Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hebat sangatkah Mahathir bina highway??

Posted: 12 Nov 2015 10:37 PM PST


Setiap kali pencacai pentaksub berhujah, mereka serang komentar yang tak setuju sebagai pemakan dedak atau keluar cerita hebatnya Mahathur bina itu dan ini.

Kerja bina2 tu kerja kontraktor bukan PM.

Hari itu Unspinner siarkan artikel Wake Malaya yg dedahkan bagaimana highway yg dibina banyak dan dgn harga murah oleh JKR dan PLUS disamun jadi highway bertol.

Berikut pula artikel oleh Kamaluddin Blog:


Beberapa tahun dahulu, Mahathir berkata:

Sambil mengakui bahawa kerajaan dizaman beliau mungkin telah melakukan  kesilapan dalam menandatangani perjanjian konsesi tol, hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pentadbiran sekarang lebih berhati-hati sebelum bersetuju untuk kenaikan tol.

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu BODOH. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," katanya ketika memberitahu pemberita bahawa semua lebuh raya bertol adalah dibina dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Mahathir berkata perjanjian telah digubal oleh pegawai dan dikemukakan kepada Kabinet dan biasanya small prints tidak ada.

"Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,"

HEBAT !! Mahathir mengakui dia dan menteri-menterinya ketika itu adalah bodoh dan tidak pernah benar-benar mengkaji perjanjian sebelum menandatangani.

FANTASTIK.

Tetapi apabila kerajaan mahu konsesi tol dinaikkan, ini adalah kerana KEBODOHAN Mahathir (Mahathir sendiri yang kata, bukan saya)  menandatangani tanpa membaca dengan teliti (Beliau sendiri yang kata, bukan saya). Mahathir berkata demikian.

"Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengiyakan khabar angin bahawa kenaikan kadar tol 16 lebuh raya utama mungkin untuk membayar hutang Putrajaya.

Awal hari ini, Berita Harian melaporkan bahawa Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan kadar tol bagi lebuh raya pada 16 Ogos ini dalam mesyuarat Kabinet.

"Nah! mungkin mereka dikumpulkan RM6 bilion dari GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), tetapi mungkin mereka perlu membayar pinjaman mereka mengambil yang telah hilang," katanya, mungkin merujuk kepada 1MDB iaitu RM42 bilion hutang. "

BANYAK cantik lah, Mahathir.

Kesilapan anda dan kebodohan anda (Beliau sendiri yang kata, bukan saya) dan orang lain perlu menanggung dan kemudian menyalahkan orang lain?

Manyak manyak cantik.



Tun M mengakui dia adalah bodoh: http://www.thesundaily.my/node/171646 http://www.themalaymailonline.com/…/dr-m-suggests-putrajaya…

Kamaluddin Blog:

Tersebut kisah highway kenalah sebut kenyataan baru Mahathir.







Cubalah jaga kerja ko dan jangan merepek

Posted: 12 Nov 2015 07:32 PM PST




Puak2 Anwarinas ni dulu cakap lain, sekarang lain

Posted: 12 Nov 2015 04:30 PM PST


Husam pun taktik sama ...


Senario ramalan PRU14 yg buat PKR panic

Posted: 12 Nov 2015 04:30 AM PST


■ Pakatan Rakyat pernah mendapat undi popular sebanyak 52% tetapi belum mampu menewaskan UMNO-BN. Pembangkang kecundang 44 kerusi di mana kedudukan kerusi 89-133 di peringkat Parlimen.

■ Ikatan persaudaraan di dalam parti pembangkang terkini semakin longgar. Hilangnya Pakatan Rakyat, kini muncul pula Pakatan Harapan Baru antara PKR, DAP dan Amanah dengan parti PAS ditinggalkan.

■ PAS sekarang lebih selesa bergerak bersendirian, cuma PKR Azmin Ali sahaja yang memerlukan PAS. Apa makna semuanya ini?

PKR dilihat telah berpecah kepada 2 iaitu PKR DSWA dan PKR Azmin Ali. Senario ini boleh dilihat sebagai pecahan kumpulan;

1. Majoriti Orang Cina tidak menyokong PAS dan UMNO (fahaman rasisme)

2. Penyokong PAS tidak akan menyokong DAP dan AMANAH (golongan agamawan).

3. Penyokong UMNO tidak akan menyokong DAP dan AMANAH (patriotisme).

4. PAS dan UMNO tetap bertembung di kerusi majoriti Melayu (pertembungan ideologi).

5. Kemungkinan besar akan berlakunya pertandingan 3 penjuru amat tinggi (pertembungan ideologi).

■ Ada beberapa senario pertandingan 3 penjuru:

Senario 1:

□ PAS lawan UMNO, AMANAH masuk di tengah-tengah. Pertandingan ini hanya menguntungkan UMNO-BN.

Senario 2:

□ DAP lawan MCA/GERAKAN, PAS masuk di tengah-tengah dengan seorang calon Melayu.

■ Pertandingan ini akan menjadi menarik sekiranya peratusan undi orang Melayu di kawasan ini melebihi 60% kerana DAP sedang bermusuh dengan PAS dan juga UMNO, dua parti yang masih mengawal majoriti undi Melayu.

Senario 3:

□ Perlawanan tiga penjuru ini terbukti memihak kepada UMNO, meskipun di kawasan tersebut berinternet tinggi dan ketika pembangkang dalam keadaan bekerjasama.

Senario 4:

□ Satu scenario di mana UMNO dijangka mengambil alih kerusi2 MCA dan GERAKAN yang mempunyai lebih 50% pengundi Melayu. UMNO akan bertanding melawan DAP sendiri berdasarkan sentimen orang Melayu terhadap DAP.

■ Strategi ini akan digunakan pada PRU14 kerana kelihatan secara jelas parti MCA dan GERAKAN telah hilang taringnya kesan dari pengaruh DAP terhadap kaum Cina. Jika sentimen kaum masih tinggi, pertandingan sengit dijangkakan akan berlaku.

Senario 5:

□ DAP akan cuba menurunkan calon Melayu di kawasan majoritinya pengundi Melayu untuk mempengaruhi pengundi2 muda atau generasi X dan generasi Y.

■ Analisa berikut melihat peratus undi popular bagi PAKATAN HARAPAN di setiap negeri untuk 3 senario peratusan sokongan Melayu iaitu pada tahap 20%, 27% dan 33% manakala peratusan undi Cina berada pada 90%, undi lain-lain pada 65% untuk Semenanjung, 45% untuk Sarawak dan 55% untuk Sabah.

■ Analisa dibuat berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13 dan peratusan keluar mengundi 85% bagi Semenanjung dan 80% bagi Sabah dan Sarawak.

■ Berdasarkan analisa di atas, boleh dilihat kawasan selamat (peratusan undi popular melebihi 50%) bagi PAKATAN HARAPAN BARU hanyalah Pulau Pinang dan juga Wilayah, iaitu kawasan yang mempunyai lebih 50% pengundi Cina, meskipun peratusan sokongan undi Melayu hanya 20%.

■ Jika undi Melayu berkisar pada 33%, PAKATAN HARAPAN BARU mempunyai peluang untuk memenangi undi popular di Johor, Perak dan Selangor.

■ Namun undi popular tidak mewakili jumlah kerusi dan segalanya boleh berubah jika pertandingan 3 penjuru berlaku.

■ Di peringkat nasional, harapan PAKATAN HARAPAN BARU untuk menguasai Putrajaya sangat malap di mana undi popular hanyalah bergelar sekitar 38%-45% untuk peratusan sokongan Melayu antara 20%-33%.

■ PAS merupakan parti penting di dalam percaturan gerakan politik hari ini. Ianya menjadi faktor utama mengapa PKR Azmin Ali memerlukan PAS ke dalam PAKATAN HARAPAN BARU, namun kehadiran PARTI AMANAH menyulitkan perkara ini.

Dari komentar FB Mohd Zamzarani

4 peristiwa penyebab PAS dan DAP tidak boleh berbaik

Posted: 12 Nov 2015 12:30 AM PST


Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah mati sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang?

-------------

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU & TIDAK DIBAWA BERUNDING.


-------------

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.


-------------

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH 'MENCURI' 2 ORANG ADUN PAS.

-------------

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

-------------

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Baca sepenuh di blog Lim Sian See di http://limsiansee.blogspot.my/2015/11/from-strong-allies-to-bitter-enemies.html


Nampaknya si Jijah blur pun dah flip flop.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: RAKYAT KELANTAN MENJERIT "TIDAK" "TAK"

Posted: 12 Nov 2015 09:43 AM PST


Naib Pengerusi Parti Amanah Negara pusat, Hasanuddin Mohd Yunus terkejut apabila seruannya untuk bersama parti baharu-Amanah-ditolak oleh masyarakat Kelantan.
Penolakan itu jelas kelihatan ketika beliau berceramah semasa majlis Parti Amanah Negara Kelantan di Pasir Mas Kelantan pada Isnin, 9 November
"Tuan-tuan bersama tak dengan AMANAH ?" soal Hasanuddin kepada hadirin.
Disahut hadirin, "Tak."
"Ye ke," keluh Hasanuddin dengan riak muka terkejut
Disahut oleh hadirin lagi,"Takkk!
"Hah..!" Hasanuddin terkelu.

Hasanuddin bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilantik Naib Pengerusi Amanah ketika parti itu dilancar di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu.

Beliau menjadi calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Johor sebanyak tiga kali, iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2004 dan 2008, namun kesemuanya tewas.
"Ustaz depa masuk bertanding dalam PRU DUN Rengit kalah tiga kali, walaupun atas tiket PAS.
"Sekarang, baru nak angkat bendera PAN, kena perli dengan penonton.
"Heran jugak IKRAM boleh hantar tokoh tiga kali kalah (PRU) untuk tarik orang supaya sokong PAN. 
"Macam mana agaknya depa nak tawan Putrajaya dengan calon-calon seperti ini. Dok ikut maqasid lintang pukang tu lah sebabnya.
"Waktu orang ramai semakin hormat pada PAS, hangpa semua dok menggatal dengan DAP dan PKR," kata facebooker pro PAS, Salim Marzuki.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mengapa tergamak makan harta amal jariah?

Posted: 12 Nov 2015 05:23 AM PST



Mengapa tergamak makan harta amal jariah?

Yapeim
SAYA tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and Whistleblowers hari ini tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka.
Ini amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.
Pada saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Antara yang paling memualkan ialah pendedahan mengenai seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk dua jawatan yang pada saya seolah-olah tidak ada banyak beza.
Jawatan pertama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan yang satu lagi berbunyi Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap satu, secara bulanan.
Pening juga kepala memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntuk elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000? Apakah yang diraikannya setiap bulan sampai sebanyak itu? Malah, jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.
wanita umno
Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno itu turut menerima pulangan bulanan daripada YaPEIM; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.
Si anak memegang jawatan pengarah di enam anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.
Itu baru timbalan.
Presiden Lembaga Pemegang Amanahnya pula mempunyai sepuluh jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.
Hairan, kerana pada kedua-dua surat yang mengesahkan bayaran itu diluluskan ada tertulis: 'Institusi Amal Jariah Anda'. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi 'Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami'.
Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan 'amal jariah' khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada 'pemegang amanah'nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.
Padahal kita semua sedia maklum, masih lagi ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.
khemah kelantanSaya terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan, yang membanting tulang saban hari memotong getah. Mereka sehingga hari ini masih lagi belum menemukan punca rezeki. Malah pisau toreh getah juga hanyut dibawa air bah.
Bukan itu sahaja, kebanyakannya masih lagi menetap di khemah-khemah. Dan kini apabila musim tengkujuh kembali, masing-masing dirundung  bimbang; ke mana akan mereka bawa harta benda yang tersisa sejak bencana tersebut berlaku satu tahun lalu.
Dalam keadaan rakyat terbanyak berhadapan situasi ekonomi yang menjerut leher mereka, sekelompok kecil yang beruntung mempunyai pertalian dan kenalan politik boleh sahaja bersenang-senang dengan pendapatan puluhan ribu setiap bulan, tanpa perlu letih membanting tulang.
Ada kawan-kawan yang pernah menceritakan kepada saya tentang sifat amanah yang dimiliki Nabi Muhammad SAW, sehingga diberi gelaran Al-Amin, dikeranakan integriti yang ada padanya.
Baginda berpesan supaya mengembalikan harta kepada yang berhak, dan jangan memakan harta anak yatim.
Saya juga diberitahu bahawa apabila matinya seorang orang Islam, segala-galanya ditinggalkan kecuali tiga perkara. Salah satunya ialah amal jariah.
Maka, jika institusi amal jariah umat Islam seperti YaPEIM secara sesuka hati meluluskan elaun puluhan ribu ringgit yang bersumber amal jariah umat Islam kepada si pemegang amanah; saya tidak tahu bagaimana rantaian sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan akan memberi manfaat di alam sana.
Saya justeru rasa bertanggungjawab untuk menasihati mereka yang sedang bersenang lenang dengan wang hasil amal jariah umat Islam ini untuk segera bertaubat dan menyucikan harta mereka yang didapati dengan cara yang penuh keraguan.

* Lim Lip Eng ialah Ahli Parlimen Segambut

INI DIA CARTA CYBER NAJIB????

Posted: 12 Nov 2015 01:38 AM PST

Kita lawan Umno dan Barua Umno! -AL HUSSEYN

Posted: 12 Nov 2015 01:29 AM PST






Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.

 "Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS. ~  baca lagi di sini

Gak mung nok wat guano? Paku dulang paku serpih, mu ngoyak kat ore tapi mung yang lebih!

Perlu dijelaskan bahawa AMANAH memang mahu jatuhkan Umno.Bukan Umno sahaja, malah mana-mana barua yang berbaik-baik dengan Umno!

PAS sekarang ini menganggap AMANAH sebagai musuh nombor satu. Presiden PAS, Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan. Menurut Hj Hadi, Islam tidak membenarkan bertahaluf dengan mereka berbanding dengan pihak lawan. Pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan

Setelah AMANAH menghulurkan tangan perdamaian dan ajak berbincang supaya Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno, tapi PAS tolak mentah-mentah.

Malah diugut untuk dihapuskan! Kini dia mahu supaya AMANAH ikut telunjuknya supaya jangan bertanding melawan PAS di Kelantan....banyak cantik lu punya muka? Kita lawan Umno dan Barua Umno!

Mohd Amar in adalah jenis manusia yang sanggup memfitnah menggunakan nama almarhum TGNA hanya semata-mata mahu membawa PAS berbaik-baik dengan Umno.

Mohd Amar ini mendakwa kononnya almarhum TGNA meninggalkan amanat terakhir yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno. 

 Kononnya, bahawa  bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. baca lagi di sini

Kemudian mangkuk ni cuba menafikannya . Hodoh sungguh kelaku timbalan MB Kelantan nih! Dia tuduh berita tu berunsur fitnah dan berniat jahat. Kenapa tak samman? Dia suruh dengar ucapan asalnya.

 Tidak ada masalah untuk mendengar apa yang dia kata sebenarnya.Saya ada rakamannya di sini

Memang itulah butir katanya sebagaimana yang akhbar laporkan. 

Inilah pembohong besar. Kemaruk sangat nak cium bontot Umno sampai sanggup jual nama almarhum TGNA.

#tolakbajet2016 #tolaknajib Rumusan Bajet2016 oleh YB Pandan

Posted: 11 Nov 2015 10:59 PM PST




JANGAN BIMBANG ....ADA PENASIHAT DAN PAKAR EKONOMI YANG AKAN MENASIHATI PM KERANA BELANJAWAN INI BAIK UNTUK RAKYAT....KAH...KAH...KAH......CEELAKA,...BARUA.....ANJING....SALAK BUKIT......



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mahahir, Anwar bersatu kembali di penjara?

Posted: 12 Nov 2015 08:41 PM PST

Di tengah-tengah asakan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, veteran DAP membangkitkan persoalan sama ada nasib Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan berakhir di penjara.
Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan sama ada Mahathir akan mengikut jejak langkah musuh politiknya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Adakah Mahathir akan berakhir dalam sel sebelah Anwar di penjara selepas kenyataan mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak?" soal Lim.
 Salleh kelmarin berkata berkata jika idea Mahathir bahawa gaya hidup mewah boleh digunakan sebagai bukti rasuah, maka bekas perdana menteri itu sendiri mungkin akan masuk penjara.
Beliau berkata keluarga Mahathir sendiri terlibat mengamalkan gaya hidup mewah.
Mahathir sebelum ini pernah berganding mentadbir negara ini sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sehinggalah Anwar dipecat pada 1998.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, Lim juga membangkitkan kemungkinan gandingan baru Anwar-Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia daripada pelbagai masalah politik, ekonomi dan urus tadbir.

PAS tak perlu tandatangan perjanjian baharu, kata Azmin kepada Amanah

Posted: 12 Nov 2015 08:40 PM PST

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak melihat keperluan PAS Selangor menandatangani perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan kerana semua pihak bersetuju berpegang kepada dasar serta manifesto bersama Pakatan Rakyat terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015. 
 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak melihat keperluan PAS Selangor menandatangani perjanjian baharu dengan Pakatan Harapan kerana semua pihak bersetuju berpegang kepada dasar serta manifesto bersama Pakatan Rakyat terdahulu.

 Tidak ada keperluan untuk PAS Selangor menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan di negeri itu kerana wujud perjanjian sedia ada yang dibentuk melalui gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah, dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAS Selangor berjanji berpegang kepada dasar dan manifesto bersama PR untuk bersama-sama meneruskan pentadbiran negeri.
"Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad.

"Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor. "Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan antara Amanah dengan Azmin semalam, yang membincangkan isu kerajaan negeri Selangor serta perkara lain yang berkaitan.
Pakatan Harapan adalah pakatan pembangkang yang baharu, terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, selepas pakatan sebelum itu, Pakatan Rakyat, yang termasuk PAS, diisytiharkan terkubur.
Walaupun Pulau Pinang mengakui ia kini kerajaan Pakatan Harapan, Azmin sebelum ini berkata, pakatan pembangkang baharu itu tidak akan memberi kesan kepada negeri yang di bawah pentadbirannya.
Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Amanah juga mengalu-alukan kenyataan menteri besar Selangor itu yang perjanjian rasmi antara semua parti komponen dalam Pakatan Harapan sedang disediakan.
Beliau turut merujuk kepada satu kenyataan baru-baru ini oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, yang mendakwa terdapat usaha dalam PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Jakim tak ikut Perlembagaan, Putrajaya tiada kuasa atas Islam, kata ahli Umno

Posted: 12 Nov 2015 08:36 PM PST

Menurut Perkara 3(11), yang menyentuh hak setiap kumpulan agama menguruskan hal ehwal agamanya sendiri adalah berkaitan hak orang bukan Islam, dan ini bermakna Yang di-Pertuan Agong juga tidak berhak bercakap mengenai Islam bagi pihak seluruh negara kecuali pemerintah negeri membenarkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 November, 2015. 
Menurut Perkara 3(11), yang menyentuh hak setiap kumpulan agama menguruskan hal ehwal agamanya sendiri adalah berkaitan hak orang bukan Islam, dan ini bermakna Yang di-Pertuan Agong juga tidak berhak bercakap mengenai Islam bagi pihak seluruh negara kecuali pemerintah negeri membenarkan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berperlembagaan dan Putrajaya tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam, kata seorang ahli akar umbi Umno, mengulas perdebatan yang berlangsung ketika ini mengenai kerelevanan pihak berkuasa agama itu.
Bekas setiausaha bahagian Bandar Tun Razak Barisan Nasional (BN) Zaharin Mohd Yasin berkata, atas dasar ini, beliau menyokong saranan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail, supaya Jakim dimansuhkan.
Katanya kedudukan "menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama", yang kini dipegang Datuk Seri Jamil Khir Baharom, juga perlu dihapuskan.

"Saya setuju Jakim perlu dimansuhkan. Ia bertentangan dengan Perlembagaan, yang menyatakan agama perlu berada di bawah bidang kuasa tunggal setiap pemerintah negeri. "Kerajaan pusat tidak perlu terlibat langsung dalam Islam atau pengurusannya. Ia tidak berperlembagaan dan akhirnya, mereka hanya akan mempolitikkan agama. Ia perlu berada di bawah Majlis Raja-Raja sahaja.
"Walaupun sekiranya DAP memerintah Malaysia satu hari nanti, dan ia membubarkan Jakim, tidak mengapa – tindakan itu selaras Perlembagaan," kata Zaharin, yang lebih dikenali dengan nama pena Sang Kelembai, kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri terlibat dalam ‪‎skandal YaPEIM‬

Posted: 12 Nov 2015 08:35 PM PST


JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.
Lawatan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.
Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM', berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-
1. Golf – keraian Menteri
2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3. Jamuan Makan – keraian Menteri
4. Cenderahati Menteri
5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT
Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah "upscale outlet" barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.
Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.
Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato' Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Read More / Baca Lagi >>

Media bohong isu air, MB ambil tindakan undang-undang

Posted: 12 Nov 2015 08:30 PM PST

SHAH ALAM, 12 NOV: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan pembohongan dalam isu kenaikan tarif air.
IMG_6667Beliau berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan persetujuan untuk menaikkan sebarang kenaikan tarif air kepada penduduk negeri itu.
"Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab seakan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan tarif air. Saya kesal ucapan penggulungan saya diputar belit sebahagian media yang merosakkan imej Kerajaan Negeri.
"Ini satu pembohongan. Oleh itu, kerana fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam penggulungan peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2016, di Sidang Dewan Negeri, di sini.
Mohamed Azmin turut membacakan hansard dewan jawapannya semalam yang menjawab soalan Sulaiman Razak (BN-Permatang) dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) dalam sidang dewan itu.
Beliau turut mencabar pihak media dan Adun terbabit supaya memberikan bukti kenyataan Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air itu.
"Dalam hansard dewan ini, saya menyatakan setiap pengambilalihan syarikat pastinya mempunyai implikasi kos untuk memastikan ia efisyen dan bertanggungjawab serta holistik. Namun, pendirian Kerajaan Negeri memastikan sebarang kenaikan tidak membebankan pengguna.
"Tidak ada saya menyebut bersetuju menaikkan tarif air. Kedua, itu sebab Kerajaan Negeri mengambil keputusan hasil Akta Wasia supaya industri air tidak diswastakan, malahan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.
"Kita percaya Kerajaan Negeri boleh menguruskan dengan baik. Jika ada keperluan untuk naikkan tarif itu, kita tentukan selepas Kerajaan Negeri mengambil alih semua syarikat," katanya.
Beliau berkat,a Air Selangor sedang meneliti dan mengenal pasti kesan implikasi dua syarikat dengan bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

SRC: Lagi ‘wayang politik” Najib – Pas

Posted: 12 Nov 2015 08:24 PM PST

Perdana Menteri dikatakan tidak serius berhubung siasatan dana derma RM2.6 bilion dan SRC International kerana sehingga kini dua saksi penting belum dipanggil.
Tuan-Ibrahim_najib_1mdb_600PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersetuju diambil keterangan berhubung dana derma RM2.6 bilion dan SRC International daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekadar 'wayang politik'.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan kenyataan itu kerana sehingga kini dua saksi penting iaitu Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yasin masih belum dipanggil untuk disiasat SPRM.
Katanya, jika serius Najib sepatutnya membenarkan dua saksi itu disiasat kerana mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
"Jika Najib berminat untuk mendedahkan segala 'kebenaran', Pas menyarankan agar Perdana Menteri menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengarahkan Nik Faisal dan Suboh Md Yasin untuk kembali ke Malaysia untuk disoalsiasat oleh SPRM.
"Jika ini semua tidak berlaku, maka kemungkinan besar ini semua hanyalah wayang politik seperti laungan Najib untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang tidak terjadi sehingga hari ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: 18 aktivis diarah bela diri

Posted: 12 Nov 2015 08:22 PM PST

Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan Annie Ooi Siew Lan - lebih dikenali sebagai Aunty Bersih - adalah antara 18 aktivis diperintah membela diri di mahkamah, hari ini.
 Mereka berdepan dakwaan mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Kesekesaan, masing-masing berhubung menyertai perhimpunan disifatkan polis sebagai haram dan merusuh.
Semua 18 orang itu adalah sebahagian dairpada 33 aktivis yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut salah satu atau kedua-dua seksyen berkenaan.
Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan di luar bangunan parlimen pada Jun 2013.
Daripada 33 tertuduh, hakim Abdul Rashid Daud mengarahkan 15 daripadanya dibebaskan.
Badrul Hisham - atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard - serta Adam Adli adalah antara aktivis yang menghadapi dua tuduhan.
Hakim memutuskan 22 Januari tahun depan untuk semua tertuduh tampil membela diri.
Himpunan berkenaan diadakan bagi mendesak pegawai dan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan perjalanan pilihan raya dengan adil.

MUHYIDDIN TAK JADI DIPECAT?

Posted: 12 Nov 2015 05:49 PM PST

Pulak? Sekejap tujuh, sekejap bukan tujuh...

Pening betullah dengan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor ini!!

Beliau sendiri yang dulu mengatakan ada tujuh pemimpin UMNO sedang disiasat dan akan diambil tindakan kerana kononnya parti sudah letih melayan pelbagai kenyataan mereka yang tidak sesuai di depan umum, hari ini lain pula cakapnya.

Siapa kata tujuh? Mungkin lebih...saya tidak tahu, katanya lagi.

Tidak pernah dalam sejarah, baik sebelum atau selepas diharamkan,  UMNO mempunyai Setiuasaha Agung yang merupakan ketua pentadbir parti yang suka cakap berbelit-belit dan berperangai sekalut ini.

Apakah dengan kenyataan ini bermakna lebih ramai ahli dan pemimpin UMNO akan diambil tindakan dalam mesyuarat MT akan datang nanti?
Siapa mereka?

Selain itu, Tengku Adnan juga mengatakan dakwaan bahawa Muhyiddin Yassin  akan dipecat menjelang Perhimpunan Agung UMNO ini hanyalah khabar angin semata-mata.

Saya tidak tahu siapa yang kata. Mungkin kamu dengar saja. Itu cuma desas-desus, tambahnya lagi.

Benarkah kenyataan terbaru Tengku Adnan ini?

Soalnya, adakah hanya Muhyiddin yang tidak dipecat dan terlepas daripada tindakan?

Bagaimana pula dengan Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal dan yang lain-lain, apakah mereka turut tidak diambil tindakan dan dibebaskan sama?

Atau hanya Muhyiddin yang terlepas, tetapi yang lain-lain tetap dikenakan tindakan?
Read More / Baca Lagi >>

Politik bukan paksaan, tetapi pilihan - Prof Dr Agus

Posted: 12 Nov 2015 05:47 PM PST


Parti Amanah Negara

KOTA BHARU - "Politik bukan paksaan, tetapi satu pilihan. Buatlah pilihan demi rakyat," kata penganalisis politik, Datuk Profesor Agus Yusof mengulas hasrat Parti Amanah Rakyat (Amanah) mahu bertanding di Kelantan.
Menurutnya, lebih baik perkembangan politik sejak akhir-akhir ini diperhatikan sahaja bagi mengelakkan sebarang kontroversi dan provokasi timbul daripada kenyataan yang dikeluarkan.
"Bagi saya, politik kini semakin teruk. Namun, buat masa ini, saya tidak mahu komen apa-apa.
"Insya-ALLAH balik dari Shanghai nanti saya akan ulas lanjut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan menyatakan partinya akan meletakkan calon bertanding di negeri ini dan bersedia menggantikan pentadbiran Pas Kelantan pada PRU14 akan datang.
Mohamad berkata, langkah itu sangat penting untuk 'menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tindak tanduk Husam dilapor kepada PAS Pusat - Che Abdullah

Posted: 12 Nov 2015 05:46 PM PST


KOTA BHARU: PAS Kelantan akan membuat laporan kepada PAS Pusat terhadap tindak tanduk Adun Salor, Datuk Husam Musa yang berterusan mengkritik secara terbuka kerajaan negeri dan pimpinan parti.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan mengambil tindakan mengikut saluran ditetapkan parti.

"Dan tertakluk kepada PAS Pusat untuk mengambil apa-apa bentuk tindakan selepas ini.

"Bagi saya sebagai seorang pejuang demokrasi kebebasan bersuara tidak dihalang, kalau hendak bercakap cakaplah.

"Tetapi bagi orang yang sayang kepada parti dan jemaah biarlah mereka nilai dengan hati terbuka, boleh tengok sendiri kebenarannya," katanya di sini.

Baru-baru ini ketika berceramah di Mulong, Husam dilaporkan mengulangi kecaman terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kononnya PAS mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

Malah beliau juga mengkritik secara terbuka kerajaan Kelantan di media sosial dan menerbit risalah khas yang diedar pada program anjuran PAN.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata rakyat yang tidak berpihak dan sayang kepada jemaah boleh tengok sendiri kebenaran segala dakwaan pemimpin terbabit.

Katanya, semakin banyak beliau bercakap lambat laun rakyat akan tahu kedudukan sebenar.

Mahfuz: Tiada rasional untuk Husam keluar PAS

Posted: 12 Nov 2015 05:44 PM PST

Datuk Mahfuz Omar berpendapat, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa tidak akan keluar daripada parti Islam itu.
Malah, ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu juga berkata, beliau juga melihat tiada rasional sekiranya Husam berbuat demikian.
Kata Mahfuz, berdasarkan pemerhatiannya, apa yang dilakukan Husam selama ini hanya untuk mengetahui ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan juga PAS.
"Saya tak fikir dia akan keluar (parti). Saya lebih melihat, dia nak ketelusan dalam pengurusan negeri khususnya dan parti (amnya). Itu apa yang saya dapat baca daripada kenyataan yang dilakukan. Tak lebih dari itu.
"Saya tak nampak apa rasionalnya dia nak keluar dari PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu, ditanya sama ada Husam masih lagi berteka-teki untuk keluar daripada PAS disebabkan baiah yang dilakukan sebelum ini, Mahfuz menafikannya.
Menurut Mahfuz, isu baiah bukan punca mengapa Husam masih lagi kekal bersama PAS.
"Saya tak fikir masalah baiah yang mengikat dia untuk tak keluar. Orang lain boleh keluar, tak akan dia tak boleh keluar. Saya lihat dia cuma mahukan ketelusan integriti dalam kerajaan negeri," kata Mahfuz.
Sehubungan itu, Mahfuz turut mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sekiranya pelbagai dakwaan yang dibuatnya sebelum ini tidak berasas.
"Kalau kerajaan negeri rasa apa yang dikatakan (Husam) salah dan tak betul, mereka harus ambil tindakan undang-undang pada Husam.
"Kerajaan negeri kena bersihkan nama mereka sama ada benar atau tidak apa yang didakwa Husam. Kalau tak benar, kena bersihkan imej kerajaan negeri dan Husam perlu diambil tindakan undang-undang. Ini soal integriti," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

RASUAH DAN UMNO

Posted: 12 Nov 2015 02:22 PM PST

FAKTA !!!

"UMNO SEBUAH PARTI RASUAH. Imej UMNO yg ketiga ialah imejnya sbg parti yg galakkan RASUAH, parti yg korup, parti yg berkeliaran dgn buaya2 darat & yu2 laut yg tak segan silu menyapu DAN menelan segala projek DAN kontrak kerajaan DAN hak rakyat miskin tidak kira kaum"

"Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak shj org Melayu tetapi juga kaum bukan Melayu".

Tengku Razaleigh Hamzah, 4/4/2008

MITI gagal pertahan cadangan kawalan tembakau- MCTC

Posted: 12 Nov 2015 02:18 PM PST

Langkah kawalan tembakau dalam Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPP) penting untuk menghalang industri tembakau daripada menggunakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) untuk menyaman kerajaan.

rokok-TPPAKUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia dipersoal apabila gagal mempertahankan cadangan asalnya untuk mengecualikan langkah kawalan tembakau dalam Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPP).
Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Molly Cheah berkata, perunding yang diwakili oleh pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam perjanjian tersebut didakwa tidak mempertahankan cadangan yang dibawanya sendiri dalam rundingan akhir di Atlanta, Amerika Syarikat.
"Langkah ini penting untuk menghalang industri tembakau daripada menggunakan mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) untuk menyaman kerajaan.
"Ini menunjukkan ia memberikan sedikit perlindungan kepada pihak industri daripada mengecualikan cadangan itu sepenuhnya," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Terdahulu, Malaysia telah membentangkan cadangan kawalan tembakau sepenuhnya dalam perjanjian itu semasa rundingan TPP ke-19 di Brunei pada Ogos 2013
Cadangan itu menyebut tembakau tidak boleh dilihat sebagai produk biasa dalam mempromosikan perjanjian perdagangan bebas tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang seru sidang meja bulat kebangsaan atasi kemelut 1MDB

Posted: 12 Nov 2015 02:15 PM PST


KUALA LUMPUR 12 NOV: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menyeru semua pimpinan pelbagai pihak mengadakan sidang meja bulat peringkat kebangsaan bagi berbincang untuk menyelesaikan masalah di negara ini termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
ekonomiKatanya, mereka termasuk pemimpin dari kalangan masyarakat, agama, politik komuniti dan masyarakat sivil untuk mencari jalan penyelesaian demi memastikan Malaysia kembali bersaing dengan negara terbaik di dunia.
Beliau berkata, pimpinan parti pemerintah terbukti gagal menyelesaikan kemelut masalah, malah merekalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan Malaysia terjerumus dalam masalah.
"Malaysia mesti keluar masalah itu selepas sekian lama terperangkap dalam skandal 'derma' RM2.6 bilion dan skandal RM50 bilion 1MDB yang menyebabkan negara semakin terkebelakang.
"Kita harus mengembalikan keyakinan diri untuk bersaing dengan negara terbaik di dunia. Kita mesti mencari semula kehebatan kita sebagai rakyat Malaysia ," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu, berkata negara disibukkan dengan pelbagai krisis dan skandal yang gagal ditangani dengan baik menyebabkan pandangan dunia terhadap Malaysia pada dekad awal, berubah.
Pada masa ini, katanya, Malaysia jauh ketinggalan dari segi ekonomi, malah berkemungkinan diatasi negara lain dari Asia dan Afrika berikutan gagal bangkit dari krisis kewangan Asia pada 1990-an.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Media Melayu buat ‘pekak badak’ terhadap teguran Raja-raja Melayu

Posted: 12 Nov 2015 02:14 PM PST

Rulers stmt 1mdbAhli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching kesal berikutan media berbahasa Melayu menggelapkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sekalipun kenyataan itu sangat penting, beliau berkata teguran Raja-raja Melayu itu tidak mendapat liputan meluas dari kebanyakan media cetak arus perdana khususnya akhbar berbahasa Melayu.
Malah, katanya media tempatan berbahasa Melayu seolah-olah bersikap 'pekak badak' terhadap kenyataan Majlis Raja-raja Melayu itu yang mahu siasatan dibuat seberapa segera.
Justeru, Nie Ching berkata, DAP mengambil inisiatif mencetak 100,000 keping kenyataan itu untuk disebar kepada rakyat khususnya kawasan pedalaman yang kebanyakan dihuni penduduk keturunan Melayu.
1mdb campaign"Dengan ini, rakyat dari segenap lapisan akan memperoleh gambaran sebenar situasi yang menimpa negara," katanya pada sidang media pelancaran kempen 'Pantang Undur – Kempen Solidariti Bersama Kit Siang: Mana RM2.6 bilion', hari ini.
Pada 6 Oktober lalu. Majlis Raja-raja Melayu membuat kenyataan yang meminta kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak terlibat.
Kenyataan dianggap sebagai teguran lantang kerana ia tidak pernah dibuat sebelum ini berikutan Majlis Raja-raja Melayu lazimnya hanya membuat kenyataan berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.
Sebelum ini, Pakatan Harapan Johor termasuk Johor sudahpun memulakan kempen penerangan kepada rakyat dengan menyebar risalah pendedahan skandal 1MDB termasuk memuatkan kenyataan Majlis Raja-raja Melayu.

Harapan Amanah terhadap Belanjawan Johor 2016

Posted: 12 Nov 2015 02:13 PM PST

dzulkefly
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pembangkang memuji pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana memperoleh RM400 juta pendapatan negeri dan merekodkan rizab tunai sebanyak RM2.76 bilion.
JOHOR BAHARU, 12 November:
Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menggesa kerajaan negeri itu memberi tumpuan dalam menangani masalah rakyat, khususnya perumahan dan hasil pendapatan per kapita di bawah Bajet Negeri Johor 2016.
Belanjawan negeri Johor 2016 dijadual akan dibahas di Dewan Undangan Johor pada 19 November ini.
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pembangkang memuji pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana memperoleh RM400 juta pendapatan negeri dan merekodkan rizab tunai sebanyak RM2.76 bilion.
"Dengan itu, Amanah negeri Johor menggesa kerajaan Johor untuk memperbanyakkan bilangan skim perumahan mampu milik dan juga menyemak harga siling bagi pemilikan rumah untuk warga asing," katanya pada sidang media di Kelab South Chinese Press hari ini.
Turut hadir ke sidang media itu ialah Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
Dzulkefly berkata, negeri itu mempunyai kedudukan kewangan yang baik dengan perolehan pendapatan negeri meningkat kepada RM1.5 bilion.
Keluaran Negara Kasar Johor bagi tahun lalu ialah pada 4.9 peratus, iaitu lebih tinggi daripada negara itu pada 4.7 peratus.
"Dengan itu, pendapatan per kapita rakyat Johor pada tahun lalu berada di tempat kesembilan selepas Melaka, Negeri Sembilan dan juga Pahang sebanyak RM25,302 atau pada purata RM2,000 sebulan."
Jelas Dzulkefly, beliau berharap agar kerajaan negeri boleh merapatkan jurang pendapatan bagi rakyat dalam bajet negeri akan datang untuk tahun depan.
"Ini penting kerana kita perlu mengambil kira kos yang semakin meningkat dan juga nilai Ringgit Malaysia yang jatuh," katanya.
Dalam pada itu, Dzulkefly menggesa agar kerajaan negeri menyemak semula harga siling pemilikan perumahan untuk warga asing terutamanya dari Singapura, kerana nilai mata wang ringgit yang jauh lebih kecil berbanding dengan Dollar Singapura.
Amanah Johor mencadangkan kenaikan harga siling minimum dari RM1 juta kepada RM1.5 juta hingga RM2 juta untuk menjaga kepentingan anak Johor.
"Kami juga ingin mencadangkan penambahan skim perumahan mampu milik di tanah milik kerajaan untuk membolehkan rakyat Johor yang sudah berkahwin di kalangan golongan muda untuk memiliki rumah sendiri," katanya.

Siapa kata tujuh? Mungkin lebih, kata Ku Nan

Posted: 12 Nov 2015 02:12 PM PST

Ku Nan
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin parti itu sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.
PUTRAJAYA, 12 November:
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menimbulkan teka-teki sama ada hanya tujuh pemimpin parti itu sedang disiasat atau lebih sekarang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan secara terbuka mengkritik parti.
Beliau yang ditemui pemberita selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi Tahun 2015 di sini berkata, mesyuarat mengenai perkara itu sudah diadakan.
"Siapa kata tujuh? Mungkin lebih…saya tidak tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno yang didakwa mengkritik parti secara terbuka.
Tengku Adnan sebelum ini dilaporkan berkata tujuh pemimpin Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.
Diminta mengulas lanjut mengenai jumlah pemimpin Umno yang disiasat pada masa ini beliau menjawab: "Dulu saya cakap tujuh, barangkali lebih. Saya tak tahu. Tunggu sajalah."
Laporan media sebelum ini turut menyebut jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Tarif Air: MB Selangor nak saman TV3

Posted: 12 Nov 2015 06:32 AM PST


Kesal dengan laporan berkaitan tarif air Selangor, Azmin Ali tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman ke atas stesen televisyen TV3.
Menteri besar itu berkata beliau kesal kerana jawapan penggulungan yang diberikan di DUN Selangor itu telah diputar belit sebahagian media yang didakwa cuba merosakkan imej kerajaan negeri.
"Saya kecewa kerana ada media tidak bertanggungjawab yang telah melapor seolah-olah kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air.
"Ini satu pembohongan, fitnah dan saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media, khususnya TV3 sekiranya mereka terus membuat pembohongan ini," tegas Azmin dalam ucapannya di sidang DUN Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Semalam juga, ADUN Permatang Datuk Sulaiman Razak dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Batang Kali) bertanya mengenai pendirian kerajaan negeri dalam menjamin tiada kenaikan tarif dengan penstrukturan semula industri air.
Sempat sindir Khalid suka tweet
Sambil membacakan jawapan dari hansard, Azmin menafikan kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh beliau.
"Dalam mana-mana program atau skim penstrukturan ini pastinya akan memberikan implikasi kos. Untuk memastikan pengurusan air lebih efektif dan memberikan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan holistik, namun pendirian kerajaan Selangor adalah untuk memastikan sebarang kenaikan tarif air tak akan membebankan pengguna dan rakyat Selangor.
"(Jadi) di mana saya sebut bahawa kerajaan negeri telah setuju naikkan tarif air? Ini satu pembohongan," katanya.
Azmin sekali lagi menegaskan, sekiranya ada keperluan untuk menaikkan kadar tarif, maka ia akan ditentukan setelah kerajaan negeri mengambil alih keempat-empat syarikat berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib?

Posted: 12 Nov 2015 06:24 AM PST


Sudahkah Pihak Berkuasa Siasat Kekayaan Melampau Keluarga Najib?Apa agaknya komen pro Najib bila membaca kenyataan Tun Mahathir ini -
Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, seseorang yang mengamalkan rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu.
Ini kerana katanya, "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati
"Kita sudah boleh bayangkan reaksi mereka, contohnya .... Habis tu, semua orang yang kaya itu makan rasuah lah !? atau .... sukahati dioranglah nak belanja mewah ke apa ke, duit diorang !
Jadi rasanya perlu sedikit tambahan ayat supaya maksud Tun Mahathir di atas tidak dialihkan tumpuan iaitu - Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah yang melangkaui pendapatan sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.
Sebelum ini pun Tun Mahathir pernah berkata perkara yang sama seperti masa perjumpaan dengan satu NGO sebelum bulan puasa baru ni ( KLiK ) . Antara lain Tun berkata -
ff
Sepatutnya bila kita lihat seorang yang bekerja bergaji, tiba2 dia duduk dalam mahligai., Income Tax patut pergi periksa dia. Macamana dia buat duit ? Tapi Income Tax tak buat apa. Kita kena desak ... supaya Income Tax tanya pasala apa dia duit banyak sangat ?!
Daripada mana dapat duit itu ? Apakah dia bayar cukai ataupun tidak ? Ini kita kena tanya.. cara hidupnya tak macam cara hidup Perdana Menteri yang lalu.
Rakyat tertanya2 apakah ada sebarang perhatian serius dan tindakan susulan selepas kenyataan Tun itu ? Ada Income Tax buat siasatan ? Ada SPRM pergi soal Najib dalam hal ini ?
Malahan dalam lamanweb SPRM sendiri ada poster yang menarik ini -PM Najib seorang penjawat awam yang gajinya dibayar oleh kerajaan kan ?
Read More / Baca Lagi >>

NOW: Jamil Khir lantik dua individu sertai yayasan

Posted: 12 Nov 2015 06:23 AM PST

NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanggungjawab melantik dua individu menyertai lembaga pemegang amanah sebuah yayasan Islam naungan kerajaan yang kini di bawah penelitian kerana masalah kewangan.
Pengarah NOW Akmal Nasir yang merujuk surat daripada Jamil Khir yang ditujukan kepada penaung yayasan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memohon kelulusan untuk melantik dua individu berkenaan, bersama-sama dengan 10 orang lain untuk tempoh 1Januari, 2014, hingga 31 Disember 2016.
Akmal juga memiliki surat di mana Jamil Khir melantik seorang individu sebagai pengerusi merangkap presiden yayasan itu.
Beliau hari ini juga mendedahkan timbalan pengerusi merangkap timbalan presiden yayasan itu.
Kedua-dua mereka, bersama-sama dengan anak timbalan pengerusi dan suaminya, didakwa mendapatkan hampir RM2 juta setahun daripada pelbagai jawatan yang mereka pegang dalam yayasan itu dan anak-anak syarikatnya.
Yayasan yang sepatutnya meningkatkan ekonomi umat Islam dan melaksanakan program-program kebajikan, menerima pembiayaan daripada sumbangan orang ramai dan juga geran kerajaan serta pinjaman.
"Adakah Jamil Khir Baharom sedia mengaku kemungkinan berlakunya pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di agensi (itu) sedangkan beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau?" soal Akmal dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menyoal sama ada Jamil Khir berani mendesak Najib untuk memecat pengerusi dan timbalan pengerusi yayasan itu.
Semalam, NOW mendakwa empat individu dalam yayasan naungan kerajaan itu memperolehi pendapatan mencecah RM2 juta setahun.
Akmal berkata secara purata mereka didakwa memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

Rakyat bagi amanah mereka pantau pengurusan wang amal jariah YaPEIM

Posted: 12 Nov 2015 06:20 AM PST

Pegang 26 jawatan bergaji...

Tapi mereka dan ahli keluarga ambil elaun lebih RM154,000 sebulan, RM1.85 juta setahun.

Atas nama pembangunan Ekonomi Islam. Takbir !!!

TAWFIK TUN DR ISMAIL 'BUNUH' KESEDERHANAAN KUMPULAN G25

Posted: 12 Nov 2015 06:07 AM PST

Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail? 

Selain umum mengenalinya sebagai anak bekas Timbalan Perdana Menteri kedua yang agak disanjung ramai, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfik sebaliknya tidaklah begitu dikenali walaupun pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut selama sepenggal antara tahun 1986 hingga 1990.

Beliau barangkali dipilih sebagai calon untuk bertanding dalam pilihanraya untuk mengenang jasa dan sumbangan ayahnya atau kerana UMNO mahu melihat waris Tun Dr Ismail terus menyumbang untuk negara, tetapi sepertimana kata pepatah "kuah tidak selalunya tumpah ke nasi", Tawfik gagal menyerlah sebagai pemimpin politik yang diharapkan mewarisi darah perjuangan ayahnya.

Di Parlimen, walaupun beliau agak ramah dan suka berbual, tetapi penonjolannya di dalam Dewan boleh dikira gagal sebagaimana harapan UMNO terhadapnya. Lantaran itu, beliau hanya dijadikan Ahli Parlimen selama sepenggal sahaja tanpa sebarang rekod yang boleh menyebabkan namanya dikenang.

Selepas itu, namanya tidak lagi pernah di sebut di mana-mana, bahkan jika orang berselisih bahu dengannya pun, barangkali ramai yang yang tidak mengetahuinya sebagai bekas Ahli Parlimen dan anak kepada Tun Dr Ismail yang disanjung itu.

Hanya baru-baru ini saja, apabila Tawfik bercakap mengenai banyak perkara dalam temubual dengan media sempena penerbitan sebuah buku mengenai bapanya, tiba-tiba namanya sebagai anak Tun Dr Ismail disebut semula.

Antara yang disentuhnya dalam temubual itu ialah mengenai kepimpinan Najib, hasil pertemuan dengan Muhyiddin dan Tun Mahathir, kekecewaan bapanya dengan pemerintahan semasa serta mencadangkan pemansuhan Jakim.

Diketahui juga beliau kini turut menganggotai Kumpulan G25, sebuah kumpulan pesara awam Melayu ternama yang non-partisan, berjuang untuk mengukuhkan institusi serta menggalakkan kesederhanaan dalam Islam.

Selama ini yang selalu tampil bercakap dengan media atau memberikan kenyataan mengenai G25 ialah bekas diplomat, Noor Farida Ariffin, tetapi nampaknya seminggu dua ini nama Tawfik lebih menonjol dikaitkan dengan kumpulan tersebut berbanding Noor Farida.

Walaupun selepas itu Kumpulan G25 ada mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Tawfik dalam temubual itu adalah pandangan peribadinya, kaitan beliau dengan kumpulan itu tentu sukar dikikis. Orang akan terus mengaitkan G25 dengan Tawfik, lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai Muhyiddin dan Tun Mahathir, beliau turut mengaitkan kumpulan pesara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tak akan ‘membabi buta’ tangkap Dr M, kata Kadir

Posted: 12 Nov 2015 06:06 AM PST

Meskipun Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dirinya bersedia ditahan polis, namun bagi penyokong setia bekas bekas perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin percaya pihak polis tidak akan berbuat demikian.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu berkata ini adalah di sebalik tindakan Mahathir yang mengeluarkan kenyataan yang menyukarkan kerja polis.
"Saya tidak fikir mereka akan tangkapnya. Terlalu tinggi harganya untuk menangkap Mahathir. Mungkin saya salah, tetapi saya tidak lihat bahawa polis akan membabi buta dan ghairah untuk menangkapnya," katanya pada satu persidangan mengenai rasuah di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Mahathir semalam bahawa beliau bersedia untuk menghadapi tuduhan berhubung kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4 pada akhir Ogos lalu yang lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal 1MDB.
Kadir juga berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang tindak balas besar-besaran terhadap kerajaan sekiranya Mahathir ditangkap.
Ini kerana, katanya rakyat negara ini akan membiarkan orang lain melakukan apa yang mereka tidak suka dan tidak sanggup tampil mempertahankan hak mereka.
Tambahnya, beliau percaya bahawa perjuangan dirinya dan Mahathir akan tewas kerana berlawan di padang yang tidak sama rata.
Kadir tidak menyebut secara khusus perjuangan yang dimaksudkannya tetapi dipercayai merujuk isu 1MDB dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion yang didakwa diterima oleh Najib.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

Peguam negara akui bertanding atas tiket Umno dalam PRU 1990

Posted: 12 Nov 2015 06:05 AM PST

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini.
"Ya, saya pernah jadi calon tetapi semua orang perlu diingatkan setiap suruhanjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan perlu angkat sumpah untuk menegakkan undang-undang.
"Jadi berat sebelah apa yang mereka cakap ini?," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Datuk Ariff Yussof, yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU pada 2004, kemudiannya dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2008. Apandi berkata beliau sendiri dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 20013, iaitu 13 tahun selepas bertanding dalam PRU pada 1990 itu.
Peguam negara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan beliau bertanding sebagai calon Umno pada 1990.
Apandi kemudian ketika menjadi hakim bagi satu kes di Mahkamah Tinggi Kelantan, diminta memberi respons terhadap permohonan melucutkan kelayakannya mendengar kes itu dengan alasan beliau akan berat sebelah.
"Saya menjadi calon untuk Umno pada PRU 1990 adalah situasi yang sudah lama, 14 tahun lalu," tulis Apandi, ketika menolak permohonan berkenaan pada 18 April, 2004.
Dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pada Selasa, Apandai menafikan beliau pernah memegang jawatan bendahari Umno Kelantan, meskipun pelbagai laporan menyatakan sebaliknya.
Apandi berkata jawatan rasmi tertinggi dipegangnya ialah ketua Pemuda Umno di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Husam akui terima ugutan, syak kerana isu balak

Posted: 12 Nov 2015 06:02 AM PST

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui beliau menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas yang dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri. "Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.
"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya. "Berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.
"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang,  khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.
"Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.
Read More / Baca Lagi >>