Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tawfik Tun Dr Ismail kata kerugian Mahathir lebih dari 1MDB

Posted: 08 Nov 2015 05:12 PM PST



...Dr Mahathir dalam pertemuannya dengan G25 untuk membincangkan Islam dan perlembagaan awal tahun ini, cuba mengalihkan topik perbincangan kepada 1MDB dan mula menyerang kerajaan, kata Tawfik.

"Jadi, saya memberitahunya, kita di sini untuk bercakap tentang Islam, bukan tentang politik. Tetapi beliau terus mendesak.

"Kemudian saya katakan kepadanya, jika anda menyingkirkan Najib, siapa anda mahu menggantikan beliau? Dan apa yang membuatkan anda fikir orang ini akan lebih baik darinya (Najib)?


"Dia berkata, 'yalah, anda tahu, orang yang menggantikan beliau akan dibimbing oleh satu majlis yang terdiri daripada mereka yang lebih tua'," cerita Tawfik.

Bagaimanapun, Tawfik berkata, beliau tidak dapat menerima hujah itu, kerana katanya, tidak demokratik untuk mempunyai satu majlis yang anggotanya tidak dipilih, untuk memberi arahan kepada perdana Menteri.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga mengkritik Najib berhubung wang yang dikatakan dilesapkan oleh perdana menteri.

"Jadi, saya balas balik. Dari masa anda menjadi perdana menteri sehingga anda bersara, jika saya ambil semua kerugian anda dan menghitungnya berdasarkan nilai hari ini, saya yakin ia akan lebih banyak daripada jumlah yang dikatakan hilang dalam 1MDB.

"Kemudian, semua orang di sekeliling meja itu terkejut, kerana mereka tidak menjangkakan konfrontasi itu," kata Tawfik, sambil menambah mesyuarat itu berakhir di situ dengan hujah mereka itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-tun-dr-ismail-ceritakan-saat-g25-tolak-pelawaan-dr-mahathir-muhyiddin#sthash.3I5u7S6X.dpuf


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JABATAN AUDIT NEGARA DAN BANK NEGARA DIMINTA SIASAT DEIG, JANGAN BERDIAM DIRI

Posted: 08 Nov 2015 06:54 PM PST


khalid-ibrahim-deig
Pelbagai kontroversi yang melanda Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sejak penubuhan mewajarkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) untuk menjalankan dengan kadar segera satu siasatan menyeluruh ke atas DEIG terutama mengenai tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah satu anak syarikat kumpulan tersebut.


Dalam siasatan tersebut, SELCAT mesti mengesahkan bahawa tiada sebarang unsur salahguna kuasa atau perlanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran walaupun DEIG telah tampil mengakui kewujudan tawaran pinjaman tersebut yang kemudiannya ditolak. 

Pengakuan tersebut tidak bermakna isu ini boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja malah sepatutnya menjadi satu alasan kukuh bagi SELCAT untuk memulakan siasatan.

Di samping itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa wujudnya merit bagi Jabatan Audit Negara untuk menjalankan kajian secara mendalam demi menentukan kesahihan semua dakwaan yang telah dibuat terhadap DEIG. Di peringkat negeri pula, adalah dalam bidang kuasa SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) untuk menghubungi Bank Negara Malaysia dan memohon satu siasatan bagi mendapatkan kepastian bagaimana pihak bank komersil tersebut boleh menawarkan sejumlah pinjaman yang besar kepada sebuah syarikat (dan anak syarikatnya) yang didakwa masih belum beroperasi.

Saya yakin kerajaan negeri tidak akan menentang mahupun menghalang apa jua bentuk siasatan atau pengauditan kerana proses sebegini boleh membersihkan nama DEIG dari terus terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kontroversi, sekaligus membuang syak wasangka terhadap DEIG.
Mengenai satu isu lain yang tidak berkaitan, saya peka dengan komen dan sindiran kononnya saya memainkan peranan membenarkan pembinaan lebuhraya bertol di Selangor. 

Ingin saya tegaskan di sini bahawa walaupun ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat secara administratif terhadap keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan termasuk membina jajaran jalanraya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang, tidak pernah sama sekali perintah pembangunan atau "development order" dikeluarkan semasa pentadbiran saya bagi mana-mana projek.

Persetujuan secara prinsip yang diberikan juga tertakluk pada hasil kajian Penilaian Kesan Trafik, Sosial dan Alam Sekitar bagi memastikan mana-mana projek lebuhraya bertol yang dicadangkan bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar. 

Sebagaimana yang berlaku kepada projek Lebuhraya KIDEX, pentadbiran sekarang mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi SUKE, DASH dan EKVE.

Walaupun isu pembangunan sebegini sangat sensitif kerana ianya melibatkan impak ke atas masyarakat setempat, kerajaan negeri perlu membuat keputusan yang rasional setelah mengambil kira hak dan kepentingan semua pihak. Sememangnya amat mudah untuk menuding jari kepada orang lain untuk mengelakkan kritikan dan tentangan namun ianya juga tidak matang mahupun bertanggungjawab.

TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG
6 NOVEMBER 2015

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apa motif Husam dedah niat Abdul Hadi?

Posted: 08 Nov 2015 07:02 AM PST


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sekali lagi 'menyerang' partinya apabila mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

"Presiden kita mengaku bahawa dia pernah menawarkan kepada dua, tiga orang Adun PKR masuk Pas nak buat kerajaan dengan Umno di Selangor.

"(Penonton) Ada yang tak pernah dengar tentang ini. Saya cakap terus terang malam ini, Presiden nak marah, marahlah," katanya.

Malah beliau mendakwa pengakuan itu dibuat bukan kepada dirinya sahaja sebaliknya ada pemimpin lain.

"Presiden mengaku. Dia sendiri mengaku ketika ditanya ramai-ramai. Bukan saya seorang tapi ramai-ramai. Maksudnya apa? Niat di hati sudah ada tapi oleh kerana rakyat jelata tak boleh nak terima lagi...Bila campak (idea) penasihat, bagaimana? (reaksi rakyat).

"Kalau presiden kata tidak (berlaku), sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa (saya) beritahu, saya tanya balik, kenapa buat? Kalau presiden tak buat, saya tak tanya," katanya yang berucap dalam dialek Kelantan.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang dilaporkan menyatakan kesediaan parti itu menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno mengubah dasar pemerintahan.

"Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu 'ambil alih' pemerintahan.

"Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," kata Abdul Hadi.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


4 HUJAH SYARAK TOLAK VAPE

Posted: 08 Nov 2015 03:58 PM PST





Kritikan awal Kongres Rakyat terhadap teks TPPA

Posted: 08 Nov 2015 03:53 PM PST




Sekretariat Kongres Rakyat sedang meneliti teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang kini dikeluarkan pada 5 November 2015 melalui portal Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Dalam penelitian awal kami menemukan pernyataan "lebih berat dari yang dijangka" sebagai respons beberapa NGO di beberapa negara yang menyertai TPPA apabila teks akhir TPPA didedahkan.

Teks akhir TPPA yang dapat dilihat dalam portal MITI meliputi 30 bab itu maseh memerlukan konsultasi publik yang melibatkan pelbagai pihak seperti kumpulan gerakan pengguna, NGO alam sekitar dan hak manusia, badan kesihatan, kesatuan pekerja, pertubuhan agama, dewan perniagaan serta pakar ekonomi.

Kami menggesa supaya teks yang sangat panjang dan mengguna bahasa teknikal undang-undang itu hendaklah dipermudahkan supaya dapat difahami masyarakat umum.

Pihak kerjaan tidak boleh merasa sudah menunaikan tanggungjawabnya dengan mendedahkan teks itu kerana rakyat hanya diberi masa 3 bulan untuk memahami isi perundingan yang sangat teknikal itu sedangkan perundingan itu sendiri mengambil masa lebih 5 tahun untuk disepakati dan dilakukan dalam penuh kerahsiaan.

Walau bagaimanapun , kami memandang serius terhadap laporan dan komen beberapa pakar di beberapa negara yang menyertai rundingan TPPA bila mereka melakukan analisis teks akhir TPPA yang didedahkan.

Suatu rumusan nampaknya mereka sepakati terhadap teks itu, TPPA adalah satu perjanjian 12 negara yang lebih parah dari yang dijangka.

Dari maklumat yang bocor sebelum ini, sedikit maklumat diperolehi mengenai perjanjian tersebut. Namun bila satu bab demi satu bab diteliti, ternyata 500 wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mewakli korporat besar telah berjaya menjamin kepentingan mereka diperkukuhkan, akan tetapi kepentingan awam diketepikan.

Wakil korporat besar ternyata mendapat akses dan faedah maksimal dari TPPA manakala orang awam tidak tahu apa-apa.

Dari isu perubahan cuaca hingga keselamatan makanan, kawalan terhadap internet sehingga akses kepada ubatan, TPPA didapati suatu "malapetaka" kata Nick Dearden dari Global Justice Now.

Perjanjian ini bakal memberi tekanan kepada kadar upah pekerja, lambakan barangan makanan yang tidak selamat dari luar, meningkatkan harga ubatan yang genting untuk menyelamatkan nyawa.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi terlalu bebas beri kenyataan tanpa berbincang - Husam

Posted: 08 Nov 2015 03:46 PM PST

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terus mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlalu bebas dalam mengulas sesuatu isu, tanpa persetujuan pemimpin parti yang lain.
 
Hadi juga katanya sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan ia amat tidak disenangi kebanyakan pemimpin dalam PAS.
 
"Semua kenyataan ini menggambarkan seakan Presiden (Hadi Awang) bebas sebebasnya membuat apa jua kenyataan yang bersifat dasar dan pendirian PAS tanpa melalui proses mesyuarat yang sewajarnya atau mengambil kira pandangan dan perasaan ahli peringkat akar umbi," ujarnya menerusi satu kenyataan medianya, hari ini.
 
Husam hari ini dipersoal Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berhubung tindakannya yang dikatakan menyerang partinya sendiri.
 
Ia berikutan kenyataan Husam bahawa Hadi pernah mengakui berniat untuk mengusahakan PAS agar bergabung dengan Umno BN.
 
Husam juga mempersoalkan adakah beliau yang berubah atau PAS kini hilang arah dalam mengatur hala tuju politiknya.
 
Husam menambah beliau sangsi dengan percaturan politik PAS apabila parti itu enggan menyertai Pakatan Harapan (PH) dan hanya berminat untuk berkerjasama dengan parti lain selain Umno BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Sangsinya tiba ke tahap kemuncak apabila PAS dikaitkan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), baru-baru ini.
 
"Saya dalilkan berdasarkan respon PAS Selangor menerusi kenyataan Pesuruhjayanya yang menolak hubungan dengan Perkasa, hampir sebaik sahaja foto Presiden Perkasa memeluk Presiden Pas menjadi viral.
 
Jika tindakan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menjalin hubungan dengan Perkasa telah diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat, tentulah Pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Iskandar Abdul Samad) tidak akan mengeluarkan komen menentang arus itu.
 
Read More / Baca Lagi >>

Anak kepada Tun Dr Ismail mahu Jakim dimansuhkan

Posted: 08 Nov 2015 03:35 PM PST

Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman bercakap mengenai allahyarham bapanya ketika ditemubual di rumahnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2015.Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman bercakap mengenai allahyarham bapanya ketika ditemubual di rumahnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 November, 2015.
Pada zaman dulu, ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) belum ditubuhkan, Putrajaya tidak memberitahu rakyat Malaysia beragama Islam bagaimana untuk mengamalkan kepercayaan mereka, dan tiada siapa memandang serong terhadap umat Islam yang membela anjing. Dan Tawfik Ismail, anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mahu masa itu dikembalikan.
Langkah utama adalah dengan membubarkan semula Jakim, kata Tawfik, dalam satu temu bual sempena pelancaran "Drifting into Politics", buku yang mengandungi tulisan allahyarham bapanya semasa pembentukan negara, disunting beliau sendiri bersama ahli akademik Ooi Kee Beng.

Jakim dicipta pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia seolah-olah bertugas tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia, kata Tawfik kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. "Saya rasa Jakim perlu dimansuhkan. Saya tidak fikir Jakim perlu wujud. Apa yang kerajaan takut? Anda mempunyai 13 mufti dengan 13 fatwa yang berbeza dan 13 cara berlainan untuk mendalami (agama).
"Apakah tujuan Jakim? Sijil halal? Yang boleh pergi ke Kementerian Kesihatan, kementerian perdagangan. Apa lagi yang Jakim lakukan? Cetak Al-Quran? Kita mempunyai seorang menteri komunikasi," kata bekas ahli Parlimen berusia 64 tahun itu.
Jika ada yang mahu mengatakan Jakim sangat diperlukan "melindungi" kesucian agama Islam, tegas Tawfik, Agong, Sultan, imam (ulama) dan mufti mampu menggalas tugas itu.
"Jakim adalah badan penasihat kepada kerajaan, tetapi daripada segi Perlembagaan ia benar-benar tidak mempunyai peranan. Islam terletak di bawah kuasa Sultan di setiap negeri, dan ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya.
Ditanya apakah bidang kuasa kehidupan umat Islam, yang kerajaan campur tangan, Tawfik mengatakan "tiada apa-apa".
Read More / Baca Lagi >>

Peranan Islam dalam sebuah negara moden

Posted: 08 Nov 2015 03:00 PM PST

Sayhmi


Islam adalah agama yang mengajar umatnya keamanan dan kesederhanaan. Jika ia tidak kelihatan seperti itu pada hari ini, ia bukan kerana ajaran Islam tetapi tafsiran yang dibuat oleh mereka yang nampaknya mentafsirkan ajaran Islam yang bersesuaian dengan kehendak mereka sendiri.
Islam berbeza daripada agama monoteistik yang lain; Agama Yahudi dan Kristian, kerana ia tidak mempunyai sistem paderi atau "priests". Umat Islam percaya golongan Ibrani dan paderi Kristian mengubah agama asal dan mereka sesekali tidak akan mengubah ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Tetapi dengan pengetahuan mereka dalam ajaran Islam, ulama, seolah-olah mempunyai kuasa sedemikian ke atas umat Islam di mana banyak daripada mereka cenderung untuk menggunakan pengaruh mereka yang agak besar untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri. Mereka sama seperti paderi agama lain.

Ulama awal merupakan golongan yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang selain daripada bidang teologi Islam. Hari ini ulama politik atau "political ulama" hanya berpengetahuan tentang bahagian-bahagian tertentu daripada ajaran Islam yang seolah-olah menyokong pandangan politik mereka. Banyak yang menyalahtafsirkan dan memutarbelitkan Islam untuk menghalalkan fahaman politik mereka. Antara yang sering kedengaran adalah hanya ulama yang boleh memerintah sebuah negara demokrasi walau apa pun.
 Mereka itulah ulama politik yang menolak segolongan yang berpengetahuan dalam bidang yang tidak berkaitan dengan agama kerana takut golongan itu mungkin mencabar kuasa mereka. Walaupun umat Islam pada awal adalah ulama besar yang hebat dalam matematik, sains, sosiologi dan juga astronomi, namun umat Islam pada hari ini secara umumnya ketinggalan dalam kebanyakan bidang tersebut. Mereka juga seharusnya juga dianggap tidak berpengetahuan dalam Islam.
Setiap kali cubaan dibuat untuk membawa negara-negara Islam ke tahap pembangunan seperti di negara bukan Islam, wujud kumpulan Islam akan muncul menuntut agar "kembali kepada Islam." Kumpulan-kumpulan ini biasanya ganas dan sering mengisytiharkan jihad terhadap umat Islam lain yang cuba untuk membuat perubahan di negara ini.
Oleh sebab rata-rata negara Islam mundur, tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran, mereka cenderung untuk bergantung semata-mata kepada bantuan Ilahi, diketuai oleh ulama sesat.
Read More / Baca Lagi >>

Kami non-partisan, tumpuan pada mengukuhkan institusi, kata G25

Posted: 08 Nov 2015 02:55 PM PST

G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian tidak memihak mana-mana parti politik kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015. 
G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian tidak memihak mana-mana parti politik kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Kumpulan pesara kakitangan awam Melayu ternama yang menggalakkan kesederhanaan, G25, malam ini mengatakan, ia akan kekal non-partisan dan tidak memihak mana-mana parti politik, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada memperbaiki institusi Malaysia.
G25 berkata, pihaknya menyampaikan pendirian itu kepada mereka yang mengadakan dialog dengan mereka, termasuk pemimpin berpengaruh seperti Raja-raja Melayu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami percaya walaupun kuasa politik boleh berubah dari semasa ke semasa, badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan agensi kawal selia dan perkhidmatan awam mesti kekal bebas untuk mewujudkan keyakinan dalam profesionalisme dan kesinambungan sistem pentadbiran.

"Kami menyatakan perkara ini dengan jelas kepada pemimpin berpengaruh yang kami temui, termasuk Raja-raja, Dr Mahathir dan Muhyiddin," kata G25 dalam satu kenyataan malam ini. Ia mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada laporan yang memetik ahli G25, Tawfik Ismail, dalam satu temu bual yang diterbitkan hari ini di mana beliau mendedahkan Dr Mahathir dan Muhyiddin pernah bertemu G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
G25 berkata, pandangan yang dinyatakan Tawfik dalam temu bual itu adalah pendirian peribadinya, dan mengulangi yang tumpuan utama kumpulan itu adalah mencapai kesederhanaan dalam Islam.
"Objektif ini dapat direalisasikan dengan cara yang terbaik apabila negara bergerak ke depan dengan pembaharuan yang meluas, bukan sahaja dalam pentadbiran agama, tetapi juga dalam keseluruhan sistem tadbir urus.
"Oleh itu, kami menyokong perubahan dan pembaharuan yang akan mengukuhkan institusi undang-undang dan peraturan dan standard tadbir urus yang menegakkan prinsip-prinsip asas integriti, ketelusan dan akauntabiliti."
Dalam temu bual itu, Tawfik berkata beliau juga memberitahu Dr Mahathir dan Muhyiddin, G25 tidak akan mengambil pendirian yang berat sebelah tentang Najib yang ketika ini tertekan untuk menjelaskan skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Read More / Baca Lagi >>

Kritikan Husam terhadap Hadi terkesan pada Pas

Posted: 08 Nov 2015 02:50 PM PST

Husam‎ Musa dan Hadi Awang
KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam‎ Musa membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya‎ menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan. 
"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. ‎Kita selalu sebut kita ada saluran.
"Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah
sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga‎ di kedai kopi," katanya.  
Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Kelantan di Taman Transit Panji di sini,‎ hari ini.
Mohd Amar mengulas dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan‎ perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai ‎Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam Jumaat lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Husam agar parti menggantikan presiden sedia ada, Mohd Amar berkata ia bukan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda Pas. - Bernama

Mohd Amar kata Husam tidak patut kritik Abdul Hadi secara terbuka

Posted: 08 Nov 2015 02:43 PM PST

Ceramah Perasmian Pejabat Amanah Marang, Terengganu

Posted: 08 Nov 2015 02:42 PM PST

Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG

Posted: 08 Nov 2015 06:13 AM PST



Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.
Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.
"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.
Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.
Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.
Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.
PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah Tidak Perlukan Fatwa Politik

Posted: 08 Nov 2015 05:34 AM PST

Oleh Muhamad Faiz Fadzil 


Parti politik adalah kaedah (wasilah) bagi memperjuangkan Islam. Sebagai agama yang bersifat komprehensif, Islam perlu ditegakkan dalam pentadbiran. Bagi mencapai matlamat ini, perjuangan melalui demokrasi adalah kaedah terbaik dan kontemporari yang dibenarkan syarak.

Kewujudan pelbagai parti politik Islam bukanlah perkara asing dalam dunia haraki Islam sepertimana di Turki, Mesir dan Indonesia. Perjuangan sesebuah parti politik Islam sudah pasti berbeza antara negara-negara Muslim berdasarkan kepada waqi' atau realiti masyarakat dan demografi sesebuah negara. Justeru, Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan bagi meneruskan perjuangan Islam yang selari dengan waqi' negara ini.

Kemenangan AK Parti di Turki adalah kemenangan bagi Islam. Rakyat Turki yang selama ini ditadbir di bawah sistem sekular, telah kembali menerima sistem pemerintahan yang berpaksikan prinsip-prinsip Islam. Polisi menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan urustadbir yang baik dan bersih daripada amalan rasuah adalah prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh AK Parti.

AK Parti telah buktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan tanpa nama Islam pada parti.
AMANAH telah menggariskan 3 prinsip utama perjuangan di samping amanah iaitu peduli, inklusif dan progresif. Jika prinsip-prinsip ini dapat diperjuangkan dan dilaksanakan dalam konteks Islam, maka AMANAH mampu menunjukkan perjuangan Islam sebenar dan sentiasa relevan kepada rakyat.
Islam bukan hanya pada pelaksanaan jenayah syariah, tetapi Islam merangkumi setiap aspek kehidupan dan pentadbiran negara.

Mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, menghormati hak dan kebebasan setiap rakyat dalam orbit perlembagaan, meningkatkan ekonomi rakyat dan negara serta meletakkan prinsip urus tadbir baik dan bersih sebagai asas pentadbiran akan pasti melengkapkan prinsip-prinsip utama AMANAH yang memenuhi tuntutan syarak.

Menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dengan menguasai Putrajaya adalah 'gateway' kepada pelaksanaan dasar Islam.Justeru, sebarang fatwa politik atau amanat yang boleh membawa kepada polemik dan perpecahan rakyat perlu diketepikan. Islam bukan pada kulit tetapi pada isi, begitulah juga ia bukan pada nama tetapi pada pelaksanaan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Zahid digesa kotakan janji kepada keluarga Anwar’

Posted: 08 Nov 2015 05:15 AM PST

azizah
Dr Wan Azizah di sebalik penjara replika, selepas melancarkan Jelajah 'Mock Prison #BebasAnwar', hari ini.

KUALA LUMPUR, 8 November:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta mengotakan janjinya kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bekas Ketua Pembangkang itu dapat menjalani rawatan intensif fisiologi.
Menurut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, desakan itu bukan pertama kali dibuat mereka, kerana Anwar masih belum menerima sebarang rawatan sehingga kini, selepas beliau menghubungi Jabatan Penjara beberapa hari lalu. 
"Besar harapan keluarga agar Anwar diberi rawatan asas fisioterapi, bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggungnya di penjara," katanya pada sidang media di kediamannya hari ini, selepas merasmikan pelancaran Jelajah 'Mock Prison #BebasAnwar'.
Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, keperluan bapanya untuk menerima rawatan asas fisioterapi bertujuan mengurangkan kesakitan dialaminya yang akan disusuli dengan pembedahan.
"Kami juga mahu pembedahan dilakukan di hospital luar negara, bukan di Malaysia, disusuli rawatan fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan dijalankan," katanya.
Anwar cedera di sebelah kanan bahunya beberapa tahun lalu, disebabkan tisu otot yang koyak sebelum dia dipenjarakan. 
Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumaat lalu, Anwar dilaporkan telah ditawarkan menjalani rawatan dan pembedahan di hospital kerajaan.
Rawatan yang ditawarkan itu adalah mengikut Akta Penjara 1995 (Akta 537) yang membenarkan Anwar dirawat di penjara, setelah disahkan panel perubatan.
Pada 10 Februari lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun, selepas dia didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bersih 4: Anak MB Selangor dipanggil polis

Posted: 08 Nov 2015 05:12 AM PST

bersih
Azmin bersama anak lelakinya, Basheer (belakang) ketika hadir di Perhimpunan Bersih 4, Ogos lalul. 
KUALA LUMPUR, 8 November:
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mendakwa polis mengeluarkan Notis Seksyen 111 untuk mengarahkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun bagi direkodkan keterangan berkaitan dengan perhimpunan Bersih 4.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata anaknya diminta hadir di Balai Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi esok walaupun menduduki peperiksaan akhir pada hari yang sama.
Beliau kemudian mendakwa anak lelakinya, Basheer menjadi mangsa kezaliman parti pemerintah.
"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno.
"Syukur anak saya Basheer berani," kata Azmin dalam Twitternya.
The Rakyat Post cuba menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah serta timbalannya, namun kedua-duanya tidak dapat dihubungi buat masa ini.

‘Tindakan kutuk Presiden seolah kritik bapa sendiri’ kata Mohd Amar

Posted: 08 Nov 2015 05:10 AM PST

KOTA BHARU, 8 November:

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa berhubung rancangan parti itu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Jelasnya, maklumat yang diperolehi PAS tidak sama dengan apa yang dikatakan Husam.
"Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, beliau (Husam) sedang mengumpul alasan-alasan untuk 'mengenakan' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Cadangan Husam agar Presiden PAS berundur itu semua orang boleh buat, tetapi yang membimbangkan ialah masalah itu dicetuskan pihak lain (yang kalah masa Muktamar PAS lalu)," katanya selepas program Gotong Royong Mega di Taman Transit, hari ini.
Jelasnya, terserah kepada parti untuk mencari jalan penyelesaian dalam mesyuarat yang akan diadakan kelak.
Mengenai tindakan ke atas Husam, Mohd Amar berkata, hanya Jawatankuasa PAS Pusat yang boleh mengambil tindakan terhadap bekas Naib Presiden PAS itu.
"Di sini saya mahu jelaskan, cara kritikan secara terbuka yang dilakukan Husam tidak kena, termasuk menyerang parti dan Presiden parti.
"Almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini pernah berkata, parti ini seperti rumah tangga.
"Kalau kita nak mengkritik atau memberitahu sesuatu yang tidak memuaskan hati, gunalah saluran yang betul, sebab kadang kala perbuatan itu boleh mendatangkan kesan terhadap diri sendiri dan parti," katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau yakin majoriti ahli PAS tidak dapat menerima kritikan secara terbuka.
"Parti ibarat keluarga dan Presiden ibarat bapa, kalau kita mengutuk Presiden, seolah-olah mengkritik bapa sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

MIC makin hilang taring, tiada daya bantu kaum India - PSM

Posted: 08 Nov 2015 05:07 AM PST

Post Pic
SEMENYIH: MIC kini semakin hilang taring dan tidak lagi berdaya untuk membantu masyarakat India di negara ini, kata Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.
 
Maka tidak hairanlah mengapa nasib kaum itu tidak terbela dan terkebelakang dalam semua aspek, terutama ekonomi, ujarnya lagi.
 
Lebih memburukkan keadaan, MIC kini tidak boleh 'demand' dalam menuntut apa-apa dana untuk diagihkan kepada masyarakat India, memandangkan parti itu kalah teruk pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.
 
"Tapi hari ini MIC sendiri tidak kuat dia tidak boleh demand menuntut apa-apa daripada Barisan Nasional kerana dalam BN sendiri dia satu kumpulan yang lemah.
 
"Pengaruhnya sudah semakin lemah dan susah untuk dia mengembalikan kegemilangan mereka kerana banyak parti kecil kaum India, MIC pun sudah kalah banyak kerusi dalam Pilihan Raya yang lalu," katanya ketika ditemui Antarapos.
 
MIC diketahui umum sedang mengalami krisis dalaman selepas Jabatan Pendaftaran (ROS) membatalkan pemilihan parti pada 2013.
 
Keputusan ROS itu membawa kepada perebutan kuasa dan konflik berpanjangan dikalangan pimpinan tertingginya.
 
Mengulas perkara itu, Arutchelvan berkata masyarakat India langsung tidak terkesan dengan krisis MIC kerana masing-masing sibuk menguruskan kehidupan yang serba kepayahan.
 
"Hari ini kita tengok MIC pula terjerumus dengan masalah dalaman sebenarnya masyarakat India tidak kisah sebenarnya kalau tengok masyarakat India mereka mengetawakan apa yang berlaku pada MIC.
 
"Mereka tidak ambil krisis MIC itu serius kerana krisis itu tidak kena mengena dengan kehidupan mereka. Apa yang berlaku pada MIC tidak memberi sebarang impak pada masyarakat India," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tak akan sudi, Amanah perlu terima hakikat - Azman Ujang

Posted: 08 Nov 2015 05:01 AM PST


Post Pic

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu terima hakikat bahawa PAS tidak akan menjalinkan hubungan dengan parti serpihannya itu.
 
Penganalisis politik, Datuk Seri Azman Ujang berkata buat masa ini Amanah hanya boleh bermimpi untuk berkerjasama dengan PAS termasuk di Selangor.
 
PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan enggan mempunyai apa-apa hubungan dengan Amanah, sebuah parti yang pada mereka adalah pengkhianat.
 
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyeru agar PAS Selangor dan Pakatan Harapan (PH) berganding bahu untuk mentadbir negeri itu.
 
"Setakat ini itu pendirian dia (PAS) walaubagaimanapun dalam politik tiada yang kekal (keputusan tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan), ia boleh berubah. 
 
"Setakat hari ini memang keputusan PAS tidak bekerjasama, jadi Amanah harus faham, mesti ada logik dia PAS tidak mahu kerjasama", kata Azman ketika dihubungi Antarapos.
 
Khalid yang juga bekas pemimpin PAS berkata jika parti Islam itu keluar daripada kerajaan negeri Selangor, ia akan merugikan PH dan hanya menguntungkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Kenyataan Khalid itu disokong Azman yang juga bekas Ketua Pengarang Bernama.
 
"Semestinya (tindakan mengeluarkan PAS daripada kerajaan negeri Selangor) akan menguntungkan Umno-BN. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Tun M sindir Najib kerana kata ‘semuanya baik’

Posted: 08 Nov 2015 04:48 AM PST


Mahathir

SHAH ALAM – Selepas disoal siasat pihak polis dua hari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah berhubung kenyataan terbuka yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Bersih 4, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan 'tidak serik' dengan gangguan tersebut.
Malah kali ini beliau terus menyerang Perdana Menteri itu kerana menafikan bahawa negara berada di ambang krisis kewangan sedangkan nilai ringgit semakin menyusut kepada RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan ekonomi negara.
"Ini adalah satu penurunan nilai yang besar, lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam Amerika dolar. Pasaran saham pula turun dengan kehilangan besar dalam permodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.
"Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang," katanya dalam entri terbaru di blognya chedet.cc, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Najib pada Rabu yang mengatakan Malaysia tidak akan mengalami krisis kewangan meskipun nilai mata wang negara terus jatuh.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mempersoalkan jaminan Najib itu apabila timbul keperluan untuk menangkap pihak yang mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.
"Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi. Tetapi adakah benar semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri turut mengulangi kritikannya bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen antara punca utama hilangnya keyakinan pelbagai pihak terhadap kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Sudah tentu DAP lawan PAS di Selangor

Posted: 08 Nov 2015 04:45 AM PST

Oleh Wan Ji Wan Hussin
Ramai akui selepas pilihan raya akan datang, tidak akan ada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Jika Barisan Nasional kalah di Selangor, kerajaan yang bakal dibina adalah kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan ini, sudah pasti terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, tanpa PAS.
PAS bukan tidak diajak menyertai Pakatan Harapan. Namun, PAS sendiri yang menyatakan sikap tidak mahu bersama dengan Pakatan Harapan.
Mungkin disebabkan mereka tidak bersedia bersama dengan DAP, disamping kewujudan "rakan-rakan lama" dari Amanah. Ataupun, mungkin syarat yang dikenakan kepada PAS tidak dapat dilaksanakan, seperti tidak boleh ponteng mesyuarat Pakatan, tidak boleh "U-turn", perbezaan dasar dan prinsip diselesaikan di meja rundingan dan sebagainya.
Dalam keadaan begini, bagi senario politik Selangor, tidak menjadi satu kesalahan bagi DAP bertanding di kerusi yang PAS bertanding. Ini kerana, DAP sememangnya salah satu parti yang bersama Pakatan Harapan, sedangkan PAS bukan Pakatan Harapan.
Justeru, DAP mahu lawan PAS itu adalah untuk menyelamatkan Selangor supaya tidak terlepas dari tangan Pakatan Harapan.
Lebih-lebih lagi, PAS adalah parti yang terawal menyatakan mereka akan bertanding di kerusi DAP. Sudah pasti, kenyataan itu dibalas DAP. Wallahu A'lam.

Jangan salahkan faktor luaran punca masalah negara, kata Kit Siang kepada Najib

Posted: 08 Nov 2015 04:40 AM PST

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah kerana terlibat dalam 'sindrom penafian yang serius' apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah kerana terlibat dalam 'sindrom penafian yang serius' apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh "melepaskan tanggungjawab" dengan menyalahkan faktor luaran sebagai punca kepada masalah di negara ini, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, sambil memetik 5 faktor yang menurutnya menjadi penyumbang masalah.
Lim berkata, Najib bersalah kerana terlibat dalam "sindrom penafian yang serius" apabila enggan mengakui yang walaupun penurunan harga minyak memberi kesan besar ke atas kejatuhan nilai ringgit, krisis keyakinan yang berpanjangan dan kemelut politik di negara ini juga antara faktor utama yang menjejaskan ekonomi.
"Saya tidak fikir Najib akan dapat banyak simpati atau sokongan kepada cubaannya 'melepaskan tanggungjawab' dan menyalahkan faktor luaran untuk masalah di negara ini," kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib malam tadi yang menggesa rakyat Malaysia tidak menuding jari kepada kerajaan semata-mata dalam mencari punca kemerosotan nilai ringgit, kerana katanya, faktor utamanya berbentuk luaran dan di luar kawalan kerajaan. Ringgit merupakan mata wang yang paling lemah di Asia tahun ini, mencapai nilai terendah dalam tempoh 17 tahun dan jatuh kepada lebih RM4 berbanding dolar AS pada masa ini.
Lim berkata, 2 faktor mengapa Najib tidak boleh mengalihkan tanggungjawabnya terhadap masalah negara kepada faktor luaran adalah: wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau dan skandal sekitar firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Bangkang Sambil Nasihat, Nasihat Sambil Bangkang

Posted: 08 Nov 2015 04:38 AM PST


Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Isu TPPA pun tak hangat, sebab DAP dan BN sokong TPPA. Isu RM2.6 bilion pun akan ditenggelamkan oleh isu Vape.

2) Isu GST dah mula nak basi walaupun rakyat sedang susah denga GST.

3) Isu 1MDB pulak macam Najib mula mengukuh kedudukan. Debat kejap jadi kejap tak jadi, last2 tukar orang.

4) PAS tak sokong 1MDB, tak sokong TPPA. DAP pulak tak sokong 1MDB tapi sokong TPPA. UMNO sokong 1MDB, sokong TPPA.

5) PAN pun tak bunyi sangat pasal TPPA. Duk bunyi hal PAS nak bergabung dengan Umno hari-hari.

6) Macam ni punya keadaan pembangkang, BN pecah lima team pun still boleh menang PRU14 nanti.

7) Rakyat dah mula nampak blok pemerintah dan blok pembangkang, sama je. Dua-dua bakal melingkopkan negara.

8 ) Maybe sebab tu PAS pon jadi pening. Nak jadi pembangkang pun tak kena, nak join pemerintah pon tak kena.

9) Last sekali menjadi pembangkang dan penasihat. Bangkang sambil nasihat, nasihat sambil bangkang.

Sekian

Mukhriz sedia undur diri

Posted: 08 Nov 2015 04:32 AM PST

Mukhriz MahathirALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.
Beliau berkata, hal itu akan berlaku sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya.
"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya kepada media di majlis anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata,  saf (kepimpinan) perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk adun dan parlimen.
Beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral yang dimuat naik oleh pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.
Read More / Baca Lagi >>

'Tolak Bajet 2016 tak jejas gaji penjawat awam' - Mahfuz

Posted: 08 Nov 2015 04:31 AM PST



MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menolak tanggapan kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan kakitangan kerajaan tidak akan menerima gaji bulanan mereka.
Beliau berkata bajet "anti rakyat" wajar ditolak bagi membolehkan belanjawan baru "pro rakyat dan negara" dibentang semula bagi melancarkan pengurusan kewangan negara supaya tidak membebani hidup rakyat.
"Salah faham kononnya jika Bajet 2016 ditolak akan menyebabkan negara tidak boleh berbelanja dan kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji adalah suatu yang salah. Menolak bajet perlu dilihat bahawa suatu bajet yang lebih baik diperlukan.
"Menolak bajet bermakna suatu bajet baru perlu dibentangkan semula," katanya dalam satu kenyataan.
Mengukuhkan hujahnya, Mahfuz mengemukakan bukti bahawa bajet tahun 2000 dibentang dua kali, kali pertama pada 29 Oktober 1999 oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.
Bagaimanapun, Mahfuz berkata belum pun sempat Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya bajet tersebut, Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999.
"Selepas PRU ke-10, Mesyuarat Pertama Parlimen ke-10 berlangsung pada 20-23 Disember 1999 selama 4 hari.
"Selepas upacara angkat sumpah, suatu peruntukan perbelanjaan untuk 2 bulan pertama tahun 2000 dibentang, dibahas dan diluluskan.
"Bajet baru tahun 2000 hanya dibentangkan pada 25 Februari 2000," katanya.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata tiada masalah untuk pengurusan negara yang berjalan lancar dengan kakitangan kerajaan terus mendapat gaji bulanan seperti biasa sekiranya Bajet 2016 ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???

Posted: 08 Nov 2015 04:30 AM PST

Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...
SEMUANYA NAK BERSEMBAH JILAT UMNO !!!
Kalau tak jilat UMNO pasti hidup akan susah...

JANGAN LUPA.. "BN BERI NIKMAT"

Posted: 08 Nov 2015 04:28 AM PST

Subsidi beras Super Tempatan ST15 pula TELAH DIHAPUSKAN !!

KALAU SUBSIDI RAKYAT BOLEH DIKURANGKAN & DIHAPUSKAN.. Kami juga mahu 'SUBSIDI' gaji & elaun pemimpin pun dikurangkan !!!..

p/s: Ada tak ulama-ulama UMNO berani buat kenyataan spt DRMAZA camni !!!.. MENGAPA 'mereka' takut lantang bersuara ???.. 'Mereka' takut Allah SWT atau boss mereka yg byr gajinya !!!

SATU LAGI percubaan KERAjaan perbodohkan rakyat !!!

Posted: 07 Nov 2015 11:58 PM PST

Bila peruntukan dah takde, adakah yuran akan turun ??

YANG NAIK hanyalah hutang2 PTPTN yg korang pinjam utk belajar...

TAK NAK HUTANG.. jgn belajar tinggi2. Bila tak belajar tinggi2 mmg mudah jadi bodoh. Bila dah bodoh senang KERAjaan nak perbodohkan korang.. BN boleh kekal memerintah sampai KIAMAT !!!

NAMPAK TAK !!!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DI PARLIMEN DIAM TAPI DI KAMPUNG CERITA LAIN....

Posted: 08 Nov 2015 06:13 PM PST

"Siapa yang sebenarnya pengkhianat??" Ikuti penjelasan oleh YBM Dato' Raja Kamarul Bahrin.
Posted by GHB MEDIA TV on Saturday, November 7, 2015





RINGGIT JATUH, GAJI PEMBANTU RUMAH FILIPINA MELAMBUNG

Posted: 08 Nov 2015 06:04 PM PST

G25 ‘TIDAK SEBULU’ DENGAN DR M, MUHYIDDIN

Posted: 08 Nov 2015 01:44 AM PST