Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tan Sri dah "over" kelentong tu ... di Pasir Gudang

Posted: 26 Oct 2015 10:00 PM PDT



MUHYIDDIN BERBOHONG DI PROGRAM BICARA SEMASA ANJURAN SINAR HARIAN DI JOHOR BAHARU 25.10.15.

1. Dakwaan Muhyiddin, kononnya Arul Kanda hanya bercakap kepada Jemaah Menteri 10 hingga 15 minit tanpa membawa sebarang kertas pembentangan memang bohong. Sebenarnya, Arul telah diminta membentangkan mengenai penilaian strategik, termasuk penjualan aset dan pembayaran semula hutang. Selepas pembentangan, ada sesi soal jawab yang mengambil masa selama 45 minit.

2. TSMY sengaja menyembunyikan fakta bahawa sebelum pembentangan Arul, juruaudit Deloitte telah diminta membentangkan laporannya mengenai 1MDB. Kenapa Muhyiddin tidak menjelaskan iaitu dalam mesyuarat yang sama, kabinet memutuskan agar pihak ketiga yang berkecuali dilantik untuk melakukan penilaian semula terhadap 1MDB. Keputusan ini disusuli dengan pelantikan Ketua Audit Negara yang perlu melaporkan hasil siasatannya kepada PAC.

3. Satu lagi pembohongan Muhyiddin ialah apabila dia mengatakan bahawa 1MDB telah meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan. Itu BOHONG kerana sebenarnya berdasarkan perjanjian pembelian Powertek Investment Holdings (PIH), dinyatakan bahawa Tanjong PLC perlu melanggan semula ekuiti di dalam PIH bernilai RM2 bilion dan hasilnya digunakan bagi membayar semula pinjaman yang diuruskan oleh Maybank dan RHB. Mungkin Muhyiddin tidak faham fakta ini kerana minat beliau hanyalah mencari salah dan menggunakan hujah Tony Pua dan Sarawak Report.

4. Muhyiddin juga menyelewengkan fakta apabila mengatakan kabinet bersetuju menyuntik RM950 juta kepada 1MDB. Sedangkan yang dipersetujui oleh Jamaah Menteri adalah untuk menyediakan 'standby credit', iaitu pinjaman jangka pendek yang sama sekali berbeza dengan suntikan modal.

5. Muhyiddin juga mendedahkan 1MDB ada memohon pinjaman sebanyak RM 3 bilion dalam mesyuarat Kabinet. Ini bermakna TSMY mengaku isu 1MDB ada dibincang dalam Kabinet dan dibuat secara telus. Apatah lagi dia mengakui permohonan 1MDB itu telah ditolak sehingga menyebabkan 1MDB telah membuat permohonan kali kedua dan itu pun hanya diluluskan sebanyak RM 950 juta sahaja. Secara tidak sengaja TSMY MENGAKUI bahawa perkara berkaitan 1MDB memang ada dibincangkan di peringkat kabinet dan diputuskan secara TELUS dan BERSAMA. Kenapakah sebelum ini Muhyiddin sering mengatakan dia tidak tahu apa-apa mengenai 1MDB dan memberi gambaran seolah-olah 1MDB tidak dibincangkan di mesyuarat Kabinet??

6. TSMY secara sinis berkata apahal 1MDB ni, sudahlah berhutang dengan Ananda Khrisna RM2 bilion kemudian nak meminjam lagi sebanyak RM 3 bilion. "Pinjam atas pinjam, ini nak berniaga apa? Apakah kita mahu kerajaan, generasi akan datang dan anak cucu kita terpaksa menanggung hutang"? Sebenarnya Muhyiddin lupa, bila dia memperkenalkan Amanah Saham Johor dan Dana Johor, ramai rakyat Johor yang meminjam di Bank kerana terpengaruh dengan janji beliau. Dana Johor sudah lingkup tetapi rakyat terutamanya orang kampung terpaksa menanggung hutang hingga ke anak cucu.

7. Rupanya TSMY juga Melayu Mudah Lupa.

Najib disuruh rehat tapi kes Bestari.net, tak pula rehat?

Posted: 26 Oct 2015 05:48 PM PDT


Bestari.net terus disamvungkan konteak pada YTL walaupun berikut:

Penyelewengan Bestarinet

■ Laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan bahawa 8,807 sekolah sudah dilengkapi dengan sistem VLE. Tetapi statistik pendaftaran masuk atau login bagi bulan Mac 2014 adalah antara 0.01% - 4.96%. Namun penggunaan sistem tersebut berkadar songsang dengan 0.17% - 0.64% minat murid sekolag. Sejumlah RM663 juta sudah pun dibelanjakan sejak tahun 2012. Tetapi kadar penggunaan yang amat rendah di sebalik pelaburan yang begitu besar adalah disebabkan beberapa faktor seperti
1. Kelemahan infrastruktur sedia ada,
2. Sambungan jalur lebar yang lembap,
3. Liputan Internet tanpa wayar yang tidak mencukupi,
4. Masalah ketercapaian kepada sistem, 5. Kekurangan perkakas sokongan seperti komputer riba dan projektor,
6. Ketiadaan pemantauan dan garis panduan yang jelas bagi penggunaan VLE.

■ Menurut Laporan Ketua Audit Negara juga, wujud penyelewengan pelaksanaan 1BestariNet oleh kontraktor YTL Communications Sdn Bhd. Antara penyelewengan yang berlaku adalah 1. Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak, 2. Kekurangan pengurusan nilai (value management), 3. Kelewatan dalam pemasangan infrastruktur serta liputan yang tidak mencukupi.

■ YTL telah diberi masa sehingga 30 Mac 2013 untuk memasang Internet jalur lebar 4G di semua 10,000 sekolah. Walau bagaimanapun, menjelang tarikh akhir itu, hanya 6,092 sekolah bersamaan 59.3% sahaja telah disambungkan. Setahun kemudian, hanya 88.9% telah selesai, dengan baki kira2 lebih 1000 sekolah yang masih menunggu. Hasil daripada kelewatan ini, YTL telah didenda RM2.4 juta oleh Kementerian Pendidikan.

■ Penyelewengan lain yang didapati dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk kegagalan kontraktor untuk mendapatkan kelulusan teknikal daripada MAMPU dan Kementerian, serta kegagalan untuk menjalankan Penilaian Keperluan Sekolah sebelum pemasangan infrastruktur. Akibatnya, 58% daripada 501 sekolah yang diselidik melaporkan bahawa sistem 1BestariNet yang dipasang tidak meliputi keseluruhan kawasan sekolah, walaupun ia merupakan syarat wajib dalam kontrak antara Kementerian dan YTL.

■ Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan bahawa kelajuan jalur lebar yang disediakan rata-rata kurang memuaskan dan jauh lebih rendah daripada syarat kontrak yang menetapkan kelajuan daripada 4Mbps sehingga 20Mbps.

■ Oleh yang demikian, selain daripada denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL kerana kelewatan pemasangan infrakstruktur 1BestariNet, apakah tindakan-tindakan lain yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi penyelewengan kontrak yang disebutkan tadi?.

□ 1BRIS: keuntungan untuk kroni semata-mata?

■ Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan beberapa kelemahan kontrak yang bukan sahaja merugikan Kerajaan, tetapi membawa keuntungan besar kepada YTL. Salah satu contoh yang jelas adalah pemasangan menara pemancar 1BestariNet Receiver Integrated System, atau 1BRIS, yang dipasang di premis sekolah untuk menerima dan menyampaikan isyarat tanpa wayar.

■ Menurut penemuan audit, Kementerian telah mendapatkan input daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berkenaan dengan kadar sewa yang sesuai untuk penggunaan premis sekolah sebagai tapak 1BRIS. Justeru, JPPH telah mengesyorkan sewa bulanan sebanyak RM1,200 bagi setiap tapak.

■ Walau bagaimanapun, YTL enggan membayar jumlah ini, sebaliknya menyatakan bahawa syarat2 kontrak membenarkan mereka untuk memasang menara pemancar secara percuma. Pun begitu, Kementerian telah memutuskan untuk mengenakan sewa token sebanyak RM1,000 setahun bagi setiap tapak 1BRIS.

■ Namun demikian, RM1,000 setahun adalah jauh berbeza dengan syor JPPH, iaitu RM1,200 sebulan. Malah, Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kadar RM1,000 setahun adalah "tidak munasabah." Dengan sebanyak 3,203 menara pemancar 1BRIS yang dipasang di seluruh negara, pendapatan sewa pada harga RM1,200 sebulan adalah RM46.12 juta setahun. Malangnya, YTL hanya perlu membayar RM3.2 juta setahun. Ini bersamaan dengan kerugian pendapatan sebanyak RM42.92 juta setahun bagi Kementerian.

■ Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati bahawa berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara Kementerian dan YTL, semua caj utiliti yang berkaitan dengan 1BestariNet termasuk menara pemancar 1BRIS terpaksa ditanggung oleh Kerajaan sepanjang tempoh kontrak, sementara kontraktor hanya bertanggungjawab untuk kos yang berkaitan dengan pemasangan, penyelenggaraan dan pengurusan 1BRIS.

■ Ini adalah suatu kecuaian yang serius dalam perjanjian kontrak. Malah, pihak Kementerian dalam jawapannya kepada Pejabat Ketua Audit Negara telah mengakui bahawa pemasangan menara pemancar 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah sebanyak RM150 hingga RM180 sebulan. Jika digandakan dengan 3,203 tapak 1BRIS di seluruh negara, jumlah peningkatan caj elektrik adalah antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun. Keadaan ini langsung tidak masuk akal, kerana Kerajaan merupakan pelanggan perkhidmatan YTL dan tidak seharusnya dibebani dengan caj utiliti yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada kos operasi kontraktor.

■ Akibat kelemahan dalam kontrak 1BestariNet yang jelas berat sebelah, YTL akan memperolehi keuntungan atas angin hampir RM50 juta setahun, ataupun RM750 juta sepanjang tempoh 15 tahun projek 1BestariNet. Dalam konteks ini, denda RM2.4 juta yang dikenakan ke atas YTL sebenarnya tidak bermakna langsung berbanding ratusan juta ringgit keuntungan yang bakal diperolehi YTL akibat kelemahan kontrak serta pendapatan daripada penggunaan komersil menara pemancar 1BRIS, di samping apa-apa keuntungan daripada projek tersebut.

■ Hanya ada dua penjelasan bagi kontrak yang amat berat sebelah ini. Sama ada Kerajaan berlaku cuai kerana bersetuju dengan perjanjian yang penuh kelemahan ini, atau pun perjanjian ini sengaja dibentuk sedemikian rupa untuk menguntungkan syarikat kroni. Walau apa pun jawapannya, Kementerian harus bertanggungjawab dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana kerugian ini akan diatasi.

Mohon tsmy menjawab ... sebab tan sri yg pengerusikan mesyuarat.

Pegawai tan sri hantar guru2 yg vokal dlm hal ini jauh2 hingga ke sekolah2 pinggiran hutan dan label pemuda umno tersebut sebagai pembangkang.

Tan sri boleh kata pegawai kerajaan yg buat laporan tapi takkan tan sri tak pantau? Takkan tan sri tak baca laporsn odit?

Tan Sri kena jawab kenapa beri YTL. Adakah ia kena mengena dengan menantu tan sri partner dengan ytl untuk dpt projek biometrik?

Bukan Muhyiddin beri laluan kepada Najib

Posted: 26 Oct 2015 05:20 AM PDT


MITOS KINGMAKER MUHYIDDIN

25 Oktober 2015 - Muhyiddin Yassin telah mendedahkan satu rahsia menarik dengan pendedahan terbaru betapa Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan beliau jawatan Perdana Menteri, tetapi mengikut Muhyiddin dia menolaknya dan sebaliknya mencadangkan agar Mahathir pilih Najib Tun Razak.

Dengan demikian, kata Muhyiddin, dialah orangnya yang 'menjadikan' Najib seorang Perdana Menteri.

Sebenarnya, itu bukanlah jalan cerita yang betul, eloklah saya ceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Lagipun, mereka yang sudah lama membaca Malaysia Today tentu sedar betapa kisah itu bukanlah satu kisah baru kerana sudah disiarkan beberapa kali sebelum ini, lebih dari sekali.

Sejurus bencana pilihanraya umum 2008 dulu (yakni bencana kepada Barisan Nasional) Khir Toyo telah menganjurkan satu seminar di Hotel Singgahsana, di Petaling Jaya yang dihadiri oleh beberapa ratus ahli UMNO. Saya turut berada di sana, hanya kerana ingin tahu, kerana saya bukannya ahli UMNO.

Dr Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz, turut hadir - duduk di meja utama di atas pentas.

Kemudian, Dr Mahathir membuat pengumuman bahawa (Tun) Abdullah Badawi harus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri (malah, dia telah berkata perkara itu selama dua tahun sejak Jun 2006) kerana keputusan pilihanraya umum yang buruk dan lebih teruk lagi Penang yang merupakan negeri Perdana Menteri telah dikalahkan oleh pembangkang.

(Sebenarnya negeri kelahirannya, Kedah, pun tumbang kepada pembangkang tetapi Mahathir tidak pun menyebutnya.)

Apa yang paling menarik ialah pengumuman Mahathir betapa satu Majlis Presiden akan ditubuhkan dan bakal Perdana Menteri akan 'dipandu' oleh Majlis ini. Dengan kata lain, Majlis itulah yang akan mentadbir negara.

Tetapi, timbalan Abdullah ketika itu, Najib, bukan sahaja tidak bersedia menolak Abdullah agar melepaskan jawatannya, malah untuk memburukkan keadaan dia sendiri mengisytiharkan sebagai orang nombor dua dia akan terus setia kepada bosnya.

Inilah yang mengejutkan Mahathir dan beliau memberitahu Najib kalau dia mahukan jawatan Perdana Menteri , dia mesti bertarung untuk mendapatkannya. Dengan kata lain, Najib mesti sungkit Abdullah keluar kalau dia mahu ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Tetapi, Najib tidak bersedia bertindak begitu. Memanglah ada dakwaan mengatakan Najib tidak mempunyai telur keberanian kerana dia bukan seorang pejuang. Kononnya dia mahukan jawatan itu diserahkan kepadanya dan banyak lagi. Najib berhujah, selepas perestasi yang tidak cemerlang ketika pilihanraya umum 2008 itu, cetusan krisis dalaman dan perbalahan kuasa tidak akan membantu UMNO ataupun perjuangan Barisan Nasional.

Kerana itu Dr Mahathir bertindak mengenepikan Najib. Kemudian dia mla berunding dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Mahathir memang serius mahukan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri ataupun apakah dia sengaja gunakan helah untuk mengancam Najib agar menurut kehendaknya, belumlah jelas lagi.

Tengku Razaleigh, dapat merasakan bahawa Dr Mahathir telah gunakan beliau sebagai helah untuk menekan Najib agar menentang Abdullah. Dengan kata lain, Mahathir telah memberitahu Najib seandainya dia tidak bersedia mencabar Abdullah maka dia akan menghumban Najib dan beralih kepada Tengku Razaleigh.

Dalam keseluruhan skima ini, Muhyiddin sepatutnya muncul sebagai orang nombor dua sahaja. Samada dia menjadi timbalan kepada Najib ataupun timbalan kepada Tengku Razaleigh. Dr Mahathir tidak ada rencana mahukan Muhyiddin sebagai orang nombor satu, seperti yang didakwa oleh Muhyiddin.

Sememangnya, Najib telah merupakan pilihan utama Dr Mahathir. Tengku Razaleigh merupakan pilihan kedua Dr Mahathir ataupun mungkin bukan pilihan, kalau hanya sebagai helah untuk Najib bertindak menyanggah Abdullah. Tengku Razaleigh merasakan bahawa dia bukanlah seorang pilihan sebenarnnya dari mula lagi, tetapi hanya digunakan sahaja.

Apapun, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh bertemu juga untuk beberapa kali. Saya fikir sekurang-kurangnya sebanyak lima ataupun enam kali (sekali di rumah kediaman Dr Mahathir). Dan Dr Mahathir serahkan kepada Tengku Razaleigh 'terma tugasan'. Antara terma tugasan itu ada menyebut bahawa Tengku Razaleigh kena bersetuju dengan penubuhan Majlis Presiden untuk memandu beliau cara mentadbir negara.

Tengku Razaleigh naik berang dan menolak tawaran itu. Mana boleh begitu! Kalau dia naik menjadi Perdana Menteri pentadbiran negara mestilah mengikut cara beliau dan bukanlah beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri boneka di mana ada pula seorang malaun yang bergelar Majlis Presiden yang menjadi de facto Perdana Menteri yang akan memandu beliau bagaimana menjalankan tugasnya.

Kerana itu Dr Mahathir humbankan Tengku Razaleigh dan beralih semula kepada Najib. Selepas Najib menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir pun mula memberi arahan apa yang perlu dibuat dan bila Najib tidak lagi sanggup menerima arahan itu dia pula yang mengabaikan orang tua itu dan berhenti bercakap dengannya ataupun berhenti menerima panggilan telefon Mahathir untuk selama enam bulan.

Kerana itulah pada tahun lalu, Mahathir buat keputusan bahawa Najib harus berundur. Malah, Dr Mahathir telah menyebutnya secara terbuka — betapa Najib telah mengabaikannya dan enggan bercakap dengannya selama enam bulan.

Tetapi dia memerlukan helah dan alasan untuk menjatuhkan Najib, seperti mana dia memerlukan alasan untuk menggulingkan Abdullah — yang merupakan kontroversi Minyak ditukar dengan Makanan ( Oil-for-Food controversy). Kini Mahathir gunakan isu 1MDB untuk jatuhkan Najib pula.

Ini bermakna bahawa Muhyiddin tidak terlibat menjadikan Najib seorang Perdana Menteri. Malah, Najib hampir-hampir tidak menjadi perdana menteri kerana dia enggan mengikut arahan menikam Abdullah dari belakang. Mengikut rancangan, Muhyiddin memang sepatutnya menjadi Timbalan Perdana Menteri sahaja. Yang bezanya, timbalan kepada siapa? Najib ataupun Tengku Razaleigh?

Seandainya anda betul-betul mahu bincang persoalan siapakah yang memungkinkan Najib menjadi Perdana Menteri, eloklah tanya Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh (Ku Li) telah terlepas peluang apabila dia beritahu Mahathir pergi main kot.. dia. Dan Dr Mahathir pun ketepikan Tengku Razaleigh untuk memilih Najib pula..

WHEN NAJIB ALMOST DID NOT BECOME PM THE CORRIDORS OF POWER

http://al-faedah.blogspot.my/2015/10/mitos-kingmaker-muhyiddin.html


Standard Ketua Pembangkang Malaysia: Keretapi Pan Borneo

Posted: 26 Oct 2015 03:31 AM PDT




Standard Ketua Pembangkang Malaysia: BR1M & GST

Posted: 26 Oct 2015 12:32 AM PDT


Tiba-Tiba Wan Azizah Setuju Dengan BR1M Dan GST

Adakah Wan Azizah benar-benar bodoh atau pun buat-buat bodoh? Beliau mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas alasan hasil kutipan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM39 bilion.

Dalam politik, apa sahaja bentuk rupa boleh muncul tanpa mengira tahap pendidikan seseorang itu. Mustahil Wan Azizah tidak tahu bahawa kutipan GST bukan untuk BR1M semata-mata. Adakah kita terlalu memandang tinggi tahap pemikiran beliau? Atau adakah beliau sebenarnya terlalu tidak layak untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang?

Bajet 2016 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi. Jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:


Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.

Gambaran yang diberikan oleh Wan Azizah, seolah-olah keseluruhan kutipan GST perlu digunakan sepenuhnya untuk pembayaran BR1M semata-mata. Beliau berpendapat jumlah BR1M sepatutnya RM1300. Kononnya kalau dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga maka akan kekurangan apa yang dibagi balik, kurang daripada apa yang diambil daripada GST.

Kalau itu benar-benar pendapat beliau maka tahap pemikiran Ketua Pembangkang ini dilihat sebagai terlalu singkat dan tidak mencerminkan kredibiliti pembangkang yang mampu menyumbang walaupun sedikit untuk negara.

Namun kita tahu bahawa kenyataan beliau itu sebenarnya dilihat sebagai cara halus untuk menghasut rakyat agar marah terhadap kerajaan dengan menuntut jumlah yang lebih besar.

Selama ini pembangkang sering menghasut rakyat dengan menabur persepsi-persepsi yang agak tidak masuk akal seperti janji-janji mereka untuk menghapuskan semua tol dalam negara kita sedangkan tol dalam negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun masih rancak dikutip malahan turut sama mengalami kenaikan kadar tol.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , sekiranya GST tidak diperkenalkan dan masih bergantung kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semata-mata maka hasil negara akan berkurangan RM21 bilion jika keadaan semasa diambil kira.

Perkara ini akan memberi kesan kepada defisit negara. Ianya akan meningkat kepada 4.8%, dan bukan lagi 3.1% seperti yang disasarkan pada 2016.

Untuk makluman, semasa PM memperkenalkan GST pada April lalu, beliau juga berjanji akan memulangkan semula hasil tersebut kepada rakyat. Pembentangan bajet 2016 hari ini membuktikan bahawa PM kita mengotakan janji beliau.


Namun seperti biasa, pembangkang akan tetap mengkritik segala tindakan kerajaan walaupun ianya memberi manfaat yang besar kepada rakyat. Wan Azizah tidak yakin dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada 3.1% dengan alasan bahawa setiap tahun kerajaan akan membentangkan bajet tambahan.

Bagaimana seorang wanita yang gagal mentadbir kawasan beliau yang sekecil Kajang itu ada hati mahu mengkritik pentadbiran PM kita yang telah banyak menghasilkan kejayaan. Masalah banjir di Kajang sehingga ke hari ini masih gagal diselesaikan. Kami cabar Wan Azizah buktikan yang beliau mampu bawa perubahan besar terhadap masalah banjir, denggi, sampah dan sebagainya di Kajang. "Please walk your talk."

MyKMU

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakatan Pembangkang Bagaikan Ayam Jantan Berkokok?

Posted: 26 Oct 2015 09:23 AM PDT


Pakatan pembangkang sen­tiasa sahaja menganggap merekalah paling hebat, mereka sering menguar-uarkan pa­ling layak memerintah negara dan mereka juga sentiasa mendabik dada sebagai penentang rasuah serta telus dalam apa juga tindakan.

Dalam bahasa mudah apa yang ingin ditunjukkan oleh pembangkang sejak dulu lagi kepada rakyat ialah mereka kelompok manusia yang hebat dari segi politik, telus dalam segala perbuatan, bersih dalam apa juga tindakan dan wira dalam memperjuangkan kebenaran.

Justeru sepanjang masa, apa pun yang dilakukan oleh kerajaan demi rakyat tidak pernah mendapat pujian. Buatlah apa sahaja kebaikan, bentangkan apa juga jasa Barisan Nasional (BN), ia sudah pasti tidak akan mendapat secebispun penghargaan daripada mereka.

Parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan kini sekutu terbaru mereka yang wujud hasil perpecahan dalam Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) sentiasa sahaja akan membangkang, siang dan malam, pagi petang, subuh mahupun dinihari kerja mereka hanya membangkang. Itulah kehebatan pembangkang di negara ini.

Pakatan pembangkang juga 'bijak' dalam seni politik khususnya memanipulasikan sesuatu isu, 'pandai' mengambil kesempatan, 'berani' dalam tindakan, 'telus' dalam berkata-kata dan 'hebat' apabila berada dalam gelanggang pilihan raya.

Tetapi 'kebijaksanaan', 'kepandaian', 'keberanian', 'ketelusan' dan 'kehebatan' itu tidak ke mana apabila sehingga hari ini mereka tidak menyahut cabaran untuk mendedahkan daripada sumber mana dan berapa jumlah dana politik yang mereka peroleh.

Mereka hanya bijak mencerca dan mengkritik habis-habisan dalam isu dana politik yang diperoleh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga sanggup berperangai seperti budak-budak tadika di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu sejurus sahaja Perdana Menteri selesai membentangkan Bajet 2016.

Walaupun Perdana Menteri dan beberapa menteri sudah menjelaskan RM2.6 bilion adalah dana politik manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah mengesahkan ia adalah hasil wang derma namun pakatan pembangkang sengaja memekakkan telinga, menutup mata dan hati untuk menerima penjelasan itu.

Bagi mereka, ia adalah satu-satunya modal politik mereka yang miliki dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dan sekali gus meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Tambahan pula Bajet 2016 mendapat reaksi positif daripada rakyat, ini menyebabkan pembangkang bagai 'cacing kepanasan', mereka buntu mencari jalan untuk memburuk-burukkan bajet tersebut, apatah lagi ia jauh lebih baik daripada Bajet Bayangan mereka yang boleh dianggap sekadar bahan bacaan bagi meletihkan mata jika tidak boleh lena.


Justeru itulah mereka cuba mengalih tumpuan rakyat kepada Bajet 2016 dengan menganggap bajet tersebut bagi menutup penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Tetapi malangnya, pembangkang sendiri tidak bersikap profesional (walaupun kita tahu mereka tidak memilikinya) apabila membangkitkan isu 1MDB yang masih dalam siasatan dan dana politik yang sudah banyak kali dijelaskan oleh kerajaan.

Kalaulah pembangkang benar bijak, pandai, hebat, telus dan berani sokonglah undang-undang dan peraturan berkaitan dana politik.

Namun malangnya pembangkang diam seribu bahasa, kalaupun ada yang suara seperti biasa BN juga yang diburuk-burukkan. Sepatutnya pembangkang khususnya PKR dan DAP tidak takut atau bimbang untuk mendedahkan sumber dan dana politik masing-masing jika benar mereka bersikap telus dan bertanggungjawab.

Apa yang hendak dibimbangkan kalau dana itu diperoleh daripada sumber yang tidak menyalahi undang-undang, apa yang hendak ditakutkan kalau dana itu disumbangkan oleh mereka yang tiada kepentingan serta apa yang hendak dikhuatirkan kalau dana itu datangnya daripada insan-insan yang ikhlas dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan?

Kenapa hanya mendesak kerajaan berbuat demikian? Kenapa atas dasar kononnya memperjuangkan keadilan, kebenaran dan ketelusan pembangkang tidak mahu menyokong undang-undang mengenai dana politik atau secara sukarela menyahut cabaran agar dana politik diisytiharkan? Apa yang hendak disembunyikan? Apa yang hendak dirahsiakan?

Ini memandangkan pembangkang menyatakan mereka sentiasa telus dalam apa juga perkara dengan rakyat. Oleh itu bersikap terbukalah untuk mengisytiharkan dana politik yang diperoleh bukannya hanya mendesak BN sahaja berbuat demikian.

Melalui cara itu juga ia akan mampu mengelakkan sebarang tuduhan atau tafsiran buruk terhadap perolehan dana oleh parti-parti pembangkang.

Jika pembangkang tidak mahu melakukan apa yang diperkatakan dalam soal dana politik ini maka usahlah bersikap retorik dan hipokrit kononnya mereka kelompok paling bersih di muka bumi Allah ini. Soal ketelusan yang sering mereka laungkan hakikatnya hanyalah mainan lidah tidak bertulang dan sekadar mahu meraih sokongan politik.

Lebih buruk daripada itu rakyat akan menganggap pembangkang negara kita bertaraf 'ayam jantan berkokok kuat tapi ekor sendiri berlumuran najis', mengata orang lain berkudis, mereka sendiri sudah berkurap! - Mahukah pembangkang dianggap sedemikian?

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


K’jaan perpaduan dengan Umno adalah sejarah, kata Hadi

Posted: 26 Oct 2015 09:20 PM PDT



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan partinya membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
"UG (kerajaan perpaduan) adalah sejarah," katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat.
Hadi juga berkata PAS bersedia berjumpa anggota kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menimbulkan kebimbangan parti itu berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang merudum serta masalah perumahan.
"PAS ambil langkah untuk menerang bukannya menyerang," katanya.
Hadi sering-kali didakwa mahu meujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan dilihat sebagai penyokong Najib.

PAS tak bergantung kepada mana-mana parti, kata Hadi

Posted: 26 Oct 2015 09:17 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, dan ia tidak pernah bergantung kepada parti lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Oktober, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan, dan ia tidak pernah bergantung kepada parti lain.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti lain di Malaysia.‎
Sebaliknya, presiden PAS itu berkata, parti-parti lain yang banyak bergantung kepada mereka.
Bercakap kepada media buat pertama kalinya mengulas mengenai persoalan sama ada PAS akan bakal menyertai Pakatan Harapan atau tidak, Hadi berkata perkara itu tidak akan berlaku.

"Kita tidak punyai (Harapan) dengan Harapan, kita akan sampai ke destinasi yang kita mahukan. "PAS tidak bergantung mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. 

Kita tidak memberikan perhatian kepada etika dan moral dalam kepimpinan

Posted: 26 Oct 2015 09:02 PM PDT

UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sedang sibuk bercakap tentang perpaduan dalam UMNO. Khairy Jamaluddin diantara yang bercakap tentang perpaduan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tetapi pemimpin-pemimpin ini tidak mahu mengakui yang perpecahan dalam parti itu adalah hasil dari kelemahan pimpinan yang ada hari ini. Jika pimpinan sekarang ini berkepimpinan parti itu tidak akan menghadapi perpecahan.

Masalah dalam UMNO itu adalah masalah yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpinnya terutamanya pemimpin utama nya. UMNO dulu-dulunya bersatu dan padu sehinggakan tiada mana-mana parti pun boleh mengatasinya. Ia menjadi tonggak kerajaan Malaysia dan UMNO memerintah sejak kita mencapai kemerdekaan. Tetapi sokongan kian terhakis dan dalam dua pilihan raya yang lalu UMNO sudah mulai pudar dan kian hari kian merudum.

Tentu ada sebabnya kenapa dulu UMNO itu kuat dan sekarang dia sudah lemah dan hampir tersungkur dihadapan rakyat. Jawapannya mudah. Kuat atau lemahnya UMNO itu berpunca dari pucuk pimpinannya. Keyakinan terhadap pucuk pimpinan itu merupakan elemen terbesar dalam kepimpinan negara. Itu sebabnya di negara maju sebelum seseorang yang ingin menjadi pemimpin seperti Perdana Menteri dia mesti seseorang yang bersih dari persepsi buruk rakyat yang mahu dipimpinnya.

Di barat seperti di AS kita telah menyaksikan betapa persepsi buruk seseorang pemimpin itu tidak membenarkan diri mereka menjadi calon atau bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Garry Hart misalnya merupakan seorang calon yang berpontensi untuk menjadi calon parti Democrat dalam tahun 1988 dahulu. Selepas Walter Mondale calon Democrat kalah kepada calon  Republican (Ronald Reagan) dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1984 dahulu, Garry Hart merupakan seorang calon Democrat yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya Presiden pada tahun 1988 dahulu.

Tetapi setelah beliau dipersepsikan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai skandal seks walaupun tidak disabitkan oleh mahkamah, Garry yang begitu berpotensi telah terpaksa dan memaksa dirinya berundur dari menjadi calon Democrat kerana hendak menjaga imej Democrat yang sangat-sangat memerlukan kuasa dan memenangi pilihanraya Presiden AS. Maka Micheal Dukakis telah menjadi pilihan Democrat yang menggantikan Garry Hart dalam pilihanraya Presiden pada tahun 1988 itu. Walau bagaimana pun Dukakis telah kalah kepada Bush (Republican) dengan hanya mendapat 45% undian sedangkan Bush mendapat 53%.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah benar Najib gantung prosiding saman PKR

Posted: 26 Oct 2015 08:57 PM PDT

Keputusan itu bagi mengelak timbul prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR dibenarkan.
najib-razak,adnan-mansor,mahkamah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk menggantung prosiding kes saman PKR terhadap mereka berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab dalam keputusannya berpendapat, terdapat alasan yang munasabah untuk membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Tengku Adnan.
Ini kerana menurut Mohd. Zaki, jika permohonan itu tidak dibenarkan akan menimbulkan prejudis terhadap Najib dan tiga yang lain seandainya permohonan Perdana Menteri untuk membatalkan saman PKR pada akhirnya dibenarkan.
Najib, Tengku Adnan, syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon supaya prosiding kes saman tersebut digantung memandangkan PKR memohon agar penzahiran dokumen dibuat.
Najib juga memohon supaya pihaknya tidak perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman itu kerana pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk membatalkaan saman kerana PKR tiada locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk membawa tindakan saman itu, lapor Utusan Online.

‘1MDB doesn’t owe RM2.04bil to IPIC’

Posted: 26 Oct 2015 08:53 PM PDT

The Finance Ministry says there's no such item in the fund's 2014 financial report.
tony-pua,ipiv,1mdb
KUALA LUMPUR: The Finance Ministry has denied that 1MDB owes Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC) US$481 million (RM2.04 billion).
According to the ministry, no such item appeared in 1MDB's 2014 financial report.
"Notes in 1MDB's financial report ended March 21, 2014, clearly state that no such amount was borne by 1MDB from IPIC," the ministry said in a written reply to Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.
Pua in his question asked if 1MDB still owed IPIC the amount as stated in the Abu Dhabi wealth fund's audit report for December last year.
The ministry said every company had the right to determine its own method of financial reporting.
Pua, who is a member of the Public Accounts Committee (PAC), accused 1MDB of always avoiding his questions on the matter and claimed that instead of providing answers, the company had been giving incomplete information from audited financial statements.
Pua previously demanded that 1MDB explain its bond issue with IPIC and said it should publish detailed answers in the Frequently Asked Questions section of its website.

Kadar 6 peratus GST tidak akan diturunkan sembang Najib

Posted: 26 Oct 2015 08:48 PM PDT

Struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif.
najib,gst
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menurunkan atau mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini ditetapkan pada kadar enam peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan.
"Buat masa sekarang kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang pada masa ini telah ditetapkan pada kadar enam peratus
"Kadar GST enam peratus yang ditetapkan telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada SST yang telah dimansuhkan," katanya dalam jawapan bertulis.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan struktur GST telah mengambil kira kedudukan sosio ekonomi rakyat supaya GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif dengan kadar yang lebih rendah berbanding daripada kadar cukai jualan iaitu 10 peratus.
Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Najib menjelaskan adakah kementerian kewangan bersetuju untuk merendahkan kadar GST ke empat peratus sebagai strategi membendung inflasi.
Sebelum itu, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye telah menggesa agar Kerajaan meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kadar enam peratus kepada tiga peratus melalui Bajet 2016.

Bajet 2016: Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak

Posted: 26 Oct 2015 08:46 PM PDT


Najib hanya pentingkan undi Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinannya didakwa tidak lagi mengambil berat tentang undi rakyat di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak susulan "menganaktirikan" pembinaan lebuh raya tanpa tol di kepulauan Borneo itu sahaja.

Demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli sambil menegaskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang diumumkan setiap kali pembentangan Belanjawan negara membuktikan alasan kerajaan yang memerlukan konsesi swasta untuk membina lebuh raya adalah tidak berasas.

"Jadi hujah mereka sebelum ini bahawa kerajaan memerlukan konsesi secara swasta untuk membina lebuhraya tidak lagi boleh dipakai kerana mereka sendiri umumkan, jika dia boleh bina Pan Borneo, malah lebih panjang dari Plus, tanpa tol, sudah tentu dia boleh lakukan itu, jika dia mahu.

"Malangnya Najib tidak fikir tentang sokongan rakyat di Semenanjung tidak lagi penting berbanding dengan undi Borneo. Sebab itu Pan Borneo tiada tol dan di Semananjung ada tol," katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

1Bestari perlahan? Tanya Muhyiddin, kata timbalan menteri Umno

Posted: 26 Oct 2015 08:42 PM PDT



Timbalan Komunikasi dan Multimedia Menteri Datuk Jailani Johari mempersalahkan bekas Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelemahan projek 1Bestari.
Ketika disoal oleh Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berhubung langkah pencegahan mengenai aduan bahawa perkhidmatan internet yang disediakan di bawah projek 1Bestari kepada pelajar-pelajar dan guru-guru adalah lebih perlahan daripada yang dijanjikan, Jailani hanya menjawap bahawa projek berkenaan bukan di bawah kementeriannya.
"Program 1Bestari bukan di bawah kementerian ini. Ini sebuah projek nasional yang diterajui oleh bekas Menteri Pelajaran" katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jawapan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
"Jangan kata ini adalah (tanggungjawab) bekas menteri. Ini adalah projek kerajaan, bukan bekas menteri," katanya dengan berang.
Walau bagaimanapun Jailani tidak memberi sebarang reaksi.
Projek 1Bestari adalah usaha sama antara kerajaan dan pembekal perkhidmatan internet YTL untuk memberi perkhidmatan internet 4G kepada pelajar-pelajar dan guru-guru di seluruh negara.

Kos himpunan ‘baju merah’ hampir sekali ganda Bersih 4, kata KDN

Posted: 26 Oct 2015 08:40 PM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menanggung hampir sekali ganda kos keseluruhan untuk Himpunan Rakyat Bersatu, atau lebih dikenali 'himpunan baju merah' berbanding himpunan Bersih 4, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri itu berkata, PDRM menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos manakala bagi himpunan baju merah pada 16 September, pasukan keselamatan itu menggerakkan seramai 263 pegawai dan 3,648 anggota mereka.
"Kos keseluruhan untuk himpunan Bersih 4 adalah RM2,737,440, manakala bagi kos keseluruhan himpunan Rakyat Bersatu adalah RM4,500,927.50," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP dari Seremban, Anthony Loke, yang bertanyakan jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut. "Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.
"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh.

Bajet 2016: Kenapa UKM terkecuali potongan peruntukan KPT..??

Posted: 26 Oct 2015 08:25 PM PDT

PKR mendesak kerajaan menjelaskan sebab Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terkecuali daripada pemotongan peruntukan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi, malah dinaikkan peruntukannya, ketika institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain menerima kesan daripada pengurangan peruntukan dalam Bajet 2016.
Naib presiden parti Nurul Izzah Anwar bertanya jika ia berkaitan dengan kedudukan Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang mengetuai audit rintis kementerian pada 2012 sewaktu penarafan autonomi diberikan kepada 5 IPTA.
"Bajet yang diperuntukkan kepada IPTA pada 2013 adalah sebanyak RM7.275 juta meningkat ke RM8.466 juta pada 2014, kemudiannya RM8.753 juta pada 2015 dan sekarang menurun ke RM7.311 juta dalam Bajet 2016.

"Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiayaan iaitu RM175 juta atau 27.3%. "Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong 23%.  "Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10% dan 20%, manakala 4 lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10% berbanding peruntukan sebelum ini.
"Pun begitu, terdapat satu pengecualian apabila UKM satu-satunya IPTA yang peruntukannya tidak dipotong, malah dinaikkan sebanyak 5%. Mengapa? Hanya perdana menteri yang mampu menjawab persoalan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB tidak pernah berhutang USD481 juta sembang Najib

Posted: 26 Oct 2015 08:10 PM PDT

Penyata kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 jelas menyatakan syarikat pelaburan strategik milik negara itu tidak menanggung hutang seperti yang dilaporkan.
najib,1mdb,malaysia
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah berhutang sebanyak USD481 juta seperti yang dilaporkan oleh Laporan Audit IPIC Disember 2014.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata, nota di dalam penyata kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 jelas menyatakan syarikat pelaburan strategik milik negara itu tidak menanggung hutang seperti yang dilaporkan.
"Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1MDB terhadap IPIC.
"Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka," katanya dalam jawapan bertulis.
Perdana Menteri menjawab menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang meminta Najib menjelaskan jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB untuk menebus opsyen syarikat Powertek Investement Holding dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.
Selain, Tony Pua juga meminta Najib menjelaskan sama ada 1MDB masih berhutang sebanyak
USD481 juta seperti yang tercatat dalam Laporan Audit IPIC Disember 2014.

Mengapa hanya lebuh raya Pan-Borneo bebas tol?

Posted: 26 Oct 2015 08:03 PM PDT



Pengumuman kerajaan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, bermakna lebuh raya boleh dibina tanpa mengutip tol, kata MP Pandan, Rafizi Ramli.
Katanya, beliau tidak fikir yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak faham bahawa apabila beliau mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo akan bebas tol, rakyat akan membuka mata mereka, sedar dan faham bahawa lebuhraya boleh dibina di negara ini tanpa kutipan tol.
Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini bahawa kerajaan perlu syarikat konsesi swasta untuk membina lebuh raya, tidak lagi boleh dipakai kerana kerajaan sendiri mengumumkannya.
Rafizi berkata demikian dalam satu forum di Kuala Lumpur mengenai bajet alternatif Pakatan Harapan malam tadi.
Katanya, jika boleh dibina Lebuhraya Pan-Borneo yang lebih panjang daripada Lebuhraya Utara-Selatan tanpa tol, maka lebuh raya bebas tol boleh diwujudkan jika kerajaan mahu berbuat demikian.
Malangnya, dakwa Rafizi, beliau merasakan bahawa Najib tidak merasakan yang undi di Semenanjung adalah cukup penting, berbanding dengan undi di Borneo.
Pendahulu Pakatan Harapan - Pakatan Rakyat - dalam kempen pilihan raya umum tahun 2013, berjanji untuk memansuhkan tol lebuh raya secara berperingkat jika ia dipilih menerajui kerajaan.
Dalam ucapan bajetnya Jumaat lepas, Najib mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer akan siap pada 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 bilion dan ia akan bebas tol.
Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dilaporkan berkata Lebuhraya Pan Borneo akan sama dengan jalan persekutuan di Semenanjung Malaysia, di mana jalan-jalan persekutuan adalah bebas tol.
Pengumuman itu dibuat selepas kenaikan kadar tol di 18 lebuhraya pada 12 Oktober lalu, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan antarabangsa senaraikan dakwaan salah guna kuasa Putrajaya

Posted: 26 Oct 2015 07:45 PM PDT

 
Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan  laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Berjudul 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia', laporan sebanyak 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.

Tahap tekanan itu meningkat sejak lewat pertengahan tahun lepas sewaktu kritikan orang ramai terhadap layanan Putrajaya kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kerana dituduh meliwat, dan perancangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada April tahun ini, berlangsung. HRW juga maklum akan "skandal rasuah menjadi-jadi" melibatkan syarikat milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyaksikan Putrajaya menyekat laman sesawang dan menggantung akhbar yang membuat liputan skandal itu.
Sewaktu taktik ini dilaksanakan, Putrajaya turut mengumumkan rancangan mengeraskan lagi undang-undang yang menyelia penggunaan Internet.
Laporan itu yang disusun meliputi tempoh lebih dari setahun bermula Mac 2014 sehingga bulan ini mendapati, media, pertubuhan sivil, serta pengguna media sosial dan ahli politik pembangkang menjadi sasaran.
Laporan itu berdasarkan analisis undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman, dan pelbagai peruntukan di bawah Kanun Keseksaan.
HRW turut menyerlahkan pola tekanan seperti salah guna proses perundangan dengan tangkapan lewat malam, perintah reman yang tidak wajar dan pendakwaan terpilih.
Pengarah HRW Asia Brad Adams berkata, kerajaan Malaysia memperolok-olokkan perakuan hak asas dan demokrasi dengan melayan kritikan terhadapnya sebagai jenayah.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia berulang kali memungkiri janjinya bagi menyemak semula undang-undang yang menjenayahkan kebebasan bersuara secara aman.
Sebaliknya, Malaysia bertindak sewenang-wenangnya dengan mendakwa mereka yang berbeza pendapat dengannya," katanya dalam kenyataan yang mengiringi laporan itu.
HRW juga menulis kepada Kementerian Dalam Negeri, peguam negara, ketua polis negara dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pandangan mereka yang dibangkitkan dalam laporan itu, namun tiada sebarang maklum balas diterima.
Read More / Baca Lagi >>

Anak muda Amanah

Posted: 26 Oct 2015 06:10 PM PDT

Hanya baru beberapa bulan, Parti Amanah Negara (Amanah) lahir secara rasmi sebagai parti politik, kini sudah mendapat sambutan luar biasa daripada golongan anak muda, di samping golongan veteran.
Ini tentunya menunjukkan mereka melihat Amanah sebagai parti politik masa depan tanah air, bukan saja daripada segi ketokohan pimpinannya, dasarnya, bahkan hala tujunya.
Ini kerana ia dilihat sebagai parti berpandangan jauh ke depan, berpaksikan Islam dengan wajah yang ramah, tidak bengis, terbuka dan mampu memenuhi cita rasa rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Sebenarnya tidak mudah untuk anak muda memilih sesebuah parti politik, justeru mereka melihat parti politik negara ini dan pimpinannya dibebani pelbagai dogma, hambatan perkauman, pandangan agama yang sempit dan pelbagai lagi constrain. Maka itu, anak muda, yang mempunyai pemikiran kritikal terhadap establishment, amat sukar menyertai jalur politik parti yang ada.
Bagaimanapun, kini anak muda ini melihat Amanah sebagai parti pilihan mereka, dalam banyak hal, Amanah memenuhi cita rasa mereka.
Saban hari, Amanah menerima ratusan malah ribuan permohonan ahli baru yang berminat menyertai parti ini kerana dasarnya jelas demi menyelamatkan negara daripada terus dipimpin golongan tidak beramanah. Misinya ialah menuju Malaysia baru yang berintegriti dan progresif.
Parti itu dilihat berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 15,000, khususnya pemuda, yang berusia di bawah 35 tahun menjelang akhir tahun ini.
Ini sebagai nilai tambah kepada keahlian pemuda yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dan profesion. Maka dalam kenyataannya, Pemuda Amanah turut gembira menerima kemasukan tokoh anak muda yang menempa nama di peringkat nasional kerana melibatkan diri dengan isu rakyat.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah mengumumkan kemasukan tokoh anak muda menyertai keluarga besar Amanah dan diberi kepercayaan pula untuk memimpin barisan hadapan Pemuda Amanah. Antara mereka ialah Wan Anwar bin Wan Ibrahim, Azan Safar, Khairol Najib bin Hashim, Mohamad Ammar Atan dan ramai lama tokoh anak muda terpelajar yang menyerlah, menyertai Amanah.
Mereka adalah bekas pemimpin pelajar dalam dari universiti dalam dan juga luar negeri.
Azan umpamanya diamanahkan sebagai naib ketua Pemuda Amanah.
Anak muda ini kini menjadi golongan profesional yang berjaya seperti peguam, ahli ekonomi, jurutera, arkitek, doktor dan pelbagai lagi. Mereka dalam posisi yang penting dan dijangka akan memberikan sumbangan penting kepada kemajuan Amanah.
Parti Amanah memang sentiasa membuka ruang dan peluang kepada anak muda untuk bersama-sama menyumbang idea dan tenaga ke arah membina keutuhan parti untuk membina masa depan negara yang gemilang.
Kini Amanah yakin akan lebih ramai lagi anak muda dalam pelbagai lapangan menyertai parti baru ini.
Sementara itu, aktivis Amanah, seluruh negara kini bergerak cergas berkempen menambah ahli parti. Setakat ini, sambutan pelbagai golongan rakyat sangat memberangsangkan.
Umpamanya, di pelbagai pasar malam dan pagi di pelbagai kawasan, kelihatan aktivis Amanah bergerak cergas mendaftarkan ahli baru. Mereka yang mengisi borang keahlian bukan saja kaum Melayu, bahkan pelbagai kaum.
Di sini, walaupun Amanah berakar tunjang Islam, tetapi ia parti yang terbuka untuk semua kaum. Kebanyakan mereka yang mengisi borang keahlian, faham dasar dan matlamat Amanah setelah mendengar pelbagai ceramah tokoh Amanah, di samping daripada portal berita dan risalah diedarkan aktivis Amanah serta pelbagai saluran maklumat lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Munsyi Abdullah dan pembodohan Melayu

Posted: 26 Oct 2015 06:05 PM PDT

Kemunculan semula watak Hang Tuah dan Hang Jebat dalam fiksyen moden Melayu bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan.
Kedua watak daripada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu itu sering dijadikan inspirasi oleh penulis, khususnya pengarang Melayu, untuk melonjakkan semula semangat perjuangan kaum Melayu.
Akan tetapi, agak menarik apabila watak Munsyi Abdullah turut dimunculkan bersama Hang Tuah dan Hang Jebat dalam novel satira Amuk Malam Merdeka (2015) oleh Ronasina.

Sebagaimana realiti penulisan Munsyi Abdullah menerusi Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849), kehadiran watak fiksyen itu dalam novel Ronasina dengan nama timangan Dollah juga sebagai insan yang berani mengkritik orang Melayu.Watak Munsyi Abdullah dimunculkan kembali dalam novel karya Ronasina. – Gambar oleh Uthaya Sankar SB,  27 Oktober, 2015 Abdullah bin Abdul Kadir lahir di Melaka pada 1796. Semasa mengulang baca Hikayat Abdullah (2004), saya terkenang akan pengalaman membaca mengenai zaman kanak-kanak tokoh bahasa itu dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu pada tahun 1980-an.
Pada masa itu, Munsyi Abdullah masih diangkat dan diperakui sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden. Akan tetapi, kemudian namanya dihilangkan; khabarnya apabila disedari dia bukan Melayu tulen.
Malah, ramai yang tidak tahu gelaran "Munsyi" yang membawa makna "guru bahasa" dalam bahasa Hindi (Hindustan) diberikan kepada Abdullah sewaktu beliau mengajar bahasa Melayu kepada golongan sipahi yang berasal dari India (Tanah Keling).
Moyangnya bernama Syeikh Abdul Kadir dan berasal daripada kaum Uthmani di Yaman. Beliau adalah guru bahasa dan agama, serta pergi mengajar orang di Nagore, India.
Hasil perkahwinan dengan wanita tempatan (India), lahirlah 4 anak lelaki berdarah Arab-India. Anak sulung bernama Muhamad Ibrahim dan merantau ke Melaka, lalu berkahwin dengan wanita tempatan bernama Periyaci.
Anak yang lahir dinamakan Syeikh Abdul Kadir, sempena nama datuk. Apabila dewasa, pemuda itu mengajar ilmu agama Islam, mengaji dan sembahyang kepada penduduk di Hulu Melaka, lalu berkahwin dengan wanita tempatan.
India-Muslim menguasai bahasa Melayu
Selain kepakaran dalam ilmu kira-kira dan penulisan bahasa Tamil (bahasa Hindu), Abdul Kadir juga pakar penulisan bahasa Melayu. Beliau menjadi guru bahasa Melayu kepada orang Inggeris di Melaka.
Isteri kedua Abdul Kadir bernama Salmah, seorang wanita beragama Hindu yang ibunya berasal dari Kedah. Empat anak yang dilahirkan Salmah meninggal dunia sebelum mencapai umur 3 tahun.
Semasa Salmah sedang berduka, datang seorang guru agama yang dihormati dari Arab. Namanya Habib Abdullah Hadad. Beliau memaklumkan  pasangan itu akan mendapat anak lelaki dan perlu dinamakan sempena namanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ali Rustam, belajarlah dari semangat Jebat

Posted: 26 Oct 2015 06:04 PM PDT

'Ali Rustam belajar silat apa?' Ini persoalan yang berjejeran dari mulut kawan-kawan ketika bekas ketua menteri Melaka itu melaungkan kesediaan para pesilat untuk berperang sekiranya dicabar.
Banyak persoalan lain timbul, antaranya termasuklah 'mahu berperang dengan siapa' dan 'nak bersilat lawan machine gun?' tetapi saya lebih sukar soalan yang pertama.
Sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam sewajarnya lebih mengerti bumi peninggalan Hang Tuah lima bersaudara itu bukan setakat merakam jejak langkah bunga buah bermacam ilmu persilatan, bahkan menjadi rekod keberanian dan kesanggupan seorang wira yang menderhaka demi melawan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Bukan sekali dua kita dipertontonkan filem Hang Jebat lakonan seniman Nordin Ahmad pada tahun 1961. Dalam satu babak di istana yang menampilkan si Jebat memberi makan fakir miskin dan mengembalikan harta kerajaan kepada rakyatnya, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu berulang kali menyebut dia hanya mahukan keadilan, keadilan, keadilan.
Dua watak ini sering timbul dalam naratif politik Melayu, terutamanya dalam wacana taat-derhaka orang Melayu terhadap penguasa atau pemerintahnya.
Tuah sering digambarkan sebagai si gagah perkasa yang taat beraja; manakala si Jebat digambarkan sentiasa beperwatakan antagonistik, baran dan derhaka.
Namun kita dilupakan Jebat barangkali adalah sosok demokrat pertama di bumi Melaka yang menggunakan hak membantahnya terhadap sebuah sistem yang melonggokkan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman pada satu batang tubuh bergelar sultan.
Dan Jebat juga tidak derhaka secara membabi-buta, malah bersebabkan kezaliman yang menimpa saudara seperguruannya.
Kezaliman yang menimpa Tuah lantaran fitnah Patih Kerma Wijaya barangkali menjadi jerami mematahkan belakang unta, yang akhirnya mencetuskan amukan si Jebat demi mempertahankan bukan sahaja nasib Tuah, tetapi juga nasib orang kebanyakan.
Semangat Jebat, yang menghargai persaudaraan, keadilan serta melawan kezaliman adalah semangat yang wajar dicontohi terutamanya dalam keadaan sekarang di mana umat Malaysia berada di bawah pentadbiran yang begitu bobrok dan selayaknya dilawan.
Derhaka si Jebat demi semangat setiakawan serta menumpaskan kezaliman menjadikan Jebat tokoh demokrat Melayu yang merintis semangat melawan. Pastinya, melawan kezaliman bukan satu kesalahan.
Aneh sekali bagaimana Ali Rustam gagal memahami konsep semangat Jebat ini, seraya menyeru supaya sekalian pengamal seni silat bersedia untuk bertempur demi maruah Melayu kononnya.
Barangkali Ali Rustam sebenarnya tidak belajar silat, justeru tidak faham semangat Jebat.
Kita tidak bodoh. Kita tahu apabila Ali Rustam menyebut maruah Melayu, apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah maruah Umno. Maruah sebuah parti yang sepanjang lebih 50 tahun lampau gagal membela nasib umat Melayu, kecuali sanak saudara terdekat yang dijamin tembolok mereka sentiasa mendapat habuan.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti awam tak dibenar naik yuran pengajian kata Menteri Umno

Posted: 26 Oct 2015 05:43 PM PDT

Universiti awam tidak dibenar menaikkan yuran pengajian bagi pelajar prasiswazah meskipun peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi berkurangan dalam Bajet 2016.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementeriannya tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh universiti untuk menaikkan yuran pengajian.
"Sebanyak 90 peratus universiti awam masih bergantung kepada peruntukan kerajaan.
"Universiti itu seharusnya menjana pendapatan dengan menggunakan aset yang dimilikinya," kata Idris kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat International Education Task Force (IETF) di ibunegara semalam.
Idris berkata tindakan mengurangkan kebergantungan universiti awam terhadap kerajaan selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) (PPPM (PT)).
Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lepas memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.
Sementara itu, KPT semalam menubuhkan IETF, yang bermesyuarat buat pertama kalinya bagi menambah baik pengurusan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Idris berkata IETF akan berfungsi untuk menasihati KPT dalam hal-hal berkaitan pendidikan antarabangsa sekaligus meningkatkan keupayaan dan pengiktirafan pendidikan tinggi Malaysia dengan mengembleng kepakaran dan pengalaman ahli antarabangsa.
"Dalam mesyuarat tadi, KPT membincangkan dan meluluskan beberapa isu seperti membenarkan permohonan pas pelajar antarabangsa dibuat oleh pelajar sendiri, memperkenalkan pengeluaran e-Visa Approval Letter (VAL) dan e-Visa With Reference (VWR).
Read More / Baca Lagi >>

Bursa Sambut Dingin Belanjawan Najib

Posted: 26 Oct 2015 05:39 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
PADA hari Jumaat 23 Oktober, hari Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2016, Bursa Malaysia naik 0.34 peratus.
Waktu pasaran tutup, butir-butir belanjawan belum diumumkan tapi pasaran naik sebab pelabur mengharapkan sesuatu yang positif daripada Belanjawan.

Pasaran saham adalah penanda aras atau kayu ukur terawal sama ada pelabur yakin atau tidak dengan butir-butir serta janji-janji Belanjawan.
Nampaknya tidak. Apabila Bursa Malaysia diniagakan buat hari pertama selepas Belanjawan pada hari Isnin, 26 Oktober ia jatuh 0.24 peratus.
Mohd Najib peruntuk RM20 bilion kepada ValueCap
[Saya pun mahu pasaran saham naik sebab sebahagian simpanan persaraan saya adalah dalam bentuk saham. Hatta KWSP, KWAP, ASB serta banyak lagi tabung pelaburan turut melabur di pasaran saham untuk cari keuntungan. Bila saham merudum, semua menderita.]
Pasaran terus jatuh walaupun pada 14 September lalu, Mohd Najib telah memperuntukkan RM20 bilion kepada tabung permodalan ValueCap untuk membeli saham di Bursa Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Lim Kit Siang: Perjuangan yang belum selesai

Posted: 26 Oct 2015 05:28 PM PDT


kit siang malaysia


SEPANJANG separa dekad lalu, telah banyak usaha cuba digembleng pemerintah  untuk mendiamkan Lim Kit Siang dan semuanya gagal sama sekali.
Terkini – penggantungan beliau dari Parlimen selama enam bulan – juga tak akan dapat melenyapkan kelantangan Kit Sing dalam memperjuangkan kepentingan negara.
Selepas 50 tahun dalam perjuangan, beliau menempuhi liku-liku politik bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) – yang tidak didaftar pada awal penubuhannya – perjalanannya belum selesai.
DSC_0193-416x580Parti pemerintah memang mahu mendiamkan beliau kerana tahu ramai rakyat Malaysia seiring dan senada dengan Kit Siang. Pemerintah tahu ramai lebih percayakan Kit Siang berbanding Barisan Nasional (BN).
Jadi, apakah yang berlaku di Parlimen baru-baru ini?
Kit Siang hanya menjalankan amanah selaku sebagai Ahli Parlimen dengan melontar pandangan berasaskan fakta – memberi komenter terhadap peranan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin kerana menghalang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari mengadakan mesyuarat.
Komentar itu dilontar kerana Pengerusi PAC terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik menganggotai kabinet sedangkan PAC ketika itu dalam proses memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Seterusnya, ia membawa kegagalan terhadap usaha meneruskan siasatan terhadap skandal berkenaan. Proses itu menjadi semakin tertangguh apabila empat Ahli Parlimen BN dalam PAC ditarik masuk ke kabinet.
Najib-1mdb-320Sebelum ini, Najib menggunakan strategi dengan menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengelak krisis kemungkinan diheret ke mahkamah.
Sebenarnya, PAC masih boleh meneruskan proses siasatan. Kerana ada masih seorang Timbalan Pengerusi dan sembilan Ahli Parlimen lain dalam jawatankuasa berkenaan.
Namun, pada saat kritikal itulah Pandikar selaku speaker memutuskan PAC tidak boleh bermesyuarat, sekaligus menghalang menjalankan tugas mereka.
Sebenarnya juga, Nur Jazlan boleh saja menolak tawaran pelantikan menganggotai kabinet dan terus mengetuai PAC. Speaker Pandikar juga boleh saja memainkan peranan sebenar dengan mengizinkan PAC meneruskan mesyuarat.
Mereka boleh saja mengubah haluan sejarah negara kita.
lim-kit-siang (1)Mereka boleh saja berpihak pada rakyat, bukannya pada Najib yang sarat skandal. Tapi nampaknya, Nur Jazlan dan Pandikar tak peduli apa-apa. Nyatalah, mereka terlepas peluang untuk mengubah sejarah.
Sebaliknya, Kit Siang membuktikan perjuangannya. Selain Gani, Muhyiddin, Tony Pua, pegawai SPRM, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas dan ramai lagi, beliau rela menjadi satu lagi korban skandal 1MDB.
Kata pemimpin veteran DAP itu selepas penggantungan itu: "Semasa saya cuba mendapatkan penjelasan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang bercakap tentang pelantikan Pengerusi PAC, saya bertanya sama ada beliau bersetuju speaker tidak ada kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat untuk menghalang PAC – yang ketika itu tidak ada pengerusi – daripada meneruskan siasatan terhadap 1MDB dan itu adalah salah guna kuasa."
Pandikar pula berlagak berani, menyatakan Ahli Parlimen boleh membawa usul membantah keputusan 'mutlak' beliau. Malangnya, sistem parlimen Westminster yang majoritinya dikuasai penyokong kerajaan, mengakibatkan pembangkang tidak mampu menolak keputusan speaker itu.
Apapun, kalaupun Kit Siang perlu dikenakan penggantungan, beliau patut diberi hak untuk dibicara melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (Committee of Privileges).
Read More / Baca Lagi >>

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu banyak pusingan U

Posted: 26 Oct 2015 05:27 PM PDT


Candidates ready for exams paper during the UPSR examination at Puncak Alam outside Kuala Lumpur. A total of 478,848 pupils are sitting for the UPSR which is the first test that will determine the potential of the students at the Primary School in Malaysia.


KUALA LUMPUR 27 OKT: Kekerapan Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) membuat 'pusingan U' khususnya berkaitan pelaksanaan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 membawa kesan serius terhadap masa depan sistem pelajaran di negara ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, berkata keputusan flip-flop itu bukan sahaja membazir masa murid dan guru bertahun-tahun tetapi juga menimbulkan tanda tanya mengenai kerelevanan pelan pendidikan itu.
"Implikasi pusingan U dalam dasar pendidikan amat serius, kerana ia bukan sahaja mendedahkan kegagalan KPM untuk melaksanakan pembaharuan tetapi juga untuk menyiap murid dan guru dengan format penilaian baru," katanya.
Timeline CoverPelan itu dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2013 sebagai manifestasi paling komprehensif dan transformasi kerajaan paling besar bagi memacu semua aspirasi pembangunan negara.
Ia menggariskan 11 anjakan yang akan mengubah sistem berorientasi peperiksaan kepada sistem untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam persekitaran yang berbeza.
Hal ini berikutan pelajar di negara ini tidak berdaya saing dan gagal menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).
Pada kenyataan media, Zairil kesal kerana selepas dua tahun pelaksanaan pelan itu, beberapa pembaharuan itu diterbalik berdasarkan pekeliling bertarikh 9 Oktober lalu yang membatalkan keputusan yang dibuat pada 2011.
Read More / Baca Lagi >>

'Tak patut buang Muhyiddin' - Pemuda Umno Selangor

Posted: 26 Oct 2015 05:23 PM PDT


Zainuri Zainal

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal tidak bersetuju sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin disisihkan kerana beliau masih lagi Timbalan Presiden Umno.
"Takkan nak buang Tan Sri Muhyiddin Yassin macam tu saja? Walaupun beliau bukan lagi timbalan perdana menteri, namun masih orang nombor dua dalam Umno dan harus dihormati," katanya.
Beliau hairan bagaimana tersebar khabar angin mengatakan Muhyiddin akan dihalang daripada merasmikan perhimpunan agung sayap ketika Perhimpunan Agung Umno Disember depan.
"Keputusan itu akan ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, bukannya dibincang di kedai kopi.
"Setakat ini, belum pernah terjadi lagi Perhimpunan Agung Sayap dirasmikan oleh orang lain selain Timbalan Presiden Umno. Bagaimanapun sebagai pemimpin muda, kita akur dengan keputusan mesyuarat MT," katanya kepada Sinar Harian.
Zainuri turut mengingatkan ahli Umno lain untuk menghormati bekas timbalan perdana menteri itu, bukan sekadar bersandarkan jawatan tetapi senioriti dalam parti, pengalaman dan jasa yang ditaburkan dalam kerajaan hampir 35 tahun.
"Sebaiknya tidak dilayan sebarang khabar angin yang bersifat melaga-lagakan, cakap itu, ini yang tidak berasas.
Read More / Baca Lagi >>

Kos RM40.8 juta pesawat, bukti Najib buat kerja ampu Jamal

Posted: 26 Oct 2015 05:17 PM PDT

KUALA LUMPUR - "Bagi saya  kos pesawat sepanjang enam bulan sebanyak RM40.8 juta, itu menandakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang yang kuat bekerja.

Demikian respons Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, ‎ketika mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di Parlimen hari ini, berhubung dakwaan Najib cuba menyembunyikan perbelanjaan jet ACJ320 yang diguna oleh Najib dianggarkan sebanyak RM40.8 juta.

Mengulas lanjut, Jamal berkata lagi banyak kos lagi besar tanggungjawab Najib terhadap rakyat dan negara.

"Beliau (Najib) bersungguh-sungguh bekerja untuk negara ini‎, tanggungjawab beliau besar," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Dalam pada itu, Jamal meminta Rafizi agar menampilkan bukti sekiranya wujud salahlaku Perdana Menteri ketika menggunakan pesawat tersebut.

"Bawa sekali dokumen yang sah, jangan ia menjadi seperti dakwaan-dakwaan dahulu seperti kes cincin isteri Perdana Menteri yang dikatakan sebanyak RM 24 juta, tetapi akhirnya hanya fitnah kerana kata Rafizi dia hanya bergurau dalam isu itu.

"Oleh itu, jangan hanya pandai bercakap kosong, bawa sekali bukti," katanya.

BERHUTANG BERPULUH BILION RINGGIT tapi masih dapat projek mega ratusan juta ringgit dari Najib...???

Posted: 26 Oct 2015 05:07 PM PDT

Selagi golongan penyangak masih memerintah, selagi itu kekayaan negara terus dirompak & dimonopoli oleh kroni2 UMNO..

TAHUKAH ANDA.. Syed Mokhtar adalah PEMEGANG SAHAM UTAMA & TERBESAR yg memililki 20.388 juta saham (Jentera Jati Sdn. Bhd.) dlm Bina Puri Holdings Bhd.

GST pulih ekonomi, pembangkang pun setuju sembang Najib

Posted: 26 Oct 2015 05:02 PM PDT

Earnings from petroleum expected to drop to 14% of national revenue

Posted: 26 Oct 2015 04:58 PM PDT