Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kedudukan ahli Parlimen Pas bakal berubah Isnin ini?

Posted: 17 Oct 2015 10:56 AM PDT


Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

Kedudukan barisan ahli Parlimen Pas, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov.my.

Tempat duduk Pas kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Naib Pengerusi parti itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kini duduk sebaris dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan ketua pembangkang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok I, iaitu di I-3.

Turut berada dalam Blok I tersebut adalah ahli jawatankuasa parti itu Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ahli jawatankuasanya Khalid Abd Samad (Amamah-Shah Alam), ketua wanitanya Siti Mariam Mahmud (Amanah-Kota Raja) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu).

Seorang lagi ahli parti itu iaitu ahli jawatankuasa parti itu, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) ditempatkan di Blok H sebaris dengan Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Pas kini hanya mempunyai 14 ahli Parlimen berbanding 21 sebelum ini.

Selain ahli Parlimen Pas yang menyertai Amanah, seorang lagi ahli Parlimen Pas dari Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar telah menyertai PKR pada 11 September lepas.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP veteran, Dr Tan Seng Giaw kini telah dipindahkan ke Blok F. Sebelum ini, beliau adalah antara ahli Parlimen DAP yang ditempatkan bersama pemimpin kanan parti pembangkang di Blok I.

Kedudukan tempat duduk ahli Parliamen dari Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat turut berubah berikutan pengguguran lima anggota Parlimen BN daripada Kabinet pada rombakan 28 Julai lepas.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri kini ditempatkan di barisan pertama Blok A sebelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala Muhyiddin diletakkan di barisan pertama Blok E, bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Turut ditempatkan di Blok E ialah bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas presiden MIC dan bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan bekas menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Tempat Palanivel sebelum ini di Blok A, diganti oleh Presiden MIC baharu, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan.

Sementara kedudukan kerusi barisan menteri yang baharu dilantik turut berubah termasuk Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan), Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

Selain beberapa perubahan dengan pelantikan baru jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir anak Kujat, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Nogeh anak Gumbek.

Selain itu, muka baharu dalam Dewan Rakyat terdiri daripada Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Senator Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan.

Persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini akan berjalan selama 25 hari dijangka hangat dengan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Najib serta isu-isu semasa.

Najib juga dijangka mengemukakan usul untuk menamakan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu bagi menggantikan Nur Jazlan yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka dibentangkan pada persidangan kali ini berikutan kemungkinan ia akan diadakan awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dipetik sebagai berkata pembentangan laporan itu bagi membolehkan 11 kerusi Dun yang baharu diwujudkan, mendapat kelulusan dan diwartakan, sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11.

Dalam pada itu, lima rang undang-undang dijadual untuk dikemukakan bagi bacaan kali pertama iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2016, Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Syarikat 2015 dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan 2015.

Empat lagi rang undang-undang yang dibawa dari mesyuarat lepas turut disenarai untuk dikemukakan bagi bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2014.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pembangkang sedia tanya, sila sedia terima jawapan TERMASUK undi tak percaya

Posted: 17 Oct 2015 08:25 PM PDT


Demikian kata-kata Dato Ahmad Zahid Hamidi.

Parlimen bakal bersidang pada Oktober 19hb. Banyak drama dan auta akan dibawa di sidang yang mulia itu demi mendapat perhatan rakyat dan menyerang kredibiliti UMNO/BN.

Senarai soalan-soalan dan usul-usul telah disiarkan oleh Parlimen termasuk usul undi tidak percaya dari AP Petaling Jaya Selatan:


Menurut Flying Kick,  undi tidak percaya sebenarnya sudah diguna sejak 'kejayaan' besar PKR-DAP pada 2008 lagi untuk Anwar Ibrahim desak Abdullah Badawi memanggil sidang Dewan Rakyat untuk kumpulannya membuat undi tidak percaya.

Mereka siap isytihar 16 September 2008 sebagai tarikh peralihan pemerintahan negara daripada UMNO-BN kepada Pakatan Rakyat tapi sampai harinya ia gagal.

PKR dan DAP cuba pula mainkan ide yang sama untuk selamatkan beberapa pemimpin PKR dan DAP yang terlibat dalam kontroversi Claire Rewcastle-Brown, Sarawak Report, WSJ dan pembocoran maklumat untuk menggulingkan kerajaan yang tertera dalam transkrip WhatsApp perbualan antara Claire dan Justo.

Percubaan dulu gagal, begitu juga percubaan ini. Baca sepenuh di SINI

Ingat Zaid Ibrahim hanya pengiring, rupanya sudah kamcing

Posted: 17 Oct 2015 05:43 PM PDT


Gambar Tun M di Bersih 4.0 bersama Dato Zaid Ibrahim sebagai pengiring rasmi Bersih 4.0 haram.

Ingat untuk masa tu saja tapi dah kamcing launching-launching buku.






Baca Bigdog SINI dan Rockybru SINI.

Bila diingat kembali, Zaid merupakan Presiden Persatuan Peguam Islam yang pertahankan Tun M ketika dikritik berhubung pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara.

Bila Zaid dilantik Menteri JPM menjaga urusan kehakiman, dia seolah-olah persoal tindak tanduk Mahathir dengan meminta Tun ABdullah minta maaf dan pohon yang lepas itu lepas kepada Bar Council. ENam hakim yang dipecat dibayarkan pencen yang tertunggak mereka.


Tun M ngaku bukti tak cukup untuk laporan polis, dakwa 1MDB

Posted: 17 Oct 2015 03:57 AM PDT




Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HASIL FASTAQIM, MAT SABU JANGAN CEMBURU

Posted: 17 Oct 2015 10:14 PM PDT


Mat Sabu boleh terus bergantung-harap wang DAP. Parti AMANAH tak cemburu ker wang bertimbun ... Tak perlu mengemis dengan DAPig...


USUL UNDI TIDAK PERCAYA KE ATAS PERDANA MENTERI HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Posted: 17 Oct 2015 07:00 PM PDT

UMNO Parti Miskin ?

Usul: Bahawa Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan penerimaan "Wang Derma" berjumlah RM2.6 billion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperolehi daripada individu yang berasal dari Timur Tengah.
Komen saya ialah, jika wang derma menjadi isu bagaimana pula wang derma yang diterima oleh parti-parti lain? Sehingga ke hari ini, belum ada parti-parti politik di Malaysia khususnya DAP, PKR, parti baru Amanah menyahut cabaran DS Najib supaya mereka turut sama mendedahkan derma yang mereka terima. Walaupun mereka berkata menyahut cabaran tersebut, tetapi ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Saya tidak percaya mereka tidak pernah menerima derma atau sumbangan atau pemberian atau bantuan atau apa jua istilah untuk membantu mereka semasa PRU13 dan PRU yang terdahulu. Perlukah ditubuhkan sebuah lagi Pasukan Penyiasat Khas untuk menyiasat semua parti politik? Barulah adil dan saksama ! Tak kanlah hanya parti UMNO sahaja menerima derma politik ? 
SEBENARNYA derma yang diperolehi oleh UMNO melalui Presiden UMNO membuktikan betapa Presiden UMNO tidak menggunakan wang atau bajet daripada Kerajaan untuk kegunaan parti UMNO. Isu ini menunjukkan kredebiliti UMNO tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai peneraju kerajaan. Sebab itulah UMNO sebagai tunjang BN kena mencari dana sendiri untuk memenuhi kos partinya sendiri. 

Di USA, setiap calon Presiden USA akan menerima derma berbillion-billion USD untuk menghadapi pilihanraya. Mereka juga tidak gunakan wang kerajaan, mereka gunakan wang penderma.
Saya selalu berkata parti UMNO adalah parti yang miskin! Anda tidak percaya? Cuba anda buat satu kertaskerja di bahagian anda dan memohon kepada Ketua Bahagian atau wakil rakyat UMNO. Berapa anda dapat? Barangkali anda akan memperolehi separuh atau suku daripada permohonan anda atau barangkali anda langsung tidak mendapat apa-apa! Mengapa tidak dapat apa-apa? Kerana pemimpin-pemimpin UMNO sebenarnya bukanlah ada wang yang banyak. Walhal setiap hari rakyat memerlukan peruntukan pembangunan dan lain-lain masalah di kawasan masing-masing khususnya di luar bandar.
Mereka pula seringkali memarahi jabatan-jabatan kerajaan kerana lewat membantu rakyat di kawasan mereka. Kenapa mereka marah? Kerana mereka mahu kelulusan yang segera, walhal di dalam kerajaan terdapat banyak peraturan sebelum sesuatu peruntukan diluluskan.
Sama ada wakil rakyat UMNO atau wakil rakyat pembangkang memohon bajet kerajaan, ianya mestilah mengikuti peraturan kewangan yang telah ditetapkan, bukannya suka-suka meluluskan hanya kerana seseorang itu berstatus Yang Berhormat.
Adakah parti DAP yang menguasai Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mempunyai cara yang berbeza? 
Usul Hangat-Hangat Tahi Ayam
Usul seterusnya: "Dengan tidak menjelaskan mengapa "Wang Derma" ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1MDB yang berlaku di mana "Special Task Force" yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai SPRM dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat daripada empat anggota PAC yang terbabit telah dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, Timbalan Pengarah Cawangan Khas dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan.
"Disebabkan masalah yang dinyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjejaskan imej Negara di dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.
"Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap perdana menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri."
Ulasan saya ialah, siapa kata Pasukan Penyiasat Khas tersebut dibubarkan? Jabatan Peguam Negara berkata ianya tidak pernah dibubarkan. Manakala saya melihat siasatan itu terhenti kerana beberapa ahli PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ianya terhenti kerana Pengerusi PAC yang baharu belum dilantik, sebaliknya ianya baru sehaja semalam disebut MP Rompin bakal mengetuai PAC. 
Manakala Jabatan Akauntan Negara masih meneruskan siasatan dan dijangka menyiapkannya hujung tahun ini. Tidak berapa lama lagi pun, sekarang sudah pertengahan Oktober. Begitu juga pihak SPRM masih meneruskan siasatan mereka. 
Pendek kata, semua pihak sedang bekerja malangnya segelintir orang tidak sabar. Mereka sangat kelam-kabut, hanya Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tenang dan tidak kelam-kabut menangani isu dana politik dan isu 1MDB. Sebab itu saya menulis dalam artikel sebelum ini, bahawa Lim Guan Eng ada ciri-ciri Perdana Menteri ! Silakan baca semula dalam label DAP.
Sikap pemimpin pembangkang yang sangat kelam-kabut menunjukkan kelemahan besar mereka. Bukankah Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi PAC berkata jika kamu (Tony Pua) tidak mempunyai bukti, hanya bercakap sahaja, lebih baik tutup mulut. Sebab itulah, Tony Pua dan rakan-rakannya banyak berdiam diri sejak sebulan dua ini. 
Dan terbaharu, usul undi tidak percaya pun dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen junior yang tidak ada kepakaran dan pengalaman dalam mengusulkan usul besar di Parlimen.
Kenapa bukan Ketua Pembangkang yang membawa usul tersebut? Baharulah nampak ada kesungguhan dan ada nilai!. Namun, ianya diusulkan oleh seorang ahli parlimen yang tidak ada apa-apa dalam politik nasional. Mereka buat ala kadar sahaja asalkan ada aktiviti untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya mereka sedang bekerja.  Mereka hanya hangat-hangat tahi ayam!
Bersambung isu perpindahan Datuk Saifuddin Abdullah ke PKR...
Selamat Berhujung Minggu.
Oktober 17, 2015. 
USA.

Sumber

PARTI AMANAH KELAM-KABUT WAL TERDESAK

Posted: 17 Oct 2015 10:29 AM PDT


      Di Kelana Jaya di tempat Eksklusif

     Di KB Di Warung Kopi

    
          TERDESAK PAKSA MEMAKSA




PARTI AMANAH KECUT PERUT, PARTI PKR TERSEDAK LIHAT HIJAU

Posted: 17 Oct 2015 06:15 AM PDT







Kuning sudah
Merah sudah
Hijau sudah

Biru Pucat bila nak buat? Ataukah tidak mampu kumpul ahli? Tidak mengapalah, kita bagi 10,000 jer la dalam Dewan pun Kira okey lah...

Dibenarkan jemput Bangladeshi, Vietnamesi, Chinese, Nepali...





WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu

Posted: 17 Oct 2015 08:16 PM PDT







Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno - Mat Sabu

Amanah mampu menang di kerusi Pas atau Umno – Mat Sabu


Walaupun masih baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin tidak sukar untuk menarik sokongan daripada Umno dan PAS.

Presidennya Mohamad Sabu berkata PAS memang kuat untuk menang beberapa kerusi bersendirian, tetapi dalam real politik Malaysia, parti bertanding perlu masuk gelanggang sebagai sebuah gabungan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Malaysia akan memilih parti yang boleh membentuk kerajaan, sama ada BN atau Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Mohamad mengakui masih terdapat parti sekutu mereka ragu sama ada mereka dapat membayangi pengaruh PAS di kawasan luar bandar untuk menjamin undi Pakatan.

"PAS berpengaruh di Kelantan dan Terengganu. Justeru ada antara sekutu kita fikir jika kita ketepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti.

"Tetapi saya tidak setuju," kata Mohamad dalam wawancara bersama Sin Chew Daily.

Mohamad sebaliknya berkata AMANAH harus merampas peluang ketika Umno dan PAS bermasalah mendapatkan sokongan.

"Tidak sukar tetapi perlukan masa, terutamanya apabila penyokong Umno sedang kecewa dengan pemimpin mereka," kata Mohamad yang membangkitkan kiritkkan tokoh Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Sanudi Junid dan Tan Sri Rafizah Aziz.

Mohamad, bekas timbalan presiden PAS, membentuk AMANAH setelah disingkirkan beramai-ramai dalam pemilihan oleh kumpulan proulama.

AMANAH turut menampilkan dirinya sebagai sebuah parti Islam tetapi terbuka kepada penganut semua agama.

P/S:

Amanah diragui prestasinya oleh puak Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Mereka enggan mengiktiraf Pakatan Harapan di Selangor dan kekal bertahaluf bersama Pas kerana takut orang Melayu tidak mengundi kerajaan sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.

Golongan ini mencipta mitos bahawa Pas mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan orang Melayu luar bandar. Mitos itu menjadi duri dalam daging kepada pemimpin utama PKR menyebabkan parti itu bergeser antara puak, yang mahukan Pakatan Harapan dan puak yang mahu pergabungan dengan Pas sahaja.

Sedangkan realitinya sejak 1950an Pas wujud, sekali pun orang Melayu Selangor tidak pernah memberi sokongan padu kepada mereka sehinggalah Anwar dipecat dan dianiaya pada 1998.

Sejarah juga membuktikan pergabungan antara PKR dan Pas pada PRU 2004 merupakan malapetaka. PKR mendapat satu kerusi parlimen, Permatang Pauh dan Pas 6 kerusi parlimen sahaja.

Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali

Posted: 17 Oct 2015 08:12 PM PDT





Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali

Merdeka Center: Pengundi Melayu tolak Najib buat pertama kali


Satu kaji selidik menunjukkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mendapat sokongan rakyat – untuk kali pertama berlaku – lapor akhbar Straits Times (ST) Singapura.

Memetik keputusan kaji selidik Merdeka Center, akhbar itu melaporkan hanya 31 peratus pengundi Melayu berpuas hati terhadap kerajaan semasa.

Keputusan itu menunjukkan sokongan pengundi Melayu berkurangan di bawah 50 peratus untuk kali pertama sejak agensi berkenaan merekodkan data mengenainya pada Februari 2012.
Kemerosotan sokongan itu dilihat begitu drastik kerana pada Januari lalu tahap keyakinan di kalangan pengundi Melayu berada di paras 52 peratus.

Faktor demografi pula memainkan peranan penting kerana ia membentuk sokongan padu penyokong Umno yang membantu gabungan pemerintah terus berkuasa ketika parti lain dalam BN menunjukkan kelemahan.

Lapor ST, keputusan kajian itu dibentangkan kepada penganalisis sektor kewangan pada minggu lalu.

Sokongan keseluruhan terhadap kerajaan juga menurun kepada 23 peratus – tahap terburuk pernah dicatatkan sejak kaji selidik mengenainya mula dibuat Merdeka Center pada 2012.

Mengenai pengundi Cina pula, hanya lima peratus responden menyokong kerajaan berbanding 11 peratus pada Januari lalu.
Kaji selidik sama juga mendapati kemerosotan sokongan terhadap kerajaan kebanyakannya disebabkan oleh cara isu ekonomi ditangani.

Data dikumpul Merdeka Center menunjukkan hanya 17 peratus responden berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi berbanding 78 peratus yang tidak berpuas hati.

Kaji selidik itu dijalankan di kalangan responden di Semenanjung Malaysia pada Ogos, sejurus selepas Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.

TAHNIAH BUAT PAS DI ATAS KEJAYAAN MENGHIMPUNKAN AHLI DI DLM FASTAQIM H60K

Posted: 17 Oct 2015 07:29 PM PDT




Admin banyak terima ulasan serta komen-komen Bangga serta Ujub daripada pimpinan dan ustad2 PAS..

DAN sebahagian daripada komen2 mereka tersebut Admin balas dgn beberapa fakta agar mereka mampu berfikir dgn waras demi masa depan generasi mendatang..

Di sini Admin cuba perturunkan sebahagian sahaja secara ringkas dlm bahasa rojak malas nak susun ayat sbb jika guna bahasa yg indah dan tersusun sekali pun kalau minda dah tertutup tetap jumud juga :
***************************

PAS mahu menang kat lubuk melayu sahaja ker..? pantai timur.. Kelantan dan Trangganu.. bukannya boleh perintah Malaysia.. kalau setakat nak kuasai negeri2 miskin nak buat apa syeikh..? Pandang ke depan negara ini kita punya, untuk survival generasi kita maka sewajarnya kita agihkan ekonomi negara seadil2nya utk generasi yg akan dtg.. bukannya kuasai negeri2 mundur..

Aku x nampak misi dan visi PAS utk menguasai Kerajaan Pusat yg aku nampak PAS hanya mahu mengekalkan Kelantan dan beberapa kawasan lubuk melayu.. Visi PAS seharusnya menawan Pantai Barat yg kaya bukannya selesa dgn negeri2 mundur.. Mmg hasil bumi pantai timur banyak tetapi jika tidak menguasai Putrajaya semuanya x de makna.. selagi tidak mengusai Putrajaya maka selagi itu melayu terus mundur dan ditindas... sbb tu aku tolak PAS kerana perjuangan PAS terlalu sempit hanya utk kekal di Kelantan dan kawasan2 lubuk melayu..

Tak perlu kita berbangga dan syok sendiri dgn kehadiran ahli yg ramai jika pengisian jiwa mereka tidak diisi dgn usaha bagi menawan Putrajaya dan seterusnya mengambil alih tampok pemerintahan negara.. Allah suruh kita berusaha keluar dr kezaliman dan penindasan bukan hanya mengharapkan Redho Allah tanpa usaha.. dan Allah sendiri tidak Redho ke atas kita jika kita membenarkan penindasan terus berjalan ke atas rakyat jelata.. kalian x rasa berdosa ker jika rakyat ditindas dgn tiadanya usaha dari kita utk menyekat dan menghapuskan kezaliman tersebut?
Satu2nya cara utk menghapuskan kezaliman tersebut sdalah dgn menguasai Putrajaya.. bukannya menguasai Kelantan dan kawasan2 lubuk melayu..
Aku x tahulah kalau org PAS dan pantai timur tidak mahu majukan negeri mereka setara Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.. jika kita hanya berbangga dgn kelompok kita dan Ahli Parti kita yg ramai tetapi kita miskin tak ubahlah kita sama seperti PERKASA dan Pekida yg berbangga dgn Ahli yg ramai tetapi Habuk pun tarak..
Mungkin Ijtihad Ahli PAS Allah akan lebih Redho ke atas kita jika kita terus Miskin hingga ke akhir hayat..
ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN..
Aku tak pasti kemenangan bagaimana yg kalian cuba terjemahkan..

Dari apa yg aku belajar kita hendaklah berjaya di dunia dan di akhirat.. Ketamadunan Islam dibangunkan dgn Ilmu sehingga menjadi sebuah empayar yg penuh dgn limpahan kekayaan material.. Tamadun Islam tidak dibangunkan dgn kejahilan dan kemiskinan..
100 tahun sebelum Empayar Islam Othmaniah hancur di tangan Yahudi dan Nasara mereka menyekat serta sudah tidak lagi meneruskan Kemajuan Ilmu Pendidikan dan teknologi. Khalifah Othmaniyah menolak wacana ilmu dan perbahasan Ilmiah secara terbuka.. Kejumudan dalam mendepani perubahan Zaman menyebabkan Empayar islam Othmaniyah menjadi lemah dan miskin sehingga berhutang dgn Yahudi dan Nasara dan Turkey Muflis. Akhirnya Othmaniah ketinggalan 100 tahun kebelakang dari segala kemajuan ilmu dan teknologi (pembuatan, makanan, kesihatan dan ketenteraan)

Rakyat Turkey menjadi rakyat paling naive di Eropah.. buta ilmu dlm memajukan ekonomi dan teknologi.. akhirnya Othmaniyah ditumbangkan dgn mudah oleh musuh islam. Khalifahnya dihalau keluar dari Turkey dgn penuh kehinaan kerana ilmu dan miskin ekonomi..

Zaman itu rakyat Othmaniyah antara rakyat yg teramai di eropah tetapi mereka mudah dialahkan oleh yahudi dan nasara kerana tiada mempunyai ilmu dan miskin.. ramai tidak semestinya kuat..
DAN sehingga kini kebanyakkan negara umat islam masih lagi meneruskan doktrin merendah2 serta meremehkan segala ilmu selain dari ilmu agama seperti mana yg pernah dilakukan oleh beberapa orang Khalifah terakhir empayar Islam Othmaniah dahulu..

Apakah ahli PAS yg ramai itu sasarannya hanya utk menguasai negeri2 mundur dan lubuk melayu sahaja..? Apakah PAS tidak kesah jika tidak manpu menawan negeri2 kaya di pantai barat? Dan Apakah PAS mampu menguasai negara kita jika mengenepikan usaha utk menguasai Putrajaya..

Dengan mengksampingkan sokongan bukan islam yg berjumlah 45% dlm negara kita apakah PAS mampu memerintah Melaysia..? Kita kena ingat UMNO kekal berkuasa atas tiket " Undi Bukan Melayu yg mana 12 parti komponen BN terdiri daripada parti2 bukan melayu..

Selama ini UMNO terus berkuasa kerana Undi Bukan Melayu.. dlm PRU 12 dan 13 Undi Bukan Melayu telah beralih arah kepada PR menyebabkan UMNO hilang byk kerusi dan BN hampir kalah.. kekuatan UMNO sebenarnya bukan atas undi melayu tetapi atas Undi Bukan Melayu..

Tiba2 PAS pula dengan sengaja menolak dan mencerca bukan melayu seolah2 Undi Bukan Melayu tidak penting buat PAS..
Kita tgk bagaimana liciknya UMNO dalam situasi ini.. Bila PAS menolak dan bermusuh dgn bukan melayu UMNO mulai cucuk jarum agar permusuhan PAS dgn bukan melayu terus marak.. 

Blogers dan facebookers upahan UMNO tiba2 menyokong PAS dan menyemarakkan lagi api permusuhan tersebut lalu PERKASA diutuskan UMNO utk mencurah minyak hingga menyebabkan PAS semakin hangus terbakar..

Siapa akan lupa dgn kerja2 PERKASA yg menghina agama hindu dgn mengusung serta memijak kepala lembu.. Yang pernah membakar patung pemimpin DAP serta memecah pintu grill Pejabat DAP serta melemparkan bangkai ayam dan menjirus darah ayam di tangga ibu pejabat DAP juga memecahkan signboard Ibu pehabat PKR.

Mengapakah sebegitu tipis maruah PAS sehingga tergamak berkawan dgn sebuah NGO yg rosak akal fikiran dan celaru fikrahnya, suatu soalan yg agak sukar utk Admin jawab..
Bila PAS dgn sengaja mencetuskan persengketaan dan mencerca bukan melayu dan menjalinkan kerja sama dgn PERKASA ianya secara tidak langsung telah memberi nafas semula kpd UMNO bagi mengaut undi bukan melayu semaksima mungkin dlm PRU14 nanti..

Ya.. Kalian boleh bersorak dan bersoraklah semahunya..
Tetapi kalian lupa satu perkara......


"MENANG SORAK UNDI TERGADAI"
Teuku Zacharyah Iskandar


Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO 



ROYALTI PETROLEUM DAN TUNGGAKAN CARUMAN YIK

Posted: 17 Oct 2015 07:10 PM PDT


Saya difahamkan, Petronas/Kerajaan Pusat dalam proses membayar 'wang ihsan' tahun 2015 kepada Kelantan sejumlah RM 50 juta.
RM 25 juta akan dibayar melalui MAIK dan bakinya RM 25 lagi menerusi JPP.

MAIK pula disebut akan menyalurkan RM 8 juta untuk kegunaan YIK. 

Jika maklumat ini benar, saya berharap sebahagian dari RM 8 juta itu akan digunakan untuk menyelesaikan tunggakan caruman guru-guru YIK.

Itu pun sudah tentu tidak mencukupi berbanding caruman dan bayaran pinjaman yang tertunggak sudah mencecah hampir RM 15 juta.

Sungguhpun saya menolak bayaran royalti ditukarkan kepada wang ihsan dan sebahagian darinya pula dibayar kepada agensi kerajaan Pusat sendiri, namun apa kan daya?

Perjuangan royalti bagaikan sendu.

Apa yang dulunya diperlekeh oleh banyak orang, kini paling kurang Kelantan menerima cebisan khazanah petroleum sekali pun atas nama ihsan.

Berbalik kepada tunggakan bayaran caruman dan pinjaman guru-guru YIK, saya tidak salahkan Exco Pendidikan atau pegawai YIK.

Beliau menjaga portfolio pendidikan tetapi isu ini adalah isu kewangan di Kota Darulnaim.

YIK tidak dapat berbuat apa-apa jika wang yang diberikan oleh Kota Darulnaim tidak mencukupi.

'Kewangan' adalah termasuk pengurusan aset yang diberikan kepada YIK selama ini.

Sekadar satu contoh, pernah saya hujahkan untuk menolak permohonan satu syarikat konsensi perladangan YIK untuk menukar kawasan yang telah diluluskan dengan kawasan baru dalam hutan simpan masih mempunyai kayu kayan.

Logik saya adalah kerana cadangan asal syarikat ini adalah untuk membuat perladangan. Apa perlu ditukar dengan kawasan berhutan?

Hujahan saya ditolak. Bila kelulusan diberi, didapati ia bertindih dengan kelulusan membalak sedia ada. Kerajaan negeri menerima bantahan dari Persatuan Pembalak Negeri Kelantan.

Malangnya, bukan syarikat ini yang diputuskan berundur tetapi syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan diminta memberi jalan dengan cara mereka diberi kawasan lain dua kali lebih luas dari kawasan asal dan diberi hak menebang habis membangunkan ladang.

Hari ini saya mendapat tahu, dari 5,400 ekar yang diluluskan kepada KTeknik (bukan nama penuh) itu, hanya 3,600 ekar sahaja boleh ditanam dengan sawit. Selebihnya adalah tanah berbukit tinggi dan curam.

Saya hairan apa sebab dulunya kawasan ini dipohon oleh syarikat ini pada hal ia berbukit curam.

Saya berharap, melalui catatan ini, hal yang sama tidak berlaku di bawah YIK sekarang dan akan datang.

Kesimpulan, usahlah dipersalahkan pihak lain termasuk YIK atau Exconya untuk menutup kelemahan sendiri.


Husam Musa
Adun Salor
5 Muharam 1437H/18 Oktober 2015
'Melucukan: 1. Kononnya tunggakan bayaran caruman ini sejak DHM. Dokumen ini menunjukkan ia bermula tahun 2014. 2. Ada Exco Kelantan memfatwakan haram bagi YIK tidak melunaskan tunggakan itu.  Kenapakah YIK dan bukannya Kota Darulnaim dipersalahkan?'
Husam Musa's photo.

RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA

Posted: 17 Oct 2015 05:25 AM PDT













Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dlalam senarai saya untuk dibangkitkan.
Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.
Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!
Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.
Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!
Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!
Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)
Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.
Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.
Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.
Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?
Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?
Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.
Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?
Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.
KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.
Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?
Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?
Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.
Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.
Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?
Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.
Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?
Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.
Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?
Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tiada ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk PAS sokong undi tidak percaya Najib

Posted: 17 Oct 2015 09:12 PM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS belum ada kata putus berhubung undi tidak percaya terhadap perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015. 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS belum ada kata putus berhubung undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

PAS tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun beberapa pemimpin parti Islam itu menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu.
"Kita tunggu dan lihat dan sama ada perlu lakukannya," kata presiden PAS itu ketika ditanya berkenaan usul yang dikemukakan pemimpin PKR dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian apabila Parlimen bersidang semula esok.
Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, ahli Parlimen PAS akan menunggu arahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib. "Kita akan menantikan perkara ini dibentangkan di Parlimen. Kita bergantung kepada ketua pembangkang, Dr Wan Azizah untuk membuat keputusan. Kita tengok dulu. Undi tidak percaya sebahagian daripada prosedur Parlimen dan kita sokong undi itu."
Pada 31 Julai, Hadi berkata, PAS tidak akan menyokong sebarang usul tidak percaya terhadap Najib.
Notis yang dikemukakan Hee merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.
Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk derma RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi tidak anggap Amanah ancaman besar PAS

Posted: 17 Oct 2015 09:07 PM PDT

Pemimpin PAS berusaha menyingkirkan impak pesaing mereka Parti Amanah Negara (Amanah), dengan mengadakan perhimpunan raksasa di Kelantan malam tadi yang cuba untuk meningkatkan semangat parti Islam itu dalam menghadapi masa depan lebih mencabar.
Penolakan paling besar datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang memberitahu pemberita Amanah bukan satu ancaman besar kepada parti Islam itu.
Walaupun beliau memandang ringan kesan parti baharu berkenaan, perhimpunan itu menyaksikan Hadi dan ramai pemimpin kanan lain membuat "kecaman berselindung" terhadap Amanah, yang ditubuhkan beberapa ahli-ahli Parlimen PAS terkenal.

"PAS menghadapi cabaran lebih besar pada 1978 apabila ia kehilangan kerajaan Kelantan dan satu pertiga daripada ahli dan pemimpinnya meninggalkan parti," Hadi berkata merujuk semasa pimpinan Tan Sri Asri Muda. Asri, yang ketika itu memegang jawatan presiden PAS meninggalkan parti dan bersama-sama pengikut setia beliau bagi membentuk Hamim.
Satu lagi puak ahli-ahli PAS membentuk Berjasa dan kedua-duanya bertanding menentang PAS pada pilihan raya seterusnya.
"Tetapi kita bertahan dan parti bertambah baik selepas mereka pergi. Jadi apa yang berlaku sekarang adalah lebih besar daripada sebelumnya," kata Hadi kepada pemberita selepas perhimpunan "Fastaqim H60K" di Kota Baru.
Hadi berkata, kehadiran perhimpunan lebih 100,000 peserta melebihi jangkaan penganjur sebanyak 60,000 dan merupakan bukti PAS bukan dalam kesulitan sebagaimana dipercayai pengkritik.
Perhimpunan itu diadakan ekoran dua krisis yang melanda PAS – penghijrahan beramai-ramai ahli dan pemimpin kepada Amanah dan prospek sebagai parti pembangkang tunggal.
Penganalisis meramalkan PAS kalah besar dalam pilihan raya kerana ia bukan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan.
Pengkritik dalam pembangkang juga menuduh kepimpinan PAS baharu yang diketuai Hadi sebagai hilang sentuhan kerana obsesi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2015.
Dalam ucapannya, Hadi cuba memadamkan kebimbangan itu dengan mendakwa PAS sebagai parti Islam paling lama mentadbir di dunia, mengalahkan parti terkenal lain seperti Ikhwanul Muslimin Mesir dan Barisan Penyelamat Islam Algeria.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Johor keluar Malaysia, Sabah, Sarawak akan ikut, kata Nur Jazlan

Posted: 17 Oct 2015 09:01 PM PDT

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed  berkata, meskipun beliau menghormati pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, usaha untuk menyatukan Malaysia tidak seharusnya dipengaruhi sentimen kenegerian kerana ia boleh memberi kesan kepada keharmonian negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.
Sabah dan Sarawak akan turut mengikut jejak langkah sekiranya Johor meninggalkan Persekutuan Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. Nur Jazlan yang juga merupakan ahli Parlimen Pulai berkata, meskipun beliau menghormati pandangan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, usaha untuk menyatukan Malaysia tidak seharusnya dipengaruhi sentimen kenegerian kerana ia bakal memberikan kesan kepada keharmonian negara.
"Kita berjaya membentuk sebuah negara sejak beberapa tahun sebelum ini walaupun penjajah beranggapan kita akan gagal kerana latar belakang kepelbagaian etnik dan agama.

"Hidup dengan harmoni adalah sebahagian daripada kebanggaan Malaysia. Jika ia berlaku, (Johor meninggalkan Malaysia), Sabah dan Sarawak juga berkemungkinan akan mengikut jejak langkah yang sama," katanya dalam kenyataan itu. Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri daripada Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Dalam satu temu bual bersama laman sesawang sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor.
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas. Malah, kita hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bukan parti kenegerian atau perkauman - Hadi

Posted: 17 Oct 2015 08:58 PM PDT


PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi kata AMANAH, cabaran terlalu kecil buat PAS

Posted: 17 Oct 2015 08:57 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan parti Islam baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - tidak membawa sebarang ancaman kepada PAS.
Anggota parlimen Marang itu berkata, PAS sebelum ini pernah menghadapi pelbagai masalah dan ia dapat ditangani dengan baik.
 "Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.
"Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.
Beliau turut mengimbau kembali beberapa peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Ditanya bagaimana PAS berdepan dengan AMANAH memandangkan parti itu kini membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, tokoh PAS itu berkata, ia hanyalah cabaran kecil memandangkan parti itu sering berhadapan dengan BN.
"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.
"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-undang hudud di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu tidak dapat dilakukan pada sidang ini kerana terdapat proses mahkamah yang sedang berjalan.
"Hudud, kita tunggu proses mahkamah yang sedang berjalan. Belum lagi (boleh bentang) kerana masih ada perkara di mahkamah," katanya.

Kepimpinan Pas perlu berubah

Posted: 17 Oct 2015 06:41 PM PDT

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.
Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).
Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.
"Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.
"Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?" katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.
Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat.
"Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan," katanya.
Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.
Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.
"Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

DHPP mahu pastikan Presiden PAS jadi PM

Posted: 17 Oct 2015 06:36 PM PDT




KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menjanjikan akan terus mendukung prinsip perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata DHPP mahu memastikan Presiden PAS mampu menjadi perdana menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS bukan sahaja untuk orang Islam sebaliknya sesuai bagi perjuangan semua pihak termasuk orang bukan Islam.

"Kita akan terus mendokong perjuangan PAS sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya pada perhimpinan Fastaqim.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, menyeru supaya setiap pendukung PAS terus istiqamah sebagaimana perintah Allah SWT supaya kekal bersama jemaah.

Katanya, PAS berusaha bagi mewujudkan pemerintahan yang menurut nilai-nilai Islam.

Beliau juga berharap ahli-ahli dan pendukung PAS hendaklah mendapat maklumat yang sahih daripada pimpinan serta saluran parti dan bukannya maklumat di tepi jalan.
Read More / Baca Lagi >>

M’sian politics: The final countdown, earthquakes, iPhones

Posted: 17 Oct 2015 06:26 PM PDT

The major upheavals on both sides of the political divide has left the people craving for drastic transformations but who will step up to the plate to fulfil it?
chin-tong
By Liew Chin Tong
Much as it sounds cliché, our time is indeed both the best of times and the worst of times. In such a confusing time, clarity is in short supply.
Three things may help us describe the state of affairs in Malaysian politics better: that the final countdown is imminent; that there were major political earthquakes, tectonic shifts and realignments in 2015; and that the voting public is waiting for something transformative, a bit like the iPhone when it was first created.
The final countdown
The joint press conference by former rivals Dr Mahathir Mohammad and Tengku Razaleigh Hamzah surprised some of us. Many of us were even amazed with the unprecedented statement by Majlis Raja-Raja Melayu (The Rulers Council) on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and the falling ringgit, as the council usually restricts its pronouncements to matters relating to Islam and national unity only.
Since the Asian Financial Crisis in 1997 and the sacking of Anwar Ibrahim in 1998, Malaysia has been a nation impatiently waiting for change. But change has been meagre, if any. And we are now entering another crisis – a 'perfect storm' crisis that engulfs the nation on multiple fronts – politics, economics, finances, ethnic relations etc.
On the government front, if Prime Minister Najib Razak leads Umno into the next general election, not only would the party lose, the possibility of its leaders jumping the sinking ship to contest against Najib's Umno cannot be ruled out.
For Umno and Barisan Nasional supporters, they would want to know: If Umno manages to replace Najib, will the removal process be smooth or traumatic? If Najib is removed, will Umno stay united? And without Najib, can Umno win again with a new leader?
For the rest of us, the real questions we want to ask are: "Are all Umno's problems caused by Najib, or is it something systemic? Can systemic problems be solved by having a new leader?"
Some may say that Umno could surprise everyone with sudden and transformative reforms. But then again, this is wishful thinking. On the eve of a potentially volatile Parliamentary session, it feels like fin de siècle or a looming final countdown.
Earthquakes
The sacking of Muhyiddin Yassin and Shafie Apdal from the government on July 28, 2015 was a major earthquake not seen since September 1998. Umno members are still shell shocked, yet unable to express themselves openly. At least, for now.
The moderates and progressives in PAS were not a united force. All of them were defeated during the Islamist party's elections of June 6, 2015. Three months later, they formed Parti Amanah Negara.
As long as PAS is led by Hadi Awang, the party is not going to win the middle ground Malay voters, not to mention non-Malay voters. PAS is kissing goodbye to Peninsula's west coast votes.
Without the progressive faction, PAS is also not going to get any traction outside Kelantan and Terengganu, and to a lesser extent, Kedah. Some commentators even opined that PAS is in danger of losing Kelantan due to issues arising from long years of incumbency and slack in governing.
We cannot rule out a second split in PAS or Hadi being replaced by Tuan Ibrahim Tuan Man, who is now seen as playing the exact role of his predecessor Mohamad Sabu (now Amanah president) in the previous PAS leadership, in his attempt to project an anti-Umno image.
In recent years under Hadi's leadership, the line between PAS and Umno is blurring. This is ironic. It was Hadi, at least according to Umno leaders and members, who deemed the Malay party as an infidel party in the 1980s, as well as declared PAS as the champion of anti-assabiyah, a reference against Umno's brand of Malay nationalism. Hadi's embrace of Perkasa, the Malay supremacy group, has shocked some PAS leaders and grassroots; they know this could cause an electoral disaster; and Perkasa practices outright assabiyah.
On the Najib front, when everything is going against his administration – or the lack of it – the moderate pretender is now backed by the likes of Jamal Yunos of the Red Shirts, conservative Muslim scholars including several Muftis, as well as Hadi and Haron Din for their ideological support. These people do not hide their contempt for moderation and progress.
As I mentioned at the beginning, earthquakes are usually followed by smaller quakes, tectonic shifts and realignment. It also leaves a huge vacuum.
Vacuum
Read More / Baca Lagi >>

Ada pihak yang hendak pujuk balik PAS - Kadir

Posted: 17 Oct 2015 06:00 PM PDT



KOTA BHARU: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, tanpa pembabitan PAS dalam politik di Malaysia mana-mana pihak tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Katanya, ia adalah semangat yang ditunjukkan tanpa penglibatan PAS bermakna sesebuah parti itu tidak boleh menubuh kerajaan.

"Sebab itulah ada pihak yang hendak pujuk balik PAS, di pihak lain juga hendak pujuk PAS,"  ujarnya pada perhimpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini.

Menurutnya, tiga tahun lagi PAS kemungkinan boleh membina kekuatan sendiri dan parti lain tentunya akan bersama PAS untuk menguatkan kedudukan mereka.

"Kita harap kerajaan yang dibentuk akan datang ditunjangi PAS. Mereka akan lebih hormati segala harta kepunyaan rakyat. PAS akan menyelamatkan negara," katanya.

Jangan ketepi PAS dalam politik Malaysia - Iskandar

Posted: 17 Oct 2015 05:58 PM PDT



KOTA BHARU: Puluhan ribu yang memenuhi setiap ruang Stadium Sultan Muhammad IV memberi isyarat yang jelas kepada sesiapa supaya tidak meminggirkan PAS dalam arus politik negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata apa yang berlaku telah membuka mata berdasarkan situasi di Kota Bharu malam ini.

"Jangan ketepikan PAS dalam politik Malaysia dan politik dunia. Dengan semangat ini sudah cukup menggambarkan kita bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa sahaja.

"Program malam ini amat bermakna, cukup hebat. Kita hebat kerana berada dalam PAS. Bukan bermakna kita hanya pandai berceramah tetapi kehebatan kerana berada dalam satu jemaah Islam," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor pada perhimpunan Fastaqim di sini malam ini.

Beliau juga berkata, sambutan orang ramai terhadap PAS di Selangor dalam tempoh tiga minggu dapat dikumpulkan sehingga 6,000 orang.

Najib kehilangan ‘talian hayat’ PAS di Parlimen

Posted: 17 Oct 2015 05:51 PM PDT

Esok sidang Dewan Rakyat "paling mencabar" dalam sejarah akan bermula dan bakal menyaksikan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diuji.
Najib yang juga menteri kewangan diserang hebat kerana syarikat diilhamkannya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Skandal-skandal yang terpalit menyelubungi Najib ini menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR mengemukakan notis untuk mencadangkan usul undi tidak percaya terhadapnya.

Sesi Dewan Rakyat kali ini juga amat menarik kerana perubahan dalam susunan tempat duduk bagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, melambangkang keadaan politik semasa di Malaysia pada hari ini. Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi Dewan Rakyat lalu duduk bersebelahan dengan Najib sebagai timbalan perdana menteri, kini tempat itu digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini duduk bersama jemaah menteri lain kini akan bersama ahli Parlimen biasa.
Bagi pihak pembangkang pula, berlaku perubahan tempat duduk apabila Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan mereka selepas tertubuhnya Pakatan Harapan.
Sidang Dewan Rakyat kali ini juga penting kerana Najib bakal membentangkan Bajet 2016.
PAS sokong undi singkirkan Najib
Terdapat perkembangan baharu yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini.
Jika sebelum ini parti Islam itu dikatakan sedang menjalankan "kerjasama" dengan Umno demi untuk melaksanakan hudud, perkembangan terkini menunjukkan sebaliknya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pemberita di Kota Baru, Kelantan selepas "himpunan hijau" malam tadi parti Islam itu akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib sekiranya diadakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Ia berbeza dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang mengatakan parti Islam itu tidak akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana ia merupakan "amalan tidak sihat" dalam demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA akan jual Tanah Melayu

Posted: 17 Oct 2015 05:45 PM PDT

Oleh HISHAMUDDIN RAIS
Pada bulan Mei 2010, tanah milik Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew.Bani Melayu terpinga-pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana parti ketuanan Melayu, United Malays National Organisation, yang wujudnya untuk berjuang mempertahankan kepentingan Melayu, telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew.

Amat jelas sekali bahawa Lee ini bukan dari Bani Melayu. Terbukti, dengan penuh tipu helah, Lee Kuan Yew menggunakan parti ketuanan Melayu untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.Ketika tulisan ini digarap, sejarah sedang berulang sekali lagi. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling yang tergadai tetapi Tanah Melayu. Saya ulangi, Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan.
Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan istilah "Malaysia", para Bani Melayu ini tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia.
Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta dengan tanah tempat kelahiran mereka.
Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka "tanah dan air". Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah di mana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah ketika melahirkan mereka.
Pada ketika saya menggarap tulisan ini – Tanah Melayu – tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijual.
Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual? Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa antikerajaan? Adakah tulisan ini anti-Cina DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut?
Adakah ini hanya tulisan untuk memburukkan nama Najib Razak, suami kepada Rosmah Mansor? Adakah ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru, atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah?
Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaimana Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi.
Sejarah apa yang berulang?
Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?
Tiga Tee ini ialah:
1) TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2) TISA - Trade in Services Agreement
3) TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership
TPPA – ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik termasuk Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam serta Tanah Melayu.
TISA – ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.
TTIP – ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin tetap ditolak walaupun sertai PKR kata Nazri Aziz

Posted: 17 Oct 2015 04:45 PM PDT

Saifuddin ditolak penyokong UMNO disebabkan masalah peribadi beliau bukan kerana benci pada parti.
nazri-aziz,saifuddin
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan terus ditolak rakyat walaupun menyertai PKR.
Perkara itu ditegaskan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan menyifatkan Saifuddin seorang individu yang bermasalah.
Katanya, Saifuddin sebelum ini telah ditolak rakyat Termerloh pada pilihanraya lepas kerana mempunyai pelbagai masalah peribadi.
"Pada saya tak rugi apa-apa sebab dia (Saifuddin) kalah dalam pilihanraya di Termerloh. Jadi kekalahan itu disebabkan peribadi dia bukan orang tidak suka kepada Barisan Nasional (BN).
"(Malah) dalam pemilihan UMNO pun dia kalah, jadi kalau orang dah kalah nak keluar itu tak ada masalah.
"Lagipun dalam politik katak ini, dia akan terus kalah, sebab orang tidak akan percaya kepada dia," katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir memeriahkan Citrawarna@Kuala Lumpur 2015 pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, tindakan Saifuddin menyertai pembangkang langsung tidak merugikan parti.

Ahli Parlimen BN dijangka bincang usul undi tidak percaya menjelang sidang Parlimen

Posted: 17 Oct 2015 04:41 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak sekarang ditekan disebabkan cara syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad diuruskan dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Mesyuarat "pre-council" Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangkakan menjadi sangat penting, kata ahli Parlimen Umno ketika spekulasi undi tidak percaya bertiup kencang menjelang sidang Dewan Rakyat yang bermula esok.
Ahli Parlimen yang tidak mahu dinamakan itu berkata, ahli Parlimen BN dan senator sudah diarahkan untuk bertemu Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada 8 malam.
The Malaysian Insider melihat notis itu dalam satu surat daripada Ibu Pejabat BN bertarikh 9 Oktober dan dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara.

Ahli Parlimen Umno itu memberitahu The Malaysian Insider, mesyuarat malam ini dijangkakan menjadi sangat penting disebabkan spekulasi beberapa ahli Parlimen BN akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Najib sekarang ini ditekan disebabkan cara syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diuruskan dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Mesyuarat malam nanti sangat penting, ia disebabkan pada Isnin sidang akan bermula.
"Lagipun sudah ada ahli pembangkang yang mengemukakan usul undi tidak percaya ke Dewan Rakyat.
"Najib dilihat bimbang dengan perkembangan ini, ditambah dengan kemelut dihadapi dalam Umno pada ketika ini," kata sumber itu.
Notis daripada Ibu Pejabat Barisan Nasional bertarikh 9 Oktober yang dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Notis daripada Ibu Pejabat Barisan Nasional bertarikh 9 Oktober yang dihantar kepada semua menteri, timbalan menteri, ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2015.Sumber itu berkata, beberapa ahli Parlimen veteran mungkin tidak hadir ke mesyuarat "pre council" malam ini seperti Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Muhyiddin disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran sementara Shafie digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai.
Kedua-dua pemimpin Umno ini sangat kritikal tentang bagaimana Najib menguruskan 1MDB.
Ketiga-tiga pemimpin ini juga turut hadir semasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar baru-baru ini bagi menentang tindakan Putrajaya menggunakan Sosma terhadap pengkritik 1MDB.
Sidang akhbar itu juga menyentuh mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR sudah mengemukakan notis di Dewan Rakyat untuk mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Usul itu diletakkan sebagai usul ke-25 daripada 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat untuk dibahaskan.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada usul itu akan dibahaskan atau tidak.
Sidang Dewan Rakyat yang bermula esok akan berlangsung selama 7 minggu sehingga hujung tahun ini.
Najib juga akan membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat, dijangka bakal menyaksikan perbahasan hangat dalam Dewan Rakyat memandangkan ahli Parlimen pembangkang dijangka membangkitkan isu berhubung 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Sokongan Melayu pada Najib susut mendadak

Posted: 17 Oct 2015 04:31 PM PDT

Tinjauan Kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center mendapati terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.
Menurut tinjauan yang dilakukan pada Ogos lalu, sejumlah besar masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan hanya 31 peratus pengundi bangsa itu menyokong berbanding 52 peratus direskodkan pada Januari.
Singapore Straits Time hari ini melaporkan masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan hanya 5 peratus penerimaan pentadbiran Najib, berbanding 11 peratus pada Januari.
Tahap penerimaan kebangsaan susut kepada 23 peratus ketika tinjauan Ogos berbanding 38 peratus pada Januari.
Tinjauan tersebut dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.
Menurut akhbar Singapura itu, keputusan kaji selidik itu dibentangkan Merdeka Center kepada penganalisis sektor kewangan minggu lepas.
Badan bebas itu berkata, ia juga menunjukkan majoriti tinggi juga kecewa dengan cara kerajaan menangani ekonomi dengan hanya 17 peratus menyatakan persetujuan mereka selain 78 peratus tidak berpuas hati dengan kerajaan berhubung keadaan ekonomi.
Rasa tidak puas hati rakyat berkisarkan isu kos sara hidup, pengangguran dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang berkuat kuasa pada April.
Prestasi ringgit juga menjadi faktor penyumbang, sebagai mata wang paling teruk di Asia tahun ini.
Kajian Merdeka Center itu secara konsisten sebelum ini menunjukkan rakyat Malaysia lebih mengambil berat isu kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan berbanding politik.

KEAJAIBAN DI MALAYSIA !!!

Posted: 17 Oct 2015 04:17 PM PDT


Malaysia sahaja negara di planet bumi konsesi harga TOLnya terbalik. Sepatutnya jumlah kereta banyak lalu dijalan harga TOL turun atau harga TOL semakin murah, sebaliknya..

.... di MALAYSIA, MAKIN BANYAK KERETA, MAKIN TINGGI & NAIK KADAR TOLNYA !!!

Cuba cari negara lain jika ada....

Tol makin naik, makin mudah rakyat diTOLolkan KERAjaan..

SIAPA TAK KENAL ROSMAH NAJIB !!!

Posted: 17 Oct 2015 04:15 PM PDT

Malaysia di bawah Najib Razak terus tersohor di serata dunia.

Sama-samalah kita mengaminkan doa Najib tersebut...

Posted: 17 Oct 2015 08:36 AM PDT

Moga Allah melaknat pemimpin yg khianat kpd rakyatnya.. Amin Ya Rabbal 'Alamin~
 

UMNO & Sultan

Posted: 17 Oct 2015 08:31 AM PDT

Sejarah Tidak Pernah Menipu...

1) SIAPA pindahkan kuasa pengisytiharan Darurat drpd Yang Di-pertuan Agong kpd Perdana Menteri.. - UMNO yg buat

2) SIAPA yg melucutkan kekebalan raja-raja Melayu.. - UMNO yg buat

3) SIAPA peruntukkan undang2 supaya Baginda Raja/ Sultan boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah.. - UMNO yg buat

4) SIAPA yg tempelak minta Raja-raja jgn campuri urusan politik.. - UMNO yg buat

5) SIAPA yg minta harta2 Raja/ Sultan disiasat.. - UMNO yg buat

Kedudukan ahli Parlimen Pas berubah Isnin ini

Posted: 17 Oct 2015 08:13 AM PDT


Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk beberapa ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang berikutan rentetan persitiwa dalam senario politik kebelakangan ini.

Kedudukan barisan ahli Parlimen Pas, yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini telah berubah dari Blok I ke Blok G dan ada yang di Blok F.

Sebelum ini, semasa bersama dalam pakatan pembangkang, Abdul Hadi berserta beberapa pemimpin kanan parti itu diletakkan bersama dengan kepimpinan parti PKR dan DAP di Blok I, mengikut rajah tempat duduk ahli-ahli Dewan Rakyat yang dimuatkan dalam laman web Parlimen Malaysia www.parlimen.gov,my.

Tempat duduk Pas kini telah diisi oleh parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas, yang kini telah bergabung dengan PKR dan DAP dan menamakan gabungan mereka sebagai Pakatan Harapan.

Naib Pengerusi parti itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) kini duduk sebaris dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan ketua pembangkang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Blok I, iaitu di I-3. 

Turut berada dalam Blok I tersebut adalah ahli jawatankuasa parti itu Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), ahli jawatankuasanya Khalid Abd Samad (Amamah-Shah Alam), ketua wanitanya Siti Mariam Mahmud (Amanah-Kota Raja) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Amanah-Kuala Terengganu).

Seorang lagi ahli parti itu iaitu ahli jawatankuasa parti itu, Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) ditempatkan di Blok H sebaris dengan Timbalan Pengerusi PKR, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Pas kini hanya mempunyai 14 ahli Parlimen berbanding 21 sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

100,000 hadir Himpunan Fastaqim PAS

Posted: 17 Oct 2015 08:10 AM PDT

Kira-kira 100,000 penyokong PAS mengisi ruang Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K). – Gambar The Malaysian Insider, 17 Oktober, 2015.
Ribuan penyokong PAS mengisi ruang stadium bola sepak terbesar di Kelantan malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K), ketika parti Islam itu berharap dapat mengukuhkan semula asasnya selepas 2 kejadian besar yang menggugat kedudukannya sebelum ini.
Himpunan terbesar pertama diadakan selepas PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekas pemimpin progresifnya yang berpengaruh keluar meninggalkan parti bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), sebelum rasmi dilancarkan sudah pun mencapai 100,000 peserta berbanding sasarannya 60,000 orang.
Mengumumkan jumlah kehadiran itu, pengacara majlis, Nasrudin Hassan, yang juga setiausaha Fastaqim, terpaksa membuat rayuan berulang kali kepada orang ramai, yang memakai baju berwarna hijau limau, yang mengisi setiap ruang dan inci Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru itu, supaya memberi laluan kepada perarakan motosikal sebagai sebahagian daripada upacara pembukaan.

Beliau juga terpaksa merayu kepada hadirin yang bersesak-sesak itu untuk cuba melapangkan kawasan bagi memberi ruang kepada mereka yang tersekat di pintu masuk stadium. Lebih 50% hadirin terdiri daripada mereka di bawah umur 40 tahun, manakala separuh peserta perhimpunan yang juga dikenali sebagai himpunan hijau itu adalah wanita.
Ia diadakan selepas himpunan baju kuning anjuran Bersih pada hujung Ogos dan himpunan baju merah anjuran badan bukan kerajaan Melayu pada September lepas.
Perhimpunan berkenaan mencerminkan sokongan berterusan terhadap parti Islam itu di kalangan kedua-dua demografi utama walaupun ramai pemimpinnya keluar menyertai Amanah.
Amanah ditubuhkan pada 16 September oleh pemimpin yang digelar progresif selepas mereka kalah teruk dalam pemilihan parti Jun lalu.
Pembentukan Amanah dikatakan menjejaskan kekuatan PAS di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Pemimpin Amanah juga mendakwa ia mencatatkan jumlah tertinggi penyertaan ahli baharu di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Perhimpunan ini juga diadakan ketika PAS menghadapi kemungkinan bertanding dalam pilihan raya akan datang sebagai parti pembangkang tunggal kerana ia menolak rundingan untuk menyertai Pakatan Harapan, yang ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat.
Penganalisis berkata, PAS berisiko tewas pada skala yang besar pada pilihan raya umum kelak jika ia bertanding menentang Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

NO ESCAPE FOR NAJIB, ROSMAH: 1MDB'S MONEY TRAIL UNRAVELS, NAJIB 'PLAYED A KEY ROLE'

Posted: 17 Oct 2015 07:14 AM PDT

In early 2013 at the glitzy World Economic Forum in Davos, Switzerland, Malaysia's prime minister approached the country's longtime financial adviser Goldman Sachs with an urgent assignment.
A government investment fund the prime minister oversaw wanted Goldman to help it raise $3 billion quickly and quietly, according to people close to the bank.
The fund, 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, was Prime Minister Najib Razak's signature initiative, envisioned as helping transform Malaysia into a modern Muslim democracy fueled by new industries. It burnished his credentials as a new type of liberal, Western-friendly leader, embraced by the U.S. as a counterbalance to China.
Its projects also stood to polish Mr. Najib's standing with Malaysians who would soon be voting in an election. Goldman was told the fund wanted the money quickly so it could hold a public unveiling of a major investment in a planned high-profile financial center in Kuala Lumpur.
That development stalled, though the money was raised. Today, 1MDB has come to represent a different side of Malaysia—and of Mr. Najib. Even as he was courting Goldman officials in the Alps, opposition politicians were raising questions about 1MDB and how the billions it was raising were being used.
This year, the fund has become the center of a political scandal that has engulfed Malaysia's government. The fund is mired in debts of over $11 billion. It is a subject of a raft of local and international investigations, including, in Malaysia, by the central bank, auditor general, anticorruption agency and a parliament committee. It has faced accusations that billions of dollars are missing and that money was misused for political purposes or siphoned off in corruption by individuals.
Center of storm

Malaysian Prime Minister Najib Razak, shown in August, set up 1MDB, a fund that has become the center of a political scandal engulfing Malaysia's government.
At the center of the storm stands Mr. Najib, a dapper 62-year-old Anglophile, the founder and chairman of 1MDB's board of advisers.
Mr. Najib declined multiple interview requests. He has denied any wrongdoing. Supporters say the accusations are a political plot to unseat him. They also have said that though head of the fund's advisory board, Mr. Najib wasn't intimately involved in its operations or management.
Investigative documents reviewed by The Wall Street Journal show Mr. Najib playing an important role at 1MDB at key moments over several years. Among other things, he authorized several of its investments, according to documents that form part of Malaysia's official investigation of the fund.
He played a leading role in raising billions of dollars in financing for the fund, people familiar with the matter said, and Mr. Najib's cabinet approved the $3 billion bond deal he enlisted Goldman to arrange in early 2013. That deal included a fee to the bank of nearly $300 million, said people close to the bank, far above the $1 million to several million typical if a bank doesn't have to take on the risk involved in getting it done fast.
Mr. Najib personally ordered the removal of the 1MDB fund's auditors when they wouldn't sign off on its books, the government investigation found. He authorized the fund to make investments of millions of dollars although some board members had raised concerns about them, documents in the auditor general report show.
Malaysian investigators, the Journal reported in July, have traced deposits of almost $700 million into the prime minister's alleged personal accounts via agencies, banks and companies linked to 1MDB. The original source of the funds was unclear, and the government investigation didn't detail what happened to the money that allegedly went into Mr. Najib's accounts.
Malaysia's anticorruption agency has said the money was a donation from the Middle East but hasn't named the donor. Investigations continue. Mr. Najib has denied taking any money for personal gain.
The Journal reported earlier this year on how 1MDB appeared to overpay for certain assets, with the seller later donating to a Najib-led charity that disbursed money on projects, such as schools, Mr. Najib could cite as he campaigned. The fund has said its decisions are driven by what is best for business and not political considerations.
The scandal is taking a toll on Malaysia and dividing Mr. Najib's party, the United Malays National Organization, which has ruled Malaysia since its independence from Britain in 1957. Malaysia's ringgit currency is one of the worst performers this year.
The affair also is proving an embarrassment to Goldman Sachs. As part of a broad probe into allegations of money laundering and corruption, investigators at the Federal Bureau of Investigation and the Justice Department have begun examining Goldman's role in transactions involving 1MDB, the Journal reported this week. The inquiries are at the information-gathering stage, and there is no suggestion of wrongdoing by the bank, people familiar with the matter said.

Malaysian investigators have also been looking at the financial affairs of Mr. Najib's wife, Rosmah Mansor, according to government investigation documents. Ordinary Malaysians have criticized her public displays of wealth, including appearances with Birkin bags that can cost tens of thousands of dollars.
Read More / Baca Lagi >>

Tuntut Amanah tidak ganggu kerusi PAS di Sarawak tidak matang

Posted: 17 Oct 2015 07:10 AM PDT

Petisyen henti aktiviti Bauksit dihantar ke parlimen

Posted: 17 Oct 2015 07:08 AM PDT

Kenyataan Tunku Ismail dimanipulasi - Nur Jazlan

Posted: 17 Oct 2015 07:00 AM PDT


Nur Jazlan Mohamed

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan pandangan yang dilontarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah disalahtafsir dan dimanipulasi oleh media tertentu.

Menurutnya, beliau sudah membaca sumber asal kenyataan yang dipetik dalam wawancara yang disiarkan web sukan FourthOfficial.com yang jelas pandangan Tunku Ismail itu tidak merujuk kepada perkara melibatkan Perlembagaan Negara sebaliknya berkisar kepada bola sepak.

 "Tunku Mahkota Johor memberikan pandangan mengenai situasi semasa dunia bola sepak, tetapi telah dimanipulasi oleh beberapa media terutama portal berita.

 "Saya sendiri telah membaca sumber asal dan mendapati Tunku Mahkota Johor bukan merujuk kepada perkara yang berkenaan (amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi) dan tidak sentuh Perlembagaan Negara," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan portal berita yang kononnya Tunku Ismail menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak menarik diri dari Malaysia jika mana-mana perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Read More / Baca Lagi >>