Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dengar 2 video ini, nyatakan adakah Nurul (dan Tian Chua) pengkhianat?

Posted: 20 Nov 2015 10:30 PM PST

Lihat DUA video ini ...




Kenangkan mereka ...






Nyatakan samada ...



Hanya Ya atau Tidak.

Tak payah komen, cuba alih pandang, spin isu takde kena mengena, dan apa saja trick kamu yang dah  dalam poket kamu. Tak kasi lepas pun.

Adakah Nurul pengkhianat? Ya atau Tidak

Nurul lama tak rasa COTA, langgar POTA pun jadi

Posted: 20 Nov 2015 06:21 PM PST









Apa perasaan keluarga mangsa Lahad Datu 2013?

Posted: 20 Nov 2015 07:30 AM PST





APA PERASAAN KAUM KELUARGA WIRA NEGARA YANG TERKORBAN DALAM INSIDEN TANDUO?

Ini tulisan saya sebagai Rakyat Sabah yang amat marah dan kecewa melihat gambar-gambar Nurul Izzah bersama Princess Jacel Kiram yang pernah menjadi jurucakap kepada tentera Kiram semasa insiden pencerobohan di Tanduo 2013 lalu. .

Saya cuma mahu Nurul Izzah sedar, apakah perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu bila melihat Nurul Izzah bergambar gembira dan berbual mesra dengan anak dalang yang membunuh suami dan bapa mereka? .


Apakah perasaan anak-anak Arwah Koperal Salam Togiran yang lehernya hampir putus dikelar pengganas Kiram? .

Apakah perasaan isteri Arwah Sarjan Baharin Hamid yang dicacatkan dengan otak dan mata kanannya dicungkil keluar daripada tengkorak? .


Maafkan saya kerana terpaksa menyebut nama-nama arwah wira-wira yang terkorban ini.



Saya memang teramat marah sehinggakan tulisan ini pun tidak mampu menzahirkan perasaan saya!


Bagaimanakah seorang rakyat Malaysia mampu tersenyum bergambar dengan anak musuh negara kita ?

Nurul Izzah, saya tidak akan sesekali memaafkan kamu. Saya yakin rakyat Sabah juga begitu.



Bagi kami, kamu adalah rakan kepada musuh kami. Tapi kami tidak sampai hati menjadikan kamu musuh kami.

Bagi kami, kamu hanyalah seorang pengkhianat! .

Jeff Ali Tating
19 November 2015, Kota Kinabalu



Bukan old story, Teresa! Bernard dipancung lepas Nurul jumpa Jacel

Posted: 20 Nov 2015 04:30 AM PST


Teresa mahu perlecehkan gambar Nurul bersosial:

March 2013 is not old war story!!!!

Memetik dari Cucu Tok Selampit SINI berikut :
Adakah menjadi satu kebetulan apabila Bernard Then, Rakyat Malaysia yang dipancung ada kena mengena dengan pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Tiram? Mungkin ya atau mungkin tidak. Lihat kronologi di bawah:

8/11/2015 - Bernard Then sepatutnya dibebaskan bersama Thien Nyuk Fun.

9/11/2015 - Nurul Izzah ber'selfie' mesra bersama Jacel Kiram. Pada masa yang sama penculik meminta wang tebusan ditambah.

16-17/11/2015 - Bernard Then dipancung!
Sulu ceroboh Sabah lepas Tian CHua dan Sivarasa balik dari jumpa Sulu.


Pastinya kerajaan dipersalahkan kerana gagal runding dan layan tuntutan yang tiba2 naik dari lebih RM7 juta ke RM34 juta. Asal RM2 juta lebih.


Sapa ajar mereka minta banyak2?

Katanya Nurul ke sana pasal bincang keselamatan Filipina Selatan.



Nampaknya hanya bebaskan Anwar saja.

Kenapa lepas Nurul bincang dan makan2 dgn Jacel,  Bernard dipancung????

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nurul Izzah robek luka lama insiden Tanduo?

Posted: 20 Nov 2015 10:05 AM PST


Pertemuan Naib PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III, di Filipina baru-baru ini kembali merobek luka insiden pencerobohan lelaki Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Ramai berpendapat tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai tidak menghormati rakyat Sabah dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh pihak asing.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sabah, Datuk Jusli Ajirol berkata, tindakan anak sulung bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sangat memalukan, lebih-lebih lagi ketika laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak dibunuh oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina.

"Nurul Izzah perlu memohon maaf kepada rakyat Sabah di atas tindakannya bertemu Jacel H.Kiram," katanya kepada Bernama di sini, hari ini semasa mengulas gambar Nurul Izzah dan Jacel yang memegang poster Anwar, yang viral di laman sosial sejak semalam.


Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau bagi memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.

Jusli berkata, anak perempuan Jamalul Kiram itu adalah musuh negara, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013 selain tuntutan terhadap Sabah.

"Nurul Izzah perlu tahu bahawa Sabah masih lagi mengalami ancaman penculik dan pengganas dari Selatan Filipina kerana mereka masih menuntut Sabah, walhal kerajaan Filipina tidak mengiktiraf kesultanan Sulu," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan media hari ini pula menyifatkan alasan remeh seperti 'terlalu sopan' atau 'mangsa keadaan' bukannnya alasan munasabah bagi Nurul Izzah bertindak demikian.


"Adalah tidak munasabah untuk memperlekeh sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa pencerobohan Lahad Datu atau pun rakyat Sabah dengan alasan remeh apatah lagi masih wujud tuntutan yang kononnya dari waris-waris kesultanan Sulu.

"Saya ingin menegaskan di sini, politik ada batasannya. Tindakan tidak bertanggungjawab YB Lembah Pantai sama sekali tidak dapat diterima kerana ia melibatkan soal mengenai kedaulatan negara, lebih-lebih lagi apabila pihak yang ditemui terlibat dalam pencerobohan dan pembunuhan rakyat kita," katanya.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh pula menyifatkan tindakan Nurul Izzah itu menggambarkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan apa sahaja peluang bagi kepentingan mereka tanpa memikirkan sensitiviti dan nasib rakyat, khususnya di Sabah.

Anggota keselamatan yang terkorban

Beliau turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Tereka Kok yang mempertahankan Nurul Izzah apabila menyifatkan tindakan bergambar itu tidak perlu diambil serius kerana isu Sulu bukan perkara baharu.

Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing turut senada dan berpendapat tindakan Nurul Izzah tidak wajar memandangkan isu Sulu masih terlalu sensitif bagi rakyat Malaysia, khususnya di Sabah.

"Bagaimana beliau boleh rapat dengan orang Sulu... apa tah lagi ketika seorang mangsa tebusan culik telah dibunuh...," katanya.

Menurutnya Nurul Izzah tidak hanya boleh menafikan perkara itu atau memberi pelbagai alasan tetapi sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Sabah, khususnya keluarga mereka yang terkesan dalam insiden berdarah itu.


Pada 1 Mac 2013, kumpulan bersenjata dari Sekatan Filipina yang menceroboh Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu bertempur dengan pasukan keselamatan menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Nik Abduh Sudah Faham Tentang 1MDB

Posted: 20 Nov 2015 06:21 PM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Terkilan tapi akur’, kata Mustafa lepas debat dengan Husam disekat

Posted: 20 Nov 2015 09:24 PM PST

Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau terkilan diarah tidak mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan dengan Datuk Husam Musa oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, namun akur dengan arahan tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau terkilan diarah tidak mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan dengan Datuk Husam Musa oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, namun akur dengan arahan tersebut. 

Walaupun sedikit terkilan dengan arahan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkait majlis bersemuka dengan Datuk Husam Musa, sebagai seorang ahli parti, Datuk Mustafa Ali mengatakan beliau akur dengan arahan itu. "Saya akui memang saya tidak memberitahu mana-mana pimpinan PAS, malah kapada sesiapa pun tentang hasrat untuk bersemuka dengan Datuk Husam.
"Saya tidak mewakili pimpinan PAS dan tidak juga mewakili Dewan Harian PAS.

"Saya mewakili diri saya sendiri sebagai seorang ahli PAS yang merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu apabila melihat fitnah dan pendustaan dilemparkan sedemikian rupa," kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini. Pengarah pilihan raya PAS itu sebaliknya meminta Khalid Samad, bekas ahli jawatankuasa pusat yang kini pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menerangkan apa yang berlaku.
Katanya, ini kerana Khalid tahu malah terlibat dengan peristiwa yang menjadi rujukan tentang pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS selepas beberapa hari selesai Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Saya mohon Saudara Khalid Samad, jika beliau sanggup dan bersedia untuk membuat pencerahan tentang peristiwa ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Terengganu gesa Husam berani berdepan jawatankuasa pusat

Posted: 20 Nov 2015 09:20 PM PST

PAS Terengganu berharap bekas naib presiden Datuk Husam Musa berani berdepan jawatankuasa pusat, bagi membuktikan kebenaran dakwaannya dalam pertemuan Selasa ini, lapor Sinar Harian.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, ia penting bagi memastikan ketidakpuasan hati atau masalah berkait diselesaikan di peringkat dalaman dan mengelak sebarang dakwaan tidak baik kepada parti Islam itu sendiri.
Menurutnya, keadaan itu lebih baik bagi Husam kerana ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengaku masih sayangkan PAS.

"PAS Kelantan memanggil beliau (Husam) secara individu untuk beri penjelasan namun tidak hadir. "Sekarang PAS Pusat tawar beliau bawa bukti hujah supaya boleh diambil tindakan, bukan guna media. Kalau guna media, sampai sudah tidak habis," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Menurut Sinar Harian, Satiful turut terkilan dengan sikap Husam serta mengakui tidak tahu apa yang diinginkannya kerana kerap mengeluarkan kenyataan tidak menguntungkan PAS.

Pemimpin tersasar landasan, makin ramai tinggalkan PAS

Posted: 20 Nov 2015 09:14 PM PST

PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015. 
PAS melihat ramai ahlinya meninggalkan parti kerana haluan dan pendekatan parti tersebut semakin lari daripada apa yang dikehendaki mereka. 

Semakin hari semakin ramai aktivis, anak didik dan petugas PAS yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengangap haluan dan pendekatan parti itu sudah lari daripada yang mereka kehendaki dan perjuangkan selama ini. Kebanyakan yang meninggalkan PAS ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dengan pihak luar, dan tidak berpuas hati dengan pendekatan baharu parti itu yang dilihat lebih senang bersendirian.
Sikap tidak jelas hala tuju semasa dan dilihat mesra Umno, parti yang didoktrinkan sebagai musuh utama PAS selama ini, juga menjadi antara punca besar mereka tidak senang dengan parti sekarang.

Perasaan tidak puas hati itu kini turut melibatkan Harakah, lidah rasmi parti Islam itu. Awal bulan ini, ketua pengarangnya Taufek Yahya menghantar notis dua bulan untuk meletak jawatan kerana tidak lagi boleh bekerja di sana, ekoran perubahan pendekatannya.
Beliau akan meninggalkan media rasmi PAS itu mulai 1 Januari nanti, selepas tempoh notisnya tamat, setelah berpuluh tahun bekerja di sana.
Sebelum itu, beberapa wartawan akhbar rasmi PAS juga berbuat demikian kerana tidak senang lagi dengan pendekatan parti Islam itu.
Fenomena ini membayangkan dilema yang melanda akar umbi parti ketika ini, ekoran perpecahan dalam PAS yang menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) oleh bekas pemimpin progresifnya yang lari meninggalkan parti.
Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub menjangkan sasaran 100,000 ahli akan dicapai menjelang akhir tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2015.
Timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub memaklumkan, sehingga kini sudah kira-kira 50,000 mendaftarkan diri sebagai ahli Amanah. Beliau yang juga bekas naib presiden PAS, yakin sasaran 100,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan berjaya dicapai, sambil menambah, 150,000 borang keahlian sudah diedarkan ke seluruh negara.
"Pencapaian Amanah yang meyakinkan ini berteraskan dasar Islam yang berwajah rahmat untuk semua, di samping pendekatan yang progresif, inklusif dan peduli.
"Ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju ke hadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Fenomena di Harakah juga berlaku di ibu pejabat PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Ada yang sudah meletak jawatan untuk bersama Amanah dan tidak kurang juga yang masih kekal bekerja dengan PAS tetapi menjadi 'harum manis' iaitu hijau di luar, oren di dalam.
Read More / Baca Lagi >>

Husam di China, minta tangguh pertemuan

Posted: 20 Nov 2015 03:48 PM PST


ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS.
Namun beliau memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan bekas exco Kelantan itu kini di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.
"Saya menghargai kesediaan Dewan Harian PAS Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.
"InsyaAllah saya bersedia berbuat demikian," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.
Husam turut merujuk dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa notis pertemuan itu telah dihantar kepadanya namun katanya, sehingga kini beliau masih belum lagi menerimanya.
Jelasnya, beliau berada di luar negara sejak minggu lalu dan tidak menerima sebarang surat tetapi masih boleh dihubungi melalui SMS, Whatsapp dan emel.
"Namun tidak satu cara pun saya dihubungi," katanya.
Husam berkata, mengikut jadual asal, beliau akan pulang ke tanah air pada Ahad, 22 November ini, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan kepada beberapa hari lagi.
Husam turut meminta supaya pertemuan itu dibuat seminggu selepas beliau berada di Malaysia bagi keselesaan dan membuat sebarang persiapan terlebih dahulu.
"Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu.
"Saya yakin, ia bukan masalah besar kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meletakkan satu tarikh baru yang lebih selesa," katanya.
Terbongkar
Sementara itu, Husam berkata, tindakan PAS melarang debat antaranya dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali seakan ingin melindungi sesuatu daripada terbongkar.
"Melarang perdebatan saya dan bekas Setiausaha Agung (SUA) PAS yang dibuat dua atau tiga jam selepas persetujuan oleh Datuk Mustafa, seakan menunjukkan ada sesuatu yang hendak dilindungi dari terbongkar.
"Juga tiadanya penyelarasan keputusan di kalangan pimpinan tertinggi PAS dibuat," katanya.
Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Husam yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun Takiyuddin berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.
Read More / Baca Lagi >>

AMANAH sedia galas tugas JKKK PAS di Pulau Pinang

Posted: 20 Nov 2015 03:46 PM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia memenuhi kekosongan jawatan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Pulau Pinang sekiranya diberi kepercayaan untuk berbuat demikian.
"Kami sedia terima sebarang tugasan atau pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam JKKK di Pulau Pinang.
"Saya juga percaya Dr Mujahid telah siapkan senarai calon yang sesuai bagi jawatan itu," kata setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Beliau merujuk kepada Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH serta pemimpin parti itu untuk Pulau Pinang.
Isu keanggotaan JKKK menjadi perhatian apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon pada 18 November lalu menjelaskan, ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi negeri berkenaan diminta melepaskan jawatan ekoran masalah hubungan antara PAS dan DAP.
Katanya, kekosongan itu akan digantikan dengan anggota parti AMANAH sesuai dengan kedudukannya sebagai rakan sekutu DAP dan PKR di peringkat kebangsaan yang membentuk Pakatan Harapan.
Rashid berkata kerajaan negeri mulakan proses menamatkan perkhidmatan anggota PAS kerana mereka tidak dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.
Beliau berkata keputusan itu membabitkan 293 anggota JKKK. Setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 anggota.

Salleh Man tidak dipecat kerana setia

Posted: 20 Nov 2015 03:42 PM PST


Salleh Man Mat Aji

GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan memecat Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man daripada jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atas dasar kesetiaan wakil rakyat itu terhadap kerajaan Pakatan Harapan, walaupun beliau masih anggota Pas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak bersikap pilih kasih kerana wakil rakyat Pas itu bersedia dan setia berkhidmat untuk kerajaan yang diterajuinya.
"Ya, memang beliau masih anggota Pas tetapi beliau sudi sokong kerajaan negeri Pulau Pinang sungguhpun ia kerajaan negeri Pakatan Harapan.
"Beliau juga sedia membela kerajaan negeri Pakatan Harapan dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Saya rasa itu penting. Sekiranya sedia membuat kenyataan terbuka seperti ini, maka tidak timbul isu-isu sama ada beliau setia atau tidak.
"...selain Cekap, Bersih, Amanah, (wakil rakyat) mesti setia. Beliau telah pun menunjukkan kesetiaan dan menyokong dasar-dasar serta kepimpinan negeri termasuk menyokong saya sebagai ketua menteri," kata Lim pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pecat JKKK: Biar Pas Pusat jawab

Posted: 20 Nov 2015 03:38 PM PST


Pas

SHAH ALAM - "Polemik Pas dan DAP berhubung situasi yang berlaku di Pulau Pinang adalah berbeza-beza, biar Pas Pusat yang bersuara tentang perkara ini, demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor," Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Beliau mengulas berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri itu.
Ahmad Yunus berkata, pelbagai versi cerita yang wujud, jadi biar ada satu konklusif yang boleh diambil atau dilihat oleh Pas Pusat.
"Kerajaan Pulau Pinang dakwa (mereka pecat 300 AJK JKKK), wakil Pas di sana pula kata (mereka letak jawatan), jadi saya kira Pas Selangor tak perlu nak mempolimiknya lagi, realitinya dan versinya berbeza yang kita dengar hari ini.
"Lagipun isu ini berkaitan dengan Kerajaan Pulau Pinang, yang berhak jawab sekarang adalah Pas Pulau Pinang atau Pas Pusat," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian Temasya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT): Budaya dan Warisanku di pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, di sini sebentar tadi.
Kelmarin, kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya, Lim Guan Eng didakwa telah memecat 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam JKKK negeri itu atas alasan tidak memerlukan khidmat mereka yang tidak menyokong Pakatan Harapan.

Kenapa Pulau Pinang, tidak di Selangor juga

Posted: 20 Nov 2015 03:37 PM PST

KUALA LUMPUR - Pas telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai penganalisis melihat Pas juga perlu berbuat demikian di Selangor.
Penganalisis politik berpendapat pendirian Pas itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
Pas Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, Pas perlu menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
"Hakikatnya Pas adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dan saya yakin jika Pas tidak lagi bersama mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota Pas.   
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ekoran tindakan itu Pas tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan Pas yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan Harapan.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan Pas Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
"Anehnya, kenapa Pas tidak membuat keputusan yang konsisten dan mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka sebagai pembangkang di Selangor?," katanya. - Bernama

Besan Najib dilapor tidak bayar hutang beg tangan Hermes

Posted: 20 Nov 2015 03:36 PM PST

Dia dilapor menjaja nama Perdana Menteri apabila diugut untuk disaman kerana tidak membayar hutang itu.
Maria
PETALING JAYA: Maria Nazarbayeva, besan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dilapor telah mengambil sejumlah beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira RM400,000 tanpa membayarnya.
Berdasarkan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, Maira dilapor telah memesan beg-beg itu dari Daerah Perniagan Samilor pada 2014 dan 2015 tetapi didakwa tidak pernah membayarnya.
Memetik laporan The New York Post, Presiden Samilor, Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi Maira didakwa telah mengancam untuk mencederakan Belkin dan keluarganya.
Akhbar itu turut melaporkan, Maira telah menjaja nama Najib apabila diancam dengan tindakan undang-undang kerana tidak membayar hutang itu.
"Awak tahu siapa anak saya? Dia menantu kepada Perdana Menteri Malaysia!.
"Saya akan cederakan awak dan keluarga jika awak saman saya," kata Maira seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
Anak Maira, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.
Maira pernah berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, adik kepada Presiden Kazakhstan.

KENAPA BERITA INI DISIARKAN SERENTAK DENGAN KETIBAAN OBAMA?

Posted: 20 Nov 2015 03:35 PM PST

Adakah ini hanya kebetulan atau memang dirancang sedemikian rupa dengan teliti?

Presiden Amerika, Barack Obama tiba di Malaysia pada 3.20 petang Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN - Amerika Syarikat yang mana tahun ini negara kita menjadi tuan rumahnya.

Ini adalah lawatan kali keduanya ke Malaysia setelah lawatan kali pertama berlangsung pada April 2014 lalu.

Najib Razak tentu saja gembira dengan lawatan Obama ini, bukan saja kerana kedudukannya sebagai manusia paling berkuasa di dunia, tetapi juga disebabkan hanya dalam tempoh kira-kira enam tahun menjadi Perdana Menteri, sudah dua kali Presiden Amerika Syarikat itu menjejakkan kakinya ke sini.

Sebelum Obama, kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat membuat lawatan ke Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu Presiden Lyndon B Johnson.

Tetapi serentak dengan ketibaan Obama, sebuah akhbar Amerika Syarikat, The New York Post melaporkan mengenai besan Najib dan Rosmah yang berasal dari Kazashtan, Maira Nazarbayeva yang dikatakan cuba mengugut mahu mencederakan seorang ahli perniagaan dengan kata-kata, "Kamu kenal anak saya? Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga jika menyaman saya."

Memetik kenyataan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan, Amerika Syarikat, akhbar itu melaporkan, Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira AS$400 ribu atau RM1.7 juta daripada daerah perniagaan Samilor tanpa membayarnya.

Apabila Presiden Samilor, Bella Belkin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berikutan pengambilan beg tangan tanpa membuat bayaran itu berlaku sejak  2014 lagi, ketika itulah Maira didakwa mengeluarkan kata-kata ugutannya.
Daripada satu segi melalui penyiaran berita ini, selain merancakkan perbualan rakyat dengan pelbagai andaian, teori dan analisa, ia tentu juga sedikit sebanyak mengganggu emosi Najib yang antara gembira untuk menyambut Obama dengan tertekan dek kemelut politik dalam negara yang dihadapinya serta persepsi antarabangsa tentang dirinya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Benarkah nama Najib dijaja dan dipergunakan oleh besannya? Berpengaruhkah nama Perdana Menteri kita di Amerika Syarikat atau ini merupakan "cara halus" besannya itu agar Najib tolong melangsaikan pembayarannya?
Read More / Baca Lagi >>

Mesyuarat MT Umno di Parlimen bagi singkir Muhyiddin?

Posted: 20 Nov 2015 05:45 AM PST

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bakal diadakan pada Selasa ini yang bertempat di bangunan parlimen dan bukan seperti lazimnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi ibu pejabat Umno.
Ini menimbulkan spekulasi bahawa kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam blognya hari ini Akramsyah Sanusi - anak kepada bekas Setiauasaha Agung Umno Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa mesyuarat itu dipercepatkan dari 27 November kepada 24 November.
Beliau juga melaporkan mesyuarat majlis tertinggi itu bakal tidak diadakan di tempat biasa iaitu di PWTC tetapi beralih ke bangunan parlimen.
Menurut Akramsyah, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh, sedang dengan 'senyap-senyap' menjemput ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno supaya hadir ke mesyuarat yang bermula jam 6 petang pada tarikh berkenaan.
Katanya, kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kini di luar negara.
Semakan Malaysiakini mengesahkan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu hanya akan kembali pada 25 November manakala Shafie dilaporkan sedang menunaikan umrah di tanah suci Makkah.
Ketika dihubungi, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengesahkan bahawa mesyuarat akan datang bakal diadakan di bangunan Parlimen.
'Budak ini mengarut'
Bagaimanapun, beliau menafikan mengetahui mengenai agenda mesyuarat ataupun mengenai tarikh mesyuarat dipercepatkan.
"Bagaimana budak ini (anak Sanusi) tahu agenda mesyuarat itu walaupun dia bukan anggota Majlis Tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

JAWI: Kursus perkahwinan Yapeim di Paris jimatkan kos

Posted: 20 Nov 2015 05:38 AM PST

Kursus perkahwinan yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis adalah bagi menjimatkan kos, dakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya.
"Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan," kata Paimuzi pada sidang media selepas Majlis Mahabbah Alumni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Bangi lewat petang tadi.
Paimuzi berkata ini kerana pelajar Islam di luar negara tidak perlu berbelanja lebih semata-mata mahu pulang ke Malaysia bagi menghadiri kursus tersebut.
"Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit.
"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)," katanya yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).
Menurutnya, pelajar diwajibkan untuk menghadiri kursus tersebut.
"Sekarang ini memang peraturan kita bakal pengantin baru perlu menghadiri kursus pra perkahwinan kerana bila balik nanti tak perlu berkursus lagi. Sijil yang dikeluarkan oleh JAWI laku di seluruh negara dan sepanjang masa," kata Paimuzi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pada Isnin lalu bahawa wang Yapeim sebanyak RM290,000 digunakan bagi kursus perkahwinan di Perancis bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT.
Kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan' yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu adalah anjuran bersama Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.
Pengarah NOW, Akmal Nasir, juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus perkahwinan pada bulan Disember tahun lalu.

Batal debat, bukti PAS takut - Penganalisis

Posted: 20 Nov 2015 05:36 AM PST


SHAH ALAM: Tindakan PAS melarang debat antara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa disifatkan seperti ingin menyembunyikan sesuatu daripada umum.
 
Penganalisis politik, Dr. Salawati Mat Basir berkata debat yang bertujuan merungkai dakwaan berhubung cadangan kerjasama bersama Umno itu, mungkin menimbulkan kebimbangan PAS sekaligus boleh menjejaskan reputasi parti Islam itu.
 
Post Pic "Jadi saya rasa ada benda yang dia (PAS) hendak sorokkan daripada masyarakat umum (bahawa) sebenarnya ura-ura hendak berbaik dengan Umno itu memang sudah kita dengar dairpada dulu lagi.
 
"Cumanya saya melihat sekarang ini bila PAS tidak bersama parti pembangkang dia hendak mencari jalan selamat dan mereka hendak menonjolkan kepada penyatuan orang Melayu dan Islam.
 
"Cuma saya rasa di dalam hendak membuat perkara sebegitu tidak semua orang akan rasa selamat jadi akan ada keluar perkara yang tidak sepatutnya (jadi) mereka larang daripada berdebat. Apabila berdebat nanti akan terbongkar semua perkara jadi akan memburukkan reputasi PAS juga," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Salawati juga memberitahu sekiranya perdebatan sesama ahli PAS itu berlaku, ia bakal memberi persepsi buruk kepada PAS yang kini bersendirian tanpa PKR dan DAP.
 
"Sebab sekarang ini PAS tidak lagi duduk di dalam Pakatan Rakyat jadi jika buat macam itu dia akan menampakkan PAS berada dalam keadaan lebih teruk di mata masyarakat," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Larangan berdebat boleh jejaskan parti - Husam

Posted: 20 Nov 2015 05:32 AM PST

Post Pic
 
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyifatkan larangan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan terhadap beliau dan Datuk Mustafa Ali untuk berdebat boleh menjejaskan imej parti.
 
"Cara ini memburukkan imej parti dan tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah parti yang besar dan berwibawa," katanya dalam satu kenyataan.
 
Malah Husam yang merupakan ADUN Salor itu turut mendakwa larangan yang dikeluarkan sejurus selepas beliau dan Mustafa bersetuju untuk berdebat seperti ada perkara yang sedang disembunyikan.
 
"Melarang perdebatan saya dan bekas SUA Pas yang dibuat dua atau tiga jam selepas persetujuan oleh Datuk Mustafa, seakan menunjukkan ada sesuatu yang hendak dilindungi dari terbongkar," ujarnya.
 
Husam juga mempersoalkan pertindihan kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PAS mengenai isu ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

MEMAHAMI TANDA2 MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ATAU SEBALIKNYA

Posted: 20 Nov 2015 05:20 AM PST

Bila sebenarnya mesyuarat MT UMNO akan diadakan? 

Ada maklumat mengatakan tarikhnya telah ditetapkan pada 27 November ini, tetapi sebagaimana yang tersebar luas dalam media sosial dan grup Whatsapp, mesyuarat itu dikatakan sedang cuba diawalkan pula kepada 24 November.

Tidak dipastikan sejauh mana betul atau tidaknya maklumat itu, tetapi jika benar mesyuarat akan diadakan pada 24 November, kemungkinan ia tidak dapat dihadiri oleh Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal kerana kedua-dua berada di luar negara.

Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.

Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat  dalam mesyuarat MT UMNO kali ini?

Jika benar tarikh mesyuarat itu diawalkan kepada 24 November, apakah tujuannya dan adakah ia merupakan petanda buruk kepada kedua-duanya?

Namun, jika mesyuarat kekal pada tarikh 27 November, adakah ia boleh dianggap petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman?

Mesyuarat MT kali ini lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan. Sebarang tindakan, sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian, khususnya kepada Muhyiddin, akan dilihat sebagai percubaan secara "terang lagi bersuluh" untuk menghalangnya daripada merasmkan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang dijadual diadakan pada malam 8 Disember.

Bagaimanapun, jika kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari lalu masih boleh dipercayai dan diterima pakai,  bermakna kedudukan Muhyiddin Yassin tidak akan tergugat menjelang Perhimpunan Agung UMNO 8 hingga 12 Disember ini.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, isu pemecatan Muhyiddin daripada UMNO hanyalah khabar angin semata-mata dan beliau tidak mengetahui apa-apa mengenainya.

Sejak mesyuarat MT yang sepatutnya berlangsung pada 30 Oktober lalu ditangguhkan, spekulasi berlegar kuat bahawa penangguhannya ialah untuk memberi tempoh kepada ibu pejabat UMNO menyediakan laporan dan seterusnya pertuduhan terhadap Muhyiddin dan enam pemimpin lain yang didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan parti secara terbuka.

Antara yang disebut-sebut akan diambil tindakan sama selain Muhyiddin dan Shafie ialah Tun Mahathir Mahathir, Sanusi Junid dan beberapa yang lain yang tidak diketahui secara pasti identiti mereka.

Dalam program Bicara Minda - Berani Kerana Benar di Johor Bahru kira-kira dua bulan lalu, Muhyiddin turut meluahkan perasaan kecewa berikutan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO tidak lagi dihormati selepas digugurkan jawatan dalam kabinet.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana tangani 1MDB jika Pengerusi PAC ‘takut’ dengan media?

Posted: 20 Nov 2015 05:18 AM PST


PAC_785
KUALA LUMPUR 20 NOV: Kewibawaan Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) baru untuk memastikan integriti dan akauntabiliti kewangan kerajaan dipertikai berikutan 'ketakutannya' berdepan pengamal media.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata KPI Hasan bergantung kepada keupayaannya menangani dua dakwaan penyelewengan iaitu derma RM2.6 bilion dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Seakan-akan Parlimen Malaysia menghadapi sindrom skizophrenia, beliau berkata, Malaysia tidak harus mencatat sejarah dalam sistem berparlimen di dunia sebagai memiliki satu-satunya pengerusi PAC yang fobia media.
"Jika ada individu yang patut dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melakukan penghinaan awam, ia sepatutnya Hasan," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Hasan dilapor kebanyakan media tempatan sebagai berkata beliau juga mahu 'cari makan' ketika ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil PAC berkaitan skandal 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion.
Ia mendorong Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak Hasan meletak jawatan sebagai pengerusi PAC berikutan kenyataan itu memalukan, selain menunjukkan beliau tidak memiliki kebebasan yang diperlukan.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Ya, harga ubat akan naik, kata Obama

Posted: 20 Nov 2015 05:15 AM PST

 Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini mengakui bahawa harga ubat dijangka naik sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) disahkan.
Bercakap pada sesi perbincangan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI), Obama bagaimanapun berkata sifat perjanjian perdagangan itu adalah bahawa semua pihak yang terlibat perlu bersedia untuk berkorban atau rundingan itu tidak akan berjaya.
"Ketika ini, banyak syarikat-syarikat ubatan di Amerika Syarikat marah pada saya kerana mereka kata mereka tidak lagi dilindungi. Jawapan saya, dalam persekitaran global yang baru ini, perkara sentiasa berubah setiap masa dan sebahagian daripada nilai saya adalah bahawa perubahan itu mestilah baik bagi orang kebanyakan.
"Saya tidak percaya bahawa kita boleh hentikan perubahan. Saya tidak fikir bahawa dengan meletakkan halangan ke atas perdagangan, kita boleh hentikan perubahan," katanya ketika menjawab soalan peserta dari Malaysia.
Peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Rizal itu menimbulkan kebimbangan bahawa TPPA adalah "perjanjian elitis" yang akan membebankan majoriti rakyat Malaysia dan mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah.

PAS kekal dalam kerajaan Selangor

Posted: 20 Nov 2015 05:14 AM PST

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini. – Gambar dari Facebook, 20 November, 2015. 
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini. 

PAS Selangor kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, meskipun PAS pusat semalam mengisytiharkan parti Islam itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Khairuddin diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang mengisytiharkan parti itu menjadi pembangkang di Pulau Pinang. Ini berikutan tindakan kerajaan negeri itu memecat 300 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan ahli PAS di negeri berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah sanggup sedia ‘lori besar’ sambut Husam

Posted: 20 Nov 2015 05:02 AM PST

Husam Musa bakal menjadi aset besar kepada Amanah kerana kecemerlangannya ketika menjadi Exco Kerajaan Kelantan.
Mohd-Anuar-Tahi_husam-musa_600
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia untuk menerima bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekiranya beliau dipecat.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata pihaknya sedia untuk menerima Husam malah mendoakan beliau segera menyertai parti bongsu dalam Pakatan Harapan (PH).
"Kalau dia mahu sertai, kita sedia untuk menerima. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan dan sekiranya tidak muat kereta kancil, lori besar kami sediakan.
"Malah sejak pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelihatan Husam telah dipinggirkan oleh partinya sendiri," ujarnya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara pada Jumaat.
Namun, katanya, Amanah tidak menjanjikan apa-apa jawatan kepada Husam jika menyertai Amanah.
"Walaupun tiada jawatan di dalam parti, Husam berhak mengkritik dan memberikan pandangan. Malahan pihak pimpinan tertinggi sedia menerima teguran beliau," katanya lagi.
Mohd Anuar turut mengakui sekiranya Husam sertai Amanah, beliau akan menjadi aset besar kepada parti itu kerana beliau memiliki rekod cemerlang sepanjang menjadi EXCO Kerajaan Kelantan.
"Kita tahu beliau merupakan pemimpin yang hebat kerana di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz, kita dapat lihat kecemerlangannya. Malah, beliau juga pernah mengetuai pelbagai biro," katanya.

Dr M: Yapeim adakan kursus di Paris belajar tentang LGBT?

Posted: 20 Nov 2015 05:00 AM PST


Kursus perkahwinan yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis bukan untuk tidak menggalakkan hubungan homoseksual, tetapi untuk belajar mengenainya, perli Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jika awak pergi ke Paris, ada ramai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di sana.
 "Mungkin mereka pergi ke sana untuk belajar mengenai LGBT?" sindir Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki yang mempertahankan tindakan Yapeim mengadakan kursus perkahwinan di Perancis dengan perbelanjaan sebanyak RM290,000 bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT.
Dakwaan itu dibuat oleh NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pada Isnin.
Menurut pengarahnya, Akmal Nasir, kertas kerja kursus perkahwinan juga diluluskan oleh Yapeim.
Akmal juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan' yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Cerita Umno cawangan Sepang gesa Najib letak jawatan tipu, kata Ku Nan

Posted: 20 Nov 2015 04:59 AM PST

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap berita 10 ketua Umno cawangan dan 14 pemimpin sayap cawangan dalam Bahagian Sepang yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap perdana menteri pada 17 November lalu tidak benar sama sekali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 20 November, 2015. 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap berita 10 ketua Umno cawangan dan 14 pemimpin sayap cawangan dalam Bahagian Sepang yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap perdana menteri pada 17 November lalu tidak benar sama sekali. 

Selepas mengesyaki ada dalang di sebalik gerakan menentang perdana menteri di kalangan ahli peringkat cawangan di Sepang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menganggap berita itu tidak benar sama sekali. Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangan terkini kes tersebut selepas satu majlis di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, petang ini.
"(Berita) cawangan semua itu tipu," katanya ringkas.

Beliau ditemui sewaktu berjalan meninggalkan majlis selepas menyampaikan bantuan RM72,000 kepada 80 orang penerima bantuan awal pengajian tinggi di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan pada 18 November lalu mengesyaki mungkin wujud dalang di sebalik gerakan akar umbi Umno Sepang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya akan meneliti (dan) melihat (perkara itu). Kita akan tengok (sama ada) benda (itu) betul dibuat oleh cawangan tersebut atau ada orang yang main berperanan sebagai dalang," katanya di lobi Dewan Rakyat 2 hari lalu.
Sepuluh ketua Umno cawangan dan 14 pemimpin sayap cawangan dalam Bahagian Sepang pada 17 November lalu menyatakan hilang kepercayaan terhadap perdana menteri yang juga presiden Umno dan mendesak supaya beliau meletak jawatan.
The Malaysian Insider melihat senarai ketua cawangan dan sayap cawangan dalam bahagian Umno itu yang menandatangani kenyataan bersama mendesak peletakan jawatan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin, Shafie dipecat 27 November?

Posted: 20 Nov 2015 04:25 AM PST

Perubahan tarikh itu menimbulkan tanda tanya tentang nasib Muhyiddin dan Shafie
Shahbudin-Husin-Muhyiddin-Yassin-Shafie-Apdal
PETALING JAYA : Desas desus yang menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO diawalkan pada 24 November dari tarikh asalnya iaitu pada 27 November menimbulkan tanda tanya.
Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, sekiranya benar tarikh mesyuarat itu diawalkan pada 24 November ia membawa nasib buruk kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.
Walaubagaimanapun, katanya sekiranya mesyuarat tersebut kekal pada 27 November, adakah ia merupakan petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman.
"Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.
"Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat dalam mesyuarat MT UMNO kali ini," soalnya dalam entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.my.
Shahbudin menambah, mesyuarat MT UMNO kali ini akan lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan.
Katanya, ini kerana sebarang tindakan sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian khususnya kepada Muhyiddin akan dilihat sebagai percubaan secara 'terang lagi bersuluh' untuk menghalangnya daripada merasmikan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijadual pada 8 Disember.
Read More / Baca Lagi >>

Delegasi Yapeim ke Australia guna tiket kelas bisnes, kata NOW

Posted: 20 Nov 2015 04:20 AM PST

Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini mendedahkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) guna dananya menganjurkan program agama di Australia, menaiki penerbangan tiket 'business class' ke Sydney. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 20 November, 2015.Pengarah Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini mendedahkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) guna dananya menganjurkan program agama di Australia, menaiki penerbangan tiket 'business class' ke Sydney. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 20 November, 2015.
Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) menggunakan dananya untuk menganjurkan satu program agama di Australia, menaiki penerbangan dengan tiket "business class" ke Sydney. Dalam pendedahan terkini kumpulan pemberi maklumat itu, Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, agensi itu bersama cabang penyelidikannya Ar-Rahnu dan Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin), membelanjakan sejumlah RM218,505 untuk program 9 hari itu yang berlangsung pada April 2014.
Program itu diadakan untuk kira-kira 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

"Apa perlunya buat rombongan 'business class' dan siapa mereka yang pergi ikut rombongan ini?" soal Akmal, merujuk kepada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney itu, yang menelan belanja RM70,000. Akmal membuat dakwaan terkini beliau itu berdasarkan satu dokumen yang baru diperoleh daripada "sumber", yang memperincikan kos program itu pada peringkat kelulusan.
Pendedahan hari ini susulan pengumuman pihaknya minggu lepas mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis.
Akmal juga sebelum ini mendakwa, Yapeim turut membiayai rombongan yang termasuk seorang menteri dan isterinya ke Amerika Syarikat pada Mei tahun lepas.
Beliau berkata, dana itu digunakan untuk aktiviti yang termasuk bermain golf dan kunjungan ke pusat membeli-belah barangan berjenama di Washington.
Read More / Baca Lagi >>

Bantahan TPPA sambut Obama

Posted: 20 Nov 2015 04:17 AM PST

Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah
bantah_obama_600
KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Baracak Obama ke Malaysia disambut dengan bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Lebih 20 orang yang terdiri daripada ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan bantahan itu di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.
Mereka turut membawa plakad yang bertulis 'war disney' dan 'killer'.
Empat orang daripada wakil kumpulan yang datang untuk membuat bantahan itu meletakkan memorandum berkenaan di luar bangunan kedutaan.
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Malaysia seharusnya tidak berkrompomi dengan menandatangani perjanjian TPPA itu kerana ia akan menunjukkan negara ini menjadi lemah.
"Malaysia ada maruahnya. Apabila perjanjian TPPA ini ditandatangani, ia akan menunjukkan kita lemah. Ia akan memalukan, menghina dan menghakis kedaulatan negara," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat.
Badrul Hisham yang dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, sebab utama memorandum itu tidak diserahkan kepada wakil kedutaan berkenaan secara formal adalah ekoran mereka tidak mahu menghormati negara kuasa besar itu.
Dalam pada itu Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan mendakwa, kehadiran Obama pada Sidang Kemuncak ASEAN itu adalah untuk memujuk Malaysia supaya menandatangani TPPA.
"Itu sahaja tujuan dia datang ke sini. Ini kali kedua Obama datang ke Malaysia dan ia menunjukkan betapa terdesaknya untuk menjamin kepentingan korporat besar AS di rantau Asia Pasifik," jelasnya.
Bantahan tersebut turut akan diadakan esok jam 2 petang yang akan bermula dari Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan berakhir di Jalan Ampang.

TPPA: Obama datang Malaysia untuk desak Najib kata Tun M

Posted: 20 Nov 2015 04:15 AM PST

Dr Mahathir Mohamad yakin kedatangan Obama bagi mendesak Perdana Menteri menandatangani TTPA.
mahathir_tppa_obama_600
KUALA LUMPUR: Kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia hanya mempunyai satu tujuan iaitu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangami Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TTPA).
Perkara itu ditegaskan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya tidak fikir dia (Obama) akan mengubah atau mahukan apa-apa dari dia (Najib Razak).
"Pada Barack Obama adalah mahu Najib menandatangani TPPA," ujarnya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.
Obama berada di Malaysia selama tiga bermula 20 November hingga 22 November bagi menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.
Ketibaan Obama itu bagaimanapun disambut dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang tidak setuju mengenai perjanjian yang dianggap merugikan negara.
TPPA telah dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu di Atlanta, Amerika Syarikat. Malaysia perlu membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian itu selewat-lewatnya pada dua minggu pertama 2016.
Rundingan TPPA yang julung kali dilancar pada 2005, membabitkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam.