Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas bakal hilang jawatan JKKK di Selangor?

Posted: 24 Nov 2015 10:06 AM PST


Pas dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.

Ini susulan kenyataan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Katanya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.

"Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Adun di Selangor.

"Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada jumlah yang diperuntukkan kepada Amanah akan diambil daripada kuota Pas, Izham berkata perkara itu belum ditentukan.

Sekiranya berlaku, ia merupakan satu lagi tamparan buat Pas susulan pada minggu lalu, semua anggota JKKK daripada kalangan anggota Pas di Pulau Pinang telah dipecat oleh kerajaan negeri kerana tidak menyokong Pakatan Harapan.

Tindakan pemecatan itu menyebabkan Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

Sementara itu mengulas mengenai jumlah anggota Amanah di negeri ini, Izham berkata, setakat hari ini sebanyak 4,000 orang telah berdaftar sebagai anggota parti itu dengan 20 peratus daripadanya terdiri daripada bukan Islam.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP PULA BERONTAKAN, ADUN DAP LETAK JAWATAN

Posted: 24 Nov 2015 11:00 PM PST



dap1
ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu (bertanda bulat) dipanggil untuk memberi penjelasan mengapa menyokong usul yang dibawa oleh ADUN BN-Pulau Betong Muhamad Farid Saad mengenai projek tambakan laut.
GEORGE TOWN- ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu hari ini mengumumkan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang berkuatkuasa Isnin, 23 November lalu.
Peletakan jawatan melalui e-mel itu ditujukan kepada Pengerusi Negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Lim Hui Ying.
Dalam surat peletakan jawatannya, Teh memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan atas sokongannya terhadap usul UMNO berhubung isu penambakan di sidang DUN Pulau Pinang pada 20 November lalu.
Minggu lalu, ADUN BN-Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mencadangkan semua pembangunan di penambakan laut perlu tertakluk kepada sesi pendengaran awam terlebih dahulu.
Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul yang dibentangkan oleh Muhamad Farid selepas 23 Adun mengundi menentang usul itu, 10 mengundi dan lima berkecuali.
Usul itu juga turut diundi Teh.
Walau bagaimanapun, Teh telah memohon maaf kerana mengundi usul itu dalam sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri.
Nampaknya DAP sekarang kucar-kacir selepas insiden DAPsy meminta Azmin meleteak jawatan, kini DAPiq sendiri letak jawatan.
 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Berinfat NOW! Azab neraka tunggu pemfitnah dan penghancur institusi Islam

Posted: 24 Nov 2015 10:30 PM PST









Rafizi adalah fitnah yang akan hadapi hukuman di dunia dan akhirat. Janganlah diikuti jejsk langkahnya.

NFC takde kes, AP PONDAN, opps Pandan gelabah meroyan

Posted: 24 Nov 2015 07:00 PM PST


Mohammad Salleh lepas bebas semua tuduhan - Semasa - Sinar Harian - http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mohammad-salleh-lepas-bebas-semua-tuduhan-1.455029

Selasa Nov 24hb, 2015

Pengerusi NFCorp hari ini dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan jenayah di Mahkamah Sesyen.

· Tiada penyalahgunaan pinjaman, tiada berlakunya pecah amanah

. RM250 juta pinjaman komersial, bukan geran daripada dana awam

. Ansuran pinjaman dibayar tepat pada masanya

· Pembelian hartanah oleh anak syarikat NFCorp sebagai pelaburan kepada NFCorp tertakluk kepada terma-terma dan syarat-sarat perjanjian pinjaman, dan bukan pembelian oleh Datuk Salleh atas namanya atau untuk peribadi atau untuk manfaat keluarga

. Mahkamah Rayuan mengesyorkan supaya Datuk Salleh meminta pertimbangan semula daripada Peguam Negara KUALA LUMPUR- Hakim Mahkamah Sesyen, Nursharidah Awang hari ini melepas dan membebaskan sepenuhnya pengerusi National Feedlot Corporataion, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail daripada semua pertuduhan jenayah ekoran daripada keputusan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Datuk Dr. Mohamad Salleh selepas mengambil kira fakta, keterangan dan merit kes tersebut, dan juga cadangan Mahkamah Rayuan pada 28 Ogos 2015 supaya surat representasi dihantar kepada Peguam Negara.

Surat represantasi itu termasuk bukti yang menunjukkan bahawa tiada penyalahgunaan pinjaman atau pecah amanah.

Ia juga mendedahkan bahawa wang RM250 juta itu merupakan pinjaman komersial, bukannya geran daripada dana awam, dan pembayarannya dibuat tepat pada masanya.

Hartanah tersebut dibeli oleh sebuah anak syarikat NFCorp sebagai satu pelaburan untuk NFCorp berdasarkan kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian pinjaman, dan bukannya dibeli oleh Datuk Dr. Mohamad Salleh atas namanya atau untuk peribadi atau manfaat keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir hadir bagipihak pendakwaan sementara barisan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Al Firdaus Shahrul Naing, Syed Ismat Syed Muhamad dan Farhah Mustafa mewakili Datuk Dr. Mohamad Salleh.

----------

news release

TUESDAY 24 NOVEMBER 2015

NFCorp chairman completely acquitted and discharged of all criminal charges by sessions court

· No misappropriation of loan, no Criminal Breach of Trust

· RM250 million a commercial loan, not a grant from public funds

· Loan installments paid on time

· Property purchase made by NFCorp subsidiary company as an investment for NFCorp according to terms and conditions of the loan agreement, and not purchased by Datuk Salleh in his name or for personal or family gain

· Court of Appeal recommended for Datuk Salleh to seek redress with AG

----------

KUALA LUMPUR --- The sessions court presided by judge Puan Nursharidah Awang today completely acquitted and discharged National Feedlot Corporation chairman Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail of all criminal charges in view of the decision of the Attorney-General who has decided to drop the charges against Datuk Dr Salleh after considering the facts, evidence and merits of the case, and the recommendation of the Court of Appeal of 28 August 2015 which was brought by way of a representation letter to the AG.

The representation letter included evidence to show that there was no misappropriation of the loan nor CBT. It was also revealed that the RM250 million was a commercial loan, not a grant from public funds, and repayments were paid on time. Properties were purchased by an NFCorp subsidiary company as an investment for NFCorp according to the terms and conditions of the loan agreement, and not purchased by Datuk Salleh in his name or for personal or family gain.

DPP Tuan Syed Faisal Syed Amir appeared for the prosecution while Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, Al Firdaus Shahrul Naing, Syed Ismat Syed Muhamad and Farhah Mustafa appeared for Datuk Dr Salleh.

NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd by public relations consulting firm GRA Communications Sdn Bhd. For more information, please contact Ghazalie Abdullah at ghazalie@gra-pr.com / +6017 3361090.

----------

Dari asal memang tiada kes.

Ini sama macam kes Khir Toyo. Tiada kes rasuah lalu dicari dakwaan lain untuk kenakan Khir Toyo. Akhirnya berjaya dipenjara atas kesalahan teknikaliti.
Kedua2 adalah tindak tanduk TS Gani Patail mahu jadi populis.

Sementara itu, Rafizi mahu dilihat tetap berdegil dengan kenyataan menyakitkan hati tapi sebenarnya meroyan dan gelabah.


Samada Rafizi bakal disambar petir atas kegemaran suka fitnah.



Atau tunggulah kau masuk penjara kerana kesalahan BAFIA, Rafizi.

Nak fitnah benda salah. Fikirkan akhirat Rafizi, NOW dan orang muda yg sedia jadi kuncu2 kerja fitnah...


Elok Dato Salleh saman ahli Parlimen Pondan ni

Dah jatuh tak perlu tikam lagi

Posted: 24 Nov 2015 04:09 PM PST




MT pun sudah buat keputusan.

TSMY dan DSSA tidak pula dipecat walaupun tidak hadhir.

Malas nak komen dan menambah. Orang dah jatuh jangan baru sekarang nak masuk.

Tersebar berikut:


Ya lah Tok Midah. Kami pun berjuang juga. Pendirian berlainan.

Tak boleh ikut pendirian yg tidak ada solution. Pilihan nak gantikan Dato Najib dengan TSMY oleh Dr Mahathir pendirian emosi dan personal.


Nozar masih dengan kegilaannya. Masih teringat Tok Midah berhadapan dengan Ngeh Nga Nizar.


Masaalahnya melarat-larat Tok Midah. Lepas satu, satu dicari.

Hal adik lagi.



Pembangkang cacamarba dan lemah

Posted: 24 Nov 2015 06:30 AM PST


Perubahan demografik mungkin menunjukkan yang pengundi kini tidak lagi setia kepada Barisan Nasional, tetapi keadaan pembangkang yang menyedihkan bermakna pertukaran kerajaan di Malaysia kemungkinan tidak akan berlaku, menurut pandangan editorial Asia Sentinel (AS).

"Pakatan pembangkang kelihatan begitu teruk, yang disebabkan perbezaan agama dan kaum, perebutan kuasa oleh parti-parti di dalam pakatan pembangkang. Kecuali terjadi suatu keajaiban, peluang mereka untuk menang pilihanraya, walaupun dengan situasi Barisan Nasional yang sangat teruk sekarang, adalah sangat kecil," dakwa AS.

Salah satu penyebabnya, dakwa penerbitan yang disegani itu, adalah kelemahan pembangkang sendiri yang gagal menawan dan menguasai dinamik kaum di dalam landskap politik Malaysia.

"DAP untuk beberapa lama cuba untuk membawa masuk lebih ramai orang Melayu ke dalam partinya, tetapi hakikatnya, ia masih parti orang Cina yang membuatkan orang Melayu berasa takut terhadap kemungkinan mereka, yang sudah sedia menguasai ekonomi, akan menguasai politik negara suatu hari nanti jika mereka berkuasa."

AS menambah, untuk menampakkan yang pakatan pembangkang ini boleh menjadi sesuatu yang boleh diharap dan dipercayai oleh pengundi pada pilihanraya umum akan datang, mereka mesti menampakkan yang pakatan mereka dikuasai oleh orang Melayu. Itulah yang sebenarnya merencatkan pembangkang.

Dengan memetik analisis yang diterbitkan oleh Scott Ng dari FMT sendiri, AS mengakui yang hingga hari ini, pembangkang masih gagal untuk mengambil kesempatan di mana hanya 43% pengundi Melayu adalah penyokong UMNO.

"Democratic Action Party adalah parti terkuat di dalam Pakatan Pembangkang," akui AS. PKR pula terlalu berpuak-puak, Amanah masih lagi tiadak kekuatan dan sumbangan yang signifikan, manakala PAS tersekat di tengah-tengah, dengan beberapa pihak condong ke arah UMNO dan Najib.

Sementara itu, kata AS, pemimpin muda seperti Rafizi Ramli dari PKR, Tony Pua dari DAP dan juga Liew Chin Tong belum lagi mempunyai karakter dan kekuatan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti.

"Dengan Anwar di penjara, dengan Barisan bersungguh memastikan beliau terus dipenjara selama-lamanya, tidak ada faktor penyatuan yang unggul untuk menyatukan kembali pembangkang dan memberikan ia nafas dan imej Melayu," simpul AS. "Ini bermakna, walapun begitu banyak masalah sedang melanda Barisan, mereka mungkin akan terus terselamat dan berkuasa"

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/11/18/inept-opposition-will-need-a-miracle-to-win/

Wake Up Malaya

DAP is for Lim family

Posted: 24 Nov 2015 04:30 AM PST






DAP mahu runtuhkan askar Melayu

Posted: 24 Nov 2015 02:30 AM PST


Risalah DAP kempen tolak calun Melayu dan India

Posted: 24 Nov 2015 12:21 AM PST




Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Kenapa Pulak Aku Kena Dengar Cakap Obama Dalam Bab Perkahwianan?

Posted: 23 Nov 2015 09:40 PM PST

Dah dua hari Ustaz Zaharuddin muncul kat TV tiap2 pagi. Semalam cerita pasal aurat. Pesan dia, pakaian wanita ni, yang paling baik, adalah yang menyerupai sifat telekung.

Aku intepretkan camtu. BUKAN TELEKUNG tapi ADA SIFAT TELEKUNG. Ada perbezaan dia kan? Yang penting, pada dia, kalau ada ahli keluarga kau tak nak tutup aurat, jangan terus paksa. Tapi janganlah pulak sampai biarkan mempermainkan hukum yang diri sendiri dah tau.

Hari ini pulak, dia cerita pasal perbualan Iblis dengan Nabi Musa.

Janji Iblis pasal lelaki dan perempuan ni senang. Mana ada lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua-duaan, dia akan ada. Itu janji Iblis la. Aku tak rasa Iblis jenis mungkir janji ni.

Ikut statistik, ada 18 ribu kes anak luar nikah yang berlaku di Malaysia. Jadi puratanya, 50 pasangan dalam satu hari beromen tanpa ada niat nak simpan janin yang "terjadi." Sambil kau baca ni, ada satu couple tengah projek siang buta. Hihihihi.

Obama dah dua kali datang Malaysia nak desak kita pasal "perbetulkan" human rights negara kita yang katanya "tak menepati standard." Dalam sesetengah bab, betul, memang kita tak berapa menjaga tapi ada jugak certain2 topik yang pada aku, kita betul dan standard dunia yang salah.

Maksudnya hak LGBT. Hak beragama. Hak kanak-kanak sebagai individu.

Aku tak berapa setuju kalau kita dah jadi satu negara yang mula meletakkan human rights above anything else. Tak betul tu. Nak ke kita jadi macam satu kes kat Sweden tu di mana mak ayah sendiri kena jail sebab rotan anak? Apa yang berlaku kat sana wallahuallam tapi jika merotan anak menyebabkan aku kena jail, aku akan bantah.

Walau bagaimanapun, sebagai umat akhir zaman, dah memang tertulis dah pun apa yang akan berlaku sebagai peringatan kepada kita, untuk kita bersedia. Satu hari nanti, apa yang tertera dekat gambar yang aku selitkan tu akan jadi "jenayah" kerana menghina seseorang, menggunakan agama sebagai senjata, tidak bersifat mendidik dan menyamakan pakaian dengan maruah adalah satu perbuatan keji.

Tak mustahil satu hari nanti, kau pakaikan anak kau tudung, kau akan digelarkan "ibu bapa yang suka mendesak agama pada anak mereka."

Tak mustahil bang.

The Malaysian Insider dah mula jaja artikel pasal Obama sokong agama tak sepatutnya masuk campur dalam bab perkahwinan. Ada la nanti orang Melayu yang sokong.

Pada aku mudah aje.
"Who the hell is Obama?"

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gugur tuduhan skandal NFC, Peguam Negara patut beri penjelasan

Posted: 24 Nov 2015 08:56 PM PST


KUALA LUMPUR 25 NOV: Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali perlu memberi penjelasan terbuka mengenai keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Sedangkan, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak cubaan Salleh untuk menggugurkan pendakwaan terhadapnya.
"Dengan menggugurkan pendakwaan itu, adakah Apandi mahu menunjukkan bahawa Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak melakukan kerja dengan baik dan tersilap mendakwa Salleh?
Dr-Mohamad-Salleh-Ismainfc"Pihak pendakwaan juga tidak membantah tawaran untuk Salleh dibebas. Adakah Apandi bersetuju untuk memberi Salleh pembebasan? Apakah alasan untuk berbuat demikian?" katanya pada kenyataan media, hari ini.
Salleh dikenakan dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965 pada Mac 2013 tetapi dibebas semalam selepas Pejabat Peguam Negara menggugurkan semua pertuduhan selepas peguam belanya membuat permohonan.
Pada 12 Mac 2012, Salleh, 66, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah RM9,758,140 melalui empat cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang anaknya adalah pemilik syarikat.
Nie Ching berkata, Apandi juga perlu memberi penjelasan sama ada tindakan undang-undang diambil terhadap NFC bagi memperoleh semula pinjaman RM250 juta kerana syarikat itu sepatutnya membayar semula jumlah itu dari 2012 hingga 2028.
Read More / Baca Lagi >>

PAU: Umno belum putuskan Muhyiddin berucap atau tidak, kata Ku Nan

Posted: 24 Nov 2015 08:55 PM PST

muhyiddin
Majlis Tertinggi Umno masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung Umno Disember depan.
KUALA LUMPUR, 25 November:
Majlis Tertinggi Umno masih belum memutuskan sama ada untuk membenarkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung Umno Disember depan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara tersebut tidak dibincangkan di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang diadakan di Parlimen pada Selasa.
"Nanti kita putuskan, kalau dapat ilham nanti kita bagitau. Semalam tidak ada dibincangkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mengulas mengenai liputan media sewaktu ucapan dasar Presiden dan pergulung, Tengku Adnan menjelaskan perkara itu juga masih belum diputuskan.
"Kita tengah fikirkan, tapi selalunya kita bagilah. Kita belum dapat ilham. (Pergulungan juga) nanti kita putuskan, belum dapat ilham," katanya.
Terdahulu,  Tengku Adnan menjelaskan tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015.
Kata Tengku Adnan, dua orang Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media untuk mengupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.
"Ya, sebab kamu orang sebahagian media terutamanya online suka spin (pusing cerita). Kami tidak suka apa yang dilakukan itu diputar belitkan dalam keadaan yang salah. Majlis Tertinggi putuskan dalam mesyuarat , no.
"Kita telah putuskan media bagi sidang media setiap hari. Media tidak dibenar berlegar merata-merata kawasan persidangan. Kita juga tidak akan pancarkan apa yang berlangsung dalam Dewan Merdeka pada skrin," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

MP PAS terkilan, panda dapat layanan lebih baik daripada rakyat

Posted: 24 Nov 2015 08:50 PM PST

Seorang ahli parlimen PAS melahirkan rasa terkilannya bahawa panda gergasi di Zoo Negara mendapat layanan lebih baik daripada kebanyakan rakyat negara ini.
"Menguruskan pusat pemuliharaan panda bukannya murah. Panda dilayan dengan baik di bumi bertuah ini," kata Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamin Samuri mendedahkan kepada Dewan berhubung kos yang ditanggung oleh kerajaan dan Zoo Negara bagi memelihara binatang berkenaan.
"Kos operasi dan penyelenggaraan adalah RM2.25 juta setiap tahun yang ditanggung oleh Zoo Negara.
"Kerajaan telah membayar RM6.94 juta sebagai yuran pemuliharaan kepada China sejak 2014 seperti yang ditetapkan dalam perjanjian antara kedua-dua negara," katanya.
Menurut Perjanjian Pemuliharaan Antarabangsa Malaysia-China, dua ekor panda itu akan tinggal di Malaysia selama 10 tahun.
Hamin juga berkata Malaysia akan membayar AS$600,000 (kira-kira RM2.52 juta) sebagai yuran pemuliharaan ke China untuk dua anak panda kembar yang dilahirkan pasangan panda itu yang akan ditanggung oleh Zoo Negara.
Ahmad Baihaki, seterusnya bertanya, "Adakah wang yang dibelanjakan untuk pandaitu mencapai objektif negara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Negara dan Malaysia?"
Hamin berkata, Zoo Negara mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 20 peratus.
Manakala, manfaatnya, kata beliau boleh dilihat dari segi diplomatik di mana nilai dagangan RM200 bilion dicatatkan antara Malaysia dan China.

RM2.25 juta kos operasi selanggara panda di Zoo Negara

Posted: 24 Nov 2015 08:45 PM PST

 RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung  Zoo Negara setiap tahun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.  
RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung Zoo Negara setiap tahun. 

RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung  Zoo Negara setiap tahun.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata RM6 juta kos konservasi turut ditanggung  Zoo Negara untuk dibayar kepada pihak China sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Malaysia-China tahun lepas.
" Kerana panda gergasi betina, Liang Liang  melahirkan seekor anak panda pada 15 Ogos lepas, sumbangan yuran konservasi sebanyak AS$600,000 (RM2.5 juta) akan diberikan sekali sahaja kepada China selepas anak panda tersebut berusia setahun," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Baihaki ingin mengetahui tentang kos sewa dan sara hidup pasangan panda gergasi sejak kedatangannya dari China pada tahun lepas. Hamim berkata kemasukan pasangan panda gergasi itu selain mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, ia juga menggalakkan aktiviti penyelidikan konservasi.
"Ia juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara apabila dalam sektor pelancongan, pengunjung ke Zoo Negara bertambah 20% iaitu daripada
588,000 orang pada 2013 sehingga 700,000 orang pada 2014," katanya. – Bernama

Media tidak dibenar buat liputan perbahasan PAU 2015

Posted: 24 Nov 2015 08:41 PM PST

ku nan 1
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015.
KUALA LUMPUR, 25 November:
Tiada liputan media dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2015, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kata Tengku Adnan, dua orang Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengadakan sidang media untuk mengupas apa yang berlaku dalam perhimpunan agung itu.
"Ya, sebab kamu orang sebahagian media terutamanya online suka spin (pusing cerita). Kami tidak suka apa yang dilakukan itu diputar belitkan dalam keadaan yang salah. Majlis Tertinggi putuskan dalam mesyuarat , no.
"Kita telah putuskan media bagi sidang media setiap hari. Media tidak dibenar berlegar merata-merata kawasan persidangan.
"Kita juga tidak akan pancarkan apa yang berlangsung dalam Dewan Merdeka pada skrin," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mengulas mengenai ketiadaan seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal, Ku Nan berkata Shafie tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada Selasa.
"Kita ada dua sekarang lagi seorang semalam tak ada, nanti kalau dia balik ajaklah sekali.
"Sekarang ini kita letak dua sahajalah, sebab semalam dia tak datang. Nanti Shafie balik, saya tanya kalau dia nak pegi boleh pegi," katanya.

Pemecatan Hamidah bukti penyokong Najib terdesak

Posted: 24 Nov 2015 08:28 PM PST

Pemecatan Hamidah itu jelas menunjukkan Pergerakan Wanita UMNO sudah berani tidak seperti ketua-ketua mereka
najid,kadirPETALING JAYA: Pemecatan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman daripada jawatan dan ahli UMNO boleh disimpulkan seperti sebuah peribahasa `pukul anak sindir menantu'.
Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berkata, pemecatan itu jelas menunjukkan satu lagi contoh keterdesakan penyokong-penyokong Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat setia kepadanya.
"Mereka tidak berani bertindak ke atas pengkrtik Mohd Najib yang lebih `power' macam Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie.
"Jadi mereka memangsakan seorang lagi ahli Pergerakan Wanita,"
Sambil menyindir, A. Kadir Jasin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Bhd berkata, ramai ahli Pergerakan Wanita kini telah berani sebaliknya, ketua-ketua mereka tidak seperti itu.

Ahli MT cadang Muhyiddin dipecat

Posted: 24 Nov 2015 08:00 PM PST

Cadangan itu bagaimanapun dikatakan ditolak sebahagian besar Ahli MT.
muhyiddin_mykmu_umno_600PETALING JAYA: Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO dikatakan telah mencadangkan kepada pucuk pimpinan UMNO supaya memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat MT pada Selasa.
Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima oleh sebahagian besar Ahli Majlis Tertinggi yang mahu Muhyiddin dikekalkan.
Dakwaan itu dibuat oleh blog pro-UMNO, MYKMU yang memetik sumber dalaman.
"Isu pemecatan Timbalan Presiden UMNO ada dibincangkan setelah dibawa oleh beberapa orang ahli MT namun ditolak oleh mesyuarat MT," tulis blog itu.
Mesyuarat MT semalam memutuskan memecat Ketua Wanita Bahagian Gopeng yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.
Hamidah didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan parti dan terlibat secara langsung dalam forum yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemerhati politik meramalkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat bagi mengelak konflik yang lebih teruk pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada bulan hadapan.

Erdogan dan BJ Habibie

Posted: 24 Nov 2015 07:55 PM PST

Oleh Abd Shukur Harun
Ketika memikirkan keinginan yang menggunung di kalangan rakyat, khususnya umat Islam, untuk menyaksikan kemunculan pemimpin dunia baru bukan saja di rantau ini, bahkan dipelbagai belahan dunia, saya segera teringat 2 sosok yang sangat menarik dan menjanjikan – Recep Tayyip Erdogan dan BJ Habibie.
Erdogan yang kini muncul sebagai presiden Turki setelah menang dalam pemilihan umum di negaranya dan BJ Habibie, bekas presiden ke-3 Indonesia, kiranya tampil sebagai pemimpin dunia baru yang diharapkan.
Walaupun Habibie sudah tidak lagi berkuasa setelah meletakkan jawatan secara terhormat, tetapi beliau mengukir sebuah legasi kepimpinan yang mempunyai saham besar dalam membangun peradaban Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia.
Sementara Erdogan pula, dengan segala keberanian dan kebijaksanaannya mampu menjadi pemimpin harapan dunia Islam seluruhnya, setelah pemimpin dunia Arab yang terkepung dengan pelbagai masalah tidak mampu muncul sebagai pemimpin yang diharapkan. Erdogan yang memimpin AK Parti daripada mula lagi ketika ia berada di pentas politik, walaupun tidak menjanjikan pembentukan sebuah "negara Islam", tetapi apa yang dilakukannya sebagai perdana menteri hingga sebagai presiden Turki ialah melaksanakan Islam sebagai nilai hidup rakyat Turki.
Ia tidak menampilkan sebarang label atau jenama Islam dalam pemerintahannya, tetapi berjaya membawa pendekatan Islam dalam kehidupan rakyat Turki.
Ketika saya berkunjung ke Angkara ddulu, di sana ada gambar Mustafa Kemal Attaruk, bapa sekular Turki tergantung di dinding parlimen di situ.
Hal ini pernah ditanyakan kepada Erdogan, mengapa gambar Attaturk masih tergantung di sana. Lalu Erdogan menjawab:
"Itu hanya gambar, ia tidak lebih dari gambar. Yang penting kami melaksanakan Islam secara bertahap di negara kami."
Ini sebuah jawapan yang memancarkan kebijaksanaan pemikiran pemimpin baru dunia Islam itu.
Banyak ciri Islam yang ditampilkan pimpinan Erdogan sejak beliau dan partinya berkuasa. Antaranya suara muazzin berkumandang semula, rangkaian madrasah terkemuka Imam Khatib begitu subur sekali di Turki, muslimat dibenarkan memakai pakaian menutup aurat, bukan saja di institusi pengajian tinggi bahkan di jabatan kerajaan dan semua tempat.
Read More / Baca Lagi >>

Harga diri ‘Ulama’ dengan ilmu mereka dan pemerintah dengan kuasa

Posted: 24 Nov 2015 07:53 PM PST

Oleh DR ABDULLAH FARJULLAH
HARGA diri / maruah pernah disebut sebagai penguasaan akal terhadap nafsu serakah yang cenderung kepada kekurangan dalam segala aspek hidup. Ia juga ditafsirkan sebagai penggunaan sesuatu tindakan dan sebagainya yang menghiasi diri seseorang dengan meninggalkan sesuatu yang tidak baik yang boleh menjejas harga diri tersebut.
Atau ia juga dikatakan sesuatu yang bersifat akhlak yang terpuji serta menjauhkan perkara yang melibatkan perilaku yang negatif.

Hakikatnya harga diri itu seperti yang pernah dijelaskan oleh al-Marhum Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah ialah menjauhkan segala perkara keji sama ada yang melibatkan perkataan, akhlak atau perbuatan manusia. Beliau menegaskan bahawa harga diri itu ialah apabila seseorang itu memiliki sifat-sifat kemanusiaan sejati dan jauh dari sebarang sifat kebinatangan dan Syaitan.
Justeru dalam diri manusia itu terdedah kepada tiga bentuk elemen, dua daripadanya negatif dan satu lagi bersifat positif.
Adapun yang bersifat negatif: Pertama, yang membawa kepada sifat syaitan seperti takabbur, sombong, bongkak, hasad, meninggi diri, cenderung kepada kejahatan, suka membuat gangguan dan kerosakan serta menipu. Kedua, iaitu yang menyeru kepada sifat kebinatangan seperti suka mengikut nafsu syahwat yang tidak baik.
Ketiga, yang menyeru kepada sifat ketuhanan seperti suka berbuat baik, memberi dan menerima nasihat, melakukan kebajikan, berilmu dan patuh kepada kebenaran.
Selanjutnya Ibnu Qaiyim menegaskan lagi, hakikat tanda sebenar seseorang itu memiliki harga diri/ maruah yang baik ialah sentiasa merendah diri, memiliki sifat-sifat ketuhanan dalam diri dan yang tidak ada harga diri ialah mereka yang tidak merendah diri dan selalu kalah di hadapan sifat-sifat kebinatangan dan syaitan.
Para 'ulama' Islam dari dahulu hingga ke hari ini telah menggariskanpanduan kepada kita hari ini, bahawa setiap sesuatu itu terdapat harga dirinya tersendiri, setiap orang mesti memiliki dan bersifat dengannya agar menuju manusia yang bermaruah, di mana maruah atau harga diri itu pula diibaratkan sebagai tanah yang subur yang mengeluarkan pokok yang tumbuh dari benih yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016: ‘Kegagalan Dibanggakan’

Posted: 24 Nov 2015 07:52 PM PST

MUQADDIMAH

Saya tidak berpeluang untuk membahas bajet di Parlimen kali ini di peringkat dasar. Akan tetapi banyak dari apa yang perlu dinyatakan telah dinyatakan. Namun ada beberapa isu yang mungkin saya ulas dengan cara yang agak berbeza. Dan sambil sidang Parlimen berehat sempena perayaan minggu ini, saya ambil kesempatan untuk menulis apa yang ingin saya sampaikan.

UCAPAN PEMBENTANGAN BAJET

Kami terpaksa duduk diam selama 2 jam mendengar ucapan pembentangan bajet oleh PM. Bila ianya berakhir dan sambil PM mula duduk, tiba-tiba hampir kesemua Ahli Parlimen Pembangkang berdiri memegang plakard yang tertulis atasnya, "Mana RM 2.6 Billion?" PM jelas kelihatan tersentak oleh kerana tidak disangkanya tindakan sebegitu rupa oleh pihak pembangkang. Dia mungkin telah bersedia untuk melihat pembangkang menjulang buku Bajet alternatif Pakatan, seperti yang telah dilakukan sebelum ini, tetapi plakard itu sesuatu yang jauh berbeza.

Sebenarnya, secara terus terang saya nyatakan, saya hairan mengapa dia terkejut dengan tindakan kami. Ini adalah ISUNYA yang berlegar di minda rakyat selama ini dan ini adalah SOALANNYA yang perlu dijawab. Maka dia sepatutnya sudah menjangkanya. Akan tetapi, berada dalam singgasananya, sambil hanya dikelilingi oleh tukang bodek, dia langsung tidak sedar betapa rakyat dah naik sesak nafas oleh semua isu ini.

Mendengar ucapan pembentangan tersebut saya membuat kesimpulan bahawa kerajaan BN tidak mengetahui apa maksudnya 'tata kelola yang baik' atau apa itu pentadbiran yang berjaya, khususnya dari sudut ekonomi. Kegagalan dibanggakan sebagai kejayaan dan saya dah mula sangsi samada BN faham apa itu kerajaan berjaya dan cirinya.

Akan tetapi, untuk memendekkan cerita, saya putuskan untuk menamakan Bajet 2016 sebagai bajet "Kegagalan Dibanggakan". Saya akan jelaskan sebabnya melalui empat contoh yang jelas lagi bersuluh seperti yang berikut.

Kegagalan Dibanggakan (1) – GST

Sambil saya mendengar PM membentangkan ucapan bajet, saya terkejut dengan pengakuannya bahawa kalau tidak disebabkan kerana kutipan GST, kerajaan tidak akan mempunyai duit untuk membayar gaji kakitangan kerajaan! Terus saya terfikir, adakag dia faham apa sebenarnya yang dia sebut?

Sudah pasti ianya pengakuan jelas di atas kegagalan dirinya sendiri dalam mentadbir. Kegagalan untuk melaksanakan dasar-dasar yang memungkinan hasil diperolehi dari sumber selain dari poket rakyat. Terkejut saya apabila ianya bukan sekadar tidak diakui sebagai satu kegagalan tetapi sebliknya disanjung sebagai satu 'kejayaan' kerajaan. Mengikut lojik songsang mereka, ianya membuktikan bahawa kerajaan betul dan bertindak tepat mengenakan GST walaupun ditentang pihak pembangkang.

Ditegaskan bagaimana GST telah mendatangkan hasil tambahan sebanyak RM 21 Billion kepada kerajaan dan bagaimana ia berjaya menampung berkurangnya hasil minyak dan gas. Hakikat bahawa ianya hasil dari rakyat dan bukan dari pertambahan produktiviti atau keuntungan dianggap tidak releven oleh mereka! Mana-mana badut sekali pun akan mampu menambahkan hasil dengan menaikkan cukai! Maka apa yang layak dibanggakan?

Apabila disebut bahawa GST menyebabkan inflasi dan kenaikan kos kehidupan bagi rakyat biasa, maka dijawab 160 negara mengamalkan sistem cukai GST! Adakah itu menjawab soalan inflasi dan kesannya? Soalannya mengenai inflasi yang disebabkan GST, BUKAN berapa negara mengenakan GST! Bagaimana untuk brerhujjah dengan orang sebegini terfikir saya. Lain ditanya, lain pula yang dijawab!

Apabila dihujah ianya tidak adil mencukai orang yang berpendapatan sekadar cukup untuk menyara hidup mereka, sekali lagi isu 160 negara disebut kembali. Adakah itu bermakna ianya adil? Sekali lagi isu yang ditimbulkan tidak dijawab. Isunya keadilan dan bagaimana GST yang merupakan sistem pencukaian bersifat regressif, mencukai walaupun yang miskin, BUKAN berapa negara mengutip GST!

Adalah mungkin wajar, untuk disimpulkan bahawa lojiknya ialah negara perlukan sesuatu untuk dibangga dan dipestakan, maka mengapa tidak GST!

Kegagalan Dibanggakan (2) - Pembayaran BR1M
Read More / Baca Lagi >>

JANGAN TERKEJUT, MUNGKIN HANYA NAJIB SEORANG SAJA BERUCAP DI PENUTUP PAU 2015 KALI INI?

Posted: 24 Nov 2015 07:38 PM PST

Kebimbangan Najib Razak terhadap Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini atau PAU 2015 ialah meliputi dua perkara - perasmian mesyuarat sayap-sayap dan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan.

Dalam mesyuarat MT  semalam, di sebalik Muhyiddin tidak diambil sebarang tindakan, Najib berjaya menyekat suara Timbalan Presiden UMNO itu daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri dengan memutuskan ketua sayap masing-masing merasmikannya.
Najib memberi alasan bahawa tindakan itu diputuskan kerana kononnya ia adalah kehendak serta permintaan ketua-ketua sayap tersebut dan MT hanya menunaikan sahaja.

Adakah betul MT menunaikan kehendak ketua-ketua sayap atau sebenarnya ia merupakan kehendak Najib yang terpaksa dipatuhi oleh ketua-ketua sayap?

Tetapi dengan menyekat Muhyiddin berucap merasmikan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri itu, ia secara langsung mengesahkan ketakutan Najib terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang sudah dipecatnya itu.

Apakah yang menyebabkan Najib begitu takut dengan suara Muhyiddin dalam PAU 2015 kali ini? 

Kerana 1MDB? Kerana derma RM2,600 juta? Atau kerana pelbagai isu menyaluti dirinya yang semakin melemahkan UMNO jika dibangkitkan satu persatu oleh Muhyiddin akan membangkitkan protes senyap terhadapnya?

Apa pun isunya yang menyebabkan Najib takut dengan Muhyiddin, kesimpulannya ialah beliau takut dengan kebenaran?

Dengan Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan perhimpunan serentak ketiga-tiga sayap itu, bukan saja simpati terhadapnya terus melonjak, tetapi yang paling ditunggu-tunggu sekarang ialah ucapan penggulungannya pada hari terakhir PAU 2015 nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Walaupun bertembung tokoh besar, Akmal kata dia bukan Rafizi

Posted: 24 Nov 2015 07:36 PM PST

Pengarah NOW Akmal Nasir bercakap kepada media di ibu pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 November, 2015. Akmal Nasir berkata ingin menumpukan pada pendedahan daripada menyertai politik buat masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Pengarah NOW Akmal Nasir bercakap kepada media di ibu pejabatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 November, 2015. Akmal Nasir berkata ingin menumpukan pada pendedahan daripada menyertai politik buat masa terdekat. 

Walaupun baru 29 tahun tanpa kedudukan atau kerusi di Dewan Rakyat, Akmal Nasrullah Mohd Nasir atau Akmal Nasir mendapati dirinya kini bertembung dengan seorang menteri kanan, iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pertembungan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama itu menyebabkan beliau dibandingkan dengan pemimpin PKR, Rafizi Ramli.
Sebelum menjadi ahli Parlimen, Rafizi terkenal apabila mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFCorp) dan bertembung dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di mana suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail adalah pengerusi eksekutifnya.

Bagaimanapun semalam, Mohamad Salleh dibebaskan mahkamah dari sebarang salah laku jenayah yang melibatkan wang bernilai RM49.7 juta. Akmal, pemuda lepasan ijazah bidang sains dan aktuari dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat boleh dianggap sebagai pemimpin PKR termuda pernah memegang jawatan sebagai ketua cabang Johor Baru.
Bagaimanapun, usia begitu muda tidak pernah menghalang Akmal, pemuda kelahiran Kuala Lumpur, untuk menceburi arena politik, malah menganggap ia satu kelebihan.
Apatah lagi dengan pendedahan mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) benar-benar menaikkan nama pemuda itu.
Menurut Akmal, beliau mula berjinak dengan dunia politik selepas kembali ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya di luar negara pada 2009.
Anak pegawai polis yang menetap di Johor Baru itu memulakan kerjaya politiknya dengan bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor selama 2 tahun setengah.
"Saya pun tidak menjangka akan 'terjebak' dalam dunia politik. Saya memilih sains aktuari kerana diberitahu bidang tersebut amat diperlukan negara, namun apabila saya kembali ke Malaysia dengan keadaan semasa negara ketika ini, saya berazam membantu mana yang boleh (masuk politik).
"Saya sertai pejabat penasihat ekonomi negeri pada 2010 apabila Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan menjadi ketua eksekutif di sana," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Sekat Muhyiddin hanya tambah popularitinya

Posted: 24 Nov 2015 07:18 PM PST

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang setiap sayap Umno akan dirasmikan ketua masing-masing, dan bukan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya dapat mengekalkan suasana positif. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang setiap sayap Umno akan dirasmikan ketua masing-masing, dan bukan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya dapat mengekalkan suasana positif. 



Tindakan menghalang Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada merasmikan perhimpunan Pemuda dan Wanita Umno pasti akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya ke taraf lebih tinggi, kata bekas menteri penerangan Datuk Zainudin Maidin.
Bekas ketua pengarang Utusan itu berkata populariti itu bukan sahaja daripada ahli Umno, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum seluruh negara, katanya dalam tulisan blog beliau hari ini.
"Pertanyaan popular ialah kenapa Najib mahu menutup mulut timbalan presiden untuk menyempurnakan amalan tradisi zaman-berzaman yang tidak melanggar perlembagaan parti?

"Sokongan beratus bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan, kekuatan dan keberanian kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang," katanya. Sekatan ini juga, katanya, menghakis lagi kewibawaan Najib sebagai presiden Umno dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar beliau tidak segagah keterampilannya.
"Ketua Pemuda, Puteri dan Wanita Umno janganlah membisu, sebaliknya mestilah mengesahkan dakwaan Najib yang mereka sendiri mahu memecahkan tradisi Umno bagi membuktikan Najib benar-benar King of Money," katanya.
Namun kata Zam, walaupun disekat daripada merasmikan mesyuarat itu, Muhyiddin akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya bagi meneruskan tradisi zaman-berzaman.
"Inilah konklusi yang dapat dibuat saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya, Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru-baru ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatlah, saya tak gentar – Tawfik Ismail

Posted: 24 Nov 2015 06:53 PM PST

Dia dilaporkan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya supaya JAKIM dimansuhkan.
tawfik
KUALA LUMPUR: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik Ismail tidak gentar sekiranya disiasat kerana kenyataannya supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan.
Tawfik berkata, sebagai warganegara beliau berhak menyuarakan pandangannya dan tetap dengan pendiriannya itu.
"Saya masih lagi tunggu untuk dipanggil…Saya diberitahu mereka akan siasat saya jadi saya tunggu saja.
"Saya tidak ada apa-apa yang saya sembunyi, saya tetap dengan pendirian saya," katanya kepada FMT selepas Majlis Sulan Azlan Shah Law Lecturer di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan polis akan memulakan siasatan selepas laporan dibuat terhadapnya di Shah Alam.
Tawfik dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tawfik yang juga ahli G25 berkata, JAKIM masih dilihat tidak mempunyai peranan dan perlu dibubarkan.
Malahan Tawfik meminta JAKIM dan penyokongnya supaya menjawab kepada orang ramai mengapa jabatan itu merampas kuasa sultan dalam hal ehwal agama.

Artikel di blog, menantu Najib tuntut MP DAP mohon maaf

Posted: 24 Nov 2015 06:52 PM PST

 Daniyar Kesikbayev - menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menuntut Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri memohon maaf berhubung artikel di blognya yang menyebut tentang Kesikbayev.
Artikel bertajuk 'Faulty rewards system and changeable governments' telah diterbitkan di blog MP itu, 'Sakmongkol AK47'.
Ia telah diterbitkan semula oleh Malaysia Chronicles di bawah tajuk: "Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low': Disquiet over contract to renovate gov'ts office in New York."
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor, Daniyar menuntut artikel itu dikeluarkan dan permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.
Katanya, artikel itu tidak benar, berniat jahat, tidak berasas dan pembohongan yang bertujuan untuk merosakkan reputasi anak guamnya Daniyar Kesikbayev dan nama baik keluarganya.
Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

PM’s son-in-law threatens lawsuit against Opposition MP

Posted: 24 Nov 2015 06:51 PM PST

Daniyar Kesikbayev's law firm says Mohd Ariff Sabri's "lies" are "malicious, baseless" and demand an apology within 48 hours, failing which legal action will be taken against him.
lawsuitPETALING JAYA: The son-in-law of Prime Minister Najib Razak has threatened to take legal action against Opposition MP Mohd Ariff Sabri for making "malicious" and "baseless" allegations about him in a recent article.
According to a report in The Star Online, Daniyar Kesikbayev's law firm Messrs Noorhajran Mohd Noor has demanded the article be taken down immediately and an apology issued by Ariff Sabri within the next 48 hours, failing which legal action will be taken against him.
The allegations against Kesikbayev were made in the MP's latest posting on Sakmongkol AK47 titled: "Faulty Reward System and Changeable Governments" published on Tuesday.
The article was also picked-up by Malaysia Chronicle under the title: "Son-in-law Daniyar to be Najib's new 'Jho Low': Disquiet over contract to renovate Govt's office in New York."
In the piece, Ariff Sabri alleges that a multi-million dollar renovation project was awarded to Kesikbayev for a building in New York housing Malaysia's permanent representative to the United Nations.
In commenting about the contents of the article, Kesikbayev's law firm, in a statement issued yesterday also said: "It is malicious, baseless and the lies are intended to harm the reputation of my client Mr Daniyar Kesikbayev and the good name of his family."
"The words written by Mohd Ariff Sabri is intended to make representations, publishes imputations intending to harm or knowing or having reasons to believe that such imputations will harm the reputation of Mr Daniyar Kesikbayev," it added.
Kesikbayev, who is also known as Daniyar Nazarbayev is married to Najib's daughter Nooryana Najwa.

Najib sedar kenyataannya tidak lagi dipercayai – Zam

Posted: 24 Nov 2015 06:50 PM PST

Presiden UMNO menggunakan nama ketua sayap UMNO berhubung keputusan menggantikan peranan Muhyiddin pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan kerana tahu kenyataannya tidak lagi dipercayai
Zainuddin-Maidin_najib_muhyiddin_600
PETALING JAYA : Keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggantikan peranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua sayap UMNO dibuat kerana didorong perasaan takut.
Beliau juga dikatakan berselindung dengan keputusan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi, kononnya ia dibuat pemimpin berkenaan.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, hakikatnya Najib menyedari sebarang kenyataan darinya tidak dipercayai ahli UMNO.
Ulasnya lagi, Presiden UMNO itu terpaksa meminggirkan peranan orang nombor dua dalam parti kerana khuatir Muhyiddin akan menggunakan pentas berkenaan untuk mendedahkan segala-galanya.
Dalam keadaan sekarang katanya, ucapan beliau memang ditunggu bukan setakat ahli UMNO tetapi semua rakyat.
"Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan mengangkat maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO, tetapi juga pembangkang dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara," katanya.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, sokongan beratus-ratus UMNO bahagian juga tidak memberikan keyakinan kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin.
"Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya: Individu didakwa jadi orang tengah Sirul, tampil buat penafian

Posted: 24 Nov 2015 06:47 PM PST


Abdul Salam Ahmad, ahli perniagaan yang dinamakan dalam dokumentari Al Jazeera sebagai orang tengah di antara Sirul Azhar Umar dan pihak tertentu, tampil menafikan memainkan sebarang peranan tersebut.
Salam dinamakan dalam dokumentari program 101 East Al Jazeera berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Sirul, bersama dengan Azilah Hadri, kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas polis dan pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri, telah disabitkan dengan pembunuhan Altantuya oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Februari tahun ini.
"Saya menyatakan bahawa saya tidak pernah memainkan apa-apa peranan untuk mana-mana pihak dengan Sirul Azhar, dan bahawa fitnah pertama dan fitnah kedua tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan/atau dilemparkan dengan niat jahat," kata Salam dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam, semalam.
Dalam laporan itu, Salam merujuk kepada dakwaan Al Jazeera bahawa dia adalah orang tengah sebagai "kenyataan fitnah pertama" dan mesej teks yang kononnya daripada Sirul meminta bayaran supaya tidak mengaitkan individu tertentu, sebagai "kenyataan fitnah kedua".
"Saya juga menyatakan secara khusus saya tidak pernah menghantar dan/atau membalas sebarang SMS, yang digambarkan dalam fitnah kedua tersebut dengan Sirul pada mana-mana masa," kata Salam dalam laporan polis itu.
Beliau juga menafikan bahawa dia tidak respons kepada permintaan Al Jazeera untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh projek tebus guna BN boleh akibatkan Pulau Pinang bankrap

Posted: 24 Nov 2015 06:45 PM PST


PULAU PINANG 24 NOV: Penangguhan projek tebus guna tanah Tanjung Pinang boleh menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion seterusnya mengakibatkan bankrap.
20141014_limguaneng_btWalaupun BN meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna tanah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata hanya 744 ekar ditebus guna dan menangguhkannya boleh menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar pampasan.
Beliau tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang membiarkan Kerajaan Pulau Pinang bankrap akibat membayar pampasan besar kerana menghenti projek tebus guna tanah yang diluluskan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menguntungkan kroni mereka.
"Saya tidak dipilih rakyat untuk membiarkan Pulau Pinang menjadi bankrap. Lebih baik saya dikritik daripada dipuji, asalkan dapat memastikan Pulau Pinang tidak bankrap," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Isu projek itu menimbulkan keributan politik pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berikutan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dari DAP mengundi usul UMNO manakala lima Adun PKR berkecuali.
Bagaimanapun, Yee Cheu kemudian mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada parti, malah rela dikenakan tindakan displin atas kesilapannya itu.
Guan Eng juga mengingatkan, Kerajaan Pulau Pinang ada pengalaman pahit apabila terpaksa membayar pampasan RM14.7 juta berikutan skandal tanah Tang Hak Ju yang berpunca akibat perbuatan kerajaan lama pimpinan BN.
Selain itu, katanya, pengalaman membayar pampasan RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd kerana mengurangkan ketinggian hotelnya di Georgetown yang diluluskan kerajaan BN, daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat.
Read More / Baca Lagi >>

Usul terhadap Nurul Izzah dibentang hari ini

Posted: 24 Nov 2015 06:44 PM PST

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebelum ini bergambar dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebelum ini bergambar dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini. 

Usul untuk merujuk Nurul Izzah Anwar kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dinyatakan dalam kertas aturan dewan di Dewan Rakyat hari ini, atas dakwaan melanggar sumpah sebagai ahli Parlimen untuk mempertahankan negara dan perlembagaan. Usul yang akan dibawa seorang menteri di jabatan perdana menteri itu dibawa ekoran pertemuan Nurul dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu, ketika kunjungannya ke Filipina baru-baru ini.
Jamalul adalah orang di sebalik pencerohan Lahad Datu pada 2013 lalu yang mengakibatkan beberapa kematian di kalangan anggota keselamatan Malaysia.

Naib presiden PKR itu mencetuskan kontroversi apabila gambarnya bersama Jacel tersebar, membawa beliau untuk meluahkan rasa kesalnya kerana menyebabkan sesetengah pihak terluka. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun berkata tidak mempunyai niat membangkitkan kemarahan rakyat Sabah, terutamanya ahli keluarga yang terkesan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
"Saya memahami keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu ketika pencerobohan, ahli keluarga Sabah yang terkesan termasuk rakyat Malaysia secara umumnya terkilan dengan gambar saya bersama Jacel Kiram, dan untuk itu saya amat kesal.
"Simpati dan sokongan saya sentiasa terhadap wira-wira negara, mangsa pencerobohan dan masyarakat yang terkesan akibat daripada konflik berterusan dan tuntutan pihak pemisah," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Pelbagai pihak membuat laporan polis ekoran penyiaran gambar Nurul di Filipina itu.

Dimana suara Mufti?

Posted: 24 Nov 2015 06:18 PM PST

Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar


Hadith Sahih yang di laporkan Imam Muslim mengingatkan kita kepada Sabda Nabi Muhammad saw mengenai keperluan mengambil beberapa pendekatan dalam menghadapi kemungkaran. Pertamanya, dengan tangan, keduanya dengan bersuara dan akhirnya jika masih tidak berupaya dengan kedua dua cara tadi maka memadailah dengan sekadar menentang di dalam hati dan sesungguhnya penentangan dalam hati adalah selemah lemah Iman.
Semenjak kebelakangan ini modus operandi menyalah gunakan hak hak asnaf terutamanya fakir miskin anak yatim dsbnya semakin terbongkar dan berulang terutamanya selepas episod seorang bekas menteri yang ketika menjadi menteri menyalah gunakan peruntukan rakyat termiskin lebih rm40 juta.
Selepas itu orang yang sama menjadi pengerusi sebuah institusi kerajaan dan tidak menghairankan bila membeli bangunan asrama pelajar di Australia dengan cara terlebih bayar. Institusi berkenaan yang di tubuhkan puluhan tahun yang lalu untuk asalnya membantu orang orang melayu bumiputra supaya dapat turut maju dalam bidang pelajaran dan perniagaan namun wang peruntukan institusi berkenaan menjadi wang percuma kepada manusia seperti bekas menteri berkenaan. Justru makin berkuranglah atau hampir tiada pelajar yang akan di hantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran selepas berhempas pulas mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Seterusnya badan statutori kerajaan yang sekian lama membantu memudahkan ummat Islam dalam mengerjakan rukun Islam ke 5 dengan mudah dananya di salah guna untuk membeli tanah dengan harga berkali ganda lebih tinggi daripada sebuah syarikat yang memperolehi tanah berkenaan daripada kerajaan dengan harga yang amat murah. Entah apa kelayakan seorang bekas mat rempit dan bekas peniaga kereta terpakai dapat dilantik menjadi pengerusi badan berkenaan. Sedikit masa dulu wang derma Palestin yang dilaporkan di amanahkan kepadanya bernilai jutaan USD gagal di sampaikan sepenuhnya di mana selepas acara penyampaian derma di Palestin, sejumlah kira kira USD500 ribu di lapor media di jumpai pihak berkuasa sempadan dalam milikannya ketika hendak merentas sempadan salah sebuah negara lain di timur tengah. Kemudian keluarga seorang bekas menteri yang dilapor mendapat kemudahan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta dan geran RM6 juta untuk membantu rakyat Malaysia mendapat bekalan daging lembu dengan lebih mudah murah kerana di ternak dalam negara dilapor menyalah gunakan dana berkenaan dengan membeli beberapa unit kondominium mewah serta membuka perniagaan pasaraya di Singapura yang selepas itu di tutup kerana tak laku. Suami dan anak bekas menteri berkenaan di bayar gaji dengan begitu tinggi sekalipun tiada pengalaman menternak lembu yang tentu lebih sesuai di berikan pada Pak Mat, Pak Ali, Pak Awang hatta Pak Pandir sekalipun jika berpengalaman di kampong kampong seluruh negara. Rakyat sudah lama membuat kesimpulan sendiri sekalipun mahkamah kemudiannya mendapati suami bekas menteri berkenaan tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah.
Isu membocor dokumen di jadikan isu namun hakikat sebenarnya membocorkan perbuatan jenayah bukanlah satu perbuatan jenayah namun undang undang yang biasanya di pakai untuk urusan sulit yang tidak melibatkan elemen jenayah perbankan di salah guna untuk mendakwa pihak yang menjadi whistle blower. Justru apa gunanya Akta Whistle Blower elok di jadikan kertas cuci najis di tandas awam lah jika begitu.
Begitu juga kisah seorang menteri yang membayar yuran guaman menggunakan tabung zakat dan bila di ketahui umum maka beliau menggantikan amaun berkenaan.
Begitu juga dengan kejadian lebih 15 tahun lepas di selatan tanah air dimana wang zakat sejuta ringgit di salah guna dan pengarahnya di dakwa di Mahkamah.
Baru baru ini seorang Uztaz di dakwa kerana menyalah guna wang zakat sekalipun kemudian Uztaz berkenaan sudah pun menggantikannya. Inilah perbezaan antara 2 darjat, menteri yang salah guna wang zakat tapi menggantikannya kemudian terlepas namun Uztaz ikan bilis terus jadi sambal nasi lemak petai. Kini sebuah yayasan yang sepatutnya membantu memajukan ekonomi ummat Islam serta membantu asnaf asnaf fakir miskin anak anak yatim dsbnya tidak semena mena di laporkan dananya berjumlah lebih RM200 ribu di serahkan kepada salah seorang pemegang jawatan dalam yayasan berkenaan atas kapasiti untuk membantu satu pilihanraya kecil. Di sinilah terbongkarnya perbuatannya yang mendapat gaji, elaun dan pelbagai tuntutan yang begitu tinggi di samping juga menjadikan suami dan anaknya sebagai kakitangan bergaji lumayan di yayasan berkenaan. Gabungan cuma beberapa orang pengurusan tertinggi mendapat kira kira RM2 juta setahun.
Seterusnya jika Menteri di jemput ke Amerika, kenapa pula perlu guna peruntukan yayasan sampai lebih RM400 ribu? Penganjur tentu ada peruntukan mereka sendiri ataupun setidak tidaknya menteri mempunyai peruntukan sebagai menteri. Bagaimana dengan segala aktiviti yang di senaraikan seperti membeli belah, bermain golf dsbnya? Sesuaikah menggunakan peruntukan yayasan sekalipun di jawap yang yayasan mempunyai keuntungan RM1 billion. Wah, untung RM1 billion, bolehkah auditor bebas memeriksa apa yang di buat dengan untung RM1 billion. Adakah sebarang justifikasi untuk menggunakan keuntungan yayasan untuk tujuan tujuan yang tidak membantu asnaf asnaf? Apa kata para mufti?
Seterusnya apakah keperluan mengadakan kursus perkahwinan di Paris cuma untuk beberapa puluh orang peserta dengan kos ratusan ribu ringgit? Perkahwinan diluar negara tidak memerlukan sebarang sijil meghadiri kursus kahwin. Ini perniagaan yang mewah di Malaysia tetapi tidak di luar negara. Pernikahan perlu di lakukan di Masjid di mana mana negara Imam bertauliah negara berkenaan dan para pelajar boleh memaklumkan penaja mereka serta kedutaan yang akan merekodkan perkahwinan mereka. Selepas pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian maka maklumkan kepada pejabat agama mengikut negeri untuk di daftarkan untuk sijil nikah dan kad nikah. Isu denda pernikahan di luar kawasan biasanya hanya untuk mereka yang berpoligami dan bernikah di Thailand. Malah sepatutnya berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama tidak timbul lagi kerana ada negeri negeri yang memudahkan prosesnya umpamanya Perlis yang cuma memerlukan bayaran yuran untuk berpoligami di bayar di pejabat agama dan dengan resit rasmi boleh ditunjukkan kepada mana mana jurunikah bertauliah di Perlis yang akan menikahkan pasangan tanpa apa apa masalah. Inilah cara sebenar Syariah tidak perlu kebenaran isteri pertama malah ada professor daripada Universiti Al Azhar pernah secara berseloroh berkata jika perlu kebenaran ianya bermaksud orang itu bukan isteri tetapi ibu. Malah, segolongan lelaki jika tidak di izinkan berpoligami akan melakukan pelbagai cara yang mungkin berdosa seperti menyimpan perempuan, melanggani pelacur ataupun bernikah di Siam atas kefahaman sempit prosedur poligami terkini di beberapa negeri di tanahair.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila guru bahasa Inggeris lemah berbahasa Inggeris

Posted: 24 Nov 2015 06:05 PM PST

Senario di mana guru kurang mahir berbahasa Inggeris sedang mengajar anak murid bagaimana untuk menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris, berlaku di seluruh Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015.
Laporan mengatakan pelajar Malaysia kurang menguasai bahasa Inggeris dan graduannya gagal mendapat pekerjaan kerana lemah berkomunikasi dengan baik dalam bahasa itu sudah biasa didengar. Tetapi bagaimana pula dengan guru, yang membuat kesilapan sebutan dan tatabahasa serta masih diingati sehingga kini oleh bekas pelajar mereka?
Fatimah (bukan nama sebenar), masih ingat lagi kesilapan yang sering dibuat guru bahasa Inggerisnya ketika di bangku sekolah.

Setiap kali beliau dan rakan-rakan berdiri menyambut guru mereka, cikgunya akan menjawab, "Good morning. Everyone sits (sic) down". Seorang lagi gurunya turut gagal menyebut frasa "poem" dengan betul, manakala yang lain membetulkan dari "the window shattered into a hundred pieces", kepada "the window shattered into hundred pieces".
"Guru itu memangkah huruf 'a' daripada ayat saya dan menolak markah saya!
"Apa gunanya mereka mengajar kami bahasa Inggeris apabila mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris dengan baik?" soal Fatimah.
Dengan mengambil contoh satu posting di Facebook viral awal tahun ini, daripada pengguna bernama Nadia Fauzi yang mendedahkan kertas ujian anaknya, dimasukkan soalan, "What time is the concert starts?"
"Ini bagaimana buruknya standard bahasa Inggeris kita di sekolah-sekolah. Dan apabila anak saya cuba memperbetulkan kesalahan beliau, guru terbabit memanggilnya bodoh dan berkata dia betul dan anak saya salah. Wow," tulisnya dalam posting di Facebooknya yang menjadi viral tidak lama selepas itu.
Tetapi ia satu senario yang berlaku di seluruh Malaysia – di mana guru bahasa Inggeris yang teruk penguasaan bahasanya mengajar murid-murid di negara ini bagaimana untuk menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris.
'Guru bahasa Inggeris sahaja berbahasa Inggeris dalam kelas'
Seorang pengajar komunikasi profesional memberitahu The Malaysian Insider, beliau terkejut apabila 60 guru bahasa Inggeris sekolah rendah yang terbabit dalam kursus Jarak Jauh dan Pembelajaran Online gagal menguasai bahasa tersebut dengan baik.
Usia mereka dari pertengahan 20-an hingga lewat 40-an, dan ada yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk menghadiri kelas beliau sebulan sekali.
"Saya gembira dengan kesungguhan mereka. Mereka matang. Ramai berdisiplin dalam menyiapkan tugasan mingguan dan perbincangan dalam talian mereka," kata pengajar itu yang enggan namanya disiarkan bagi melindungi identiti pelajarnya.
"Tetapi mungkin saya agak terkejut ada yang tidak mempunyai pengetahuan tentang fonetik dan fonologi asas, seperti bagaimana membaca transkripsi yang betul dalam bahasa Inggeris, di mana untuk menekankan dan tidak menekankan sebutan perkataan seperti 'computer' – anda perlu menekankan 'pu' bukannya 'com' – atau irama yang ditegaskan dalam bahasa Inggeris".
Beliau berkata, guru bahasa Inggeris tidak mencapai tarafnya kerana, ia seperti ramai pelajar Malaysia yang lemah menguasai bahasa, hanya mereka yang bercakap bahasa Inggeris di dalam kelas.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah pertahankan tindakan Nurul Izzah

Posted: 24 Nov 2015 06:04 PM PST

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan yang pertemuan antara Nurul Izzah Anwar dan Jacel Kiram adalah diaturkan pemimpin Filipina, dan bukan atas jemputan Nurul Izzah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 November, 2015. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan yang pertemuan antara Nurul Izzah Anwar dan Jacel Kiram adalah diaturkan pemimpin Filipina, dan bukan atas jemputan Nurul Izzah. 

Selepas naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dikecam beberapa pihak, terutamanya dari Barisan Nasional (BN) berikutan pertemuannya dengan anak ketua penceroboh Sulu Jacel Kiram, ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil mempertahankan tindakan anaknya itu, lapor akhbar Sinar Harian. Presiden PKR itu berkata pertemuan yang melibatkan anaknya itu diatur wakil pemimpin Filipina.
"Ia sesuatu yang dipanggil hos, bukan (Nurul) Izzah yang panggil (berjumpa)," katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah memberitahu naib presiden parti Chua Tian Chang akan mengambil tindakan mahkamah susulan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang beliau (Tian Chua) bertanggungjawab mengatur pertemuan itu. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mencetuskan kontroversi selepas Jacel memuat naik gambar mereka bersama dalam Facebook yang menunjukkan kedua-dua wanita memegang poster menuntut pembebasan bapa Nurul Izzah, iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jacel, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III, adalah antara dalang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Kongres KEADILAN 28 November tampil 4 tokoh besar

Posted: 24 Nov 2015 04:03 PM PST

Kongres KEADILANSHAH ALAM 24 NOV: Kongres KEADILAN yang bakal berlangsung pada 28 November ini memilih tema kupu-kupu dengan tema "Bebas Rakyat, Bebas Anwar".
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata kongres yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam turut membawa kelainan dengan menampilkan empat tokoh besar negara.
Katanya, individu itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan seorang bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terbesar yang akan mengumumkan kemasukannya ke KEADILAN tidak lama lagi.
"Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam dan hilang populariti di kalangan rakyat menyebabkan wujud keperluan mendesak untuk kepimpinan alternatif yang boleh membawa negara keluar dari musibah ini.
"Kepimpinan alternatif paling sesuai dengan keperluan mendesak itu tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dipetik Malaysia Kini.
Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu berkata KEADILAN mengambil pendirian bahawa pembebasan rakyat daripada "kepimpinan tempang perdana menteri" berkait rapat dengan pembebasan bekas ketua pembangkang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pas bakal hilang jawatan JKKK di Selangor?

Posted: 24 Nov 2015 04:02 PM PST

Pas
SHAH ALAM - Pas dijangka bakal kehilangan beberapa jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor apabila Parti Amanah Negara (Amanah) mahu jawatan itu turut dibahagikan kepada mereka pada lantikan akan datang.
Ini susulan kenyataan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim bahawa pihaknya sedang mengadakan beberapa perjumpaan bersama pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin daripada DAP bagi membincangkan kuota yang akan diberikan kepada parti itu dalam pembahagian jawatan JKKK dan jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
Katanya, lantikan itu kelak adalah pengiktirafan kepada Amanah sebagai parti politik yang bersama-sama membentuk Pakatan Harapan dengan PKR dan DAP.
"Amanah mempunyai tiga Anggota Parlimen dan dua Adun di Selangor.
"Bagaimanapun berapa jumlah kerusi ahli majlis dan JKKK yang akan diberikan kepada Amanah hanya ditentukan selepas perbincangan mengenainya selesai dalam masa terdekat ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Kesemua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan tamat kontrak perkhidmatan mereka pada penghujung tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>