Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG PECAT SAYA KERANA SAYA BANTAH PREMIS JUDI

Posted: 25 Nov 2015 08:48 AM PST


Selepas lebih setahun 'mendiamkan diri' bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Iszuree Ibrahim yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada tahun lalu, akhirnya mendedahkan punca sebenar beliau disingkir daripada jawatan itu.
Iszuree yang juga Setiausaha Badan perhubungan PAS negeri mendakwa, ketika masih memegang jawatan itu beliau sering mempersoalkan tentang kelulusan mendadak yang mahu diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap permohonan premis judi.
Akibat tindakan itu, dakwanya, beliau mula tidak disenangi wakil DAP di dalam majlis itu, manakala wakil PKR lebih banyak berdiam diri.
"Di kawasan Jalan Penang, ketika mula memegang jawatan hanya terdapat sekitar 20 premis hiburan seperti pub, rumah urut dan kedai judi.
"Tetapi jumlah itu meningkat secara mendadak kepada 120 permohonan dan perkara inilah yang sering saya persoalkan," dakwanya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli PAS di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Iszuree mendakwa beliau telah memanjangkan perkara itu kepada Datuk Bandar, Datuk Patahiyah Ismail, namun tidak mendapat maklum balas.
Malah dakwanya, beliau juga difahamkan ketika itu kelulusan rumah urut dan premis judi diserahkan kepada pegawai bukan beragama Islam.
"Dalam mesyuarat ahli majlis pula, hanya dua wakil PAS, manakala selebihnya daripada DAP dan PKR. Bayangkan betapa sukarnya saya untuk mempersoalkan perkara ini.
"Tentangan saya tidak disenangi pemimpin DAP kerana mereka mendapat sumbangan dana daripada pemilik kedai judi. Saya dilihat menggangu pemilik-pemilik premis judi,"katanya.
Iszuree yang dipecat Kerajaan DAP Pulau Pinang pada September tahun lalu mendakwa, beliau telah menggunakan pelbagai saluran untuk membangkitkan isu berkenaan, namun tidak berjaya.
"Kemuncaknya apabila saya mendapat aduan daripada ibu bapa pelbagai kaum di Bukit Jambul yang mengatakan anak mereka yang masih bersekolah terlibat dengan permainan judi di situ dan bagi saya masalah ini semakin serius dan tindakan segera perlu dilakukan,"katanya.
Iszuree mendakwa, beliau mengambil peluang menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng tahun lalu yang ketika itu mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, ketika itu riak wajah kurang senang Guan Eng jelas dapat dilihat dan ucapan beliau ketika di Muktamar PAS di Batu Pahat kononnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri hanyalah alasan untuk menghukumnya.
"Kelantangan saya mempertikaikan permohonan premis judi menyebabkan wujud gerakan untuk memecat saya,"katanya – Utusan Malaysia, 24 Nov.
is2
iszuree

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pembangkang 'terkejut berok' 1MDB jual Edra Energy?

Posted: 25 Nov 2015 06:57 AM PST


1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mereka-mereka ini nak apa sebenarnya?

4. Pelaburan dari China ini pastinya akan meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

5. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion. Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Jangan ragu dan jangan bimbang, walaupun dengan penjualan kesemua aset di atas untuk mengurangkan hutang, 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nipa Maidin pulak FITNAH hapus subsidi elektrik???

Posted: 25 Nov 2015 09:24 PM PST


Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin melalui 'posting' laman Facebook Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa subsidi elektrik tahun 2015 sebanyak RM150juta akan dipotong kesemuanya dalam bajet 2016 (???) dan ini bermakna dalam tahun 2016 rakyat tidak lagi menikmati subsidi elektrik lantas tarif elektrik akan naik.

Penjelasan:

Ini adalah antara tuduhan-tuduhan rambang yang sering dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang. Ia menunjukkan kebanyakkan dari mereka tidak meneliti initipati Bajet yang dibentangkan oleh Menteri dengan sempurna.

Sebenarnya dalam Bajet 2016, Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM124 juta bagi tujuan subsidi bil elektrik. Cuma dalam Bajet 2016, peruntukkan subsidi bil elektrik dirangkumkan dibawah tajuk 'Subsidi dan Bantuan Tunai' yang keseluruhannya berjumlah RM10.63billion.

Ini adalah antara satu langkah kawalan dan inisiatif rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam 2016.

Kesimpulannya disini, Kerajaan akan kekal memberi subsidi elektrik dibawah peruntukkan 'Subsidi dan Bantuan Tunai' dalam Bajet 2016. Oleh yang demikian, dakwaan tentang tiada subsidi elektrik dalam tahun 2016 yang mengakibatkan tarif elektrik naik adalah satu tuduhan pembangkang yang berniat untuk mencemar nama baik parti yang memerintah.

FB Lepe Bakr

7 hari saja Abang Jamil dah saman, Tian Chua dah 3 hari ugut saman

Posted: 25 Nov 2015 07:21 PM PST


Marah ke Zahid kata kamu dalang ...?


Kalau bukan dalang, apa berikut?






Usah nak auta, Izzah sila jawab pada polis dan Parlimen

Posted: 25 Nov 2015 04:45 PM PST


Lebih 90 laporan polis dibuat - Izzah dirujuk ke JK Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu bersenjata yang menceroboh Sabah pada 2013.

Perkara ini dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk membentangkan usul di bawah Perintah Tetap 27(3) dan 80 untuk merujuk naib presiden PKR itu kepada jawatankuasa berkenaan.

Keputusan itu akan memberi peluang kepada Nurul Izzah untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu bersenjata, yang menceroboh Lahad Datu, katanya.

Azalina berkata, gambar Nurul Izzah bersama seorang anggota keluarga diraja Sulu terkenal itu yang bertanggungjawab dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu merupakan "isyarat yang nyata terhadap ketidaksetiaan kepada negara".

Beliau berkata teras kepada perkara ini adalah Nurul Izzah gagal menjawab dengan jelas persoalan yang dibangkitkan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram.

"Berikutan wujudnya tingkah laku kurang baik oleh Ahli Parlimen tertentu, kod perilaku atau lebih tepat lagi, kod etika perilaku, perlu menjadi keutamaan memandangkan ia bertujuan mengawal selia ahli parlimen kita, terutamanya dalam mengadakan pertemuan dengan kumpulan dari luar negara," kata Azalina.

Beliau berkata, meskipun Nurul Izzah cuba memohon maaf, sebagai ahli parlimen, perilaku beliau itu tidak boleh diterima.

Ini, katanya, bertentangan dengan sumpah yang diikrarkan beliau yang berjanji untuk melindungi negara dan mendukung Perlembagaan, oleh itu bermaksud beliau menyedari sepenuhnya tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam perkara berkaitan kedaulatan negara.

"Tidak akan ada kompromi di sini ataupun tolak ansur terhadap apa jua percubaan oleh mana-mana ahli parlimen untuk melanggari sumpah mereka kepada dewan yang mulia ini," katanya.

Jacel memuat naik empat gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah pada 9 November, dalam akaun Facebook beliau. - Bernama

----------


NURUL IZZAH ELAK UNTUK DISIASAT BAWAH SOSMA

Nurul Izzah Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Ke­seksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) ekoran pertemuannya dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini.

PDRM dikatakan telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah untuk memanggil beliau bagi merakam percakapan

Tapi Nurul Izzah pula buat hal kerana kononnya dia sibuk dengan tugas-tugas harian dia sehingga PDRM gagal untuk merakam percakapan untuk meneruskan siasatan tersebut

Kalau Nurul Izzah benar2 rasa tak bersalah berilah kerjasama, lagi cepat beri keterangan lagi cepat kebenaran akan terjawab.


Adakah ini salah satu SANDIWARA dari anak Anwar Ibrahim?? kita tgguuuu....

p/s : berani kerana benar takut kerana nurul izzah benar2 ada muslihat dan perancangan jahat dengan Jacel Kiram dan pengganas Selatan Filipina

FB Pendekar Tanah

-------------

Nurul dituntut minta maaf:


Tapi dia berhelah ...





Hakikatnya ...


Nurul akui hak Jacel untuk tuntut Sabah.

Jangan ugut saja .. samanlah Zahid, Tian Chua!!!

Posted: 25 Nov 2015 06:30 AM PST



Kononnya Tian Chua ugut mahu saman Dato Zahid Hamidi di atas kenyataan2 berikut:

BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Jangan nafi, jawab dengan polis kata Zahid kepada Tian Chua -

https://www.bnbbc.my/jangan-nafi-jawab-kepada-polis-kata-zahid-kepada-tian-chua/

----------

Nasional - Utusan Online

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-dalang-pertemuan-nurul-izzah-jacel-kiram-zahid-1.161542

----------

Tian Chua jangan jawab menerusi media - Ahmad Zahid

23 November 2015 6:46 PM

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua supaya memberi penjelasan dan keterangan kepada polis dan mahkamah berhubung dakwaan menjadi dalang mengatur pertemuan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Tian Chua tidak perlu menafikan pembabitannya dalam pertemuan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, melalui media.

"Saya menasihatkan beliau tidak perlu menafikan melalui media, sila jawab kepada polis apabila kenyataan diminta daripada beliau dan sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau beliau tidak terlibat," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada sidang media itu, Zahid turut mempertahankan kenyataan yang dibuat tengah hari tadi dan tidak akan menarik balik kenyataan itu.

"Beliau jawablah kerana hanya beliau sahaja yang tahu penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan juga pertemuan YB Lembah Pantai (Nurul Izzah) di Manila atas penganjuran beliau.

"YB Tian Chua telah menafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan mengatur pertemuan dengan Jacel. Sekali lagi saya sebutkan beliau jangan menafikan melalui media. Jawab kepada polis dan menafikan di mahkamah," katanya.

Terdahulu, pada satu majlis hari ini, Ahmad Zahid mendedahkan bahawa Tian Chua bertanggungjawab dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.

"Anggota Parlimen Batu Tian Chua (adalah) orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil sebagai Kesultanan Sulu yang kononnya mahu menuntut semula wilayah kesultanan itu hingga ke Sabah.

"Jadi, saya harap Tian Chua berhati-hati dalam perbuatannya. Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini.

Tian Chua menafikan dakwaan itu, dan menegaskan beliau dan Nurul Izzah berada di Filipina atas undangan pelbagai pihak termasuk parti politik negara itu. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-jangan-jawab-menerusi-media-ahmad-zahid-1.161589#sthash.uULTwyZq.dpuf

----------------


SAMANLAH!!!


Rahman Dahlan pun nak saman portal

Posted: 25 Nov 2015 03:47 AM PST


Kenyataan Media
Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
November 25, 2015

1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua) portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya di atas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk "trade off" atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan "balik kampung" yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep "reverse migration" dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbicangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekanan seperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, MalaysiaKini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang menanyakan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang "reverse migration" tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya. Kenyataan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. MalaysiaKini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari MalaysiaKini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh MalaysiaKini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa, media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya.

25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap MalaysiaKini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap MalaysiaKini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

-Ends-

Sakmongkol disaman tuduh menantu Najib sebagai Jho Loh baru

Posted: 25 Nov 2015 12:27 AM PST







ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hanya Di Selangor, Mangsa Banjir Jadi Begini

Posted: 25 Nov 2015 01:12 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TPPA, dia lebih dengar Amerika dari rakyat

Posted: 25 Nov 2015 04:06 PM PST

Oleh Subky Latif
APA yang boleh didedah tentang rangka perjanjian TPPA sudah pun didedahkan ke - pada umum untuk diteliti dan dipertikai.Yang didedah itu adalah yang boleh didedah dan tidak boleh didedah, tentunya ada, tidak didedahkan.
Kerajaan akan turun padang, dipercayai bukan untuk meneliti apaapa kelemahan yang disuara dan dibangkitkan oleh rakyat, tetapi untuk membela dan mempertahan rangka yang sudah pun diperkenannya.

Rangka itu pastinya akan dibentangkan di Parlimen awal tahun depan, juga bukan untuk mengkaji dan menelitinya, tetapi untuk menerimanya. Sudah boleh diandaikan semua semakan yang orang ramai buat sebelum ia dibentangkan di Parlimen dan apa jua dibincangkan di Parlimen akan jadi perkara yang tidak berguna, kerana Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak lebih suka mendengar apa yang Amerika kata dari mendengar apa yang rakyat kata.
Pembangkang baik ia pun berpecah – PAS berpecah dan Pakatan Rakyat pun berpecah – ia masih sekata, TPP adalah ancaman kemerdekaan kepada negara terutama dasar perlindungan Bumiputera.
NGO rata-rata mencurigai muafakat dagang dan ekonomi rentas Pasifik itu.
Penentang gagasan itu jangan lupa adalah mewakili 52 peratus undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dulu. Sekalipun undi popular tidak boleh dijadikan penentu bagi kerajaan bertindak, tetapi ia perlu dihormati betapa tidak setankan gambaran dan kemahuan umum demokrasi antara PRU13 dan PRU14.
Apa jua yang kerajaan sekarang buat dalam tempoh itu adalah keputusan minoriti. Bisa kerajaan BN mungkin ada semula jika dalam PRU 14 nanti ia meraih undi popular semula. Tetapi bagi penggal Parlimen ke-13 ini ia mewakili kerajaan minoriti.
Saya tidak menurunkan perincian keburukan TPP itu. Jurubicaranya sudah pun menurunkan satu demi satu keburukan melalui semua media. Saya cuma suka mengingatkan tentang pandangan pakar ekonomi UUM betapa jangan percaya sangat apa yang dijanjikan oleh Amerika yang menguasai TPP itu.
Biasanya orang-orang universiti kita, sekalipun mahukan kebebasan tetapi suasana banyak menjadikan mereka jadi jurucakap tidak rasmi kepada rejim BN. Tetapi profesor yang dihormati itu sudah menyatakan janji sedap TPP itu adalah harap ada percaya tidak.
Elok TPP yang dikatakan itu adalah seperti elok arak dan dadah.
Read More / Baca Lagi >>

Penasihat-penasihat Najib adalah ‘menteri pintu belakang’ yang tidak perlu

Posted: 25 Nov 2015 04:03 PM PST


najib razak


JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.
Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.
Kabinet Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013.
Menurut jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:
"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan.
"Selain itu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:
  • Datuk Seri Dr  Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;
  • Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;
  • Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;
  • Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;
  • Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;
  • Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;
  • Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita; dan
  • Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri
Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15, gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ialah:
  • Perdana Menteri                              RM22,826.65
  • Timbalan Perdana Menteri               RM18,168.15
  • Menteri                                           RM14,907.20
  • Timbalan Menteri                            RM 10,847.65
Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~
  • Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur (Samy Vellu): RM 27,227.20
  • Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang): RM 22,500.00
  • Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (Sharizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO): RM 27,227.20
  • Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (Rais Yatim): RM 27,227.20
  • Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (Jawatan ini tidak disenaraikan oleh Azalina dan saya difahamkan dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar): RM 27,227.20
  • Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri: RM 14,907.20
Read More / Baca Lagi >>

Kevin Morais didakwa bocor deraf pendakwaan kepada Sarawak Report

Posted: 25 Nov 2015 03:38 PM PST

Charles Morais membuat dakwaan itu menerusi akuan bersumpah dan disertakan hujah-hujah untuk menyokongnya.

kelvin
KUALA LUMPUR: Mendiang Anthony Kevin Morais didakwa membocorkan deraf pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengasas dan Editor, Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Dakwaan itu dibuat adik Kevin, Charles menerusi akuan bersumpah (SD).
Charles mendakwa dia kenal tandatangan ringkas adiknya iaitu AK (Anthony Kevin) apabila melihat deraf pendakwaan itu disiarkan oleh Sarawak Report pada 30 Julai lalu.
"Saya dapati deraf pendakwaan itu dipinda (kerana kesalahan tatabahasa). Selepas mengkajinya, saya dapati orang yang memindanya ialah Kevin.
"Saya sudah biasa dengan tandatangan Kevin," katanya.
Charles mendakwa dia percaya abangnya terlibat dalam siasatan rasuah RM27 juta melibatkan pemimpin negara.
Charles berkata, dia menghubungi Clare dan Editor Sarawak Report itu memberitahu deraf pendakwaan itu dihantar kepadanya menggunakan email tidak bernama.
Katanya, Clare memberikan alamat emel yang digunakan penghantar deraf itu iaitu jibby@annoymousspeech.com tetapi emel itu telahpun disekat.
Charles berkata, dia yakin Kevin yang memberikan draf itu berdasarkan faktor;
1. Penggunaan nama Jibby pada alamat emel iaitu nama pengasuh mereka
2. Maklumat lanjut emel merujuk kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
3. Kevin bertugas di bawah Gani ketika itu dan mempunyai akses maklumat
4. Kevin memberitahunya dia sedang menyiapkan tugas yang melibatkan Perdana Menteri
Selain itu, dakwa Charles, dia mendapati ada beberapa perkataan yang biasa digunakan Kevin turut digunakan dalam komunikasi Clare dengan pengirim deraf itu iaitu "No shit Sherlock" dan "Blardy'.
Pada 28 September lalu, seorang doktor tentera dan enam yang lain didakwa kerana membunuh Kevin.

Siasat menteri terlibat rasuah kuota beras

Posted: 25 Nov 2015 03:36 PM PST

KUALA LUMPUR 25 nOVEMBER- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat amalan rasuah dalam program subsidi beras hancur ST15%, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.
Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara kelmarin mendedahkan butiran mengejutkan mengenai salahguna kuasa dalam program berkenaan sejak ia mula dilaksanakan April 2009.
Katanya, laporan itu juga mengakui kewujudan "kuota khas" di mana pemborong beras ST15 dipilih oleh menteri tanpa melalui proses pemilihan.
"Untuk satu jangka masa yang lama, program subsidi beras kerajaan ini telah dibelenggu dengan tuduhan bahawa pemborong beras perlu membayar rasuah kepada pegawai kanan kementerian dan ahli politik untuk dipilih membekalkan beras hancur ST15% di negara ini," ujarnya pada kenyataan media.
Menurut Gooi, rasuah sebanyak RM359 dibayar bagi setiap tan metrik kepada pegawai kerajaan yang korup, di mana setiap 10,000 tan metrik bersamaan RM42 juta setahun.
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, katanya, sebanyak 128,600 metrik tan beras ST15 diberi kepada pemborong di bawah "kuota khas" senarai Menteri, antara Januari 2012 hingga Februari 2013, dan Julai 2013 hingga April 2014.
Bagaimanapun, disebabkan kekurangan rekod, identiti pemborong yang dilantik di bawah senarai kuota khas Menteri antara bulan Mei hingga Disember 2014 tidak dapat dikenalpasti.
"Penemuan Ketua Audit Negara mengenai kuota khas Menteri adalah bukti penyalahgunaan kuasa serius dan salah-laku di peringkat tertinggi, yang berbau amalan rasuah dan perlu ditangani dengan segera.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2015: ‘Tak perlu kembali ke zaman batu cuba sekat liputan media’

Posted: 25 Nov 2015 03:33 PM PST

MOKH8479
Ahirudin berkata, sekatan itu bukan sahaja akan menyekat akses media kepada Umno, tetapi akses parti itu untuk penerbitan dan penyiaran, serta akses kepada penonton yang lebih ramai.

KUALA LUMPUR, 26 November:

Wartawan terkenal dan berpengalaman menggesa Umno membenarkan media membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, bulan depan.
Ini kerana, kata bekas Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib, Umno sentiasa bersikap terbuka untuk media membuat liputan ketika perhimpunan agung berlangsung.
Jelasnya, cadangan mengehadkan liputan media pada PAU 2015 tidak wajar, kerana Umno mungkin adalah parti politik paling terbuka di negara ini.
"Untuk menghentikan atau mengehadkan akses media di perhimpunan itu bukan cara terbaik.
"Saya tidak akan menyifatkannya sebagai tidak munasabah, tetapi ia hampir kepada itu. Adakah Umno takut putar belit media? Media mana? Berita apa yang dilihat sebagai berita diputarbelitkan?
"Malah, askar-askar siber Umno atau juara-juara siber hairan dengan keputusan yang tidak pernah dibuat sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan sebagai berkata, parti itu memutuskan, PAU pada bulan depan akan diadakan secara tertutup tanpa liputan media, termasuk media arus perdana, bagi mengelakkan berlakunya manipulasi berita.
Sebaliknya, kata Tengku Adnan, dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media, untuk memaklumkan perkara yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.
Tengku Adnan kemudiannya menafikan pernah mengatakan media tidak dibenarkan membuat liputan pada PAU 2015.
Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat.
Read More / Baca Lagi >>

PAU 2015: Pelik sebab tak pernah jadi begini – penganalisis

Posted: 25 Nov 2015 03:32 PM PST

MOKH9441
Kemungkinan Umno mengehadkan liputan media mempunyai hubung kait dengan isu-isu yang timbul dalam Umno, di mana ianya dijangka dibangkitkan dalam PAU 2015.

KUALA LUMPUR, 25 November:

Menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada awal bulan depan yang dilihat bakal membawa suasana baru bagi ahli-ahli Umno serta pengamal media.
Ia susulan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, berhubung kemungkinan liputan media dihadkan ketika PAU 2015.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, kemungkinan Umno mengehadkan liputan media mempunyai hubung kait dengan isu-isu yang timbul dalam Umno, di mana ianya dijangka dibangkitkan dalam PAU 2015.
Jelasnya, ia mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, kerana perwakilan mungkin membuat kritikan terbuka terhadap pucuk pimpinan parti.
"Saya sebenarnya rasa pelik dengan perkara (hadkan media) ini, sebab sebelum ini tak pernah jadi begini, semua terbuka untuk dilaporkan.
"Saya rasa mereka jangkakan akan ada usul-usul sensitif yang akan dibangkitkan, termasuk mengkritik kepimpinan, yang mana ianya boleh menjejaskan imej Umno, jika dilaporkan dalam media.
"Sebab itu mereka putuskan untuk hadkan media dalam perhimpunan kali ini. Sebab kalau ekstrem, kita boleh jangkakan adanya kritikan terbuka kepada kepimpinan dan juga saya jangka ada perwakilan yang selitkan isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dan juga Datuk Seri Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) daripada Kabinet, Julai lalu," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.
Petang tadi, Tengku Adnan menafikan pernah menyatakan media tidak dibenarkan membuat liputan pada PAU 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Adik dakwa kematian Kevin Morais ada kaitan siasatan pemimpin tertinggi

Posted: 25 Nov 2015 06:58 AM PST

Dia mendakwa mendiang Kevin memberitahu perkara itu ketika berbual menerusi telefon dalam bahasa Malayalam kerana takut perbualan mereka dirakam
kelvin
KUALA LUMPUR – Kematian mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan siasatan rasuah melibatkan pemimpin tinggi dan isterinya.
Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.
"Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah 'lelaki dahsyat' dan isterinya adalah lebih dahsyat ," katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.
"Kevin takut perbualan kami 'dirakam', oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami," katanya.
Charles berkata, dia juga 'sangat tidak puas hati' dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.
"Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut," katanya.
Oleh itu, dia memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes itu akan ditetapkan pada 4 Disember depan.
Pada 28 September lalu, seorang anggota tentera dan enam lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh Kevin.
"Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
"(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia 'tahu terlalu banyak' mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.

Where is the body now?

Posted: 25 Nov 2015 06:41 AM PST

Too many questions remain unanswered

Posted: 25 Nov 2015 06:40 AM PST

Charles: Why the statutory declaration

Posted: 25 Nov 2015 06:40 AM PST

"There is an ulterior motive", says Charles

Posted: 25 Nov 2015 06:39 AM PST

Who killed my brother?

Posted: 25 Nov 2015 06:39 AM PST

Ketua UMNO cawangan nafi tuduhan Ku Nan, anggap fitnah

Posted: 25 Nov 2015 06:36 AM PST

Walaupun tidak puas hati dengan Presiden parti, ketua-ketua UMNO cawangan tidak sanggup membuat kecoh pada PAU.
Rushdan-Mohamed_Tengku-Adnan_umno_600
KUALA LUMPUR: Dakwaan ketua-ketua UMNO cawangan akan membuat rusuhan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 8 hingga 12 Disember adalah fitnah dan pembohongan besar.
Ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa terdapat 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU nanti.
"Dakwaan Ku Nan (Tengku Adnan) bahawa ketua-ketua cawangan akan buat kecoh di PAU itu fitnah yang amat jahat dari Ku Nan.
"Apa motif dan faedahnya kita nak buat kacau, tak perlu.. sebab yang hadir itu semua kawan-kawan kami semua.
"Kenapa kita nak buat sesuatu, yang boleh memudaratkan.. Tidak ada faedah kami nak buat kecoh kat sana," katanya kepada FMT.
Memetik laporan Sinar Harian, Ku Nan berkata 100 ketua cawangan diupah untuk mengganggu PAU untuk mendesak Presiden berundur.
Ku Nan berkata mereka dibayar dengan duit dan diupah untu membuat kecoh di PAU.
Mengulas lanjut, Rushdan berkata ketua-ketua cawangan tentunya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan parti mereka sendiri.
Katanya, mereka hanya ingin mendesak supaya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
"Kami ketua-ketua cawangan tidak akan melakukan perbuatan seperti itu (buat rusuhan di PAU)… tak wajar.
Read More / Baca Lagi >>

Polis buang masa siasat anak Azmin

Posted: 25 Nov 2015 06:32 AM PST

Polis buang masa siasat anak Azmin
Lateefa ketika ditemui pemberita selepas keluar dari IPD Dang Wangi bersama Azmin dan ISteri serta dua anaknya.
KUALA LUMPUR - Polis didakwa hanya membuang masa menyiasat anak lelaki Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 4.0.
Peguamnya, Lateefa Koya berkata, banyak lagi kes jenayah yang lebih penting untuk polis menjalankan siasatan.
"Tetapi mereka (polis) membuang masa mendapatkan notis, waran tangkap dari
majistreet hanya untuk menyiasat seorang budak yang tidak bersalah dan ibu bapanya dalam rangka supaya mereka boleh terus ganggu pemimpin pembangkang atau aktivis kerana mempertikaikan kerajaan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau menemui pemberita bersama anak  guamnya selepas selesai memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi (IPD), Kuala Lumpur.
Menurut Lateefa, anak lelaki Azmin itu hanya ditanya lima soalan mengenai penglibatannya dalam himpunan Bersih.
"Soalannya tidak banyak dan saya tidak melihat kepada apa-apa jenayah atau sebagainya.
"Tapi untuk anak guam saya hanya lima soalan yang merujuk kepada sama ada beliau berada di perhimpunan, siapa yang bawa dia ke perhimpunan, kenapa pakai t-shirt Bersih dan sebagainya," katanya.
Beliau turut mendakwa remaja itu mempunyai hak untuk berhimpun susulan keputusan kerajaan menerimapakai Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang turut menggariskan hak untuk berhimpun.
"Dia mempunyai segala hak untuk berhimpun dalam perhimpunan aman kerana kita telah menerima CRC.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin cabar Umno berhadapan, jangan ugut keluarga

Posted: 25 Nov 2015 06:31 AM PST

MB AzminKUALA LUMPUR, 25 NOV: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencabar Umno supaya berhadapan dengan beliau tanpa menekan keluarganya hingga memaksa memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Dengan wajah tenang, Azmin tiba di perkarangan IPD Dang Wangi pada jam 3.00 petang bersama isteri, Shamsidar Taharin dan anaknya, Mohd Basheer yang perlu memberikan keterangan ekoran kehadiran mereka dalam Perhimpunan Bersih 4, pada Ogos lalu.
"Umno jangan ganggu keluarga khususnya anak saya. Mereka harus berdepan dengan saya dan jangan cuba mengugut dengan menekan isteri atau anak saya.
"Saya cabar Umno mari berdepan dengan saya dan kita boleh menangani masalah ini dengan baik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kongsi rahsia TPP yang mati dibunuh dengan polis, kata IGP

Posted: 25 Nov 2015 06:29 AM PST


Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta adik mendiang Kevin Anthony Morais memberikan butir-butir yang terkandung dalam pen drive berhubung siasatan timbalan pendakwa raya itu sebelum pembunuhannya.
"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.
"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, enggan mendedahkan maklumat adalah juga satu perbuatan jenayah.
"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.
Ketika ditanya sama ada polis akan merakam kenyataan daripada Charles Suresh Morais berikutan pendedahannya dalam akuan sumpah berkanun (SD), Khalid menjawab: "Ya, nampaknya, kita perlu panggil dia."
Dalam SD itu, Charles mendakwa pen drive itu dihantar kepadanya sebelum abangnya dibunuh.
"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.
Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar, di pejabat peguamnya di Kuala Lumpur Charles ditanya mengapa beliau tidak menyerahkan pen drive itu sebagai bukti kepada pihak polis untuk menyiasat pembunuhan Kevin.
Read More / Baca Lagi >>

Perlu bedah siasat kedua Kevin Morais, elak kes dibuang, kata abang

Posted: 25 Nov 2015 06:28 AM PST

Charles Morais, abang mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.Charles Morais, abang mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas, pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 November, 2015.Abang kepada mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas adiknya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas.
Charles Morais berkata punca kematian yang dinyatakan kemungkinan disebabkan lemas, dan ini akan membuatkan mereka yang didakwa dalam kes pembunuhan Kevin dibebaskan.
"Punca kematian ringkas (one liner), kemungkinan lemas. Tiada sebarang bekas pada badan.

"Saya ingin ketawa. Pertuduhan itu akan dibuang," katanya pada sidang akhbar di pejabat peguamnya Americk Sidhu. Enam lelaki didakwa berhubung pembunuhan Kevin, manakala ahli patologi Dr R Kunasegaran didakwa bersubahat.
Mayat Kevin ditemui dalam tong dram berisi konkrit itu dalam parit di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikannya pada 4 September.
Charles berkata apa yang membimbangkan ialah penemuan kabur pada laporan bedah siasat pertama, menjadi alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah pada Isnin untuk prosedur kedua.
Bagaimanapun, tanpa diketahui Charles, adiknya Datuk Richard Morais, pada hari sama menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga.
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Disember untuk pengurusan kes permohonan Charles bagi menjalankan bedah siasat kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin Ali cabar UMNO bersemuka

Posted: 25 Nov 2015 04:52 AM PST

Isteri Azmin dan anaknya berumur 15 tahun disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 4.0.
azmin-aliKUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mencabar UMNO bersemuka denganya dan jangan menjadikan keluarganya sebagai sasaran untuk menyiasat Perhimpunan Bersih 4.0.
"Saya minta UMNO jangan ganggu keluarga dan anak saya. Mereka patut bersemuka dengan saya bukan gunakan anak saya. Saya cabar UMNO berdepan dengan saya secara terus," katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Azmin tiba bersama isterinya bagi menemani anak mereka berumur 15 tahun yang dipanggil polis untuk memberi keterangan kerana hadir di Perhimpunan Bersih 4.0.
Mereka ditemani Peguan Latheefa Koya dan Radzlan Jalalluddin dari PKR.
Azmin berkata, perbuatan mengganggu keluarganya itu menunjukkan UMNO berada dalam situasi terdesak.
"Lebih 500,000 peserta yang hadir di Dataran Merdeka tetapi anak dan isteri saya yang menjadi sasaran.
"Ini menunjukkan UMNO dalam keadaan terdesak dan kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan oleh UMNO," katanya.
Isterinya, Shamsidar dan anaknya, Mohamad Basheer Noor Alhaq disoal siasat sejam setengah mengikut Seksyen 4 (2) (F) Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana membawa anak bawah umur ke perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Tinju pembohong, kaki fitnah – Ketua Cawangan UMNO

Posted: 25 Nov 2015 04:51 AM PST

Dakwaan Ali Tinju kononnya akan berlaku kekecohan yang dibuat oleh ketua-ketua cawangan UMNO semasa PAU berlangsung nanti tidak berasas dan dianggap sebagai pembohongan
ali-tinju
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju dilabel sebagai seorang yang `pembohong' gara-gara membuat dakwaan kononnya ketua-ketua cawangan UMNO akan membuat kecoh pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada bulan depan.
Ketua Cawangan UMNO Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Ali Tinju tidak perlu mengancam untuk mengadakan rusuhan kerana ketua-ketua cawangan UMNO tidak akan melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa.
Katanya, ketua-ketua cawangan UMNO hanya ingin mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur kerana mereka tidak lagi mempercayai kepimpinannya lagi.
"Ali tinju ini sememangnya pembohong besar… Ali tinju kaki fitnah.
"Saya masih ingat dalam Facebook dulu hari-hari dia (Ali Tinju) bantai saya sebab saya desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.. Namun selepas itu puji…. Dia ni lalang," katanya kepada. FMT.
Rushdan mendakwa, kumpulan yang didalangi Ali Tinju itulah yang sebenarnya sering menimbulkan kekecohan dan membawa masalah kepada UMNO.
Katanya, ketua-ketua Cawangan UMNO tidak pernah membuat kecoh tetapi hanya menyuarakan pandangan untuk tidak mempercayai kepimpinan Najib.
"Yang sebenarnya, Ali tinju.. Baju Merah ini yang suka buat kecoh.
"Kita mana ada buat kecoh. Kita buat sidang media pun dalam keadaan aman.. Kita cuma menyatakan tidak percaya kepada Najib lagi..
"Bukan macam Ali Tinju,, kaki pembohong dan mengampu," katanya.

'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh' kata adik lelaki

Posted: 25 Nov 2015 03:48 AM PST

Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.
 "Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.
Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.
Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.
Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan 'seseorang' yang mengawal "permainan" yang membabitkan pembunuhan Kevin.
Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

TPPA : 30 peratus peniaga IKS bakal gulung tikar

Posted: 25 Nov 2015 03:47 AM PST

ParlimenKUALA LUMPUR, 25 NOV: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia meramalkan 30 peratus daripada 650,000 peniaga akan 'gulung tikar' dalam tempoh dua tahun selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dipraktikkan.
Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, TPPA jelas menyebabkan ekonomi tempatan merosot dan memberi kesan negatif kepada pengusaha IKS tempatan.
"Menerusi TPPA, pelabur asing diberi layanan sama dengan apa diberikan kepada pelabur tempatan dan menerima perlindungan lengkap dalam industri.
"Mereka juga mendapat kebebasan penuh bagi menghantar keluar segala keuntungan diperoleh daripada perniagaan di Malaysia yang mana kerajaan tidak boleh mengenakan sebarang halangan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata TPPA akan menyebabkan peniaga IKS bersaing sama rata dengan pihak luar.
Beliau berkata, gambaran kerajaan terhadap TPPA adalah berbeza daripada realiti apabila pelabur dan peniaga akan terjejas apabila perjanjian itu dimeterai.
"Pemimpin kita berhujah mengenai TPPA seolah-olah ia perjanjian perdagangan bebas (FTA).
"Kita harus membezakan antara FTA dan TPPA kerana TPPA adalah mengenai kelulusan membenarkan pelaburan bebas di mana pihak luar mendapat hak sama rata dengan pelabur tempatan," katanya.

Kevin kendali kes PM, Rosmah; 'AKM' di kertas pertuduhan

Posted: 25 Nov 2015 03:47 AM PST

 Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.
Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan (initials) 'AKM' iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.
"Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.
"Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya," kata Charles dalam dalam SD.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.
Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada dalam kedudukan yang tidak memberangsangkan.
"Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam," katanya.
SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

PAC: Former 1MDB CEO to be called again for proceedings

Posted: 25 Nov 2015 03:42 AM PST

PKR: Wakil DAP boleh undi ikut suara hati di S'gor

Posted: 25 Nov 2015 03:42 AM PST

'Sekatan media pada AGM Umno belum muktamad'

Posted: 25 Nov 2015 03:33 AM PST