Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tol naik pasal Azmin ... Najib dah tutup banyak tol

Posted: 13 Oct 2015 07:21 PM PDT



Yang naikkan adalah tol.empunya kerajaan.selangor.
Maka janganlah cekap dan cepat salahkan kerajaan BN...




Memang naik tapi dinaikkan kerajaan pkr selangor.


Kerajaan najib tutup banyak tol



Salahkan orang biar yang betul



Never take side against country

Posted: 13 Oct 2015 08:00 AM PDT


SOSMA perlu untuk puak seperti ISIS

Posted: 13 Oct 2015 05:00 AM PDT







Sapa kata ISIS tak.wujud dalam Malaysia.

Oleh itu jangan nak politikkan kata SOSMA tak perlu. Ada lebih 100 tahanan keselamatan bawah SOSMA termasik ISIS.

Jangan sebab kawan kena tahan tahan bawah sosma dan didakwa sebab nak main wayang untuk sabotaj ekonomi di mata funia maka kata SOSMA mcm ISA.

Jgn hipokrit untik selamatkan kroni





Kerusi Melayu kasi, MCA usah lagak taukeh dan ikhlas bantu BN

Posted: 13 Oct 2015 01:43 AM PDT


MCA Perlu Pertahan BN Daripada Serangan DAP

SELAKU parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA perlu kembali fokus untuk meyakinkan masyarakat Cina dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Parti itu perlu mencari kekuatan baharu setelah gagal mempertahankan banyak kerusi Palimen dan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada PRU Ke-13 dan pilihan raya sebelum itu.

MCA juga harus berani bersuara bersama UMNO bagi menangkis segala tohmahan dan serangan parti-parti pembangkang terutama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menekan kerajaan dan kepimpinan dengan pelbagai desakan memperlihatkan pertubuhan politik yang mewakili masyarakat Cina itu seolah-olah bukan lagi parti yang mendokong kerajaan.

MCA harus selari dengan UMNO dan parti komponen lain selagi berada di dalam komponen BN bagi mempertahankan segala dasar kerajaan di samping berjuang untuk kepentingan dan hak kaum masing-masing.

Perlu disebut, sejak MCA berkongsi kuasa dengan UMNO dan parti komponen lain dalam Perikatan dan sekarang BN, masyakat Cina terus menguasai kekayaan ekonomi negara.

Perkara itu tidak boleh dinafikan walaupun parti pembangkang DAP yang didokong kuat masyarakat Cina menidakkannya. Walaupun UMNO menerajui kerajaan BN sebagai parti yang memerintah, ia cukup toleran terhadap tuntutan rakan parti dalam komponen di samping turut menghormati hak-hak kaum minoriti lain.

Terbaharu, kerajaan tetap mempertahankan konsep sekolah satu aliran walaupun desakan dibuat supaya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dimansuhkan berikutan beberapa isu yang melibatkan perkauman kebelakangan ini.

Kerusi mca dari pemberian melayu

MCA tidak perlu curiga terhadap UMNO kerana parti yang memayungi orang Melayu selama ini, sedia berkongsi kuasa dan kekayaan dengan rakan mereka daripada parti komponen BN.

Malah kaum minoriti lain sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya turut mendapat manfaat melalui dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Selain itu pemimpin MCA yang gagal memenangi pilihan raya umum turut diberi tempat di dalam kabinet dan jawatan lain berdasarkan konsep perkongsian kuasa.

BN bukanlah seperti gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang akan mencari jalan untuk menyingkir parti sekutunya atas berbagai alasan. Semasa menyampaikan ucap utama pada perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-62 MCA hari ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan ikrar beliau untuk terus bekerjasama dengan MCA.

Najib yang juga Presiden UMNO bagaimanapun mengingatkan pemimpin parti agar menggunakan saluran yang betul dan berhemah semasa menyuarakan pandangan berhubung isu nasional serta menghentikan pertelingkahan dalaman parti.

Beliau meminta masyarakat Cina agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan bagi memacu kemajuan negara.

http://klxpress.com.my/editorial/7066-mca-perlu-pertahan-bn-daripada-serangan-dap.html



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pesawat penumpang MH17 ditembak BUK?

Posted: 13 Oct 2015 10:46 AM PDT


AMSTERDAM - Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pengerusinya, Tjibbe Joustra berkata, peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.

"MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, Belanda hari ini.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada ketinggian 9,144 meter dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Joustra berkata, siasatan mendapati, MH17 terbang secara normal sehingga pada masa kejadian, apabila pesawat itu melintasi ruang udara timur Ukraine.


Beliau berkata pada pukul 1.25 tengah hari waktu tempatan, peledak 9N314M yang dilancarkan menerusi sistem peluru berpandu BUK dari timur Ukraine, meledak di sebelah kiri dan atas kokpit.

"Bahagian hadapan pesawat itu ditembusi oleh beratus-ratus objek berkuasa tinggi daripada bahan peledak tersebut.

"Berikutan daripada impak dan letupan berikutnya, tiga anak kapal dalam kokpit terbunuh serta-merta dan pesawat itu berkecai di udara," katanya.

Beliau berkata, bangkai pesawat terbabit bertaburan dalam jarak 50 kilometer persegi.

Laporan itu dikeluarkan 15 bulan selepas siasatan oleh pasukan antarabangsa dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Joustra berkata, laporan akhir oleh DSB itu dibuat berdasarkan siasatan kepada beberapa sumber termasuk sistem senjata yang digunakan, corak kerosakan pada badan pesawat, serpihan yang dijumpai di lokasi kejadian dan badan penumpang, serta bagaimana pesawat itu pecah.


Tambah beliau, penemuan itu juga disokong oleh data dalam perakam penerbangan termasuk Perakam Suara Kokpit (CVR) yang merekod bunyi bising semasa detik akhir kejadian.

"DSB turut menolak punca tragedi disebabkan letupan dalam pesawat atau ditembak oleh peluru berpandu udara ke udara," ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kepada keadaan tidak selamat konflik di Ukraine ketika itu, Kiev sepatutnya menutup ruang udara di kawasan tersebut.

"Kami memutuskan, Ukraine sebenarnya mempunyai alasan yang kuat untuk menutup ruang udaranya," ujar Joustra.

Mereka yang terbunuh adalah 192 warganegara Belanda; Malaysia (44); Australia (27); Indonesia (12); United Kingdom (10); masing-masing empat dari Belgium dan Jerman; Filipina (3); dan masing-masing satu dari Kanada, dan New Zealand.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAKIYUDDIN TANYA APA JAWATAN KHALID SAMAD? PAS SUDAH SERIK BERKAWAN DENGAN DAP

Posted: 13 Oct 2015 08:36 PM PDT


Tindakan Khalid Abd. Samad meletakkan syarat tertentu terhadap PAS untuk menyertai Pakatan Harapan ditempelak oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata Khalid sepatutnya berjawatan lebih besar dalam Pakatan Harapan untuk meletak sesuatu syarat kepada parti lain.
"Untuk dia letak syarat begitu 'jujur dan berdisiplin', dia perlu jadi 'seseoranglah' yang (berpangkat) dalam Pakatan Harapan.
"Bagi kita Pakatan Harapan, PAS tidak ada apa-apa hubungan. Kami tidak ada apa-apa hutang. Kami tidak ada apa-apa perkara dengan Pakatan Harapan walaupun PKR bersama Pakatan Harapan tetapi hubungan PAS hanya dengan PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Kelmarin, Khalid dilaporkan Antarapos telah meletakkan syarat supaya parti lain (termasuk PAS) lebih 'berdisiplin dan jujur' untuk menyertai Pakatan Harapan.
"Amanah mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya.
"Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat.
"Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah komited kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengesyorkan agar keanggotaan Pakatan Harapan dibuka kepada PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
"Ke arah ini (parti) Amanah mengesyorkan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama.
"Amalan bermusyawwarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan,"kata Khalid lagi.
Susulan kenyataan itu, Takiyuddin membayangkan Khalid mungkin terlalu ghairah dalam memberi kenyataan dan dilihat terkedepan mendahului Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
"Tak apalah. Mungkin dia isytihar diri dia sebagai Presiden Pakatan Harapan, anda tanya dia lah.
"Saya tidak tahu apa jawatan dia dalam Pakatan Harapan ini, boleh jadi presiden ke?" tempelak Takiyuddin.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya sudah serik dengan permainan politik DAP dan sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti Islam itu akan menyertai Pakatan Harapan.
"Bagi PAS dengan DAP ini (sudah dua tiga kali) terkena.
"Dulu DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif (BA), kemudian DAP 'serang' PAS selepas muktamar dan selepas dengan muktamar ini, kita tidak mungkin buat kerjasama dari segi politik,"katanya .
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baharu itu.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun PKR masih berharap kerjasama itu berlaku, namun PAS hanya akan bekerjasama dengan PKR di dalam blok pembangkang dan ia tidak melibatkan DAP dan Amanah.
"Kita setakat ini kerjasama hubungan PAS dengan PKR sahaja dan tidak timbul kerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Kita hanya ada mandat muktamar ialah mengekalkan kerjasama dengan PKR.
"PAS pun ada dasar yang diperjuangkan. Kalau dasar yang kita perjuangkan pun kita tidak boleh hendak buat, jadi PAS tidak mungkin korbankan prinsip dan dasar parti," katanya.
Beliau turut memperincikan sejarah kerjasama PAS dengan Semangat 46 yang seakan sama dengan kerjasama PAS dan PKR sekarang.
"Masa tu Semangat 46 jadi ejen kepada rangkaian kerjasama pakatan-pakatan pembangkang. Masa itu pun PAS sudah tiada kerjasama dengan DAP ataupun BN dan sebagainya.
"Cuma kita ada kerjasama dengan Semangat 46, dan Semangat 46 ketika itu ada kerjasama dengan parti-parti lain.
"Jadi saya fikir bagi PAS, kita kekal setakat sehingga ini prinsip kita begitulah," katanya.

PEMIMPIN PKR ANTARA YANG SETUJU KENAIKAN TOL, DIA TIDAK MEMBANTAH

Posted: 13 Oct 2015 09:30 AM PDT



Beberapa orang lagi pemimpin PKR yang duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tidak membantah kenaikan tol sebalik mereka mendiamkan diri. Mereka berusaha menyembunyikan sokongan mereka, takut diludahi rakyat kerana cakap tak serupa bikin.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tol naik: Ahli Umno tak selesa, soal mana dana GST

Posted: 13 Oct 2015 08:54 PM PDT

Anggota Umno akar umbi jelas tidak selesa dengan pengumuman kerajaan berhubung kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya yang berkuatkuasa esok.
Malah, sebahagian besar mereka mahu kerajaan mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.
 Menurut Ketua Umno bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman penangguhan perlu kerana rakyat kini sudah cukup terbeban dengan pelbagai kenaikan dan dicengkam pula dengan kajatuhan ringgit.
Abdul Razak menyifatkan kenaikan kadar tol ini sangat tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.
"Mereka memberikan alasan macam-macam berhubung perjanjian konsensi dan sebagainya tetapi saya secara peribadi memohon kerajaan mengkaji balik (kenaikan kadar tol).
"Dalam keadaan negara yang baru sahaja mengalami kejatuhan mata wang, dengan pelaksanaan GST serta masalah jerebunya lagi dan kini ditambah dengan kenaikan kadar tol, ini (kenaikan) tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, menurut Abdul Razak, sekiranya kerajaan mahu menaikkan kadar itu sekali pun biarlah ia dilakukan selepas pembentangan bajet akan datang.
"Mungkin lepas pembentangan bajet (umum kenaikan), apabila kerajaan konon-kononnya memberikan rebat, bila rakyat dah seronok dan yakin dengan janji kerajaan barulah boleh kenakan kenaikan dengan kadar yang berpatutan.
PLUS boleh, kenapa konsesi lain tak boleh?
Dalam pada itu, ketua penerangan Umno bahagian Seputeh, Mohd Shariff Badaruddin mempersoalkan sekiranya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) boleh menangguhkan kenaikan sejak 10 tahun lalu kenapa tidak bagi syarikat konsensi yang lain.
Kali terakhir PLUS menaikkan kadar tol mereka adalah pada tahun 2005.
"Tak sepatutnya naik, kalau PLUS boleh tangguh kenaikan kenapa konsensi lain boleh naikkan?
"Rakyat sudahlah kena GST, kena satu bebanan lagi. Dulu GST dia kata harga barang akan turun 4 peratus tetapi sebaliknya naik berganda-ganda.
"Hari ini rakyat pun rasa susah dengan GST malah ramai yang merungut fasal GST," keluh Mohd Shariff.
Mana duit GST?
Justeru, Mohd Shariff berkata eloklah kenaikan tol sedia ada dikekalkan namun berpendapat adalah lebih baik ia diturunkan.
"Elok kekallah dengan kadar sedia ada. Kereta bertambah banyak, pengguna jalan raya juga bertambah, duit bertambah tapi kenapa mesti naik lagi?
"Kekalkan kadar sebelum ini atau turunkan lagi baik sebab duit (kutipan cukai) GST banyak, kerajaan tak boleh tampung ke? Mana pergi duit GST itu? Macam mana ia dibelanjakan? Rakyat pun nak tahu juga," kata Mohd Shariff lagi.
Turut berkongsi pandangan adalah ketua pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Amir Abd Halim yang mahu kenaikan tol ini dikaji semula.
"Kena kaji semula tindakan tersebut sebab ia membebankan rakyat," kata Mohd Amir ringkas kepada Malaysiakini.
Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang semalam mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa esok.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno tidak boleh terima kritikan, kata penganalisis

Posted: 13 Oct 2015 08:41 PM PDT

Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Tindakan menyekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang menuntut ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis.
Menurut pemerhatian mereka, politik diamalkan Umno bercirikan budaya orang Melayu yang menuntut seorang pemimpin dilihat kuat di kaca mata masyarakat, oleh sebab itu tidak hairan jika pemimpinnya bersikap autokratik dalam parti.
Ketika dilanda krisis, tindakan mendiamkan ahli menerusi tindakan disiplin atau pemecatan adalah perkara biasa dalam Umno sejak memerintah negara, kata penganalisis politik Prof James Chin.

"Budaya politik orang Melayu menyukai seorang pemimpin yang kuat, jadi tindakan Datuk Seri Najib Razak yang tegas akan menyebabkan kedudukannya masih kuat," katanya. Chin berkata, ia lebih terserlah apabila Umno menutup ruang bersuara untuk ahlinya apabila kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan terhadap pemimpin mereka.
"Tidak semestinya parti politik memerlukan satu tahap kesetiaan. Tetapi, masalah dengan Umno ialah, kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan," katanya.
Najib selaku presiden Umno ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak memegang tampuk pemerintahan negara, terpalit dengan skandal kewangan dan berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat kejatuhan mata wang yang semakin teruk dan faktor luaran lain.
Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Umno terkena tempias, bermula dengan krisis dalaman selepas dua pemimpin tertinggi parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik syarikat dinaungi Najib tersebut.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah senada dengan Chin, mengatakan di kalangan pemimpin Umno masih terdapat unsur feudal yang tidak dapat menerima kritikan ahli.
"Dalam Umno masih ada saki baki feudal. Justeru, mana-mana ahli yang lantang bersuara atau memberi pendapat berbeza, lazimnya dikenakan tindakan sama ada dalam bentuk disiplin atau dibalun ahli lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

KALAU DENGAN PERKASA BOLEH BERBAIK, KENAPA PAS TERLALU KERAS DENGAN AMANAH?

Posted: 13 Oct 2015 07:49 PM PDT

Apa pun bentuk kerjasama antara Pas dengan Perkasa atau ia hanya sekadar kunjungan hormat antara sebuah NGO Melayu dengan parti politik Islam dan kemudian bersetuju atas tiga perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA semata-mata, pelbagai tafsiran boleh dibuat terhadap perkembangan terbaru ini.

Banyak portal berita melaporkan Pas dengan Perkasa sudah menjalinkan kerjasama berikutan kunjungan Perkasa bersama sebahagian barisan kepimpinannya yang diketuai Ibrahim Ali terhadap Pas yang juga dikepalai oleh Hadi Awang sendiri.

Kerjasama itu dilaporkan melibatkan hal-hal yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam tetapi malam tadi Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukan kerjasama, cuma sekadar kunjung hormat saja.

Sama ada wujud kerjasama atau hanya sekadar kunjung hormat, tetapi adegan berpeluk antara Hadi Awang dengan Ibrahim Ali tentu saja menarik untuk diperkatakan serta boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta andaian.

Lebih-lebih lagi bila Ibrahim juga berkata, tidak cukup sekadar beliau bersalam saja, malah harus memeluk Hadi Awang. Pelukan itu turut disambut hangat oleh Presiden Pas. Ehem, ehem....

Perkasa bukan saja dikenali NGO yang pro UMNO, malah Presidennya, Ibrahim Ali sendiri diberi laluan oleh BN bertanding atas tiket Bebas dalam pilihanraya umum lalu di Pasir Mas. 

Dalam pilihanraya sebelumnya pula, Ibrahim Ali bertanding atas tiket Pas, juga di Pasir Mas, tetapi selepas itu mengumumkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas dan meninggalkan Pas.

Ibrahim Ali juga turut hadir dan berucap dalam perhimpunan baju merah baru-baru ini yang bertujuan menyokong dan mempertahankan kepimpinan Najib.

Bagaimanapun, dalam beberapa isu melibatkan kepentingan Melayu, Perkasa tetap lantang bersuara dan sesekali terlihat berbeza pendirian dengan UMNO, kerajaan dan Perdana Menteri.

Jika diselusuri perjalanan politik Ibrahim Ali sebelum itu, laluannya jauh lebih berwarna-warni lagi. Apa pun, itulah Ibrahim Ali yang sentiasa hidup dan bernafas, meski siapa pun yang menjadi Perdana Menteri dan bagaimana sekalipun bergolaknya perjalanan politik negara.

Tetapi dalam perkembangan politik semasa, Ibrahim Ali dan Perkasa nyata pro Tun Mahathir dan beliau jarang tidak kelihatan dalam setiap program yang diadakan oleh bekas Perdana Menteri itu di seluruh negara untuk "membelasah" Najib.
 
Malah Tun Mahathir adalah juga merupakan Penaung Kehormat Perkasa.
Read More / Baca Lagi >>

ORANG KAMPUNG TIDAK BOLEH LAGI DI CUCUK HIDUNG

Posted: 13 Oct 2015 07:16 PM PDT

Kadang-kadang aku agak 'panas' juga apabila orang kampung sentiasa 'dipersalahkan' dalam hal yang berkaitan dengan IMDB dan wang RM 2.6 billion milik akaun peribadi DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Orang kampung sentiasa dipersalahkan kerana memberikan sokongan yang membabi buta kepada kepimpinan kerajaan BN kini yang dianggap mereka semacam telah menghancur punahkan negara ini. Yang menyebabkan aku agak 'panas' adalah disebabkan asal usul aku ialah dari kampung dan 'roots' aku masih di kampung. Maknanya aku ialah orang kampung totok.
            Minggu lepas aku balik kampung. Menghadiri kenduri kahwin orang kampung aku. Kawan lama. Kebiasaannya jikalau menghadiri kenduri kampung amat berbeza dengan menghadiri kenduri di bandar. Sekiranya 'orang kampung' seperti aku menghadiri kenduri di kampung aku hanya untuk makan dan lepas itu meninggalkan majlis sudah dianggap 'tidak sopan'. Orang kampung aku tidak 'merelakan' perbuatan sedemikian. Aku tahu dan aku amat tahu 'budaya' kampung aku, walaupun sudah agak jarang aku balik kampung menghadiri majlis kenduri sedemikian.
            Yang nak aku ceritakan bukan kisah kenduri kahwin sahabat lama aku tetapi kisah orang kampung aku yang agak 'advance' dalam hal menceritakan tentang IMDB dan RM 2.6 billion milik akaun DS Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Semacam aku 'tewas' berbanding dengan mereka dalam hal mengkisahkan mengenai dua isu besar itu. Semacam mereka lebih tahu dari aku. Mereka tahu menyebut 'Sarawak Report' dan mereka tahu tentang 'surat khabar dan majalah orang putih' yang menceritakan tentang penyelwengan yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion.
            Aku terpegun mendengar 'ceramah' mereka, sambil kami sama-sama bergotong royong melapah dan menghiris daging lembu untuk dibuat gulai. Rupa-rupanya amalan bergotong royong masih lagi 'segar' dan 'subur' di kampung aku. Yang agak menghairankan aku juga ialah tentang beberapa orang 'penceramah' yang boleh 'menganalisis' tentang isu ini yang hampir sama dengan analisis yang disampaikan oleh penganalisis profesional. Yang amat jelas yang dapat dilihat ialah bahawa mereka merasakan bahwa keadaan negara kini adalah ibarat 'cacing sudah naik ke mata' samada dari segi politik atau ekonomi.
            Persepsi aku tentang kenyataan yang mengatakan bahawa orang kampung masih menyokong tindakan kerajaan BN yang ada kini berubah 360 darjah. Aku yakin bahawa bukan orang kampung aku sahaja yang bersikap demikian. Mungkin puluhan ribu kampung lain di Malaysia yang berkeadaan demikian. Dan berkemungkinan juga bahawa rakyat sudah cukup 'meluat' dan 'bosan' dengan keadaan yang menular dalam negara kita sekarang. Rakyat semacam begitu marah dengan beberapa tindakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara negara tercinta ini. Mereka lahirkan dengan jelas dan terang.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara Adakan Sidang Akhbar, Baca Kenyataan Media Dan Berlalu Pergi

Posted: 13 Oct 2015 06:48 PM PDT

PUTRAJAYA: Banyak yang telah berlaku sejak Tan Sri Mohd Apandi Ali mengambil alih tugas sebagai Peguam Negara pada Julai.

Apabila pejabatnya memberitahu bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar yang pertama sejak memegang jawatan itu, ia adalah sesuatu yang mengejutkan.

Sebelum ini, komunikasi Mohd Apandi dengan media sebahagian besarnya terhad kepada penyiaran kenyataan-kenyataan akhbar dari Jabatan Peguam Negara.

Kenyataan terkininya adalah mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang 'bersih' daripada sebarang salah laku walaupun Bank Negara berkata sebaliknya.

Mohd Apandi, 65, dari Mahkamah Persekutuan telah dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail, yang secara tiba-tiba dilepaskan daripada kedudukannya hanya beberapa bulan sebelum persaraannya.

Pada masa itu, Abdul Gani adalah seorang ahli pasukan petugas khas yang diberi mandat untuk menyiasat pelbagai tuduhan melibatkan 1MDB.

Jadi, tidak menghairankan apabila terdapat kehadiran media yang besar di pejabat MOhd Apandi di Putrajaya, Selasa.

Lebih daripada 50 wartawan, termasuk krew televisyen, menunggu di sekitar lobi Jabatan Peguam Negara.

Pada pukul 2.40 petang, rombongan telah dibawa ke bilik persidangan besar di tingkat 11 dan menerima berita buruk bahawa tidak akan ada sesi soal jawab.

Seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara membuat pengumuman itu walaupun krew kamera sibuk mempersiapkan peralatan mereka.

Ia adalah satu kekecewaan sebenar.

Ramai yang pergi ke Putrajaya untuk bertanya Mohd Apandi tentang banyak isu, terutama keputusan Jabatan Peguam Negara terhadap 1MDB dan tangkapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pertukaran tempat duduk media di Parlimen sekat pelaporan, kata wakil rakyat

Posted: 13 Oct 2015 06:26 PM PDT

Parlimen akan mula bersidang 19 Oktober ini dengan penyusunan semula ruang bekerja petuas media dan sudut sidang akhbar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Parlimen akan mula bersidang 19 Oktober ini dengan penyusunan semula ruang bekerja petuas media dan sudut sidang akhbar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Penyusunan semula ruang bekerja untuk petugas media dan sudut sidang media di bangunan Parlimen, yang akan mula dilaksanakan 19 Oktober ini dibidas ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Susunan baru untuk kakitangan media melaporkan prosiding Parlimen akan mengasingkan mereka di bangunan berlainan dari tempat sidang Dewan Rakyat berlangsung, mengehadkan akses media kepada penggubal undang-undang yang juga akan mengalami kepayahan bertemu media.
Langkah itu dikritik 2 ahli Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Chua Tian Chang (DAP-Batu).

Chua yang juga naib presiden PKR berkata ia cubaan Putrajaya untuk menghalang media daripada melaporkan mengenai isu kritikal. Sementara Bung yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berkata, beliau tidak bersetuju dengan pertukaran itu kerana ia akan membuatkan kedudukan ruang sidang media dan ruang kerja media terlalu jauh dari dewan persidangan.
Bung bagaimanapun berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan perpindahan tersebut oleh Jawatankuasa Parlimen.
"Saya tidak tahu tentang perpindahan ini dan saya tidak setuju media terlalu jauh dengan dewan persidangan," katanya kepada The Malaysian Insider melalui aplikasi Whatsapp.
Read More / Baca Lagi >>

New phase in Dr M’s game may be afoot

Posted: 13 Oct 2015 06:13 PM PDT

Many had written him off, but he's back with a vengeance.
mahathir
Flanked by Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal, Sanusi Junid and Ong Tee Kiat, Mahathir Mohamad on Monday savaged Prime Minister Najib Razak with a fervour rarely associated with a man of 90. He sat in his stronghold in Putrajaya, playing to the crowd of reporters before him like a bowler in a cricket match, throwing the hard, solid ball again and again into Najib's face.
Just a few weeks ago, everyone had all but written off Mahathir. His agents were arrested and Umno seemed to have rallied behind Najib. It looked like his plans had been foiled. "He's human after all," we told ourselves, "and now he knows what it's like to be on the receiving end. If nothing else, at least there's a lesson learnt."
And who could blame us? Mahathir had spent the better part of a year in his campaign to oust Najib. He had cajoled, petitioned and protested, but there seemed no end in sight. The Cabinet was reshuffled, the 1MDB task force was all but disbanded, two rallies took place, Malaysia's name has been dragged through the mud, and now the normally taciturn Bank Negara has been forced to protect its reputation by publicly declaring that it did find something amiss with 1MDB and said so in its report to the Attorney-General.
And yet, through all of this, the PM has sat like a rock upon his throne in Putrajaya, obviously irritated but seemingly not too alarmed by all the noise.
Mahathir's press conference may have technically been about the use of a draconian law against Matthias Chang and Khairuddin Abu Hassan, but it was really about getting rid of Najib. He and the others spoke at length on 1MDB, on Umno and BN, and on whether or not there should be a no-confidence vote. The message was crystal clear: Najib must go.
Read More / Baca Lagi >>

Mohd Amar: Pas bersedia lawan tiga penjuru

Posted: 13 Oct 2015 06:00 PM PDT


Pas bersedia lawan tiga penjuru

KOTA BHARU - Pas bersedia berhadapan saingan tiga penjuru termasuk bertembung dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada PRU14.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu akan berlaku sekiranya dua parti itu meletakkan calon mereka di kawasan Pas.

"Pembahagian kerusi Pas dan PKR masih lagi status quo, adapun parti PKR dan Amanah sekiranya mereka datang kita akan berdepan walaupun tiga penjuru, kita terpaksa hadapi perkara itu," katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Menurutnya, pendirian parti masih tetap, iaitu tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan selagi mana keanggotaannya disertai oleh DAP dan Amanah.

Ditanya kesanggupan DAP dan PKR menawarkan kerusi kepada Amanah, Mohd Amar berkata, kedua-dua parti itu berhak membuat percaturan, tetapi ia nampak seperti sukar untuk direalisasikan.

"Kalau DAP bagi kerusi, maka tidak bertembung dengan Pas, tetapi saya tidak merasakan itu berlaku, PKR juga sukar melepaskan kerusinya, apa yang berlaku kini setiap parti masing-masing mahu menambah kerusi," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai Perkasa yang menyatakan sokongan kepada Pas dalam PRU14, Mohd Amar berkata, Pas membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan sokongan.

"Kalau nak sokong Pas tidak masalah, kita terima, tetapi jangan ada yang boleh paksa Pas, kita tetap dengan identiti kita, tak kira sapa orang nak sokong, orang Umno pun boleh undi Pas," katanya.

Pakatan Harapan, usah terima kunjungan Perkasa

Posted: 13 Oct 2015 05:41 PM PDT

Zainulfaqar Yaacob


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hanya membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja, hari ini.
Itu yang Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri tegaskan, sambil menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan pertubuhan pelampau Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.
Walaupun begitu, Parti Amanah Negara (Amanah) perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri. Rakyat pasti akan bertanya, takkan Pakatan Harapan tidak boleh menerima kunjungan hormat daripada Perkasa suatu hari nanti, selepas PAS sendiri menerima kunjungan hormat pertubuhan pelampau itu sekarang.
Barangkali selepas ini, pemimpin Amanah sendiri pun akan ditanya, bila lagi hendak terima kunjungan hormat Umno seperti  Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini lantang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Jangan ingat rakyat tuli dalam menilai Pakatan Harapan, khususnya Amanah.
Kalau hendak mementingkan "politik kekuasaan" macam Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita.
Sempena sambutan 1 Muharam 1437H ini, saya menyeru Amanah memperkasa "politik nilai" seperti integriti, anti kezaliman, telus dengan rakyat.
Saya berharap Pakatan Harapan fokus pada agenda mengukuhkan sokongan rakyat, termasuk mengikat perjanjian politik dengan parti-parti anti kezaliman Umno BN dari Sabah dan Sarawak.
Pada masa yang sama, jangan lupa agenda membebaskan bakal perdana menteri daripada Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seterusnya ke arah usaha menyelamatkan ekonomi negara.
Semarakkan kefahaman rakyat, Najib adalah pemimpin yang menindas semua rakyat, dan terbaru adalah isu kenaikan tol yang nyata membebankan rakyat terbanyak.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Posted: 13 Oct 2015 05:39 PM PDT

Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.
PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".

"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya. Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

NAJIB'S ARMAGEDDON COULD COME AS EARLY AS NEXT WEEK

Posted: 13 Oct 2015 05:35 PM PDT

Pressure is growing on Malaysia's leader before a planned no-confidence vote next week over his role in a troubled state investment fund that is under investigation at home and abroad.
Prime Minister Najib Razak's hold on power has been considered secure due to his control of the powerful United Malays National Organization, which represents most of the country's majority ethnic group. Mr. Najib is unlikely to lose the Oct. 19 no-confidence vote, which his allies may even block, people familiar with the matter say.
But other developments threaten his survival.
One is the value of Malaysia's currency, the ringgit, which has fallen 17% against the dollar so far this year. Although the oil-exporter's currency has recently recovered with a bounce in crude prices, a resumed fall could increase the pressure on Mr. Najib from Malaysia's business sector.
"If the ringgit falls to something like 4.80 or 5 ringgit to the dollar" from 4.13 ringgit on Monday, that could add pressure on him, saidJames Chin, a Malaysian academic who heads Asia Center at the University of Tasmania in Australia.
The prime minister also faces political risk from the continuing investigations.
Swiss authorities in August opened a criminal probe involving the state investment fund, 1 Malaysia Development Bhd. U.S. investigators from the Federal Bureau of Investigation and the U.S. Justice Department, meanwhile, have begun looking into Mr. Najib's assets, The Wall Street Journal reported last month.
Mr. Najib's office couldn't be reached on Monday to comment.
Institutions buckle under the pressure of being forced to cover up for Najib

Other issues have emerged, including a deepening fissure between Malaysian institutions over how to handle the problems surrounding 1MDB.
The country's central bank on Friday said it recommended in August that the attorney general begin criminal proceedings against 1MDBfor allegedly breaking foreign-exchange rules, but that the attorney general had declined to act on the matter. The attorney general didn't respond to a request to comment.
A day earlier, the attorney general's office said it continued to head a multiagency task force investigating 1MDB, which includes the central bank, the police and Malaysia's anticorruption agency.
Malaysian government investigators this year traced $700 million into Mr. Najib's alleged bank accounts through agencies, banks and companies linked to 1MDB, the Journal reported in July.
The government investigation hasn't detailed what happened to the funds that went into the prime minister's alleged personal accounts, most of which it determined were received ahead of national elections in 2013.
Nothing can be hidden
Read More / Baca Lagi >>

There are bigger problems than trade under TPPA

Posted: 13 Oct 2015 05:24 PM PDT

The trade agreement will affect the very basis of democracy and an unorthodox approach is needed, says co-founder of Bantah TPPA.
tppa_us_600
PETALING JAYA: Co-founder of Bantah TPPA Azlan Awang said today that the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) had the potential to undo the country's established economic system by trying to establish a level playing field.
"There are bigger problems than trade," Azlan said at the 'TPPA: Malaysia Dijual?' (TPPA: Malaysian Being Sold?) forum today.
"21st century problems are bigger than trade and the TPPA is not intended to solve that," Azlan said.
He continued by saying that what Malaysia really needed was a more "unorthodox approach."
"We know that our country is facing a lot of problems. The TPPA will affect the very basis of democracy.
"Take the environment chapter for example. In the first few chapters we are in line with international standards, which is good. But the rest simply says that if it undermines the interests of the traders, they have the right or the power to say no," Azlan said.
Earlier, Azlan urged the International Trade and Industry Ministry to release the cost-benefit analysis (CBA) of the TPPA as it was his opinion that the analysis was currently unfavourable to the government.
"This is why the negotiation for the trade agreement was being rushed, but the CBA itself is being delayed.
"If the results are beneficial as they claim, they should not hesitate to reveal the report," he said.
Azlan also felt that the United States, under President Barack Obama's administration, was hastily pushing for the agreement because it heavily favoured the North American country, and was being driven by their corporate interests.

Jawatankuasa Pilihan Parlimen patut wujud bincang TPPA

Posted: 13 Oct 2015 05:20 PM PDT

TPPA IzzahKerajaan Persekutuan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkaitan perdagangan bagi membolehkan urusan perdagangan dibincangkan khusus.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata ketiadaan jawatankuasa itu menyebabkan banyak perjanjian perdagangan hanya diketahui selepas dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat.
Katanya, penubuhan itu penting terutama apabila mendepani situasi kerajaan kini yang sedang berbincang mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
TPPA IZZAH2Tambahan pula, Ahli Parlimen Barisan Nasional kini mula sedar mengenai implikasi TPPA selepas ia menjadi bualan hangat mutakhir ini.
"Kita tiada jawatankuasa pilihan Parlimen berkaitan perdagangan.
"Kekurangan dan kelemahan mengakibatkan kita tiada kuasa dalam menandatangani sesuatu perjanjian.
"Bila cakap pasal TPPA yang memberikan impak ekonomi melibatkan 12 negara, buat kali pertama ada minat dari Ahli Parlimen BN," katanya dalam forum 'TPPA: Malaysia Dijual?' anjuran Gabungan Rakyat Merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA gugat kedaulatan negara

Posted: 13 Oct 2015 05:19 PM PDT

tppaRundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menggugat kedaulatan negara jika Malaysia bersetuju menandatangani bersama 11 negara lain.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata banyak keputusan boleh dicabar negara luar sekiranya tidak menguntungkan mereka.
"Kedaulatan negara akan tercabar. Beberapa keputusan dibuat misalnya mahkamah juga boleh dicabar.
"Ini akan memberikan cabaran dan implikasi kepada kedaulatan negara," katanya.
Selaku panelis dalam forum 'TPPA: Malaysia Dijual?' anjuran Gabungan Rakyat Merdeka beliau berkata ketiadaan butiran penuh perjanjian menyukarkan ramai pihak mengkaji lebih terperinci.
Beliau menegaskan, butiran perjanjian perlu diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia untuk diakses kepada umum.
"Butiran TPPA dijangkakan mempunyai hampir 3,000 muka surat," katanya.

SETIAP 3 TAHUN NAIK KADAR TOL...??

Posted: 13 Oct 2015 05:18 PM PDT

Mulai tahun depan 2016 KERAjaan Najib telah memutuskan kenaikan kadar tol bagi keempat2 lebuhraya milik kerajaan (PLUS, ELITE, LINKEDUA & KLBK) telah DITETAPKAN KENAIKAN SEBANYAK 5% SETIAP 3 TAHUN & SETERUSNYA !!!

Bayangkan konsesi PLUS telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. Maknanya klu korang dpt hidup sehingga 2038 korang kena tanggung bayar tol KENAIKAN sbyk 21 PERATUS !!!

Simpan sikit bodoh tu hingga PRU14 nanti...

Posted: 13 Oct 2015 05:15 PM PDT


MH17 Crash: What Really Happened To Malaysia Airlines Flight? | Special Report

Posted: 13 Oct 2015 05:08 PM PDT

Monday morning shocker - Blend of old and new vanguards

Posted: 13 Oct 2015 05:05 PM PDT

Mat Sabu: Dengar rayuan rakyat, undurlah Najib…

Posted: 13 Oct 2015 08:58 AM PDT

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu merayu dan menyeru Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri selepas pelbagai pihak tidak puas hati gaya pentadbiran dan cara pengurusan ekonomi negara.
amanah_mat_sabu_1_620_413_100Mohamad berkata semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang, bekas pemimpin serta pegawai kanan kerajaan telah hilang keyakinan terhadap beliau khususnya berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi beliau.
Bekas timbalan presiden PAS itu juga berkata, tindakan Najib melepaskan jawatan dapat memberikan kebaikan kepada keluarganya, kerajaan, rakyat terbanyak sekaligus menyelamatkan negara.
"Saya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merayu dengan sesungguhnya agar Datuk Seri Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, NGO serta rakyat seluruhnya supaya beliau meletak jawatan segera.
"Ia bukan berkait soal peribadi semata-mata kerana Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini sebarang tuduhan tidak dijawab, ditambah skandal bertimpa-timpa menyebabkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan Malaysia tergugat.
"Kejatuhan nilai mata wang Malaysia pula begitu ketara sekali," katanya dalam satu kenyataan dari Frankfurt, German hari ini.
Mohamad turut membidas tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menurutnya menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memadamkan kritikan rakyat terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

PERJALANAN 40 HARI PARTI AMANAH NEGARA

Posted: 13 Oct 2015 08:57 AM PDT


unnamed1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT di atas kemudahan yang telah diberikan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) sepanjang 40 hari sebelum ini, sehingga banyak kemajuan telah dapat dicapai. Hari ini genap 44 hari Parti AMANAH berada dipersada politik tanah air selepas diumumkan pada 31 Ogos lalu.
2. Saya sifatkan kemajuan yang dicapai Parti AMANAH dalam masa 40 hari ini sangat luar biasa. Dalam tempoh singkat ini, kita telah berjaya menubuhkan jawatankuasa protem di semua negeri seluruh Malaysia, juga jawatankuasa protem di kawasan-kawasan di seluruh negeri.
3. Setakat hari ini, parti AMANAH juga sedang memproses lebih 50,000 permohonan keahlian. Bagi kami, ia satu jumlah yang sangat membanggakan sekaligus menunjukkan sambutan dan minat yang amat tinggi di kalangan masyarakat di luar sana terhadap parti AMANAH. Dengan sambutan ini, kami sangat positif untuk mencapai sasaran 100,000 ahli menjelang 2016.
4. Selain itu, parti AMANAH  juga telah berjaya mendapatkan pejabat operasinya, beralamat di Jalan Sri Utara, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, yang kita namakan sebagai Wisma AMANAH Negara. Wisma ini akan dilancarkan secara rasmi pada satu majlis khas pada 7 November 2015 akan datang. Segala urusan dan operasi di Wisma AMANAH ini, dikendalikan oleh sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masing-masing.
5. Untuk makluman, kita juga telah membuat perlantikan 3 anggota jawatankuasa untuk portfolio utama seperti berikut; Yb. Khalid Abdul Samad (Pengarah Komunikasi), Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi), dan Yb. Dr. Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya). Selain itu, kita juga telah bersetuju melantik Wan Aishah Wan Ariffin ke Jawatankuasa AMANAH Nasional, sebagai mewakili golongan seniman.
6. Untuk fasa seterusnya, Parti AMANAH sedang bergerak hebat untuk mewujudkan jawatankuasa protem di peringkat cawangan pula sasaran minima 500 cawangan di seluruh negara. Pemimpin AMANAH di peringkat nasional pula akan turun ke negeri-negeri dari Perlis hingga ke Sabah dalam menjayakan usaha ini bermula 29 Oktober ini.
Read More / Baca Lagi >>

HIJRATUL RASUL: MENIFESTASI TOLAK PERKAUMAN DAN KEGANASAN

Posted: 13 Oct 2015 08:55 AM PDT


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1437H
Muqaddimah:
maxresdefaultTahun baru Hijrah kembali menemui kita pada hari Rabu, 14hb Oktober ini. Setiap kali menyambutnya, kita diingatkan akan peristiwa Hijrah yang merupakan pengorbanan besar  dilakukan orang-orang beriman bersama Rasulullah (SAW) di Mekah. Mereka meninggalkan kampung halaman mereka berhijrah ke Madinah, satu tempat yang asing, dihuni oleh orang yang tidak mereka kenali. Namun demi cinta mereka terhadap Allah dan Rasulullah (SAW) mereka berhijrah. Mereka berhijrah sehelai sepingang supaya kebenaran Islam dan ajarannya dapat dipraktikkan dan dilaksanakan di Madinah setelah ianya dimusuhi dan ditentang habis-habisan oleh penduduk Mekah, iaitu kaum kerabat mereka sendiri.

Keutamaan peristiwa Hijrah:
Peristiwa hijrah ini merupakan bukti betapa perlunya untuk memperlihatkan risalah Islam melalui perlaksanaan dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang berdaulat. Keperluan ini mengatasi segala pertimbangan. Mengatasi walaupun perasaan kasih untuk kampung halaman dan talian persaudaraan. Bukan sekadar bangsa atau pun kaum, tetapi walaupun sekeluarga, kepentingan Islam mengatasi segala-galanya.
Peristiwa hijrah ini merupakan pembuka pintu ke arah penghayatan Islam dengan diberikan kepimpinan dan pemerintahan kepada Rasulullah (SAW) di kota Madinah. Kepimpinan diserahkan atas kerelaan pimpinan dan penduduk tempatan, iaitu golongan Ansar yang terdiri daripada kabilah Aus dan Khazraj dan bukan atas dasar paksaan.
Maka Hijrah dilihat sebagai peristiwa melalui mana Islam mula hidup bebas dan berdaulat. Bebas dari kongkongan dan penindasan kerajaan yang memusuhi risalahnya. Oleh itu tahun berlakunya Hijrah itu amat sesuai digunakan sebagai tahun pertama dalam taqwim Islam.

Pengajaran dari Peristiwa Hijrah:
Bagi yang menghayati peristiwa Hijrah, sudah semestinya mereka mengambil pengajaran darinya untuk menolak pendekatan perkauman dan juga paksaan atau keganasan. Risalah dibentang kepada semua dan terserah kepada siapa yang ingin menerimanya. Tiada apa-apa usaha untuk menjadikan sesuatu kaum atau kelompok sebagai musuh. Kalau ada yang dimusuhi sekalipun, hanya mereka yang memusuhi perjuangan Islam dengan menzalimi para pejuangnya, walaupun sebangsa.
Dan dakwah itu dilakukan dengan penuh kebijaksanaan, menzahirkan akhlak yang mulia, sehingga menarik manusia kepada kebenaran Islam. Dan perlaksanaan Islam itu sendiri, dari sudut perundangannya, dilakukan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan tahap kefahaman dan penghayatan Islam oleh masyarakat. Sehingga akhirnya terlaksana Islam dengan sepenuhnya tanpa paksaan atau keganasan tetapi atas keyakinan dan penerimaan secara suka-rela.
Dan melalui Hijrah itu akhirnya terbentuk sebuah kerajaan yang adil lagi berakhlak mulia, didukung oleh rakyat dan penduduk atas sebab keadilannya.

Suasana semasa dunia Islam:
Keperluan bagi ummat Islam terhadap pemerintahan yang tegas dari segi prinsip keadilan dan kebenaran semakin mendesak apabila dilihat suasana ummat Islam di seluruh dunia. Masalah kezaliman dan pembersihan etnik yang menimpa kaum Rohingya, kezaliman Israel yang berterusan di Palestin, kemusnahan yang berlaku di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan dan Libya, semua ini mendambakan kemunculan kerajaan di setiap negara ummat Islam yang mementingkan persoalan keadilan dan kebenaran supaya ummat Islam itu boleh membangun bebas dan bermaruah sehingga mampu mempengaruhi perkembangan dan dasar politik di pentas antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

"Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai"...

Posted: 13 Oct 2015 08:51 AM PDT

PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini bersetuju bekerjasama dalam tiga isu dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).



Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Tak sejajar dengan parti sekular

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.

"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.

"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami,"
katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: Detention of duo under Sosma lawful

Posted: 13 Oct 2015 08:43 AM PDT

Jangan heret polis dalam politik, tegas IGP

Posted: 13 Oct 2015 08:42 AM PDT

Mana-mana pihak diharap tidak mengheret polis ke dalam kancah politik kerana tugas mereka hanya menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang diterima, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Jangan heret kami ke kancah politik.
"Kita tak akan campur hal-hal politik. Tugas kita menjalankan siasatan berdasarkan laporan-laporan.
"Kenyataan politik kita tak mahu campur," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan VTEC menghargai polis di Pusat Konvesnyen Sime Darby Damansara.
Beliau berkata demikian ditanya mengenai kecaman Tun Mahathir Mohamed terhadap penangkapan naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang atas selepas membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan 1MDB.
Dalam sidang media semalam, selain Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir.
Begitu juga dengan bekas menteri besar Kedah dan bekas menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.
Diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir semalam, Khalid berkata:
"Saya tak nak jawab komen kenyataan Tun M semalam."

Sosma: Muhyiddin, Shafie didakwa berdolak-dalik

Posted: 13 Oct 2015 08:40 AM PDT

Shafie Apdal KOTA KINABALU - Seorang Ketua Umno Bahagian hari ini mendakwa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah menukar pendirian mereka mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Datuk John Ambrose, yang mengetuai Umno bahagian Penampang, dipetik sebuah portal berita sebagai berkata Muhyiddin dan Shafie mungkin terlupa kedua-dua mereka mengundi untuk menyokong Sosma yang digubal di Parlimen.
  
"Mereka, pada masa itu, tidak menentang undang-undang berkenaan atau bersuara untuk menentangnya," portal itu memetik beliau sebagai berkata.

Ambrose dilapor berkata demikian selepas Muhyiddin, bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Pagoh, serta Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ahli Parlimen Semporna, menghadiri sidang akhbar anjuran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Sidang akhbar itu untuk membantah penggunaan Sosma terhadap dua individu yang didakwa atas tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

Ambrose juga dilaporkan mengkritik Shafie kerana mempertikaikan syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad dan menyatakan bahawa banyak perkara yang penting kepada rakyat masih lagi belum ditangani.
  
Ketua Umno Bahagian Penampang itu berkata, Muhyiddin dan Shafie merupakan anggota Kabinet kerajaan persekutuan sehingga Julai tahun ini dan isu 1MDB dibincangkan pada mesyuarat Kabinet.
  
"Jadi mereka tidak boleh kata tidak tahu. Malah, Muhyiddin mempengerusikan satu daripada mesyuarat Kabinet apabila isu 1MDB dibincangkan dan semua isu telah diperjelaskan," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Read More / Baca Lagi >>