Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


INTERVIEW ORANG CINA BERKATA TOPENG-TOPENG DAP BERWAJAH MELAYU

Posted: 14 Oct 2015 08:23 PM PDT


Datuk T 3
"Ekstremisme akan menjemput ekstremisme (Extremism begets extremism). Akhirnya ia akan menghancurkan perpaduan dan merosakkan keharmonian antara kaum yang dibudayakan oleh Barisan Nasional selama ini ", kata Dato' Sri Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA ditemui AIDC di Subang Jaya pada 8 Oktober lalu.
Ikutilah wawancara bersama Dato' Sri Ti selengkapnya.
AIDC : Dato' Sri pernah sebut tentang perpaduan kaum di negara kita ini akan musnah kerana Bersih 4 telah dihijack oleh DAP. Boleh Dato' Sri jelaskan secara lanjut.
Kalau kita tengok Bersih 4 adalah berlainan dengan Bersih 1,2,3. BERSIH sebelum ini diterajui oleh pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS, Datuk Guru Ustaz Abdul Hadi di mana penggemblengan sokongan dari Kelantan, Kedah amatlah ketara sekali.
Jadi, kalau kita tengok Bersih 1..2..3. elemen-elemen sensiviti perkauman tidak wujud dan dapat ditapiskan kerana tangan di sebalik Bersih itu iaitu PAS dan PKR. Peranan, penggembelingan dan pengaruh mereka dominan dan DAP cuma menumpang semata-mata.
Sampai pada Bersih 4 amatlah jelas pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi wujud dan PAS pula menarik diri ataupun mengecualikan diri daripada perhimpunan itu.
DAP pula sedar dan ketahui bahawa Bersih 4 ini akan gagal atau menghadapi masalah sekiranya jentera parti tidak digerakkan.
Oleh kerana ingin memastikan Bersih 4 berjaya, mereka mulalah ghairah dan membakar semangat sehinggakan perancangan dan penglibatan mereka agak keterlaluan dalam aksi-aksi atau drama-drama politik mereka untuk menyemarakkan semangat dan menarik perhatian dan sokongan.
Lebih-lebih lagi BERSIH 4 dirancang dengan matlamat menuntut pengunduran Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak ala Arab Springs.
Kalau dahulunya, DAP paparkan muka-muka hodoh atau wajah UMNO di dunia siber dengan mengviralkan statement rasis individu Umno atau anggota Kerajaan, kini di BERSIH 4, tindakan-tindakan penyokong DAP telah berjaya dirakamkan yang menunjukkan wajah DAP sebenar yang hodoh dan rasis yang selama ini ditopengkan dengan wajah PKR dan PAS.
DAP telah melepaskan penyokong-penyokong mereka berkeliaran dan beraksi dengan berketerlaluan sehingga lah mereka menjadi radikal. Bersih 4 akhirnya telah mendedahkan kehodohan wajah DAP sebenar tanpa bertopeng.
Bersih 4 telah menjadi titik polarisasi kaum. Setelah provokasi Bersih 4, Himpunan Merah wujud sebagai tindakan balas. Baru lah kita sedar bahawasanya perpaduan kaum yang kita laungan-laungkan selama ini cuma merupakan satu propaganda superficial sahaja.
Masih lagi wujud emosi-emosi sentimen perkauman yang tebal dan radikal di mana ekstremis-ekstremis masih wujud di kalangan bangsa kita setelah 58 tahun Merdeka.
Contoh aksi kerterlaluan dalam BERSIH 4 ?
Kalau kita tengok gambar-gambar Datuk Seri Najib dengan Ustaz Hadi dipijak, gambar isteri Perdana Menteri disapu dengan penyapu dan istiadat pengebumian Perdana Menteri dan isteri dan pelbagai aksi hodoh dilakukan oleh puak-puak ini.
Dari segi amalan masyarakat Cina tindakan mereka adalah ritual atau istiadat membuang suwel (sial) semata-mata tetapi menyakiti hati dan sensitiviti masyarakat Melayu.
Dalam amalan masyarakat Cina, kalau kita mempunyai masalah, kita akan bawa penyapu untuk sapu suwel, pukul-pukul hantu-hantu suwel itu supaya dapat dihalau.
Namun perbuatan itu dianggap melampau dari kaca mata masyarakat Melayu yang berlainan budaya. Lebih-lebih lagi ia menyentuh Ustaz Hadi, seorang tokoh agama yang disegani dan Perdana Menteri seorang pemimpin Melayu yang tertinggi.
Pastinya ini akan membawa reaksi yang extrim dan emosi yang tinggi daripada golongan penyokong PAS dan UMNO.
Jadi Himpunan Merah reaksi kepada Bersih 4?
Himpunan Merah adalah reaksi atau respons pada Bersih 4 apabila ego Melayu mula membuak. Mereka mula tertanya-tanya tak kanlah Cina saja yang boleh berarak, Melayu pun boleh.
Namun silap mereka ialah mereka bernada rasis dan menjadikan kaum Cina sebagai sasaran. DAP pandai dan bertopengkan nilai suci untuk berarak melalui Bersih 4 tetapi Himpunan Merah pula menunjukkan mereka wajah hodoh rasis mereka.
Padahalnya mereka seharusnya mensasarkan kemarahan dan tindakan mereka kepada kuncu-kuncu DAP semata-mata. Ini akan memartabatkan Himpunan dan bukannya sebaliknya.
Kita perlu ingat bahawanya kita tidak boleh menyalahkan satu etnik ataupun satu kaum sahaja dalam tindakan politik kita yang berlandaskan parti.
Jadi strategi Himpunan Merah yang mensasarkan kepada keseluruhan kaum Cina adalah salah dan telah menguris hati penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN).
Dari DAP menyakiti hati masyarakat Melayu hinggalah Himpunan Merah menguris hati masyarakat Cina, akhirnya emosi yang tinggi akan merugikan BN oleh kerana ramai penyokong BN dari masyarakat Cina dan Melayu akan menyalahkan kurangnya atau lebihnya tindakan Perdana Menteri dan melepaskan geram dalam peti undi melalui undi protes terhadap BN ke atas calon UMNO ataupun MCA.
Ramai pengundi Cina masih lagi pandang dan lihat dan belum memihak sepenuhnya pada DAP. Selama ini mereka bukanlah penyokong kuat DAP pun.
Dulu mereka memberi sokongan kepada BN pada 1995, 1999, 2004… tetapi pada 2008, 2013 mereka tukar selera. Itu sahaja.
Bukanlah budaya masyarakat Cina menggadai diri ataupun menghambaabdikan diri mereka kepada mana-mana parti politik pun.
Jadi kita perlu memahami, kita perlu memujuk pengundi masyarakat Cina yang sudah merajuk. Bila mereka merajuk, DAP pula pandai mengapi-apikan emosi mereka dengan menimbulkan pelbagai isu rasis secara bertalu-talu.
BN pula gagal membanteras ataupun mematahkan hujah-hujah DAP atau menyelesaikan isu-isu rasis yang sengaja dibangkitkan oleh DAP. Itu memang salah dan kelemahan kita, perlu lah BN mengakui kelemahan jentera kita.
Datuk T 6
Benarkah setiap parti ada golongan pelampau masing-masing. Mereka akan muncul apabila sensitiviti mereka dicabar ?
Kita menerima hakikat bahawa sememangnya kita mempunyai naluri pelampau masing-masing dalam setiap parti.
Selama ini, kita tidak memberi ruang kepada mereka untuk melepaskan naluri atau ciri ektrimisme mereka dengan mengadakan perbincangan di meja bulat BN di mana emosi rasis tidak dibenarkan liar atau dilepaskan.
Tetapi sekarang ini terdapat banyak ruang dan peluang. Dalam media sosial misalnya, Pakatan sengaja menimbulkan dan menjolok isu-isu sensitif untuk menunjukkan 'Oh UMNO hodoh, MCA lemah', "UMNO rasis" atau MCA sudah berani lawan atau mencabar dan sebagainya.
Daripada pengalaman saya berurusan dengan pemimpin-pemimpin UMNO, mereka sebenarnya moderate (sederhana). Pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai jiwa kepimpinan yang baik dan sering memberi pertimbangan yang sewajarnya dan membuat keputusan yang baik dalam isu-isu yang dihadapi masyarakat Cina mahupun India dan sebagainya.
Bila kita berdepan berurusan dengan pemimpin-pemimpin UMNO, Menteri Besar ataupun Perdana Menteri, mereka akan memberi perhatian yang ikhlas, memberi hearing (mendengar dengan teliti) dan pertimbangan dengan penuh keikhlasan.
Dan mereka akan membuat keputusan secara middle ground (jalan tengah) di mana sesetengah masyarakat Melayu ataupun masyarakat Islam mungkin pun tidak berpuas hati dengan keputusan pemimpin-pemimpin tinggi UMNO.
Jadi apabila Perdana Menteri ataupun Menteri Besar membuat keputusan yang akan dianggap kurang popular di kalangan kaum dan komuniti mereka, kita sewajarnya memberi balasan politik dengan memperkukuhkan kedudukan mereka melalui undi kita.
Contohnya ?
Misalannya konsep 1Malaysia. 1Malaysia adalah satu bahasa dan konsep politik bahawanya ini bukan lagi soal Tanah Melayu atau negara ini kepunyaan Melayu sahaja. Dengan jelasnya ia satu statement jelas bahawa negara ini adalah Malaysia yang berkepelbagaian dan bukannya dominisasi mana-mana kaum.
Jadi apabila masyarakat Cina tidak menyokong 1Malaysia, ini seakan-akan memaksa Perdana Menteri untuk tunduk kepada kumpulan pelampau kanan dalam UMNO atau tuntutan ekstremis PAS.
Kalau kita tidak memberi sokongan kepada Perdana Menteri untuk menjalankan ke halamiddle ground, apa lagi pilihan beliau. Beliau mungkin dan akan terpaksa memesong ke arah kiri ataupun kanan.
Jadi, kita tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri kerana jawatan Perdana Menteri adalah berlandaskan sokongan politik dan kedudukan berlandaskan sokongan dan mandat.
Pemimpin terpaksa akur kepada proses, tindak balas dan juga sokongan politik yang diterimanya. Inilah real politik bukannya cyber politik yang berlandaskan "likes" yang diklik.
Bagi saya, adalah satu keterlampauan apabila lebih kurang 90 peratus atau 80 peratus masyarakat daripada masyarakat Cina yang tidak menyokong konsep 1Malaysia yang dijajakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum PRU 13.
Maksud Dato Sri berkaitan cerminan peratusan undi masyarakat Cina pada PRU 13?
Pada PRU 13, kita telah hilang peluang untuk menyokong dan memberi mandat pada Perdana Menteri untuk terus mengambil jalan tengah atas konsep dan falsafah 1Malaysia.
Dengan keputusan undi Cina di PRU13, mereka telah memaksa Perdana Menteri supaya tunduk kepada PAS dan juga pelampau-pelampau kanan yang lain.
Mungkin, tindakan pelampau-pelampau ini berasaskan pada undi lebih kurang 90 peratus masyarakat Cina yang tidak menyokong konsep 1Malaysia, bermakna mereka menolak kesederhanaan 1Malaysia dan memaksa pucuk pimpinan memilih jalan alternatif yakni jalan yang lebih ekstrim.
Bagi saya, dalam sebuah negara demokrasi yang sihat, sekurang-kurangnya sokongan yang sihat hendak lah dibahagikan dalam ratio 70 peratus dan 30 peratus.
Apabila 70 peratus itu sudah menaik kepada graf 90 peratus, ini adalah sesuatu yang tak sihat, ia akan mendorong dan menghala ke extremism.
Dato Sri ada sebut tentang rasis. Satu istilah yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin DAP ditujukan kepada UMNO, MCA dan MIC. Boleh Dato' Sri ulas lanjut.
BN sebenarnya multi-racial (berbilang bangsa) tetapi ada parti komponen berjenama berlandaskan kaum. MCA untuk orang Cina, UMNO untuk Melayu, MIC untuk India.
Ini disebabkan latar belakang sejarah yang dahulu. Dalam zaman penjajahan dahulu, British membahagikan masyarakat Melayu, Cina, dan India. Jadi kita mempunyai parti-parti berlandaskan perkauman kerana keselesaan di kalangan kaum sendiri dan wujudnya syak wasangka antara etnik.
Perikatan adalah parti komponen peringkat pertama. Gabungan parti-parti peringkat kedua yang dinamakan Barisan Nasional (BN) termasuk parti komponen multi-racial seperti Gerakan, PPP dan sebagainya.
Bila kita berada di dalam dan di atas platform BN, kita mempunyai bahasa, budaya dan adab BN iaitu "we walk the middle ground (jalan tengah)" dalam isu-isu menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan.
Middle ground menjadi "war cry" laungan pembangkang Pakatan sebenarnya telah diwujudkan dan sudah diamalkan oleh BN.
Tetapi DAP pandai-pandai menonjolkan UMNO sebagai parti dominan dalam BN walhal dalam BN tidak ada mana-mana parti yang dominan sebab kita membuat keputusan secara konsensus. Kita akan buat keputusan atas persetujuan konsensus. Kalau tidak ada persetujuan, kita tidak akan buat keputusan.
DAP dan Pakatan sengaja divide and rule atau pecahkan penyokong BN dengan menimbulkan dan menumpukan pada isu-isu perkauman dan keagamaan yang telah diselesaikan atau ditenggelami oleh muafakat BN.
Mereka bahagikan dan pecahkan komponen-komponen BN yakni UMNO, MCA, MIC sebagainya satu persatu sebagai parti rasis walhal kita adalah satu parti iaitu BN.
Sebaliknya mereka adalah parti berpecah iaitu PAS, PKR dan DAP tanpa persetujuan dasar kecuali persetujuan "agree to disagree" dan niat merampas kuasa.
Sebab itulah selepas PRU 13, parti-parti mereka telah menunjukkan kehodohan muka masing-masing dengan menuding jari tuduh menunduh antara satu sama lain.
Sekarang baru kita nampak bahawa sebenarnya Pakatan tidak mempunyai kesepakatan yang jitu dan pakatan mereka tidak ikhlas.
Datuk T 1
Adakah benar, DAP bukan sebuah parti yang rasis ?
DAP memakai pakaian berbilang bangsa tetapi tindak tanduk mereka adalah rasis. Kalau benar DAP berbilang bangsa, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keahlian parti mereka terdiri daripada masyarakat Melayu. Sekurang-kurangnya 30 peratus dalam pucuk pimpinan mereka adalah Melayu.
Tetapi bagaimana komposisi kaum dalam DAP sekarang? Hingga mereka terpaksa tukar pemilihan dua kali untuk memasukkan Melayu dalam pucuk pimpinan parti mereka. Itupun, satu orang Melayu sahaja. Itupun bukanlah Melayu yang diterima oleh masyarakat Melayu.
Tindak tanduk dan lakonan posturing politik DAP adalah radikal dengan memainkan sentimen perkauman masyarakat Cina.
Jelaslah mereka memainkan sentimen-sentimen perkauman, lebih-lebih lagi dengan menyentuh maruah MCA, dengan mengatakan MCA adalah anjing UMNO dan menggunakan bahasa-bahasa kesat dan kasar untuk memaki-hamun MCA kerana menggadai hak dan kepentingan Cina pada Melayu dan sebagainya.
Ia sedikit sebanyak telah menyemarakkan kemarahan masyarakat Cina terhadap MCA dan akhirnya Cina cemuh dan benci MCA.
Dan sememangnya, kuasa kemarahan adalah lebih kuat daripada kuasa rasionaliti.
Jadi, DAP telah menyemai benih-benih radikalisme terhadap penyokong-penyokongnya.
Penyokong mereka radikal dan MCA yang lebih sederhana telah dijadikan sasaran. Itulah MCA walaupun kita mengatakan kita mewakili masyarakat Cina, tetapi kita tidak menyemai radikalisme di kalangan masyarakat Cina.
DAP menyemai benih-benih radikal radikalisme di kalangan masyarakat Cina, kononnya menyalahkan UMNO, menyalahkan MCA terhadap semua ketidakpuasan hati masyarakat Cina.
Jadi itu kekuatan DAP dengan menyemai benih-benih kebencian ?
DAP telah mengukuhkan kedudukan mereka dengan menyemarakkan api kebencian. Api kebencian itu adalah suatu kuasa yang amat besar. Bila orang sudah benci, dia tak dapat terima rasionaliti. Itu adalah satu hakikat.
Semua manusia pun, macam mana tinggi pengetahuan mereka ataupun pendidikan mereka, bila api kebencian itu sudah mencapai ke satu tahap, mereka tidak akan dapat berfikir dengan waras.
Saya mengatakan extremism begets extremism. Bila kita melampau kita akan menyebabkan tindak balas pelampau daripada pihak yang lain dan berakhir dengan pertembungan antara kaum.
Inilah yang menyebabkan munculnya extremism masing-masing. Satu cauvinis, kedua ektremis. Kita MCA yang moderate dan di tengah-tengah yang jadi mangsa.
Interview eksklusif oleh AIDC RPR.

PENGUMUMAN RASMI PRESIDEN PKR HARI INI SAMBUT ORANG TEWAS

Posted: 14 Oct 2015 07:44 PM PDT



Datuk Saifuddin Abdullah akan diumumkan masuk PKR dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 12 tengah hari esok (Khamis), lapor The Malaysian Insider.
"Ya, dia (Saifuddin) menyertai kami," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada portal itu yang tidak dinamakan.
Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan mengumumkan keahlian Saifuddin itu tengah hari esok.
Sumber parti memberitahu portal itu bahawa Saifuddin bakal memainkan peranan penting dalam pakatan pembangkang yang baharu ditubuhkan, Pakatan Harapan.
"Rancangan sedang dibuat untuk melantik Saifuddin sebagai setiausaha eksekutif kepada Pakatan, yang juga dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara,"lapor portal itu.
Bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada pengesahan daripada kedua-dua parti rakan itu.
Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Moderat Global (GMM) baru-baru ini telah diberikan surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana menyertai dialog yang melibatkan parti pembangkang yang membawa kepada pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September lalu.
Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13), Saifuddin, calon Barisan Nasional gagal mempertahankan kemenangan di Parlimen Temerloh apabila beliau dikalahkan oleh calon PAS, Nasruddin Hassan dengan majoriti 1,070 undi.
Selepas itu, beliau juga turut gagal mempertahankan jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Temerloh apabila dikalahkan oleh pencabarnya, Nor Azmi Mat Ludin.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ada bakal ikut jejak langkah Kudin dan Matthias

Posted: 14 Oct 2015 09:30 PM PDT


Xavier Justo telah menfailkan rayuan bagi meringankan hukumannya di mahkamah di Thailand hari ini.

Menurutnya, dia wajar menerima hukuman yang lebih ringan memandangkan dia bukanlah orangnya yang telah meminda dokumen-dokumen yang didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini untuk menfitnah Najib Abdul Razak dan 1MDB.

Untuk menyokong dakwaannya itu, Justo telah menyerahkan dokumen setebal 59 muka surat sebagai bukti wujudnya pindaan dan perubahan oleh pihak terbabit.


Justo sudah tentu sedar, bahawa penjara di Thailand bukanlah sebuah tempat yang selesa.


Justeru, tidak mungkin dia berani untuk berbohong dengan 59 muka surat bukti pindaan kerana dia tahu, hukuman yang menantinya sekiranya dia didapati berbohong adalah lebih berat.

Menurut peguam Xavier, Worrasit Piriyawiboon, 59 muka surat bukti wujudnya pindaan tersebut telah diserahkan kepada mahkamah dua hari sebelum berakhirnya tarikh rayuan.

Antara alasan rayuan tersebut ialah, Justo tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang dicurinya daripada PetroSaudi International dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Worrasit berkata, sebarang kerosakan pada imej Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pihak ketiga yang telah meminda dan menggubah dokumen yang mereka telah terima daripada Justo.

Petikan dari Bulletin Sengal di SINI

Siapa pihak yang telah memalsukan data?


RPK menjangkakan akan ada lagi yang akan didakwa seperti Khairuddin dan Matthias dalam strategi halalkan cara untuk jauhkan Dato Najib ...

Menurutnya lagi, Justo tidak terlibat dalam pemalsuan dan pindaan pada dokumen-dokumen terbabit....

---------

This, therefore, changes the entire scenario because it would mean that this whole so-called expose was not about revealing the truth but to discredit Prime Minister Najib Tun Razak.

This is called Machiavellian Politics where the ends justify the means.

In case some of you mother-tongue education people do not know what that phrase means, the ends justify the means is an English saying where if a goal is morally important enough then any method of achieving it is acceptable.

For example, it is morally right to tax rich Chinese to extend financial aid to poor Malays and natives if your objective is to reduce the economic gap between the haves and the haves-not.

Of course while in the case of fabricating evidence to fix up the Prime Minister may be acceptable to some people, these same people will not agree that taxing the Chinese to help the Malays is also acceptable.

Most Malaysians are selective when it comes to what is right and what is wrong. Right is what benefits me and wrong is that which does not benefit me.

So if it helps bring down the Prime Minister then wrong can become right.

Anyway, now it is confirmed that Justo just stole the data. He did not doctor or tamper with that data.

The Edge, on the other hand, also denies doctoring or tampering with that data. They claim they published the data exactly as they received it without any alterations or amendments to it.

If what The Edge claims is true (which we do not know yet whether they are telling the truth or are lying) that means someone in the middle did the doctoring or tampering.

And that can only be the broker or brokers.

Who are these brokers? Read on in MT HERE

Taktik alih pandang Tony Pua tersentap! Dicabar suruh buktikan!

Posted: 14 Oct 2015 06:01 PM PDT

Baru terhegah2 nak buktikan

IMDB Gesa Tony Pua Sediakan Bukti

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menggesa Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua "cakap dan buat" dan menyediakan bukti jelas kepada pihak berkuasa undang-undang untuk tindakan selanjutnya.

"1MDBP secara konsisten menyatakan jika terdapat sebarang bukti salah laku, maka tindakan perlu dilakukan melalui undang-undang," kata 1MDB dalam kenyataan, di sini.

Bagaimanapun jika Pua tidak dapat menyediakan bukti maka beliau perlu berhenti membuat dakwaan liar dan tidak berasas yang secara jelasnya bermotifkan politik, kata kenyataan itu.

Syarikat milik kerajaan itu berkata Pejabat Peguam Negara sudah mengemukakan fakta berkaitan siasatan 1MDB melalui kenyataan yang jelas dikeluarkan pada 13 Okt 2015 dalam www.agc.gov.my.

"Dalam ringkasan Pejabat Peguam Negara telah mengkaji semua dokumen berkaitan dalam kertas siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) mematuhi undang-undang tadbir berkaitan perkara terbabit dan mengesahkan 'tidak ada kesalahan telah dilakukan' oleh 1MDB," katanya.

1MDB juga berkata syarikat akan terus bekerja rapat dengan Jabatan Audit Negara bagi menyediakan maklumat yang dikehendaki untuk laporan akhir yang akan dikemukakan pada hujung tahun ini kepada PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara) yang dianggotai Pua.

-- BERNAMA

Semua taktik diversion sebab dah gelabah orang tahu ...




Jemput sekali Megat Najmuddin ke majlis Saifuddin sertai PKR esuk

Posted: 14 Oct 2015 07:55 AM PDT


Akhirnya setelah bising mengenai tuntutan pecat kerana Dato Saifuddin Abdullah hadhir ke majlis pelancaran Pakatan Harapan [baca di CTS di SINI], bagai dijangka sekeluan lama dia akan sertai PKR.

Usahlah Pudin yang memang berat sebelah kepada mahasiswa pro pembangkang ketika jadi Timbalan Menteri nak berpura2 jadi UMNO.

Ikutlah rakan2 seperjuangan belia yg pro Anwar seperti Azan Ismail. Usahlah cuba lagi berpura-pura lagi ketika gerak langkah dah diketahui orang.


Elok juga Saifuddin tidak lupa menjemput sekali Tan Sri Megat Najmuddin yang kuat pertahankannya.

Maklumlah MC Gay Gay sama MC Gay Gay ... dah tiada pertimbangan langsung dalam pertahan rakan sesekolah.

Dulu Tun M buat Ops Lalang pasal pelabur bawa wang keluar

Posted: 14 Oct 2015 03:32 AM PDT


Bagi yang terlalu muda terutama Gen Y yang tak tahu peristiwa reformasi 1998 dan juga Ops Lalang tahun 1984, ISA pernah digunakan dalam Ops Lalang ke atas pemimpin politik, NGO dll kerana tindak tanduk politik yang melampau  hingga keyakinan pelabur terjejas dan ada mahu bawa keluar wang.

Kali ini tindak tanduk Matthas Chang dan Dato Khairuddin Hasan untuk buat laporan-laporan palsu di serata dunia dan mungkin terlibat bersekongkol dengan media-media asing seperti media rupert Murdoch NYT dan WSJ untuk buat laporan palsu dan spekulasi burukkan nama pemimpin dan negara.

Semalam AG jelaskan lagi hal ini.

ATTORNEY GENERAL MEDIA STATEMENT
Charges Against Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang

On Monday, 12 October 2015, Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang were charged under section 124L of the Penal Code, read with Section 34 of the Penal Code for attempting to sabotage Malaysia's banking and financial systems.

The action has been questioned by certain parties, including in the article published in the Star on 12 October 2015, titled 'Dr M, Ku Li team up to slam Sosma detention of 1MDB critics,' as being an abuse of the government powers.

The Attorney General's Chambers clarifies that both Khairuddin Abu Hassan and his lawyer, Matthias Chang are charged under section 124L of the Penal Code and not the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA).

The Attorney General's Chambers further clarifies that the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) is a procedural law that provides special measures to facilitate the investigation and prosecution 'security offences". The definition of 'security offences' makes it clear that the SOSMA is not limited to terrorism or terrorists.

The 'security offences' to which the Act applies are those listed in the First Schedule to the SOSMA. When SOSMA was enacted, the listed 'security offences' were offences under Chapter VII of the Penal Code (Offences against the State) and Chapter VIA of the Penal Code (Offences related to terrorism).

In 2014, the list was extended to include Chapter VIB of the Penal Code (Organised Crime) as well as offences under Part IIIA of the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. The list was further extended in June 2015 to include the Special Measures Against Terrorism in Foreign Countries Act 2015.

Section 124L, of the Penal Code is an offence under Chapter VI of the Penal Code. It was one of seven new offences introduced into Chapter VI of the Penal Code in 2012 through Penal Code (Amendment) Act 2012. It is therefore a 'security offence' to which SOSMA applies.

The seven new offences are namely:
  • Activities detrimental to parliamentary democracy (section 124B)
  • Attempt to commit activity detrimental to parliamentary democracy (section 124C)
  • Dissemination of information (section 124H)
  • Sabotage (section 124K)
  • Attempt to commit sabotage (section 124L)
  • Espionage (section 124M)
  • Attempt to commit espionage (section 124N)
These offences were in addition to the reenactment with modifications of certain offences which used to be in the Internal Security Act 1960, namely the new sections 124D, 124E, 124F, 124G, 124L and 124J. The above explanation can be seen in the Explanatory Statement to the Penal Code (Amendment) Bill 2012.

Section 124L, of the Penal Code provides that 'Whoever attempts to commit sabotage or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which extend to fifteen years.'

In this regard, section 130A of the Penal Code defines the term 'sabotage' to mean an act or omission intending to cause harm, among others, to the maintenance of 'essential services' while the term 'essential services' is defined to include banking and financial services.

The Attorney General's Chambers provides this clarification on the provisions of law that have been applied in the case of Khairuddin Abu Hassan and Matthias Chang to prevent any further misleading statements, regarding the relevant provisions of law.

However, the Attorney General's Chambers is not at liberty to divulge any facts pertaining to their cases as the matters are pending before the court.

ATTORNEY GENERAL'S CHAMBERS MALAYSIA
13 October 2015

-------------------------

Kalau tak faham BI, den tak booleh tolong.

Namun begtu, penangkapan bawah SOSMA untuk soalsiasat ada asas undang-undang dan bukan disalahguna untuk hanya tangkap tapi tak didakwa. Peguam Hanif Khatri untuk Khairuddin pun sudah tarik permohonan dalam hal ini.

Sekarang jelas bahwa mereka dituduh bawah 7 kesalahan!

Definasi sabotaj pun jelas.

Namun ini bukan macam Ops Lalang yang kesalahan tak tahu dan pendakwaan pun tiada. Pertahanlah diri di mahkamah.

Mereka dah berlagak dan anggkuh untuk mulut lepas depan pegawai penyiasat. Mogok lapar pun hanya 8 hari. Bahan sudah ada. Jika sabit salah, boleh hingga 15 tahun. Jangan salah orang tapi salahkan diri sendiri.

Buat laporan terhadap Jho Loh tapi kompang dan wayang FBI siasat lah ... hingga ringgit junam dari 3.80 hingga hamppir cecah 4.50.

Gerasang Ummi Aida ... Kenapa suruh suami berjuang habisan ...ENtah ye entah tidak. Kudin main wayang tu ...

Zeti cuba salahguna kuasa dua kali untuk sabotaj 1MDB?

Posted: 13 Oct 2015 11:00 PM PDT


Tempoh hari, macam-macam pihak buat andaian AG cuba cover case bila mereka tolak cadangan BNM untuk dakwa 1MDB. Maka AG telah beri jawapan balas:


KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN KEPUTUSAN UNTUK MENUTUP SIASATAN BANK NEGARA MALAYSIA TERHADAP 1MDB

Kesalahan yang didakwa telah disiasat oleh Bank Negara Malaysia mengikut perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual 5 Akta Kawalan Tukaran 1953 iaitu dengan sengaja atau dengan melulu membuat kenyataan yang palsu. Pendek kata kenyataan yang dibuat haruslah palsu dan bahan yang berkaitan dengan hal berkenaan iaitu maklumat yang diminta oleh Bank Negara Malaysia untuk permohonan penghantaran wang dilakukan dan maklum balas berkenaan maklumat seperti yang diminta oleh Bank Negara Malaysia.

1MDB mendapat tiga kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk membuat pemindahan wang, iaitu pada,

(1) 29 September 2009,

(2) 6 September 2010, dan

(3) 20 Mei 2011.

Ia menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia tidak mengambil lebih daripada tiga hari untuk memberi kebenaran berhubung pemindahan wang tersebut.

Ia juga menyatakan bahawa borang permohonan ECM yang berkaitan iaitu borang 09A dan borang 06B tidak memerlukan pemohon untuk memberi nama penerima atau akaun nombor bank dan cara bagaimana wang itu disalurkan .

Apabila 1MDB meminta Deutsche Bank (Malaysia) Berhad untuk membuat kiriman wang ke akaun lain, Deutsche Bank (Malaysia) Berhad meminta penjelasan daripada Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia bertindak balas dengan menasihati Deutsche Bank (Malaysia) Berhad yang ia merupakan keputusan berkaitan perniagaan selagi ia tidak terpesong dari matlamat asal dan tiada persoalan yang dikemukan oleh Bank Negara Malaysia pada masa itu.

Bank Negara Malaysia sebagai pengawal aliran wang tidak menghalang proses pemindahan wang atau mengarahkan Deutsche Bank (Malaysia) Berhad  untuk menasihati 1MDB agar hadir ke Bank Negara Malaysia dan melakukan semakan semula berkenaan dengan pemindahan wang tersebut. Jelas tidak ada maklumat atau maklumat lanjut seperti yang diminta oleh Bank Negara Malaysia pada masa berkenaan. 1MDB memegang tanggungnawab untuk menyediakan sebarang keperluan untuk proses pemindahan tersebut.

Borang-borang yang berkaitan dengan proses pemindahan wang dalam kes ini tidak mewajibkan pemohon untuk menyatakan nombor akaun bank dan nama penerima yang sama seperti dalam pemindahan wang biasa yang akan membolehkan Bank Negara Malaysia  mengetahui ke mana dana itu telah disalurkan. Oleh kerana tiada keperluan untuk melakukan yang sedemikian, tindakan beberapa pegawai 1MDB berkenaan tidak menjadi satu kesalahan di bawah Akta.

1MDB lebih memberi perhatian terhadap keperluan pihak mereka untuk melengkapkan borang-borang berkenaan dan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh Bank Negara Malaysia. Jika Bank Negara Malaysia tidak meminta maklumat tertentu atau khusus bagaimana boleh 1MDB disalahkan kerana ia telah mengisi borang yang diperlukan dan memberi maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat.

Pegawai rasmi 1MDB yang terlibat sepanjang proses untuk mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan. Oleh yang demikian, pihak BNM telah meluluskan kebenaran tersebut. Sehingga bukti baru mengenai kesalahan yang didakwa diperolehi, sehingga itu  pegawai-pegawai berkenaan tidak bersalah.

Bank Negara Malaysia bagaimanapun melalui suratnya bertarikh 1 Oktober 2015 meminta untuk dibuat semakan semula keputusan itu memetik kesalahan di pihak 1MDB iaitu tidak mendedahkan maklumat tertentu. Setakat yang bersangkutan, tidak ada kewajipan untuk dimaklumkan mengenai sesuatu maklumat itu kecuali diminta. Atas sebab ini dan hakikat bahawa tidak ada bukti baru yang disediakan, pihak kami tidak melihat sebarang keperluan untuk mengkaji semula dakwaan tersebut.

JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA
13 Oktober 2015

---------------------------

Termalu Tan Sri Zeti buat kali kedua. Adakah dia akan mengaruk tantrum lagi sebagaimana ditulis Rockybru di SINI lagi?

Sebelum ini, Zeti cuba tunjuk power untuk arah 1MDB bawa balik wang yang diluluskan pada tahun 2009-11. Rupanya Zeti telah salahguna kuasa untuk tidak ikut bidang kuasa menurut undang-undang. Baca berikut:


Menteri tak beri kelulusan maka atas asas apa Zeti nak arah-arah. Nampak jelas Zeti seolah-olah mahu gagalkan usaha rasionalisasi 1MDB... sama dengan tujuan Tony Pua.

Nampak sangat Zeti salahguna kuasa. Dulu Anwar kena pasal salahguna kuasa. Kali ini Zeti tak kot ...


Bagi yang tak berapa faham undang2 dan kewangan tu usahlah gila perhatian untuk memandai. Kesimpulan mudah-mudah tak.pernah yang betul.



Yang sedar diri tak berapa faham mereka tidak lihat perlu memandai yang akhirnya kelihatan tongong.

Ni baru ulamak sebab guru ugama tak memandai jawab semua persoalan macam dia tahu tapi merujuk dulu.