Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Excuses, excuses ... No more plz you chicken shit tiny pee

Posted: 30 Oct 2015 09:56 PM PDT


Lim Sian See

25 mins · Kuala Lumpur · Edited · 

Tony Pua accepts but now sets conditions - Only he can ask Arul question but Arul cannot ask him question. He says this was original idea.

Tony also said there were no questions that Arul can ask him.

What about this all important question that Arul can ask Tony?

"What is the proof or source of your allegation?"

Utter coward that this Tony is.

He can make allegations but dare not even face scrutiny on his own allegations.

Better u just whatsapp Arul a list of your questions and he replies. Then you printscreen the replies and post on your FB page - no need live telecast debate.

Don't waste our time, Tony Pua.

---


Following the consensus, Pua said his original offer stands, where the face-off will be a live talk show and not a debate.

"It should be a question-and-answer session and not a debate because I am asking the questions.

"There's nothing for him (Arul) to ask me," Pua told Malaysiakini when contacted.

Read more:https://www.malaysiakini.com/news/317903#ixzz3q76lua43

================


Tony Pua now says that even if Arul tells the truth in the debate, it is pointless and there is nothing he can do about it.

Huh?? I thought u wanted to know the truth and can grill Arul about it live on TV?

RTM already says they will telecast it live.

You mean it is not on? Cancelled?

Millions of Malaysians disappointed.

Tony, just say you scared of being thoroughly humiliated by he debate champion, Arul. No need for more excuses.

We understand.

---

"It is not worth it," Pua said simply when asked in Kuala Lumpur today if the potential of getting answers on the 1MDB scandal would be worth quitting PAC.

The issues plaguing 1MDB are bigger than just Arul Kanda and the PAC is looking into more than just 1MDB, such as the 'excesses of the government' as well, he said.

Pua pointed out that even if he were to quit the PAC to debate Arul Kanda and get the truth, there was nothing he could do with that information.

"If I go on a debate (with Arul Kanda), even if he tells the truth, there's nothing I can do other than just that," he said.

Tony Pua takut termalu didedah guna bahan tipu Sarawak Report

Posted: 30 Oct 2015 06:30 PM PDT



--------------------

Debat #1MDB: Tony Jadi Arang, Mahathir Jadi Debu

Debat yang bakal berlangsung antara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dengan CEO 1MDB, Arul Kanda, pasti akan jadi perhatian ramai, terutama pengundi atas pagar yang nak tahu cerita sebenar 1MDB untuk dibanding dengan cereka yang Tony selalu sebarkan.


Belum debat itu berlangsung, penulis dah jangka Arul Kanda pasti menang, apatah lagi dia awal-awal dah kata tidak akan tanya sebarang soalan sebaliknya akan jawab semua soalan dari Tony - bukan calang-calang orang berani letak dirinya dalam posisi itu.


Hebat tu.

Begitupun tahukah kita, selain Tony yang bakal kena benam cukup-cukup (tak hairan kenapa Tony mula cari alasan untuk elak debat) dek Arul, ada seorang lagi yang tidak ada dalam sesi debat itu tapi dia yang paling menderita bila Tony kena benam.


Percaya atau tidak, orang itu adalah Mahathir. Alasannya mudah saja, semua 'fakta' yang Tony bawa selama hari ini untuk mengatakan 1MDB ini bermasalah, adalah mengunakan alasan dari Sarawak Report, yang kita semua tahu dapat maklumat dari Mahathir.

Jadi kalau Arul Kanda kenakan Tony, Mahathir yang akan kena lebih teruk lagi. Tak sabar nak tunggu bila debat tu nak berlangsung.

Sheikh Balqis FB

1MDB, 1Bestari.net: Suka sangat membarai, sedia semua terbarai?

Posted: 30 Oct 2015 06:30 AM PDT


KENAPA PRO-TUN TAK KASI UNSPINNERS TANYA PASAL BESTARI.NET?

Unspinners ada buat dua posting lepas di

http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/kenapa-muhyiddin-tak-gagalkan-sambungan.html?m=1

DAN

http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/najib-disuruh-rihat-untuk-siasatan-tapi.html?m=1

berkenaan 1Bestari.net.

Kami menggunakan rujukkan artikel oleh beberapa laman web lain termasuk MyKMU dan petikan dari laporan odit negara.

Perlu diketahui bahawa Unspinners sentuh isu 1Bestari.net dah lama. Bukan setakat turunnya TSMY. Masa dia TPM pun ...

Cari di http://theunspinners.blogspot.my/?m=0#uds-search-results untuk jumpa banyak posting dari tahun 2014 melibatkan YTL dan Bestari.net. .....

Menurut orang pro-tun, sesuatu isu dan prinsip yang dijuangkan mesti diutamakan jauh melebihi seseorang pemimpin.

Atas prinsip itu, mereka kritik dan serang PM Najib walaupun bukti belum jelas dan hanya data Xavier Justo yg dimanipulasi Clare Rewcastle.

Najib belum nak cerita habis tapi mereka terus serang.

Apa salah kami tanya satu isu yang buat ratusan ribu guru2 benci dengan kerajaan?

Guru-guru hanya tahu orang atas buat hal maka seluruh kerajaan termasuk parti pemerintah disalahkan. Cerita sebenar tak diketahui.

Mereka hebahkan isu derma RM2.6 billion yang dah disebut SPRM tiada kena mengena dengan 1MDB tapi melenting bila TSMY ditanya tentang Bestari.net yg dah telan duit rakyat RM4.07 billion.

1MDB baru pinjam kurang satu billion dari kerajaan untuk jangkamasa pendik. Duit gomen untuk modal baru 1 juta diguna. Belum loan default dan belum hilang lagi duit.

Ok ok belum terbukti hilang.

Nampaknya mereka bukan saja tak pedulikan isu Bestari.net tapi lakukan serangan character attack dan labelling mcm pembangkang terhadap Unspinners dan MyKMU pula.

Contoh serangan seperti berikut

-----------------


SIAPA LULUS PROJEK 1BESTARINET?

Projek 1Bestarinet telah digunakan oleh puak penjilat tegar Najib untuk menyerang Muhyiddin.

Blog The Unspinner menyenaraikan kelemahan YTL dalam melaksanakan projek 1Bestarinet dan mengaitkannya dengan Muhyiddin yang merupakan Menteri Pendidikan ketika projek 1Bestarinet mula dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Portal MyKmu menyalahkan Muhyiddin yang dikatakan menjadi penyebab ramai guru menyokong pembangkang kerana tidak puas hati dengan pelaksanaan 1Bestarinet.

Semua tuduhan ini dipintal dan dikitar semula setelah Muhyiddin mula mendedahkan satu persatu penyelewengan 1MDB yang melibatkan Najib.

Banyak tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan. MyKmu mempertikaikan kenapa Muhyiddin tidak dipanggil oleh PAC untuk menjawab segala kelemahan 1Bestarinet.

MyKmu lupa bahawa PAC telah memanggil KSU KPM untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan kelemahan pelaksanaan 1Bestarinet.

Kenapa Muhyiddin tak dipanggil oleh PAC? Jawapannya, tanyalah Pengerusi PAC, bukan Muhyiddin.

Muhyiddin juga dikatakan tidak mengambil cuti untuk membolehkan 1Bestarinet disiasat oleh SPRM. Ini bertentangan dengan gesaan Muhyiddin supaya Najib bercuti untuk membolejkan siasatan bebas dilakukan ke atas 1MDB.

Persoalannya, bila masa SPRM siasat projek 1Bestarinet? Ada kertas siasatan ke? Muhyiddin terlibat ke? Kalau tiada siasatan, kenapa Muhyiddin perlu bercuti.

Sekarang Muhyiddin bukan lagi Menteri Pendidikan atau Timbalan Perdana Menteri. Tidak timbul lagi soal cuti atau tidak. Jika SPRM nak siasat, maka siasatlah.


Ramai yang tidak tahu bagaimana projek 1Bestarinet diluluskan oleh kerajaan. Ada yang kata tiada tender terbuka. Ia diluluskan oleh Muhyiddin menerusi rundingan terus. Ini tak betul.

Pertama, perolehan 1Bestarinet dibuat menerusi tender terbuka, bukan rundingan terus. Ia telah melalui proses biasa perolehan kerajaan. Bukan seperti 1MDB yang tak diketahui hujung pangkalnya dan ke mana duit berbillion ringgit dilebur.

Kedua, jika rundingan terus pun, Muhyiddin tak ada kuasa untuk memberi kelulusan. Hanya PM sahaja yang ada kuasa untuk meluluskan projek rundingan terus di Malaysia. Diulang sekali lagi, HANYA PERDANA MENTERI SAHAJA YANG ADA KUASA UNTUK MELULUSKAN PROJEK RUNDINGAN TERUS. Muhyiddin Perdana Menteri ke?

Jadi, siapa sebenarnya yang meluluskan projek 1Bestarinet yang dibuat menerusi tender terbuka? Muhyiddin ke? Bukan Muhyiddin! Muhyiddin tiada kuasa untuk meluluskan apa-apa projek atau tender. Yang kata Muhyiddin luluskan projek 1Bestarinet sebenarnya tak tahu proses macamana perolehan kerajaan dibuat, atau sengaja buat-buat tak tahu.

1Bestarinet telah melalui proses tender di KPM mengikut proses biasa perolehan kerajaan, dinilai oleh agensi-agensi pusat seperti MAMPU dan EPU, dan kemudiannya diangkat kepada Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Najib sendiri selaku Menteri Kewangan.

Yang meluluskan projek 1Bestarinet sebenarnya ialah Najib sendiri. Inilah fakta yang cuba ditutup oleh penjilat tegar Najib seperti MyKmu dan Unspinner.

Kalau Najib yang meluluskan projek 1Bestarinet, kenapa Muhyiddin yang dipersalahkan?

-----------------


Harap mereka dah cukup faham peraturan dan proses yang tertera dalam Akta Kontrak Kerajaan.


Harap mereka faham bagaimana proses tender terbuka boleh dimanipulasi oleh Lembaga Perolehan disatu-satu Kementeriaan dengan menggunakan Jawatankuasa Teknikal..

Harap mereka tahu sejarah kontrak proposal direct YTL yang kemudiannya baru masuk sebagai open tender dan ada pegawai cina yang letak spec ikut spec YTL.

Akibatnya dua proposal bawah harga RM2.8.billion kalah!!!!!


Harap pihak pro-tun tahu juga bahawa tahun 2014 ada review akan kontrak YTL. Begitu panjang senarai kegagalan YTL dibuat Auditor tapi masih dilanjutkan.

Kenapa? SIAPA ORANG DALAM YANG BANTU?

Banyak lagi kisah dalaman boleh diterbaraikan ala 1MDB jika cara menyerang ala pembangkang tanpa etika digunakan terhadap kerajaan dan sesama penyokong kerajaan.

Kalau 1MDB boleh diserang begitu teruk oleh pemimpin dan penyokong parti pemerintah sampai persepsi pemimpin dan parti UMNO begitu teruk sekali, apa salah salahlaku lain diterbarai sekali?

Banyak berlaku conflict of interest yang diketahui dan cara persekongkolan antara pihak tertentu melalui arahan orang tertentu yg bertulis supaya pegawai kerajaan tertinggi mudahkan cara ikut kehendak orang tertentu.

Sama-sama jatuh ... apa macam?

Tiada fakta hujah GST dan BR1M, penyokong Rafizi hanya tahu maki hamun

Posted: 30 Oct 2015 03:30 AM PDT


Perbualan sebenar dengan seorang penyokong Rafizi. Rujuk: FB https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1731715377047249&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater

--------
PENYOKONG RAFIZI:
Masalahnya ialah saya seorang pembayar cukai pendapatan yang bekerja keras. Saya tidak boleh menghabiskan masa keluar walaupun sehari dengan keluarga saya pada masa kini kerana ia adalah mahal di luar sana dan kerana saya berpendapatan kurang daripada apa yang anda dapat. Saya hanya pekerja biasa yang berpendapatan kurang daripada RM4000 / bulan.

Dengan GST, berapa banyak saya boleh habiskan dengan RM500 selepas semua potongan termasuk sewa, yuran sekolah, barangan runcit, pinjaman kereta dan sebagainya. Kamu beritahu saya bagaimana?

LIM SIAN SEE:
Dengan kumpulan pendapatan anda, anda tidak perlu membayar apa-apa bentuk cukai pendapatan dan anda mendapat BR1M sebanyak RM800. Anda berada di dalam kategori cukai pendapatan negatif - bermakna anda tidak membayar apa-apa bentuk cukai pendapatan tetapi kerajaan yang membayar anda sebaliknya.

BR1M RM800 cukup untuk membayar GST untuk pembelian RM13,333 setahun - atau RM1,111 sebulan.

Seperti anda katakan - pinjaman kereta, kebanyakan barangan runcit anda, yuran sekolah, sewa - tidak dikenakan cukai GST.

Dan jika anda menghabiskan RM500 sebulan pada semua barangan yang bercukai GST - anda membayar GST sebanyak RM30 sebulan.

Tetapi BR1M anda ialah RM66.67 sebulan - bermakna keadaan anda lebih baik di bawah model baru ini.

Dengan model lama, tanpa GST - anda perlu membayar cukai pendapatan tetapi anda juga tidak akan mendapatkan kembali wang sama sekali dari BR1M.

PENYOKONG RAFIZI:
Macam mana? saya tidak pernah menerima apa-apa BRIM kerana mereka berkata saya tidak layak dan untuk maklumat kamu juga, saya membayar cukai pendapatan bulanan saya tanpa gagal tetapi TIADA BRIM diterima, mengapa?

LIM SIAN SEE:
BR1M kumpulan pendapatan isi rumah RM3,000-RM4,000 sebulan hanya bermula bagi tahun 2015.

Sebelum ini, BR1M hanya untuk golongan berpendapatan RM3,000 dan ke bawah tetapi apabila GST diperkenalkan, mereka menambah kategori RM3,000-RM4,000 dan juga menghapuskan semua cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah (dan sebenarnya, mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah juga tidak membayar cukai pendapatan berikutan pelbagai potongan).

Bila anda pohon BR1M?


PENYOKONG RAFIZI:
Kenyataan kamu telah melukakan hati saya secara mendalam sebagai rakyat biasa. Dahulu, tanpa GST saya boleh berbelanja lebih banyak.

LIM SIAN SEE:
Kenyataan saya adalah logik, berdasarkan fakta dan pengiraan yang betul. Tidak ada melukakan hati. Hanya ada sebut berapa banyak cukai yang anda perlu bayar dan berapa banyak bayaran yang anda terima.

PENYOKONG RAFIZI:
Kamu adalah penjilat kerajaan. Apa yang pelik mengenainya pun.


LIM SIAN SEE:
Oh, jadi itu sahaja. Gaya Rafizi, tidak perlukan logik. Tidak perlu pengiraan yang betul. Hanya sewenangnya bercakap dan apabila salah, terus menghina dan mengutuk.

PENYOKONG RAFIZI:
Kamu boleh fxxk off saya tidak peduli.

LIM SIAN SEE:
Saya akan. Tetapi pengiraan saya masih betul walaupun saya 'fxxk off'.

PENYOKONG RAFIZI:
Kamu semua anjing, menggoyangkan ekor untuk makanan. Sialan kamu.

LIM SIAN SEE:
Okay.


Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1731715377047249&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater

Wake Up Malaya


P/S Ada mantan2 pemimpun UMNO pun dah mula bercakap macam Rafizi guna lojik mudah supaya senang pengikut buat kesimpulan salah.

Fakta salah tak apa. Kira2 salah takpa. Janji boleh tipu orang ramai atau lagi perbodohkan yang dah sedia bodoh.

Jika bukan RM8.2 billion, Lapiji Lembu patut digantung mcm Kit Siang

Posted: 30 Oct 2015 12:30 AM PDT


Kalau ikut pendedahan si lembu ini, maka kos pembinaan super hospital UiTM adalah RM8.2 billion.

Ini bermakna purata kos pembinaan ada RM13.4 juta sekatil. Atau anggaran lain, hospital itu akan muat 8,500 katil.

Demikianlah kebodohan tuduhan Rafizi yang jelas tidak tahu kira2 seperti GST sekeluar RM19 sehari.

Hospital yang kos pembinaan RM450 juta ditemberang sebagai RM8.2 billion. Dia patut dibawa ke Rights and Privilage Commitee dan digantung tanpa gaji selama 6 bulan.




Kini Rafizi cuba untuk spin dengan satu kenyataan terbaru yang tidak dedahkan mana-mana dokumen tetapi hanya kata dia ada dokumen dan buat tuduhan ala Tun M dengan tanya soalan.

Patut dia jawab dulu The Unspinners SINI. UiTM pun sudah nafikan dalam Sinar Harian . Hospital bukan 600 katil tapi 400 katil.


Nampaknya si lembu ini sanggup masa penjara pasal BAFIA. Pandai2 Anwar lengah2kan akhirnya masuk ke dalam jua.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Panass...!!! AirAsia runding jual syarikat?

Posted: 30 Oct 2015 11:34 AM PDT


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan sudah mula mengadakan perbincangan bersama pihak bank bagi mengambil alih syarikat penerbangan tambang murah itu pada nilai AS$200 juta (RM859.82 juta).

Menurut laporan Reuters, perkara berkenaan ekoran harga saham syarikat penerbangan berkenaan yang dikatakan telah jatuh merudum.

Selain itu, usahawan dan rakan kongsi perniagaan beliau, Datuk Kamarudin Meranun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad (AirAsia X), turut dilaporkan meminjam wang ke atas 19 peratus pegangan tidak langsung mereka dalam AirAsia daripada Credit Suisse dan CIMB Bank (CIMB) untuk membantu dana usaha niaga swasta terbabit.

Jelas laporan itu, kejatuhan dalam harga saham AirAsia telah membawa kepada pelanggaran syarat-syarat cagaran pinjaman dan menurut dua sumber, ia adalah salah satu sebab mengapa kedua-dua ahli perniagaan tersebut memulakan rundingan kepada pembelian kuasa pengurusan.

Dalam pada itu, ketika dihubungi, jurucakap AirAsia menolak untuk memberi sebarang komen berkaitan hal itu malah menurut Reuters, Fernandes dan Kamarudin pula tidak membalas emel yang dihantar bagi mendapatkan penjelasan.

Kewujudan pinjaman berkenaan yang tidak pernah didedahkan kepada umum adalah disebabkan transaksi yang bersifat peribadi mula menunjukkan sedikit sebanyak hala tuju serta masa depan syarikat penerbangan berkenaan yang juga merupakan pelanggan utama kepada Airbus di Asia kini terikat kepada pelaburan lain daripada pengasasnya, jelas laporan itu.

Malah mengikut dua sumber yang mempunyai pengetahuan berkaitan situasi itu, pinjaman telah dilakukan bagi membantu membiayai pembelian pada tahun 2011 oleh syarikat induk Fernandes iaitu Tune Group.

Untuk pinjaman saham yang disokong ia merupakan perkara biasa yang berlaku dalam kalangan hartawan di rantau ini, memerlukan sejumlah besar cagaran kerana mereka tertakluk kepada turun naik pasaran saham dan ia adalah situasi yang kurang jelas sekiranya Fernandes dan rakan perniagaannya telah meminta untuk pinjaman yang segera secara rasmi.

Namun begitu, tiada bukti mengatakan sama ada Fernandes atau Kamarudin yang telah memulakan empayar perniagaan yang dianggarkan bernilai melebihi nilai pinjaman saham yang disokong itu dan tidak berkemampuan untuk membayar kembali wang pinjaman itu.

Sementara itu, jurucakap Credit Suisse yang berpangkalan di Hong Kong serta CIMB turut menolak untuk memberikan maklum balas ataupun komen.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SAYA BERITAHU ORANG TENGAH BERNAMA TONY PUA , KALAU DIA TDAK BAYAR....

Posted: 30 Oct 2015 11:43 AM PDT

BANGKOK – Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 Nov ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.

Apabila percubaan pemerasan itu gagal, dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan telah menawarkan kira-kira US$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum menerima bayaran itu.

Pada Isnin, Justo memohon ikat jamin tetapi permohonannya ditolak oleh mahkamah. Justo dijangka memfailkan permohonan baharu untuk ikat jamin pada minggu depan.

Di KUALA LUMPUR, peguam Kevin Joshua berkata Justo tidak mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana dia "tidak mempunyai kepentingan terhadap barangan itu" untuk membuat sebarang tuntutan.

"Ia seperti seorang perompak menyaman tukang emas yang membeli barang kemas yang dicurinya," kata rakan guaman di Kevin and Co itu.

"Walaupun dia mungkin mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman, persoalannya ialah sama ada ia dapat diterima, dan ia bergantung kepada pengakuan apa yang dibuat." – BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Arul ubah ‘fikiran’, sedia debat tanpa syarat...

Posted: 30 Oct 2015 09:04 PM PDT

Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda bersedia berdebat dengan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat.

Katanya, mengenakan syarat pada Tony untuk meletak jawatan kerana ia memberi kesan pada konflik berkepentingan.

"Syaratnya sebelum ini adalah munasabah kerana Tony yang duduk dalam PAC adalah 'hakim' kepada siasatan 1MDB.

Sebelum ini, Arul mengenakan syarat di mana Tony meletakkan jawatan dalam PAC kerana khuatir ia akan menjejaskan integriti siasatan jawatankuasa itu dan mengelakkan sebarang pertembungan kepentingan diri.

"Saya sedia bertemu secara langsung Tony tanpa syarat sama ada dalam program bual bicara atau debat.

"RTM melalui menterinya sebelum ini setuju untuk menjadi hos kepada pertemuan kami, saya tertarik dengan pelawaan itu. Saya harap boleh berjumpa Tony (secara langsung) dalam tempoh terdekat ," katanya dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

Saman WSJ untuk keadilan dan pampasan kata Peguam Najib

Posted: 30 Oct 2015 08:51 PM PDT

Adalah perkara biasa apabila syarikat penerbitan disaman dengan plaintif mahu mendapatkan keadilan dan menuntut ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku.
najib_hafarizam_law_wsj_600PETALING JAYA: Rancangan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) bukan sahaja untuk membersihkan namanya yang dituduh berhubung dana RM2.6 bilion tetapi juga untuk mendapatkan pampasan.
Peguam Perdana Menteri, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan demikian ketika ditanya adakah Perdana Menteri mahu menyaman WSJ untuk mendapatkan keadilan.
"Apabila saya bertindak untuk anak guam, ia bukan sahaja mahu menuntut keadilan tetapi juga untuk mendapatkan pampasan di atas kerosakan yang berlaku," katanya.
Hafarizam berkata, sebagai peguam beliau berhak untuk menasihatkan anak guamnya untuk berbuat demikian.
Beliau berkata, dalam satu-satu kes, terpulang kepada anak guamnya untuk menggunakan wang pampasan itu untuk diri sendiri atau menderma untuk kebajikan sekiranya menang kes saman berkenaan.
Hafarizam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO berkata, perkara sama juga berlaku kepada pihak lain yang menyaman syarikat penerbitan demi mendapatkan keadilan dan menuntut ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Debat Skandal 1MDB: Syarat dikenakan Arul Kanda berat

Posted: 30 Oct 2015 08:50 PM PDT

Syarat yang diletak Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dianggap sebagai berat.
Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, sekiranya Arul Kanda benar-benar ikhlas untuk menyahut cabaran Tony berdebat, beliau tidak perlu meletakkan syarat itu.
"Kalau beliau (Arul Kanda) memang mahu debat beliau tak akan letak syarat. Sekarang beliau letak syarat macam itu (berat) susahlah untuk (Tony) terima.
"Kita semua mahu tahu realiti yang berlaku dalam 1MDB, sepatutnya tak perlu syarat itu," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyiasat perkara yang sama, jelas menunjukkan bahawa isu itu melibatkan kepentingan awam.
Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, rakyat sangat menantikan perkembangan terkini mengenai isu 1MDB.
"Semua pihak bercakap soal hal yang sama. Soal debat atau tidak itu bukan masalahnya, isunya mengenai urusan yang berlaku dalam syarikat itu," katanya.

Rokok & Vape: Kerajaan dayus –Isma

Posted: 30 Oct 2015 08:37 PM PDT

Kenyataan itu merujuk kepada keputusan kerajaan yang enggan mengharam rokok dan vape
vape-isma
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk tidak mengharamkan rokok dan vape dilihat sebagai memperlekeh keputusan fatwa yang dibuat mufti dan ulama.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, kalaupun ia tidak diharamkan kepada semua orang, paling tidak ia dikuat kuasa terhadap orang Islam.
"Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam.
"Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.
Menulis lanjut di kenyataan yang sama, dia menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan 'dayus'.
"Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Menurut Hafizi lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan.
"Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.
"Inilah yang berlaku apabila neraca pertimbangan yang digunakan ialah kebendaan; hasil cukai dan kepentingan pelabur syarikat multinasional Yahudi," katanya yang disiarkan ismaweb.net

TV3 guna Human Right Watch untuk kutuk Tun M

Posted: 30 Oct 2015 08:36 PM PDT

Laporan "Tun Dr Mahathir Kekang Media Ketika Berkuasa"disiarkan Buletin Utama
mahathir-tv3
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Human Right Watch telah digunakan dalam usaha untuk mengungkit dan mempertikai kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Pendedahan bertajuk "Tun Dr Mahathir Kekang Media Ketika Berkuasa", kemudian disiarkan pada waktu perdana di Buletin Utama.
"Hehe yg ni mmg admin rasa nak gelak guling2 dah puas mereka gunakan individu dan NGO yg tak berapa semenggah….. hari ini mereka naik gred sikit sbb guna mat saleh pula utk hentam Tun M….hahaha.
"Sape lah agak nya yg jaga media puok sana hingga buat benda gini??? hahaha apakah mereka ingat bila buat gini maka rakyat akan marah kat Tun M??? Kita tenguk lah apa komen pembaca ..
Lepas mat saleh agak2 nak guna sape pula????
"Hahaha alahaiii….," tulis pengendali Facebook Kelab Che Det.
"Brapa agaknya najip bayar ni pak saleh. Sedarlah diri tu, dah bengap, bangang pulak. Setelah gst, sekrg ni tppa pulak, smua tu malapetaka kpd rakyat. Setelah amerika meranapkan ekonomi thailand, sekrg giliran malaysia pulak, bakal d 'ranapkan'. Tunggu dan lihatlat," komen Mariam Jerry.
Read More / Baca Lagi >>

9 soalan Umno Semporna

Posted: 30 Oct 2015 08:26 PM PDT


Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.
Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.
"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.
"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.
Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.
Katanya Umno "sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".
Bersuara demi rakyat
Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.
Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.
Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

DAP menangi hati penduduk kawasan terpencil Sarawak

Posted: 30 Oct 2015 06:29 PM PDT

Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 31 Oktober, 2015. 
Sukarelawan DAP dan penduduk kampung cuba mengalih sebuah batu besar bagi projek pemasangan paip air di Long Luping, Lawas, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 31 Oktober, 2015.

Di kebanyakan kampung di Semenanjung Malaysia, DAP masih menerima reputasi buruk, tetapi semakin banyak tempat terpencil di Sarawak menerima dengan tangan terbuka kedatangan parti pembangkang itu. Pada 27 September, parti itu menyiapkan projek bekalan air untuk Kampung Long Luping di Lawas, sebuah perkampungan desa Orang Ulu berhampiran sempadan Indonesia di Kalimantan tengah.
Projek itu siap hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya negeri di Sarawak, yang akan diadakan pada atau sebelum 20 September, 2016.

Selain calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13, DAP tidak mempunyai wakil tempatan atau pejabat di Lawas, yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan menggunakan jalan tidak berturap, juga bandar terdekat dengan Long Luping. Populariti DAP di kalangan puak Orang Ulu menunjukkan kejayaannya menembusi kawasan paling hulu di Sarawak, kata seorang sukarelawan Impian Sarawak.
Tetapi kejayaan itu ada kesannya. Rakan sekutu pembangkang PKR, yang juga banyak melakukan kerja untuk kalangan luar bandar, mula tidak selesa dengan kemungkinan DAP bertanding kerusi luar bandar.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak juga memperhebat kempen propaganda memburuk-burukkan DAP di kalangan rakyat negeri itu di luar bandar, sama seperti dilakukan di Semenanjung.
Dari mulut ke mulut

Jejak DAP paling besar di kalangan masyarakat luar bandar Sarawak ialah menerusi inisiatif Impian Sarawak, di mana mereka membantu komuniti miskin dengan projek infrastruktur berskala kecil.
Dalam kebanyakan projek itu, aktivis atau ahli mencadangkan kampung yang serba kekurangan kepada pasukan Impian Sarawak bagi mendapatkan bantuan.

Dalam kes kawasan Orang Ulu, skim itu dijalankan menerusi mulut ke mulut dan penduduk kampung sendiri yang minta bantuan, kata Dr Baru Langub atau Dr Bob (gambar, kiri), seorang pemimpin DAP Orang Ulu berpangkalan di Miri, Sarawak. Pemimpin masyarakat di Kampung Long Luping mendengar kisah bagaimana Impian Sarawak membantu memasang sistem air graviti di kampung berhampiran, Kampung Long Sukang, dan meminta nombor telefon Impian Sarawak untuk dihubunginya.
Sistem air di Kampung Long Sukang juga dipasang selepas pemimpin di kampung itu terdengar mengenai program Impian Sarawak daripada seorang rakan di Limbang. Rakan dari Limbang itu tinggal di rumah panjang di mana Impian Sarawak memasang sistem air yang serupa.
Dalam kebanyakan projek Impian Sarawak sebelum ini, sukarelawan terpaksa berdepan dengan kebanyakan penduduk yang takut kerajaan BN negeri akan menghukum penduduk yang bekerja dengan parti pembangkang.
"Di Long Luping dan Long Sukang, penduduknya terbuka untuk bekerja dengan kita," kata Dr Bob.
"Sudah 10 tahun kita minta BN bantu dengan bekalan air ke kampung kami. Mereka selalu kata tunggu, tunggu. Tidak pernah sampai," kata Balang Lawai, pemimpin masyarakat dari Long Luping.
Dua kampung itu menghadapi masalah serupa. Setiap kampung hanya ada satu sistem air yang dikongsi antara sekolah rendah dan rumah.
Antara jam 6 petang dan 6 pagi, tidak ada bekalan air di rumah kerana ia disalurkan ke sekolah, di mana terdapat asrama di sana.
Read More / Baca Lagi >>

KABINET YANG BUAT KEPUTUSAN, KENAPA UCAP TERIMA KASIH KEPADA NAJIB SAJA?

Posted: 30 Oct 2015 06:17 PM PDT

Berita ini tidaklah penting sangat sebab saya bukanlah penghisap vape atau rokok elektronik dan bukan saja penagih rokok. Kawan-kawan saya juga tiada kaitan dengannya, maka sama ada vape mahu diharamkan atau tidak, relatifnya memberi kesan kepada saya adalah minima saja.

Tetapi apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana kabinet membuat keputusan tidak mengharamkan vape, saya mulai tersentak dan keliru?

Hati mulai terdetik, macam ada masalah kejiwaan dengan menteri berkenaan?
Bukan soal vape yang tidak diharamkan atau kaitannya dengan anak-anak muda yang menjadi persoalan, tetapi kenapa perlu mengucapkan terima kasih kepada Najib berkaitan keputusan itu?

Kenapa perlu diucapkan terima kasih kepada Najib sedangkan yang bersetuju ialah ahli-ahli kabinet yang berjumlah hampir 40 orang ramainya?

Apakah ini bermakna kalau Najib bersetuju, maka semua menteri kabinet kena bersetuju?

Atau kiranya Najib bersetuju, maka menteri-menteri tidak boleh mengatakan tidak setuju atau jika Najib tidak setuju, semua menteri juga harus tidak setuju dan tidak boleh sama sekali untuk bersetuju?

Adakah barangkali ucapan terima kasih itu sekadar bertujuan mengampu dan membodek Perdana Menteri saja?

Tetapi untuk apa pula Najib perlu dibodek dan diampu dengan keputusan itu? 

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang turut bersetuju dengan keputusan itu, langsung tidak ada nilaikah persetujuan mereka?

Selain itu, kenapa Ismail Sabri yang menjaga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah begitu pantas menulis di Facebooknya berkenaan perkara itu?

Bukankah Menteri Kesihatan, S Subramanian yang lebih sesuai mengumumkannya?
Read More / Baca Lagi >>

Kami generasi tak berumah, tak bertanah, tak berharta

Posted: 30 Oct 2015 06:16 PM PDT

Minggu lalu, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet (Belanjawan) 2016, dengan harapan untuk memulihkan semula ekonomi negara serta memacu pertumbuhan ekonomi untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Najib juga berkata kerajaan akan menambah unit rumah dalam belanjawannya sebagai usaha menangani masalah harga rumah yang semakin meningkat dan tidak mampu untuk dibeli generasi muda yang baru saja bekerja.
Tetapi pembinaan rumah baru ini terletak di tempat yang tidak strategik kerana tempat strategik semuanya sudah dibolot pemaju untuk membina rumah golongan menengah atas dan lebih tinggi.

Antara kawasan strategik yang sudah dirembat pemaju ialah flat Kampung Kerinchi yang kini digentrifikasikan menjadi Bangsar South. Flat Abdullah Hukum kini digentrifikasikan menjadi KL Eco City.
Serta banyak lagi pembangunan sebegini yang tidak membawa manfaat kepada rakyat terbanyak, sebaliknya hanya memikirkan keuntungan mereka yang melabur dalam hartanah dan rumah yang dibina hanya untuk tujuan pelaburan.
Rumah adalah keperluan asas seseorang manusia. Dan apabila untuk mendapatkan rumah menjadi satu masalah, kerana harganya tidak setimpal dengan pendapatan, maka satu alternatif yang terpaksa dilakukan generasi millennials hari ini ialah menyewa rumah.
Kebanyakan mereka yang baru bergraduasi mendapat pendapatan mereka apabila mula kerja ialah daripada RM1,600 hingga RM2,000.
Pendapatan sebegitu tidak akan mampu untuk memiliki rumah kerana ia tidak selari dengan inflasi di negara ini, di samping harga sewa yang turut naik kerana kenaikan harga semua benda.
Dan untuk memiliki rumah sejauh Rawang atau Nilai juga semakin sukar kerana harga tanah di situ juga sudah meningkat naik.
Selain itu, syarat pemilik rumah yang menyewakan rumah untuk menyediakan deposit 2+1 atau 3+1 sangat membebankan penyewa rumah.
Kalau harga sewa rumah RM800, untuk sewa bulan pertama, penyewa terpaksa mencari wang sebanyak RM2,400, sudah pasti itu menjadi beban yang berat.
Generasi ibu dan ayah kami, generasi babyboomers, mampu memiliki sebuah rumah teres yang elok, dan kalau menyewa rumah pun, kosnya tidak terlalu membebankan.
Tetapi generasi millennials seperti saya, tidak mampu untuk memiliki rumah flat sekalipun, dan menyewa pun terpaksa berkongsi dan bersempit-sempit.
Sedangkan di perut kota itu pada waktu malamnya lengang, kosong dan tidak bermaya kerana tidak ada orang tinggal di dalam kota, sebaliknya hanya rumah orang kaya yang sebenarnya tidak ada orang pun.
Setiap kali tuan rumah mahukan kembali rumah mereka, mungkin untuk dijual, kami penyewa rumah terpaksa mencari lagi rumah, membayar deposit kembali, dan harga di tempat lain tidak selaras dan terpaksa sekali lagi mengikat perut untuk deposit.
Read More / Baca Lagi >>

Singkir Muhyiddin boleh rosakkan Umno

Posted: 30 Oct 2015 05:45 PM PDT


bendera Umno

ALOR SETAR – Komplot menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno boleh menjejaskan kestabilan dalam parti itu, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.
Menurutnya, ia juga boleh menyebabkan persepsi negatif masyarakat dan ahli akar umbi terhadap Umno ketika ini.
"Jika benar wujud gabungan ketua bahagian Umno yang dikatakan seramai 140 orang bersetuju singkir Muhyiddin, maka rosaklah imej Umno.
"Pergolakan politik ini juga akan memberi kesan kepada kestabilan dan demokrasi yang ada di dalam negara ini," katanya.
Beliau berkata, dalam hal ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh meredakan ketegangan yang berlaku antara kelompok Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.
"Jangan jadikan nasib Umno seperti apa yang dialami Pas dan Amanah. Ramai ahli akar umbi mengharapkan dalam situasi sekarang, kelompok elitis dan pimpinan Umno sesama sendiri dapat bersatu membina perpaduan parti dan bukannya bersatu membina kelompok untuk memusnahkan sesama sendiri dalam parti," katanya.

Tiada lagi toleransi dalam Umno: Rafidah‎

Posted: 30 Oct 2015 05:44 PM PDT


Rafidah Aziz

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sudah tidak wujud lagi toleransi dalam Umno terhadap individu yang dilihat berbeza pandangan dengan pemimpin tertinggi parti itu.
Menurutnya, ia seperti ada dendam peribadi dan bukan lagi mengutamakan parti serta kepentingan ahli.
"Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan.
"Saya semakin risau tentang apa yang sedang berlaku dalam Umno pada ketika ini," katanya dipetik dari laman Facebook miliknya.
Rafidah turut beri amaran bahawa menjadi 'kesilapan besar' jika pemimpin mendengar penyokong mereka sahaja.
"Penyokong pula dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.
"Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat," katanya.
Katanya, isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu lain berkaitan soal tadbir urus perlu diberikan perhatian.
Dengan memberi tumpuan kepada individu, Rafidah berkata, hanya akan menjejaskan apa dan sepatutnya dilakukan demi kepentingan ramai.
"Perang mulut tidak akan menyelesaikan isu-isu sebenar. Malah, ia hanya boleh memburukkan lagi masalah tersebut. Tiada apa yang perlu dikatakan atau dilakukan dengan niat jahat atau demi kepentingan peribadi orang lain.
"Kita berhadapan dengan isu-isu kepentingan negara melebihi kepentingan mana-mana individu," katanya.

Adab politik PAS rencat sistem politik dua parti di Malaysia?

Posted: 30 Oct 2015 05:31 PM PDT

Post Pic

PAS tetap mahu menjadi pembangkang. Pendirian ini jelas dan berpijak pada bumi nyata. Ini membayangkan bahawa percaturan PAS insaf dalam tempoh terdekat sukar baginya mengambil alih pemerintahan negara - bersendirian.
PAS berulang kali menyatakan ia pernah bergerak bersendirian dalam politik Malaysia dan itu tidak menjadi kudis baginya. Tanpa DAP, PKR mahupun Amanah, PAS tetap yakin ia mempunyai peranan dalam politik negara.
Maknanya, PAS bersedia tidak ada saham dalam kerajaan negeri Selangor selepas pilihanraya umum ke-14 kelak. PAS insaf kerjasamanya dengan PKR juga adalah sementara dalam mentadbir berkenaan.
PAS sedar jika pihak pembangkang lain  – DAP, PKR dan Amanah -- mampu mengekalkan Selangor selepas PRU 14, PAS tidak akan turut berada dalam saf yang mentadbir kerajaan negeri itu.
Namun PAS ada Kelantan. Mengikut trend, PAS sukar ditumbangkan di negeri itu. Malah ramai 'pemimpin semenda atau orang luar Kelantan' yang menumpang imej kukuh PAS untuk mencari pengalaman menjadi wakil rakyat.
PAS tidak kisah jika ada wakil rakyat luar berkenaan tidak tahu malu dan enggan menyerahkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS apabila melompat ke parti lain. PAS tahu membawa diri. Ia tetap mahu menjadi pembangkang.
Cuma bezanya ia mahu menjadi pembangkang kepada kebatilan, kezaliman dan perangai buruk politikus parti lain. PAS tidak mahu membangkang hanya untuk membangkang sahaja. Yang baik PAS tetap sokong dan pertahankan.
Sikap pimpinan PAS pasca muktamar ke-61 yang menyaksikan proses penyaringan "unsur negatif" beberapa pemimpin kanannya yang haloba kuasa, memacu PAS bekerjasama dengan semua pihak demi kemaslahatan rakyat.
"Kita mahu proses demokrasi yang beradab dan berakhlak dan tidak boleh melupai konsep Raja Berperlembagaan dan dalam masa yang sama mesti memelihara konsep masyarakat bermajmuk.
"Oleh kerana itu PAS bukan sahaja bersedia untuk berbahas di Parlimen, dalam masa terhad dan tidak cukup untuk berhujah, PAS mempunyai penyelidik-penyelidik di semua pejabatnya di seluruh negara," kata Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Katanya, di segi prinsipnya PAS mahu menyumbang kepada aktiviti menegakkan perkara makruf bersandarkan ilmu dan penyelidikan yang rapi.
"PAS akan terus jadi pembangkang dan PAS tidak akan menyertai kerajaan, PAS akan jadi pembangkang yang menerang bukan menyerang, yang menerang hujah dan tidak menyerang, ini adalah pendekatan yang kita ambil.
"Sebarang perubahan yang diambil hendaklah berteraskan kepada Islam yang menjadi dasar dan konsep perjuangan PAS," katanya.
"PAS tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan kepada Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspress yang tidak sampai ke destinasi yang kita hendak pergi.
"Lepas itu kena jalan kaki jauh," kata beliau menyindir sekumpulan bekas pemimpin PAS yang agak tidak sabar mahu berkuasa dan meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Amanah Negara.
Pemikiran baru politik PAS ini menampilkan cabaran baru dan keberanian baru pada alur dan tatakrama politik Malaysia keseluruhannya.
"PAS bersedia bertemu dengan kerajaan dan bersemuka dengan siapa sahaja (kementerian) termasuk Perdana Menteri untuk mengemukakan cadangan-cadangan kita dalam perkara yang kita tidak setuju," tegas Hadi.
Pendirian PAS ini secara langsung "memaksa" bekas rakan politik PAS seperti DAP, PKR dan Amanah mencongak semula peta dan stategi politik mereka kerana pendekatan PAS kali ini banyak kesannya.
Kebimbangan paling nyata ialah, adakah PAS akan memfasakhkan amalan strategi politik 'satu lawan satu' dalam menghadapi Umno-BN. Jika benar demikian, tidakkah PAS juga bersedia berdepan dengan calon pembangkang?
Read More / Baca Lagi >>

The sorry state of Malaysian politics

Posted: 30 Oct 2015 05:29 PM PDT

It's time for greater efficiency in this whole apology business
politik-malaysia
By Ann Martinez
It seems as if apologies are all we hear about in the political scene these days.
A defamation case against the former Menteri Besar of Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, who was charged with defaming the Prime Minister had a happy ending recently. The ex-Menteri Besar was discharged and acquitted by the Sessions Court after he issued an open apology to the Prime Minister.
However, there was no happy ending for Lim Kit Siang who refused to give in to the Speaker's (of the Dewan Rakyat) demand for an apology. Kit Siang's refusal to apologise for suggesting that the Speaker abused his powers to sabotage the Public Accounts Committee's 1MDB probe earned him a six-month suspension.
Even our East Malaysian counterparts are getting into the apology game. A coalition of pro-Barisan Nasional, non-governmental organisations criticised Rafizi Ramli, the MP for Pandan, for politicising the federal government's decision to build the RM29.2 billion, "no toll" Pan Borneo Highway linking Sabah and Sarawak. The coalition demanded a public apology from Rafizi for suggesting that the construction of the "no toll" highway was an attempt to pit the people of the peninsula against those in Sabah and Sarawak.
With all the energy and focus being devoted to apologies ─ apologies demanded, apologies refused, apologies issued ─ it is no wonder that we find ourselves in the quagmire we are in.

Zunar’s tips on leadership

Posted: 30 Oct 2015 04:51 PM PDT

Despite threats from the authorities, the cartoonist has not stopped mocking the ruling party since the Reformasi days.
Photo by Karis Wong
For decades, Malaysians have suffered under a government which has refused to "mati," which happens to be the acronym for "meritocracy, accountability, transparency and integrity."
Newspapers are censored, television broadcasts are controlled, critics of the government are punished, printing permits are revoked. These punitive acts keep the ruling party in power and the merry-go-round of policies in perpetual motion.
But Zunar is not intimidated.
Malaysia's favourite cartoonist emerged as a one-man assault team during the Reformasi era. He mocked the ruling party and opened our eyes to our self-inflicted oppression. And he has not stopped doing so. Indeed, few people are as daring as he.
His drawings are both funny and incisive, especially if the reader is aware of the issues being highlighted. He is adroit at making one think about crises and scandals in Malaysia, and his ability to influence has made him the target of the police and other authorities. They have made his life a living hell.
Currently in London for press briefings and talks, Zunar will soon return to Malaysia to answer nine charges of sedition, which may result in 43 years of imprisonment.
His cartoons, hilarious as they are, always have serious points to make about current issues. Prime ministerial candidates should study the following tips on leadership to avoid a brush with his pen.
Physical attributes. Try not to have any facial feature which Zunar can exaggerate when making a point. A future leader may need plastic surgery to remove his large nose. A woman with an ample cleavage may want to reduce the size of her bosom.
Ability to talk. If a leader keeps silent on important issues, Zunar will find ways and means to make him talk. This is normally done through cartoons depicting the actions of those who are close to the quiet man.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

Posted: 30 Oct 2015 04:49 PM PDT

Pertandingan tiga penjuru akan menguntungkan BN sedangkan BN merupakan musuh utama Pas.
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor
SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.
"Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN
"Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru" katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.
Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.
"Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.
"Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.", katanya

Pendirian PBB mengenai kes Anwar Isnin depan

Posted: 30 Oct 2015 04:44 PM PDT

Satu sidang media mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pemenjaraan Anwar Ibrahim akan diadakan pada Isnin depan.
PBBSidang akhbar besar-besaran itu dijangka akan mengumumkan pendirian PBB mengenai status Anwar sebagai seorang tahanan politik.
Perkara itu disampaikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar yang juga puteri sulung kepada Anwar Ibrahim.
"Kami akan terus berpegang dengan keyakinan bahawa beliau berstatus seorang tahanan politik dan ia diakui menerusi pelbagai institusi.
"Maklumat ini kita akan beritahu pada hari Isnin nanti," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes saman Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan Anwar, Izzah memberitahu menjadi keutamaan pihaknya untuk memberi rawatan fisioterapi secara intensif seperti dijanjikan kerajaan.
Katanya, keadaan kesihatan Anwar juga dilihat semakin merosot ketika dalam tahanan penjara berbanding semasa beliau dimasukkan ke hospital sebelum ini.
"Kita minta seperti yang dijanjikan iaitu (rawatan) tiga atau empat kali seminggu tapi sekarang hanya sekali dalam tiga minggu.
"Maka itu keutamaan sebelum kita mengambil kira keperluan pembedahan kerana bila ditahan sebegini keadaan (kesihatan) beliau semakin merosot jika dibandingkan semasa lima hari ditahan di hospital sebelumnya," katanya.
Selain itu, Izzah berkata beliau dan keluarganya diberi peluang bertemu bapanya setiap kali sesi prosiding mahkamah bagi melepas rindu mereka.
"Pertemuan di mahkamah selalu kami guna sebaik mungkin kerana kalau di penjara kami hanya bertemu secara bersemuka. Sebab itu saya akan bawa juga anak-anak dari sekolah (ke mahkamah). Sekurang-kurangnya mereka dapat memeluk nenda mereka," katanya.

Skandal 1MDB: Riba dan kegagalan kapitalisme

Posted: 30 Oct 2015 04:43 PM PDT


KRISIS yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang sebanyak AS$11 bilion adalah bukti jelas kegagalan Kapitalisme dalam memacu kemajuan ekonomi negara. Sistem hutang negara dan dunia yang tidak boleh dipisahkan daripada sistem kapitalisme mengakibatkan ia tidak boleh lari daripada sistem riba yang diharamkan dalam Islam.

Kapitalisme adalah satu sistem ekonomi yakni pelaburan dan pemilikan yang berkaitan pengeluaran, pengedaran dan pertukaran kekayaan dibuat dan diselenggara oleh individu atau syarikat swasta (Collins English Dictionary, 2015).

Ia adalah suatu fahaman bahawa orang perseorangan menjadi pemilik tunggal kepada apa yang diusahakan olehnya. Orang lain tidak berhak ke atasnya hatta kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Kuasa kerajaan hanyalah untuk mengawasi suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat dalam memiliki harta dan melakukan kegiatan ekonomi (TG Haji Abdul Hadi Awang, 1999).

Matlamat kapitalisme hanyalah semata-mata untuk mencari keuntungan walaupun dengan cara yang haram termasuklah melalui sistem riba. Menurut Abul A'la al-Maududi (1985), Kapitalisme melihat bahawa perniagaan dan riba memerlukan antara satu sama lain dan tidak akan maju kecuali dengannya. Jika tidak ada sistem riba maka akan runtuhlah sistem kapitalisme.

Pemikiran ini bertitik tolak daripada kefahaman yang salah bahawa wang berfungsi sebagai barang dagangan yang boleh dijual dan dibeli. Oleh sebab itu ia boleh dipajakkan dengan harga tertentu yang mempunyai kadar faedah.

Perkara ini berlawanan dengan Islam kerana ia menyebabkan pemiutang tidak terlibat dalam risiko untung dan rugi dalam kegiatan ekonomi. Dalam Islam, tidak ada keuntungan yang baik tanpa usaha, kepayahan dan risiko. Islam menolak golongan yang hidup di atas usaha dan peluh orang lain. Semuanya mestilah menanggung risiko dalam perniagaaan  bagi memastikan keadilan terlaksana (Dr. Umar Faihan, 2001).
Read More / Baca Lagi >>

Austisme: Darihal 'anak-anak kegelapan'

Posted: 30 Oct 2015 04:30 PM PDT


"Anak saya istimewa. Dia hidup dalam dunia yang lain. Umur dia 15. Saya pernah bawa dia ke rumah kawan saya, masuk saja ke rumah kawan tu anak saya terus lari masuk ke bilik mandi, buang baju sampai bogel dan lepas itu masuk berendam dalam kolah mandi," demikian cerita daripada salah seorang bapa tentang anaknya yang menghidap autisme.
Sewaktu melawat salah sebuah pusat penjagaan dan terapi untuk remaja autistik di Lembah Klang, saya melihat remaja berumur antara 15 hingga 21 tahun dilatih dengan kemahiran asas seperti, antaranya, mencuci baju (menggunakan mesin basuh), menggoreng ikan, berkebun dan membeli barang keperluan. Dalam maksud lain, remaja autistik di sana dilatih dengan pengurusan diri, latihan yang tidak lagi diperlukan oleh remaja normal sebaya mereka.
Beberapa tahun lalu, akhbar The Star menerbitkan kisah seorang remaja di Kedah yang terpaksa dikurung oleh bapanya dalam 'sangkar' di rumah demi keselamatan dirinya.
Tidak sedikit pula cerita daripada ibu-bapa yang mati akal kerana anak mereka suka "mencederakan diri sendiri" dengan menghentak kepala ke lantai atau dinding dan menggigit lengan sendiri – sesuatu yang biasa dilakukan oleh penghidap autisme.
Selain itu, ada pula kes kanak-kanak autistik yang mati dilanggar kenderaan kerana tidak peka kepada bahaya.
Lazimnya, kes-kes seperti di atas berlaku kerana kanak-kanak autistik tidak mendapat bantuan dalam bentuk "intervensi awal" sejak usia muda, iaitu ketika berumur sekitar 3-4 tahun.
Simpati tak mudah
Antara punca mereka tidak mendapat bantuan pula ialah kurangnya kesedaran di kalangan ibu-bapa dan masyarakat tentang autisme, selain khidmat penjagaan dan terapi yang mahal.
Sememangnya agak sukar untuk memahami autisme. Anak-anak autisme sememangnya berada dalam dunia yang tersendiri. Dari satu sisi, mereka adalah "anak-anak kegelapan" – sama ada kita membayangkan mereka berada dalam gelap atau kita yang kegelapan untuk memahami dunia mereka.
Untuk merayu perhatian dan simpati masyarakat tidak mudah, kerana secara luaran kanak-kanak autisme tampak normal. Mereka tidak seperti orang buta yang boleh kita lihat keadaannya secara lahiriah, atau seperti penghidap sindrom down yang juga boleh kita kenal dengan mudah. Masalah saraf yang penghidap autisme hadapi membuatkan mata mereka yang celik itu melihat tanpa memahami, telinga yang tidak pekak mendengar tanpa memahami (kerana yang didengar adakalanya bukan bunyi-bunyi yang biasa).
Bagi membantu mereka, sejauh ini hospital-hospital kerajaan menyediakan khidmat nasihat dan terapi, tetapi pada takat kekerapan yang terhad.
Pusat-pusat penjagaan dan terapi swasta pula lebih tertumpu di kawasan bandar dan mengenakan caj yang tinggi, iaitu antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan. Caj yang tinggi biasanya dikenakan kerana kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan khusus, manakala kos untuk menampung juruterapi pula sememangnya tinggi berikutan penawaran yang rendah.
Atas kesedaran itu beberapa badan bukan-kerajaan ditubuhkan demi kebajikan kanak-kanak autistik, antaranya Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI) yang diasaskan pada tahun 2012 bagi membantu penghidap autisme dari keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan penjagaan dan terapi.
INSANI memainkan peranan untuk:
1. Mendapatkan penajaan bagi keluarga kurang berkemampuan
2. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang autisme
3. Mengembangkan model pusat autisme bermutu tinggi dan berbiaya rendah (menerusi penyelidikan, pelatihan dan pembentukan jaringan dalam dan luar negara)
4. Mewujudkan peluang pendidikan jangka panjang untuk kanak-kanak penghidap autisme
Setakat ini, INSANI telah menyokong penubuhan dan pembangunan dua pusat autisme di Selangor, iaitu Pusat Jagaan Terapi Autistik Nouri di Selayang dan Shah Alam, yang kini memberikan khidmat penjagaan dan terapi kepada 39 orang kanak-kanak autistik.
Untuk memberikan penjagaan dan terapi terbaik, bantuan daripada semua pihak diperlukan. Namun, INSANI percaya bahawa cara terbaik untuk menjaga kebajikan kanak-kanak autisme ialah dengan menggembeleng sokongan daripada masyarakat umum.
Justeru itu, sejak awal penubuhannya INSANI sentiasa cuba melibatkan individu anggota masyarakat. Terbaru, badan ini melancarkan kempen kutipan derma "RM50 seorang" menerusi penerbitan sebuah klip video pendek dengan sasaran untuk mencapai 5,000 penderma dalam tempoh 2 minggu.

Video berkenaan boleh ditonton di bawah dan derma boleh disalurkan menerusi akaun Maybank INSANI 562272609547 (atas nama Inisiatif Insani Resources).


AL-MUSTAQEEM M RADHI

Tandingi lapan kerusi PAS tidak jejas Pakatan Harapan bentuk kerajaan

Posted: 30 Oct 2015 04:24 PM PDT


pas_dap

KUALA LUMPUR 30 OKT: DAP mungkin bertanding di lapan kerusi PAS di Selangor pada pilihan raya umum akan datang dan bersedia ke arah itu, kata Setiausaha Publisitinya, Tony Pua.
Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
"Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada sidang media di sini, hari ini.
"Kerusi itu dipilih kerana kami percaya jika berlaku pertembungan tiga penjuru, kami dapat menang dan ia tidak akan menjejaskan cita-cita Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan di Selangor," katanya dipetik MalaysiaKini.
Keputusan lanjut bagaimanapun akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
DAP dan PAS sebelum ini bersekutu melalui Pakatan Rakyat tetapi hubungan itu tidak kekal lama selepas Pakatan Harapan dibentuk.
Mengikut Astro Awani pula, Pua berkata, DAP melantik Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras DUN Taman Templer untuk langkah persediaan bagi bertanding di situ.
Ditanya kepada sama ada hasrat itu sudah disampaikan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Menteri Besar Selangor, Tony berkata, ia tiada kena-mengena dengan Mohamed Azmin Ali.
"Kita bercakap tentang pilihan raya pada 2018. PKR bekerjasama dengan PAS. Apa kena-mengena dengan DAP? PAS sudah kata mereka hendak bertanding di kerusi yang disandang DAP," kata Pua.

Dulu PAS Kata Boleh Sendirian, Sekarang Nak Cari Rakan Politik Baharu?

Posted: 30 Oct 2015 08:20 AM PDT

Pas sedang cari rakan politik baharu

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).



"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya lagi, kenyataan Abdul Hadi yang akan bekerjasama dengan BN bukan atas dasar perjuangan politik sebaliknya atas beberapa isu.

"Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja,"katanya. -SH

ULASAN GB

Bercelaru akhirnya.

Sekejap kata hendak bersendirian, kini terhegeh-hegeh mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan PAS.


Istiqamah?
Read More / Baca Lagi >>

EHEM...EHEM....

Posted: 30 Oct 2015 08:17 AM PDT

Berita pertama - Pada 28 Oktober lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz berkata, beliau akan memastikan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib Razak berundur daripada jawatan itu.

"Kalau Najib turun, maka sudah tentulah akan berlaku perebutan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi saya penyokong Zahid Hamidi. Beliau Timbalan Perdana Menteri, beliau juga akan menjadi Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak.
Berita kedua - hari ini pula, 30 Oktober, Nazri Aziz berkata, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin harus dibiarkan kekal dengan jawatannya sehingga pemilihan yang akan datang.

"Biarlah dia berkhidmat sehingga penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid Hamidi  (Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," kata Nazri lagi.

Ehhh...Tiba-tiba saja Nazri menjadi begitu prihatin dan ambil berat tentang masa depan politik Zahid berbanding Najib?

Ehem...ehem....

Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna

Posted: 30 Oct 2015 08:07 AM PDT

Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015. 
Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?

"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?" kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan. Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Pakatan Harapan ditubuh secara rasmi

Posted: 30 Oct 2015 08:03 AM PDT


Pemuda Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan secara rasmi dan konvensyen pertamanya akan diadakan tahun depan untuk mengetengahkan isu-isu melibatkan orang muda.
Penubuhan itu dibuat selari dengan penubuhan Pakatan Harapan menggabungkan tiga parti, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Kita juga akan tunjukkan tawaran kita kepada anak muda.
"Rakyat nak tahu langkah kita seterusnya," kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas mesyuarat pertama Pemuda Pakatan Harapan.
Maklumat lanjut konvensyen itu belum diumumkan dalam sidang media hari ini.
Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan turut hadir dalam sidang media itu.

Dari Ops Lalang menuju ‘keganasan’ rejim Najib

Posted: 30 Oct 2015 06:17 AM PDT

oleh Lim Kit Siang

najib_red_polis_600
TANGGAL 27 Oktober pada 28 tahun lalu akan dikenang sebagai hari tangkapan besar- besaran Operasi Lalang yang menyaksikan 106 orang ditahan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Antara mereka, 49 orang termasuk ahli Parlimen dan aktivis sosial – dijatuhi hukuman penjara dua tahun manakala tiga akhbar utama tempatan ditutup.
Satu laporan antarabangsa yang kebetulan menyusul pada hari ulang tahun ke-28 yang paling gelap dalam perjuangan demokrasi dan hak asasi di Malaysia, menambahkan lagi rasa sedih dan pilu.
Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRW) berpangkalan di New York itu mengutuk penyalahgunaan kuasa berleluasa oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik enam tahun lalu kerana menekan pengkritiknya.
najib fearSegala janji untuk mewujudkan era baru dalam demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia bukan sahaja tidak ditepati, malah tanpa rasa malu memakai gelaran gerakan moderat global yang tidakpun berfungsi.
Laporan setebal 145 halaman bertajuk Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression of Malaysia itu juga mendedahkan bagaimana Datuk Seri Najib Razak gagal menghapuskan undang-undang drakonian yang menindas.
Malah, laporan itu mendedahkan bagaimana Najib, sebaliknya mewujudkan rejim baru – menggunakan ketakutan dan keganasan terhadap rakyat sehingga mengkritik pun menjadi suatu jenayah.
Rejim itu makin menonjol – di Malaysia mahupun pada peringkat antarabangsa apabila berlaku ribut skandal RM50 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib. Ketika inipun, enam negara luar sedang menjalankan siasatan terhadap skandal itu.
Nyatalah, kebebasan bersuara dan memberi pendapat terutama mengkritik kerajaan pemerintah, kini sudah menjadi kesalahan berat di Malaysia. Lalu, untuk mengekal tampuk pemerintahan, kerajaan Najib tanpa rasa bersalah melanggar undang-undang negara.
Kebebasan demokratik dan hak asasi manusia rakyat Malaysia dinafin melalui usaha menakut-nakutkan bagi mendiamkan suara rakyat.
Kerana itulah, tiada sesiapa pun yang percaya apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – ketika menjawab soalan saya di Parlimen – menyakinkan, tidak ada salah guna kuasa dalam siasatan dan penghakiman kes berkaitan isu sabotaj, pengintipan dan tindakan yang mengancam demokrasi berparlimen.
Walhal, sewaktu meluluskan Seksyen 124B hingga 124N Kanun Keseksaan tiga tahun lalu, Parlimen memberi jaminan akta berkaitan bertujuan melindungi negara dari ancaman pengganas yang 'mengancam demokrasi berparlimen'.
Read More / Baca Lagi >>

Kelulusan tiga lebuh raya bukan bawah pentabdiran saya – Azmin Ali

Posted: 30 Oct 2015 06:11 AM PDT

EKVE MAPSHAH ALAM, 30 OKT : Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan beliau meluluskan pembinaan tiga lebuh raya di Selangor yang mendapat bantahan ramai pihak.
Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan media sosial sebelum ini bahawa beliau bertanggungjawab meluluskannya dalam tempoh setahun.
"Ini tidak benar, saya sudah mendapat rekod jelas bila lebuh raya ini diluluskan dan mereka sudah memenuhi syarat ditetapkan.
"Namun, ada beberapa lebuh raya seperti Damansara-Shah Alam (DASH) ada bantahan supaya jajaran akhir di Damansara Perdana mesti diteliti terlebih dahulu," katanya dalam sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.
Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah bertemu Menteri Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meminta mereka berhubung dengan penduduk sebelum jajaran itu diberi kelulusan.
Beliau berkata, langkah sama turut diambil terhadap Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) apabila Kerajaan Negeri menghalang pembinaan jajaran melalui permatang kuarza dan Empangan Klang Gate.
"Maka, sekarang ini ada bantahan daripada penduduk supaya jalan keluar daripada Ukay Perdana itu tidak dilebarkan tetapi dibuat jejantas.
"Saya sudah meminta pemaju berbincang dengan penduduk terbabit sebelum keputusan akhir tentang jajaran lebuh raya diputuskan," katanya.
Kerajaan Selangor didakwa meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.