Followers

Nuffnang

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh

Posted: 27 Oct 2015 04:21 PM PDT


Sebenarnya ada banyak sekali cara menghilangkan kutu rambut yang bisa Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan. Tapi sebelum menerapkan obat, lebih baik lakukan perawatan secara alami dulu.

Cara menghilangkan kutu alami ampuh
Cara menghilangkan kutu alami


Ada beberapa bahan alami yang bisa Anda coba sendiri di rumah. Mulai dari minyak zaitun, bawang, alkohol, dan masih banyak lagi. Untuk hasil maksimal, jangan lupa lakukan cara dibawah ini secara rutin ya.

Cara Mengatasi Kutu Rambut Ampuh Secara Alami

1. Bawang merah dan minyak zaitun

Bawang merah mungkin lebih dikenal dalam dunia masak memasak, begitupun dengan zaitun. Akan tetapi sebenarnya dibalik itu semua, kedua bahan ini bisa dicampur untuk mengobati kutu di kepala.

Caranya haluskan bawang merah 5 siung. Kemudian peras dan campur airnya dengan 6 sendok makan minyak zaitun. Setelah selesai keramas, gunakan campuran tersebut untuk memijat kulit kepala 15 menit. Lalu bilas dengan menggunakan air dingin sampai bersih.

2. Alkohol

Meskipun dikatakan sebagai minuman yang memabukan, namun dalam dunia kesehatan alkohol sangatlah berguna. Selain bermanfaat sebagai obat bius, kandungan senyawa yang terdapat di dalam alkohol juga cukup efektif untuk menghilangkan kutu kulit kepala.

Cara menggunakannya cukup dengan membasuhkan ke seluruh bagian kulit kepala (rambut). Kemudian pijat sebentar selama kurang lebih 10 menit, setelah mendiamkan 30 menit basuh dengan air hangat sampai bersih.


Itulah beberapa cara menghilangkan kutu rambut yang dapat saya sampaikan. Selamat mencoba dan semoga hasilnya memuaskan, salam. 

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHUKAH KAMU KENAPA RAFIZI SUDAH 6 BULAN TIDAK USIK 1MDB ?

Posted: 27 Oct 2015 01:06 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali perlu memberikan penjelasan berhubungan dakwaan tiga lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.

 
Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli menegaskan pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan berhubung khabar angin tersebut dan beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat dalaman parti dalam masa terdekat.


"Saya tidak tahu dan saya tiada maklumat tetapi saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat dalaman kita untuk mendapatkan pengesahan daripada Menteri Besar sama ada kelulusan itu telah diberikan atau tidak," katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas dakwaan Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Konsesi 60 tahun dianugerahkan kerajaan kepada syarikat Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) dan ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, PKR konsisten tentang pembinaan mana-mana lebuh raya dan sistem bertol itu perlu menepati tiga syarat utama yang dirangka parti itu sejak 2011.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga perlu meluluskan pembinaan lebuh raya berdasarkan tiga syarat, antaranya syarikat konsesi perlu mendedahkan perjanjian konsesi tersebut.

"Syarat kedua ialah penilaian trafik mesti memenuhi peratusan tertentu daripada pengguna sama ada lebuh raya benar-benar memberi manfaat kepada pengguna dan setiap kesesakan.
 
"Ia juga perlu melihat kesan sosial daripada suasana tol, penilaian sama perlu dilakukan untuk memastikan ia memberi kesan kepada kawasan terlibat," katanya.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pernah mematuhi ketiga-tiga syarat tersebut ketika membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) pada Februari lalu.

"Sebagai wakil rasmi parti dan Ahli Parlimen, saya berkeyakinan bahawa pembinaan lebuhraya hanya diluluskan jika memenuhi tiga syarat itu.

"Pada asas itu juga keputusan kerajaan negeri Selangor yang membatalkan Kidex," katanya lagi.

NOTA: HARTA SEPENCARIAN kenalah bahagi-bahagi Azmin, jangan makan seorang. Bagi sikit persen kepada Rafizi juga barulah dia tutup mulut ! 

Rafizi pun wayang juga. Macam kes 1MDB tahukah kamu mengapa Rafizi diam diri? Kerana CEO 1MDB kawan minum kopi panas dia di London ketika sama-sama belajar. Rafizi pun tahu isu 1MDB hanyalah isu politik saja nak jatuhkan Najib. Sekarang dah berbulan-bulan Rafizi tak sebut 1MDB sebab sudah kowtim maa dengan kawan baik dia tu...Rafizi pun tahu bukan ada pun penyelewengan 1MDB hanya isu politik Pakatan sahaja...Tanya Rafizi berapa kali wassap kawan lama dia ?

Tony Pua pula hilang kredebiliti dalam isu 1MDB sebab Dr Tan Seng Giaw dari DAP suruh tutup mulut. Dr Tan kata jangan bercakap jika tiada fakta disertakan.

 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hospital RM8.2 billion? BABI GILA MABUK VSOP PUN TAK CAYA Rafizi

Posted: 27 Oct 2015 06:57 PM PDT


Bagi mendapatkan headline dalam akhbar ketika berbahas di parlimen semalam, ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli cuba membuat kejutan sensasi.


Dia membuat tuduhan membabi buta bahawa ada syarikat UMNO menjaja super hospital UiTM Puncak Alam pada harga RM8.2 billion. Baca laporan di Sundaily SINI

Dalam laporan Msiakini di SINI, dia kata super hospital yang juga merupakan teaching hospital untuk UiTM mempunyai 600 katil dan kos pemninaan sepatutnya dalam RM600 juta.

Tuduhan tak masuk akal

Kemungkinan Rafizi menggunakan penilaian Khazanah pada nilai purata RM1 juta sekatil untuk ambilalih beberapa hospital luar negara dan nilai semula hospital yang ada untuk penyenaraian Apollo Healthcare.

Harga itu dipersoalkan penganalisa ketika itu sebagai terlalu tinggi. Jika demikian penilaian Rafizi, super hospital tersebut boleh muat 8,200 katil!

Kalau diguna nilai hospital Shah Alam yg hadapi cost over run yang melampau kerana ada keluarga diraja tertentu ambil baksis, masih tak masuk akal untuk percaya sumber yang beri maklumat pada Rafizi.

Menurut laporan  TMI di SINI, hospital Shah Alam yang sudah mula operasi tahun ini akhirnya berharga RM 565 juta untuk 300 katil. Purata kos RM1.88 juta sekatil.

Malah sebuah superhospital di England yang dilaporkan sebuah akhbar Britain di SINI bahawa kos pembinaan pun hanya £350 juta untuk 670 katil dan 15 operating theatre atau purata RM3.2 juta sekatil.

Masih tak sama kos dengan jumlah RM8.2 billion yg dikatakan Rafizi untuk Superhospital UiTM yang mana bersamaan purata kos RM13.7 juta sekatil.

Fitnah yang babi gila tengoh mabuk VSOP pun tak mudah percaya.

Siapa sumber kaw kaw tip top Rafizi?


Difahamkan blogger tersohor dan ahli UMNO terhebat Zaharin Yassin ada membuat komen berikut:


Jika dia merupakan sumber Rafizi, ucapan tahniah buat Zaharin kerana berjaya memperangkap Rafizi untuk mengeluarkan satu lagi pendedahan bodoh.

Sebelum ini Rafizi buat pendedahan bodoh berkenaan kapal Mistral. Baca Unspinner SINI  di mana seorang pegawai Navy panggil dia bebal.

Memang Rafizi banyak buat pendedahan tapi 95% pendedahan yang dibuat salah. Balance 5% pun faktabtsknkuat untuk jadi kes.

Malah tuduhan2 NFC Rafizi pun makan diri dan  keputusan kes terhadapmya pads Januari 20 hadapan akan buktikan dia penipu besar. Itu juga sebab dia diam tak berani komen pasal 1MDB.


Namun begitu, jumlah RM8.5 billion masih tidak mengejutkan kerana pada tahun 2010 laporan Bernama di  SINI memetik VC UiTM Prof Ir Sahol berkata super hospital itu kos RM22 billion.

Boleh jangka Rafizi bakal guna ini sebagai wayang dan alasan. Malas komen tapi harap SPRM siasat. Sahol pun banyak cerita.

Harap pelajar UiTM yg masih makan duit mak bapak jangan troll. Pengalaman hidup beljm ada. Lagi troll lagi kami bogelkan dengan macam2 dokumen.

Apa agaknya motif Rafizi?

Memang dia mahu headline untuk dirinya tapi kenapa?


Mungkin dia mahu cover untuk skandal DEIG yang masih tidak terhawab oleh Azmin.

Tapi mungkin tidak sebab Rafizi tahu Azmin mahu gantikannya dengan Kamaruddin Jaafar dan Rafizi kini team Wan Azizah yg sama bengong.


Besar kemungkinan Rafizi mahu cover berita salahlaku pemimpun PKR Sabah, Christina Liew yang telah dijatuhkan mahkamah.

Skandal melibatkan RM560 juta ini cuba ditutup oleh media pembangkang. Baca berikut:


KOTA KINABALU: The High Court of Sabah and Sarawak has awarded a company RM557, 641,716.29 in damages against three individuals: Api Api Assemblywoman and lawyer Christina Liew Chin Jin Hadhikusumo, the 3rd Defendant in a land case; the 1st Defendant Siti Rahfizah Mihaldin who is Liew's clerk; and the 2nd Defendant Samsuri Baharudin, the purported attorney of a group of 819 smallholders.

The amount in damages may be the highest ever awarded in Malaysian judicial history either singly or jointly against a serving elected representative.

Baca di FMT di SINI.


Baca Sabahkini di SINI

--------------

Seperti biasa, KANTOI saja Rafizi!!!!!

Superhospital UiTM Puncak Alan itu tak sampai pun harga purata RM1 juta sekatil. Kos pembinaan cuma RM450 juta ... dalam purata RM750 ribu sekatil untuk teaching hospital dengan banyak operating theatre.

Superkantoi!!!!!!!



Najib beli kasut tak mcm Nurul "aiskrim"kan lecturer?

Posted: 27 Oct 2015 05:00 PM PDT


Cheap shot betul si Nurul.


Dia ingat Najib beli kasut sama macam dia kasi lecturer perkhidmatan aiskrim untuk lulus peperiksaan.


Patut aiskrim sama uncle azmin kamu.

Baik anak, baik omak ... sama bangang.





Akibat ketulahan berbohong hal jam omega.

The real pariah afraid to take oath of secrecy

Posted: 27 Oct 2015 06:30 AM PDT





-----------------------

PAC deputy chairman slams Pua

By Awaina Arbee -

NSTP 24 September 2015 @ 11:00 AM

KUALA LUMPUR : PUBLIC Accounts Committee (PAC) deputy chairman Dr Tan Seng Giaw has taken to task his PAC and DAP colleague, Tony Pua, over the latter's allegations concerning 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Taking a swipe at Pua, Tan said allegations and issues brought up by Pua, especially those surrounding 1MDB, should always be supported by proof.

"If you do not have any evidence to back (it) up, then, do not raise the issue.

"If there is an allegation, the person needs to prove it," he told the New Straits Times yesterday. He said the committee was all about seeking the truth based on evidence. "PAC is all about establishing the truth.

"If anybody comes up with a statement, show me the evidence. Then, we will investigate it."

Pua had, in the past, accused 1MDB of not being upfront in its dealings over allegedly missing funds, and of misappropriation and embezzlement.

On claims of a leak of confidential PAC parliamentary documents to foreign media publications, Tan said Pua could face legal action if he had committed any wrongdoing.

Read More : http://www.nst.com.my/news/2015/09/pac-deputy-chairman-slams-pua

-----------------------

PAS's PAC member backs oath of secrecy

BY EILEEN NG

Published: 26 October 2015 12:59 PM  

Newly appointed Public Accounts Committee (PAC) member Datuk Takiyuddin Hassan of PAS is in support of a suggestion that members of the bipartisan panel take an oath of secrecy to prevent leaks of confidential information.  

"It will determine that all members of PAC will not expose too much or reveal everything that transpired in the proceedings.  

"Some evidence is not for the public and should not be revealed at all," the Kota Baru MP told reporters at the Parliament lobby today.  

  Takiyuddin was responding to the proposal by Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, following the appearance in foreign media of information that PAC supposedly held as part of its inquiry into state-owned investment firm 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pass-pac-member-backs-oath-of-secrecy#sthash.XoIU32QZ.dpuf

-----------------

Tony Pua shrugs off oath of secrecy proposal for PAC members

By EILEEN NG


The Malaysian Insider, October 26, 2015.

Outspoken Public Accounts Committee (PAC) member Tony Pua is unfazed over a proposal for an oath of secrecy to be taken by the bipartisan parliamentary panel, saying that he has not done anything that contravenes existing regulations.

  This comes after the DAP Petaling Jaya Utara MP and staunch 1Malaysia Development Berhad (1MDB) critic was accused by detractors of leaking confidential information on the troubled state-owned investment firm following a Wall Street Journal (WSJ) report on the firm.

  "I don't know (about WSJ report). I only know that I have done nothing wrong, so I am not afraid," he told reporters at Parliament lobby after he was asked if the suggestion was mooted to shut him out.  

Pua said he is not opposed to the oath of secrecy proposal, but stressed that parliamentary Standing Orders need to be amended before such a regulation can be implemented.

"There are no regulations in the Standing Order for it, so it needs to be amended," he added.

-------------------

Tony Pua and his friends forgot the seriousness of leaking and in possession of leak information ...



Bisinglah Guan Eng!!!! Baik kasi Sabah Sarawak

Posted: 27 Oct 2015 02:00 AM PDT


Dari kasi kamu baik kasi sabah dan sarawak











Memekak saja ...





Tak guna dikasi peruntukan pun ...


Dia buat pembangunan tanpa peduli akibat pada air dan saliran.

Dah nampak duit saja ...














RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Terus Di Zalimi

Posted: 27 Oct 2015 04:33 AM PDT

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

- ( Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

PAC mula mesyuarat Isnin depan, kata pengerusi

Posted: 27 Oct 2015 02:56 AM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu dengan ahli barunya akan diadakan Isnin minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata mesyuarat pertama jawatankuasa itu dengan ahli barunya akan diadakan Isnin minggu depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memulakan mesyuarat pertama mereka Isnin minggu depan, kata pengerusi baharu jawatankuasa di bawah Parlimen itu, Datuk Hasan Arifin.
Hasan ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini bagaimanapun tidak mengulas lanjut inti pati mesyuarat PAC nanti.
"Kita akan mula mesyuarat Isnin depan...kita sudah susun aturan mesyuarat, nanti kita akan maklum," kata Hasan kepada pemberita.

Hasan dilantik mempengerusikan PAC menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri dalam negeri. Barisan Nasional (BN) menamakan 4 ahli Parlimen mereka, manakala seorang daripada PAS dilantik menganggotai PAC bagi menggantikan mereka yang dilantik ke Kabinet hujung Julai lalu.
Ahli Parlimen Putatan daripada BN, Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh, dilantik menggantikan Datuk Madius Tangau yang dijadikan menteri teknologi, sains dan inovasi pada Julai.
Sementara itu, Ahli Parlimen BN Datuk Ahmad Hamzah (Jasin) menggantikan Datuk Mas Ermieyati Shamsudin dan Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi) menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Mas Ermieyati dan Reezal turut dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinetnya itu.
Selain itu, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong turut dilantik menggantikan wakil MCA, Datuk Chua Tee Yong, yang dilantik menjadi timbalan menteri kewangan pada Jun tahun lalu.
Manakala Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan dilantik menganggotai PAC menggantikan Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai PKR bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib bawa imej liberal di luar negara, sebaliknya tidak di Malaysia, kata HRW

Posted: 27 Oct 2015 02:54 AM PDT


 Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata , tindakan Perdana Menteri  yang liberal hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.– Gambar  fail  The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata , tindakan Perdana Menteri yang liberal hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.– Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015.Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Razak membawa dirinya sebagai seorang pemacu perubahan yang liberal (liberal reformer) di luar negara kerana Putrajaya sangat mengambil berat terhadap kritikan daripada pihak luar berhubung hak asasi di negara ini, kata Human Rights Watch (HRW).
Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata, bagaimanapun, apabila berada di dalam negara, perdana menteri itu berkelakuan sangat berbeza dengan imej yang ditonjolnya di luar negara.
Katanya, kerajaan sangat prihatin tentang keperluan menjaga nama baik mereka dan kehendak retorik mereka untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bertolak ansur, bagi tujuan politik mereka supaya kekal berkuasa.

"Memandangkan beliau membawa dirinya sebagai seorang yang liberal, ia penting baginya untuk beliau dipandang sebegitu rupa," kata Adams ketika sesi soal jawab selepas membentangkan laporan HRW bertajuk 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata, tindakan Najib itu hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.
HRW hari ini menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang oleh Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara dan mendesak Najib berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Laporan setebal 145 halaman itu mendakwa, Najib berulang kali memungkiri janjinya menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri itu akan ikrarnya "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang yang terlalu kabur serta luas definisi perkataannya dalam "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.
Read More / Baca Lagi >>

Exclusive: "Strong evidence" of Genocide in Myanmar

Posted: 27 Oct 2015 02:42 AM PDT

Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

Posted: 27 Oct 2015 02:34 AM PDT

Kenyataan pemimpin- pemimpin tertinggi Pas sering bercanggah dan mengelirukan yang menimbulkan persoalan apakah pendirian sebenar parti itu.
Abdul-Hadi-Awang,khalid-samad
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.
Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.
"Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri. Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.
"Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN," ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.
Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.
"Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.
"Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. 'Let it be clear', kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN," tegasnya.

Kami sudah cukup beradab, Pakatan Harapan jawab Hadi

Posted: 27 Oct 2015 02:21 AM PDT

Pakatan Harapan berikrar akan meneruskan protes terhadap Putrajaya dengan mengangkat sepanduk "Mana RM2.6 bilion" sepanjang sidang Parlimen ini, mengatakan tindakan itu sudah cukup beradab.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Terdahulu, Hadi berkata, tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.
Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.
"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.
"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

Tolak GST : Ketua Pembangkang bahas Belanjawan 2016

Posted: 27 Oct 2015 02:14 AM PDT

Kos KDN tinggi: Jamal "baju merah" salahkan Bersih 4.0

Posted: 27 Oct 2015 02:08 AM PDT

Himpunan Baju merah tidak akan diadakan jika Bersih 4 tidak meneruskan demontrasi pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Jamal-Yunos_anti-bersih_600
PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos menyalahkan Bersih 4.0 sebagai punca kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih RM4 juta untuk kos kawal selia Himpunan Rakyat Bersatu (Baju Merah) pada 16 September lalu.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, perhimpunan Baju Merah tidak akan diadakan sekiranya Bersih 4.0 mematuhi arahan polis supaya membatalkan demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos lalu.
"Baju Merah tidak akan muncul sekiranya perhimpunan haram Baju Kuning tidak memulakan perhimpunan.
"Bagi saya kos RM2 juta atau RM4 juta tidak menjadi isu. Punca kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang terlalu tinggi disebabkan Baju Kuning, kalau tidak ada perhimpunan itu, wang tersebut dapat digunakan untuk kebajikan rakyat," katanya kepada FMT.
Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Parlimen mendedahkan kos kawal selia Baju Merah adalah lebih tinggi berbanding himpunan Bersih 4 iaitu sebanyak RM4,500,927.50.
Sehubungan itu, Jamal menyarankan supaya pihak pembangkang berhenti mengadakan perhimpunan haram selepas ini bagi menggelak peruntukan besar terpaksa ditanggung kerajaan.
Pada masa sama, beliau turut membidas tindakan pembangkang yang mepersoalkan peruntukan sebanyak RM20.3 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Katanya, kos tersebut bukanlah satu jumlah yang besar jika hendak dibandingkan dengan keadaan ekonomi semasa.
"Zaman ini bagi saya RM20 atau RM30 atau RM40 bilion tidak ada masalah dan tidak menjadi isu, memandangkan keadaan semasa ketika ini berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jumlah itu bukan angka yang besar, sebab dibawah JPM banyak agensi dan jumlah itu bukan untuk kegunaan Perdana Menteri. Bagi saya ini adalah taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat," katanya.

FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pencacai UMNgOK..

Posted: 27 Oct 2015 02:03 AM PDT

GST sistem cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

Menari untuk berzikir dilarang syarak, kata mufti Perlis

Posted: 27 Oct 2015 01:57 AM PDT



Tarian bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sehubungan itu, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang diadakan pada 24 dan 25 Ogos lalu.
"Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.
"Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja'far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah," katanya dipetik Bernama.
Mohd Asri berkata riwayat tersebut pula tidak sahih dan pendalilan dibuat di luar konteks.
Beliau bagaimanapun berkata zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syarak seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya dibolehkan dan terpuji.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua PAC kata ringgit jatuh baik untuk penduduk kampung

Posted: 27 Oct 2015 01:52 AM PDT



Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa.

Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' kata Senator Umno

Posted: 27 Oct 2015 01:23 AM PDT

Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' - SallehCYBERJAYA: Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' melalui media baru yang diguna pakai untuk membunuh karakter seseorang individu termasuk pemimpin negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat seperti telah tertanam dalam masyarakat khususnya pengguna media sosial.

"Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.

"Situasi berlaku apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Namun, isu tersebut terus dimanipulasi di media sosial meskipun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti telah dikemukakan,"katanya semasa berucap merasmikan Seminar "The Role Of New Media in Fighting Againts Perception Terrorism" di  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.

Tambahnya, persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.
Read More / Baca Lagi >>

JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO TAK SEHARUSNYA LAYAN ADUAN ISA SAMAD!

Posted: 27 Oct 2015 01:05 AM PDT

Adakah mendesak mana-mana pemimpin meletak jawatan merupakan suatu kesalahan dalam UMNO?
Berikutan tindakan 13 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang mengadakah sidang akhbar bersama mendesak perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Pengerusi Felda, Isa Samad dilaporkan akan menghantar laporan kepada Jawatankuasa Disiplin agar sesuatu tindakan dapat diambil terhadap mereka.

Meskipun Isa memberi alasan mereka itu telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati, tetapi tentunya punca paling utama "kemarahan"  beliau sehingga mahu tindakan itu diambil ialah kerana desakan itu berkaitan pengunduran Najib.

Tiada sebab lain tindakan itu mahu diambil melainkan Isa merasakan namanya sudah agar tercemar di mata Najib berikutan perbuatan 13 Ketua Cawangan itu.

Lantaran itu, sebagai tindak balas yang mudah ialah melaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin di mana jika mereka dipecat atau digantung keahliannya, dapatlah Isa memberi gambaran bahawa UMNO Teluk Kemang yang dipimpinnya sudah kembal solid, padu dan tidak berbelah bagi menyokong serta mendokong Najib.

Jika mereka terbabit membuat desakan lain seperti meminta Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal meletakkan jawatan, atau mendesak Tun Mahathir keluar UMNO misalnya, walaupun tidak dibuat secara kolektif, sudah pasti Isa tidak akan melaporkannya kepada Jawatankuasa Disiplin.

Bahkan tidak mustahil beliau akan mengatakan, itu merupakan hak mereka dan ia kebebasan yang perlu dihormati dalam demokrasi UMNO.

Tetapi kerana itu menyentuh "pemimpin agung" yang sedang berkuasa, maka semuanya mahu dijadikan salah belaka. Itulah UMNO...
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi dedah skandal hospital UiTM

Posted: 27 Oct 2015 01:00 AM PDT

Projek itu sepatutnya bernilai RM599 juta tetapi kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion sekaligus bakal menjadi hospital termahal di Malaysia.
rafizi-ramli-uitm
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan skandal terbaharu kerajaan yang melibatkan pembinaan hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Puncak Alam.
Dia mendakwa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek itu kepada ahli perniagaan yang ada hubungan rapat dengan UMNO.
Katanya, projek pembinaan hospital itu dijangka menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek itu dengan harga RM8.2 bilion.
"Adakah benar kerajaan akan menyerahkan projek pembinaan hosiptal UiTM di Puncak Alam kepada syarikat ini?
"Pembinaan hospital ini berjumlah RM599 juta sahaja tetapi menerusi perjanjian konses itu kerajaan dipaksa untuk membayar RM8.2 bilion," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Rafizi mendakwa, syarikat itu terlibat dalam pembinaan UiTM kampus Puncak Alam dan pernah disaman kontraktor.
"Bagaimanapun, saya mendengar desas-desus bahawa Kementerian Kewangan mengarahkan UiTM membayar segala kerosakan kepada kontraktor itu dan bukannya syarikat berkenaan," katanya.
Katanya, jika syarikat itu tidak boleh membina kampus universiti masakan ia diberikan projek membina hospital termahal dan terhebat di Malaysia.
Projek pembinaan hospital UiTM diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar pada 2010 yang mampu meletakkan universiti di peta dunia.

GST akan jadi ‘candu’ kerajaan Umno@Bn

Posted: 27 Oct 2015 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa akan menjadi 'ketagih' menggunakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan menaikkan kadar sedia ada kepada lebih tinggi jika pendapatan negara dari hasil minyak terus menyusut ekoran ketidaktentuan harga minyak mentah dunia dijangka merudum, tahun depan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa jika perkara itu berlaku, rakyat tiada pilihan untuk mengelak daripada membayar GST dan mereka akan menjadi lali walaupun kadar cukai baharu itu bakal dinaikkan pada masa depan.

"GST akan menjadi candu kepada kerajaan, ia akan menjadi sistem percukaian mudah melalui GST. Ia tidak kesudahan, seperti pepatah Melayu, 'alah bisa tegal biasa', kalau kita sudah kena teruk, lama-lama kita biasa dan boleh jadi lali kepada perkara itu.

"Datuk Seri Najib Tun Razak juga fikir benda yang sama, bila rakyat Malaysia sudah biasa bayar GST, maka lama-lama naik satu peratus pun tak apa, naik dua peratus pun tak apa, kerana kita sudah lali," katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, yang antara lain mensasarkan kutipan GST pada tahun depan mencecah RM39 bilion, sekaligus dapat menampung kekurangan pendapatan negara dari hasil minyak Petronas pada belanjawan tahun depan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Pas Sedia Kerjasama DAP, Bukan Pakatan Harapan - Hadi

Posted: 27 Oct 2015 12:35 AM PDT

Kerajaan Umno@Bn Kutip Cukai GST RM19 Sehari Setiap Keluarga

Posted: 27 Oct 2015 12:34 AM PDT

Rafizi Ramli GST is a drug for the government

Posted: 27 Oct 2015 12:31 AM PDT

Rafizi: Toll free highways are possible

Posted: 27 Oct 2015 12:30 AM PDT

'The country is not ready for GST'

Posted: 27 Oct 2015 12:30 AM PDT

“Why increase compensation for highway companies”

Posted: 27 Oct 2015 12:29 AM PDT

Rakaman Penuh Bicara Minda: Berani Kerana Benar Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted: 27 Oct 2015 12:26 AM PDT

Peruntukan besar untuk JPM tidak jelas dan kabur

Posted: 27 Oct 2015 12:21 AM PDT

Perdana Menteri diminta memberi penjelasan Dana Fasilitasi dengan peruntukan RM3 bilion dan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan RM309 juta.
najib_budget_600
KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa terdapat beberapa peruntukan yang dinyatakan di bawah perbelanjaan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang tidak jelas dan kabur.
Persoalan itu dibangkitkan kerana kerajaan memperuntukkan JPM sebanyak RM20.3 bilion melebihi peruntukan bidang lebih penting kepada negara seperti pendidikan.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat dua peruntukan yang memerlukan Perdana Menteri memberi penjelasan lebih lanjut kepada rakyat.
"Terdapat butiran-butiran yang bernama 'Dana Fasilitasi' (kod butiran 97000) dengan nilai RM3 bilion, 'Projek Mesra Rakyat' (kod butiran 93500) dengan nilai RM309 juta," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.
Katanya, tidak wajar untuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang memegang kuasa memutuskan peruntukan sebanyak itu untuk JPM yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Sehubungan itu, pembangkang menggesa agar Najib menjelaskan secara terperinci senarai penuh penerima Dana Fasilitasi dan dana-dana lain yang tersenarai dan tujuan apakah dana tersebut diagihkan.
Dalam masa sama, Johari berkata, pembangkang menggelar Bajet 2016 sebagai 'bajet suka hati Najib' kerana tindakan beliau memotong peruntukan untuk pendidikan dan sosial
"Jumlah ini telah mengambil sebahagian besar kewangan negara. Menjelang tahun 2016, perbelanjaan JPM bakal mencecah 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan seluruh negara," katanya.

Najib akan jawab isu dana asing RM2.6 bilion pada sidang Dewan semasa, kata peguam

Posted: 27 Oct 2015 12:16 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak akan menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini, kata peguamnya hari ini, meminta Mahkamah Tinggi satu tarikh awal untuk mendengar permintaan perdana menteri untuk membatalkan saman berhubung wang itu.
Datuk Hafarizam Harun berkata, beliau tidak mahu jawapan Najib di Parlimen meninggalkan kesan kepada perbicaraan itu nanti.
"Saya minta tarikh pengurusan kes awal dan tarikh perbicaraan awal kerana perdana menteri dijadualkan menjawab soalan mengenai RM2.6 bilion di Parlimen dan saya tidak mahu jawapan di Parlimen mempunyai pengaruh terhadap perbicaraan di sini dan begitu juga sebaliknya.

"Apa sahaja yang dihujahkan di sini tidak akan dibangkitkan di Parlimen apabila perdana menteri menjawab soalan mengenai wang RM2.6 bilion itu," katanya kepada pemberita di mahkamah hari ini. Mahkamah Tinggi menetapkan 11 November bagi pengurusan kes akhir bagi semua pihak terlibat memfailkan afidavit balas dalam saman terhadap Najib, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saman sivil itu, yang difailkan PKR, memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas dakwaan kesalahan pilihan raya yang dilakukan Najib susulan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Read More / Baca Lagi >>

'Kroni dapat RM8 bilion bina hospital RM600 juta’

Posted: 26 Oct 2015 11:36 PM PDT



Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini mendakwa kerajaan pada peringkat menganugerahkan seorang tokoh usahawan yang dikaitkan dengan Umno sebanyak RM8.2 bilion bagi pembinaan projek hospital yang hanya bernilai RM599 juta.
Rafizi memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa 'hospital super' yang dicadangkan di kampus Universiti Teknolog Mara (UiTM) Puncak Alam.
"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?
"Perjanjian konsesi membabitkan pembinaan sebuah hospital yang berharga RM599 juta sahaja. Tetapi melalui perjanjian itu, kerajaan sebaliknya terpaksa membayar RM8.2 bilion," dakwanya.
Rafizi membuat dakwaan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara menunggu jawapan rasmi, Malaysiakini tidak akan menyiarkan nama usahawan dan syarikat yang terbabit.
Syarikat itu juga, kata Rafizi, terbabit dalam penswastaan UiTM Shah Alam.
Ia juga dikatakan sedang disaman oleh seorang kontraktor berhubung projek di universiti itu.