KOTA BHARU, 17 November:

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menganggap tindakan sesetengah pihak khususnya DAP yang menyerang Pas kerana berkerjasama dengan Kerajaan Pusat sebagai `mainan politik' sahaja.
Menurutnya, Pas berkerjasama hanya dalam hal yang membabitkan kepentingan rakyat dan masyarakat dan bukannya kerjasama di segi politik.
Katanya, kerjasama terbabit bukannya tanda Pas akan bergabung dengan Umno-Barisan Nasional (BN) kerana konsep Pas adalah jelas, tidak akan bergabung dengan BN.
"Unity Government (UG – kerajaan perpaduan) yang diwar-warkan itu tidak wujud. Itu masa (mantan Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi. Itu pun kerajaan tanpa pembangkang. Bukan Pas masuk BN.
"Ramai orang salah faham..UG itu sama dengan Konsensus Nasional yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu. Sama juga dengan cadangan Lim Kit Siang untuk berkerjasama dengan Umno..jadi apa masalahnya?"