Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PKR tentang sbb mahu simposium kahwin sejenis di Paris

Posted: 16 Nov 2015 11:05 PM PST






Antara gambar-gambar menunjukkan pelajar hadiri kursus perkahwinan sambil hadiri kursus ugama, isu hal ehwal semasa, fahami polisi kerajasn terkini dan lain-lain hal ehwal pelajar.

Jangan pula kata ini horey-horey di Moulin Rouge.

Kenapa PKR serang gitu teruk program yang ada kebaikan?


Entahlah ... dia orang tak.setuju.lelaki pompuan kahwin kot. Lelaki kawin lelaki dan pompuan kawin pompuan depa suka.




Sukahati nak dedah US, Paris, London ke mana ... saman dah masuk

Posted: 16 Nov 2015 04:52 PM PST




Pada pukul 4.15 Akmal Nasir sudah diserahkan Letter of Demand. Maknanya saman sivil untuk defamation sudah masuk.

Laporan polis berkenaan criminal defamation dan defamation pun dah dibuat. Polis akan siasat. Jika disabit salah 2 tahun penjara ikut hukuman penal code.



Semalam jambu spare Anwar ini nyatakan kesal dan tanya lagi soalan tentang perbelanjaan kursus perkahwinan di paris.

Itu majlis untuk program YAPEIM saja atau agensi lain sekali? Isunya ...


Sambil kursus kahwin, lain2 program bermanafaat boleh dijalankan.

Kasi tiupan roh dan semangat positif lebih baik dari kerja batu api pembangkang di luar negara untuk buat student membenci dan sikap negatif terhadap kehidupan.

-----------------

[SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014 :

Dari kacamata Penganjur/Urusetia (Pihak Pelajar)]

1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan , Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program 'Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan 'Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah'. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.

4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.

6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students' Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

7) Bagi melicinkan perjalanan program, pelbagai kemudahan (pengangkutan, penginapan dan makan minum) telah diberikan kepada para peserta (pelajar Malaysia) yang hadir dari negara-negara berdekatan seperti United Kingdom, Poland, Russia, Ireland dan tidak lupa juga pelajar dari Perancis.

8) Menurut JAKIM, YaPEIM tidak menyalahgunakan wang kerana segala pengeluaran perbelanjaan yang digunakan untuk penganjuran program adalah mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

9) Alhamdulillah hampir seramai 10 orang peserta yang hadir telah mendirikan rumahtangga mereka beberapa bulan selepas program ini tamat. Mabruk serta selamat pengantin baru kepada kalian.

10) Selaku penganjur/urusetia program (Pihak Pelajar), saya merasakan program ini merupakan suatu program yang bermanfaat kepada semua pelajar dan berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Dan mungkin dari sudut perbelanjaan, ianya perlu diteliti kembali walaupun tatacara pengeluaran perbelanjaan adalah mengikut peraturan.

11) Akhir kata, biarlah pihak berkuasa (yang bertanggung jawab) menyiasat dan menentukannya. Dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berdoa yang terbaik untuk Malaysia.

16 November 2015

Nik Mohammad Izzul Azfar NIK RAZALI
Timbalan Pengarah Program
SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014

*Rujuk laporan SIMPOSIUM PERDANA PARIS oleh KLN : http://goo.gl/pbRR8Y
------------------

Puak mereka ini dah tak usah dilayan tapi see you in court saja.


Akmal, Rafizi ingat Abang Jamil pergi holiday dan shopping?

Posted: 16 Nov 2015 04:00 AM PST

Jadual sepenuh tengah cuba diperolehi dari student dan kawan2 di Amerika. Sikit-sikit boleh tunjuk ...




Simposium perdana



Lain program dengan MARA dan Education Malaysia.





Majlis di kedutaan...







Majlis sukan dengan student. Tapi jangsn dok kata cuma penutup saja.....





Majlis penerangan dan isu semasa dengsn student



Inilah sikit2 gsmbar yang ada.

INI ADALAH TULISAN SEORANG PELAJAR YG MENGIKUTI PROGRAM BERSAMA DS JAMIL KHIR DI LUAR NEGARA.

1. Berkenaan dengan isu Dato Seri Jamil Khir, saya mewakili pelajar yang terlibat sendiri dengan program bersama Dato Seri ingin meluahkan rasa dukacita di atas tomahan yang dilemparkan kepada Dato Seri.

2. Hal ini kerana memang merupakan suatu kebiasaan bagi kami pelajar disini mengadakan pelbagai program bersama pemimpin negara. Bahkan sebahagian daripada kami berasa begitu dekat dengan mereka apabila dapat meluahkan pelbagai masalah yang kami hadapi di sini secara terus kepada pucuk pimpinan negara.

3. Tambahan pula, kedatangan Dato Seri bukanlah untuk berfoya foya seperti yang dihebahkan oleh pihak-pihak tertentu. Kehadiran Dato Seri sebenarnya telah mempereratkan lagi hubungan antara negara dan menyelesaikan masalah kami yang kadang-kadang tidak diketahui orang luar.

4. Disamping itu juga, adalah suatu yang tidak wajar jika tujuan utama serta program utama Dato Seri tidak diwarwarkan dan yang di"highlight"kan hanyalah bermain golf. Untuk pengetahuan semua, bermain golf merupakan cebisan kecil dari program sukan yang dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada termasuk sukan-sukan lain bersama pelajar, bahkan program sukan ini hanyalah merupakan program sampingan dari keseluruhan program yang dihadiri Dato Seri.

5. Pada masa kini, sukan tidak dinafikan menjadi nadi penyatu antara sesama kita, mengeratkan silaturrahim, mengenal hati budi dan juga sebagai salah satu cata diplomasi, bukannya sebagai berfoya-foya seperti ditohmah.

6. Bahkan Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk bersukan selagi mana tidak melanggar mana-mana syariat.

7. Untuk pengetahuan, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.

8. Program-program yang dihadiri Dato Seri ini melibatkan program kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek Motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan, program Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara, program Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI, program Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan, program menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan, dan program pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia.

9. Program-program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Bloomington, Indiana dan Washington DC, Amerika Syarikat.

10. Sebagai pelajar yang ditaja, kami merasa amat berbesar hati apabila penaung tajaan datang melawat kami di sini. Hakikatnya, ia adalah amalan biasa bagi sesebuah penaja datang mengadakan pertemuan dan program dengan pelajar tajaan.

11. Bahkan, dengan pertemuan sebegini, lebih dari itu, ianya juga menaikkan semangat kami yang berada jauh dari tanah air. Mereka yang pernah belajar di luar negara pasti memahami situasi sebegini.

12. Berkenaan dengan jumlah harga tiket yang dilihat terlalu tinggi, ia sebenarnya adalah harga normal bagi perjalanan rombongan Menteri ke US. Malah di US, program-program yang dihadiri Dato Seri bukanlah hanya bertempat di satu tempat, bahkan ada tempat yang memerlukan beliau bergerak dengan flight. US bukanlah negara kecil berkeluasan seperti Malaysia. Semua ini adalah munasabah dengan harga tiket yang semuanya melibatkan kos termasuklah kos pertukaran mata wang US sekarang.

13. Sebagai salah seorang pelajar yang benar-benar tahu dan terlibat dengan perjalanan dan program-program Dato Seri, saya merasa amat-amat kecewa dan marah dengan tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Dato Seri.

Mior Azrie bin Mior Idris
Pelajar tahun 3 Drexel University

-----------


Nak tahu tempat shopping Leesburg Premium Outlet bunyi hanya macam factory outlet. Baca komen berikut:


Hang pi google dan sapa biasa ke US tahu itu mall biasa dan bukan posh.

Brand pun bukan designer brand. Brand biasa yg tak mahal tapi malaysia mahallah pasal inport.

Sebab apa Abang Jamil bawa isteri situ? Tu rahsia dulu. Nanti keluarlah di mahkamah.

Isy isy isy ... kecundang dikala kerjaya politik belum mula.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG MARAH KERANA SELANGOR NAIKKAN ELAUN GURU KAFA, KATA PAS SELANGOR

Posted: 16 Nov 2015 06:40 PM PST


dap 
Lim Guan Eng tidak gembira dengan kenaikan elauan guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) di Selangor, kata PAS Selangor.

Menurutnya, sikap kebencian Lim ditunjukkan dengan menuduh tiga Exco PAS di Selangor sebagai "buat jahat" kerana berjaya berjuang menaikan elaun guru-guru KAFA sekolah agama di Selangor menjadi RM1,500 bermula tahun 2016.


"Kalau usaha PAS Selangor semenjak 2008 ini dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai".

"Apakah PAS Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," soalnya dalam satu kenyataan

Tambahnya lagi, dalam sidang Dewan undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menyokong pelantikan bekas Timbalan Pengerusi DAP Selangor T. Chandra Mohan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dilantik sebagai anggota Dewan Negara mewakili Selangor bagi tempoh tiga tahun akan datang.

"Jika ini juga dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka kita anggap beliau terlalu angkuh dan sengaja mengundang masalah.

"Kita percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim pada Ahad yang berkata DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu.

Lim yang juga Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.

"Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.

"Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

"Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," katanya ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 pada Ahad.

Beliau mengulas pandangan seorang perwakilan Selangor yang mahu DAP meninggalkan kerajaan negeri jika Menteri Besar Azmin Ali enggan memecat PAS.

Dalam ucapannya itu, Lim juga mendakwa PAS kini telah berpihak kepada Umno dan menganggap undi kepada pati Islam itu sama seperti mengundi Umno.

Beliau turut berkata, PAS sekarang sudah berubah daripada dahulunya menolak parti rasis seperti NGO PERKASA kepada sekarang yang bekerjasama dengan pengerusinya Datuk Ibrahim Ali.

"PAS sekarang sudah memihak kepada Umno, kita lihat kenyataan daripada pemimpin PAS, macam undi PAS serupa undi Umno.

"Satu undi PAS sama dengan satu undi Umno, tak ada beza langsung.

"(Mereka) sokong sama (Perdana Menteri) Najib dalam skandal 1MDB ataupun dalam skandal derma," kata Lim.

ABIM DARI NGO KEPADA PARTAI TAKUT-TAKUTAN

Posted: 16 Nov 2015 06:18 AM PST

ABIM MEMANG PRO PEMBANGKANG ANWAR, PKR, AMANAH DAN DAP.

Sebab itu ABIM turut menghentam PAS kerana keluar Pakatan dan sebab itulah ABIM turut mempertahankan Anwar walaupun Anwar sudah dipenjarakan kerana perbuatan "Liwat 2".

Sedangkan ramai bekas Presiden/pemimpin ABIM yang sudah sedar apabila terdedahnya perangai buruk Anwar. Contohnya Dr Yusri dan Dr Sidik Baba.

Justeru apabila ABIM memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap Perdana Menteri, Menteri MITI dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA jelas membuktikan ABIM bukan lagi badan dakwah yang mengamalkan hikmah dan musyawarah. ABIM sebenarnya badan politik sebab itu mereka berkempen secara terbuka dalam pilihanraya kecil seperti di Permatang Pauh.

Sepatutnya jika mereka jujur sebagai badan dakwah yang "Non Partisan" mereka wajar menghadiri sesi Penerangan Perdana anjuran UMNO di PWTC pada 14.11.15 yang lalu apatah lagi mereka dijemput. Anjuran UMNO bukan penghalang untuk mereka hadir, mendengar dan bertanya soalan. Maka ABIM bukan lagi badan dakwah untuk membawa kebenaran tetapi takut menyatakan kebenaran spt dalam isu liwat Anwar dan kemungkaran yg dibawa oleh DAP.

Jelasnya ABIM takut untuk mendengar kebenaran. Kebijaksanaan Kerajaan ialah akan membentangkan TPPA di sidang Parlimen awal tahun hadapan untuk dibahaskan oleh semua MP termasuk dari pembangkang. Deraf juga sudah diedarkan untuk rujukan orang ramai. Inilah ketelusan kerajaan.

Maka apabila ABIM menghasut rakyat Malaysia supaya membantah TPPA jelas membuktikan ABIM bukan lagi didokong oleh pendakwah intelektual tetapi intelektual yang terkongkong dengan sikap "Taksub Melampau" terhadap Anwar sehingga hilang kewarasan dakwah yang sebenarnya. ABIM juga adalah senjata baru DAP. 

WASPADALAH PADA ABIM.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bajet 2016 Diluluskan Parlimen #KekalNajib

Posted: 16 Nov 2015 07:03 AM PST

PAS Sifatkan Guan Eng Sebagai "Merapu"

Posted: 16 Nov 2015 01:05 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


3 wakil PAS undi tolak bajet akan dipanggil - Takiyuddin

Posted: 16 Nov 2015 08:58 PM PST


Tiga anggota parlimen PAS yang melanggar arahan parti dengan mengundi menolak Belanjawan 2016 akan dipanggil memberikan penjelasan awal.
Bagaimanapun, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan, tiada tindakan akan dikenakan pada mereka kerana ia hanya perkara kecil.
Bercakap di lobi parlimen, beliau berkata PAS melibat Belanjawan 2016 yang dibentangkan baru-baru ini sebahagiannya tidak islamik.
Tiga anggota parlimen PAS itu ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).
PAS mengambil pendirian berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadakan di Dewan Rakyat semalam.

Pemuda PAS K'tan sedia anjur dialog Mustafa-Husam

Posted: 16 Nov 2015 08:57 PM PST

 Pemuda PAS Kelantan sedia menyediakan ruang menganjurkan majlis dialog antara Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berhubung isu pertemuan pemimpin PAS-Umno selepas pilihan raya umum 2008.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya sedia menjadi pengajur atau moderator kepada majlis yang dicadang diadakan di kota Bharu dan mahu MP Shah Alam Khalid Samad turut sama terlibat.
Ini kerana, kata Ahmad Fadhli, Khalid yang juga pengarah komunkasi Parti Amanah Rakyat (AMANAH) juga dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno ketika itu.
"Kami bersedia untuk menyediakan ruang yang seluas-luasnya untuk kehadiran seramai mungkin hadirin yang berminat untuk mengikuti penjelasan isu ini secara langsung dari individu yang terlibat.
"Semoga ia menjadi majlis yang bermanfaat dan menghilangkan keraguan yang ditimbulkan berhubung tohmahan kononnya PAS berhasrat untuk bergabung dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan.
Sinar Harian hari ini melaporkan Mustafa mengajak Husam bersemuka dengan satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan oleh bekas naib presiden PAS itu.
Laporan itu juga menyebut, beliau juga perlu melibatkan Khalid yang dikaitkan oleh Husam antara pemimpin PAS yang berjumpa dengan permimpin Umno dalam usaha menyatukan PAS dan Umno pada 2008.
"Kita bersemuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjupaan 2008 itu," kata Mustafa seperti dilapor akhbar itu.
Read More / Baca Lagi >>

PKR juga diingatkan elak provokasi kepada Pas - Dr Khairuddin

Posted: 16 Nov 2015 08:56 PM PST

Pas dan PKR saling memerlukan terutamanya ketika menghadapi BN dalam PRU.
Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-At-Takiri-,pas-pkr
PETALING JAYA: Pas menyambut baik saranan sekutunya, PKR supaya DAP berhenti melakukan provokasi kepada parti Islam itu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, selain DAP yang digesa berhenti menyerang Pas, perkara sama juga perlu dituruti pemimpin PKR.
"Bukan hanya DAP yang sepatunya mengelak daripada melakukan sebarang provokasi terhadap Pas bahkah juga PKR," katanya kepada FMT.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengingatkan, kerusi parlimen yang dimenangi PKR dalam pilihan raya umum (PRU) merupakan hasil kerjasama Pas menerusi jentera pilihan rayanya.
Malah PKR juga dikatakan tidak boleh lari daripada menggunakan jentera pilihanaya dari Pas dalam PRU akan datang.
"Sebahagian kerusi parlimen yang dimenangi PKR adalah menggunakan jentera pilihanraya Pas dan tentunya jika mereka mahu bertanding lagi pada PRU ke-14, maka PKR mereka memerlukan jentera pilihanraya Pas," katanya.
Terdahulu, PKR menyifatkan serangan yang dibuat DAP terhadap Pas tidak memberi kebaikan kepada parti dan rakyat, malah menyukarkan pembangkang untuk menentang Barisan Nasiona (BN) dalam PRU akan datang sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih.

KEKASIH YANG PATUT DILUPAKAN

Posted: 16 Nov 2015 08:54 PM PST

Pas kini bukan setakat bermain mata lagi, bahkan sudah mula berani hendak "berdating"  dengan UMNO walaupun masih malu-malu untuk mengakui mahu menjalin hubungan secara terbuka.

Selepas dua tiga kali "dating" barangkali dan kemudian memupuk keserasian, logiknya tidak mustahil jika kedua-duanya akan menikah dan membina kehidupan bersama.

Begitulah perumpamaan paling mudah untuk menggambarkan hubungan Pas dengan UMNO sekarang. Daripada beberapa perkembangan yang jelas menampakkan tidak mahu lagi bermusuh dengan UMNO seperti menyatakan tidak mahu berebut kuasa, berkecuali dalam menolak Bajet 2016 dan kadang-kadang lebih daripada UMNO memusuhi DAP serta mula menjauhi kekasih lamanya, Pakatan Harapan, Hadi Awang akan duduk sepentas dengan Najib Razak dalam program multaqa ulama serantau pada Disember nanti.

Selain beberapa kali kunjungan peribadi Najib terhadap Hadi Awang ketika di katil hospital, multaqa ulama ini adalah "dating terbuka"  yang pertama antara kedua-duanya.

Selepas ini mungkin tidak kekok lagi untuk mereka tampil bersama dengan lebih kerap lagi. Hanya jodoh yang menentukan "perkahwinan"  Pas dengan UMNO akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Jika berkahwin, hanya peredaran masa yang akan menjadi ujian sama ada perkahwinan itu akan bahagia atau berkekalan untuk tempoh yang lebih lama.

Tetapi jika tidak jadi juga berkahwin dengan UMNO, memang malang benar nasib badan Pas kali ini. Selain pernah bersama UMNO tidak lama dulu dan apabila berpisah kemudiannya, sama ada ketika bersendirian atau kahwin sekejap dengan Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, Pas memang menjadikan UMNO musuh nombor satunya.

Selain macam-macam yang diumpatnya, bahkan tuduhan kafir dan taghut juga dilemparkannya kepada UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Pas sedia kerjasama dengan UMNO – Haron Din

Posted: 16 Nov 2015 08:47 PM PST

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR . - Pas tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO selagi ia bertujuan ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.Menegaskan perkara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, sebagai sebuah parti yang mendokong Islam, parti itu tidak boleh menolak apa sahaja perkara yang boleh mencapai dan memerlukan kepada pertolongan kerana ia merupakan suruhan Allah.
Walau bagaimanapun, jelas beliau, kerjasama secara khusus antara kedua-dua pihak masih belum dimuktamadkan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kebersamaan itu boleh berlaku bergantung kepada keadaan dan masa yang menentukannya.
"Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah dengan perkembangan, namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.
"Sejauh mana dan bagaimana untuk dilakukan kerjasama itu, mungkin keadaan menentukannya. Kedua-dua (parti) sememangnya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah," katanya kepada Utusan Malaysia.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata, Pas sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) selagi tindakan itu menguntungkan parti tersebut dan demi menegakkan Islam.
Menurut beliau, Pas bukannya sebuah parti yang jumud dan disebabkan itu mereka akan bekerjasama dengan semua pihak demi mempertahankan negara tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Dalam pada itu, Haron turut mengingatkan semua ahli Pas termasuk mereka yang bukan lagi menjadi ahli Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) agar tidak menyerang sesiapa sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.
Tokoh ulama berpengaruh itu berkata, walaupun episod kebersamaan antara mereka yang meninggalkan parti itu sudah tertutup, namun ia tidak bermaksud untuk mewujudkan permusuhan sebaliknya mengekalkan persahabatan.
"Saya menyeru ahli Pas jangan menyerang sesiapa, sama juga saya menyeru kepada bukan Pas supaya tidak menyerang Pas. Kenalilah siapa musuh kita yang sebenar dan kenalilah kawan berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Berpada-padalah menyayangi kawan kamu, mungkin satu hari dia akan menjadi musuh kamu dan berpada-padalah membenci musuh kamu kerana mungkin satu hari dia berubah menjadi kekasih kamu."
Read More / Baca Lagi >>

BNM, SPRM didesak mohon Interpol cari lima individu berkaitan 1MDB

Posted: 16 Nov 2015 08:45 PM PST

Jika gagal, Zeti dan Abu Kassim dianggar melanggar tugas fidusiari mereka untuk menyiasat skandal 1MDB tanpa rasa takut dan pilih kasih.
zeti_Abu-Kassim-Mohamed_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed didesak membuat laporan polis mengenai kehilangan lima individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mendesak agar Zeti dan Abu Kassim memohon Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki lima individu berkenaan.
Lima individu itu adalah jutawan, Low Taek Jho (Jho Low), dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
"Jika mereka gagal bertindak sedemikian dalam masa 24 jam, akan dianggap sebagai melanggar tugas fidusiari mereka untuk menyiasat skandal 1MDB tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Selasa.
Menurutnya, beliau percaya usaha untuk menjejak lima individu berkenaan adalah mudah kerana Jasmine Loo dikesan memiliki apartment mewah bernilai AS$4.5 juta di New York.
"Pada awal November, nama dia tersenarai sebagai penderma di 'Black Ball' iaitu sebuah pertubuhan pengumpul dana yang dianjurkan oleh penyanyi Alicia Keys.
"Lima individu ini bukannya bersembunyi di gua Tora Bora, tetapi mereka hidup di kawasan mewah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Polis tidak tahu dimana Jho Low berada

Posted: 16 Nov 2015 08:41 PM PST

Bahagian Interpol tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak yang meminta mengesan dimana jutawan itu dan empat lain berada.
jho-low_1mdb_600KUALA LUMPUR: Bahagian Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan dimanakah jutawan berasal dari Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak dapat mengesan Jho Low kerana hingga kini tidak ada siasatan yang dibuat terhadap jutawan yang berasasl dari Pulau Pinang itu.
"Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan," katanya dalam satu jawapan bertulis.
Selain, Jho Low, pihak polis juga tidak dapat mengesan dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.
Zahid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta kerajaan menyatakan di manakah Jho Low, Casey Tang, Jamine Loo, Nik Faisal Ariff Kamil dan Tusof Annuar Yaacob.
Nik Faisal gagal dikesan pada Julai selepas SPRM mula menyiasat syarikat itu. Dia dicari pihak berkuasa bagi membantu siasatan yang sedang berjalan ke atas wang RM42 juta yang disalurkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Manakala, Casey Tang dan Jasmine Loo pula dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

GLC salur dana kepada parti politik melalui CSR, kata Najib

Posted: 16 Nov 2015 08:40 PM PST


Tiada dana tahunan khusus untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) menyalurkan peruntukan kepada parti politik, sebaliknya ia disalurkan melalui tanggungjawab sosial korporat, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.Beliau yang juga perdana menteri berkata, sumbangan disalurkan kepada parti politik atau ahli politik meliputi pelaksanaan program seperti menyokong acara sukan sekolah, membantu mangsa banjir dan menjayakan majlis sambutan perayaan dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.
"Syarikat milik kerajaan melalui MKD dan GLC tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.

"Sebaliknya jika terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia dikendalikan seperti mana permohonan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain iaitu berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan CSR syarikat semasa permohonan diterima," kata Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung dana tahunan GLC yang disumbangkan kepada individu mahupun parti politik sejak 1981 hingga 2014 dan sama ada terdapat perancangan menghentikan sumbangan seperti itu.
"Jumlah sumbangan dalam sesuatu tahun bergantung kepada jumlah permohonan diterima dan keupayaan kewangan syarikat untuk menyediakan peruntukan bagi projek CSR," kata Najib dalam jawapannya.

Sokong Bajet 2016 tindakan tepat untuk rakyat, kata Khalid Ibrahim

Posted: 16 Nov 2015 08:36 PM PST

Tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tepat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.Tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tepat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2015.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakannya menyokong Bajet 2016 di Parlimen semalam adalah tindakan yang tepat. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau akan turun ke kawasannya dan menerangkan mengapa beliau mengundi untuk meluluskan bajet.
"Kawasan saya mengundi saya untuk melakukan perkara yang betul. Jadi saya melakukan perkara betul daripada perspektif saya. Saya boleh berjumpa pengundi di kawasan saya dan mengatakan ini yang saya rasa betul," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

"Saya tidak melakukannya bagi pihak orang lain. Saya lakukannya demi mereka." Bajet 2016 diluluskan malam tadi dengan undi belah bahagi dengan 128 menyokong, manakala 74 tidak menyokong.
Khalid dipecat keahlian PKR tahun lalu selepas tindakannya melaksanakan penstrukturan semula industri Air Selangor dan ia menjadikannya satu-satunya ahli Parlimen Bebas.
Read More / Baca Lagi >>

PAS-UMNO: “Kalau dah rapat sangat, nikah sajalah”

Posted: 16 Nov 2015 08:35 PM PST

SUFI1443SELAYANG 16 NOV: Menyambut kenyataan Mufti Perlis bahawa PAS dan UMNO kini sudah tidak lagi banyak perbezaan, Lim Guan Eng mencadangkan kedua-dua parti itu agar cepat-cepat "bernikah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata, jika kedua-dua parti sudah sama perjuangan dan kepercayaan politik mereka, mereka tidak perlu lagi berpura-pura.
"Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) telah berkata bahawa PAS dan UMNO sudah sama sekarang, yang berbeza hanya nama, dan berlainan kopiah dan songkok sahaja.
"Jadi tunggu apa lagi? Nikah sajalah," katanya sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer di sini petang tadi.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memetik tulisan Dr Asri dalam facebook beliau hari ini yang mencatatkan: "PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.
"Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya."
Kata Guan Eng, keadaan sudah berbeza kerana PAS suatu masa dahulu keras menentang perkauman tetapi sejak akhir-akhir ini, kenyataan pimpinan tertingginya mencerminkan ia rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mengamal politik perkauman.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan ‘alkohol dan judi’ perlihat Hadi main politik gaya Umno

Posted: 16 Nov 2015 08:26 PM PST


KUALA LUMPUR 16 NOV: DAP tidak pernah campur tangan dalam urusan berkaitan undang-undang Islam termasuk  kononnya mahu meminda aspek tertentu bagi membenarkan pengambilan alkohol dan judi terhadap umat Islam.
Hadi-PAS-UMNOMenolak keras dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer, berkata DAP konsisten sejak penubuhannya menghormati Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
"Agenda DAP jelas. Kita tidak ada hasrat untuk membawa sebarang agenda keagamaan atau anti-keagamaan. Program kita tertumpu kepada nilai demokrasi, keadilan untuk semua rakyat Malaysia," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Shakir AmeerSemalam, Abdul Hadi menyatakan PAS menentang DAP memperkenal pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana tidak mahu parti itu menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.
"Kita halang DAP daripada pemilihan perbandaran, (kerana) orang Cina akan kuasai bandar. Kita takkan benar (kawasan) bandar dikuasai oleh DAP, (yang) menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam," katanya dipetik.
Justeru, beliau berkata, Abdul Hadi perlu berhenti menyerang DAP dengan gaya Umno apabila menggunakan label perkauman semata-mata kerana terdesak untuk meraih keuntungan politik terutama sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Sebagai peneraju parti politik Islam, Muhammad Shakir, berkata Hadi sepatutnya lebih memahami sebarang kenyataan berbentuk perkauman bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata, DAP memperjuang pilihan raya PBT kerana DAP percaya dalam amalan demokrasi dalam tadbir urus tempatan akan membantu kualiti kehidupan rakyat dalam setiap perkara aspek.
"DAP sentiasa berusaha memastikan urus tadbir yang cekap di setiap peringkat supaya ia memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira jika bangsa dan agama," katanya.

Haron: Kerjasama khusus PAS-Umno biar keadaan tentukan

Posted: 16 Nov 2015 08:24 PM PST



Mursyidul AM PAS Datuk Haron Din menegaskan kerjasama secara khusus antara PAS dan Umno boleh berlaku namun begitu ia ditentukan oleh keadaan dan perkembangan politik negara.
Walaupun PAS tiada masalah berkerjasama dengan Umno demi kebaikan dan kebajikan, tokoh ulama itu berkata setakat ini parti belum membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.
"Adapun (kerjasama) secara khusus, sejauh mana kerjasama yang dikatakan itu berlaku atau akan berlaku, bergantunglah dengan perkembangan namun buat sementara ini, sampai hari ini kita tidak membuat sebarang keputusan muktamad.
"Sejauh mana dan bagaimana untuk melakukan kerjasama itu, mungkin keadaan mementukannya. Kedua-dua (parti) sememangnya mungkin bekerjasama atau mungkin tidak bekerjasama, bergantunglah kepada sejauh mana kebajikan atau kebaikan yang boleh diterima demi mencapai ketakwaan kepada Allah," kata seperti dilapor akhbar arus perdana itu.
Laporan itu menyebut, Haron mengulas kenyataan Hadi bahawa PAS sedia bekerjasama dengan BN selagi tindakan itu menguntungkan parti dan demi menegakkan Islam sekaligus menyifatkan parti Islam itu bukan parti jumud dan sedia bekerjasama dengan semua pihak.
Isu kerajaan perpaduan timbul semula selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Hadi cuba membentuknya dengan mahu bekerjasama dengan Umno di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu. Bagaimanapun, Hadi menafikan dakwaan itu.
Akhbar itu juga melaporkan Haron menasihati anggota PAS atau bukan ahli dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) agar tidak saling menyerang sehingga melemparkan tuduhan dan fitnah.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tidak wajar tolak pinangan PAS

Posted: 16 Nov 2015 06:14 PM PST

Wan Ji Wan Hussin


Jika benar PAS gabung dengan Umno, ia sejarah berulang kembali yang menarik untuk direnungi. Namun, gabungan PAS dan Umno pada kali ini tidak boleh disamakan dengan sejarah dulu. Ini kerana, Umno dulu tidak sokong cadangan hudud PAS, sedangkan pada kali ini, pimpinan Umno sendiri yang mencadangkan "hudud" dibawa PAS ke parlimen.
Mufti Perlis menyatakan perbezaan PAS dan Umno sudah tidak ketara lagi, malahan kesamaan antara keduanya amat banyak sekali. Dari sudut pandang ramai pula, kelihatan dalam banyak isu yang melibatkan negara, ternyata PAS lebih ramah dengan Umno/BN, dan agak marah-marah dengan kalangan yang memusuhi Umno/BN.
Di awal terbinanya kerajaan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP, kelihatan Umno saja selalu menyebarkan propaganda kononnya DAP anti Islam dan anti melayu. Namun kini, propaganda yang sama dilaksanakan sebilangan besar pendokong dan sebilangan pemimpin PAS.

Jika dulu, suara PAS amat selaras dengan rakan PKR dan DAP dalam banyak isu. Hatta dalam isu hudud, Presiden PAS sendiri akui ia bukan keutamaan. Malah, menyatakan hudud dilaksanakan selepas wujud gaji minima. Pendapat presiden PAS itu, dikukuhkan lagi dengan kenyataan ramai tokoh, seperti Mufti Perlis dan Yusoff Al-Qaradawi. Namun, keadaan itu berbeza kini. Walaupun tidak wujud gaji minima lagi, PAS seperti menganggap perlaksanaan hudud adalah keutamaan.  Jika enakmen hudud Kelantan dinyatakan presiden PAS syarat perlaksanaannya selepas wujud gaji minima, sudah pasti tidak boleh dianggap salah, jauh sekali menuduh sebagai musuh Islam, jika tidak menyokong enakmen itu pada saat ini. Ini kerana, sampai hari ini gaji minima masih belum dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

"M'sia Lemas Ditimbun Pekerja Asing"... sebelum kemasukan lagi 1.5 JUTA PEKERJA BANGLA...

Posted: 16 Nov 2015 05:56 PM PST

Bayangkan slps 1.5 JUTA PEKERJA BANGLA masuk... agak² apa tajuk akhbar ??

"Rakyat Malaysia mati ditimbun pekerja asing" ka... ??
atau KERAjaan BN terus kekal sampai kiamat ??

SERUPA TAPI TAK SAMA...

Posted: 16 Nov 2015 05:55 PM PST

Mcm teringat jer ada manusia tu beriya2 mati2an ugut nak saman WSJ 'SELASA INI'.

ESOK DAH NAK MASUK SELASA KE-20 TAPI masih tak saman2 lagi.. Kenapa manusia tu tak saman WSJ dlm isu 1MDB hingga ke harini ???

SETIAP KALI SELASA menjelma ada saja alasan yg diberi.. bla bla blaaaa

Mustafa ajak Husam, Khalid semuka

Posted: 16 Nov 2015 05:51 PM PST

Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.
Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.
"Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.
"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu," katanya.
Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam  program terbabit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.
Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.
Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun  Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.
Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan   tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tak benar perhimpunan aman warga teksi Rabu ini

Posted: 16 Nov 2015 05:49 PM PST



Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan aman warga teksi yang dijadual berlangsung di ibu negara Rabu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang, dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.
Zainol berkata pihaknya telah menerima notis daripada Persatuan Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang bagi mengadakan perhimpunan itu di sekitar kawasan Kraftangan di Jalan Conlay, Padang Merbok, Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 6 November lepas.
"Notis yang dikemukakan mereka tidak dapat diproses kerana tidak disertakan surat kebenaran tuan punya tempat perhimpunan tersebut diadakan.
"Sekiranya perhimpunan itu diadakan, maka perhimpunan itu satu perhimpunan yang tidak mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan semalam.
Antara objektif utama perhimpunan ini adalah untuk mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi 'Uberteksi' dan 'Grabcar' yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.
Pada masa sama, Zainol menasihatkan agar pemilik permit teksi menentukan bahawa teksi mereka tidak digunakan bagi tujuan perhimpunan.
"Sekiranya teksi-teksi itu digunakan di dalam perhimpunan, maka polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
- Bernama

Hadkan petugas, speaker Dewan Rakyat minta pengamal media bersabar

Posted: 16 Nov 2015 03:28 PM PST

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan mengehadkan jumlah petugas media daripada setiap organisasi terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keputusan mengehadkan jumlah petugas media daripada setiap organisasi terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini meminta pengamal media yang bertugas di Parlimen supaya bersabar dan akur dengan peraturan untuk mengehadkan jumlah petugas daripada setiap organisasi bagi keselesaan semua pihak. Keputusan itu, katanya, terpaksa dibuat berdasarkan faktor keselamatan selain penyelenggaraan infrastruktur bangunan Parlimen lama.
"Saya harap pengamal media dan pegawai kerajaan yang bertugas di Parlimen dapat bersabar.

"Nanti bangunan lama siap sepenuhnya saya sendiri akan pastikan semua mendapat keselesaan ketika bertugas," katanya ketika mengulas keputusan Parlimen untuk mengehadkan petugas media di Parlimen bermula hari ini, yang dipertikaikan beberapa badan pengamal media di negara ini. Bercakap kepada Bernama, Pandikar Amin juga menyifatkan petugas media di Parlimen kini terlalu ramai sehingga sukar untuk mengenal pasti antara petugas media perdana dan portal.
Dalam pada itu, Pandikar Amin turut membidas kenyataan oleh ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa keputusan tersebut adalah tindakan kerajaan untuk menyekat pengamal media daripada membuat liputan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2016 di Dewan Rakyat.
"Ahli Yang Berhormat itu sepatutnya faham, setiap hari beliau melihat keadaan di Parlimen ini. Janganlah dijadikan perkara ini sebagai isu untuk melagakan hubungan baik media dengan Parlimen," katanya.
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu) hari ini mempertikai keputusan itu yang didakwa dibuat pada waktu mencurigakan memandangkan dewan bakal memutuskan berhubung rang undang-undang penting itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Rokok elektronik, rokok biasa sama sahaja bahayanya' - Tun Mahathir

Posted: 16 Nov 2015 03:26 PM PST

'Rokok elektronik, rokok biasa sama sahaja bahayanya' - Tun Mahathir
PUTRAJAYA: Penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok malah lebih memudaratkan  kerana kepekatan nikotin dalam cecair vape lebih tinggi berbanding rokok biasa.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun begitu ramai yang kini beralih kepada vape hanya kerana tarikannya yang mempunyai pelbagai perisa.

Dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata kepelbagaian perisa yang ditawarkan itu merupakan cara pemasaran yang berjaya menarik ramai menggunakan vape.

"Percayalah, vape lebih bahaya malah lebih memudaratkan daripada menghisap rokok. Anda akan mendapat nikotin dalam bentuk pati dengan bau harum dan menarik serta rasa yang sedap.

"Itu cara pemasaran mereka," kata Dr Mahathir yang ditemui di Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah Dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO).

Persidangan tersebut berlangsung di Putrajaya selama tiga hari mulai Isnin.

Dalam ucaptamanya, Dr Mahathir yang juga penaung IFNGO turut menyeru agar pendidikan mengenai bahaya dadah perlu bermula dari kecil untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perkara tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Akhir 11 kerusi baru di Sarawak akan dibentangkan di Parlimen pada 2 Disember

Posted: 16 Nov 2015 03:26 PM PST

Abdul Aziz Mohd Yusof (m)
Abdul Aziz menasihatkan mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam pilihan raya yang akan datang perlu mendaftar sebelum akhir tahun ini kerana ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima bulan untuk daftar pemilih diwartakan.

KUCHING, 16 November:

Laporan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya persempadanan baru dijangka akan dibentangkan pada 2 Disember ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata, hari itu akan menjadi hari kedua terakhir kerusi Parlimen dan apabila diluluskan, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk kerusi baru diwartakan.
"Kami telah memasukkan semua butiran yang diperlukan seperti yang diminta oleh mahkamah dan menyediakan laporan lengkap kepada parlimen," kata Abdul Aziz selepas memberi taklimat ketika menghadiri majlis Pilihan Raya Negeri Pegawai SPR ke-11 di sini, hari ini.
Tiga bulan lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membatalkan notis cadangan itu, kerana tidak memasukkan butiran yang diperlukan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Yew Jen Kie mengisytiharkan notis persempadanan itu batal dan tidak sah selepas ia dilaksanakan dengan tidak mengikut Jadual Perlembagaan Persekutuan ke-13.
Sebaik sahaja diwartakan, Sarawak mempunyai 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 71 kerusi, menjadikan negeri ini mempunyai perhimpunan perwakilan tertinggi di negara ini.
Penggal semasa secara automatik tamat pada 19 Jun tahun depan, lima tahun selepas kerusi pertama diadakan pada 20 Jun 2011.
Mengikut undang-undang pilihan raya, pilihan raya mesti ditetapkan dalam masa 60 hari selepas tamat penggal dan pilihanraya negeri yang terkini akan diadakan menjelang Ogos jika perlu.
Bagaimanapun, pilihanraya negeri boleh diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina dan sebelum tamat tempoh penggal.
Pada Jun tahun ini, terdapat 1.1 juta pengundi berdaftar di negeri ini dan hanya 10 peratus daripada jumlah itu adalah pengundi baru.
Abdul Aziz menasihatkan mereka yang ingin mengambil bahagian di dalam pilihan raya yang akan datang perlu mendaftar sebelum akhir tahun ini kerana ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima bulan untuk daftar pemilih diwartakan.
Read More / Baca Lagi >>

PKR nasihat DAP, kurangkan konfrontasi dengan PAS

Posted: 16 Nov 2015 03:24 PM PST

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata terlalu awal untuk menyamakan undi kepada PAS sebagai undi untuk Umno, ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 November, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata terlalu awal untuk menyamakan undi kepada PAS sebagai undi untuk Umno, ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 November, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak bersetuju dengan kenyataan DAP yang menyamakan 1 undi kepada bekas sekutu mereka PAS sebagai satu undi buat Umno dan Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kesimpulan itu terlalu awal dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana usia perpecahan Pakatan Rakyat (PR) pada masa ini hanya kira-kira 3 atau 4 bulan.
"PAS kini berada pada persimpangan dan mereka perlu merungkai hala tuju mereka dan saya maklum sesetengah kepimpinan tertinggi PAS berkelakuan tertentu tetapi secara umumnya PAS ada pengalaman hampir 60 tahun melawan BN.

"Secara umumnya saya rasa terlalu awal untuk membuat anggapan begitu. Kita baru saja 3 atau 4 bulan selepas pembubaran Pakatan. "Saya rasa kita perlu bermuhasabah dan orang ramai juga mempunyai peranan menyampaikan mesej kepada PAS," katanya di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.
Beliau juga menyimpan hasrat melihat DAP mengambil pendekatan lebih lembut terhadap PAS yang merupakan bekas sekutu mereka dalam PR.
"Saya kekal dengan pendirian ini yang berbeza dengan kepimpinan utama DAP iaitu tiada manfaatnya untuk kita terus berkonfrontasi dengan PAS.
"Ini kerana matlamat akhirnya adalah memastikan pertembungan 1 lawan 1 (dalam pilihan raya umum akan datang) dan ia hanya boleh jadi kenyataan jika ada sedikit  keterlibatan (PAS dan DAP)," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program sukarelawan PKR, Invoke, di Petaling Jaya malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang gagal tolak Bajet Najib

Posted: 16 Nov 2015 02:59 PM PST

Seramai 128 Ahli Parlimen bersetuju menyokong Rang Undang-undang Pembekalan 2016 dan 74 lain menolak.
pandikar-amin-mulia,najib-rzak,bajet-2016
KUALA LUMPUR : Usaha ahli parlimen pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 untuk bacaan kali kedua ditolak di Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan, seramai 128 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong rang undang-undang berkenaan dan 74 tidak bersetuju selepas undian dibuat.
Pandikar Amin berkata, rang undang-undang itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan pada Selasa jam 10 pagi.
Sebelum ini pembangkang menyatakan niat untuk menolak Rang Undang-Undang tersebut sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Pas mengambil sikap berkecuali dalam undian itu namun tiga Ahli Parlimen bertindak menyertai ahli parlimen pembangkang lain membantah rang undang-undang itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau dan dua Ahli Parlimen Pas yang lain mengundi untuk tidak bersetuju.
Katanya, dua yang lain adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.
"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya taknak bajet yang membebankan rakyat," katanya.
Beliau turut diminta mengulas mengenai adakah tindakannya itu akan menyebabkannya dikenakan tindakan disiplin oleh Pas.
"Saya tak risau pasal saya tidak berbeza dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya bajet ini sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita," jelasnya.

Hanya 3 ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016, dedah Mahfuz

Posted: 16 Nov 2015 02:54 PM PST

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak Bajet 2016, manakala 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 November, 2015. 
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata beliau merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak Bajet 2016, manakala 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). 

Hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 hari ini semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).
"Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

"Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian. Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat.
"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat," katanya.
Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak.
PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

PELAN RASIONALISASI HUTANG 1MDB, TAPI ADAKAH IA RASIONAL KEPADA RAKYAT?

Posted: 16 Nov 2015 06:20 AM PST

Keputusan siapa bakal memenangi tender membeli Edra Energy, syarikat milik 1MDB akan diumumkan tidak lagi. Ia merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan hutangnya yang dianggarkan berjumlah RM42 bilion.

Aset Edra yang mahu dijual itu terdiri daripada lima loji janakuasa tempatan dan lapan di luar negara yang dinilai harganya oleh bank-bank kira-kira RM10 bilion.

Ada juga laporan yang menyebut penjualan itu mungkin sekitar RM12 hingga RM16 bilion. Bagaimanapun 1MDB membeli kesemua IPP itu dengan harga RM18 bilion, dengan antaranya dibeli pada harga lebih tinggi daripada nilai pasaran, terutama beberapa 1PP yang sudah hampir "tarikh matinya".

Tender untuk membeli Edra ditutup pada 6 November lalu dan keputusan siapa yang bakal memenangi dijangka akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. 

Dipercayai empat pembida telah disenarai-pendekkan untuk memiliki Edra, yang antaranya ialah TNB dan syarikat usahasama China dengan Qatar.

Di atas kertas, terlihat seolah-olah syarikat luar negara berpeluang cerah memiliki aset 1MDB itu berikutan harga terbaik yang ditawarkan mereka. Ia kemudian diikuti dengan kesediaan kerajaan melonggarkan pegangan syarikat asing dalam mana-mana syarikat tenaga tempatan ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 100 peratus.

Sumber pemain industri tenaga menyebut, semua yang dilakukan itu hanyalah "wayang"  semata-mata kerana hakikatnya kerajaan memang mahu menjual loji janakuasa milik 1MDB itu kepada TNB tetapi tidak mahu terlalu berterus-terang kerana bimbang dilihat mahu menjadikan syarikat pembekal tenaga itu sebagai penyelamat.
Permainan itu tambah "menjadi"  apabila PKR melalui Rafizi turut membantah dan mengemukakan usul di Parlimen bagi membincangkan kelonggaran pemilikan asing yang dibuat kerajaan itu yang seolah-olah akan memberi kelebihan kepada syarikat usahasama China-Qatar memenangi tender membeli Edra.

Bantahan PKR berasaskan bahawa jika ia menjadi kenyataan, bermakna bukan saja aset negara telah jatuh ke tangan asing, bahkan juga memberi ruang kepada pihak luar menentukan kadar tarif elektrik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak bajet, Mahfuz kata undi untuk rakyat

Posted: 16 Nov 2015 06:18 AM PST

Tiga ahli parlimen PAS melanggar arahan parti Islam itu dengan mengundi menolak Bajet 2016.
Mereka adadalah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Mazian Nik Mohamad dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah.
 Ketiga-tiga mereka tidak mematuhi keputusan PAS untuk berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadadakan di Dewan Rakyat, lewat petang tadi.
Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mahfuz mempertahankan keputusannya.
"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tak nak bajet yang membebankan rakyat.
"Rakan-rakan lain mereka tidak mengundi menyokong bajet, jadi sama (dengan pendirian) parti berkecuali.
Ditanya sama ada beliau risau jika dikenakan tindakan kerana melanggar arahan, Mahfuz menafikannya.
"Saya tak risau pasal saya tak berbeza dengan keputusan (pucuk pimpinan parti).
"Bagi saya bajet ini, sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita. (Jadi) saya undi untuk rakyat," kata Mahfuz.