Abdul Jalil tidak akan dilupakan dan namanya bakal dibawa oleh waris Johor kelak.

"Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu.

"Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku.

"Semoga ALLAH merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," tulis Tunku Ismail lagi atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ.

Almarhum didiagnosis menghidap kanser tahun lalu dan menjalani pemindahan hati di Guangzhou, China.

Suara Politik
Belantan