Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas dahulu bukanlah yang sekarang?

Posted: 09 Nov 2015 09:06 AM PST


Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.

"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.

"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.

"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya disini hari ini.

Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.

"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.

"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.

"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.

"Mungkin itu dasar yang Pas ambil tapi realistik atau tidak keputusan Pas itu, kita belum nampak lagi. Jadi kita nak tengoklah apa yang Pas nak buat seterusnya," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, konsep kerajaan dan pembangkang di negara ini perlu diubah segera bagi memastikan kita mampu mencapai kematangan berpolitik.

"Pembangkang ini tidak sepatutnya membangkang semua perkara. Kena lihat isu atau dasar yang dibawa kerajaan yang difikirkan elok, tiada masalah sekiranya dia menyokong. Jika mengkritik pun, mengkritik secara konstruktif untuk menambah baik dasar tersebut.

"Tapi di Malaysia, nampak banyak isu yang dibawa kerajaan itu dikritik, dibantah oleh pembangkang tanpa hujah yang rasional tapi kadang-kadang ada juga yan rasional cuma banyak yang tak rasional lah.

"Jadi, konsep kerajaan dan pembangkang di Malaysia kena ubah bagi menunjukkan kematangan yang perlu ada dalam membincangkan isu-isu tertentu. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak sampai ke tahap kematangan berpolitik dalam negara," katanya.

Menyebut tentang konsep pembangkang di luar negara termasuk Amerik Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Azizuddin berkata, ahli parti kerajaan tidak semestinya menyokong semua dasar kerajaan manakala pembangkang juga tidak membangkang semua perkara.

"Seperti di AS, ahli parti kerajaan pun ada yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan. Walaupun berjuang duduk dalam parti politik, tapi mereka tengok isu. Kemungkinan juga ahli dalam parti pemerintah boleh menyerang, tidak semestinya pembangkang yang menyerang.

"Di UK pun begitu juga. Bergantung kepada isu, dasar yang nak dibentuk. Dalam konteks demokrasi matang, ia tidak melihat kesetiaan buta (blind loyalty) kepada parti. Mereka boleh menyerang dan mempertahankan dasar-dasar yang dibuat. Kadang-kadang pembangkang pula yang bersetuju dengan dasar kerajaan. Pendekatan itu berbeza dengan negara kita," katanya.

Tambahnya, di Malaysia, konsepnya lebih kepada 'party oriented' berbanding 'issue oriented'.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Media pro-Pakatan sembunyi penghakiman penipuan RM558 juta oleh PKR

Posted: 09 Nov 2015 08:34 PM PST


PENIPUAN PERJANJIAN JUAL BELI TANAH MEMBABITKAN ADUN PKR SABAH TIDAK DISIARKAN MEDIA

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pelik tak?

Tidak ada satu pun tentang kes ini disebut-sebut oleh PKR sebaliknya mereka sangat sibuk dengan isu-isu lain yang digembar-gemburkan, seolah-olah PKR cuba menutup kejalangan Christina Liew!

###

Saturday, October 31, 2015


Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti.

Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.


Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah bagi pemilikan tanah berkenaan.

Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.


Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.

Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.

Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.

Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun.

SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.

Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.

Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pada 28 Oktober2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.



Happy Diwali

Posted: 09 Nov 2015 04:19 PM PST


Guan Eng bohong mengenai majlis tempatan tanggung GST

Posted: 09 Nov 2015 05:17 AM PST


Dalam ucapan Bajet Pulau Pinang 2016, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata:

"Kerajaan Negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menanggung beban GST untuk tahun 2016 bernilai RM19.36 juta, yang tidak akan dibayar oleh rakyat tetapi oleh MBPP dan MPSP."

Yang mana agak tidak masuk akal, kerana dua sebab:

1) Pihak berkuasa negeri dan tempatan terkecuali daripada GST (lihat https://goo.gl/QuLCyv).

2) Kedua, RM19.36 juta GST bermakna 6% daripada pendapatan RM323 juta.

Agak tidak masuk akal kerana penilaian dan kutipan cukai tanah (yang sepenuhnya terkecuali dari GST) untuk Pulau Pinang masih sama, sebanyak RM200 juta sejak 6 tahun yang lepas, jadi siapa sebenarnya yang dikecualikan daripada GST? Jenis pendapatan bagaimana?

Jualan tanah kepada pemaju?

Nampak seperti Lim Guan Eng banyak tipu lagi.

Lagi satu perkara yang perlu diambil perhatian adalah pendapatan operasi bagi Kerajaan Negeri yang tidak banyak berubah untuk beberapa tahun, tetapi perbelanjaan tahunan negeri telah naik mencanak 4 kali ganda daripada RM283 juta pada 2008 kepada RM1.1 bilion pada tahun berikutnya.

(Jika perbelanjaan tahunan Kerajaan Persekutuan meningkat 400% seperti Pulau Pinang sejak 2008 dan terpaksa menjual Petronas dan tanah Persekutuan untuk menampungnya, Pakatan akan mengamuk gila).

Tetapi masalahnya adalah pendapatan operasi tidak banyak meningkat, jadi bagaimana kerajaan Penang dapat menanganinya?

Dengan meningkatkan jualan atau berdagang lebih daripada RM10 bilion tanah negeri – di mana ia telah menyebabkan tanah negeri 'Penang State Government Holdings' menurun daripada 18% kepada 6% sejak DAP mengambil alih.

Selain daripada tanah negeri, pada tahun 2011, Kerajaan Negeri juga telah menjual aset air bernilai RM655 juta kepada Kerajaan Persekutuan dan bersetuju untuk membayar Kerajaan Persekutuan sebanyak RM14.56 juta setiap tahun selama 45 tahun.

Selepas perjanjian tersebut, Tokong kemudian berkata bahawa beliau telah menjadikan Pulau Pinang bebas dari hutang, sedangkan yang sebenarnya beliau telah menjual aset Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan untuk menampung hutang negeri yang sedia ada.

Jika anda menolak pendapatan tahunan daripada jualan tanah dalam akaun Kerajaan Negeri Pulau Pinang, anda masih dapat melihat defisit yang besar setiap tahun!

Daripada mempunyai lebihan (surplus), Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya akan mempunyai defisit yang akan bertambah setiap tahun.

Saya tinggalkan kepada anda untuk membuat keputusan sama ada menjual aset kerajaan negeri anda untuk menampung perbelanjaan tahunan adalah contoh yang baik atau tidak.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/as-gst-bites-penang-to-pay-assessment-rates-for-low-medium-cost-home-owners

http://www.customs.gov.my/en/pg/pg_ig/Government,%20Local%20Authority%20and%20Statutory%20Body%20(revised%20as%20at%2010%20November%202014).pdf

http://www.customs.gov.my/en/pg/pg_ig/Property%20Developer%20(revised%20as%20at%2011%20Mac%202014).pdf

Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1734378990114221&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH BAKAL PENASEHAT KERAJAAN, AKHIRNYA HUDUD AKAN DIBENTANG DI PARLIMEN DENGAN SOKONGAN YB UMNO

Posted: 09 Nov 2015 05:31 PM PST


 
Empat individu hari ini gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Abdul Hadi dan empat yang lain untuk membatalkan saman tersebut atas alasan individu berkenaan tiada locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) berbuat demikian.


Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri kesemua pihak.

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa Hakim Asmabi juga menyatakan bahawa sebagai anggota Parlimen, Abdul Hadi telah mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan Akta Parlimen.

Selain Abdul Hadi, empat individu tersebut iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan.

Mereka memfailkan saman pemula itu pada 12 Jun lepas bagi mencabar pembentangan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Keempat-empat individu itu turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi.

Tambah Takiyuddin, hakim juga menyatakan bahawa keempat-empat individu berkenaan sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula.

"Mahkamah menerima hujah bahawa kaedah yang diambil oleh plaintif adalah tidak betul kerana sepatutnya melalui semakan kehakiman. Mahkamah juga bersetuju bahawa plaintif tidak menunjukkan bahawa mereka ini mempunyai hak untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada di dalam mana-mana dokumen menjelaskan siapa mereka ini.

"Malah daripada empat plaintif, hanya satu plaintif (Mansoor) yang membuat afidavit dan mewakili tiga yang lain, sama ada mereka pengundi berdaftar atau ahli Pakatan Rakyat.

"Mahkamah juga mendapati plaintif tidak mempunyai locus standi dalam mengambil tindakan ini dan tuntutan yang dibuat adalah pramatang serta hanya andaian semata-mata. Ia menyalahguna proses mahkamah,' katanya.

Takiyuddin berkata mahkamah juga bersetuju bahawa menurut Akta Relif Spesifik 1950, tiada sesiapa yang boleh menyekat anggota Parlimen untuk membawa sesuatu perkara dan usul untuk dibentangkan.

"Hakim turut bersetuju bahawa Akta Prosiding Kerajaan 1956 menetapkan bahawa kakitangan kerajaan tidak boleh dikenakan perintah injunksi. Ia merujuk kepada setiausaha dewan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili empat lagi defendan memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan tersebut Abdul Hadi boleh membentangkan rang undang-undang berkenaan tanpa sebarang halangan.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Artikel Blog Hantu Cuba Memfitnah TPM

Posted: 09 Nov 2015 02:47 AM PST

Mahukah Hussam Jawab 6 Persoalan Ini?

Posted: 08 Nov 2015 11:50 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘MEMANG ADA PLOT UNTUK JATUHKAN NAJIB’

Posted: 09 Nov 2015 09:03 PM PST

BUMIPUTERA JADI PENCURI? JANGAN HINA WARGA MISKIN! – AMK

Posted: 09 Nov 2015 09:01 PM PST

‘Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru’ – Mujahid Yusof

Posted: 09 Nov 2015 08:27 AM PST



'Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru' - Mujahid Yusof

'Hadi penasihat Terengganu, Pas keliru' – Mujahid Yusof


Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.
"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.
"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.
"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.

Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.
Mujahid berkata pendirian terbaru ini membuktikan bahawa PAS sangat keliru dengan perjuangannya, tetapi ini diburukkan lagi dengan pihak yang cuba mengelirukan akar umbi pula.

Soalnya, mengapa PAS mahu menjadi sebuah parti politik tetapi kini mahu memainkan peranan sebagai penasihat kepada BN dan Umno.

"Anda (PAS) juga boleh menjadi sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang hanya memberikan nasihat; jadi tiada keperluan bercakap mengenai kerusi atau memenangi pilihan raya," kata Mujahid.

"Jangan perbodohkan ahli dengan berkata PAS adalah sebuah parti politik tetapi pada keesokan harinya, berkata yang penting bukan kerusi tetapi PAS boleh berperanan sebagai penasihat," katanya lagi.


Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan

Posted: 09 Nov 2015 07:21 AM PST


Undi tolak bajet: Mahfuz sanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS

Posted: 09 Nov 2015 12:27 AM PST

Siapa tak faham boleh baca benda ni...

Sumber: Cenangau



Malaysiakini melaporkan

MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.

Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.

"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan. - Mkini.
Juga dilaporkan:

Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.

"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.

"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.

"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak. - Ibid.
Rupanya memang dah ada kes sebelum ni yang menafikan "government shutdown" disebabkan bajet gagal diluluskan.

Jadinya macam yang aku tulis sebelum ni, takdak sebab untuk PAS takut untuk undi tak sokong Bajet 2016.

Cuma agak memalukan kut bila Timbalan Presuden PAS pun tak sedar benda ni dan takdak pulak dari kalangan pimpinan PAS pusat yang betulkan statement Ust Tuan Ibrahim tu.

Nasib baik la ada Ahli Parlimen PAS spesis "mempelam harumanis" macam Hj Mahfuz yang tau cerita dan berani membetulkan statement Timbalan Presiden PAS tu.

Hj Mahfuz jugakdilaporkan berkata:

"Menolak Bajet 2016 sama dengan Bajet 2000 yang tidak diluluskan kerana parlimen dibubar. Yang membezakan keduanya ialah menolak Bajet 2016 bererti menolak kepimpinan Najib dan anggota kabinet yang ada," katanya. - Ibid.

Maknanya, takdak alasan dah kut untuk PAS tak sokong undi tolak bajet tu.

Tambahan pulak, walaupun sebelum ni Hj Hadi buat ketetapan PAS takkan sokong usul undi tak percaya terhadap Najib tapi PAS dah pun buat u-turn bab tu bila Hj Mustafa Ali, pemimpen veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS pusat buat kenyataan yang Ahli Parlimen PAS akan sokong undi tak percaya ke atas Najib sebagai PM yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah.



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


HASAN MALEK BAKAL DUTA KEMBOJA?

Posted: 09 Nov 2015 04:43 PM PST

Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Hasan Malek sekarang ini sejak digugurkan daripada kabinet dalam rombakan yang dilakukan Najib Razak pada 28 Julai lalu?

Sejak digugurkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan memang kelihatan mendiamkan diri dan tidak banyak memunculkan dirinya.

Barangkali beliau kini lebih banyak menumpukan masanya kepada keluarga serta menjaga kawasan Parlimennya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Semasa menjadi menteri, Hasan terkenal dengan beberapa kenyataan kontroversi yang antaranya, "jangan makan ayam jika harganya mahal", "bersyukur dengan kenaikan harga bahan api" dan "kenaikan harga gula dan tepung adalah untuk kesejahteraan rakyat."

Tetapi perkhabaran terbaru mengatakan Hasan bakal dilantik sebagai duta ke negara Kemboja tidak berapa lama lagi.

Beliau dikatakan akan memulakan tugas barunya itu sebaik saja duta yang ada sekarang berakhir tempoh perkhidmatannya.

Perlantikan sebagai duta itu turut menjadi perbualan di kalangan bekas-bekas pegawai tinggi dan anggota pentadbiran kerajaan yang berbual sesama mereka sejak kebelakangan ini.

Mereka menganggap perlantikan itu mungkin suatu penghargaan atas khidmatnya sebagai menteri selama ini.

Selain Hasan, beberapa orang orang politik sudah dilantik sebagai duta yang antaranya bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim di Indonesia dan  mantan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussain di Amerika Syarikat.

Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - Pensyarah

Posted: 09 Nov 2015 04:26 PM PST

Tahap kematangan berpolitik golongan muda membimbangkan - PensyarahKUALA LUMPUR: Tahap kematangan politik dalam kalangan golongan muda adalah membimbangkan kerana kebanyakan daripada mereka belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

Pensyarah Kanan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Dr Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata kebanyakan daripada mereka hanya bertindak sebagai pasukan sorak atau penyokong atas pagar dengan sekadar membaca, melihat dan mendengar di laman-laman sosial seperti Facebook dan YouTube.

Beliau turut mempersoalkan sama ada golongan muda membuat justifikasi yang tepat hanya dengan merujuk kepada media sosial sebagai sumber pengetahuan politik.

Menyedari hakikat bahawa golongan ini 'berdarah muda' dan sentiasa menganggap mereka betul, Noor Sulastry Yurni berkata adalah lebih baik sekiranya mereka memantapkan ilmu dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai senario politik negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN 2015 (AYWLC) di sini, hari ini.

Menurut pensyarah sosiologi itu, kebanyakan daripada golongan belia yang sentiasa mahukan perubahan dalam landskap politik negara atas alasan sudah muak dengan parti pemerintah, sebenarnya belum mempunyai pengetahuan politik yang mencukupi.

"Sebagai contoh, ada yang marah apabila GST (cukai barang dan perkhidmatan) dilaksanakan hanya kerana ia melibatkan Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah, sedangkan ada antara mereka sendiri tidak tahu maksud GST.
Read More / Baca Lagi >>

3 wartawan portal berita disoal siasat polis

Posted: 09 Nov 2015 04:25 PM PST

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata 2 daripada wartawan yang disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya SPRM adalah daripada Malaysiakini dan seorang The Star Online. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata 2 daripada wartawan yang disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya SPRM adalah daripada Malaysiakini dan seorang The Star Online. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.
Tiga wartawan portal berita tempatan disoal siasat polis hari ini berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan pertukaran timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dua daripada mereka adalah wartawan Malaysiakini dan seorang wartawan The Star Online.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Serbuan dibuat di pejabat kedua-dua portal berita itu pada pukul 2 petang hingga pukul 4.30 petang, sebelum mereka meninggalkan pejabat," katanya ketika dihubungi Bernama. Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah komputer riba, satu unit CPU komputer, satu unit pendrive dan beberapa salinan dokumen berkaitan kes itu.
"Barang-barang rampasan itu dihantar ke forensik SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dianalisis," katanya.
Jumaat lepas, Malaysiakini dan The Star Online disiasat polis dan SKMM berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran DPP SPRM itu.
Siasatan itu susulan satu laporan polis oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada 3 Nov. – Bernama

Pas tolak cadangan Amanah

Posted: 09 Nov 2015 04:02 PM PST

Parti Islam itu berpendapat perjanjian kerjasama dengan PH tidak perlu kerana ia masih bekerjasama dengan PKR
amanah selangor
PETALING JAYA: Pas menolak cadangan untuk menandatangani perjanjian kerjasa sama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan situasi yang berlaku sekarang bukan satu masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP.
"Kerajaan Selangor berjalan dengan baik dan PAS berpuas hati dengan perjalanan sekarang. Rasanya tiada apa yang perlu di selesaikan di Selangor kerana tiada masalah besar," katanya ringkas sewaktu dihubungi FMT.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, semua pihak termasuk pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor perlu memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada kerana kepimpinan kini merupakan hasil kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Semua pihak perlu menyokong kerajaan negeri yang ada, kerana pemerintahan sekarang hasil mandat rakyat dalam PRU ke-13 lalu," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad meminta supaya satu perjanjian kerjasama dibuat antara PH dan Pas di Selangor bagi mencari penyelesaian kemelut dalam pentadbiran negeri.

M’sia buat pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ??

Posted: 09 Nov 2015 03:59 PM PST

 
M'sia buat pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ?? KAH!! KAH!! KAH!!..


'Banjir kilat' dalam & luar KLIA2 satu pencapaian terbaik di dunia dalam pembinaan lapangan terbang ?? KAH!! KAH!! KAH!!..


Asal aja UMNO/BN sentuh PASTI JAHANAM !!!


Satu persatu malapetaka negara kita dapat. Mcmaner negara nak berkat klu pemimpin negara kerjanya SONGLAP duit rakyat aja..


Bila negara ditimpa musibah kekurangan kantong negara RAKYAT JADI MANGSA BAYAR GST !!!

HEBAT negara Islam Malaysia..

Posted: 09 Nov 2015 03:56 PM PST

ADA..
- DUA KILANG ARAK terbesar di Asia tenggara
- PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja : seramai 13,000 pekerja)

HIDUP UMNO !!! HIDUP MELAYU !!!

Halal HARAM sama-sama balun... Janji dpt menjana ekonomi negara lebih kukuh & stabil..

RAKYAT IKAT PERUT...PEMIMPIN BUNCITKAN PERUT..!!!

Posted: 09 Nov 2015 03:55 PM PST


KALAU TIBA2 NAJIB BUAT 'SURPRISE' umum LETAK JAWATAN PM sambil teresak2 menangis sambil peluk Rosmah... apakah perasaan anda ???

Posted: 09 Nov 2015 04:34 AM PST


JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB

Posted: 09 Nov 2015 04:33 AM PST

Entah sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.

Bermula dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.
Ia kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.

Adakah untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal haramnya?

Kemudian ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang berbagai dan macam-macam.

Selain menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.

Kenapa Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta kandungan nikotinnya?

Selain itu,  ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.

Bukankah isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang konkrit diambil?

Kenapa semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?

Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?

Tidakkah juga seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?

Kenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?

Apakah isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan membuatkan mereka lupa seketika daripada menumpukan perhatian kepada permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan sebagainya?
Read More / Baca Lagi >>

PAS jadi penasihat musuh, soal Mujahid

Posted: 09 Nov 2015 04:29 AM PST



Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.
"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.
"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.
"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.
Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA: Suka atau tak, Cina dan India pendatang

Posted: 09 Nov 2015 04:28 AM PST



Suka atau tidak, orang Cina dan India di negara ini asalnya "pendatang" di negara ini, kata kumpulan pendesak Melayu PERKASA.
Ketua penerangan kumpulan itu, Hassan Basri Muhammad berkata demikian mengulas permintaan MIC supaya penggunaan perkataan pendatang diharamkan.
"Apabila presiden MIC meminta supaya kerajaan mengharamkan perkataan 'pendatang' yang kononnya mengguris hati bangsa Cina dan India jelas menunjukkan betapa dangkalnya beliau dan mereka cuba hendak mengubah sejarah 'pendatang," kata Hassan.
Dalam kenyataan hari ini, Hassan juga mengingatkan bahawa sejarah akan sentiasa kekal sebagai sejarah.
Presiden MIC Datuk S Subramaniam dalam ucapannya dalam Perhimpunan Agung MIC ke-67 menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan perkataan itu kerana ia mengguris hati kaum Cina dan India.
Mengulas isu itu, Hassan percaya ia timbul kerana ada sesetengah pihak daripada kalangan orang Cina dan India "cuba untuk menjadi jaguh".
Ia sekali gus didakwa mencabar dan mempertikaikan Perlembagaan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin: Tiada masalah, anak saya sedia beri keterangan

Posted: 09 Nov 2015 04:23 AM PST

Yapiem Biayai Kempen PRK Rompin?

Posted: 09 Nov 2015 04:23 AM PST

Vape: Bimbang Jadi Alat Hisap Dadah

Posted: 09 Nov 2015 04:22 AM PST

Masjid Negara Jawab Viral Isu Bilik Wuduk VVIP

Posted: 09 Nov 2015 04:22 AM PST

Ambiga: Saya tak pernah sangka Tun M turun BERSIH

Posted: 09 Nov 2015 04:21 AM PST

Ambiga: Kedaulatan undang-undang dalam masalah

Posted: 09 Nov 2015 04:20 AM PST

'Najib bukan PM terbaik yang kita ada'

Posted: 09 Nov 2015 04:20 AM PST

'Kegusaran Najib, punca rakyat tak yakin masa depan negara’

Posted: 09 Nov 2015 04:20 AM PST

'Saya letak jawatan jika rakyat tak sokong' - Mukhriz Mahathir

Posted: 09 Nov 2015 04:19 AM PST

K'jaan Umno-PAS: Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tak tahu - Ku Nan

Posted: 09 Nov 2015 04:19 AM PST

PAS tolak cadangan kerjasama dengan Pakatan Harapan

Posted: 09 Nov 2015 04:18 AM PST

'Bekas ketua wanita Umno didakwa seleweng dana'

Posted: 09 Nov 2015 04:17 AM PST

Lima langkah selesaikan skandal 1MDB, ‘derma’ Najib

Posted: 08 Nov 2015 11:57 PM PST


Najib-1mdb-320
KUALA LUMPUR 9 NOV: Jika Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang baru, Datuk Hasan Arifin tidak pasti bagaimana mahu mengendalikan skandal kewangan yang besar, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mungkin boleh memberi tunjuk ajar.
Pertama-tama yang bakal dilakukan Ahli Parlimen Gelang Patah itu jika menyandang jawatan berkenaan ialah memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail untuk memastikan sama ada draf pertuduhan terhadap Najib benar-benar wujud atau sebaliknya.
Ia juga untuk menyiasat sama ada pemecatan Gani yang hanya tiga bulan dari tarikh persaraan, adalah akibat langsung dari faktor draf pertuduhan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan 'derma' RM2.6 bilion itu.
apandi-aliKedua, Kit Siang akan memanggil Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebelum pendengaran PAC dimulakan bagi memastikan tiada perubahan polisi berlaku berkaitan siasatan kedua-dua skandal mega berkenaan.
Selain itu, beliau juga mahu mengetahui sebab musabab Apandi menolak cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendakwa 1MDB atas kesalahan berkaitan kewangan dan tertanya-tanya sama ada Gani akan bersetuju untuk berbuat demikian jika masih memegang jawatan itu.
Ketiga, Kit Siang mahu memastikan PAC mengenal pasti penderma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sedangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meragui ia datangnya dari negara Arab yang sukar menghulur dana walaupun untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain mahu memastikan jumlah sebenar 'derma' yang nilainnya lebih lagi, beliau yakin pemimpin DAP akan didakwa dan dipenjara jika melakukan perbuatan sama walaupun dalam jumlah kecil sekalipun, malah pasti dilabel sebagai pengkhianat negara.
Keempat, beliau mahu tahu ke mana derma itu sebenarnya disalur kerana jumlah itu jauh melebihi had kewangan yang dibenarkan untuk kempen pilihan raya iaitu RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) RM100,000.
Dengan 222 kerusi Parlimen dan DUN (505), maksimum perbelanjaan yang dibenarkan ialah RM44.4 juta untuk Parlimen manakala DUN (RM50.5 juta), menjadikan nilai keseluruhan RM94.9 juta.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Jawapan Parlimen bongkar pembohongan Najib, Ahmad Maslan

Posted: 08 Nov 2015 11:53 PM PST


gst
KUALA LUMPUR 9 NOV: Pembohongan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkaitan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terbongkar secara tidak sengaja.
Teo Nie ChingIa berikutan jawapan bertulis Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin kepada soalan Parlimen berlawanan dengan kenyataan mereka sebelum ini.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Chieng, berkata jawapan bertarikh 21 Oktober lalu itu menyatakan 70 peratus barangan dan perkhidmatan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak mengalami kenaikan akibat pengenalan GST.
Sedangkan, katanya Najib pada pembentangan Bajet 2015 menyatakan hanya 56 peratus daripada 532 item dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus dan hanya 354 barangan naik harga tetapi kurang 5.8 peratus.
Beliau berkata, Ahmad Maslan pada Mei tahun lalu pula memberi jaminan tiada kenaikan terhadap 48 peratus barangan manakala 42 peratus barangan lagi dijangka turun, hanya 10 peratus mencatat peningkatan harga.
GST"Daripada 446 barangan, harga 350 barangan di Semenanjung, Sarawak (283) dan Sabah (304) naik. Hanya 82 barangan dan perkhidmatan di Semenanjang, Sarawak (128) dan Sabah (109) mencatat penurunan harga," katanya merujuk jawapan Hamzah.
Pada kenyataan media hari ini, Nie Chieng kesal kerana Ahli Parlimen pembangkang berulang kali mengingatkan Najib supaya tidak memandang ringan kesan negatif pelaksanaan GST kepada rakyat tetapi langsung tidak diendah.
"Malah, pembangkang pula dituduh memutar belit isu GST. Akhirnya, jelaslah pembohong sebenar adalah Najib, bukan kita," katanya.
Persoalannya, kata beliau, sama ada Najib sanggup mengakui kesilapannya dan melaksanakan Belanjawan Alternatif yang dirangka Pakatan Harapan dengan memansuh GST berikutan rakyat sedia kala dibebani kenaikan kadar tol dan kejatuhan nilai ringgit.