Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Cubaan sabotaj - Khairuddin, Matthias didakwa?

Posted: 12 Oct 2015 11:30 AM PDT


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di antara 26 Jun dan 26 Ogos lalu di Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris, Perancis; Balai Polis Charing Cross, London; Pejabat Peguam Negara Switzerland, Bern; Balai Polis Waichan, Hong Kong; dan Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Khairuddin dan Matthias. Kedua-duanya merupakan tertuduh pertama didakwa mengikut seksyen tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Ra­ya, Masri Mohd. Daud dan Mohd. Dusuki Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh terbabit diwakili peguam-peguam bela, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Zainur Zakaria.

Semasa prosiding, keadaan menjadi agak tegang apabila Masri memohon sebutan semula kes itu dibuat dalam tempoh sebulan agar segala dokumen berkaitan kes ber­kenaan dapat dilengkapkan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Beliau juga tidak mencadangkan sebarang jumlah ikat jamin kerana pertuduhan tersebut tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan.

Mohamed Haniff bagaimanapun membantah atas alasan tiada asas yang menunjukkan bahawa pertuduhan terhadap Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama penuhnya Chang Wen Chieh, 65, tergolong di bawah akta terbabit.

Beliau juga memohon agar kes itu dipindahkan serta-merta ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan sama ada Seksyen 124L tergolong di bawah SOSMA kerana ia boleh menjejaskan urusan ikat jamin kedua-dua tertuduh.

Selepas mahkamah berhenti seketika, Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan sebutan semula kes itu pada 26 Oktober ini dan tiada jaminan dibenarkan.

Terdahulu, sebelum Mahkamah Majistret mula bersidang, penyokong dan ahli keluarga kedua-dua tertuduh dilihat bersorak dan melambai ke arah Khairuddin dan Matthias ketika mereka berdua dibawa keluar dari lokap ke kandang tertuduh.

Kedua-dua lelaki terbabit pada ketika itu berada dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap berwarna jingga. Pakaian tersebut bagaimanapun dilihat telah ditukar sebelum mereka dibawa pulang ke penjara.

Matthias juga sempat menyatakan bahawa dia tidak bersalah dan menyatakan bahawa mogok lapar­nya sudah memasuki hari kelima sejak dia ditahan pada 8 Oktober lalu.

Yang turut hadir di mahkamah hari ini ialah isteri Khairuddin yang juga pelakon, Datin Seri Umie Aida, anak pasangan tersebut Mohd. Daniel Firdaus dan adik kepada Umie, Betty Rahmad.

Berhubung permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanan Khairuddin di bawah SOSMA, Mohamed Haniff berkata, kes itu akan disebut esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Kamardin Ha­shim namun beliau belum dapat memastikan sama ada permohonan itu akan diteruskan memandangkan anak guamnya itu telah didakwa hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TOLONG BUANG AKU KE LAUT !

Posted: 12 Oct 2015 06:18 PM PDT

Takbur
Sombong
Terlepas cakap
Hukum Karma
Termakan DAP
Letak Calon Lawan PAS
Kata Hj Hadi Tak relevan
Buang Aku ke Laut China Selatan...

WIFI FREE SELANGOR DIMANSUHKAN, RAKYAT SELANGOR SILA BAYAR SENDIRI WIFI

Posted: 12 Oct 2015 11:30 AM PDT

Apa sudah jadi ? 
Beginilah bentuk program-program kerajaan Selangor , berbentuk touch and go sahaja. Hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja untuk menarik perhatian dan buat bisnes sahaja agaknya.

Kemudian dibiarkan dan rakyat terpinga-pinga patutlah tak Ada access internet! Rupanya dah tamat riwayat Wifi Free ...


POSTER INI ADALAH PENIPUAN OLEH PEMBANGKANG

Posted: 12 Oct 2015 06:24 AM PDT


Poster ini adalah penipuan. 
BN Dan Kerajaan mengekalkan janjinya tetapi gambar dan caption yang dibuat di atas adalah penipuan.

Keadaan yang betul ialah:-
1. Yang naik hanyalah TOL DALAM BANDAR

2. TOL DI ANTARA BANDAR KE BANDAR KEKAL .

Isu ini sengaja dibesar-besarkan dan dimanupulasi oleh pembangkang untuk menyembunyikan masalah dalaman PKR yang semakin parah sekarang. 

Antara isu dalaman PKR sekarang dari team Azmin Ali dengan 25 petisyen menentang Wan Azizah, penggantian SU Agong PKR Dari Rafizi kepada Kamaruddin Jaafar dan penubuhan parti serpihan baru PKR.
Kenaikan Adalah Tol Dalam Bandar Sahaja. 


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


UMNO dok kelahi ... DAP tak renti daftar pengundi

Posted: 12 Oct 2015 10:48 PM PDT



Ada jadi tukang lalai ...




Ada tukang sedapkan hati ...



Sambil depa beroperasi ...




DAP bersedia ambilalih Johor tapi Ketua Pembangkang baru letak jawatan

Posted: 12 Oct 2015 09:00 PM PDT



Tol naik sebab perjanjian konsesi legasi Mahathir

Posted: 12 Oct 2015 06:02 PM PDT


Itulah sebab 1MDB dikacau.

Sudah ada rancangan untuk guna cara IPP bagi ambilalih konsesi-konsesi tol private yang banyak diberi Tun Mahathir ketika pentadbirannya. 

Sebahagian dari perjanjian adalah untuk kenaikkan harga. Walaupun trafik bertambah tapi tetap naik. Cerdikkan?


Kalau 1MDB tak dikacau, mereka boleh beli tol-tol dan tukar perjanjian concession yang jadi legasi. Syarikat kerajaan mampu untuk terima keuntungan tinggi. Itu yang Najib dah rancang.

Oleh sebab orang UMNO pun  ikut sama serang 1MDB bersama pembangkang, maka kekal lah kita dengan perjanjian-perjanjian tol.

Jangan nak marah-marah.....




Nampak orang protun cuba alih perhatian psl tahun tun bersalah.

PENDEDAHAN : Jom Kenali Siapa Disebalik Konsesi TOL?

Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) , Lebuh Raya Sprint , Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ,Lebuh Raya Maju (MEX) , Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) , Lebuhraya SMART dan Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (SILK).

Penulis pernah menulis beberapa artikel berkaitan dengan tol , mungkin ramai yang tak tahu bahawa kerajaan Selangor memegang saham beberapa konsesi lebuhraya ini melalui syarikat2 milik kerajaan negeri Selangor . Berikut adalah petikan dari artikel yang pernah ditulis dulu , untuk update terkini masih tak dapat dipastikan peratusan % saham.

Fakta mengenai Lebuhraya Toll yg perlu diketahui.....

1 ) Eastern Dispersal Link - Toll di hapuskan 100% - Pemegang Saham utama MRCB (KWSP pemegang saham utama)

2 ) New Pantai Expressway - Toll Kpg Medan dihapuskan - Pemegang Saham utama IJM

3 ) Kajang - KL (Grand Saga) - Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll...terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc ) utama utk menghapuskan terus.

4 ) KESAS Highway - PKNS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

5 ) SPRINT Highway - KPS (PR) adalah diantara Pemegang Saham...sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

6) GCE Highway - pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO semasa Umno....terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.

7) Mana2 Toll Highway yg PLUS Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE, Seremban-PD, Kulim Butterworth)

8 ) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA)

9) LDP pemilik konsesi LITRAK

Satu ketika dulu ,Khalid Ibrahim, mantan Menter Besar Selangor dalam kenyataan beliau di media (3 May 2012) menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya di Selangor pada masa hadapan akan memasukkan terma 'exit clause'. Dalam erti kata yang lain , apabila keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh , maka pemilikan lebuhraya akan dipindahkan kepada kerajaan Selangor.

Contoh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ialah sekiranya keuntungan yang ingin dicapai telah diperoleh dalam tempoh 25 tahun dengan aliran trafik yang banyak , maka tempoh konsesi selama 40 tahun akan terbatal dan pengurusan lebuhraya akan diserahkan kepada kerajaan Negeri Selangor. Khalid Ibrahim pada masa yang sama juga bernada mengugut apabila mengatakan sekiranya ada syarikat yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan maka kerajaan Selangor tidak akan memberi kelulusan dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuhraya. Oleh yang demikian , dengan anggapan kadar tol akan dinaikkan tak lama lagi, dari pemimpin2 PR lain bising2 tentang kenaikan harga tol ini, apa kata cuba buat apa yang Khalid Ibrahim pernah cadangkan satu ketika dulu, desak konsesi2 di mana kerajaan negeri Selangor pun ada pegangan saham di dalamnya. macam KESAS dan SPRINT tu . Secara peribadi memang lah penulis pun tak berapa setuju dengan kenaikan tol. Cuma kerajaan Selangor pimpinan PR yang ada kepentingan dalam tol seperti Kesas, Sprint & Grand Saga pun jangan buat2 bodoh, kan dah dipamerkan di atas tol di KESAS dan SPRINT pun akan dinaikkan jugak!

Apa tunggu lagi , takkan sebagai antara pemegang saham besar dalam konsesi tak boleh nak buat apa2?

Tol naik hanya melibatkan konsesi tol yang berada hanya dalam bumi Selangor yang mana di miliki konsesi konsesi tol ini oleh kerajaan negeri melalui perolehan royalty yang akhirnya masuk ke kantung poket kerajaan negeri Selangor melalui penguasaan parti DAP.

PLUS Utara Selatan dah pun keluarkan kenyataan tak terlibat dengan kenaikan dalam bumi selangor walaupun jalurnya PLUS ni ada melalui sebahagian besarnya dalam bumi Selangor.

Maknanya bukan semua tol terlibat melainkan HANYA TOL DALAM BUMI SELANGOR YG DI KUASAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

Jadi inilah masanya peluang Pakatan Rakyat membuktikan pada rakyat yang jika mereka memang kalau ingin membela nasib rakyat maka eloklah kerajaan negeri


* Pakatan dah guna. Kita pula kena jawab!!!!!!

Zeti tiada kuasa arah pulangkan wang

Posted: 12 Oct 2015 10:33 AM PDT


Dah tiada kuasa tak perlu marah AG tolak kes. BNM tak paham undang2 ke? Pasal tu lah jadi lambat kot ...


Tun M tolak SOSMA, kata serupa ISA tapi dia yang mahu ISA dikembalikan?

Posted: 12 Oct 2015 03:46 AM PDT


Tapi dia juga kata ...


Bukan ka SOSMA ada dakwaan di mahkamah tapi ISA dulu tiada dakwaan dan kesalahan pun tak tahu?

Hanya lihat ini sebab kawan-kawan dia, Kudin dan Mathias ditahan untuk siasatan. Orang lain kena tahan bawah SOSMA seperti kes Lahad Datu tiada pun bising ...OK lah itu pasal pencerobohan.


Terbaru: Matthias dan Kudin sudah didakwa bawah SOSMA kerana sabotaj terhadap ssistem kewangan negara. Baca Agenda Daily di SINI

Undang-undang ini juga diangkat tangan setuju oleh TS Muhyiddin, Dato Shafie Apdal dan Tengku Razaleigh di Parlimen.

Adakah sebab politik 1MDB?



Hari tu demam, sekarang garang ...

Macam mana pun, nama Khairuddin dan beberapa lain muncul dalam pengakuan Xavier Justo sebagai bersekongkol dengan sindiket Clare-Xavier Justo curi dikumen, blackmail dan extortion, putarbelit data dan fitnah 1MDB.

Kudin dan Xavier membuat laporan palsu ke polis, penguatkuasa sekuriti dan peguam pendakwa di beberapa financial centre dengan tujuan untuk hilangkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Akibatnya ringgit jatuh hingga hampir cecah ke 4.50 dan tan sri zeti bersekongkol biarkan ianya berlaku dan saja beri signal untuk ringgit jatuh.

Dalam SOSMA ada peruntukan, takkan tak siasat?

Ada orang takut kot ...



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kenaikan tol menyesakkan golongan pekerja

Posted: 12 Oct 2015 09:44 PM PDT

Kenaikan tol lebuhraya bandar yang akan bermula Khamis ini dilihat sangat tidak wajar ketika rakyat sedang menanggung beban sara hidup yang begitu tinggi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, golongan yang akan menerima kesan paling tinggi adalah golongan pekerja yang menggunakan tol ini setiap hari.

"Kenaikan antara 17-80 peratus ini menyesakkan kehidupan kaum pekerja selepas mereka menghadapi sesak nafas akibat jerebu.

"Kerajaan seperti tidak langsung mengambil kira masalah kehidupan rakyat bandar khususnya golongan pekerja yang sedang bergelut dengan kenaikan harga minyak, barangan, perumahan, kenderaan, GST dan lain-lain kos kehidupan yang ditanggung oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sekiranya kerajaan ambil kira aspek ini sudah pasti  kenaikan tol ini tidak akan dilaksanakan.

"Sudah tahu rakyat sedang memikul beban di bahu, Kerajaan sepatutnya membantu membuang sebahagian beban berat yang ditanggung itu, bukannya menambahkan lagi beban berat ke atas bahu rakyat," katanya.

SPRM tak ke mana jika 'orang paling berkuasa' ada......

Posted: 12 Oct 2015 09:43 PM PDT

NGO pendedahan maklumat membangkitkan kebimbangan terhadap dakwaan tekanan 'orang paling berkuasa' terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kesimpulannya, jika trend atau perkembangan ini berterusan, memang jelas akhirnya hasil siasatan SPRM akan sia-sia belaka kerana sebarang tindakan terhadap 'orang paling berkuasa' tidak akan berlaku selagi beliau berkuasa," kata Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).
Pengarahnya Akmal Nasir juga menuntut SPRM menamakan identiti dan kesalahan individu yang dirujuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Seri Zakaria Jaafar semalam.
Akmal percaya, perkara itu boleh didedahkan memandangkan institusi lain seperti Bank Negara juga melakukan perkara sama.
Dalam kenyataan hari ini, Akmal berkata, ucapan Zakaria semalam mengesahkan terdapat gangguan terhadap SPRM melalui perpindahan keluar beberapa anggotanyanya sebelum ini.
Zakaria semalam mengakui badan itu menghadapi paling hebat berhadapan dengan siasatan membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.
Oleh itu, katanya, pegawai yang terlibat harus diberi suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan sukar itu.
SPRM sedang menyiasat 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bercadang menyoalnya.

Amanah yakin Pakatan Harapan guna satu logo PRU14

Posted: 12 Oct 2015 09:40 PM PDT

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir yakin pakatan baharu pembangkang dapat bertanding pilihan raya umum akan datang di bawah logo sama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 13 Oktober, 2015. 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir yakin pakatan baharu pembangkang dapat bertanding pilihan raya umum akan datang di bawah logo sama.  

Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan dapat menggunakan satu logo pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata pihaknya lebih berminat menggunakan logo gabungan Pakatan Harapan berbanding logo sendiri sewaktu PRU14.
"Kalau satu entiti kita guna tiket satu entiti. Untuk sehari dua ini, tidak yakin 100% tetapi saya lebih positif (penggunaan satu logo) daripada penggal yang lalu.

"Cuma nak wujudkan daftar satu entiti satu logo itu tak sempat terjadi (semasa PRU13) . "Saya fikir lagi 2 tahun atau lebih awal daripada itu kita lihat sama ada sempat atau tidak," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, katanya, penggunaan satu logo Pakatan Harapan tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama sekretariat gabungan itu.
"Ini baru mesyuarat pertama. Kita nak tumpukan Majlis Presiden dan macam-macam.
"Saya ingat agenda pertama tak bincang lagi," katanya.

Tukar Najib - Muhyiddin, Ku Li perlu mulakan, kata penganalis

Posted: 12 Oct 2015 09:27 PM PDT



Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah perlu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka jika ingin membawa perubahan, kata seorang penganalisis.
Bercakap kepada Malaysiakini, Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata jika tidak, tiada apa yang akan berlaku di negara ini.
"Muhyiddin atau Ku Li perlu tampil bagi menyatakan sama ada mereka mahu mencabar Najib.
"Jika mereka tidak melakukannya, ia tidak akan bermula," katanya.
Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergandingan dengan Muhyiddin, Razaleigh, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Tan Sri Ong Tee Keat membidas Najib pada satu majlis bersama semalam.

Permohonan KDN tangguh keputusan batal gantung The Edge ditolak

Posted: 12 Oct 2015 09:26 PM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kos RM4,000 dibayar kepada harian kewangan The Edge selepas menolak permohonan penangguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Peguam kanan persekutuan Alice Loke, yang mewakili KDN, berkata kos harus dibayar oleh responden sususlan penolakan penangguhan terhadap keputusan membatalkan penggantungan The Edge.
Loke mengesahkan penilaian kerugian akan dibuat kemudian.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini.
Pada 21 September lepas, Asmabi membatalkan keputusan menteri dalam negeri yang menggantung tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.
Asmabi turut memerintahkan supaya ganti rugi dialami dua penerbitan itu dinilai dan menetapkan kos perundangan berjumlah RM15,000.
Penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1MDB.
Artikelnya dituduh mengandungi penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggugat keselamatan serta kepentingan negara.
Penggantungan itu dikritik aktivis media media (gambar) sebagai mencabul kebebasan media manakala pembangkang dan aktivis pula melihatnya sebagai usaha menutup dakwaan skandal 1MDB.

Guna kutipan GST untuk tanggung kenaikan tol - Anina

Posted: 12 Oct 2015 09:18 PM PDT

Anina Saadudin mempersoalkan janji kerajaan untuk memulangkan semula hasil kutipan GST kepada rakyat.
anina,tol,sgt
PETALING JAYA : Kerajaan sepatutnya menggunakan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berbilion Ringgit yang dikutip setiap bulan untuk menanggung kos kenaikan tol.
Bekas ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat, Anina Saadudin berkata, kerajaan telah berjanji untuk memulangkan hasil kutipan GST kepada rakyat.
"Ke mana perginya kutipan GST yang berbillion sebulan? Bukankah kerajaan berjanji untuk memulangkannya kepada rakyat?," katanya dalam satu kenyataan.
Anina berkata, adakah menteri tidak berfikir untuk berbuat demikian kerana terlalu sibuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau sememangnya tidak mempunyai otak.
"Adakah semua ini terjadi kerana menteri terlalu sibuk mempertahankan Perdana Menteri sehingga mereka tidak sempat berfikir? Or they actually have no brain? (atau sebenarnya mereka tidak mempunyai otak?, katanya.
Anina berkata, kenaikan tol itu membebankan lagi rakyat di bandar yang telahpun terbeban dengan kenaikan harga barangan selepas pelaksanaan GST.
Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya termasuk Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) mengumumkan penyelarasan kenaikan kadar tol di lebuh raya seliaan masing-masing berkuatkuasa pada Khamis ini.
Penyelarasan struktur kadar tol itu dilakukan selepas kerajaan memutuskan untuk menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi.

Tol naik: Ke mana pergi wang cukai GST?

Posted: 12 Oct 2015 09:16 PM PDT

Mei_1_anti_GSTKUALA LUMPUR 13 OKT: Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud mencabar Perdana Menteri dan Kabinetnya menjelaskan ke manakah perginya wang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijanjikan sebanyak RM24 bilion setahun, sehingga rakyat terpaksa membayar kenaikan tol selepas membayar GST.
"Duit GST banyak, berbilion ringgit, ke mana pergi duit itu? Perdana Menteri Najib Razak serta Timbalannya, Zahid Hamidi ke luar negara minggu ini, katanya cari pelabur, kalau kerajaan mampu tanggung mereka berminggu-minggu di luar negara dengan duit kutipan cukai maka tidak mustahil kerajaan juga mampu tanggung rakyat," kecam Wan Suhaimi.
Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi rakyat yang tenat kerajaan tidak boleh menaikkan kadar tol sewenang-wenangnya.
"Dalam ekonomi yang teruk, mata wang jatuh, kerajaan perlu pertimbangkan beban rakyat terutama pekerja yang makan gaji. Kalau mereka dikenakan kadar tol yang tinggi, berapa ringgit mereka terpaksa habiskan kos tambahan tersebut?
"Sepatutnya kerajaan kaji dahulu kenaikan yang diminta oleh pihak konsesi. Mereka hanya boleh minta kos penyelanggaraan sahaja, bukan untuk jana keuntungan," katanya dihubungi.

‘Rugi berbalah sama sendiri’ - Pas Kota Bharu

Posted: 12 Oct 2015 08:52 PM PDT


KOTA BHARU – Pas Kota Bharu melihat perbalahan yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang kini merugikan semua mereka ketika usaha giat dijalankan untuk menarik sokongan pengundi menjatuhkan BN pada PRU akan datang.
Pemangku Yang dipertuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, sepatutnya parti pembangkang lebih mementingkan perbincangan bersama untuk memperjuangkan pelbagai isu nasional yang berkait rapat kepentingan rakyat dan negara berbanding percakaran sesama sendiri.

"Ia bukan sahaja merugikan kita, malah perkara tersebut boleh menghakis kepercayaan rakyat yang diberikan sepenuhnya kepada kita sebelum ini. Rakyat adalah pemerhati dalam setiap apa yang kita lakukan," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam yang menyeru kepada semua parti pembangkang supaya menghentikan perbalahan dan menyerang antara satu sama lain.

Dalam kenyataan yang sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan kepimpinan pusat akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak.

Rosli berkata, ketua pembangkang sendiri juga mempunyai tanggungjawab besar untuk mengusahakan pertemuan pimpinan parti pembangkang dan sesiapa sahaja ahli parlimen yang prihatin untuk membincangkan agenda penting yang boleh diambil pada sidang Parlimen akan datang.

Beliau berkata, ia termasuk juga untuk membincangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najin Tun Razak seandainya itu langkah terbaik dalam menangani kemelut politik dan kegawatan yang berlaku ketika ini.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB perlukan ketelusan dan kebertanggungjawaban, bukan masa

Posted: 12 Oct 2015 08:48 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria

Walau apa pun yang dikatakan oleh pengarah komunikasi strategik BN Abdul Rahman Dahlan, apa yang diperlukan oleh 1MDB yang tenat bukanlah waktu, tetapi ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Di satu sisi, semua orang mahu 1MDB diselesaikan. Tetapi di satu sisi lain, ramai yang mengkritiknya hampir setiap hari. Ia menyukarkan 1MDB," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Tetapi isunya di sini bukanlah apa kebimbangan biasa yang dihadapi mana-mana badan pelaburan kerajaan, iaitu waktu yang cukup bagi membolehkan pelaburannya menjadi matang dan hasilnya dibawa pulang.

Masalah di sini adalah keputusan kabur dan pergerakan meragukan melibatkan dana dan pinjaman berisiko yang diambil pengurusan 1MDB.

Maka yang diperlukan 1MDB bukanlah masa, tetapi tindakan untuk bukan sahaja menjelaskan kesilapan dan pertimbangan meragukan atau dakwaan salahlaku antarabangsa yang dilakukan, tetapi juga untuk memperbetulkannya.

Pada masa ini, krisis yang berlegar sekitar 1MDB tidak akan dapat diselesaikan dengan memberikannya lebih masa, tetapi dengan mewujudkan ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam strukturnya – aspek yang hilang untuk satu tempoh yang begitu lama.

Benar, 1MDB mungkin perlukan masa untuk membolehkan 'asetnya' menjadi matang dan membuahkan hasil, tetapi jawapan tetap perlu diberikan berhubung apa yang sudah berlaku terhadap dana yang dipinjamnya, dan mengapa ia mendapat aset kerajaan secara murah.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Amanah diminta henti kaitkan Pas - Pemuda Terengganu

Posted: 12 Oct 2015 08:31 PM PDT

Muhammad Zaidan Abdullah
KUALA TERENGGANU - Parti Amanah Negara (Amanah) diminta menghentikan sebarang dakwaan yang mengaitkan Pas atau cuba mencari isu untuk terus memburukkan parti itu.

Penolong Setiausaha Pemuda Pas Terengganu, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, dakwaan bahawa Pas mengatakan ahli Amanah kafir bukan sahaja mengejutkan malah hairan bagaimana isu tersebut boleh timbul.

Apa yang jelas, pihaknya tidak mendengar kenyataan sedemikian dinyatakan secara terbuka oleh pimpinan dan ahli Pas.

"Apa yang Amanah buat pada Pas itu pernah berlaku sebagaimana yang pernah Umno kata kepada Pas dahulu. Kita tidak pernah dengar perkara ini. Saya sendiri terkejut dan berasa pelik macam mana isu ini timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta pihak tertentu berhenti menggelar Amanah sebagai parti kafir dan menyimpang.    

Muhammad Zaidan yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Setiu bagaimanapun percaya bahawa pihak tersebut mungkin mahu meraih simpati dengan menimbulkan isu sedemikian bagi menarik perhatian pengundi kepada Amanah.

Mengakui gelaran pengkhianat pernah diberi Pas kepada ahli-ahli parti itu, namun menolak sekeras-kerasnya gelaran sedemikian pernah diucapkan oleh pimpinan Pas.

Read More / Baca Lagi >>

Kegagalan dasar penswastaan punca tol naik

Posted: 12 Oct 2015 08:17 PM PDT

Kenaikan kadar tol yang akan dilaksanakan pada Khamis ini adalah berpunca daripada kegagalan 'dasar penswastaan negara' dan janji-janji kosong yang ditabur oleh kerajaan BN, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
"Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat pada manifesto pilihan raya BN 2013 bahawa akan berlaku pengurangan secara berperingkat kadar tol di bandar dalam tempoh lima tahun tidak lain hanya janji kosong untuk meraih undi," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dasar penswastaan BN dan pemberian konsesi lebuh raya kepada syarikat-syarikat kroni tanpa tender terbuka nyata telah gagal.
Menurut Pua yang juda adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, rakyat ditipu supaya menerima skim konsesi tol kerana projek-projek berkenaan bermula dengan janji bahawa kadar tol akan menjadi lebih rendah.
"Kementerian Kerja Raya juga tidak ambil peduli untuk memberikan alasan yang lebih meyakinkan, selain mendakwa jumlah pampasan yang dijimatkan boleh digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi," kata Pua.
Beliau berkata kenaikan tol juga membuktikan bahawa kerajaan BN tidak berupaya untuk menguruskan kewangan negara.
"Rasuah, pembaziran, ketidakcekapan dan penyelewengan dana negara memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan.
"Di sebalik peningkatan besar dalam pendapatan sejak dua dekad yang lalu kerana ledakan harga petrol, rakyat bukan sahaja perlu membayar lebih tinggi bagi menggunakan lebuh raya tetapi kerajaan persekutuan kini begitu miskin sehingga terpaksa memperkenalkan cukai baru seperti barangan dan cukai perkhidmatan (GST)," katanya.

Kekuatan veteran BN tidak mampu guling Najib, kata penganalisis

Posted: 12 Oct 2015 08:13 PM PDT

Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.Sidang akhbar dihadiri 6 pemimpin hebat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) di Putrajaya, semalam, mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang lain semalam sememangnya mengagumkan, tetapi penganalisis tidak yakin ia akan berjaya mempengaruhi ahli Umno untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain kecaman mereka terhadap Putrajaya berhubung penggunaan undang-undang keselamatan baharu terhadap pengkritik kerajaan dan kebimbangan mereka tentang keadaan negara ini, pemimpin berkenaan juga secara terbuka mempamerkan satu garis yang jelas dalam menentang kerajaan diterajui Najib.
"Kesan serta-merta sidang akhbar itu terbatas," kata pengumpul suara, Ibrahim Suffian.

"Terlalu awal untuk mengatakan ia mungkin mempengaruhi pemimpin lain tetapi jika anda melihat implikasinya pada jangka masa panjang, ia menunjukkan mereka yang ingkar dalam Umno sedang secara terbuka menentang Najib. Garisannya nampak jelas." Selain Dr Mahathir, sidang akhbar itu dihadiri bekas lawan beliau bagi jawatan presiden parti, veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan ahli Parlimen Gua Musang sejak 1970-an.
Pemimpin lain yang hadir ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal - kedua-duanya secara terbuka mengkritik Najib - juga bekas setiausaha agung Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.
Seorang lagi bekas pemimpin MCA, bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik, juga menyokong pemimpin tersebut, walaupun beliau tidak hadir di sidang akhbar itu kerana berada di luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Bung Mokhtar akui serangan enam tokoh lemahkan UMNO/BN

Posted: 12 Oct 2015 08:08 PM PDT

Tindakan enam tokoh diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang untuk menyerang BN.
bung-mokhtar,6tokoh
PETALING JAYA: Tindakan enam tokoh politik yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melemahkan lagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan enam tokoh yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuka ruang seluas-luasnya untuk pembangkang menyerang BN.
"Tindakan Tun M dan beberapa pemimpin UMNO dan BN amat tidak wajar. Mereka telah melemahkan parti dan membuka ruang kepada parti pembangkang untuk menyerang," katanya kepada FMT.
Ditanya, sama ada enam tokoh politik itu perlu dikenakan tidakan disiplin, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Parti masing-masing untuk membuat keputusan.
Terdahulu, enam individu itu mendesak Perdana Menteri, agar tidak menyalahguna kuasa untuk mendiamkan pengkritik.
Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 telah disalah guna menyekat kebebasan rakyat.

MASUK UMNO WAJIB BODOH..

Posted: 12 Oct 2015 07:50 PM PDT

KENAPA Najib tak berani lantik menteri2 di kalangan yg bijak pandai dan yg memahami keperitan kehidupan rakyat ??

KENAPA pula yg berotak dungu & jilat tegar pula pilihan Najib ???

KEBODOHAN APAKAH menteri2 UMNO ??!!

Posted: 12 Oct 2015 07:47 PM PDT

Apa nak jadi kat negara kita ni.. Dah MAKIN MENGGILA menteri2 UMNO/BN menghalalkan penindasan terhadap rakyat KONONNYA TOL DINAIKKAN dgn alasan nak bina lebih byk hospital & sekolah..

Dahlah.. HAPUS SUBSIDI MINYAK !!
Dahlah.. HAPUS SUBSIDI GULA !!
DIBANTAI LAGI DENGAN CUKAI GST !!

Kini.. naikkan kadar tol plok...
Mana dikatanya Najib 'Asas ekonomi kita semakin kukuh' !!!..

KUKUH TANG MANA !!! KUKUH NAK SONGLAP DUIT RAKYAT ADA LA !!!

Tahanan Sosma, Khairuddin tarik balik permohonan habeas corpus

Posted: 12 Oct 2015 07:36 PM PDT

Bekas pemimpin Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan telah menarik balik permohonan habeas corpus untuk mencabar penahanannya selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
 Peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdullah, berkata ini kerana dakwaan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan semalam telah menjadikan cabaran itu akademik di bawah undang-undang.
"Tetapi kami tidak berputus asa... Kita akan memfailkan satu usul hari ini untuk menentukan sama ada Seksyen 124L adalah di bawah Sosma.
"Jika tidak, maka kedua-dua Khairuddin dan Matthias Chang boleh dibenarkan ikat jamin," kata Mohd Hanif.
Khairuddin dan Chang didakwa cuba untuk mensabotaj sektor perkhidmatan kewangan dan perbankan dan negara.
Mereka kini ditahan di penjara Sungai Buloh.

Kenyataan Raja-raja – kukuhkan rancangan undi tidak percaya terhadap PM?

Posted: 12 Oct 2015 07:31 PM PDT

oleh Aziz Bari
Sehinggalah Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mendesak isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin pada 6 Oktober lalu, ramai di kalangan kita yang kian merasakan kemungkinan untuk Perdana Menteri Najib Razak disingkirkan melalui undi tidak percaya di Parlimen semakin surut.
Walaupun ada yang merasakan kenyataan tegas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial tidak membawa sebarang kesan - memandangkan penglibatan besar majoriti keluarga diraja kita dalam perniagaan dan kewangan, apa yang berlaku selepas itu agak signifikan.
Perkembangan yang menarik perhatian itu adalah arahan untuk mengembalikan RM7.5 bilion pemindahan yang dibuat 1MDB kembali ke dalam negara. Arahan tersebut dibuat Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan selepas Pejabat Peguam Negara sekali lagi membersihkan 1MDB daripada apa-apa kesalahan.

Kembali kepada kenyataan Raja-raja - bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, DAP dan bekas TPM Muhyiddin Yassin memberikan sokongan mereka. Malah kerajaan sendiri, melalui jurucakapnya Abdul Rahman Dahlan, berhadapan kesukaran untuk mengabaikan kebimbangan yang disuarakan Raja-raja ini.
Tidak kurang menarik juga apabila kenyataan tersebut turut dilaporkan media asing, termasuk New York Times.
Perlu disebut bahawa TPM Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi menghentam usul tersebut, selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan mengambil sebarang tindakan selagi rancangan itu tidak melibatkan jenayah.
Khalid berkata demikian pada 24 Ogos lalu, tidak lama selepas Zahid mendakwa ada rancangan yang didalangi seorang "tua yang bercita-cita tinggi".
Pemerhati politik percaya yang Zahid mensasarkan tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, yang mengaku beliau ada berjumpa dengan Mahathir. Apa-apa pun, kerabat diraja Kelantan itu kemudiannya berkata beliau tiada masalah dengan Najib.
Semua orang kini sudah menerima hakikat bahawa Najib tidak boleh lagi disingkirkan melalui Umno, memandangkan pemilihan parti itu sudah ditangguhkan. Harapan untuk menyingkirkannya melalui undi tidak percaya pula berhadapan halangan apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia berkata usul tersebut bergantung kepadanya selaku "penjaga" bagi setiap usul yang ingin dibentangkan.
Ia menyebabkan kebuntuan kerana kita tentunya masih ingat bagaimana Pandikar memainkan peranannya untuk menghalang usaha menjatuhkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi melalui cara yang sama pada tahun 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Masyarakat dunia hilang percaya - Muhyiddin

Posted: 12 Oct 2015 07:14 PM PDT

MUAR - Malaysia sedang berhadapan dengan masalah besar apabila rakyat dan masyarakat antarabangsa sudah mula hilang kepercayaan terhadap integriti dan kewibawaan pemimpin di negara ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka turut mempertikaikan tentang beberapa isu lain, termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion, kepimpinan dan ekonomi negara.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, isu dibangkitkan itu telah menjejaskan integriti negara di peringkat global dan akhirnya memberikan kesan buruk kepada negara.

"Saya ada ramai kawan di luar negara dan mereka hubungi saya serta bertanyakan 'What is happening to Malaysia? (apa sudah berlaku pada Malaysia). Mereka mengaku sudah hilang kepercayaan terhadap Malaysia. Begitu juga apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan.

"Ini masalah besar kepada negara. Malah ketika di Jakarta baru-baru ini atas urusan Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMCG), saya turut diminta oleh tokoh perniagaan terkenal negara itu menceritakan masalah yang berlaku di negara ini.

Saya beritahu apa yang beliau ingin tahu kerana saya seorang yang bercakap benar," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ketua-ketua Kampung Negeri Johor Kali ke-15 di Kompleks Sri Pekembar Pagoh, di sini semalam.
Read More / Baca Lagi >>

'Buka ruang kerjasama bersyarat dengan pasukan Tun M' - Sany Hamzah

Posted: 12 Oct 2015 07:08 PM PDT

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendirian bahawa Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB, mampu digarap semaksimum mungkin bagi mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik," kata Ketuanya, Sany Hamzan.
 "Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Tun Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemuda AMANAH, katanya, memandang usaha veteran-veteran Umno yang diketuai Dr Mahathir merupakan 'signal nazak' terhadap keadaan negara yang sedang memasuki fasa tenat dan semakin memburuk.
"Lebih menarik apabila Tun Mahathir sanggup mengetepikan sengketa lama beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk tampil bersama memberikan tekanan kepada pentadbiran perdana menteri ketika ini," tegas Sany.
Pemuda AMANAH, katanya, percaya bahawa politik matang dan merentas emosi itu, mampu dimanfaatkan untuk tidak terus membiarkan rakyat menderita.
"Perbincangan ke arah itu sudah seharusnya bermula memandangkan rakyat tidak mampu menanggung kesusahan demi kesusahan bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Walau mungkin sukar, kita juga percaya bahawa melalui medium konsultasi, tiada masalah atau konflik yang tidak mampu dirungkai," tambahnya.

Patutlah BNM Arahkan USD1.83 Bil itu DiBawa Pulang ! Kencing Rupanya ....

Posted: 12 Oct 2015 06:55 PM PDT

Buat pertamakalinya 1MDB bertindak membuat laporan Polis terhadap maklumat2 yang disebarkan oleh media terutamanya oleh Sarawak Report dan WSJ ! Seperti yang selalu kita laungkan - Berani Kerana Benar!, tindakan 1MDB ini harus kita berikan pujian. ( KLiK )

Tapi kepada pro Najib, sebelum anda bersorak mengilai meraikan kemenangan ini, pastikan terlebih dulu repot itu dibuat atas dasar apa ?

1MDB buat repot ada pihak yang membocorkan dan menjual maklumat BENAR mengenai syarikat itu ! Ini merujuk kepada penyebaran terbaru Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah baru2 ini oleh SR. 

Selama ini kita dengar kononnya maklumat2 yang disebar oleh SR, TheEdge dan WSJ adalah maklumat yang sudah dipalsukan. Sebab itu lesen TheEdge digantung ( sudah bebas menanti rayuan kerajaan ) dan laman SR disekat. Tapi itu atas tindakan kerajaan sendiri TANPA sebarang repot Polis dari 1MDB.

Rakyat Malaysia menanti bukti yang menunjukkan maklumat2 yang tersebar selama ini adalah palsu malangnya tindakan terbaru 1MDB ini hanya menguatkan persepsi rakyat bahawa apa yang disebarkan selama ini adalah BENAR !

Diharap selepas ini 1MDB akan tampil membuat laporan Polis akan penyebaran maklumat syarikat yang telah dipalsukan pula sepertimana yang sering didakwa oleh pro Najib. 

Begitu juga dengan Najib ..... bila nak saman WSJ dalam isu deposit billion2 dalam akaun peribadi ?

Apa yang rakyat nampak, BELUM ADA sebarang tindakan pun dari Najib maupun 1MDB yang benar2 mampu mencerminkan mereka di aniaya dek fitnah ! Buktikan kenyataan ini salah.

                                  ******************

Saya ada menerima satu artikel yang didakwa dari Sarawak Report ( tapi saya tidak boleh pastikan apakah benar ia dari SR sebab saya tidak boleh akses laman SR ). Di situ ada dilampirkan beberapa bukti menarik mengenai isu terbaru antara Bank Negara Malaysia dengan 1MDB yang kes itu ditolak mentah2 oleh Peguam Negara. (KLiK)

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini

Jika 3 transaksi berjumlah USD1.83 bil, itu merujuk kepada Projek Usahasama 1MDB-Petrosaudi ( ada ditulis pada bulan Jun lalu - KLiK )

Ada 3 kali 1MDB membuat pembayaran dalam usahasama itu iaitu sebanyak USD1 bil + 500juta + 330 juta = USD1.83 bil

Mengikut kenyataan BNM, kelulusan untuk bawa keluar dana itu ditarik balik ( revoked ) atau dibatalkan setelah didapati maklumat yang diberi sewaktu diluluskan itu adalah salah atau palsu ! 

Seterusnya BNM telah mengarahkan keseluruhan dana itu dibawa pulang ke tanahair.

Jom kita cek apakah maklumat palsu yang diberikan oleh 1MDB ketika memohon kelulusan  untuk bawa keluar dana itu 6 tahun lalu -





1 - Disebut tujuan pelaburan itu berdasarkan perkongsian dimana 1MDB bawa masuk USD1 bil dan Petrosaudi bawa masuk USD1.5 bil. Ternyata 1MDB kena kencing ( samada secara rela dikencing atau ikut sama kencing kita tidak tahu ) kerana Petrosaudi hanya membawa masuk aset yang tidak ada nilai langsung. Apa yang ada pada usahasama itu hanyalah sumbangan 1MDB iaitu USD1 bil.
Read More / Baca Lagi >>

XIFU NASER: ALLAH pencipta Kit Siang juga!

Posted: 12 Oct 2015 06:45 PM PDT

XIFU NASERSKUAD Mubaligh telah menerbitkan video YouTube yang bertajuk, 10 Reason Why YB Kit Siang Should Be a Muslim. Ini video pertama di Malaysia yang memperkenalkan dakwah secara direct kepada seseorang individu.

Tujuannya ialah untuk mencetuskan budaya dan wacana dakwah direct dan telus. Ada pihak yang tidak setuju dengan gaya dakwah ini kerana baginya, agama tidak perlu mencabar kepercayaan agama seseorang.

Pendapat ini tidak mengambil kira perubahan zaman. Kita lihat bagaimana rakyat Malaysia yang gay mencabar budaya kita. "Dakwah" gay tidak lagi sembunyi seperti dulu. Bahkan mereka tidak lagi segan silu berpakaian, bertutur dan berjalan seperti wanita secara terbuka.

Kita juga lihat "dakwah" Alvin Tan yang mencabar budaya seksual kita dengan merakam video seks dan telanjang bulat sendiri, lalu diletakkan di sosial media. "Dakwah" lucah ini semakin berleluasa.

Kita juga lihat bagaimana pihak liberal ekstremis secara halus dan kadang-kadang agresif mencabar Islam sebagai Agama Persekutuan.

Malangnya, reaksi agamawan-agamawan kita terhadap cabaran-cabaran terhadap Islam terlalu emosional pula. Kadang-kadang agama dikaitkan pula dengan rasisme. Kadang-kadang reaksi yang tidak masuk akal seperti termakan babi perlu cuci darah!

Ada pula agamawan-agamawan yang berdakwah secara interfaith dialog tetapi banyak yang hanya demi harmoni, bukan demi kebenaran. Adakah rakyat Malaysia tidak mampu berdiskusi secara harmoni dan ilmiah demi kebenaran?

Apa sebab rasional mengapa hanya Islam agama yang benar? Kalau seorang lelaki mendakwa bahawa wang kertas RM50 di tangannya bukan wang palsu tetapi enggan membenarkan kita untuk memeriksanya, bolehkah dia di yakini? Adakah kita tetap mempercayai sesuatu dakwaan walaupun tidak telus?
Bayangkan ada dua jenis perspektif agama. Yang pertama, perspektif agama yang meminta kita untuk percaya kepadanya secara buta (blind faith) tanpa soal siasat. Peluk dulu, faham kemudian.

Beragama tidak perlu guna akal. Hanya hati dan hidayah semata-mata sudah cukup untuk mengiakan segala kebenarannya. Kebenaran adalah misteri. Agama tidak telus.
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai 1MDB boleh didakwa jika surat BNM tulen, kata DAP

Posted: 12 Oct 2015 06:31 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengesahkan jika ia melanggar peraturan pindahan wang luar negara ditetapkan Bank Negara Malaysia, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengesahkan jika ia melanggar peraturan pindahan wang luar negara ditetapkan Bank Negara Malaysia, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.DAP menggesa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan jika ia melanggar peraturan pindahan wang luar negara ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM), susulan pengesahan syarikat itu terhadap minit mesyuarat lembaga pengarah yang didedahkan laman pemberi maklumat Sarawak Report, adalah sahih.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Sarawak Report menyiarkan surat kebenaran BNM kepada 1MDB bertarikh 29 September, 2009, untuk memindahkan dan melabur AS$1 bilion dalam satu usahasama dengan PetroSaudi Development Limited.
Katanya, surat itu memberi kebenaran kepada 1MDB untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-PetroSaudi Limited berdasarkan kepada maklumat tertentu yang disediakan 1MDB dalam permohonannya, iaitu termasuk:

* usaha sama itu akan mempunyai gabungan dana ekuiti AS$2.5 bilion untuk digunakan bagi pelaburan dalam pelbagai sektor. * AS$2.5 bilion itu akan didepositkan ke Banca della Svizzera Italiana SA, Geneva sementara menunggu bakal pelaburan dikenal pasti.
* dana itu akan dipindahkan secara berperingkat untuk memastikan ia mengikut pasaran pertukaran asing.
Pua hari ini berkata 1MDB secara jelas mengelirukan bank pusat itu dalam permohonannya untuk memindahkan dana AS$1 bilion di luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

SOKONG SOSMA SEMASA DALAM KERAJAAN TIDAK BERERTI SETUJU IA DISALAHGUNAKAN

Posted: 12 Oct 2015 06:24 PM PDT

Apabila Muhyiddin Yassin termasuk dalam senarai tujuh pemimpin yang mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penggunaan undang-undang Sosma kepada penentang kerajaan, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan pantas melakukan kritikannya terhadap Timbalan Presiden UMNO itu.

Dalam hujahnya, beliau mengingatkan bahawa Muhyiddinlah yang ketika itu Ketua Whip BN yang bersungguh-sungguh memastikan semua wakil rakyat parti itu mengundi bagi kelulusan Sosma di Parlimen.

Menulis di twitternya, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, "Sosma adalah lebih baik daripada ISA. Malah bekas Ketua Whip BN, TSMY memastikan semua Ahli Parlimen BN termasuk Ahli Parlimen Semporna mengundinya di Parlimen."

Abdul Rahman turut mempertahankan Sosma yang menurutnya lebih memberi peluang kepada pesalahnya melihat nasib mereka ditentukan di mahkamah berhanding ISA, selain menyindir pemerintahan 22 tahun Tun Mahathir Mohamad yang penuh warna warni serta menimbulkan "budaya ketakutan yang tidak dinafikan".

Semalam Tun Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Tun Ling Liong Sik, Ong Tee Keat dan Sanusi Junid mengeluarkan kenyataan bersama mengecam penahanan Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang di bawah Sosma yang dianggap suatu bentuk penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak mendiamkan pengkritik.

Seiring dengan kenyataan bersama itu juga memperlihatkan Tun Mahathir dan Ku Li sudah duduk semeja dan seakan terus sehati sejiwa dalam fasa-fasa berikutnya untuk melakukan tekanan bagi pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Apa yang Pengarah Strategik BN itu perlu faham dan hadam betul-betul ialah ketujuh-tujuh yang menentang Sosma itu kerana wujud unsur penyalahgunaan kuasa dan undang-undang itu dilakukan semata-mata untuk mendiamkan pengkritik Perdana Menteri.

Sosma yang digubal untuk menangani ancaman keganasan dan terrorisme, secara akal loginya tidak wajar dikenakan kepada seseorang yang hanya membuat laporan polis meminta siasatan dilakukan terhadap 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Peratusan kenaikan tol yang terlampau

Posted: 12 Oct 2015 06:18 PM PDT

Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.

Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuh raya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.

Lebuhraya
Harga Lama
Harga Baru
Peratus
SILK
MYR1.00
MYR1.80
80%
Akleh
MYR1.50
MYR2.50
67%
Besraya
MYR1.30
MYR2.00
54%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (A Impian)
MYR0.60
MYR0.90
50%
SMART
MYR2.00
MYR3.00
50%
Lebuhraya Pantai Baharu
MYR1.60
MYR2.30
44%
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Sri Muda)
MYR1.20
MYR1.70
42%
Guthrie
MYR1.40
MYR1.90
36%
MEX (Salak)
MYR1.50
MYR2.00
33%
Latar
MYR2.00
MYR2.50
25%
DUKE
MYR2.00
MYR2.50
25%
Lebuhraya Karak (Gombak)
MYR5.00
MYR6.00
20%
MEX (Putrajaya)
MYR2.50
MYR3.00
20%
Lebuhraya Karak (Bentong)
MYR3.00
MYR3.50
17%
 
Kadar kenaikan tol bermula 15 Oktober 2015

Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus berlipat kali ganda?
Read More / Baca Lagi >>

Peguam: Sukar buktikan ancaman sabotaj Khairuddin, Chang

Posted: 12 Oct 2015 06:14 PM PDT

Bukan mudah bagi pihak pendakwaan membuktikan pertuduhan ke atas bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang yang didakwa melakukan percubaan mensabotaj ekonomi, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.Bukan mudah bagi pihak pendakwaan membuktikan pertuduhan ke atas bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang yang didakwa melakukan percubaan mensabotaj ekonomi, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.Pihak pendakwaan akan berdepan kesukaran untuk membuktikan perbuatan membuat laporan polis terhadap salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah percubaan mensabotaj ekonomi, kata peguam jenayah dan perlembagaan.
Merujuk kepada pendakwaan terhadap bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang semalam, peguam jenayah New Sin Yew berkata, sabotaj bermakna kedua-dua individu itu berniat mencetuskan kekecohan demi kepentingan organisasi ataupun kuasa asing.
Pihak pendakwa raya juga perlu membuktikan identiti kuasa asing, tindakannya yang ditakrifkan sebagai merbahaya, dan bagaimana tindakan sedemikian merujuk kepada sabotaj kepada ekonomi dan kewangan serta sistem perbankan negara.

"Membuat laporan salah laku adalah berlandaskan undang-undang dan demi kepentingan awam. Melakukan apa yang terkandung dalam undang-undang tidak boleh dikatakan cubaan melakukan sabotaj," kata New kepada The Malaysian Insider. Khairuddin dan Chang semalam didakwa mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan bagi percubaan mensabotaj sistem ekonomi, kewangan dan perbankan. Jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Pendakwaan terhadap cubaan mensabotaj ekonomi juga berkait dengan 1MDB, kerana Khairuddin membuat laporan di beberapa negara terhadap syarikat sarat hutang itu.
Mereka bagaimanapun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma, 2012 yang digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan membenarkan penahanan tanpa bicara tanpa perlu dibawa ke mahkamah bagi tempoh 28 hari.
Peguam Syahredzan Johan menjelaskan, Seksyen 125L Kanun Keseksaan diklasifikasikan di bawah Sosma sebagai "kesalahan keselamatan", lalu membenarkan penahanan pencegahan digunakan.
Beliau berkata, pihak berkuasa dan pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan atau mewujudkan kepada mahkamah elemen kesalahan untuk menggunakan Sosma.
"Bagi penahanan di bawah Sosma, mereka boleh kata mereka siasat menggunakan 124L Kanun Keseksaan.
Read More / Baca Lagi >>