KOTA BHARU, 14 November:
Pimpinan Pas Kelantan diingat supaya melihat kembali kepada landasan yang sudah ditetapkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menjalankan urusan pentadbiran.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata landasan itu terbukti berkesan kepada kejayaan politik Kelantan.
"Kalau parti bijaksana ambiklah nasihat saya..tuan-tuan menjadi saksi yang Husam Musa sudah memberi nasihat. Pas perlu membuat reformasi kepada kerajaan negeri. Misalnya, Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob‎) akan jadi kuat bila dia ambil teguran saya untuk imbangkan keadaan dalam kerajaan.
"Dia akan jadi kuat dan saya yakin dia bukan mengikut saja keputusan orang lain. Dia boleh cakap kepada pimpinan lain, macam ini tak boleh, Husam dah terangkan, ingat pada Husam.
"Saya masuk parti bukan main-main…adik kakak masuk parti bukan main main..presiden kena tahu. Kasihan ahli terkontang-kanting padahal kita berjuang nak memerintah negara," katanya.
Tambah Husam, dalam kekalutan pelbagai isu yang timbul di negeri ini, Umno pula akan buat konvensyen dijangka pada 27 dan 28 November ini dengan tema 'Kelantan Milik Barisan Nasional (BN) PRU-14′.
"Baru-baru ni Umno buat senyap sahaja…buat bodoh jer. Jentikpun tak ada respon tapi sekarang ini secara tiba-tiba mereka akan membuat konvensyen dengan tema sedemikian.
"Umno ni dia umpan kita supaya kita leka. Itu yg saya paling takut, bimbang Pas terpedaya dengan politik Umno sehingga mereka kekal berkuasa di seluruh negara termasuk ambil alih Kelantan. Itu saya takkan benarkan..macam mana nak buat saya pun tak tahu. Saya kira saya berdiri di tengah persimpangan…ambik kesempatan duk di tengah," katanya pada Sesi Dialog 'Demo Tanya Ambo Jawab' anjuran Pas Kubang Kerian di Kelab Suara Muda, di sini, malam tadi.