Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Charles Morais flew back to US after stupid game fail

Posted: 27 Nov 2015 10:08 PM PST


Blowback on a stupid political monouvre?

The recent political scene created by the younger brother of Kevin Morais could see a blowback on the faces of the political hands trying to take advantage of the issue.

We have seen the same tactics before happening with SD by PI Bala, now happening again with the SD of Charles Morais.

The attempt to fool the Malaysian public into thinking that the murder of Kevin was easily pulled off by BN head honcho is clearly showing how desperate these political macais can be.

Just like making friends with the enemy ( in this case Kiram , but not pointing fingers) this latest stunt could see a big blow back.


Could it be that this charles morias fella is just desperate as he is known to have financial difficulties.

Could charles be another case of alvin tan? Trying hard to stay in the land of the free at the price of making a leader of a country look bad?

What ever it is..



The people of Malaysia sure are not dumb. Fool em once its okay.. But try to do it again?

Only dumber people put dumb people in office who in turn will end up putting us in the dumpster..



Buli Nurul? Dah takda alasan ...

Posted: 27 Nov 2015 08:02 PM PST


Hanya pengkhianat lari dari Polis tapi nak saman IGP

Posted: 27 Nov 2015 04:30 PM PST



NURUL IZZAH ELAK UNTUK DISIASAT BAWAH SOSMA

Nurul Izzah Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Ke­seksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) ekoran pertemuannya dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini.

PDRM dikatakan telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah untuk memanggil beliau bagi merakam percakapan

Tapi Nurul Izzah pula buat hal kerana kononnya dia sibuk dengan tugas-tugas harian dia sehingga PDRM gagal untuk merakam percakapan untuk meneruskan siasatan tersebut


Kalau Nurul Izzah benar2 rasa tak bersalah berilah kerjasama, lagi cepat beri keterangan lagi cepat kebenaran akan terjawab.

Adakah ini salah satu SANDIWARA dari anak Anwar Ibrahim?? kita tgguuuu....

p/s : berani kerana benar takut kerana nurul izzah benar2 ada muslihat dan perancangan jahat dengan Jacel Kiram dan pengganas Selatan Filipina

FB Pendekar Tanah





Terkini:

Semalam ke polis



Anak Anwar ni sama lecik dan sama hebat tipu orang ramai hjngga seolah2 "can do no wrong".

Bukankah ini rasuah, SPR?

Posted: 27 Nov 2015 07:30 AM PST


Kalau UMNO buat, mereka bising. Ni mesti mereka diam saje.

Sakmongkol usah tai chi, Google ada cache

Posted: 27 Nov 2015 04:29 AM PST


Sekali Menantu Datuk Sri Najib Bersin.... Telor Ahli Parlimen DAP Terus Jadi Separuh Masak !! Klik link http://medan-info-kita.blogspot.my/2015/11/sekali-menantu-datuk-sri-najib-bersin.html?m=1

Fitnah Ke Atas Daniyar Kesikbayev, MP DAP Raubula Kecut Telor Salahkan Malaysia-Chronicle - http://khairulryezal.blogspot.my/2015/11/fitnah-ke-atas-daniyar-kesikbayev-mp.html?m=1

http://gerakan-anti-pkr-new.blogspot.my/2015/11/arif-sabri-tersentak-dengan-surat.html?m=1


Fitnah Menantu Najib : Baruah DAP Salahkan Putar Belit Portal 'Malaysia-Chronicle' - http://bidaman.blogspot.my/2015/11/fitnah-menantu-pm-baruah-dap-salahkan.html?m=1

Alahai ... Hoogle cache tu masih ada. Takyah pusing.



Mukhriz kata tiada isu tukar tradisi perasmian sayap

Posted: 27 Nov 2015 01:29 AM PST




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Penasihat-penasihat Najib adalah ‘menteri pintu belakang’ yang tidak perlu

Posted: 27 Nov 2015 07:07 PM PST


najib razak
JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.
Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.
Kabinet Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013.
Menurut jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:
"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan.
"Selain itu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:
  • Datuk Seri Dr  Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;
  • Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
  • Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;
  • Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;
  • Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;
  • Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;
  • Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita; dan
  • Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15, gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ialah:
  • Perdana Menteri                              RM22,826.65
  • Timbalan Perdana Menteri               RM18,168.15
  • Menteri                                           RM14,907.20
  • Timbalan Menteri                            RM 10,847.65
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
  • Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur (Samy Vellu): RM 27,227.20
  • Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang): RM 22,500.00
  • Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (Sharizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO): RM 27,227.20
  • Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (Rais Yatim): RM 27,227.20
  • Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (Jawatan ini tidak disenaraikan oleh Azalina dan saya difahamkan dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar): RM 27,227.20
  • Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri: RM 14,907.20
Difahamkan Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor.
Walau bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntuk dengan empat hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk seorang menteri penuh.
Lantikan bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai duta datang dari kalangan diplomat kareer.
Yang tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai "duta palsu", iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk dalam struktur Wisma Putra. Saya difahamkan pertindihan diantara duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah dihentikan.
Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf "menteri pintu belakang" sepatutnya digugurkan jawatan.

* Liew Chin Tong ialah Ahli Parlimen Kluang

HAPUS SUBSIDI ELEKTRIK: BN TAK PRIHATIN WARGA MISKIN

Posted: 27 Nov 2015 06:15 PM PST

TUBUH KABINET BAYANGAN PH, JANGAN UMUM BERTANDING SESUKA HATI

Posted: 27 Nov 2015 06:12 PM PST

EKONOMI MERUDUM, EKSEKUTIF PERNIAGAAN JADI PEMANDU TEKSI

Posted: 26 Nov 2015 11:40 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Edra sale a bid to clean up the books?

Posted: 27 Nov 2015 03:58 AM PST

Amanah's Dzulkefly demands an answer from the PM's Department.
dzulkefly-ahmad_1mdb_edra-energy_600
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara Strategy Director Dzulkefly Ahmad has demanded an assurance from the government that the sale of 1MDB's 13 power assets was not an attempt to "clean up the books" and to let off those responsible for the state-owned company's losses when it acquired those assets.
Speaking to FMT, he said the government had yet to answer the question of whether the accounting involved in the recent sale would be done in such a way as to write off the losses.
Addressing Minister in the Prime Minister's Department Mah Siew Keong, he said, "Would the minister be able to promise the rakyat that the wrongdoings of all the perpetrators will not be forgotten when the accounting is made?"
Dzulkefly congratulated Mah for his prompt response to a question he had posed earlier on whether the government had promised nuclear power projects to China General Nuclear Power Corp (CGN) with its takeover of 1MDB's Edra Global Energy Bhd.
Mah's response was that the RM9.83 billion deal signed by 1MDB and CGN had nothing to do with any nuclear power project in Malaysia.
"But only time will tell," Dzulkefly said.
"While I commend his immediate response to my inquiry, the test of the pudding is in the eating. So let's wait and see. The rakyat will be more than willing to give the government a big applause if that is truly the case."
He also commented on 1MDB's statement about the Edra sale being a "vote of confidence" in the Malaysian economy. He said 1MDB had no reason to be so "elated" because it should remember that it failed to list Edra on the stock exchange.

Peguam menantu Najib buat laporan polis terhadap Sakmongkol

Posted: 27 Nov 2015 03:55 AM PST

peguam
Peguam bela, Noorhajran Mohd Noor berkata kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 November:
Peguam kepada menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Daniyar Kesikbayev membuat laporan polis berhubung artikel yang ditulis Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri di blognya, Sakmongkol AK47, yang dianggap mempunyai dakwaan tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas.
Peguam bela, Noorhajran Mohd Noor berkata, firma guamannya telah diarahkan oleh anak guamnya, Daniyar untuk membuat laporan polis terhadap Ariff Sabri yang menulis artikel bertajuk 'Faulty Reward System and Changeable Goverments' pada 24 November lalu.
"Kandungan blog ini telah mengatakan bahawa satu projek besar tanpa melalui proses tender telah diberikan kepada Daniyar melibatkan projek ubah suai pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wakil Malaysia di New York.
"Penulis blog tersebut mendakwa bahawa ia diberikan dengan memakai konsep perniagaan pemaju di Malaysia bakal membawa pulangan sebanyak 80 peratus kepada Daniyar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Katanya, artikel itu menyebut pada September lalu semasa Perdana Menteri berada di New York 'the deal was inked' telah membawa maksud kontrak ini telah dimeteraikan.
Mengulas lanjut, pada hari yang sama sebuah portal, Malaysia Chronicle didakwa telah memuat naik artikel bertajuk 'Son-in Law Daniyar To Be New Jho Low: Disquiet Over Contract To Renovate Govt's Office in New York' di mana nama bekas ahli Umno itu serta pautan blognya tertera dipermulaan artikel tersebut, yang mengesahkan punca asal beritanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah ‘dilihat’ miskin gamatkan perbahasan AMK

Posted: 27 Nov 2015 03:54 AM PST

KONGRES PKR 2015 - 1PETALING JAYA, 27 NOV: Suasana perbahasan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gamat seketika apabila perwakilan Sabah, Fandi Abdullah tampil dengan ucapan bersemangat membidas Barisan Nasional (BN) hingga menjadi punca negeri dibawah bayu itu 'dilihat' miskin.
Beliau mendakwa, kemiskinan dihadapi rakyat Sabah ekoran kegagalan sistem pemerintahan BN yang hanya mengutamakan kroni.
"Sabah tidak miskin tapi dimiskinkan dengan satu sistem dimana UMNO-BN mementingkan kaum kerabat.
"Kami tidak mahu UMNO di Sabah Tunggu PRU-14 ini janji anak muda Sabah, kami akan gembleng tenaga untuk hapuskan mereka," katanya yang mendapat tepukan gemuruh pemerhati.
Katanya, puluhan tahun BN di Sabah menyaksikan jurang kemiskinan di semakin lebar dan meningkat.
"Pemimpin UMNO tidak turun kelapangan. Apa sebenarnya keperluan Sabah? Mereka tahu hanya jaga kepentingan kroni di Sabah," katanya.

Selangor sedia jadi perintis program Caruman Wanita

Posted: 27 Nov 2015 03:53 AM PST

WANITA SELANGORPETALING JAYA, 27 NOV : Selangor bersedia menjadi perintis bagi pelaksanaan program Caruman Wanita untuk mengiktiraf penglibatan golongan terbabit di negeri termaju itu.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata ia selaras dengan konsep kebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk manfaat wanita keseluruhannya.
"Kita bersedia membuat percubaan atau permulaan di Selangor dan apabila berjaya, maka ia boleh dilaksanakan di negeri lain sebaik memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
"Kita akan laksanakan perkara terbaik untuk wanita demi kelestarian sejagat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada penggulungan Kongres Nasional Wanita KEADILAN di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
HIJRAH SELANGORPada masa sama, katanya program HIJRAH Selangor yang memberi skim mikrokredit perniagaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat didominasi golongan wanita.
Sebelum ini, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencadangkan program Caruman Wanita Malaysia dilaksanakan khusus untuk membantu suri rumah.
Progran caruman sebanyak RM50 sebulan itu disasarkan kepada mereka berpendapatan kurang RM1,500 bagi melindungi wanita jika ditimpa musibah.

Kevin Morais serah sebahagian harta kepada gereja

Posted: 27 Nov 2015 03:50 AM PST

Dua adiknya turut dinamakan penerima harta dan harta itu termasuk hartanah di London.
morais-brothersPETALING JAYA: Mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais menamakan Gereja Our Lady of Lourdes di Ipoh, Perak dan dua adiknya sebagai pewaris harta.
Datuk Richard Dilaan Morais, adik kepada Kevin Morais mengesahkan perkara itu selepas menerima salinan wasiat daripada seorang peguam dari firma guaman di Ipoh.
Salinan yang sama juga dihantar ke gereja tersebut.
Memetik laporan sebuah portal, seorang lagi pewaris yang dinamakan ialah David Morais.
"Prosedur wasiat akan melalui proses yang sewajarnya. Harta yang disebutkan dalam wasiat termasuk hartanah di London.
"Gereja di Jalam Silibin pula adalah gereja di mana kami membesar di Ipoh dan juga dinamakan sebagai penerima harta," ujar Richard.
Richard juga mengesahkan bahawa mayat Kevin telah dibakar pada hari Isnin lalu selepas dituntut dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur.
"Abu mayat masih disimpan sementara menunggu pengebumian yang akan diadakan di Gereja Our Lady of Lourdes kelak," katanya.
Ditanya tentang dakwaan adiknya, Charles, beliau menggesa pihak polis menyiasat segera perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat keutamaan, atasi agenda peribadi - Wanita PKR

Posted: 27 Nov 2015 03:48 AM PST

ZURAIDAH KONGRES
PETALING JAYA, 27 NOV : Parti pembangkang perlu meletakkan rakyat sebagai keutamaan mengatasi agenda peribadi untuk menyelamatkan negara daripada Barisan Nasional (BN).
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata tindakan saling mencabar antara satu sama lain hanya menzahirkan sikap kebudak-budakan dalam suasana politik yang kian rapuh.
"Dalam proses membina dan menerajui pakatan pembangkang, Wanita KEADILAN berharap semua parti belajar dan mengimbas semula perjuangan kita untuk mencapai sepakat melalui kematangan politik.
"Misi bersatu memenangi Putrajaya lebih penting, oleh itu kita harus menjaga batas dalam berkomunikasi dan terbuka melalui perbincangan aktif bagi merealisasikan perlawanan satu lawan satu," katanya.
Beliau berkata demikian pada Konvensyen Nasional di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Zuraida turut mengingatkan perjuangan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas menyatukan pembangkang dalam satu gagasan.
"Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealismenya harus terus menjalar dan meresapi setiap sanubari rakyat supaya tiada lagi penindasan berlaku ekoran kecetekan ilmu dalam politik," katanya.
Kongres kali ke-11 itu adalah bagi memilih perwakilan di samping berbahas berkenaan pelbagai isu semasa dan parti.

Tangkap abang saya di bawah Sosma, kata Richard

Posted: 27 Nov 2015 03:47 AM PST

 Sambil melabelkan abangnya sebagai "penjenayah negara", Datuk Richard Morais yang berang mahu Charles Suresh Morais yang membuat akuan sumpah berkanun (SD) Rabu lalu, ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
Beliau juga melahirkan kejutan bahawa polis masih belum bertindak dan menggesa mereka untuk menjejaki abangnya itu dan mencadangkan perintah ekstradisi jika abangnya itu telah kembali ke Amerika Syarikat, di mana beliau menetap sejak tahun 1984.
"Saya percaya... dan awak boleh petik saya, jika dia telah melarikan diri, Datuk (Richard) akan bercakap kepada perdana menteri untuk mengekstradisinya.
"Saya akan gunakan kenalan saya untuk mengekstradisi dia pulang ke negara ini... Dia masih seorang rakyat Malaysia," katanya.
Richard juga merancang untuk membuat laporan polis terhadap abangnya, seorang pemilik hotel yang berpangkalan di Altanta, esok.
Wasiat Kevin
Beliau juga mendedahkan alasannya menuntut mayat abang mereka, timbalan pendakwa raya kanan Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh untuk upacara pembakaean sedangkan ada yang menuntut agar bedah siasat kedua dijalankan.
"Saya tidak boleh biarkan lebih lama, jasadnya dibiarkan di sana (di rumah mayat) selama 70 hari kerana dia (Charles).
"Ini adalah memalukan bagi membiarkan jasad Kevin sekian lama hanya berdasarkan pertimbangan awak (Charles). Awak tidak memiliki Kevin. Kita semua tidak memiliki Kevin. Dia sudah mati, kita patut bakarnya lama lalu," katanya.
Berhubung dakwaan Charles dalam SD itu, Richard menolaknya bukan kerana kaitannya dengan orang-orang seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi hakikatnya bahawa dakwaan itu tidak benar.
Ditanya mengenai motif di sebalik keputusan Charles membuat SD itu, Richard tidak menolak kemungkinan kerana insentif wang yang terlibat.
"Saya rasa orang ini sudah dibayar. Dia sepatutnya saya kerana mengambil jasad itu, mengapa buat semua ini dan rosakkan reputasi Kevin? " soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PKR lulus usul bebaskan anak muda belenggu kos sara hidup

Posted: 27 Nov 2015 03:45 AM PST

Perwakilan PKR Kelantan, Mohd Khairul Amin berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat. Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, di Dewan Sivik MBPJ, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Perwakilan PKR Kelantan, Mohd Khairul Amin berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat. Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, di Dewan Sivik MBPJ, hari ini.

Usul membebaskan anak muda daripada cengkaman dan beban kos sara hidup melanda negara adalah antara 5 usul diluluskan pada Kongres Nasional Pemuda PKR ke-11, hari ini. Usul itu dicadangkan perwakilan Kelantan, Mohd Khairul Amin dan dibahaskan Mohd Hairul Amin dari Perak.
Khairul berkata, kerajaan memeras rakyat, RM19 sehari melalui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta pemotongan subsidi pelbagai barangan keperluan rakyat.

"Pada masa sama kos barang meningkat naik. Harga petrol tidak menentu, kadar tol naik dan dilaporkan akan naik lagi tahun depan. "Semua ketidaktentuan ekonomi ini beri kesan terus kepada rakyat," katanya ketika membawakan usul itu.
Katanya, menyedari perkara itu, Pemuda PKR berpendapat kerajaan perlu mengambil tindakan bersifat "down to earth" untuk memastikan rakyat diselamatkan daripada terus terhimpit dengan kos hidup membebankan.
Sementara itu, 4 lagi usul diluluskan tanpa sebarang bantahan.
Usul membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan tanpa dibahaskan.
"Pelbagai usaha direkayasa Umno-Barisan Nasional (BN) untuk memusnahkan politik Anwar. Hakikatnya rakyat celik mengenai fitnah ini," kata Perwakilan Pemuda PKR Pahang Mohd Mustaqim.
Selain itu, Pemuda PKR meluluskan usul menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan yang dicadangkan Sallehudin Kiddin, perwakilan Hulu Langat.

Dua lagi usul diluluskan ialah memperkukuh pakatan pembangkang serta bersolidariti dengan perjuangan rakyat Sabah dan Sarawak.

JDT keluar dokumentari sejarah bola Johor

Posted: 27 Nov 2015 03:29 AM PST

'Kami terbakar, Najib terbakar sama'

Posted: 27 Nov 2015 03:29 AM PST

Gopeng Umno Wanita hit by spate of resignations

Posted: 27 Nov 2015 03:28 AM PST

Ramai Penjawat Awam Putrajaya Nak Lari ke Selangor

Posted: 27 Nov 2015 03:27 AM PST

Artikel di blog, menantu Najib cabar MP DAP kemuka bukti

Posted: 27 Nov 2015 03:25 AM PST

Nurul Izzah: Harap Isu Bergambar Dengan Jacel Kiram Selesai

Posted: 27 Nov 2015 03:25 AM PST

Nurul Izzah: Probe over Sulu princess only at initial stage

Posted: 27 Nov 2015 03:24 AM PST

Kepimpinan UMNO tersesat – A. Kadir Jasin

Posted: 27 Nov 2015 03:23 AM PST

Mereka telah mengabaikan tugas apabila membenarkan parti diperkudakan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya
kadir-jasin
PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, kepimpinan UMNO telah tersesat apabila menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seolah-olah mesyuarat Kabinet.
Katanya, perkara itu berlaku apabila mereka gagal membezakan antara parti dan kerajaan.
Malah, perkara sama yang turut berlaku apabila mereka juga tidak dapat membezakan antara Presiden UMNO dengan Perdana Menteri.
"Akibatnya mereka mengkhianati amanah dan mengetepikan asas serta dasar perjuangan parti dan hukum-hakamnya," katanya menerusi blog kadirjasin.blogspot.my.
A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang New Straits Times Bhd mendakwa, kepimpinan UMNO telah mengabaikan tugas dan hak istimewa parti itu sebagai sebuah parti yang berkuasa dengan membenarkan ia diperkudakan oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri dan konco-konconya.
"Mereka lupa bahawa UMNO mendahului kerajaan. Sebelum ada kerajaan, UMNO sudah ada. Kerajaan laku selama lima tahun sahaja, tetapi, UMNO laku sepanjang masa selagi mendapat sokongan orang Melayu," ujarnya.
Tambah beliau, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan bahawa Ahli Majlis tertinggi, Pengerusi-pengerusi Perhubungan Negeri, ketua-ketua dan Ahli Jawatankuasa Bahagian mempunyai pemikiran yang dangkal kerana membenarkan semua itu berlaku.
Katanya, mereka akan menyalak dengan membuat pendedahan sekiranya tersepit dan membuat cerita serta helah kononnya apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan UMNO.

Demokrasi dalam Umno sudah berkubur, kata Hamidah

Posted: 27 Nov 2015 03:17 AM PST

Demokrasi dalam Umno sudah terkubur, kata Hamidah
IPOH - "Demokrasi dalam parti telah berkubur", demikian kata bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Othman berhubung pemecatannya yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno, Selasa lalu.
Menurut beliau, meskipun menerima perkara itu dengan hati terbuka namun dirinya kesal kerana pemecatan terbabit dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Prosedur yang sebenarnya adalah setelah ada pertuduhan maka saya akan diberi surat tunjuk sebab dan selepas itu akan dibawa mengadap lembaga disiplin parti.
"Dan di situlah (Lembaga Disiplin parti) apa sahaja pertuduhan patut dibincangkan namun itu tidak dibuat (prosedur), tiba-tiba saya dipecat," katanya.
[Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Hotel Impiana, di sini, hari ini.
Terdahulu, lima pemimpin Wanita Umno Bahagian Gopeng yang diketuai Timbalan Ketua Wanita, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK meletak jawatan daripada Umno selepas kecewa dengan pemecatan Hamidah. 
Mengulas lanjut, Hamidah berkata, sehingga kini beliau masih tidak menerima surat pemecatan daripada Umno dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media.
"Belum dapat kecuali bulan Mei lepas, itu pun surat tunjuk sebab selepas ada pihak menuduh saya sebagai penganjur kepada Diskusi Bicara Negara dimana Tun Mahahthir adalah penceramahnya," katanya.
Beliau berkata, dirinya tidak menolak pemecatannya itu merupakan salah satu usaha untuk menutup mulut ahli Umno yang lantang mengkritik.
Read More / Baca Lagi >>

Saya mangsa balas dendam UMNO – Hamidah Osman

Posted: 27 Nov 2015 03:16 AM PST

Beliau mendakwa dijadikan 'kambing hitam' kerana UMNO tidak berani mengambil tindakan kepada pemimpin lelaki yang lebih lantang mengkritik.
hamidah-umno
IPOH: Datuk Hamidah Osman yang tidak puas hati sebab dipecat mendakwa, beliau menjadi mangsa balas dendam pucuk pimpinan UMNO kepada beberapa pemimpin lelaki yang lantang mengkritik parti itu.
Katanya, pucuk pimpinan UMNO tidak berani mengambil sebarang tindakan kepada pemimpin-pemimpin lelaki itu dan menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.
Katanya, beliau dipilih menjadi mangsa hanya kerana seorang ahli UMNO Wanita yang dianggap lemah.
"Saya yakin dijadikan kambing hitam. Mungkin kerana 'tidak dapat tanduk, telinga yang dipulas'. Cuma mungkin mereka melihat saya sebagai seorang wanita," katanya dalam sidang media di Hotel Impiana pada petang Jumaat.
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng itu mengingatkan agar pimpinan parti tidak terus menekan dan menghalang Wanita daripada bersuara.
"Tetapi saya hendak ingatkan. Jangan tekan sangat, kalau tekan sangat akan melantun," katanya.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sering mengkritik parti dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah hormati keputusan Sabah, berusaha bersihkan namanya

Posted: 27 Nov 2015 02:51 AM PST

Nurul Izzah Anwar menghormati keputusan Sabah untuk menghalangnya memasuki negeri itu selepas gambar bersama Jacel Kiram dikritik ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 27 November, 2015. 
Nurul Izzah Anwar menghormati keputusan Sabah untuk menghalangnya memasuki negeri itu selepas gambar bersama Jacel Kiram dikritik ramai. 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini berkata, beliau menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah menghalangnya daripada memasuki negeri itu, tetapi menegaskan dirinya bukan seorang pengkhianat negara. Pada masa sama, beliau berkata keputusan itu juga mennyebabkannya berasa amat kecewa dan sedih kerana sudah memohon maaf setelah mengguris perasaan rakyat Sabah berhubung gambarnya dengan Jacel Kiram, anak perempuan pengganas Sulu Sultan Jamalul Kiram III yang dimuat naik di Facebook.
"Apa pun mungkin, saya menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah walaupun ia benar-benar menyakitkan saya, saya suka negeri itu.

"Apa pun yang berkenaan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk untuk membersihkan nama saya susulan terdapat tuduhan tidak berasas yang dibuat. "Sudah tentu, tidak ada asas kepada dakwaan pengkhianatan. Saya sudah memfailkan saman semalam, saya bukan pengkhianat kepada Malaysia, saya sayangkan negara saya dan saya menyatakan yang akan mempertahankan kedaulatan Sabah, sebagai sebahagian daripada Persekutuan," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur sebelum memberi keterangan mengenai perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Hamidah beri amaran kepada Najib ‘jangan bakar negara’

Posted: 27 Nov 2015 01:43 AM PST

Beliau tidak akan merayu keputusan itu sebaliknya akan meminta penjelasan parti sebab dipecat.
Hamidah-Osman_najib_umno_600
IPOH: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memberi amaran kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti, meminta Najib yang juga Perdana Menteri supaya tidak terus membakar negara jika tidak mahu diri sendiri terbakar.
"Jangan bakar negara, kalau kami terbakar, dia (Najib) juga akan ikut terbakar," katanya dalam sidang media di Hotel Impiana di sini pada Jumaat.
Hamidah berkata, walaupun menerima keputusan parti tetapi dia masih kabur sebab dipecat.
"Sehingga hari ini saya masih belum mendapat apa-apa surat. Hanya tahu melalui berita di televisyen. Saya masih kabur mengapa saya dipecat," ujarnya.
Beliau yang mengenakan berbaju kurung berwarna merah-warna rasmi bagi wanita UMNO- bertegas tidak akan merayu kepada pucuk pimpinan sebaliknya akan menghantar surat memohon penjelasan sebab sebenar beliau dipecat.
Hamidah berkata, beliau memang menerima surat minta penjelasan berhubung Program Bicara Negara yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mei lalu.
"Saya telah menjawab. Hakikatnya saya bukan penganjur. Saya telah menjawab kepada Setiausaha Agung.
"Sepatutnya saya diberi surat tunjuk sebab dan perlu menghadap Lembaga Disiplin. Segala pertuduhan perlu dibincangkan," katanya.
Hamidah sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Wanita Umno dan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pengumuman calon pilihan raya cuma tindakan nakal, kata Mat Sabu

Posted: 27 Nov 2015 01:42 AM PST

Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata presidennya, Mohamad Sabu, dalam satu temu bual khas, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, 27 November, 2015.Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata presidennya, Mohamad Sabu, dalam satu temu bual khas, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zulkifli Sulong, 27 November, 2015.
Parti Amanah Negara (Amanah) belum membuat sebarang perbincangan mengenai pilihan raya dan kedudukan calonnya, kata Mohamad Sabu. Presiden Amanah itu berkata, sebarang pengumuman mengenai kerusi yang hendak ditandingi dan calon parti itu dianggap bukan pendirian rasmi mereka.
"Kalau ada pengumuman calon mana-mana pemimpin parti, ia bukan keputusan rasmi parti lagi dan sesetengahnya boleh dianggap sebagai pengumuman nakal saja," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam wawancara khasnya bersama The Malaysian Insider, Mohamad berkata sehingga kini Amanah memberikan fokus kepada pembentukan parti di peringkat pusat, negeri, kawasan Parlimen dan cawangan serta pendaftaran ahli parti. "Kita juga menumpukan kepada kerja memperkenalkan Amanah, mencarikan pejabat dan belum lagi bincang hal pilihan raya," katanya.
Beliau mengulas beberapa berita yang timbul kononnya parti ditubuhkan 3 bulan lalu itu sudah memutuskan calonnya termasuk di Parlimen Gombak yang diwakili timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul: ‘Mengapa saya di halang ke Sabah?’

Posted: 27 Nov 2015 01:40 AM PST

nurul izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bersama peguamnya, R.Sivarasa tiba sebelum masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang menghalang dirinya dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua daripada memasuki negeri itu.
Menurutnya, selepas gambar beliau bersama Jacel Kiram tersebar, jelas ianya menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu.
"Saya minta maaf dan kesal tetapi perkara ini sudah dijelaskan program tersebut adalah terbuka yang dianjurkan Institut Demokrasi di Asia, Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan Datuk Bandar Filipina," katanya ketika ditemui media di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, R.Sivarasa kira-kira 3.35 petang tadi bagi memberi keterangan berhubung perjumpaan dengan Jacel Kiram.
Nurul Izzah berkata, bersedia memberikan kerjasama bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang tidak berasas.
"Saya akan memberikan gambar tersebut kepada polis untuk siasatan," katanya.
Beliau ketika ditanya mengapa gambar tersebut diambil, Nurul Izzah menegaskan ianya sebagai menghormati tuan rumah.
"Perkara yang sama apabila Najib Tun Razak (Perdana Menteri) bergambar dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu," katanya.
Pada 9 November lalu tersebar gambar Nurul Izzah bertemu Jacel Kiram yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel yang ada kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Menjangkau 70 tahun, Umno perlu lebih terbuka, kata naib presiden

Posted: 27 Nov 2015 01:39 AM PST

Datuk Seri Shafie Apdal berasa tidak wajar keputusan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika Perhimpunan Agung Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015. 
Datuk Seri Shafie Apdal berasa tidak wajar keputusan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika Perhimpunan Agung Umno. 
 
Meskipun menghormati keputusan ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menetapkan tiada ucapan daripada timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika perhimpunan agung parti Melayu itu berlangsung awal bulan hadapan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tindakan itu adalah tidak wajar.
Beliau yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, Umno tidak hanya dimiliki seseorang ahli sebaliknya hak 3 juta ahlinya yang bersama-sama mempertahankan perjuangan parti itu.
"Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang menjadi amalan Umno selama ini di mana ucapan timbalan presiden di dalam perasmian sayap-sayap itu ditiadakan.

"Saban tahun Mesyuarat Agung Umno yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli Umno dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara. "Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli Umno ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan," kata naib presiden Umno itu melalui laman Facebook miliknya, semalam.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu berkata, beliau juga menghormati kehendak pemimpin-pemimpin sayap yang mahukan perasmian dilakukan oleh ketua mereka, namun mempersoalkan rasional tiada penggulungan oleh timbalan presiden dan naib-naib presiden ketika penggulungan.
Read More / Baca Lagi >>

Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah

Posted: 27 Nov 2015 01:38 AM PST

Pengharaman vape perlu diiringi pengharaman penjualan - Mufti Kedah
ALOR SETAR: Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.

"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.

Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.

"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Putus dengan PAS jangan berangan nak perintah Kedah, kata perwakilan AMK

Posted: 27 Nov 2015 01:37 AM PST

Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, sekiranya PKR memutuskan hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali berkata, sekiranya PKR memutuskan hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis. 

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS. Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.
"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.
Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.
"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.
"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius.