Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PKR guna NOW untuk tutup masaalah Azmin (Part 2: Air)

Posted: 13 Nov 2015 08:00 PM PST











Saman saja Dato Jamil Khir ...


PKR guna NOW untuk tutup masaalah Azmin (Part 1: Langkah Rawang)

Posted: 13 Nov 2015 05:06 PM PST




Hehehe ....saman saja Dato Jamil Khir


Saman saja Akmal NOW tu, Dato Jamil Khir

Posted: 13 Nov 2015 04:47 AM PST


YaPEIM - Rafizzi si agen DAPig

1. Sebenar adalah perkara biasa apabila Pengerusi / timb memperolehi elaun yg mewah. Mana-mana agensi koporat begitu. Jika ianya di persetujui oleh Board of Director, ianya tiada masalah.


2. DSAI juga memperolehi gaji RM 1 namun pendapatan setahun sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah RM 15 juta.

RM 1 x 12 bulan = RM 15 juta.

Dengan kata lain, sebulan pendapatan beliau adalah RM 1.25 juta.

3. Dalam isu YaPEIM, "mereka" seolah2 menggambarkan seolah2 gaji yg diperolehi adalah hasil sumbangan ramai. Adakah mereka beranggapan bahawa YaPEIM adalah seperti tin milo PAS? Tiada audit mahupun penyata kewangan serta perbelanjaan?

4. YaPEIM menjana pendapatan majoriti melalui perniagaan (Ar - Rahnu). Melaluinya, YaPEIM memperolehi RM 83 juta pada tahun lepas.

5. Saya menghubungi sahabat yg bekerja di bawah YaPEIM. Menurut beliau, pendapatan dari sumbangan awam adalah antara RM 30 - 40 juta setahun. Menurut beliau, wang yg di infakkan ini MESTI di salurkan untuk kebajikan umum. Jika ada lebihan, ianya akan dibawa ke hadapan.


6. Namun Rafizzi dan barua2 DAPig yg lain menggambarkan seolah2 wang yg di sumbangkan itu di salah gunakan.

7. Kalian harus ingat bahawa DAPig mengetahui bahawa orang Islam amnya dan org Melayu khususnya mempunyai sistem kewangan Islam yg sangat kukuh. Dan ini yang mereka amat risau.

8. Maka, jika mereka mahu menghancurkan Islam dan org Melayu, mereka harus hancurkan sistem kewangan Islam yg kukuh ini. Caranya adalah menghantar barua2 DAPig seperti Rafizzi, Nizzar dll untuk memusnahkan org Islam sendiri.

9. Kita boleh baca permainan mereka. Lihat suatu ketika dulu DAPig menggunakan barua2 melayu untuk hancurkan sistem zakat negara. Mereka juga pernah menyerang institusi tabung haji berkali2. Masih ingat bagaimana mereka menyerang PNB? Lihat apa terjadi kepada Felda?

10. Yang terkini, mereka berjaya memusnahkan 1MDB sebelum ianya bertapak kukuh. Mereka sedar bahawa 1MDB bakal menjadi satu lagi institusi Kewangan Islam terbesar negara. Dan mereka berjaya. Satu persatu sistem kewangan Islam negara mereka ganggu. Mereka tahu bahawa mereka tak mampu lakukan bersendirian. Nasib baik ada barua seperti Rafizzi A/L Ramly.

---


Dah cukuplaf dengan fitnah Rafizi ...



#Kesimpulan

1. Saya bersetuju isu ini ditangani dengan bijaksana walaupun rakyat tak sebijak mana. Cadangan agar SPRM menyiasat adalah cadangan yg baik. Namun seperti biasa siasatan memerlukan masa. "Window period" ini akan digunakan sebaik mungkin oleh DAPig dan barua2 melayu menjatuhkan institusi kewangan Islam.

2. Saya juga melihat banyak komen2 mahu menarik balik sumbangan mereka. Saya sangat bersetuju dengn mereka. Tak guna bersedekah jika tak ikhlas. Dan sila teruskan usaha anda.

3. Tak pasti apa lagi institusi Kewangan Islam yg bakal mereka "ganggu". Mereka bertindak dengan cara yg cukup terancang.

4. Percaya kata2 saya. Apabila rakyat sudah tidak percaya dgn sistem kewangan Islam, maka Rafizzi A/L Ramly akan mengemukan cdgn menubuhkan sebuah institusi kepunyaan mereka. Masa itu kita akan lihat bagaimana wang rakyat beragama Islam di sedut sebagai Penasihat Ekonomi Selangor lakukan hingga pendapatan RM 15 juta, tetapi masalah air di Selangor menemui jalan buntu. RM 1.6 SPLASH entah ke mana. Rakyat Selangor tetap mengharapkan kehadiran lori2 tangki air.

SELALU ADA YANG BARU

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

SELALU ADA YANG BARU


Posted: 13 Nov 2015 12:21 AM PST

ISLAM MELAYU JGN TERPEDAYA DGN GOLONGAN ANTI ISLAM MELAYU.

YAPIEM diserang, sebelum ini KWSP, Tabung Haji dan juga MARA semuanya membabitkan intitusi kepertingan islam melayu. Akhir2 ini satu siri terancang melalui beberapa siri ceritera skrip yg tersusun rapi bagi mengikis kepercayaan pencarum dan ahli YAPIEM bertuuan bagi melemahkan badan intitusi tersebut.

Serangan spt ini sdh tentu memberi kesan yg negetif kpd penyokong kerajaan atau Umno dlm menghadapi PRU14 dgn menambah buruk lagi krisis ketidakpercayaan terhadap PM DS Najib dan barisan kabinetnya.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Langat 2: Azmin cuba salahkan Pusat?

Posted: 13 Nov 2015 11:07 AM PST


Kerajaan PKR Selangor cuba menya­lahkan Kerajaan Per­sekutuan berhu­bung kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sehingga menyebabkan negeri ini bakal berdepan dengan kekurangan bekalan air menjelang 2017 hingga 2019.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan nege­ri juga terpaksa membina dua loji rawatan air baharu iaitu Loji Ra­watan Air Semenyih 2 di Hulu La­ngat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat yang menelan belanja sebanyak RM800 juta sementara menanti siapnya projek Langat 2.

"Kerajaan nege­ri terpaksa menge­luarkan bajet yang be­sar untuk menyelamatkan keada­an bagi kepentingan rakyat kerana Kerajaan Persekutuan ga­gal menyi­apkan Langat 2 mengikut tempoh ditetapkan.

"Kedua-dua projek itu adalah penyelesaian segera bagi mengu­rangkan segala kemungkinan kekurangan air antara 2017 hingga 2019 berikutan kelewatan projek Langat 2," katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri boleh menjimatkan wang rakyat sebanyak RM800 juta sekiranya tidak melengah-lengahkan pembinaan Langat 2 yang dirancang khusus bagi menangani masalah bekalan air bersih untuk rakyat.

Tambah Noh, meskipun kerajaan negeri menyatakan telah memberi kelulusan terhadap beberapa permohonan dan dokumentasi Langat 2 pada Julai lalu, pembinaan projek itu sepatutnya sudah siap dan mula beroperasi tahun lalu sekiranya mereka memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat lebih awal lagi.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS BERI SEBAB KENAPA DAP TAK BOLEH DIPERCAYAI LAGI

Posted: 13 Nov 2015 01:49 PM PST


Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat. 

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

"Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

"Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting," - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah. 

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor. 

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!
https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian. 

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap 'maaf zahir dan batin' sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH 'MENCURI' 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini: 
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)
https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang 'mencuri' wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog): 
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." https://hornbillunleashed.wordp

by: LLS

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan

Posted: 13 Nov 2015 06:23 AM PST

Analisa Serangan Wahabi Terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf dan Dr Zamihan Al Ghari.

Tuduhan terhadap Sheikh Hassan As Saqqaf (SHAS) salah seorang guru Dr Zamihan Mohd Zain (DZMZ) dibuat oleh beberapa tokoh pro wahabi seperti Dr Asri Zainal Abidin yang menuduh sebagai syiah.

Hassan As Saqqaf adalah Syiah – Dr Asri https://youtu.be/kqkPuj9JhnE

Ia bagaikan kesinambungan antara murid SHAS iaitu Dr Zamihan dengan pemuja Nasiruddin Albani iaitu Dr Asri atau MAZA yang mana kedua tokoh ini pernah hidup sezaman. Buku SHAS menulis penyelewengan Albani dalam bab hadis telah mendapat pujian ramai ulama.

Kekeliruan Albani ada diulas di sini http://www.idrusramli.com/2013/akhirnya-aku-tak-lagi-percaya-pada-syaikh-nashiruddin-al-albani/

Tuduhan ini juga mungkin sebagai tindak balas atas kegigihan Dr Zamihan membongkar kesesatan wahabi yang dinamakan semula atas nama salafi sebagaimana beliau banteras ajaran syiah dan ajaran sesat yang lain.

Selain itu kalangan wahabi yang turut menulis menyerang DZMZ antaranya Abdul Razak Mutalib dan  Mohd Khairul Anwar yang pernah ditolak permohonannya mendapatkan tauliah dan turut dikaitkan dengan wahabi. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA IJN menjadi lokasi konvensyen atau pendakwah wahabi ini. Walau gagal menarik penonton yang ramai seperti gambar di sini https://m.facebook.com/drfathulbari/

Dengan menyerang Syeikh Hassan As Saqqaf maka automatik Dr Zamihan yang lantang menentang puak ajaran sesat dan terrorist akan musnah imejnya dan tidak mustahil beliau pasti akan terkeluar dari bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN dan lebih tidak mustahil dia akan dikenakan tindakan atas jawatannya sebagai penjawat awam yang dipinjamkan dari JAKIM.

Sedangkan semua tahu bahawa fahaman wahabi adalah punca militan timbul di dunia apabila mereka mengkafirkan orang Islam tanpa hujjah yang haq. Membiarkan Zamihan seperti membiarkan mereka ditahan atau dikenakan tindakan kerana membawa fahaman yang radikal hingga boleh menjadikan rakyat memandang hina orang Islam majoriti yang berpegang mazhab Syafie di negara kita.

Untuk makluman Dr Zamihan orang bertanggungjawab memulihkan militan ajaran sesat di Malaysia dan terlibat dengan undang undang militan / terrorist. Dan bekerja rapat dengan pihak keselamatan Malaysia untuk memerangi militan dan terrorist termasuk telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk tujuan pemulihan militan.

Kenapa serangan ini begitu hebat ?

Sinonim antara militan dengan wahabi  maka tidak pelik kenapa individu lantang berasal dari Gua Musang Kelantan ini diserang tanpa henti. Dengan kejayaan Zikir Perdana menghimpunkan seramai 20,000 peserta dari pelbagai Tarekat Muktabar pada 7 Nov 2015 di Masjid Putra ( http://www.hmetro.com.my/node/91533?m=1#foto), selain NGO Aswaja yang sering keluar kenyataan menentang kesilapan wahabi di media sudah tentu penangan Zamihan ini sangat menggerunkan musuh yang bukan sahaja gagal menjawab dengan ilmiah bahkan gagal melontarkan fitnah.

Tulisan mereka banyak memutarbelitkan fakta untuk menegakkan fitnah. Program mereka juga tidak mendapat sambutan berbanding NGO Aswaja mempunyai jaringan tok guru pondok mufti ketua jabatan agama dan ulama Malaysia seluruh negara dan kekuatan inilah yang digeruni oleh puak wahabi.

Siapa Hassan As Saqqaf ?

Beliau antara ulama di Jordan yang dari keturunan Saidina Ali Karramallahuwajhah. Ertinya dari keturunan Rasulullah saw. Dalam hujjah wahabi mereka mengaitkan beliau dengan syiah bahkan menuduh buku terjemahan Sifat Solat Sahih Nabi tulisan SHAS telah terjual lebih 100,000 naskhah. buku ini juga disemak oleh beberapa tokoh akademik / ulama sebelum diterbitkan.

Selain itu SHAS juga menafikan beliau Syiah seperti video berikut :

Watch “Hasan Al-Saqqof nafi tuduhan Muktazilah dan Syiah” on YouTube – https://youtu.be/vxwZQwySYqk

Rupanya SHAS juga pernah mengajak untuk berbahas dengan tokoh pujaan Dr Asri yang banyak daif hadis Imam Bukhari Dan Imam Muslim nama Albani namun ditolak oleh Albani seperti video ini di sini http://www.sarkub.tv/2013/12/syaikh-hasan-seggaf-vs-syech-albani.html?m=0

Siapa Zamihan sebenarnya ?

Ustaz Zamihan Al-Ghari pegawai JAKIM dipinjamkan ke bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN adalah antara pejuang Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang berani di Malaysia. Ibaratnya jika di pandang bola, lebih ramai defender, tetapi beliau berperanan seperti striker.

Sebenarnya niat jahat  MAZA, Salman Ali. Khairil Anwar dan sekutunya kepada Ustaz Zamihan adalah untuk mengaitkannya dengan SYIAH.

Dan ada juga video edit yang diguna berulang kali untuk memburuk-burukkan ustaz ini yang sebenarnya setiap editan itu perkataan bodoh dan jahil ditujukan kepada tokoh Wahhabi di Malaysia yang berani mengkafir, mensyirik dan membidáh sesatkan majoriti ulamak dan umat Islam.

Bab marah kita dilarang marah kecuali kerana Allah. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang baginda hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka baginda akan marah kerana Allah." (Riwayat al-Bukhari).

Maka kemarahan Dr Zamihan bukan kerana peribadi namun kerana wahabi menolak pegangan majoriti ulama dan mengambil pandangan yang ganjil sebagai panduan. Termasuk bab akidah. Nauzubillah.

Berbalik kepada cubaan mengaitkan Ustaz Zamihan dengan Al Saqqaf seolah-olah itu sahaja yang menjadi guru ustaz Zamihan.

Bila kita cermati dan teliti pengakuan Ustaz Zamihan di dalam blog beliau : http://al-ghari.blogspot.my atau FB beliau https://m.facebook.com/zamihan/

Guru-gurunya yang lain adalah : Tuan Guru Haji Mohd Nawi Syafie, Tuan Guru Haji Musa, Syeikh Abdullah Ali Fawwaz, Syeikh Abdul Malik Sa’di, Syeikh Jamil Saqar, Dato’ Salleh Ahmad, Dato’ Hashim Yahya, Dato Hasan Ahmad, Mufti Penang dan ramai lagi.

Lihat penjelasannya Hal ini –  https://www.facebook.com/zamihan/posts/785082631517478

Ini menunjukkan lebih ramai lagi alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaáh yang mempengaruhi dan mencorakkan pemikiran dan sahsiah Dr Zamihan Al Ghari.

Jadi amat jahat sekali tuduhan beberapa individu di atas.

Dalam masa yang sama agak pelik, sebab Mufti Perlis Dr MAZA mengagungkan juga Ben Baz, Al Albani, Sholeh Uthaimin yang terlibat mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam, bahkan Imam An Nawawi, Imam Ibnu Hajar al Asqolani juga turut dikeluarkan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaáh menurut ulamak Wahhabi. Dan Dr Asri pernah menyatakan Syiah perlu dibenarkan beramal dengan ajaran mereka di Malaysia apabila polis dan JAIS menahan pengikut Syiah di Gombak.

Jika benar DZMZ syiah kenapa beliau sendiri membuat pendedahan mengenai penyelewengan Syiah?

UNTUK MAKLUMAN Dr Zamihan telah menerangkannya pada Majlis Penjelasan Fatwa di Pusat Islam pada 31.10.2013  dan tulisan tersebut telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, yang anda boleh dibaca di sini – http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/muat%20turun/SYIAH%20TERKINI%201.pdf

Seminar, program mengenai kebatilan syiah, wahhabi, anti hadith, pluralisme, liberalisme, terrorisme anjuran agensi kerajaan, jabatan-jabatan agama banyak yang menjemput beliau sebagai pembentang/penceramah kerana kepakarannya.

Radikal Wahhabi semakin menjadi-jadi, apatah lagi sejak akhir-akhir ini kebangkitan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh semakin terserlah dengan [program dakwah Majlis Cinta Allah dan Rasul, Pengajian Kitab secara bertalaqqi dan bersanad, kewujudan PERTAMA (Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia) yang telah mengadakan program pertama iaitu ZIKIR PERDANA pada 7hb November 2015 Begitu mendapat sambutan umat Islam.

Begitu juga radikal Wahhabi ini tergugat apabila banyak bukti kegiatan ekstrimis seperti IS akarnya adalah dari ajaran Wahhabi.

Kita doakan  agar perjuangan Ustaz Dr Hj Zamihan ini diberkati Allah, diberi penolong yang berani dan setia, serta kekal thabat dalam mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jamaáh di Malaysia.

Lampiran 1

JAWAPAN Dr Zamihan isu kafirkan Nik Aziz

1. Zamihan tidak pernah sesekali MENGKAPIRKAN TG Nik Aziz atau mana2 individu  tanpa sbb yg tidak dibenarkan hukum syarak. Wallahi,  wa billahi, Wa tallahi Si Asri seorg Mufti Pembohong Besar. Maka celakalah dirinya atas fitnah yg dicetuskannya.

2. Asri kelihatan sarsar dan kehilangan arah apabila cuba mengaitkan saya mengkapirkan TG Nik Aziz semata2 dgn menonton satu video pendek. sebenarnya isu takfir memerlukan hujah dan pdetailan ttp Si jahil ini benar2 naif dlm menilai dan membuat kesimpulan tuntas.

Selain itu,  Asri juga buta mata dan hati utk mengetahui hakikat bahawa saya juga pernah berguru dgn TG Nik Aziz dlm tafsir al Quran dan talaqqi slpas subuh menerusi kitab Haqaiq An Tasawuf karangan Syeikh Abd Qader Isa lebih dari 3 tahun di Pulau Melaka. Saya juga pernah mengganti arwah TG Nik Aziz menyampaikan kuliah maghrib dan subuh di pulau Melaka melebihi 30x… Adakah logik jika saya bertindak mengkapirkan Tok Guru saya sendiri tanpa hak? Lu pikirlah sendiri.

3. Asri mula gelabah apabila saya mengkritik fatwa lucu Perlis tntg zikir menari yg didakwa oleh pakar2 pentaksub wahhabi sbg menyalahi hukum syarak. Beliau jelas meroyan dan  Kepanasan. Proses pendidihan maxima d suhu otaknya menjadikan beliau nanar dan cuba mencari apa jua kekurangan saya…supaya saya kelihatan seorang penjahat, pengganas dan paling penting dibenci oleh ahli PAS. Adakah matlamat Asri menghalalkan cara.? Hayhata.

4. Ajaran Wahhabi jelas radikal dan ekstremis. Mereka sanggup melakukan assasination ke atas sesiapa sahaja yg mengkitik mereka termasuk saya. Tetapi bila diajak debat…mereka menikus dan dayus. Termasuk Muftin Perlis.

Ayuh kita bersemuka dan berdiskusi mencari kebenaran tanpa sebarang syarat. Hubungi saya : 012 213 5518 24 jam. Ada brannn!

image

image

image

image

image

image

image

image

image


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ULANG TAYANG DIALOG BERSAMA YB DATUK HUSAM MUSA

Posted: 13 Nov 2015 07:49 PM PST










TQ..CREDIT GREENBOC


Ugut dan pandangan begong: Hanya PAS jer yang Islam?

Posted: 13 Nov 2015 04:05 PM PST

Kesal tindakan ugut Othman

LIVE Dialog 'Demo Tanya Ambo Jawab' Bersama Dato Husam Musa | 13 Nov 2015

Posted: 13 Nov 2015 05:35 AM PST



RAFIZI TUNJUK INVOICE

Posted: 13 Nov 2015 05:32 AM PST

Alvin hina al-Quran, Teresa sifatkan perbuatan gila dan keji

Posted: 13 Nov 2015 04:33 AM PST


alvin tan
KUALA LUMPUR 13 NOV: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok marah dan kesal atas perbuatan 'gila' dan keji Alvin Tan yang menghina al-Quran hingga menyakiti perasaan umat Islam di negara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu menegaskan perbuatan itu tidak mewakili kaum Cina dan bukan Islam kerana tiada manusia waras akan melakukan perkara sekeji itu.


teresa kok"Perbuatan gila Alvin Tan itu merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita. Dia juga memalukan Malaysia," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang diemel kepada media, Teresa merujuk perkataan gila dan keji sebanyak masing-masing dua kali bagi menggambarkan perbuatan Alvin itu.

Alvin mengulangi penghinaannya terhadap Islam apabila menghina al-Quran, kitab suci bagi umat Islam dengan  membawa naskhah itu ke tandas sebelum mengotornnya hingga menimbulkan kemarahan ramai selepas perbuatan berkenaan tersebar melalui facebook.

Alvin yang mencari populariti melalui rakaman seks dengan teman wanitanya sebelum ini turut beberapa melakukan perbuatan yang menghina Islam hingga terpaksa melarikan diri ke luar negara.


Lagi Ahli Amanah Terima Ugutan Bunuh

Posted: 13 Nov 2015 04:18 AM PST

 

 

Kesal tindakan ugut Othman

KUALA TERENGGANU – Tindakan pihak tertentu mengugut Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Terengganu, Othman Ismail diselar Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Raja Bahrin yang kesal dengan tindakan itu menegaskan budaya ugutan ke atas mana-mana individu adalah amat serius dan tidak patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi.


Beliau menolak keras tindakan itu berkata, sekalipun terdapat perbezaan pandangan, tindakan mengugut bukan penyelesaiannya tetapi ia patut dibincang secara bijaksana tanpa libatkan kekerasan.

"Tiada ajaran agama mana sekali pun yang membenarkan perbuatan dan kekerasan sebegini rupa," katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, satu laporan polis dibuat Othman mendakwa menerima ugutan, di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini.

Othman memberitahu ugutan itu diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh seorang individu yang didakwanya sebagai ahli Pas dan berasal dari Selangor.

Antara mesej diterimanya berbunyi 'Cikgu Man telah murtad, wajib hukum bunuh'.

Raja Bahrin memberitahu bahawa sebelum ini budaya mengugut turut berlaku di negeri Kelantan apabila beberapa pemimpin politik di negeri terbabit juga diugut dengan cara yang hampir sama.

Tanpa mengaitkan dengan mana-mana parti, Raja Bahrin berharap pemimpin-pemimpin parti terlibat perlu mengambil perjalanan terhadap isu yang berlaku supaya ia tidak menjadi budaya dalam politik di negara ini.

"Ketua pihak berkenaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung hendaklah menahan pihak mereka dari berbuat demikian.

Apa-apa perbezaan, pandangan patut dibincang dengan hujah dan bukan diugut dengan kekerasan. Inilah ajaran Islam sebenarnya yang kita banggakan.

Jangan benar budaya takfiri melanda negara Malaysia ini," katanya.

ULASAN GB

Berlakunya semua ini gara-gara "fatwa" Presiden PAS yang menganggap mereka yang keluar dari sebagai "pengkhianat" dan "perlu dihapuskan."

Dahulu pada Amanat Hj Hadi yang dibuat pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kpg Banggol Peradong, telah berlaku isu kafir mengkafir.

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah

kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'
.

Sekarang tidak lagi, malah Haji Hadi secara terbuka menyatakan beliau ingin menjadi Penasihat kepada UMNO.Presiden UMNO, menurut Haji Hadi tidak seburuk Firaun. Oleh itu boleh bekerjasama dengannya.

Muncung senjatanya kini dihalakan kepada AMANAH. Berikut transkrip ucapan Hj Hadi :

…parti, yang disebut parti yang khianat daripada perjuangan. Org yg khianat dlm perjuangan, lebih teruk drp lawan. Lawan, kita boleh tahaluf dgn lawan. Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat! Ini cara perjuangan Islam, itu …tak boleh! Orang yg direkod dia khianat perjuangan, tak boleh… Sedangkan Nabi pun, tak beri peluang kpd yg khianat ni, tak ada tahaluf. Yang tahalufnya dgn yg lawan, yg bukan asal kita. Daripada asal kita dia menyeleweng, samada dgn kita atau pun, dia bertaubat ataupun, dia balik kepada kita. Ini dia. Itu pilihan, antara dua tu sahaja. Kerana mereka ni, mereka yg sudah duduk bersama kita, yg tahu kita, yg memahami kita, bukan org yg tak tahu kita! Tiba-tiba dia lari, dia keluar … kalau dia nak tahaluf (tak jelas….)

Berikut GB perturunkan petikan kata-kata Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusof AL-Qardhawi.


Ini kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana:


Dan ini pula penjelasan dari Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak Sedunia, Shaikh Ali Muhyiddin Al-Qardhagi yang disampaikan melalui Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

Bukankah "fatwa-fatwa" Presiden PAS yang dikuti dan dipegang oleh ahli-ahli PAS itu ternyata melamapau (guluw) dan tidak sewajarnya diikuti?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang melampaui batas itu akan tetap menerima balasanNya.

Husam: ‘Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas’

Posted: 13 Nov 2015 03:47 AM PST



Husam: 'Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas'

Husam: 'Dari Anak Emas Nik Aziz kepada musuh Pas'


Dewan Ulama PAS sudah menunjukkan jalan keluar kepada Datuk Husam Musa selepas serangan terhadap presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bagaimanapun jika perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia akan menguntungkan parti Islam itu?

Penganalisis politik sendiri berbeza pendapat tentang impak pada PAS jika Husam, yang dianggap anak didik ikon PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, keluar parti.

Prof Ahmad Atory Hussain berpandangan mana-mana parti politik memerlukan seseorang yang "radikal" bagi memastikan ia kekal relevan.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, jika semakin ramai golongan yang "lantang" meninggalkan parti, PAS akan dilihat dikuasai sesetengah golongan sahaja.

"Tinggallah PAS dengan golongan ulama yang konservatif.
"Bagi sesetengah pihak, ada yang suka orang yang agresif kerana penting bagi parti untuk dapatkan idea baru. Tapi saya lihat PAS tak begitu gemar orang yang mempunyai idea-idea baru," katanya.

Atory juga melihat tindakan anggota parti itu keluar parti berlaku kerana usaha menjadikan PAS parti yang sesuai dengan peredaran semasa dilihat sebagai tindakan menentang.

Bekas pengajar berkaitan politik dan pentadbiran awam itu juga melihat keadaan yang melanda PAS kini sama seperti yang pernah berlaku dalam Umno.

"Kita bimbang trend ini berlaku dan akan menjadi seperti negara Arab yang mana golongan bijak pandai lari.

"Dan apa yang jadi di negara Arab sekarang, tinggal pak lebai yang memerintah," katanya.

Ahli akademik 59 tahun itu juga menyatakan kebimbangan PAS menjadi sebuah parti pak turut jika Husam dan anggota parti yang sealiran dengannya mula meninggalkan parti Islam itu.

"Pandangan saya, semua parti sukakan orang yang yes man (pak turut). Lagi ramai yes man lagi bagus pada mereka," katanya sambil ketawa.

Kesan tidak baik

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berpendapat Husam wajar keluar daripada PAS kerana tidak lagi "sehaluan" dengan pendirian parti.

Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, sebagai anggota PAS, Husam tidak patut memburukkan parti secara terbuka.

"Kalau berterusan begini (kritik parti) akan timbul masalah dan dari segi jangka masa panjang, (ia) akan bawa kesan tak baik pada parti.
"Kalau ingin terus bersama PAS perlu ada mekanisme yang lebih baik supaya tidak menjadi isu besar dalam PAS.

"Kalau tak mahu keluar parti tak perlu cakap secara umum apa kelemahan parti," katanya.

Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berkata, kenyataan yang dibuat Husam membayangkan PAS kini kucar-kacir.

Katanya, kritikan terhadap bukanlah satu masalah tetapi sekiranya ia menimbulkan ketegangan, individu tersebut tidak sesuai terus berada dalam parti tersebut.

"Ramai ahli dari parti lain kalau tak senang dengan pimpinan buat kenyataan di luar (parti). Kalau kerap sangat sehingga membawa kepada isu besar, tak sesuai ada dalam parti," katanya.

Justeru itu, bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14, Dr Nik Ahmad menasihatkan PAS supaya memastikan tiada "duri dalam daging" dalam parti.

"(Anggota) Yang tak beri kebaikan harus keluar.

"Proses untuk mencari duri dalam daging ini perlu bagi berdepan pilihan raya umum ke-14. Saya rasa semua parti perlu melalui proses ini bagi bersiap sedia hadapi pilihan raya akan datang," ujarnya lagi.

Keputusan di tangan Husam

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu ditimbulkan Husam, termasuk mengkritik Presiden Hadi dan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ketika ramai pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS, termasuk bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, Husam antara yang masih setia bersama parti itu.

Husam melalui politik penuh warna-warni bermula daripada seorang pegawai Nik Aziz sehinggalah kepada kepada seorang exco kanan Kelantan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu terkenal dengan kempen menuntut royalti minyak negeri itu sebelum ini.
Persoalannya jika Husam terasak keluar dengan kasar, adakah keadaannya nanti ibarat yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang?

Husam akan mengumumkan keputusannya di Kota Bharu malam ini.


Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai

Posted: 13 Nov 2015 03:43 AM PST



Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai

Perjanjian rasmi sedang disediakan, kekalutan di Selangor selesai


Berikutan desakan Parti Amanah Negara agar Pas memeterai satu perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor bagi mempersetujui dasar bersama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan bahawa Pas akan sentiasa mengikut dasar bersama yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2008.

Mengenai perjanjian bersama komponen PH, Azmin berkata, formaliti ke arah itu sedang disediakan. Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad mengalu-alukan kenyataan Azmin itu yang diharap akan menyelesaikan pertikaian mengenai status Pas dalam kerajaan negeri.

"Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu

"Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor.

"Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan mengulas hasil pertemuan antara deligasi Amanah diketuai Presiden Muhammad Sabu dan MB Selangor semalam.

Mengenai kenyataan oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa baru-baru ini yang mendakwa terdapat usaha dalam Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Khalid berkata, hal itu tidak ditujukan kepada PKR mahu pun Azmin sebaliknya terhadap presiden Pas.

"Tuduhan Husam (bahawa) ada usaha membentuk kerajaan dengan Umno tidak ditujukan terhadap MB Selangor, tetapi terhadap presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Amanah memperakui MB Selangor tidak mengetahui tentang hasrat ini kerana ia disebut di dalam mesyuarat PAS Pusat, dan bukan semasa perbincangan presiden PAS dengan MB," katanya.
Beliau memberi jaminan Amanah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor dan memohon jasa baik Azmin membantu meredakan perbalahan antara Amanah dan PAS.