Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NURUL IZZAH BAWA JACEL KE PARLIMEN

Posted: 04 Dec 2015 06:25 AM PST


 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar boleh membawa anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram sebagai saksi ke pendengaran Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selain Jacel, naib presiden PKR itu juga dibenar menampilkan bekas presiden Filipina, Joseph Estrada sebagai saksi.


Selain itu menurut Azalina, keputusan merujuk Nurul Izzah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen tidak bermakna wakil rakyat pembangkang itu bersalah.

"Jawatankuasa akan putuskan sama ada untuk buat hukuman atau terima penjelasan beliau. Hukuman terpulang kepada jawatankuasa," katanya.

Terdahulu Dewan Rakyat meluluskan usul merujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen melalui ubdi belah bahagian

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Komentar2 dan penentang Najib sedar "game over"

Posted: 04 Dec 2015 09:30 PM PST


http://www.malaysia-today.net/najibs-adversaries-know-it-is-game-over/

http://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/1884100/basking-asean-success-malaysias-pm-najib-looks-set-defy

http://www.economist.com/news/asia/21679468-beset-scandal-najib-razak-nevertheless-seems-safe-his-job-malaysias-prime

http://www.malaysia-today.net/dr-mahathirs-last-hurrah-and-najibs-masterstroke/

http://1mdb.com.my/press-release/tun-mahathir-admits-allegations-based-only-on-assumptions-no-proof

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/adept-at-balancing-acts-najib-set-to-stay-in-power-the-economist-says#sthash.CybCR7Mg.dpuf


http://www.malaysia-today.net/is-muhyiddin-plain-dumb-or-playing-dumb/

http://www.malaysia-today.net/how-muhyiddin-slit-his-own-throat/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/12/04/walk-the-talk-and-resign-muhyiddin-told/

Muhyiddin mahu kata dia hanya risau dan prihatin dengan kedudukan parti. Dia dok kata tak mahu dan tak minat nak jadi PM. Hanya namanya dilambung Tun Dr Mahathir.

Tambah lagi dia bersama Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia mahu disegerakan pemilihan. Mereka dah nyatakan mahu dia sebagai PM atau ada kata asal bukan Najib.

Kenapa tak dengar dia tolak mahukan jawatan PM?

Mahathir mahu ditubuhkan Council of Elders. Adakah Muhyiddin setuju dengan tuntutan itu?

Kini dia dituduh akan kekalkan kroni Mahathir. Bolehkah Muhyiddin nafikan dan berjanji akan hentikan amalan kroni, AP, dan konsesi??? 

Nampaknya mereka sedar game over tapi masih nak cuba-cuba. Dahlah tu ada pula nak kacau persidangan dengan turunkan banner, plakad dan nak berdemo. Ada nak cuba pekik=pekik dari dalam dewan.

Berani ke???

NOW guna isu YaPEIM untuk kumpul dana

Posted: 04 Dec 2015 05:21 PM PST













PKR janji pendidikan percuma ... Mana dia?

Posted: 04 Dec 2015 06:03 AM PST



Rentilah buat andaian, anggapan dan tuduhan tanpa bukti

Posted: 04 Dec 2015 01:30 AM PST













Janganlah sampai mati dalam keadaan buat fitnah


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Nasib Melayu Di Selangor Bila Pakatan Yang Perintah

Posted: 04 Dec 2015 09:03 PM PST

8 Jawapan Persoalan Isu Semasa

Posted: 04 Dec 2015 05:08 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘BANYAK KILANG BERI NOTIS BUANG PEKERJA 1 JANUARI 2016’

Posted: 04 Dec 2015 05:23 AM PST

ALASAN NAJIB ENGGAN JAWAB DANA RM2.6 B DIBANTAH BEKAS HAKIM

Posted: 04 Dec 2015 05:21 AM PST

Najib mungkir pelbagai janji pembangunan Pulau Pinang

Posted: 03 Dec 2015 11:37 PM PST



Guan_Eng_rumah_mampu_milik_Penang-650x400
KERAJAAN Persekutuan BN masih terus meminggirkan Pulau Pinang berikutan kegagalan memberi sebarang projek utama dalam Belanjawan Negara kebelakangan beberapa tahun ini.
Bukan sahaja janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat sebanyak tiga kali untuk membina sistem LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tidak langsung ditunaikan, malah permohonan kerajaan negeri untuk program tebatan banjir bernilai RM805 juta ditolak.
Permohonan projek baru rancangan tebatan banjir sebanyak RM805 juta dibuat baru-baru ini, berikutan janji Perdana Menteri akan bantu menyelesaikan masaalah banjir kilat tetapi malangnya ia masih tinggal janji kosong.
Yang lebih teruk lagi ialah kemungkinan besar Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang sebanyak RM150 juta dibatalkan sungguhpun sudah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Ini sungguh tidak adil kerana membayar RM6.3 bilion setiap tahun dalam bentuk cukai dan duti kastam tetapi hanya dapat pulangan dua peratus sahaja. Harus ditekankan bahawa Pulau Pinang masih sebahagian Malaysia dan tidak patut dianaktirikan dan diabaikan sedemikian.
Di samping itu, keadaan kritikal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang penuh sesak, dan dijangka melebihi kapasitinya sebanyak 6.5 juta penumpang, tidak diberi perhatian serius.
Seharusnya projek pembesaran LTAPP diluluskan dengan segara untuk mengelakkan pandangan buruk ke atas LTAPP yang sesak seperti sebuah pasar malam.

Rancangan awal untuk membina hotel empat bintang ataupun apa-apa kompleks komersil di LTAPP pun dibatalkan dan hanya tempat letak kereta akan ditambah.
Diharapkan janji untuk membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot, khusus untuk memenuhi keperluan pengguna lapangan terbang, tidak tinggal janji kosong sepertimana janji manis Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen saya pada 24 November lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan: Jumlah penumpang yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Pulau Pinang sejak 2010 sehingga bulan September 2015 adalah seramai 29.6 juta penumpang. Jumlah ini merangkumi penumpang antarabangsa dan domestik yang berlepas ataupun mendarat di lapangan terbang tersebut. Untuk makluman YB Bagan, kapasiti sedia ada Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas adalah sebanyak 6.6 juta penumpang setahun. Manakala jumlah trafik penumpang yang dikendalikan di lapangan terbang tersebut pada 2014 adalah sebanyak 6 juta penumpang setahun.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) sedang menjalankan satu kajian bertajuk "Kajian Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru Di Utara Malaysia". Kajian ini akan mengambil masa 6 bulan dan dijangka siap pada akhir November ini. Kajian tersebut juga akan mengambilkira status cadangan projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang. Keputusan kajian tersebut akan memberikan panduan kebolehlaksanaan (feasibility) keseluruhan projek-projek lapangan terbang Utara Malaysia termasuk sebarang cadangan pembangunan komersial. Sebarang keputusan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan tertakluk kepada hasil kajian tersebut.
Merujuk kepada cadangan pembangunan lain di sekitar LTA Pulau Pinang, MAHB sememangnya menyedari akan masalah kekurangan tempat letak kereta di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Bilangan 666 lot yang ada sekarang tidak lagi mencukupi.
Oleh demikian, MAHB akan membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot khusus untuk memenuhi keperluan pengguna lapangan terbang.
Dengan ini, isu pembinaan sebuah hotel empat bintang serta pembangunan lain di tapak empat letak kereta tidak timbul di mana apa-apa rancangan komersial yang lain adalah di kawasan luar tempat letak kereta tersebut.

* Lim Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang

KISAH MENARIK UNTUK DIKONGSI...PETANG JUMAAT YANG MENGANTUK

Posted: 03 Dec 2015 11:36 PM PST

Mizal Chepa to Gabungan Anak Terengganu

Kisah benar...Dah lebih 20 tahun ejai (nama sebenarnya 
adalah Mizal Chepa) tidak pulang ke rumah ayahnya setelah 
dia dihalau kerana mau pergi ke KL untuk mencari kerja.
Ayahnya tidak suka dia bekerja d KL. Bahkan ayahnya 
menyatakan dia tidak akan menemukan kebahagian di sana.

Ejai tak peduli, dia nekad meninggalkan ayahnya. Sejak itu
 dia langsung tidak pulang ke kampung menemui ayahnya, 
dia ingin buktikan dia boleh berjaya di KL.

Terdetik hatinya utk pulang bila dia rasakan dia sudah 
berjaya dalam kehidupannya. Dia kini sudah beristeri dan 
dikurniai seorang anak. Dia sudah mampu memiliki sebuah 
pajero

Sampai di kampungnya dia terkejut dengan perubahan yang 
dilihatnya sehingga dia lupa jalan ke rumahnya. Deretan 
rumah-rumah kayu yang dahulunya di pinggir jalan sudah 
tiada lagi, semuanya digantikan dengan rumah-rumah batu
 yang besar.

Ejai melihat sekitar, dia sudah tidak lagi dapat mengingat 
jalan ke rumah ayahnya.

Dia berhenti di sebuah restoran. ejai mendekati seorang
 pakcik yang sedang berjalan menuju keretanya dan 
bertanya, "Pak cik di mana rumah pak Mat tukang?"

"Eh, kamu ni ejai anak Pak Mat tukang, ye?"
Ejai mengangguk,

"Ayah kamu dah pindah duduk banglow di jalan depan 
ni...dia dah lama xtak duduk sini....dia sekarang dah pakai 
bmw 7 series..."

Terlopong ejai mendengar penjelasan pakcik tu
"Pakcik....bagaimana ayah saya boleh jadi mcm tu? " ejai 
bertanya hairan.

"Tu lah kamu tak sabar, orang kampung semua dah senang 
lenang, ada banglow, kereta mewah...ayah kau tu baru balik 
dari melancong di Hawaii.."

Ejai tak sabar nak tahu apa yang telah mengubah kehidupan 
di kampungnya " Apa yang mengubah semua ni, pakcik?"
"BR1M"😝😝😝

Kenyataan tiga minit Zahid tak bertanggungjawab, tiada maklumat baru

Posted: 03 Dec 2015 10:33 PM PST


1mdb
KUALA LUMPUR 4 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengecam kenyataan tiga minit berkaitan derma RM2.6 bilion yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada ada sesuatu atau maklumat baru.
"Kenyataan tiga minit Zahid sangat tidak bertanggungjawab, tiada hal baru diperkatakan beliau. Yang ada hanyalah penegasan bahawa RM2.6 billion berkenaan adalah derma politik," katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau juga menyifatkan skandal itu dialih dengan pembentangan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Jelas, Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdesak untuk mengalihkan perhatian isu skandal RM2.6 billion Najib, ketika negara diasak oleh pemerhati luar dan dalam negara," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Sebelum ini, Azalina berjanji Datuk Seri Najib Razak akan menjawab sendiri soalan berhubung skandal berkenaan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, sebaliknya Zahid pula mewakili Perdana Menteri itu tetapi hanya memberi kenyataan tiga minit, semalam.
Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan menghantar 90 soalan berkaitan dua skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion tetapi tidak diendah sehinggalah hari terakhir sidang malam tadi.
Kit Siang menyifatkan tindakan Azalina tidak jujur kerana pada sidang terakhir itu Nurul Izzah ada mengusulkan soalan mengenai RM2.6 billion tetapi tidak diletak sebagai antara tiga soalan teratas.
"Azalina terang-terangan menipu di Parlimen mengenai kehadiran Najib pada hari terakhir sidang bagi menjawab soalan skandal itu," katanya.
Malah, katanya, Ahli Parlimen Bagan Lalang, Lim Guang Eng pada hari pertama (19 Oktober) pembentangan belanjawan di Parlimen ada bertanya butiran aliran keluar masuk RM2.6 billion tetapi tidak diendah.
"Mengapa Azalina tidak berterus terang bahawa kerajaan tidak akan menjawab skandal itu, dengan memberi alasan akan menganggu perjalanan siasatan.
"Daripada memberi harapan kepada rakyat dan dunia bahawa skandal itu akan terjawab semalam, Kerajaan BN sebaliknya membiarkan kita pulang dengan tangan kosong tanpa apa-apa penjelasan kukuh," kata Kit Siang.
Kesal dengan tindakan itu, Kit Siang secara sinis mengesa supaya Azalina diheret diri sendiri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu.

ROKETKINI


Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Menyalahkan Tabung Haji Atas Kenaikan Tambang ERL Adalah Taktik Dajjal

Posted: 04 Dec 2015 03:27 PM PST

1. Kenapa sekarang ni, aku selalu katakan yang kita kena berhati-hati?

2. Contohnya macam kes ERL ni. Nampaknya dah mula satu idea di kalangan kibod warrior pembangkang untuk pastikan YTL tak dipersalahkan dalam isu ni.

3. Hujah mereka mudah. Tabung Haji juga pemegang saham terbesar jadi kenapa Tabung Haji tak bantah? Ini bukti mereka ; pecahan pemegang saham ERL Sdn.Bhd adalah seperti berikut "YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji, SIPP Rail Sdn Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 45%, 36%, 10% and 9%"

4. Refer sini : Website ERL 

5. Tapi, kalau kau gunakan Google Cache punya tools, kau akan tau yang maklumat yang dipaparkan dah diubah......

6. Sebab pada asalnya maklumat tersebut bertulis "ERLSB's shareholders are YTL Corporation Berhad , Lembaga Tabung Haji Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 50%, 40% and 10% shareholding respectively. "

7. Bila diubah? Agaknya pada 3hb Disember 2015. Sebab 2hb Disember, dia masih lagi pakai maklumat lama.

8. Kau boleh tengok info pasal cache Google tu dekat bahagian atas website tu. Refer sini ; Link ke Google Cache 

9. Apa possibility memang shareholder ERL Sdn.Bhd berubah selepas kenaikan tambang ni? Itu, yang kita kena cerahkan lagi lah.

10. Tapi bila kibod warrior pembangkang dah mula main kotor nak menyalahkan Tabung Haji dalam bab ni, aku pelik jugak la. Dengan tiba-tiba aje maklumat shareholder bertukar, terus start serang Tabung Haji dengan ayat "kenapa tabung haji tak bangkang keputusan ni?"

11. Lagi mudah buat orang Melayu marah dengan sebuah badan pengurusan haji yang dikepalai oleh orang Melayu ahli UMNO dan dibelakangi kerajaan sebab isunya kat sini, nak buat orang ramai benci apa saja yang ada kaitan dengan kerajaan. Aku tau la. Aku satu geng dengan diorang dulu.

12. Berhati-hatilah. Jangan kena main. Takkanlah hanya sebab kita marah kos tambang ERL naik, kita nak marah Tabung Haji sekali? Pelik bang tengok ada orang kita lagi suka hentam syarikat bermajoriti Islam berbanding yang bukan Islam....

13. Jadi, persoalan yang lagi besar.....kenapa shareholder ERL Sdn Bhd tiba-tiba bertukar selepas kenaikan tambang diluluskan oleh SPAD?

14. Tolong share kalau kau sayang Tabung Haji.
15. Jangan mudah kena main, orang Melayu. Berhati-hatilah.  Kalau kau nak baca kibod warrior pembangkang mana yang start spin nak salahkan Tabung Haji, kau carik la sendiri.

16. Ingatlah, orang yang paling bahaya, adalah orang yang ambik kesempatan untuk faedah dia, bila berlaku kesusahan ke atas orang lain.

Maklumat lanjut
Corporate Profile ERL Sdn.Bhd. Aug 2015

Link bacaan lain

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Husam bela Nurul Izzah

Posted: 04 Dec 2015 07:08 PM PST

Adun Salor, Datuk Husam Musa, menggesa pemimpin kerajaan khususnya lelaki yang menyerang MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar supaya mempamerkan sifat kelelakian mereka.
Sambil merakamkan simpati kepada Nurul Izzah, Husam berkata, serangan berkaitan dakwaan mempunyai hubungan dengan anak pemimpin raja Sulu itu adalah perkara yang dibuat-buat.
"Ia perkara yang sengaja direka untuk menyerang untuk menyusahkan pembangkang, termasuk Nurul Izzah.
"Jadi saya minta, golongan lelaki yang menyerang (Nurul Izzah) itu mempamerkan sifat kelelakian.
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah," katanya kepada media selepas majlis penyampaiakn Kunci Rumah Sumbangan yayasan Darul hijrah, di kampung Manjor, Kuala Krai, semalam.
Nurul Izzah menjadi sasaran kritikan BN apabila gambanya bertemu dengan anak pemimpin Sulu, Jacel Kiram, tersebar dalam Facebook.
Gambar itu bertarikh 9 November.
Kata Husam, Nurul Izzah tetap diserang dengan sengit walaupun perkara itu bukanlah isu yang substantif.
"Katakan (misalnya) yang jumpa dengan anak bekas pemimpin Sulu itu adalah anak Datuk Seri Najib Razak, saya yakin dia tidak akan dilakukan seperti Nurul Izzah.
"Isu negara yang lebih besar adalah 1MDB, bagaimana negara diuruskan tetapi tidak menjadi satu kesalahan. (Mengapa) yang jadi salah adalah jumpa orang?
"Janganlah kerana Nurul Izzah itu perempuan, mereka berani serang, tak patutlah.
"Kalau berani mereka patut perbetulkan Najib, bukan Nurul Izzah," jelasnya.

Bukan Islam dalam Amanah boleh pegang jawatan penting, buat keputusan

Posted: 04 Dec 2015 07:06 PM PST

Berlainan dengan PAS, ahli bukan Islam dalam Amanah boleh menjawat jawatan kanan sehingga ke peringkat membuat keputusan, menurut presidennya Mohamad Sabu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015. 
Berlainan dengan PAS, ahli bukan Islam dalam Amanah boleh menjawat jawatan kanan sehingga ke peringkat membuat keputusan, menurut presidennya Mohamad Sabu.

Orang bukan Islam boleh menjadi ahli penuh dan memegang jawatan membuat keputusan dalam Parti Amanah Negara (Amanah), dalam usaha parti baharu itu mereformasi politik Islam di Malaysia, kata presidennya Mohamad Sabu.
Katanya, ia sebahagian fokus Amanah dalam membawa politik dengan imej urus tadbir baik (good governance), amanah dan inklusif, selari dengan prinsip Islam.
Ia berbeza dengan parti Islam lain yang memberi tumpuan kepada isu aqidah dan pelaksanaan undang-undang Syariah, kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Imej Islam buruk kerana umatnya. Islam (dianggap) agama pembunuh, pencetus huru hara, aniaya wanita, diskriminasi agama lain dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider. "Kita mahu, bila Amanah muncul, ia disokong pelbagai pihak. Dan orang bukan Islam tidak gerun dan gentar lagi bila sebut Islam," kata bekas timbalan presiden dan bekas aktivis PAS itu.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Amanah mengambil pendekatan terbuka kepada orang bukan Islam, berbanding PAS yang menerima orang bukan Islam hanya sebagai ahli tidak penuh dan boleh memegang jawatan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sahaja.
Namun untuk menjaga kepentingan Islam sebagai dasar parti, Mat Sabu berkata presiden dan timbalan presiden Amanah hendaklah menghayati dan komited dengan ajaran Islam.
Mat Sabu dan sekumpulan pemimpin "progresif" meninggalkan PAS selepas kalah teruk dengan golongan konservatif dalam pemilihan parti pada Jun.
Mereka meninggalkan PAS setelah tidak bersetuju dengan kepimpinan baharu yang konservatif berhubung hala tuju parti.
Menurutnya, dari segi amalan, orang Jepun yang bukan beragama Islam, jika menerima Allah dan Rasul, boleh menjadi umat terbaik.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas setuju tidak serang PAS, Husam bidas dokumen sulit dibocor

Posted: 04 Dec 2015 07:04 PM PST

Datuk Husam Musa menafikan dakwaan Facebook pro-ulama PAS yang menuduh seorang kakitangan kerajaan Kelantan membocorkan maklumat kepadanya.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015. 
Datuk Husam Musa menafikan dakwaan Facebook pro-ulama PAS yang menuduh seorang kakitangan kerajaan Kelantan membocorkan maklumat kepadanya.

Walaupun dikatakan bersetuju tidak akan bercakap secara umum isu dalaman parti selepas pertemuan dengan Dewan Harian PAS baru-baru ini, Datuk Husam Musa menyerang lagi partinya dalam satu majlis di Kota Baru malam tadi.
Bekas naib presiden PAS itu dipercayai melakukannya susulan serangan terhadap beliau melalui akaun Facebook pendokong kumpulan pemimpin tertentu dalam PAS, El-Haraki.
Pada majlis pelancaran buku itu, Husam berkata ekoran surat yang diberikan beliau kepada Dewan Harian PAS Pusat dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang kakitangan pejabat menteri besar (MB) Kelantan diserang dengan pelbagai tuduhan.

Beliau mendakwa, kakitangan pejabat MB berkenaan dituduh memberi dokumen kepadanya sehingga membolehkan beliau membuat surat berkenaan kepada PAS Pusat. Ekoran itu, Husam mempertikaikan bagaimana isi kandungan perbincangan yang dianggap sulit itu boleh dibocorkan kepada El-Haraki yang kemudiannya menyerang kakitangan pejabat MB itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu menegaskan, tidak ada pihak yang berjawatan dalam kerajaan PAS yang membekalkan sumber maklumat kepadanya.
Sebaliknya, katanya, sumber maklumat itu datang dari "jin yang turun kerana benci dengan hal-hal yang tidak menyenangkan berlaku di Kelantan".
Beliau mendesak MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, agar prihatin dengan serangan terhadap kakitangan pejabatnya itu.
"Pembelaan dan siasatan perlu dijalankan dengan penuh adil oleh pejabat MB Kelantan," kata Husam.
Bagaimanapun, The Malaysian Insider mendapati, status yang menyerang kakitangan pejabat MB Kelantan itu kini dibuang daripada akaun Facebook El-Haraki itu.
Read More / Baca Lagi >>

Vape, sisha kini haram di Pulau Pinang

Posted: 04 Dec 2015 07:03 PM PST

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah (PPS) yang bermesyuarat pada 2 dan 3 Disember lalu
vaping Penang
PETALING JAYA: Penggunaan rokok elektronik atau vape dan sisha kini haram bagi umat Islam di Pulau Pinang.
Mufti Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata keputusan sepakat Panel Pakar Syariah (PPS) yang bermesyuarat pada 2 dan 3 Disember lalu itu sejajar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Ogos lalu.
"Kita haramkan vape mengikut pandangan Islam serta kerana ia boleh menjejaskan kesihatan individu yang menghisapnya.
"Pengharaman itu juga kerana menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam," katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.
Vaping melibatkan proses pengewapan cecair campuran propilena glikol atau gliserin sayuran atau kedua-duanya dengan infusi nikotina pada tahap kemanjuran 6mg, 12mg, 18mg dan 24mg.
Nikotina dikaitkan dengan penyakit jantung dan saluran darah, kecacatan bayi sewaktu lahir, barah dan ketagihan.

Dewan Negara perlu sebulat suara halang pewartaan Akta MKN 2015

Posted: 04 Dec 2015 04:49 PM PST

Syed Iskandar


Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada khamis yang akan dihantar ke sidang Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diwartakan bagi membolehkan ia berkuat kuasa sebagai satu akta baharu.
Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat kali ini ia menjadi ucapan sepintas lalu perdana menteri tanpa sebarang maklumat terperinci sehinggalah ianya dibacakan buat kali pertama pada 1 Disember lepas.
Pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang MKN 2015 mempunyai implikasi perundangan yang amat besar kepada sistem perundangan negara kita.

Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 menyatakan dengan jelas, walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, MKN tetap mempunyai kuasa dalam menjalankan fungsinya termasuklah untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi berkenaan dengan keselamatan negara. Manakala, Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula menyatakan majlis itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan dalam perkara berkaitan keselamatan.
Kesan utama Seksyen 5 (a) ialah ia memindahkan kuasa mutlak ketua polis negara (KPN) yang mempunyai "command and control'' terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang juga perdana menteri.
KPN sekalipun dilantik menganggotai ahli MKN kini kehilangan kuasanya terhadap pasukan PDRM sendiri yang diberikan di bawah Akta Polis 1967 kerana Seksyen 5 dimulai dengan proviso, "walaupun ada mana-mana undang-undang bertulis yang lain", namun MKN tetap berkuasa mengatasi Akta Polis 1967 yang disebut secara halus sebagai entiti kerajaan.
Lebih teruk lagi, kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang diberikan oleh Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan disahkan sekali lagi oleh pelbagai klausa di bawah Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972 di mana setiap tindakan tertentu Majlis Angkatan Tentera (MAT) perlu mendapat perkenan/kelulusan/persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, sepertimana yang berlaku pada KPN dalam PDRM yang kehilangan kuasa "command and control" pasukan PDRM, ianya kini pula berlaku pada Panglima Angkatan Tentera dalam ATM yang ketika ini asalnya kuasa ada pada Yang di-Pertuan Agong kini di ambil alih oleh seorang ahli politik iaitu perdana menteri yang di lantik menjadi pengerusi MKN.
Justeru, Seksyen 5 (a) Rang Undang-undang MKN 2015 adalah ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan dan boleh diisytiharkan tidak sah sejak dari azali lagi (void ab initio) atas sebab ianya mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong yang menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan di bawah Artikel Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5, Akta Angkatan Tentera 1972.
Keanggotaan Panglima Angkatan Tentera sebagai ahli MKN di bawah Seksyen 6 (g) Rang Undang-undang MKN 2015 juga tidak bermakna apa-apa kerana kuasa diberi kepada pengerusi MKN untuk mengarahkan mana-mana entiti kerajaan berkaitan isu-isu keselamatan.
Justeru, sekali lagi jelas seksyen 5(a) adalah ultra vires Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN 2015 pula mengesahkan kehilangan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 Akta Angkatan Tentera 1972 serta kehilangan kuasa KPN untuk mempunyai sepenuh "command and control of the police force" di bawah Akta Polis 1967.
Seksyen 5 (b) Rang Undang-undang MKN menyatakan MKN (pengerusi majlis) berkuasa mengeluarkan arahan kepada mana-mana entiti kerajaan berkaitan dengan keselamatan negara.
Tidakkah semua sedar yang Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan KPN disenaraikan dalam senarai 2 paling akhir dalam senarai keanggotaan MKN di bawah Seksyen 6 (g) dan (h) Rang Undang-undang MKN 2015.
Maruah PAT dan KPN di mana agaknya bila diletakkan dalam 2 terakhir daripada senarai 8 orang ahli majlis.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Malaysia menuju negara diktator?

Posted: 04 Dec 2015 04:43 PM PST


PKR amat kecewa dengan lulusnya Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 di Parlimen semalam.
Walaupun rang undang-undang berkenaan membawa implikasi besar dalam konteks prinsip demokrasi, kedaulatan negara dan hak asasi manusia, namun ia dibawa dengan tergesa-gesa oleh kerajaan Umno-BN pada hari terakhir sidang Parlimen dan diluluskan dengan majoriti mudah.
Rang undang-undang berkenaan memberi kesan yang buruk kepada rakyat Malaysia kerana:

1. Perdana menteri boleh merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan 2. Perdana menteri diberikan kuasa tanpa had untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai "kawasan keselamatan".
3. Keseluruhan undang-undang bersifat terlalu umum, tidak jelas dalam kebanyakan takrifnya, serta bidang kuasa yang amat luas diberikan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk menentukan sesuatu sebagai isu keselamatan.
4. Kuasa yang luas diberikan kepada pasukan keselamatan untuk mengabaikan hak asasi manusia, kebebasan dan perlindungan untuk seorang warganegara biasa dalam "kawasan keselamatan"; hak jaminan perlindungan kepada seorang warganegara biasa dicabuli.
5. Terdapat peruntukan yang membolehkan penggunaan kekerasan munasabah dan "perlu" sedangkan "kekerasan perlu" tidak dijelaskan.
6. Terdapat kuasa mengetepikan inkues (siasatan kematian) terhadap anggota pasukan keselamatan dan orang yang dibunuh dalam kawasan keselamatan selagi majistret berpuas hati orang itu terbunuh dalam kawasan keselamatan akibat operasi dijalankan pasukan keselamatan untuk tujuan menguatkuasakan mana-mana undang-undang bertulis.
7. Rang undang-undang ini melindungi ahli Majlis Keselamatan Negara dan jawatankuasanya daripada apa-apa jenis tindakan prosiding sivil dan jenayah. Justeru menyebabkan mereka tidak dipertanggungjawabkan atau boleh didakwa atas tindakan mereka.
Malaysia tidak memerlukan rang undang-undang sebegini, apatah lagi wujudnya pelbagai undang-undang keselamatan yang lain.
PKR percaya ini percubaan terang-terangan perdana menteri ke arah pemusatan kuasa bagi dirinya dan boleh membawa Malaysia terjerumus sebagai negara diktator.

Politik takut senjata baru Umno

Posted: 04 Dec 2015 04:41 PM PST

Faiz Fadzil


Umno merupakan parti politik tertua negara ini yang berjuang atas dasar perkauman Melayu dilihat tidak lagi mampu untuk membela nasib Melayu. Bagaimana hendak diharapkan dapat membela nasib kaum terbesar negara ini jika nasib timbalan presiden sendiri pun tidak mampu dibela 3 juta ahlinya.
Di samping itu, beberapa orang ahlinya yang lantang mengkritik dasar kerajaan dan Perdana Menteri turut dibuang. Krisis yang melanda Umno sekarang semakin parah dengan ruang demokrasi dillihat semakin tertutup.
Khurafat, Umno sahaja yang mampu membela nasib orang Melayu kini semakin diragui. Bagaimana hendak diharapkan Umno jika sasaran ekuiti Melayu dalam ekonomi negara sebanyak 30% di bawah dasar ekonomi baru masih gagal dicapai walaupun sudah lebih 40 tahun dasar ini dilaksanakan. Kadar pengangguran di kalangan anakmuda Melayu pula semakin meningkat.

Kenaikan harga barang dan terkini perkhidmatan pengangkutan awam seperti komuter dan ERL paling dirasai orang Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada kelas menengah dan bawahan. Dianggarkan 40% pendapatan isi rumah orang Melayu di bawah RM2000 sebulan. Walaupun ramai ahli perniagaan ali baba dicipta Umno, namun ia tidak kekal lama dan tidak banyak membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu secara keseluruhan. Sudah ramai kontraktor Melayu kini menjadi dormant dan tidak mampu untuk berdaya saing, apatah lagi dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.
Retorik Umno untuk mempertahankan keistimewaan Melayu juga semakin terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan kelak. Usahlah diharapkan Umno untuk mempertahankan aset negara yang biasanya dikawal orang Melayu jika saham EDRA dijual kepada syarikat asing dan bukannya kepada TNB. Tiada penentangan Umno terhadap langkah 1MDB tersebut.
Kerana itu, Umno tidak lagi peduli hak dan kedaulatan negara ini, jauh sekali untuk melindungi hak dan kepentingan orang Melayu.
Rakyat kini mulai sedar akan keadaan ini. Umnoperlu mencipta satu senjata baharu dalam politik tanahir. Politik takut atau 'politics of fear' adalah pilihan terakhir untuk terus berkuasa. Pelbagai undang-undang zalim digubal seperti POTA, SOSMA dan yang terkini RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 kononnya atas tujuan keselamatan negara.
Tiada langsung tanda-tanda keselamatan negara terancam. Maka, sudah tentu ada muslihat tertentu atau 'ulterior motive' RUU ini dibentangkan secara mengejut. Undang-undang baharu ini jika diluluskan dan dilaksanakan kelak akan memberikan kuasa mutkak kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan di mana pasukan bersenjata di bawah Majlis Keselamatan Negara akan mengawal penuh kawasan yang diisytiharkan. Ketika itu, tiada lagi kebebasan kepada rakyat di dalam sebuah negara yang merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN, kata Kayveas

Posted: 04 Dec 2015 04:04 PM PST

Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas menyifatkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas menyifatkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah. 

Bantahan oleh bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga terhadap Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam adalah tidak relevan, kata Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas. Beliau menyifatkan Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.
"Rang Undang-undang MKN ini adalah yang dibahaskan dan diluluskan di peringkat Parlimen... jadi tidak ada siapa yang berkuasa termasuk dia (Ambiga) untuk mengkritik rang undang-undang itu.

"Dulu dia berjuang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi sekarang pula berjuang perkara lain," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi myPPP di Kuala Lumpur, hari ini. Kayveas mengulas laporan mengenai tindakan Ambiga menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil kerajaan sejurus sebelum Rang Undang-undang MKN dibacakan di Dewan Rakyat semalam.
Memorandum melalui Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam) itu mendesak supaya rang undang-undang MKN ditarik balik serta-merta kerana didakwa peruntukannya bertentangan dengan prinsip demokrasi dan memberi kesan buruk kepada rakyat.
Undang-undang MKN dibahaskan di Dewan Rakyat semalam dan diluluskan setelah 107 ahli dewan menyokong manakala 74 menolak.
Pelaksanaan undang-undang tersebut bertujuan memperkukuhkan lagi mekanisme serta sistem operasi dalam menangani ancaman terhadap keselamatan negara.

Akta MKN boleh jadi senjata makan tuan

Posted: 04 Dec 2015 04:01 PM PST


KALAU hasrat tersirat kerajaan meluaskan bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah bagi melindungi dan memperkukuhkan kedudukannya maka ia tentu amat berkesan.

Dengan mewujudkan sebuah akta agung (super act) untuk MKN, anggotanya akan memperoleh kuasa yang sangat luas sehingga boleh mengancam kebebasan sivil seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Demikianlah antara jawapan saya kepada soalan yang dikemukakan oleh pemberita sebuah portal berita bukan arus perdana mengenai cadangan akta itu.

Kalau tujuan akta ini adalah untuk memberikan kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan dalam menangani ancaman luar, keganasan bersenjata atau situasi darurat (macam serangan ke atas Sabah pada tahun 2013) negara kita sudah pun mempunyai undang-undang dan peraturan yang cukup.

Kita pernah melalui darurat komunis selama 12 tahun (1948-60) dan rusuhan kaum 13 Mei, 1969. Kita wujudkan undang-undang khas seperti Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menanganinya.

Tetapi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, sendiri yang memansuhkan undang-undang ini atas nama transformasi dan liberalisasi.
Andainya BN Kalah
Perdana Menteri tentu mengharap dan menjangkakan sokongan padu Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional.

Tetapi sebelum bertindak mengiakan rang undang-undang itu, mereka patut memikirkan kemungkinan undang-undang yang mereka wujudkan itu digunakan ke atas mereka sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ramalan dan konsensus umum mengatakan BN akan kalah dalam PRU akan datang jika Mohd Najib terus menerajui kerajaan dan BN.

Seandainya itu berlaku, kerajaan yang menggantikan BN mempunyai alasan kuat menggunakan akta ciptaan BN itu untuk menyiasat, menangkap dan membicarakan anggota kerajaan yang ada sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Posted: 04 Dec 2015 03:59 PM PST

Selaku pengguna marhean yang hari-hari berbelanja membeli barang dan perkhidmatan, pelaksanaan GST, kenyataan seorang menteri baru-baru ini mencetuskan rasa tidak senang.
Noh Omar
Kehadapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang baru-baru ini tampil menyatakan restoran mamak tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan, GST.
Mahu ke tak saya tergelak dengan kenyataan seumpama itu Datuk?
Bukan apa, saya kasihan kerana banyak perkara yang berlaku dalam negara dan Datuk tidak sedar. Mungkin kerana jarang makan di restoran mamak, maka Datuk pun kurang pasti sekali gus terkejut dengan respon orang ramai terutamanya pelajar di Unisel saban hari.
Saya pun sudah lama tidak bertandang ke restoran mamak. Tapi bukan kerana boikot, bukan tak suka, bukan rasis, cuma tak tahan dengan harga makanan yang makin mahal, kuantiti makin kurang.
Suka saya berkongsi pengetahuan tentang restoran mamak dan GST.
Di forum tempoh hari Datuk berjanji akan mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan GST. Selepas itu, Datuk bagitau restoran yang tidak berdaftar dengan nombor pendaftaran GST tetapi kenakan GST, akan dikenakan tindakan.

Pertama sekali, kita semua sedia maklum, perniagaan yang mencecah nilai ambang RM500,000 dan ke atas, diharuskan membayar GST. Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed, mustahil jika pulangan perniagaan sesebuah restoran mamak tidak mencapai purata RM1,100 sehari. Maka dengan perkiraan itu, restoran yang mempunyai pulangan niaga lebih dari nilai tersebut sudah pasti akan mengenakan GST.
"Bila kami daftar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), ia secara langsung diterjemah dalam resit dan pelanggan perlu bayar. Kalau tidak kami pula yang kena tanggung," kata beliau.
Tambahnya dalam satu perbualan ringkas, restoran mamak pun tidak dapat bertahan dengan kenaikan mendadak bahan mentah yang mencapai 100 peratus, sewa hartanah yang tinggi dan pelbagai kenaikan lain yang memberi kesan kepada peniagaan mereka.
"Untuk rekod, sejak semua kenaikan ini (termasuk GST), kira-kira 10 peratus perniagaan restoran mamak ditutup pernaigaan di seluruh negara," katanya lagi.
Mengejutkan ke tak? Kalau selama ini kita fikir restoran mamak kenakan caj melampau, tetapi realitinya mereka turut terseksa.
Datuk perlu ambil perhatian survival restoran dalam keadaan ekonomi yang tertekan.
Oh ya, kembali kepada isu asal, jelas lagi terang sebahagian restoran mamak akan mengenakan GST, kecuali ada orang yang belanja kita makan free hari-hari, maka kita tidak sedarlah harga dan kesan cukai berkenaan.
Mungkinkah restoran mamak yang berlokasi benar-benar di hadapan pejabat Datuk di Tanjung Karang itu tidak mengenakan GST? Dan itu sebabnya Datuk tidak perasan selama ini?
Sekali lagi, kami di sini sudah cukup 'emosi' dengan kenaikan dan pelaksanaan GST yang dikuatkuasa sejak 1 April lalu. Usahlah buat kenyataan yang menambahkan tekanan.
Datuk, ni saya nak bagitau maklumat bonus, harap jangan terkejut, di restoran mamak atau mana-mana restoran, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Cerdik pandai jauhi Umno kerana pelampau, kata anak Tun Dr Ismail

Posted: 04 Dec 2015 03:49 PM PST

Tawfik Ismail kata Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Disember, 2015.Tawfik Ismail kata Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Disember, 2015.
Umno kini melupakan asal usul liberal dan sederhana yang melakarkan kejayaan untuknya dan sedang dihancurkan golongan neo-fasis serta ekstremis diperkenalkan kepimpinan semasa, kata seorang bekas ahli Parlimen parti itu. Inilah sebabnya mengapa Umno gagal menarik anak muda Melayu yang terbaik dan bijak, sebaliknya ramai antara mereka menyertai parti seperti PKR dan PAS yang progresif, kata Tawfik Ismail, anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, timbalan perdana menteri pada awal 1970-an.
Ia juga punca Umno mengasingkan bukan Islam dan rakyat Malaysia Timur, yang dulunya pernah menjadi sebahagian penyokong paling setia parti, kata Tawfik, 64, kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Pemerhatian Tawfik dibuat beberapa hari sebelum Perhimpunan Agung Umno, di mana semasa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, pemimpin parti cenderung mencerca "liberalisme" dan mencetuskan kebimbangan terhadap tingkah laku anti-Islam oleh orang bukan Islam. Kedua-dua Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kuat menentang liberalisme.
Sifat mereka yang memusuhi ciri-ciri liberal seperti keterbukaan dan keterangkuman oleh pemimpin Umno, merupakan pengkhianatan terhadap hasrat orang terdahulu terhadap parti itu, kata Tawfik .

Umno sememangnya sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana, katanya, tetapi ia berubah di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden Umno kelima, yang dipersalahkan Tawfik kerana menerajui parti ke arah konservatif agama dan fasisme politik.
"Apa salahnya menjadi liberal dan sederhana? Tidak mungkin ia satu dosa kerana Umno sentiasa dipimpin golongan liberal dan sederhana. Cuma Dr Mahathir yang fasis," katanya.
"Adakah anda mahu mengutuk datuk nenek kami mengatakan mereka jahiliah? Mereka semua salah? Saya rasa anda melahirkan lebih ramai golongan radikal dengan menggalakkan pemikiran ekstremis," kata Tawfik .
Read More / Baca Lagi >>

Lakonan Najib dapat ‘pujian’

Posted: 04 Dec 2015 06:12 AM PST

Tweet NajibSHAH ALAM, 4 DIS: Selepas diserang dengan desakan meletak jawatan dan pertanyaan 'mana RM2.6 bilion', halaman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dihujani pengalaman pahit netizen yang menjadi mangsa gara-gara 47 peratus pengundi negara ini membiarkan diri mereka tertipu dengan lakonan Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU-13).
Tinjauan Selangorkini mendapati gesaan supaya Najib bertaubat dibuat para komentar bermula apabila Najib memuatnaik status yang menyatakan kekaguman beliau terhadap lakonan Allahyarhamah seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail yang meninggal dunia baru-baru ini.
"Saya masih ingat lakonan Seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah," tulis Najib.
Status yang dimuatnaik pada 1 Disember itu dibalas dengan gesaan supaya beliau bertaubat kerana menekan kehidupan rakyat apabila menaikkan harga barangan keperluan termasuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Saya masih ingat lakonan Datuk Seri sebelum PRU. Janji macam-macam turun, sekarang semua naik. Semoga Datuk Seri taubat sebelum terlambat. Al-Fatihah," tulis para komentar.
Selangorkini mendapati hampir kesemua daripada 6,598 komentar pada status terbabit turut menulis mengenai perkara sama dan berlarutan hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, Selangorkini menjangkakan reaksi orang ramai itu tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap Najib sama seperti kenyataan bekas Ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada sebuah portal bahawa Najib memiliki 'kulit yang tebal'.

RUU MKN: Cubaan terbaru Najib lindungi diri

Posted: 04 Dec 2015 06:09 AM PST

MB AzminSHAH ALAM, 4 DIS: Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 jelas merupakan percubaan 'tak tahu malu' pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melindungi kepentingan peribadinya.
Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata MKN langsung tidak berkaitan dengan soal keselamatan negara, sebaliknya hanya bertujuan memanjangkan hayat politik Najib yang semakin lemas di lautan skandal.
Katanya, tindakan itu juga nyata tidak berpandukan perlembagaan dan mencabul kebebasan asas rakyat.
"Cukuplah kita dibebani dengan pelbagai jenis undang-undang menindas, janganlah ditambah lagi dengan undang-undang zalim yang jelas bertentangan dengan proses demokrasi dan institusi kerajaan berperlembagaan.
NAJIB_MKN"Undang-undang ini hanya akan membawa kita kepada satu jalan iaitu jalan menuju pemerintahan diktator," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 sekitar jam 10.52 malam, selepas dibahas lebih enam jam.
Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, Najib tidak patut bertopengkan alasan keselamatan negara bagi melindungi salah lakunya dan menekan pihak lawan sama ada dari dalam dan luar parti.
Katanya, semua pihak termasuk Ahli Parlimen, parti politik, dan orang awam mesti menolak rang undang-undang ini kerana ia jelas menyekat suara hati rakyat dalam membezakan antara salah dan betul.
"Adakah kita dipilih oleh rakyat untuk menggubal undang-undang yang memberi kuasa kepada badan Eksekutif untuk menginjak-injak hak asasi dan kebebasan rakyat?
"Bukankah kita sudah bersumpah untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan Rukun Negara demi memastikan negara ini maju di bawah kedaulatan undang-undang dan demokrasi," katanya.

SIAPA PULA PATUT DIPECAT?

Posted: 04 Dec 2015 06:02 AM PST

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa Tun Mahathir Mohamad akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Katanya, Tun Mahathir telah memberi jawapan mengenai kehadirannya bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Apabila Tun Mahathir memberi jawapan mengesahkan kehadirannya, bermakna bekas Perdana Menteri itu telah menerima jemputan secara rasmi daripada UMNO.

Jika beliau tidak menerima jemputan rasmi, tidak mungkin Tun Mahathir dapat memberi jawapan yang mengesahkan kehadirannya itu. Hanya setelah ada jemputan, barulah jawapan boleh diberikan sama ada dapat hadir atau sebaliknya.

Begitulah logiknya.

Sebelum ini Tun Mahathir mengatakan beliau tetap akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini walaupun kerap dan berterusan mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak.

Sama ada dijemput atau tidak, kata bekas Perdana Menteri itu, tidak menjadi hal kepadanya kerana Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turut membuat jemputan terbuka kepadanya.

Zahid Hamidi membuat jemputan terbuka itu sebagai reaksinya  kepada kenyataan Ku Nan yang memberitahu UMNO sedang menimbang sama ada mahu menjemput atau tidak Tun Mahathir serta membayangkan kemungkinan bekas Perdana Menteri itu memilih untuk tidak menghadirinya berikutan pendirian kerasnya  terhadap Najib sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun,  isu jemputan kepada Tun Mahathir nampaknya tidak lagi berbangkit memandangkan UMNO sendiri sudah membuat jemputan rasmi kepada negarawan itu dan Ku Nan juga mengesahkan sudah mendapat jawapan balas mengenainya.

Hakikatnya Tun Mahathir dan UMNO begitu sukar dipisahkan, bukan saja kerana tempoh berkuasanya yang paling lama, tetapi juga kerana pelbagai sumbangan serta kejayaan mengkagumkan yang dibawanya kepada negara.
Tetapi cuba kita lihat isi kandungan surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh Ku Nan kepada Hamidah Osman yang menyebut mengenai kesalahannya kerana menganjurkan program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir di Ipoh pada 16 Mei 2015 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

RUU MKN didakwa rampas hak Agong isytihar darurat

Posted: 04 Dec 2015 05:59 AM PST

Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam didakwa bukan sahaja melanggari bahkan merampas hak Yang Dipertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat seperti termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan itu hanya memberikan kuasa terlalu besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
"Adakah Kabinet telah benar-benar membahaskan rang undang-undang ini dahulu? Adakah pihak Raja-Raja telah dirujuk atau mereka telah dikesampingkan dalam hal ini? Rakyat mesti bangkit untuk bertindak bagi menangani pencabulan kuasa Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan ini.
"Ia mendedahkan ruang kepada salah guna kuasa seperti hari ini tentang salah guna kuasa Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan [Langkah-Langkah Khas] 2012 (Sosma)," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

RUU MKN diluluskan Dewan Rakyat malam semalam melalui undian suara dengan majoriti ahli Parlimen menyokong.
Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.
RUU yang dibentangkan hanya dalam tempoh dua hari itu memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>

Kaki bodek, otak udang - Khairuddin ajak akar umbi lawan MT

Posted: 04 Dec 2015 05:55 AM PST

Tahanan penjara selama dua bulan gagal mematahkan semangat Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada beliau terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para penyokongnya.
Dalam Facebook beliau melemparkan pelbagai cemuhan khususnya berhubung tindakan Umno yang menghalang timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.
"Saya selaku bekas naib ketua Umno bahagian merasa amat malu dengan kepimpinan parti pada hari ini yang telah memimpin parti seolah-olah ia hak 'bapa' mereka punya!" katanya.
Khairuddin mempersoalkan sehingga bila kepimpinan Umno akan terus menipu ahli-ahli dan mengecam anggota Majlis Tertinggi Umno sebagai "kaki bodek", "minda lemah" dan "otak udang".
Bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan itu menggesa semua ahli parti supaya menentang sekeras-kerasnya keputusan mesyuarat MT lalu yang amat tidak adil kepada Muhyiddin.
"Umno semakin gila babi!
"Ini petanda jelas kalangan kaki bodek, minda lemah dan otak udang yang menduduki kerusi-kerusi MT adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.
"Kita tidak seharus takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti Umno yang kita sayangi," katanya.
Khairuddin, yang kini dibebaskan atas ikat jamin, berkata beliau sering berdoa agar anggota MT disepak keluar kerana semua mereka ibarat 'lembu dicucuk hidung' dan tidak layak untuk memimpin.
"Setiap ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi jangan memberikan walaupun satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya kita mahu jaminkan parti Umno terus relevan di hati sanubari rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan derma RM2.6 bilion di Parlimen tidak mencukupi, kata naib presiden Umno

Posted: 04 Dec 2015 05:50 AM PST

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Disember, 2015. 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal melihat penjelasan berhubung wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan menggesa supaya kebenaran ditegakkan. Beliau berkata, sejak dari awal sudah menggesa supaya penjelasan berhubung wang derma dalam akaun perdana menteri, namun sebaliknya yang berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat penjelasan di Dewan Rakyat.
"Penjelasan, penerangan tentang perkara ini perlu, itu saya katakan daripada awal perlu ada penjelasan.

"Tidak mencukupi hanya penerangan seumpama itu di Parlimen kalau pun sudah dijelaskan," kata Shafie kepada pemberita dalam satu program di Pulau Selakan, dekat Semporna di Sabah hari ini. Berdasarkan penjelasan timbalan perdana menteri, Shafie berkata masih terdapat persoalan yang belum terjawab memandangkan ia masih dalam siasatan dan terdapat kes yang sedang berjalan di mahkamah.
"Jadi masih ada kes lagi sama ada kes di mahkamah atau perlukan siasatan, jadi perlu penerangan jelas seperti perbahasan, yang penting adalah kebenaran," katanya.
Isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib mencetuskan kontroversi.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah Dibuli Ahli Parlimen BN

Posted: 04 Dec 2015 05:42 AM PST

"Apa nak panjangkan lagi isu Nurul Izzah"

Posted: 04 Dec 2015 05:41 AM PST

'Polis Pun Tak Tahu Kesalahan Tian Chua'

Posted: 04 Dec 2015 05:41 AM PST

Mahathir dan Isteri sahkan hadir AGM Umno

Posted: 04 Dec 2015 05:40 AM PST

Mustahil Negara Boleh Capai Wawasan 2020 - Rafizi Ramli

Posted: 04 Dec 2015 05:40 AM PST

Noh Omar Tak Tahu Kedai Mamak Ada GST

Posted: 04 Dec 2015 05:39 AM PST

Sekolah agama percuma??? Boleh percaya ka ni???

Posted: 04 Dec 2015 05:37 AM PST

Org tak makan dah janji2 palsu BN=Barang Naik tu... yg Najib Razak janji masa pru lepas pn BANYAK LAGI tak ditunaikan.... ckp nk kurangkn kadar tol... la ni bukan ngan kadar tol je naik... tambang kenderaan perkhidmatan awam pn naik... habis barang2 lain naik.... kene plak GST... pastu subsidi rakyat plak dihapuskn..... subsidi universiti DIKURANGKAN.. pastu timbul scandle 1mdb... pastu timbul isu RM2.6b secara magicnye disumbatkan dlm akaun beliau... haa.. nk bangkitkn ape lg ye?... banyak ni...

UMNO jadi bahan tawa seluruh dunia

Posted: 04 Dec 2015 04:22 AM PST

Buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan hak membuat penggulungan.
Bahasa,-Khairuddin-Abu-Hassan,-UMNO.PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan beliau amat malu dengan kepimpinan UMNO kini kerana telah memimpin parti itu seolah-olah milik peribadi.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu berpendapat parti itu menjadi bahan tawa satu dunia kerana buat kali pertama dalam sejarah kepimpinan, seorang Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan sayap-sayap parti dan tidak diberikan hak membuat ucapan penggulungan pada sesi penutup Perhimpunan Agung UMNO.
"Apakah kehadiran Timbalan Presiden UMNO hanya sekadar 'pak pacak' dan 'tunggul' saja sepertimana yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sampai bila kepimpinan hari ini nak perbodohkan keseluruhan ahli-ahli umno? Apakah ahli-ahli UMNO akar umbi nak peluk tubuh melihat gelagat kepimpinan bangang ini yang sedang membuatkan UMNO semakin tidak popular? Puak-puak ahli majlis tertinggi UMNO kini adalah kaki bodek minda lemah otak udang," katanya menerusi status di Facebook miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan keseluruhan ahli-ahli UMNO supaya menentang larangan berucap sekeras-kerasnya kerana ia tidak adil kepada Timbalan Presiden parti itu.
Read More / Baca Lagi >>