Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Impian Tun Tazak untuk rakyat BUKAN LEBUHRAYA BERTOL

Posted: 10 Nov 2015 04:30 PM PST



Kisah Sejarah Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum...

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)...

1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.

3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA.



Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.

5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu).

Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.

6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini.

Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.

7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia.

Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.

8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.

9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.

10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing.

13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM.

Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.

15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi berat sebelah yang tidak berkesudahan.

Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka.

17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya.

Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.

18. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.

19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut...

20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...

21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas...

Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal...

22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...

23. Panjang lagi kisah ni cuma gua pendekkan bagi pembaca mudah hadam.

24. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...

25. Tetapi bila Malaysia jd maju kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?...

Nampak sgt DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...

MOHON VIRAL dan SHARE...

Dipetik dari FB : Amzarul Yuzrin

Dari FB Selangor Report

Adakah Kit Siang Penasihat kepada Council of Elders?

Posted: 10 Nov 2015 06:32 AM PST





Tony Pua pun dah kerjasama.

Melayu DAP Sarawak mula sedar ditipu cauvanis

Posted: 10 Nov 2015 05:02 AM PST



Isk iskkk..

Kesiannye Melayu DAP sorang ni. Jawatannya hanya sekadar pembantu khas yakni BALACI KHAS jer kpd kiasu DAPig. Tak boleh pergi jauh.. gamaknye Melayu dlm DAP ni memang dilarang keras utk berada di kedudukan elit dlm DAP. Perjuangan korang tak diendahkan pun. Dah lah.. quit jelah drpd parti yg rasis tu.

Sebarkan.. ingatkan kpd Melayu yg lain supaya jangan join DAP.

DAP Laknatullah FB

- - -

Nama Abdul Aziz Isa, cukup sinonim digambarkan sebagai seorang anak muda yang sentiasa berwawasan tinggi didalam arus politik Sarawak.

Tindakan beliau yang lebih cenderong ke arah DAP Sarawak sebelum ini, nyata telah berjaya menarik perhatian parti pemerintah negeri Sarawak.

Beliau yang juga pembantu khas kepada Pengerusi DAP negeri Sarawak, Chong Chieng Jien dilihat sebelum ini begitu bekerja keras menyebarkan propaganda parti berkenaan kesetiap ceruk kampung samada Melayu, Iban dan Bidayuh.

Namun baru-baru ini, usaha keras beliau dibayar dengan cara cukup kejam. Beliau langsung tidak dipilih untuk sebarang jawatan di dalam DAP Sarawak.

http://www.pru14.tv/2015/11/10/diskriminasi-perkauman-melanda-pemilihan-dap-sarawak/

---------

Aziz Isa Keciwa Dijadikan "Maskot" DAP?

http://theunreportednews.blogspot.my/2015/11/aziz-isa-keciwa-dijadikan-maskot-dap.html

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TONY PUA: DUA MINGGU MENGHILANGKAN DIRI, SAKIT ?

Posted: 10 Nov 2015 02:39 AM PST

Sejak kalah malu dengan Arul Kanda, Tony Pua sudah 2 Minggu menyembunyikan diri dari media. Tiada lagi fitnah-fitnah yang keluar dari mulut Tony Pua. Gambar-gambar Tony Pua pun sudah tidak menghiasi portal-portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini dan TMI. Juga dikhabarkan tidak lagi muncul di khalayak ramai

Kami menerima pertanyaan di mana Tony Pua?

A. Menyembunyikan diri di bawah katil
B. Sembunyi di dalam tandas
C. Sembunyi di dalam stor
D. Terlebih makan ubat tidur
E. Menyamar pakai topeng keluar rumah
F. Sakit hati
G. Sakit Malu
H.  Kena tengking oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang
I. Malu jatuh no. 8 Kongres DAP Selangor
J. Bercadang letak jawatan
K. Keluar rumah duduk dalam kereta sahaja
L. Mental problem
M. Insomnia
N. Mandi Tak Basah
O. Makan Tak Kenyang
P. Tidur Tak Lena
Q. Berkira-kira tukar Nama kepada Tony Kanda
R. Bercadang Cuti 3 Tahun di Pulau Cayman
S. Sambung Belajar Kolej Swasta
T. Jangan Tanya
U. Kalau Nak jumpa jam 2 pagi sahaja
V. Bercakap Sendiri @ hampir gila
W. Apa fikiran kamu
X. Call 999 di mana Tony Pua
Y. Mancing tenangkan jiwa raga
Z. Macamana Nak Minta Maaf dengan Najib?


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hati Hati Dengan Aplikasi Al Quran Di Internet

Posted: 10 Nov 2015 06:10 PM PST

Ekonomi Islam Dunia, Malaysia Di Tangga Pertama

Posted: 10 Nov 2015 03:38 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Fatwa' yang dikeluarkan Ismail Sabri memang ada beza...

Posted: 10 Nov 2015 05:08 PM PST

"Industri vape perlu dipertahankan demi 'kehendak & aspirasi' anak muda.. KERANA IA MEMBERI FAEDAH & MANFAAT DALAM KEHIDUPAN MEREKA" - Ismail Sabri Yaakob (30/10/2015)

Allahuakhbar !!! Hidup UMNO !!! Hidup & Mati Bersama Vape..

HUTANG KERAJAAN BN & HUTANG NEGARA DAH MAKIN MENCANAK BERTAMBAH sejak Najib jadi PM !!!

Posted: 10 Nov 2015 12:18 AM PST

Tak sabar rasanya nak capai target RM1 trilion, RM1,000,000,000,000

Sebelum GST dilaksanakan beriya2 KERAjaan mengatakan dgn pelaksanaan GST hutang dpt kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun.

TETAPI slps GST dilaksanakan KENAPA HUTANG NEGARA TERUS BERTAMBAH ??!!!

KENAPA PM kita suka bohong !!!

TAK LAMA LAGI TPPA pula !!!

KENAPA PM kita suka bohong !!!

Posted: 10 Nov 2015 12:16 AM PST

Sebelum GST dilaksanakan beriya2 KERAjaan mengatakan dgn pelaksanaan GST hutang dpt kurangkan hutang negara RM30 bilion setahun.

TETAPI slps GST dilaksanakan KENAPA HUTANG NEGARA TERUS BERTAMBAH ??!!!

Amanah sedia ganti Pas – Mat Sabu

Posted: 10 Nov 2015 12:12 AM PST

Langkah mengantikan Pas adalah bagi `menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
amanah-pas
PASIR MAS:Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan Pas mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, langkah itu diambil bagi `menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya yang dipetik dari Bernama.
Mat Sabu berkata, pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Sekarang hal PRU-14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak… kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya.

Menteri 'kantoi' taja Himpunan Baju Merah?

Posted: 10 Nov 2015 12:11 AM PST


'Baju merah' mulai banjiri Padang Merbok

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri 'kantoi' apabila mengesahkan Felda bertanggungjawab menyelaraskan program Himpunan Warga Felda pada 16 September lalu, iaitu hari yang sama berlakunya perhimpunan Baju Merah di ibu negara.
Beliau berkata, berdasarkan jawapan kepada Parlimen baru-baru ini, keseluruhan peserta warga Felda yang menyertai program tersebut dianggarkan seramai 10,000 orang meliputi 10 wilayah Felda seluruh negara kecuali Sabah.
"Umum mengetahui 16 September 2015 adalah merupakan Himpunan Baju Merah. Adakah Himpunan Warga Felda sengaja dianjurkan pada hari yang sama untuk ramaikan Himpunan Baju Merah?
"Ini bermakna satu wilayah menghantar 1,000 orang dan ini juga menunjukkan bahawa seramai 10,000 orang warga Felda telah menyertai Himpunan Baju Merah baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan Felda telah menyelaraskan satu program komuniti Felda iaitu Himpunan Warga Felda bersempena sambutan hari Malaysia pada 16 September 2015, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Menurut jawapannya, program tersebut telah disertai oleh semua NGO di dalam Felda termasuklah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Kami Anak Felda (KAF).
Mengulas lanjut, Nie Ching selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP juga kesal apabila Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM925,000 untuk menganjurkan program tersebut, sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan politik pihak tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Pas tahu PKR lebih perlukannya

Posted: 10 Nov 2015 12:09 AM PST

SHAH ALAM – "Pas tidak merasakan wujud keperluan untuk membuat perjanjian dengan Pakatan Harapan", demikian reaksi penganalisis politik apabila ditanya berhubung cadangan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan di Selangor.
Ini kerana menurut Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, hakikatnya Pas sedar yang lebih memerlukan parti itu kini adalah PKR.
 Sivamurugan Pandian "Persoalannya sekarang, adakah DAP (sekali pun) akan mahu perjanjian itu wujud kerana parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan parti Islam tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung perjanjian antara Pakatan Harapan dengan Pas demi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana Pas sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.
"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.
"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online sebelum ini.

Kawal vape akan bunuh perniagaan Melayu kata menteri Umno..bunuh rakyat dengan asap vape tak pe eh..?

Posted: 10 Nov 2015 12:08 AM PST

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula cadangan agar cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
Beliau berpandangan, sekiranya ia dilaksanakan, peniaga vape yang kebanyakannya dimiliki oleh anak muda Melayu akan mengalami kerugian.
Menulis di Facebook, Ismail berkata, ini kerana kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat besar termasuk dari luar negara dan ia akan membunuh perniagaan vape anak muda tempatan.
"Di farmasi bermakna, peniaga-peniaga vape tidak lagi boleh berniaga sebab farmasi dimiliki syarikat-syarikat besar termasuk syarikat luar negara. Tindakan ini tentu sahaja akan membunuh perniagaan vape yang kebanyakan dimiliki oleh anak-anak muda Melayu.
"Oleh itu saya berharap KKM dapat mengkaji semula cadangan baru ini dengan mengambil kira kerugian yang bakal dialami oleh peniaga-peniaga vape yang terpaksa menutup perniagaan mereka.
"Saya berharap KKM dapat duduk berbincang dengan peniaga-peniaga vape bagi mecari kaedah penyelesaian yang 'menang-menang' dan dalam masa yang sama menyegerakan dan memperkenalkan peraturan yang lebih jelas kepada semua komuniti sama ada kepada pengguna, penjual dan pengusaha perisa (vape)," katanya.
Ismail yang juga ahli parlimen Bera adalah menteri yang sering bersuara mengenai isu vape.
Vape menjadi topik hangat selepas KKM memilih menyerbu kedai yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, bahan terkawal yang memerlukan permit untuk menjual dan menganggapnya sebagai e-rokok.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:01 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


21 FAKTA PENGKHIANATAN HAJI HADI???

Posted: 10 Nov 2015 06:00 PM PST





Adakah ini sekadar fitnah atau kejadian dan fakta kenapa PAS perlu tolak
 Hadi Awang.





21 FAKTA PENGKHIANATAN HAJI HADI ???????;


1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidu
l Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.


2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.


3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.


4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.


5. Bertembung di dun Kota Damansara, tiga dun di Terengganu dan dua dun lagi PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).


6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.


7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi penggulungan muktamar 2014 cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).


8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).


9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.


10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).


11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).


12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.


14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.


15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN, DAP dan PKR bantah persempadanan kawasan pilihanraya.


16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.


17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).


18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.


19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.


20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.


21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.



PAS TERLALU EGO, TIDAK FAHAM KEHENDAK POLITIK DI SELANGOR’

Posted: 10 Nov 2015 05:18 PM PST

Komentar Kini

0

Posted by Unknown | Posted on 7:39 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Mat Sabu dan gengnya

Posted: 09 Nov 2015 08:00 PM PST



Penulis Nampak. Mungkin ada yang juga nampak. Akan tetapi masih ada yang tak nampak atas sebab emosi yang tinggi.

Apakah yang penulis Nampak. Penulis Nampak Mat Sabu dang eng nya sudah menyesal  cabut lari dari PAS.

Mengapa Mat sabu dan Gengnya menyesal. Mereka menyesal kerana apa yang diprogramkan tidak menjadi. Apatah lagi siri ceramah anjurannya tidak mendapat sambut menggalakan.

Memang.Begitulah bagi mereka yang duduk dalam parti baru. Lainlah ketika berada dalam pas. Bayangkan PAS adalah sebuah parti nombor dua  di Malaysia ini.

PAN atau Amanah walaupun sudah lama ditubuhkan, tetapi parti cap cangkol itu tidak terkenal walaupun ada nama begitu lama.

Sambutan yang menggalakkan diberikan ahli PAS pada Mat Sabu bukan atas nama ia Mat Sabu. Tetapi atas nama parti Islam Semalaysia.

Lihat Ustaz Nahkaie Ahmad ketika masuk Umno. Pendek kata setiap ceramah anjuran umno sambutannya tidak sama macam dia berada dalam parti PAS.

Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas Mat Sabu dan gengnya.Setakat hari ini Mt Sabu dan gengnya semacam teramat kesal dengan tindakan cabut lari dan tubuh parti lain.

Begitulah reality dalam arena politik di Negara satu Malaysia ini.Usah promosilah itu dan ini untuk raih rakyat jelata agar bagi sokongan kepada parti baru yang belum tahu fungsi itu.

Lebh lebih lagi rakyat jelata Negara satu Malaysia sudah lama mengenali Mat Sabu dan gengnya. Siapakah sebenarnya Mat Sabu dan gengnya.

Yang penulis nampak, Mat Sabu dan gengnya gagal meraih sokongan rakyat jelata. Apatah lagi ahli pas yang sedia maklum mengenali peribadi sebenar dan geng nya.






JURI RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 7:37 PTG | Posted in

sumber :-

JURI RAKYAT


Resep dan cara membuat Tumis Bunga Pepaya Ikan Cakalang

Posted: 10 Nov 2015 03:18 AM PST

Resep dan cara membuat Tumis Bunga Pepaya Ikan Cakalang - Pepaya merupakan salah satu jenis buah yang sangat digemari hampir semua orang indonesia. 


Selain buah pepaya ternyata banyak bagian yang masih bisa dimanfaatkan untuk dijadikan makanan yang sangat nikmat, salah satu yaitu bunganya apalgi bila diberi atau dicampur dengan ikan cakalang. Sebenarnya cara membuat masakan ini cukup mudah yang paling penting adalah bahan bahannya tersedia. 

Adapun bahan bahan atau resep yang dapat digunakan untuk membuat tumis bunga pepaya ikan cakalang yaitu : 

  • 500 ml air bersih 
  • 300 gr bunga pepaya yang sudah dibersihkan 
  • 2 sendok makan minyak makan 
  • 5 buah bawang merah yang telah diiris halus 
  • 3 siung bawang putih yang telah dicincang halus 
  • 2 buah cabe merah (sesuai dengan selera) yang telah diris halus 
  • 5 buah cabe rawit (sesuai dengan selera) yang telah di iris halus 
  • 1 lembar daun pandan wangi 
  • 60 gr ikan cakalang yang telah dibersihkan 
  • 1/4 sendok makan merica bubuk 
  • Sediakan garam secukupnya

Cara membuat masakan ini sebagai berikut: 

  • Langkah pertama didihkan air bersama garam (sesuaikan dengan selera) 
  • Kemudian kasukkan bunga pepaya, dan rebus bunga pepaya hingga lunak, kemudian angkat dan ditiriskan hingga kering. 
  • Langkah selanjutnya panaskan minyak 2 sendok makan saja,kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, 
  • Kemudian masukkan bahan bahan berikut : daun bawang, cabe merah, cabe rawit dan daun pandan sambil diaduk hingga layu 
  • Tuangkan air bersih secukupnya dan masak sampai mendidih 
  • Masukkan bunga pepaya yang telah dibersihkan, ikan cakalang, dan bumbu lainnya seperti garam dan merica, masak sambil diaduk sampai . 
  • Angkat masakan. 

Bagaimana cukup mudah kan untuk membuat Tumis Bunga Pepaya Ikan Cakalang, selamat mecoba jangan sampai salah resep ya..