Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PILIHANRAYA KECIL: TONY PUA LETAK JAWATAN ?

Posted: 03 Nov 2015 06:21 PM PST

Joceline Tan 

MEMALUKAN DAP TAKUT DEBAT, DILABEL TONY PONDAN FROM OXFORD
 
--> Joceline Tan dalam rencana bertajuk "Power play in Selangor DAP polls", Joceline (foto) berkata sebagai politikus 'superstar' yang mendapat publisiti media hampir setiap hari, Pua sewajarnya mendapat undi yang lebih baik berbanding dengan calon-calon lain. 
Namun, keputusan pemilihan itu menyaksikan Pua berada di kedudukan ke-8, jatuh dua tangga berbanding dengan kedudukan ke-6 pada pemilihan parti itu dua tahun lepas.

"Ia agak mengejutkan dan ia adalah berita yang tidak baik kepadanya memandangkan beliau adalah penyandang Pengerusi DAP negeri, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan salah seorang nama yang disebut-sebut untuk jawatan Setiausaha Agung DAP, apabila khidmat Lim Guan Eng telah tamat tempoh.

"Lebih-lebih lagi, mereka yang menyokong beliau telah hilang (kalah) atau berakhir di separuh bahagian bawah yang dipilih perwakilan.

"Sekutunya, Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri, berada di kedudukan No 1 pada pemilihan tahun 2013 tetapi menurun kepada No 6 kali ini. 

"Seorang lagi sekutunya, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, hampir tidak berjaya, berada di kedudukan paling bawah (ke-15)."
 
Ean Yong, yang juga anggota exco kerajaan negeri, berada di kedudukan ke-3, manakala sekutunya, Liu yang digelar sebagai 'kemunculan semula raja' berada di tempat ke-4, walaupun dia telah digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum lepas

"Ia adalah jelas bahawa matlamat mereka (Ean Yong dan Liu) adalah untuk menunjukkan jalan keluar kepada Pua. 

"Pua yang mendapat 495 undi, berada 241 undi di belakang calon yang di tempat pertama, Gobind Singh Deo dan hanya mendapat 81 undi mengatasi Dr Ong, yang berada di tempat ke-15."

Jelasnya, dalam sistem pemilihan DAP di peringkat negeri, perwakilan parti akan memilih '15 orang' Ahli Jawatankuasa (AJK) di mana mereka yang dipilih itu akan bertanggungjawab menentukan siapakah di kalangan mereka akan memegang jawatan-jawatan dalam parti. 

"Semasa mesyuarat tertutup untuk memilih pemegang jawatan, puak Ean Yong telah bersetuju Pua dikekalkan sebagai pengerusi negeri.

"Walau bagaimanapun, mereka cuba mengangkat Liu menjadi salah seorang daripada dua naib pengerusi, jawatan yang disandang oleh Yeoh dan Exco Kanan, Datuk Teng Chang Khim. Yeoh menang dengan mudah tetapi Teng menewaskan Liu dengan hanya satu undi.

"Kebanyakan jawatan untuk jawatankuasa utama juga diberikan kepada orang-orang yang memihak kepada kedua-dua panglima perang itu (Ean Yong dan Liu)
Misalnya, Eddie Ng Tien Chee, ADUN Balakong yang digantung keahlian selepas gambar-gambar perjudian dia tersebar telah dilantik sebagai Setiausaha Organisasi.

ADUN Kuala Kubu Baru yang kontroversi pula telah dilantik sebagai pengarah pendidikan politik.

Joceline berpendapat Pua bukan lagi pemimpin pelapis DAP yang perlu diberi perhatian, sebaliknya calon penggantinya adalah Ean Yong.

"Ean Yong, yang mengambil jawatan setiausaha yang berkuasa ini adalah orang yang diberi perhatian. Ahli politik yang tinggi lampai dan buluh-nipis ini sesungguhnya telah dipandang ringan oleh pihak lawan. 

"Beliau sangat bercita-cita tinggi dan menyasarkan jawatan Exco kanan yang kini dipegang oleh Teng.

"Ketua sekutunya Liu, yang wartawan Cina panggil sebagai "bola langit" kerana bunyi nama Cinanya Tian Khiew, dikatakan merancang kemunculan semula yang lebih besar – pada pilihan raya umum akan datang.

"Kumpulan Ean Yong juga telah bersepakat memilih Exco V. Ganabatirau untuk memperolehi undi daripada kaum India.

"Calon-calon Melayu kalah kerana mereka hanya mendapat sokongan daripada kumpulan Pua sahaja.

"Wartawan yang membuat liputan pemilihan DAP itu secara bergurau berkata persaingan DAP di Selangor adalah di antara 'kumpulan Oxford' yang diketuai oleh Pua dan 'kumpulan pasar malam' yang diketuai oleh Ean Yong."

'Kumpulan Oxford' merujuk kepada kumpulan Pua, kerana beliau mendapat pendidikan daripada Universiti Oxford. 

Kumpulan ini berusaha untuk meningkatkan imej DAP dengan melahirkan lebih ramai profesional dan golongan yang boleh berfikir. 

Walaupun kumpulan ini mempunyai kuasa otak tetapi mereka gagal menyentuh sentiman akar umbi DAP.

Kumpulan Ean Yong pula digelar sebagai 'kumpulan pasar malam', kerana tiada gelaran yang lebih sesuai untuk diberikan kepada mereka.

Mereka bukan terdiri daripada kalangan intelektual tetapi mereka mempunyai kaedah yang pintar dan berkemahiran menguruskan ahli-ahli bawahan. 

Walaupun mereka bukan pemikir tetapi mereka boleh berkomunikasi dengan bahasa orang ramai gunakan dan mereka tahu bagaimana untuk beryamseng (minum arak) dan karaoke."

"Liu, misalnya, menjadikan acara menghadiri pengebumian sebagai satu titik kebangkitan. Dia tahu bahawa orang mati tidak boleh mengundi tetapi saudara-mara dan rakan-rakan mereka boleh mengundi.

"Akar umbi DAP dan penyokong tegar mereka sebahagian besarnya daripada kelas pekerja Cina. Mereka tidak cenderung dengan isu-isu yang berfikiran tinggi dan mereka lebih cenderung dengan 'kumpulan pasar malam' yang bercakap lengok bahasa kasar seperti mereka."

Khabar angin Tony Pua akan meletakkan jawatan semakin tersebar. Tony Pua gagal mengawal kemarahan dan kemaluan ahli-ahli DAP kerana ketakutannya berdebat dengan Arul Kanda telah menghilangkan muka hormat orang Cina kepada DAP. 

Tekanan sejak beberapa hari lalu sukar dihadapi, dan khabar angin Tony Pua akan menerima nasib serupa Ronnie Liu. Terpaksa berkorban untuk menjaga nama baik DAP dan ahli-ahli DAP yang lain.

Di kalangan ahli-ahli DAP pasar malam, Tony Pua kini diberi gelaran The Tony Pua Pondan From Oxford.

 


PARTI AMANAH BELUM ADA PERLEMBAGAAN, PINJAM PERLEMBAGAAN DAP

Posted: 03 Nov 2015 01:29 PM PST


    

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


BERSIH kantoi! Petisyen guna nama palsu dan dah mati

Posted: 03 Nov 2015 10:30 PM PST



2 NOV : Setelah gagal menjatuhkan Perdana Menteri dengan pelbagai isu, pembangkang melalui Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) menggunakan taktik 'kotor' untuk meneruskan niat mereka melalui usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kali ini, mereka mengedarkan sampul yang mengandungi surat atas talian kononnya daripada pengundi setiap kawasan Parlimen terutama yang diwakili Barisan Nasional (BN) berhubung usul tidak percaya itu.

Surat tersebut dibawa ke Parlimen oleh Presiden BERSIH, Maria Chin Abdullah dan dengan bantuan ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua, mereka menyerahkan sampul surat tersebut kepada ahli parlimen BN.

Antara ahli parlimen BN yang ditujukan surat itu ialah Pengerusi Majlis-Majlis Ahli Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap.

Kononnya untuk bersikap adil, BERSIH turut mengedarkan surat sama kepada ahli parlimen pembangkang.

Setakat ini, BERSIH telah mengumpulkan 31,000 poskad dan surat atas talian daripada 211 kawasan Parlimen dan sebahagiannya sudah diserah kepada ahli Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, tembelang BERSIH dan pembangkang pecah kerana semakan berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan yang kononnya menyokong usul itu dipercayai palsu dan tidak tepat selain tidak ditandatangani

BERSIH menggambarkan individu yang menyokong usul tidak percaya terhadap Najib adalah pengundi-pengundi di kawasan yang diwakili setiap ahli parlimen.

Namun hasil kaji selidik yang sempat dibuat Pegawai Khas ahli parlimen Kota Tinggi, Nizam Rashid, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.

Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beberapa ahli parlimen lain mendakwa semakan mereka mendapati ada nama yang tertera di surat itu sudah meninggal dunia selainada antaranya adalah pengundi di luar negara.

Berdasarkan modus operandi pihak terbabit menyerahkan surat atas talian, dipercayai ada nama yang kononnya menyokong usul itu tidak tahu nama dan nombor kad pengenalan mereka digunakan bagi tujuan tidak baik itu.

Ini menggambarkan pembangkang dan pihak lain yang ingin menjatuhkan Najib semakin terdesak sehingga sanggup menipu bagi menjayakan agenda mereka.

https://www.bnbbc.my/jatuhkan-pm-bersih-pembangkang-terdesak-guna-maklumat-palsu/



Adakah speaker BARU BANGUN TIDOR, baru tahu salahlaku Tony Pua?

Posted: 03 Nov 2015 06:31 PM PST




Tak faham kenapa Speaker nak ugut letak jawatan dan baru nak marahkan Tony Pua. Dia tidur ke selama beberapa tahun Tony Pua menyebar fitnah dan mempolitikkan 1MDB.

Percanggahan kepentingan dan etika ahli PAC yang dilakujan Tony Pua dah lama disebut Tan Sri Shahrir dan Dato Nazri Aziz.

SPEAKER BARU BANGUN KAH?

Sila gantung Tony Pua ....


Dilemma Azmin

Posted: 03 Nov 2015 04:30 PM PST















DAP arah, Mencecet Jo Bedul akur

Posted: 03 Nov 2015 01:30 AM PST


Dap nyalak segera PKR ikut araham. Jo memang bedul.


Azmin sudah tetap engkar.

Adakah PKR akan berpecah dari DAP disebabkan ini? Atau Azmin akan berpecah dari PKR?

Bergelora juga politik PKR. Nak ikut PAS tapi PAS macam dah ada persefahaman dengan UMNO.


Nak bersama dalam pakatan harapan, amanah dah kow tim dengan dap. Keadaan dah 2 lawan 1...



Dap pula nak jawatan Azmin


Sementara itu ketua amk sama blur dengan presiden ...




RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bekas bos Apco pemastautin tetap, kata Zahid

Posted: 03 Nov 2015 09:14 PM PST



Bekas bos Apco Malaysia Paul Stadlen yang didakwa mengendalikan operasi media besar-besaran bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemastautin tetap Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Semakan rekod Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Paul Stadlen (Gregory) adalah seorang penduduk tetap (PR) Malaysia," kata Zahid dalam jawapan bertulis Parlimen semalam.
"Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," katanya selaku Menteri Dalam Negeri.
Zahid menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang memintanya menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit kerja yang sah.
Wong juga meminta menteri menamakan majikan Stadlen ini. Walau bagaimanapun, Zahid tidak menjawab soalan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS akan kembali ke tahun 1980-an

Posted: 03 Nov 2015 09:13 PM PST


Saya melihat Selangor sebagai model mini bagi Malaysia. Tiada satu pun parti politik yang mampu menjadi kerajaan di Selangor secara tunggal. Justeru parti politik amat perlu bekerjasama untuk menjadi kerajaan di negeri ini.
Sebelum 2008, BN menguasai Selangor. Selepas 2008, kita ada Barisan Alternatif dan DAP, yang kemudiannya bergabung menjadi Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum ke-13, Pakatan mengekalkan mandatnya di Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor kelihatan tergugat apabila menteri besar waktu itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tentangan dan ancaman daripada PKR dan DAP.
Hanya PAS sahaja dilihat mempertahankan TSKI, mungkin kerana ghanimah yang diperolehi oleh PAS agak lumayan pada waktu itu. Kemuncaknya, enak orang exco – tiga dari PKR dan tiga dari DAP – dipecat daripada pentadbiran negeri Selangor.
Bakinya hanya empat orang exco PAS sahaja yang tinggal bersama seorang menteri besar bebas. Masalah ini diselesaikan apabil Mohamed Azmin Ali dipilih menjadi menteri besar yang baru.
Selangor kembali dilanda kontroversi pada tahun ini. Kemuncaknya, Muktamar Agung PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP tapi masih bersama dengan PKR. Dari itu terbitlah Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sekali lagi, kerusi menteri besar menjadi tumpuan. Azmin digesa memilih Pakatan Harapan (gandingan PKR, DAP dan AMANAH) dan menyingkirkan PAS dalam pentadbirannya.
Azmin bagaimanapun memutuskan untuk menyatukan semua pihak berkepentingan termasuk PAS dan PSM dalam menghadapi musuh yang satu iaitu Umno/BN.
Dalam situasi ini, saya melihat Azmin berada dalam keadaan yang cukup dilema dalam meraikan semua pihak termasuk istana, Pakatan Harapan, PAS dan rakyat Selangor. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
Pasti beliau sendiri pening dalam memikirkan kelangsungannya sebagai MB, kelangsungan parti, harapan dan aspirasi rakyat serta kehendak istana sendiri.
Melihat kepada situasi itu, aku memahami kekurangan yang ada pada PKR sehinggakan perlu bergantung atau menumpang kekuatan PAS dalam beberapa aspek.
PKR masih lagi parti yang muda yang mana punya penyokong yang ramai tapi masih lagi kekurangan pendukung terutamanya di peringkat akar umbi.
Jika PAS dikesampingkan akan wujud satu lompong yang besar ketika PKR perlu menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jika PKR mengesampingkan parti baru iaitu AMANAH, parti itu akan kehilangan pengundi Cina – sehingga 15 peratus – mengikut tinjauan Merdeka Center.
Terdapat juga simulasi yang menunjukkan bahawa BN akan berpeluang merampas kerusi seperti DUN Kota Damansara, Semenyih dan Sungai Aceh sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.
Adakah PAS boleh menang jika berlaku pertandingan tiga penjuru? Kita boleh melihat contoh di DUN Selat Kelang.
Jumlah sokongan kepada PAS sememangnya meningkat pada 2013. Pada tahun 2008, PAS mendapat sokongan yang agak menyeluruh di mana kemenangan yang diperolehi hampir seimbang di setiap unit daerah mengundi Melayu dan unit daerah mengundi campuran (majoriti cina).
Pada tahun 2013 pula, DUN Selat Klang mencatatkan penambahan undi popular dan majoriti.
Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa PAS hanya menang di satu daripada kesemua sembilan Unit Daerah Mengundi (UDM) majorit Melayu. PAS menang di kesemua enam UDM majoriti Cina.
Apakah kesimpulan yang boleh kita buat? Jika pecahan UDM kekal sama dan sentimen pengundi Cina merosot, adakah PAS dapat mengekalkan kuasa di DUN Selat Klang? Bagaimana dengan DUN yang lain?
Read More / Baca Lagi >>

Husam: Rakyat kian susah, kita pula naik gaji

Posted: 03 Nov 2015 09:12 PM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa hari ini menyindir "keberanian" kerajaan Kelantan susulan kenaikan elaun wakil rakyatnya kepada RM8,000 sebulan.
"Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji," katanya.

Putrajaya enggan jawab dakwaan beli teknologi untuk risik rakyat sendiri....

Posted: 03 Nov 2015 09:11 PM PST

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam jawapan bertulisanya di Dewan Rakyat mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.

Putrajaya tidak menjawab sama ada sudah membeli satu alat teknologi daripada "Hacking Team" untuk merisik rakyat sendiri dengan mengatakan data peribadi dan kerahsiaan rakyat sentiasa terjaga.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.
"Di Malaysia, data peribadi dan kerahsiaan rakyat dilindungi supaya tidak disalahgunakan.

"Tindakan tegas akan diambil melalui undang-undang sedia ada bagi menjamin hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara," kata jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat hari ini. Salleh bagaimanapun memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau serangan siber.
"SKMM melalui Pusat Keselamatan Rangkaian atau SKMM Network Security Center (SNSC) juga bertindak memantau serangan siber.
"SNSC juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Majlis Keselamatan Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan GCERT dalam menjaga keselamatan siber negara.

Parlimen tolak cadangan pisahkan jawatan PM dan menteri kewangan

Posted: 03 Nov 2015 09:09 PM PST

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.Parlimen hari ini menolak rang undang-undang persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bagi memperuntukkan undang-undang menghalang seseorang memegang 2 jawatan serentak iaitu perdana menteri dan menteri kewangan.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak rang undang-undang itu dalam kamarnya kerana ia tidak memenuhi Peraturan Tetap 27 yang memerlukan usul itu dihantar secara bertulis.
Rafizi menghantar rang undang-undang itu melalui emel.

Pandikar juga memaklumkan rang undang-undang itu bertentangan dengan Akta 1969 Fungsi Menteri. Rafizi dalam kenyataannya berpendapat pendirian ini akan mengurangkan kebebasan Parlimen dan merendahkan kedudukan Parlimen yang sepatutnya setaraf dengan cabang eksekutif kerajaan daripada segi bidang kuasanya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Speaker mahu debat Pua - Arul selepas laporan PAC, ancam letak jawatan

Posted: 03 Nov 2015 09:08 PM PST

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy diadakan selepas laporan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) mengenai 1MDB dikeluarkan.
Pada masa yang sama, Pandikar menafikan beliau menghalang debat antara Pua dengan Arul, malah laporan PAC juga akan dikeluarkan dalam sesi kali ini.
"Saya tidak halang perdebatan.

"Saya cuma kata perbahasan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (Pua) dengan presiden 1MDB, Arul dibuat selepas laporan PAC ini dikemukakan kepada Dewan dan Majlis," katanya menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mengenai mengapa debat tersebut tidak boleh diteruskan. Pandikar juga mempertahankan keputusan tersebut dengan berkata selepas laporan PAC siap dan dibentangkan, semua pihak boleh berbahas dalam dan di luar Dewan.
"Ia juga akan dibahas semua ahli Parlimen di sini, ia juga akan dibahas di luar.
"Saya tidak halang perdebatan tapi harus dibuat selepas penyata PAC, itu adalah pendirian saya," katanya.
Beliau juga mengulangi pendiriannya akan meletak jawatan jika kerajaan dan pembangkang masih mahu meneruskan debat tersebut.
"Kalau diteruskan juga, itu tindakan yang saya akan buat.
"Jadi bermakna, apa hujah selepas ini, orang lain tidak akan dapat ubah pendirian yang saya buat," katanya.
Pua kemudian bangun mencelah semasa penjelasan Pandikar, beliau akur dengan keputusan itu, tetapi mendakwa haknya seolah-olah ditindas dalam isu 1MDB.
"Saya kecewa dalam isu 1MDB, di mana seolah-olah hak saya ditindas," kata Pua.
Pandikar juga menjelaskan beliau tidak boleh memberi arahan kepada Arul jangan berterusan mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB kerana beliau bukan ahli PAC.
"Saya tidak mempunyai kuasa memberi arahan (gag order) kepada mereka yang bukan ahli PAC," kata Pandikar.

Undi tak percaya antara punca RM jatuh kata Timb Menteri Umno

Posted: 03 Nov 2015 09:04 PM PST



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata terdapat empat faktor yang menjadi punca kejatuhan nilai ringgit termasuk sentimen negatif yang dimainkan seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Sentimen negatif termasuk apa yang disebut YB Bukit Katil menyentuh kenyataan Gabenor Bank Negara yang menyebut 1MDB adalah (punca kejatuhan nilai ringgit). Tidak. Jika kita lihat, gabenor, dia memberi beberapa faktor salah satunya adalah negatif sentimen.
"Sentimen (negatif) ini bukan sahaja 1MDB tetapi juga undi tidak percaya kepada perdana menteri. Ini juga negatif sentimen.
"Sentimen negatif ini, kita tidak boleh kaitkan oleh kerana jatuh nilai ringgit disebabkan kes 1MDB. Negatif sentimen ini (disebabkan) banyak benda," kata Johari di Dewan Rakyat.
"Soal siasatan 1MDB ini, saya tidak nampak dekat mana kita menghentikan siasatan. Saya rasa, lima negara yang telah menyiasat ini, biar mereka habis siasat. Kalau ada kes, dan kes itu dibawa kepada perhatian kita, kita akan tengok.
"Tapi kalau tak habis lagi menyiasat. Kalau kita semua nak buat keputusan, ini susah. Inilah negatif sentimen dalam negara," katanya.
Beliau (BN-Titiwangsa) menjawab soalan lisan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) berhubung kenyataan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa penyusutan nilai ringgit dan ekonomi boleh dipulihkan isu berkaitan 1MDB diselesaikan.

Mahkamah Rayuan sahkan Utusan fitnah Kit Siang

Posted: 03 Nov 2015 09:03 PM PST

Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan akhbar Umno Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Hakim Datuk Lim Yee Lan, yang mengetuai panel 3 hakim berkata, hakim yang membicarakan kes itu tidak silap dalam membuat keputusan.
"Kami juga mengesahkan ganti rugi RM250,000 yang diputuskan kepada plaintif (Lim)," katanya dalam keputusan sebulat suara itu.

Lim yang diwakili peguam Gobind Singh Deo juga dianugerahkan kos RM15,000. Pada 10 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata Lim membuktikan kesnya terhadap defendan iaitu Utusan.

3000 bekas kakitangan MAS buat aduan dihentikan - Maseu

Posted: 03 Nov 2015 07:28 PM PST


Hampir 3,000 bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu) Abdul berkata, aduan terakhir difailkan pada Jumaat lalu, memandangkan pekerja berkenaan mempunyai 60 hari untuk berbuat demikian selepas tarikh penamatan yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.
"Jika anda failkan selepas 60 hari, ia akan menjadi aduan biasa. Untuk mendapatkan pampasan, aduan hendaklah difailkan dalam tempoh 60 hari," kata Malek.
Sebahagian besar pekerja membuat aduan bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan tanpa mengikut prosedur yang betul.
"Oleh kerana ini adalah skim pengurangan pekerja, syarikat itu sepatutnya mengikut sistem LIFO iaitu kakitangan yang terakhir diambil bekerja akan menjadi yang pertama dihentikan. Sebaliknya, syarikat memilih pekerja yang mereka mahu tamatkan perkhidmatannya.
"Oleh kerana MAS tidak mengikut prosedur LIFO, pekerja berhak mendapat pampasan," kata Malek.
Menurutnya, para pekerja juga tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ditawarkan kerana ada yang sepatutnya menerima pampasan gaji satu setengah bulan bagi setiap tahun perkhidmatan tetapi hanya menerima 0.55 bulan gaji.

Transaksi SRC tidak perlu kelulusan bertulis PM, kata Najib

Posted: 03 Nov 2015 07:17 PM PST

Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri kecuali beberapa perkara yang termaktub dalam Perkara 116 dalam M&A syarikat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri kecuali beberapa perkara yang termaktub dalam Perkara 116 dalam M&A syarikat.

Semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd yang dimiliki Kementerian Kewangan tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulisnya, Najib yang juga perdana menteri berkata, ini jelas dinyatakan dalam memorandum dan artikel pertubuhan Memorandum and Articles of Association (M&A) syarikat ini.
"Semua transaksi utama SRC tidak memerlukan kelulusan bertulis perdana menteri.

"Perkara 116 dalam M&A hanya menyatakan perkara ini perlukan kelulusan perdana menteri iaitu: pindaan kepada M&A dan perlantikan atau pemberhentian pengarah serta pasukan pentadbiran utama," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Hanya saya berhak tafsir perintah tetap, kata speaker Dewan Rakyat

Posted: 03 Nov 2015 06:31 PM PST

Speaker Dewa Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan perintah tetap tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen dan hanya beliau sebagai speaker berhak melakukannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Speaker Dewa Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan perintah tetap tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen dan hanya beliau sebagai speaker berhak melakukannya. 

Hanya speaker sahaja berhak membuat tafsiran terhadap perintah tetap dalam Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam tadi ketika menolak pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkaitan cadangan debatnya dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, lapor Malaysiakini. Laporan itu berkata, Pandikar ketika bercakap dalam sessi bertemu editor menegaskan, kenyataan ahli Parlimen DAP itu yang beliau tidak melanggar sebarang perintah tetap hanya pandangan peribadi sahaja.
Perintah tetap katanya, tidak boleh bergantung kepada tafsiran yang dibuat seseorang ahli Parlimen.

"Jelas dinyatakan speaker perlu mentafsirkan perintah tetap, manakala ahli Parlimen perlu bersetuju," kata Pandikar, menurut laporan itu. Semalam Pua bertegas, debat beliau dengan Arul tidak mempunyai konflik kepentingan walaupun beliau ahli Jawatantankuasa Kira-kira Awam (PAC), badan yang sedang menyiasat badan pelaburan dibebani masalah hutang itu.
Pua juga menegaskan, 10 soalan yang dikemukakan kepada Arul juga merupakan makluman awam dan bukannya daripada prosiding PAC.
Pua menggunakan Perintah Tetap 23 dan 85, selepas dihalang speaker daripada menyertai debat atau melepaskan jawatannya sebagai ahli PAC.
Bagaimanapun malam tadi, speaker itu juga berkata, maklumat awam dikatakan Pua itu mungkin juga dibawa dalam prosiding PAC.
"Bagaimana anda hendak pastikan Pua tidak bersalah dengan anggapan semasa dia ahli PAC, dia mendapatkan maklumat itu daripada lain-lain sumber?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

MENTERI "LALOK"

Posted: 03 Nov 2015 06:05 PM PST

Ramai kawan-kawan meminta saya menulis mengenai kenyataan terbaru menteri yang seorang ini mengenai tol yang dianggap suatu penghinaan kepada rakyat.

Hakikatnya ramai wargakota yang setiap hari keluar rumah untuk ke tempat kerja sebaik saja selepas Subuh semata-mata untuk mengelakkan kesesakan, tetapi seringkali terperangkap juga kerana terlibat dengan urusan lain seperti menghantar isteri ke pejabat dan anak-anak ke sekolah.

Soalnya, apakah menteri berkenaan mahu wargakota keluar ke tempat kerja seawal pukul 3 atau 4 pagi setiap hari?

Selain itu, adakah semua jalan bertol mempunyai jalan alternatifnya? Dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Putrajaya misalnya, mana jalan alternatif tanpa tolnya?

Ulasan saya mudah saja - kalau beginilah cara berfikir dan melayan rungutan rakyat oleh seorang menteri yang bertaraf Pengarah Komunikasi Strategik BN, lebih baiklah dilantik budak-budak lalok yang jaga parking di sekitar Chow Kit sebagai anggota kabinet.

Dua kali lima dan lebih kurang saja cara berfikirnya.

Skandal 1MDB: Melibatkan wang rakyat pandai tapi bertemu rakyat TAK BERANI

Posted: 03 Nov 2015 05:31 PM PST

Dengar cerita melalui watsapp, debat Arul-Tony dalam isu 1MDB dibatalkan ...... betul ke ? Yang saya tahu perbincangan banyak berkisar status Tony dalam PAC sampai Speaker pun ancam nak letak jawatan dan Menteri Komunikasi pula kata siaran langsung RTM hanya akan dibuat jika Tony keluar dari PAC.
1MDB: Melibatkan wang rakyat pandai tapi bertemu rakyat TAK BERANIHmmmm .... nampak bersungguh benar mereka nak Tony itu keluar dari PAC, kan ?Tak perlu gaduh2 dan tak perlu sesiapa pun letak jawatan bagai ..... jalan terbaik adalah dengan mengadakan Sesi Soal Jawab antara 1MDB dengan wakil2 dari rakyat terutamanya media dan para pengkritik.Arul pun dah bersedia untuk bercakap ..... kan ?
Jika Arul ikhlas dan 1MDB juga ikhlas mahu jelaskan perkara kepada rakyat, Sesi Soal Jawab itu adalah alternatif yang jauh lebih baik dari berdebat.Semua orang nak tahu cerita sebenar 1MDB. Banyak persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya lagi walaupun Arul kata dah jawab berpuluh kali. Jadi apakata buat sesi Soal Jawab ini dan selesaikan semuanya.
ADA BERANI ?
Melainkan 1MDB ada banyak perkara yang nak disorokkan dari rakyat .......
Sekarang sudah terbukti nyata bahawa 1MDB itu telah gagal, rugi dan terpaksa diselamatkan melalui Pelan Rasionalisasi Hutang.Antara kesan langsung dari Pelan Tukar Aset 1MDB dengan IPIC adalah penglibatan kerajaan secara langsung dalam memastikan IPIC mendapat aset sebagaimana dalam perjanjian. Ini bermakna, satu lagi GERENTI kewangan dari kerajaan gara2 1MDB !
ff
Ingat balik apa yang tertulis dalam rekod London Stock Exchange mengenai perjanjian 1MDB/Kerajaan-IPIC : ( KLiK )On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet.........
...... 1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa.Perjanjian itu bukan saja dengan 1MDB tetapi juga dengan Kementerian Kewangan.
Pendek kata - Kerajaan ( atau rakyat ) telah dilibatkan sama dalam proses menyelamatkan 1MDB dari kemelut hutang !
Kenapa masih nak berahsia lagi dengan rakyat ? Melibatkan komitmen rakyat pandai ..... tapi nak bertemu dengan rakyat takut tak berani.Kalau Arul sudah bersedia untuk berdebat, tidak ada alasan lagi untuk Arul menolak bertemu rakyat dalam sesi Soal Jawab ...... MELAINKAN perkara debat itu cuma lakonan semata2.
Bawa sekali Najib dalam sesi pertemuan itu ...... kalau Najib berani lah. Jangan lupa CEO2 lama 1MDB serta ahli lembaga pengarah termasuk yang dah resign tu. Kita tak nak nanti diberi alasan konon waktu itu Arul belum bersama 1MDB maka beliau tidak boleh jawab tentang isu2 lama 1MDB.Kita siap bagi soalan2 lebih awal supaya persiapan rapi dapat dibuat untuk penjelasan yang tuntas.Amacam, BERANI ?

Skandal 1MDB: 'Tutup' siasatan PAC kalau terus debat kata Pandikar Amin

Posted: 03 Nov 2015 05:12 PM PST


Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan keputusan mengenai debat terbuka isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy dibuat selepas melihat kesungguhan semua pihak termasuk kerajaan meneruskan cadangan itu.
"Saya nampak kerajaan sendiri telah buat kenyataan mereka sanggup membantu debat itu diadakan dan ini bermakna ia akan diadakan," katanya pada majlis ramah mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama editor media, di sini malam ini.
Pandikar Amin berkata, sekiranya beliau membenarkan perkara itu berlaku, maka tidak perlu lagi mana-mana jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk bermesyuarat dan menyiasat dakwaan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut.
Beliau turut menegaskan isu 1MDB tidak sepatutnya dibahaskan secara umum sebaliknya menggunakan landasan betul melalui siasatan PAC yang masih berjalan ketika ini.
"Kenapa perlu ada perbahasan yang mana perkara itu sedang disiasat. Saya tidak halang perbahasan, bagaimanapun tidakkah (debat) ini merosakkan keputusan penyiasatan dibuat PAC nanti?  
"Apabila penyata dibuat oleh PAC, bahaslah. Tapi persoalannya adakah perbahasan merungkai permasalahan sekarang. Jawapan adalah tidak...kenapa tidak melalui proses itu terlebih dahulu," katanya.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini mencabar Arul Kanda selaku Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB untuk berdebat secara terbuka yang kemudiannya dipersetujui.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak juga menyatakan kesediaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan debat berkenaan secara langsung pada Jumaat ini.
Read More / Baca Lagi >>

GMMF di bawah Saifudin tidak tersasar dari landasan, kata kumpulan penyokong

Posted: 03 Nov 2015 05:08 PM PST

Kepimpinan Datuk Saifuddin Abdulah menerajui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global diakui kumpulan yang bekerjasama dengan yayasan itu sejak ia mula diwujudkan bagi menentang ekstremis dan mempromosikan kesederhanaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Kepimpinan Datuk Saifuddin Abdulah menerajui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global diakui kumpulan yang bekerjasama dengan yayasan itu sejak ia mula diwujudkan bagi menentang ekstremis dan mempromosikan kesederhanaan.

 Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mempertahankan rekod mereka dan mendakwa pertubuhan itu memainkan peranan penting dalam menentang ekstremis dan mempromosikan kesederhanaan.
Dua kumpulan besar yang sentiasa bekerjasama dengan yayasan itu ketika berada di bawah kepimpinan Datuk Saifuddin Abdulah berkata, ia memainkan penting bagi menyuarakan suara kesederhanaan ketika masyarakat Malaysia mula berpecah.
Mereka berkata, adalah penting bagi GMMF meneruskan agenda mereka di bawah ketua pegawai eksekutif baharu, Datuk Nasharuddin Mat Isa kerana peranan yayasan itu berkesan apabila ia disokong kerajaan.

"Saifuddin percaya ketika kita mahu bercakap mengenai keserhanaan di peringkat global, ia perlu dilaksanakan di dalam negara," kata Datuk Dr Denison Jayasooria (gambar, kanan) daripada Proham, kumpulan pemerhati hak asasi manusia. "Kita tidak boleh lupakan isu kesederhanaan di negara kita seperti isu agama dan perkauman," katanya yang merupakan setiausaha agung Proham.
GMMF diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2013.
Menurut laman webnya, yayasan itu merupakan platform mempromosikan kesederhanaan antara negara dan komuniti bagi mengekang ekstremis dan mempromosikan pembangunan yang seimbang.
Saifuddin yang merupakan bekas timbalan menteri Umno meninggalkan parti itu bulan lalu dan digantikan Nasharuddin. Beliau merupakan bekas timbalan presiden PAS namun kini hanya ahli biasa parti Islam itu.
Pada 1 November, dalam wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia, Nasharuddin berkata GMMF tersasar daripada landasan asal.
Jayasooria bagaimanapun tidak memberikan respons langsung kepada pendapat Nasharuddin, namun berkata Saifuddin melakukan yang terbaik untuk mempelopori kesederhanaan di dalam negara dan antarabangsa.
Pencapaian terkini GMMF katanya adalah dilantik sebagai ketua negara Asean untuk mengangkat Deklarasi Kesederhanaan Langkawi, yang menyatakan rantau ini akan memperomosikan kesederhanaan sebagai nilai-nilai Asean.
Proham juga turut bersama GMMF menganjurkan sesi perbincangan meja bulat bagi membincangkan isu membabitkan kumpulan pelarian Rohingya dan hubungan kebebasan agama dalam negara-negara Asean.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia’s image needs restoring, says Nazir

Posted: 03 Nov 2015 04:06 PM PST

Nazir said investigations into 1MDB should be concluded quickly, and the findings made public if the government is going to restore confidence in the way Malaysia is being run.
nazir
KUALA LUMPUR: Nazir Razak, the chairman of Malaysian bank CIMB said political uncertainty facing the government led by his elder brother is the biggest concern for foreign investors looking at the once-stable Southeast Asian country.
Speaking to Reuters on Saturday at a country club on the outskirts of Kuala Lumpur, where his bank was hosting a golf tournament, 48-year-old Nazir said the "central issue for Malaysia" was restoring its reputation for political stability.
Prime Minister Najib Razak, 62, is embroiled in a scandal surrounding 1Malaysia Development Berhad (1MDB), the state fund that has racked up debts of $11 billion since he established it soon after taking power in 2009.
Najib's denial of any wrongdoing has failed to dispel suspicions of mismanagement and corruption, which led to a mass protest in Kuala Lumpur in August and more recently moves to bring a confidence vote in parliament.
Nazir did not discuss his brother's political problems, but said investigations into 1MDB should be concluded quickly, and the findings made public if the government is going to restore confidence in the way Malaysia is being run.
"The sooner we deal with the 1MDB overhang, the better," said Nazir, the chairman of Southeast Asia's fifth-largest bank, and Malaysia's second-largest by assets.
The scandal has taken its toll on the energy-exporting country, already hit by a slump in global oil prices.
The ringgit currency has fallen 18.5 percent this year against the dollar, plumbing levels unseen since the depths of the Asian financial crisis in the late 1990s.
Read More / Baca Lagi >>

PAS 'tunggu dan lihat' usul tidak percaya Wan Azizah

Posted: 03 Nov 2015 04:04 PM PST


Post Pic


KUALA LUMPUR: PAS mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, kemungkinan usul itu dibentangkan pada sesi Parlimen kini pun belum jelas.
Ditanya sama ada PAS akan bertindak menolak usul berkenaan di Dewan Rakyat sama seperti ia bersikap berkecuali dalam usul menolak Bajet 2016, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, PAS mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat.
"Kita tengok dulu. Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah sebut. Sekarang ini undi tidak percaya itu tidak tahu ke mana lagi.
"Kita tengok dulu apa akan berlaku dalam undi tidak percaya ini," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Pada 31 Julai lalu, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib tanpa memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul berkenaan.
Namun kenyataan Hadi berbeza dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata parti itu kini menunggu arahan Wan Azizah untuk menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
"Tidak ada flip flop (dolak dalik). Saya sudah sebut tadi, kita tegas dan kita tidak undur dengan sikap kita untuk terus membawa politik matang dalam arena politik Malaysia," jelas Nik Abduh.
Dr Wan Azizah memberi notis usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada 20 Oktober lalu selepas satu perjumpaan bersama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dibuat.

Azmin didesak iktiraf kerajaan Pakatan Harapan Selangor

Posted: 03 Nov 2015 04:02 PM PST


Post Pic


SHAH ALAM: Selepas menerima kata dua daripada perwakilan DAP Selangor, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini sekali lagi didesak parti itu untuk mengiktiraf kedudukan kerajaan Pakatan Harapan Selangor.
 
ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata kerajaan negeri kini dipimpin oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) meskipun kerajaan negeri masih mengiktiraf PAS sebagai sebahagian daripada mereka.
 
"Satu fakta yang harus diterima ialah kerajaan Selangor sekarang dipimpin oleh PKR, Amanah, DAP dan PAS. 
 
"PKR, DAP dan Amanah pula bergabung di bawah Pakatan Harapan. Oleh itu, MB perlu tegas bahawa kerajaan Selangor sekarang bernama kerajaan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
 
Bukan itu sahaja Weng San mahu kerajaan negeri mengambil sikap terbuka jika wujud sokongan daripada wakil rakyat PAS Selangor berkenaan agenda perjuangan Pakatan Harapan dan tidak mahu bekerjasama dengan Umno.
 
"Mereka (ADUN PAS) yang tidak ingin bekerjasama dengan Umno, haruslah diterima untuk kekal dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor.
 
Read More / Baca Lagi >>

Husam 'kagum' dengan keberanian Kerajaan Kelantan

Posted: 03 Nov 2015 03:41 PM PST


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa 'kagum' dengan keberanian kerajaan Kelantan berhubung langkah negeri itu meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.

Husam Musa Husam yang juga merupakan Adun Salor itu berkata, 'kekaguman' itu bertitik tolak daripada keadaan ekonomi semasa kini.
" Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.
"Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini , kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.
Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji," katanya dalam satu kenyatan medianya hari ini,
Semalam Persidangan Dun Kelantan meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Keputusan itu menyaksikan anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000. 
Mengulas lanjut Husam berkata apa yang lebih memeranjatkannya adalah tindakan dua Adun BN yang menuntut elaun yang lebih tinggi.
"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu  dinaikkan lebih tinggi lagi! Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan 'reverse' memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timb dan juga MB. Sama-sama naik.
"Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan. Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK)  akan terasa hati," katanya.
Katanya, disebabkan kenaikan itu, bagaimana pula dengan nasib mangsa banjir pada Disember tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Gani Patail akan dedah rahsia penyingkirannya.....

Posted: 03 Nov 2015 03:39 PM PST

Beliau tidak mahu mendedahkan rahsia itu sekarang kerana terus mahu menjadi tumpuan ramai.
ghani-patail
KUALA LUMPUR : Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji untuk mendedahkan rahsia yang menjadi punca beliau disingkirkan sebagai Peguam Negara pada waktu yang sesuai.
Beliau yang dikerumuni media sejurus selepas forum bertajuk "SOSMA – Musang Berbulu Ayam? pada malam Selasa berkata, sekiranya isu mengenai penyingkirannya itu didedahkan sekarang, beliau tidak lagi menjadi tumpuan pada masa akan datang.
"Saya akan menyatakan (mengenai penyingkiran sebagai Peguam Negara) pada masa akan datang. Tidak hari ini.
"Sekiranya saya mendedahkan sekarang, saya tidak akan menjadi tarikan anda pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu penyingkirannya sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba pada 27 Julai lalu.
Terdahulu, beliau menjadi salah seorang panel dalam forum yang membincangkan mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Forum itu turut disertai Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru di Auditorium Raja Aziz Addruse di Bangunan Straits Trading di Kuala Lumpur.
Kemunculan Abdul Gani dalam forum itu merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal kononnya atas faktor kesihatan pada Julai lalu.
Pelbagai pihak membuat andaian penyingkirannya beliau berhubung rapat dengan siasatan Pasukan Petugas mengenai 1MDB.

Jamal kaki kencing kata Ali Tinju

Posted: 03 Nov 2015 03:35 PM PST

Dia mencabar Jamal membuktikannya dengan menunjukkan dokumen pelantikannya sebagai Pengerusi NGO Melayu Malaysia.
jamal-yunos,ali-tinju
PETALING JAYA: Benarkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?
Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.
Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.
Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang 'kaki kencing'.
"Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi," katanya kepada FMT.
Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.
"Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.
"Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa," katanya.
Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.
"Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik," katanya.

Mana jawatankuasa kajian Sosma, bekas peguam negara soal Putrajaya

Posted: 03 Nov 2015 03:26 PM PST

 Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji untuk mengkaji Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 setiap 5 tahun sekali dan ia termasuk dalam peruntukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji untuk mengkaji Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 setiap 5 tahun sekali dan ia termasuk dalam peruntukan.

Majlis Peguam dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) perlu meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan janjinya bagi membentuk jawatankuasa mengkaji Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), kata bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail malam tadi.
Jawatankuasa itu dijanjikan Najib ketika beliau membentang rang undang-undang Sosma 2012 lalu, kata Gani.
Berdasarkan ucapan Najib ketika membentangkan rang undang-undang itu 3 tahun lalu, Gani berkata antara lain jawatankuasa itu akan mempunyai wakil daripada Majlis Peguam dan juga Suhakam.

"Anda boleh tanya, mana jawatankuasa itu? Mana jawatankuasa yang boleh membuat semak imbang? Kadang-kadang mereka perlu diberikan ingatan," kata Gani ketika memberikan ucapan dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam bertajuk "Sosma – Serigala dalam badan kambing?" di Kuala Lumpur malam tadi. "Jawatankuasa ini seharusnya mengkaji Sosma dan memberikan cadangan," katanya.
Gani berkata, adalah penting untuk setiap orang membaca hansard Parlimen kerana ia dengan mudah boleh diperoleh dalam laman web Parlimen, namun jarang orang mahu membuatnya.
"Adalah penting setiap orang membaca hansard kerana perdana menteri selaku promoter kepada rang undang-undang membuat ucapan yang sangat penting.
"Namun, hansard kekal dalam laman web Parlimen tetapi tidak ada orang membacanya. Saya tidak tahu kenapa," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pencetus 1MDB punca masalah bukan yang bercakap, kata veteran parti

Posted: 03 Nov 2015 03:20 PM PST

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid percaya kesal kerana Umno melihat beliau dan beberapa individu sebagai punca masalah terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan mereka cuma menyuarakannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015. 
Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid percaya kesal kerana Umno melihat beliau dan beberapa individu sebagai punca masalah terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan mereka cuma menyuarakannya.
Mereka yang memulakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mencetuskan semua masalah berkaitan dengannya sebenarnya lebih teruk berbanding yang hanya membincangkan skandal tersebut, kata bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.
Beliau yang dipercayai termasuk dalam senarai 7 pemimpin Umno yang bakal dikenakan tindakan disiplin berkata orang sepertinya, berani lantang bersuara tidak sepatutnya dijadikan sasaran.
"Jika anda kata mereka yang bercakap tentang isu itu menyebabkan perpecahan, maka orang yang menyebabkan masalah itu timbul adalah lebih teruk berbanding  yang bercakap tentangnya.

"Bukan kami penyebab masalah, kami hanya bercakap tentangnya. Pastinya bercakap tentang masalah itu lebih baik berbanding menjadi pencetus masalah," veteran Umno itu berkata kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas laporan mengatakan beliau antara 7 yang sedang berada dalam pemerhatian parti. Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB sebagai firma pelaburan strategik negara dan turut berfungsi sebagai pengerusi lembaga penasihatnya.
Sanusi dikatakan tersenarai sebagai 7 individu yang bakal dikenakan tindakan kerana mengeluarkan "kenyataan tidak masuk akal" terhadap parti.
Beliau hadir pada satu sidang media bersama 5 bekas pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi menuntut kerajaan agar tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap pengkritik parti.
Selain Sanusi, turut dikatakan berada dalam senarai pemerhatian ialah Dr Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin, yang semuanya secara terbuka mengkritik Najib berhubung 1MDB.
Dua lagi dikatakan sedang diperhatikan ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, kedua-duanya penyokong kepimpinan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

DRAMA 1MDB: MENGAKU SAJALAH TAKUT BERDEBAT, HABIS CERITA!!

Posted: 03 Nov 2015 03:19 PM PST

Debat antara Tony Pua dengan Arul Kanda Kandasamy secara umumnya telah pun dipersetujui oleh kedua-dua tuan punya badan dan mengikut logik akal, tiada apa-apa lagi yang sepatutnya boleh menghalang debat itu daripada menjadi kenyataan.

Tetapi nampaknya, UMNO dan kerajaan mulai menggelupur kebimbangan dengan debat itu dan mulai cuba melakukan pelbagai usaha untuk menghalangnya dengan menjadikan Tony Pua sebagai sasarannya.

Hahahaha....Mari kita ketawa dengan sikap penakut dan pengecut UMNO dan kerajaan itu. Buat malu dengan makcik Felda sajalah....

Hari ini saja banyak drama telah dipentaskan yang menggambarkan ketakutan itu. Walaupun cuba menyembunyikannya, jawapan yang tepat ialah TAKUT DENGAN KEBENARAN.

Drama 1 - Speaker Parlimen,  Pandikar Amin Haji Mulia mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu diadakan, kecuali jika Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota PAC.

Beliau juga mengatakan jika Arul Kanda menyertai debat itu, beliau tidak boleh lagi menjadi saksi dalam siasatan oleh PAC. Kenapa main ugut-ugut orang lain kalau nak letak jawatan? Dulu ugut nak letak jawatan sebab tiada kemudahan tandas, sekarang Tony Pua dan Arul pula umpannya?

Drama 2 - Suara ugutan Pandikar itu kemudian disambut oleh Pengerusi PAC yang baru Hasan Ariffin, dengan mengatakan Tony Pua seharusnya tidak boleh bercakap mengenai 1MDB di luar Parlimen dan sebagainya selagi menganggotai PAC.

Kita mendengar keputusan Speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di bawah Parlimen patuh kepada arahan itu. Ini bermakna Tony Pua tidak boleh bercakap tentang 1MDB di luar dan sebagainya, jelas beliau.

Drama 3 - Selepas itu, Shahrir Samad yang pernah menjadi Pengerusi PAC pula mengeluarkan kenyataan bahawa Tony Pua bakal berdepan tindakan Parlimen jika membocorkan maklumat diperolehinya dalam prosiding jawatankuasa itu ketika berdebat dengan Arul nanti.

Katanya, sekiranya debat itu berlangsung, Tony Pua dikhuatiri sama ada secara sengaja atau tidak membocorkan maklumat yang diperolehinya dan mungkin memberi kesan kepada jawatankuasa itu.

Sehubungan itu, tegasnya, jika Tony Pua mengambil bahagian dalam debat itu, beliau berdepan dengan keadaan di mana satu usul boleh dibuat terhadapnya kerana menghina Parlimen.

Drama 4 - Seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Annuar Musa juga tampil dengan melabelkan Tony Pua sebagai tidak mempunyai "T" yang bermaksud "tidak bertelur"  jika tidak berani meletak jawatan sebagai anggota PAC untuk berdebat dengan Arul. 

Kata beliau, jika benar Tony Pua mempunyai bukti kukuh tentang salah laku 1MDB, beliau tidak seharusnya takut untuk meletak jawatan sebagai anggota PAC dan menumpukan perhatiannya kepada debat itu.

Jika Tony Pua enggan melepaskan jawatannya dalam PAC yang disifatkannya sebagai tiada "T", beliau lantas mencadangkan agar Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi gantinya untuk berdebat dengan Presiden 1MDB itu.

Ehh...kalau nak minta Dr Wan Azizah sebagai gantinya, lawannya bukanlah Arul Kanda, tetapi seharusnya Najib sendiri. Barulah padan, Ketua Pembangkang lawan dengan Perdana Menteri dan dapatlah juga kita mengetahui sama ada Najib ada "T" atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Saya sihat, jawab Gani tetapi enggan ulas soal penyingkirannya

Posted: 03 Nov 2015 03:09 PM PST

Kemunculan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam forum mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan pada Julai lepas. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 November, 2015. 
Kemunculan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam forum mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan pada Julai lepas.

"Saya ok, saya menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu... masih membaca dan melakukan beberapa kerja lain termasuk melayan cucu-cucu saya."
Demikian jawapan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selepas ditanya mengenai tahap kesihatannya oleh orang awam ketika soal jawab dalam forum anjuran Majlis Peguam mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Kemunculan Abdul Gani dalam forum itu merupakan yang pertama kali selepas tempoh perkhidmatannya ditamatkan atas faktor kesihatan pada Julai lepas.

Beliau yang sentiasa tersenyum dalam sesi forum itu turut menyatakan dirinya menjalani kehidupan yang menggembirakan kerana dikelilingi rakan yang baik. Pada 27 Julai lalu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya. – Bernama,