KUALA LUMPUR, 2 November:

Sebahagian pihak mungkin menganggapnya keanak-anakan, manakala segelintir lain melihat peluang positif, tetapi bagi penganalisis politik, Khoo Kay Peng, debat antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan pengkritiknya, Tony Pua, `memalukan'.
"Memalukan untuk kita perlu sampai buat seperti ini. Saya sedih bahawa bagi krisis besar seperti ini, kita perlu mengambil tindakan populis seperti ini untuk mengadakan perdebatan yang tiada jaminan bahawa sebarang fakta akan dikeluarkan.
"Tony Pua akan meminta Arul untuk mendedahkan kekeliruan, tetapi tiada apa yang akan dilakukan. Ia hanya akan menjadi satu peluang menghentam dari kedua-dua pihak.
"Adakah kita berminat dengan drama atau fakta?" luah Khoo ketika dihubungi
Khoo berkata, pada awalnya, apabila siasatan dijalankan, ada tempoh masa jelas menjelang akhir tahun untuk semuanya didedahkan.
Tetapi, ia berubah disebabkan keadaan tanpa status yang jelas mengenai hasil siasatan sekalipun sudah masuk November.
"Saya juga tidak fikir Arul akan membuat sebarang penutup. Jika tiada apa untuk mereka sembunyikan, mereka sepatutnya boleh memberikan penutup sepenuhnya sekarang," kata Khoo lagi.
Pua tidak berhenti melemparkan kritikan terhadap syarikat cabang pelaburan negara itu, dengan isu paling hangat mempertikaikan kaitan dengan 1MDB yang memikul hutang besar sehingga RM42 bilion.
Ahli Parlimen DAP itu sudah berbulan meminta penjelasan hutang RM27 bilion yang diadakwa sudah `hilang'.
Sekalipun, Arul membuat penjelasan beberapa bulan selepas itu, pada awal Jun, mengenai wang yang digunakan terhadap pembelian bebas pengeluar tenaga dan tanah selain dilaburkan ke dalam beberapa syarikat, Pua masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
Sambil berkata, ia membangkitkan lebih banyak syak, Pua secara khusus mempersialkan RM6.1 bilion yang dilaburkan ke dalam satu syarikat yang dinamakan Brazen Sky.
Keputusan audit terhadap kewangan 1MDB turut hangat dipertikaikan kedua-dua mereka, dengan Pua mempersoalkan keengganan Kementerian Kewangan membenarkan Deloitte untuk menjalankan audit.
Beliau mempersoalkan alasan di sebalik tiada tarikh yang ditetapkan untuk audit dimulakan.
Arul Kanda turut menafikannya, berkata bahawa 1MDB sudah bertemu Deloitte pada Februari 2015 untuk membincangkan dan memulakan audit selepas tempoh kewangan tamat pada 31 Mac, sambil menambah bahawa audit terhadap anak syarikay 1MDB, Edra Global Energy Berhad, sudah dimulakan.