Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Saya hadir PAU tapi sebagai 'tunggul'"?

Posted: 02 Dec 2015 11:45 AM PST


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno bagaimanapun beliau tidak akan berucap dalam himpunan tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

‪"Insya-ALLAH, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.‬

‪"Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.


Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu turut berkata, apa yang berlaku di dalam Umno ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.‬

‪"Akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan jika Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara," ujarnya lagi.‬

‪Jelas Muhyiddin lagi, beliau sendiri masih sayangkan Umno malah tidak mahu dipecat.

Namun katanya, sekiranya parti sudah memutuskan, beliau akur dengan keputusan itu.‬‎

‪"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima," ujarnya lagi.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


6 khabar angin fake pembangkang protun bantu sebar

Posted: 02 Dec 2015 10:26 PM PST


Dr Mahathir terlalu "obsess" untuk jatuhkan Dato Najib hingga dah terkeluar kata BN perintah terlalu lama dan penyokongnya sudah sokong bebaskan Anwar.

Grup protun sudah bantu bebaskan fake message pembangkang. Konon berjuang nak selamatkan parti tapi sudah tidak tahu had hingga bukan saja tak tahu serang pembangkang tapi bantu pembangkang rosakkan parti.

----------

Berkuatkuasa 1 Jan 2016:

- Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengav n kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (kuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.

>>> KITA TENGOK DIRI KITA LA... BETOL KE KITA ADA BELI BERAS RM17/10 KG ST 15? RASANYA MAJORITI KAT KEDAI PON JUAL RM 23-24 SEKAMPIT 10KG DAN LABEL ST 5/ST 10. SGT SUSAH NAK CARIK BERAS BAWAH RM20 DAN ST15. WALAUPUN SEBANYAK 30,000 TON DIPERUNTUKKAN UTK ST15, NAMUN BANYAK PENGUSAHA TERUTAMANYA CINA DAH AMBIK KESEMPATAN DAN UPGRADE BERAS JADI ST 10 / ST5, SO HARGA DEPA NAIKKAN JADI RM 24. AKU SGT SETUJU JIKA ST15 DIMANSUHKAN SEBAB SEBENARNYA LEBIH BANYAK PENYELEWENGAN BERAS SUBSIDI BERLAKU DGN DASAR ST15 TU.

- Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20.

>>> STATEMENT NI DAH DINAFIKAN OLEH KEMENTERIAN. RASA2NYA KITA KAT SINI PON BIL LETRIK KOMPOM LEBIH RM20. KALAU IKUT STATEMENT NI, YG DIMANSUHKAN HANYA YG BIL KURANG RM20 JE...

- Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan.

>>> DAH BEBERAPA TAHUN SUBSIDI MINYAK MASAK HANYA UTK YG PAKET 1KG DGN HARGA RM2.50 SEPEKET. MAJORITI YG GUNA PAKET TU ADALAH PENIAGA. PENGGUNA BIASA MCM KITA KAT RUMAH SELALUNYA BELI YG DLM BOTOL 5KG. YG DLM BOTOL 5KG TAK DE SUBSIDI SEJAK LAMA DAH.

- 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yg berakhir 2018.

>>> MEMANG NAIK.

- perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kpd RM55.

>> NAIK SETELAH 14 TAHUN TAK PERNAH NAIK. MEMANG AGAK MELAMPAU JUGA KENAIKAN. TETAPI IA HANYA UTK ERL EXPRESS. UTK ERL BIASA (BUKAN EXPRESS TAK NAIK). KALAU NAK JIMAT, JANGAN GUNA YG EXPRESS. GUNA YG TAK EXPRESS. BEZA LEWAT CUMA DLM 20 MINIT JE.

- kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (kuatkuasa 2 Dis 2015).

>>> NAIK, TAPI TENGOK PERJALANAN MENGIKUT JARAK. BUKAN SEMUA JADI 102%.

- kenaikan tambang KTM Komuter sebanyak 58%. kenaikan bermula dgn RM0.04/km sehingga max RM7.10/km (kuatkuasa 2 Dis 2015).

>> KENAIKAN HANYA 4 SEN/KM. BUKANNYA SAMPAI RM7.10/KM. FITNAH TU... KENAIKAN MAXIMUM UTK PERJALANAN HAMPIR 350 KM TU YG JADI RM7.10

- Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) drp RM200j kpd RM10j.

>>> YG NI AKU TAK PASTI.

- Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan/hapus.

>>> YG NI JANGAN SALAH FAHAM. PENGURANGAN PERUNTUKKAN ADALAH SEBAB DASAR YG DAH DIPERSETUJUI BEBERAPA TAHUN LALU, UNIVERSITI CARIK DUIT SENDIRI UTK TAMPUNG SEBAHAGIAN OPERASI. YURAN UTK PELAJAR TEMPATAN TAK NAIK. UKM, UPM DAN UM DAH BEBERAPA TAHUN JADI UNIVERSITI PERINTIS UTK PROJEK TERSEBUT DAN BERJAYA.

*Menempuh Tahun 2016 yg Sukar.

Sekarang pun sudah derita, tahun 2016 pasti akan menjadi lebih dahsyat yg amat getir buat rakyat Malaysia yg berpendapatan sederhana dan rendah. RM50 seperti bernilai RM5 apabila keluar berbelanja barang keperluan.

>>> AYAT NI JELAS MELAMPAU. TAKKANLAH RM50 JADI MCM RM5 DLM TEMPOH BEBERAPA BULAN.

Semoga kita semua dpt menempuh segala cabaran ini dan diberi rezeki tambahan utk menampung segala bebanan kekurangan. Berusahalah mencari dan meneroka peluang baru agar ada sinar bahagia yg lebih baik.

>>> INI BAGUS UTK PERINGATAN

Sesungguhnya ada rahmat disebalik setiap kejadian...

>>> INI PON BAGUS

Berdoalah... kerana ia adalah senjata utama kita dan doa insan marhain. InsyaAllah, walaupun kita tidak dpt mengubahnya pd masa kini, diharapkan anak cucu kita tidak merasai apa yang kita rasai

. >>> OK JUGA UTK PERINGATAN

Rakyat Malaysia,

Dr.Ezrie😎

>>> KAT GROUP LAIN DEPA UBAH NI JADI TAGLINE BENCI KERAJAAN.

Protun serupa RBA dan PKR, 17 FITNAH Mahathir

Posted: 02 Dec 2015 08:30 PM PST









Nurul, Tian Chua belum saman: TMI buat cerita pelik pula ...

Posted: 02 Dec 2015 04:25 PM PST


ADAKAH MALAYSIAN INSIDER LEBIH TAHU APA YANG NURUL IZZAH DAN PUTERI JACEL KIRAM BINCANGKAN?

Baca ayat2 berikut ...

LATEST INFO: Abu Sayyaf claimed they have planted 8 suicide bombers in Sabah and 10 in KL. As a precaution please advise family members to avoid crowded public places.

Better cut activities at KLCC & popular malls in the next few weeks...

Top cop confirms leaked memo of suicide bombers in KL, Sabah, says report

... dalam http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/top-cop-confirms-leaked-memo-of-suicide-bombers-in-kl-sabah-says-report


50 tahun curi duduk tanah Melayu, Kini tuntut tukar rizab Melayu

Posted: 02 Dec 2015 02:25 AM PST


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJAWAB CEMUHAN RUU MKN

Posted: 02 Dec 2015 11:43 AM PST

Sudahkah anda membaca ulasan-ulasan ini  dan ini  termasuklah yang ini ? Saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan-kesalahan persepsi dalam ulasan-ulasan itu, supaya rakyat mendapat maklumat yang lebih tepat. Adalah sangat tidak adil apabila semua perkara hendak dipolitikkan termasuklah hal ehwal keselamatan rakyat dan keselamatan negara.

Semalam, beberapa pihak menunjukkan kesalahan besar ketika mengulas Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) yang dibentangkan di Parlimen. 

Terdapat beberapa tuduhan liar kononnya RUU MKN ini akan memberikan kuasa diktator kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat dan sebagainya. Rakyat Malaysia hendaklah peka, di dalam kondisi di seluruh dunia menghadapi pelbagai ancaman dan risiko keselamatan, kita tidak perlu terlalu skapstik dan politicaligalitic dengan membuat tuduhan mudah kononnya RUU MKN ini memberikan kuasa politik yang lebih besar kepada Perdana Menteri. Ini persepsi sahaja. Keselamatan negara tidak boleh dibeli atau dibayar dengan persepsi !

Sebenarnya perbezaan definisi Darurat dan Kawasan Keselamatan adalah umpama langit dan bumi. Apabila Darurat diumumkan, bermaksud semua institusi politik tidak berfungsi, manakala Yang DiPertuan Agong boleh melaksanakan undang-undang tanpa merujuk kepada Parlimen. Dalam konteks ini, sesiapa yang didapati berperanan mengkucar-kacirkan keamanan dan keselamatan negara boleh ditahan tanpa bicara. Ianya terbatal apabila dimansuhkan.

Manakala RUU MKN mempunyai had masa 6 bulan sahaja dan perlu memaklumkan kepada Parlimen secepat mungkin. Selepas 6 bulan, jika Parlimen tidak melanjutkannya maka ianya terbatal dengan sendiri.

Jika kita melihat ke belakang, Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditubuhkan pada tahun 1971 kerana mengambil alih tugas MAGERAN. Punca kuasa MKN ketika itu dari EO (Emergency Ordinance).

Pada tahun 2011, EO telah dibatalkan menyebabkan MKN tiada punca kuasa undang-undang. Kewujudan MKN sebagai penyelaras agensi-agensi berkaitan keselamatan berjalan secara pentadbiran Eksekutif di bawah arahan Perdana Menteri.

Kita hendaklah sedar bahawa RUU MKN lebih baik dari ISA (Internal Security Act). Dalam RUU MKN, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dibicarakan, tiada tahanan tanpa bicara dalam Kawasan Keselamatan. Manakala, semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen akan berkuatkuasa.

Di samping itu, RUU MKN lebih demokrasi kerana keputusan Majlis Keselamatan Negara adalah mengikut majoriti. Perdana Menteri tidak memutuskan sesuatu tindakan secara bersendirian, tetapi diputuskan oleh ahli-ahli Majlis Keselamatan Negara.

Kuasa pregroratif mana-mana Perdana Menteri adalah melantik Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara, di mana perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan keselamatan negara,  Perdana Menteri akan bertindak atas nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Satu perkara yang menarik ialah pemilik harta yang digunakan oleh pasukan keselamatan akan mendapat pampasan yang setimpal. Manakala jikalau masih tidak puas hati, ianya boleh dirujuk pula di mahkamah.

KUASA MKN
Kuasa MKN hanya menyelaras tindakan operasi untuk agensi kerajaan melaksanakan tanggungjawab. MKN tidak ada kuasa mendakwa seperti lain-lain agensi keselamatan. Tujuan penyelarasan ini semata-mata untuk keselamatan negara sahaja. Tiada unsur politik atau kepartian pun. Kalau pun tidak ada RUU MKN, kuasa akta lain boleh digunakan seperti akta yang terdapat di dalam JPJ, KPDNKK, PDRM dan sebagainya boleh dikuatkuasakan. 

Ini bermakna, RUU MKN akan memudahkan penyelarasan agensi keselamatan dengan lebih berkesan. Itu sahaja. Adalah tidak benar apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengaitkan kononnya RUU MKN memberi kuasa diktator kepada Perdana Menteri.

Malah sangat menarik, jika berlaku salahlaku oleh anggota keselamatan di Kawasan Keselamatan yang diisytiharkan akan juga didakwa di bawah akta sedia ada seperti akta jenayah dan sebagainya.Ini membuktikan RUU MKN sangat baik kerana ianya akan memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa oleh anggota keselamatan sendiri.

Lebih telus lagi, semua tindakan yang dilakukan di kawasan keselamatan akan dilaporkan terus kepada Parlimen. Ianya hanya boleh dilaksanakan selama 6 bulan sahaja, sekiranya memerlukan lanjutan ianya mesti dibawa ke Parlimen semula.

Lagi satu perkara yang menarik ialah, undang-undang Awam masih berkuatkuasa di Kawasan Keselamatan yang telah diisytiharkan.

Dengan itu juga, maka RUU MKN sangat-sangat perlu kepada negara untuk mengurus ancaman extremisterrorist dan sebagainya. 

Apakah kita mahu melihat kejadian terrorist seperti di Paris, ramai rakyat yang tidak berdosa terbunuh, baharu hendak bertindak? Kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu keselamatan, sebaliknya kerajaan perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga mengurus keselamatan negara. RUU MKN merupakan suatu usaha kerajaan untuk memantapkan keselamatan rakyat dan keselamatan negara kita. Ianya tiada langsung berkaitan politik mana-mana pihak.

Dengan kewujudan RUU MKN ini nanti, mana-mana Perdana Menteri tidak akan memutuskan secara 'one man show' hal-hal yang berkaitan keselamatan negara di Kawasan Keselamatan. Sebaliknya, ianya diputuskan oleh Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Negara secara demokrasi, musyawarah dan majoritis !

Sumber jentayuabaka.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-
RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Rafizi beri petua untuk UMNO menang PRU14

Posted: 02 Dec 2015 09:11 PM PST

Petuanya ialah BN menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum setiap hari.
rafizi-ramli,-najib
SHAH ALAM: Rafizi Ramli memberi petua kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu terus menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden PKR itu berkata, petuanya amat mudah iaitu dengan menukar Perdana Menteri kerana populariti Datuk Seri Najib Tun Razak semakin merudum setiap hari.
"Saya setuju UMNO akan menang lagi PRU-14 dengan syarat tukar Perdana Menteri. Kalau masih kekal juga Najib dan Rosmah kita akan tukar tempat dalam Parlimen.
"Perkara ini harus dijadikan iktibar iaitu rakyat Malaysia doakan kehancuran kita. Saya sering memuat naik gambar Najib di Facebook dan setiap kali itu akan menerima lima, enam ribu "like" dan balasan komen bukan maki tapi doa misalnya 'Ya Allah Ya Tuhanku jatuhkanlah manusia ini, hukumlah dia pastinya beribu-ribu pelayar Facebook akan mengaminkannya'," katanya.
Dia berkata demikian ketika menjadi Ahli Panel Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang turut disertai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Tambah Rafizi, perkara itu membuktikan populariti negatif Najib dalam kalangan rakyat biasa dan keluhan hati nurani mereka yang ikhlas.
Bagaimanapun, pandangan Rafizi itu disanggah Noh yang memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
"Kadang-kadang orang tak salah pun kena fitnah. Contoh Tan Sri Khalid (Ibrahim), tak salah tapi kena fitnah.
"Rakan sejawatnya (Datuk) Saifuddin Nasution buat perkara itu sebab nakkan jawatan. Itu usaha PKR, tetapi BN tidak akan buat macam itu," balasnya.

Nurul Izzah censure first, no-confidence vote later

Posted: 02 Dec 2015 09:10 PM PST

Vote of no confidence against the PM has been pushed to number 40 in Parliament's order paper while motion to censure Nurul Izzah Anwar takes top place.
nurul izzah,najibKUALA LUMPUR: The motion to move a vote of no confidence against Prime Minister Najib Razak by Opposition Leader Wan Azizah Wan Ismail was included in the Parliament's order paper today.
However the motion appeared as item number 40 out of 42 orders while the motion to refer PKR vice-president Nurul Izzah Anwar to the Rights and Privileges committee following her meeting with Sulu princess Jacel Kiram, was set as the first item in the order paper.
"Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Permatang Pauh) to move:- That this House has no confidence in Yang Amat Berhormat Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak as Prime Minister of Malaysia," read item number 40 in the order paper today.
As today is the last day of the Dewan Rakyat session, the motion brought by the PKR president is unlikely to be tabled.
The motion for a no-confidence vote against Najib was first filed by Petaling Jaya Selatan MP Lee Hoy Sian but was later retracted after the Opposition coalition insisted the motion be filed by Wan Azizah instead.
Former premier Dr Mahathir Mohamad on September 30 said in his blog that the vote of no confidence was totally democratic. He also said that although Parliament did not have any provision for the vote of no confidence, the Constitution, which is the supreme law of the land, stated otherwise.
Meanwhile, the motion to censure Nurul Izzah was tabled in the Dewan Rakyat today at 12 noon by Minister in the Prime Minister's Department, Azalina Othman Said, who said the Lembah Pantai MP's action was insensitive and caused a negative perception towards the Lahad Datu incident that had challenged the nation's sovereignty.
The photograph of Nurul and Jacel taken in the Philippines, caused uproar in the country as Jacel is the daughter of self-proclaimed Sulu Sultan Jamalul Kiram III who allegedly mastermind the Lahad Datu incursion of 2013 that left many of the country's security personnel dead.

Shafie Apdal beritahu adik Najib dia menganggur

Posted: 02 Dec 2015 09:09 PM PST

Kedua-duanya terserempak di KLIA selepas menaiki penerbangan yang sama dari London.
Shafie-Apdal_nazir_600
PETALING JAYA: Detik pertemuan tidak dijangka Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dikongsi dalam laman sosial Instagram Nazir Razak.
"Terserempak rakan lama dari Sabah. Katanya dia kini menganggur," demikian status yang dimuatnaik pada gambar foto mereka berdua.
Menurut laporan Mstar Online, Naib Presiden Umno itu secara tidak sengaja bertembung dengan Nazir yang juga adik kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu.
Kedua-duanya berjumpa ketika tiba di KLIA tanpa menyedari mereka sebenarnya secara kebetulan menaiki penerbangan yang sama dari London.
"Mereka jumpa di KLIA. Sudah tentu Shafie gembira jumpa Nazir. Perbualan kedua-dua mereka lebih kepada bertanya khabar. Nazir menyifatkan Shafie sebagai kawan lama.
"Shafie secara berseloroh mengatakan beliau "menganggur" dan akan terus berkhidmat kepada rakyat di Semporna," kata sumber.
Menurut sumber yang sama, Shafie masih tetap mengikuti isu dan keadaan semasa terutama menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini.
"Shafie beritahu Nazir bahawa beliau akan kembali pada PAU 2015 selepas balik kawasan. Perwakilan Umno Semporna juga akan datang," kata sumber yang rapat dengan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Turut dinyatakan, ramai yang menyangka Shafie bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Malaysia bakal jadi negara polis dengan akta baru MKN'

Posted: 02 Dec 2015 09:07 PM PST

Pakatan Harapan menggesa kerajaan membatal atau menangguhkan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dirancang untuk diluluskan di Parlimen hari ini.
 "Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk persedian berbahas secara menyeluruh di Dewan Rakyat)," kata Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang).
"Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016 [...] kami tidak mempunyai masa yang mencukupi (untuk persediaan membagas rang undang-undang itu). Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas" katanya.
"Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan," katanya.
"Saya harap keadilan dan akal akan diguna pakai, biarlah kerajaan tarik balik rang undang-undang itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Akta baru itu hanya dibentangkan Selasa lalu. Ia memberikan MKN kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai 'kawasan keselamatan' dan pasukan keselamatan boleh campur tangan untuk menangkap dan menyita tempat itu tanpa waran.

Peguam negara nasihat jangan beri jawapan derma RM2.6 bilion, kata Zahid

Posted: 02 Dec 2015 08:54 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membacakan jawapan isu derma politik RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini tanpa menerima sebarang soalan ahli Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membacakan jawapan isu derma politik RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini tanpa menerima sebarang soalan ahli Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.
Jawapan berkenaan derma politik bernilai RM2.6 bilion seperti yang dijanjikan Putrajaya sebelum ini untuk dijawab di Dewan Rakyat, Parlimen hanyalah kitar semula kepada alasan sebelum ini dan tidak memberikan jawapan tepat.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membacakan jawapan kepada isu itu tanpa menerima sebarang soalan daripada mana-mana ahli Parlimen.
"Pada 4 Ogos, 2015 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri bukan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kerajaan dinasihatkan oleh peguam negara kenyataan yang dikeluarkan tidak wajar diberi dengan perkara itu masih dalam siasatan agensi berkaitan. "SPRM juga sudah mengenal pasti penderma dana itu. Bank Negara Malaysia (BNM) juga dimaklumkan pembukaan akaun itu," kata Zahid ketika membacakan jawapan itu.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan dikhuatiri boleh menjadi subjudis dan menjejaskan perjalanan sesuatu siasatan dan menimbulkan prejudis orang awam kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Khairuddin: Bukan denggi dorong sokongan saya kepada Anwar

Posted: 02 Dec 2015 08:20 PM PST


Sokongan mengejut bekas Naib Pengerusi Umno bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meringkuk di penjara Sungai Buloh bukan kerana dirinya menjadi insaf ataupun kerana deman denggi.
Sambil menafikan kenyataan yang dibuat oleh isteri Anwar, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata ia adalah mengarut.
"Ia tidak benar sama sekali. Ia bukan mengenai keinsafan. Bagi saya, dakwaan itu mengarut," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya, sokongannya kepada Anwar kerana keadaan negara hari ini semakin bertambah buruk, baik dari segi politik mahupun ekonomi.
"Sudah sampai masanya untuk kita merapatkan barisan, ketepikan perbezaan politik untuk membina semula Malaysia," katanya.
Wan Azizah, pada hari Isnin lalu berkata, sokongan secara tiba-tiba Khairuddin kepada Anwar mungkin kerana pengalamannya di penjara mengubah hidupnya.
"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf," katanya.
Khairuddin berkata kenyataannya untuk menyokong usaha-usaha supaya Anwar dibebaskan datang "dari hatinya".
"Berdasarkan dasar kemanusiaan, saya amat bersimpati dengan beliau. Anwar telah menjalani hukuman (liwat) pertama yang agak lama," katanya.
Dalam tahanan selama dua bulan baru-baru ini, Khairuddin juga dikurung di Penjara Sungai Buloh - tempat yang sama di mana Anwar dipenjarakan.
Katanya, sememangnya beliau mahu berjumpa Anwar, tetapi diberitahu oleh pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tidak dibenarkan berbuat demikian.
"Malah apabila saya terserempak dengan dia, saya tidak dibenarkan untuk bercakap denganya," kata Khairuddin.
Khairuddin berkata beliau menerima "reaksi positif" daripada Anwar yang senyum kepadanya ketika beliau sedang melakukan senaman ringan berjalan khaki di perkarangan blok perubatan penjara.

Derma RM2.6b: TPM beri taklimat ringkas, tiada soalan dibenarkan

Posted: 02 Dec 2015 08:20 PM PST


11:53an: Gobind menggunakan 'point of order' dan berkata bahawa dana parti mesti diisytiharkan melalui audit.
Pandikar, bagaimanapun, berkata bahawa beliau tidak boleh membiarkan persoalan itu, dan sebaliknya, mengarahkan Gobind memfailkan usul untuk membahaskan perkara berkenaan.
 Dewan beransur ke usul seterusnya iaitu untuk merujuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
11:50am: Zahid mengakiri kenyataannya dengan mengulangi bahawa perdana menteri telah menubuhkan sebuah majlis untuk mengkaji mengawal selia derma politik.
11:49am: Zahid ulangi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan telah mengenal pasti penderma berkenaan.
Beliau kemudian mempertahankan sumbangan itu.
"Malaysia tiada undang-undang yang mengatakan bahawa sumbangan politik mesti diisytiharkan atau tidak dibenarkan..
"Yang lain, tidak boleh berpura-pura bahawa mereka tidak perlu derma politik," kata beliau sambil menambah bahawa Najib telah berikrar untuk mengawal sumbangan politik.
Zahid berkata usaha untuk mengawal sumbangan politik bagaimanapun ditolak oleh pihak pembangkang.
11.45am: Pandikar batuk berulang-kali sebagai isyarat halus kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) daripada mengganggu prosiding itu.
Beliau kemudian memberi laluan kepada Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) untuk berucap. Azeez membidas pembangkang yang membuat 'bising; apabila Zahid cuba menjawab bagi pihak Najib.
"Jika tidak mahu dengar jawapan, mereka boleh keluar," katanya.
Zahid bangun untuk mula menjawab
11.40am: Pandikar menyatakan bahawa apabila penjelasan diberikan mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i), tiada soalan boleh dikemukakan dan tidak akan ada perdebatan.
11:35am: Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata isu itu perlu dijawab oleh Najib sendiri, kerana ia perkara peribadi.
"Ini mesti dijawab oleh Najib bukan timbalan perdana menteri. Kami akan dapat menyoalnya," katanya dan menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat keputusan.
Pandikar menjawab bahawa beliau telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan mahu Zahid meneruskan penjelasan itu.
"Menteri-menteri lain juga boleh jawab kerana itu peraturan dewan. Seterusnya adalah timbalan perdana menteri," katanya.
11:33: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berdiri untuk menjawab isu bilion RM2.6, memetik perintah berdiri 14 (1) (i).

Hutang kerajaan Umno@BN kini berjumlah RM623.3 bilion

Posted: 02 Dec 2015 08:12 PM PST

JPM
KUALA LUMPUR - Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.
"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. - Bernama

Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?

Posted: 02 Dec 2015 07:29 PM PST

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan 'menyalahgunakan kuasa'. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai 'menyalahgunakan kuasa' yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi 'menyibukkan' saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa 'kebebasan' itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh 'orang' yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini 'kaki liwat' sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda 'jahil' atau 'tidak tahu' ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat dulu berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat dulu yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana 'survival' politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan 'body guard' Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.Read More / Baca Lagi >>

Ulasan seorang penganalisis politik tempatan berhubung statement PPP @ Zuhdi

Posted: 02 Dec 2015 07:28 PM PST

Sepatutnya PPP ini berperanan membuat analisis berasaskan data2 kuantitatif, bukannya membuat membuat sesuatu rumusan berasaskan andaian dan prasangka semata2.

Dr. Zuhdi silap besar apabila mengatakan PH sekarang sedang berkonflik, kerana hakikatnya konflik parti2 pembangkang hari ini adalah legasi PR di mana PAS adalah antara satu dari komponen penting.

Dan semua orang tahu bisul PR asalnya datang dari PAS. Walaupun PAS adalah pihak penerima manfaat besar dari keputusan PRU 2008, PAS bermain kayu tiga apabila terlibat dlm rancangan membentuk kerajaan dan kerjasama dgn musuh tradisinya, Umno tanpa diketahui rakannya PKR dan DAP.

Bisul PAS inilah punca DAP tidak percaya PAS lagi dan akhirnya membawa keretakan dalam PR.
Demikian juga kes DUN Damansara dan fitnah pil kuda dalam PRU 2013 terus meletakkan PAS sebagai pihak yg menjadi punca perpecahan dalam PR.

Hari ini, PH adalah suatu gabungan baru yang sangat  diharapkan oleh rakyat yg ingin melihat BN ditumbangkan dalam PRU akan datang, dilihat sangat meyakinkan dan dijangka lebih kukuh berbanding PR memandangkan komponen barunya, Amanah adalah parti yg lebih konsisten dan tersusun berbanding PAS yang tidak konsisten dari segi sikap dan pendirian politiknya.

Dr. Zuhdi gagal membezakan antara konflik dengan simulasi politik berhubungan pendirian PH dalam isu TPPA.

Masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa PH gagal mencari kata sepakat dalam isu ini kerana TPPA adalah isu yg melibatkan  maklumat dan teknikal yg perlu difahami dan diperhalusi oleh PH secara keseluruhannya.
Read More / Baca Lagi >>

Sinopsis Gerakan Kumpulan Rusila

Posted: 02 Dec 2015 07:27 PM PST

Penentangan terhadap sebarang kerjasama politik di antara pembangkang telah lama berlaku oleh kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila Terenganu(Hj Hadi).

Sikap penentangan Hj Hadi dan kumpulannya di dalam PAS bermula semenjak zaman Asri Hj Muda lagi yang ketika itu di ketuai oleh Mustafa Ali selaku Ketua Pemuda PAS Pusat.

Gerakan yang di ketuai oleh Mustafa Ali 1982 menyaksikan gerakan 'Marakbar Asri' berjaya menyingkirkan beliau dari PAS. Meskipun terdapat alasan yang munasabah kenapa Asri Hj Muda harus berundur, tetapi cara penentangan itu amat memalukan dan menjelekkan.

1986, sekali lagi kumpulan ini menjalankan penentangan terhadap CCC (Chinese Consultative Council) yang di asaskan oleh Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Terdapat banyak masalah yang berlaku di belakang tabir yang tidak ketahui umum.

Kecewa dengan sikap keterlaluan kumpulan ini, Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa telah meletakkan jawatan tanpa diketahui ramai. Ucapan penutup Muktamar tahun tersebut di lakukan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Selepas Muktamar selesai, Almarhum Ustaz Fadhil Noor mengarahkan Cikgu Abdul Wahab Rahman(Kedah) bertemu dengan Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa agar menerima kembali jawatan Yang Dipertua Agung PAS(Presiden). Almarhum kembali bersetuju.

1990, kumpulan ini kembali melakukan gerakan penentangan terhadap Tahaluf Siyasi yang di lakukan PAS bersama Parti Semangat 46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kelantan tahun tersebut telah menyaksikan kerajaan BN tumbang dan Kelantan kembali di perintah oleh PAS.

Gandingan mantap Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada ketika itu sukar di gugat oleh kumpulan Hj Hadi sehinggalah Parti Semangat 46 kembali ke pangkuan Umno 1995.

1999, selepas berjaya menawan hati para pengundi dengan 27 kerusi parlimen dan Terengganu berjaya diperintah oleh PAS melalui 'gelombang reformasi' yang di bawa oleh Anwar Ibrahim bersama Parti Keadilan(Keadilan) dan Democratic Action Party(DAP) di dalam gabungan Barisan Alternatif(BA), kumpulan yang berkiblatkan Masjid Rusila kembali muncul mendesak.

Kali ini mereka mendakwa gabungan ini(BA) telah menyebabkan PAS telah lari dari landasan kerana menggugurkan tuntutan Negara Islam.

2001, DAP terkeluar daripada BA yang di katakan tidak bersetuju dengan PAS. Yang tinggal kekal bergabung di dalam BA hanyalah dua parti iaitu Keadilan dan Pas.

2004, hasilnya PRU-11, PAS mengalami kekalahan yang teruk dengan hanya tinggal 7 kerusi parlimen dan Terengganu kembali di rampas BN.
Read More / Baca Lagi >>

Usul bawa Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dibentang hari ini

Posted: 02 Dec 2015 07:23 PM PST

Usul membawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan anak individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.Usul membawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan anak individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.Usul membawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan anak individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini.
Usul berkenaan berada di kedudukan pertama aturan urusan mesyuarat dan usul Dewan Rakyat.
Antara kandungan usul itu adalah pertemuan Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai bersama Puteri Jacel Kiram menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara.

Pencerobohan bersenjata pengganas Sulu di Kg Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari, 2013 turut mengorbankan anggota pasukan keselamatan negara. "Lembah Pantai sedia maklum Jacel menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut negeri Sabah adalah milik kesultanan Sulu.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid akan didakwa menghasut kerana desak Najib disingkir sebagai PM

Posted: 02 Dec 2015 07:15 PM PST

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
Difahamkan juga Zaid akan berjumpa dengan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang ini tetapi tujuan pertemuan itu tidak diketahui.
Zaid sudah memberi keterangannya kepada polis pada 16 dan 17 November lalu berkenaan kes itu.

Bagaimanapun, Zaid enggan memberi komen ketika ditanya The Malaysian Insider pagi ini berhubung pendakwaan yang akan dikenakan kepadanya, dan berkata akan hanya berbuat demikian selepas mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara itu. Bekas menteri undang-undang itu sebelum ini terkejut kerana ucapannya bertajuk, "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad", yang dibuat di Kelab Diraja Selangor pada September, dianggap menghasut.
"Saya sangat terkejut ucapan saya dianggap menghasut.
"Saya ingat ucapan saya adalah dalam konteks demokrasi, pemimpin boleh didakwa, boleh dijatuhkan menerusi undang-undang, menggunakan undi tidak percaya, tekanan awam," katanya selepas disoal siasat polis, bulan lalu.
Ucapannya itu turut dimuat naik ke blognya, www.zaid.my, bertajuk "Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad".

GUNS BLAZING, NAJIB CAMP GOES AFTER 'DR CHAMELEON' MAHATHIR AHEAD OF CLASH-OF-TITANS UMNO AGM

Posted: 02 Dec 2015 07:02 PM PST

by Tajuddin Rosli
GUNS BLAZING, NAJIB CAMP GOES AFTER 'DR CHAMELEON' MAHATHIR AHEAD OF CLASH-OF-TITANS UMNO AGM
At the age of 90 years old, Tun Dr. Mahathir Mohamad has become fond of Malaysia's current premier Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib has hit Mahathir's ego so bad that the latter only sees Najib everywhere. Mahathir's life revolves around Najib. I wonder if he silently has Najib's picture under his pillow.
In the eyes of Malaysia's grand old t***f, everything in the country today is because of Najib. Let us have a glimpse of what has come out of Mahathir's mouth lately:
· Malaysia has become a 'pariah' state because of Najib
· Najib risks arrest if he travels abroad. This very quickly turned to Najib is safe abroad because of 'high position'
· Najib used state funds for bribery
· Najib does not respect separation of powers
· Umno has become all about Najib
· The price of Proton is high because of Najib
In actual fact, the truth that's probably running in Mahathir's aging brain is:

· My cronies have stop gaining financial empowerment because of Najib
· My crooked bridge dream is only a reality in my crooked brain because of Najib
· My son can never become prime minister because of Najib
· My other son is losing wealth because of Najib
· My dream in Proton is suffocating because of Najib
· I am being made to look like a complete fool because of Najib
· My Umno Baru is turning against me because of Najib
· My dream of Malay supremacy is flopping because of Najib
· The western world is friendly with Malaysia because of Najib
· International trading will be boosted like never before because of Najib
· People are forgetting me because of Najib

Mahathir must be having nightmares thanks to Najib. Dan Slater, a renowned associate professor in political science at the University of Chicago very rightly condemned Mahathir in his article in the East Asia Forum a few months ago. He wrote, "At least the embattled Malaysian Prime Minister Najib Razak is right about one thing. The current mess in Malaysian politics is the making of his greatest nemesis, Mahathir Mohamad." Dan concludes that history should judge Mahathir as the author of a long national decline in Malaysia. He added that Malaysia's road towards ruin commenced with Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: When up against the PM, you lose!

Posted: 02 Dec 2015 07:00 PM PST

Former law minister also says the lawsuit by Santamil against Najib and company would make for a great stage production.
zaid-ibrahimPETALING JAYA: The High Court's decision on a lawsuit by the wife of a deceased private investigator against a group of VVIPs has led Zaid Ibrahim to conclude that when up against Prime Minister Najib Razak, the courts take the preferred option to strike out the suit.
The former law minister was referring to the case of A Santamil and her three children who sought compensation from Najib, his wife, his brother and his lawyer for forcibly relocating them to India in 2008.
They alleged this was done to isolate her husband after he issued his first Statutory Declaration in which he claimed Najib knew the murdered Altantuya Shaariibuu.
In his latest blog entry, Zaid said he disagreed with the judge for ruling that Santamil had no legal standing to sue the four because she did not have the letters of administration from Bala's estate. "That ruling would have been correct if she were suing as the estate administrator, but the suit was under her name and that of her children. Why was it not allowed?"
He also pointed out that the VVIP Defendants, as he called the four, never once disputed the complaints in Santamil's affidavit.
He said it was "actionable tort to shove people out of the country against their will" and added, "I thought the judge should have focussed on that aspect of the case rather than strike out the suit altogether, as Santamil's allegations merited a proper trial."
Read More / Baca Lagi >>

Jumud Kitab Dan Kegilaan Akidah

Posted: 02 Dec 2015 06:57 PM PST

Oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam sejarah Islam, terdapat banyak perbalahan dalam kalangan para sarjana yang membawa kepada menghukum individu sarjana lain dengan kafir dan sesat. Kita sepatutnya tidak menyambung segala krisis yang berlaku pada zaman yang lalu.
Sekarang di Malaysia apabila muncul kelompok Ahbash yang menggunakan jenama Ahlus Sunnah wal Jamaah beraliran Ashairah, mereka ini mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan jalur salafi yang beraliran Hanabilah (Hanbali).

Pelampau Ahbash ini mendakwa itulah pegangan Ahlus Sunnah aliran Ashairah. Di sebelah pihak salafi, muncul sekelompok golongan dari jalur keras seperti Madkhali yang menyesatkan Ashairah dan semua aliran sufi secara pukal. Maka, dunia Islam yang penuh dengan pepecahan ditambah dengan isu kafir-mengkafir dan sesat menyesat.
Sejarah Ihya
Jika kita hendak menelan bulat-bulat apa yang ulama dahulu hukum antara satu sama lain, maka sudah pasti sukar kita mendapat manfaat dari semua pihak. Umpamanya, pada zaman al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), Kerajaan Andalus di bawah pimpinan Ali bin Yusuf bin Tashfin (meninggal 537H) yang terkenal sebagai pemerintah yang sangat soleh yang memuliakan ulama fekah telah mengharamkan kitab Ihya 'Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali. Bahkan kitab Ihya dibakar dengan arahan pemerintah secara rasmi di hadapan Masjid Cordova (Qurtubah). Ali bin Yusuf sangat cintakan ulama dan tidak akan mengambil tindakan melainkan dengan arahan ulama. Tokoh ulama ketika itu yang berpengaruh ialah al-Qadi Ibn Hamdin yang menjadi kadi besar Cordova masa itu. (lihat: Muhammad Abd Allah al-Misri, Daulat al-Islam fi al-Andalus, 3/78. Kaherah: Maktab al-Khaniji)
Para ulama Andalus bermazhab Maliki dan beraliran Ashairah dari segi ilmu kalam. Merekalah yang telah menggesa pemerintah yang soleh itu mengharamkan kitab Ihya 'Ulum al-Din bahkan kitab itu diarahkan agar dibakar di seluruh Andalus dan Maghribi (Morocco). Mereka mendakwa kitab itu sesat dalam pelbagai isu termasuk dikatakan isu roh yang dibahaskan oleh al-Ghazali.
Jika kita lihat tindakan ulama Andalus ketika itu, tiada kaitan sama sekali dengan aliran Hanbali ataupun al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) yang muncul hampir dua ratus tahu kemudian.
Menarik selepas berakhir zaman tersebut, kitab Ihya mendapat tempatnya di Andalus. Apatahlagi anak murid al-Ghazali yang terbilang iaitu al-Qadi Abu Bakr ibn al-'Arabi (meninggal 543H) di sana.
Ibn Jauzi
Demikian jika kita lihat tokoh yang sering dirujuk oleh aliran salafi iaitu al-Imam Ibn Jauzi (597H). Beliau bukan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang merupakan anak murid al-Imam Ibn Taimiyyah. Beliau lebih awal dari mereka. Beliau dari segi fekah dari aliran Hanabilah (Hanbali). Tulisannya mengkritik golongan sufi sering digunakan dalam aliran salafi. Antara buku beliau yang terkenal Talbis Iblis. Dalam buku tersebut beliau mengkritik golongan sufi habis-habisan. Antara kenyataannya
"Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya' berdasarkan pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya". (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Namun dalam akidah, Ibn Jauzi tidak sealiran dengan aliran Hanbali yang tidak mentakwilkan ayat-ayat sifat. Ibn Jauzi mengikut jalan takwil yang diambil oleh aliran Ashairah. Beliau menganggap tafsiran seperti yang dipertahankan oleh Ibn Taimiyyah yang datang seratus tahun selepas beliau itu sebagai satu kesalahan. Namun, oleh kerana Ibn Taimiyyah belum wujud, beliau mengkritik tokoh lain di zaman itu. Beliau mengkritik tokoh besar hadis dalam Mazhab Malik di Andalus iaitu al-Imam Ibn 'Abd al-Barr (meninggal 463H) yang merupakan ilmuwan agung di Andalus dan pengarang kitab yang terbilang iaitu al-Tamhid yang mensyarahkan Kitab Muwatta al-Imam Malik bin Anas.
Kata al-Imam Ibn Jauzi :
"Aku hairan dengan puak-puak yang mendakwa berilmu tapi cenderung kepada tasybih (menyamakan Allah) dengan cara memahami hadis-hadis secara zahir. Jika mereka sekadar membacanya sahaja seperti mana dalam asalnya, maka itu selamat…tapi puak-puak ini pendek ilmu mereka. Mereka kata memahami hadis tidak secara zahir itu merupakan ta'til (memandulkan sifat Allah). Jika mereka itu fahami keluasan bahasa tentu mereka tidak sangka begitu". Kemudian beliau menyebut: "Aku sungguh hairan dengan seorang lelaki Andalus yang dipanggil Ibn 'Abd al-Barr yang menulis kitab al-Tamhid. Dia menyebut hadis Allah turun ke langit, lalu dia berkata: "Ini menunjukkan bahwa Allah itu di atas Arasy, jika tidak masakan ada erti bagi perkataan turun". Kenyataan ini satu kejahilan dalam mengenali Allah Azza wa jalla". (Soid al-Khatir, 99. Damsyik: Dar al-Qalam).
Jika kita lihat, Ibn 'Abd al-Barr bukan dari aliran Hanabilah bahkan jauh sekali untuk terpengaruh dengan Ibn Taimiyyah yang lahir dua ratus tahun kemudian. Beliau dari aliran ahli hadis yang bermazhab Malik bin Anas. Sementara Ibn Jauzi dari aliran Hanbali. Namun, perbezaan seperti itu berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Hipotesis Team Dr Mazlee - Mujahid Vs Abg Mat

Posted: 02 Dec 2015 06:56 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kenyataan Dr Mazlee membidas Abg Mat berkenaan tuduhan PAS-ISIS, seakan membenarkan teori penguasaan blok IRC dalam PAN.

2) Mana tidaknya, isu ini mula dilontar oleh Dr Mujahid pada awalnya, dilihat sebagai memancing pemimpin PAN lain untuk mengeluarkan kenyataan.

3) Sebaik sahaja kenyataan PAS-ISIS disambut oleh Abg Mat, Dr Mazlee dengan pantas membidas Abg Mat. Nampak seperti ada game dalaman antara blok IRC utuk menguasai parti kelak.

4) Abg Mat seorang yang lebih berjiwa jundi, kurang berjiwa qiadi. Dia sangat sesuai menjadi tenaga untuk mengasak lawan, bukan pemikir yang tuntas untuk memintas strategi lawan.

5) Strategis IRC dilihat tidak mahu membiar PAN ditadbir begitu lama oleh orang lain, kerana bimbang sejarah mereka dalam PAS berulang - disingkir.

6) Tapi tak mengapa. Abg Mat seorang yang baik dan lembut hati. Tak mengapalah IRC ke, jebon ke, gajah ke, apa ke nak ambil alih PAN, asalkan fokus utama menumbangkan Umno/BN dan menuju Putrajaya, tak de hal lah.

7) Jangan sampai orang anggap Abg Mat hanyalah boneka IRC untuk menubuh parti baru, lepas habis madu, tinggal botol kosong saja disepak masuk tong kitar semula.

8 ) Saya harap ia tidak terjadi. Biarlah Abg Mat mengemudi PAN sekurang-kurangnya untuk satu pilihanraya yang akan datang. Geng IRC, rileks lah dulu. Tak lari kerusi dikejar.

Apa dosa Muhyiddin?

Posted: 02 Dec 2015 06:52 PM PST

Oleh Subky Latif
MAKA bertanya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa dosanya lalu dia tidak dijadualkan merasmi perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap Umno – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri?
Sejak ditubuhkan Umno selepas perang dunia kedua dulu, secara tradisinya Timbalan Presidenlah yang merasmikan sayap Umno itu. Dan sejak Muhyiddin jadi Timbalan Presiden selepas tahun 2009, dialah yang merasmikannya.

Tiada sebarang takwil daripada ketiga-tiga sayap tentang apa yang disaran dan diamanatkannya. Baru sekali inilah Umno memecah tradisi itu atau melanggarnya.
Tiada apa dosanya yang diketahui selain dia dikira derhaka kepada Perdana Menteri Najib yang disokongnya menggantikan Tun Abdullah Badawi tahun 2009 dulu.
Dosanya kepada Perdana Menteri dia dilucutkan daripada Timbalan Perdana Menteri. Tetapi pengguguran jawatan itu tidak membabitkan kedudukannya dalam Umno. Kerana Perdana Menteri adalah Presiden Umno, maka dosa atas Perdana Menteri itulah dia tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawabnya.
Kalau merasmikan perhimpunan parti itu dikira tugas dan tanggungjawab kepada kerajaan, menghalang pegawai menjalankan tugasnya boleh didakwa di bawah kesalahan rasuah, seperti dakwaan yang pernah dihadapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa jadi Timbalan Perdana Menteri dulu.
Kerana dia dikatakan menghalang pegawai polis menjalankan tugas, dia dipecat daripada TPM dan kemudiannya didakwa.
Kalau kesalahan pada kerajaan iu boleh dipakai pada Umno, maka orang menghalang Muhyiddin menjalan tugas Timbalan Presiden parti boleh didakwa.
Tetapi siapa boleh berbeza dengan Najib? Baik dalam kerajaan mahu pun dalam parti. Ikut prinsip demokrasi sempurna dan pentadbiran politik yang adil. Berbeza dengan Perdana Menteri dan kerajaan, berbeza dengan ketua parti dan parti adalah hak asasi rakyat dan ahli. Dibenarkan rakyat berbeza pendapat dengan kerajaan dan ketua kerajaan. Dibenarkan ahli parti berbeza dengan parti dan pemimpin parti.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Bn Pro Perompak Jalanan. SPAD = Suruhanjaya Penghisap Darah

Posted: 02 Dec 2015 06:43 PM PST

Oleh DATO' HJ MAHFUZ BIN HJ OMAR
1. Pengumuman kenaikan kadar tambang ERL untuk perjalanan satu hala dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 daripada harga RM35.00 kepada RM55.00. Kenaikan sebanyak RM20.00 adalah suatu yang sangat membebankan pengguna. Kenaikan ini juga membabitkan perjalanan KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya.
2. Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan pengguna kerana harga tambang ERL akan jadi lebih mahal daripada harga tambang murah untuk perjalanan dengan kapal terbang dari KLIA atau KLIA2 ke mana-mana destinasi.

 Kenaikan tambang ERL sudah pasti akan melipatgandakan keuntungan syarikat dengan peningkatan penumpang 40% sejak pengoperasian ERL 2002 dan selepas syarikat ERL Sdn. Bhd milik YTL Corporation juga menerima RM5.00 daripada cukai lapangan terbang untuk setiap penumpang penerbangan antarabangsa, melalui satu perjanjian selama 30 tahun. 3. Kenaikan ini berturutan sepanjang tahun 2015 walaupun kenaikan tambang ERL akan bermula 1 Januari 2016 tetapi keputusan kenaikan dibuat dalam tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 berlaku kenaikan tambang teksi, bas ekspres, monorel, komuter dan LRT yang menjadikan pengguna di sekitar Lembah Kelang khususnya tiada pilihan lain untuk menggunakan perkhidmatan yang tidak membebankan. Untuk memilih mengguna perjalanan dengan kenderaan sendiri, para pengguna dikepung pula dengan tol dan kenaikan kadar tol baru-baru ini.
4. Kenaikan ini menjadikan SPAD sebagai Suruhanjaya Penghisap Darah dan bukannya suruhanjaya untuk menjayakan sistem pengangkutan yang yang selesa serta tidak membebankan rakyat.
5. Kenaikan ini juga menunjukkan Kerajaan membohongi rakyat bila menarik dan menghapuskan segala macam subsidi atas alasan kononnya untuk menyediakan sistem pengangkutan terbaik dan tidak membebankan rakyat. Kenaikan ini menjadikan Kerajaan BN pro perompak berlesen yang merompak di sepanjang perjalanan rakyat.

SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.

Peluang BN rampas Selangor makin cerah sembang Noh Omar

Posted: 02 Dec 2015 06:41 PM PST

Kecelaruan politik pakatan pembangkang yang turut memberi kesan kepada negeri Selangor membuka peluang lebih cerah kepada BN untuk merampas semula negeri itu selepas dua penggal.
noh-omar,selangor
SHAH ALAM : Barisan Nasional (BN) Selangor yakin mampu merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun UMNO sedang menghadapi krisis kepimpinan.
Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berpendapat tiada perkara yang mustahil dalam politik.
"Tiada perkara yang mustahil dalam politik. Boleh berlaku (BN tawan semula Selangor).
"Kalau sekarang ada dua pembangkang, boleh pemerintah dan ini kita lihat peluang itu memang cerah," katanya kepada pemberita selepas forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu.
Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, krisis yang berlaku pada UMNO pada masa ini boleh diselesaikan asalkan mengikut peraturan.
"Kita ada Perlembagaan parti yang perlu diikuti dan InsyaAllah kalau kita ikut undang-undang dan peraturan semua masalah kita akan selesai.
"Jadi yang penting ialah kita nak kena meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada Pakatan Rakyat," tegasnya.

Parti pasar: Noh Omar sindir Hamidah

Posted: 02 Dec 2015 06:40 PM PST

Noh Omar SHAH ALAM - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar memerli bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman susulan kenyataannya yang mengaitkan parti itu dengan pasar.
"Dia kena pecat hari ini, baru perasan? Habis selama ini, dia tidur dalam pasar ke?," kata Noh Omar kepada pemberita ketika ditemui selepas Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 : Mampukah Kita?, di sini, malam tadi.
Semalam, Hamidah dilaporkan melahirkan rasa hairan terhadap Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan boleh memerintah seperti pasar.
Menurut Hamidah, penggunaan perkataan pasar adalah paling sesuai walaupun pemimpin Umno lain menafikannya.
"Ini kerana cara pengurusannya macam pasar," kata Hamidah.
Hamidah adalah antara sembilan ketua Umno bahagian yang dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin Umno di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Hari tambang naik Malaysia

Posted: 02 Dec 2015 06:37 PM PST

Young Syefura Othman

Hari pertama kenaikan kadar tambang hampir semua pengangkutan awam di Lembah Klang, bagaimana perasaan warga kota?
Hampir sebulan kadar tol dinaikkan, sudahkah pengguna lebuh raya terbiasa bangun awal pagi untuk menggunakan jalan alternatif?

Pada 15 Oktober lepas, 12 syarikat pemegang konsesi lebuh raya menaikan kadar bayaran tol di kawasan Lembah Klang sekitar 25% hingga ke 80%.

Dan bermula 2 Disember ,kadar baru tambang bagi pengangkutan awam termasuk Komuter, LRT, Monorel dan bas yang naik sekitar 20% hingga 140% mula dikuatkuasakan. Sekarang timbul kadar tambang ERL pula akan dinaikkan sebanyak 57% dan kadar bayaran tol PLUS akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2015.
Apa sudah jadi dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) semasa PRU13? Sudah menjadi capati?
Kesemua kenaikan harga ini menunjukkan kerajaan BN sudah tidak waras, tidak punya hati dan perasaan terhadap kesusahan rakyat di bawah.
Kenaikan kos pengangkutan yang mendadak seperti ini sudah tentu membebankan rakyat, khususnya golongan kelas menengah dan rendah.
Langkah ini juga menunjukkan kerajaan sekarang ini sudah keliru dan hilang punca.
Katanya kenaikan kadar bayaran tol bagi menangani masalah kesesakan jalan raya dan bagi menggalakkan rakyat lebih menggunakan pengangkutan awam tetapi jika tambang pengangkutan awam juga naik tinggi, apa lagi pilihan yang rakyat ada untuk pergi bekerja atau menjalankan urusan harian.
Jika Kerajaan BN memikirkan, penduduk bandar bukan fokus pengundi mereka dari segi politik, fikirlah ramai penduduk bandar sebenarnya adalah pengundi di luar bandar atau setidaknya mempunyai keluarga di luar bandar.
Cuba bayangkan dialog ini, "Ayah, ibu, maaf kiriman duit saya kurang bulan ini. Datuk Seri Najib Tun Razak sudah naikkan harga tambang".
Read More / Baca Lagi >>

Kedai mamak tak kena GST sembang Noh Omar

Posted: 02 Dec 2015 06:31 PM PST

Kenyataan yang dibuat oleh Noh itu menimbulkan kekecohan apabila penonton tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakannya.
noh-omar
SHAH ALAM : "Yang berhormat mungkinlah kot, nak makan hotel besar-besar mungkin lah kena GST, kalau setakat makan dekat kedai mamak mana kena GST," demikian ayat yang keluar dari mulut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Kenyataan yang dibuat oleh Noh itu menyebabkan Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu menjadi kecoh seketika.
Menyedari kenyataan itu menimbulkan kekecohan, Noh berjanji bahawa beliau akan memberikan kerjasama untuk mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pelanggan.
"Baik. Saya akan beri kerjasama. Tolong bagi tahu dengan saya, saya berjanji… saya berjanji kepada saudara.
"Kalau ada mana-mana restoran yang tidak ada berdaftar dengan nombor pendaftaran GST, dia kenakan GST, saya berjanji saya akan pastikan kita akan ambil tindakan terhadap restoran itu.
"Lepas ini saudara boleh jumpa dengan saya, kita pergi sama-sama minum kedai itu dengan saya. Saya janji..saya pergi minum bawa kedai yang saudara katakan kenakan GST itu. Saya nak tengok," katanya.
Sebelum itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang mempertahankan perlaksanaan GST oleh kerajaan
Menurutnya, kebanyakan pasaraya telah memaparkan barangan-barangan yang dikenakan GST.
"Pergi giant, pergi supermarket..kan dia ada bagi yang mana kena GST, yang mana tidak ada GST. Dia dah asingkan yang berhormat. Jangan kata semua kena GST," katanya.

Najib tidak akan jawab derma RM2.6 bilion di Parlimen hari ini

Posted: 02 Dec 2015 06:27 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan secara peribadi menjawab soalan di Parlimen hari ini berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan terus ke akan banknya, kata sumber.
Sebaliknya sumber memberitahu The Malaysian Insider, tugasan itu dipercayai akan diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai melaporkan penyiasat Malaysia menjejaki jutaan dolar didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib selepas wujud pergerakan tunai di kalangan beberapa agensi, bank dan syarikat berkait dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas pendedahan WSJ, ramai yang mendesak perdana menteri memberikan penjelasan dari mana beliau memperoleh wang itu dan untuk apa wang itu digunakan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wang dalam akaun Najib itu merupakan sumbangan penderma berasal dari Timur Tengah.
Perdana menteri sepatutnya menjawab soalan berkenaan di Parlimen hari ini, lebih 5 bulan selepas pendedahan WSJ, tetapi pengkritik berkata jika beliau hadir di Dewan Rakyat sekalipun, tidak akan ada masa mencukupi untuk semua soalan berjawab.
Azalina sebelum ini berkata isu itu akan dijawab pada sesi soal jawab tetapi semua sedia maklum peluang ahli Parlimen mendapatkan pencerahan daripada penjelasan yang diberikan amat nipis, memandangkan ini hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.
"Jika perdana menteri menjawab hari ini, akan ada soalan yang berpanjangan. Adakah anda rasa ia lebih adil untuk kumpul semua soalan pada hari terakhir?" katanya dipetik sebagai berkata.
"Sama ada perdana menteri akan jawab atau sesiapa dalam Jabatan Perdana Menteri, ia masih prerogatif perdana menteri."
Pengkritik utama Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menolak dakwaan wang itu adalah derma dari Timur Tengah, dengan berkata ia "mengarut".
"Orang Arab pemurah, tetapi tidak pemurah sebegitu. Saya tidak dapat walaupun sedolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Pusat Islam Oxford.
"Dakwaan orang Arab derma berbilion ringgit ialah apa yang orang kata sebagai angan dan mengarut. Sudah tentu saya tidak percaya dan begitu juga majoriti rakyat Malaysia jika kita lihat komen di media sosial. Kita diketawakan dunia," kata Dr Mahathir di blognya.
Pengkritik lain ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tersingkir daripada Kabinet selepas beliau secara terbuka mempersoalkan Najib mengenai RM2.6 bilion itu.
Pada hari disingkirkan, Muhyiddin dilaporkan berkata dalam satu video bocor, Najib mengaku RM2.6 bilion itu dimasukkan ke dalam akaunnya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia menuju pemerintahan diktator.

Posted: 02 Dec 2015 04:08 PM PST