Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina..!!! Bantah kenaikan Tol?

Posted: 22 Oct 2015 05:28 AM PDT

KERATAN akhbar China Press bertarikh 16 Oktober 2015

AKHBAR China Press bertarikh 16 Oktober 2015 menyiarkan artikel mengulas kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya baru-baru ini setelah Kerajaan Pusat memutuskan untuk menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi.

Artikel bertajuk 'Si pencekik darah bantah pencekik darah' yang ditulis oleh Lai Shao Kwang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C9.

Ada pihak mendakwa kenaikan kadar tol itu dilakukan secara mengejut, tiada sebarang perbincangan dan dilaksanakan pada waktu tidak sesuai ketika berlaku peningkatan kos sara hidup.

Benarkah langkah ini dibuat secara mengejut? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana semua pihak mengetahui bahawa kadar tol rendah yang dinikmati rakyat sekarang kerana kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Kadar tol akan naik pada bila-bila masa sahaja jika bayaran ganti rugi berkenaan dihentikan.

Misalnya, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP). Kenaikan kadar tol sepatutnya dibuat pada 2007, tetapi kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) ingin meraih undi pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada waktu terdekat maka peningkatan itu ditangguhkan.

Dalam tempoh tujuh tahun penangguhan itu, Kerajaan Pusat telah membayar ganti rugi sebanyak RM89 juta kepada syarikat pengendali LDP.

Lebuh raya lain juga beroperasi menurut model yang sama, jadi tidak benar dakwaan kenaikan kadar tol baru-baru ini berlaku secara mendadak.


Cuma yang ingin penulis bangkitkan ialah sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang seolah-olah bersetuju kenaikan kadar tol LDP dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) sedangkan kerajaan negeri memiliki 20 peratus saham dalam LDP dan Lebuh Raya Sprint melalui Kumpulan Perangsang dan 30 peratus dalam Kesas melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dua tahun lepas, diberitakan PKNS mahu menjual saham dalam Kesas dengan nilai jualan RM375 juta tetapi wakil rakyat daripada DAP membantah kerana berpendapat pemilikan saham berkenaan akan membolehkan kerajaan PKR Selangor bersuara dan menolak sebarang cadangan menaikkan kadar tol pada masa depan.

Bagaimanapun, setelah tol dinaikkan, barulah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mahu bertanyakan kepada syarikat konsesi berkenaan rasional peningkatan kadar tol. Langkah itu ibarat air banjir sudah masuk ke dalam rumah baru nak berbincang. Adakah ini sikap sebuah kerajaan negeri yang dikatakan sayangkan rakyat seperti anak sendiri.

Kerajaan Pusat yang diterajui BN pula mempunyai alasan tersendiri kenapa kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi boleh menyaman kerajaan jika langkah itu dihalang dan jika ganti rugi terus dibayar kerajaan akan muflis.

Dalam pada itu, kita tidak dapat menerima alasan Menteri Kerja Raya, yang seolah-oleh mahu melepas diri daripada bertanggungjawab apabila menyatakan persetujuan kenaikan kadar tol itu telah dibuat oleh pemimpin kerajaan yang lepas.

Adakah bertukar Perdana Menteri itu bermakna telah tukar kerajaan sedangkan pemerintah sekarang juga daripada BN?

Apapun alasan yang diberikan Kerajaan Pusat dan kerajaan PKR Selangor, satu hakikat yang harus difahami ialah rakyat perlu memastikan kenaikan kadar tol tidak menguntungkan pemegang saham syarikat konsesi dan 'kroni' pihak tertentu semata-mata sehingga mereka menjadi gemuk.

Perjanjian dengan syarikat konsesi yang ibarat 'perjanjian dengan lanun' yang dibuat oleh kerajaan terdahulu juga perlu disemak semula. Pastikan juga sebahagian besar tol yang dikutip dapat diagihkan kembali kepada rakyat.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZIZ: PKR AKAN ADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN PENGUNDI HANTU DALAM PARLIMEN

Posted: 22 Oct 2015 10:22 AM PDT

USUL GANTUNG LIM KIT SIANG:
KEPUTUSAN :

JUMLAH SOKONG : 107
JUMLAH AHLI PARLIMEN BN HADIR : 97 ORANG
PENGUNDI HANTU: 10 ORANG

JUMLAH TIDAK MENYOKONG : 77 ORANG

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini digantung selama 6 bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen hari ini.

Usul tersebut dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pagi ini, dan dibahaskan dengan hangat selama hampir sejam lebih.

Ketua Parlimen DAP itu masih enggan meminta maaf atas kenyataannya mengatakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersikap seperti diktator apabila mengarahkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan susulan ketiadaan pengerusi, selepas Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.

Lim menuduh Pandikar menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dijalankan PAC.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional menyokong usul itu.

"Kami tidak ada pilihan tapi memohon mencadangkan usul ini," kata Azalina dalam Dewan Rakyat hari ini.

Usul yang dibawa untuk menggantung Lim mengikut Aturan Mesyuarat 27 (3).

Timbalan Speaker Ronald Kiandee mengumumkan keputusan penggantungan secara undi blok, dengan majoriti 107 ahli Dewan Rakyat menyokong usul itu dan 77 tidak menyokong.

"Dengan keputusan pengundian ini, Gelang Patah diminta untuk meninggalkan dewan," kata Ronald semasa membaca keputusan itu.

Lim semasa berhujah mempertahankan dirinya berkata usul yang dibawa merupakan satu penghinaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen kerana beliau hanya bersuara mewakili rakyat membabitkan isu berkepentingan umum.

"Saya tidak pernah rasa begitu sedih, bukan kerana saya akan digantung, tetapi kerana apa yang berlaku hari ini satu penghinaan kepada Yang Dipertua dan Parlimen ini.

"Ini menunjukkan begitu cetek dan jahil ahli Parlimen hari ini. Biarlah penggantungan saya ini dijadikan sebagai pengajaran kepada rakyat supaya tidak mengundi lagi kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo semasa perbahasan menyifatkan langkah membawa usul itu sebagai melanggar prosedur Dewan Rakyat kerana tidak memberi peluang kepada Lim mempertahankan dirinya.

"Dewan tidak boleh gantung ahli Parlimen Gelang Patah tanpa beri peluang untuk beliau pertahankan dirinya," kata Gobind.

Gobind menegaskan supaya Lim sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan dan diberikan peluang untuk pertahankan dirinya.

Pandikar sebelum ini mendesak Lim membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, jika tidak tindakan boleh diambil terhadapnya. – M.Insider

PKR DIJANGKA MENGADAKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SELURUH NEGARA KERANA TERBUKTI NYATA SAHIH DAN JELAS TERDAPAT 10 PENGUNDI HANTU DALAM PARLIMEN...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mahathir conceded for now but why?

Posted: 22 Oct 2015 08:00 PM PDT


(Reuters) – Malaysia's former premier Mahathir Mohamad conceded on Thursday that the chances of unseating Prime Minister Najib Razak before elections in 2018 are slim, despite his rallying cries for a "people's power" movement to topple the country's leader.

The 90-year-old statesman, who led Malaysia for 22 years, has called on Najib to step down following allegations of corruption and mismanagement at state-owned fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


But Mahathir says lawmakers within Najib's United Malays National Organisation (UMNO) party are protecting their leader, and slammed them for not speaking up.

"All of them are scared and they look after their own safety. They're not looking after the party, the nation. It's about themselves," he told Reuters, speaking from his office at the Petronas Towers in Kuala Lumpur.

"The way he's going he might go full term. The way UMNO has accepted him because they find he's comfortable to be with, I think he can go full term."



Mahathir was once Najib's patron but turned against him in 2013 by criticizing the government's economic policies and friendliness with the West.

The former leader demanded Najib step down after it was reported in July that investigators looking into alleged wrongdoing at 1MDB had traced a payment of nearly $700 million going into the Prime Minister's personal bank accounts.



Najib denies taking any money for personal gain and Reuters has not verified these reports.

The fallout from the allegations has scared away foreign investors though, adding to pressure on Malaysia's economy that was already suffering from falling commodity prices.

NO CONFIDENCE VOTES

Opposition leaders have called on all lawmakers to reject the annual budget that Najib will present to Parliament on Friday as a show of no confidence against him. They have also tried to bring a formal no confidence vote against him.

But Mahathir said such measures would fail as the opposition does not have the numbers to challenge the ruling coalition.

"The fact is that, the opposition is not able to gather enough people to support that. So the government with more support in parliament will push it (the budget) through."

He said UMNO lawmakers were scared of Najib taking action against them, while some others were just "comfortable".

Najib has previously cracked down on dissenters in his government, ousting his deputy Muhyiddin Yassin and other ministers critical of his governance in a cabinet reshuffle earlier this year.

He also replaced the Attorney General who was leading an investigation into 1MDB.

Muhyiddin, who is the current UMNO deputy president, made a rare public appearance with Mahathir earlier this month to condemn the arrest of two men who approached foreign investigators with documents about 1MDB.

Mahathir said he believes Muhyiddin could lead the country, if Najib were to go.

"The former deputy PM would still be able to lead the country, provided that he listens to good advice…people with experience," he said.

Mahathir said he was concerned following reports that police were investigating him for allegedly making defamatory comments during a rally to protest against Najib.

"I fear, not because of anything, but because of manipulation of justice, manipulation of the law. Otherwise according to the law I have done nothing wrong."

-----------------

Why is he admitting defeat? Is it because there 3 investigation files openned against him?

And ...

Malaysian police has received clearance from Thai police to interview Justo.






Semua kira balik kerusi

Posted: 22 Oct 2015 07:00 PM PDT



Tolak PAS dan Khalid Ibrahim, pembangkang ada 73. Ada 16 dari mana?

Shahrir said same known suspect behind planned reject of budget

Posted: 22 Oct 2015 05:08 PM PDT


BN Backbenchers Club aware of Budget 2016 opponents in its ranks

BY MD IZWAN

Published: 22 October 2015 8:16 PM

There are several Barisan Nasional (BN) MPs who will not support Budget 2016, which is set to be unveiled tomorrow by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, said BN Backbenchers Club chairman Tan Sri Abdul Shahrir Samad.

But the Johor Baru MP said he was confident that the government would still have the majority support and prevail when budget is put to vote. Despite being pressed, the veteran MP did not name who they were.


"They are the same suspects. I am sure you also know that," he said when met at Parliament lobby today.

Shahrir said a majority of BN lawmakers were still going to support the budget because they were disciplined and would not fall for games played by the opposition. "I don't think there is a reason for them not to support the budget."

Shahrir also said many of the BN MPs were also involved in preparing the budget this time so it would be impossible that they would play politics. "I am sure our MPs don't have the intention to play politics."

On Wednesday, Shahrir had told the opposition bloc it should be aware that filing a motion of no-confidence was futile, adding that they did not seem to understand Parliament rules.

He, instead, had advised the opposition to concentrate on ensuring the budget was not passed by Parliament.

He said if the Budget 2016, to be tabled by Najib this Friday, failed to be passed in Dewan Rakyat, the prime minister would have to relinquish his post. Without legislative approval, the budget could not be passed and the government would be seen as crippled without any financial resources.

"If the budget is not passed, there is no government, no finances. How will the government carry out its administration without paying salaries and allocations?

"I did not propose this. It is a parliamentary convention. If the budget is not passed, it will mean that there is no support for the ruling party," he told The Malaysian Insider.

A simple majority is need to either pass or defeat a bill in Dewan Rakyat. BN has 132 MPs while the opposition counts 90 among its ranks. – October 22, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-backbenchers-club-aware-of-budget-2016-opponents-in-its-ranks#sthash.3obw2OPw.dpuf


PAS undi siapa? 27 MP BN tak hadhir sapa?

Posted: 22 Oct 2015 06:09 AM PDT



Ada sedikit maklumat berhubung undi usul penggantingan Lim Kit Siang.

Menurut Nik Amar, PAS tak mungkin undi bersama dalam undi tidak percaya terhadap PM kerana mereka tidak diajak bincang.


Namun begitu, Setiausaha Agong PAS menyatakan mereka undi memprrtahankan Lim Kit Siang atas dasar prinsip.



Sementara itu, sumber lain mengatakan PAS telah undi bersama BN.


Berlainan sekali dari kenyataan SUA PAS. Adakah PAS bermain apa yang dikatakan AP.Bintulu sebagai kongkalikong?

Dato Mat Maslan memberitahu mengenai ketidak hadhiran 27 MP BN.


Siapakah 27 orang AP BN itu?

Menurut perkembangan terbaru, ada AP BN berjumpa Wan Azizah dan beliau telah pun masukkan permohonan.



Siapakah nama2 27 MP BN ini?

Sementara iti dikhabarkan TSMY membuat seruan kepada ahli2 UMNO ...


Wan Azizah telah bekerja keras untuk undi tidak percaya ini. Mungkin dia hanya kongkalikong tapi mungkin juga dia serius. Demi pembiayaan PKR. Baca Gelagat Anwar

Namun begitu ...


Jumlah MP pembangkang termasuk PAS dan Bebas adalah 88. Ada terlebih pula.

MP Pembangkang tanpa PAS dan Bebas ada 74. Kata ditolak Lim Kit Siang.




PAS akan tanding kawasan DAP?

Posted: 22 Oct 2015 02:30 AM PDT


DAP menjawab statement PAS mahu tanding lebih banyak kawasan termasuk kawasan bukan Melayu.

Kata Lim Kit Siang, PAS sepatutnya hanya tumpu kawasan2 di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Manakala negeri-negeri lain diserahkan pada AMANAH.




Akibat dari rasa marah di atas DAP yang tak henti-henti serang PAS, PAS membuat kenyataan balas. Utusan melaporkan:

KOTA BHARU 21 Okt. - Pas mengenal pasti calon-calon yang berpotensi daripada sayap bukan Islamnya, Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu termasuk menentang DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, calon tersebut akan diletakkan di kawasan-kawasan bukan Islam termasuk di Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat DAP.

 Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang dilihat berpotensi untuk bertanding.

 "Pas akan menambah kerusi di seluruh negara dan mungkin kerusi DAP pun yang dirasakan berpotensi kita akan letakkan calon DHPP untuk bertanding.

 - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/calon-bukan-melayu-lawan-dap-1.149121#sthash.GflFJUOY.dpuf



Sementara itu ....


Dan PKR bertambah bermasaalah ...


Derma perubatan helah PKR bersih "Money Laundering"

Posted: 21 Oct 2015 11:30 PM PDT


Orang ramai tahu Anwar mampu bayar perubatannya. Ramai rakan sedia bayarkan. Jgn berhelah Anwar tidak mahu susahkan rakan.

Bukankah kelihatan Anwar mintak sedekah dari orang ramai sedangkan rumah dia di Segambut dibina dengan harga RM7 juta?

Bukankah itu menyusahkan sahaja orang ramai. Tabiaat nyusahkan orang ramai tidak asing buat Anwar.

Kenapa pula dibuat kempen derma perubatan ini?

Tidak lain dan tidak bukan, ia untuk menyucikan duit haram.

Sumber mungkin dari derma asing maka duit itu disorok dulu dan bila domasukkan dalam akaun kempen derma perubatan ianya jadi suci dalam debu.

Wang2 komisyen, rasuah dan baksis lain boleh disalorkan dalam tabung derma ini sebelum disalor ke akaun parti atau peribadi keluarga Anwar.

Tipah jangan tertipu, tipah.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jika bajet 2016 adalah 'BAJET SAMPAH', sukarlah ahli2 Parlimen menolaknya.?

Posted: 22 Oct 2015 08:00 PM PDT

Petang ini Najib Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen. Ini adalah kali ketujuh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan berbuat demikian.Tetapi, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pembentangan Bajet kali ini berlaku di ketika imej beliau hampir-hampir gelap diselubungi jerebu yang diakibatkan oleh kemelut 1MDB dan wang derma RM2,600 juta yang masih menjadi pertikaian rakyat.
Jika bajet 2016 adalah 'BAJET SAMPAH', sukarlah ahli2 Parlimen menolaknyaDi sisi yang lain, awan hitam sebenarnya sudah agak lama membayangi kepimpinan Najib yang gemar dengan slogan retorik seperti "janji ditepati", "kami mendengar" dan "BN menang rakyat senang", tetapi hakikatnya sentiasa saja menambahkan beban rakyat dengan perlaksanaan cukai GST, menghapuskan subsidi minyak serta yang terbaru membenarkan kenaikan tol di dalam bandar, sedangkan antara janji PRU 13 BN ialah mengurangkannya secara berperingkat-peringkat.
Selain semua keadaan itu, ditambah dengan pelbagai "pekung", "tokak" dan "panau" dalam kepimpinannya yang sudah menjadi bualan rakyat sejak 2009 lagi, hakikatnya tiada apa-apa lagi harapan rakyat dalam Bajet yang dibentangkannya ini.
Jika janji pilihanraya boleh dimungkiri dan slogan sendiri senang-senang dikhianati, apa lagi harapan yang ada dalam hati?Keyakinan dan kepercayaan rakyat yang sudah sekian lama terhakis terhadap Najib, menjadi bertambah buruk apabila muncul isu wang RM2,600 yang didapati mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.
Bermula dengan penafian, menyifatkan ia konspirasi, kemudian mahu menyaman media yang mendedahkannya, tetapi apabila wang itu disahkan sebagai derma, Najib dan konco-konconya tanpa malu-malu mempertahankan pula kewajaran menerimanya dengan pelbagai hujah yang antaranya untuk dana politik, memastikan kemenangan UMNO, memerangi keganasan ISIS dan sebagainya.
Dalam isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan wang derma itu, ia juga menyaksikan pemecatan anggota kabinet, penyingkiran peguam negara, kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang menjalankan siasatan, pertukaran pegawai penyiasat secara mengejut ke Jabatan Perdana Menteri serta melumpuhkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC.
Semua itu menjadikan pandangan umum terhadap Najib begitu "hitam". Ternampak semua tindakan di luar kewajaran itu adalah untuk menyelamatkan diri semata-mata.
Lalu tidak menghairankan kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan kadar puas hati rakyat secara keseluruhannya hanya tinggal 23 peratus saja berbanding 38 peratus pada Januari lalu.Golongan Melayu yang dulunya berpuas hati kepada Najib sebanyak 52 peratus, turut menurun menjadi 31 peratus saja lagi. Kaum Cina terus menolaknya dengan dulunya yang berpuas hati adalah 11 peratus, kini hanya tinggal 5 peratus saja.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin nafi Saifuddin Abdullah bakal gantinya sebagai MB Selangor

Posted: 22 Oct 2015 07:43 PM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan yang terdapatnya 'Langkah Rawang' yang bertujuan menyingkirkannya dan menggantikannya dengan Datuk Saifuddin Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan yang terdapatnya 'Langkah Rawang' yang bertujuan menyingkirkannya dan menggantikannya dengan Datuk Saifuddin Abdullah.

Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin yang Datuk Saifuddin Abdullah bakal menggantikannya sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Rawang", lapor Sinar Harian.
Azmin mengulas khabar angin dalam sebuah portal Isnin lalu mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
"Saya tidak pernah dengar benda macam itu. Saya dengar benda betul sahaja. Benda yang tidak betul saya tidak mahu dengar.

"Langkah Rawang adalah spekulasi yang tidak betul dan tidak ada kena mengena dengan jawatan saya sebagai menteri besar sekarang," kata Azmin seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian. Portal itu sebelum ini mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya memberi laluan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.
Portal itu turut mengatakan, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan penentang-penentangnya di Selangor.
"Adun Rawang akan mengosongkan kerusi itu bagi membolehkan diadakan semula PRK DUN Rawang untuk memberi laluan kepada Saifuddin selaku ayam sabung PKR yang diperkatakan ramai bakal menjadi MB baru bagi menyingkirkan Azmin yang semakin ditolak ramai pemimpin mahupun ahli PKR," tulis portal itu.
PKR tahun lalu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui "Langkah Kajang".
Read More / Baca Lagi >>

Kembara kartun Zunar ke London minggu depan

Posted: 22 Oct 2015 06:40 PM PDT

Kartunis politik Zunar akan mengadakan kembara kartun ke London bertemakan "Cartoon-O-Phobia" mulai 26 October hingga 4 November depan.
Kembara itu dianjur oleh SUARAM International, Global Bersih, Amnesty UK, Southeast Asian Arts Festival dan Index of Sensorship.
 "Kemuncak kembara ini ialah pameran kartun saya di British Cartoon Museum di Bloomsbury Street," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.
Menurutnya, ia akan dilancarkan pada 3 November dan karya-karya tersebut akan dipamer di sana untuk beberapa bulan.
"Walau sebelum ini saya pernah mengadakan beberapa pameran di luar negara termasuk di Bilbao, Kentucky, Florence dan London sendiri, tetapi ini adalah pameran pertama bagi saya untuk mana-mana kartun muzium.
"Bagi saya, pameran di muzium kartun satu penghormatan dan pemberi semangat di saat saya berhadapan berbagai tekanan dari kerajaan Malaysia," kata Zunar dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau juga sedang menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa hukuman 43 tahun penjara maksimum jika didapati bersalah.
"Kerajan juga mengharamkan tujuh buku kartun saya dan telah dua kali menangkap dan melokapkan saya," katanya.
Menurut Zunar lagi, beliau juga akan berucap di University of Cambridge pada 26 November dengan tema "The Art of Fighting Through Cartoons."
"Ia akan diadakan pada jam 5 hingga 7 petang di Sidgwick Hall, Newnham College.
"Selain berucap, saya juga akan membentangkan tayangan 'slide show' mengenai kartun saya dan juga mengadakan 'life drawing'.
"Seterus saya akan berucap di SOAS University dengan tema "Cartoon-O-Phobia - Freedom Through Artivism" pada 31 Oktober dari jam 3 hingga 5 petang bertempat di Room 116, SOAS's main building, Thornhaugh Street, Russell Square," katanya.
Manakala pada 29 Oktober dari jam 6 hingga 8.30 petang, beliau akan mengambil bahagian dalam forum di Amnesty International UK dengan tema "Fight Through Cartoon, Even my Pen has a Stand" bertempat di Amnesty International UK, Human Rights Action Centre London EC2A 3EA.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis mahasiswa mahu pendidikan percuma menjelang Bajet 2016

Posted: 22 Oct 2015 06:28 PM PDT

Aktivis Mahasiswa UM8 daripada Universiti Malaysia (UM), Fahmi Zainol ingin memastikan graduan tidak dibebani hutang selepas tamat pengajian disebabkan pinjaman pendidikan, dan mencadangkan pendidikan percuma. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 23 Oktober, 2015. 
Aktivis Mahasiswa UM8 daripada Universiti Malaysia (UM), Fahmi Zainol ingin memastikan graduan tidak dibebani hutang selepas tamat pengajian disebabkan pinjaman pendidikan, dan mencadangkan pendidikan percuma.

Menjelang pembentangan Bajet 2016 hari ini, aktivis mahasiswa mahu Putrajaya melaksanakan pendidikan percuma di peringkat universiti awam, mahupun swasta, bagi memastikan graduan tidak dibebani hutang selepas tamat pengajian disebabkan pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Mereka berkata, pendidikan percuma realistik perlu dilaksanakan apatah lagi kerajaan kini mempunyai tambahan pendapatan selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Aktivis Mahasiswa UM8 daripada Universiti Malaysia (UM), Fahmi Zainol berkata hasil GST boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan rakyat Malaysia sehingga ke peringkat tinggi.

"Meskipun saya mendapat bantuan biasiswa, tetapi saya juga melihat pelajar lain yang meminjam PTPTN. Mereka sudah berhutang sebelum bekerja," kata Fahmi yang menggemparkan negara tahun lalu apabila membawa masuk bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus Universiti Malaya. "Saya dapat rasa rakan sendiri apabila melihat mereka terpaksa bayar hutang malah ada juga anak muda muflis," katanya yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM).
Bersetuju dengan Fahmi, aktivis mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) Wan Noor Faril Azli Wan Haron menegaskan tiada alasan bagi Putrajaya untuk tidak melaksanakan pendidikan percuma.
"Jika penyelewengan RM2.6 billion boleh dilakukan, kenapa pendidikan percuma tidak boleh diberi?" soalnya merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kerajaan harus beri pendidikan percuma kerana memberi pendidikan kepada rakyat itu tanggungjawab kerajaan," katanya yang merupakan aktivis Gerakan Mahasiswa Memacu Agenda Fasilitasi OKU.
Read More / Baca Lagi >>

UiTM perlu buka peluang kepada bukan Bumiputera, kata pro canselor

Posted: 22 Oct 2015 06:25 PM PDT

Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera dipertimbangkan, memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 
Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera dipertimbangkan, memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa. 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) disarankan memberi peluang kepada golongan bukan Bumiputera mengikuti pengajian di peringkat tertinggi di universiti berkenaan bagi mengalakkan persaingan.
Pro Canselornya, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata hasrat mewujudkan UiTM bukan sekadar untuk melahirkan 'jaguh kampung' tetapi ingin menampilkan lebih banyak golongan intelektual di persada antarabangsa.
Menurutnya, sudah sampai masa untuk cadangan membuka peluang kepada bukan Bumiputera di universiti berkenaan dipertimbangkan, memandangkan persaingan semakin mencabar di peringkat antarabangsa.

"Ini mengelak graduan universiti berkenaan sekadar menjadi 'jaguh kampung' dalam dunia yang kini semakin mencabar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan edisi ketiga Persidangan Akademik Antarabangsa (IAC) 2015 semalam. Beliau mencadangkan peluang untuk bukan Bumiputera perlu dibuka di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD) dan bukan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.
"Peluang kepada penuntut bukan Bumiputera melanjutkan pengajian di peringkat Masters dan PhD di UiTM mungkin dalam peratusan yang kecil, dan ini akan mendorong pelajar Bumiputera bersaing di peringkat tertinggi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah KR1M berbaloi bagi golongan kelas pekerja?

Posted: 22 Oct 2015 06:24 PM PDT

Kedai Rakyat 1Malaysia mendakwa kritikan tentang kualiti rendah barangannya serta harga produk yang dijual merupakan persepsi semata-mata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2015. 
Kedai Rakyat 1Malaysia mendakwa kritikan tentang kualiti rendah barangannya serta harga produk yang dijual merupakan persepsi semata-mata. 

Terima kasih kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Sharifah berjaya bertahan dengan gerai nasi lemak tepi jalannya, bergantung kepada produk jenama sendiri (house brand) kedai itu, untuk separuh daripada barangan yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan di luar blok rumah pangsa di Sunway Mentari, Selangor.
Pandangannya turut diakui ramai daripada 30 keluarga kelas pekerja dan pengendali makanan skala kecil yang dikaji selidik The Malaysian Insider, bertanyakan sama ada mereka berasa mendapat nilai untuk wang mereka apabila membeli-belah di KR1M, yang kini mempunyai lebih 250 cawangan seluruh negara.
KR1M adalah asas kepada usaha pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan Bajet 2016 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini dijangka mengumumkan lebih banyak cawangan KR1M dibuka di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan membantu kumpulan 40% isi rumah berpendapatan purata RM2,500 sebulan.

Rangkaian kedai ini bagaimanapun, menerima kritikan sejak ia dilancarkan pada 2010, termasuk dakwaan barangannya lebih mahal berbanding di pasar raya dan produk jenamanya sendiri rendah kualitinya. Walaupun KR1M membantu, Sharifah dan separuh daripada mereka yang ditinjau pendapat berasa, akhirnya ia sama seperti mana-mana kedai lain – ada barangnya yang murah tetapi ada juga beberapa barang lain yang jauh lebih mahal daripada kedai lain, dan pengguna yang bijak tidak boleh hanya bergantung pada KR1M untuk menjimatkan wang.
Jurucakap KR1M ketika dihubungi berkata, dakwaan yang standard produk jenama sendirinya lebih rendah hanya satu persepsi, dan menegaskan produk 1Malaysia lebih murah berbanding jenama lain.
KR1M bukan berasaskan keuntungan dan beberapa barangnya dijual dengan harga yang asalkan tidak akan merugikan, kata jurucakap itu.
Lebih murah tidak semestinya popular
Kira-kira 50% daripada keluarga dan individu yang ditinjau berkata, KR1M sama seperti mana-mana kedai lain dari segi harga dan kualiti barangan yang dijual, kerana selain barangan berjenama 1Malaysia, ia juga mempunyai produk berjenama yang boleh didapati di kedai lain seperti Nestle, Ayam Brand dan F&N.
Apa yang membezakan KR1M adalah barangan jenama 1Malaysia yang meliputi hampir setiap produk isi rumah yang biasa digunakan daripada lampin, gel mandi, cecair pencuci dan tisu muka hinggalah makanan kering seperti serbuk coklat malt, kordial, beras, telur, susu pekat dan biskut.
Harganya lebih rendah 20 sen hingga RM1 berbanding jenama biasa. Tetapi, barang yang lebih murah tidak semestinya lebih disukai.
Semua kecuali 3 daripada 30 pelanggan yang dikaji selidik berkata, mereka membeli jenama 1Malaysia. Tetapi hanya 7 daripada 30, atau 23% daripada peserta kajian berkata, lebih 50% daripada semua belian mereka di KR1M terdiri daripada barangan jenama 1Malaysia.
Kira-kira 40% atau 12 daripada mereka yang ditemubual berkata, 20% atau kurang daripada semua barangan yang mereka beli di KR1M adalah daripada jenama rangkaian itu sendiri.
Kira-kira 26% atau 8 daripada responden berkata, produk KR1M terdiri daripada 20% hingga 50% barang yang dibeli.
Dalam erti kata lain, majoriti pengunjung KR1M yang ditemui masih membeli jenama konvensional bagi sebahagian besar keperluan mereka, walaupun ia lebih mahal berbanding jenama 1Malaysia.
Kebanyakan pembeli menganggap KR1M sebuah kedai runcit yang mudah didapati dan tidak semestinya ke kedai itu bagi mendapatkan barangan jenamanya.
"Ia lebih seperti sebuah kedai runcit yang anda kunjungi apabila anda kehabisan sesuatu di rumah, tetapi tidak ada masa untuk pergi ke pasar raya," kata seorang pembeli yang hanya mahu dikenali sebagai Aznil, 35.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir no longer untouchable

Posted: 22 Oct 2015 06:17 PM PDT

Najib is showing a more brazen approach against dissent, one that highlights his loyalty-first policy.
mahathir
After nearly a year of campaigning against Prime Minister Najib Razak, former premier Mahathir Mohamad is now the subject of an investigation for defamation, thanks to two police reports lodged against him. For those who have been following the saga, this must come as a bit of a surprise. After all, we've all had a good laugh poking fun at the Bugis Warrior who never confronts his enemies.
Mahathir, as the longest reigning prime minister of this country, has left an indelible mark on the psyche of this country, albeit not always positive. For a while, we thought that legacy left him untouchable. While others were arrested and harassed at the slightest hint of criticism, Mahathir had free rein to appear at gatherings and protests to deride the PM, and there seemed little that Najib could do about it.
However, we're now seeing a more brazen approach by the PM. It is a sign of just how confident he is, and if Mahathir is charged with defamation, it will be a message from Najib to Mahathir that spells, "I am not afraid of you." It will be Najib's declaration that Mahathir's time is over, and that he is confident enough of support from Umno that he is willing to take action on all dissenters, regardless of who they are.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen BN berhak tolak Najib - Ku Li

Posted: 22 Oct 2015 06:14 PM PDT

Ku Li
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menyatakan, ahli Parlimen BN berhak menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, penolakan tersebut berdasarkan kepada isu-isu yang membelenggu diri Najib itu sendiri.
"Tetapi berdasarkan isu-isu tertentu, jika mereka fikir perlu untuk menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, mereka berhak lakukannya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam.
Namun begitu, beliau berkata, ahli Parlimen BN tidak patut menolak Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib hari ini.
"Saya tidak fikir mereka (ahli Parlimen BN) akan memberi undi tidak percaya kepada belanjawan dibentangkan Najib," katanya.
Ketika ditanya pendiriannya mengenai perkara tersebut, katanya, beliau sentiasa berfikiran terbuka.
"Dengar apa kata mereka terlebih dahulu. Kita datang ke Parlimen dengan hati terbuka untuk mendengar hujah mereka," katanya.

'Speaker tidak boleh halau orang sesuka hati' - Amanah

Posted: 22 Oct 2015 06:08 PM PDT

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyarankan agar Speaker Dewan Rakyat melakukan reformasi dari segi idea bagi memimpin pergerakan Parlimen dengan lebih lancar.
Menurutnya, ruang di dalam proses demokrasi bagi memandu pergerakan Parlimen seharusnya mempunyai komitmen yang sewajarnya daripada pihak Speaker.
"Speaker tidak boleh halau orang sesuka hati kerana ini tidak akan memberi inspirasi kepada anak-anak muda," katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, semalam.
Saranan Salahuddin itu berhubung dengan isu permohonan maaf berikutan kenyataan daripada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini.
Salahuddin berkata, Malaysia sewajarnya mencontohi proses Parlimen di negara-negara Eropah serta Persidangan Dewan Senat Amerika Syarikat yang dilihat lebih maju ke hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

Syed Hamid: Serangan Dr M bukti 'kecantikan demokrasi'

Posted: 22 Oct 2015 04:51 PM PDT



"Serangan" dan kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak membuktikan kecantikan demokrasi yang ada di negara ini, kata bekas menteri, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata, dalam sebuah negara demokrasi, semua pihak boleh menyuarakan pandangan dan itu merupakan hak mereka.
"Itulah kecantikan demokrasi. Kumpulan tertentu boleh mendesak apa-apa yang dia nak. Itu demokrasi.
"Tapi kerajaan ada tugas yang dia nak pertahankan. Jadi kita dengar. Dalam demokrasi ini kita akan dengar macam-macam pandangan," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan yang dibuat Mahathir agar perdana menteri meletakkan jawatan.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Mahathir, bekas ahli majlis tertinggi Umno itu berkata:
"Itu hak Tun (Mahathir). Saya sekarang memegang jawatan pengerusi SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), orang suruh saya berhenti. Takkan saya nak ikut cakap orang itu suruh berhenti.
"Saya ada tanggungjawab. Tapi itu hak dia dan saya tak boleh marah dia pula macam mana mereka marah saya," katanya tersenyum.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Dakwaan Timb Ketua Caw Khas, mana siasatan?

Posted: 22 Oct 2015 04:27 PM PDT



Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador berkata mereka yang berkuasa masih berada dalam sindrom penafian dalam isu-isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015. 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak melakukan apa-apa siasatan terhadap dakwaan Timbalan Ketua Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Beliau sebelum itu melalui jawab lisan terhadap Menteri Dalam Negeri yang menanyakan apakah hasil siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM, Datuk Abd Hamid Bador.

"Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri terhadap soalan saya mengenai siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Abd Hamid.

"Jawapan yang diberikan adalah tiada siasatan dijalankan kerana tiada laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah suatu yang tidak boleh diterima," katanya merujuk jawapan bertulis.

Tambah beliau, tuduhan yang dilakukan Abd Hamid telah dibuat terhadap kerajaan dan PDRM di bawah tanggungjawab Ahmad Zahid.

"Tuduhan dan dakwaan tersebut menunjukkan berlakunya salah guna kuasa kerajaan dan Polis melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Saya punya cara, dan berkesan sembang Najib

Posted: 22 Oct 2015 04:26 PM PDT



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membentangkan belanjawan 2016 esok mendedahkan beliau sudah mempunyai rancangan.
"Saya ada rancangan, dan rancangan ini berhasil," katanya melalui kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang ini.
Beliau berkata belanjawan 2016 akan mempertingkat taraf hidup semua rakyat Malaysia, dan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status negara membangun.
"Masa depan dan kebajikan seluruh rakyat Malaysia menjadi keutamaan saya," katanya yang juga menteri kewangan.
Najib, yang sedang berdepan kemungkinan penyingkiran melalui undi tidak percaya di parlimen, berkata kerajaan sedang menyelamatkan ekonomi yang berdepan cabaran persekitaran global.
Menyedari pada hakikat kejatuhan harga minyak dan gas, Najib mengetengahkan beberapa langkah proaktif kerajaan.
Ia dirangka bagi mengurangkan kesannya, terutamanya untuk memperlahankan kesan terhadap ekonomi yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu.
"Dua perkara kita telah lakukan untuk mempercepat pemulihan, iaitu memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan merasionalisasikan subsidi.
"Keputusan ini menjadi penyelamat kita," katanya.

Kit Siang digantung: Kuranglah satu undi lepas ini

Posted: 22 Oct 2015 04:22 PM PDT


Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Kuranglah satu undi untuk usul tidak percaya (terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) lepas ini," demikian ujar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, penggantungan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lit Kit Siang akan menjejaskan sokongan terhadap usul tersebut, namun ia tidak akan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membentangkan usul itu pada sidang Dewan di Parlimen.

Kit Siang sempat melambai kepada ahli Parlimen BN sebelum meninggalkan sidang Dewan Rakyat selepas disahkan digantung selama enam bulan.

Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee setelah usul penggantungan beliau dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebentar tadi.

"Sedikit sebanyak sokongan undi itu terjejaslah. Kuranglah satu undi dalam usul undi tak percaya tu. Tetapi itu tidak menghalang kita untuk membentangkan hasrat kita di Dewan," katanya kepada Sinar Online.

 Wan Azizah hari ini mengesahkan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini, pemimpin terus bermewah..!

Posted: 22 Oct 2015 04:19 PM PDT


Bajet 2016


ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.
Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

"Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

"Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada.

"Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian," katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang.

Read More / Baca Lagi >>

BNBBC kata jumlah cukup pastikan bajet Umno@Bn lulus

Posted: 22 Oct 2015 04:16 PM PDT



Majis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin terdapat cukup anggota parlimen parti pemerintah untuk memastikan undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak berjaya.
"Saya fikir ini cuma permainan. Kami masih ada (sokongan cukup). Saya yakin," katanya kepada pemberita di lobi parlimen.
Shahrir mengakui mungkin terdapat anggota parlimen BN tidak menyokong belanjawan tetapi menegaskan bahawa golongan itu hanya segelintir.
Tidak berasa ada yang akan melawan arus, beliau bagaimanapun berkata mungkin ada yang tidak mengambil bahagian dalam undi meluluskan belanjawan.
Bagaimanapun, jika belanjawan tidak diterima dewan, ia pasti memberi kesan besar kepada negara ini.
Beberapa pihak melihat jika belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak ditolak, ia sama kesannya seperti undi tidak percaya.
Usul tidak percaya terhadap Najib dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Percayakah anda dengan undi tidak percaya?

Posted: 22 Oct 2015 04:11 PM PDT

Izmil Amri

Efek Rumah Kaca, sebuah band indie celik politik berpengkalan di Jakarta pernah tampil sebuah lagu berjudul "Mosi Tidak Percaya" sekitar 2009. Antara kata-kata yang didendangkan Cholil, vokalis kumpulan tersebut berbunyi:
"Kamu tak berubah, selalu mencari celah; lalu smakin parah, tak ada jalan tengah" serta "Ini mosi tidak percaya, jangan anggap kami tak berdaya; ini mosi tidak percaya, kami tak mau lagi diperdaya."
Sesuai sekali lagu ini dengan mood semasa, kurang 3 selepas kita menyambut ulang tahun peristiwa hartal ke-68; aksi siasah pertama dalam sejarah tanah air yang dicetuskan juga perkumpulan multiras pertama di tanah air, 10 tahun sebelum merdeka.

Hartal antara lain adalah aksi massa terhadap British yang ketika itu mengemukakan rangka kasar perencanaannya untuk terus bertuan di tanah Malaya. Hartal adalah aksi siasah umat Malaya bagi menunjukkan jari tengah kepada penguasa orang putih dan dengan cemerlang menyatakan kepada mereka, 'Pergilah jahanam, kami mahu merdeka'. Pendeknya, aksi hartal adalah mosi tidak percaya rakyat Malaya terhadap penguasa pada ketika itu, di saat tanah air belum kenal apa erti demokrasi berparlimen.
68 tahun kemudian, ternyata rakyat tanah air ini masih belum boleh dibeli kepercayaannya. Ini pula dimanifestasi dengan turunnya mereka ke jalan raya, tanggal 29 hingga 30 Ogos lalu menuntut supaya perdana menteri berundur bagi membolehkan siasatan terhadap skandal melibatkannya berjalan secara telus, tanpa ganggu-gugat.
Setiap mereka yang hadir pada dua hari ambang merdeka itu sudah sebulat suara bersetuju  mereka tiada lagi percaya kepada kepimpinan suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Razak sebagai kepala cabang eksekutif negara.
Kemudian, kita saksikan gerombolan baju merah beria turut sama berhimpun bagi menunjukkan taat setia mereka kepada sang penguasa.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kemudiannya tidak terus berdiam diri, malah memulakan pula kempen undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Ini lantaran setiap satu tuntutannya tidak dipeduli, termasuklah supaya sang penguasa mendedahkan butiran akaun peribadinya yang didakwa menerima sejumlah wang dari Timur Tengah untuk tujuan yang belum dikenal pasti.
Ramai orang bertanya, kalau dibuat kempen undi tidak percaya terhadap perdana menteri, siapakah yang nak kena ganti? Apakah perancangan untuk menyambut vakum yang ditinggalkan se jawatan perdana menteri dikosongkan?
Jawapannya panjang. Namun sebagai permulaan, kita harus faham undi tidak percaya di Parlimen hanyalah pernyataan hilang keyakinan majoriti wakil rakyat kepada ketua kerajaan.
Sang perdana menteri kemudiannya harus secara terhormat mengemukakan peletakan jawatannya bersama anggota Kabinetnya sekali kepada Yang di-Pertuan Agong, dan menasihati baginda supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

Welkomen Sie, wahai Saifudin Abdullah

Posted: 22 Oct 2015 04:07 PM PDT

Oleh SUBKY LATIF
SAYA alu-alukan Datuk Saifudin Abdullah ke kumpulan pembangkang dalam bahasa Jerman, Welkomen Sie.Dipercayai Saifudin adalah orang yang pertama dari sekian banyak orang Umno yang meninggalkan Umno dalam situasi Umno yang amat dhaif sekarang.   
Wajar kata-kata perangsang sayogia dikalungkan kepadanya justeru memula dan mempelopori meninggalkan Umno yang dirasakan berbondong-bondang nanti.
     
Anda telah membuat pilihan yang betul meninggalkan Umno dan tiada sebarang kekeliruan anda meninggalkannya. Dia sudah tidak keliru lagi dengan Umno yang patut dikosongkan.
    
Berada dalam PKR bagi PAS tidaklah sebaik menyertai PAS. Kerana PAS adalah jamaah Islam, tempat terbaik bagi sekalian umat Islam. Tetapi berada dalam PKR ada lebih baik daripada kekal dalam Umno yang berada di penghujung.
    
Tidak menyertai PAS pada masa ini dapat dimaklumi justeru ia disambar suasana yang dikelirukan. Orang keliru pada PAS itu adalah sementara, kebetulan masa itu Saifudin hendak meninggalkan Umno.
    
Saifudin adalah antara Umno yang terbuka yang tidak ramai dalam parti itu. Jika dilihat keberadaannya dalam Umno ada seakan-akan Dr. Mahathir sebelum dia masuk kabinet dan jadi pemimpin Umno. Tidak boleh dikata Dr. Mahathir tidak sayang kepada Umno, tetapi dia bukan pak turut kepada pemimpin Unmo. Seperti juga Tun Musa Hitam semasa mudanya boleh memberi pandangan yang berbeza dengan pemimpin.
   
Orang Umno pada zaman Tunku mengira mereka orang sosialis yang berada dalam Umno. Apabila Dr. Mahathir menghasilkan buku Malay Dilemma, Tan Sri Jaafar Albar kata, Dr. Mahathir tidak sesuai dengan Umno.
   
Saifuddin sebelum jadi Timbalan Menteri dan selepas kalah dalam PRU 13 sama saja, tidak terikat dengan cara Umno yang pada persepsi umum adalah perkauman, rasuah, kroni dan lain-lain.
      Read More / Baca Lagi >>

Apa nak heran bila dah masuk UMNO halal HARAM SAMA2 TIBAI..

Posted: 22 Oct 2015 04:00 PM PDT

MENTERI JPM (Hal Ehwal Agawa) DR ASYRAF WAJDI DUSUKI yg baru pengalaman pertama di Dewan Rakyat terus menipu dan memfitnah .. ini dinamakan agamawan jual agama .. malu sungguh .. hilang terus rasa hormat...

CURI DUIT RAKYAT DALAM NEGARA BERANI, ambil duit dari luar negara pengecut..!!!

Posted: 22 Oct 2015 08:25 AM PDT

S'pore yg kecik tu pon boleh nak saman Indonesia.. TETAPI mengapa tidak di M'sia ???

Ooops... Zahid kan asal Indon.. anak baru je kawen dengan Indon.. patut ler...

Adakah pemimpin2 di M'sia sudah hilang kekontolannya mcm pahlawan ulung bugis Pekan ???

Biarlah rakyat MALANGSIA tanggung sedut jerebu tiap2 tahun...

ASAL AJA keluar dari mulut menteri UMNO PASTI BOHONG. KENAPA ??!!

Posted: 22 Oct 2015 07:36 AM PDT


DAHULU.. pon kata sblom GST dilaksanakan semuanya indah2 belaka.. RAKYAT MULA FAHAM KEBAIKAN GST konon!!!.. last2 slps terlaksana 'SEMUANYA NAIK' bebankan rakyat kecuali Rosmah Najib jer NAIK JET MEWAH EKRAJAAN terbang ke sana sini.. last2 Menteri yg kuat jilat Najib dulu pon dah kena tendang keluar dari kabinet Najib...

SEKARANG.. dok merapu jaja kebaikan TPPA itu bagus utk negara & rakyat plok..

JILATLAH SAMPAI MATI...

Biarlah rakyat MALANGSIA tanggung sedut jerebu tiap2 tahun...

Posted: 22 Oct 2015 07:35 AM PDT


TAHUKAH ANDA.. Kerajaan S'pore akan saman Indonesia berhubung malapetaka jerebu melanda di negara mereka..
TETAPI mengapa tidak di M'sia ???

Adakah pemimpin2 di M'sia sudah hilang kekontolannya mcm pahlawan ulung bugis Pekan ???

S'pore yg kecik tu pon boleh nak saman Indonesia... Ooops... Zahid kan asal Indon.. anak baru je kawen dengan Indon.. patut ler...

Wan Azizah: 1MDB tak boleh disentuh, Kit Siang mangsa terbaru

Posted: 22 Oct 2015 05:09 AM PDT


kit-siang-wan-azizah


KUALA LUMPUR 22 OKT: Penggantungan Ahli Parlimen paling lama dalam sejarah tanah air dari menghadiri sidang Parlimen disifatkan tidak wajar, bahkan menjadi mangsa terbaru skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kesal kerana Ahli Parlimen Gelang Patah itu hanya membawa suara rakyat berkaitan skandal 1MDB yang hangat diperkata dalam dan luar negara.
"Adakah 1MDB langsung tidak boleh disentuh, tidak sesiapa pun boleh soal?
"Kit Siang hanya bawa surat speaker yang memungkinkan 1MDB tidak boleh berfungsi. Apakah itu satu kesalahan?" katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas penggantungan itu, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penggantungan itu tidak wajar kerana pelbagai tafsiran lain terhadap isu penggantungan boleh dibuat terhadap Kit Siang sekaligus membuktikan Parlimen bukan lagi medan bersuara.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang: Penggantungan saya jadi ‘lesen’ bangkit kesedaran rakyat

Posted: 22 Oct 2015 05:08 AM PDT


kit siang


KUALA LUMPUR 22 OKT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang digantung enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen selepas mengkritik Speaker Dewan Rakyat ketika membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan masalah jerebu.
Menyifatkan dirinya sebagai mangsa terbaru 1MDB, beliau tidak kesal dikenakan tindakan itu kerana ia bakal menjadi lesen kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan zalim.
"Jika saya digantung dari (sidang) Parlimen enam bulan tapi ia menjadi lesen kesedaran rakyat dan rakyat bangkit melawan kezaliman, saya terima, saya rela," katanya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana isu penggantungannya menguasai sidang Dewan Rakyat seolah-olah pihak tertentu cuba mengalih tumpuan daripada skandal 1MDB dan masalah jerebu yang jauh lebih serius.
"Kalau tanya orang, apa isu paling besar? 1MDB. Lagi besar dari 1MDB tapi dalam dewan ini, isu paling besar  gantung Gelang Patah enam bulan. Dalam isntitusi parlimen pun, isu sudah bertukar wajah," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu digantung enam bulan selepas pengundian 107 menyokong dan 77 membantah sekalipun prosedur penggantungannya mencurigakan, malah beliau dinafi hak pembelaan.
Ia berikutan Kit Siang tidak menarik balik perkataan yang digunakannya terhadap Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pada perbahasan Isnin lalu dalam isu berkaitan 1MDB dan jerebu kerana tidak menyebutnya secara tepat.
Usul penggantungan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said jam 11.40 pagi ini selepas usul sama ditolak semalam.
Read More / Baca Lagi >>

'Beri BR1M macam bagi 'chewing gum'

Posted: 22 Oct 2015 05:05 AM PDT


Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - "Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah bagi kita (rakyat) gula-gula getah 'chewing gum'. Sudah habis manis (gula-gula getah) itu, kita sudah tidak ada (rasa) apa-apa lagi," demikian ujar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pemberian BR1M kepada masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah di negara ini.

BR1M merupakan salah satu perkara yang akan disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh.

"Dia (Najib) nak tambah  BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," tempelak beliau lagi.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan kini sedang menimbangkan cadangan untuk memberikan BR1M untuk tahun 2016.

Menurut Ahmad Husni, BR1M telah diagihkan kepada 4.33 juta isi rumah, membabitkan peruntukan sebanyak RM2.16 billion. Bantuan RM500 telah diberikan kepada setiap keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM3,000 dan ke bawah.

RESOLUSI SIDANG ANAK MUDA – “WISHLIST” BAJET 2016

Posted: 22 Oct 2015 05:02 AM PDT

20151022030430

Sidang Anak Muda berkenaan Bajet 2016 yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2015, telah bersetuju untuk mengemukakan 9 desakan berikut kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak:
1) Kerajaan perlu mengambil langkah segera mengurangkan ketirisan dan pembaziran dalam usaha mengurangkan beban hutang negara, terutama dengan adanya hasil tambahan GST.
2) Inisiatif perlu dimulakan di setiap peringkat untuk membangun model ekonomi baru yang tidak hanya menjadikan wang dan pertumbuhan material sebagai kayu ukur; sebaliknya didasarkan atas nilai-nilai Islam contohnya dengan memberi insentif untuk mengembangkan institusi waqaf.
3) Anak muda mahukan budaya kolektif dan kerjasama serta menolak budaya individualistik dan kronisme yang diakibatkan oleh perlumbaan mengejar pertumbuhan ekonomi yang pesat.
4) Kerajaan perlu serius untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat; pendidikan yang diharapkan adalah pendidikan yang mampu milik dengan kualiti yang bertaraf antarabangsa.
5) Tumpuan perlu diberi kepada pembangunan keluarga muda secara menyeluruh, dengan melihat aspek memulakan perkahwinan, pemilikan rumah, kos kesihatan dan kos hidup harian.
6) Jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar perlu dirapatkan untuk mengelakkan masalah pembangunan tertumpu di Lembah Klang.
Read More / Baca Lagi >>