Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Rumah di Selangor taraf 'mampu tengok'?

Posted: 18 Oct 2015 10:05 AM PDT

lsmail (tengah) ketika menjawab soalan media pada Himpunan Selamatkan Selangor, hari ini.

Taraf rumah-rumah yang dibina di negeri Selangor didakwa 'mampu tengok' bukan mampu milik kata Umno Ampang.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berkata, pasangan muda yang mendirikan rumah tangga menghadapi masalah untuk mencari rumah pada harga yang mampu milik.

"Janji pilihan raya yang dibuat PR pada 2008, mereka kata tujuan utama kalau menang, mereka akan buat rumah murah seberapa banyak yang boleh dengan tujuan memberi kepuasan dan peluang kepada pasangan baru kahwin.

"Tapi sehingga hari ini, di kawasan Ampang, tiada satu pun rumah murah. Setahun kira-kira 480 pasangan baharu, di mana mereka nak tinggal?" katanya ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Selangor, di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa, rumah murah yang sepatutnya dibina di kawasan Ampang juga akhirnya tidak kelihatan sebaliknya rumah yang berharga RM300,000 didirikan.

"Yang lebih malang, kerajaan Selangor telah meluluskan rumah-rumah yang mampu tengok sahaja. Harga termurah RM700,000 seunit. Siapa yang mampu beli?


"Kemudian di kawasan Ampang ini, di Kosas, berhampiran dengan tanah perkuburan, tanah itu memang milik kerajaan negeri yang diberi kepada syarikat swasta yang dulunya nak dibina rumah murah tapi hari ini, kita lihat iklan yang dikeluarkan, rumah di situ hampir RM300,000 seunit. Siapa nak beli?" katanya.

Oleh itu, beliau menggesa agar pasangan muda yang baharu mendirikan rumah tangga dan memerlukan rumah untuk bangkit menuntuk kepada kerajaan negeri agar disediakan rumah yang murah.

Perhimpunan Selamatkan Selangor yang dijadualkan di sekitar pusat membeli belah Spectrum, Ampang ditukar lokasii ke bangunan Umno Ampang susulan tidak mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Himpunan bagi menyatakan bantahan kepada pentadbiran Menteri Besar Selangor, Azmin Ali itu dihadiri beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nak guling tapi usul lambat, #25 dari 28 ... Wayang PJ Utara guna PJ Selatan

Posted: 18 Oct 2015 05:57 PM PDT


Cuba fikirlah.

Sidang parlimen ini adalah sidang belanjawan dan pasti hal belanjawan banyak dibahaskan dulu.

Hudud haji hadi yang dah lama pun kena tunggu. Tambah lagi ada court case, maka tunggulah.

Apa erti PJ Selatan buat usul undi tak percaya hanya lambat-lambat yg akhirnya usul itu bernombor 25?

Takkan dibahaslah kalau nombor 25. Maka ini hanya wayang cina yg tahu undi tak percaya tak akan berjaya tapi hanya nak masukkkan untuk kasi kecuh jika tak diberi perhatian ...

Penjelasan Azalina berikut:

Kenyataan Akhbar - 18 Oktober 2015 Dato' Sri Azalina Othman Said Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Usul YB Petaling Jaya Selatan

1. Sebagai seorang Ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang Ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

2. Saya ingin menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh YB PJS disenaraikan sebagai urusan No. 25 daripada 28 urusan yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 yang merangkumi Rang Undang-Undang dan Usul-Usul dari Kerajaan serta Usul-Usul Persendirian daripada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pembangkang. No 1 dan 2 adalah Usul Kerajaan, No 3 hingga 6 adalah Rang Undang-Undang Kerajaan (bacaan kali yang kedua), No 7 hingga 28 adalah Usul Persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Di samping itu, 5 Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut.

3. Justeru itu, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

4. Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan oleh YB PJS tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak-pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat. Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua Ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat. Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana Ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana Usul Persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-Peraturan Mesyuarat.

5. Kami di barisan Kerajaan yakin bahawa Tuan Yang di-Pertua seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua Usul yang telah dikemukakan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Terima kasih.

http://azalinaothmansaid.com.my/?p=1942

Hijau jangan ambil mudah Oren ... cakap lain, buat lain

Posted: 18 Oct 2015 05:32 AM PDT






Nasruddin Hasan at Tantawi mengumumkan 100,000 hadhir tapi sebenarnya full capacity untuk duduk di stadium Kota Baru itu hanya 20-25 ribu. Satu padang bola boleh terima paling-paling pun 15,000. Campurlah luar dalam 5 ribu, kira lebih kurang 40-45 ribu.

Jumlah hadhirin ini sesuatu yang biasa di spin ahli politik termasuk orang berwajah ulamak sekali pun.

Fastaqin Himpunan 6- ribu PAS di Kota Baru bertujuan untuk satu pameran kekuatan, menguatkan semangat dan setiakawan dan persedian hadapi pilihanraya. Paling menarik dalam ucapan Haji Hadi adalah dia menggelar mereka yang tidak istiqamah sebagai berok. Dapat buah cepat saja berok ini capai, tiada istiqamah.

Namun begitu, jangan ambil mudah dengan berok-berok yang berbuah dari taukeh anjing dan babi. Tidak menolak mereka tanding 40 kerusi di Kelantan dan goyangkan pentadbiran yang sedang diserang dari dalam oleh Husam Musa.

Puak-puak berwarna macam Hindraf ini sudah mula gerak kerja ...


AIDCNews – 17/10/15 –Satu risalah bertajuk "Parti Talam Banyak Muka" tersebar di perhimpunan Fastaqim anjuran PAS yang sedang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu Kelantan.


Risalah itu turut mempamerkan foto Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang bendera Parti Amanah Negara dan sedang berbisik sesuatu kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Setiausaha Fastaqim, Nasrudin Hassan dilaporkan Ismaweb berkata pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam seolah-olah kehabisan idea apabila mengedarkan risalah berbaur fitnah terhadap parti itu.

"PAS anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti, mereka pula yang tidak senang duduk.

"Kita percaya mereka akhirnya ambil langkah mudah dan dangkal ialah dengan lakukan fitnah dan cetuskan provokasi.

"Kelihatan banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan kain rentang provokasi yang kononnya dipasang oleh Geng Ustaz," katanya.


Sementara itu, The Rakyat Post melaporkan terdapat satu banner bertajuk "Oren Ganti Hijau" dipasang berdekatan dengan stadium itu.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir menafikan pihaknya memasang banner tersebut.

AIDC 

---------------------------


Konon Pengerusi Amanah kata tak akan kacau PAS di kelantan tapi dah tersebar sana sini adalah borang permohonan parti pekerja ....


Ku Li akhirnya dapat restu Tun M dan bakal umum tawar diri PM?

Posted: 17 Oct 2015 11:30 PM PDT

ketika Parlimen masih bersidang, khabar dari sumber-sumber media memberitahu Tengku Razaleigh Hamzah, 78 tahun akan membuat pengumuman besar di Kota Baru pada Oktober 24hb.

Khabar angin mengatakan dia akan tawar diri sebagai PM untuk menggantikan Dato Najib yang dijangka sedang diberi tekanan untuk letak jawatan atau digugurkan melalui antara lain, undi tidak percaya atau gagalkan perbelanjawan 2016 di Parlimen minggu depan.

Buat masa ini ramai pihak menjangka tidak mungkin untuk Najib dijatuhkan melalui undi tidak percaya atau gagalkan perbelanjawan.

Namun, jika ditanya puak-puak pro Ku Li, mereka dah katakan Ku Li akan naik jadi PM dan jalan national correction program sejak tahun 2003. Malah mereka yakin Ku Li akan naik PM pada bulan Jun lagi.

Antara teori konspirasi yang kuat dijaja puak-puak Ku Li adalah Pak Lah tidak akan angkat sumpah, Pak Lah akan akan serahkan jawatan PM kepada Ku Li seminggu lepas angkat sumpah, Raja-Raja Melayu telah beri consent kepada program koreksi dan ianya dijalankan oleh Ku Li, dan ada yang jangkakan Najib akan ditangkap dan dipenjarakan kerana kes Altantunya untuk Ku Li gantikan Pak Lah.

Berikut komen penyokong Ku Li dalam DAP dan suatu masa dalam PKR:


Ku Li wajar ganti PM, kata bekas orang kanan Najib



The Malaysian Insider, 27 April, 2015.


Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah adalah calon paling berkelayakan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Datuk Seri Najib Razak, kata bekas setiausaha Najib, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ariff yang kini menjadi ahli Parlimen Raub mewakili DAP mengajukan cadangan itu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ini kerana Tengku Razaleigh juga dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin berintegriti dan dihormati ramai.

"Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia, elok cadangkan seorang pemimpin yang dihormati ramai pihak dan ada integriti.

"Kalau betul hendak selamatkan Malaysia, baik sahaja Dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Ariff yang menggunakan nama pena 'Sakmongkol AK 47' dalam blognya hari ini.

Bekas ahli Umno dan juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis itu percaya, Ku Li sebagai perdana menteri akan mendapat sokongan semua pihak.

"Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstrukturkan semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitmen dari parti pembangkang," katanya.

Pandangan sama hari ini turut diutarakan seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim.

Menurutnya, penamaan Ku Li sebagai pengganti Najib akan memperbaiki kualiti institusi awam.

"Saya percaya jika Dr Mahathir mahukan pemimpin Umno yang lebih baik dan bertanggungjawab - dan pada masa sama menamatkan rasuah yang sistemik dan memperbaiki institusi awam – pilihan untuk pengganti tidak lain dan tidak bukan adalah Tengku Razaleigh Hamzah," tulis Zaid dalam blognya.

Pada masa sama, cadangan Ku Li oleh Dr Mahathir juga akan menjadikan jelajah bekas perdana menteri itu "lebih bermakna".

"Orang ramai akan melihat usaha Dr Mahathir sebagai bukan sekadar untuk menggantikan pemandu kereta api dengan orang yang disukainya - tetapi untuk mengganti kereta api itu sendiri - yang lebih sesuai dengan keperluan negara," tulisnya.

Ku Li adalah bekas menteri kewangan yang bertanggungjawab mengasaskan syarikat minyak negara Petronas.

Dr Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987 pernah bertanding untuk kerusi presiden Umno dalam pemilihan parti.

Dr Mahathir memenangi pemilihan itu dengan 43 undi sahaja dan Ku Li kemudiannya bertindak keluar Umno dan menubuhkan Semangat 46.

Parti yang ditubuhkan bersama Tan Sri Rais Yatim itu dibubarkan pada tahun 1996 dan Ku Li kembali menyertai Umno.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu bertemu orang ramai di Kelab K, Taman Melawati pada acara 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan'.

Acara tersebut dilihat sebagai pemula kepada jelajah seluruh negara beliau bagi menjelaskan pandangannya tentang isu semasa, terutamanya yang dibangkitkannya terhadap pentadbiran Najib. – 27 April,2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ku-li-wajar-ganti-pm-kata-bekas-orang-kanan-najib#sthash.RDEMb9bR.dpuf

-------------------------------

Dalam khabar terbaru ini, Ku Li telah melakukan sesuatu yang dia tidak akan lakukan iaitu meminta restu dari Tun Mahathir.

Begitu juga bagi pihak TUn Mahathir yang dikatakan tidak mungkin akan merestui Ku Li untuk jadi PM. Dia telah memberi restu untuk Ku Li tawar diri sebagai PM. Selama ini ramai pihak percaya penentang utama kenaikkan Ku Li dalam kerajaan adalah Tun M yang tidak minat seorang putera raja memegang jawatan PM.


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, DAP TELAH PECAHKAN PAS KEPADA DUA

Posted: 18 Oct 2015 07:31 AM PDT

DAPig yang LICIK 

Kemunculan Azmin Ali di himpunan Pas, pasti tidak disenangi oleh DAPig. AKAN tetapi Azmin sememangnya perlu melutut kepada Pas, kalau tidak hayat dia sebagai  Menteri Besar Selangor pasti akan segera sampai kenotahnya! Jadi muncul lah Si Azmin di Kota Baru dengan selamba sahaja, walaupun tanpa restu rakan karib DAPig!

Ayuh! kita perhatikan kelicikan DAPig ini. Mereka telah berjaya memecahkan PAS dan kini tertubuh pulak PAN747, yang pada mulanya mereka taja, kini PAN ini nampaknya dah macam jadi GRO politik DAPig.

Kita tunggu saja detiknya akan tiba bila PKR akan pula diracik racik... kemasukan beberapa wakil rakyat PAS ke PKR adalah dengan restu DAPig, dengan berbuat begitu kedua malah ketiga tiga parti itu, i.e. PAS, PAN dan PKR akan lemah... inilah yang sedang direncanakan oleh DAPig... 

Kita perlu perhatikan bahawa DAPig sedang giat mengambil pelatih intern kedalam organisasi mereka! Dari maklumat yang diterima seorang intern akan berkhidmat selama 3 bulan dengan elaun sebanyak RM 1000/- sebulan. DAPig sedang melakukan seupaya mereka untuk mendapatkan intern dari kalangan mahasiswa MELAYU. Antara gula gula yang ditaburkan ialah intern yang menonjol bakal diletakkan sebagai CALON pada PRU14 nanti!

Kepada pemimpin dan pejuang UMNO hedaklah jangan dipandang remeh gerakan ini.  Dengan mentor mereka dari seberang Tambak Johor dan dibiayai oleh sekutu Zionis, Amerika dan Israel, ini adalah ancaman politik yang amat memerlukan tindakan segera!!! Fikirkan dan selaraskankanlah semua usaha dan jentera termasuk  Kerajaan, bagi menghalang agenda sulit lagi bersuloh DAPig ...

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


LGE bukan bos saya, kata MP PKR berkaitan usul tak percaya terhadap Najib

Posted: 18 Oct 2015 08:42 PM PDT


Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menolak saranan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menarik balik usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Lim Guan Eng bukan bos saya," kata Hee dalam mesej teks kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas saranan Lim bahawa usul penting seumpama itu sepatutnya dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Biar presiden parti memutuskannya," kata Hee sambil menegaskan beliau akan mengikut keputusan parti.
Sementara itu, ahli parlimen PKR Batu Tian Chua turut menolak saranan Lim supaya usul tersebut ditarik balik.
"Tidak ada perkara seperti itu - kecuali jika kita tidak mahu perdana menteri meletak jawatan," kata Chua.
Beliau berkata setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk membentangkan apa juga usul.

Dana Asing RM2.6 bilion: Derma atau rasuah?

Posted: 18 Oct 2015 08:11 PM PDT

Penilaian terhadap dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri akan hanya dapat dimuktamadkan sekiranya identiti penderma didedah.
Datuk-Seri-Zakaria-Jaffar,derma,rasuah
PETALING JAYA: Penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah iaitu pemberi dan penerima, suapan serta balasan akan menentukan sepenuhnya status dana RM2.6 bilion.
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, kes berkenaan tentunya masih belum dapat dilengkapkan tanpa tiga aspek pengesahan itu.
"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.
"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya, lapor mStar Online.
Tambah beliau lagi, hanya keterangan daripada pemberi dana yang boleh menentukan status kes tersebut, misalnya tujuan dana itu diberi.
"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.
"Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.

Sistem berparlimen Westminster: Undi tidak percaya mesti didahulukan

Posted: 18 Oct 2015 07:53 PM PDT


KUALA LUMPUR 19 OKT: Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dibawa Ahli Parlimen pembangkang pada sidang Dewan Rakyat hari ini, mesti didahulukan berbanding usul lain.
Justeru, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan usul itu di tempat ke-25 daripada keseluruhan 28 usul.
parlimenMenggariskan tiga sebab kukuh kepentingan usul itu, beliau berkata, ia selaras dengan sistem berparlimen Westminster amalan Malaysia yang meletakkan kesahihan sesebuah kerajaan bergantung kepada mandat dari Parlimen.
"Jika pentadbiran sedia ada gagal untuk mengekalkan mandat dari Ahli Parlimen, sesebuah kerajaan itu hendaklah sama ada meletak jawatan atau membubar Parlimen.
"Sidang itu tidak boleh berlangsung seperti biasa. Satu-satunya cara untuk menguji sama ada mandat itu wujud, sama ada sesebuah kerajaan itu sahih, ia mendahulukan usul undi tidak percaya seawal mungkin," katanya pada kenyataan media hari ini.
Kata Steven, tiga sebab itu ialah pertikaian kesahihan belanjawan, sesebuah kerajaan yang tiada mandat tidak boleh membuat keputusan penting dan ketetapan sebelum ini menunjukkan usul undi tidak percaya didahulukan berbanding usul lain.
"Jika usul tidak percaya itu tidak dibenarkan, saya menyeru semua Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak – pembangkang atau kerajaan menolak semua usul yang dibawa sebagai tanda menolak pentadbiran Najib.
"Sidang kali ini menguji integriti semua Ahli Parlimen terhadap tanggungjawab kita kepada rakyat dan negara. Kita tidak boleh mengecewakan rakyat yang menderita akibat pentadbiran rejim ini," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian memberi notis kepada parlimen untuk membentang usul tidak percaya terhadap Najib dan ia sudah disenarai dalam kertas aturan mesyuarat pada susunan ke-25 tetapi wujud kemungkinan ia tidak sempat dibentang pada sidang kali ini.

Dana Asing RM2.6 Bilion Belum Sah Derma Atau Rasuah

Posted: 18 Oct 2015 07:48 PM PDT

DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.
Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu.
Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan.
"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.
"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini.
Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.
"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.
"Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.

Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.
Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

BUKAN HANYA GST, NAIK TOL PUN UNTUK TAMBAH BR1M RUPANYA....

Posted: 18 Oct 2015 07:36 PM PDT

Apakah yang dapat kita rasakan dengan Najib Razak sejak kebelakangan ini?

Makin bagus kepimpinannya?  Kian lemah berfikir, hilang daya usaha  dan semakin lupa dengan janji-janjinya? Sudah hilang tumpuan dan cakap apa saja sesuka hatinya?

Atau apa sebenarnya sudah jadi dengan satu-satunya Perdana Menteri yang ada wang derma RM2,600 juta ini?

Sebagai usaha mempertahankan kenaikan kadar tol dalam bandar yang bermula Khamis lalu, Najib berkata, kerajaan terpaksa membenarkan peningkatan itu kerana jika tidak berbuat demikian, bantuan BR1M terpaksa dikurangkan.

Katanya, ini kerana kerajaan mempunyai kewangan terhad yang terpaksa memilih sama ada membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol atau menyalurkan wang yang sama kepada rakyat melalui BR1M.

Anda tak naikkan tol, kena bayar pampasan, kurang wang untuk benda lain, kurang wang untuk BR1M, tambah Najib lagi.

Sungguh aneh sebenarnya kenyataan Najib ini. 

Pertama, beliau nyata sudah lupa atau buat-buat lupa dengan janjinya sendiri untuk mengurangkan kadar tol dalam bandar sepertimana dilafazkannya sebelum PRU 13 lalu.

Kalau sudah tahu kenaikan tol diperlukan untuk menampung BR1M, kenapa suka sangat "berjanji  bulan madu"  dengan rakyat?

Oleh kerana Najib selalu mengunjungi Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din, pantang saja terdengar pemimpin pembangkang itu tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, maka ada baiknya beliau mengambil kesempatan bertanya sendiri dengannya apakah hukumnya orang yang mengingkari janji yang dibuatnya.

Kalau orang biasa yang menjatuhkan hukum, lebih-lebih lagi di media sosial, tentu saja ia tidak diyakini. Jadi, ada baiknya pemimpin Pas yang sedang dipuji dan dipuja itu mengajar hukum agama kepada Najib.

Yang kedua, apa kaitannya tol dalam bandar dengan penerima BR1M? Apakah semua pengguna tol dalam bandar merupakan penerima BR1M dan adakah juga semua penerima BR1M adalah pengguna tol dalam bandar?

Jika jawapannya ya, kenaikan kadar tol itu mungkin boleh diterima logiknya, tetapi jika sebaliknya atau kaitannya hanya sipi-sipi saja, terbukti Najib kian lemah daya fikir serta usahanya untuk mendatangkan kemakmuran dan semakin menunjukkan beliau tidak layak lagi memimpin rakyat negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB IN TROUBLE & ROSMAH CAN SMELL IT: NO WAY OUT FOR DUO BUT SNAP ELECTIONS IN 2016

Posted: 18 Oct 2015 07:33 PM PDT

NAJIB IN TROUBLE & ROSMAH CAN SMELL IT: NO WAY OUT FOR DUO BUT SNAP ELECTIONS IN 2016
Merdeka Center had conducted a national poll on Prime Minister Najib Razak recently.
If the findings from the latest poll which was carried out in August are reliable, then the Malaysian prime minister who is allegedly linked to corruption, money laundering and murder is in deep shit.
It seems Najib's rhetoric isn't effective anymore.
The poll, apparently, showed that the crucial Malay vote bank for Najib regime stood at a pathetic 31% as compared to 52% registered in January this year.
In other words, the pink lips has lost a whopping 21 percentage points since the 6% GST, RM42 billion 1MDB scandal, RM2.6 billion "donation" found in his personal bank account, and whatnot, exploded.

Satisfaction with Najib Administration - Merdeka Center - Jan and Aug 2015
Interestingly when the poll was conducted, 5 major events haven't happened yet namely –
Red Shirts rally,
Al-Jazeera documentary on Altantuya's murder,
Najib's hiding from IACC conference,
FBI's investigation into 1MDB money laundering,
and China Ambassador visit to Petaling Street (Chinatown).
These events occurred only in September.
FBI Department of Justice DOJ - Najib Razak and Rosmah Mansor - inset Riza Aziz
16th International Anti-Corruption Conference IACC - Question From Jose Ugaz - Najib Worry Inset
This month (October) we witnessed one of Najib's warlords Tajuddin threaten to slap every Chinese that he could land his hands on.
Then we have the biggest bombshell – a decree by nine Malay Sultans questioning 1MDB scandal.
And central bank governor Zeti has since revoked permission for 1MDB to do investments abroad. So, you've roughly 3 events in October.
In short, after the poll which found Najib's popularity dropped like a rock in August, the country has been rocked by another 8 major events or revelations. Throw in the ringgit's spectacular depreciation to RM4.48 to a dollar (Sept 29), and you have 9 bad news stacked against Najib son of Razak.
The latest toll hike adds the number to 10.
Altantuya Murder - Al-Jazeera - Murder in Malaysia
Najib Razak Worry Sad - Al Jazeera Exposed Altantuya Murder
You don't need a rocket scientist to predict the result if a new poll is to be conducted today.
None of the above ten events are advantageous to Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Kadar muflis golongan muda merisaukan

Posted: 18 Oct 2015 07:29 PM PDT

Nik Nazmi Nik Ahmad


Laporan Reuters baru-baru ini berkenaan peningkatan kadar muflis golongan muda di Malaysia sesuatu yang merisaukan.
Laporan tersebut memetik data daripada Standard & Poors dan menunjukkan Malaysia mempunyai kadar hutang persendirian tertinggi di antara 14 ekonomi Asia. Angka ini meningkat kepada 88% daripada jumlah KDNK negara, daripada 60% pada 2008. Tambahan pula, data Jabatan Insolvensi Negara menunjukkan 5,547 individu muflis  di bawah umur 35 tahun pada tahun lepas, lebih dua kali ganda daripada 2005.
Pada 2014, jumlah orang muflis bagi di bawah golongan umur 25 seramai 635, tiga kali ganda daripada jumlah tahun sebelumnya.

Perkara ini amatlah mengecewakan kerana begitu ramai golongan muda Malaysia yang baru saja hendak mengorak langkah ke alam pekerjaan sudah digelar muflis. Jika ini berlangsungan, ia akan memberi kesan kepada kadar kepenggunaan domestik yang amat diperlukan di dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil.
Kita juga tidaklah sepatutnya sewenang-wenangnya mempersalahkan golongan muflis ini, kerana seperti yang dikatakan di dalam laporan tersebut, keadaan terjadi sebegitu akibat mereka mencuba untuk menceburi sesuatu bisnes atau terpaksa berhutang kerana keadaan begitu terdesak.
Jabatan Insolvensi Negara juga mengaku ketika ditemuramah Reuters, ramai golongan muda ini yang dibebankan hutang pelajaran dan perbelanjaan seperti pengangkutan dan tempat tinggal.
Data yang dibentangkan ini jelas menunjukkan kegagalan polisi kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengutamakan kepentingan politik beberapa individu saja dan bukan rakyat keseluruhannya.
Read More / Baca Lagi >>

Golongan muda kecewa dengan politik kerajaan dan pembangkang, kata penganalisis

Posted: 18 Oct 2015 07:24 PM PDT

Penganalisis politik dari Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar bercakap pada forum bertajuk Penganalisis politik dari Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar bercakap pada forum bertajuk Pengundi muda secara keseluruhannya mengalami kekecewaan yang sangat ketara terhadap kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, kata penganalisis politik dari Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar, memetik satu kajian.
Beliau menyifatkan kekecewaan yang dialami kelompok anak muda tersebut kini menerjah ke satu tahap yang dikatakan "politik indie".
"Sebelum ini indie dalam muzik dan buku, tetapi ini sudah berlaku dalam politik. Indie ini maksudnya mereka sukar dikawal dan kami mengatakan ini adalah kelompok 'floating voters' dan akan ikut arus mana yang dominan," katanya.

Bercakap pada forum "Tanpa PAS ke mana Pakatan Harapan" di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi, beliau berkata, keadaan ini bahaya kerana anak muda seperti ini tidak mempunyai pemahaman yang sama seperti generasi awal yang terlibat dalam politik. Hisomuddin berkata, kajian terbaharu yang dilakukan itu berhubung kelemahan pada Pakatan Harapan, gabungan parti pembangkang baru yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Amanah dibentuk susulan perpecahan dalaman PAS pada muktamar ke-61 lalu yang menyaksikan kumpulan progresif dan profesional dalam parti Islam itu dikalahkan dalam pemilihan parti itu.
Hisomuddin berkata, golongan muda kini lebih gemar menubuhkan kumpulan Whatsapp mereka sendiri, seperti di kalangan alumni sekolah, atau persatuan kereta, berbanding melibatkan diri dalam politik.
Read More / Baca Lagi >>

PKR ‘berpecah’ dalam isu usul undi tidak percaya Najib, kata sumber

Posted: 18 Oct 2015 07:22 PM PDT

Parti pembangkang PKR berpecah dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Parti pembangkang PKR berpecah dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015.Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian mungkin berjaya membuatkan Parlimen menerima usul undi tidak percayanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi partinya berpecah dalam menyokong langkah itu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Sumber parti berkata, satu kumpulan dalam parti itu percaya Najib perlu disingkirkan serta-merta, manakala satu kumpulan lain mahu beliau menghabiskan tempoh perkhidmatannya.
Perpecahan di kalangan PKR ini terjadi walaupun ahli Parlimen pembangkang secara terbuka menyeru pemecatan Najib melalui Parlimen sepanjang 3 bulan lalu.

"Kumpulan pertama percaya, lebih lama Najib menjadi perdana menteri, lebih hancur Malaysia," kata sumber PKR dengan syarat tidak dinamakan. "Kumpulan kedua pula percaya, lebih baik Najib kekal sehingga PRU14 kerana ia akan memudahkan pembangkang menawan Putrajaya," tambah sumber itu.
Menurut sumber, perpecahan ini juga mengenai sama ada PKR harus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik paling lantang Najib, atau tidak.
"Dr Mahathir adalah paling lantang menggesa ahli Parlimen agar menjatuhkan Najib melalui undi tak percaya, ada pemimpin PKR yang berpendapat usaha ini tidak seharusnya disokong," kata sumber itu.
"Sementara satu kumpulan lagi berpendapat, kerjasama dengan Dr Mahathir adalah terbaik pada waktu ini agar Najib dapat disingkirkan segera."
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pada Jumaat lalu adalah sukar untuk undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Najib dan pembangkang tidak dapat menentukan usul berkenaan akan berjaya atau tidak.
"Kita kena realistik. Ia (undi tidak percaya) bukan mudah, kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya, dan menambah "Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker."
Usul yang dicadangkan Hee itu, disenaraikan sebagai perkara ke-25 dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata, walaupun ia turut tersenarai, urusan kerajaan akan diberi keutamaan berbanding usul persendirian ahli Dewan.
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR N Surendran berkata selain ahli Parlimen pembangkang iaitu DAP, PKR, PAS dan Parti Amanah Nasional (Amanah), ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan turut menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
"Kami rasa ia boleh dilakukan dan ahli Parlimen BN akan utamakan kepentingan negara, itu isunya. Kami tidak risaukan jumlah ahli Parlimen pembangkang," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai kepada The Malaysian Insider.
Seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, keberanian speaker Dewan Rakyat menjadi kunci kepada usaha menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Malaysia.
"Prasyarat pertama adalah keberanian dan laluan oleh speaker, dalam senario di mana hanya agenda eksekutif diutamakan di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin DAP seru ahli Parlimen tolak semua usul kerajaan

Posted: 18 Oct 2015 07:20 PM PDT

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mahu semua usul kerajaan ditolak sekiranya usul tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak dihalang Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Oktober, 2015. 
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mahu semua usul kerajaan ditolak sekiranya usul tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak dihalang Dewan Rakyat.

Wakil Rakyat DAP, Steven Sim menggesa semua ahli Parlimen menolak setiap usul kerajaan dalam Dewan Rakyat jika ia menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibawa Hee Loy Sian daripada PKR.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata, tindakan berkenaan akan menjadi isyarat mereka tidak ada keyakinan lagi terhadap pentadbiran Najib.
"Jika kerajaan tidak benarkan usul Petaling Jaya Selatan naik, saya menggesa semua ahli Parlimen kedua-dua belah untuk menolak setiap usul kerajaan untuk menunjukkan kita tidak percaya kepada pentadbiran Najib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usul itu yang dibawa Hee tersenarai dalam 25 perkara di kertas aturan mesyuarat Parlimen, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata urusan kerajaan akan diberi keutamaan berbanding usul persendirian ahli Parlimen sepanjang 7 minggu sidang berlangsung, bermula hari ini. Sim berkata usul undi tidak percaya sepatutnya didahulukan kerana mengikut konvensyen, usul sedemikian perlu diberi keutamaan.
"Menurut laporan Parlimen UK mengenai Rang Undang-undang penggal tetap Parlimen, 'usul percaya perlu didahulukan berbanding usul lain'," kata Sim.
Beliau mendakwa usul tidak percaya itu akan mempersoalkan kesahan bajet yang akan dibentangkan Jumaat ini.
"Bagaimana Rang Undang-undang Perbekalan perdana menteri boleh jadi sah jika pentadbirannya tergantung dan kemungkinan disingkirkan daripada Dewan?," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PM putuskan selepas bajet sama ada nak saman Ling kata Peguam

Posted: 18 Oct 2015 07:14 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan memutuskan sama ada akan menyaman bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik selepas pembentangan bajet 2016 Jumaat ini.
Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Ling untuk meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang, telah seminggu berlalu selepas peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun menghantar surat tuntutan kepada Ling.
Ling dalam responnya berkata beliau tidak akan memohon maaf.
"Seperti yang anda sedia maklum, minggu depan adalah minggu bajet, oleh itu anak guam saya begitu sibuk membuat persediaan," kata Hafarizam kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.
Oleh itu, katanya, beliau akan menunggu sehingga selepas pembentangan bajet dan kemudian akan mendapatkan arahan dari Najib.

Jika kadar tol tidak dinaikkan, BR1M juga mungkin berkurangan sembang Najib

Posted: 18 Oct 2015 03:54 PM PDT

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.

Tegas Najib, kerajaan tiada pilihan selain menaikkan kadar tol, kerana jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M.

"Gerakan mahu saya meningkatkan kadar BR1M. Namun anda perlu pilih, yang mana satu anda mahu kerana kita ada peruntukan yang terhad," tambah Najib dalam ucapan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan Malaysia di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap gesaan Gerakan agar kerajaan menaikkan jumlah bantuan BR1M dalam Bajet 2016.

Mengulas lanjut, Najib juga berkata peningkatan kos sara hidup yang turut berlaku di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan peningkatan kos adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan lagi.

"Saya tanya Tan Sri Koh Tsu Koon (bekas  Ketua Menteri Pulau Pinang) apa dah naik di Pulau Pinang? Dia kata tarif air sudah naik, kos pembangunan naik, harga tempat parkir pun sudah naik. Jadi, di Pulau Pinang dan Selangor, kos pun naik juga," kata Najib.

Terdahulu, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu masih menyifatkan BR1M adalah satu pemberian yang tepat bagi meringankan beban rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

KESILAPAN BESAR NAJIB TIDAK PECAT TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Posted: 18 Oct 2015 03:48 PM PDT


KESILAPAN BESAR NAJIB TIDAK PECAT TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Yang tersirat dari tulisan Awang Selamat MM hari ini " Sejarah Berulang" ialah mahukan Tan Sri Muhyiddin ,Tengku Razaleigh dan Mohd Shafie Afdal dipecat dari sebarang jawatan parti atau disingkirkan dari UMNO seperti mana yang pernah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar dan Tengku Razaleigh.Dosa mereka ialah kerana menyertai sidang akhbar Tun Dr.Mahahir.
Awang Selamat menyampaikan mesej dari "Tuan Besarya" bahawa tindakan mereka itu adalah berlawanan dengan semangat dan prinsip dalam parti yang mana -mana parti politik sekalipun tidak akan membenarkan para pemimpinnya melakukan tindankan yang sedemikian.Awang Selamat secara deplomasi menyatakan bahawa UMNO yang matang dalam menangani krisis akan dapat menyelesaikan masalah ini kerana gelora politik bukan asing bagi UMNO.Dalam kata-kata tidak berperadaban atau secara terus terang " Pecat mereka,singkir dan humbankan mereka keluar"
Tetapi Awang Selamat lupa bahawa pimpinan UMNO yang ada sekarang tidak mempunyai kalibar segagah dan seberani Tun Dr. Mahathir sebaliknya dia adalah seorang yang mencari jalan selamat dalam sebarang tindakannya dan tidak berani kehadapan tetapi cekap melihat kesempatan dari tindakan orang lain yang memberi peluang keemasan kepadanya.Dia telah banyak kali berjaya dan terselamat dengan cara ini.Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri jika tidak kerana Tan Sri Muhyiddin kerana keberanian dan kesanggupan Muhyiddin berkorban.
Harus diingatkan Mahathir mengambil risiko yang sangat tinggi dalam mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mempunyai sokongan yang kuat dari hampir semua anggota Majlis Kerja Tertinggi ( Kecuali seorang dua) dan sokongan dalaman parti dan sebahagian besar rakyat di luar parti, dan berbagai-berbagai pertubuhan,siswa dan sebagainya dan juga parti-parti pembangkang.
Mahathir bertindak keras dan nikat sebagai seorang doctor dan sebagai seorang political animal,do or die.Beliau tidak sahaja melakukan pembedahan tetapi membunuh musuhnya dihadapan hulubalang-hulubalang hamba setia Anwar Ibrahim.
Jika tidak kerana Ibrahim Ali berada di mesyuarat MKT pada malam itu, Mahahtir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.Bila Anwar melawan,Ibrahim Ali menumbuk meja dan "meterbalikan meja" yang menyebabkan semua oportunis sertamerta berpaling tadah menyokong Mahathir.Ibrahim Ali dengan berani dan lantang menunjukan Anwar Ibrahim sebagai penderhaka yang tidak mengenang jasa dan tidak berterima kasih kepada Dr. Mahathir. Ibrahim Ali buktikan beliau adalah seorang yang berdarah daging UMNO dan penyelamat parti dalam keadaan runcing.
aa
Beliau bukan sebarang anak Kelantan.Perwatakannya hampir sama dengam Abdullah Ahmad (Dolah Kok lanas) yang setia pada Tun Razak. Mahathir sendiri tidak menyangka yang Ibrahim Ali akan muncol sebagai penyelamatnya ketika beliau berada dalam keadaan yang amat tercabar.Tidak ada pakatan antara mereka sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

TAHUKAH ANDA.. sepatutnya kita DAH TAK PERLU BAYAR TOL PLUS SELEPAS 2018..

Posted: 18 Oct 2015 09:36 AM PDT


Tiba2 'penyangak KRONI' UMNO/BN melanjutkan lagi tempoh konsesi PLUS sehingga 2038.. TAMBAH LAGI 20 TAHUN !!!

Buat tol ..DUIT RAKYAT
Pampasan tol ..DUIT RAKYAT
Tol naik ..PON DUIT RAKYAT

HAKIKATNYA...
Makin mudah rakyat di-TOL-olkan KERAjaan..

Himpunan di Ampang hanya permulaan, kata Jamal

Posted: 18 Oct 2015 09:19 AM PDT

jamal 2
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan ini akan diteruskan sehingga segala masalah yang berlaku di negeri Selangor selesai.
AMPANG, 18 Oktober:
Himpunan Selamatkan Selangor yang berlangsung di Bangunan Umno Ampang Jaya hanya permulaan.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan ini akan diteruskan sehingga segala masalah yang berlaku di negeri Selangor selesai.
"Hari ini satu permulaan. Kita akan pastikan gelombang ini tidak berakhir di Ampang.
"Kita nak bawa ke Pandan, Subang, lepas tu Gombak. Kita akan mengadap dan bertentang mata (Menteri Besar Selangor) Azmin Ali," katanya ketika berucap dalam himpunan tersebut di sini hari ini.
Jamal turut mengumumkan selepas ini Himpunan Selamatkan Selangor akan diadakan hujung bulan ini di Subang.
Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ampang Jaya, Datuk Ismail Kijo ketika berucap mempertikaikan janji-janji yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum.
"Janji pilihanraya yang dibuat pada 2008, mereka akan buat rumah murah seberapa banyak yang boleh tetapi di kawasan Ampang, tidak ada satu pun rumah murah dibina.
Read More / Baca Lagi >>

‘Rakyat tidak suka Gerakan sebab Umno’

Posted: 18 Oct 2015 09:17 AM PDT

LJS_L1
Perwakilan Gerakan daripada Pulau Pinang, Jason Loo Jieh Sheng berkata bahawa ramai pemimpin Umno yang berada di tahap rendah masih lagi berjaya di dalam pilihan raya lalu berpunca daripada aspek demografik kawasan terbabit.
SETIA ALAM, 18 Oktober:
Gerakan tidak mendapat tempat di hati rakyat ekoran keberadaan parti itu yang bekerjasama dengan Umno.
Perwakilan Gerakan daripada Pulau Pinang, Jason Loo Jieh Sheng berkata bahawa ramai pemimpin Umno yang berada di tahap rendah masih lagi berjaya di dalam pilihan raya lalu berpunca daripada aspek demografik kawasan terbabit.
"Mereka tidak ada ilmu untuk berjaya dalam politik pelbagai kaum.
"Saya sendiri membantu Umno Penang bagaimana hendak 'belasah' Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP dalam sidang Dewan Negeri. Tetapi rakyat tak suka mereka (Umno) dan benci kita sebab kita bawa jenama yang sama," katanya ketika membahaskan ucapan presiden di dalam Persidangan Delegasi Kebangsaan ke-44 di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, Gerakan telah melaksanakan banyak perkara namun ianya tidak dilihat rakyat.
Loo berkata, bekas presiden Gerakan telah memperjuangkan masyarakat pelbagai kaum namum ekoran keadaan politik. Umno dilihat tidak putus menggunakan isu melibatkan perkauaman.
Read More / Baca Lagi >>

Telefon digodam, AMANAH arah SU negeri lapor polis

Posted: 18 Oct 2015 09:11 AM PDT

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengarah setiausaha negeri di enam buah negeri membuat laporan polis selepas telefon mereka didakwa digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir berkata nombor telefon setiausaha di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan digodam kerana didakwa menghantar mesej palsu berkaitan "keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu".

"Kita arahkan agar setiausaha negeri yang nombor telefonnya digodam untuk tampil membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

"Kita dapat laporan kononnya (dalam mesej itu) AMANAH ada membuat kajian mengenai parti itu.
"Namun (SMS itu) dihantar kepada (orang) PAS. (Jadi) ia boleh mengakibatkan perbalahan," katanya lagi.

Menurutnya lagi, setiausaha negeri itu hanya mengetahui nombor telefon mereka digodam selepas dihubungi oleh pihak yang menerima mesej tersebut.

"Kita memang ada paparkan nombor telefon Setiausaha Negeri di dalam laman web dan risalah AMANAH. Ia untuk memudahkan sebarang urusan pertanyaan berkaitan parti.

"Ada pihak yang cemburu dengan AMANAH telah menyebarkan perkara yang tidak benar. Saya sifatkan mereka (penggodam) ini sebagai tidak bertamadun," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Fastaqim . PAS Kuat ?

Posted: 18 Oct 2015 09:09 AM PDT

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Saya hanya dapat hadam ucapan Tuan Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan Ustaz Derih. Yang lain saya tak tahu, asyik tengok drone, asyik layan wassap.

2) Crowd hijau berbeza dengan crowd kuning. Crowd kuning bebas merayau dijalanan, crowd hijau terkurung dalam stadium. Yang melimpah kat luar saya tak nampak, sebab drone saya berresolusi rendah, kurang sensitif cahaya.

3) Inilah perhimpunan PAS yang paling pelik yang saya pernah lihat. Ada lagu negaraku, ada gimik lakonan dan berkuda, ada drone, ada dua tiga perasmian pelancaran dala satu majlis.

4) Saya tidak nampak di mana kekuatan PAS yang mahu ditunjukkan dalam babak-babak tersebut melainkan hanyalah hiburan mengisi emosi dan humor kepada peserta yang sudah mungkin keletihan seharian di Kota Bharu.

5) Namun saya tidak nafikan PAS memiliki kekuatan wala' ahli yang istiqamah. Apabila dikerah, mereka bergolok bergadai datang. Walau difitnah/ditroll dengan bas sponsor, namun bas yang berpuluh-puluh atau beratus-ratus itu bukanlah di sponsor.

6) Peserta kena bayar tambangnya. Kalau ada sponsor pun mungkin satu dua bas sahaja. Mana ada cawangan/kawasan yang poyo nak tunjuk kaya. PAS bukan Umno. Cuma organizer setiap tempat menganjurkan rombongan Bas untuk meminimakan kesesakan lalulintas di Kota Bharu.

7) Bayangkan kalau 100K semua datang dengan kereta, tak ke mampus Kota Bharu dengan jem. Dah laa sistem trafik pun lemah. Nak mohon fly over sebijik daripada pusat pun berpuluh tahun baru sampai.

8 ) Jika objektifnya mahu perserta yang ramai, saya katakan ia berjaya. Namun untuk mengatakan Fastaqim itu sebagai kayu ukur PAS sebuah parti yang kuat, ia belum teruji. Jangan mendabik dada.

9) Saya kurang setuju dengan nada salah seorang Naib Presiden yang berucap. Perbaiki nada anda semasa berucap. Saya faham point anda, tetapi ada sesuatu yang tak kena.

Rakyat telah boleh terima GST sembang Ahmad Maslan

Posted: 18 Oct 2015 09:06 AM PDT

Mereka tidak lagi marah kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu meningkatkan pendapatan

ALOR SETAR : Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST kembali kepada mereka dalam pelbagai bentuk.
Kerajaan katanya perlu memperbanyakkan program meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan dana hasil kutipan GST sebelum ini bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat semula.
"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.
"Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 peringkat Zon Utara.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan.
BERNAMA

Khairy ramal BN bermasalah PRU14 jika graf sokongan tidak meningkat

Posted: 18 Oct 2015 09:02 AM PDT

Barisan Nasional (BN) akan berdepan masalah besar pada PRU14 jika graf sokongan pengundi tidak meningkat, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap pada Persidangan Pemuda MIC Kebangsaan di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 18 Oktober, 2015. 
Barisan Nasional (BN) akan berdepan masalah besar pada PRU14 jika graf sokongan pengundi tidak meningkat, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap pada Persidangan Pemuda MIC Kebangsaan di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berada dalam keadaan yang bermasalah sekiranya graf sokongan pengundi tidak meningkat.
Ketua Pemuda BN itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang akan memberikan cabaran terbesar kepada gabungan pemerintah itu.
"PRU 14 adalah bapa segala pilihan raya umum.

"Dalam pilihan raya sama ada hidup atau mati. Kita semua tahu dari 2008 hingga 20013 graf semakin turun.  "Kalau tak reverse trend ini, PRU14, BN dalam masalah besar," kata menteri belia dan sukan itu ketika berucap pada Persidangan Pemuda MIC Kebangsaan di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, BN mempunyai masa kira-kira 2 tahun setengah untuk mengetepikan segala kemelut perpecahan, sambil merujuk kepada MIC yang baharu pulih daripada krisis dalaman mereka.
"Hari ini kita lihat kebangkitan semula MIC di bawah Subra (Datuk Seri Dr S Subramaniam).
"Kita ada 2 tahun setengah untuk ketepikan segala kemelut perpecahan. Tahun lepas untuk kembalikan keyakinan pemuda India untuk MIC dan BN. Saya selalu percaya pada MIC, walaupun ada parti komponen dan lain-lain, tapi undi utama kaum India tetap datang daripada MIC," katanya.
Dalam ucapannya itu Khairy memberi tips untuk MIC bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang dengan 8 perkataan bagi kunci prinsip "MIC YOUTH" yang membawa maksud; Moderation (kesederhanaan), Intellectual (intektual), Compassionate (ihsan), Youthful (keremajaan) , Organise (teratur), Unity (bersatu), Trustworthy (kepercayaan), Hands-on (menunjuk ajar).
Mengulas lanjut 8 kata kunci tersebut, katanya, ramai berpendapat sikap kesederhanaan dalam berpolitik itu tidak penting dan akan dilihat lemah – seolah-olah ingin menjaga hati semua pihak.
"Saya nak beritahu dalam Malaysia tak ada cara lain untuk fikir selain daripada kesederhanaan.
"Kalau nak jadi hero di kalangan kaum sendiri boleh jadi popular. Tapi adakah anda akan dihormati?" soal ahli Parlimen Rembau penggal kedua itu.
Khairy turut menasihatkan supaya pemimpin-pemimpin memberikan hujah intelektual kepada rakyat supaya mereka tidak menjadi bahan ketawa masyarakat, kerana rakyat Malaysia hari ini semakin bijak.
Read More / Baca Lagi >>

SETELAH MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN TAMPIL BERSAMA, APA SETERUSNYA?

Posted: 18 Oct 2015 06:00 AM PDT

Awal minggu ini Tun Mahathir Mohamad yang agresif mahu menyingkirkan Najib Razak daripada kerusi Perdana Menterinya telah tampil dalam satu sidang akhbar bersama seteru politik lamanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membantah penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Mathias Chang dibawah undang-undang Sosma.

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Muhyddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal serta dua lagi pemimpin veteran iaitu bekas menteri, Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat.

Seorang lagi bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik yang turut mengeluarkan kenyataan bersama membantah penyalahgunaan undang-undang Sosma, tidak hadir dalam sidang akhbar itu kerana dilaporkan mempunyai urusan di luar negara.

Apa yang menarik dalam sidang akhbar itu ialah kemunculan  Tun Mahathir bersama dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li dan Muhyiddin Yassin secara sekaligus yang seolah-olah memperlihatkan wujud agenda bersama serta keserasian jiwa antara mereka.

Semua orang tahu sejarah hubungan Tun Mahathir dengan Ku Li sebelum ini. Selepas bertembung dalam pemilihan 1987 dan kemudian Ku Li setuju membubarkan Semangat 46 pada 1996 demi perpaduan Melayu, kedua-dua pemimpin itu tidak pernah duduk semeja atau berada di pentas yang sama untuk bersatu hati dalam sesuatu isu, baik berkaitan UMNO mahupun negara.

Tun Mahathir dengan cara dan gayanya, manakala Ku Li pula dengan caranya yang tersendiri. Walaupun Ku Li pernah mencuba untuk menentang Tun Abdullah Badawi bagi jawatan Presiden UMNO, tetapi beliau tidak ikut sama bila Tun Mahathir ligat mengadakan "roadshow" untuk penyingkiran bekas Perdana Menteri yang banyak dikaitkan dengan isu "budak-budak tingkat 4" itu.

Begitu juga apabila Tun Mahathir menarik balik sokongannya terhadap Najib sejak lebih setahun yang lalu, Ku Li turut tidak ikut serta. Beliau banyak berdiam diri dan cuma sesekali bercakap berkaitan isu-isu penting negara.

Lantaran itu, apabila Tun Mahathir dan Ku Li berjaya duduk semeja untuk membantah Sosma di ketika bekas Perdana Menteri itu semakin agresif mahu menurunkan Najib daripada jawatannya, ia tentu saja menarik untuk ditafsirkan dan ditunggu perkembangannya seterusnya.

Tidak mungkin rasanya kedua-duanya sanggup duduk semeja hanya semata-mata kerana Sosma. Ia pasti lebih daripada itu yang ada kaitannya dengan perkembangan semasa politik negara. Lebih-lebih lagi jika dilihat sejarah perseteruannya dengan Tun Mahathir, seperti nampak mustahil hanya kerana Sosma, Ku Li sanggup berbaik dan duduk semeja dengan bekas musuh politiknya itu.

Apakah Ku Li sekarang sudah mempunyai agenda yang sama dengan Tun Mahathir untuk saling bergandingan tangan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini?

Apatah lagi dalam sidang akhbar kemudiannya, Ku Li turut mengulas mengenai usul undi tidak percaya di Parlimen dan usaha lain yang boleh dilakukan berkaitan kedudukan Perdana Menteri, tetapi enggan mendedahkannya buat waktu ini.

Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin. Sekembalinya daripada lawatan ke Sarajevo pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ada mengatakan tidak akan bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib.

Tetapi, nampaknya sekarang beliau sudah sanggup duduk semeja bersama Tun Mahathir. Walaupun terlihat cuma berkaitan Sosma, kesediaan Muhyiddin menonjolkan dirinya untuk bersama-sama dengan Tun Mahathir seperti menunjukkan beliau sudah mengubah pendiriannya.
Read More / Baca Lagi >>

MASIH BERBUNYI LAGI ???

Posted: 18 Oct 2015 05:37 AM PDT

Inilah MENTERI ternakan UMNO yg paling berjaya dihasilkan perbodohkan rakyat..

Dulu kes prabayar-GST APA CERITA. JANJI 6 BULAN nak settle.. Nak tunggu 6 bulan ka, atau 6 TAHUN !!!

Peneroka Felda di luar sana boleh beri pengesahan, SAMA ADA NAJIB BERCAKAP BENAR ATAU BOHONG !!!

Posted: 18 Oct 2015 05:35 AM PDT


WOWW !!!.. Benarkah purata pendapatan penduduk FELDA RM4,000.. Klu camni tol naik pon tak kesah....kan

REZEKI NASI DARI UMNO ???

Posted: 18 Oct 2015 05:33 AM PDT


Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi kot sbb masa tu UMNO blom wujud lagi....

Kesian kat Brunei,
Malang sungguh kat S'pore,
rakyat mereka tak merasai sebutir nasi...

KERANA NEGARA MEREKA TAKDA UMNO !!!

Pandai betul Najib bermain kata2 perbodohkan rakyat utk menghalalkan kadar tol naik..

Posted: 18 Oct 2015 05:31 AM PDT

Mana satu korang nak, tol naik ka atau BR1M naik..

HAKIKATNYA...
Tol makin naik, makin mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan..