KUALA LUMPUR, 12 Oktober:

Bekas Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairudddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan cuba mensabotaj khidmat perbankan dan kewangan terhadap Malaysia.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 28 Jun dan 29 Ogos tahun ini di beberapa lokasi termasuk balai polis di Paris, Perancis, Switzerland, Hong Kong, London dan Singapura.
Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 124 (L) Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan sabotaj yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mahkamah akan membuat keputusan untuk menentukan sama ada kes itu perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.