Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ramai pembangkang kalah kes fitnah

Posted: 07 Nov 2015 05:29 PM PST


















Masa Azmin ni tak dengar lagi SELCAT ...

Posted: 07 Nov 2015 07:30 AM PST

Masa Khalid selalu dengar DAP mendabik dada tentang SELCAT. Dah lama tak dengar sejak Azmin ambilalih. 
Kini dah mula kedengaran semula sejak Budiman bersuara ....

SHAH ALAM: The Selangor Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) should investigate the RM500 million bank loan offered to a subsidiary of Darul Ehsan Investment Group (DEIG), said former Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim.

He said the investigation was necessary to clear DEIG of any power abuse or violation of procedures, as well as mismanagement, although the company admitted being made the offer, but it was rejected.

"There is also merit for the National Audit Department to investigate the allegation against DEIG," he said in a statement here today.

On Wednesday, Sungai Panjang assemblyman Budiman Mohd Zohdi, from the Barisan Nasional (BN), had urged Menteri Besar Mohamed Azmin Ali to clarify on whether DEIG subsidiary DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land) had accepted the loan of RM500 million from a local bank.
Petik dari GAP

Budiman menuntut Azmin menjawab tiga perkara:

1.     Bagaimana DEIG dan anak-anak syarikatnya yang masih belum beroperasi boleh mendapat  mendapat pinjaman bank;
2.  Apakah pinjaman sejumlah RM 500 juta (setengah billion) itu untuk 'menyelamatkan' sebuah anak syarikat kerjaan negeri yang lain; dan
3.     Mana 'kertas putih' mengenai DEIG yang sepatutnya dibentangkan pada sidang DUN?
Baca sepenuh di Lawi Ayam SINI 

KANTOI!!! Azmin yang keluarkan Development Order untuk tiga highway

Posted: 07 Nov 2015 04:30 AM PST



Jika sebelum ini, pelbagai pihak telah mempersoalkan kewajaran untuk Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan dia tu membina TIGA BUAH LEBUHRAYA BERTOL di Selangor.

Bahkan lebuhraya itu juga turut menjadi pertikaian dikalangan kepimpinan puak - puak PKR tu sendiri. Malah ianya juga turut dibangkitkan oleh ahli - ahli parti tu diperingkat bawahan.

Dalam kenyataan media yang dibuat sebelum ini, Si Azmin tu menafikan bahawa cadangan untuk membina tiga buah lebuhraya tu dibuat sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.

Tapi Si Azmin tu membuat dakwaan ianya telah dicadangkan oleh Menteri Besar yang mentadbir Selangor sebelum ini. Dah tak pasal - pasal Si Khalid Ibrahim tu jugak yang jadi mangsa dia.


Hari ini, giliran Khalid Ibrahim pulak tampil dan menafikan dakwaan serta tuduhan yang dibuat oleh Si Azmin tu secara terbuka dalam satu kenyataan media yang disiarkan seperti dibawah.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil memberi pencerahan berkaitan sindiran kononnya beliau berperanan membenarkan pembinaan lebuh raya bertol di Selangor.

Beliau menegaskan walaupun  ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat secara administratif terhadap keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan termasuk membina jajaran jalan raya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang.

"Namun tidak pernah sama sekali perintah pembangunan atau "development order" dikeluarkan semasa pentadbiran saya bagi mana-mana projek.

"Persetujuan secara prinsip yang diberikan juga tertakluk pada hasil kajian Penilaian Kesan Trafik, Sosial dan Alam Sekitar bagi memastikan mana-mana projek lebuh raya bertol yang dicadangkan bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar," katanya.


Adun Pelabuhan Klang itu juga menjelaskan, sebagaimana yang berlaku kepada projek Lebuhraya Kidex, pentadbiran sekarang mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi SUKE, DASH dan EKVE.
Nah!!! Tidakkah kenyataan ni membuktikan bahawa Si Azmin tu dah MENIPU rakyat demi untuk menyelamatkan diri dia sendiri? Atau, adakah Si Khalid ni yang menipu? Pokok pangkalnya, pemimpin dikalangan Pakatan Haprak tu bukannya boleh percaya sangat!!!
Petikan dari Semut Hitam 

Hadi patut luluskan saja projek keretapi laju pada Husam

Posted: 07 Nov 2015 12:30 AM PST

Cucu Tok Selampit menulis satu posting yang mana gambar-gambar menunjukkan kehadhiran ceramah Amanah luar jangkaan dengan kehadhiran Husam.


Husam menjadi tarikkan sejak dia begitu bising dalam Dewan Undangan Negeri menegur kerajaan PAS negeri dan kepimpinan yang dikatakan mewah.

Dia juga timbulkan isu pembalakan haram yang mana dialah orang yang paling terlibat. Malangnya orang Kelantan lupa. Barulah tahu Melayu yang sebenarnya mudah lupa adalah orang Kelantan!

Di masa lepas ketika husam mula bersuara, Haji Hadi akan turun dan settlekan dengan Husam. Kali ini Hadi mungkin tidak perlu lagi turun kerana semua orang tahu bahawa Husam sudah dikira pemimpin yang sudah "expired".

Kelantangan Husam hanya satu trick politik untuk dapatkan perhatian dan menghidupkan kerjaya politiknya yang sudah tertanam bersama Nik Aziz kerana mentor Husam, Nik Aziz sendiri yang membuat keputusan untuk mengakhirikan kerjaya Husam atas banyak angkaranya.  

Jika Hadi tidak turun untuk settlekan, Husam akan terus bising dan merosakkan nama baik kerajaan PAS Kelantan.

Husam sudah kata dalam temuramah Sinar Harian bahawa dia tidak akan tinggalkan PAS untuk sertai PAN. Ada mungkin tidak percaya dan yakin Husam akan sertai PAN menggunakan alasan salahlaku kepimpinan kerajaan PAS Kelantan yang dia sendiri dedahkan.

Maka Hadi terpaksa pujuk Husam supaya tidak lagi lantang dan muncul di cermah PAN. Caranya adalah untuk luluskan ....


Jika Lebuhraya Rakyat membolehkan tanah balak baru di jalan ke Machang, keretapi laju pasti boleh pula buka tanah balak baru.

Pasti koridor depu juga melibatkan pembukaan tanah hutan untuk dibalak.

Cuma masih tak dapat faham mana kaitan projek kambing jamnapari dengan tanah balak. Mungkin kambing boleh guna lebuhraya rakyat.

Tidak menolak kambing jamnapari boleh jafi penumpang keretapi laju dan sangkal kritik keretapi laju ke kelantan tak cukup penumpang.

Adakah kali ini Hadi akan turun lagi?

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar berpesan dari dalam penjara - Henti 'ganggu' Dr M kerana kritik PM?

Posted: 07 Nov 2015 08:36 AM PST


Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan, 'gangguan' perlu dihentikan segera terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed dan beberapa individu lain hanya kerana mengkritik kelemahan pentadbiran kerajaan BN.

Dalam satu perutusan melalui peguamnya pada Jumaat, Anwar menyuarakan kebimbangannya apabila bekas 'bosnya' itu telah disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis.

"Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan kritikannya terhadap Perdana Menteri mengenai krisis 1MDB.

"Daripada menyiasat Dr Mahathir, kerajaan seharusnya menjawab soalan yang diajukan itu, yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat biasa," kata Anwar dalam kenyataan itu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada petugas media selepas diambil keterangan oleh polis di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, 6 November 2015.

Semalam, polis dipercayai merakam keterangan bekas Perdana Menteri itu berhubung kenyataan yang dibuat di Pasar Seni pada perhimpunan Bersih 4.0, Ogos lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, polis menjalankan rakaman kenyataan Dr Mahathir di pejabat beliau di Yayasan Albukhary, di ibu negara, pada jam 11 pagi semalam.

Menurut Anwar juga, tindakan menyoal siasat mana-mana individu yang mengkritik kerajaan membuktikan hak demokrasi rakyat kian terancam.

"Jika beginilah caranya layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia berada di tahap yang sangat terancam.

"Saya telah menyaksikan ketegangan kuasa autoritarianisme yang berada di tahap buruk dan sangat membimbangkan," ujar Anwar.

Anwar berkata lagi, usaha 'menutup mulut' pengkritik kerajaan hanya akan memburukkan lagi krisis keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PENDEBAT TERBAIK ASIA KATA DAP PARTI PENGECUT, TONY PUA PENGECUT

Posted: 07 Nov 2015 05:27 PM PST

syed-saddiq-tony-pua
Isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan Pengerusi DAP Selangor) dan Arul Kanda Kandasamy (Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) menyerlahlah sifat sebenar DAP iaitu oportunis dan pengecut, kata pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Anda (DAP) bermula dengan menghina Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB (Arul Kanda) sebagai pengecut, seseorang yang tidak mempunyai integriti, seseorang yang takut diletakkan di bawah pemerhatian awam.
"Anda kemudiannya menghantar pahlawan anda untuk mencabar pembentang itu (Arul Kanda) sebagai 'pengecut'. Pahlawan ini dikenali sebagai Tony Pua. Pahlawan yang melabel pembentang itu sebagai 'pengecut' dan 'badut',"kata Syed Saddiq menerusi akaun Facebooknya.
Syed Saddiq berkata apabila Arul Kanda menyambut cabaran untuk berdebat secara langsung berkaitan dengan IMDB di televisyen, sepatutnya Pua telah diberitahu mengenai akibat dan konflik kepentingan yang bakal dihadapinya, namun dia (Pua) memilih untuk meneruskannya.
"Selepas 'badut' (Arul Kanda) menerima cabaran debat tanpa syarat untuk menghadapi pahlawan anda, pahlawan yang anda sangai hargai itu kemudiannya meletakkan pula syarat perdebatan iaitu dia hanya bertindak sebagai penyoal sahaja (hanya pahlawan anda boleh bertanya soalan-perdebatan satu hala).
"Selepas mengetahui bahawa 'badut' itu pernah menjadi juara pendebat, anda mula kehilangan harapan dengan pahlawan anda."
Syed Saddiq yang juga graduan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berpendapat apabila Pua dijangka tewas dalam perdebatan itu, DAP telah mencari jalan keluar dengan mendakwa bahawa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh Pua lebih penting daripada perdebatan. 
"Mengapa tidak dibesarkan perkara ini semasa mula-mula cabaran dibuat? Mengapa lewat membangkitkan pendirian ini? Mengapa hanya membangkitkannya selepas 'badut' menyahut cabaran itu?
"Ia sama ada pahlawan anda memang seorang pengecut, atau kubu pahlawan itu (DAP) dipenuhi oleh oportunis yang hanya tahu memberi cabaran palsu tetapi tidak bersungguh-sungguh," tegas Saddiq.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Vape ciptaan negara luar rosakkan anak muda kita: Orang Besar Daerah Gombak

Posted: 07 Nov 2015 07:33 PM PST

Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood (kiri) bergambar bersama YDP Isma Gombak, En Zuraidi Zakaria selepas merasmikan Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga (KLIKK) semalam. Gambar oleh Syarifah Hawa A Latip.

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

AHAD, Gombak – Rokok elektronik atau vape adalah produk ciptaan negara luar untuk merosakkan anak muda kita.

Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa'Wan Teh berkata, orang yang menghisap vape dengan alasan mahu berhenti merokok adalah umpama 'keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya', dan ia wajib dihindari.

Beliau berkata demikian kepada Ismaweb ketika diminta mengulas isu vape yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Selain itu, beliau menggesa pihak kerajaan menaikkan cukai arak, rokok dan judi sebagai langkah pencegahan.

"Arak dan rokok tak baik untuk rakyat Malaysia, naikkan cukai setinggi-tingginya atau haramkan terus," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Sukan, Kesihatan dan Keluarga (KLIKK) siri ketiga anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak di Surau Al-Ikhwan Taman Samudra, Batu Caves semalam.

Karnival bertemakan kekeluargaan dan kesihatan ini diadakan bertujuan mengajak masyarakat mengutamakan kesejahteraan institusi keluarga di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

Turut hadir di majlis perasmian Pengerusi Persatuan Penduduk Sri Gombak, Datuk Haji Mohd Yunus Haji Tahir, Pengerusi Surau Al-Ikhwan, Haji Muzammir Haji Bakri, Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya dan Yang Dipertua Isma Gombak, En Zuraidi Zakaria.

Dalam ucapannya, Tan Sri Wan Mahmood memuji Isma sebagai salah satu NGO yang aktif menyampaikan mesej-mesej pembangunan umat kepada masyarakat.

Karnival dua hari ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti forum kekeluargaan, pertandingan mewarna dan hafazan untuk kanak-kanak, demo masakan, larian maraton dan malam persembahan 'Malam Inspirasi Palestin'.

Lebih 30 gerai jualan dan pameran disediakan sepanjang karnival ini.
Tan Sri Wan Mahmood membelek album gambar aktiviti Isma Gombak di meja pameran.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HUSAM: ‘SAYA BERUBAH ATAU PAS YANG BERUBAH?’

Posted: 07 Nov 2015 01:49 AM PST

AMANAH GENERASI KEDUA POLITIK ISLAM MALAYSIA – DR DZUL

Posted: 07 Nov 2015 01:47 AM PST

DAP TANDING 8 KERUSI DI SELANGOR ELAK JATUH KE TANGAN BN

Posted: 07 Nov 2015 01:42 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Wan Azizah desak Putrajaya benar Anwar dirawat di luar negara

Posted: 07 Nov 2015 09:04 PM PST

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sebelah sebuah sangkar yang ditutupi kain, ketika pelancaran Jelajah Mock Prison Bebas Anwar di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 November, 2015. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sebelah sebuah sangkar yang ditutupi kain, ketika pelancaran Jelajah Mock Prison Bebas Anwar di Kuala Lumpur, hari ini. 

Ahli keluarga dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Putrajaya membenarkan bekas ketua pembangkang itu menjalani pembedahan di luar negara, sambil menambah, mereka tidak lagi mempercayai rawatan yang dilakukan di dalam negara. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, ini kerana Anwar selama ini dinafikan rawatan fisioterapi asas bagi kecederaan bahunya.
"Kami mahu pengesahan, sekurang-kurangnya bagi mendapatkan rawatan fisioterapi asas. Sesi fisio adalah untuk mengurangkan kesakitannya dan menyiapkannya untuk prosedur pembedahan yang lebih baik.

"Ini pembedahan untuk menyelamatkannya, itulah sebabnya fisioterapi sebelum dan selepas pembedahan adalah penting," katanya pada majlis pelancaran "Jelajah Mock Prison #BebasAnwar" di Kuala Lumpur hari ini. "Kami tidak percaya dengan sistem di sini, malah peguam negara pun boleh ditukarkan tanpa pengetahuannya," katanya.

Membenarkan kebodohan

Posted: 07 Nov 2015 08:46 PM PST

"Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan, tidur terlentang dalam kehidupan, menjerit-jerit tentang kematian,‎ pekik lolongnya kosong…"
Begitulah petikan lirik lagu ditulis Abdullah Jones dalam album Meor Yusof Aziddin‎ yang bertajuk "Dari Rakyat Untuk Rakyat".
Lagu ini amat sesuai dengan keadaan Malaysia dewasa ini.

Semakin hari "kebodohan" berleluasa di depan mata kita dan seolah-olah ianya "dihalalkan" begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan "ramai" yang cuba menidakkan "kebodohan" itu akan tetapi ianya tidak begitu kuat kerana "suaranya" tidak digabungkan.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat agar tidak menyalahkan kerajaan semata-mata di atas kemerosotan nilai ringgit.
Ringgit merupakan matawang Asia paling lemah sejak beberapa bulan lalu, paling rendah sejak 17 tahun dan sudah pun mencecah melebihi RM4 berbanding AS$1.
Sudah pasti ianya memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia yang semakin hari "ditekan" dengan pelbagai kenaikan kos kehidupan sedangkan tahap gaji masih sama.
"Apa-apa pun yang berlaku, termasuklah kejatuhan mata wang, faktor-faktor besarnya berada di luar kawalan kita.
"Kita tak boleh salahkan kerajaan kerana lebih daripada 120 negara di dunia ini, nilai mata wang mereka juga jatuh.
"Ada yang lebih ketara kejatuhan nilai mata wang mereka," kata Najib yang juga menteri kewangan ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Kuala Lumpur, malam tadi.‎
Memang benar kejatuhan matawang berlaku di mana-mana. Baht Thailand jatuh, begitu juga dengan Rupiah Indonesia.
Tetapi kita jangan lupa, nilai ringgit pada hari ini lebih rendah berbanding Baht. Mengapa ini berlaku?
Nilai ringgit tidak akan menjadi lebih lemah berbanding Baht jika kepimpinan Najib diyakini rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Dengan pelbagai skandal seperti syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, tidak akan ada sesiapa yang waras akan yakin kepada kepimpinannya.‎
Read More / Baca Lagi >>

Presiden Pas tidak lagi punyai matlamat?

Posted: 07 Nov 2015 08:41 PM PST

Husam dan Mohamad Sabu berpaling arah terhadap kepimpinan parti kerana merasa terdapat konspirasi antara ahli UMNO dengan kerjasama ahli Pas
husam musa
PETALING JAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak lagi mempunyai matlamat.
Perkara itu dinyatakan oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa apabila merasakan beliau tidak lagi tertahan dengan cara kerja yang dilakukan oleh Ab dul Hadi.
Memetik laporan dari sebuah laman portal, Husam menerusi ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kelantan baru-baru ini meluahkan rasanya itu kepada orang ramai yang datang dalam ceramah berkenaan.
"Kaki sebelah duduk dalam Pakatan Rakyat, yang kaki lagi satu duduk dalam UMNO. Itulah tuan guru kita, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kalau nak bekerjasama pun, beritahulah, biar jelas. Panggil muktamar dan kawasan dan maklumkan kepada semua ahli bahawa Pas kini sudah bekerjsama dengan UMNO," katanya.
Husam menjelaskan, beliau dan Mohamed Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) menjadi seperti sekarang adalah disebabkan merasa terdapat konspirasi antara ahli UMNO dengan kerjasama ahli Pas.
"Ini adalah perkara benar sebab Presiden Pas pun dah mengaku pernah tawarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya masuk Pas.
"ADUN-ADUN Ini ditawarkan sebab nak buat kerajaan dengan UMNO di Selangor dan bila ADUN-ADUN ini laporkan kepada Presiden PKR yang kemudiannya mengesahkan pengakuan Abdul Hadi,"ujarnya.
Dalam pada itu, Husam menyatakan bahawa niatnya bukanlah untuk menghentam Abdul Hadi sebaliknya, hanya sekadar mahu Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan menafikan laporan yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang mendakwa telah dipujuk.

24 jam untuk MCA dedah dana dari ‘derma’ Najib atau…

Posted: 07 Nov 2015 08:40 PM PST


najib2.6
KUALA LUMPUR 8 NOV: MCA diberi tempoh 24 jam untuk berterus-terang mengenai dana yang diterima dari derma RM2.6 bilion atau berdepan dengan laporan rasuah.
Jika tidak, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya akaun parti itu atau akaun peribadi pemimpinnya disiasat.
"Ke mana perginya dana yang didermakan kepada MCA itu? Berapa jumlah sebenar yang disalur kepada MCA?
Lip Eng"Adakah ia juga dimasukkan ke akaun peribadi pemimpin MCA atau ke akaun rasmi MCA? Jika masuk ke akaun peribadi, akaun siapa yang menerima dana itu?" katanya pada kenyataan media, hari ini.
Lip Eng berkata, ia berikutan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek minggu lalu mengesahkan 'derma' RM2.6 bilion disalur untuk membantu kempen parti komponen BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Katanya, bekas presiden MCA itu menyatakan kepada media bahawa Najib memaklumkan pemimpin parti komponen BN yang mereka akan mendapat bantuan kewangan.
"Ini aneh sekali kerana Timbalan Presiden Umno merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak tahu menahu tentang kemasukan derma itu," katanya.
"Adakah sikap berdiam diri pemimpin MCA terhadap pendedahan Soi Lek itu merupakan isyarat mengesahkan penerimaan dana daripada sumber derma kepada Perdana Menteri?" katanya.

Hak bernegara, penyatuan dan halangannya

Posted: 07 Nov 2015 08:38 PM PST

image_gallery
It is for the people to determine the destiny of the territory and not the territory determines the destiny of the people – Hakim Dillard.
CUBAAN untuk tidak bersama Persekutuan Malaysia bukanlah polemik baharu.
Ia sudah sekian lama muncul dan yang pertama seumpamanya sebelum pengisytiharaan Persekutuan pada 1963 yang dibawa Sultan Kelantan dan diputuskan sepuluh hari sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia.
Polemik itu muncul mutakhir ini, bukan dari Kelantan tapi dari Johor dan Sarawak. Pastinya, ia muncul bersebab, sebagaimana Sultan Kelantan pada 1963, begitu juga Gerakan Sarawak for Sarawakian dan suara putera Diraja Johor.
Merujuk kembali kursus Pengenalan Undang-undang Antarabangsa tentang hak bernegara, ia memfokus kepada cubaan dan usaha yang seumpamanya di Scotland dan Timor-Timor (kini Timor Leste). Dua entiti itu punyai azam yang sama, untuk menegakkan hak bernegara mereka tapi dengan proses yang sangat berbeza.
Secara ringkas, kedua-duanya mulai usaha untuk berkerajaan sendiri sejak 1970-an. Bezanya antara Scotland dan Timor-Timor; yang pertama diusahakan dengan proses demokratik manakala yang kedua melalui proses pertumpahan darah setelah proses demokratik dinafi.
flagBagi Scotland, juga Britain, suara rakyat merupakan nadi demokrasi, maka ia tidak dinafi meskipun terdapat usaha politik untuk mengelaknya. Lantas, referendum digubal bagi membenarkan rakyat menyuarakan hak mereka; sama ada mahu terus bersama atau berpisah. Usaha pertama gagal tanpa sebarang pertumpahan darah.
Usaha tak pernah berhenti dan ia digagaskan sekali lagi pada 2000; diberi pilihan sama ada diberi kuasa autonomi atau bebas merdeka, sekali lagi gagal untuk bebas sebaliknya rakyat Scotland memilih untuk mendapatkan hak autonomi dalam bidang kuasa tertentu.
Tahun lalu, nasionalis Scotland sekali lagi memgembleng usaha untuk merdeka juga melalui referendum rakyat; untung nasib mereka kekal; rakyat mengundi untuk kekal bersama.
Read More / Baca Lagi >>

Tolak Najib demi kepentingan nasional dari utamakan politik kepartian

Posted: 07 Nov 2015 08:37 PM PST


Najib gagal
KUALA LUMPUR 8 NOV: Pakatan Harapan termasuk DAP mendahulukan kepentingan nasional melebihi keutamaan kepartian apabila berusaha menolak pentadbiran kerajaan sedia ada bagi mengelakkan negara terjerumus dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak harus dibiar memerintah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi mengelakkan risiko ekonomi dan pembangunan negara.
Pakatan-HarapanJika DAP dan Pakatan Harapan hanya berminat dengan kekuasaan politik, katanya, mereka akan membiarkan Najib terus mentadbir sehingga PRU 14 kerana Perdana Menteri itu lebih mudah dikalahkan berikutan pelbagai skandal.
"Jika kita mementing kekuasaan, Pakatan Harapan tidak akan mengacau pentadbiran Najib kerana tidak mungkin ada Perdana Menteri yang lebih lemah daripada Najib untuk mengetuai PRU 14.
"Kita tidak mahu Malaysia menjadi negara gagal sedangkan kira-kira setengah abad lalu, kita dianggap antara negara yang berpotensi untuk menjadi antara terbaik dan paling berjaya di dunia.
"Kerana itu, kita sanggup bekerjasama walaupun dengan ahli biasa mahupun Ahli Parlimen UMNO BN demi menyelamatkan negara ini daripada dasar politik dan ekonomi yang buruk amalan pentadbiran Najib," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau merujuk usaha menolak pembentangan Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya kepada Najib yang dilakukan pimpinan Pakatan Harapan sekalipun tidak begitu yakin pemimpin UMNO BN berani melakukannya.
Ketika DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan tiga juta ahli UMNO dan 30 juta rakyat untuk menyelamatkan Malaysia, katanya, cabaran utama ialah sama ada pihak lain sedia melakukannya bersama-sama.
"Cabarannya, sama ada landasan politik baru boleh muncul di Malaysia dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi pihak atau peribadi kepentingan!" katanya.

Takut hilang kuasa, Kadir Jasin ramal Najib tangguh PRU14

Posted: 07 Nov 2015 08:35 PM PST

Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang, menurut bekas pengarang kumpulan New Straits Times. 

Orang ramai perlu bersedia menghadapi kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba melambatkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana beliau dan penyokongnya takut kehilangan kuasa, kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin. Menulis dalam blognya, Kadir berkata Najib tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang.
PRU14 dijadualkan pada 2018.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memberi amaran, rakyat Malaysia "jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konconya untuk tidak mengadakan PRU." Najib kini menerima tekanan berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan deposit RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, 2 isu yang turut menimbulkan hura hara dalam partinya, Umno.
"Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN)," tulis Kadir.
Katanya, rakyat perlu melihat ke satu era baharu di mana Umno dan BN bukan lagi tempat bergantung, kerana tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepentingan rakyat di bawah kepemimpinan sekarang.
Mereka bertindak seolah-olah mereka "lord and master of the universe", katanya.

Kadir (gambar, kiri), yang sering mengkritik pentadbiran Najib, berkata rakyat perlu memikirkan politik yang "lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan". Beliau juga menggesa rakyat bekerjasama dan mencadangkan gerakan non-partisan (yang tidak berpihak) ditubuhkan dengan menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.
Kadir berkata, dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia dan rakyat perlu menunjukkan mereka peduli dan "akan melakukan apa saja" demi menyelamatkan negara.
Kebijaksanaan semasa atau "conventional wisdom" pula, katanya, tidak lagi berkesan dalam membetulkan kerajaan kerana "Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama".
"'Conventional wisdom' nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.
"Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah," katanya.

Utusan selar Pandikar ugut letak jawatan speaker

Posted: 07 Nov 2015 08:34 PM PST

Utusan Malaysia hari ini membidas kenyataan letak jawatan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu debat antara ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negera (PAC) Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Awang Selamat menerusi ruangan pojok akhbar itu berkata tidak wajar Pandikar mengeluarkan kenyataan mahu meletak jawatan, apatah lagi ia merupakan kedudukan mulia di dalam Dewan.
"Mengapa Pandikar harus mengeluarkan kata-kata mahu meletakkan jawatan jika perdebatan itu diteruskan. Tanpa menyebut ungkapan itu sebenarnya sudah cukup menggambarkan ketegasan beliau.

"Sebagai Speaker, tidak sesuai untuk mudah memberikan kata dua, apatah lagi jawatan tersebut mulia dalam konteks Dewan Rakyat yang beliau sendiri anggap sebagai jantung demokrasi," katanya dalam edisi mingguan akhbar itu hari ini. Awang berkata, ini bukan kali pertama Pandikar membuat kenyataan tersebut kerana beliau pernah melakukan perkara sama sebelum ini atas alasan kecewa kerana tiada pembaharuan Parlimen.
Khamis lalu, Pandikar mengancam meletak jawatan sekiranya Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, berdegil meneruskan debat secara langsung di televisyen mengenai 1MDB bersama Arul.
Meskipun tidak menghalang perdebatan tersebut, Pandikar berkata, ia sewajarnya diadakan hanya selepas selesai siasatan PAC mengenai skandal syarikat pelaburan negara yang sarat hutang itu.
Sementara itu, Awang dalam tulisannya di akhbar milik Umno itu turut memuji Arul yang dilihat sebagai contoh pemimpin sebenar kerana berani menyahut cabaran dan tidak menyembunyikan diri.
Katanya, Arul melakukan tugasnya dengan baik sejak mentadbir 1MDB dengan memberi penerangan secukupnya, malah lebih bagus daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) terdahulu.
"Awang angkat topi kepada Arul, beliau bukan sahaja proaktif dan berani dalam menjawab persoalan, malah tohmahan berkaitan isu 1MDB, hujah-hujahnya juga bernas dan menyakinkan.
"Walaupun bukan ahli politik, 'rating' Arul meningkat, sementara Pua merundum. Pemimpin dan ketua sebenar diuji ketika melalui detik sukar dan mencabar," katanya.

Anwar: Deepavali sebagai ingatan terus lawan kejahatan

Posted: 07 Nov 2015 08:32 PM PST



Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih beliau kerana tidak dapat menyambut perayaan Deepavali tahun ini kerana terpaksa merengkok dalam penjara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata meskipun jasadnya dipenjara namun fikiran beliau sentiasa bersama-sama mereka yang menyambut perayaan pesta cahaya itu.
"Tahun ini saya tidak dapat bersama-sama menyambut pesta cahaya (Deepavali). Tetapi yakinlah, fikiran saya, harapan untuk semua yang terbaik sentiasa bersama anda semua," katanya dalam satu perutusan melaluu pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Anwar berkata perayaan Deepavali itu diraikan oleh penganut Hindu dengan kegembiraan dan penuh ketaatan di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Katanya, Deepavali adalah sebuah perayaan bagi meraikan perjuangan di antara perkara yang betul dan salah serta yang baik dan jahat.
"Perjuangan antara betul dan salah, dan yang baik dan jahat. Tidak kira apa halangan dan cabaran yang dihadapi oleh kita, yang baik akan sentiasa muncul berjaya pada akhirnya. Ingat ini, dan janganlah kiranya kecewa dengan halangan atau kegagalan sementara.
"Marilah kita mengukuhkan dan meneruskan perjuangan menentang kezaliman dengan semangat baru dan usaha," katanya.

Najib’s son, Zahid’s daughter defend vaping

Posted: 07 Nov 2015 08:31 PM PST

Nazifuddin praises young entrepreneurs' creativity, Nurulhidayah slams raids
vape nazim
KUALA LUMPUR: Two VIP children have defended the vape business against government raids on retailers and confiscations of vaping liquid compounds.
The prime minister's son, Mohd Nazifuddin Najib, in a Facebook posting said that he was opposed to any plans by the government to ban vaping.
The deputy prime minister's daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid, condemned confiscations and "threatening statements as if vaping is a crime".
Two weeks ago, the Cabinet decided against a ban on vaping but on Thursday the health ministry began a crackdown on vaping because the liquid compounds contain nicotine, which is listed as a Category C poison under the Poisons Act to be sold only by registered medical practioners.
Nazifuddin said yesterday that he hoped the vaping business would continue to expand. "I do not agree if the use of vape is banned," he said. "Many of the best vape products come from young local entrepreneurs who are creative and innovative, so I will give them encouragement."
Nurulhidayah, in a Facebook posting, said the government should conduct research into the negative and positive aspects of vaping.
"There is no need for widespread confiscation and making threatening statements as if vape is a crime," she said. Government action was hurting businesses, she said, adding that unlike tobacco cigarettes which contain up to 4,000 poisonous contents, vaping compounds were significantly less harmful.
Vaping is an alternative form of smoking in which liquid compounds are electronically heated and vaporised in e-cigarettes to simulate tobacco smoking.

Mohd Amar: Kenapa bukan Amanah yang tanding?

Posted: 07 Nov 2015 08:31 PM PST

 Pas yakin dapat mempertahankan lapan kerusi Dun Selangor miliknya walaupun bakal ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang. Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebelum ini Pas telah berulang kali menyatakan tidak pernah berganjak daripada perjuangan mengekalkan kerusi milik parti itu termasuklah pada PRU14.
Mohd Amar Nik Abdullah "Kami yakin, insya-ALLAH, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu mengulas mengenai tindakan DAP yang bercadang bertanding di lapan kerusi Pas di Dun Selangor pada PRU14.
Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad didakwa sebagai berkata, tindakan DAP untuk bertanding kerusi tersebut bukanlah disebabkan kurang yakin dengan Amanah, namun disebabkan hilang keyakinan kepada Pas, kata Mohd Amar :
"Jika benar hilang keyakinan terhadap Pas, maka DAP sepatutnya membuat keputusan sebaliknya dan bekerjasama dengan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan itu.
"Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah".
Ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor, beliau hanya menjawab ringkas, perkara tersebut perlu dirujuk terus dengan Abdul Hadi.

Najib dan Hadi : Antara kepentingan parti dan peribadi

Posted: 07 Nov 2015 08:29 PM PST

Kenyataan Presiden Pas berhubung isu tertentu menunjukkan percanggahan dengan barisan kepimpinan tertinggi parti itu sama seperti Najib
najib hadi
PETALING JAYA: Kemelut dalam kepimpinan tertinggi Pas sama seperti dalam UMNO.
Beberapa kenyataan yang menimbulkan percanggahan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mereka yang di bawahnya, menunjukkan parti itu sedang haru biru.
Berhujah atas pendedahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, penulis blog, Shahbudin Husin berkata, Ahli Parlimen Marang itu perlu meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang boleh membawa perubahan kepada masa depan perjuangan Pas.
"Antara "kekeliruan" dan "haru biru" serta tindakan "buang tabiat" yang dibangkitkan Husam ialah percanggahan kenyataan oleh kepimpinan parti yang antaranya berkaitan isu 1MDB, kerjasama dengan UMNO dan hubungannya dengan Perkasa," tulisnya.
Sejajar dengan pandangan Husam, dia bersependapat untuk menyelamatkan parti itu, Abdul Hadi perlu diganti dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini merupakan pemimpin nombor dua dalam Pas.
Sekiranya pandangan itu diterima ia bermakna perwakilan parti itu akan melakukan pembaharuan pada pemilihan kepimpinan pada 2017.
Jika tidak, ia bermakna Pas akan terus terbeban dan terpaksa menanggungnya sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka pada 2018.
"Dalam konteks ini, Pas sebenarnya tidak jauh bezanya dengan UMNO. UMNO lebih awal dikesan perlu pertukaran presidennya kerana terbeban dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sehingga rakyat yang meluat, membenci dan menolak kian meningkat hari demi hari.
"Tetapi Najib tetap cuba dipertahankan, malah pemilihan parti telah pun ditangguhkan sehingga pilihanraya 2018. Dalam masa yang sama, mereka yang menegur dipecat, disiasat dan kedudukan masing-masing dalam UMNO pula bakal disekat tidak lama lagi," kata Shahbudin.

APA SUDAH JADI !!!

Posted: 07 Nov 2015 05:24 PM PST

Malaysia di bawah Indonesia, Filipina & Vietnam ??

Malaysia terus jatuh di bawah paras negara membangun ??

Arwah ayah akan kecewa kepimpinan semasa, kata anak Tun Dr Ismail

Posted: 07 Nov 2015 05:17 PM PST

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015. 
Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan.

Bagi anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, jika ayahnya Tun Dr Ismail Abdul Rahman masih hidup, beliau akan kecewa dengan keadaan kepimpinan negara hari ini.
Kerajaan sudah lumpuh dan negara ini "dalam keadaan kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion, Tawfik memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual.
"Saya rasa beliau akan kecewa dengan cara kepimpinan sekarang," kata bekas ahli Parlimen Sungai Benut berusia 64 tahun itu sempena pelancaran koleksi penulisan ayahnya, "Drifting Into Politics".

Ia dilancarkan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November. "Beliau juga mungkin berasa agak kecewa apabila pedoman negara semakin hilang ketika menyentuh soal mengenai hubungan antara kaum," kata Tawfik yang menambah bapanya terkenal kerana peranannya dalam membina semula Malaysia selepas tragedi 13 Mei 1969, dan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah pemerintahan bapa Najib, Tun Abdul Razak.
Dr Ismail meninggal dunia pada 1973 pada usia 57 tahun.
Tawfik berkata, beliau percaya Najib boleh berubah dengan syarat lebih ramai golongan moderat atau sederhana bersuara dan memberi tekanan terhadap kumpulan pelobi yang berpandangan lebih melampau, yang katanya kini mempengaruhi Najib.
Tawfik berkata kepimpinan Malaysia sejak beberapa tahun ini lebih berhaluan kanan, politik wang semakin menjadi-jadi dalam Umno, isu kaum digunakan sebagai kambing hitam, dan pihak berkuasa agama mengganggu kehidupan peribadi rakyat.
Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
Tetapi tidak seperti kebanyakan pengkritik kerajaan, Tawfik tidak percaya penyelesaiannya ialah dengan menyingkirkan Najib, terutamanya kerana beliau tidak fikir Najib boleh disingkirkan. Parti pembangkang sememangnya tidak mampu menjadi lebih tersusun dan berkesan, manakala bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya, meletakkan "pelindung" bagi memastikan kedudukan presiden parti dan perdana menteri terjamin, kata bekas pemimpin Umno itu.
Beliau berkata "pelindung" itu termasuk cara bagaimana presiden Umno dipilih, bagaimana pasukan keselamatan negara dilantik dan pindaan terhadap akta kehakiman.
"Kami mahu memecahkan pengaruh golongan berhaluan kanan ke atas Najib. Jika cukup ramai golongan moderat yang tampil ke depan dan menyuarakan pandangan mereka, Najib boleh berubah." – Tawfik Ismail
Tawfik, 64, juga tidak termakan dengan hujah mengatakan Najib perlu meletak jawatan kerana kontroversi 1MDB dan sumbangan derma yang diterimanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Tun Dr Ismail ceritakan saat G25 tolak pelawaan Dr Mahathir, Muhyiddin

Posted: 07 Nov 2015 05:12 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tampil bersama pada 12 Oktober lalu mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Kedua-dua pemimpin itu dikatakan cuba mendapatkan sokongan kumpulan moderat G25 dalam usaha mereka menentang Najib. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015. 
Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tampil bersama pada 12 Oktober lalu mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Kedua-dua pemimpin itu dikatakan cuba mendapatkan sokongan kumpulan moderat G25 dalam usaha mereka menentang Najib. 

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bertemu kumpulan moderat G25 dan cuba mendapatkan bantuan mereka dalam menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian pendedahan seorang ahli kumpulan itu, Tawfik Ismail. Bagaimanapun, Tawfik, yang merupakan anak timbalan perdana menteri Malaysia kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu berkata, G25 mengambil pendirian yang tidak memihak sesiapa dan enggan terlibat dalam perkara seperti itu.
Tawfik berkata, Muhyiddin memanggil G25 untuk satu mesyuarat pada September dan memberitahu rasa tidak puas hati beliau terhadap kepimpinan Najib dan bagaimana beliau berakhir di kedudukannya sekarang.

"Kemudian beliau bertanya kepada kami, bagaimana kami boleh membantu. Kami berkata, pertamanya, kami tidak fikir kami cenderung memihak kepada sesiapa dalam politik. Kami 'non-partisan' (tidak berpihak). "Dan kami memberitahunya, kami merasakan beliau dan Dr Mahathir bukan orang yang tepat untuk melawan Najib. Beliau sedikit terperanjat, meminta saya menerangkan maksud saya.
Tawfik Ismail, ahli kumpulan G25 dan anak timbalan perdana menteri kedua Malaysia, berkata kumpulan itu tidak mahu terlibat dalam politik, dan enggan bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam melawan pentadbiran Najib. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015.Tawfik Ismail, ahli kumpulan G25 dan anak timbalan perdana menteri kedua Malaysia, berkata kumpulan itu tidak mahu terlibat dalam politik, dan enggan bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam melawan pentadbiran Najib. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015.
"Jadi, saya kata, untuk setiap damak yang anda baling kepada Najib, Najib baling balik dua damak," kata Tawfik, sambil menambah, orang ramai hanya akan tambah keliru dengan keadaan berbalas-balas seperti itu. Beliau berkata, Muhyiddin diberitahu yang segala masalah sepatutnya ditangani golongan muda yang akan mewarisi negara ini, dan memberi contoh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin DAP Liew Chin Tong.
"Mereka ini pemimpin muda masa depan yang mempunyai kepentingan yang lebih besar terhadap apa yang berlaku pada masa akan datang berbanding Dr Mahathir, Muhyiddin dan Najib," kata Tawfik.
G25 juga memberitahu Muhyiddin, dengan menyebelahi mana-mana pihak, mereka tidak akan dapat memainkan peranan mereka membawa mesej kesederhanaan di negara ini, kerana mereka akan terpaksa mengasingkan segmen tertentu, katanya.
"Itulah yang kami beritahu Muhyiddin. Kita perlu mempunyai hubungan dengan semua akar umbi kita dan kita tidak boleh melakukannya jika kita memihak sesiapa.
"Adalah lebih baik bagi kami membawa pemain semasa kembali ke tengah. Kerana, jika anda tidak boleh menyingkirkan mereka, mungkin anda boleh ubah mereka," kata Tawfik mengenai perbualan kumpulan itu dengan Muhyiddin.
Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada akhir Julai, selepas secara terbuka menyoal Najib berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan syarikat yang diilhamkannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan wang RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri dalam akaun bank peribadinya.
The Malaysian Insider menemuramah Tawfik sempena pelancaran buku "Drifting Into Politics", koleksi penulisan Dr Ismail sendiri, di mana Tawfik merupakan editor bersama dengan ahli akademik Ooi Kee Beng.
Read More / Baca Lagi >>

Pandangan Tun Dr Ismail penting dalam menangani pergolakan semasa negara

Posted: 07 Nov 2015 05:10 PM PST

Pandangan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang dibukukan ini akan berkesan menyentuh hati semasa kerana beliau bergelut dengan soal hubungan kaum, kesedaran kebangsaan dan cabaran politik yang terus menjadi tumpuan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015. 
Pandangan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang dibukukan ini akan berkesan menyentuh hati semasa kerana beliau bergelut dengan soal hubungan kaum, kesedaran kebangsaan dan cabaran politik yang terus menjadi tumpuan rakyat. 

Drifting into Politics: The Unfinished Memoirs of Tun Dr Ismail Abdul Rahman| Susunan Tawfik Tun Dr Ismail and Ooi Kee Beng | Diterbitkan oleh ISEAS-Yusof Ishak Institute, Singapura; 2015 | 89 mukasurat. Naratif berbentuk autobiografi mengenai pembentukan negara ini, dikarang seorang pemimpin yang berperanan penting dalam pembentukan masa depan negara, mempunyai kepentingan yang jauh lebih besar walaupun ia hanya sebuah buku nipis.
Sejarah hidup Tun Dr Ismail yang penuh dengan peristiwa penting ketika beliau berada di barisan hadapan negara, diterbitkan pada waktu genting dalam sejarah perjalanan negara ketika ini, apabila kesedaran kebangsaan sedang melalui pergolakan hebat di tengah-tengah peralihan landskap politik, sosial dan ekonomi.

Walaupun penerbitan memoirnya muncul lebih 40 tahun pemergiannya selepas serangan jantung, ia mempunyai kualiti yang meninggalkan kesan terhadap pembaca hari ini, kerana kita sedang merasai perjalanan mencari jiwa dan hala tuju seperti mereka yang baru mencapai kemerdekaan. Pandangan Dr Ismail mengenai isu negara akan berkesan menyentuh hati pembaca sekarang kerana beliau bergelut dengan soal hubungan kaum, kesedaran kebangsaan dan cabaran politik yang terus menjadi tumpuan rakyat ketika ini.
Buku ini meliputi 16 bab menceritakan pengalaman beliau sejak zaman kanak-kanak yang dari keturunan bangsawan Melayu di Johor, semasa era penjajahan British hingga ketika menuntut kursus perubatan di Singapura dan Australia, kebangkitan nasionalisme Melayu, perjuangan kemerdekaan, pentadbiran diri sendiri dan perkhidmatannya kepada negara sebagai ahli Kabinet.
Gesaan menerbitkan autobiografi mengenai Dr Ismail yang belum selesai sepenuhnya, yang ditemui di antara kertas kerja yang dirangka beliau, makin meningkat sejak ISEAS menebitkan buku pertama tentang beliau bertajuk, "The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time" (2006), kata timbalan pengarah institut itu, Ooi Kee Beng.
Keluarga Dr Ismail meminta memoirnya diterbitkan pada 2015, sempena memperingati ulang tahun ke-100 kelahirannya pada 4 November.
Walaupun kehidupan Dr Ismail singkat, dan beliau tidak pernah menjadi perdana menteri, signifikan beliau sebagai tokoh negara dapat dihayati sehingga ke hari ini.
Ini dinyatakan Ooi, yang juga penyunting bersama buku itu dengan anak sulung Dr Ismail, Tawfik, di bawah tajuk Pengenalan kepada memoir beliau itu:
Read More / Baca Lagi >>

Najib gesa rakyat jangan salahkan Putrajaya atas kemerosotan nilai ringgit

Posted: 07 Nov 2015 05:09 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia agar tidak menuding jari kepada kerajaan semata-mata dalam mencari punca kemerosotan nilai mata wang ringgit.
Katanya, ini kerana, negara ini bernasib baik apabila kerajaannya "mempunyai visi yang jelas serta perancangan mantap yang disusun begitu rapi sekali" bagi membentenginya daripada kesusutan pendapatan petroleum yang dianggar berjumlah RM30 bilion.
"Kita mesti faham, negara kita pada dasarnya berada pada landasan yang betul.

"Apa-apa pun yang berlaku, termasuklah kejatuhan mata wang, faktor-faktor besarnya berada di luar kawalan kita. "Kita tak boleh salahkan kerajaan kerana lebih daripada 120 negara di dunia ini, nilai mata wang mereka juga jatuh.
"Ada yang lebih ketara kejatuhan nilai mata wang mereka," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Kuala Lumpur, malam ini.
Kenyataan defensif Najib itu dibuat ketika beliau sendiri bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disebut bank pusat sebagai penyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit.
Read More / Baca Lagi >>

Drama 1MDB: Arul akan elak, cari helah sampai bila-bila

Posted: 07 Nov 2015 04:58 PM PST


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengandaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy akan mencari apa sahaja alasan untuk mengelak daripada  berdebat secara terbuka mengenai isu membabitkan syarikat itu.
Rafizi mendakwa, walaupun dahulu Arul dilihat terbuka untuk berdebat namun tindakannya  membuat pusingan U baru-baru ini adalah kerana berasa debat itu akan 'memakan' dirinya.
"Isu 1MDB ini tidak boleh dipertahankan oleh mana-mana eksekutif kepimpinan BN jadi kalaupun dibawa pendebat yang terbaik daripada 1MDB,  itu pun tidak memberi kelebihan kepada mereka, kerana banyak kepincangan yang telah berlaku di dalam 1MDB.
"Sebab itu bagi saya Arul Kanda tidak berani berdebat kerana dia tahu dalam ‎ satu debat terbuka disiar secara langsung sukar untuk dia pertahankan 1MDB apabila soalan mudah yang bersabit dengan ekonomi dan kesan 1MDB kepada rakyat mula dihuraikan," katanya kepada Sinar Online.
Justeru itu kata Rafizi, Arul akan mencari pelbagai helah untuk 'melarikan diri'.
"Sebab itu saya tidak nampak, Arul akan selama-lamanya berani berdebat, dia akan mencari helah sampai bila-bila untuk berdebat kecuali apabila  dia dituntut oleh undang-undang tampil memberi keterangan dalam PAC ataupun ada sebarang siasatan yang dapati bahawa ada penyelewengan berlaku dalam 1MDB baharulah Esekutif 1MDB tiada pilihan lain selain tampil memberi keterangan.
"Tetapi kalau rakyat berharap mereka tampil berdebat secara terbuka saya rasa tidak akan berlaku sampail bila-bila," ujar Rafizi lagi.
Arul sebelum ini berkata, debat 1MDB hanya boleh dilaksanakan selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mengambil kira keputusan yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

DUA PRESIDEN YANG ADA PERSAMAAN

Posted: 07 Nov 2015 04:48 PM PST

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa akhirnya bersuara yang dikira untuk kebaikan dan masa depan parti itu sendiri iaitu Hadi Awang perlu meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baharu yang boleh membawa perubahan kepada masa depan perjuangannya.

Katanya, Pas kini berada dalam "kekeliruan" dan "haru biru"  serta pucuk pimpinannya pula sudah dianggap "buang tabiat" dalam beberapa tindakannya.

Antara "kekeliruan" dan "haru biru" serta tindakan "buang tabiat"  yang dibangkitkan Husam ialah percanggahan kenyataan oleh kepimpinan parti yang antaranya berkaitan isu 1MDB, kerjasama dengan UMNO dan hubungannya dengan Perkasa.

Sehubungan itu, tegas Husam, pengakhiran dalam kadar segera kepada semua keadaan itu hanya boleh dilakukan dengan Hadi Awang perlu diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini merupakan pemimpin nombor dua dalam Pas.

Dalam konteks ini, Pas sebenarnya tidak jauh bezanya dengan UMNO. UMNO lebih awal dikesan perlu pertukaran presidennya kerana terbeban dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta sehingga rakyat yang meluat, membenci dan menolak kian meningkat hari demi hari.

Tetapi Najib tetap cuba dipertahankan, malah pemilihan parti telah pun ditangguhkan sehingga pilihanraya 2018. Dalam masa yang sama, mereka yang menegur dipecat, disiasat dan kedudukan masing-masing dalam UMNO pula bakal disekat tidak lama lagi.

Menang atau kalah pilihanraya bukan lagi menjadi perkiraan, tetapi mengekalkan kedudukan Najib selama yang mungkin lebih diutamakan.

Sediakah ahli Pas berlapang dada menerima saranan Husam itu dalam pemilihan pucuk pimpinannya tahun 2017 nanti atau melakukan perubahan lebih awal daripada itu?

Atau mereka lebih rela terus dalam kekeliruan sehingga pilihanraya umum tahun 2018 diadakan dengan terus mengekalkan Hadi Awang sebagaimana Najib dipertahankan dalam UMNO?

APAKAH MASALAH UMNO SELESAI DENGAN MENDAKWA MAHATHIR DI MAHKAMAH?

Posted: 07 Nov 2015 04:48 PM PST

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu.

Serentak dengan itu, beliau mahukan ahli di peringkat akar umbi mendukung segala usaha yang sedang dilakukan oleh pucuk pimpinan  UMNO bagi tujuan itu.

Atas dasar itu, kami menjelaskan kepada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi bahawa dukungan harus diberikan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah tersebut, katanya di Alor Setar hari ini.

Walaupun Zahid tidak menyebut masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO, tetapi semua orang memahami masalah utama UMNO sekarang ialah berkaitan 1MDB, derma RM2,600 juta dan hal-hal yang melingkari kepimpinan Najib sendiri.

Ia kemudian berkait pula dengan kedudukan Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan empat pemimpin lain yang dikenali "Kumpulan 7" sama ada bakal dipecat, digantung atau sebagainya daripada UMNO dalam waktu yang terdekat ini.

Selain itu, ia juga melibatkan Tun Mahathir yang turut sedang disiasat polis dan keputusan sama ada akan diambil tindakan atau sebaliknya akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Itulah sebenarnya masalah-masalah utama yang sedang dihadapi UMNO. Dan semuanya, jika dihalusi tidak lain hanyalah berpunca daripada satu orang saja iaitu Najib sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Jika Zahid mengatakan UMNO sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semua masalah itu dan mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti di peringkat negeri, bahagian serta akar umbi,  apakah tindakan penyelesaian yang dalam perancangan itu?

Apakah memecat atau menggantung keahlian "Kumpulan 7" dapat menyelesaikan masalah parti?

Apakah juga memecat atau menggantung kedudukan Muhyiddin Yassin yang kemudian menyebabkan haknya terbatal untuk merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 9 Disember depan mampu menguatkan dan menyelesaikan masalah parti?
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat seperti hamba abdi pemimpin sahaja

Posted: 07 Nov 2015 02:53 AM PST

Sekarang adalah zaman kita membayar cukai dari satu cukai ke satu cukai yang lain. Apabila kita membuat 'complain' terhadap cukai yang amat membebankan itu kita akan disuruh oleh pemimpin kita untuk mengendalikan kehidupan kita dengan baik dan praktikal.
Jika kita tidak larat membeli ikan jangan makan ikan. Itu kata seorang bekas Menteri kita. Seorang lagi Menteri yang masih muda tetapi agak 'bongok' telah meminta kita jangan marah dengan kenaikan tol. Jika tidak mampu membayar tol bangun pagi-pagi dan mulakan perjalanan ke pejabat awal pagi. Sikap pemimpin dari Sabah ini tidak lebih dan tidak kurang sikap orang yang suka melukah ditempat yang genting.
Dua hari yang lepas harga rokok melambung sebanyak 40 peratus. Ada pemimpin yang meminta kita menggunakan wang untuk rokok itu membeli makanan dan jangan menghisap rokok lagi. Kenyataan-kenyataan seperti ini amat menjemukan dan menjelekan kita mendengarnya.
Masalahnya cukai dinaikkan kerana kerajaan tidak pandai mencari sumber yang lain untuk negara. Sejak pentadbiran yang ada sekarang ini, kita dicukai kerana pemimpin kita hanya tahu dan nampak satu sumber sahaja untuk menambah pendapatan negara. Subsidi bahan api dan yang lain ditarik balik dan dalam masa yang sama kita dicukai tidak berpatutan. Jika pemimpin-pemimpin kita tidak tahu untuk mencari sumber kewangan yang lain, rakyat dijadikan seperti kerbau yang membajak di sawah sahaja. Rakyat yang membanting tulang dicukai dengan tinggi dan rakyat disuruh berjimat cermat dan kendalikan hidup dengan cara yang lain.
Jadi apa bezanya rakyat dengan kerbau yang membajak disawah tadi? Kerbau diarak ke sawah untuk bekerja ditengah panas terik dan akhirnya kerbau dibawa pulang dan diberikan makanan rumput kering yang mati. Kebanyakkan hasil sawah padi dicukai oleh kerajaan dan rakyat seolah-olah dijadikan hamba abdi.
Apabila 'hamba abdi' itu marah pemimpin-pemimpin yang mengutip itu mereka akan mengajar cara untuk hidup yang betul. Sebelum rakyat dicukai, rakyat sudah makan seperti kerbau makan rumput mati tadi, sekarang kita dicukai lagi. Hatta rakyat kini terpaksa berjimat dan mencari jalan untuk menambah pendapatan untuk mencukupi keperluan hidup dan selain dari itu untuk mencari sedikit wang lebihan untuk persediaan untuk dicukai yang bakal datang pada bila-bila masa sahaja dibawah pentadbiran Najib ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar minta kerajaan jangan ganggu Tun M

Posted: 07 Nov 2015 01:59 AM PST

Tun M tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik Najb
anwar-mah
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya sebarang gangguan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mereka yang lain dihentikan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau khuatir dengan siasatan yang dijalankan polis ke atas bekas Perdana Menteri itu, ekoran kelantangannya bersuara.
Jelasnya, Dr Mahathir tidak melakukan jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Jika begini caranya Tun Dr Mahathir dilayan, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam bahaya," petik kenyataan beliau yang dikeluarkan melalui peguamnya.
Menurut Anwar, kerajaan sepatutnya menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir dan bukannya menyiasat beliau.
Pada Jumaat, bekas Perdana Menteri telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat daripada Bukit Aman.
Ketika ditanya mengenainya, beliau enggan mengulas lanjut.

Ali Tinju sedia berdepan dengan Subramaniam jika vape diharamkan

Posted: 07 Nov 2015 01:52 AM PST

Mohd Ali yang tidak bersetuju dengan pengharaman penggunaan vape sedia untuk berdepan dengan Subramaniam bagi memohon agar ia tidak diharamkan
ali-tinju_subra_vape_600
PETALING JAYA: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Tinju menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam sekiranya kerajaan mengharamkan penggunaan vape.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Subramaniam yang mahu supaya penggunaan vape diharamkan.
Katanya, kerajaan perlu mengkaji balik cadangan itu agar ia tidak menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.
"Saya tidak setuju denganYB (Subramaniam) haramkan Vape. Mohon jasa baik supaya kaji balik
"Saya sedia berdepan dengan Menteri Kesihatan (Subramaniam) jika masih tidak halalkan vape," katanya kepada FMT.
Terdahulu, Subramaniam berkata, kerajaan akan menimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
Subramaniam memberitahu, kementeriannya mempunyai kuasa untuk menyekat penjualan cecair vape di bawah Akta Racun 1952.
Nikotin merupakan racun kumpulan C iaitu bahan yang memerlukan lesen jika mahu dikeluarkan atau dijual.

Dakwaan tanpa bukti, bertaubatlah Husam... - Pemuda Pas

Posted: 07 Nov 2015 01:52 AM PST


Ir Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - "‎Banyak dakwaan yang dinyatakan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa  tidak dapat dibuktikan," itu respons Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung dakwaan terbaharu bekas Exco Kelantan itu.

Terkini adalah dakwaan Husam terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎berkaitan rancangan Abdul Hadi untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Khairil memberi contoh dakwaan Husam berkaitan Pemuda Pas yang kononnya menerima RM300,000 daripada tiga Exco Kelantan ketika menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kelantan baru-baru ini. yang ternyata hanya dakwaan semata-mata.

"Husam selalu memetik sumber sekunder ketika membuat dakwaan, kalau diperhatikan tulisan Husam akan menulis (katanya) iaitu merujuk kepada orang kedua bukan dirinya sendiri.

"Dan semakan kami secara terperinci terhadap dakwaan Husam hanyalah dakwaan semata-mata, kerana tiada RM300,000 di dalam akaun yang dimaksudkan, itu saya sendiri yang semak," katanya kepada Sinar Online.

Oleh itu, Khairil mencabar Husam untuk melampirkan segala bukti dakwaan Husam terhadap Pas.

"Dia (Husam) ada bukti, bawa bukti, kami (Pemuda Pas) sanggup buat laporan kepada Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya Husam tampil dengan bukti di setiap dakwaanya.

"Sekiranya tidak, kami mengandaikan dakwaan Husam hanyalah dakwaan beliau semata-mata," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Ketua polis kecam akhbar Cina dakwa polis berat sebelah

Posted: 07 Nov 2015 01:49 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini membidas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, kerana dikatakan mendakwa polis berat sebelah dalam tindakan mereka membanteras jenayah.
Khalid menggunakan akaun Twitternya mengecam akhbar itu, yang menerbitkan satu artikel mengenai tindakan pantas anggota polis memberkas suspek dalam satu kes ragut, yang mangsanya adalah seorang anggota pasukan itu.
"Tiada pilih kasih dlm tindakan @PDRMsia terhadap jenayah ragut. Akhbar ini jgn lah cuba mengapi api kan pembaca!," tulis ketua polis itu dalam kapsyennya yang disertai "screenshot" artikel berkenaan.

Sin Chew meletakkan berita itu di akaun Facebooknya dengan kapsyen yang berbunyi: "Satu lagi kes ragut, tetapi kes ini diselesaikan dengan pantas." Portal Malaysiakini kemudiannya melaporkan akhbar itu meminta maaf kepada pihak polis berhubung posting itu, tetapi menyatakan bukan hasratnya menyatakan pihak berkuasa itu berat sebelah dalam kes tersebut.
"Status itu tidak bertujuan mempersoalkan sama ada polis berat sebelah dalam siasatannya. Ia bagi menunjukkan sikap positif polis dalam mengendalikan kes itu dan menyerlahkan kecekapan mereka.
"Ini terbukti apabila polis menyelesaikan banyak kes penting dalam tempoh yang singkat baru-baru ini," katanya.