Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SURAT KEPADA TONY PUA

Posted: 06 Nov 2015 04:59 AM PST

Salam sejahtera


Mari kita dengar semula tuduhan Tony Pua yang dengan bangganya membuak-membuak, menyalak-nyalak dan menjerit-jerit di sini 


Sebagai orang politik, kelantangannya itu menjadikan Tony Pua hero baru DAP dari Oxford. Ramai orang mempercayainya buta-buta dan menelan bulat-bulat fitnah Tony Pua.  


Selepas lebih setahun segala macam penghinaan, penipuan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan Tony Pua ke atas 1MDB, akhirnya menuju ke klimaks minggu lalu. CEO 1MDB, saudara Arul Kanda menerima cabaran Tony Pua untuk berdebat satu lawan satu. 


Satu Malaysia tersentak dengan keberanian Arul Kanda. Namun, satu dunia terkejut dengan kebaculan, ketakutan dan kehinaan Tony Pua yang tiba-tiba menjadi kecut, takut dan malu untuk berhadapan dengan Arul Kanda! Tony Pua dan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kelam-kabut. Lim Guan Eng, DS Dr. Wan Azizah dan Mohd. Sabu terpaksa mengeluarkan surat siaran media mengumumkan pengganti Tony Pua. Kasihan mereka sungguh kelam-kabut.


Jika jawatan sebagai ahli PAC menghalang untuk berdebat, letaklah jawatan itu. Susahkah meletak jawatan PAC itu? Anda sudah terlanjur menghuru-harakan negara dengan segala macam fitnah ke atas 1MDB, mengapa tiba-tiba anda takut ke hadapan untuk mempertahankan fitnah-fitnah anda itu? Janganlah menjadikan jawatan dalam PAC sebagai alasan. Itu bukan cara DAP yang rakyat ketahui ! Cara DAP ialah anda tidak akan melangkah ke belakang. 


Sebagai wakil rakyat malah lulusan Oxford yang anda bangga-banggakan semasa kempen PRU 2008 dahulu, anda patut rasa sangat-sangat malu dengan sikap anda yang tidak berani berdepan dengan cabaran yang anda sendiri laung-laungkan. Sekiranya anda seorang wakil rakyat yang bermaruah dengan menjual kononnya generasi Oxford terhebat di Malaysia, kamu patut meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Saya tidak pernah membaca karektor pemimpin berbangsa Cina yang takut berdebat seperti anda!


Sebelum ini, Datuk Chua Soi Lek pun tidak lari apabila diasak supaya berdebat dengan Lim Guan Eng. Manakala TS Koh Tsu Koon walaupun kerajaannya tewas dalam PRU 2008, tetapi masih maju ke hadapan berdebat dengan Lim Guan Eng. Jadi mengapa anda memberi pelbagai alasan? 

Saya percaya ahli-ahli DAP sendiri telah menunjukkan kemarahan dan kebosanan dengan sikap memalukan anda itu. Sebab itulah dalam Kongres DAP Selangor dua minggu lalu, undi anda jatuh merosot di tangga ke-8 dengan hanya undi 495. Ronnie Liu pun berjaya mendapat 649 undi manakala Gobind Singh jauh di hadapan dengan 736 undi. Anda semakin tidak relevan di dalam DAP dan politik nasional. Ianya ditambah lagi ketakutan anda untuk menyahut cabaran debat ini, anda telah memalukan dan menjatuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin DAP yang lain.

Dengan kemajuan rasionalisasi hutang syarikat 1MDB melalui bisnes anak syarikat 1MDB dalam Edra dan IPIC, saya percaya tempoh 6 bulan boleh dicapai untuk melangsaikan hutang-hutang 1MDB. Anda pasti cemburu kerana syarikat 1MDB semakin berjaya mengurangkan jumlah hutang perniagaannya daripada RM42 Bilion kepada RM37 Bilion (Ogos, 2015). Sementara Edra akan melangsaikan sekurang-kurangnya RM16 Bilion-RM20Bilion dalam masa terdekat. Manakala, IPIC pula akan menyelesaikan sekurang-kurangnya RM11 Bilion-RM12 Bilion. Aset-aset tenaga 1MDB di Pakistan, Bangladesh, Abu Dhabi dan Mesir pula tidak terusik. 

Saya percaya, masa sudah tidak memihak kepada fitnah-fitnah anda. Mungkin anda boleh bawa beribu emel-emel dari Sarawak Report, mungkin anda boleh membuat salinan beratus-ratus artikel dari AWSJ, NYT, Malaysiakini, The Malaysian Insider, tetapi saya yakin anda akan bergetar-getar apabila Arul Kanda hanya akan membawa satu fail dokumen berstatus Primer berbanding dokumen-dokumen anda yang dipungut dari sumber Sekunder malah barangkali sumber dari kedai kopi atau group whatssap sahaja.

Hari ini, ketidakpastian pasaran ekonomi dalam negara sudah terjawab bilamana anda gagal mempertahankan segala tuduhan-tuduhan anda ke atas 1MDB. Rakyat sudah dapat jawapannya, ahli perniagaan sudah tahu jawapannya, iaitu semua tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah politik semata-mata. Apakah buktinya? Buktinya Tony Pua tidak berani mempertahankan segala tuduhan-tuduhannya sejak berbulan-bulan lamanya dengan tidak berani berdebat dengan Arul Kanda.

Tony Pua sudah tidak relevan! Saya mencadangkan supaya anda meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Di luar negara, anda kelihatan sangat terok kerana anda telah memalukan Parlimentari dan Demokrasi negara Malaysia. 

Sumber merdeka-online.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


RPK cabar Husam ngaku terima duit taukeh judi, rancangan bersama Ku Li

Posted: 06 Nov 2015 08:38 PM PST


Sudah keluar gambar kereta Porsche yang dipercayai kepunyaan salah seorang exco kerajaan negeri. Inilah isu yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Baru untuk DUN Kelantan, Dato Husam Musa.

Cuma bezanya title itu tidak boleh digunakan kerana itu hanya boleh diberi pada parti pembangkang BN dan title sudah ada yang punya iaitu Dato Nozula. Maka title yang lebih sesuai adalah KETUA PEMBALAKAN DUN KELANTAN.

Dalam Husam timbulkan isu pembalakan, dia ingat orang tak tahu dia yang bagi taukeh-taukeh balak kawasan untuk balak sepuas-puas hati hingga datangnya bala bencana banjir pada Disember 2014.


Alah ... kita pun tahu Husam ada juga Porsche yang disimpan baik-baik di rumah dan hanya diguna waktu malam dan dilaramkan di LEBUHRAYA RAKYAT yang berjaya dibina Husam dengan hanya hasil balak yang dipotong.

Makalan itu, RPK pula cabar balik Husam. Petikan dari Malaysia Today seperti berikut

On another matter, Husam Musa has made all sorts of allegations against the PAS President, Abdul Hadi Awang. Can Husam prove that all these allegations are true or does he expect Hadi to prove that the allegations are false?

If that is how Husam wants to play the game then we can also allege that a Chinese gambling towkay is financing his political activities.

He also doctored the Minutes of the Kelantan EXCO meeting that rejected the granting of a timber concession to the two DAP cousins from Perak.

Furthermore, Husam was involved in negotiating with Tengku Razaleigh Hamzah for him to take over as Prime Minister.

Yes, Husam is one mother of a slime-ball and scumbag. Many know of his misdeeds but we thought it was no point revealing them, which will only hurt the opposition in general and PAS in particular.

But since Husam wants to play this game let us show him how to play it properly.

Maybe Husam can now reveal who that Chinese gambling towkay is who is giving him money. Over to you, Husam, the ball is now in your court.

Tun M ada "something to hide" atau NO EVIDENCE?

Posted: 06 Nov 2015 03:28 PM PST


Raja Petra Kamaruddin

On Friday, a team of investigators from the Royal Malaysian Police (PDRM) headquarters, Bukit Aman, visited former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad at the Al-Bukhary Foundation Building to record his statement regarding what he said during the Bersih rally in late August 2015.
Dr Mahathir, however, refused to answer any of the questions that the police asked him. "They asked questions and I said I will not answer. I did not," said Dr Mahathir.

That is actually quite a shame because before this Dr Mahathir had spoken endlessly regarding allegations of embezzlement involving Prime Minister Najib Tun Razak. Hence Dr Mahathir missed a great opportunity to tell the police what he had said many times and have it placed on record.

When the most corrupt Selangor Menteri Besar, Muhammad son of Muhammad, (who was later forgiven for all his crimes when he left Umno to join the opposition), made a police report against me, I was summoned to the police station for my statement to be recorded.

Normally the 20 or so questions that the police ask you would take about an hour to complete. My interrogation, however, took eight hours. And it took eight hours because I debated every question that the police asked me and challenged them to prove that what I wrote was wrong.

After that marathon session they could not make a case against me. Many times during those eight hours the police officer recording my statement received a phone call from 'above' and by the way the officer responded I knew that the person on the other end of the line was the IGP, Musa Hassan, himself. In fact, the officer actually dropped a hint.

Dr Mahathir should have repeated all those allegations that he made against Najib and challenge the police to take action based on what he said. He should have said, "Yes, I have alleged that Najib stole RM42 billion and that RM2.6 billion of that has been transferred to his personal bank account. Now charge me in court and prove that I lied."

Even if the police do decide to charge him for what he said, Dr Mahathir would be able to file his defence and in that defence he would be able to include all the allegations he made against Najib together with the evidence to support those allegations.

Now, however, the impression being created is that Dr Mahathir no longer stands by what he had earlier said and that he dares not repeat his allegations if what he says is going to be recorded by the police. This is actually quite surprising considering that Dr Mahathir has demanded that Najib reply to his questions and then he himself refuses to reply to questions that are posed to him.

Why does Dr Mahathir not want what he has to say to be placed on record? Is he worried that he would not be able to support these allegations with evidence?

Petikan dari Malaysia Today

* Unspinners sudah lama kata jika Tun M tidak puashati dan masih sangkal jawapan dan kenyataan dari 1MDB dan pihak berwajib, maka adalah TANGGUNGJAWAB TUN UNTUK DEDAHKAN BUKTI YANG ADA PADANYA.

Jika dia enggan keluarkan bukti, ia boleh membawa makna bahawa TUN M BERBOHONG dan membuat tuduhan berdasarkan DOKUMEN XAVIER JUSTO YANG DIUBAH PEMBANTU CLARE REWSCASTLE BROWN.  

Ia juga membawa erti TUN M MAHU JATUHKAN PERDANA MENTERI MENGGUNAKAN CARA DEMONSTRASI HARAM ala COLOR REVOLUTION seperti ARAB SPRING!

Piji tak sesuai ... GST pun tak faham

Posted: 06 Nov 2015 05:30 AM PST


Rapiji jangan jadi kuda pak sanggup pada ayam cina tak bertelor

Posted: 06 Nov 2015 03:30 AM PST






DEIG belum beroperasi dan lain-lain tembelang Azmin yang pecah

Posted: 06 Nov 2015 12:30 AM PST



Hal pusat hiburan bertambah di negeri Selangor


Hal rumah murah ...




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah kecederaan bersifat kronik, maka Anwar perlu dibedah?

Posted: 06 Nov 2015 09:33 AM PST

Ketika perbicaraan kes liwat, Anwar begitu gumbira sekali berlari di hadapan mahkamah

Panel yang merawat Anwar Ibrahim sedang menunggu keputusan sama ada bekas ketua pembangkang itu perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan kronik pada bahu kanannya.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, Anwar mengalami kecederaan di bahu kanan beberapa tahun lepas akibat koyakan otot bahu.

Kecederaan itu dialaminya lama sebelum beliau dijatuhi hukuman.

Kementerian itu berkata, seperti yang diperuntukkan Akta Penjara 1995 (Akta 537), satu panel perunding kanan kerajaan dilantik untuk memeriksa dan merawat Anwar ketika beliau berada di penjara.

Berdasarkan dapatan panel itu, kecederaan pada bahu kanan Anwar bersifat kronik dan ini disahkan melalui pengimejan, kata kenyataan itu.

Ketika negara dilanda banjir besar, Anwar pergi bercuti bersama keluarga

Mengenai syor panel berkenaan, kementerian itu berkata ahli fisioterapi mengajar Anwar beberapa senaman untuk dilakukannya setiap hari di penjara.

"Beliau diperiksa dalam jarak kekerapan tertentu bagi menilai kekekuatan ototnya dan berdasarkan dapatan itu, Anwar telah beralih kepada set senaman seterusnya. Ini adalah kaedah standard dalam terapi bagi seseorang yang mengalami keadaan serupa," menurut kenyataan itu.

Kementerian tersebut berkata, panel perunding berkenaan menjemput tiga lagi perunding ortopaedik, yang merupakan pemimpin pendapat dalam bidang itu, untuk memberi pendapat kedua serta mengundang seorang pakar bedah ortopedik pilihan Anwar untuk memberi pendapat ketiga.

Laporan yang dikemukakan kepada panel itu menyebut bahawa ketiga-tiga pendapat memberi opsyen rawatan yang sama, tetapi tidak satu pun mengesyorkan fisioterapi intensif.

"Oleh kerana satu daripada opsyen dalam ketiga-tiga pendapat itu ialah pembedahan, maka prosedur ini dijelaskan secara terperinci kepada Anwar dan keluarganya," tambah kenyataan itu.

Ketika kempen PRU 13, nampak kuat pula tangan Anwar menghayun penumbuk

Menurut kementerian berkenaan, pembedahan jenis berkenaan bagi merawat keadaan serupa, dilakukan secara berkala di hospital utama kerajaan di Malaysia.

"Opsyen itu ditawarkan kepada Anwar lebih kurang empat minggu lepas dan panel berkenaan kini menunggu keputusan Datuk Seri Anwar mengenainya," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, panel berkenaan merawat Anwar secara profesional dan memberi penjagan sewajarnya kepada beliau, sejajar dengan keadaan klinikal.

"Keadaan beliau dikaji secara berkala oleh doktor di Penjara Sungai Buloh dan panel itu," katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Febuari lepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hambat Mohd Najib Seberangi Rubicon

Posted: 06 Nov 2015 09:04 PM PST

A Kadir Jasin 
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
SEPERTI Julius Caesar, Emperor Rom, yang membawa bala tenteranya menyeberangi Sungai Rubicon pada tahun 49 SM, kita di Malaysia pun sudah melakukan hal yang sama.
Tetapi janganlah kita berasa terlalu sombong, mendabik dada berkata: "Aku sudah menyeberangi Rubicon."
Kita terpaksa menyeberangi Rubicon kerana Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak telah terlebih dulu menyeberanginya.
Julius Caesar Menyeberangi Rubicon
Beliaulah menyeberangi Rubicon apabila beliau merujuk kepada kebijaksanaan Bugis yang berbunyi, sekali layar terkembang pantang biduk surut ke pantai.
Dalam bahasa Bugis, "kualleangi tallanga natowalia" atau dalam bahasa Melayu Indonesia, lebih kupilih tenggelam (di lautan) daripada harus kembali lagi (ke pantai)". (Daripada blog http://ila-galigo.blogspot.my).
Oleh sebab sebahagian daripada kita kini menjejaki dan menghambat beliau maka kita juga terpaksa ikut menyeberangi Rubicon.
Kita juga terpaksa mengikrarkan apa yang Julius Caesar ikrarkan apabila tenteranya menyeberangi Rubicon. Kata Caesar: "alea iacta est." Acuan tekan sudah dituang maka terpaksalah kita menerima bentuknya.
Kita sudah berusaha sedaya upaya mengubah keadaan demi menyelamatkan negara kita berlandaskan kebijaksanaan semasa (conventional wisdom). Tetapi kita gagal kerana Mohd Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama.
Conventional wisdom nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957. Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah.

Berfikir Secara Tidak Konvensional

Dalam situasi itu, kita perlu memikirkan kemungkinan-kemungkinan berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Amanah generasi kedua politik Islam di Malaysia, kata pengarah strategi

Posted: 06 Nov 2015 08:59 PM PST

Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu membawa pendekatan baru kepada politik Islam di Malaysia berbanding PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 7 November, 2015. 
Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu membawa pendekatan baru kepada politik Islam di Malaysia berbanding PAS. 

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ia pejuang politik dan gerakan Islam generasi kedua dengan pendekatan baru yang berbeza dan lebih segar berbanding generasi pertama politik Islam di bawah PAS sebelum ini. Pengarah strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, generasi kedua gerakan Islam adalah gambaran paling tepat yang boleh diberikan bagi mencerminkan imej Islam yang dibawa Amanah, membezakannya dengan PAS.
"Generasi kami mengambil pendekatan maqasid syariah, sedangkan generasi sebelum kami mengambil pendekatan melaksanakan syariah secara langsung, seperti berjuang melaksanakan hudud secara langsung," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menamakan An Nahdah di Tunisia, AKP di Turki dan PKS di Indonesia sebagai antara generasi kedua gerakan dan parti Islam yang ada di dunia ini sebagaimana kedudukan Amanah di Malaysia. "Generasi kedua gerakan Islam pasca penjajahan ini lebih memberikan tumpuan kepada keadilan Islam dan 'good governance' kepada sebuah kerajaan yang ditadbirnya."
Amanah turut meletakkan diri mereka sebagai sebuah parti berimejkan Islam sepertimana PAS. Namun, ramai yang bertanya, apakah beza antara PAS dan Amanah.
Read More / Baca Lagi >>

Kertas siasatan atas Dr Mahathir hampir siap, kata polis

Posted: 06 Nov 2015 08:58 PM PST

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. 

Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan dakwaan fitnah akan dihantar kepada pendakwa raya dalam tempoh dua minggu akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menurut Astro Awani. Noor Rashid dilaporkan memberitahu media hari ini, kertas siasatan itu akan disiapkan "secepat mungkin, mungkin dalam satu atau dua minggu".
"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden, termasuk perhimpunan Bersih 4.

"Dan, tujuan merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha melengkapkan dan mengkaji siasatan, sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya. "Kertas sisatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," beliau dipetik berkata menurut portal badan penyiar itu.

Amirudin Hizadin, pemuda di sebalik lagu ‘Mana Hilang 2.6 Bintang’

Posted: 06 Nov 2015 07:41 PM PST

Amirudin Hizadin dengan lagunya 'Mana Hilang 2.6 Bintang' semakin viral di YouTube terutamanya dengan rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup. – Gambar YouTube, 7 November, 2015. 
Amirudin Hizadin dengan lagunya 'Mana Hilang 2.6 Bintang' semakin viral di YouTube terutamanya dengan rakyat yang bergelut dengan kos sara hidup.

 Amirudin Hizadin, nama di sebalik lagu di YouTube yang kini viral di Internet "Mana Hilang 2.6 Bintang", mungkin contoh unggul artis zaman milenia yang kelaparan.
Berkemeja ungu kotak-kotak, dengan seluar jeans ketat yang pudar, serta kasut 'sneakers' dan topi hitam bertenggek di atas kepalanya, Amirudin dengan sopan menolak memesan apa-apa ketika ditemui di sebuah kafe mewah di pusat membeli-belah berhampiran rumahnya di Cyberjaya.
Dengan botol air mineral diletakkan di antara kedua lututnya, Amirudin teragak-agak mengaku, "Saya pernah dihalau keluar dari sini sebelum ini, sebab gunakan wifi percuma tanpa memesan apa-apa makanan."

Ketika orang lain mungkin tidak akan berfikir panjang untuk membayar RM13 untuk secawan kopi, bagi Amirudin, 23, setiap ringgitnya dikira. Dan itulah asal-usul lagu yang digubah anak muda dari Kedah ini, yang menerima lebih 100,000 tontonan sejak beliau memuat naiknya ke YouTube Isnin lepas.
Lagu itu, katanya, lahir dari kekecewaan beliau kerana terpaksa membelanjakan kira-kira RM50 untuk mengambil pengangkutan awam ke Kuala Lumpur, dan kemudiannya lewat tiba untuk satu mesyuarat dengan seorang bakal rakan niaga.
"Untuk pergi ke KL, dari Cyberjaya, bermakna saya kena ambil bas, kemudian kereta api, dan kemudian transit ke satu lagi kereta api. Saya lambat sangat hingga akhirnya mesyuarat itu dibatalkan."
Pemuda itu, yang terlibat dalam "itu dan ini" sejak meninggalkan matrikulasi pada 2012, sedang memulakan perniagaan atas talian menjual baju-T yang mempaparkan ucapan dalam dialek Kedah seperti "Apa Khabaq".
Mesyuarat seperti itu penting baginya memandangkan perniagaannya baru bermula, dan masa dan wang yang dibazirkan itu terasa seperti satu tamparan hebat buatnya.
"Saya bersumpah, tidak mahu datang ke KL lagi. Tertekan dan kecewa, saya gubah lagu dan lirik Mana 2.6 Bintang itu dalam kepala saya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah," katanya.
Tidak semua lagu yang digubah Amirudin secara rawak akhirnya akan dirakamkan. Dan, merangka seni kata lagu dalam kepala sebenarnya merupakan hobi beliau - sesuatu yang dilakukannya setiap hari.
"Mungkin sambil berjalan-jalan, saya nampak seorang perempuan kelihatan seperti 'emo', sekejap itu juga saya buat lagu tentangnya.
"Kadang-kadang saya tulis dalam buku saya, atau rakan dalam telefon saya, atau kadang-kadang lupa terus tentangnya," kata pemuzik amatur itu.
Tetapi kali ini, Amirudin mengambil keputusan untuk berkongsi lagu Mana Hilang 2.6 Bintang itu dengan seluruh dunia, sebahagian besarnya kerana dia baru sahaja membuka akaun YouTube "profesional" sebagai sebahagian daripada proses "penjenamaan semula" beliau sempena perniagaan barunya.
Seperti kebanyakan bintang YouTube lain, proses rakaman lagu itu bermula di rumah Amirudin sendiri. Tetapi akibat keadaan kewangan yang ketat, "rumah" bagi peniaga muda ini ialah sebuah apartmen yang didiami bersama lapan rakan yang lain.
Ia sememangnya sesak dan sempit, dan dia terpaksa berkongsi bilik tidurnya. Tetapi ia agak selesa jika anda "kreatif" memaksimumkan ruang, akuinya.
"Memandangkan kami semua tinggal bersama, saya kena minta semua orang senyap apabila saya merakam lagu. Jadi, semua orang buat hal masing-masing sambil saya rakam lagu saya dalam almari pakaian," katanya sambil tersengih.
Tip itu dipelajarinya daripada seorang kawan di Kedah ketika melakukan demo: jika anda tiada peralatan rakaman profesional, apa yang anda perlukan hanya sebuah almari pakaian, beberapa biji bantal dan telefon.
"Saya letak telefon atas bantal dalam almari, tolak pakaian ke tepi – tujuannya untuk menyerap bunyi – dan main gitar saya. Ia sangat membantu dalam mencipta akustiknya."
Amirudin, yang bermain gitar sejak berusia 14 tahun, menyifatkan lagunya sebagai luahan rasa dari jiwanya.
2.6 Bintang = 2.6 Bilion?
Beliau juga menjelaskan, frasa "2.6 Bintang" yang disebutnya di dalam lagu itu tidak semestinya merujuk kepada sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO CANNOT REMAIN IN DENIAL: MALAYSIA NEEDS A MUCH BETTER LEADER THAN NAJIB

Posted: 06 Nov 2015 07:35 PM PST


dd
Never before in the history of Umno, has it fissured so deep all because of haughtiness, self-centredness, untruthfulness, corruption and pitiable leadership. The people apparently are losing faith in this 74 year-old party.
To those who have been loyal to the National Front Coalition (BN) - formed in 1973 - are now seeking for alternatives. Nevertheless, some critics still insist that there is nothing wrong with the present elected government. The "delinquency" on the main involves only one person and that person has to leave the stage for Umno and BN to be voted in come the next general election. To them BN is still the best political platform for all Malaysians at the moment but let not one man make this boat go under.
To others, they remark Umno has rotten to the core. Some leaders or sycophants are sweating hard to "cover the elephant carcass with a palm leaf". The carcass here smells of too many scandals that are afflicting some leaders and state-owned business entities under the ruling coalition. The people just cannot condone this anymore. They want a change of government at the federal level. If matters involving corruption and abuse of power were not resolved before long and the culprits punished, the next general election would see the demise of BN.
There are many serious national issues that will resonate with the electorate. Money may not buy the people's votes at all time, as politicians cannot cash-handle all voters. The people's anger has now come to reach the brim and it's now squirting like hot volcanic lava.
Nation facing deficit-trust
Of late, the country perceptibly has been facing a deficit-trust all because of the 1Malaysia Development Berhad's (1MDB), SRC International, the RM2.6b and RM45m that went into a personal account, the MARA overseas' property-buying scam, Tabung Haji buying over 1MDB land at an inflated price, birthday and wedding bashes, deluxe jets and many other monetary and administrative deviances.
Despite all this, the people are seeing the revel going on to pull to bits those who want to uphold truth and justice and to stop the truth from being bared. But the people are aware of these muddy manoeuvres as not many would anymore listen to sneaky propagandas over TV3 or read the Utusan Daily.

The cost of living has risen all because of the ad hoc measures taken to implement the GST and drop in value of the Malaysian currency. Prices of import goods have skyrocketed. Serious inflation has set in. There is unemployment and also many underpaid wage earners who cannot make ends meet in life.
Those receiving BR1M may not know the nation's figures of lost that have run into millions and billions. Some are contented with the little money they receive in the form of a small bonus, one small pay increment, book vouchers and so forth. Blame them not as they are innocent people who have been lullabied by mendacious leaders. When the money they receive is all expended they will realise that their hardship remains.
To those who are aware of what's going on in the country will see things from a different perspective. They want to see the country not mired in all the wrong doings. To save the country is their earnest wish and this can be done at the expense of one man. No leader is indispensable when it comes to the survival of a nation. An ineffective leader must leave the scene.
The nation inflicted by many scandals
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Tidak perlu teruskan debat 1MDB

Posted: 06 Nov 2015 07:33 PM PST


1MDB

KUALA LUMPUR - Debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  Arul Kanda Kandasamy dan wakil pembangkang tidak perlu diadakan jika Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) segera selesaikan siasatan mereka terhadap syarikat itu.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, faktor yang mendorong debat itu kerana rakyat menantikan jawapan lebih jelas daripada pihak terlibat dalam siasatan.
Menurut beliau, sekiranya debat itu masih diteruskan tidak banyak maklumat mampu diperoleh orang ramai kerana terikat dengan faktor siasatan.
"Saya rasa debat itu tidak perlu diteruskan kerana sudah pasti ada fakta-fakta yang tidak boleh didedahkan kerana mengganggu proses siasatan.
"Kalau debat itu masih diteruskan ia akan menjadi medan untuk menunjukkan siapa lebih handal berdebat dan akhirnya tidak memberi apa-apa faedah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, lebih baik PAC tidak melengahkan prosiding mereka terhadap 1MDB dan segera membentangkan laporan itu di Parlimen.
Jelasnya, badan berkuasa lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu selesaikan siasatan dengan segera.
"1MDB ialah isu besar negara melibatkan wang berbilion ringgit. Setakat ini, penerangan diberikan masih belum memuaskan kerana seperti ada halangan kepada Jawatankuasa Khas yang dibentuk sebelum ini.
"Sekarang PAC, Bank Negara, SPRM dan polis menyiasat hal yang sama. Jika debat itu hanya boleh bercakap mengenai hal yang sudah diketahui umum, rasanya tidak memberi faedah," katanya.
Semalam, Arul Kanda membatalkan niat berdebat secara langsung susulan pembangkang menukar calon pendebat kepada Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO

Posted: 06 Nov 2015 07:30 PM PST

Isu Vape: Ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan - Puteri UMNO
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa dan pengguna rokok elektronik atau vape harus bertenang dan mengambil kira pendapat dalam semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Pengerusi Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Nur Faizah Ali berkata isu vaping dan merokok adalah 'dua isu yang sama tapi tidak serupa'.

"Vaping adalah sesuatu isu baru, kajian-kajian berkaitan dengannya agak terhad jika dibandingkan dengan tabiat merokok yang sudah lama bertapak di seluruh dunia.

"Ia (vaping) bukan sahaja boleh digunakan oleh perokok yang berniat untuk berhenti merokok, malah remaja dan kanak-kanak juga akan terikut dengan trend tersebut," katanya dalam kenyataan.

Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok.

Dr Nur Faizah berkata merokok sudah sebati dalam masyarakat sejak sekian lama dan penyelesaiannya juga lebih rumit berbanding rokok elektronik.

"Kita dapat lihat pelbagai usaha kerajaan dalam menangani masalah ketagihan rokok antaranya kenaikan harga rokok sebanyak 40 peratus baru baru ini, dan juga penguatkuasaan zon larangan merokok yang lebih meluas," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya naluri golongan muda yang suka bereksperimentasi dengan trend terkini juga perlu diraikan. 
"Namun, nilai-nilai kebaikan dan kemudaratan perlu ditimbangtara secara objektif demi kemaslahatan masyarakat untuk jangka masa panjang," katanya.

Anwar pertahan Dr Mahathir, tak salah kritik 1MDB

Posted: 06 Nov 2015 07:24 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertanya soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas musuh politik beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu perutusan dari penjara yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam. "Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November," katanya.

1.5 juta pekerja Bangladesh melebihi sasaran kuota buruh asing, kata MTUC

Posted: 06 Nov 2015 07:21 PM PST

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan keperluan Putrajaya membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh, berkata pelaksanaan itu bertentangan dengan polisinya untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.
Setiausaha agungnya N Gopal Krishnam berkata setakat ini sudah ada 2.1 juta pekerja asing yang didokumenkan dalam negara, sementara 4 juta lagi dipercayai pendatang tanpa izin.
Katanya, dengan kedatangan 1.5 juta lagi, pekerja asing kolar biru akan membentuk 20% daripada populasi itu.

"Mengapa perlu bawa masuk lebih banyak warga asing, terutama dari Bangladesh?" soalnya. Gopal berkata demikian sebagai respons kepada ucapan penggulungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu, apabila beliau berkata Malaysia lebih suka pekerja asing dari Bangladesh kerana mereka lebih setia dan boleh dipercayai.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, 1.5 juta pekerja dari negara Asia Tenggara itu akan tiba di sini dalam tempoh 3 tahun akan datang.
Kementerian Dalam Negeri ialah pihak berkuasa yang mengendalikan pengambilan tenaga kerja asing.
Gopal berkata Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) menyatakan Malaysia berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pekerja.
Katanya, golongan muda Malaysia memilih bekerja di luar negara kerana gaji lebih rendah di sini dan kekurangan manfaat menarik yang disediakan kepada mereka.
Kira-kira 350,000 rakyat Malaysia keluar masuk ke Singapura setiap hari untuk bekerja kerana gaji di sana lebih baik selepas ditukar kepada ringgit, katanya.
"Ada juga 360,000 lagi rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Singapura. Pasti ada alasan yang baik mengapa Singapura bergantung pada rakyat Malaysia," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat

Posted: 06 Nov 2015 07:19 PM PST

Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti.

 Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dilaporkan memberi amaran kepada beberapa ketua cawangan bahagian itu yang didakwa cuba menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dakwanya, menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, gerakan itu diketuai seorang ketua cawangan yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya lalu yang menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah.
Tajul berkata, ahli parti harus menghindari majlis ceramah itu sekiranya mereka tidak mahu berdepan tindakan dari parti.

"Selain itu, saya juga meminta Dr Mahathir supaya berhenti daripada melakukan serangan demi serangan terhadap kepimpinan parti yang dilihat mendatangkan kesulitan terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dalam memilih antara bapa dan bosnya. "Kami sayangkan Mukhriz dan karier politiknya. Tetapi pendirian kami tegas, sama ada tenggelam atau timbul, Umno Merbok tetap bersama kepimpinan presiden dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.
Dr Mahathir kini menjadi pengkritik utama pentadbiran Najib apabila berulang kali mendesak perdana menteri memberikan penjelasan memuaskan tentang operasi dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tekanan ke atas bekas perdana menteri ke-4 itu diperhebat apabila polis semalam bertindak menyiasat Mahathir, dipercayai berhubung kenyataannya pada himpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu.

Pas Terengganu sedia kerjasama dengan Umno

Posted: 06 Nov 2015 07:13 PM PST


KUALA TERENGGANU – Pas sedia menjalinkan kerjasama bersama Umno ke arah pentadbiran kerajaan yang lebih amanah, cekap dan telus bagi kepentingan rakyat.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, bagaimanapun, Pas tidak akan menjalinkan kerjasama politik selagi Umno tidak ubah dasar pentadbiran sebagaimana disyariatkan Islam.
"Pas sememangnya bersedia untuk jalin kerjasama bersama Umno jika ia memberi kebaikan dan mengutamakan kepentingan rakyat. Kita akan beri pandangan sekiranya terdapat tata kerja yang merugikan rakyat.
Hanafiah Mat "Mungkin ada perancangan kerajaan di peringkat keputusannya baik, tetapi di peringkat pelaksanaan tidak menepati apa yang sepatutnya dirangka," katanya bagi mengulas kenyataan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Dewan Gamelan, Hotel Primula, kelmarin.
Hanafiah berkata, terdapat beberapa projek kerajaan yang dilihat membazir seperti pembangunan Tasik Kenyir, Monsun Cup, Bandar Baru Kijal dan beberapa lagi pembangunan dilihat tidak menguntungkan rakyat.
"Paling utama, kita mahu beri pandangan dalam urusan royalti minyak Terengganu yang merupakan anugerah ALLAH SWT kepada penduduk di negeri ini, di mana sepatutnya penduduk Terengganu mendapat manfaat besar dari hasil minyak itu," katanya.
Hanafiah berkata, sepatutnya, rakyat Terengganu beroleh manfaat hasil royalti minyak itu sebaliknya ia 'disedut' dan negeri ini masih lagi antara negeri termiskin dalam Malaysia.
"Hasil royalti ini sepatutnya dapat dinikmati rakyat negeri ini, tetapi sehingga kini kita masih lagi tertanya-tanya mengenai perkara ini dan Terengganu masih lagi termasuk dalam kalangan negeri termiskin di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?

Posted: 06 Nov 2015 07:12 PM PST



KUALA LUMPUR: "Saya terkejut apabila bekas pemimpin tertinggi PAS mengatakan PAS akan dilantik sebagai penasihat yang bergaji menteri," ujar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Jugteru, katanya kalau boleh tolong dengar dengan telinga dan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS.

Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS boleh didengari melalui rakaman penuh.

"Janganlah marah dengan PAS sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?" tanya beliau lagi menerusi laman facebook.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, apabila hati sudah benci apa sahaja yang dibuat semua tidak kena.

Sebaliknya, kata beliau apabila hati sudah sayang, yang salah pun akan diperbetulkan dan berusaha untuk mencari hujah.

Menurutnya lagi, memang sukar untuk mendidik diri supaya menjadi manusia yang boleh berlaku adil kepada orang lain.

Timbalan Presiden PAS kata tak perlu kerjasama dengan BN

Posted: 06 Nov 2015 07:11 PM PST



PAS berkata dakwaan bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan beberapa wakil PKR tidak benar.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar pada 2014.
Kata Tuan Ibrahim PAS juga tidak mempunyai sebarang keperluan untuk bekerjasama dengan Umno di Selangor.
"Kenyataan tersebut tidak betul sebab kita di Selangor tidak ada keperluan bekerjasama dengan Umno seperti yang didakwa oleh Husam," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Husam dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas dilaporkan mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Usaha itu, kata Husam, cuba dijalankan dengan memujuk beberapa ADUN daripada PKR menyertai gabungan berkenaan.
Klip video ucapan Husan dimuat naik di Facebook pagi ini dan cepat dikongsi pengguna Internet.
Mungkin panggil Husam
Husam yang juga ADUN Salor tidak menyatakan insiden mana dimaksudkan dalam ucapannya itu.
Bagiamanapun, Husam dipercayai merujuk situasi ketika kerajaan Pakatan Rakyat berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016: Zahid perhati undi BN satu satu

Posted: 06 Nov 2015 07:09 PM PST


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada anggota parlimen BN agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.
Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.
Katanya beliau tahu siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.
"Saya tahu anggota parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana anggota parlimen (134 anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di Kuala Terengganu, malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.
Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1MDB, dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli UMNO perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
BN ada peluang
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baru dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang...setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

TPP: 80 peratus kebimbangan kami tepat - MTEM

Posted: 06 Nov 2015 07:07 PM PST

KUALA LUMPUR - Badan Bertindak Bantah TPPA Malaysia (Bantah TPPA) mendakwa 80 peratus daripada kebimbangan NGO itu sebelum ini mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) itu merugikan rakyat dan negara adalah berasas serta tepat.
Pengerusinya, Mohd Nizam Mahshar berkata, berdasarkan kandungan perjanjian itu yang didedahkan semalam, beberapa perkara baharu ditemui dan ini menambahkan kebimbangan mereka.
TPP: 80 peratus kebimbangan kami tepat "Kajian kita ini berdasarkan semua perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebelum ini, kita bukan petik dari langit, ini bukan andaian, dan bukan tekaan.
"Kita boleh kata 80 peratus (kebimbangan) Bantah TPPA itu betul, kerana ada beberapa perkara baharu, contohnya Syarikat Milik Kerajaan (SOE), sebahagian daripada perolehan kerajaan dan definisi pelaburan itu adalah baharu," katanya pada sidang media di Rumah Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (Mtem), Bangsar, di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan semua kandungan perjanjian TPP kepada umum oleh Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (Miti) semalam.
Dalam pada itu, Mohd Nizam juga berkata, pendedahan dokumen itu turut mengesahkan bahawa 75 garis merah iaitu perkara yang memudaratkan negara yang diserahkan kepada Perdana Menteri tahun lepas adalah benar.
Read More / Baca Lagi >>

Nazif Najib tidak setuju pengharaman vape

Posted: 06 Nov 2015 05:13 PM PST

Nazif Najib tidak setuju pengharaman vape
KUALA LUMPUR: Mohd Nazifuddin Najib menyatakan harapan agar industri vape dapat terus berkembang di Malaysia.

Inovasi dan kreativiti yang timbul dari industri ini juga perlu diiktiraf, kata anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang dikongsi di Facebook.

"Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan," katanya yang juga merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Selain itu, beliau tidak setuju dengan pengharaman vape dan sebaliknya menyuarakan sokongan jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul.

"Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika," katanya di Facebook.

Beliau juga berkata vape masih kekal sebagai alternatif merokok.

"Ramai juga kenalan saya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok," katanya.

'Subramaniam kena tanggung kerugian peniaga vape' - Naib Pemuda Umno Terengganu

Posted: 06 Nov 2015 05:10 PM PST

'Subramaniam kena tanggung kerugian peniaga vape' - Dr NajmilKUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam perlu menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape.

"Ia tindakan yang tidak wajar. Kementerian Kesihatan sepatutnya mengkaji mekanisma yang terbaik sebelum mengambil apa-apa tindakan. Sebarang langkah tergesa-gesa hanya menimbulkan kemarahan khususnya golongan muda.

"Pelbagai aspek perlu difikirkan sebelum sesuatu tindakan diambil memandangkan ia melibatkan penguna yang terdiri dari pelbagai latar belakang selain populasi vape semakin besar dan berkembang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Khamis, KKM sudah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Terdahulu, S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan pengguna bantah kenaikan tambang pengangkutan awam, mahu panel kaji semula

Posted: 06 Nov 2015 04:42 PM PST

Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 7 November, 2015. 
Tambang LRT akan naik dari Disember 2, menambahkan beban pengguna.

Kenaikan satu demi satu tambang pengangkutan awam beberapa bulan kebelakangan ini mendorong kumpulan pengguna mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelia tambang sistem pengangkutan serta menimbang keperluan dan asas sebarang kenaikan. Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) Ajit Johl berkata, kumpulan itu mahu kerajaan membekukan kenaikan itu kerana masanya yang tidak sesuai, sambil menambah, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak sepatutnya menjadi pihak berkuasa tunggal dalam membuat keputusan mengenai kenaikan tambang.
"Peranan jawatankuasa ini adalah untuk menubuhkan sebuah metodologi adil, saksama dan telus bagi tambang. Jawatankuasa itu akan mempunyai kuasa dalam semakan semula tambang dan SPAD perlu memberi tumpuan kepada mengawal selia industri.

"Ia sepatutnya menjadi sebuah jawatankuasa bebas kaji semula tambang yang melapor terus kepada Pejabat Perdana Menteri kerana pengangkutan awam, meliputi kereta api, bas dan teksi, adalah di bawah bidang kuasa pejabat itu," kata Ajit kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata jawatankuasa itu juga perlu terdiri daripada semua pihak berkepentingan dan perlu menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan asas kenaikan tambang.
"Jawatankuasa ini akan menetapkan KPI dan jika anda mahu menaikkan tambang, anda tidak sepatutnya menerima sebarang aduan. Jika ada aduan, saya minta maaf, anda tidak boleh menaikkan tambang. Ia perlu bebas dan telus," katanya.
Beliau juga mendakwa SPAD mempunyai terlalu banyak kuasa dalam menentukan tambang.
"Anda perlu satu badan mengawal selia SPAD, yang merupakan jawatankuasa semakan semula tambang dan kami menggesa perdana menteri segera menubuhkan jawatankuasa ini yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan."
Kenaikan tambang bermula pada Mac tahun ini apabila SPAD mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres, masing-masing sebanyak 49% dan 22%.
Pada Isnin, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mengumumkan kadar tambang baharu, meningkatkan harga daripada 11 sen bagi setiap kilometer, kepada 15 sen bagi setiap kilometer, 12 tahun selepas semakan terakhir.
Kadar kenaikan tambang baharu ini adalah adalah dari RM0/trip hingga RM7.10/trip (mengikut perjalanan stesen ke stesen) dan dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) juga mengumumkan rasionalisasi tambang LRT dan monorel, yang akan menyaksikan tambang dikira mengikut jarak.
Tambang bagi LRT akan bermula dengan bayaran rata 70 sen dan 30 sen bagi 4km pertama.
Kadar ini berkurangan bagi setiap 5km hingga 24km, di mana kadarnya menjadi 10 sen.
Penumpang monorel akan dikenakan tambang bermula pada kadar 70 sen dan RM0.58 bagi 4km pertama dan RM0.37 bagi 5km seterusnya.
Tambang baharu bagi komuter KTM, LRT dan monorel akan berkuatkuasa pada 2 Disember.
Kenaikan tambang diumumkan selepas sebulan peningkatan kadar tol yang menyaksikan kenaikan antara 10 sen dan RM6 pada 12 lebuh raya utama di Lembah Klang.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB SELLING MALAYSIA TO SAVE HIS 1MDB SKIN? Don't dare allow foreigners to control strategic power assets, warns Rafizi

Posted: 06 Nov 2015 03:55 PM PST

NAJIB SELLING MALAYSIA TO SAVE HIS 1MDB SKIN? Don't dare allow foreigners to control strategic power assets, warns Rafizi
PKR secretary-general Rafizi Ramli has raised the possibility that Prime Minister Najib Abdul Razak may lift the cap that prevents foreigners from owning majority stakes in the country's national power assets, out of desperation for funds to cover the 1MDB debts.
Rafizi said this in reference to the planned sale of Edra Global Energy, the energy sector arm of 1MDB, in order to raise funds to service its debts.
The Pandan MP took note of reports that Tenaga Nasional Bhd (TNB), the sole local bidder, had made an offer of around RM8 billion, which is Rafizi's estimated market price.
However, this offer is lower than that offered by foreign bidders, namely a consortium between China General Nuclear Power Corp Ltd and Nebras Power QSC.
"If 1MDB wants to reduce its debts, as promised by Najib, the sale of its assets must be made at higher than market value.
"Which is why I am worried that with the closest bidder, namely the consortium between the Chinese and Qatari giants offering RM10 billion, which is RM2 billion higher than the market price, Najib may find a way to allow the bid even though it goes against existing rules on the maximum foreign ownership," Rafizi (photo) said in a statement today.
By right, he said, the foreign bidders going for full ownership should have been rejected from the beginning, according to the government's rules.
Proposal to scrap cap made last month
He also noted that Energy, Green Technology and Water Minister Maximus Ongkili had last month revealed there were proposals to scrap the cap and allow 100 percent ownership, which is an indication that Najib may be pushing for this.
Read More / Baca Lagi >>

Debat 1MDB: Mujahid sedia ganti Rafizi

Posted: 06 Nov 2015 03:54 PM PST

Mujahid sedia ganti Rafizi
Mujahid (enam, kiri) bersama pimpinan Pakatan Harapan dan penyokong angkat sepanduk 'Di mana RM2.6 bilion?', pada perhimpunan solidariti bersama Kit Siang, malam kelmarin,
 
GEORGETOWN - Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sekiranya mereka menolak Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
Menurutnya, selain dirinya banyak lagi pemimpin Pakatan Harapan mahu pun Amanah sedia 'berentap' dengan Arul Kanda bagi merungkai persoalan mengenai skandal 1MDB.
Mujahid berkata, walaupun pelbagai alasan dan helah dilakukan untuk menggagalkan debat itu, namun rakyat boleh menilai apa yang cuba diselindungkan kerajaan dalam isu berkenaan.
"Kalau mereka menyekat Rafizi, saya dan wakil Amanah sedia menggantikannya, namun apa yang saya lihat sekarang mereka berusaha menghalang debat dengan pelbagai alasan," katanya pada perhimpunan solidariti bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Mujahid berkata, Arul Kanda sepatutnya tidak mencari alasan untuk tidak berdebat dengan Rafizi kerana kedua-duanya tiada kaitan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pemerhati: Pas dahulu bukanlah yang sekarang

Posted: 06 Nov 2015 03:51 PM PST


Pas

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.
"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.
"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.
"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.
"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.
"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.
Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.
"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan cagar maruah dengan vape

Posted: 06 Nov 2015 03:48 PM PST

Impak yang sangat jelas boleh kita lihat dari ketagihan vape ialah ianya satu fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa
vape-smoke
Oleh Nur Afirah
Melihat kepada budaya merokok dan penggunaan vape yang kini semakin menular dalam kalangan belia wanita bahkan mahasiswi di Universiti Awam (UA), ia secara tidak langsung memanggil saya untuk memberi pandangan berhubung isu ini.
Alat elektronik yang kebanyakannya diimport dari China, United Kingdom, Filipina, Amerika Syarikat dan Korea ini telah dimonopoli penggunaannya oleh hampir satu juta golongan muda di Malaysia tidak kira lelaki mahupun wanita dan dianggap sebagai satu budaya yang `cool' dan popular.
"Daripada hisap rokok, lebih baik hisap vape!"
Vape dikelaskan sebagai selamat dan jimat berbanding rokok, maka ia dikira boleh diambil oleh gadis mahupun wanita. Mereka pula tanpa segan silu menghembus kepulan asap tebal di khalayak ramai.
Percayalah, para lelaki meskipun perokok tegar sekalipun mengakui tidak menyukai melihat gadis menghisap vape, kerana menganggap gadis seperti ini tidak mempunyai pegangan serta tiada tarikan. Budaya ini juga tidak sinonim dengan wanita kerana ia bukanlah satu budaya ketimuran.
Impak yang sangat jelas boleh kita lihat dari ketagihan vape ialah ia satu fenomena yang nyata melekakan, menyumbang kepada ketagihan, pembaziran wang serta boleh mengancam kesihatan dan nyawa. Sekali gus, hilang nilai kewanitaan akibat merokok dan menggunakan vape itu.
Di mana sahaja, masyarakat semakin rakus, malah, semakin bangga berkongsi gambar di laman sosial yang kononnya mengikut trend. Hakikatnya, tanpa disedari telah hilang elemen serta ciri kesantunan dan kesopanan, serta menjejaskan imej wanita Islam yang cukup terkenal dengan adab sopannya.
Sebagai seorang wanita Islam, kita mesti meninggalkan perkara yang merosakkan. Sedarlah, andai kita rosak, bukan hanya diri kita seorang yang rosak, malah keluarga dan orang sekeliling turut menerima tempias akibat perbuatan sia-sia itu.
Usaha penganjuran Festival Vape baru-baru ini yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), berjaya mengumpulkan pengguna vape termasuk gadis bertudung. Hal ini dilihat mereka sedang meniru budaya orang bukan Islam, yang sebenarnya dilihat tidak bermaruah.
Budaya ini bukanlah satu proses kemodenan, apabila fenomena ini seolah-olah menggambarkan ia adalah normal. Mereka yang membantah pula dilabel sebagai seorang yang kolot dan menyekat hak individu walhal sudah jelas vape ini bertentangan. Islam mengharamkan semua perkara yang memabukkan dan memudaratkan diri.
Fenomena vape ini seolah memperkuda masyarakat mahupun pemimpin. Ramai golongan belia yang menceburi dalam bidang perniagaan industri vape pula dianggap membantu ekonomi negara.
Kita seharusnya cakna terhadap apa-apa serangan mendatang dan menunjukkan solidariti membantah sebarang penganjuran, sebagai contoh kempen 'Right To Vape, Vape It Right'. Minat golongan muda terhadap budaya vape jelas terang tidak memberi faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan, dan ia tidak perlu disokong.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016: Zahid ulang amaran, anggota Parlimen BN jangan bersekongkol dengan pembangkang

Posted: 06 Nov 2015 03:45 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015. 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedang memerhati anggota Parlimen BN yang dipujuk pembangkang dan memberi amaran jangan bersekongkol dengan mereka. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016. Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Disember ini.
Katanya, beliau siapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia sudahpun berjalan sejak 3 ke 4 bulan yang lalu.

"Saya tahu Anggota Parlimen BN yang sudah pun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan... saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen Umno Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort semalam.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli Umno perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata Umno tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam Umno pertukaran pucuk pimpinan itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara Umno tikam dari belakang... setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

MAHATHIR TERUS MEMENINGKAN KEPALA NAJIB

Posted: 06 Nov 2015 07:42 AM PST

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir  Mohamad akhirnya diambil keterangannya oleh pihak polis pagi tadi berikutan beberapa tindakannya dalam mendesak Najib Razak meletakkan jawatannya.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir ialah membuat beberapa dakwaan terhadap Najib seperti "mencuri wang", "merasuah pemimpin UMNO" dan sebagainya.

Malah untuk menunjukkan kesungguhannya menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga turun ke perhimpunan Bersih 4 sebanyak dua kali.

Namun demikian, tidak diketahui atas kesalahan yang mana beliau disiasat dan diambil keterangannya itu.

Bagaimanapun, Tun Mahathir memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak polis yang menemuinya selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al Bukhary itu.

Dengan memilih tidak menjawab pertanyaan pihak polis itu, Tun Mahathir kini seolah-olah menyerahkan kepada pihak polis, atau secara tepatnya kepada Najib yang sedang memimpin kerajaan, untuk mengambil apa-apa tindakan seterusnya kepada beliau.

Ini kerana yang menjadi sasaran sebenarnya dalam semua serangan Tun Mahathir itu ialah Najib sendiri.

Itu terpulang kepada mereka, katanya sambil ketawa.

Apa agaknya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau Najib terhadap Tun Mahathir selepas ini?

Menyoal siasatnya lagi dan lagi sehingga Tun Mahathir sedia membuka mulutnya?

Bagaimana jika setiap kali polis datang untuk mengambil keterangannya, Tun Mahathir masih enggan juga menjawabnya?

Adakah Tun Mahathir akan terus didakwa di mahkamah?

Beranikah Najib berbuat demikian dan sediakah beliau menghadapi risiko daripadanya?

Mungkinkah pula Tun Mahathir tidak diambil apa-apa tindakan akhirnya?

Atau Tun Mahathir sekali lagi sedang memeningkan kepala Najib untuk membuat pilihan?

Akibat hutang 1MDB... KHAZANAH NEGARA TERGADAI !!!

Posted: 06 Nov 2015 07:34 AM PST

Satu lagi bala besar akan melanda jika 1MDB berjaya membatalkan peraturan had pegangan asing dalam industri strategik penjanaan elektrik semata2 untuk menutup lubang hutangnya.

PENTADBIRAN NAJIB CADANG HAPUSKAN HAD MAKSIMUM EKUITI ASING DEMI MENUTUP HUTANG 1MDB ???

TAHUKAH ANDA.. 1MDB yang berusaha menurunkan liabiliti hutangnya, mahu menjual sayap perniagaan penjanaan elektriknya..