Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


UMNO-Pas, 
Pas-UMNO?

Posted: 21 Nov 2015 05:27 AM PST


Difahamkan para pemimpin pembangkang mempersendakan rancangan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sama ada Pas yang mahu bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya, ia adalah satu perkembangan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Melayu dan seluruh negara.

Itulah yang ada di dalam hati bangsa itu sebenarnya selama ini. Di dalam hati kecil mereka walaupun orang UMNO atau orang Pas bahkan Melayu tanpa pegangan kepartian mahu melihat perpaduan itu tercapai.

Bukan ia tidak pernah berlaku, ia pernah berlaku sekitar tahun 1978 dahulu. Walaupun kemudian ia berpecah, tetapi ia adalah satu proses pemulihan untuk kedua-dua pihak. Semasa kebuntuan berlaku, kedua-duanya secara spiritual bertaut secara lahiriah.

Semua pemerhati politik mahu melihat apa yang bakal berlaku dengan pemaufakatan ini. Bukan mudah kedua-dua parti politik Melayu itu boleh disatukan. Ia semuanya bergantung kepada kepemimpinannya yang bertunjangkan doktrin masing-masing.

Pas sedar bahawa hubungannya dengan DAP tidak boleh pergi ke mana. Jika Islam yang mahu dibawanya maka DAP bukan regunya. Semua mengetahui yang PKR hanyalah parti yang bersifat Anwarisme dan Azizahisme semata-mata. Ia tidak akan kekal.

Sebab itu mereka perlu menubuhkan pakatan baharu diberi nama Amanah untuk terus hidup. Saya percaya sekiranya gagasan ini berjaya, satu dimensi baharu politik negara ini akan berlaku.

PRU14 akan memperlihatkan arus perubahan Malaysia pasca 2020. DAP yang bangga mengatakan 100 peratus Cina berada di belakang mereka harus merencanakan semula strateginya.

Lim Guan Eng-isme dan Lim Kit Siang-isme sedang bermain bersungguh-sungguh dengan perang psikologi. Perancangan mereka untuk membunuh karekter Najib dan kerajaannya juga akan terencat.

Selama ini mereka terlalu yakin, parti kerajaan sedang sibuk menyelesaikan hal rumah tangganya, tanpa memberi tumpuan untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan. Ternyata permainan catur ini cukup hebat.

Kita tunggu dan lihat. Siapa yang akan kena checkmate?

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sedarlah PAS .... masa tendang DAP kafir harbi, PAN Munafiq

Posted: 21 Nov 2015 09:44 PM PST





Inilah perangai sebenar DAP ...





Jangan lagi percaya DAP. Yg bersekongkol pun rosak.







DAP bukan hebat mana mentadbir pun












Bab DEIG si Akmal NOW berdiam saja

Posted: 21 Nov 2015 05:56 PM PST


Kenapa isu yang ada kaitan dengan penyelewengan serta pembaziran yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor ni tak nak pulak Si Pengarah syarikat NOW Sdn. Bhd. tu dedahkan?


Kenapa syarikat yang berorientasikan fitnah tu tak nak pulak mendesak agar pihak Rejim Pakatan Selangor menjelaskan pembaziran yang dilakukan seperti yang didedahkan dibawah ni?

     PETALING JAYA: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mengkritik kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan memperuntukkan RM9.7 juta untuk 'mencantikan' pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

    Dia yang mengisytiharkan ahli PKR seumur hidup berkata, kerajaan Selangor melakukan pembaziran kerana memperuntukan sejumlah besar wang hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.

    Katanya, selama ini pembangkang mendedahkan pembaziran dan ketirisan wang rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional namun pendedahan RM9.7 juta diperuntuk untuk pintu gerbang itu amat mengejutkan.



    "Saya tidak mahu bercakap berkenaan proses penganugerahan tender kepada syarikat yang mengguna istilah arab tersebut atau bagaimana sumber bajet , tetapi saya hanya memfokuskan kenapa jumlah sebegitu hanya untuk cantikkan pintu gerbang?, katanya menerusi kenyataan media.

    Dia berkata, laporan terbaharu itu menambahkan kontroversi Azmin selepas itu penubuhan syarikat RM2 untuk menjaga aset Selangor, isu Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang dikatakan belum beroperasi tetapi telah memohon pinjaman bank, kegagalan menghalang kenaikan tol menerusi anak syarikat yang memiliki kepentingan dalam syarikat konsesi tol dan kelulusan pembinaan lebuh raya bertol.




Jelas, tindakan mendiamkan diri yang dilakukan oleh Si Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd. terhadap isu itu membuktikan bahawa dia hanya sekadar nak cari Publisiti Murahan dan bukannya nak menegakkan Kebenaran. Kalau dah dasar Pencacai tu, maka Pencacai la jugak!!!

Petik dari SEMUT HITAM

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


APAKAH BAHASA RASMI DAPig ?

Posted: 21 Nov 2015 02:54 PM PST


   

   

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Semua 20 universiti awam setuju haramkan hisap vape di universiti kata Menteri Pendidikan Tinggi

Posted: 21 Nov 2015 08:35 PM PST

Semua 20 universiti awam setuju larang hisap vape di universitiKANGAR: Semua 20 universiti awam bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik dan rokok diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata keputusan itu dicapai bersama oleh Naib-naib Canselor di 20 universiti awam berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

"Walaupun sebelum ini ada naib canselor yang mengumumkan pengharaman menghisap vape dan rokok dalam kawasan universiti, saya menyifatkan keputusan bersama ini adalah tepat kerana universiti adalah zon hijau.

"Dahulu, hanya rokok yang diharamkan dihisap (di universiti), sekarang kita perluaskan kepada vape atau rokok elektronik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-6 di Dewan 2020 di sini, malam tadi.

Beliau berkata universiti diberi kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut dan kerajaan tidak akan campur tangan.

Mengenai sukan dalam kalangan pelajar universiti, Idris berkata kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk menggalakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dari kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah demokrasi itu juga penyertaan politik?

Posted: 21 Nov 2015 08:33 PM PST

Saufi Arif


Dalam kita memahami pengertian demokrasi, usah kita menolak kepentingan penyertaan politik sebagai satu elemen penting dalam menjalinkan demokrasi yang tulen.
Penyertaan politik yang bagaimana dimaksudkan? Adakah hanya dipelopori golongan "politician" pembangkang? Golongan kapitalis? Golongan elit? Kakitangan awam dan swasta? Mahasiswa? Masyarakat desa?
Kalau difahami secara konseptual atau literal, penyertaan politik adalah satu orientasi masyarakat untuk merubah. Pada masa yang sama, penyertaan politik dapat difahami melalui kegiatan masyarakat sivil dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan kerajaan melalui individu ataupun kelompok untuk bersifat mendesak perubahan untuk memperbaiki pembangunan demokrasi, ekonomi, politik serta taraf hidup masyarakat.

Penyertaan politik bukan hanya melalui pembuangan undi dalam peti, tetapi juga boleh diterjemahkan melalui demonstrasi, desakan melalui badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan masyarakat. Penyertaan politik bukan hanya terjadi jika mana sesuatu hak itu atau akan dicabuli, jika hak itu tidak dicabuli maka tiada penyertaan politik berlaku dalam masyarakat sivil. Jika itu, maka ia adalah kepalsuan dalam proses pendemokrasian masyarakat. Dalam kata lain ialah, penyertaan politik memerlukan idealisme, aktivisme serta komitmen secara berterusan untuk menjaga "kuasa" masyarakat supaya tidak dipermainkan kerajaan. Disebabkan yang demikian, masyarakat sivil memiliki "kuasa" dalam menstrukturkan kehidupan pentadbiran yang masyarakat inginkan dalam sesebuah negara.
Dengan adanya "kuasa" masyarakat, maka secara tidak langsung pendemokrasian akan berlaku secara semula jadi. Dengan adanya "kuasa" masyarakat juga maka kerajaan dapat diwujudkan melalui pilihan raya.
Dengan ini dapat digambarkan, masyarakat sivil memiliki "kuasa" dalam menetapkan atau mengubah suasana demokrasi jika terdapat keperluan. Namun begitu, dalam menghadapi kerencaman permasalahan manusia, penyertaan politik tidak mendapat dokongan yang bersifat solid dalam lapisan masyarakat.
Tidak tahu di mana silapnya? Adakah kerana, masyarakat merasakan jika permasalahan itu tidak menjejaskan serba serbi kehidupan mereka maka mereka tidak perlu untuk "public participation".

Read More / Baca Lagi >>

Obama harus ditahan kerana menghasut, hina Islam!

Posted: 21 Nov 2015 08:31 PM PST

Amin Iskandar

Dalam lawatannya ke Malaysia kali ini, selain mempromosikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sempat bercakap tentang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan perkahwinan sejenis.
Menjawab pertanyaan seorang belia biseksual dari Thailand tentang apakah seseorang patut dipenjarakan kerana mempunyai orientasi seksual berbeza, Obama berkata, ianya tidak seharusnya dilakukan.
Obama berkata, walaupun orang ramai mempunyai agama dan tradisi budaya mereka yang tersendiri, tiada siapa patut memaksa seseorang untuk berkelakuan mengikut cara tertentu.

Katanya, sesebuah negara seharusnya mengiktiraf perkahwinan bagi semua pihak termasuk perkahwinan sejenis.

Ironinya, Malaysia kini sedang memenjarakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ertinya di Malaysia, hubungan sejenis tidak dibenarkan dan pelakunya boleh dipenjarakan. Apa lagi untuk mengharapkan perkahwinan sejenis diiktiraf.
Jadi, kenyataan Obama agar negara perlu mengiktiraf perkahwinan sejenis bolehlah dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sempat lagi untuk polis menahan Obama pagi ini sepertimana yang pernah dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media apabila didapati menghasut.
Jais perlu ambil tindakan terhadap Obama
Selain itu, mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah bercanggah dan boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.
Obama mengeluarkan kenyataan itu di Taylor's University di Petaling Jaya yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Bukankah sebelum ini Jais mempunyai "rekod cemerlang" menyerbu gereja kerana takut akidah umat Islam diganggu gugat?
Read More / Baca Lagi >>

MAKA CELAKALAH BAGI KAMU yang membawa bala kepada negara kami...

Posted: 21 Nov 2015 08:04 PM PST


Wahai para pengundi Benjamin Netanyahu... Sujud syukurlah kamu di atas kehadiran bapak penjenayah seluruh alam ke Malaysia dengan membawa khabar berita baik... Lepas ni kalau sakit telan je pil kuda jer... Tak pon jangan sakit, terus mati je..

Adakan referendum dalam memutuskan TPPA

Posted: 21 Nov 2015 08:02 PM PST

Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara disambut dengan perhimpunan aman oleh pelbagai segmen rakyat termasuk Parti Amanah Negara bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan kerajaan Malaysia untuk menandatangani Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA).
 Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap TPPA adalah berkaitan kehilangan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara ini di mana di bawah TPPA, sebarang pertikaian antara kerajaan dan syarikat asing terlibat, ia akan dibicarakan di tribunal antarabangsa yang dikenali Investor-State Dispute Settlement(ISDS).
Di mana undang-undang antarabangsa yang akan mengatasi undang-undang dan bidangkuasa mahkamah negara.
Sudah terdapat banyak 'precedent' kes yang telah dibawa ke tribunal ISDS dan di antaranya adalah kes Chevron terhadap Ecuador di mana keputusan Mahkamah Ecuador mendenda Chevron di atas kesalahan undang-undang alam sekitar telah dicabar di tribunal tersebut.
Keperitan hidup rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barang akan bertambah derita di mana harga barangan yang diimport akan meningkat terutamanya ubat-ubatan.
Ini kerana penggunaan ubat generik selama ini pasti akan terhenti di mana rakyat perlu menggunakan ubat asli yang diimport dari Amerika Syarikat.
Kehilangan pekerjaan juga adalah satu lagi risiko besar kerana dibimbangi syarikat asing terlibat lebih cenderung mengupah pekerja asing yang pasti akan memberikan kesan buruk kepada sosio-ekonomi rakyat Malaysia.
Golongan khidmat profesional tempatan seperti peguam dan arkitek juga akan terkesan apabila terpaksa bersaing dengan profesional luar dalam pasaran terbuka ini.
Sesungguhnya TPPA adalah 'gateway' kepada penjajahan baru negara ini. Penjajahan 'colonial' Inggeris di Perak bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 yang telah membuka pintu kepada Inggeris menguasai ekonomi dan pentadbiran Perak.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana Jakim belanja hampir RM1 bilion tahun ini..!

Posted: 21 Nov 2015 08:01 PM PST

Ekoran perdebatan kerelevanan Jakim, aktiviti-aktiviti jabatan agama itu dibentangkan bersama kos hampir RM1 bilion yang diperuntukkan. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun. Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi tajuk perdebatan selepas anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail mengatakan ianya perlu dimansuhkan kerana lebih banyak campur tangan kepada kehidupan peribadi umat Islam di Malaysia.
Kenyataan anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu menimbulkan perdebatan hangat berhubung peranan dan kerelevanan agensi yang menguruskan hal ehwal agama Islam itu.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim lebih relevan pada hari ini kerana berdepan dengan Syiah, Islam liberal dan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha enggan melayan permintaan The Malaysian Insider untuk wawancara tentang bagaimana wang dibelanjakan jabatan itu.
Sementara itu, pegawai perhubungan awam badan persekutuan memberitahu The Malaysian Insider mereka tidak mendedahkan sejarah kewangan Jakim atau akaun yang diaudit kepada umum.
Menurut Perbendaharaan, objektif Jakim boleh dibahagikan melalui 3 perkara utama:
a) mengembangkan Islam; b) menghasilkan pemimpin yang berkredibiliti; dan c) membentuk pengurusan sistem berdasarkan nilai dan etika Islam.
Bagi mencapai sasaran itu tahun ini, Jakim menerima peruntukan kira-kira RM819,074,900 daripada Bajet 2015. Pada tahun hadapan pula jumlah itu bagaimanapun dikurangkan kepada RM724,594,600.
Laman sesawang Perbendaharaan menunjukkan bagaimana dana ini digunakan tahun ini, termasuk "hasilnya" dan aktiviti polisi paling banyak menggunakan peruntukan daripada bajet Jakim.
Polisi = RM531,392,000

Dianggarkan sebanyak RM531,392,000 dibelanjakan tahun ini, dan antaranya menumpukan kepada mengawal usaha penyelewengan akidah umat Islam dan aktiviti mengancam keselamatan negara.
Antara objektif lain dalam kategori itu termasuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; menguatkuasakan undang-undang syarak negeri; menerajui usaha penyelidikan isu semasa dalam bidang akidah, syariah dan falak dan muamalat serta menyelaras pengurusan pendidikan Islam sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat.
Berdasarkan jangkaan Perbendaharaan, Jakim melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut daripada aktiviti polisi itu:
·      6 program diadakan di negeri, daerah dan peringkat antarabangsa;
·      10,000 pensijilian halal dalam dan luar negeri;
·      2,243 kajian dan pemantauan dilakukan;
·      35 program penyelarasan pengurusan dan pembangunan fatwa dalam dan luar negara;
·      10 program penyelarasan meningkatkan kualiti pendidikan.
Bagi tahun hadapan, RM486,772,000 diperuntukkan untuk aktiviti polisi dan dijangkakan hasil program kekal sama.
Pengurusan = RM125,223,600
Read More / Baca Lagi >>

Amanah syor Razman, Mujahid debat

Posted: 21 Nov 2015 07:59 PM PST

Amanah syor Razman, Mujahid debat
PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.
Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.
Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk 'Baiah Yang Dikhianati' dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong.
Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan.
"Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu.
"Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.
"Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati," katanya pada sidang media, di sini.
Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak.
Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah.
Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru mati, dia ‘brona’...

Posted: 21 Nov 2015 07:57 PM PST


Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Pas menyelar tindakan sesetengah pemimpinnya yang hanya setia kepada parti itu ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih memimpin parti, sebaliknya mengkhianati perjuangan setelah ketiadaan pemimpin tersebut.
Tanpa menamakan pemimpin terbabit, AJK Pas Pusat, Datuk Nassuruddin Daud berkata, sewajarnya semua perlu mempertahankan perjuangan dibawa  arwah Tok Guru dan bukannya mengkhianati sesama sendiri selepas pemergiannya.
Menurutnya, pemimpin mahupun penyokong sepatutnya taat kepada Pas kerana asas perjuangan Islam menjadi pengukuhnya, bukannya mengikut dan sayangkan parti semasa arwah masih ada.
"Ada orang ni dia kuat Pas apabila Tok Guru ada , bila Tok Guru mati, dia 'brona' (bermasalah). Jangan, (ikut parti) bukan kerana Tok Guru, (tetapi) kerana ALLAH SWT.
"Kita turut Tok Guru sebab beliau perjuangkan perjuangan Islam. Jangan masa Tok Guru ikut, masa Tok Guru tiada kita khianat," katanya dalam Ceramah Perdana Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu di sini, malam kelmarin.
Nassuruddin yang juga  Ketua Penerangan Pas Kelantan berkata, pemimpin terbabit sepatutnya  rasa malu dengan penyokong yang memberikan peluang menjadi pemimpin suatu masa dahulu.
"Ada  yang jual padi untuk derma kepada Pas, toreh getah derma pada Pas, jual pisang untuk Pas, tiba-tiba orang yang diberi amanah ini mengkhianati perjuangan kita," katanya.
Dalam masa sama, Nassuruddin turut menyindir kumpulan tertentu dalam Pas yang sanggup menikam sesama sendiri tanpa menyedari, telah mendapat manfaatnya sebagai pemimpin.
"Pohon 60 tahun sudah banyak dapat hasilnya, termasuk yang khianat pun makan hasil ini juga, tetapi tidak sedar sampai hendak tebang pohon.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Umno Join PAN, Ok ?

Posted: 21 Nov 2015 07:50 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Ada yang bertanya saya, bagaimana jika orang Umno tak mahu join Pas, tetapi mahu join Pan? Saya jawab, itu sudah bagus. Asalkan bukan Umno.
2) Mungkin orang Pas tak setuju dengan saya. Mereka tentu mahu orang Umno masuk Pas. Tetapi jika orang Umno itu tak suka sama Pas, its Ok lah to join Pan.
3) Soalan lagi, kalau begitu parti pengkhianat itu akan jadi kuat, kan? Saya jawab, Pan bukan parti pengkhianat. Ia adalah parti yang membawa aspirasi baru yang cuba untuk mengisi kekosongan yang Pas tidak mahu capai.
4) Pan tetap parti pengkhianat! Saya jawab, tidak. Yang khianat mungkin 18 orang pimpinan itu sahaja yang berpakat menubuhkan Pan.Itu pun hanya pada pandangan orang Pas.
5)Tetapi bagi orang Umno yang menyertai Pan, kita tidak perlu anggap ia pengkhianat. Mungkin Umno sahaja yang akan anggap ia khianat.
6) Pan akan bergerak sebagai parti arus nasional setelah habis generasi bekas pemimpin Pas yang memimpin Pan itu berlalu. Generasi seterusnya yang mengemudi Pan, tidak harus kita gelar pengkhianat.
7) Mungkin tahaluf siyasi dengan Pan generasi seterusnya boleh berlaku. Pan hari ini mungkin mesra Dap. Akan datang, belum tentu Dap akan mesra dengan Pan.
Sekian.

Husam tak timbulkan pertemuan PAS-Umno 2008, Khalid beritahu Mustafa

Posted: 21 Nov 2015 07:48 PM PST

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad meminta supaya tumpuan diberikan kepada isu dibangkitkan Datuk Husam Musa tentang keinginan PAS membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad meminta supaya tumpuan diberikan kepada isu dibangkitkan Datuk Husam Musa tentang keinginan PAS membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad meminta Datuk Mustafa Ali memberikan tumpuan kepada isu yang dibangkitkan Datuk Husam Musa, iaitu pengakuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang PAS mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor. Khalid yang kini berada di Arab Saudi, mengulas permintaan Mustafa agar beliau memberikan penerangan dalam isu pertemuan antara PAS dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Kes 2008 bukan yang ditimbulkan Husam. Tumpu pada isu Husam timbulkan dulu," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.

Mustafa yang kini pengarah pilihan raya PAS, dalam kenyataannya semalam terkilan dengan tindakan parti Islam itu menyekat cadangan bersemuka dengan Husam tetapi akur dengan keputusan itu. Disebabkan itu, Mustafa meminta Khalid yang turut serta menemui pimpinan Umno memberikan pencerahan.
Mustafa yang sebelum ini setiausaha agung PAS, meminta Khalid memberikan pencerahan mengenai siapa yang minta berjumpa Umno dan mengapa mereka sanggup untuk berjumpa.
Husam ketika memberikan ceramah di Kota Baru, Kelantan baru-baru ini mendakwa presiden PAS mengaku mahu membentuk kerajaan dengan Umno di Selangor di samping mempelawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR termasuk Mohamed Azmin Ali menyertai parti Islam itu.
Husam juga mendakwa Mustafa dan Nasharudin ada berjumpa secara sulit dengan pimpinan Umno.
Ekoran itu, Mustafa mengajak Husam bersemuka bagi mencari pencerahan di samping mengajak Khalid untuk turut serta sebagai saksi dalam pertemuan itu.

Takiyuddin Hassan: Pemimpin PAS, peminat motor besar...ahli dan penyokong ikat perut..!!!

Posted: 21 Nov 2015 07:47 PM PST

Ahli Parlimen Kota Baru dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa wawancara di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober, 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 November, 2015. 
Ahli Parlimen Kota Baru dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semasa wawancara di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober, 2015. 

Tidak pernah terlintas di dalam fikiran meskipun sibuk dengan tugasan sebagai ahli politik, rupa-rupanya tertanam hasrat jauh di lubuk hati Datuk Takiyuddin Hassan untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga ke kota suci umat Islam, di Mekah. Bermula dengan motosikal berjenama Yamaha Virago 500cc, ahli Parlimen Kota Baru itu kini memiliki motosikal berjenama Honda Goldwing 1,800cc dan sering menyertai jelajah atau konvoi beramai-ramai sekiranya berkelapangan.
Takiyuddin yang mula menyertai PAS sejak tahun 1989, mengakui minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi dipupuk sahabat handai dan kenalan terdekat, dan setiausaha agung PAS itu turut percaya, dengan minat yang mendalam terhadap hobi menunggang beliau, akan dapat mengetepikan perbezaan politik.

Hakikatnya ternyata benar, apabila beliau turut berkongsi hobi dan minat yang sama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malah pernah berkonvoi bersama-sama pemimpin Barisan Nasional (BN) itu. Suami kepada Datin Hariza Yusoff, dan bapa kepada 5 cahaya mata itu juga berpegang kepada falsafah lama, mereka yang mampu menungang kuda akan mampu memimpin manusia.
"Minat saya ini mula-mula cuba-cuba motosikal kawan-kawan, kemudian saya bermula dengan motosikal biasa-biasa, 'cc' rendah, Yamaha Virago 500 cc, sekarang saya mempunyai motosikal dengan 'cc' yang paling besar, Honda Goldwing 1,800 cc," kata Takiyuddin, dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, di Parlimen baru-baru ini.
"Motosikal ini pun kita ibaratkan sebagai kuda sekarang, lagipun kuasanya pun kita ukur menggunakan kuasa kuda," kata Takiyuddin, berjenaka.
Kemalangan maut pelakon Indonesia
Datuk Takiyuddin Hassan (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di konvoi promosi Tahun Melawat Kelantan 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. – Gambar fail, 22 November, 2015.Datuk Takiyuddin Hassan (kanan) bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di konvoi promosi Tahun Melawat Kelantan 2012 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. – Gambar fail, 22 November, 2015.
Takiyuddin turut mendedahkan, beliau turut bersama-sama pelakon Indonesia, Sophan Sophiaan dalam satu konvoi di Indonesia pada 2008 di mana pelakon itu memimpin konvoi dan terjatuh dari motosikal yang ditunggangi akibat melanggar lubang sehingga mengakibatkan kematiannya. Insiden itu berlaku pada 17 Mei 2008, bersempena jelajah "Jalur Merah Putih 2008" dan mereka ketika itu sedang melalui wilayah Ngawi, di Jawa Timur menuju ke Kota Yogyakarta dalam rangka menyambut 100 tahun Kebangkitan Nasional.
"Saya suka hobi ini kerana bila kita menunggang motosikal kita tidak fikir perkara lain, kita fokus kepada tunggangan kita dan tidak kisah langsung berkenaan politik.
"Walaupun saya dengan Zahid berbeza ideologi, tetapi beliau menerima baik kehadiran saya," katanya, merujuk kepada pertubuhan motosikal yang dinaungi naib presiden Umno itu, Superbikers Association of Malaysia (SAM).
Malah, Takiyuddin turut menggunakan khidmat rakan-rakannya dalam dunia permotoran berkuasa tinggi untuk mempromosikan pelancongan, ketika beliau merupakan ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri (Exco) Pelancongan di Kelantan, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong, di Kelantan.
Dari Kedah ke Klang ke Kelantan
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Ustaz Zaharudin Kena Troll ?

Posted: 21 Nov 2015 07:44 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya kenal ustaz Zaharuddin Mohammad dalam sebuah program anjuran sebuah NGO. Saya akui beliau hebat dan kemas berhujah.
2) Tetapi beliau masih muda dan perlu banyak untuk belajar mengenai cara berpolitik. Beliau perlu kurangkan persepsi yang mengaitkan beliau dengan TGHH dari segi corak mengatur politik.
3) Masih ramai pemimpin PAS lain yang turut berbapa-mertuakan TGHH, tetapi mereka tidak menonjol diri sehingga haters mendapat point untuk memburukkan TGHH. 4) Cabaran beliau terhadap Dato Husam dengan cara yang kurang adab sebagai orang muda dan sebagai menantu tok guru, membuatkan saya kurang gemar cara beliau.
5) Malah viral gambar beliau datang 'debat' sorang-sorang 'tanpa' Dato Husam, amat membuka ruang haters menembak dengan mesin-gun. Terlalu kebudak-budakan.
6) Jika serius beliau mahu berdebat dan mematahkan hujah Dato Husam, tentu majlis debat itu diadakan dengan lebih gemilang. Pasti dengan ada banner, backdrop, dewan yang meriah dan sebagainya selayak majlis penting.
7) Jika hanya mahu buat debat main-main, debat sekadar nak troll Dato Husam, debat sekadar nak timbulkan persepsi yang dato Husam penakut, saya rasa itu bukan level seorang yang pernah ada dalam Majlis Syura.
8 ) Tambahan sekarang zaman persepsi yang boleh disebar sekelip mata, dan dianjing serta diparodi secara memalukan, saya rasa beliau kena renung balik kesilapan yang beliau lakukan ini.
9) Jika serius berdebat, walaupun dah tahu Dato Husam mahu datang atau tak mahu datang, preparation kena kemas dan avoid untuk menjadi makanan kepada trollers secara mudah.
Sekian

INI SUDAH 'SAKIT' KUAT, MALAH MUNGKIN TIADA UBAT!!

Posted: 21 Nov 2015 07:42 PM PST

Satu Malaysia sudah tahu Husam Musa pergi ke China beberapa hari lalu untuk berubat, malah berkenaan dengan debat ini juga sudah dijawabnya dengan panjang lebar bahawa mesti ada persetujuan kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

Mana boleh hanya satu pihak saja menetapkan tarikh, masa dan lokasinya. Mengikut jadual asal, bekas Naib Presiden Pas itu dijangka kembali ke tanahair pada hari ini (Ahad 22/11/2015).

Tetapi Zaharuddin Mohamad, menantu Hadi Awang ini tetap juga hadir di meja debat seorang diri pada tarikh yang ditetapkan sendiri iaitu semalam 21/11/2015. Kemudian siap ambil gambar dan letakkan di media sosial seolah-olah Husam takut berdebat dengannya.

Aduhh...ini sudah kes berat!! Malah mungkin tiada ubat yang mujarab untuk seseorang yang ada "sakit"  seperti ini.

Bayar zakat kepada pusat pungutan jika yakin ia amanah - Dr Asri

Posted: 21 Nov 2015 07:41 PM PST

Ini kerana pihak bertanggungjawab terhadap zakat yang lebih tahu maslahat fakir miskin.
dr asri
PETALING JAYA: Umat Islam wajib membayar zakat kepada pusat pungutan zakat yang rasmi jika yakin ia telus dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengutip zakat lebih tahu keperluan utama atau maslahat fakir miskin.
Katanya, seseorang itu berdosa jika enggan membayar zakar kepada ulul amri atau pihak yang bertanggungjawab tanpa sebab munasabah kerana Allah memerintahkan umat Islam taat kepada pemerintah dalam perkara yang makruf atau baik.
Beliau memberi peringatan itu susulan kenyataan yang mendakwa membayar zakat terus kepada fakir miskin itu berdosa.
Katanya, kewajipan bayar zakat kepada dan melalui ulul amri ada dibincangkan oleh sarjana fekah dan ada perincian serta perbezaan pendapat.
Namun, Asri berkata, dua pertanyaan perlu dijawab terlebih dahulu dan jawapan-jawapan itu akan menjawab persoalan pertama itu berkenaan bayaran zakat.
"Soalan pertama, apakah hukum mereka yang diamanahkan menguruskan zakat serta harta awam namun tidak menguruskan dengan cara yang amanah dan wajar?
"Dan soalan kedua, apakah wajar seseorang individu memberikan amanah seperti harta awam, anak yatim, zakat dan lain-lain kepada pihak yang beliau yakini tidak/kurang amanah?
"Jika kedua soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, maka mungkin soalan yang ditanya berikutnya itu terjawab ataupun boleh dicari jawapannya," katanya.

RM1.5 juta hilang: Enam pegawai polis, kontraktor ditahan

Posted: 21 Nov 2015 07:41 PM PST

3 M
Khalid berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kegiatan jenayah, terutama membabitkan anggota polis.
Pegawai polis adalah antara enam individu yang ditahan, kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan peruntukan RM1.5 juta untuk projek pembaikan dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek itu terdiri daripada pegawai polis kanan dan rendah serta kontraktor projek berkenaan.
"Pagi ini, pihak kami telah berjaya menahan suspek keenam dalam kes salah laku melibatkan wang berjumlah RM1.5 juta oleh beberapa pegawai PDRM (Polis Diraja Malaysia).
"Kesemua suspek akan direman dan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media sempena Program Sunathon 2015, di Masjid Bukit Aman, hari ini.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan kegiatan jenayah, terutama membabitkan anggota polis.
Rabu lalu, The Sun Daily melaporkan, RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian pintu rintangan api serta sistem penghawa dingin di Menara 2, blok bangunan lama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, didapati hilang.
Sumber yang dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu memberitahu, dana itu telah dikeluarkan melalui beberapa transaksi menggunakan dokumen diubah suai yang mengandungi tandatangan dua pegawai polis dan seorang jurutera awam dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah dipalsukan.

Tak perlu belanja ratusan ribu ringgit ‘bodek’ menteri, kata penganalisis

Posted: 21 Nov 2015 03:09 PM PST

Penganalisa Dr Maszlee Malik berkata tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri ke program mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 21 November, 2015. 
Penganalisa Dr Maszlee Malik berkata tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri ke program mereka. 

Dr Maszlee Malik mengatakan tiada keperluan bagi sesebuah jabatan kerajaan menjemput golongan menteri seperti dilakukan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Penganalisis Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, tindakan Yapeim melibatkan menteri merasmikan program yang diadakan dengan meriah dan membelanjakan ratusan ribu ringgit merupakan satu pembaziran.
"Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran Yapeim itu melibatkan perasmian menteri?

"Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak 'score points', terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik," kata Maszlee kepada The Malaysian Insider. Baru-baru ini Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendedahkan Yapeim membelanjakan RM290,000 untuk penganjuran program kursus perkahwinan di Perancis.
Menurut Maszlee, orang-orang politik dan menteri sememangnya suka dengan program-program sedemikian apatah lagi di luar negara kerana mahu "makan angin" dan ini penyebab kepada ratusan ribu ringgit dihabiskan.
Katanya, sekiranya menteri mengadakan lawatan, maka akan ada aktiviti mengampu disediakan pembodek untuk menghiburkan golongan itu.
"Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi kasino, jika tidak kasino, ke tempat-tempat liburan," kata Maszlee dengan sinis.
Read More / Baca Lagi >>

HARI SELASA, DARI 'HARI SAMAN' MENJADI 'HARI PEMANCUNGAN'

Posted: 21 Nov 2015 03:06 PM PST

Mesyuarat MT UMNO sudah sah akan diadakan pada 24 November ini di Bangunan Parlimen dan tidak di ibu pejabat UMNO seperti kebiasaannya. Tarikh ini adalah tarikh yang diawalkan daripada jadual asal yang ditetapkan pada 27 November.

Kelaziman mesyuarat MT UMNO yang biasanya diadakan pada hari Jumaat juga sudah bertukar kepada hari Selasa.

Agenda paling penting dalam mesyuarat kali ini ialah memutuskan pemecatan atau penggantungan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Tun Mahathir Mohamad dan empat yang lain yang dikenali sebagai "Kumpulan Tujuh", meskipun Tengku Adnan Tengku Mansor turut membayangkan jumlahnya mungkin lebih daripada itu.

Dengan demikian, jika sebelum ini  Selasa diingati sebagai "hari saman yang tidak menjadi kenyataan", kini Selasa juga nampaknya bakal dikenang sebagai "hari pemancungan" pemimpin.
Menerusi beberapa maklumat, antara tujuh pemimpin atau lebih yang diperkatakan akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT kali ini, tiga daripadanya iaitu Muhyiddin, Shafie dan Tun Mahathir adalah 99 peratus pasti menerima hukuman, manakala selebihnya dipercayai dalam bentuk amaran saja.

Muhyiddin akan diambil tindakan kerana ingin menghalangnya daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada malam 8 Disember dan seterusnya berucap dalam acara penggulungan pada 12 Disember.

Najib yang kini diampu oleh para penasihat dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang berkepentingan dikatakan amat bimbang jika Muhyiddin selaku Timbalan Presiden menggunakan kedua-dua ruang itu untuk terus melontarkan persoalan dan kritikan berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dipercayai mampu menimbulkan keresahan dalam parti.

Begitu juga dengan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO,  tujuan utamanya beliau diambil tindakan ialah untuk menyekat suara lantangnya daripada berkumandang berkaitan isu yang sama yang mungkin diambil kesempatannya dalam acara penutup Perhimpunan Agung itu.

Bagi Tun Mahathir pula, tindakan yang akan diambil terhadapnya tidak lain adalah bertujuan mengekangnya daripada terus bertemu dengan ahli-ahli akar umbi di seluruh negara untuk mengkritik Najib.

Selepas diambil tindakan, bekas Perdana Menteri itu akan dilayan dan dihadapi oleh Najib dan lain-lain pemimpin UMNO sebagai seorang musuh yang nyata atau setaraf seperti pemimpin-pemimpin pembangkang lainnya.

Dikatakan juga tiada apa lagi yang mampu menghalang Najib daripada meneruskan tindakan keras terhadap pengkritiknya dalam mesyuarat MT kali ini, terutama tiga pemimpin terbabit kerana yang diutamakannya kini hanyalah dirinya saja.
Read More / Baca Lagi >>

34 ketua cawangan Umno dari 5 negeri desak Najib letak jawatan

Posted: 21 Nov 2015 07:12 AM PST

34 ketua cawangan Umno desak Najib letak jawatan
Mohd Isa (tiga dari kiri) mewakili 33 ketua cawangan yang hadir mendesak Presiden Umno meletak jawatan‎.

PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.
Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.
Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.
Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.
"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.
"Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.
Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.
Read More / Baca Lagi >>

Pas macam anak dara sunti, jual mahal – Idris Ahmad

Posted: 21 Nov 2015 07:07 AM PST

idris ahmad
Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, berkata kekuatan Pas adalah kepada dasar Islam yang dibawa dan sejak daripada dahulu sudah terbukti.
KOTA BHARU, 21 November:
Pas berikrar akan terus mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan tidak akan sesekali menyerahkan kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad, berkata kekuatan Pas adalah kepada dasar Islam yang dibawa dan sejak daripada dahulu sudah terbukti.
"Alhamdulillah…sehingga kini kita masih memerintah. Pada 1959 dahulu kita pernah memerintah Kelantan dan Terengganu iaitu hasil sokongan yang diberikan oleh tok-tok guru pondok pada waktu itu hinggalah sekarang.
"Kini dengan landasan terbaik yang diletakkan oleh Almarhum Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kita yakin penyokong akan terus istiqamah," katanya.
Menurutnya, semua guru pondok yang hebat di Kelantan adalah penyokong Pas dan merekalah yang menjadi nadi kekuatan dan keutuhan parti itu di Kelantan.
"Semua tok guru pondok yang hebat dan berpengaruh berada di belakang Pas.
"Disebabkan itulah kita tidak akan benarkan Amanah mengambil alih Kelantan daripada Pas. Kalau mereka cuba rampas cuba bawakan senarai pusat pengajian pondok yang menyertai mereka," katanya ketika verandah Sempena 60 Tahun Pas Kelantan, malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Idris menegaskan Pas sebenarnya tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan Umno sebagaimana yang dihebahkan sebelum ini.
Katanya, ia bukan bermakna Pas perlu bergaduh dengan Umno hanya disebabkan tidak mahu bergabung, sebaliknya hubungan mereka seperti biasa.
Tegasnya, seperti dalam parlimen apabila Pas mengambil sikap berkecuali bukan bermakna menyokong kerajaan.
"Pas ini macam anak dara sunti…Ramai orang berkenan sebenarnya tapi kita jual mahal. Jadi jangan tuduh sebarangan…jangan kata Pas ni parti inklusif dan tidak bercampur dengan orang lain. Ada juga gerakan Islam yang cuba memujuk kita sertai Umno tetapi jangan bimbang kerana pada Mesyuarat Pas Pusat kita sudah putuskan tidak akan bersama.
Read More / Baca Lagi >>

'Layan Husam buang masa, biar meroyan' kata menantu Hadi

Posted: 21 Nov 2015 07:01 AM PST

"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.
 Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".
"Oleh kerana Husam tak dapat bawa bukti (hingga) hari ini maka saya anggap itu adalah fitnah dan karenah Husam tak perlu dilayan lagi," tulis beliau.
Sebelum ini media sosial menjadi medan kedua-dua tokoh itu berbalas hujah secara terbuka mengenai isu pembalakan di Kelantan.
Husam yang juga ADUN Salor pernah mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan Kelantan.
"Demi Allah! Saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.
"Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan," tulisnya.
Bye bye Husam
Tarikh hari ini kemudian ditetapkan untuk Zaharudin bersemuka dengan Husam bagi membentangkan hujah mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun Husam pada semalam memaklumkan dia sedang berada di China dan meminta semua pertemuan membabitkan dirinya ditangguhkan.
Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata beliau sudah memaafkan Husam walaupun dia dianggap "lebih teruk daripada Firaun".
"Yang penting saya sayangkan Kelantan seperti saya sayangkan negeri saya sendiri. Justeru apabila Husam seolah-olah mendakwa adanya berlaku penyelewengan, maka saya minta bukti. Jika ada saya bersama Husam (akan) menentang penyelewengan tersebut. Kalau tidak Husam kena hentikannya.
"Apabila saya minta Husam buktikan berlakunya penyelewengan, dia ajak dialog isu Kedah dan Terengganu. Bila saya bagi tarikh 21 (November), dia kata tak ajak (secara) rasmi dan label saya lebih teruk daripada Firaun.
Read More / Baca Lagi >>

'Setahu saya, DAP tidak tolak TPP' - Dr Zuhdi

Posted: 21 Nov 2015 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR - Rakan parti Amanah, DAP didakwa tidak menolak sebarang rundingan berkaitan Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, DAP tidak pernah lantang menyuarakan tentangan secara jelas terhadap TPP.
Katanya, ia dapat dilihat menerusi reaksi DAP yang agak hambar setiap kali isu TPP dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat.
Mohd Zuhdi Marzuki "Di antara parti yang kuat menentang TPP ini adalah Pas, saya dimaklumkan DAP pula menyokong TPP.
"Ini (DAP sokong TPP) saya dengar melalui khabar angin yang diperoleh daripada outpost Parlimen dan ia mungkin boleh disahkan oleh DAP sendiri," dakwanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara itu.
Perjanjian tersebut dirunding antara Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam pada itu, Zuhdi menegaskan, Pas sentiasa konsisten menentang TPP yang dianggap menindas ekonomi dan kedaulatan negara.
Zuhdi berpendapat, tentangan tersebut dilakukan demi memastikan dasar dan ekonomi negara tidak dieksploitasi oleh negara besar seperti AS.

Dr Zuhdi dakwa Husam mahu 'kocak' solidariti Pas

Posted: 21 Nov 2015 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR - Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
Zuhdi Marzuki "Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara yang melibatkan Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam telah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkan tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses rundingan terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Rayu Kerajaan Kaji TPP

Posted: 21 Nov 2015 04:10 AM PST

Umno Kena Sedia Gugur Separuh Ahli

Posted: 21 Nov 2015 04:10 AM PST

KEDAULATAN NEGARA BUKAN DI TANGAN NAJIB

Posted: 21 Nov 2015 04:09 AM PST