Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apa lagi MCA mahu?

Posted: 20 Oct 2015 10:29 AM PDT


MCA perlu membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan Cina, barulah boleh menuntut ini dan itu. Jika tidak, tidak perlu terlalu bising sangat.

Buatlah kajian akademik kenapa MCA, mahupun Gerakan dan SUPP tidak mendapat perhatian orang Cina. Isu Cina babi dan sekolah vernakular yang dibangkitkan, perlu juga dilihat secara positif, kenapa Melayu memberi respons sedemikian, tentu ada sebab.

Melayu Islam yang saya kenali tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat jika mereka tidak marah. Melayu pantang dicabar dan rasa tercabar. Cuba fahami psiko orang Melayu sebagaimana saya fahami.

Sudah acap kali saya sebut dalam ceramah dan tulisan bahawa saya amat tidak bersetuju dengan kata-kata kesat stereotaip seperti 'Cina babi', 'Cina mampus', dan sebagainya.

Tidak kurang pula yang memuji seperti Cina rajin, Cina pandai berniaga dan pujian positif yang lain. Justeru, janganlah terlalu sensitif, sehingga terlalu memaksa.

Apabila PM berkata, SJKC akan terus kekal dalam sistem pendidikan, maka buatlah penambahbaikan supaya operasi tidak terlalu kecinaan, sehingga lebih Cina daripada Cina di negara China.

Biar pelat sedikit dalam bahasa ibunda, tak apa. Asalkan bahasa kebangsaan dimartabatkan. Begitu juga, jika mahu UEC diiktiraf, maka ikutlah syarat-syarat KPM. Kenapa susah sangat mahu memenuhi permintaan KPM? Bukan mahu mengasimilasikan orang Cina.


Pernahkah kajian dibuat, kenapa pelajar berada dalam universiti awam mahupun swasta, masih lagi hidup dalam kotak perkauman. Pergi ke kelas, duduk sesama mereka, keluar kelas, ke kantin sesama mereka. Boleh dikatakan, kita akan nampak dengan jelas tompok, putih, hitam, antara keduanya, di dalam dan di luar kelas.

Terlalu obses dengan jawatan dan mahukan itu dan ini juga membahayakan sebab mencabar kesabaran Melayu. Orang Melayu diminta berkorban, sedangkan diri sendiri tidak menampakkan pengorbanan tersebut.

Ikutlah tindak-tanduk Parti Progresif Penduduk (PPP), bersedia melepaskan kerusi yang ditandinginya kepada Gerakan jika itu yang diminta. PPP bukan sebuah parti yang mementingkan kerusi. Sebaliknya mementingkan perpaduan dalam BN dan semangat kerjasama untuk memastikan kemenangan BN.

Pada PRU13, PPP gagal memenangi semua kerusi yang diambil daripada Gerakan. Apakah Gerakan boleh memenangi kerusi tersebut jika diberi semula? Seperti syor saya minggu lalu kepada MCA, Gerakan juga tidak layak untuk menduduki kerusi Kabinet berasaskan kepada prestasinya. Namun, diberi juga atas nama setia kawan.

Berbalik kepada MCA, cadangan agar kerajaan mewujudkan Majlis Rekonsilasi Tadbir Urus Politik, Hal Ehwal Agama dan Perpaduan bagi menyelesaikan isu ketegangan kaum, perbezaan fahaman agama dan sosioekonomi masyarakat, tidak perlu kerana kita sudah ada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Perkukuhkan JPNIN. Ketuanya juga adalah orang Cina.

MCA juga mendesak mahu menubuhkan sebuah Bank Koperasi Kojadi bagi memperkasakan pembangunan ekonomi dan transformasi secara berkesan. Mungkin mahu mencontohi kejayaan Bank Rakyat. Tak puas lagi dengan apa yang ada? Apa lagi MCA mahu?


Bayangkan selepas ini semua parti BN mahu menubuhkan bank koperasi, apakah kerajaan juga akan tunduk? Cadangan saya, jutawan-jutawan MCA, tampillah membantu orang Cina. Bayangkan daripada 40 terkaya di Malaysia, hampir 30 ialah orang Cina, masih tidak mampukah untuk bantu orang Cina yang lain sehingga terpaksa tubuh bank?

Zaman globalisasi hari ini kerajaan sibuk untuk mengecilkan bilangan bank, MCA pula mahu menambah bank. Kenapa begitu ultra kiasu.

Janganlah terlalu fokus kepada ekonomi sangat kerana kedudukan orang Cina secara puratanya sudah teguh. Jika mahu fokus pun, tumpukan kepada Cina yang masih gelandangan atau mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Tidak perlu menyenangkan lagi yang sudah kenyang.

Fokus utama kini adalah fikirkan bagaimana mahu merapatkan hubungan kaum Cina-Melayu terutama melalui pendidikan. Bantulah kerajaan untuk memberikan kefahaman kepada NGO ultra kiasu, terutama penambahbaikan SJKC supaya operasinya tidak terlalu kecinaan seperti saya syorkan minggu lalu.

Jika asimilasi itu sudah ditolak sepenuhnya, integrasi dan akomodasi yang menjadi keutamaan, lakukan yang terbaik untuk menjunjung agenda negara, bukan mewujudkan negara dalam negara.

Jika perkara ini tidak diperbaiki, tidak mustahil akan muncul banyak lagi perhimpunan baju merah melawan kuning. Perkataan yang lebih kesat akan keluar. Ketika itu tidak guna lagi beremosi.

Oleh : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PP1, UNISZA

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


AP TAK HADHIR dan UNDI luluskan belanjawan harus DIPECAT!!!

Posted: 20 Oct 2015 10:00 PM PDT


Zamkata menulis:

Datuk Sri Najib akan jatuh sebagai Perdana Menteri jika sekiranya Barisan Nasional tidak dapat  mengagalkan  langkah pembangkang  untuk menyekat atau meluluskan pembentangan belanjawan negara yang akan dikemukakannya di Parlimen  Jumaat ini.

Kegagalan ini akan sama seperti kejayaan undi tidak percaya
 
Pandangan penganalisis politik Wong Chin Huat di Malaysiakini disamping berita Pas dan PKR setuju kerjasama untuk undi tidak percaya pada Najib yang diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali  petang ini tidak boleh dipandang kecil.
 
BN dipercayai telah pun memperhetongkan kemungkinan ini dan sedang berkerja keras untuk menutup semua ruang yang memungkinkan  gerakan itu terutama mengawal  pembelotan MP BN. 
 
Sekiranya usaha memaksa Najib berundur menerusi pintu belakang ini berjaya maka negara akan menyaksikan suatu senario kerjasama politik baru antara BN dan parti pembangkang
 

BN tidak menolak peranan penting  Tengku Razaleigh  walaupun beliau telah menapikan sebarang campur tangan dalam operasi ini [baca komen Bujai di SINI] dan pembangkang nampak seperti tidak sekata.

Baca sepenuh Zamkata di SINI.

-------------------------------

Pembentangan baget dijadualkan pada 23 Oktober. Perbahasan dijangka 4 hari dari 26hb-29hb. Perbahasan dasar mulai Nov 2hb. Maka ketika itu undian tentang belanjawan dijangka berlaku.

MP Pembangkang tanpa PAS dan Tan Sri Khalid Ibrahim ada 74 orang. Sama ramai dengan MP backbencher BN. Ahli Backbencher selalunya ada di dewan. 

Yang dibimbang, masa mengundi Menteri2 dan Timbalan2 tidak hadhir. Selalunya pihak BN boleh dapat hanya seramai 88 dan pihak Pakatan hanya 71. Tolaklah Puchong, Segambut dan mungkin Gelang Patah, baru 68. 

Jika Menteri dan Timbalan tidak datang, ada sabotaj dari faction penentang dalam UMNO dan gunting-gunting dalam lipatan, belanjawan ditolak boleh berlaku.

Belanjawan dijangka lepas.

Oleh itu sesiapa yang tidak datang akan panas bontot! 

Ada pihak pantau siapa tak hadhir. Nama mereka akan diingat dan diungkit sebagai cuba sabotaj kerajaan.

Jijah "blur" lagi ... USUL YANG DITARIKBALIK, TAK BOLEH CADANG BALIK

Posted: 20 Oct 2015 06:58 PM PDT


Agenda Daily melapur:

Pelakon utama dalam drama (916) tidak menjadi itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang berehat dalam penjara kerana didapati bersalah main belakang pembantunya.

Pada 20 Oktober 2015 isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail pula mengambilalih watak utama itu untuk menerajui drama baru yakni untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Cuma beza sikit kali ini Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terpaksa jadi bidan terjun memegang watak berat itu hasil persetujuan di mesyuarat pimpinan Pakatan Amanah yang diadakan di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen Selasa.

Ini setelah rakannya,DAP tidak setuju usul itu dibawa Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan,Hee Loy Sian.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menilai 'macam main guli' jika usul besar itu dibawa oleh Ahli Parlimen PKR yang lighweight itu.Jadi mereka mahu orang yang bertaraf presiden parti yang main peranan itu.

Hee Loy Sin sudah setuju untuk tarik balik usulnya yang telahpun disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan yang secara secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada hari Isnin, 19 Oktober 2015.

Baca sepenuh di SINI.

Sorry Jijah, kamu blur lagi ...

 Persoalannya, apakah Pembangkang ini tidak faham peraturan Parlimenkah?

Mengulas pengumuman itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa membayangkan usul itu tidak mungkin dapat diterima untuk dibahas pada sesi kali ini kerana setiap usul harus dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum persidangan bermula. seterusnya
Satu lagi peraturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat ialah:
(2) Apabila pemberitahu usul ditarik balik seperti yang disyaratkan itu selepas usul itu dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, maka usul itu tidak boleh dicadangkan tetapi hendaklah dibiarkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat 
dan, apabila sampai masanya, Tuan Yang di-Pertua atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat, hendaklah memasyhurkan iaitu usul itu adalah disifatkan telah ditarik balik dan perkara ini hendaklah dimasukkan dalam buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat.
Usul yang ditarik balik tidak boleh dicadangkan!

Petikan dari MIM SINI

Najib akan jawab serentak isu-isu RM2.6 bil, 1MDB dll. berkaitan

Posted: 20 Oct 2015 05:19 PM PDT


KUALA LUMPUR - Putrajaya akan menjawab soalan-soalan di Parlimen mengenai RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, demikian kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Soalan ini akan dijawab serentak dengan semua soalan-soalan lain yang mempunyai makna yang sama, pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian pada persidangan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng ( DAP-Bagan) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Kedua-dua Ahli Parlimen pembangkang itu telah mengemukakan soalan yang sama mengenai wang, termasuk asal-usulnya, bagaimana ia digunakan, penerima dan baki dana.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini ada menjelaskan bahawa RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik daripada penderma Timur Tengah.


Isu dana politik ini telah dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Najib pada persidangan Parlimen kali ini.

Baca sepenuh di Suara

Kenapa ke Qatar bila Timbalan Ketua Ulamak Sedunia ada di Malaysia?

Posted: 20 Oct 2015 08:30 AM PDT


1. Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.

Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS,

2. Yusof Al Qarddawi adalah Ketua Kesatuan Ulama Sedunia..

Apa kata selepas ini Muhjahid berjumpa pula rakan baik Yusof Al Qardawi iaitu Timb Ketua ulamak Sedunia iaitu Tuan Hj Datuk Hadi Awang. Baru tak kelihatan berat sebelah.

Ha ha ha.

FB Cucu Tok Bersiong



Kuning tu berdaulat

Posted: 20 Oct 2015 06:37 AM PDT



Takpa hak tunku sebagai orang muda.

Cuma tunku suka macam2 urusan.



Termasuk juga hal yang belum dibuktikan.






Posting terbaru Zam: Batu api ATAU dah U turn?

Posted: 20 Oct 2015 04:23 AM PDT


Zam baru terima kunjungan Dato Zahid... langsung ditulis dalam blognya sesuatu yg berlainan.

Petikan daripada blog ZamKata, tulisan terbaru beliau bertajuk KESILAPAN BESAR NAJIB TIDAK PECAT TIMBALAN PRESIDEN UMNO.

"Harus diingatkan  Mahathir  mengambil risiko yang sangat tinggi dalam mengambil  tindakan terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mempunyai sokongan yang kuat dari hampir semua anggota Majlis Kerja Tertinggi (Kecuali seorang dua) dan sokongan dalaman parti  dan sebahagian besar rakyat di luar parti, dan berbagai-berbagai pertubuhan,siswa-siswa dan juga parti-parti pembangkang.

Mahathir bertindak keras dan nikat sebagai seorang doctor dan sebagai seorang political animal, do or die. Beliau tidak sahaja melakukan  pembedahan tetapi membunuh musuhnya  dihadapan hulubalang-hulubalang hamba setia Anwar Ibrahim.

Jika tidak kerana Ibrahim Ali berada di mesyuarat MKT pada malam itu, Mahahtir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Bila Anwar melawan, Ibrahim Ali menumbuk meja dan "meterbalikan meja"  yang menyebabkan semua oportunis  serta merta berpaling tadah menyokong Mahathir.

Ibrahim Ali dengan berani dan lantang menunjukan  Anwar Ibrahim  sebagai penderhaka yang tidak mengenang jasa dan tidak berterima kasih kepada Dr. Mahathir.

Ibrahim Ali buktikan beliau  adalah seorang yang berdarah daging UMNO dan  penyelamat parti dalam keadaan runcing.

Beliau bukan sebarang anak Kelantan. Perwatakannya hampir sama dengan Abdullah Ahmad (Dolah Kok lanas) yang setia pada Tun Razak.

Mahathir sendiri tidak menyangka yang Ibrahim Ali akan muncul sebagai penyelamatnya ketika beliau berada dalam keadaan yang amat tercabar. Tidak ada pakatan antara mereka sebelumnya."

Artikel penuh di http://zamkata.blogspot.my/2015/10/kesilapan-besar-najib-tidak-pecat.html?m=1

--------------

Batu api ke?

ATAU dah konar untuk bantu Zahid?





Undi tak percaya: PAS, PAN dan ...PAM ada berapa kerusi?

Posted: 20 Oct 2015 01:30 AM PDT


Ni mesti poster pembangkang... cuma nak tahu apa itu PAM?


Ohhh ... rupanya.

Macam-macam, ada kata ada 7 jahanam tapi dah jadi 6 jahanam.


Atas arahan DAP, Wan Azizah yg akan buat undi tak percaya dan PKR PJ Selatan terpaksa akur tarik balik usul.


Wan Azizah baru nak masuk usul sebagai usul persendirian. Dah usul nombor 29... sempat ke? Hehehe ....



Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI PERPADUAN INI

Posted: 20 Oct 2015 01:34 PM PDT

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana permulaan-permulaan perpaduan UMNO-PAS semakin hari semakin akrab. Walaupun masih Ada suara-suara nakal tetapi ianya berlalu dihembus angin.

Mitos orang-orang Amanah dan PKR kononnya UMNO akan memperbodohkan PAS. Mereka lupa PAS bukanlah bodoh nak terikut dengan mitos DAP lebih baik daripada UMNO. 

Semalam di Pulau Pinang, UMNO sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalin hubungan dengan PAS dengan lebih akrab. Walaupun , sebelum jni hubungan UMNO-PAS Pulau Pinang hanya di belakang tabir tetapi kini mereka sudah bersedia. Sudah banyak aktiviti mereka jalankan bersama dan umat Islam sangat gembira.

Dengan keputusan Mahkamah menolak bantahan GERAKAN, maka PAS sudah melepasi cabaran Mahkamah dan ianya membolehkan PAS mengemukakan Usul baru di Parlimen untuk membolehkan perlaksanaan Hudud dilaksanakan di Kelantan (sebagai permulaan).

Sebagai umat Islam yang bersaudara, ahli-ahli Parlimen UMNO menjadi hak peribadi mereka untuk memberi sokongan 100% kepada Hudud. Ianya telah dibuktikan dalam DUN Kelantan, Di mana 100% YB UMNO menyokong Hudud.

Jika Mat Sabu Dan Amanah tidak berminat sokong Hudud di Parlimen, jika PKR tidak berminat menyokong... PAS tidak lagi perlu risau, kerana Ahli Parlimen UMNO akan pasti menyelamatkan Hudud.

Semoga ALLAH SWT  merahmati pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO kerana kerja-kerja agama Islam ini. Aaamiiin...

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hina Speaker Dewan Rakyat, Kit Siang Perlu Mohon Maaf

Posted: 20 Oct 2015 08:32 PM PDT


Bukti Qardawi Nyatakan Haram Tubuh Parti Baru Amanah

Posted: 20 Oct 2015 02:30 AM PDT


Monyet : Ucapan Hadi Awang Ini Pasti Buat PAN Panas

Posted: 19 Oct 2015 11:30 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


H60K bukti PAS makin mantap, sukar digugat parti lain - Dr Mohd Zuhdi

Posted: 20 Oct 2015 05:47 PM PDT


Post Pic

PAS berjaya buktikan parti itu semakin mantap dan padu selepas himpunan anjurannya, Himpunan Fastaqim (H60K) pada Sabtu lalu berjaya menghimpunkan lebih 100,000 ahli sekaligus menjadi petunjuk bahawa kemelut dalaman parti itu hampir reda sepenuhnya.
 
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, parti itu memasuki fasa lonjakan yang baru pasca himpunan berkenaan, berbanding ketika sedang dalam kemelut beberapa tahun lalu. 
 
"Ketika ini, berdasarkan pemerhatian awal Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PAS mempunyai kelebihan berbanding parti-parti besar lain yang sedang bergelut dengan krisis dalaman.
 
"PPP mengunjurkan mulai bulan November 2015, PAS akan memasuki fasa lonjakan baru, iaitu mula menumpukan kepada hal ehwal luaran parti dan kebersamaan yang lebih meluas bersama masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Himpunan berkenaan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu dianjurkan sebagai menyatakan sokongan berterusan kepada parti berkenaan selepas beberapa 'ujian' yang melandanya.
 
Ia himpunan pertama anjuran PAS selepas kemelut dalaman membabitkan parti itu yang menyaksikan beberapa pemimpinnya keluar parti bagi menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas tidak selari dengan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Read More / Baca Lagi >>

Peruntukkan yang jelas pun boleh dikatakan tidak jelas.

Posted: 20 Oct 2015 05:45 PM PDT

Oleh YB MOHAMED HANIPA MAIDIN


Hari ini 19/10/2015 sidang Parlimen bermula. Dua orang Ahli Parlimen telah diperintahkan keluar dari Dewan iaitu Ahli Parlimen Puchong ( DAP ) dan Ahli Parlimen Segambut.

Parlimen juga meluluskan dua usul yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Usul melantik ahli baru Jawatankuasa Pemilih dan pengerusi baru Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara ( PAC ) iaitu melantik Yb Rompin , Dato Hasan bin Arifin menggantikan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan bin Mohamed .

Saya bangun membahas usul Kerajaan mengenai PAC dan berlaku perdebatan yang hangat ( insya Allah video berkenaan ucapan saya akan dikongsi di sini insya Allah ).

Dalam perbahasan , saya membangkitkan perkara -perkara berikut

1. Usul Kerajaan tersebut adalah cacat kerana gagal menyatakan secara spesifik di bawah Aturan mana Peraturan Mesyuarat ( standing orders ) ianya dikemukakan. Saya menyatakan apabila usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkang gagal menyatakan di bawah Aturan mana ia dibawa ianya akan ditolak namun kenapa bila melibatkan usul Kerajaan ianya tidak ditolak .

2. Saya juga membangkitkan mengapakah Tuan Speaker mengarahkan penyiasatan yang dilakukan oleh PAC mengenai isu IMDB ditangguhkan atas alasan Pengerusi PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan berdasarkan Aturan 77 ( 3 ) Peraturan Mesyuarat, penyiasatan boleh diteruskan oleh Timbalan Pengerusi ( YB Tan Seng Giaw ( DAP ) selaku Timbalan Pengerusi ) . Penyiasatan itu ditangguhkan tatkala orang No 1 IMDB sepatutnya akan dipanggil memberi keterangan. 
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa saya tinggalkan PAS dan sertai AMANAH ?

Posted: 20 Oct 2015 05:44 PM PDT

Oleh Mohammad Tazli Azizan

Baru-baru ini saya diajukan soalan oleh beberapa orang junior saya di UK, apakah yang

menyebabkan saya berubah pandangan dan menyertai AMANAH.

Saya berpeluang menyambung pelajaran di United Kingdom 3 kali. Semasa ijazah sarjana muda di University of Sheffield (1 tahun di UMIST, Manchester), graduasi pada 2003, ijazah sarjana di University of Newcastle upon Tyne, graduasi pada 2005, dan seterusnya saya melanjutkan pengajian PhD saya di Imperial College dari tahun 2009 - 2013.

 Sejak dari zaman undergraduate, saya telah bergiat aktif di dalam jemaah al-Hizbul Islami (HIZBI), dan pernah memegang jawatan di peringkat pusat ketika di tahun akhir pengajian. Ketika itu juga, Dato Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Hizbi ini gerakan haram, dan sejurus selepas itu, kami semua bergerak 'bawah tanah'.

Setiap kali saya ke UK untuk menyambung pengajian, saya akan mencari rakan-rakan sejemaah untuk memudahkan urusan saya, apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan gerak kerja dakwah semasa di sana.

 Banyak kenangan manis, Alhamdulillah, yang membentuk diri saya. Daripada situ, saya mengenal dakwah dan tarbiah. Daripada situ, saya mengenali PAS. Daripada situ, saya mengenali isteri saya Putri Nurizatulshira.

Sekitar zaman saya sebagai seorang pelajar undergraduate, kami sungguh beruntung kerana, pimpinan-pimpinan PAS pada masa itu, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Almarhumah Dr Lo'Lo' Ghazali, Dato Mahfuz Omar, Dr Siti Mariah, Dato Husam Musa, Hanipa Maidin, dan ramai lagi pimpinan datang ke program kami setiap kali kami mengadakan perhimpunan berkala (winter gathering, spring gathering, summer gathering dsbnya). Dengan berbekalkan wang elaun kurang daripada 400 pounds sebulan, banyaknya kami belanjakan untuk mengikuti program-program sebegini, untuk memantapkan fikrah kami.

Melihat pimpinan-pimpinan yang pragmatik inilah menjadikan hati saya tertarik untuk bersama PAS.

Mengetahui gerak kerja mereka yang professional, dan meliputi segenap lapisan masyarakat, saya sungguh teruja. Saya sendiri kemudiannya menjadi ajen perkaderan yang menarik adik-adik junior menyertai Hizbi, dan kemudiannya menjadi ahli yang komited dalam PAS.

Pada ketika itu, kami menyedari akan kewujudan pelbagai jemaah lain di UK, seperti MSM (Majlis Syura Muslimun) dinaungi JIM, yang sekarang ini ialah IKRAM, yang dahulunya adalah IRC. Kami menyedari kewujudan jemaah seperti HALUAN, ABIM, Hizbut Tahrir dan sebagainya. Namun hati sungguh kuat tetap bersama dengan PAS, dan adakalanya lisan ini mengeluarkan kata nista kepada jemaah lain, kerana sedar atau tak sedar, rasa ta'sub kepada jemaah PAS menguasai diri saya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Pengasingan kuasa

Posted: 20 Oct 2015 05:35 PM PDT

Dr Mahathir Mohamad


Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada pengasingan kuasa apabila mengulas kenyataan Raja-Raja mengenai keperluan mempercepatkan penyiasatan ke atas 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak. Adakah ini satu pelanggaran pengasingan kuasa yang diandaikan antara Raja-Raja dan kerajaan?
Ianya benar, Agong dan Raja-Raja Melayu adalah raja berperlembagaan. Tetapi itu tidak bermakna mereka adalah pak turut semata-mata untuk mengesahkan semua tindakan kerajaan.
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Negeri mengikuti Perlembagaan Persekutuan) menyatakan dengan jelas "Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana Undang-Undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, dijalankannya atau mana-mana menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada individu lain."

Perkara 40 menyatakan dengan jelas Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat segala maklumat yang ada kepada Kabinet. Kedua-dua bahagian ini jelas memberikan Yang di-Pertuan Agong beberapa peranan eksekutif.
Perkara 40 Peranggan (2) jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi:
a) melantik seorang perdana menteri
b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen
c) Undang-Undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas cadangan mana-mana individu atau sekumpulan individu.
Pada kebelakangan ini, kita melihat Raja-Raja menolak pencalonan parti majoriti bagi jawatan menteri besar.
Sekiranya perdana menteri meminta untuk membubarkan Parlimen, Agong boleh menolak.
Sekali lagi kita lihat di sini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh bertindak atas budi bicara mereka sendiri. Mereka juga boleh berunding dan menerima cadangan daripada mana-mana individu atau kumpulan individu.
Jelas sekali jika petisyen dibuat atau ada suara desakan ramai, Raja-Raja tidak perlu hanya mendengar Kabinet.
Seksyen 41 tanpa ragu-ragu menyatakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Jelas sekali ini bukan sahaja hak istimewa untuk pemakaian seragam tersebut.
Apa yang jelas ialah tiada apa jua dalam Perlembagaan yang bercakap mengenai pengasingan kuasa di antara kerajaan dan Agong. Malah dalam kebanyakkan keadaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2016: Mahu berjimat atau berbelanja?

Posted: 20 Oct 2015 05:29 PM PDT

"Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil." (Surah Yusuf: 47-49)

Bajet Adalah Pilihan

Bajet adalah instrumen penting kerajaan dalam memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah bajet adalah sumber hasil (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang), demi mencapai objektif utama dasar ekonomi iaitu memacu pertumbuhan secara mampan dan inklusif, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di segenap peringkat.

Justeru, setiap peruntukan di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara, dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luaran semasa.

Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu "Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan".

Bajet 2015 – Defisit Berkembar

Di dalam pembentangan bajet untuk tahun 2015, kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan sekitar RM235 bilion dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM274 bilion.

Kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM36 bilion (3% kepada KDNK) dan situasi ini telah berlarutan sejak tahun 1998 (18 tahun berturut-turut), mengakibatkan kerajaan tiada lebihan dan simpanan malah terpaksa bergantung kepada hutang.

Pihak kerajaan menyedari bahawa paras hutang Persekutuan telah menghampiri paras siling 55% kepada KDNK dan tiada pilihan selain mengurangkan perbelanjaan dengan cara paling mudah iaitu mengurangkan subsidi di samping mencari sumber pendapatan baru dengan melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin could have done more damage in UMNO

Posted: 20 Oct 2015 05:25 PM PDT

One more progressive, moderate is not going to change the Opposition's fortunes
Saifuddin-Abdullah_pkr_umno_600
By Karamjit Gill
The unveiling of Datuk Saifuddin Abdullah as a new member of PKR is being hailed as a huge coup for the Opposition. The question is, will Saifuddin who abandoned Barisan Nasional due to the alleged 1MDB scandal, add any leverage to the Opposition coalition?
Saifuddin is a former Member of Parliament from Temerloh who has also held the position of Deputy Higher Education Minister. From the beginning, Saifuddin was always regarded as the future of UMNO and BN due to his moderate views and progressive nature. He never shied away from openly questioning the government when he felt things were not right. He even relinquished his position as a fellow of University Malaya following the controversial termination of UM's Professor Datuk Dr Mohammad Redzuan Omar.
Saifuddin has all the qualities loved by the urban populace. They have a positive view of him and see him as quite unlike other UMNO members. Yet, he still lost his Temerloh parliamentary seat to a PAS candidate. A modern, progressive and intelligent Malay lost to an individual from a conservative party. In simple words, Saifuddin was rejected by the people of Temerloh. He even lost his UMNO Supreme Council seat. His losses rendered him without a position within the party.
That is something worth pondering about. Did he get booted out because he was not performing his duties as an MP? Was he just too busy politicking rather than doing his job?
The Opposition coalition is filled with the 'so called' moderate and progressive types. How would the addition of another benefit the organisation? In order to secure a parliamentary seat, Saifuddin would probably have to stand in an urban area where the support is already with the Opposition. His potential win then would make absolutely no difference to the Opposition as they (Opposition) already control all major cities.
As a member of PKR, Saifuddin can be expected to continue to voice concerns about alleged improprieties in the government. Will that make any difference at all? He has been doing that all along but it did not do him any good – he still lost. What is he going to amount to in PKR? Is he just going to be another one of the many fringe players?
Read More / Baca Lagi >>

Bank Negara must drag 1MDB to Court

Posted: 20 Oct 2015 05:23 PM PDT

The government-owned company has not only committed three offences; it has also failed to bring back USD1.83b to the country as instructed by the central bank.
shahbuddin_1mdb_bnm_600
KUALA LUMPUR: A political analyst took to his blog in his latest posting to plead with Bank Negara that it move, and move quickly, on 1MDB running foul of the Financial Services Act. "Since the central bank has powers under the Act to punish the wrongdoers at 1MDB for misleading it, it should act."
Shahbudin Husin, the analyst, expressed confidence that the truth was with Bank Negara and the Court will be able to make a determination on that matter. "It's not the done thing to delay matters any further. What's the point of claiming to have powers but not acting? 1MDB must bring back USD1.83 billion to the country as instructed by Bank Negara."
"The people are waiting for Bank Negara to take the lead on 1MDB. It must be brave enough to act, based on the truth, and nothing but the truth.""
The integrity of the central bank depends on this, said Shahbudin. "Bank Negara must also keep in mind that the people are watching it and if the central bank was found wanting in the matter, the people's confidence in it as the pillar of the economy would be affected, perhaps even shattered."
The analyst noted that Bank Negara had already advised the Attorney-General Mohd Apandi Ali on how 1MDB ran foul of the Financial Services Act. "The reasons cited and the explanations given are good enough to bring the matter to Court."
"There's definitely a very strong case against 1MDB. Let the Court decide. The Attorney-General is not the last word in seeking justice although he has the prerogative on criminal wrongdoing."
Shahbudin was commenting on a Bank Negara statement that it has administrative powers, under the Financial Services Act, to move against 1MDB for the manner in which it ignored conditions imposed when it gave three permissions to the Ministry of Finance (MoF).
The analyst conceded that Bank Negara did not mention 1MDB in its statement on what powers it had under the Financial Services Act but "there are no prizes for guessing that the statement was indeed about 1MDB".
"Since Bank Negara has cancelled the three permissions earlier given to 1MDB, it means that the company has committed at least three offences under the Act."
It's not important, said the analyst, how much in fines the company would have to fork out. "What's important is to prove that 1MDB has been found guilty of wrongdoing and has been brought to Court."
"So far, nothing of that sort has happened to the company and it continues to carry on as if it was innocent while the fact is that it has been acting with impunity all this while and protected by the powers-that-be."

Politik kampus politik nilai

Posted: 20 Oct 2015 04:54 PM PDT

Banyak lagi kerja yang perlu kita selesaikan dan kita mahasiswa, dalam institusi pengajian tertinggi awam pertama pada abad ke-21 ini punya integriti dan tiada masa untuk retorik dan pengeliruan murahan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
usim_studnt_600_1
Oleh Wan Salman Wan Sallam
Menjelang Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bakal tiba kurang 24 jam lagi, sedikit sebanyak ada bahangnya terasa sungguhpun ada pihak mendakwa PRK USIM ini "hambar" dan "tidak berperisa".
Ada betulnya PRK ini sedikit hambar jika kita berlaku jujur pada diri sendiri.
Namun begitu, apabila muncul pihak menimbulkan isu ini, PRK USIM mula sedikit sebanyak menyerlahkan warnanya. Orang mula komen. Orang mula melihat. Orang mula mengenali dan memahami latar belakang calon umum dan calon fakulti masing-masing (walaupun ramai calon fakulti yang menang tanpa bertanding).
Apabila apa yang kita boleh panggil "kesedaran" ini merangsang deria mahasiswa, maka terserlahlah lagi warna terbitan daripada warna asal hasil kecaknaan mereka,
"Eh ini calon mana?"
"Dia wakil parti mana-mana?"
"Ni calon UMNO universiti ni, kau nak USIM ni jadi macam Malaysia ke?" (Oops)
"Eh ni dah kenapa ada NGO tak tau malu taja calon ni? Boikot tajaan dan cubaan sebaran ideologi secara haram ini!"
Seruan ini hakikatnya terjadi di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi di IPTA lain yang terang terbuka pertandingan mereka mewakili kumpulan-kumpulan tertentu. Lazimnya di IPTA lain, pertembungan ini adalah antara mereka yang menamakan diri mereka Pro-Aspirasi (Pro-A) dan Pro-Mahasiswa (Pro-M) walaupun secara teknikalnya mungkin ada nama-nama khas di IPTA masing-masing.
Tidak asing lagi, pertembungan ini dilihat sebagai cubaan mewujudkan mimik politik kepartian nasional yang amnya bersifat dwiparti, sekurang-kurangnya ketika Pakatan Rakyat masih wujud sebelum ini dan bertembungnya Pakatan dengan BN.
Amnya, politik dwiparti ini amat bernilai dan menghasilkan kesan buat pembangkang terutamanya kerana dengan wujudnya dua kelompok parti besar; parti yang memerintah akan kurang dominan dan sentiasa dalam proses semakan dan imbangan (check and balance).
Namun keadaan tidaklah seideal itu. Ada kalanya hawa nafsu menguasai. Fitnah berleluasa. Asal-usul dipersoal tanpa mempertimbang jasa yang selama ini dicurahkan dan ketokohan dan ketegasan yang dipamerkan. Jauh sekali manifesto yang cuba dipromosikan buat rakyat dan buat rakan-rakan ahli parti sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker terima atau tidak, Wan Azizah nekad kemuka usul undi tak percaya

Posted: 20 Oct 2015 04:51 PM PDT


xxKUALA LUMPUR: Pakatan Harapan nekad untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun hasrat untuk ia dibentangkan pada persidangan kali ini adalah tipis.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau bersama dua pemimpin lain mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia."Saya bersama dengan beberapa rakan pemimpin telah bertemu dengan Tan Sri Pandikar sebentar tadi. Ia satu pertemuan yang baik, berlaku dalam suasana kekeluargaan.
"Isu undi tidak percaya ini telah dibincangkan. Saya akan masukkan usul ini dalam masa terdekat dan sesuai... media akan dimaklumkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.Turut sama pada sidang media itu adalah ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul dan Naib Presiden parti Tian Chua yang menyertai dalam pertemuan kira-kira 45 minit dengan Speaker.
Katanya, usul yang belum dihantar itu belum ditolak, justeru beliau tidak mahu berfikir tentang kemungkinan itu."Itu (usul ditolak) saya rasa terpulang kepada Speaker."Masanya belum tiba lagi, kita tunggu dan lihat, pada masa dan saat yang sesuai. Sekarang ini biarlah saya katakan pertemuan itu positif dan saya akan menfailkannya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

75% rakyat Malaysia tidak puas hati hartanah mahal - kajian

Posted: 20 Oct 2015 04:50 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kajian terkini PropertyGuru menunjukkan tiga daripada empat rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pasaran hartanah semasa, antara sebabnya hartanah mahal dan kurang tindakan daripada kerajaan.Kajian tersebut, yang dilaksanakan pada separuh pertama 2015, menunjukkan trend kepuasan berkurangan yang ketara daripada pembeli atau bakal pembeli.
Ia turut menunjukkan konsensus yang meningkat bahawa harga semua hartanah, tidak kira saiz, kelas atau lokasi, semakin tidak mampu dimiliki."Hanya 25 peratus daripada rakyat Malaysia berpuas hati dengan syarat-syarat umum pasaran hartanah -- penurunan yang ketara berbanding 32 peratus dicatatkan dalam kajian sentimen pada tahun lepas," menurut PropertyGuru dalam kenyataan pada Selasa.
xxSebab utama yang dinyatakan ialah persepsi hartanah terlalu mahal (86 peratus), kenaikan harga yang pesat (61 peratus), ekonomi perlahan (57 peratus) dan keadaan hartanah tidak menentu (37 peratus).Pengurus Negara Sheldon Fernandez berkata satu daripada setiap tiga responden menyatakan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank sebagai sebab utama mereka tidak berpuas hati.
Walaupun pelbagai skim kerajaan untuk menggalakkan pembelian hartanah domestik, 37 peratus daripada responden tidak memohon program sedemikian, manakala 36 peratus lagi menyatakan mereka tidak layak untuk bantuan tersebut.Hanya satu daripada lima responden memohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala hanya empat peratus memohon Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

Walaupun hartanah dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), langkah yang dilaksanakan pada April 2015 itu telah mempengaruhi keyakinan pengguna dengan 60 peratus menyatakan bahawa ia memberi kesan kepada keputusan mereka untuk membeli hartanah.Sebab popular lain termasuk perancangan untuk pendidikan anak (37 peratus), lindung nilai terhadap inflasi dan turun naik mata wang (31 peratus) dan penghijrahan (25 peratus).-Mstar


Kukuhkan demokrasi, pastikan institusi parlimen dimartabat

Posted: 20 Oct 2015 04:48 PM PDT

mb parlimen1Keyakinan rakyat dan pelabur terhadap sistem demokrasi negara harus dipulihkan segera sekaligus meletakkan ekonomi negara di landasan tepat.
Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), berkata antara langkah yang perlu diambil, memastikan institusi parlimen terus berada di tempat tertinggi dalam Perlembagaan Negara.
"Dewan Rakyat tempat perbincangan, perbahasan dan saya kira kalau tidak di Dewan Rakyat mana lagi rakyat boleh dapat fakta.
"Jadi saya kira sekiranya kita mahu menjadikan parlimen kita bertaraf dunia, reformasi perlu dilakukan dan semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk menyuburkan demokrasi dalam negara.
"Dalam keadaan sekarang, pelabur hilang keyakinan terhadap sistem kenegaraan kita hingga menyebabkan ringgit merudum begitu teruk sekali," kata Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata demikian di lobi Bangunan Parlimen selepas menghadiri hari kedua persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada menjawab soalan mengenai skandal 1MDB.
Hal ini berikutan semua soalan mengenai 1MDB sama ada terus ditolak atau diberikan melalui jawapan bertulis pada tarikh tidak dinyatakan.

Azmin: Jumlah Ahli Parlimen BN tak percaya Najib biarlah rahsia

Posted: 20 Oct 2015 04:47 PM PDT

Jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak boleh didedahkan pada masa ini.
MB AzminMohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), berkata ini perlu dirahsiakan bagi mengelakkan pemimpin BN yang masih setia dengan Datuk Seri Najib Razak memintas strategi yang sedang diatur rapi.
"Mereka harus memutuskan sekiranya mereka percaya negara perlu memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan parlimen, mereka harus mempunyai keberanian untuk menyokong gerakan ini.
"Adalah (jumlah Ahli Parlimen BN sokong undi tak percaya), ini strategi. Kita sedar kita perlukan jumlah selesa untuk menjayakan gerakan ini dan kita sedang berusaha untuk ini.
"Kita lihat nanti, saya tidak mahu buat kesimpulan sekarang tetapi ini masa terbaik untuk semua Ahli Parlimen termasuk dari BN sekiranya mereka percaya negara memerlukan kepimpinan kuat bagi memulihkan keyakinan pelabur atau biar rakyat hukum mereka sekiranya mereka melepaskan peluang ini," kata Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian kepada media di Lobi Parlimen selepas menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke dua, hari ini.
Mohamed Azmin juga yakin Ahli Parlimen yang melepaskan peluang menyingkirkan Najib akan dihukum rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Jelas beliau, ini berikutan rakyat sudah sedar tingkah-laku Najib terutama melibatkan skandal 1MDB yang merugikan rakyat dan negara.

Can opposition parties stop bickering, please?

Posted: 20 Oct 2015 04:37 PM PDT

It was not necessary to fight over who should file the no-confidence motion against the PM.
pakatan-harapan_600_1
Once upon a time, I was a bright-eyed and bushy tailed opposition supporter. I even considered volunteering at the office of my local representative, so caught up was I in a rush along with millions of other Malaysians who were elated by the change in the status quo that we grew up in. Everything seemed so different the day after the political tsunami of 2008.
But the day after came, and the day after that, the week after that, the month, the year, and it seemed like the strong start of Pakatan Rakyat had devolved into politicking and internal politics till, finally, the tension between DAP and PAS broke the opposition apart. Of course, Pakatan Harapan was swiftly assembled once PAS had finished its little civil war between the conservatives and the progressives, but the problems have just not stopped coming.
So much for real, tangible change.
Last Monday, it turned out that DAP and PKR couldn't even agree on the simple but important matter of filing a motion of no-confidence against the Prime Minister, something that we thought had been planned weeks ago. They were at odds over Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian's decision to submit the motion on his own.
Now, this sounds preposterous, but Lim Guan Eng feels that the Opposition Leader should be the one to submit the motion. He said he feared that if anyone else were to do the submitting, it would leave the impression that Pakatan Harapan had no confidence that the motion would be successful. But PKR itself seemed to have no objection to Hee's action. One of its vice-presidents, Tian Chua, said Hee was exercising his right as a Member of Parliament.
For a while, Hee stood by this right, saying he believed his constituents would demand action from their representative. For that motive alone, he must be vindicated of this imaginary sin of daring to take the spotlight.
Guan Eng's assertion seems rather petty considering that the motion will probably fail despite it's historic significance.
Read More / Baca Lagi >>

Dipecat Najib: Saya tak bersalah – Muhyiddin

Posted: 20 Oct 2015 04:35 PM PDT

Teguran mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion untuk mencari kebenaran tetapi digunakan sebagai alasan untuk memecatnya dari Kabinet.
Muhyiddin Mohd Yassin,melaysia
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau dipecat dari Kabinet hanya kerana membuat teguran demi mencari kebenaran untuk rakyat.
Katanya, teguran mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion itu bukan menjadi kesalahan tetapi ia telah dijadikan alasan untuk menggugurkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Apa salah saya, saya hanya tegur benda yang patut saya tegur," katanya ketika diminta memberi penjelasan oleh peserta pada majlis minum petang bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada Selasa.
Jelasnya, beliau menerima dengan reda pemecatan itu malah menyifatkannya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
"Saya reda dengan apa yang berlaku pada diri saya, sebagai seorang yang beragama Islam dan anak kepada 'tok guru' saya reda dengan ketentuan serta qada dan qadar Tuhan.
"Tak apalah saya menerima apa sahaja orang kata. Keputusan atau perkara yang sudah ditakdirkan kepada saya, dengan reda saya terima kerana saya seorang Islam. Saya tahu qada dan qadar," katanya.
Muhyiddin berkata, walaupun dipecat sokongan moral yang diberikan oleh rakyat kepadanya tidak pernah berhenti dan itu menjadi kekuatan untuk mencari kebenaran.

Tangkap dan dakwa Jamal kata Ali Tinju

Posted: 20 Oct 2015 04:32 PM PDT

Dia mendakwa Jamal Yunos seperti kebal kerana tidak dikenakan tindakan walaupun melanggar arahan polis.
ali-tinju_jamal-yunos_polis_600
PETALING JAYA : Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos.
Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.
"Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa," katanya kepada FMT.
Ali Tinju turut memperlekeh Jamal kerana mendakwa pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu sering membuat perhimpunan cacamarba.
Katanya, tindak tanduk yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu sering melawan arus dan memberi impak tidak baik kepada kepimpinan UMNO.
"Saya beranggapan Perdana Menteri tak setuju apa yang dibuat Jamal hari ini. Bukan setiap hari kita nak berdemo, rakyat dah bosan..
"Contohnya Jamal kata kerajaan Negeri Selangor cacamarba..lepas ni katakanlah orang kerajaan Negeri Selangor buat bantahan terhadap Kerajaan Pusat, akhirnya benda ini tidak ada titik noktah yang muktamad. Setiap hari, setiap masa ada perhimpunan , ada bantahan," katanya.
Dia merujuk kepada perancangan Jamal untuk mengadakan himpunan di Kelana Jaya dan Subang.
Dalam pada itu, Ali Tinju turut mempersoal mengapa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tidak mengadakan himpunan di kawasannya.
"Sekejap dia nak buat kat Kajang, sekejap nak buat kat Ampang, sekejap nak buat kat Subang, mengapa dia tak nak buat kat tempat dia sendiri? Sepatutnya dia kena buat kat tempat dia sendiri sebab tempat dia pembangkang.
"Tempat itu (Sekinchan) adalah tempat DAP, mengapa dia buat kat tempat lain..Contohnya di Kajang ada orang kajang yang jaga. Kalau di Ampang, ada orang yang jaga," jelasnya.

Orang Melayu tidak lupa Pulau Pinang dirampas daripada Kedah, dakwa sejarawan

Posted: 20 Oct 2015 04:30 PM PDT

Sejarawan mendakwa 2 perjanjian yang pernah ditandatangani Francis Light dengan Sultan Abdullah  pada 1791 dan 1800 perlu disemak semula Pulau Pinang dan Seberang Perai patut dipulangkan kepada Sultan Kedah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2015. 
Sejarawan mendakwa 2 perjanjian yang pernah ditandatangani Francis Light dengan Sultan Abdullah pada 1791 dan 1800 perlu disemak semula Pulau Pinang dan Seberang Perai patut dipulangkan kepada Sultan Kedah. 

Selepas lebih 200 tahun orang Melayu di Pulau Pinang dan Kedah masih ingat dan sedar akan dakwaan berlakunya tipu daya dalam cara pulau itu dan Seberang Perai 'bertukar tangan'. Ahli sejarah Universiti Teknologi Petronas Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mendakwa terdapat kisah yang menunjukkan wujud banyak kesangsian berhubung 'perjanjian" dibuat antara Francis Light dan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah.
 "Kebanyakan orang Melayu di Pulau Pinang dan di Kedah tidak dapat melupakan apa yang mereka sifatkan sebagai 'rampasan' oleh Pulau Pinang dan tipu daya (berhubung perjanjian) dibuat oleh (Francis) Light. Wujud banyak kesangsian dan kejanggalan.

"Sultan Kedah merupakan raja berdaulat. Adakah Francis Light sama taraf?" soal sejarawan itu yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewarisan) dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini. Murad diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof berhubung perjanjian pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai pada 1791 dan 1800
Read More / Baca Lagi >>

Pemilik tuntut RM5 juta bagi setiap lot di Ampang Park

Posted: 20 Oct 2015 04:28 PM PDT

Pemilik tuntut RM5 juta bagi setiap lot di Ampang Park
AMPANG: Pemilik premis pusat beli belah Ampang Park menggesa kerajaan membayar pampasan RM5 juta untuk satu lot perniagaan sekiranya cadangan pembinaan Stesen MRT Laluan Selayang-Putrajaya diteruskan.

Penasihat Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park (Peniaga Dan Pemilik), Dr Dzulkhaini Hussain berkata nilai yang ditetapkan oleh 253 pemilik premis itu setimpal dengan kerugian yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka terpaksa berpindah.

"Tanah di Ampang Park kini nilainya tinggi dan mahal. Tiada lagi mana-mana kawasan di Kuala Lumpur yang mempunyai persekitaran (perniagaan) seperti ini.

"Sekiranya diberikan pampasan ia perlu setimpal, iaitu sekurang-kurangnya RM5 juta bagi setiap lot.

"Cadangan projek MRT memang boleh, tetapi kenapa perlu tanah ini dijual kepada syarikat lain dan dibangunkan semula?" katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ia selepas sesi pertemuan membabitkan Ampang Park Management Corporation, pemilik premis perniagaan serta wakil MRT Corp.

Setakat ini, pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan  dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, pertemuan dengan pemilik lot di Ampang Park hari ini sekadar pertemuan untuk memberi penjelasan berkenaan perkara teknikal.
Read More / Baca Lagi >>

Lupakan undi tidak percaya, guna bajet singkir PM, kata pengerusi BNBBC

Posted: 20 Oct 2015 04:27 PM PDT

Usul undi tidak percaya dibawa pembangkang tidak akan berjaya dan jadi sia-sia, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2015.Usul undi tidak percaya dibawa pembangkang tidak akan berjaya dan jadi sia-sia, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2015.Tindakan tidak teratur pembangkang dalam mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak menyebabkan ahli Parlimen veteran Umno menasihatkan mereka agar melupakannya dan sebaliknya menyingkirkan perdana menteri melalui Bajet 2016.
Mengemukakan usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditenggelamkan urusan kerajaan yang diberikan keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, blok pembangkang sendiri mengetahui usaha mereka membawa usul berkenaan sia-sia dan menambah mereka mungkin tidak faham peraturan Dewan Rakyat.

"Ada cara nak bawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, tambah-tambah lagi perdana menteri turut menjawat jawatan menteri kewangan. Gunakannya sewaktu pembentangan bajet," katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Parlimen semalam. "Saya nampak usul ini hanya cakap politik, nak keluarkan dalam surat khabar. Nak kelirukan rakyat. Ini bukan mesyuarat jawatankuasa NGO, ini Parlimen negara, ada peraturan, ada konvensyen," kata Shahrir.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO mana pernah cakap bohong..

Posted: 20 Oct 2015 04:22 PM PDT

NAMPAK TAK.. Cukai GST yg dikenakan pd korang mmg..

TAK BEBANKAN RAKYAT..
BARANG JADI MURAH..
GAJI MINIMUM RAKYAT NAIK..
MINYAK PON TURUN TIAP2 BULAN..
TOL PON TURUN TAK NAIK-NAIK..

Memang bertuah jadi rakyat MALANGSIA...!!!

BERTUAH SUNGGUH JADI RAKYAT MALANGSIA !!!

Posted: 20 Oct 2015 06:25 AM PDT


Yang sign deal.. 'MEREKA'

Yang setuju perjanjian berat sebelah.. 'MEREKA'

Yang buat agreement tentang kadar pampasan.. 'MEREKA'


TIBA2 rakyat yang kena tanggung segala2nya..

Yang buat pasal 'MEREKA'..

Kenapa rakyat dipaksa hadap juga ??


Menteri2 neh ada ka bayar tol, minyak bagai ??

Usul Undi Tidak Percaya : Saya Tak Ada Kena Mengena - Ku Li

Posted: 20 Oct 2015 06:18 AM PDT

Perlukah saya undi usul tidak percaya? – Ku Li

Posted: 20 Oct 2015 06:17 AM PDT

Agong bukan 'rubber stamp', kata Mahathir

Posted: 20 Oct 2015 06:15 AM PDT

Azmin: PAS backs no-confidence motion against Najib

Posted: 20 Oct 2015 06:15 AM PDT

Muhyiddin: 1MDB's board has failed, remove them

Posted: 20 Oct 2015 06:14 AM PDT