Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


GST RM19 sehari makna sekeluarga belanja RM10,070 sebulan!

Posted: 28 Oct 2015 06:14 PM PDT


Katanya kerajaan kutip purata RM19 sehari dari sekeluarga. Ada keluarga lebih dan ada jauh kurang tapi secara purata setiap keluarga statistik Rafizi kata RM19 sehari.

Pada GST 6%, ia bermakna setiap hari purata perbelanjaan satu keluarga itu RM316-67. Campurkan GST RM19 jadi RM335.67. Ada ke banyak tu purata perbelanjaan satu keluarga sehari?

Bila kali kan 30 hari, purata perbelanjaan satu keluarga di Malaysia adalah RM10,070.

Menurut statistik rasmi sebagaimana dilaporkan The Star di SINI , "mean household income" atau purata pendapatan sebulan sekeluarga adalah RM6,141.

Median pendapatan sekeluarga adalah RM4,585.

Golongan berpendapatan rendah bawah RM4,000 sebulan. Macam mana mereka nak tampung kehidupan?



Kalau ikut lojik Rafizi, maknanya rata2 keluarga di Malaysia hutang RM3,300 tiap-tiap bulan untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Mana ada lojik. Keluarga berbelanja ikut pendapatan masing-masing.

Kantoi!

Nizar Jamaluddin ngaku fitnah ...Gitulah Pakatan

Posted: 28 Oct 2015 01:52 AM PDT




http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/10/28/nizar-jamaluddin-apologises-to-najib-for-defamatory-remark/






Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pembangkang perlu dedah penyumbang dana politik?

Posted: 28 Oct 2015 09:23 AM PDT


Demi kepentingan politik, parti pembangkang sanggup merahsiakan penyumbang dana politik mereka walaupun mengetahui ada antaranya didakwa terdiri dalam kalangan penyokong kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff mendakwa, sekiranya sumber dana tersebut didedahkan, perkara itu dikhuatiri akan memberi kesan kepada kepentingan peribadi penyumbang dan agenda politik parti pembangkang.

"Sampai sekarang, pembangkang tidak pernah dedahkan siapa penyumbang dana politimereka. Boleh jadi sumber tersebut datang daripada individu atau pihak yang sebenarnya menyokong kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.

"Mungkin penyumbang dana dan parti pembangkang sudah bersetuju untuk saling membantu dan merahsiakan perkara sebenar demi menjaga kepentingan masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim semalam mengenai parti pembangkang terutama DAP dan PKR yang tidak pernah telus dalam perjuangan apabila terus menyembunyikan identiti penyumbang dana politik mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berkata, parti pembangkang disifatkan seperti baling batu sorok tangan apabila berterusan tidak mahu bekerjasama memberitahu sumber dana politik mereka.

Menurut beliau, sikap degil pembangkang itu seperti tidak menghiraukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

"Adakah parti pembangkang takut jika rakyat mengetahui sumber dana politik yang diterima? dan kenapa perlu takut sekiranya yakin mereka adalah pemimpin rakyat?

"Sudah tiba masanya pembangkang bersikap telus kepada rakyat dan jangan membiarkan isu sumber dana politik mereka disembunyikan," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BERITA NIZAR, JUMPA NAJIB, MENANGIS MINTA AMPUN,

Posted: 28 Oct 2015 08:41 PM PDT

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri mengaku dalam mahkamah dan membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.
 
Pengakuan dan pemohonan maaf Nizar kepada Perdana Menteri (PM) Najib itu menjadi viral di media baharu hari ini.
"Rupanya Nizar Jamaluddin ini kaki FITNAH. Habis semua DIFITNAHNYA kerana gila jawatan dan nak menang PRU. Taubatlah. 

"Biar menang dgn keredhaan Allah dari menang kerana kuat MEMFITNAH.

"Nizar Jamaluddin dibebas selepas mohon maaf kepada PM," ulas facebooker pro PAS, Mohd Zubit Lebai.

Menurut laporan Bernama, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.
Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

"Oleh yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Yusaini Amer berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Nizar pada 22 Okt lepas.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Mohammad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu," katanya.

Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BERTUAHNYA KAKITANGAN KERAJAAN

Posted: 28 Oct 2015 06:58 AM PDT

RHB to trim 1, 812 staff under VSS. It's main focus is  " to strengthen our fundamentals, improve productivity, and optimise our manpower in order to remain relevant, competitive  and resilient."

Alangkah bertuah Kakitangan awam Di Malaysia, Tiada MSS atau VSS. Kerja terus kerja dan menikmati pelbagai insentif beli rumah, hospital free, sekolah free, senang loan kereta, senang loan peribadi, senang kahwin, senang kawin dua hingga 4 (he he), dapat cuti tanpa rekod menunaikan ibadah haji, mudah melaksanakan ibadah umrah, boleh kerja sampai 60 tahun inshaallah kerajaan pasti sambung sampai ke 70 tahun seperti di negara barat. Banyak lagi.

Bertuahnya kakitangan kerajaan. Tapi Tony Pua kata jika Pakatan menang mereka akan Buang Dan kurangkan kakitangan kerajaan. DAP mahu kakitangan awam dikurangkan http://cuepacs.blogspot.com/2011/11/kakitangan-kerajaan-marah.html?m=1



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sewa Tapak Pasar Malam Naik 600% Di Selangor

Posted: 28 Oct 2015 08:18 PM PDT


Ini Sebabnya Mengapa Tiada Tol Di Sabah & Sarawak

Posted: 28 Oct 2015 12:00 AM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PERMOHONAN MAAF

Posted: 28 Oct 2015 09:08 PM PDT

PIHAK ADMIN & MODERATOR WARGA MARHAEN MEMOHON MAAF DIATAS KESILAPAN PENERBITAN BERITA "PLAY FAIR AND DONT BE YES MAN"
DAN IA TELAH DIKELUARKAN DARI BLOG INI
HARAP MAKLUM.

Arul Kanda ‘accepts’ Pua’s talk show challenge

Posted: 28 Oct 2015 08:55 PM PDT

Arul accepts challenge to appear on a talk show hosted by Pua, provided he resigns from the Public Accounts Committee (PAC).
tony-pua-arulKUALA LUMPUR: 1MDB chief Arul Kanda Kandasamy said in a statement released moments ago that he accepts Petaling Jaya Utara MP Tony Pua's challenge to appear on a talk show hosted by him and take questions on the company but provided he first resigns from the Public Accounts Committee (PAC).
"Tony Pua has challenged me this morning to a 'live talk show' with him," said Arul Kanda. "I hereby accept his challenge and look forward to answering his questions."
It is a known fact that Pua is a member of the Public Accounts Committee, he added. "It's in the midst of conducting an investigation into 1MDB."
"In order to maintain the integrity of the PAC's investigation, and to avoid any conflict of interest, Pua must first resign from the PAC."
Despite his efforts to do so, warned Arul Kanda, Pua cannot be judge, jury and executioner. "As such, I trust he will have the courage to do the right thing and resign from the PAC in order for us to have, in his words, a 'no-holds barred' discussion on live television."
FMT

1MDB Jadikan Pemimpin UMNO Kelihatan Seperti Orang Bodoh Di Mata Rakyat Kata Ahli Sendiri ..

Posted: 28 Oct 2015 08:44 PM PDT

Aku ingat tak ada Ahli UMNO yang sedar tentang kenyataan-kenyataan bodoh dan membangkitkan kemarahan rakyat yang dikeluarkan oleh Pemimpin UMNO.. rupa-rupanya ada..

Nak salahkan pemimpin-pemimpin UMNO itu seratus peratus pun tak boleh juga, sebab setahu aku dalam UMNO tu pemimpin dipilih bukannya dilantik..

Dipilih oleh Ahli UMNO dari peringkat akar umbi.. jadi kalau yang diangkat sebagai Pemimpin oleh mereka itu dianggap bodoh maka yang memilih pemimpin itu tentulah lebih bodoh kannn?

Dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein selasa lalu, bekas exco Pemuda UMNO Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub berkata beliau tidak sabar untuk melindungi reputasi Umno sebagai sebuah parti yang berdiri untuk kebenaran kononnya, tapi cara isu 1MDB dikendalikan telah merosakkan imej Umno.

"Rakyat boleh melihat bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mengendalikan isu 1MDB itu dan ianya sangat teruk," katanya.

"Kenyataan mereka berubah-ubah dan berbelit-belit sedangkan bukti terhadap 1MDB jelas. Oleh itu, pemimpin UMNO kelihatan seperti orang bodoh di mata rakyat. "

Sebelum peletakan jawatannya, Faizal adalah Timbalan Pengerusi dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Keliang, Beliau juga merupakan ahli exco Pemuda UMNO Hulu Selangor.

"Saya berharap ahli-ahli Umno tidak mengikuti pemimpin-pemimpin mereka secara membuta tuli dan menutup mata mereka terhadap kesalahan yang mereka lakukan," katanya.

Beliau mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin Umno tidak menegur cara Najib mengendalikan isu skandal 1MDB kerana mereka takut kehilangan jawatan mereka dan keuntungan yang mereka perolehi dengan menunjukkan kesetiaan.

Beliau berkata beliau bersetuju dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa Najib terlalu proaktif dalam mendiamkan pengkritik skandal 1MDB.

"Dia akan menghukum sesiapa sahaja yang menimbulkan persoalan tentang skandal 1MDB," katanya.

"Barangsiapa yang berbuat demikian akan dianggap sebagai pengkhianat kepada parti. Mereka akan dianggap berdosa.

"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyentuh isu 1MDB, termasuk menembak mereka daripada jawatan mereka serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka."

Ini laporannya...
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah benarkan aktivis Khalid diikat jamin interim

Posted: 28 Oct 2015 08:42 PM PDT



Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membenarkan aktivis Khalid Mohd Ismath diikatkan jamin sementara , kata bekas Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.
Bagaimanapun, mahkamah juga memberikan pihak pendakwaan membuat penangguhan permohonan ikat jamin pada 11 November.
Ikat jamin sementara itu disertai beberapa syarat: Khalid mesti menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa dan melaporkan diri ke balai polis terdekat esok dan pada 10 November.
Ikat jamin interim itu juga ditetapkan pada RM5,000 setiap pertuduhan. Ini menjadikan jumlahnya RM70,000 untuk semua 14 tuduhan.
"Kami cuba untuk dapatkan ikat jamin itu, kami sedang berusaha mencari wang.
"(Ini) RM70,000 tahu, ia adalah banyak wang. Kami harap dapat membebaskannya (Khalid) hari ini," kata Arutchelvan (kiri) kepada Malaysiakini.
Khalid dikenakan 14 tuduhan - 11 mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia dan tiga tuduhan mengikut Akta Hasutan.
Sebelum ini, beliau dinafikan ikat jamin kerana bimbang akan melarikan diri.

Mensejahtera Wanita? Bagai Melepas Batuk di Tangga

Posted: 28 Oct 2015 08:36 PM PDT


                Belanjawan Negara 2016 hanya menyebut dalam Keutamaan Ketiga - Dalam Mempersiaga Modal Insan:
"Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini."

Tidak dinyatakan peruntukan belanjawan untuk perkara itu.

            Kerajaan yang memerintah dan yang bakal memerintah di masa depan perlulah mempamerkan segala keseriusan dalam mensejahterakan wanita Malaysia.   Usah risau, kerana wanita Malaysia dengan mudah boleh menilainya.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan bagi memperlihatkan keseriusan itu ialah dengan mengambil cadangan-cadangan dari laporan UNWomen, Progress of the World's Women 2015-2016, iaitu pertama mencipta lebih pekerjaan untuk wanita bagi meningkatkan status ekonomi mereka terutamanya bagi wanita ibu tunggal dan wanita-wanita yang memerlukannya.   Ia perlu dikhususi dalam belanjawan.   Kedua, jaminan keselamatan kewangan sepanjang hayat wanita juga mesti diutamakan dan jelas mekanisme.
Ketiga, kerajaan yang prihatin wajar melabur dalam perkhidmatan sosial yang gender responsif.   Keempat, memaksimumkan sumber untuk mencapai kesaksamaan substantif.   Kelima, memberi sokongan padu kepada organisasi wanita dalam menuntut keadilan dan membentuk agenda polisi di semua peringkat penbuatan dasar.   Keenam, mengurangkan pengasingan pekerjaan (occupational seggregation) dan jurang pendapatan gender(gender pay gap).   Ketujuh, mengiktiraf, mengurangkan dan mengagih semula kerja penjagaan yang tidak berganjaran(unpaid care) dan tugasan rumahtangga(domestik work), Kelapan, menyediakan environmen yang sesuai utuk merealisasikan hak-hak wanita.   Kesembilan, menggunakan standard yang diperakui, hak keinsanan atau maqasid syariah untuk mengolah polisi dan sebagai pemangkin atau pendorong perubahan.   Kesepuluh, menjana data dan maklumat sebagai bukti untuk membuat penilaian tentang kemajuan status dan hak ekonomi dan sosial wanita.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Khas Parlimen perlu wujud teliti pembelian aset pertahanan

Posted: 28 Oct 2015 08:29 PM PDT

Scorpene_Tunku_Abdul_RahmanKUALA LUMPUR, 29 OKT: Jawatankuasa Khas Parlimen perlu diwujudkan bagi meneliti setiap pembelian aset bernilai tinggi khususnya melibatkan aset pertahanan negara.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan negara terpaksa membayar harga berlipat kali ganda berbanding negara lain untuk aset sama disebabkan orang tengah mengambil keuntungan dan berlakunya rasuah.
"Saya yakin Datuk Seri Najib Razak selaku bekas Menteri Pertahanan yang berpengalaman dalam pembelian kapal selam faham bagaimana kos jauh lebih rendah sekiranya pembelian diuruskan syarikat pembekal tanpa penglibatan orang tengah dan juru bahasa," kata Shamsul ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat semalam.
Su30mkm_flying_at_lima_twoKatanya, negara juga boleh menghantar pasukan teknikal dan bantuan di kalangan pegawai tentera yang berkemahiran untuk menilai aset dan menepati spesifikasi dikehendaki.
"Proses sekarang ialah Menteri Kewangan hanya mendapatkan kelulusan umum untuk membelanjakan jumlah wang melalui Rang Undang-undang Perbekalan tidak memadai.
"Bagi perbelanjaan berskala besar, kementerian terlibat tidak seharusnya sewenang-wenangnya bertindak tanpa pengawasan," katanya.
Shamsul berkata malangnya Kerajaan Persekutuan sering menjadikan alasan kerahsiaan dan keselamatan negara sebagai alat melindungi amalan komisen dan korupsi pihak tertentu.

Tiada demonstrasi tuntut perdana menteri letak jawatan sejak 1998, kata Zahid

Posted: 28 Oct 2015 08:27 PM PDT

Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada Ogos lalu antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Perhimpunan Bersih 4 yang diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada Ogos lalu antara lain mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Dalam tempoh hampir 20 tahun lalu, tidak ada sebarang tunjuk perasaan di negara ini bertujuan untuk menggulingkan seorang perdana menteri yang masih memegang jawatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis Parlimen hari ini, walaupun perhimpunan #TangkapNajib dan Bersih 4 diadakan baru-baru ini, memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berundur susulan dakwaan skandal politik dan kewangan yang melibatkannya.
"Mengikut rekod polis, tiada demonstrasi yang diadakan dalam negara sejak 1998 yang menuntut secara khusus perdana menteri meletak jawatan," kata Zahid yang juga timbalan perdana menteri.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary yang meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan demonstrasi yang menuntut perdana menteri meletak jawatan sejak 1998. Wakil rakyat PAS itu juga turut meminta kementerian menyatakan jumlah kehadiran peserta, cawangan polis yang terlibat, kos operasi dan lokasi berkumpul setiap demonstrasi.
Read More / Baca Lagi >>

‘Biar Perhimpunan Agung Umno penentu nasib TSMY’

Posted: 28 Oct 2015 08:24 PM PDT

SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa sebarang usaha menyingkir atau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno adalah satu perbuatan yang  tidak mengikut Perlembagaan Umno.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mengikut Fasal 9.12 Perlembagaan Umno jelas menyatakan: jawatan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

" Justeru itu, sebarang cara selain Perhimpunan Agung Khas untuk menjatuh atau menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sah," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus yang mendakwa terdapat lebih 100 Ketua Bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup bagi menyingkirkan Muhyiddin daripada jawatannya kini.

Sementara itu, ketika mengulas dakwaan sebuah laman sosial Johor Bangkit mengenai terdapat 140 bahagian bersetuju menyingkirkan Muhyiddin, Mustapha berharap dakwaan itu tidak benar.

"Veteran Umno berharap dakwaan yang mengatakan 140 Ketua Umno Bahagian menggunakan telegram untuk menjatuhkan dan menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin tidak benar. Veteran yakin semua Ketua Bahagian faham maksud Fasal 9.12 Perlembagaan Umno," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Bukan komplot singkir tapi kecewa'

Posted: 28 Oct 2015 08:21 PM PDT


Muhyiddin Yassin

KUANTAN - Tiada sebarang komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya kebanyakan ketua Umno bahagian melahirkan rasa dukacita terhadap sikap yang ditunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, kata-kata Muhyiddin untuk mempertahankan Umno tidak selari dengan tindakannya yang cuba memburukkan Umno selepas mesyuarat Majlis Tertinggi.
Menurutnya, tindakan itu membuatkan ramai ketua bahagian bosan dengan sandiwara yang sengaja dimainkan Muhyiddin.
"Situasi sekarang ini terlalu banyak cerita buruk yang diperkatakan mengenai parti.
"Ini memberikan gambaran tidak baik kepada pemimpin dan ahli di peringkat bawahan. Beliau adalah pemimpin tertinggi dan seharusnya menunjukkan kesetiaan terhadap parti dan juga Presiden," katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Manan berkata, Muhyiddin ibarat cuba menagih simpati dan menganggap dirinya dianiaya oleh orang-orang yang tidak menyokongnya.
"Kalau nak jadi pemimpin, kita kena telus, jujur dan ikhlas. Bukan di depan lain, di belakang lain," katanya.
Beliau berkata, dakwaan mengenai gerakan untuk menjatuhkan Muhyiddin adalah tidak benar kerana semua bijak menilai untuk memilih pemimpin.

Umno terima padah jika komplot singkir Muhyiddin benar

Posted: 28 Oct 2015 07:33 PM PDT

Jika komplot menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa didalangi 140 ketua Umno bahagian itu benar, ia satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang memilihnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Jika komplot menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa didalangi 140 ketua Umno bahagian itu benar, ia satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang memilihnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Oktober, 2015.Sekiranya komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa didalangi 140 ketua Umno bahagian itu benar, ia satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang memilih beliau, kata Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman mengulas dakwaan seorang ketua bahagian yang dilaporkan semalam.
Zaid dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut tidak boleh diterima dan hanya akan memberi kesan buruk kepada Umno sendiri.
"Menyingkirkan Muhyiddin akan menghakis kepercayaan ahli, terutama golongan muda, terhadap Umno itu sendiri, kerana beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang banyak berjasa dan menjadi aspirasi kepada golongan muda, juga berani menyatakan kebenaran," katanya.

Beliau berkata, Muhyiddin dikenali sebagai pemimpin ultra Melayu yang konsisten, sambil menambah, Umno tidak boleh hilang sokongan dan kepercayaan daripada orang muda dalam usahanya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Semalam, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunus dilaporkan akhbar sama mendakwa, wujud "gerakan senyap" untuk menyingkirkan Muhyiddin di mana lebih 100 ketua bahagian parti seluruh negara mengadakan pertemuan tertutup bagi membincangkan tujuan itu.
Zaid berkata, biarlah akar umbi yang menentukan nasib Muhyiddin pada pemilihan parti akan datang atau satu mesyuarat tergempar diadakan mengenai perkara itu, bukan mengatur rancangan melalui satu komplot.
"Sedarlah, semua krisis kepimpinan dan kepercayaan dalam Umno sekarang ini sepatutnya tidak berlaku, melainkan komplot itu sudah tentu ditaja secara terancang oleh orang tertentu bagi meraih laba politik dan keuntungan besar.
Read More / Baca Lagi >>

‘Luaran ahli Pas, dalaman Amanah’

Posted: 28 Oct 2015 07:19 PM PDT


Ismail Salleh

ALOR SETAR - Amanah Kedah mendakwa terdapat ramai individu yang dikategorikan sebagai 'harum manis' dalam Pas, yang hanya menunggu masa untuk 'gugur' atau keluar dari parti itu pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana secara luaran mereka adalah ahli Pas, namun dalaman cenderung kepada Amanah.

"Ibarat buah mempelam harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini. Walaupun masih bergelar ahli Pas, mereka secara senyap menyokong Amanah dan belum bersedia tinggalkan Pas," katanya.

Menurutnya, antara kekangan yang menghalang ahli Pas meninggalkan parti itu antaranya apabila kenyataan-kenyataan yang dibuat pimpinan tertinggi parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

"Pas cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman 'kafir' jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah. Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat bagi tempoh tertentu supaya suasana lebih harmoni," katanya.

Ismail bagaimanapun tidak pasti jumlah sebenar golongan 'harum manis' ini, namun mengakui jumlahnya ramai dan wujud di setiap negeri.

"Kumpulan ini akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah sudah ada yang berani sertai program Amanah secara terang-terangan," katanya.

Menurutnya, individu terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latarbelakang, termasuk pelbagai peringkat sama ada ahli biasa atau berjawatan dalam parti.

"Golongan muda antara yang paling ramai menunjukkan minat, kemungkinan wakil rakyat pun ada yang tunjuk kecenderungan. Saya juga ada dengar khabar angin terdapat wakil rakyat Pas dari Kedah juga antara 'harum manis'," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA TIDAK BERANI CABAR MAHATHIR LAWAN NAJIB DI KAWASAN BERKECUALI?

Posted: 28 Oct 2015 07:16 PM PDT

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz semalam mencabar Tun Mahathir Mohamad agar bertanding melawan Najib Razak di kawasan Parlimen Pekan dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Kalau tak mahu lawan Najib di Pekan, lawan saya di Padang Rengas, katanya lagi.

Sekali imbas,  Nazri kelihatan "agak jantan" bila melontarkan cabaran tersebut meski terselit ciri-ciri angkuh di sebaliknya. Namun hakikat yang sebenarnya langsung tidak ada ciri-ciri "roti canai bertelur"  dengan cabarannya itu.

Cabaran itu hanyalah "roti kosong" saja nilainya.

Tun Mahathir pernah memberitahu sebelum ini, tujuan beliau meminta Najib turun daripada jawatannya ialah untuk menyelamatkan UMNO dan negara daripada pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh kepimpinan Perdana Menteri itu.

Tidak dinafikan, hanya berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja telah menyebabkan persepsi buruk menyelubungi Najib yang terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan.

Sebagai pemimpin yang pernah membina negara selama 22 tahun dengan kepimpinannya, Tun Mahathir hanya ingin memastikan UMNO terus berkuasa dengan meletakkan pemimpin yang tidak terlalu dipertikaikan dan dalam masa yang sama juga negara serta rakyat menjadi sejahtera akhirnya.

Bukan sesekali tujuan Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri semula. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan tidak menjadi keperluan lagi menambah rekod itu.

Oleh itu, soal beliau mahu bertanding dan menjadi Perdana Menteri semula tidak berbangkit sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Satu lagi percubaan PERBODOHKAN RAKYAT !!

Posted: 28 Oct 2015 07:14 PM PDT

TAHUKAH ANDA..!!!
Semasa Ketua Pesuruhjaya SPRM sedang bercuti.. dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM berada di luar negara atas tugas rasmi...

TIBA-TIBA NAJIB KATA SPRM sahkan derma saya peroleh bukan rasuah..

Wahai Najib Razak, kami rakyat nak tahu.. Siapa nama 'PEGAWAI' SPRM yang berkata begitu..

NAMPAK TAK !!!

Gandingan PAS dan Umno-BN potensi mewujudkan polarisasi

Posted: 28 Oct 2015 04:40 PM PDT

Wan Salman Wan Sallam

Pengumuman terkini PAS berkenaan kesediaannya bekerjasama dengan UMNO-BN dilihat agak membimbangkan dalam memastikan kewujudan politik dwi parti yang sihat.
Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci bagaimana bentuk "kerjasama" itu, tidak pelik untuk diandaikan  kerjasama ini berkemungkinan besar bersifat politik; kerjasama ketika pilihan raya khasnya.
Hakikatnya, kewujudan persaingan politik yang sihat dengan kewujudan 2 angkatan politik besar – BN dan Pakatan Rakyat dahulu –  pun terancam apabila PAS dan DAP berbuat keputusan untuk tidak lagi bersama sebilik.

Sungguhpun begitu, pada awalnya kita masih lagi b bersikap optimis apabila PKR mencadangkan kepada PAS, melalui Timbalan Presiden Ustaz Tuan Ibrahim Tuan, agar diadakan kerjasama pilihan raya. Kerjasama ini wujud dalam erti kata memastikan perlawanan satu lawan satu dengan BN walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH). Mungkin ada yang bertanya  mengapakah penting PAS sebagai sebuah parti yang bersifat Islam tidak bergabung dengan BN?
Am mengetahui walaupun terdapat lebih daripada 10 parti yang menganggotai BN, yang benar-benar berpengaruh membuat keputusan hanyalah Umno.
Menyedari  MCA tidak mampu berperanan besar mempengaruhi hegemoni "penyelamat Melayu" kita melihat berlakunya peralihan undi kaum Cina terutamanya, kepada Pakatan Rakyat pada 2008. Peralihan tersebut yang menjadikan polarisasi kaum mengikut pilihan politik hanya bertambah teruk pada 2013 lalu dengan lebih tergambarnya Melayu memilih BN dan Cina memilih Pakatan.
Secara prinsipnya tiada masalah pun sesiapa hendak memilih parti mana. Namun senario ini dilihat tidak sihat memandangkan parti yang dipilih sebagai pemimpin dan parti yang bertindak sebagai penyemak dan pengimbang tidak mempunyai representasi kaum yang sihat. Hasilnya, setiap kali satu dasar dicadangkan dan setiap kali ia dibangkang, seolah  wujud konflik kepentingan mengikut kaum.
Bagaimana pula PAS akan memburukkan lagi keadaan ini apabila bergabung dengan Umno-BN?
Ketika PAS masih dalam Pakatan Rakyat, merekalah yang menjadi representasi sihat Bumiputera–Melayu–Islam bagi sebuah pakatan politik. Malah Pakatan sendiri secara relatifnya pada awal penubuhannya lebih sihat dari segi peranan parti dalam sebuah gabungan politik gergasi. Mereka mempunyai majlis presiden yang mana setiap parti mempunyai suara dan jika ada yang tidak perasan, setiap suara yang mewakili parti komponen mempunyai suara yang lebih signifikan berbanding parti komponen BN selain Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa jadi mangsa tindakan peguam negara dalam keputusan 1MDB?

Posted: 28 Oct 2015 04:36 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

Kenyataan rasmi dikeluarkan Bank Negara Malaysia ((BNM) pada Isnin lalu, 19 Oktober membawa implikasi besar dari sisi perundangan dan termasuk persepsi terhadap tadbir urus kewangan negara. Kenyataaan ini bersabitan kontroversi dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik 100% milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kenyataan menegaskan BNM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggari mana peruntukan di bawah undang-undang yang ditadbirnya, selaku badan tunggal yang mengelola segala urusan tadbir urus kewangan negara.
Peruntukan tindakan pentadbiran atau "administrative action" tersebut, selain "tindakan jenayah" akan diambil berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Antara lainnya, mengenakan hukuman bayaran wang dan sebagainya.

Tindakan BNM ini dibaca atau difahami pelbagai pihak sebagai menegaskan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara. Peguam negara pada 13hb Oktober lalu  membuat keputusan melepaskan 1MDB daripada apa jua kesalahan jenayah dan tidak ada apa-apa lagi tindakan (NFA), dengan pengumuman dalam sidang akhbar Peguam Negara Tan Sri Apandi.
Terdahulu BNM  mengeluarkan arahan pada 11 Oktober kepada 1MDB menuntut dana sejumlah AS$1.83 bilion (RM7.54 bilion) sehubungan dengan urus niaga kerjasama atau "joint-venture" dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dihantar pulang atau "repatriate".
BNM juga mengeluarkan arahan bersurat sebanyak 3 sebelum ini supaya 1MDB mengambil tindakan "repatriation" berhubung dana tersebut sebelumnya. Untuk ingatan umum, urus niaga dengan PSI ini yang  banyak dibuat pendedahan tentang dakwaan salah laku, yang antara lain menyaksikan wang sebanyak AS$700 juta berpindah ke akaun Good Star Limited, milik Low Teik Jho atau Jho Low.
BNM mendedahkan terdapat pelbagai kesalahan sama ada maklumat tidak tepat (inaccurate) atau tidak lengkap (incomplete) ketika 1MDB membuat permohonan dan diluluskan BNM dalam penghantaran dana tersebut melalui Akta Kawangan Pertukaran 1953 (Exchange Control Act, 1953).
Meskipun Jabatan Peguam Negara tidak mahu mengambil tindakan kerana 1MDB dikatakan tidak melakukan kesalahan jenayah, tindakan gabenor untuk meneruskan "hukuman" ke atas 1MDB membawa pelbagai implikasi besar buat seluruh tadbir urus sistem kewangan negara.
Menyedari perkara ini, Persatuan Ekonomi Malaysia atau Malaysian Economic Assciation, sebuah persatuan berusia 50 tahun yang berpusat di Universiti Malaya bertujuan mempromosi kepentingan mendalami kajian bidang ekonomi di akademia dan pencerahan pengetahuan awam, mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang panjang dan sangat diplomatik, mengingatkan pihak kerajaan dan awam supaya kedudukan institusi BNM dipelihara kebebasan dan wibawanya dalam suasana integriti negara sangat dipertikai kini.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid sokong Azmin, keputusan MB tak perlu maklum PKR

Posted: 28 Oct 2015 04:20 PM PDT

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Mohamed Azmin Ali selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung kelulusan pembinaan tiga lebuh raya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Mohamed Azmin Ali selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung kelulusan pembinaan tiga lebuh raya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2015.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyokong tindakan Mohamed Azmin Ali yang didakwa meluluskan pembinaan tiga lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya. Beliau berkata proses kelulusan selalunya dibuat melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan hanya sekiranya perlu, anggota MMKN akan memaklumkan kepada parti masing-masing.
"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut (pembinaan tiga lebuh raya). Sebenarnya perkara mengenai kelulusan biasanya diluluskan melalui mesyuarat exco (MMKN)," kata Khalid kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Azmin selaku menteri besar Selangor boleh memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kalau ada dalam mesyuarat exco, maknanya ada rekod mengenai perkara ini.
"Perkara ini boleh dijelaskan dalam perjumpaan di DUN yang akan mula berlangsung minggu depan," katanya.
"Exco mesti meluluskan dahulu. Kemudian kalau perlu, ahli exco yang dalam parti politik tertentu boleh membawa ke pengetahuan parti masing-masing," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
Khalid sebelum ini digugurkan daripada jawatannya sebagai menteri besar Selangor kerana antara lain, melaksanakan program penstrukturan air di negeri itu tanpa memaklumkan kepada partinya.
Selain kehilangan kedudukan itu, beliau turut dilucutkan keahlian PKR.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, Azmin diminta memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang tiga lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Go on, Jamal, give us some comic relief

Posted: 28 Oct 2015 04:19 PM PDT

Instead of being a threat, the leader of the Red Shirts has turned out to be a joke.
jamal-yunos
If there's one thing we're never short of these days, it's entertainment. If you think about it, Malaysian politics is the equivalent of gladiatorial battles fought in the Roman coliseums of yore. It's ugly, brutal, decadent, and every spectator feels a bit dirty when it's all over. But hey, it's still great entertainment.
But what does that make Jamal Yunos? If you had asked this question about a month ago, people would paint him as either a fearless leader or a deluded madman, depending on which side of the political fence you are. But now, he has become a punchline.
He has regressed from being the leader of 50,000 rambunctious demonstrators marching through the streets of Kuala Lumpur to heading a crowd of 200 ragtag supporters shouting slogans in a suburb. But he seems intent on protesting for whatever cause until only he stands holding a placard. Even the young, disenchanted Malays who followed him into KL have since had second thoughts on who is really to blame for their economic status, if a Malay Mail report on the toll hike is reflective of the wider sentiment.
And now, Jamal has once again made it to our headlines with a proclamation that he is part of a movement among Umno division heads who want to see party deputy president Muyhiddin Yassin ousted. Correct me if I'm wrong, but after a certain Anwar Ibrahim let slip that some Umno MPs were going to cross over to Pakatan, that plan got sunk faster than you can say "Scorpene submarine." So why on earth would you announce to the whole world that you are part of a "clandestine" plot?
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang gesa PAC baharu panggil Gani kes draf pertuduhan Najib

Posted: 28 Oct 2015 04:17 PM PDT


Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu perlu merumuskan pada mesyuarat pertamanya Isnin ini, kebenaran berhubung isu draf kertas pertuduhan rasuah yang didakwa terhadap perdana menteri, kata Lim Kit Siang hari ini. Ketua Parlimen DAP itu berkata, ia boleh dilakukan dengan memanggil bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang didakwa Sarawak Report, merangka kertas pertuduhan itu sebelum beliau dipecat daripada jawatan itu pada Julai.
Lim berkata PAC juga perlu memanggil bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador, kerana beliau mengakui berjumpa dengan Gani 2 hari sebelum beliau dipecat.

"Persoalan sama ada terdapat draf pertuduhan rasuah terhadap Datuk Seri Najib Razak, berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Jabatan Peguam Negara, dan sama ada ini sebab sebenar pemecatan Gani, merupakan satu isu penting yang PAC perlu selesaikan jika mahu siasatannya terhadap 1MDB memperolehi kredibiliti, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa," kata Lim dalam satu kenyataan. Beliau berkata, dakwaan draf kertas pertuduhan itu satu lagi perkara yang menjadi kepentingan negara, susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya Khamis lepas.
"Kenyataan SPRM yang mengatakan ia tidak menyiasat 1MDB kerana ia kes polis, menegaskan yang ia tidak pernah menafikan kesahihan gambar rajah yang diterbitkan Malaysiakini mengenai aliran wang yang melibatkan SRC International atau menafikan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap perdana menteri.
"Persoalan yang keluar daripada kenyataan SPRM itu ialah sama ada terdapat satu draf kertas pertuduhan di Jabatan Peguam Negara terhadap perdana menteri yang berkaitan dengan rasuah sebelum Gani dipecat sebagai Peguam Negara pada 27 Julai."
Read More / Baca Lagi >>

Nazri tak tau sebab dia tak bergaul – Jamal

Posted: 28 Oct 2015 04:13 PM PDT

Jamal Yunos mengaku wujud gerakan menjatuhkan Muhyiddin Yassin oleh ahli UMNO dan Nazri Aziz tidak tahu kerana tidak sertai 'group telegram' kumpulan UMNO terbabit.
nazri-aziz_jamzl_muhyiddin_600
PETALING JAYA : Datuk Jamal Md Yunos mempertahankan dakwaan yang dibuat olehnya bahawa wujud gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, Datuk Seri Nazri Aziz sememangnya tidak tahu gerakan menjatuhkan Muhyiddin kerana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tidak ada dalam 'group telegram' ahli UMNO yang terlibat dalam gerakan itu.
"Soal dia (Nazri) tak tahu tu sebab dia tidak ada dalam group telegram kerana dia tak mahu bercampur dengan kami. Sebab dia (Nazri) merasakan dirinya sangat hebat," katanya kepada FMT pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nazri bahawa Jamal bukan individu penting sehingga mampu untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Mengulas lanjut, Jamal mengaku dirinya bukan individu penting seperti dikatakan Nazri itu.
"Memang saya tidak penting dalam parti. Tetapi jika saya sebagai Ketua UMNO Bahagian yang menyuarakan pendapat dikatakan oleh Nazri tak penting, maksudnya ahli-ahli UMNO dalam Malaysia ini semua tak penting.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan takbur, ambil pengajaran belanjawan surplus Anwar

Posted: 28 Oct 2015 04:11 PM PDT

SHAMSUL ISKANDARKUALA LUMPUR, 28 OKT: Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan diingatkan supaya tidak sombong ekoran kenyataan beliau menafikan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurus ekonomi negara.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Abdul Rahman harus menerima hakikat bahawa Ketua Umum PKR itu berjaya membentangkan belanjawan surplus selama beliau menyandang  jawatan Menteri Kewangan.
"Ini tidak pernah diulangi oleh tiga Perdana Menteri yang menjadi Menteri Kewangan selepas beliau.
"Janji demi janji membentangkan belanjawan berimbang dilakukan tetapi sudah 18 tahun janji tidak ditepati," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Terdahulu, Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan 'Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah masa lalu' yang menurut fahaman Iskandar sebagai cubaan menafikan kredibiliti Anwar.
Iskandar berkata, Anwar sentiasa mengambil iktibar daripada sejarah untuk berjimat cermat ketika senang antaranya mencontohi kisah pengurusan ekonomi Nabi Yusuf seperti diceritakan dalam Al-Quran.
"Kota Belud jangan buta sejarah kerana ia harus dijadikan panduan masa depan," katanya.
Iskandar berkata, bakat dan kemampuan Anwar dihalang dengan fitnah jahat ahli politik tidak berbakat tetapi mempunyai nafsu politik besar.
Iskandar turut melahirkan keyakinan, Anwar mampu menyelesaikan isu 1MDB sekiranya diberi mandat sebagai Perdana Menteri.

Dua kali lanjut tempoh selesai 1MDB, taktik PM ‘beli masa’

Posted: 28 Oct 2015 04:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa isu 1MDB diselesaikan dalam tempoh 12 bulan tanpa perancangan teratur disifatkan sebagai helah melengah-lengahkan masa atau 'buying time'.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata tindakan itu menyebabkan rakyat menanggung beban semakin besar.
"Pembentangan Belanjawan 2016 menjadi bukti nyata Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sekarang menghidapi sindrom penafian atas malapetaka 1MDB.
"Beliau hanya umum akan selesai dalam tempoh enam bulan dan kemudiannya enam bulan lagi tanpa sebarang perancangan teratur adalah taktik 'buying time'," katanya
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ketika membentangkan Bajet Persekutuan 2016 Jumaat lalu, Najib dilihat cuba menjadikan skandal 1MDB tidak pernah berlaku apabila langsung tidak mengambil peluang menjelaskan jalan penyelesaian skandal melibatkan kerugian berpuluh bilion ringgit dana negara.
Tindakan beliau itu disusuli tindakan menolak soalan lisan berhubung skandal sama.

Zaman Najib paling malang buat negara

Posted: 28 Oct 2015 03:55 PM PDT

Yaakob sapari DUNRamai mengakui pengurusan ekonomi terbaik buat Malaysia
adalah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, berkata pertumbuhan ekonomi negara ketika itu
meningkat lebih enam peratus selama lapan tahun dengan pembentangan bajet
berimbang.
"Hutang negara berjaya diturunkan sebanyak RM90 bilion, Anwar tidak pernah gagal
bentang bajet berimbang setiap tahun.
"Namun, selepas beliau dipecat dan difitnah, ekonomi negara menjunam hingga
sekarang sebaliknya ekonomi negara jiran terus meningkat," katanya dalam posting di
Facebook.
najib mugshot interview 01Namun, Yaakob berkata, rakyat Malaysia berada dalam keadaan malang dan kegelapan
apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan negara.
Meskipun secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan politik ganas Tun Dr Mahathir
Mohamad namun, kecekapan mantan Perdana Menteri itu dalam membangunkan
ekonomi negara tidak boleh dinafikan.
"(Ketika ini) ekonomi negara berada dalam keadaan parah dan rakyat semakin susah
ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ringgit merudum,
kenaikan tol dan lain-lain.
"Semua barang naik harga, tetapi pemimpin Umno terus mengamalkan kehidupan
mewah," katanya.
Yaakob juga melabel Najib sebagai Perdana Menteri paling korup di dunia dengan
mengaitkan skandal derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
"Bukan rahsia lagi, Isteri beliau sangat pemboros tetapi siapa tegur pasti kena pecat.
"Apa perlu kita buat dengan orang menyusahkan rakyat ini?" katanya.

Transkrip program khas ‘Bernama TV’ bersama Arul Kanda

Posted: 28 Oct 2015 03:53 PM PDT



Berikut transkrip penuh daripada program bual bicara bertajuk 'Bernama TV with Arul Kanda' berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihoskan Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.
1. Apa itu 1MDB?
1Malaysia Development Bhd (1MDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan.
Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.
"Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal 1MDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang -- pinjaman bank dan pasaran modal.
"Alasan yang terdapat di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya.
"Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga.
1MDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Malaysia dan memiliki 13 loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga berjumlah 5,500 MW.
Ia juga memiliki plot tanah paling luas yang terletak secara strate di ibu negara.
2. CABARAN
Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan faedah dan sebahagian lagi untuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba waktunya.
Ia adalah ketidakpadanan yang melibatkan aliran tunai. Dan, untuk menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpadanan aliran tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset 1MDB bagi mengumpul dana dan mengurangkan hutang.
3. BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR HUTANG?
Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia, penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra Energy, ia semuanya merupakan projek strategik yang dirancang dan dilaksanakan oleh 1MDB.
Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah yang sama seperti yang dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpadanan aliran tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran.
Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini. Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak kejayaan dari segi ini.
4. APA YANG AKAN TERJADI PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG?
Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah hampir RM5 bilion setahun.
Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.
Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3 bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot tanah ini dan berjaya menjualnya.
Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Lend Lease.
5. APA YANG TIDAK KENA DI PERINGKAT DALAMAN, ADAKAH WANG ORANG RAMAI AKAN BERADA DALAM KEADAAN BAHAYA? (TITIK TOLAK KETIDAKPADANAN)
Mengenai ekuti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RM1 juta.
Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi, 1MDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan.
Dalam pada itu, kerajaan menyediakan opsyen jaminan tertentu bagi hutang kami. Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain yang berjumlah kira-kira RM18 bilion.
Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1 trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia adalah kira-kira tiga peratus.
Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam syarikat tenaga kami, Edra Energy.
Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam Bandar Malaysia dan kami mempunyai 'hutang untuk swap aset' dengan IPIC.
Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42 bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila tiba masanya.
6. SAYA RAGU ANDA BOLEH MENDAPATKAN WANG. BOLEHKAH ANDA MENDAPAT HARGA YANG BAIK BAGI PENJUALAN EKUITI IPP MEMANDANGKAN KONTRAK MEREKA AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI?
Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini, pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda tentang hasil yng kami perolehi daripada proses kami menjual Edra Energy.
Tapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa terdapat 11 pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti dalam Edra Energy.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Lagi soalan untuk Najib

Posted: 28 Oct 2015 03:47 PM PDT

1MDB: Lagi soalan untuk Najib
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen hari ini meminta maklum balas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak  sama ada kementeriannya akan memfailkan aduan rasmi terhadap syarikat DuSable Capital Management LLC (DuSable) sekiranya memang tiada kerjasama terjalin antara 1MDB dengan firma itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan media antarabangsa, Bloomberg, DuSable telah mengesahkan kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) bahawa syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan 1MDB bagi membangun, memberi dana dan membina loji tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (mw) di Malaysia.

"Kita semua tahu projek loji tenaga 50mw di Malaysia itu di Kedah. Jadi, berdasarkan laman web Jabatan Keadilan AS, tiada kemaskini terbaharu sehingga hari ini mengenai status 1MDB dengan DuSable.

"Jawapan yang saya dapat semalam sangat pendek dan jika begitu, saya pasti PM menyatakan kebenaran...saya ada dua lagi soalan untuk beliau," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam menjawab soalan Wong Chen, Najib menafikan wujudnya sebarang kerjasama antara 1MDB dengan DuSable di Kedah dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

"Tuan Yang Dipertua, 1MDB tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian usahama dengan syarikat DuSable Capital Management LLC di Kedah," katanya.

Dalam sidang media sama, Wong Chen membangkitkan soal kesediaan Najib untuk mendedahkan sebarang urusan 1MDB dengan DuSable sebelum 26 September 2013.

"Dan berapa jumlah pelaburan yang 1MDB rancang pada awalnya dipertimbangkan untuk dilabur kepada DuSable? Adakah nilainya seperti yang dilaporkan Bloomberg iaitu antara AS$500 juta hingga AS$1 bilion iaitu nilai yang dicari DuSable?Read More / Baca Lagi >>

MB Kelantan: Boleh kerjasama dengan Umno

Posted: 28 Oct 2015 03:42 PM PDT



PAS hanya bersedia menjalin kerjasama dengan Umno dan BN dalam perkara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat dan bukan atas dasar politik, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata perkara tersebut telah menjadi dasar PAS sejak sekian lama, lapor Bernama.
"Contohnya dalam masalah banjir yang melanda Kelantan akhir tahun lepas, kita boleh berkompromi, kita boleh bincang dan ketepikan dari segi politik untuk menyelamatkan rakyat kita...itu perkara berkebajikan.
"Jadi pada pokoknya itulah yang dikehendaki presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini.
"Dalam hal ini (kebajikan) politik tidak berbangkit... politik kita dasar masing-masing. Tetapi kerjasama politik, tidak sama sekali," katanya.
Beliau diminta mengulas berhubung pendirian Abdul Hadi yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
- Bernama