Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu?

Posted: 22 Nov 2015 08:54 AM PST


Mungkin buat pertama kalinya dalam sejarah sejak kerajaan negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menangis di sidang DUN.

Wakil rakyat itu menangis bukan kerana kehilangan jawatan tetapi kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mempedulikan masalah di kawasan diwakilinya. Itulah yang berlaku kepada ADUN Penanti Norlela Ariffin.

Apa yang menarik Norlela bukanlah ADUN Barisan Nasional (BN) tetapi daripada sekutu paling rapat DAP iaitu PKR. Tetapi ternyata beliau seolah-olah dilayan secara tidak adil apabila kerajaan DAP Pulau Pinang seperti mana didakwa oleh Norlela 'mengabaikan kawasannya'.

Bagaimanapun tangisan Norlela tidak harus dilihat sekadar seorang insan yang menjadi wakil rakyat, jauh daripada itu ia mewujudkan persoalan apakah begitu nasib orang Melayu jika pembangkang memerintah?

Semua orang akui dalam pakatan baharu yang ditubuhkan selepas perpecahan Pas, selain DAP terdapat dua lagi parti iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) tetapi apakah kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan untuk melawan kehendak politik DAP?

Sebab itulah apabila Norlela menangis tiada mana-mana kepemimpinan PKR di peringkat pusat yang bersuara mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius rintihan wakil rakyat tersebut.

Selama inipun semua orang tahu bagaimana hubungan PKR dan DAP. Kedua-dua menjalin hubungan cukup rapat sehingga meminggirkan Pas. Norlela tidak boleh mengharapkan sangat mana-mana pemimpin PKR bersama beliau dalam perjuangan membela nasib penduduk Penanti.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang tafsiran tidak baik adalah wajar jika kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang diketengahkan oleh Norlela. Mungkin mereka tidak berpuas hati dengan tangisan beliau tetapi nasib penduduk Penanti perlu dibela.

Jangan sampai wujud pelbagai andaian tidak enak kepada kerajaan negeri khususnya melibatkan kawasan yang penduduknya majoriti terdiri daripada orang Melayu.

Kerajaan negeri sudah pasti tidak mahu keadaan itu berlaku kerana mereka memerintah bukannya hasil undi satu kaum sahaja tetapi semua kaum di Pulau Pinang termasuklah orang Melayu di Penanti.

Kepada pemimpin-pemimpin PKR pula, mereka sepatutnya tidak membiarkan Norlela keseorangan. Ini memandangkan jika tiada tindakan bagi mendesak kerajaan negeri menangani permasalahan yang berlaku, mereka tidak boleh marah kalau ada tafsiran bahawa tangisan Norlela peringatan untuk orang Melayu.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Betulkah PPZ beri Mah Sing tanah buat kondo?

Posted: 22 Nov 2015 10:24 PM PST


Dahlah NOW tak buat program, tapi nak hancurkan YaPEIM

Posted: 22 Nov 2015 08:30 PM PST





Tak ada tapi tujuannya adalah untuk ....


Polis siasat NOW atas kesalahan curi dokumen

Posted: 22 Nov 2015 06:27 PM PST



22 NOV : Polis memulakan siasatan terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) atas kesalahan mendapatkan dokumen Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) secara tidak sah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar siasatan terhadap Pusat Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dibuat susulan laporan polis oleh Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Abibullah Samsudin Rabu lalu.

"Benar kita sudah memulakan siasatan. Atas salah guna atau kes menyalahgunakan kuasa dan ia di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Khalid.

Laporan Abibullah itu menyatakan bahawa tuduhan NOW ke atas YaPEIM tidak berasas dan dokumen milik YaPEIM diperolehi NGO itu secara tidak sah.

Sepenuh di BNBBC SINI

Kenapa hanya NGO aliran kiri yang bertemu Obama?

Posted: 22 Nov 2015 05:00 PM PST



At meeting with Maria Chin, Ambiga, NGO leaders, Obama says US backs their 'work' | Malaysia | Mobile | Malay Mail Online -

http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/at-meeting-with-maria-chin-ambiga-ngo-leaders-obama-says-us-backs-their-wor

-----------





https://www.hrw.org/news/2015/08/10/nisha-ayub-malaysia

Press Statement
22 November 2015

Barack Obama's statement deeply offensive and insensitive

The Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), iPeguam and Young Professionals (YP) are shocked, outraged and perturbed reading news reports quoting US President Barack Obama as saying that the state should respect Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) rights as part of human rights and that government policy on marriage should be the same for both opposite sex and same sex couples.

Such a statement, purportedly made in response to a query by Dara, one bisexual youth from Thailand, at the US Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) in Kuala Lumpur is clearly an affront to the status of Malaysia, and indeed other nations within the south east Asian region, as sovereign national entities with their own values, based on their own cultural and religious make up.

Malaysia for one, although a nation of multiple ethnicities and faiths, is a nation clearly defined by a Malay Muslim narrative underscored by its history and Constitution. This includes marriage, which is governed by the various state legislative enactments in force throughout Malaysia for Muslims, and by a federal civil law for non-Muslims. The basis for such legislation is Sharia, based on Islam for Muslims and the various teachings of non-Muslim faiths such as Christianity, Buddhism and Hinduism for the non-Muslims. Further, Islam is a fundamental element of Malaysia's existence, as Article 3(1) of the Constitution makes clear. The teachings of Islam as well as the various other religions practised within Malaysia clearly prohibit any notion of same sex relationships, what more marriage. Belief in God is also stated in the Rukun Negara and the citizenry of Malaysia obey the commandment of God in respect of such relationships which are to be condemned as being against what has been proscribed by Him for humanity.

We believe the statement by US President Barack Obama has been made in full cognisance of this, which makes the same all the more vile and repulsive. His statement, regardless of the context it may have been made, is offensive and insensitive as it ignores these fundamental characteristics of this region that is fully known to him. Whist we take note of the recent developments in the United States in particular the recent Supreme Court decision making same sex marriage legal throughout that nation, such a development must be solely confined to that nation alone, and must not in any circumstance be taken as a basis to suggest that similar measures be enacted here. President Barack Obama would do well to pay head to the principle of non-interference in the affairs of other nations as underlined by the United Nations Charter and refrain from meddling in the affairs of other sovereign entities such as Malaysia on the basis of spreading incorrect notions of human rights and universal values here.

We further believe that Barack Obama has no basis to police the world with respect to rights considering the alarming deterioration of the same within the nation he leads, with one recent online report by a British media organisation, namely The Guardian, quoting American Muslims as fearing for their safety after vicious inflammatory rhetoric spewed by the likes of Republican presidential contenders such as Donald Trump and who supports a national database for the registration of all Muslims and Ben Carson's recent description of Syrian refugees as "rabid dogs", a situation described as beyond terrifying by Nihad Awad of the Council on American-Islamic Relations (CAIR) and harks back to the time of the Holocaust with respect to the similarity thereof with Nazi Germany's treatment of European Jews.

Also of concern to us is the meeting of Mr. Obama with representatives of Malaysian groups such as the Maria Chin Abdullah of Bersih 2.0, Steven Thiru of the Bar Council, Ambiga Sreenevasan of Negara-Ku, Cynthia Gabriel of C4 and Nisha Ayub of Justice for Sisters on the sidelines of the Asean Summit recently. It boggles the mind that while Mr. Obama meets with representatives of so-called civil society organisations that do not represent the views of even one percent of the Malaysian population, the views of other more credible Malaysian Muslim organisations in particular with respect to their opposition to the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) are simply disregarded. Such a move by the US President speaks volumes about the intention of the United States in this region, which is clearly calculated to bolster the standing of groups suited to its own interests, and ignore the true concerns of the regions' inhabitants.

We demand Mr. Obama immediately withdraw his inflammatory statement made above and make an unreserved apology to the people of Malaysia in respect thereof, as well as disavow his support for the organisations he has met immediately. We also demand to know the steps taken to ensure the safety and security of Muslims following the alarming trend of Islamophobia taking root in the US mainstream.

A Press Statement by:-

AZRIL MOHD AMIN
Chief Executive
Centre for Human Rights Research and Advocacy
(CENTHRA)

MOHD LUTTFI ABDUL KHALID
Chairperson
Peguam

FAIDHUR RAHMAN ABDUL HADI Chief Executive Young Professionals (YP)
Yang hairannya ...


Nurul tiada mintak maaf ... masih degil kata betul

Posted: 22 Nov 2015 03:45 PM PST




Adakah Mahathir sudah peluk Islam Liberal?

Posted: 22 Nov 2015 07:33 AM PST








Bersatu hati UMNO-PAS hadapi DAP yg anti Islam dan Melayu

Posted: 22 Nov 2015 04:25 AM PST

























ADUN PKR baru sedar DAP utamakan pelacuran dari perkampongan

Posted: 22 Nov 2015 01:25 AM PST





Perlacuran ... opps perlancongan lebih utama dari kampong Melayu. Betul macam Yahudi ...




Norlela ini orang Wan Azizah. Terbuka ke hatinya untuk sedar aksn kebudukan hati DAP?

... atau hanya tangisan lakunan untuk femes



MAHUKAH RAKYAT AJAR PAKATAN HARAPAN DAN DAP JIKA PENSNTI TERPAKSA DIKOSONGKAN UNTUK PRK?


Pasti DAP akan persalahkan kerajaan Persekutuan atau keluar teori konspirasi.




Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAWAK OF THE YEAR- 2016

Posted: 22 Nov 2015 05:30 AM PST



PKR jangan marah kih kih kih Siapa Marah kena jual...!!!
Proksi Sebenar Amerika Akhirnya Diketahui
http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/19-semasa/8502-proksi-sebenar-amerika-akhirnya-diketahui.html

KUALA LUMPUR - Sewaktu ramai yang mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kehadiran Barack Obama ke Malaysia, mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai perjumpaan khusus antara Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan 10 wakil pertubuhan sivil yang diadakan pada 27 April 2014 lalu.

Antara pertubuhan yang terpilih adalah  Islamic Renaissance Front (IRF) diwakili Dr Farouk Musa, Sisters In Islam (SIS) hadir bersama-sama wakil Bersih 2.0, Empower dan Tenaganita. Datuk Ambiga Sreenevasan juga turut hadir pada ketika ini mewakili HAKAM.

Selain itu, turut diundang dalam perjumpaan khusus itu ialah dua wakil Kristian, Tan Sri Murphy Pakiam dan seorang lagi dari Majlis Gereja Malaysia (CCM), manakala dua pertubuhan lain yang turut hadir ialah Suhakam dan Majlis Peguam.

SIS, Empower dan Tenaganita merupakan antara ahli utama gabungan Comango yang membuat sejumlah tuntutan berkaitan hak asasi melampau dan juga kedudukan Islam sebagai agama persekutuan semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) kelolaan PBB baru-baru ini.

CCM pula ialah pertubuhan yang dinaungi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang turut merupakan ahli gabungan Comango.

Ketua Comango, Honey Tan turut hadir malam itu, selain penganjur Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Untuk yang tidak tahu, Bersih 2.0 sememangnya menerima dana dari AS.

Ambiga mengakui bahawa mereka adalah penerima bantuan kewangan daripada National Democratic Institute (NDI) dan juga Open Society Institute (OSI). Kedua-dua organisasi ini memang diketahui sangat berpengalaman dalam mempengaruhi aktivisme politik negara sasaran berdasarkan matlamat jangka panjang dasar luar AS.

Badan-badan ini memang menerima dana khas daripada Amerika seperti, IRF, SUARAM, Malaysiakini, Lawyers for Liberty dan ahli-ahli dalam COMANGO.

Demi melaksanakan hasrat AS menjadi sebuah kuasa imperial, maka Amerika Syarikat telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

Tahun ini. Obama sekali lagi membuat perjumpaan tertutup bersama wakil-wakil pertubuhan sivil ini, dan seperti biasa yang hadir ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Ambiga selaku wakil Negaraku, Cynthia Gabriel, Nisha Ayub, Justice for Sisters Group, juga kelihatan, Premesh CEO Malaysiakini. Mereka-mereka ini jika kita ingat berada juga dalam koalisi COMANGO dan juga BERSIH.

Ini belum kira wakil Malaysia lain yang turut hadir seperti Pengerusi Majlis Peguam Steven Thiru, Pengerusi IDEAS Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz, dan Pengarah Eksekutif Good Shepherd Teresa Symons.

Pegawai AS yang hadir pula ialah Penasihat Keselamatan Susan Rice, Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Benjamin J. Rhodes, Duta Amerika Syarikat Joseph Yun, dan Daniel Russel Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Timur dan Pasifik.

Nama-nama yang hadir pada tahun ini adalah nama yang tidak asing. Bila dilihat kembali, pertubuhan-pertubuhan inilah yang paling terkehadapan mahu meruntuhkan institusi Islam. Tolak hukum hudud lah, tolak negara Islam lah, iktiraf hak LGBT lah, kutuk khutbah Jumaat lah.

Dan macam-macam lagi.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bijak, saya ingin mengajak anda semua berfikir, supaya tidak dicaturkan dalam permainan politik dunia hari ini.

Apa salahnya duduk sebentar, kenal dulu siapa rakan-rakan politik anda ini. Bayangkan jika Obama sendiri tanpa ragu, boleh bersemuka menghadap mereka. Sudah tentulah mereka bukan musuh.

Bahasa lebih tepat, mereka adalah proksi Amerika Syarikat dalam menjalankan agenda imperialisme mereka ke Malaysia.

Namun kita masih lagi hanyut dimomokkan kononnya Najiblah yang menjadi dalang kehancuran negara, sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Mereka dah menyerang kita dari segenap sudut. Tak kan kita masih tak perasan lagi?



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lebih 200 ketua UMNO cawangan akan desak Najib letak jawatan

Posted: 22 Nov 2015 09:14 PM PST

Kumpulan itu terdiri daripada sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan mendesak Muhyiddin mengambilalih jawatan Presiden.
umno
PUCHONG: Lebih 200 ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara akan mengadakan sidang media pada 27 November untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden parti.
Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, kumpulan terbabit termasuk daripada sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
"Kami tidak akan berhenti mendesak sehingga dua tuntutan dipenuhi," katanya sambil menambah tempat sidang media itu akan dimaklumkan kemudian.
Mohd Said berkata, dua tuntutan itu ialah mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, negara menghadapi banyak masalah yang menjejaskan rakyat dan menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk mengambil tindakan untuk agama, bangsa dan negara.
Mohd Said berkata, ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara akan membuat siri-siri sidang media secara berterusan sebagai tekanan kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid ‘hidu bau’ dalang cuba jatuhkan Najib

Posted: 22 Nov 2015 09:14 PM PST


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.
"Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.
"Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.
Perkara itu diumumkan ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah mengadakan satu pertemuan, di Port Disckson, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Obama kepada Najib: Bebaskan Anwar

Posted: 22 Nov 2015 09:11 PM PST

Saya dengar daripada lima orang - rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat serta mereka yang dalam kedudukan untuk tahu, bahawa pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, Presiden Barack Obama menggesa perdana menteri Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot. Bagiamanapun pendirian kerajaan Amerika adalah bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan bahawa Anwar adalah tahanan politik.
Seorang sumber memberitahu saya bahawa jawapan Najib adalah beliau terpaksa mematuhi sistem undang-undang Malaysia. Bagi saya, ia adalah ironis bahawa Najib mahu bersembunyi di sebalik sistem undang-undang Malaysia, sedangkan dirinya sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan dan menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi.
Dan ia bukan hanya digunakan ke atas pembangkang sahaja lagi. Sekarang Najib menggunakannya terhadap pengkritik dalam parti sendiri, dan juga penyiasat yang semakin hampir menemui kebenaran.
Banyak yang telah berlaku sejak permainan golf terkenal pada Disember lalu. Bermula dengan Anwar yang dadapati bersalah pada Februari lalu, muka depan utama akhbar New York Times memperincikan semua dakwaan rasuah sekitar Najib dan keluarganya.
Poortal Sarawak Report pula mendedahkan lebih banyak dokumen mengenai 1MDB dan berbilion-bilion ringgit yang hilang. Semua laporan 1MDB adalah sangat rumit dan sukar difahami. Tetapi The Wall Street Journal kemudiannya menerbitkan sebuah artikel yang semua orang boleh faham. Sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didakwa berakhir di akaun bank peribadi Najib, dan berminggu-minggu, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu berada di akaunnnya.
Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian besar wang didakwa dibawa keluar negara lagi - tetapi tiada siapa yang tahu di mana, dan Najib tidak bercakap. Semua orang dapat memahami cerita ini - anda tidak perlu mempunyai MBA dalam kewangan antarabangsa. Kemudian New York Times melaporkan bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Apa punya nama!
Read More / Baca Lagi >>

268 syor dikemukakan dalam Laporan Audit Negara 2014 Siri 3

Posted: 22 Nov 2015 09:08 PM PST

268 syor dikemukakan dalam Laporan Audit Negara 2014 Siri 3
KUALA LUMPUR: Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 102 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 32 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 134 syor kepada kerajaan negeri.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ambrin berkata dalam Laporan Siri 3 itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua audit dapati Putrajaya tak dapat ‘hasil terbaik’ dalam projek Puspahanas

Posted: 22 Nov 2015 09:07 PM PST

Putrajaya tidak mendapat
Putrajaya tidak mendapat "best value for money" dalam pembinaan projek kontroversi, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang masih belum siap, kata Ketua Audit Negara. Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendapati 3 kelemahan dikenalpasti sebagai punca kerajaan tidak mendapat hasil yang baik daripada projek tersebut.
"Terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang menyebabkan kerajaan tidak mendapat 'best value for money' atas perbelanjaannya.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti yang berikut: "Setakat lawatan audit pada 29 Julai 2015, projek pembinaan Puspahanas lewat disiapkan selama 282 hari disebabkan prestasi kerja kontraktor yang amat perlahan;
"Pengurangan nilai tanah balasan menyebabkan kerajaan menanggung kos projek sejumlah RM26.87 juta;
"Dan Bon Pelaksanaan sejumlah RM4.95 juta lewat dikemukakan syarikat AMSB," kata laporan itu.
Terletak di Presint 11 Putrajaya, Puspahanas akan menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) serta Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).
Awan Megah Sdn Bhd yang diberikan projek itu pada 2005 dimiliki Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah daripada Umno Selangor.
Sepatutnya akademi itu disiapkan pada 2011, tetapi tertangguh beberapa kali sehingga mengundang kritikan wakil rakyat pembangkang dan orang ramai.
Kontroversi bermula dengan cara Raja Ropiaah diberikan projek itu. Beliau mendapatnya sebagai tukar ganti kepada lebih kurang 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan RM27 juta.

Salah Guna Dana: 3,000 penyumbang Yapeim tarik sumbangan

Posted: 22 Nov 2015 09:06 PM PST

Yapeim akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan. – Gambar Facebook Yapeim, 23 November, 2015.  
Yapeim akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan. 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: Pakatan Harapan boleh menang PRU14 atas gelombang anti-Umno

Posted: 22 Nov 2015 05:13 PM PST



Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.
"Dalam pilihan raya umum lepas, kira-kira separuh daripada pengundi mengundi pembangkang, tidak semestinya kerana mereka mengundi pembangkang, tetapi mereka telah mengundi menolak BN.
"Masih ingat ABU? Saya pun kena la," katanya, merujuk kepada kekalahannya di kerusi Parlimen Temerloh kepada calon PAS, Nasruddin Hassan pada tahun 2013.
ABU adalah satu gerakan yang bermula pada tahun 2011, yang mana mesejnya ialah mana-mana parti lain, adalah lebih baik daripada Umno-BN dalam mentadbir negara.
Saifuddin keluar parti dan menyertai PKR pada 14 Oktober, selepas beliau diberi surat tunjuk sebab kerana menghadiri meja bulat Pakatan Harapan awal bulan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat PKR pada Jumaat lepas, Saifuddin menyentuh tentang kemungkinan pakatan pembangkang yang dilahirkan semula, untuk meraih undi Melayu tanpa PAS.
Ini, katanya, akan bergantung kepada kekuatan parti serpihan PAS - AMANAH - pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.
"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

Sudah terpalit dosa mahu diajak orang ke neraka pula ....

Posted: 22 Nov 2015 05:07 PM PST

Kapal besi

Ada sebuah negeri… ada seorang ulama besar bercakap berputar belit, saya hairan kenapa orang boleh mengikut cakap dia. Adakah orang ini tidak berakal ataupun macam mana. Saya hairan.
Saya dengar dulu ulama ini memperjuangkan Islam bermati-matian diharamkan orang-orangnya masuk neraka. Hari ini dia mengajak orang-orang itu masuk neraka, yang peliknya orang itu mengikut saja ke neraka. Ya la orang sudah tidak berakal mengikut saja... sampah masyarakat menghabiskan beras saja.
Sebenarnya ulama itu siapa ya, sampai orang dengar sangat cakap dia. Macam saya tidak dengar sangat lah cakap dia dan ada ramai yang tak layan cakap dia. Hanya orang yang bodoh dan tolol saja yang percaya cakap dia. Sampai mereka tak dapat melihat perangai bos yang sebegitu. Tak boleh berfikir langsung.

Adakah dia tidak melihat tidak ada mata, tidak ada hati ka, sampai begitu bodoh, bodoh… saya hairan zaman sudah berubah kenapa pendirian pengikutnya yang bodoh itu tidak berubah. Ibarat lembu dicucuk hidung tidak boleh berfikir langsung. Kalau saya, selisih malaikat 44. Pasal terlalu bodoh sangat. Sepatutnya zaman sekarang sudah tidak ada orang yang macam itu. Yang bodoh sangat. Sebenarnya tok guru engkau hendak lepaskan diri itu saja tujuannya. Tapi kesian pada orang yang mengikut kerana tidak dapat menilai buruknya.

PKR perlu ringankan beban

Posted: 22 Nov 2015 05:02 PM PST

Di Syok Sendiri 4, data menunjukkan DAP juara jika jumlah kerusi yang dimenangi bertembung dengan parti goyah Barisan Nasional (BN) dijadikan ukuran. PAS pula menjadi juara jika jumlah kerusi yang dimenangi bertembung dengan parti kuat BN dijadikan ukuran. PKR pula menjadi naib juara untuk kedua-kedua kategori.
Selain itu, data juga menunjukkan PKR dan PAS adalah parti paling tertekan kerana terpaksa menghadapi parti kuat BN (Umno, PBRS, PBB, SPDP, PRS, UPKO dan PBS) melebihi 80% jumlah kerusi yang mereka bertanding.

DAP pula mempunyai tugas lebih ringan, di mana 84% kerusi yang ditandingi hanya bertembung dengan parti goyah BN (SUPP, MCA, MIC, Gerakan dan PPP).
PAS sudah biasa dengan situasi begini, kerana realiti politiknya, mereka adalah lawan Umno di kerusi Melayu. Hari ini, hanya 14 kerusi yang tinggal di tangan PAS. Tujuh di Kelantan, 3 di Terengganu, 1 di Perak, 1 di Pahang, 1 di Selangor dan 1 di Kedah.
Enam kerusi PAS di Parit Buntar (Perak), Sepang, Shah Alam, Kota Damansara (Selangor), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Kuala Krai (Kelantan) melompat ke Amanah. Manakala kerusi Tumpat (Kelantan) beralih ke PKR.
Ini bermakna, tiada kerusi PAS yang dapat menarik minat DAP kerana kebanyakan kerusi PAS di kawasan campuran sudah pun dimiliki Amanah, yang kini mengambil alih ejekan masyarakat sebagai "kuda DAP" daripada PAS, jika persepsi dijadikan sebagai bacaan politik semasa semata-mata.
Ini berbeza dengan PKR.
PKR adalah parti yang menanggung beban tertinggi di kalangan pembangkang dengan hakikat 79 kerusi daripada 98 kerusi parlimen yang ditandinginya berdepan dengan parti kuat BN.
Di kebanyakan 79 kerusi ini, PKR memerlukan sokongan penyokong PAS dan Umno jika mereka berikhtiar untuk menang. Tanpa bantuan PAS, peluang PKR di 79 kerusi ini akan menjadi tipis. Jika PKR mengambil sikap DAP bermusuh dengan PAS, peluang PKR memang di 79 kerusi ini akan menjadi sangat tipis dalam keadaan 3 penjuru.
PKR hanya mempunyai hak bertanding berdepan dengan parti goyah BN di 19 kerusi, yang rata-ratanya kerusi campuran dengan peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi. Kerusi ini boleh dimenangi dengan mudah jika PKR dan DAP meneruskan kerjasama dengan anggapan sentimen orang bukan Melayu terhadap BN terus kekal di Pilihan Raya Umum ke-14.
Oleh itu, PKR perlu mencari jalan untuk meringankan bebannya.
Jalan terbaik ialah PKR mengadakan rundingan semula dengan DAP supaya parti itu melepaskan bolotan terhadap 42 kerusinya bertanding melawan parti goyah dan dibahagikan secara sama-rata kepada PKR.
Sebagai balasan, PKR pula melepaskan sebahagian kerusi berdepan dengan parti kuat BN kepada DAP.
Contohnya, PKR boleh meminta DAP melepaskan 10 kerusi (5 kerusi yang DAP tewas, dan 5 kerusi yang DAP menang) bertanding dengan parti goyah BN kepadanya. Sebagai balasan, PKR memberikan hak bertanding di 20 kerusi (yang PKR tewas) berdepan dengan parti kuat BN. Pertukaran barter 1 kerusi berdepan dengan parti goyah BN dengan 2 kerusi berdepan dengan parti kuat BN adalah satu tukaran yang adil pada hemat penulis.
Read More / Baca Lagi >>

Umno cawangan Puchong pula ugut undurkan presiden

Posted: 22 Nov 2015 03:29 PM PST


Umno cawangan ugut undurkan presiden

PUCHONG - Selepas ketua Umno cawangan dalam bahagian Teluk Kemang dan Sepang bersuara melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam cawangan dalam bahagian Puchong juga melakukan perkara sama.
Mereka diwakili tujuh ketua cawangan itu menegaskan agar Najib perlu berundur dengan hormat ekoran masalah yang dialami Umno hari ini.
Ketua Umno Cawangan Kg Railway, Mohd Said Amidon berkata, kalau beliau tidak berani undur, mereka (rakyat) akan undurkannya (Najib).
"Kami merasakan kepimpinan hari ini tidak membawa keuntungan kepada rakyat, malahan meyulitkan lagi keadaan.
"Oleh itu, kami mendesak Perdana Menteri supaya berundur dari jawatan sekarang dan memberikan peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui negara dengan lebih baik," katanya, semalam.
Sidang media berkenaan turut disertai ketua Umno cawangan lain, antaranya, Zahrul Hambali (Sri Tanjung), Hamidan Othman (Bandar Bukit Puchong), Mat Yusof Abd Latif (Puchong Indah I), Mohd Shukor Mustafa (Bandar Puteri) dan Kamarudin Salim dari Kg Tengah Baru.
Katanya lagi, adalah lebih baik Najib berfikir lebih jauh lagi demi masa depan parti keramat ini dan kemenangan PRU akan datang.
"Jangan lupa kami ahli Umno yang meletak anda di atas, bukan atas pilihan anda, tapi di tangan kami ahli-ahli Umno.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Pas boleh cakap apa saja – Anthony Loke

Posted: 22 Nov 2015 03:25 PM PST

anthony loke
Menurut Anthony Loke (tengah), Pas tidak perlu membuat andaian sendiri mengenai perkara berkenaan kerana DAP masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun pandangan berhubung TPPA.
KUALA LUMPUR, 23 November:
"DAP akan menyatakan pendirian parti berkenaan berhubungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) apabila ia dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan kelak," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Menurut Anthony Loke, Pas tidak perlu membuat andaian sendiri mengenai perkara berkenaan kerana DAP masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun pandangan berhubung TPPA.
"TPPA ini merupakan satu perjanjian yang kompleks dan ia memerlukan masa untuk mengkaji kandungan yang terdapat di dalamnya.
"Pas boleh cakap apa sahaja kerana ada Ahli Parlimen mereka yang menyokong bajet yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Jadi, kajian mengenai TPPA sedang dijalankan dan kita akan menyatakan pendirian rasmi mengenainya apabila ia dibawa untuk dibentangkan ke Parlimen," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki semalam yang mendakwa DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPPA.
Semalam, Sinar Online melaporkan Dr Zuhdi berkata DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPPA dan ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPPA dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
"Antara parti yang kuat menentang TPPA ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPPA.
"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," dakwanya.

Nurul Izzah dikritik hebat, kenapa Najib tidak?

Posted: 22 Nov 2015 03:22 PM PST


SERDANG - DAP mempertikaikan sikap kerajaan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kes gambarnya bersama anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang dilihat 'double standard'.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari berkata, layanan berbeza diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika gambarnya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York tersebar.
"Saya nampak seperti biasa, ia satu tindakan yang 'double standard' di mana saya rasa ada juga gambar Datuk Seri Najib dengan orang-orang tertentu tapi kenapa YB Izzah kena, Datuk Seri Najib tidak?," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui pada Kongres Kebangsaan Dapsy 2015, di sini, hari ini.
Gambar Nurul Izzah dan Jacel itu mencetuskan kontroversi berikutan status Jacel sebagai anak kepada Jamalul Kiram III yang sebelum ini mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan menjadi dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Namun menurut Zairil, ia hanya sekeping gambar dan penjelasan sebenar dari Izzah perlu didengar sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Beberapa pemimpin BN mendesak Nurul Izzah meminta maaf kerana dianggap tidak sensitif perasaan mangsa insiden Lahad Datu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada kerjasama Umno, Pas di Selangor - Mat Nadzari

Posted: 22 Nov 2015 03:19 PM PST


Muzakarah

SHAH ALAM - Umno Selangor menyangkal dakwaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa parti itu merancang untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pas di negeri ini.
Menafikan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, tiada sebarang kerjasama terutamanya berkaitan politik wujud antara kedua-dua parti itu.
"Juga tiada sebarang pertemuan dibuat oleh kedua-dua parti dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang didakwa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'My Rezeki Festival' di sini, hari ini.
Dakwaan Husam itu didedahkan menerusi sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebook Husam baru-baru ini.
Pas menerusi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan dakwaan Husam itu tidak berasas kerana Pas hanya bekerjasama dengan Umno dalam  perkara yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat sahaja. - Bernama

Mustafa: Betul ke Husam tak sebut, Khalid?

Posted: 22 Nov 2015 03:17 PM PST



Terima kasih Saudara Khalid Samad kerana memberi respons kepada permintaan saya semalam.

Namun, kenyataan Khalid yang berbunyi: "Kes 2008 bukan yang ditimbulkan Husam. Tumpu pada isu Husam timbulkan dulu" adalah amat janggal dan pelik.

Betul ke Husam tidak bangkitkan kes 2008?

Merujuk kepada Majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab' Datuk Husam Musa yang dilaporkan meluas oleh media, dan salah satu yang menjadi rujukan saya untuk bersemuka dengan Datuk Husam ialah laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Nov 2015, mukasurat 10, bertajuk: "Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri." Rujukan versi Sinar Harian Online: (http://www.sinarharian.com.my/politik/bukti-dakwaan-husam-sanggup-sumpah-talak-isteri-1.451595).

Laporan ini memetik Husam sebagai berkata: "Usaha  berbaik dengan Umno  berlaku pada  pilihan raya  2008, malam itu ada mesyuarat lajnah pusat pejabat Pas, tetiba nak berunding Umno, hancur harapan rakyat,  masa tu DAP tak jahat, PKR tak jahat lagi, jadi  mesyuarat itu berlaku  dua hari selepas PRU13, (bekas AJK Pas ) Khalid samad pergi sebagai 'nyadar' (elak terperangkap), kalau tak mungkin mereka sudah berdakap (berpeluk).."

Husam turut mendakwa bahawa ketika rundingan itu berlangsung selama lima belas minit, beliau ada menghantar mesej kepada saya dan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa bertanyakan pertemuan itu.

Tambah Husam: "Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin esok dia nafi, saya tanya mereka rundingan apa yang dibuat? Tetapi adakah Pas dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh dengan dasar terbuka (tetapi) bukan kerana fulus (duit)."Read More / Baca Lagi >>

Timbalan menteri dakwa Jakim perlukan lebih RM1 bilion setahun f

Posted: 22 Nov 2015 03:14 PM PST

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi  
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan dana lebih RM1 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan umat Islam dan memerangi mereka yang menafikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.  Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi "radikal" dan "pelampau".
Beliau memberi contoh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sebahagian daripada ideologi radikal.

"Selain menguruskan elaun guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain) yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, jumlah peruntukan Jakim dilihat relevan malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.  "Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini yang mana dapat membuka mata kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan Jakim pada tahun hadapan bagi menampung keperluan yang semakin kritikal khususnya dalam menangani golongan yang cuba menafikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.
"Sudah tentulah peruntukan hampir RM1 bilion tidak mencukupi bahkan perlu ditambah melebihi nilai tersebut," tulis Asyraf dalam posting Facebook beliau.
Beliau berkata demikian, mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini yang melaporkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun.
Read More / Baca Lagi >>

ADAKAH MESYUARAT DI PARLIMEN BERTUJUAN MENGHALANG AHLI UMNO BERHIMPUN DAN MEMUDAHKAN LAGI PEMECATAN?

Posted: 22 Nov 2015 03:02 PM PST

Perkara yang menjadi tanda tanya paling besar mengenai mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini ialah mengapa ia diadakan di Bangunan Parlimen dan tidak di Menara Dato' Onn di PWTC?

Walaupun mungkin ada mesyuarat MT pernah diadakan di tempat-tempat lain selain ibu pejabat UMNO sebelum ini,  tetapi rasanya belum pernah lagi ia diadakan di Bangunan Parlimen.

Malah sepanjang mengenali UMNO, saya juga tidak pernah mendengar ada mesyuarat MT diadakan di situ. Saya turut bertanya dengan beberapa pemimpin veteran UMNO dan mereka juga mengesahkan bahawa sejak dahulu pun memang tidak pernah mesyuarat MT diadakan di Parlimen.

Semua Presiden UMNO secara umumnya sedar Parlimen adalah milik rakyat serta merupakan tempat tertinggi untuk menggubal undang-undang dan bukannya kepunyaan mana-mana parti politik. Oleh itu, tidak seharusnya sebarang acara atau mesyuarat parti politik diadakan di situ.

Tetapi kenapa Najib Razak begitu berani mencipta sejarah dan tanpa segan silu melanggar kelaziman itu dengan memulakan amalan menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk mesyuarat MT UMNO?

Apakah mesej yang mahu disampaikannya kepada rakyat? Apakah selepas ini lebih kerap MT UMNO akan bersidang di Parlimen?

Logikkah alasan Azalina Othman Said bahawa mesyuarat MT UMNO kali ini diadakan di Parlimen yang berkebetulan dengan sessi Dewan Rakyat sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya sebarang usul tergempar yang mungkin dibawa oleh pihak pembangkang?

Masuk akalkah juga hujah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemilihan Parlimen sebagai tempat mesyuarat kali ini ialah untuk memudahkan Ahli Parlimen yang menjadi ahli MT UMNO untuk menghadirinya?

Bukankah antara Bangunan Parlimen dengan ibu pejabat UMNO kalau mengikut istilah orang-orang lama hanya "sepelaungan" saja jaraknya?

Berkenaan tarikh asal mesyuarat MT pada 27 November tetapi diawalkan kepada 24 November, bolehkah diterima alasan Tengku Adnan bahawa ia dicepatkan kerana  Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang ditetapkan pada 8 hingga 12 Disember sudah begitu hampir tarikhnya?

Banyak sangatkah bezanya tarikh asal 27 November dengan tarikh baru 24 November? Tidakkah tindakan mengawalkan tarikh mesyuarat daripada Jumaat kepada Selasa semata-mata supaya ia boleh diadakan di Bangunan Parlimen memandangkan tiada sessi Parlimen pada hari Jumaat?
Read More / Baca Lagi >>

Saya bangkitkan soal memerangi rasuah dengan Najib, kata Obama

Posted: 22 Nov 2015 05:19 AM PST

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS. – Gambar Reuters, 22 November, 2015. 
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS. 

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berkata beliau ada membangkitkan mengenai kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah dengan Datuk Seri Najib Razak, walaupun perdana menteri terlibat dengan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma AS$700 juta. Bagaimanapun, Obama enggan mengulas lanjut mengenai siasatan terhadap Najib, sambil menegaskan tidak berniat untuk mencampuri siasatan yang sedang berjalan itu biarpun sudah pulang ke AS.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai siasatan berlaku walaupun pulang ke Amerika Syarikat, saya tidak akan mengulas apa-apa mengenai siasatan atau prosiding undang-undang yang sedang berlaku di negara asing ketika saya menjadi tetamu.

"Tetapi saya ada membangkitkan kepada perdana menteri, sama seperti saya berjumpa dengan ramai pemimpin di sini di Asia Tenggara, Afrika, Amerika Latin, dan mana-mana saya pergi, mengenai kepentingan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kepentingan membanteras rasuah, di mana kesemuanya adalah halangan perkembangan, semua perkara itu, menyumbang kepada kemiskinan dan membantutkan pertumbuhan, "katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Obama berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai hasil perbincangan beliau dengan Najib mengenai "skandal dana pelaburan" itu, memandangkan beliau sudah berjanji semasa majlis dialog 2 hari lepas beliau akan membangkitkan isu ketelusan dengan perdana menteri.
Obama berkata, mana-mana negara yang berjaya menyelesaikan masalah rasuah akan segera memperbaiki kedudukan mereka, walaupun kekurangan sumber atau tidak mempunyai perairan.
Beliau juga memberi amaran mana-mana negara yang gagal menangani rasuah akan "gagal" tidak kira jika mereka memiliki sumber yang banyak.
"Saya juga menekankan kepada Najib mengenai kepentingan masyarakat sivil dan kebebasan media di negara-negara yang berkembang maju," kata Obama.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal dana asing RM2.6 bil, Obama enggan komen

Posted: 22 Nov 2015 04:28 AM PST

Isu RM2.6 bil, Obama enggan komen KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengaku ada membangkitkan mengenai kepentingan membanteras penyelewengan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai penyiasatan berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib, Obama enggan memberi sebarang komen.

"Sebagai menghormati Najib, saya tidak memberi komen tentang siasatan di Amerika Syarikat dan sudah pasti saya tidak akan memberi komen bagi apa-apa siasatan yang mungkin dijalankan di sini.

"Namun saya ada bangkitkan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti serta membanteras gejala korupsi dalam pertemuan saya dengan Najib sama seperti apa yang saya bangkitkan bila bertemu dengan pemimpin di serata dunia," katanya dalam sidang media merumuskan lawatannya ke Malaysia, hari ini.

Katanya, gejala begini membantutkan pertumbuhan mana-mana negara jika dibiarkan berleluasa.

Menurut Obama, jika masalah seperti ini dapat diselesaikan, negara terbabit mampu untuk terus maju.
Obama turut menyatakan beliau tidak mengharapkan setiap negara mengikut hala tuju Amerika Syarikat.

Obama kata harga ubat naik, mana komen menteri?

Posted: 22 Nov 2015 02:54 AM PST


SERDANG - DAP membangkitkan soal 'kehilangan' Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas isu harga ubat didakwa bakal naik selepas perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dimetrai.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selepas pengesahan kenaikan harga ubat dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin, tiada sebarang kenyataan balas dari mana-mana menteri.
"Kita bimbang bahawa jika setuju TPP, harga ubat akan naik. Kita tanya kerajaan BN tak mahu jawab.
"Tapi sekarang kita dapat jawapan daripada Obama. Beliau mengakui bahawa harga ubat akan naik.
"Setelah Obama cakap, saya tidak melihat sebarang respons daripada menteri-menteri. Tok Pa pun telah menghilangkan diri. Mana Tok Pa? Saya harap Tok Pa boleh jawablah," katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan Dapsy 2015, di sini, hari ini.
Kelmarin, Obama dilaporkan mengesahkan bahawa harga ubat di negara ini akan mengalami kenaikan selepas perjanjian TPP dilaksanakan ketika menjawab soalan penonton pada pertemuan dengan alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).
Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan jaminan Mustafa sebelum ini di mana beliau berkata, TPP tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.
Susulan itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkara itu.
"Sekiranya isu-isu ini tidak mendapat penjelasan, saya rasa kita harus memberikan tekanan kepada kerajaan. Tak perlu kita beri tekanan kepada AS. Dia sudah tentu nak pentingkan rakyatnya. Itu biasa.
"Kalau soalan seperti ini tidak dapat dijawab dengan teliti, Saya rasa DAP tidak ada pilihan melainkan menentang TPP apabila dibahaskan di Parlimen," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dapat dokumen YaPEIM secara tidak sah, NOW sedia beri kerjasama pada polis

Posted: 22 Nov 2015 02:52 AM PST

akmal
Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata sehingga hari ini pihaknya masih belum dimaklumkan atau dihubungi oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.
KUALA LUMPUR, 22 November:
National Oversight & Whistleblower (NOW) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan mendapatkan dokumen Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) secara tidak sah.
Pengarahnya, Akmal Nasir berkata sehingga hari ini pihaknya masih belum dimaklumkan atau dihubungi oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.
"Kita akan berikan kerjasama namun kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat esok," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan pihaknya telahpun memulakan siasatan ke atas NOW.
Jelasnya, ia susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pengarah Eksekutif YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, Rabu lalu.
"Benar kita sudah memulakan siasatan. Atas salah guna atau kes menyalahgunakan kuasa dan ia di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujar Khalid.
Terdahulu, Abibullah dalam laporan polisnya menjelaskan bahawa tuduhan yang dikemukakan oleh NOW ke atas YaPEIM itu tidak berasas dan dokumen diperolehi kumpulan itu secara tidak sah.
Siasatan polis berkenaan merupakan tindakan terbaharu yang dihadapi NOW selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman fitnah terhadap Akmal berhubung dakwaan penyelewengan YaPEIM untuk membiayai lawatan menteri itu ke luar negara.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 19 November lalu dan dalam pernyataan tuntutan sebanyak 10 muka surat itu, Jamil Khir memohon perintah injuksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk fitnah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am dan teruk, permohonan maaf secara terbuka daripada Akmal menerusi akaun Facebooknya, laman web NOW serta akhbar tempatan.

Gambar Nurul Izzah-Jacel bukan isu besar – Chegubard

Posted: 22 Nov 2015 02:42 AM PST

chegubard
Chegubard mendesak Ahmad Zahid dedahkan tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang pencerobohan di Sabah, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 22 November:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mendedahkan dalang pencerohan di Lahad Datu, pada 2013.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu lebih penting daripada isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bergambar dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram yang dipergunakan sepenuhnya beberapa pihak untuk kepentingan tertentu.
Menurut Badrul Hisham, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu menyatakan kononya beliau sudah mendapat butiran tiga pemimpin pembangkang yang didakwa adalah dalang pencerobohan di Sabah, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, apabila didesak, beliau agak panik dan mencari alasan dengan mengatakan sudah menyerahkan tiga nama itu kepada Peguam Negara dan akan mendedahkannya, selepas kes itu dibawa ke mahkamah.
"Kini, sudah hampir tiga tahun, tetapi Ahmad Zahid masih gagal dedahkan dan beliau jelas menjadikan isu Lahad Datu sebagai modal politik Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, tanpa mempunyai rasa simpati kepada mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi.
"Hingga kini, Ahmad Zahid menipu untuk mendedahkan nama tiga pemimpin pembangkang yang kononnya beliau tahu menjadi dalang (pencerobohan itu). Maka, yakinlah beliau akan terus mengelak, kerana beliau mengambil kesempatan politik terhadap apa yang terjadi," katanya menerusi laman blognya hari ini.
Mengulas isu gambar Nurul Izzah dan Jacel, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard memberitahu, perkara itu dijadikan isu, sehingga ada yang tampil membuat laporan polis.
"Sebenarnya, ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul, kerana gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram, ketika mereka berdua bertemu dalam program anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy.
"Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika ia salah, maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan ketua negara haram Israel, yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan," tegasnya.

Wong Kah Woh ketua Pemuda DAP baharu

Posted: 22 Nov 2015 02:41 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam pemilihan jawatankuasa Pemuda yang diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam pemilihan jawatankuasa Pemuda yang diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning Wong Kah Woh hari ini menang sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin. Wong memenangi jawatan itu dengan 249 undi berbanding Yeo yang mendapat 156.
Yeo menerima keputusan itu dengan hati terbuka walaupun tewas.

Timbalan ketua Pemuda DAP pula dimenangi Wong King Wei dengan 247 undi berbanding lawannya yang meraih 158. Setiausaha Pemuda DAP pula dimenangi Lew Chee Kwan dengan 225 undi.
Manakala, Arul Kumar Jambunathan dan Liow Cai Tung pula menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda DAP.
Pemilihan jawatankuasa Pemuda diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Muhyiddin, Shafie Apdal ‘terselamat’ dari dipecat

Posted: 22 Nov 2015 02:21 AM PST

Muhyiddin Shafie
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dikenakan tindakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti, pada Selasa ini.
Tengku Adnan berkata, siasatan terhadap kedua-dua pemimpin itu oleh Lembaga Disiplin parti masih berjalan dan Umno tidak akan mengenakan tindakan termasuk memecat atau menggantung ahlinya sesuka hati, lapor sebuah portal.
"Mesyuarat berkenaan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini diawalkan kepada Selasa kerana masa yang semakin suntuk sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 bulan depan dan diadakan di Parlimen bagi memudahkan ahli MT yang kebanyakannya ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Berkhatan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan 2015 di sini, pagi ini.
Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan Muhyiddin dan Shafie akan dikenakan tindakan termasuk dipecat atau digantung daripada parti itu pada mesyuarat MT Umno Selasa ini.

Tengku Adnan tolak spekulasi motif mesyuarat MT Umno diawalkan

Posted: 22 Nov 2015 02:19 AM PST

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak spekulasi berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual Selasa ini (24 November), sambil menyatakan ia didalangi pihak yang mahu mengeruhkan perpaduan parti. Beliau juga menafikan dakwaan mesyuarat itu sengaja diawalkan daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 27 November memandangkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan kini berada di luar negara.
"Semua pihak dimaklumkan mengenai tarikh mesyuarat tersebut dan ia diawalkan untuk memberi masa bagi persiapan Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember nanti," katanya kepada media selepas Program Berkhatan Perdana Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Mengenai kertas siasatan oleh Lembaga Disiplin berhubung beberapa pemimpin parti, Tengku Adnan yang juga menteri wilayah persekutuan berkata siasatan masih berjalan dan apabila siap, laporannya akan diserah kepada MT untuk membuat keputusan. "Terserah kepada MT untuk mengambil tindakan atau tidak... ia hanya khabar angin," katanya. – Bernama

Tindakan Bangladesh usaha hapuskan Gerakan Islam

Posted: 22 Nov 2015 02:14 AM PST


وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." [Surah Ali-Imran: 169]

Tindakan rejim Bangladesh di bawah Presiden Abdul Hamid melaksanakan hukuman mati kepada pimpinan Jamaat e-Islami Bangladesh adalah perbuatan kejam dan zalim.

Sekiranya dengan tindakan itu mereka menyangka akan melumpuhkan perjuangan Islam, kami di seluruh dunia mengimani bahawa itulah kemuncak kegemilangan perjuangan kami. Ia tidak akan sesekali mematikan Gerakan Islam sebagaimana ayat surah Ali Imran yang dinyatakan.

Dunia hari ini menjadi saksi, penggantungan mati Setiausaha Agung Jamaat e-Islami Bangladesh, Syeikh Ali Ahsan Muhammad Mujahid sebagai senarai rentetan usaha Kerajaan Bangladesh mengekang kebangkitan Islam di negara itu.

Kerajaan Bangladesh sebelum ini telah pun menggantung beberapa orang pimpinan Jamaat e- Islami seperti As-Syahid Syeikh Abdul Qader Mullah pada 12 Disember 2012 dan As-Syahid Kamaruzzaman pada 11 April tahun ini.

Mereka telah dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang, sedangkan yang diperjuangkan mereka adalah tuntutan kemerdekaan dengan Pakistan pada tahun 1971. Inilah adu domba, fitnah dan usaha memburukkan imej Islam di sepanjang zaman sebagai tindakan mengekang kebangkitannya.
Read More / Baca Lagi >>