Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ORANG KELANTAN PAS ATAU AMANAH ?

Posted: 11 Nov 2015 06:56 AM PST



Lagu mana Mat Sabu nak ganti PAS Di Kelate Kota Serendah Kebun Bunge ne..Ore Klate Tak Se AMANAH. Parti AMANAH parti kapir...

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tarif air di Selangor naik selepas pengambilalihan syarikat konsesi air...!!! Adakah rakyat sedang diperbodohkan?

Posted: 11 Nov 2015 05:44 AM PST


Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

"Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif.

"Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri telah menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.

"Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam tempoh tersebut.

"Berhubung perkara itu, kerajaan negeri telah melantik penilai bebas untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air berkenaan," katanya.

Mohamed Azmin berkata kos pengambilalihan tiga syarikat konsesi lain adalah berjumlah RM1.68 bilion yang mana Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) (RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bukan Porsche Husam lari 210 km/j di LPT2

Posted: 11 Nov 2015 09:30 PM PST



Bukan ... bukan ... bukan Porsche Husam yang dilaporkan pecut 210 kn/jam di LPT2.

Walaupun ada khabar yang mengatakan Husam memiliki Porsche dan disembunyikan dalam car park tertutup dirumahnta di Salor, kita tak boleh main tuduh.

Salah untuk percaya Porsche tersebut hanya dipandu sekali sekala yntuk Husam lepas geram.

Satu lagenda palsu pihak tak bertanggungjawab yang kata Husam bawa keluar waktu senja atau malam ke subuh ketika orang tak ramai.

Dongeng ini ditokok tambah debgan cerita bahawa Husam akan drive kereta Porsche di Lojing untuk perhatikan tumbuhan baru tumbuh di kawasan2 yg dia telah botakkan untuk projek botak semula.

Paling tak boleh percaya adalah cerita2 yg kata Husam bawa kereta Porsche pada high speed di Lebuhraya Rakyat yg merupakan nadi utama jalanraya Kelantan.

Semua tu tak boleh percaya. Yg boleh rasa di percayai adalah Husam mahu disingkir dari PAS supaya dia tak langgar baiah pada arwah Nik Aziz ....


Hati dan sebelah kaki dalam Amanah tu.





Puak kalah dalam pemilihan PAS nak rampas Kelantan?

Posted: 11 Nov 2015 07:24 PM PST


Parti Amanah Negara Sedia Rampas KeIantan Dari Pas

Melihat pada keadaan PAS yang semakin ditolak rakyat, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) sudah bersedia menggantikan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohamad Sabu yang juga Presiden parti itu berkata tawaran yang dibuat kepada rakyat Kelantan itu kononya bertujuan untuk "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bercakap kepada pemberita selepas sesi ceramah di Kampung Padang Embun malam Isnin, Mat Sabu menjelaskan bahawa parti Amanah pada masa ini sedang memberi tumpuan untuk menambahkan keahlian parti di seluruh negara bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat.



Tambah beliau, perbingcangan secara terperinci mengenai kerusia mana parti itu akan bertanding di Kelantan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku tidak lama lagi, kami akan cuba mendapatkan beberapa buah kerusi di sana, ujar beliau.

Sumber.

FB Jebat Moden



Beranikah Perkasa warning Mahathir tentang kenyataan JAKIM?

Posted: 11 Nov 2015 04:31 PM PST


Perkasa beri amaran. Veteran UMNO kritik. Dan Puteri UMNO pun tegur Tawfik Tun Dr Ismail kerana kenyataan tutup JAKIM...

Mahathir pun kata hal serupa.

-------------

Kenyataan Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia

ISU JAKIM: Menegakkan syiar Islam bukan proses satu hari...

Kenyataan Tawfik Ismail, anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dianggapnya tidak ada sebarang peranan dan sewajarnya dihapuskan dalam wawancara sempena buku barunya "Drifting into Politics", himpunan tulisan bapanya yang diedit bersama Dr Ooi Kee Beng baru-baru ini bersifat mementingkan kebebasan individu / hak asasi berbanding kebaikan untuk kemaslahatan masyarakat secara amnya.

Gagasan pemikiran seperti beliau ini merupakan cabaran kepada umat Islam kerana pemikiran sebegini hanya menggunakan akal dan rasional dan sangsi terhadap ilmu berteraskan wahyu.

Jika dalam bidang professional kita boleh mengiktiraf para professional sebagai rujukan kita, kita iktiraf jurutera dalam bidang kejuruteraannya, kita mengiktiraf para akauntan, dalam bidang perakaunan, saintis dalam bidang sains, hakim dalam bidang kehakimannya, maka kenapakah dalam bidang agama kita keberatan untuk mengiktiraf para ulamak dan institusinya dalam menegakkan agama dan Syari'at Allah?

Walaupun ulamak Islam menerima akal sebagai salah satu sumber ilmu yang diakui di dalam Islam. Namun akal mempunyai batasan-batasan kemampuannya sebagaimana kata Imam as-Syafi'ie;

"Sesungguhnya akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung kemampuannya sebagaimana penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung pandangannya". Kerana itu, ia tidak dapat berdiri sendiri dan perlu bersandar kepada wahyu.

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan dari siapa kamu mengambil agama kamu". (Riwayat Imam Muslim)

Peranan JAKIM amat meluas. Dengan wujudnya insitusi ini maka isu-isu berkaitan keagamaan dan pemantapan akidah serta penyebaran Islam sebagai agama negara tidak dapat digugat malahan dapat diperkukuhkan lagi. Setiap kebebasan ada hadnya.

Dakwaan bahawa JAKIM tidak berperanan dan menyekat kebebasan individu seperti yang didakwa oleh Tawfik adalah tidak benar.

Penerangan Puteri UMNO Malaysia pada 25 Julai 2015 yang lalu telah menandatangani perjanjian persefahaman antara institusi dibawah JAKIM iaitu Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) bagi memberikan pendedahan dan maklumat kepada kepimpinan Puteri UMNO dan wanita muda melayu Islam berkaitan usaha kerajaan, institusi keagamaan dan cabaran dalam mendaulatkan Islam sebagai agama negara.

Daulatkan Islam Agama Negara bukan boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari, ia memerlukan perancangan rapi dan teliti serta dikaji dalam setiap ruang lingkup agar keharmoniaan dan perpaduan kaum di Malaysia ini tidak terjejas. JAKIM wajib dikekalkan selagi ada bulan dan bintang, selagi bumi Malaysia ini masih ditadbirkan oleh pemerintah Islam dan Yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara.

HARYATY HAMDZAH
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia
11-11-2015

-------------

Berani ke tiga2 NGO khususnya Perkasa tegur Mahathir?

Kesian .....

Posted: 11 Nov 2015 05:30 AM PST



Sampai menyembah ke G25 dan Ambiga ....


Apa penditian dia jika ...


Betulkah sanggup ...



Ya lah tu ... polis soal tak jawab.





Dulu kenapa tak diperkemaskan undamg-undang dan pengustkuasaan cegah rasuah?


Takkan PM tentukan macam kes Rafidah?


Kesian ... hanya pasal nak ambilhati dan sokongan politik Ambiga dan puak liberal G25.

Demi politik apa saja sanggup dilakukan

The Edge serang 1MDB tapi sokong YTL buat duit atas angin

Posted: 10 Nov 2015 11:30 PM PST


Semalam, The Edge menulis betapa tidak adilnya Petronas dan TNB terhadap YTL.

Mereka berkata kedua-dua GLC menjadikannya sukar bagi YTL untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan TNB dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga.

Biar saya ringkaskan:

1) YTL hanya mendapat lanjutan 2 tahun 10 bulan kepada hanya satu daripada dua loji IPP milik mereka.

 2) Petronas segera menghentikan gas subsidi kepada kedua-dua loji kuasa YTL sebaik Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) mereka tamat tempoh.

 3) Petronas juga enggan menandatangani lanjutan daripada perjanjian perkhidmatan gas (GSA) dengan YTL sehingga isu pajakan tanah mereka dengan TNB diselesaikan.

 The Edge menuduh bahawa ini mungkin disebabkan kes YTL menyaman Petronas RM700 juta kerana selama beberapa tahun, gas subsidi Petronas tidak disubsidikan dengan cukup atau tidak cukup murah untuk YTL.

4) TNB mahu menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) baru di negeri di mana dua janakuasa YTL berada walaupun pajakan hanya tamat pada 2018.

TNB mahu merundingkan semula untuk mengambil kembali beberapa tanah yang YTL tidak guna kerana tanah itu sangat luas dan salah satu daripada dua loji kuasa tidak akan diperbaharui.

5) Dan TNB enggan menandatangani PPA akhir dengan YTL kerana YTL tidak menandatangani GSA, yang bergantung kepada penandatanganan LLA. 

Nampaknya kerajaan tidak memberi laluan mudah untuk kroni IPP era lalu. Ia pasti tidak adil kepada YTL kerana artikel The Edge sendiri menyatakannya tidak adil.

Tetapi The Edge terlupa untuk menyebut betapa tidak adilnya 20 tahun perjanjian konsesi IPP milik YTL yang tamat pada September 30, 2015.

 Tolonglah kerajaan, jangan jadikan orang tua itu dan rakan-rakannya lebih marah. Hanya arahkan Petronas dan TNB menutup mulut dan menandatangani perjanjian.

Apa yang anda akan buat seterusnya, kerajaan? Membatalkan projek BestariNet pula?

Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1734940896724697&set=a.1505290066356449.1073741832.100006264096443&type=3&theater

Diterjemah WakeUp Malaya

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Husam perjelas ‘ugutan bunuh’ pada dialog malam esok

Posted: 11 Nov 2015 09:10 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. – Gambar The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Datuk Husam Musa bakal menjawab segala persoalan berkenaan dirinya pada sesi dialog malam esok. 

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab dakwaan beliau dan isteri menerima ugutan bunuh dalam sesi dialog malam esok, 13 November. Ketika ditanya The Malaysian Insider, apakah benar beliau menerima ugutan bunuh dan membuat laporan polis mengenainya, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan itu hanya menghantar semula poster dialog itu melalui WhatsApp.
Malam esok, beliau akan berdialog dengan orang ramai dalam majlis "Dialog: Demo Tanya, Ambo Jawab" yang akan diadakan di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Baru, Kelantan.

Dialog ini juga akan disiarkan secara langsung melalui televisyen Internet, Youtube mulai jam 9 malam. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahudin Ayub yang juga teman rapat turut mendakwa Husam memaklumkan kepada beliau yang isterinya, Datin Rohana Abd Rahman menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Dua hari lalu, menerusi panggilan telefon, beliau maklumkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan bunuh.
"Beliau (Husam) berada di balai polis untuk membuat laporan polis," kata Salahuddin kepada sebuah portal berita.
Politik Kelantan semakin panas ekoran penubuhan Amanah dan pelancaran Pakatan Harapan di Kelantan beberapa hari lepas.
Tayar kereta dinaiki Salahudin meletup ketika dalam perjalanannya ke lapangan terbang Kota Baru yang dipercayai akibat perbuatan khianat kerana didapati kesan torehan pada tayar.
Pada dialog malam ini, Husam juga akan menjawab saranan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfudz Mohamad agar beliau meninggalkan parti Islam itu selepas tidak seiringan dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.
"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya sebagaimana dilaporkan satu portal berita.
Husam sebelum ini mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi selaku presiden.
Ini kerana, banyak kenyataan dibuat Hadi dianggap seolah-olah "buang tabiat" dan mengelirukan ahli PAS seluruh negara termasuk kawasan yang diketuai, Kubang Kerian.
Husam juga mendakwa Hadi mengaku mahu membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor dengan cara memujuk ahli Dewan Undangan Negeri PKR menyertai PAS.

Amanah berbohong di Kelantan, kata Mohd Amar

Posted: 11 Nov 2015 08:21 PM PST

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan tetapi kini sebaliknya berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015. 
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik mendakwa Parti Amanah Negara berbohong kerana pernah berjanji tidak mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan tetapi kini sebaliknya berlaku. 

PAS Kelantan menyifatkan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak boleh dipercayai dan berbohong mengenai perjuangan mereka, lapor Sinar Harian. Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah membohongi rakyat kerana sebelum ini ghairah menabur janji tidak akan mengganggu usaha PAS menentang Umno di Kelantan.
"Mereka (Amanah) sudah tipu rakyat. Dulu kata nak jatuhkan Umno sekarang sudah mungkir janji, kacau Kelantan pula," katanya yang juga merupakan naib presiden PAS.

Beliau mengulas hasrat Amanah sebagaimana disuarakan presidennya Mohamad Sabu untuk mempertimbangkan meletak calon di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Tindakan itu katanya, sebagai langkah menyelamatkan Kelantan daripada terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.
Ia perlu diambil kira PAS sebagai persediaan untuk mengukuhkan jentera parti bagi mempertahankan pentadbiran PAS di negeri itu, katanya.
Sebelum ini, Amar menganggap Amanah tidak memberi saingan kepada PAS Kelantan.
Beberapa hari lepas, Amanah memulakan gerakan mereka di Kelantan melalui pelancaran Pakatan Harapan yang turut disertai Mohamad.
Pelbagai program disusun dengan penyertaan ramai pimpinan daripada PKR dan DAP.

Lebai Malang

Posted: 11 Nov 2015 08:20 PM PST

Oleh TS Muhammad Muhammad Taib

Setuju kita berpijak pada realiti. Realitinya orang dah tak suka pada Umno dan BN. Dalam pada itu ada pihak bertindak untuk melemahkan kumpulan dia dengan pendirian baru yang sangat ganjil.

Sepatutnya pemimpin2 ini memperkukuhkan pihak dia PR atau PH. Tetapi apa yg dilihat ialah sebaliknya. Mereka berikhtiar dan mencari jalan supaya pihak dia menjadi lemah.

Mereka pergi ke pihak musuh lalu berkata mereka boleh bekerjasama dgn pihak musuh.

Akhirnya pihak lawan hidup semula. Gagah semula. Pihak dia lemah balik & kurang dapat sokongan. Maka si cerdik terus tidak berkuasa.

Yang terus berkuasa terdiri dari si bebal dan sudah kurang idea.

Yang cerdik2 dan lebih berupaya kekal duduk di luar gelanggang.

Kita dengar semula pada cerita2 orang tua2

Lebai Malang.

Lebai Malang pergi kenduri ke hulu sungai bila air surut. Bila sampai kenduri dah selesai. Tak dpt makan. Makanan sudah habis.

Lalu dia cepat2 kayuh dgn sampan ke hilir sungai untuk pergi ke tempat kenduri lagi satu. Malangnya waktu itu air pasang.

Lebai Malang pun sampai lewat. Kenduri pun sudah habis. Makanan juga sudah tak ada.

Akhirnya Lebai Malang balik ke rumah. Kena marah oleh isteri.
"Mengapa abang tamak sangat?"
Buat pergi ke kedua2 kenduri? Makan kenduri yang satu cukuplah. Abang ni tamaklah.
Lebai Malang tamak. Nak pergi makan ke hulu sungai dan ke hilir sungai. Akhirnya dia rugi.

Lebai oh Lebai !!

Berpijaklah pada REALITI.

Realiti hari ini orang dah tolak BN.

Jangan di ulang kisah LEBAI malang. Tamak. Nak dapat faedah dari semua pihak. Akhirnya dia rugi.

Langkah Ust Hadi dekati Umno mengelirukan

Posted: 11 Nov 2015 08:19 PM PST

Oleh Suhaimi Kassim

1. Sifat ulamak yang sebenarnya ialah menjauhi syubhat. Dia pula tidak boleh mendedahkan dirinya dengan melakukan perkara yang mengundang prasangka orang. Patut ke seorang ulamak mengeluarkan kenyataan kenyataan mengelirukan apatah kekeliruan di dalam hal ehwal kehidupan rezeki ini boleh mengundang kepada REDHA KEPADA MAKSIAT PEMBAZIRAN. Perkara mungkar WAJIB diingkari tetapi ustaz Hadi mengheret pengikutnya supaya berada di dua persimpangan. INGKAR DAN REDHA.

Hampir saban tahun belanjawan negara  yang dibentangkan oleh kerajaan UMNO BN  ialah DEFISIT. Setiap tahun juga kita mendapati ada sahaja penyelewengan dalam laporan audit. Sikap dan pendirian PAS ini akan menyebabkan penyelewengan wang dan khazanah negara bertambah subur. APAKAH HUKUMNYA 'memberi nafas' kepada mereka yang KHIANAT  akan amanah yang diberikan kepada mereka? Adakah dengan meredhai belanjawan ini, dia dan ahli-ahli PAS yang bersama dengannya akan terlepas daripada HISAB Allah SWT?

2. Pendekatan mendekati UMNO untuk tujuan islah pernah dilakukan oleh DSAI ketika masuk ke dalam UMNO. Bukan dia seorang sahaja yang mendekati UMNO, malah ramai dari kalangan sahabatnya dari ABIM dan JIM yang terlibat sama. Bagaimanakah kesudahannya? Jika dahulu, ramai pemimpin PAS yang memarahi  DSAI kerana masuk UMNO, adakah ustaz Hadi tidak boleh belajar daripada sejarah lama? Adakah beliau ingin mengulangi semula pengalaman PAS ditendang daripada UMNO 1978 ?

3. Menggunakan kaedah Qias pada perbuatan ustaz Hadi mendekati UMNO seperti perbuatan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim adalah qias yang tidak kena pada tempatnya....  Ketika dua Nabi ulul azmi ini pergi berjumpa pemerintah, misi dakwah mereka adalah jelas dan tidak ada tindakan yang mengelirukan (sekejap menyokong dan sekejap membantah) Jika menyokong kerja baik dan membantah kerja mungkar, kita boleh setuju. Yang memeningkan  kepala orang ramai dalam masalah belanjawan, ia menyokong dalam membantah atau membantah dalam menyokong.... Adakah ini yang dimaksudkan dengan ISTIQAMAH MENUNU REDHA ALLAH?

4. Memang benar bahawa islam tidak berhasrat untuk memegang / merebut kuasa jika kuasa tersebut boleh berada di tangan mereka yang baik. Persoalannya, benar ke kuasa yang ada sekarang boleh kekal berada di tangan mereka yang soleh dengan pendekatan dakwah mengislahkan pembesar UMNO? Alasan MAHU MENGUBAH DASAR TETAPI TIDAK  MAHU MENGEKALKAN PEMERINTAH adalah satu kekeliruan besar yang tak sepatutnya dilakukan oleh ulamak yang bergelar faqih.
Read More / Baca Lagi >>

Kritik presiden: Tindakan Husam itu berani

Posted: 11 Nov 2015 08:18 PM PST

OLEH

SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengkritik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan berani dan dipercayai mempunyai asas demi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kebenaran dakwaan Husam itu agak tinggi kerana Adun Salor itu tidak mungkin mengemukakan persoalan terhadap perkara yang tidak berlaku.

"Saya tidak fikir orang kemukakan soal itu jika kes tersebut benar-benar tidak terjadi. Jadi, saya yakin bahawa apa yang dibangkitkan Husam itu betul-betul terjadi.

"Jadi, apa yang dilakukan Husam itu, satu tindakan berani yang saya percaya bertujuan untuk memastikan bahawa kedudukan Pas itu terus mantap bukan untuk menghakiskannya ataupun cuba menjejaskan reputasi presiden parti seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak," katanya

Sebelum ini, Husam dilaporkan mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

Menurutnya, 'teguran keras' Husam itu bagi memberikan gambaran sebenar apa yang telah berlaku dan mengelakkan pemimpin tertinggi Pas mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk peringkat bawahan.

"Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perkara sama tidak berulang lain kali kerana jika berulang dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak lain di luar, seolah-olah mereka ini bersekongkol dengan musuh politik mereka.

"Mereka dilihat sebagai tidak setia kepada parti komponen lain. Ini boleh melemahkannya dan Husam di situ bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali dan kedudukan Pas itu dapat dimantapkan ketika berdepan dengan musuh-musuh parti yang lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar ke ‘crowd funding’, kata Tun M mengenai dana pilihan raya

Posted: 11 Nov 2015 08:17 PM PST

Mahathir-Mohamad-L-6
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dana pilihan raya di negara ini boleh mengguna pakai sistem dana dari orang ramai (crowd funding) seperti yang diamalkan Presiden Barack Obama di Amerika Syarikat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dana pilihan raya di negara ini boleh mengguna pakai sistem dana dari orang ramai (crowd funding) seperti yang diamalkan Presiden Barack Obama di Amerika Syarikat.
Menurutnya, sistem crowd funding adalah pembiayaan politik yang dilaksanakan lebih awal daripada tempoh berkempen dan boleh mengurangkan spekulasi penyalahgunaan dana semasa pilihan raya berlangsung.
Jelasnya lagi, Obama menggunakan kaedah ini dan berjaya memperoleh dana yang mencukupi untuk menyokong kempen pilihan raya dan tidak menjadikan dirinya terhutang budi kepada syarikat-syarikat besar yang mungkin mempunyai agenda peribadi.
"Dia hanya meminta sedikit wang daripada rakyat biasa, satu hingga dua dolar setiap orang dan wang berjaya dikumpulkan sehingga jutaan ringgit. Oleh itu dia tidak berhutang kepada mana-mana pihak.
"Saya rasa crowd funding untuk parti politik akan mengurangkan penyelewengan dana awam yang parti politik lakukan semasa pilihan raya sebelumnya.
"Crowd funding adalah satu sistem yang baik," katanya ketika berucap dalam Simposium memerangi rasuah di Malaysia di Hotel Pullman, Bangsar.
Pada 3 Julai lalu, The Wall Street Journal melaporkan hampir RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.
Laporan itu mendakwa wang itu adalah dari syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menjelaskan wang yang diterima adalah sumbangan daripada penderma yang enggan dikenali dari Timur Tengah.

Tun M khianati amanah Melayu, badan kehakiman – Tawfiq

Posted: 11 Nov 2015 08:16 PM PST

TUNmtired-L1-938x470
Tawfiq Ismail menyifatkan Dr Mahathir sebagai perosak badan kehakiman dan itu pengkhianat. 

KUALA LUMPUR, 12 November:

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya bercakap mengenai amanah kerana beliau sendiri gagal dalam pelbagai cara, kata anak bekas Timbalan Perdana Menteri.
Dalam temu bual eksklusif dengan New Straits Times (NST), Tawfik Ismail, berkata mantan Perdana Menteri itu mengkhianati amanah yang diberikan Melayu apabila Umno disiytiharkan tidak sah.
Ahli G25 itu berkata, ia adalah satu alasan untuk menyusun semula Umno supaya Dr Mahathir boleh mengecualikan dan memasukkan personaliti tertentu
"Saya fikir itu adalah pengkhianatan besar terhadap amanah," kata Tawfiq dipetik berkata kepada akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
Dr Mahahthir, katanya, perosak badan kehakiman dan itu pengkhianat.
Badan kehakiman, kata anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu, tidak tidak sebebas seperti sebelum ini iaitu ketika zaman Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.
Pada 1988, Salleh sebagai Ketua Hakim Negara menghantar surat kepada Yang Di-Pertuan Agong mewakili hakim-hakim lain meluahkan kekecewaan berhubung tuduhan Dr Mahathir terhadap badan kehakiman.
Beliau kemudian digantung dan disingkirkan oleh tribunal yang dipengerusikan Tun Hamid Omar yang kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.
Ulasan Tawfik itu dibuat sehari selepas Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai individu yang berniat tidak baik dan tidak boleh dipercayai.
Negarawan tua itu berkata demikian selepas Tawfik menuduh beliau cuba untuk secara hakikat berperanan sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu, dalam temu bual bersama NST, Tawfik berkata Dr Mahathir kemungkinan adalah seseorang yang mahukan setiap perkara dijalankan mengikut caranya.

Jakim tak seharusnya dipolitikkan, kata SHURA

Posted: 11 Nov 2015 05:44 PM PST

Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) tidak seharusnya dipolitikkan dan sebaliknya ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memberi kefahaman mengenai Islam, kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Abdul Ghani Shamsuddin.
 Jakim perlu dikekalkan namun penambahbaikkan hendaklah dibuat bagi melihat arah tuju sebenar jabatan itu, kata Abdul Ghan ketika dihubungi Malaysiakini.
Abdul Ghani berpandangan bahawa Jakim perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, diurus dengan betul dan tidak dipolitikkan untuk kelangsungan kuasa.
"Jakim dimanfaat dengan memberi kesedaran (mengenai) Islam kepada seluruh rakyat tentang Islam. (Kalau tidak) sudah pasti dari dulu orang faham Islam," katanya.
Sebelum ini, anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Tun Ismail dilaporkan berkata, Jakim perlukan dimansuhkan kerana mendakwa ia dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.
Tawfik dilaporkan berkata, pada zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, hanya jabatan agama kecil wujud di Jabatan Perdana Menteri dan tidak ada menteri hal ehwal agama.
Mengulas perkara itu, Abdul Ghani berkata kerajaan harus mencampuri urusan peribadi rakyat negara ini terutamanya berkaitan tentang kefahaman agama Islam mengenai kesan terhadap sesuatu perkara.
"Konsep negara tidak boleh masuk campur, sebenarnya agak relatif sebab semakin lama rakyat perlu difahamkan tentang agama dia.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Najib: Segera bertindak kalau betul serius, kata DAP kepada Apandi

Posted: 11 Nov 2015 04:11 PM PST

 Penyiasatan ke atas Datuk Seri Najib Razak perlu diberikan keutamaan jika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali serius, kata DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.  
Penyiasatan ke atas Datuk Seri Najib Razak perlu diberikan keutamaan jika Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali serius, kata DAP. 

Seorang pemimpin DAP hari ini berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu memberi keutamaan kepada penyiasatan ke atas Datuk Seri Najib Razak jika beliau serius mengambil berat mengenai kebimbangan orang ramai. Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, pertamanya Apandi perlu lakukan ialah menangani isu yang menyelubungi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion, kerana ia mentakrifkan politik Malaysia dan menjejaskan ekonomi negara.
"Ia harus menjadi isu nombor 1 dalam senarai apa yang perlu dilakukan peguam negara," katanya.

Liew mengulas laporan khas The Malaysian Insider hari ini di mana Apandi berkata, beliau mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan berkaitan SRC International dan wang RM2.6 bilion itu sebelum hujung tahun ini kerana beliau memandang serius kebimbangan orang ramai mengenainya.  Mempersoalkan kelewatan dalam siasatan itu, Liew berkata, dalam kes RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib itu, tidak ada soal siasat dibuat walaupun selepas berbulan pendedahan dibuat, yang turut diperkatakan di peringkat global.
"Kenapa tunggu sehingga Disember untuk memanggil Najib, apabila setiap hari nilai ringgit menjunam dan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa makin teruk?" soalnya.
Beliau berkata, dalam mana-mana siasatan jenayah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyoal pihak yang terlibat.
"Untuk menyelesaikan kes pembunuhan, polis akan tumpu kepada saksi atau saspek utama bagi membantu siasatan, begitu juga dalam kes yang melibatkan pecah amanah, SPRM akan bertindak berdasarkan maklumat atau tip-off dan memanggil pihak yang berkaitan untuk disoal siasat," katanya.
Membuktikan keseriusan kes itu, Liew berkata negara lain yang termasuk Switzerland, Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom sudah memulakan siasatan terhadap perkara itu.
"Bagaimanapun, siasatan Malaysia nampaknya mengambil masanya sendiri tanpa rasa terdesak untuk memanggil salah seorang tokoh utama dalam skandal itu untuk memberi penjelasan.
"Jika peguam negara benar-benar mahu mengambil berat mengenai kebimbangan orang ramai, siasatan terhadap penglibatan Najib mesti diutamakan tanpa ditangguhkan lagi," katanya.
Liew berkata, siasatan SPRM sepatutnya siap pada Julai sebelum bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat kerana beliau memainkan peranan penting dalam mengarahkan siasatan oleh pasukan petugas khas sebelum ini.
"Jika Apandi mempunyai akses kepada maklumat yang sama dengan Gani, dan jika Gani kononnya menemui bukti mencukupi untuk mendakwa Najib, mengapa Apandi tidak sekurang-kurangnya dengan segera memanggil Najib untuk disoal siasat?"
"Semakin lama ia ditangguhkan, semakin banyak masa pihak yang terlibat dapat untuk menutup jejak mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam negara jelaskan kenapa dakwaan hasutan Ali Tinju digugurkan

Posted: 11 Nov 2015 04:08 PM PST

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, pembebasan Ali Tinju daripada tuduhan menghasut kerana tidak mempunyai bukti kukuh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 November, 2015.   
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, pembebasan Ali Tinju daripada tuduhan menghasut kerana tidak mempunyai bukti kukuh. 

Dakwaan hasutan terhadap Mohd Ali Baharom digugurkan kerana pihak polis tidak berjaya mendapatkan rakaman audio kata-kata kesat yang diucapkan bekas askar itu, di luar Plaza Low Yat, pada Julai lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Mengulas keputusan beliau yang rata-rata menerima kecaman itu, Apandi berkata tanpa bukti, beliau tidak dapat meneruskan kes itu.
"Rakaman sebenar dalam kes ini tidak lengkap, hanya beberapa saat... Kita terlepas bahagian yang 'menghasut' itu," Apandi memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual baru-baru ini.

"Mereka (polis) tidak dapat mencarinya. Ia tidak akan datang. Saya sudah beritahu mereka, 'Ini tidak mencukupi. Pergi cari lagi.' Mereka kata, mereka tidak dapat mencarinya. Jadi, itulah akhirnya." Ditanya sama ada beliau mengesyaki pihak polis tidak menjalankan tugas mereka dengan berkesan, Apandi berkata, "Saya tak tahu tentang itu. Pergi tanya kepada mereka."
Ali, juga dikenali sebagai Ali Tinju, ialah presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu.
Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan pada 16 Julai.
Beliau didakwa berkata: "Okay, kita mahu keadilan. Ini maruah orang Melayu, bukan kerana seorang budak Cina menyerang ramai orang Melayu. Ini negeri Melayu. Bersatu dan serang Cina DAP yang biadap itu."
Ali didakwa berkata demikian semasa rusuhan di luar Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang di ibu kota Kuala Lumpur pada Julai.
Keputusan menggugurkan kes itu mencetuskan bantahan daripada ahli politik pembangkang, malah juga pemimpin MCA, yang menuntut sama ada perkara itu dikaji semula atau diberi penjelasan.
Ia juga menimbulkan khabar angin yang peguam negara menjalankan amalan "double-standard" dalam perkara itu tetapi Apandi menafikannya.
"Setakat yang saya tahu, saya, sebagai pendakwa raya, kami akan meneliti apa sahaja yang disampaikan kepada saya, iaitu daripada IP itu. Daripada IP itu, saya dapati tidak terdapat bukti yang mencukupi.
"Ia membuatkan keadaan jadi sukar. Saya tidak melihat orang ini sebagai 'Ali Tinju', saya tidak kenal pun dia. Tetapi jika tidak ada bukti yang cukup, memang tidak adalah bukti yang cukup," kata Apandi.
Katanya, sebagai pendakwa raya, beliau mempunyai budi bicara mutlak untuk meneruskan sesuatu kes dan menafikan dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya tidak mendengar (arahan) sesiapa, walaupun eksekutif. Saya tidak mendengar kepada anda, saya tidak mendengar kepada pembangkang, saya tidak mendengar kepada sesiapa pun.
Read More / Baca Lagi >>

Anina: Tukar pemimpin gagal supaya rakyat kembali sokong UMNO

Posted: 11 Nov 2015 04:05 PM PST

Ahli UMNO diseru supaya sedar bahawa menyelamatkan parti lebih penting berbanding Presiden kerana UMNO pemacu kemajuan negara Dan berjuang perpaduan kaum.
anina1
oleh Anina Saadudin
Tidak pernah dalam sejarah UMNO, Presidennya dihantui dengan isu korupsi seburuk ini.
Ini kerana UMNO (pencetus Perikatan) adalah sebuah parti yang ditunjangi perjuangan suci menuntut kemerdekaan dan perpaduan kaum.
Parti yang paling berjaya mengekalkan keharmonian kaum disamping memacu pembangunan progresif dalam tempoh hanya 58 tahun merdeka.
Tiada yang sehebat UMNO dipersada politik dunia dalam mengekalkan kuasanya berlandaskan prestasi kepimpinan.
Namun, setinggi manapun gunung, jika ia diitakluki oleh pemimpin yang salah dan menunjal tanah untuk kepentingan sendiri maka gunung tersebut pastinya akan segera runtuh sedikit demi sedikit.
Ia bukan salah parti yang telah berjasa besar kepada bangsa dan negara. Ia adalah salah pemimpin-pemimpin yang bernafsu besar terhadap kuasa dan tamakkan wang ringgit.
Adalah satu kerugian besar jika parti dan sistem ini musnah dek kemabukan dan kegilaan kuasa dan wang. Oleh itu, UMNO perlu diselamatkan supaya mampu untuk terus memacu pembangunan demi masa depan anak Malaysia.
Yakinlah, anak Malaysia akan kembali mempercayai UMNO sekiranya pemimpin yang gagal ini ditukar.
Jika kita meruntuhkan parti yang baik, ia umpama membakar kelambu dek kerana seekor nyamuk yang sebenarnya hanya membunuh mimpi dan impian anak Malaysia.
Mengapa sukarnya ahli UMNO menerima hakikat bahawa mempertahankan parti itu lebih penting daripada hanya mempertahankan seorang pemimpin yang telah terbukti tiada jiwa bangsa dan mempertahankan legasi ketinggian darjat seorang Presiden.
UMNO tidak hanya perlu mempertahankan darjat seorang Presiden, UMNO perlu mempertahankan darjat agama, bangsa dan negara di persada dunia.

Tuduhan ke atas pimpinan Pas satu dosa kata Timb Presiden

Posted: 11 Nov 2015 04:04 PM PST

Tuan Ibrahim menegaskan ahli parti yang yakin dengan perjuangan Pas tidak akan mengeluar kenyataan yang menimbulkan fitnah
tuan-ibrahim-pkr-dap
PETALING JAYA: Pas tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia perlu mengikut saluran dan disiplin parti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli yang beristiqamah tidak akan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan imej parti.
"Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.
"Lebih bahaya bila mana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, masa untuk parti bergerak ke depan juga terbazir," katanya.
Kenyataan Tuan Ibrahim itu dikatakan mempunyai kaitan dengan dakwaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata ahli dan seluruh jentera perlu fokus kepada usaha untuk memperkuatkan parti bagi mengekalkan reputasi parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Masa, tenaga dan kewangan lebih elok dilabur di tugas-tugas membantu parti kerana itulah erti pengorbanan dalam tarbiyyah," ujarnya.

PAS Halau Husam Lepas Tu Akan Tuduh Husam Pengkhianat!

Posted: 11 Nov 2015 04:02 PM PST

Dewan Ulama saran Husam tinggalkan PAS, sertai Amanah

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.



Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi.
"Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

"Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah," katanya merujuk parti serpihan PAS yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Sambil mendakwa Husam merupakan salah seorang ahli G18 yang ditubuhkan golongan progresif itu selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu, Sinar Harian melaporkan Mahfodz mempertikaikan agenda Husam.

"Mereka itu bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan. Dan hari ini, mereka menubuhkan parti.

"Saya tidak tahu mengapa Husam tidak sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam PAS," katanya.

Mahfodz dilaporkan mendakwa, Husam sengaja melakukan huru-hara dalam parti itu dengan harapan PAS akan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, kenyataan terbuka dan gesaan supaya Hadi melepaskan jawatan, seperti yang dibuat Husam, tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan Husam terhadap Hadi itu berasas, termasuk mengatakan Hadi pernah mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor, beliau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

"Jika sekarang ini beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti, beri sokongan kepada tuan presiden untuk mentadbir parti. Bukan dengan cara meminta supaya (presiden) melepaskan jawatan," katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti. – 11 November, 2015.


Guna saluran betul tegur pimpinan, kata timbalan presiden PAS

PAS hari ini mengingatkan ahli parti, termasuk pimpinan tertingginya, agar mengelak daripada membuat kenyataan terbuka mengenai sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan salah faham di kalangan ahli dan masyarakat luar.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka seharusnya menggunakan saluran parti menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati, termasuk dalam membuat teguran terhadap pucuk pimpinan.

"PAS tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia mestilah mengikut saluran dan disiplin parti.

"Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti.

"Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.

"Lebih bahaya bilamana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, parti mempunyai disiplin tersedia yang mesti difahami dan dipatuhi ahli, sambil menambah, masa, tenaga dan kewangan mereka lebih baik digunakan bagi membantu parti.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah tidak tumpang kekuatan Pas

Posted: 11 Nov 2015 03:26 PM PST

Amanah tidak tumpang kekuatan Pas
TUMPAT – "Saya juga punca Pas kuat tetapi Amanah (Parti Amanah Negara) tidak menumpang kekuatan Pas," kata Mohamad Sabu.
Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata, beliau adalah antara individu di sebalik kejayaan Pas kerana pernah bersama Pas dan membina parti Islam Pas sejak 37 tahun.
"Kita tak tumpang Pas, kejayaan Pas selama ini kejayaan bersama.
"Saya baru tinggalkan Pas empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya bina Pas, kejayaan Pas selama ini kami yang buat," katanya selepas program Santai Pagi Bersama Presiden di Dataran Wakaf Bharu bersebelah Pasar Wakaf Bharu, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini berikutan kenyataannya bahawa parti itu sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan keyakinan Amanah mampu menggantikan Pas Kelantan sebagai realistik berikutan sokongan rakyat.
"Tak mimpi. Kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat," katanya.
Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Pas itu bersarapan bersama rakyat sebelum berucap dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung Pasar Wakaf Bharu.
Mat Sabu memperkenalkan Amanah kepada orang ramai dan menjelaskan matlamat parti Amanah ditubuhkan.
"Kenapa ada parti Amanah, sebab demo (Pas) tak serupo dulu, kalu demo (Pas) supo dulu, tak adalah parti Amanah ini," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapannya di PASIR PUTEH kelmarin, Mohamad Sabu menegaskan Amanah bukan sahaja akan menentang Umno pada PRU14, malah menentang mana-mana pihak yang membantu parti itu.
Katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengatakan kekuatan Umno terletak pada 'tongkatnya' iaitu MCA dan MIC.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli UMNO tidak amal rasuah sembang Bung Mokhtar

Posted: 11 Nov 2015 03:24 PM PST

Bung Mokhtar yakin ahli UMNO tidak mengamalkan rasuah kerana masih berpegang kepada nasihat Dr. Mahathir ketika menjadi Presiden parti.
rasuah-umno
PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Radin menolak tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin dan ahli UMNO mengamalkan rasuah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, ahli UMNO tidak mengamalkan rasuah kerana patuh dengan nasihat Dr Mahathir supaya ahli parti menjauhi rasuah ketika menjadi Presiden parti.
"Saya masih ingat Dr Mahathir berpesan semasa menjadi Perdana Menteri supaya ahli UMNO tidak rasuah. Saya tidak tahu macam mana ahli-ahli UMNO boleh dituduh rasuah," katanya kepada Free Malaysia Today.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengingatkan Dr Mahathir supaya berhenti menyerang UMNO kerana era pentadbiran beliau sudah habis dan memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membela rakyat.
"Seharusnya saya tidak layak tegur Tun Mahathir sebab beliau banyak berjasa kepada negara, apa yang jelas Tun tidak sedar masanya sudah berlalu. Biarlah pula Najib meneruskan usaha murni UMNO untuk membela rakyat," katanya
Katanya, tindakan Dr Mahathir berperang sesama UMNO merugikan parti sekaligus memberi peluang kepada pembangkang untuk berkuasa.
Dalam sebuah simposium pada Rabu, Dr Mahathir yang pernah menjadi Presiden UMNO lebih 20 tahun berkata UMNO bukan parti rasuah tetapi ahlinya yang rasuah.

NGO buat laporan polis gesa vape diharamkan

Posted: 11 Nov 2015 07:59 AM PST

Dua badan bukan kerajaan (NGO), Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini membuat laporan polis mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 11 November, 2015. 
Dua badan bukan kerajaan (NGO), Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini membuat laporan polis mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya.

Sebuah pertubuhan Islam dan sebuah kumpulan pelobi anti-rokok hari ini menggesa Kabinet menterbalikkan keputusannya untuk tidak mengharamkan vape, mengisytiharkan sokongan mereka terhadap tindakan keras Kementerian Kesihatan mengekang trend itu yang sesetengah pihak percaya boleh menjadi alternatif kepada merokok. Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (Jam'iyah) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) berkata, menghisap vape atau rokok elektronik mempunyai kesan yang buruk kepada masyarakat.
"Kami meminta Kabinet mengkaji semula (keputusan), Kabinet salah kerana tidak mengharamkan vape.

"Kami mahu kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menjalankan tugasnya dan akhirnya kami mendesak supaya e-rokok dan vape diharamkan sepenuhnya," kata Presiden MCTC Dr Molly Cheah kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Wakil Jam'iyah, Shaari Ahmad Junid membuat laporan polis bagi pihak kedua-dua organisasi itu.
Laporan itu menggesa pihak polis mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menghentikan tindakan yang diambil kementerian terhadap peruncit vape.
Pada 30 Oktober, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di laman Facebook beliau, Kabinet memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.
Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan membuat serbuan di lebih 300 kedai vape di seluruh negara dan merampas cecair vape kerana kandungan nikotinnya yang dipercayai boleh menjejaskan kesihatan.
Jam'iyah dalam kenyataannya berkata, ia berdiri teguh atas keputusan Majlis Fatwa dan Mufti Wilayah Persekutuan yang menghisap vape adalah haram, sama seperti menghisap rokok.
Katanya, prinsip kawalan yang disyorkan Kabinet sangat sukar untuk dilihat sebagai mekanisme mengawal tingkah laku masyarakat dalam Malaysia yang mencapai bilangan 4.6 juta perokok.
"Kejayaan mengekang tabiat merokok hingga hari ini masih belum mencapai objektif yang memberangsangkan, walaupun pada dasarnya, sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Malaysia bebas daripada tabiat merokok pada 2045.
Read More / Baca Lagi >>

Untung suku ketiga Petronas jatuh 91 peratus

Posted: 11 Nov 2015 07:57 AM PST

Petronas hari ini melaporkan keuntungannya jatuh 91 peratus pada suku ketiga akibat harga minyak mentah dunia yang lemah.
Reuters melaporkan Petronas membuat keuntungan bersih sebanyak RM1.4 bilion pada bulan Julai-September berbanding RM15.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Ia adalah suku ketiga berturut-turut keuntungan bagi Petronas tahun ini terus merudum.
 Perolehan bagi suku itu jatuh sebanyak 25 peratus kepada RM60.1 bilion daripada RM80.4 bilion setahun lalu, kata syarikat itu pada taklimat pendapatannya di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, portal Utusan Online memetik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, syarikat telah menjangka kemerosotan keuntungan itu berdasarkan paras harga minyak yang rendah sepanjang tahun ini.
Katanya, Petronas masih tidak perlu melaksanakan langkah pembuangan pekerja berikutan kemerosotan prestasi kewangan berkenaan.
Wan Zulkiflee juga berkata, berdasarkan harga minyak dunia yang rendah sepanjang tahun ini, syarikatnya hanya akan membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM16 bilion untuk 2016, berbanding RM26 bilion yang dibayar tahun ini.

Sering tukar kenyataan tunjuk tahap ‘profesionalisme’ polis, kata Azmin

Posted: 11 Nov 2015 07:51 AM PST

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.  
Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. 

Kenyataan Ketua Polis (CPO) Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa yang sering berubah, mengenai penyertaan anak lelaki Mohamed Azmin Ali dalam perhimpunan Bersih, menunjukkan sejauh mana tahap profesionalisme anggota polis, kata menteri besar Selangor itu. Katanya, kenyataan seperti tidak tetap pendirian itu dikeluarkan ketua polis Kuala Lumpur, dan bukannya "polis tempatan di kampung."
"Polis asyik tukar kenyataan. Kenyataan dibuat CPO, bukan polis tempatan di kampung," kata Azmin kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, anaknya Basheer akan hadir ke balai polis pada 25 November untuk direkodkan kenyataannya.  Pelajar berusia 15 tahun itu sebelum ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya terhadap Bersih 4.
Tajuddin berkata, pihaknya meminta agar Azmin tidak mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya, kerana remaja itu gagal hadir sejak Julai untuk memberi keterangan.
"Beliau mengatakan anak saya dipanggil 3 bulan lalu pada Julai, sedangkan Bersih berlangsung pada 30 Ogos, beliau tunjuk betapa profesional pasukan polis kita," kata Azmin.
Tajuddin bagaimanapun kemudiannya menukar kenyataannya, dan mengatakan Basheer dipanggil sejak September dan bukannya Julai.
"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya, dalam satu kenyataan.

Shafie dukacita siasatan 1MDB, RM2.6 bilion ‘dilambatkan’

Posted: 11 Nov 2015 07:49 AM PST

Pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.

shafie-apdal_1mdb_600_1PETALING JAYA : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Datuk Seri Shafie Apdal mempertikai kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Katanya, tindak-tanduk melambatkan proses penyiasatan amat mendukacitakan apabila pasukan penyiasat dirombak, ahli-ahlinya dipecat atau ditukar jabatan malah di dalam keadaan tertentu ada yang dinaikkan pangkat untuk digantikan dengan ahli-ahli yang baharu.
Beliau berkata, keadaan itu telah menambahkan kekalutan dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan dua isu tersebut.
"Krisis keyakinan yang sedia ada hanya dapat diselesaikan jika kebenaran dipertemukan.
"Sepertimana yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja, kebenaran hanya boleh diraih jika kepimpinan dan badan badan kerajaan menyempurnakan amanah secara telus, berkredibiliti dan berintegriti," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 7 Oktober lalu, Muhyiddin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.
Beliau berkata, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut itu tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA NAJIB/ROSMAH DENGAN MAHATHIR/HASMAH, SIAPA LEBIH MEWAH?

Posted: 11 Nov 2015 07:48 AM PST

Tidak sia-sia Perdana Menteri, Najib Razak melantik Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau nampaknya sentiasa saja cuba menjawab apa juga serangan Tun Mahathir Mohamad terhadap "bosnya" itu, meskipun kadangkala hujahnya jauh tersasar dan  seperti "asal ada  jawapan"  sahaja.

Malah melihat caranya menjawab dan "spin" hujah, Salleh juga sepatutnya diberikan jawatan tambahan sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan yang bagaikan sudah kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.

Seolah-olah yang penting bagi Salleh bukan sama ada hujah dan faktanya boleh diterima atau tidak, tetapi beliau mesti dilihat ke depan dalam mempertahankan Najib.

Dalam mengulas cadangan Tun Mahathir bahawa mahkamah sepatutnya menerima gaya hidup mewah sebagai bukti wujudnya elemen rasuah, Salleh sebaliknya berkata, jika cadangan tersebut diterima ia mungkin menyebabkan kehidupan bekas Perdana Menteri itu sendiri berakhir di penjara.

Ini kerana, katanya, keluarga Tun Mahathir sendiri terpaksa membuktikan mereka tidak mengamalkan rasuah berdasarkan gaya hidup yang dijalani jika perkara itu dilaksanakan atau terpaksa dihumban ke penjara.

Cuba mempertahankan hujahnya lagi, Salleh berkata, cadangan itu juga akan membuatkan sesiapa tidak selamat lagi kerana boleh ditangkap dan didakwa hanya berdasarkan kereta yang dimiliki atau rumah yang mereka tinggal.

Dalam hal ini, barangkali kerana terlalu ghairah ingin mempertahankan Najib sehingga Salleh tidak menyedari bahawa kakitangan awam yang mengamalkan gaya hidup tidak sepadan dengan pendapatan mereka memang terdedah kepada pemantauan dan penyiasatan pihak berkuasa.

Maka, cadangan Tun Mahathir itu tidak ada yang peliknya, cuma ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan lagi, bukan saja melibatkan kakitangan bawahan tetapi juga pegawai atasan dan pemimpin politik termasuk Perdana Menteri dan ahli kabinetnya.

Selain itu, untuk Salleh mengatakan Tun Mahathir mungkin turut sama dipenjara berikutan cadangan itu adalah juga tidak tepat kerana sepanjang 22 tahun berkuasa, beliau dan isterinya, Tun Siti Hasmah tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan kehidupan mewah, membeli perhiasan mahal, boros berbelanja, membeli pakaian yang gemerlapan, kenduri-kendara yang gemilang atau yang seumpamanya.
Read More / Baca Lagi >>

PEGUAM NEGARA ARAH SPRM SOAL NAJIB SEBELUM AKHIR TAHUN...HMMMMM....!!

Posted: 11 Nov 2015 07:48 AM PST

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian, Peguam Negara, Apandi Ali  mahu SPRM menyoal Perdana Menteri, Najib Razak dan melengkapkan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB iaitu SRC International dan derma RM2,600 juta sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, beliau mengeluarkan arahan itu kerana mengambil serius kebimbangan orangramai mengenainya.

Kata Apandi yang dilantik penghujung Julai lalu sebagai Peguam Negara dalam pertukaran kontroversi menggantikan Gani Patail, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan Najib bersetuju mengenai keperluannya untuk disoal oleh SPRM.

Peguam Negara itu juga menegaskan, SPRM perlu menyerahkan hasil siasatan itu kepadanya "dengan apa cara sekali pun" kerana beliau sudah memberikan masa yang mencukupi untuk tujuan itu.

Kemelut berkaitan 1MDB dan derma yang diterima Najib bukan saja menimbulkan kebimbangan orangramai kerana ia melibatkan beberapa penyingkiran, pemecatan dan seolah-olah bermain dengan masa, malah Majlis Raja-Raja turut melahirkan kerisauan yang sama dengan menggesa siasatan dipercepatkan dan diambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dengan segera.

Dalam derma sebanyak RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib itu, sejumlah RM42 juta daripadanya  didakwa diterima daripada SRC International yang mendapat pinjaman sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: UMNO Bila-Bila Masa Boleh Jatuh, Tiba-Tiba Ada Orang Nak Bagi Tongkat Baru

Posted: 11 Nov 2015 07:38 AM PST

Mat Sabu: Rakyat Sekarang Berada Dalam Keadaan Cukup-Cukup Teruk

Posted: 11 Nov 2015 07:37 AM PST

Yapiem: Tiga Individu Didakwa Terima Gaji Lebih RM155,000

Posted: 11 Nov 2015 07:36 AM PST

Isu Vape: Rafidah Tolak, Ismail Sokong, Subra Kunci Mulut

Posted: 11 Nov 2015 07:35 AM PST