Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dah 9 bulan ... tunggu bukti tuduhan yg tak tiba

Posted: 26 Nov 2015 10:30 PM PST


Main boleh beranak

YaPEIM: Pembocor sudah dikenali; Tiada yang digantung

Posted: 26 Nov 2015 07:30 PM PST




Macho lah ko berdua. Rafizi bakal masuk kerana BAFIA .... Akmal pun mahu juga untuk naikkan saham politiknya.

Nampaknya NOW dah bawa setan2 NGO kiti, SUARAM



Sementara itu, hairan TV Awani dan TV3 dapat info dari mana?








Hari ke 4: Tian Chua takut saman, Nurul konon nak saman

Posted: 26 Nov 2015 04:32 PM PST


Tian Chua sudah ugut mahu saman Dato Zahid. Hari ini.sudah hari ke 4, kenapa diam?


Nampaknya Nurul pun ugut nak saman.




Jika dia tidak saman, maknanya dia cuba tutup sesuatu. Apakah itu?



Mungkinkah ada hubungan antara Tian Chua dan Nurul yang sudah terlanjur hingga melahirkan seekor anak kambing?

Jangan panggil bengong.


Ini lagi bengong. Lagi bengong ugut nak saman tapi tak saman.

DUN Sabah luluskan usul ban Nurul dan Tian Chua

Posted: 26 Nov 2015 05:20 AM PST



DUN SABAH sebentar tadi lulus usul khas minta pihak berkuasa haramkan Nurul Izzah dan Tian Chua masuk ke Sabah kerana isu jumpa Jacel Kiram

Usul di DUN Sabah sebentar tadi

1. ESCOMM di pertingkatkan

2. Nurul Izzah dan Tian Chua di larang menjejakkan kaki di bumi Sabah kerana bertemu dgn Musuh Negara Jacel Kiram di Manila

3. Siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua dan diambil tindakan undang2 .

4. Mana-mana pihak yg bersekongkol dgn pengganas Kiram yg menceroboh Sabah diharamkan masuk ke Sabah

Hasil undi Belah Bagi untuk meluluskan Usul2 diatas seperti berikut:

Meyokong 47
Tidak Menyokong 0
Berkecuali 3

Keputusannya Usul di Luluskan

FB Ibnu Idrus

Nampaknya PKR defend ...



Tutup saja PKR di Sabah.

Jangan salahkan Najib bila Edra dijual ke China

Posted: 26 Nov 2015 12:30 AM PST

Kuat betul menipu puak protun. Nak jatuhkan Najib sampai dah perangai macam protun.



Dulu 1mdb beli IPP, belanja RM12 billion dan ambilalih hutang yang masih dalam buku 1mdb sebanyak RM6 bullion. Jadi jumlah nilai RM18 billion.

Taklah jual RM9 billion tapi RM9.83 bil. Hampir RM10 billion. Ambilalih hutang RM8 billion.

Campur tolak keuntungan tolak interest adalah untung sedikit atau breakeven.

Ada timbul lagi isu ...


Pentaksub memang susah. Cuba fahamkan pelaburan untuk jangkamasa panjang tapi baru setahun dua dah diberi tekanan untuk tutup.

Faham sebab utama berikut:




Baca berikut:


http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2015/11/blame-it-on-kadir-jasin-tony-pua-and.html?m=1

Bila Perwaja terjual ke China, mereka diam saja ...


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][261115] Bahrul Mazi 15 - Ust Hafizal Abu Hassan

Posted: 26 Nov 2015 02:42 AM PST



MUHYIDDIN, SEKARANG BUKAN MASANYA UNTUK MERINTIH!!

Posted: 26 Nov 2015 12:36 AM PST

 

 

shahbudin.com

 

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dijangka kembali daripada luar negara pada jam 4 petang hari ini (26 November) di KLIA. Hebahan mengenai kepulangannya telah tersebar luas sejak semalam meminta para penyokongnya beramai-ramai menyambut ketibaannya itu.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu yang memutuskan beliau tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini, sebaliknya untuk pertama kali perasmian akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Dalam kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, walaupun menerima keputusan MT itu dengan hati terbuka serta menghormatinya, tetapi Muhyiddin tetap meluahkan rasa kesal dengan merintih, "apa dosa saya sehingga diperlakukan begini?"

"Apalah dosa yang saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada seorang timbalan presiden UMNO dinafikan kepada saya tahun ini?

"Atau adakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang saya akan ungkapkan di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seorang pemimpin?" soalnya.

Walaupun dihalang, Muhyiddin dalam masa yang sama menyatakan akan terus bersuara dan tidak akan mengalah kerana tidak ada sesiapa yang dapat mendiamkan daripada menyatakan yang hak.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO yang disingkirkan daripada kerajaan hanya kerana bertanya beberapa soalan berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib, memang Muhyiddin berhak untuk terus bersuara, lebih-lebih lagi memandangkan isu tersebut masih menjadi perbualan di kalangan rakyat.

Tetapi, sekadar bercakap saja bahawa beliau akan terus bersuara dan tidak ada sesiapa mampu mendiamkannya, tentu saja tidak memadai.

Dalam suasana politik UMNO yang sedang gawat dan beliau sendiri tidak lagi dikehendaki oleh Najib, tetapi ramai di kalangan rakyat mengharapkan sesuatu perubahan dapat dilakukan dengan segera, sekadar bercakap dan memberi kenyataan media juga tidak lagi mencukupi.

Sekarang adalah masa untuk Muhyiddin bertindak, berjuang dan menyerang.  Kegagalannya hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu memang dikesali oleh sesetengah pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan ketidakseriusannya dalam perjuangan.

Kalau pun beliau berada di penjuru dunia mana sekali pun, apakah tidak boleh mengambil penerbangan balik dengan segera untuk menghadiri mesyuarat itu?

Meskipun tarikhnya diawalkan daripada 27 kepada 24 November, tetapi perubahan tarikh itu sudah pun diketahui tiga atau empat hari sebelum itu.

Tanpa apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, apakah urusan di luar negara yang penting sangat sehingga tidak boleh ditinggalkan untuk menghadiri mesyuarat MT?

Bukankah jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat MT tempohari, beliau dapat mempersoalkan secara berdepan dengan Najib berhubung tindakan tidak membenarkannya melakukan perasmian sayap-sayap itu?

Tentu tidak perlu lagi  merintih dengan menyebut, "apa dosa saya" semata-mata untuk meminta simpati. Sebagai orang lama dalam UMNO, Muhyiddin tentunya sedar bahawa perjuangan dalam politik adalah berkaitan kuasa dan sama ada "membunuh" atau "dibunuh."

Dalam politik, tidak ramai, malah mungkin tidak ada orang yang memikirkan dosa dan pahala. Semuanya hanyalah kuasa. Dosa dan pahala diri sendiri pun mereka lupa, apatah lagi untuk mengambil kira dosa dan pahala orang lain.

Untuk itu, Muhyiddin perlu berhenti merintih mengenai dosa, pahala atau mengungkit-ungkit mengenai sumbangan masa lalunya. Sejuta kali beliau menyebutnya pun belum tentu ada yang mengenangnya jika beliau masih teragak-agak untuk bertindak, hanya berani bercakap, masih selalu ke luar negara dan sesuka hati mengabaikan mesyuarat MT.

Di ketika ini, Muhyiddin juga perlu sedar sudah beratus-ratus pemimpin UMNO cawangan mulai bangun untuk menyelamatkan parti dan mendesak Najib yang dianggap sebagai liabaliti agar berundur dengan segera.

Perjuangan pemimpin akar umbi ini hendaklah disambut dan jangan dibiarkan begitu saja. Berhentilah sekadar mengeluarkan kenyataan media, tetapi jasad berada di luar negara.

Sekarang juga bukan masanya lagi untuk merintih dan memperlihatkan dirinya seolah-olah tidak berdosa dan teraniaya. Merintih dengan menyebut dosa dan sebagainya hanyalah sesuai di masjid atau surau tempatnya.

Sekarang adalah masa untuk memilih sama ada meneruskan perjuangan atau jika sayang dengan peluh dan keringat, berehat saja di rumah bersama keluarga. (SH 26/11/2015

TANDATANGAN KEVIN MORAIS PADA KERTAS PERTUDUHAN KES PM NAJIB ?

Posted: 25 Nov 2015 09:22 PM PST

BAUKSIT: PENDUDUK TUNTUT KERAJAAN BATALKAN LESEN LOMBONG

Posted: 25 Nov 2015 09:13 PM PST

ADIK KEVIN ADA ‘THUMB DRIVE’ SALINAN BUKTI KERJA ABANGNYA

Posted: 25 Nov 2015 09:06 PM PST

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Salah Faham Masyarakat Malaysia Tentang Nilai NCD Insurans dan Hak Tuntutan Yang Kita Ada

Posted: 26 Nov 2015 05:56 PM PST

Assalamualaikum.

Ramai orang bila cerita pasal eksiden dan sebagainya ke atas kemalangan kenderaan, mereka cukup takut kalau NCD (Non Claim Discount) hilang. Sehingga ramai yang takut nak buat claim.

Pertama sekali, kita kena tau, apa sebenarnya kes-kes yang membuatkan NCD dilupuskan dari perlindungan kenderaan kita. Perlu jelas dan terang, NCD hanya akan tertolak apabila berlaku sebarang tuntutan dan yang bersalah, adalah tuan punya polisi.

Ramai yang salah faham benda ni jadi ramai yang takut nak buat claim sebab takut NCD hilang, sehingga membuatkan ramai orang kita yang ambik insurans kenderaan hanya untuk renew road tax.

Senang aje benda ni, kalau kau tak salah, kau claim la banyak mana pun, NCD kau tak affected. Aku dah claim rim kereta, lepas rim aku kena curi, ramai yang nasihat aku, takkan la kau tak nak keluar RM800 untuk beli rim dan kau nak gadaikan NCD kan Tot?

Rim aku hilang, kena curi, aku dah letak dekat parking betul, aku dah buat report polis, polis dah sahihkan rim aku kena curi bila dia datang tengok tayar aku diganti dengan bata merah.....aku buat claim. NCD aku tak effect langsung. Tak perlu takut claim insurans.

Dah ada protection kenapa nak takut claim? Kita ambik protection untuk cover losses. Gunakanlah. Bukan murah kita bayar insurans tu tiap2 tahun.

Lagi satu, ramai orang tak tau yang tiap2 polisi kenderaan ada sediakan bantuan kecemasan percuma kalau kau menghadapi kesulitan. Contohnya, untuk aku, aku boleh mintak bantuan tow truck (coverage RM200) dari panel insurans dan kalau ada berlaku kerosakan pada kereta, aku boleh call dan wakil panel akan datang 24 jam sehari.

Banyak kes kita tengok, kereta rosak, tow truck datang, bawak pegi bengkel mana2, lepas tu kena ketuk. Bila barang dah bukak, quote harga mahal, mintak pasang balik, diorang caj mahal2. Ini semua scam terancang yang memang berlaku.

Tapi, kalau kita sebagai pengguna tahu apa bentuk perlindungan yang kita ada, adakah scam terancang yang banyak digunakan tu, akan  berjaya?

Tak.

Jadilah pengguna yang bijak. Baca polisi anda yang anda dapat. Ketahui hak anda sebagai pengguna perlindungan insurans kenderaan.

Lagi satu, kalau ada orang ada terlanggar anda dan anda rasa kerosakan tu berat untuk anda bayar, claim aje dari panel insurans dia. Aku pelik betul dengan perangai sesetengah orang, bila dia langgar orang, dia boleh pulak merayu "bang, takyah la claim insurans bang. Habis la NCD saya nanti."

Claim aje.

NCD hanya akan affected, kalau claim berlaku atas salah anda. Ramai orang tersilap paham kaitan NCD dengan claim.

Ejen Takaful Penyayang Anda
Irmanyadi Idris
018-3611628

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tunggu kami tawan Putrajaya, Azmin beritahu penjawat awam

Posted: 26 Nov 2015 08:36 PM PST

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau meminta penjawat awam yang memohon berpindah ke Selangor bersabar sehingga parti pembangkang menawan Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau meminta penjawat awam yang memohon berpindah ke Selangor bersabar sehingga parti pembangkang menawan Putrajaya. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat banyak permohonan penjawat awam dari Putrajaya yang mahu berpindah bekerja di negeri terkaya itu. Tanpa memberitahu berapa jumlah permohonan, timbalan presiden PKR itu berkata penjawat awam tidak perlu berbuat sedemikian, sebaliknya menunggu pembangkang menawan Putrajaya kelak.
"Kita amat bersimpati dengan penjawat awam yang terpaksa bekerja di bawah rejim Putrajaya yang korup. Rejim yang abaikan kepentingan rakyat.

"Hari ini Selangor terima banyak permohonan daripada penjawat awam di Putrajaya untuk pindah berkhidmat di Selangor. "Seperti saya nyatakan sebelum ini, tidak perlu pindah ke Selangor, biar kami pindah ke Putrajaya," kata Azmin pada ucapan timbalan presiden di Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Gombak itu berkata, keinginan pertukaran disebabkan kerajaan Selangor dilihat lebih mengiktiraf penjawat awam berbanding Barisan Nasional (BN) di Putrajaya.
"Pengalaman saya di Selangor meyakinkan saya penjawat awam setia kepada nilai dan etika profesional.
"Apabila mereka diberikan ruang, diberi peluang dan pengiktirafan, mereka akan menjalankan kerja dengan cemerlang untuk kemajuan negeri.
"Selangor beri bonus 1 bulan setengah, berbanding Putrajaya yang hanya bagi elaun khas RM500," kata Azmin .
Read More / Baca Lagi >>

Penjawat awam mahu khidmat di Selangor, bukan Putrajaya - Azmin

Posted: 26 Nov 2015 08:09 PM PST


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hari ini mendedahkan bahawa ramai kakitangan awam yang memohon pemindahan dari Putrajaya untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.
"Hari ini kerajaan Selangor terima banyak permohonan dari penjawat awam di Putrajaya untuk berpindah (dan) berkhidmat di Selangor.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tidak perlu pindah ke Selangor, biar kami pindah ke Putrajaya," kata Azmin selaku timbalan presiden PKR pada kongres pemuda dan wanita parti itu di Petaling Jaya hari ini.
Antara faktor, populariti kakitangan awam memilih Selangor, kata Azmin adalah kerana kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan mereka.
Sebagai perbandingan, beliau berkata, Putrajaya tidak mendengar pandangan kakitangan awam tetapi lebih mengutamakan penasihat asing, sebaliknya.

PKR terus kerjasama dengan PAS, iktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan

Posted: 26 Nov 2015 08:03 PM PST

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015 di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 27 November, 2015. 
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berucap pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015 di Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Beliau optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi. 

PKR akan meneruskan kerjasama dengan PAS untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Mohamed Azmin Ali. Pada Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11 2015, beliau yang juga timbalan presiden turut bersama pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"PKR menyambut kelahiran Amanah dan menerima dalam keluarga besar kita.

"PKR akan meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS dan kerjasama dengan PSM serta parti-parti politik di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat," kata Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dalam ucapan perasmian timbalan presiden. Sementara itu, pada sidang media Azmin optimis kerjasama dengan PAS akan berjaya walaupun tidak mempunyai kerjasama secara rasmi.
"Saya optimis dengan Pakatan Harapan bersama PKR, DAP, Amanah dan kita akan teruskan tahalusf siyasi dengan PAS.
"Yang penting kita mahu menjamin satu dalam satu (dalam pilihan raya). Jadi perkara ini kita boleh bincangkan secara bersama walaupun dalam 2 platform berbeza.
"Dan ini juga berlaku dalam negara maju," katanya yang menegaskan apa yang penting matlamat utama pembangkang menjatuhkan Umno dan BN.
Semasa ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu juga mengingatkan anggota parti terutamanya Wanita dan Pemuda agar terus fokus dalam mengatur strategi untuk memenangi pilihan raya akan datang.
"Semangat dalam perjuangan adalah satu faktor yang penting, tetapi harus diingat perjuangan adalah maraton.
Read More / Baca Lagi >>

Ketokohan WAWI setara kecekalan Aung San - Azmin

Posted: 26 Nov 2015 08:01 PM PST

PETALING JAYA, 27 NOV : Kecekalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memimpin KEADILAN daripada parti kecil sehingga muncul dominan dalam politik negara harus menjadi iktibar kepada anggota wanita.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, berkata ketokohan Wan Azizah adalah setara dengan kecekalan pemimpin ulung Myanmar, Aung San Suu Kyi.
"Kejayaan parti National League for Democracy di bawah Aung San menambah bukti betapa besarnya sumbangan wanita dalam pembangunan demokrasi.
"Sementara semangat dalam perjuangan adalah faktor penting, harus diingat perjuangan adalah marathon.
"Kita harus punya tenaga, kegigihan, kesabaran, disiplin bagi menyusuri liku, ombak dan onak duri serta gelombang tsunami perjuangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.
Pada masa sama, Dato' Menteri Besar Selangor itu turut menggesa pimpinan Wanita dan AMK mengatur strategi ampuh dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, langkah mendesak adalah melaksanakan program dalam kalangan anak muda supaya menghayati idealisma perjuangan parti dan menjadi penggerak di akar umbi.
"Pimpinan Wanita dan AMK mempunyai tanggungjawab besar untuk menggalas harapan dan memenuhi aspirasi rakyat.
"Tatkala pentadbiran Putrajaya bergelut dengan krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi dan kecelaruan dasar yang menghakis keyakinan pelabur dan masyarakat perniagaan, Wanita dan AMK perlu bersedia menonjolkan kepimpinan dan menggarap kekuatan, memupuk perpaduan di kalangan rakyat merentasi politik partisan untuk membawa negara keluar daripada kegelapan kepada pencerahan," katanya.

Azmin: Blok pembangkang perlu bekerjasama

Posted: 26 Nov 2015 07:59 PM PST

MB AzminPETALING JAYA, 27 NOV: KEADILAN menegaskan pendirian mereka untuk terus bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) disamping meneruskan tahaluf siyasi bersama PAS dalam menentang Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, berkata pembangkang perlu memastikan pertembungan satu lawan satu dalam PRU-14 meskipun terdapat percanggahan mutakhir ini.
"Walaupun ada perbezaan, kita mahu jamin pertembungan satu lawan satu.
"Walaupun ada dua platform berbeza, ia masih boleh dibincangkan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres KEADILAN AMK dan Wanita di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.
Selain PAS, KEADILAN juga akan meneruskan kerjasama politik bersama PSM serta parti politik di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat.
Katanya, hanya dengan muafakat utuh tanpa dibelenggu prejudis serta prasangka yang menebal, pembangkang mampu mencapai kemenangan.
Jelasnya, muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina di atas prinsip dan solidariti untuk menentang UMNO-BN seperti ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas yang bersidang pada 11 Oktober 2015 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pascal: Interpol buru suspek pembunuhan, tapi polis bebasnya

Posted: 26 Nov 2015 07:55 PM PST

Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang mati dibunuh Hussain Najadi mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa Malaysia boleh melepaskan dalang yang disyaki di sebalik pembunuhan jejam bapanya dengan alasan tidak mempunyai bukti yang cukup.
Pascal berkata, suspek itu, Lim Yuen Soo tidak akan berada senarai merah Interpol jika bukti tidak mencukupi.
"Jika anda lihat syarat-syarat untuk meletakkan seseorang di senarai merah Interpol, keperluan untuk sesiapa sahaja berada dalam senarai adalah sangat tinggi.
"Negara yang meminta Interpol mengeluarkan notis merah mesti membuktikan bahawa kertas pertuduhan sudah tersedia dan bahawa hukuman penjara minimum sekurang-kurangnya satu tahun dan perkara-perkara undang-undang lain wajib dipenuhi oleh negara pemohon," kata Pascal kepada Malaysiakini dalam temu bual dari Moscow.
Katanya, Interpol tidak memandang ringan notis merah dangan memberi contoh bagaiamana badan itu menolak permintaan polis Malaysia untuk meletakkan Editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dalam senarai berkenaan kerana ia bermotifkan politik.
Pascal berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Zainuddin Ahmad pada 2 November lalu bahawa polis berjaya mmintas Lim yang telah berada dalam senarai Interpol sejak tahun lalu tetapi kemudian memutuskan untuk membebaskannya.
Zainuddin berkata Lim dilepas selepas tahanan lapan hari kerana kekurangan bukti dan setelah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Pascal berkata hakikat bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang apa-apa perkembangan yang penting dalam kes bapanya adalah satu "penghinaan".
"Sejak pembunuhan pada tahun 2013, polis Malaysia membuat kenyataan jelas bahawa Lim Yuen Soo adalah dalang yang membayar RM20,000 kepada pembunuh itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Mana Hilang 2.6 Bintang" Bukan Perli Sesiapa - Amirudin Hizadin

Posted: 26 Nov 2015 07:52 PM PST

Obama To Raise Concerns Of Transparency & Freedom Of Expression With Najib

Posted: 26 Nov 2015 07:49 PM PST

Nurul Izzah: Bukan Saya Perompak Wang Negara, Bukan Saya Pengkhianat Malaysia

Posted: 26 Nov 2015 07:39 PM PST

Nurul Izzah: Jangan Hanya Melaksanakan Undang-Undang Kepada Orang Yang Kamu Benci

Posted: 26 Nov 2015 07:38 PM PST

Ucapan Dasar Timbalan Presiden dan Ucapan Perasmian Kongres AMK dan Wanita KEADILAN 2015

Posted: 26 Nov 2015 07:27 PM PST

KongresAlhamdulillah, sekali lagi pimpinan dan anggota Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN berhimpun dalam Kongres Nasional Tahunan yang menjadi platform untuk menggabung tenaga dan pemikiran bagi melakar halatuju parti.
Cabaran hari ini menuntut kita untuk mengatur, menyusun langkah dan strategi bagi menjana kemenangan untuk rakyat dan membina kemakmuran negara.
Ini Parti kita. Ini Kongres kita. Kita terpanggil untuk berhimpun di sini bagi membincangkan agenda perjuangan KEADILAN.
Jangan sama sekali kita membenarkan orang luar untuk menentukan masa depan parti. Saya yakin generasi muda dalam Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN mampu memenuhi aspirasi rakyat dan membawa gagasan parti dalam masyarakat untuk mengangkat martabat umat dan maruah negara.
Tatkala laungan Reformasi bergema di jalan raya di seluruh pelusuk negara pada tahun 1998, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan YB Dr. Afif Bahardin masih di bangku sekolah. Gerakan rakyat itulah yang mendorong kedua-dua anak muda ini untuk melangkah berani memimpin gerakan anak muda ke medan jihad melawan kezaliman dan kebobrokan.
Dua hari lalu, anak kecil saya, Basheer yang berusia 15 tahun dipanggil polis untuk merakamkan keterangan kerana menyertai perhimpunan aman BERSIH. Saya bersyukur dan bangga kerana walaupun usianya masih muda, Basheer berani menyatakan kebenaran di hadapan Inspektor Hasrul dan bertekad untuk bersama menentang kezaliman. Saya yakin inilah benih-benih yang telah kita semai sejak Reformasi dan bakal menjadi agen perubahan di masa hadapan.
KEADILAN juga mempunyai aset Wanita yang dipimpin oleh YB Zuraida Kamarudin dan YB Haniza Talha yang telah membawa pencerahan dalam masyarakat supaya kepentingan dan hak wanita turut dibicarakan oleh golongan lelaki senada dengan "He for She Campaign" anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Inilah sumbangan KEADILAN kepada Malaysia. KEADILAN menyediakan kepimpinan yang wibawa untuk masa depan negara. Negarawan ulung Malaysia, Almarhum Tun Ghazali Shafie berkata politik bukanlah larian pecut sebaliknya "it is a marathon."
Perjalanan politik Winston Churchill wajar menjadi inspirasi kepada anak muda yang istiqamah dalam perjuangan. Beliau memasuki parlimen ketika berusia 25 tahun dan menjadi Menteri Pertahanan Laut pada umur 36 tahun. Pada usia 48 tahun, beliau kalah dalam pilihan raya, namun, dua tahun kemudian beliau kembali ke Parlimen.
Ketika Perang Dunia Kedua, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Setelah berjaya memimpin negaranya dalam Perang Dunia, beliau meletakkan jawatan kerana partinya kalah dalam pilihan raya. Tiga tahun kemudian, partinya menang semula dan Churchill kembali menjadi Perdana Menteri sehingga beliau berumur 80 tahun.
Kita lihat pula Deng Xiaoping yang beroperasi dalam sistem politik yang sangat berlainan. Tatkala berusia 29 tahun, beliau terlibat dalam Long March yang sangat bersejarah dan memukau imaginasi anak muda zaman moden. Beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China. Perbedaan pendapat beliau dengan Mao Zedong menyebabkan beliau dilucutkan dari segala jawatan dan disingkir dari kepimpinan sebanyak tiga kali.
Beliau kembali ke tampuk kepimpinan tertinggi parti sebagai Paramount Leader ketika berumur 73 tahun dan melakukan reformasi yang mengalih dari dasar ekonomi sosialis kepada ekonomi pasaran terbuka. Deng Xiaoping menjadi bapa kepada kemunculan China sebagai ekonomi terbesar di dunia.
Kecekalan YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memimpin KEADILAN daripada sebuah parti yang kecil sehingga muncul sebagai parti yang dominan dalam politik negara harus menjadi iktibar kepada Wanita.
Ketokohan beliau setara dengan kecekalan Aung San Suu Kyi di Myanmar. Kejayaan National League for Democracy menambah bukti betapa besarnya sumbangan wanita dalam pembangunan demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie Apdal kritik UMNO kerana tiada ucapan Muhyiddin pada PAU

Posted: 26 Nov 2015 07:25 PM PST

Sudah menjadi kebiasaan kepada ahli UMNO mendengar ucapan Timbalan Presiden setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.
Shafie-ApdalPETALING JAYA : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengkritik UMNO berhubung keputusan supaya perasmian mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh ketua sayap bukannya Timbalan Presiden seperti lazimnya.
Naib Presiden UMNO itu berkata, keputusan itu yang dikatakan atas permintaan oleh ketua-ketua sayap parti adalah sesuatu yang tidak wajar.
Beliau berkata, menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli UMNO untuk mendengar ucapan, pandangan dan harapan bukan sahaja daripada Presiden parti tetapi suara dari akar umbi termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan perwakilan.
"Setiap teguran yang dibuat pasti untuk penambahbaikan dan juga asas kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. UMNO yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu.
"UMNO bukan dimiliki oleh seorang ahli, UMNO adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya.
Shafie, Ahli Parlimen Semporna turut menyindir kehendak yang dibuat oleh ketua-ketua sayap tersebut.
"Kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap yang lebih arif tentang perjuangan dan memahami perjuangan UMNO lebih daripada pemimpin yang lebih berpengalaman, saya hormati keputusan kolektif tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin bangga anak lelaki berani pertahan tindakan

Posted: 26 Nov 2015 07:24 PM PST


Azmin Ali

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini melahirkan rasa bangga terhadap keberanian anak lelakinya ketika memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Rabu.
Menurutnya, anaknya itu berani menyatakan kebenaran di hadapan pegawai polis yang mengambil keterangannya kelmarin walaupun baharu berusia 15 tahun.
"Anak saya dipanggil polis kerana hadir pada perhimpunan Bersih. Saya bangga dia berani menyatakan kebenaran di hadapan inspektor polis.
"Walaupun baru berusia 15 tahun. Inilah agen perubahan akan datang," katanya di hadapan perwakilan AMK dan Wanita PKR ketika merasmikan Kongres Nasional sayap PKR itu, di sini, hari ini.
Rabu lalu, Azmin menemani anaknya itu bersama-sama isterinya, Shamsidar Taharin dan anak perempuannya, Farah Amira, 22 hadir ke IPD Dang Wangi dengan diiringi peguamnya, Lateefa Koya.
Menurut Lateefa, remaja itu ditanya enam soalan berkaitan kehadirannya dan baju tshirt yang dipakainya pada perhimpunan itu.
Sebelum ini, anak Azmin itu diarah ke IPD Dang Wangi jam 10 pagi pada 9 November namun pihaknya meminta penangguhan bagi memberi laluan kepadanya menyelesaikan peperiksaan.
Susulan itu, polis bersetuju membenarkan remaja itu menamatkan peperiksaannya terlebih dulu sebelum merakamkan keterangannya berhubung dakwaan terhadap pembabitannya dalam perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.
Pada kunjungan sama, Shamsidar turut disoal siasat atas kehadirannya pada Bersih 4.0, namun beliau yang diiringi peguam, Mohd Radzlan Jalaludin menggunakan haknya untuk tidak menjawab sebarang soalan.

Azmin sindir ‘parti tua’ halang Timbalan Presiden rasmi sayap wanita & pemuda

Posted: 26 Nov 2015 07:23 PM PST

PETALING JAYA, 27 NOV: Mohamed Azmin Ali secara sinis menyindir UMNO yang menghalang Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memberikan ucapan perasmian sayap pemuda dan wanita pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Selaku Timbalan Presiden KEADILAN, beliau sendiri hari ini merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN berbanding UMNO yang hanya akan dirasmikan oleh Ketua Sayap bermula 8 hingga 12 Disember.
"Ada parti tua yang menghalang Timbalan Presiden merasmikan sayap wanita dan pemuda," katanya di Dewan Sivik MBPJ.
Meskipun tidak menyebut UMNO, namun berdasarkan kenyataan mutakhir ia jelas merujuk kepada UMNO.
Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya pada 24 November lalu memutuskan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno bulan Disember depan akan dirasmikan ketua sayap masing-masing dan bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden berkata, keputusan itu dicapai bagi mengekalkan 'suasana baik dan positif' perhimpunan.

Azmin: Jangan biar orang luar tentukan halatuju parti

Posted: 26 Nov 2015 07:22 PM PST

PETALING JAYA, 27 NOV: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menegaskan ahli parti perlu mempertahankan hala tuju perjuangan tanpa membenarkan ia ditentukan orang luar.
Dalam ucapan perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN beliau berkata, keyakinan dan kemampuan yang ada pada ganerasi muda dapat menjelaskan dasar perjuangan parti kepada rakyat.
"Jangan sama sekali membenarkan orang luar menetukan masa depan parti kita uang keramat ini.
"Saya yakin dengan anak muda dalam AMk dan Wanita mampu memenuhi aspirasi rakyat," katanya di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.
Selaku Dato' Menteri Besar Selangor, beliau turut gembira dengan peranan dimainkan KEADILAN yang berjaya meletakkan wakil PAS, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) di atas satu pentas hari ini.
Antara wakil parti Pakatan yang hadir adalah Dr Halimah Ali (PAS), Yeoh Bee Yin (DAP) dan Aiman Athirah Jundi (AMANAH).
"Saya gembira berjaya menggarap kekuatan semua parti DAP, AMANAH & PAS untuk duduk atas satu pentas melawan Umno-BN," katanya.

Penganalisis politik ramal kemelut Pakatan Harapan-PAS berlarutan hingga PRU14

Posted: 26 Nov 2015 07:17 PM PST

Bahasa
Pertembungan kepentingan antara Pakatan Harapan dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015.  
Pertembungan kepentingan antara Pakatan Harapan dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan.

Penganalisis politik berkata kemelut antara PAS dan Pakatan Harapan – pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu kumpulan serpihan PAS, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). "Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga PRU14," kata pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling.
"Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, Amanah dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing," katanya.

Faisol berpendapat, tidak ada perpaduan untuk mereka membuat keputusan yang menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan antara Pakatan Harapan dan PAS. Ketika ditanya sama ada pertandingan 3 penjuru pasti akan berlaku, Faisol meramalkan tentang kemungkinan itu.
Kemungkinan ini diramalkan meskipun Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku kerana Pakatan Harapan akan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).
"Kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik tidak kuat dan DAP akan bertanding di semua kerusi PAS, oleh itu PAS perlu mempertahankan kerusinya dan itu bukan mudah bagi PAS yang kini bertanding secara bersendirian," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali secara terbuka menolak desakan daripada DAP untuk menyingkirkan PAS daripada kerajaan negeri.
Justeru, Faisol ketika ditanya mengenai perkara itu menegaskan kedudukan PAS sudahpun lemah dan kelangsungan hidupnya boleh dipersoalkan pada masa ini.
Pada 17 Jun lepas, Pakatan Rakyat mengumumkan gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengannya dan DAP mengumumkan pakatan berusia 7 tahun itu berakhir. – Bernama

Pergaduhan terbuka adik-beradik Morais, Richard tuduh Charles lari cukai

Posted: 26 Nov 2015 03:36 PM PST

Kes pembunuhan bekas timbalan pendakwa raya Kevin Morais turut mendedahkan konflik yang berlaku dalam keluarganya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015. 
Kes pembunuhan bekas timbalan pendakwa raya Kevin Morais turut mendedahkan konflik yang berlaku dalam keluarganya. 

Selepas Charles Morais menggelarnya "penjahat", Datuk Richard membalas dengan mengatakan abangnya itu sebenarnya "penipu" selepas disiasat kerana mengelak cukai di Amerika Syarikat (AS), 4 tahun lalu. "Google Charles Morais dan baca segala-galanya tentang aktiviti jenayahnya di AS, dari situ rakyat Malaysia boleh nilai dia serta-merta," katanya kepada The Malaysian Insider menerusi sistem pesanan ringkas.‎
The Malaysian Insider membuat carian di Internet mengenai Charles Morais dan menurut portal berita LancasterOnline, Charles pernah menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) Kronos Hotels and Resorts, empayar perhotelan yang maju tetapi mula menunjukkan tanda kejatuhan pada 2007. Beliau kemudian diburu kerana mengelak cukai dan disaman vendor serta pemberi pinjaman kerana tidak dibayar.

Datuk Richard Morais (baju putih) menggesa pihak polis menahan abangnya, Charles kerana membuat dakwaan palsu melalui akuan berkanunnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015. 
Datuk Richard Morais (baju putih) menggesa pihak polis menahan abangnya, Charles kerana membuat dakwaan palsu melalui akuan berkanunnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2015.Charles, yang tinggal di Atlanta, Georgia menimbulkan kekecohan pada Rabu apabila beliau mengeluarkan akuan berkanun (SD) 18 muka surat di mana beliau mendakwa pembunuhan abang sulungnya, bekas timbalan pendakwa raya Kevin Morais ada kaitan dengan kertas pendakwaan yang sedang disediakan mangsa terhadap "seorang pegawai tertinggi kerajaan".
Charles berkata Kevin memberinya satu pemacu pena, yang kini disimpan di AS, mengandungi maklumat mengenai kes sedang diusahakannya dan siapa sedang disiasat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Charles supaya menyediakan bukti bersama tuduhan itu dan berkongsi maklumat dengan polis, sementara Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggelar dakwaannya itu sebagai berlebih-lebihan.
"Kita tahu siapa Charles Morais dan latar belakangnya. Kita tahu apa yang berlaku bila dia ke AS. Jadi, saya mahu mengingatkan dia supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas," kata Khalid.
Richard memberitahu The Malaysian Insider polis patut menahan Charles kerana membuat tuduhan liar menerusi SD.
"Saya juga rasa polis patut tahan dia tidak lama lagi dan menjalankan siasatan terhadap tuduhan liarnya dan dakwa dia jika didapati menipu."
Ketika mengumumkan SD pada Rabu, Charles berkata Richard "penjahat", yang sanggup buat apa saja demi wang.
Kenyataan itu dibuat selepas Richard menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga, pada hari sama Charles memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Fatwa Kedah haramkan vape

Posted: 26 Nov 2015 03:29 PM PST

ALOR SETAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan hukum menghisap rokok elektrik (vape) dan shisha stick adalah haram.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hukum berkenaan diputuskan melalui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lalu.
"Sejak kebelakangan ini, fenomena baru dalam industri rokok iaitu menghisap rokok menggunakan kaedah elektronik atau lebih dikenali sebagai vape diperkenalkan.
"Namun, rokok berkenaan dipercayai mengandungi bahan kimia tertentu antaranya nikotin, sebatian organik berwap (VOC) dan karsinogen," katanya.
vape Syeikh Muhamad Baderudin berkata, terdapat juga bahan kimia yang menghasilkan bau dan perasa buah-buahan dimasukkan ke dalam rokok elektronik berkenaan.
Menurutnya, ada produk cecair vape tertentu pula dilaporkan mengandungi dadah, polycyclic aromatic hidrokarbon dan sebatian fenolik.
Bagi shisha stick pula katanya, tabiat menghisapnya dikhuatiri sukar untuk ditegah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.
"Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, bahan tertentu seperti propilena glikol, gliserin sayuran dan perasa dalam bentuk cecair didapati terkandung dalam shisha stick.
"Sesetengah produk berkenaan didakwa mampu menyebabkan penyakit berkaitan jantung dan kanser. Justeru, menghisap vape dan shisha stick disifatkan haram kerana aktiviti tidak sihat berkenaan akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada umat Islam," katanya.
Katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah turut bersetuju mengekalkan keputusan mesyuarat 13 Januari 1996 mengenai pengharaman merokok disebabkan ia memudaratkan dan membazirkan.
"Semua pihak dilarang menghisap rokok elektrik berkenaan ataupun shisha stick," katanya.

Apa motif pendedahan terbaru kes bunuh Kevin Morais?

Posted: 26 Nov 2015 03:22 PM PST

Kes pembunuhan Timbalan Pengarah Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara mendiang Anthony Kevin Morais kini memasuki fasa baru.

kelvin2
Mohd Zaini Hardy
Setelah hampir dua bulan berita mengenai pembunuhan Kevin sepi tidak dilapor oleh media susulan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menyelesaikan kes itu, negara tiba-tiba digemparkan kembali dengan pendedahan yang dibuat oleh abang mendiang, Charles Morais apabila mengaitkan seorang personaliti politik ternama bersama isterinya di dalam kes pembunuhan adiknya itu.
Meskipun, teka-teki mengenai pembunuhan Kevin itu telah terjawab apabila polis mengesahkan bahawa kematian Kevin sebenarnya didalangi oleh seorang bekas doktor tentera bersama beberapa individu lain, namun, pendedahan terbaru daripada abang mendiang itu telah menimbulkan spekulasi baru.
Jika benar dakwaan yang dibuat oleh Charles itu, kes kematian Kevin akan terus berlarutan dan pastinya menjadi tajuk paling hangat dalam laporan berita media atas talian, cetak mahupun elektronik.
Apa pun, semua itu bergantung kepada kerjasama yang harus diberikan oleh Charles kepada pihak berkuasa kerana padanya terdapat rahsia yang boleh menjawab satu persatu kes pembunuhan adiknya itu.
Terdahulu, pendedahan yang dibuat oleh Charles kepada media pada Rabu apabila menyatakan menerusi akuan bersumpah bahawa adiknya telah dibunuh ekoran sebab melakukan siasatan membabitkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan bersama isterinya.
Perkara itu diketahui setelah Kevin menceritakan segalanya ketika mereka berbual menerusi telefon tiga bulan sebelum mendiang dibunuh.
Pendedahan Charles kepada media mengenai perkara itu telah dibidas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mahu dia bekerjasama dengan pihak polis tanpa menyembunyikan maklumat yang dimiliki.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad yang mahu supaya Charles membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan kepada individu-individu seperti yang didakwa.
Perkara itu perlu dilakukan segera bagi memudahkan pihak polis menyiasat sekaligus mendakwa individu-individu lain yang terlibat dalam pembunuhan itu sebagaimana dakwaannya.
Charles harus memberikan pemacu USB yang ada padanya kepada pihak polis untuk disiasat terlebih dahulu bagi mencari kesahihan dakwaannya itu.
Langkah itu perlu dilakukan kerana jika dia tidak berbuat demikian pendedahan yang dibuat sebelum ini akan lenyap atau mungkin akan bertambah panas lagi apabila ia sampai ke tangan pihak-pihak tertentu.
Charles perlu membuktikan perkara itu demi mencari pembelaan ke atas kematian adiknya dengan mengheret mereka yang turut sama bertanggungjawab kemuka pengadilan seperti dakwaannya itu.
Sungguhpun begitu, sesuatu yang menimbulkan persoalan dalam hal ini ialah mengapa mendiang yang merupakan seorang tahu tentang selok-belok undang boleh menyerahkan maklumat yang dimiliki kepada abangnya yang merupakan orang awam.
Read More / Baca Lagi >>

Saya hanya kesian pada UMNO – Hamidah

Posted: 26 Nov 2015 03:07 PM PST

Hamisah kesal dengan andaian bahawa dia berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti kerana ia sama sekali tidak benar.
Hamidah UMNO
PETALING JAYA: Kesal dan kesian itu sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamisah Osman terhadap parti yang menjadi tulang belakang kepada negara, parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO.
Bukan itu sahaja, beliau juga terkejut dan mempertikai andaian yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila dikatakan berada di atas pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti.
"Itu tidak benar. Di mana? Bila? (berada di pentas pembangkang). Apa maksud beliau (Tengku Adnan) bahawa saya memburuk-burukkan parti?
"Bilakah saya memburuk-burukkan parti? Saya tidak pernah memburuk-burukkan parti. Apakah Presiden itu parti, parti itu Presiden?," soalnya ketika dihubungi Free Malaysia Today (FMT) pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau turut ditanya jikalau berhasrat untuk membuat rayuan atau mengambil tindakan undang-undang berhubung pemecatan yang dibuat oleh UMNO terhadapnya itu.
"Saya akan putuskan esok," jawabnya ringkas tanpa mengulas lanjut.
Menurut laporan awal, Tengku Adnan menyifatkan langkah UMNO mengambil keputusan untuk memcat Hamidah daripada parti adalah kerana dia berada di pentas pembangkang dan cuba memburuk-burukkan parti UMNO.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi mengumumkan pemecatan Hamidah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di bangunan sementara Parlimen.

KILLED FOR THE SAME MOTIVE? DPP INVOLVED IN NAJIB'S 'CHARGE SHEET' & AMBANK FOUNDER - FAMILIES DEMAND ANSWERS

Posted: 26 Nov 2015 03:07 PM PST

by Pascal Najadi
KILLED FOR THE SAME MOTIVE? DPP INVOLVED IN NAJIB'S 'CHARGE SHEET' & AMBANK FOUNDER - FAMILIES DEMAND ANSWERS
"Recent news about Kevin Morais being reportedly summoned by IGP Khalid Abu Bakar in September 2013 because of the Najadi Assassination would make perfect sense to us." says Pascal Najadi during a phone conversation from Moscow, Russia.
"This because his brother Datuk Richard Morais was the counterpart of a meeting with my late father that was called for out of schedule on the morning of that fatal black Monday of July 29th 2013.
And according to all witnesses present during those moments the assassin Kong Swee Kwan was already waiting for my late father at the temple. Who has guided the assassin to the temple to be there before my father arrived? Serious questions need to be answered.
Why do the AG and the Police close this most prominent assassination case without pursuing the motive, Lim Yuen Soo?
How come the mastermind Lim Yuen Soo qualified for INTERPOL Red Notice and now has been put into total liberty without charges?
Links to Najadi assassination
How come the Malaysian Police previously back in fall of 2013 stated that Lim Yuen Soo was the client of the Assassin Kong Swee Kwan for RM 20'000 in cash for the Assassination?
Related Stories:
How come the AG and the Police can claim the case solved when there are now new elements around the brutal murder of Kevin Morais offering possible links to the Najadi Assassination.
As the survivors we demand a full investigation done in a proper way and according to the international standards of criminal investigation. We are lead to believe here that there is a massive government cover up and this is certainly not in the interest of Malaysia as a modern nation.
We are shocked. We condemn and protest those shortcomings that in our opinion are Grossly Negligent in the strongest terms!"


Pressoffice Najadi & Partners

Shafie: Umno bukan dimiliki seorang ahli

Posted: 26 Nov 2015 03:03 PM PST


Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli dan mengingatkan bahawa tidak lama dulu presiden parti itu pernah menyuarakan bahawa Umno perlu pembaharuan.
 "Umno adalah hak kepada lebih tiga juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya," tegasnya.
Beliau membuat peringatan itu sebagai respons kepada pengumuman mengejutkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan agung tiga sayap parti itu tidak akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti lazimnya.
"Tidak lama dulu presiden parti pernah menyuarakan dan mahukan supaya Umno perlu reform, setiap ahli parti di peringkat akar umbi perlu lakukan perubahan demi perubahan, bagi memastikan Umno ini kekal sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan dengan peredaran masa, mampu menarik minat orang muda dan sebagainya.
"Tetapi sayangnya proses pembaharuan ini tidak lengkap dan tidak berlaku di peringkat bawahan sahaja.
"Sebaliknya ia perlukan komitmen dan juga sokongan di setiap peringkat, terutama di peringkat atasan yang mempunyai kemampuan menentukan hala tuju parti keramat ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Katannya kalau itulah kehendak ketua-ketua sayap tersebut, maka beliau hormati keputusan kolektif tersebut, "tetapi sekurang-kurangnya takkanlah timbalan presiden dan naib-naib presiden tidak boleh berucap di dalam penggulungan?"
Berikut adalah kenyataan penuh Shafie:
Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar ketetapan yang telah dilakukan oleh barisan Majlis Tertinggi yang secara terang menidakkan tradisi yang telah menjadi amalan Umno selama ini di mana ucapan timbalan presiden di dalam perasmian sayap-sayap itu ditiadakan.
Saban tahun mesyuarat agung Umno yang diadakan setahun sekali ini biasanya akan menghimpunkan ahli-ahli Umno dari semua peringkat akar umbi dari seluruh pelusuk negara. Adalah menjadi kebiasaan juga bagi ahli-ahli Umno ini untuk mendengar ucapan, pandangan, dan harapan bukan hanya dari presiden parti, bahkan suara akar umbi, termasuk timbalan presiden parti, naib-naib presiden dan juga para perwakilan.
Sebagai parti terbesar negara, kita tidak mahukan hanya ahli Umno sahaja yang terkesan dengan segala inisiatif dan juga agenda yang bakal dilakukan, sebaliknya kita juga mahu supaya apa yang dilontarkan boleh didengari tidak hanya oleh ahli Umno bahkan kita juga mahu jutaan rakyat Malaysia yang berada di luar dewan mendengar dan seterusnya menyokong kita.
Saya masih ingat semasa pertama kali saya mengikut ayahanda saya Tun Sakaran ke perhimpunan agung Umno pada tahun 1970-an di Hotel Hilton, tempat persidangan pada ketika itu bukan sahaja dipenuhi dengan asap rokok, malahan halwa telinga kita disajikan dengan ucapan-ucapan yang bernas, walaupun ada juga teguran-teguran lantang yang dibuat, tetapi saya dapat lihat setiap ahli Umno yang hadir termasuk barisan pemimpin tertinggi parti menerima setiap bait ucapan dan teguran itu dengan berlapang dada.
Setiap teguran yang dibuat pasti ianya untuk penambahbaikan dan juga asas kepada kekuatan parti terbesar negara ketika ini. Umno yang menjangkau usia 70 tahun sepatutnya lebih terbuka dan tidak hanya inklusif untuk kepentingan individu-individu tertentu. Umno bukan dimiliki oleh seorang ahli, Umno adalah hak kepada lebih 3 juta ahli yang telah bersama-sama mempertahankan parti keramat sejak sekian lamanya.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA dakwa MARA tidak punya dana

Posted: 26 Nov 2015 02:51 PM PST

Ceramah Pakatan Harapan - Sempena Perasmian Pejabat Amanah Jerai

Posted: 26 Nov 2015 02:50 PM PST

Kertas siasatan 7 individu diserah JK disiplin Umno

Posted: 26 Nov 2015 06:05 AM PST


Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan ke atas tujuh individu dalam Umno telah selesai dan akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas siasatan itu akan diserahkan dalam masa terdekat kepada jawatankuasa berkenaan.
"Sekarang ini kita tunggu Lembaga Disiplin untuk lihat kertas itu dan ia akan ambil masa sedikit.
"Keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini hari ini.
Ditanya identiti tujuh individu tersebut, Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkannya, tetapi mengakui beberapa anggota MT parti tersenarai di dalam kertas siasatan itu.
Beliau berkata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat baru-baru ini tidak tergolong dalam tujuh individu yang disiasat itu. - Bernama