Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CONFIRM PAN PARTI SYIAH YANG MENYESATKAN

Posted: 30 Nov 2015 03:53 PM PST


   

Syiah-Syiah Dalam PAS semakin berkurangan, kini menetap di PAN.

AZMIN DAN WAN AZIZAH SEMAKIN BERANTAKAN, ANWAR UTUS SURAT DARI PENJARA SINDIR AZMIN

Posted: 30 Nov 2015 06:19 AM PST


azmin-wan azizah
Pengedaran akhbar Selangorkini palsu semasa Kongres PKR di Shah Alam pada Ahad bukti wujud krisis dalaman di antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail dengan timbalannya, Mohamed Azmin Ali, dakwa The Malaysian Insider.
Wartawan portal itu, Sheridan Mahavera menulis, walaupun pimpinan PKR cuba mengalih perhatian dengan menuduh akhbar Selangorkini palsu didalangi UMNO, namun ia gagal menutup krisis dalaman di antara dua pimpinan tertinggi parti itu.
"Pemimpin parti mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan tetapi menyalahkan akhbar palsu Selangorkini didalangi musuh PKR seperti UMNO.
"Namun, persoalannya adakah PKR akan dapat menyelesaikan perpecahan antara 2 pemimpin tertinggi parti itu, terutama apabila mereka memutuskan untuk menjadi penyatu kepada pembangkang yang berbeza ideologi, soal wartawan portal itu.
Akhbar Selangorkini palsu yang diedarkan kepada perwakilan PKR semasa Kongres parti itu di Shah Alam dikatakan telah menghentam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah "Kenaikan tarif air melampau" yang "ditulis "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim", "Khalid lebih baik daripada Azmin – Adun DAP" dan "Wan Azizah cuba digulingkan?".
Akhbar palsu itu turut melaporkan "kartel Azmin" dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden PKR Wan Azizah.
Wartawan The Malaysian Insider merumuskan perselisihan Wan Azizah dan Azmin berpunca daripada keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas penubuhan Pakatan Harapan.
"Azmin dan Wan Azizah juga berbeza pendapat dalam keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas Pakatan Rakyat dibubarkan dan pengumuman penubuhan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
"Edisi Selangorkini palsu itu yang diedarkan pada hari terakhir konvensyen PKR di Shah Alam semalam mengeksploitasi perselisihan itu.
"Di antaranya ialah sebuah artikel yang mengatakan Wan Azizah akan menjadi menteri besar lebih baik dan Azmin cuba menjatuhkannya sebagai presiden,"katanya.
Menurut portal itu, perselisihan di antara Azmin dan Wan Azizah bukan isu baharu, malah ia menjadi isu hangat politik PKR sejak parti itu ditubuhkan pada 1999 lagi.
"Kemuncaknya ialah pada pemilihan parti itu tahun lepas di mana jawatan presiden ditandingi Wan Azizah dan suaminya, Anwar.
"Cakap-cakap mengatakan tujuan Anwar bertanding jawatan presiden adalah untuk menghalang isterinya dicabar Azmin atau sesiapa sahaja. Anwar kemudiannya menarik diri dan Wan Azizah menang tanpa bertanding sebagai presiden.
"Tahun lalu, Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Wan Azizah, walaupun dalam "Langkah Kajang" menyaksikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kecil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif negeri,"katanya lagi
Sebelum ini portal itu juga turut menyiarkan satu artikel yang bertajuk "PKR berdepan risiko dengan terus bersama PAS"
Ia merujuk kepada keputusan PKR dalam kongres tahunannya pada Jumaat yang memutuskan akan menjadi penyatu kepada parti pembangkang yang berbeza aliran kerana dengan cara itu sahaja Putrajaya dapat ditawan.
Ini kerana mereka perlu memastikan pertandingan satu lawan satu di antara calon pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tetapi untuk melakukan ini, mereka perlu mengambil risiko yang sangat berbahaya antara untuk mencapai matlamat dan berkompromi pendirian anti-UMNO, kata wartawan portal itu.
Menurutnya, mesej WhatsApp yang tersebar di Johor Bahru menunjukkan betapa sukarnya mengimbangi tindakan ini dan risiko yang akan ditanggung jika gagal.
Mesej itu, kata Ketua PKR Tebrau Steven Choong, kononnya mendakwa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Johor akan menyokong Bajet BN yang dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Choong mengesyaki mesej itu palsu, tetapi ia boleh memburukkan lagi imej PAS di kalangan penyokong pembangkang yang sudah mencurigai selepas beberapa pemimpin parti itu bersikap mesra UMNO.
Memandangkan PKR komited bekerjasama dengan parti Islam itu dalam pakatan pilihan raya menentang BN, mana-mana keburukan yang terpalit kepada PAS akan turut mencalarkan imej mereka.
"Ini kerana jika pengundi melihat PAS semakin mesra UMNO dan kita bekerjasama dengan PAS, pengundi akan melihat PKR bekerja dengan sebuah parti yang mesra UMNO," kata Choong, yang juga pengarah Pilihan Raya PKR Johor.
Choong berkata wujudnya persepsi berkenan beberapa pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa berkomplot dengan UMNO menyukarkan kerjasama di antara PKR dan PAS.
"Terdapat halangan dan persepsi ini (PAS mesra UMNO) menjadikannya sukar bagi kita. Tetapi dalam pilihan raya anda perlu memastikan pertandingan satu lawan satu," katanya.
PKR cuba memujuk parti Islam itu untuk menjadi rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu yang tidak melibatkan PAS, tetapi disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
DAP mengkritik pendirian lembut PKR terhadap PAS. Timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Azmin Ali kerana terus mengekalkan ahli PAS dalam barisan exco walaupun pada hakikatnya parti Islam itu tidak berada dalam Pakatan Harapan.
Namun, di sebalik kritikan yang dilemparkan itu, masih terdapat sokongan padu di kalangan ahli akar umbi PKR untuk terus bekerjasama dengan PAS dan memastikan mereka berada di pihak sama dalam mana-mana pilihan raya.
Apabila wakil PAS diumumkan pada Kongres PKR di Shah Alam pada Jumaat, perwakilan parti Islam itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan PKR.
Ini kerana rangkaian ahli parti Islam itu amat kuat terutama di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Seorang perwakilan dari Kedah ketika berucap pada Kongres parti itu semalam mengatakan, kerusi Parlimen Alor Star yang dimenangi mereka mempunyai jumlah penyokong PAS yang jauh lebih ramai iaitu 6 kali ganda berbanding PKR.
"Majoriti kita adalah kira-kira 1,500. PAS mempunyai kira-kira 6,000 hingga 7,000 ahli. Jika kita berdepan antara satu sama lain dalam pertandingan 3 penjuru PAS dan PKR akan dikalahkan," kata perwakilan itu.
Choong turut menambah beliau yakin pakatan pilihan raya yang konsisten boleh dibentuk sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Jika pakatan dapat bersatu dalam tempoh 6 bulan sebelum pilihan raya, rakyat Malaysia boleh memaafkan dan melupakan apa yang berlaku dan tidak akan menghukum PAS kerana mesra UMNO.
"Saya juga yakin perdamaian antara DAP dan PAS akan berlaku sebelum pilihan raya, kerana jika mereka mahu ke Putrajaya, perkara itu yang mereka perlu lakukan," katanya.
*Selepas ini Surat Anwar Dari Penjara Sindir Azmin Ali !

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Betulkah ini ceramah Muhyiddin di Pagoh?

Posted: 30 Nov 2015 09:28 PM PST


Menurut laporan Mkini di  https://m.malaysiakini.com/news/321537#.VlvCmaYwW78.whatsapp TS Muhyiddin merujuk kepada laporan Merdeka Centre.

Betul ke TSMY berkata demikian? Sudahlah dia merujuk kepada The Edge untuk rujukan berkenaan 1MDB.


Betulkah berikut adalah ceramah TSMY di Pagoh baru-baru ini?

UCAPAN TSMY di Pagoh ...

1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

Penasihat

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.

9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

1MDB dan RM2.6 billion

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

Hal keluarga?

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, "The Wolf of Wall Street" dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

Siasatan dikekang?

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.

31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

Altantunya pun TSMY percaya?

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, "Apa yang telah berlaku kepada Malaysia".

35. Di antara 1MDB, 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh Perdana Menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.

36. Najib telah membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.

37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib.

Mahathir 'spin' kira-kira jualan tentang Edra demi politik

Posted: 30 Nov 2015 05:29 PM PST


Posting terbaru Tun Dr Mahathir http://chedet.cc/?p=1924 mengkritik 1MDB jelas sekali bermotif politik.

Selepas posting tersebut, beliau terus menulis pula surat rayuan kepada ahli2 UMNO menjelang Perhimpunan Agong UMNO.

Tujuan tulisannya berkenaan 1MDB pun jelas bermotif politik. Maka boleh dijangka dia akan 'spin' juga:

Bernama melaporkan:

1MDB Kesal Tun Mahathir Terus Keluar Kenyataan Mengelirukan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan salah dan mengelirukan secara berterusan terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, 1MDB berkata kenyataan itu kemudian dilaporkan secara tidak bertanggungjawab tanpa analisis atau siasatan kewartawanan oleh portal berita dalam talian tertentu.

Merujuk kepada tulisan Dr Mahathir dalam blognya berhubung penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN), IMDB berkata bekas perdana itu telah gagal dalam beberapa percubaan untuk mempolitikkan isu 1MDB.

"Berdasarkan penyata kewangan Edra bertarikh 31 Mac 2015, menerusi penjualan itu, 1MDB akan menerima tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion. Di samping itu, Kumpulan CGN akan menanggung hutang aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.

"Oleh itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan mencapai pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, iaitu dalam lingkungan jangkaan RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.

"Adah penting untuk menjelaskan bahawa pwengurangan hutang sehingga RM17 bilion adalah melebihi dividen tunai kira-kira RM2 bilion yang diperoleh oleh 1MDB daripada aset tenaga semasa pemilikannya," katanya.

Kenyataan itu menyebut 1MDB pada dasarnya kos dan pulangan pelaburannya adalah sama rata menerusi proses tender antarabangsa, walaupun terpaksa menjual aset-asetnya semasa dalam serangan berterusan dan mengelirukan daripada pembangkang dan Dr Mahathir sendiri.

"Jika Tun Dr Mahathir sanggup meluang masa untuk mengkaji semula Nota 29(v) penyata kewangan 1MDB beraudit 31 Mac 2014 yang boleh diperoleh oleh umum, beliau akan sedar bahawa daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion, sebanyak RM19.82 bilion hutang dalam denominasi Ringgit Malaysia dan RM22 bilion dalam denominasi dolar Amerika (USD).

"Oleh itu terhadap lebih dari mencukupi hutang dalam denominasi Ringgit Malaysia untuk dilunaskan daripada RM9.83 bilion hasil jualan tunai Edra," katanya.

Ia berkata bagi hutang dalam bentuk USD yang menjadi kebimbingan Dr Mahathir, mengikut perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB bahawa bond jaminan IPIC sebanyak US$3.5 bilion akan diselesaikan menerusi kaedah pertukaran hutang untuk aset dengan IPIC.

Langkah ini terarah kepada 1MDB memindahkan aset syarikat kepada IPIC dalam bentuk deposit tunai dan dana unit USD, sebagai balasan untuk IPIC mengambil alih jaminan bond US$3.5 bilion, katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir juga telah mengelirukan pembaca blognya dengan gagal menyebut bahawa tarif bagi Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi aset Edra ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga.

"Secara purata di semua loji tenaga kuasa Edra, ini adalah untuk tempoh 10 tahun akan datang. Jadi, tidak ada persoalan tarif IPP akan meningkat bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga walaupun pertukaran hak milik," katanya.

1MDB juga meminta Dr Mahathir supaya menggunakan fakta-fakta dan angka dalam hujahannya dan menghentikan serangan politik yang mengelirukan terhadap syarikat itu.

"Tun Mahathir telah berulang kali memperdaya orang awam dengan kenyataan-kenyataan palsu. Paling ketara sekali beliau berkata 'RM42 bilion hilang' dalam 1MDB.

"Penjualan aset Edra dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, jelas menunjukkan bagaimana sering kali dan terus Tun Mahathir melakukan kesilapan.

"Kedua, Tun Mahathir telah berulang kali mempersenda bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah daripada 1MDB walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan tiga kenyataan bahawa tiada dana dari IMDB masuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib," katanya.

-- BERNAMA

http://m.bernama.com/index.php?lang=my&sid=newsdetail&news_id=1194796

------------

Dr Mahathir mengguna spinning technique yang sama pernah diguna dahulu. MyKMU menulis berikut:

Ini seumpama kisah jualan MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta) beberapa tahun lalu. Apabila Tun mengarahkan Proton membeli dengan harga 70 juta euro ia termasuk hutang dan liabiliti syarikat terbabit.

Apabila hutang MV Agusta mula bertambah ia telah menyebabkan akaun Proton Holdings sendiri mencatatkan kerugian besar sehingga RM 500 juta. Daripada 500 juta ringgit itu, 481 juta ringgit ialah hutang MV Agusta.

Justeru apabila Proton menjual MV Agusta dengan harga RM 4.50 atau 1 Euro bersama hutangnya, ia turut melenyapkan labiliti Proton sebanyak RM481.05 juta.

Selebihnya, elok Tun tidak masuk campur dalam hal pengurusan perniagaan kerana rekod Tun mengendalikan perniagaan sangat buruk, dari Perwaja, MAS, Renong dan BMF sangat mengecewakan.

Dari segi perjanjian juga Tun gagal menguruskan dengan baik bila diambil kira perjanjian berat sebelah yang menguntungkan pengendali Lebuh Raya berbanding pengguna.

Jual EDRA rugi? Memanglah rugi bila ia dijual dalam keadaan terdesak atau "Force Selling".

Sapa desak? Tun M dan sebahagian kitalah yang menghentam 1MDB dengam begitu teruk sehingga memberi imej yang tidak baik kepada pelabur.


Edra ini sepatutnya tiada masalah jika tidak diserang. Hari ini sudah selesai hutang melalui IPO. Namun IPO tidak lagi dapat dilaksanakan apabila Tun M mula melancarkan siri serangannya ke atas 1MDB ini.

Sekarang kita bincang sekarang untuk kurangkan hutang 1MDB. Jadi jual Edra kurangkan liabiliti 1MDB sebanyak RM18B. – MYKMU.NET

http://www.mykmu.net/2015/11/matematik-tun-mahathir-edra-energy-dan-mv-agusta/

Fikir-fikirkan ....

Posted: 30 Nov 2015 07:25 AM PST


Sokongan Mahathir pada pembangkang bantu DAP berkuasa

Posted: 30 Nov 2015 04:31 AM PST


Mahathir sudah menyokong pembangkang untuk berkuasa.


Kini dia turut serang Najib sebagai diktator UMNO.

Hmmm ... dengan begitu ramai TPM dibuang dan ganti serta dia kekal.selama 22 tahun, takyah ceritalah.


Dia yang angkat Najib dan disokong parti, kini nak salahkan orang.

Jika nak tahu sebab apa pembangkang bakal gagal juga ...






Kudin sokong bebaskan Anwar untuk Mahathir dapat sokongan PKR

Posted: 30 Nov 2015 01:30 AM PST




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Guan Eng semakin tertekan...!!! Rakyat tuntut anak negeri jadi KM?

Posted: 30 Nov 2015 09:53 AM PST


PULAU PINANG - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus menerima tekanan dari­pada ahli parti sendiri yang mencadangkan supaya jawatan Ketua Menteri disandang Pengerusi DAP negeri yang dipilih dalam pro­ses pemilihan parti.

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan Jawatankuasa Negeri seharusnya mensyaratkan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Pengerusi DAP negeri.

"Ini adalah penting kerana mandat untuk menerajui kerajaan ne­geri mesti diberikan kepada seorang kepemimpinan yang telah diberi kepercayaan oleh akar umbi," katanya dalam Konvensyen DAP negeri di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya sebelum ini menerima tekanan hebat daripada penduduk negeri ini yang mahukan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow menjadi Ketua Menteri.

Malah sebelum bermulanya Konvensyen DAP negeri pagi ini, sekumpulan 20 penduduk mengadakan demonstrasi aman di hadapan hotel tempat berlangsungnya konvensyen berkenaan yang menuntut Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri.

Protes sama juga berlaku di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) semalam selepas kira-kira 40 penduduk membawa sepanduk tertera perkataan seperti Guan Eng balik Melaka dan Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim Guan Eng cuba mengelakkan diri daripada wartawan selepas Majlis Perasmian Tapak Pembinaan Taman Kejiranan Lengkok Free School, Pulau Pinang, semalam.

Dalam pada itu, Shamsher Singh yang juga peguam turut mengkritik proses lantikan jawatan dalam DAP negeri yang tidak memilih calon dengan undian tertinggi sebagai Pengerusi.

Beliau mengambil contoh pemilihan DAP Selangor yang mana Tony Pua dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri itu sedangkan menduduki tangga kelapan berbanding Gobind Singh Deo yang mendapat undi tertinggi.

"Sistem pemilihan ahli-ahli jawatankuasa negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka seperti yang dilakukan semasa pemilihan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY)," katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan bagaimana DAP masih boleh bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dalam kerajaan pembangkang di Selangor sedangkan kedua-dua parti sudah tidak lagi mempunyai hubungan.


"Bukan itu sahaja, tiga Exco kerajaan negeri Selangor juga daripada Pas. Kenapa DAP masih mahu meniduri Pas setelah bercerai dengannya?" katanya.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan DAP negeri mengkritik keputusan ADUN kerajaan negeri menyokong usul tambak laut yang dibawa ADUN Barisan Nasional (BN) dalam sidang DUN lalu.

Menurutnya, adalah menghairankan DAP boleh mengkritik sokongan ADUN kerajaan negeri itu sedangkan dalam masa sama mahu wakil Ahli Parlimen BN menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Malah, beliau turut mempersoalkan jika menjadi tugas ADUN pembangkang untuk menolak semua usul BN, mengapa tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang menolak Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 untuk menaikkan gaji bulanan Ahli Parlimen.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BESAR KEMUNGKINAN UMNO KALAH PRU 14 – DR MAHATHIR

Posted: 30 Nov 2015 07:13 PM PST

HUSAM DIGAM MULUT...PAS MACAM UMNO

Posted: 30 Nov 2015 03:33 PM PST





OLEH GREENBOC












Dah betul-betul serupa dengan UMNO. Orang yang mengadu (Husam) disiasat, yang diadukan (kerajaan Kelantan) tidak. 

Bolehkah Husam mendapat keadilan dengan cara sedemikian? 

PAS, Kelantan tak boleh dikritik. Kalau nak kritik kena lakukan dalam kelambu. Senyap-senyap. Takut nanti ramai yang keluar PAS, ramai yang akan tolak PAS. 

Kini mulut Husam digam. Tetapi tiada lansung kenyataan untuk mengarahkan semua pimpinan PAS supaya menghentikan apa jua bentuk cacian dan kutukan kepada Husam Musa seperti yang dilakukan melalui pelbagai media: samada konvensional (ceramah dan lain-lain) atau media baharu seperti FB, WA dan seumpamanya. 

Melhat kepada muka-muka orang yang mendengar aduan Husam ketara ia memang berat sebelah. Muka-muka yang ada kesemuanya anti-Husam belaka yang berlakon seperti "orang tengah" untuk menyelesaikan konflik yang ada, walhal ramai melihat bahawa mereka sudah merancang untuk "menyembelih" Husam. 

Kita berserah kepada Allah untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan. Mereka boleh mengunci mulut Husam tetap mereka tidak boleh mengunci kebenaran dari dinyatakan, samada melalui Husam atau lansung dari Allah s.w.t. 

Apa yang GB ulas pada tahun 2009 ki ni telah menjadi kenyataan. Petikan:

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti"wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.

Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi (parti) di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.


LIVE][301115] Realiti Umat Islam Masa Kini - Ust Rashidi Lobo

Posted: 30 Nov 2015 06:50 AM PST

GAMBAR PENYOKONG HUSAM MUSA DI PEJABAT PAS

Posted: 30 Nov 2015 06:45 AM PST

Mrk tanya DHM knapa buat 
Mereka tanya DHM kenapa buat kenyataan terbuka....DHM 

jawab TGHH buat kenyataan terbuka untuk jadi penasihat 

UMNO.....




 .

[LIVE][301115] Kesempurnaan Solat - Ust Fauzi Thahir

Posted: 30 Nov 2015 04:45 AM PST




[LIVE][301115] Kesempurnaan Solat - Ust Fauzi Thahir


SURAT KEPADA AHLI DAN PEMIMPIN UMNO AKAR UMBI DARI MAHATHIR

Posted: 30 Nov 2015 02:53 AM PST

JANGAN ADA YANG NAK BAGI TONGKAT PADA Umno......kalau mahathir sendiri tak mau Najib tak kan la Hadi nak sokong Najib?

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.
5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

KERJASAMA PKR – PAS: PENYOKONG PH MARAH CADANGAN AZMIN

Posted: 29 Nov 2015 09:18 PM PST