Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mr Bean dah masuk ikut PAN-tat?

Posted: 21 Oct 2015 10:00 PM PDT


Berani ke Mahfuz untuk talak 3?

Atau tertarik dengan agenda anti maksiat AMANAH yang menentang zona dengan bini orang atau tok lebai pura-pura share gelfren:


Amanah juga janjikan one Islam tanpa syiah, wahabi, islam liberal ....




Kikiki


Usul undi tak percaya lebih auta dari betul

Posted: 21 Oct 2015 07:03 PM PDT

Fakta-fakta undi tak percaya ni menarik ....


Mereka tembarang kata undi lompat cukup. Azmin Ali pasti kelentong kata undi pas bersama mereka tapi sebenarnya tidak..


Sebenarnya senang saja dedahkan nama2 112 orang yg nak turunkan Najib.


Demikianlah dikatakan Speaker semalam.


Laporan Mkini di SINI.

Jarang usul atau bill peribadi dilayani melainkan ianya hal awam, hal yg perlu disegerakan dan hal yg dilihat perlu oleh speaker.

Kalau nak dilayan private usul undi tak percaya, tiap-tiap kali sesi parlimen akan ada undi tak percaya. Dah jadi mainan politik...



Kit Siang bakal digantung Dewan kerana hina Speaker, enggan tarik balik

Posted: 21 Oct 2015 05:01 PM PDT


Oleh sebab Kit Siang enggan minta maaf dan tarikbalik kenyataannya membuat.tuduhan dan pertikai kuasa Speaker untik tafsir peraturan mesyuarat, Lim Kit Siang bakal digantung.

KENYATAAN MEDIA

PEMBERITAHU USUL MENGGANTUNG YB GELANG PATAH

1. Pihak kerajaan atas arahan Tuan Yang di Pertua Dewan Rakyat (Speaker) telah menarik balik PEMBERITAHU USUL untuk menggantung YB Gelang Patah.

2. Berdasarkan kepada keputusan yang ditetapkan oleh Tuan Yang di Pertua (Speaker) YB Gelang Patah harus  menarik balik kenyataan yang dibuat oleh beliau pada 19 Oktober 2015 selepas Usul Mengenai Jerebudibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) selesai dibahaskan.

3. Oleh kerana YB Gelang Patah tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Tuan Yang di Pertua (Speaker), PEMBERITAHU USUL yang baharu telah pun diedarkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat sebelum berakhirnya sidang pada 21 Oktober 2015.

Sekian terima kasih.

YB DATO' SRI AZALINA DATO' OTHMAN SAID  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tarikh: 21 Oktober 2015

Semuanya kerana mempolitikkan PAC ..




Guan Eng janji lagi tol percuma, Janji Sg Nyiur?

Posted: 21 Oct 2015 08:03 AM PDT










Apa ke bebal punya Zairil dikantoi menipu?

Posted: 21 Oct 2015 06:00 AM PDT



Apa ke bebal punya spin si Nik Nazmi?

Posted: 21 Oct 2015 04:00 AM PDT



Orang jadi mukhlis kerana tak urus kewangan masing2 dengan baik. Takkanlah pasal GST....

Budus!!!!

Padan rumah urut banyak di S'ngor bawah DAP / PKR

Posted: 21 Oct 2015 02:00 AM PDT



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


SEMAKIN KURANG AJAR : Video MP DAP Halang Pembinaan Masjid Kerana Azan?

Posted: 21 Oct 2015 05:28 AM PDT




Menjadi viral di laman-laman sosial hari ini apabila cadangan pembinaan sebuah masjid di sebuah taman di Kota Kinabalu, Sabah telah dihalang oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili DAP, Jimmy Wong sehingga menimbulkan sedikit ketagangan disana.

Video yang berdurasi 2 minit 46 saat ini telah dimuat naik semula oleh orang ramai berikutan kritikan berterusan Jimmy Wong berhubung laungan azan yang mengganggu penduduk bukan Islam di Kota inabalu sejak akhir-akhir ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar tahun 2014 ini sememangnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Kota Kinabalu berikutan Jimmy yang sering kali menemplak umat Islam disana dengan kata-kata yang disifatkan sebagai menghasut dan melanggar kontrak sosial yang telah di perakui sejak zaman berzaman.

Tidak kira apa pun parti ikutan kita, hak beragama di negara ini tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, namun selepas DAP berjaya meraih banya kerusi pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, mereka dilihat semakin biadab dan kini berani mempertikaikan hak mutlak Islam di Malaysia.

Mungkin ada yang terlupa, didalam Perlembagaan Malaysia, Islam diperakui sebagai agama rasmi negara manakala hak-hak kaum bumiputera terutamanya Melayu sentiasa dipelihara daripada dicabuli oleh mereka-mereka yang berniat mahu menghapuskan hak istimewa kaum bumiputera di Malaysia

Menyentuh kaum Bumiputera, ianya bukan tertakluk kepada satu kaum sahaja iaitu Melayu. Ianya tertakluk kepada Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau, Ulu, Kayan, Kadazan, Murut, Sulu, Bajau dan lain-lain lagi. Tidak kurang daripada 70 kaum Bumiputera telah dicatatkan didalam Perlembagaan negara hari ini.

Sumber : BBB

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LEBUHRAYA PAN BORNEO- TERIMAKASIH PM...BAJET PAKATAN APA KAKI! BOLEH BELAH

Posted: 21 Oct 2015 07:52 PM PDT




Banyak bercakap Tidak berguna.Undi Tidak percayalah, Tarik baliklah, main gulilah, Usul semula lah, aturan mesyuaratlah, list namalah... Semua perangai macam Budak sekolah... Tiada satu pun berkaitan rakyat , semuanya berkaitan nafsu politik.

Boleh belah lah...

LEBUH RAYA PAN BORNEO ... SABAH SARAWAK TATAP UNDI BN ! Biar berbuih mulut Mat Sabu Dan Lim Kit Siang berceramah, umpama habuk di dinding ofis...

LEBUH RAYA TANPA TOL ! Apa kaki Pakatan...


TSUNAMI MELAYU: BERAPA JUMLAH DAPig MELABUR DI PARTI AMANAH UNTUK PECAH-BELAHKAN PAS ?

Posted: 21 Oct 2015 05:53 PM PDT


Saya mengajak seluruh ummah Melayu dan Bumiputera untuk sama-sama menyelami rentetan pendekatan DAPig,  yang amat merbahaya kepada  ummah Islam, Melayu,  Bumiputera dan pribumi tanahair tercinta ini. Walaupun nukilan yg bersandarkan kajian dan berfakta ini agak panjang, saya mohon teruskankah membacanya dan menyampaikannya kepada sahabat dan taulan...

"Selepas Kejayaan TSUNAMI CINA, DAP beralih kepada TSUNAMI MELAYU"
               
Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan PRU13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat.

● Metodologi Propaganda DAP

Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada PRU13 adalah hampir sama ketika PRU tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. 

Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu. 

Pada PRU13 baru baru ini, penentangan terhadap Hak Bumiputra/Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. Malah DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu/Bumiputera.

Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan PRU13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya lah "KETUANAN RAKYAT". Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa.

Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP. 

Sedarlah wahai umat Islam! Sedarlah wahai orang Melayu betapa DAPig di belakang tabir sebenarnya mahu mengenepikan orang Melayu Dan umat Islam satu persatu dengan cara menunggangi AMANAH Dan PKR... Alhamdulillah parti PAS sudah sedar Tipu muslihat DAP.

Bersambung...:

SURAT KEPADA PRESIDEN INDONESIA JOKOWI

Posted: 21 Oct 2015 06:21 AM PDT

Dear Yth. Presiden RI Joko Widodo

Titik api di sekitar kami bukanlah simbol kemarahan Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa, tapi simbol keserakahan dan bukti ketidakpedulian Negara terhadap daerah.

Bapak mau kesini sekarang?
Bandara ditutup pak, lagipun tak ada anak sekolah yang menyambut bapak, sekolah diliburkan.
Mau menempuh jalan darat?
Bahaya Pak, asap tebal tidak bagus untuk kesehatan Bapak dan Ibu Iriana.

Biarkan saja seperti ini agar Kalimantan menjadi lahan tambang, lahan sawit dan bisa ditanam tanaman industri, kami ikhlas mati pelan-pelan karena ISPA, karena ketidakberdayaan kami di sini. Kami pasrah, mungkin ini kehendak Allah SWT Tuhan YME.

Bagi saudara/i kami di daerah lain, kami sangat berterima kasih atas do'a yang selalu kalian panjatkan, mohon maaf karena kiriman asap Kalimantan, kalian jadi terganggu.
Udara di Kalimantan berstatus bahaya. Berita dari berbagai media katanya Kalimantan sudah tidak layak huni lagi karena 5% udara yang bersih yang bisa di hirup.

Pemerintah pusat sudah tidak peduli pada kami. Hari ini puncaknya 9 jt rakyat Kalimantan akan terkena kanker paru-paru, terutama anak-anak. Sepertinya lebih peduli pada kekisruan internal ditubuh istana dari pada nasib Kalimantan.
Padahal Kalimantan salah satu penyumbang devisa terbesar negara.

Belum lagi usai Bencana Asap kami sudah dihadapkan lagi pada limbah tambang batubara yang mencemari aliran sungai di pertanian maupun peternakan, serta turun nya harga sawit sangat parah.

Semoga Pemerintahan Pusat dan Daerah bisa melihat sedikit bencana yang kami hadapi dan memberikan solusi jalan keluarnya atau serahkan saja Kalimantan sepenuhnya oleh Malaysia dan Brunei.

Tolong sebarkan karena media TV dan Koran tidak banyak memberitakan tentang hal ini, terlalu sibuk dengan pemberitaan Kepentingan Pribadi dan Kelompok semata di dalam Istana.

Kami hanya bisa berharap pada do'a, sebelum rakyat Kalimantan mati perlahan disini.

#PrayForKalimantan


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Fakta Yang Semua Rakyat Malaysia Perlu Hargai Bersama

Posted: 20 Oct 2015 11:30 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Jenayah membimbangkan, tapi anggota SB pula ditambah

Posted: 21 Oct 2015 09:14 PM PDT

Fuziah SallehKUALA LUMPUR 21 OKT: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangan rakyat berhubung jenayah di negara ini, ekoran tumpuan kerajaan untuk menambah jumlah anggota Pegawai Cawangan Khas (SB) berbanding Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
"Sekarang ini lebih ramai pegawai SB ditugaskan untuk mengawal hal-hal tertentu tetapi jumlah polis yang menjaga keselamatan rakyat sangat boleh dipertikai," kata Fuziah dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pagi ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan, bahawa kerajaan komited untuk terus memerangi kadar jenayah.
Ahli Parlimen Pulai itu turut mendedahkan kononnya, indeks kadar jenayah kini semakin menurun hasil komitmen tersebut.
Bagaimanapun kata Fuziah, komitmen tersebut amat diragui ekoran kebimbangan sesetengah individu sekiranya menjadi mangsa perilaku jenayah.
Menurutnya lagi, penurunan kadar indeks jenayah bukan jaminan kes-kes jenayah akan terus menurun pada masa akan datang.
"Walaupun kadar indeks itu menurun, tetapi masih wujud kebimbangan dan rasa takut rakyat terhadap sebarang kejadian jenayah boleh berlaku ke atas mereka.
"Persoalan inilah yang perlu ditekankan kerajaan, bukannya menambah jumlah pegawai SB sahaja," sindir Fuziah.

SPRM akan ‘temuramah’ bos SRC yang hilang, sembang Najib

Posted: 21 Oct 2015 09:14 PM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu bagi menemuramah dua pegawai kanan SRC International yang sebelum ini dipercayai menghilang diri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin sedang membuat perancangan untuk ditemu ramah oleh SPRM dalam masa terdekat bagi membantu iasatan," katanya.
Najib berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang meminta penjelasan sama ada pelantikan kedua-dua pegawai kanan SRC itu akan ditamatkan kerana mereka enggan bekerjasama dengan SPRM.
"Justeru itu, persoalan mengenai kedudukan mereka sebagai ahli lembaga pengarah SRC adalah tidak timbul sama sekali," katanya.
Nik Faisal adalah Pengarah Urusan SRC, manakala Suboh pula menganggotai lembaga pengarah syarikat.
SPRM sedang menyiasat SRC, anak syarikat 1MDB yang sarat hutang tetapi kini dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Ia berhubung bon RM4 bilion yang diperoleh daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)("KWAP").

Menteri "Tiang" cabar pembangkang, letak jawatan jika usul gagal

Posted: 21 Oct 2015 09:12 PM PDT

Ketika pembangkang merancang membentangkan usul unmdi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, seorang menteri Umno mencabar tiga pemimpin pembangkang untuk meletakkan jawatan jika usul itu tidak mendapat sokongan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam tweet mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan parti masing-masing jika mereka gagal.
"Jika usul undi berjaya, PM akan berundur.
"Jika usul itu dikalahkan WA (Wan Azizah), LGE (Lim Guan Eng) & LKS (Lim Kit Siang) mesti bertanggungjawab penuh & meletakkan jawatan jawatan dalam parti mereka," tulis Rahman yang juga adalah ahli parlimen Kota Belud.
Katanya, jika ketiga-tiga pemimpin itu mempunyai harga diri, mereka akan meletakkan jawatan jika usul undi tidak percaya dikalahkan.
"Ini adalah bukti mereka tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen pembangkang."
Menurut Rahman, pemimpin pembangkang tidak boleh hanya membentangkan usul undi tidak percaya dan berpura-pura reputasi mereka tidak terjejas sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan dikalahkan.

Pakatan Harapan gesa ahli Parlimen tolak Bajet 2016, singkir Najib

Posted: 21 Oct 2015 08:56 PM PDT

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 22 Oktober, 2015.Pakatan Harapan hari ini menyeru semua ahli Parlimen "bersatu" dan tidak menyokong pembentangan Bajet 2016 sebagai simbol protes menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, isyarat penolakan kepimpinan Najib dapat dilihat melalui kenyataan dibuat Majlis Raja-raja Melayu dan sekarang ialah masa bagi ahli Parlimen pula untuk berbuat demikian.
"Kenyataan luar biasa yang dibuat Raja Melayu menggesa kerajaan segera menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai satu isyarat suasana negara begitu kritikal kini.

"Dan sekarang ini kita merasakan sudah tiba masanya ahli Parlimen bukan saja daripada pembangkang namun Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyokong bajet tersebut," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

PAS kenal pasti calon bukan Islam lawan DAP PRU14 - Mohd Amar

Posted: 21 Oct 2015 08:31 PM PDT

PAS sedang mengenal pasti beberapa calon bukan Islam yang berpotensi untuk menentang calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Amar berkata, buat masa ini mereka masih membuat pemerhatian mengenai perkara itu memandangkan masih mempunyai banyak masa sebelum PRU14.
Beliau berkata, parti Islam itu sedang meneliti maklumat untuk meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kawasan berpotensi menang.

"Kita akan bertanding dan mungkin kerusi DAP pun yang kita yakin ada potensi, kita akan letak calon DHPP. "Kita akan tengok maklum balas yang diterima sebelum diputuskan Jabatan Pilihan Raya nanti. Tengoklah macam mana sebab masa panjang lagi, dan kita tengah buat pemerhatian," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Pada masa sama, Amar yang juga timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan mengulas mengenai formula yang dicadangkan DAP dan menegaskan parti itu tidak berhak masuk campur dalam soal pembahagian kerusi apa lagi menentukan di mana PAS patut bertanding.
"Kita tidak terikat dengan DAP. PAS akan buat keputusan kita sendiri, kalau ada pun dengan PKR saja atau mungkin ada parti lain selepas ini.
"Kalau ikut tempoh normal pilihan raya, dalam tempoh 2 tahun lagi. Mungkin dalam tempoh 2 tahun ini akan ada persefahaman kita dengan parti lain dan mungkin masa itu ada perbincangan mengenai pembahagian kerusi," katanya.

Tekan Najib: Polis sedang siasat Dr Mahathir, kata Zahid Hamidi

Posted: 21 Oct 2015 08:26 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat polis susulan 2 kertas siasatan dibuka terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat polis susulan 2 kertas siasatan dibuka terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sedang disiasat pihak polis ekoran tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di Dewan Rakyat hari ini, Zahid yang juga timbalan perdana menteri dalam jawapan bertulis berkata, polis sudah membuka 2 kertas siasatan ke atas bekas perdana menteri yang lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.
"Pihak polis sudah membuka 2 kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pagi ini.

Dr Mahathir kini sedang disiasat mengikut Seksyen 300 (Kanun Keseksaan) dan Seksyen 500 (Kanun Keseksaan), kata jawapan bertulis itu. Siasatan tersebut dibuat susulan 2 laporan polis yang diterima, iaitu di Klang dan Jinjang.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas mengenai pertuduhan dan kesalahan yang dilakukan Dr Mahathir sehingga kertas siasatan itu dibuka.
Dr Mahathir, yang sebelum ini menyokong Najib tetapi kini menjadi pengkritik utamanya, tidak henti-henti meneruskan serangan ke atas Putrajaya.
Malah, Dr Mahathir juga mendesak supaya Najib meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan banyak polisinya selain terpalit dengan skandal kewangan berkaitan syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kit Siang bakal digantung enam bulan?

Posted: 21 Oct 2015 08:19 PM PDT

lim kit siang (L)
Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis dimulakan dengan usul menggantung ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Mengikut aturan urusan mesyuarat dan usul-usul, usul tersebut akan dicadang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
"Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Lim Kit Siang, Ahli Parlimen kawasan Gelang Patah hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh usul ini diputuskan," demikian menurut usul tersebut.
Isnin lalu, Kit Siang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Kata Kit Siang, Speaker dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
"Tidak ada peruntukan diberikan kepada speaker, boleh berhentikan mesyuarat. Ini salah guna kusa Yang Dipertua dan sabotaj penyiasatan 1MDB.
"Yang Dipertua jadi diktator, itu tak boleh. Adakah Speaker takut 1MDB disiasat?," soal Kit Siang ketika mencelah perbahasan melantik Pengerusi PAC di Dewan Rakyat.
"Yang Berhormat senanglah, bukan berada dalam proses membuat keputusan," balas Pandikar.

Kurang BR1M helah halalkan kadar tol naik?

Posted: 21 Oct 2015 08:16 PM PDT


Tol

SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol jika tidak kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mungkin terpaksa dikurangkan sebagai satu cubaan menghalalkan tindakan syarikat konsesi.

 Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Najib perlu menyedari situasi bahawa tidak semua rakyat di negara ini adalah pengguna jalan bertol dan tidak semua merupakan penerima BR1M.

"Itu (kenyataan Najib) sudah tentu langkah terbaik untuk perdana menteri memberi justifikasi kenapa tol harus dinaikkan tapi perlu diingat bahawa tidak semua orang menggunakan tol dan tidak semua orang menerima BR1M. Jadi, itu alasan dan justifikasi yang diberikan oleh beliau untuk menghalalkan langkah atau tindakan yang telah diambil oleh pemegang konsesi terbabit.

"Tapi masalahnya, jika kerajaan tidak tangani, kemungkinan syarikat dan kerajaan akan berhadapan masalah besar. Jadi, harus dicari jalan terbaik untuk jangka masa panjang supaya tidak membebankan kerajaan, syarikat dan rakyat," katanya kepada Sinar Online.

Ahad lalu, berucap pada perasmian Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan, Najib berkata, jika kadar tol tidak dinaikkan, pampasan perlu dibayar.

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.Read More / Baca Lagi >>

Hapuskan tol: Hasrat Pakatan Harapan hanya janji populis – Dr Mohd Zuhdi

Posted: 21 Oct 2015 08:14 PM PDT

drzuhdi1_M
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata hasrat yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu bukan sahaja populis malah ia juga tidak realistik apabila mencadangkan sumber alternatif untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan. 

Pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan tol Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pertama Pulau Pinang sekiranya memerintah negara adalah langkah populis semata-mata yang hanya mahu menjanjikan 'bulan bintang' kepada rakyat.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata hasrat yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu bukan sahaja populis malah ia juga tidak realistik apabila mencadangkan sumber alternatif untuk membiayai penyelenggaraan lebuhraya itu datang dari cukai jalan.
Tegas Zuhdi, cadangan itu disifatkan sebagai populis adalah kerana kerajaan Pulau Pinang sehingga hari ini tidak mampu untuk menghapuskan tol atau mengurangkan kadar tol yang ada di negeri tersebut.
"Walaupun PH boleh memberi alasan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa terhadap konsesi lebuhraya, jika mereka benar-benar ingin meringankan beban rakyat Pulau Pinang banyak ikhtiar yang boleh diambil.
"Sebagai contoh mengeluarkan sejumlah peruntukkan tertentu dalam bajet tahunan untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol setiap hari untuk pergi bekerja.
"Cadangan supaya sumber alternatif untuk menyelenggara lebuh raya diambil dari cukai jalan bukan sahaja tidak realistik, tetapi juga tidak adil kepada rakyat khususnya golongan bawahan yang tidak atau jarang menggunakan lebuhraya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu lagi, terdapat tiga negeri di Malaysia iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai lebuh raya tetapi mereka perlu membayar cukai jalan yang kemudiannya digunakan untuk menyelenggara lebuhraya.
Jelasnya, dengan kos penyelenggaraan lebuhraya yang tinggi, sekiranya hasil daripada cukai jalan tidak mencukupi adakah ia bermaksud kadar cukai jalan nanti perlu dinaikkan.
Ujarnya, selain daripada itu, lebuhraya-lebuhraya di Malaysia semakin kerap digunakan oleh warga asing yang membawa kenderaan peribadi mereka memasuki negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga mitos, tiga realiti dan satu cita-cita

Posted: 21 Oct 2015 08:12 PM PDT

oleh Lim Kit Siang
WUJUD beberapa mitos politik di Malaysia yang perlu dipecahkan jika mahu Malaysia maju ke depan sebagai negara model dunia yang bersatu-padu, harmoni, sederhana dan masyarakatnya terbuka.
UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO
ipr_140121_pemiluMitos itu jauh dari benar kerana, sejak dari pilihan raya umum pertama pada 1959, UMNO bukanlah satu-satunya parti politik yang mewakili orang Melayu di Malaysia.
Namun, dari mitos inilah lahirnya mitos lain – mitos tentang hak dan kepentingan orang Melayu terancam lantaran UMNO bergelut dalam pertembungan politik. Mitos lain ialah jika UMNO disingkir dari Putrajaya, perkara pertama yang akan dimansuh ialah hak dan kepentingan orang Melayu.
Kalaupun Najib disingkir atau jika UMNO jatuh dari tampuk kerajaan, kuasa politik Melayu tidak pernah terancam. Seperti yang dicerminkan oleh demografi Malaysia, jawatan Perdana Menteri yang baru akan dipegang orang Melayu dan pakatan pemerintah baru juga didominasi oleh orang Melayu.
najib-shahrizat1Malah, Tengku Razaleigh Hamzah, seorang veteran UMNO ada menyebut beliau tidak pasti dari mana datangnya ancaman terhadap orang Melayu. Sedangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri – selain Pulau Pinang – dipimpin orang Melayu, perkhidmatan awam dan tentera juga kebanyakannya orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu juga ada.
Aktivis hak asasi Malaysia, Zainah Anwar turut mempersoal mengapa isu 'ancaman terhadap orang Melayu' datang setelah 58 tahun pemerintahan UMNO. Beliau bertanya mengapa – selepas empat dekad Dasar Ekonomi Baru diwujudkan:
– 75.5 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu
– 90 peratus lepasan universiti yang menganggur adalah orang Melayu
– Daripada RM54 bilion yang diperuntuk kepada individu dan institusi Melayu antara 1984 hingga 2005, hanya RM2 bilion yang kekal dipegang orang Melayu hari ini.
PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS
Parti yang memerintah sejak enam dekad lalu, UMNO juga tidak bersetuju dengan mitos itu. Hanya kerana seseorang tidak menjadi ahli parti politik tertentu, itu tidak boleh menjadi alasan untuk mempersoal kepercayaan agama dan semangat kenegaraannya.
Mitos itu hanya memecah belah dan menghancurkan cita-cita untuk membina masyarakat Malaysia yang progresif dan inklusif.
DAP-attracting-Malays-now-a-truly-Malaysian-party_EN_785x442DAP adalah Cina dan Cina adalah DAP
Sejak awal penubuhan DAP sekitar 50 tahun lalu, DAP menolak mitos itu. Matlamat DAP ialah menjadi parti untuk rakyat Malaysia, bukannya parti orang Cina atau parti orang bukan Melayu.
Bahkan, DAP adalah parti Pan-Malaysia pertama yang membuka cawangan di Sabah dan Sarawak serta mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau negeri.
Untuk menjadi sebuah parti disokong seluruh rakyat Malaysia, sesebuah parti tidak boleh menjadi anti-Melayu atau anti-Islam; tidak juga boleh anti-Cina, anti-India, anti-Dayak, anti-Kadazandusun ataupun anti-Buddha, anti-Kristian, anti-Hindu atau anti-Sikh.
Kerana itu, sejak pilihan raya umum pertama yang ditandingi DAP pada 1969, DAP sentiasa meletakkan calon berbilang kaum dan agama. Malah, pada pilihan raya 1969 itu juga, dua Ahli Parlimen Melayu dari DAP terpilih; satu di Perak dan satu di Negeri Sembilan.
Sepanjang 11 pilihan raya umum yang ditandinginya, DAP melantik ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu di Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan MIC, DAP juga lebih banyak melantik Ahli Parlimen India.
Atas usaha DAP juga, jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak diberi kepada orang India selepas pilihan raya umum 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Agenda Melayu dan penyelesaiannya

Posted: 21 Oct 2015 08:11 PM PDT


melayu tradisional


MUTAKHIR ini, kemarahan dan nasib orang Melayu menjadi topik popular. Bukannya semua yang marah, tetapi ada sekelompok dalam masyarakat Melayu, barangkali tercetus oleh rasa tidak selamat, telah mencipta bayangan yang mereka kini dalam ancaman.
Mereka rasa berpecah, terancam, serta tercalar maruah mereka. Walhal hampir semua kedudukan dan jawatan rasmi negara dipegang oleh orang Melayu, dan bilangan mereka melebihi 60 peratus daripada jumlah penduduk negara ini.
Banyak pihak yang mengatakan sentimen ini adalah tidak munasabah, dan ia adalah satu rekaan mental dan dipropagandakan untuk tujuan yang tidak baik – untuk mewujudkan sokongan di kalangan orang Melayu berdasarkan kebimbangan dan mungkin juga prasangka mereka.
Tindakan mengapi-apikan sentimen perkauman ini akan membawa kesan yang amat buruk. Kita perlu melakukan segala yang terdaya untuk mengelakkannya. Setakat ini, saya kecewa dengan kepimpinan yang ditunjukkan dalam soal ini.
Kita perlu menyedarkan rakyat Malaysia tentang apa yang terjadi di Syria – sebuah negara yang indah dan kaya sejarah yang kini musnah ekoran persengketaan dalaman yang disebabkan perbezaan sektarian. Mereka yang dahulunya hidup bersama kini saling berbunuhan, meninggalkan kampung halaman dan menjadi pelarian.
Kita sudah lupa dengan apa yang terjadi kepada Yugoslavia – barbarisme, pembunuhan dan pertumpahan darah yang memecah-belahkan negara itu. Ia sudah wujud sebagai sebuah negara selama 60 tahun sebelum itu. Apa yang terjadi seolah-olah membayangkan yang mereka hidup dalam penipuan selama tempoh itu. Adakah kita juga hidup dalam satu penipuan?
Masyarakat Melayu memang mempunyai masalah tersendiri dan isu sebenarnya adalah mereka ketinggalan dalam aspek pembangunan (under-development). Ini bukanlah satu masalah yang luar biasa – sudah ada pelbagai kajian tentang aspek sosiologi dan ekonomi dalam pembangunan sesebuah masyarakat, dan ada penemuannya yang relevan di sini.
beltwintowers-ringgitNamun perbincangan mengenainya haruslah bermula dengan menggariskan pentafsiran masalah yang betul sebenar -– bahawa ini adalah masalah pembangunan yang juga memerlukan penyelesaian bersifat pembangunan.
Masyarakat Melayu berhadapan dengan masalah pembangunan dalam pelbagai segi. Masih ramai orang Melayu yang berpendapatan rendah. Jumlah ini cukup ramai sehinggakan purata pendapatan masyarakat Melayu adalah lebih rendah daripada purata negara. Ia juga menunjukkan bahawa tahap modal insan mereka adalah juga rendah pada puratanya.
Selain itu, pembahagian pendapatan di kalangan orang Melayu juga menunjukkan jurang yang amat besar. Ia lebih besar daripada jurang pembahagian pendapatan antara kaum. Diperhatikan bahawa semakin lama, jurang pendapatan intra-kaum menjadi lebih besar berbanding jurang pendapatan antara kaum.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, mengapakah orang Melayu secara puratanya masih ketinggalan dalam soal pembangunan? Orang Melayu mana yang mendapat manfaat, dan apa yang terjadi dengan selainnya?
Jelas, model pembangunan yang semata-mata mewujudkan akses kepada kesihatan dan pendidikan asas sudah tidak berkesan lagi. Ia telah dijalankan dengan jayanya pada dekad-dekad awal selepas Merdeka. Akses meluas – hampir bersifat universal – kepada peluang pendidikan telah memperdayakan orang Melayu, sekaligus meningkatkan status sosial (upward mobility) mereka apabila semakin ramai yang memasuki pasaran tenaga kerja.
Daripada situ, pembangunan seterusnya mula melangkaui soal akses melalui pembangunan fizikal, dan menghala ke arah lapangan yang lebih bersifat 'dalaman' seperti pembentukan nilai dan institusi masyarakat.
Namun peredaran masa menyaksikan penyelesaian masalah pembangunan orang Melayu yang merupakan masalah negara, mula menjadi masalah Melayu yang eksklusif. Seolah- olah ada dua hala tuju yang selari tetapi berbeza – pembangunan negara dan pembangunan Melayu atau Bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Bajet 2016 ditolak, Najib masih boleh bubar Parlimen, kata penganalisis

Posted: 21 Oct 2015 06:56 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membuarkan Parlimen jika Bajet 2016 ditolak dalam Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membuarkan Parlimen jika Bajet 2016 ditolak dalam Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan jika gagal meraih sokongan majoriti dan kalah pada pengundian Bajet 2016 yang bakal dibentangkannya esok, kata Ketua Kluster, Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Kamal berkata, kerajaan akan hilang kepercayaan melalui dua cara iaitu melalui undi tidak percaya dan kalah dalam rang undang-undang penting.
"Jika perdana menteri kalah pada salah satunya, maka beliau harus meletakkan jawatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, perdana menteri dapat mengelakkan daripada pelucutan jawatannya kerana beliau mempunyai pilihan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. "Jika Yang di-Pertuan Agong tidak setuju untuk membubarkan Parlimen, maka perdana menteri perlu meletakkan jawatan," katanya.
Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Beliau berkata, proses pengundian terhadap bajet, kebiasaannya memakan masa dan hanya akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu selepas itu.
"Pembentangan bajet itu akan dibahaskan dan kemudian barulah diadakan pengundian," katanya.

Kenyataan Hadi wujud persepsi negatif terhadap Amanah

Posted: 21 Oct 2015 06:48 PM PDT

Adeysham Nor


Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Jasin sudah pun menonton video Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang yang menceritakan tentang haramnya hukum menubuhkan parti Islam baharu di Malaysia yang disandarkan kepada Yusuf Al Qaradhawi.
Kami melihat kenyataan presiden PAS itu bercanggah dengan pendapat Yusuf sebelum ini kerana terdapat banyak kitab beliau yang menceritakan mengenai keharusan hukum menubuhkan parti Islam yang lain.
Malah, beliau juga menganggap kepelbagaian parti ini seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqah.

Tulisan dan hujah ini boleh dirujuk dalam kitab beliau seperti kitab Fiqah Ikhtilaf, Fiqah Daulah serta artikel yang lain. Kami berpendapat, kenyataan oleh presiden PAS itu boleh mendatangkan persepsi yang buruk kepada rakyat Malaysia terhadap Amanah kerana ia melibatkan soal halal haram dan sebagaimana yang kita sedia maklum, perkara haram ini hukumnya berdosa dan boleh mendatangkan implikasi yang besar kepada amalan umat Islam.
Justeru itu, kami memohon kepada presiden PAS supaya menunjukkan surat penjelasan yang dihantar kepada Yusuf supaya umat Islam di negara ini amnya dan Ilmuwan Islam khususnya dapat menilai setiap penjelasan yang telah diberikan itu.
Kami juga memohon agar catatan setiausaha Yusuf juga dapat ditunjukkan bersama supaya pihak kami dapat mengetahui dalil & sebab haramnya penubuhan parti Islam Amanah.
Pemuda Amanah Jasin dengan ini mengambil pendirian untuk tidak membalas sebarang komen mengenai kenyataan presiden PAS itu sehingga beliau mendedahkan dokumen tersebut.

PAS mahu SPRM, Polis jawab misteri derma dana asing Najib selepas SRC ‘bersuara’

Posted: 21 Oct 2015 06:23 PM PDT

Susulan penafian SRC International Sdn Bhd mereka pernah menyalahgunakan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) semalam, PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menjelaskan segala persoalan yang masih belum terjawab.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan, apa hasil siasatan polis terhadap kebocoran maklumat siasatan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu yang dilancarkan Ogos lalu.
"Persoalan pokok ialah perdana menteri menerima 'derma' daripada siapa lagi ke dalam akaun peribadinya selain RM2.6 bilion yang pendermanya masih menjadi misteri," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan waktu dan masa syarikat tersebut membela diri lebih-lebih lagi apabila semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat, tidak sesuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab soalan sama ada beliau menerima "derma" daripada SRC International atau tidak, kerana SPRM masih menyiasat kes tersebut. Tuan Ibrahim berkata, lebih pelik lagi apabila kenyataan SRC International itu berkait dengan kertas pertuduhan terhadap Najib yang dikatakan palsu malah gambar rajah dana didakwa disalurkan daripada syarikat tersebut ke dalam akaun perdana menteri sudah dibangkitkan sejak 30 Julai lalu.
"Selepas 2 bulan setengah, SRC International tampil dengan berkata ia menjalankan siasatan dalaman dan percaya dakwaan itu berdasarkan kepada dokumen palsu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s new front line seizes control

Posted: 21 Oct 2015 06:11 PM PDT

It appears that Nazri and Pandikar have taken over for now from the likes of Rahman Dahlan and Salleh Keruak.
pandikar_nazri-aziz_600
Parliament is in session once again, and our regularly scheduled entertainment is turning out to be as diverting as the build-up promised it would be. Insults and quibbles are the order of the day, and as usual, the opposition has managed to get some of its representatives kicked out of the house.
Now, this is not to say the opposition is not doing its job. Some very hard questions have been asked, only to be ignored by the powers to be, and several motions of great interest to the public have been dismissed by the Speaker of the House, Pandikar Amin Mulia. Naturally, this has led to some shouting matches and the Speaker, in his infinite wisdom, has taken action.
The opposition cannot be faulted for assuming Pandikar is protecting Najib by eliminating "undesirable" motions. To the average man on the street, that is indeed what he seems to be doing. You'll be hard pressed to find a member of the public who does not find Pandikar's dismissal of pressing questions on the RM2.6 billion donation and his remarks about the no-confidence vote to be somewhat suspect.
Pandikar holds power in the august house, and he is not cowed by the aggressive opposition. His responses show a confidence in his standing, and his stalwart position will be a bugbear in efforts to bring a no-confidence motion against Najib, let alone to question him on matters of public interest. If he is indeed defending Najib, then he's doing a much better job than the other members of the circus who give us migraines everyday.
Read More / Baca Lagi >>

M'SIANS LOSE FAITH IN PANDIKAR, NAJIB'S 'STOOGE' SPEAKER, FEAR RINGGIT MAY HIT 4.80

Posted: 21 Oct 2015 06:09 PM PDT

M'SIANS LOSE FAITH IN PANDIKAR, NAJIB'S 'STOOGE' SPEAKER, FEAR RINGGIT MAY HIT 4.80
As the last Parliament session of the year kicks into motion, the question most people are asking is whether or not Dato Seri Najib will remain Prime Minister come the end of the session in early December.
The question of a no-confidence vote has been getting a lot of attention in the media. As Speaker of the Parliament, Tan Sri Pandikar has exercised his powers in delaying the vote.
At first he mentioned that it could not happen because private motions require a 2 weeks notice period. When it was pointed out that previous bills were tabled without this particular requirement, he backtracked and said that he needed proof of those supporting the motion before it could be tabled.
This was really surprising. Never before do you need proof before you table a motion. You table a motion and if the House votes it, then it is passed. The Speaker is not the judge of whether the motion passes or does not pass. That is the right given to the duly elected Members of Parliament.
Unfortunately, the Speaker is losing credibility because of the constant back tracking. If Najib is confident of the support, then he will let the motion be brought to the floor. Settle the issue once and for all.
By all this delaying and excuses, the Speaker is giving the perception that Najib is not confident that he will survive a test of no confidence.
This itself is a strange development. Many other Prime Ministers routinely face down the gauntlet of a vote of no confidence. Why should Dato Seri Najib be afraid? Settle the issue and once for all.
That itself belies a weakness or a strength in Dato Seri Najib, depending on the way you see it. Dato Seri Najib is the play safe of all play safe politicians. His calculus is always - why risk the position?

Tan sri pandikar amin mulia
But this in itself does not really alleviate the pressure on Dato Seri Najib, not to say that the pressure has suddenly forced him to make some critical mistake politically speaking. He is still PM, his Deputy is a loyalist and the Cabinet is keeping quiet. All hunky dory?
So it seems one word in poker - check. Dato Seri Najib - check. UMNO MP rebels - check. Tan Sri Muhiyiddin - check. Tengku Razaleigh - check. All check.
In this round, Najib is the winner because all the players check and no one wants to show hand. He remains as PM, his detractors remain his detractors, and nobody shows hand.
So we look to the next round, beginning on Friday morning.That is budget time.
CONTINUATION ONE
Read More / Baca Lagi >>

Inilah realiti hidup masa kini di bumi MALANGSIA..

Posted: 21 Oct 2015 04:36 PM PDT

..berbanding kemewahan & kesenangan TIADA TOLOK BANDINGNYA pasangan Puan Puti Reno bersama pahlawan bugis di istana 'PUTAR JAYA' yg ditanggung sepenuhnya oleh duit cukai rakyat..

PANDIKAR NAK SENARAI ANTI NAJIB LEBIH DULU PULAK...

Posted: 21 Oct 2015 04:27 PM PDT

Usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Perdana Menteri, Najib Razak seakan menerima halangan lagi apabila Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia mahukan pihak pembangkang menghantar senarai Ahli-Ahli Parlimen yang mahu menyokong usul berkenaan terlebih dahulu sebelum sedia mempertimbangkan kelulusannya.

Saya masih menunggu senarai itu di atas meja saya kerana setahu saya mereka ada 89 undi saja. Apabila senarai yang mereka ada mencecah 90 atau 100, mungkin saya boleh tekan kerajaan untuk usul itu dibahaskan, kata Pandikar.

Meminta senarai awal sehingga 90 atau 100 yang menyokong usul itu secara tidak langsung bermakna ia berupa "pancingan" daripada Speaker agar pembangkang mendedahkan siapa Ahli-Ahli Parlimen BN yang bukan saja anti Najib, malah yang sanggup "melompat kolam". 

Sudah tentu ianya sesuatu yang mustahil boleh dilakukan. Kalau pun ada yang tergerak hati, tidak mungkin mereka sanggup "menjerut leher" lebih awal daripada yang sepatutnya.

Dan kalau pun pembangkang misalnya dapat membuktikan angka itu, ia memungkinkan terdedah pula kepada proses "tawar menawar" yang menyebabkan mereka itu kembali menyokong BN.

Hasilnya, tetap tak lepas juga usul tersebut.

Sebelum itu, usul persendirian tidak percaya terhadap Najib yang cuba dibawa oleh PKR disenaraikan di agenda 25 daripada 28 keseluruhannya dan belum tentu dapat dibentangkan berikutan aturan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kemudian apabila DAP mahu Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri membentangkannya, ia juga dikatakan tidak mungkin sempat dibawa dalam sessi Parlimen yang sedang berjalan sekarang kerana ia memerlukan notis 14 hari lebih awal.
Read More / Baca Lagi >>

Undi Tidak Percaya: Permintaan Speaker tidak masuk akal -Anina

Posted: 21 Oct 2015 04:24 PM PDT

Ia seolah-olah membawa maksud perlu diadakan punggutan suara terlebih dahulu sebelum BN mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
anina_Pandikar-Amin-Mulia_600
PETALING JAYA: Anina Saadudin membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membuat kenyataan pelik dan sukar diterima akal yang waras.
Pandikar Amin meminta pihak pembangkang mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuj membolehkan usul undi tidak percaya dibahas.
Anina, bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi itu berkata, permintaan Pandikar Amin itu seolah-olah membawa maksud kerajaan perlu membuat punggutan suara terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
"Jika begitulah caranya, apa kata kerajaan buat pungutan suara awal sebelum pilihanraya. Jika didapati ramai yang tidak mahu sokong Barisan Nasional (BN) maka janganlah buat pilihanraya. Kita bertanding kalau kita menang saja," sindirnya.
Anina yang dipecat dari UMNO kerana menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul undi tidak percaya tidak sepatutnya dirumitkan jika Najib yakin mendapat sokongan majoriti dalam dewan.
"Presiden Pas sendiri sudah mengumumkan sokongan parti tersebut terhadap Datuk Seri Najib (Hadi Awang menafikan membuat kenyataan itu). Jika itulah keadaannya maka sudah pastilah undi tersebut akan gagal," katanya.

Dia mendakwa, Speaker seolah-olah cuba mencari alasan bagi mengagalkan usul itu untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
"Ia seolah-olah Najib dapat merasakan ramai Ahli Parlimen BN akan menyokong undi tidak percaya ke atas dirinya. Bukan itu sahaja, Najib juga sebenarnya tidak percaya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pendapat saya, untuk apa lagi Najib menjadi Perdana Menteri jika dia sendiri sudah tidak percaya kepada Ahli Parlimen BN sendiri," katanya.
Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya berani membenarkan usul undi tidak percaya kepada beliau bagi membuktikan darah Pahlawan Bugis tetap mendapat sokongan manjoriti wakil rakyat BN.

1MDB akan jawab Tony Pua dalam siasatan PAC

Posted: 21 Oct 2015 04:20 PM PDT



1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersedia menjawab segala pertanyaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sewaktu siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Kami tidak sabar untuk menjawab Tony Pua - setiap proses berkaitan serta dengan semua bukti sokongan, pada siasatan PAC akan datang," kata syarikat itudalam kenyataan semalam.
1MDB juga berkata ia telah mengemukakan dokumen syarikat yang sahih termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengarah kepada pihak berkuasa yang melakukan siasatan seperti polis dan Ketua Audit Negara.
"Ketua Audit Negara juga telah mengesahkan laporan akhir akan siap sebelum akhir tahun ini," katanya.
Syarikat itu menjelaskan laporan akhir berkenaan akan diserahkan kepada PAC yang Pua merupakan anggotanya, sebelum jawatankuasa itu membentangkan hasil siasatan mereka kepada Parlimen.
Semua maklumat berkaitan akan dibuka kepada awam selepas ia dibentangkan di Parlimen, katanya.
"1MDB kekal fokus memberikan kerjasama kepada pasukan siasatan pihak berkuasa," katanya.
- Bernama

Najib janji tindakan paling keras jika siasatan 1MDB dedah wujud salah laku

Posted: 21 Oct 2015 04:19 PM PDT



Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji mengambil "tindakan paling keras" terhadap mereka yang bertanggungjawab jika siasatan 1MDB mendedahkan wujud salah laku.
Perdana menteri berkata 1MDB berdepan tempoh yang sangat mencabar namun "langkah-langkah konkrit" sedang diambil untuk menangani keadaan.
Berucap merasmikan Forum Transformasi Global, atau GTF 2015 yang pertama kali diadakan di KLCC di ibunegara semalam, beliau berkata 1MDB melaksanakan pelan rasionalisasi yang, jika dibiarkan berterusan tanpa halangan, akan membolehkan syarikat itu membayar balik hutang terkumpul dan menyelesaikan "isu-isu aliran tunai" yang dihadapinya.
"Dari segi dakwaan salah laku, terdapat beberapa penyiasatan, sesetengahnya di Malaysia - yang saya sendiri arahkan - dan yang lain dengan pihak berkuasa antarabangsa yang saya alu-alukan," kata Najib.
"Daripada menjalankan perbicaraan oleh media, kita mesti menunggu hasil siasatan, dan jika didapati sebarang bukti salah laku, saya boleh memberi jaminan bahawa tindakan yang paling keras akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Sambil merujuk kepada teras forum tersebut, Najib berkata, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, telah menarik minat negara-negara lain dan mendapat pengiktirafan badan-badan antarabangsa yang terkemuka bagi metodologinya dalam membawa transformasi negara.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker mahu lihat senarai sokongan sebelum benarkan undi tak percaya dibahas

Posted: 21 Oct 2015 04:16 PM PDT

Pihak pembangkang sepatutnya menghantar senarai ahli Parlimen yang menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai salah satu cara untuk meluluskan usul tersebut di Dewan Rakyat, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Speaker Dewan Rakyat itu berkata, sekiranya pihak pembangkang menghantar senarai tersebut, beliau boleh mempertimbangkan kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dibahaskan.
"Siapa sahaja boleh membawa usul tersebut, namun perlu ikut peraturan mesyuarat 26 dan 27 dan ia perlu notis.

"Kalau itu dipenuhi, maka kita boleh letak dalam peraturan mesyuarat tetapi tidak semestinya setiap usul, terutama yang dibawa bukan kerajaan akan dapat dibahas. "Kerana kita kena lihat peraturan mesyuarat 15," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pandikar berkata Parlimen tidak mempunyai masalah untuk meluluskan usul itu sekiranya segala peraturan Dewan dipenuhi.
Bagaimanapun beliau berkata, tidak semestinya usul undi tidak percaya itu perlu dibawa ke Dewan untuk diundi dengan memberi contoh apa yang berlaku di Sabah.
"Setakat ini saya masih menunggu senarai pembangkang di atas meja saya kerana saya tahu mereka ada 89 sahaja.
"Apabila senarai mereka yang mungkin mencecah 90 atau 100 mungkin saya boleh tekan kepada kerajaan untuk bahas," katanya.
Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya akan tetap memfailkan usul tersebut, tidak kira sama ada diterima atau ditolak speaker.
Menurut Pandikar, melalui peraturan mesyuarat, mana-mana usul yang ingin dibawa ke dalam perbahasan di Dewan Rakyat perlu dikemukakan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

Bajet alternatif pembangkang jimat RM30b

Posted: 21 Oct 2015 06:22 AM PDT

Bajet alternatif pembangkang jimat RM30b
KUALA LUMPUR - Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan dijangka akan membawa penjimatan sehingga RM30 bilion.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, jumlah simpanan itu hasil daripada pembasmian perbelanjaan sambil lewa dan pembaziran serta rasuah.

"Apabila kita dapat mengurangkan perbelanjaan sia-sia, kita dapat menambahkan pendapatan negara," katanya.

Menurutnya, banyak penyelewangan dan ketirisan berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

" Pakatan Harapan berani meletakkan RM30 bilion itu kerana selama ini terlalu banyak  kebocoran besar dan tidak berfaedah terjadi," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, bajet alternatif Pakatan Harapan dapat mengurangkan belanjawan dan meningkatkan pendapatan negara.

"Penghapusan aktiviti rasuah dapat menyelamatkan sehingga RM124 bilion.

"Banyak perbelanjaan yang tidak perlu  di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan sekali gus turut memberi keyakinan terhadap pelabur.

"Kita membina semula kepercayaan pelabur mahupun rakyat terhadap pemerintahan," katanya.

PAS: We’re not consulted on no-confidence motion

Posted: 21 Oct 2015 06:21 AM PDT

It will be futile because there is no consensus among the opposition parties, says its vice-president.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah
KOTA BARU: PAS has said that it was not consulted or informed about an opposition plan to table a vote of no-confidence against Prime Minister Najib Razak in the Dewan Rakyat.
Its vice-president, Mohd Amar Nik Abdullah, said PKR's proposed motion would be futile because there was no consensus among the opposition parties.
"If there is no proper preparation, no discussion, no consensus, then it will be just any ordinary motion," he told reporters after attending the Silver Jubilee celebration of PAS rule in Kelantan at the Sultan Muhammad IV Stadium here last night.
MP Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) was quoted as having said yesterday that he would withdraw his motion for a vote of no-confidence against the prime minister to pave the way for Opposition Leader and PKR president Wan Azizah Wan Ismail to table a similar motion.
However, Dewan Rakyat Speaker Pandikar Amin Mulia had said that the motion might not be accepted for debate because it must be submitted 14 days before the beginning of the Dewan Rakyat session.
BERNAMA

PAS plans to field non-Muslims in DAP-held seats

Posted: 21 Oct 2015 06:20 AM PDT

The party is conducting a survey and gathering information on the constituencies, says its vice-president.
Mohd-Amar-Nik-Abdullah_pas_dap_600
KOTA BARU: PAS is considering fielding non-Muslim candidates from its PAS Supporters Assembly in seats held by the DAP in the next general election, said party vice-president Mohd Amar Nik Abdullah.
"We are conducting a survey and gathering information on the potential constituencies. The matter has not been finalised yet," he told reporters after attending the Silver Jubilee celebration of PAS rule in Kelantan at the Sultan Muhammad IV Stadium here last night.
Mohd Amar, who is also Kelantan deputy menteri besar, was asked for his comments on the formula on allocation of seats among the opposition parties proposed by the DAP.
DAP adviser Lim Kit Siang had proposed that PAS contest in Kelantan, Terengganu, Kedah and Perlis while the newly-formed Parti Amanah Negara field candidates in the other states, subject to the agreement of the other opposition parties.
Mohd Amar said PAS was no longer bound by the recommendations of DAP as the two parties had severed ties.
BERNAMA